Ahad, 7 Jun 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


‘Saya tabik keputusan Mat Sabu' - Guan Eng

Posted: 07 Jun 2015 09:00 PM PDT

 
'Saya tabik keputusan Mat Sabu' - Guan EngGEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, beliau menghormati keputusan bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu untuk melepaskan semua jawatannya dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang.

Guan Eng berkata, keputusan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu jelas menunjukkan bahawa beliau seorang yang berpegang kepada prinsip dan tidak mementingkan jawatan selepas akur kepada keputusan yang dibuat oleh Muktamar Tahunan Pas Pusat untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

"Mana-mana jawatan yang dikosongkan oleh wakil Pas dalam kerajaan negeri itu kelak akan diisi oleh pemimpin Melayu lain yang bukan daripada parti berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Larian Menara Komtar 2015, di sini hari ini.

Semalam, Mohamad memutuskan untuk melepaskan jawatannya sebagai Lembaga Pengarah Bekalan Air Pulau Pinang dan Penang International Halal Hub.

Mat Sabu berkata, keputusan itu dibuat berikutan keputusan Muktamar Tahunan Pas Pusat kali ke-61 menerima usul Dewan Ulama tanpa perbahasan iaitu memutuskan hubungan dengan DAP, meskipun kekal dalam PR.

Dalam pemilihan parti Khamis lepas, Mohamad gagal mempertahankan jawatannya selepas tewas kepada Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. - Bernama

'Jangan lantik saya lagi dalam PAS'

Posted: 07 Jun 2015 08:30 PM PDT

 
'Jangan lantik saya lagi dalam PAS'Tiada tanda-tanda PAS akan berpecah susulan pembersihan penuh kumpulan ulama dalam parti itu susulan keputusan pemilihan Jumaat lalu.

Tetapi mungkinkah pemimpin yang dianggap daripada kem pencabar presiden Ahmad Awang perlahan-lahan menjarakkan diri daripada kepimpinan pusat?

Ketika Mazlan Aliman, satu-satunya calon pro-Pakatan Rakyat yang terpilih,  masih berkira-kira meletakkan jawatan, pemimpin muda PAS daripada Sarawak Abang Ahmad Kerdee Masagus pula
mengumumkan haluannya.

Setelah 12 tahun terlibat dalam kepimpinan pelbagai peringkat, Ahmad Kerdee berkata beliau kini tidak akan menerima lagi sebarang pelantikan ke dalam PAS negeri, sayap Pemuda mahupun jawatankuasa pusat.

Dalam kenyataannya, beliau memberikan alasan mahu memberi tumpuan terhadap dua kawasan pilihan raya PAS di Sarawak, iaitu Beting Maro dan Sebuyau.

"Keputusan ini pada saya, yang terbaik untuk diri saya buat masa ini.

"Boleh jadi sahabat-sahabat dan teman- teman pimpinan punya pandangan yang berbeza, saya mohon untuk dihormati pendirian ini dan beri peluang kepada saya bergerak ke hadapan dalam 'zon khas' bagi sesi ini.

Jawatan terakhir peguam itu sebagai anggota jawatankuasa pusat. Beliau juga anak Sarawak pertama dilantik ke jawatan itu.

Dalam pemilihan kali ini beliau bertanding mempertahankan jawatannya tetapi kalah selepas kumpulan proulama mencapai kemenangan besar hampir seratus peratus.

PAS hanya marah DAP bukan PKR, kata ketua Dewan Ulama

Posted: 07 Jun 2015 08:00 PM PDT

 
 PAS hanya marah DAP bukan PKR, kata ketua Dewan UlamaPerasaan marah PAS hanya ditujukan kepada DAP, namun tidak PKR menyebabkan parti Islam itu memutuskan 'tahaluf siyasi' dengan parti demokratik itu tetapi masih kekal dalam Pakatan Rakyat (PKR), kata Datuk Dr Mahfodz Mohamed. 
 
Ketua Dewan Ulama parti itu berkata, walaupun PKR juga turut tidak bersetuju dengan hudud, tindakannya tidak 'sekeras' apa yang dilakukan DAP.

"Sebab itulah kita merasakan masih perlu bersama dalam PR, khususnya PKR. Usul ini pandangan Dewan Ulama, tidak tahu sama ada akan diterima atau tidak," katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama Utusan Malaysia edisi mingguan hari ini.

Kenyataan beliau itu dipercayai bagi menjelaskan keputusan Dewan Ulama dalam muktamar tahunannya minggu ini menghentikan hubungan dan kerjasama dengan DAP sepertimana diusulkan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Mokthar Senik.

Mahfodz berkata kepada akhbar milik Umno itu, walaupun 2 parti itu tidak berkongsi dasar yang sama, PAS lebih senang berunding dengan PKR mengenai sebarang isu termasuk hakikat yang kepimpinan tertinggi parti berkenaan dipegang Melayu Islam.

"Walaupun dasar PKR tidak sama dengan dasar PAS, tetapi DAP lebih keras penentangannya terhadap hudud. Kebetulan pula PKR masih dikuasai oleh orang Melayu Islam.

"Kalau dengan PKR, kita boleh berunding, tetapi dengan DAP, mungkin tidak boleh berunding," katanya.

Malah beliau turut mengakui kemenangan golongan ulama dalam pemilihan PAS, yang dianggap mencipta 'gelombang' oleh ahli parti, sebagai tindak balas kepada 'kebiadaban' DAP terhadap presiden parti Islam Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


"Hari ini apabila DAP menghentam Hadi dan PAS, maka Dewan Ulama rasa bertanggungjawab untuk kita beri respons kepada mereka," katanya.

Belia berkata, ia termasuk keputusan meluluskan usul itu sebulat suara tanpa bantahan, menjadikannya satu amaran kepada DAP supaya berhenti menyerang PAS.

"Tujuan kita untuk DAP berhenti daripada cakap-cakap perkara itu. Tutup mulut mereka sedikit.

"Nampaknya mesej kita dah sampai. Lim Guan Eng pun dah nampak senyap sikit," katanya dipetik berkata kepada akhbar itu.

Mahfodz dilaporkan berkata, beliau difahamkan, usul memutuskan kerjasama politik dengan DAP akan diluluskan kepimpinan tertinggi parti tanpa dibahaskan.

Dalam wawancara tersebut, beliau juga menyentuh mengenai kemenangan majoriti golongan ulama yang disifatkannya memudahkan kerja presiden.

Katanya, selepas ini Hadi akan lebih senang membuat keputusan menyentuh dasar parti berbanding sebelum ini di mana beliau mengalami kesukaran berbuat demikian. – TMI

Ramalan terburuk tentang Pakatan sedang berlaku pakatan-rakyat

Posted: 07 Jun 2015 07:15 PM PDT


Zack Ahmad's photo. GELANG PATAH, 7 JUN: 

Keputusan PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP merupakan bukti Pakatan Rakyat (PR) tidak dapat berfungsi sebagai satu pakatan, kata Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang.

Beliau berkata, langkah parti Islam jelas mengesahkan ramalannya dua minggu lalu bahawa PR tidak akan bertahan selepas Muktamar PAS. 

"Dengan usul dalam Muktamar PAS, politik Malaysia memasuki fasa baru yang membawa kesan serta merta. 

"Nampaknya ramalan terburuk saya untuk PR telah berlaku dan apa yang tinggal hanyalah upacara pengebumiannya," katanya. 

Kata Ketua Parlimen DAP itu, kedudukan itu memberikan satu lagi kemenangan kepada pakar strategi UMNO yang selama ini bermati-matian mahu menghancurkan PR dengan hasutan seperti kerajaan perpaduan dan pelaksanaan hudud. 

Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan dilaporkan berkata, Dewan Ulama PAS meluluskan usul memutuskan hubungan dewan itu dengan DAP bagi membalas dendam kerana kononnya DAP terlalu banyak menyerang partinya. 

Menurut Kit Siang, keputusan drastik PAS jelas akan turut membawa masalah kepada pentadbiran negeri yang diterajui PR seperti Pulau Pinang dan Selangor. 

"Di Pulau Pinang sebagai contoh, usul muktamar akan membuatkan mustahil bagi wakil PAS untuk terus bekerja di pelbagai peringkat dalam kerajaan negeri. 

"Di Selangor, senario paling buruk akan berlaku seperti pilihan raya negeri terpaksa diadakan," katanya. 


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.

Dr Mahfodz dedah sebab golongan profesional disingkirkan

Posted: 07 Jun 2015 06:30 PM PDT

Berikut adalah wawancara Utusang dengan DATUK DR. MAHFODZ MOHAMED KETIKA ditemui di Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-61 di Kuala Selangor pada Jumaat lalu.

Rencana asalnya di sini. Saya sekadar mencelah memberikan komen saya dengan tinta merah dengan merujuk sumber-sumber berita yang lalu secara ringkas sahaja.

MINGGUAN: Golongan ulama ternyata menguasai sepenuhnya pemilihan Pas kali ini, apa komen Datuk? DR. MAHFODZ: Saya secara peribadi gembira dengan ke­pu­­tu­san tersebut kerana ia menggambarkan perwakilan memahami hasrat kepemimpinan Pas dan mahu Pas kembali kepada kepemimpinan ulama.

Namun ia bukanlah bermaksud kita meno­lak golongan profesional. Apa yang perlu difahami selain Ahli Jawatankuasa (AJK) yang dipilih, terdapat lapan orang lagi yang akan dilantik.

Gembira dengan cara kempen yang tidak beretika? Dengan kerja-kerja sabotaj terhadap pihak lawan. Melarang presiden dari dicabar. Surat tawaran pencalonan kepada Ust Ahmad Awang disorok. Syukur alhamdulillah ada org pergi ke Pejabat Agung dan tolong ambilkan.

Kalau Ust Ahmad Awang tunggu surat dihantar ke alamatnya, sampai tutuplah surat tak sampai.Dengan penyingkiran golongan profesional seperti Mat Sabu, Khalid Samad, Dr Hatta , Salahuddin Ayub dan lain-lain tu dengan cara yang keji dan hamburan fitnah, kamu nak pujuk depa tu untuk mengisi 8 kekosongan dengan belas ehsan korang? Kamu ingat mereka tidak ada maruah ker?

Mereka bukan manusia pelastik (pinjam istilah Mat Sabu pada penutup muktamar PAS ke-60 lalu. Jadi kita boleh isi dengan golongan profesional, kita memerlukan gabungan golongan ulama dan profesional bagi memimpin parti.

Sebenarnya, kita bukan tidak mahu golongan profesional tetapi dengan adanya lebih ramai golongan ulama ia akan memudahkan kerja Presiden untuk membuat keputusan yang menyentuh dasar parti.



 Sebelum ini beliau menghadapi kesukaran dalam soal tersebut. Ya, Datuk mahukan jenis tukang angguk-angguk kan? kan? Supaya setiap apa kata presiden, itulah keputusan parti ...

Apakah keputusan kali ini juga didorong oleh perasaan kecewa perwakilan apabila melihat golongan profesional masih gagal melaksanakan agenda Islam Pas seperti yang diharapkan?

DR. MAHFODZ: Saya tidak tahu perkara itu tetapi kemenangan mereka mungkin disebabkan berkempen sedangkan golongan ulama tidak berkempen. Cuma kali ini apabila kita menyedari apa yang dilakukan oleh golongan profesional, kita tidak boleh berdiam diri. Kita akui golongan ulama melakukan kempen tetapi ia dilaksanakan secara bersih tanpa memburuk-burukkan lawan. Kita anggap ini pertandingan adik-beradik, mungkin kempen seumpama inilah yang memberi kesan kepada ahli Pas. Secara bersih tanpa memburuk-burukkan lawan?



Nampak sangat mohong! Cer baca di sini Selain itu juga, apabila kita menye­dari golongan ulama kurang (dalam AJK Pas Pusat) maka kita turun padang melawat kawasan-kawasan bagi membuat penjelasan.

Antara penjelasan yang diberikan ialah mengenai dasar parti, pera­nan ulama dan matlamat Pas ialah mewujudkan sebuah masyarakat yang hidup dalam nilai-nilai Islam. Alhamdulillah, melalui gerakan turun padang ini termasuklah oleh saya sendiri, kita pun tidak menjangka apabila pemilihan berlangsung, golongan ulama mendominasi termasuk di Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.

Benarkah gelombang ulama yang melanda Pas sebagai tindak balas terhadap kebiadaban DAP kepada Abdul Hadi? DR. MAHFODZ : Memanglah.



Dalam ucapan di Muktamar Dewan Ulama saya kata Pas kena nilai semula tahaluf siyasi dengan DAP. Dua tahun lepas pun semasa Ijtimak Ulama di Kedah, Dewan Ulama yang ketika itu dipimpin oleh Allahyarham Datuk Harun Taib sudah membuat tuntutan yang sama.

Bagaimanapun oleh kerana ketika itu digambarkan tidak ada isu berkaitan sikap DAP, semua orang attack Dewan Ulama. Justeru Dewan Ulama pun senyap tetapi hari ini, apabila DAP menghentam Abdul Hadi dan Pas, maka Dewan Ulama berasa bertanggungjawab untuk kita respon kepada DAP. Berikutan ucapan saya itu akhir­nya diwujudkan usul tergem­par yang diluluskan secara sebulat suara tanpa sebarang bantahan.

Tuju­an kita adalah supaya DAP ber­henti daripada cakap-cakap perkara itu, tutup mulut mereka sedikit. Nampaknya dalam masa dua tiga hari ini, mesej kita sudah sampai. Lim Guan Eng pun dah nampak senyap sikit.

Benarkah LGE senyap macam Dr Mahfodz kata? Nampak dia mohong lagi kan? Baca di sini Usul tergempar agak aneh kerana mahu berada dalam pakatan pembangkang tetapi tidak mahu bekerjasama dengan DAP? DR. MAHFODZ: Yang kita marah itu kepada DAP bukan PKR.




Walaupun PKR tidak bersetuju dengan hudud tetapi tidaklah sekeras apa yang dilakukan oleh DAP sebab itulah kita merasakan masih perlu berada dalam pakatan khususnya bersama PKR. Usul ini adalah pandangan Dewan Ulama, sama ada diterima atau tidak belum tahu lagi.

Tetapi saya difahamkan ia akan diluluskan tanpa bahas bagi mengelakkan provokasi kerana kalau ia dibentangkan sudah pasti akan dipersetujui dengan dikeluarkan kata-kata yang keras. Awat hang terkejut biawak? Hang kata ia akan diluluskan tanpa bahas Awat hang dah terciritkah?

Tunggu apa? Baca lagi di sini Tetapi dalam banyak kes PKR dlihat cenderung menyokong DAP berbanding Pas? DR. MAHFODZ: Walaupun dasar PKR tidak sama dengan dasar Pas, tetapi DAP lebih keras penentangannya terhadap hudud kebetulan pula PKR masih dikuasai oleh orang Melayu Islam.

Kalau dengan PKR, kita boleh berunding tetapi dengan DAP mungkin tidak boleh berunding. Tetapi saya kira dengan usaha itu mudah-mudahan DAP akan sedar, kita pun ada maruah, dia pun ada pendirian sendiri, dengan adanya pendirian dan sikap

Dewan Ulama ini, maka itu akan dapat mendekatkan sedikit antara ketiga-tiga parti. Sikap Presiden yang flip-flop itulah yang buat rakan-rakan marah.Isu MB Selangor, PAS main taik tapi marahkan PKR. Isu Hudud, PAS juga yang main taik, DAP pula yang dipersalahkan.

Malas nak ulas bab ni sebab dah banyak kali saya sentuh dalam entri yang lalu. Dulu biarpun ada pertandingan Pas tidaklah berpecah, tetapi sekarang sejak mengadakan tahaluf siyasi dengan PKR dan DAP, situasinya sudah berubah. Ada pemimpin Pas yang mempertahankan kerjasama itu lebih daripada dasar parti sendiri? Apa pandangan Datuk?

DR. MAHFODZ: Pas sudah banyak menjalinkan tahaluf siyasi dengan pelbagai parti sebelum ini. Terbaharu pada 2009, kita sudah jelaskan kepada ahli Pas ada syarat-syarat tahaluf, kalau ia tidak ditunaikan maka terbatal.

Kita bertahaluf dengan DAP yang mempunyai matlamat ke Putrajaya. 


Oleh sebab itu matlamat mereka maka mereka mahu dasar-dasar Pas (bagi meraih sokongan), tetapi kita dalam mesyuarat AJK Pusat dan ceramah menjelaskan tahaluf ini hukumnya harus yang asalnya haram.

Diharuskan kerana kita mempunyai persamaan dari segi menjatuhkan UMNO dan menentang kezaliman. Woit! Kalau nak batalkan batalkanlah dengan rasmi.Cakap terang-terang. Kalau masih lagi on, semua keputusan mestilah ikut konsensus, jgn buat keputusan sendiri bila dah setuju masa bermesyuarat.

Namun oleh kerana terlampau ghairah mahu ke Putrajaya, mungkin ada dalam kalangan pemimpin Pas yang lalai memandangkan dalam keadaan apa pun ketaatan (wa'la) mesti diberikan keutamaan kepada kepemimpinan Pas.

Kita akui memang betul ada dalam kalangan pemimpin Pas yang lupa atau terlepas pandang hingga sanggup mempertahankan (pihak lain). Isu Menteri Besar Selangor contohnya, ada pemimpin Pas mendahului kepemimpinan pusat dalam membuat keputusan.

Ketika itu Pas pusat belum memutuskan sama ada akan menyokong atau tidak Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tetapi dua Ahli Dewan Undangan Negeri kita terus beri sokongan. Janganlah nak mohonglah Datuk.

Malas nak ulang cerita yg sama nih! Karektor Hj hadi dalam isu ini sangat memalukan.Tercatit dakam sejarah negara. Anak cucu kita baca nanti tentu geleng kepala... Kerana tindakan berani 2 Adun PAS inilah sebenarnya yang telah menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan menggagalkan cubaan Hj Hadi mewujudkan Unity Government di Selangor bersama Umno.

Berapi-api marahnya Hj Hadi disebabkan tindakan 2 Adun PAS tersebut hingga sanggup melabel anak buah sendiri sebagai 'Broker' dan 'Barua'.

Tetapi akhirnya tembelang nya pecah berderai, rupa-rupanya dia sendiri adalah 'Broker' dan 'Barua'disebalik jubah dan lilitan serbannya! Keadaan itu berlaku kerana ada dalam kalangan AJK Pas Pusat yang selalu menyanggah pandangan Presiden dan Majlis Syura Ulama. Memang ada kesannya apabila kita bertahaluf dengan DAP.

Akhirnya ada antara pemimpin Pas yang memberikan kesetiaan dan kasih sayang lebih kepada DAP dan PKR. Segelintir calon golongan profesional yang berkempen menyatakan golongan ulama tidak layak memimpin dan sukar Pas menang pilihan raya?

DR. MAHFODZ: Dalam kalangan ulama ada yang lulusan muamalat, perbankan Islam, pentadbiran Islam, ada yang pernah menjadi profesor. Bagi saya apa yang mere­ka katakan itu tidak tepat. Sebab itulah bila kita jawab (menggulung perbahasan), Dewan Ulama pun ada sentuh soal Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Tabung Haji dan 1MDB. Ulama bukan sekadar mengetahui dan menghafaz al-Quran serta hadis seperti mana dituduh sesetengah pihak.

Dalam kalangan ulama ada yang bijak bidang politik. Bagi saya, pertembungan ini bukan antara ulama dengan profesional kerana dalam ulama ada yang terlibat bidang profesional dan ada profe­sional dalam bidang ulama.

Saya boleh pastikan siapa daripada golo­ngan ulama menyebelahi pro­fesional. Apa pun pertembungan ini adalah fitrah. Woit! Kita mahu sejauh mana kehebatan ulama menggulung perbahasan di parlimen. 



Bukan sekadar dipentas ceramah markaz atau sesama sendiri. Terbukti yang ada sekarang ni seperi KP baru, Nik Abduh dan Nasrudin Hassan tu hanya memanaskan kerusi duduk masing-masing.

Kalau bangun pun cerita pasal pengadil bola sepak, bukan pasal sistem kehakiman negara, misalnya. Adakah pertembungan kali ini akan membawa perpecahan dalam parti? DR. MAHFODZ: Pertembungan kali ini memang telah membentuk dua kumpulan iaitu yang disebut-sebut kumpulan ulama dan profesional.

Sebab itulah kempen hari ini memang jelas, contohnya kalau orang itu memilih tok guru (Abdul Hadi), dia akan memilih semua orang tok guru.

Kalau dia memilih Ahmad Awang dia akan memilih semua orang Ahmad Awang bagi semua jawatan. Baguslah dia sendiri akui mengenai perpecahan berlaku kerana keghairahan untuk merebut jawatan dalam parti.

Amalan demokrasi sudah bertukar jadi autokrasi. Eloklah nama parti Islam SeMalaysia itu ditukar nama jadi parti Hj Hadi sahaja.

Datuk kata pemilihan kali ini akan memudahkan kerja kerana ia membentuk satu pasukan yang mempunyai matlamat yang sama, boleh ulas lanjut? DR. MAHFODZ: Bila banyak ulama dalam AJK Pas Pusat, kemudian dibantu pula oleh golongan proulama dalam Dewan Ulama,

Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat maknanya hala tuju akan datang lebih jelas, satu arah, satu matlamat, apabila semua macam itu, ia akan memudahkan kerja.

Sekarang ini saya terus terang, golongan profesional dominan, dia kuat dan boleh beri fakta-fakta menyebabkan keputusan tidak boleh dibuat. Sebab itulah kadang-kadang tok guru terpaksa buat keputusan sendiri.

Beliau merujuk kepada Majlis Syura sahaja. Kalau dibawa kepada AJK Pusat, memang kalah. Kali ini apabila kebanyakan AJK sokong ulama maka memang kerja akan menjadi mudah kerana masing-masing tahu dasar-dasar Pas.

Semua ustaz memahami perkara itu dan memang kesetiaan mereka kepada Presiden akan lebih kukuh. Woit! Ini rupanya sebab mengapa golongan profesional disingkirkan... 'golongan profesional dominan, kuat dan boleh beri fakta-fakta menyebabkan keputusan tidak boleh dibuat.'

Maknanya, ulama tak boleh nak patahkan hujjah golongan profesional, tetapi ulama tetap mahu supaya setiap apa kemahuan Hj Hadi menjadi keputusan yang tidak boleh dibantah walaupun ada hujah? Mahu jadikan Hj Hadi sebagai seorang diktator?

Ya, amat benat kata Datuk, apabila semua parasit-parasit , jebon-jebon semua sudah berjaya disingkirkan, hala tuju akan datang lebih jelas, satu arah, satu matlamat, apabila semua macam itu, ia akan memudahkan kerja untuk bersama Umno kan? Hasan Ali cakap di sini Pas sudah melakukan pelbagai usaha untuk menyakinkan DAP menerima dasar Islam Pas tetapi sehingga ke hari ini masih gagal, adakah selepas ini ia akan berjaya?

DR. MAHFODZ: Apa yang didakwa oleh DAP bahawa mereka tidak diberi taklimat atau tidak memaklumkan kepada mana-mana individu dalam parti itu hanya alasan sahaja, sebab kita sentiasa menerangkan dasar-dasar Pas.

Sepatutnya DAP memahami hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud sudah wujud sebelum kerjasama antara kedua-dua parti berlaku. Kita sudah bincang sejak tahun 1990-an lagi, masa itu pun kita sudah jemput orang bukan Islam dalam seminar dan bengkel bagi membolehkan mereka memahami dasar Pas.

Tetapi akhir-akhir ini DAP secara konsisten menentang hukum hudud walaupun kita sudah jelaskan hukum itu hanya untuk orang Islam sahaja.

Apa yang pernah LKS nyatakan di Kota Baru yang geng ulama fitnahkan itu, adalah menepati sebagaimana yang Hj Hadi dan Dr Mahfodz sendiri pernah nyatakan.Lihat kenyataan LKS transkripnya di sini dan bandingkan dengan berikut: Pada sidang media selepas mengadakan ceramah Pra-Bubar Parlimen di Kuala Berang, Presiden Pas, Hj Hadi Awang berkata,hukum hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan walaupun ia akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Ulangan :hukum hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan! Klik videonya di sini ] Pada tahun 1993, undang-undang syariah ini untuk orang Islam manakala orang bukan Islam diberi pilihan sama ada nak ikut undang-undang itu atau yang lain.

Kemudian apabila perbincangan diadakan semula kita putuskan dalam pindaan 2015 undang-undang tersebut hanya untuk orang Islam sahaja.Sepatutnya tidak berbangkit lagi penentangan daripada DAP.

Bagi saya, nak tarbiah DAP memang susah kerana mereka orang bukan Islam tetapi Alhamdulillah kita boleh tarbiahkan ahli-ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP).

Melalui penjelasan yang saya berikan di beberapa negeri, ahli-ahli dewan itu lebih faham daripada orang Islam sendiri. Sebenarnya saya tidak tahu sikap DAP memandangkan dulu apabila kita menyertai gabungan pembangkang, DAP bertindak keluar daripada gabungan tersebut dan mereka berjaya memperolehi undi lebih banyak daripada orang Cina.

Sekarang ini kemungkinan disebabkan Pilihan Raya DUN Sarawak semakin dekat, dalam usaha memujuk orang bukan Islam Sarawak memberikan sokongan kuat kepada DAP maka dizahirkan kaitan usaha kerjasama Pas dengan Barian Nasional (dalam pelaksanaan hudud). [Saya sangat setuju bila Datuk kata :

'Alhamdulillah kita boleh tarbiahkan ahli-ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP).

Melalui penjelasan yang saya berikan di beberapa negeri, ahli-ahli dewan itu lebih faham daripada orang Islam sendiri.' Boleh tak Datuk tolong jawapkan pertanyaan mad'u Datuk yang berikut: Apakah larangan fitnah tiada dalam Al-Quran?

Pindaan EKJS Akta 355 ... Mana hududnya Datuk? Jangan nak temberanglah Datuk Mahfoz! Kalau mengikut enam garis panduan Tahaluf Siyasi yang diputuskan oleh Majlis Syura terdapat beberapa perkara sudah dilanggar oleh DAP?

Kenapa Pas masih berdiam? DR. MAHFODZ: Pas banyak bertoleransi sebab kita sayang tahaluf, kita masih tidak lari. Kenapa kita bersikap demikian, sebab kita hendak menjatuhkan UMNO. Sebab itulah saya sangat marah apabila kita dikatakan kritik DAP kerana mahu bersekutu dengan UMNO.

Itu tidak pernah dibincangkan. Semasa muktamar di Batu Pahat, kita memang telah menegaskan tidak akan berurusan dengan UMNO tetapi "orang sebelah sana" masih menjadikan ia "wirid" bila kita tidak erat dengan DAP, maka kita dituduh hendak kepada UMNO.

Itu tidak betul. Yang ini bagaimana Datuk Mahfodz? Kenapa tak disiasat pengakuannya?

Kenapa tidak ada apa-apa tindakan hingga sekarang? Videonya ada di sini Apa peranan Majlis Syura kerana sebelum ini ia dilihat sekadar "penghias organisasi" sahaja? DR. MAHFODZ:

Ini berlaku kerana sesetengah pemimpin Pas tidak komited kepada kepemimpinan Pas, tidak komited kepada Majlis Syura sehinggakan walaupun Majlis Syura sudah beri amaran supaya jangan berkawan dengan Pasma mereka tidak indahkan.

Tetapi kali ini oleh sebab proulama sudah menguasai AJK Pas Pusat maka tidak akan timbul masalah tersebut. Masa itulah kita memperkukuhkan Majlis Syura dengan majlis itu mengeluarkan arahan-arahan yang sudah pasti akan dipatuhi oleh AJK Pas Pusat.

Apabila mereka akur maka ia akan dikeluarkan kepada Pas kawasan. Sebelum ini, masalah berpunca daripada AJK Pas Pusat yang tidak akur kepada kepemimpinan dan Majlis Syura. [Majlis Syura lebih berkuasa dari perlembagaan PAS yang tidak pun menghalang ahli PAS daripada bergiat didalam mana-mana NGO.

MSU telah bertindak melampau dari kuasa yg ada padanya.] DAP kata akan membuat pendirian berkaitan hubungannya dengan Pas selepas pemilihan ini?

DR.MAHFODZ: Kita harapkan signal sudah ada bahawa Pas memang masih memerlukan Abdul Hadi dan disokong oleh kumpulan proulama.

Mudah-mudahan DAP akan sedar bahawa Pas bukannya dikuasai oleh seorang iaitu Presiden. Ini berbeza DAP yang "di-veto" oleh Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang.

Kita memang membuat keputusan itu selepas ia dirujuk kepada AJK Pas Pusat kemudiannya Majlis Syura, banyak peringkat. Kita yakin Majlis Syura akan berfungsi sepenuhnya supaya DAP mengambil pelajaran, tidak mudah memperkotak-katikkan Presiden kerana menyangka Abdul Hadi itu segala-galanya. Woit! Majlis Syura Ulama, Dewan Ulama, AJK PAS Pusat yang sekarang ini adalah terdiri dari orang yang sama kan? kan? Kah! Kah! Kah!

All are presiden yes-men! Dari segi penyatuan umat Islam, bagaimana Pas mahu memainkan peranannya? DR.MAHFODZ: Kita tidak menolak perbincangan dengan sesiapa pun.



Kalau DAP dan orang bukan Islam kita boleh bekerjasama dan berbincang maka dengan orang Islam sendiri biarpun berlainan ideologi kita boleh berbuat demikian.

Tetapi kita mestikan berfikiran terbuka kerana (bagi) orang Pas, kita jumpa UMNO sahaja (mereka kata) nak masuk UMNO sedangkan ada perkara lain yang dibincangkan. Contohnya hendak melaksanakan hukum hudud, mestilah mendapat sokongan UMNO, kalau bergantung kepada PKR dan DAP sahaja tidak boleh harap.

Ada kalanya kita perlu berbincang, berbuat demikian bukan bermakna bekerjasama. - sumber: utusan Perkhabaran terbaharu ialah – Dipertua Dewan Rakyat Tan Seri Pandikar Amin Mulia memaklumkan usul perlu dibawa oleh wakil kerajaan.

Beliau juga menjelaskan sebab utama usul hudud tidak disenarai pada sidang dewan Rakyat yang lalu disebabkan dibawa oleh Presidejn PAS Datuk Seri Hadi Awang. Datuk sedar ke tak ni?

Tolonglah tanyakan Hj Hadi bila nak bentang? Bukan RUU persendirian Hj Hadi tu lah... sampai bila pun tak akan boleh sebab speaker dewan dah cakap tu. Saya tanya, bila nak bentang tilam? Suruhlah Hj Hadi tu berehat....

Aku pun dah ngantuk nak tidor....

PERKUKUH PAKATAN RAKYAT !!

Pentas Ceramah PAS Akan Sepi Selepas Ini

Posted: 07 Jun 2015 06:00 PM PDT





SUARA LANTANG: Salah satu kekuatan Pas selama ini ialah penguasaannya dalam pentas-pentas ceramah di seluruh negara. Sama ada terdapat isu-isu besar yang melanda negara atau sekadar menyampaikan mesej perjuangan, kekuatan di pentas ceramah itulah antara sebab yang menjadikan Pas semakin kukuh di hati orang-orang Melayu.

Dalam ceramah yang disampaikan itu, bukan saja aspek perjuangan Islam, keperluan menegakkan apa yang disuruh Allah dan menghuraikan isu-isu semasa yang menjadi penekanan, tetapi penting juga ialah siapa yang menyampaikan ceramah itu.


Bagi kebanyakan orang, khususnya yang tinggal jauh di pedalaman atau kampung-kampung, menghadiri ceramah Pas bukan saja untuk mengukuhkan lagi keyakinan terhadap perjuangan parti, bahkan juga untuk mendapat tambahan ilmu dan maklumat mengenai isu-isu semasa berikutan ahli Pas memang dididik untuk tidak mempercayai berita daripada media arus perdana.

Selebihnya, ramai juga yang menghadiri ceramah Pas kerana tertarik, kagum atau terhibur dengan penyampaian penceramah yang dijemput itu.

Suatu ketika Allahyarham Datuk Fadzil Noor, bekas Presiden Pas amat dikagumi dan sentiasa mendapat limpahan hadirin setiap kali ceramahnya diadakan. Beliau bukan saja berceramah dengan lantang mengenai ketidakadilan dan pelbagai salah UMNO dan BN yang diselitkan dengan ayat-ayat Al Quran dan Hadis, tetapi mempunyai kritikan dan analisa yang tajam dari sudut politik. Lawak jenaka dan sindiran politiknya seringkali membuatkan ramai tidak kering gusi mendengar ceramahnya.

Datuk Seri Haji Awang pula, ketika zaman mudanya digilai di mana saja ceramahnya diadakan kerana isi dan suaranya yang keras serta tiada komprominya dalam memperkatakan kebenaran. Perkataan kafir, taghut, zalim, munafik dan seumpamanya jarang lekang daripada pengucapannya. Anak-anak muda dan mereka yang baru mengenal perjuangan Pas amat mudah terangsang dengan kata-kata semangat yang disampaikannya.

Allahyarham Nik Aziz tidak terkecuali daripada kehebatan menguasai pentas-pentas ceramah di seluruh negara. Kedudukannya sebagai seorang yang alim, zuhud dan kata-kata yang disampaikannya bersandarkan hukum Al Quran dan Hadis menjadikannya antara paling digemari.

Namun sejak 10 atau 15 tahun kebelakangan ini pula, antara tokoh Pas yang menjadi minat ramai di pentas-pentas ceramah ialah Mohamad Sabu, Mahfuz Omar, Husam Musa, Salahuddin Ayob, Khalid Samad, Dr Mujahid, Dr Hatta Ramli, Nizar Jamaluddin dan ramai lagi. Mereka ini bukan saja hebat di pentas ceramah dengan pembongkaran isu-isu semasa politik negara, bahkan juga aktif dalam forum, sidang akhbar dan sentiasa peka untuk mengulas isu-isu semasa dalam negara.

Antara kelebihan mereka ini ialah kehebatan berpidato atau berceramah dan memberi penerangan mengenai pelbagai isu semasa. Sambil berceramah, menegakkan hukum, mengukuhkan keyakinan dan memberi penerangan berkaitan isu-isu semasa negara, mereka juga menyelitkannya dengan unsur hiburan atau lawak jenaka.

Selama berpuluh tahun itu, tokoh-tokoh Pas daripada kalangan profesional inilah yang ligat menguasai pentas ceramah di seluruh negara, tambahan pula Haji Hadi Awang tidak lagi seagresif dulu menyampaikan ceramahnya berikutan kesibukan lain sebagai Presiden Pas banyak mengekang jadualnya.

Seiring dengan itu, tokoh-tokoh Pas dari kalangan ulama atau berpendidikan agama hampir tenggelam di pentas ceramah berikutan isu-isu semasa yang berlarutan dan silih berganti menjadikan mereka daripada kalangan profesional ini lebih digemari oleh khalayak ramai.

Bagaimanapun, berikutan pertembungan antara kumpulan ulama dan profesional dalam Pas, semua tokoh-tokoh ini kecundang dalam pemilihan baru-baru ini. Mohamad Sabu kecundang di tangan Tuan Ibrahim Tuan Man bagi jawatan Timbalan Presiden. Bagi jawatan Naib Presiden pula, Husam Musa, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayuh tewas ditangan Idris Ahmad, Mohd Amar Abdullah dan Iskandar Samad.

Bagi jawatan AJK, kecuali Mazlan Aliman, kesemua tokoh daripada kalangan profesional yang mana antaranya menjadi Ahli Parlimen, bekas Menteri Besar dan sebagainya serta cukup dikenali di kalangan rakyat, telah "dibersihkan" oleh kumpulan ulama daripada menduduk kerusi kepimpinan Pas di peringkat pusat.

Dengan wajah baru Pas sekarang, tidak dapat tidak Pas akan berdepan dengan masalah yang berbagai di masa depannya. Walaupun ingin kekal bersama PR, tetapi kepimpinan baru ini semestinya lebih bermasalah dengan DAP dalam fasa-fasa seterusnya.

Selain undi dan dan sokongan daripada bukan Melayu akan berkurangan, Pas juga mungkin tidak lagi diminati oleh kalangan profesional, kakitangan awam, swasta dan pengundi muda berikutan ketiadaan kepimpinan profesional dalam kepimpinan tertinggi parti itu. Mereka selama ini menyokong perjuangan Pas adalah kerana tertarik dengan Islam yang dibuktikan dengan penyertaan ramai kalangan profesional menyertai dan menguasai kepimpinan parti itu.

Sudah tentu tidak ramai golongan tersebut yang menyertai Pas kerana tertarik dengan Tuan Ibrahim Tuan Man, Nik Abduh atau Nasharuddin Tantawi berbanding daya tarikan daripada Mohamad Sabu, Husam Musa, Salahuddin Ayub, Mahfuz dan seumpamanya.

Yang lebih memberi kesan kepada Pas selepas ini ialah kelopongan dalam menguasai pentas-pentas ceramah di seluruh. Tuan Ibrahim sebagai Timbalan Presiden tidak dinafikan boleh berceramah kerana selalu muncul dalam program Forum Perdana Ehwal Islam di TV sebelum ini, tetapi kehebatannya menarik audiens tidaklah sekukuh Mohamad Sabu.

Di kalangan Naib Presiden, siapakah yang mahu mendengar ceramah Idris Ahmad, Nik Amar Abdullah dan Iskandar Samad berbanding Husam, Mahfuz dan Salahuddin Ayub sebelum ini?

Begitu juga di kalangan AJK baru yang ada sekarang, mereka mungkin lebih ilmu agama dan pengetahuan dalam hukum halal haram, namun hampir tidak dikenali dan kosong aura dalam menarik kehadiran orangramai di pentas- ceramah berbanding tokoh-tokoh profesional yang tewas itu.

Dengan ini, dalam tempoh dua tahun akan datang di mana kepimpinan baru ini memikul tanggungjawabnya, kesuraman dan hilangnya daya tarikan Pas sudah pun dapat dirasai. Jika berlarutan sehingga PRU 14 akan datang, tidak mustahil bukan saja kehilangan lebih banyak kerusi akan dialami oleh parti itu, bahkan Kelantan pun akan kembali ke pangkuan BN.

- oleh Shahbudin Husin



Posted by Jeebond BLM

Kit Siang Jumpa Hadi Di Kundasang, Bersalam Dan Beredar

Posted: 07 Jun 2015 05:30 PM PDT

 


Ketika ketegangan hubungan PAS-DAP, dua pemimpin utama parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang kebetulan bertemu di Kundasang, Sabah hari ini.

Menurut saksi kejadian, pertemuan berlaku ketika Lim hendak beredar ke Kinabalu Park apabila  Hadi tiga dengan sebuah pacuan empat roda.

Lim kemudian mendekati Hadi dan mereka berdua bersalam.

"Mereka berdua tidak bercakap apa-apa," kata Pengarah Pendidikan Politik DAP Sabah  Ginger Phoong, ketika dihubungi.

Kedua-dua pemimpin parti sekutu dalam Pakatan Rakyat itu kemudian membawa haluan masing-masing.

Hadi dikatakan terus meninjau kawasan itu manakala Lim yang sampai awal beredar.

"Ia mesra, tapi canggung," kata  Phoong, ketika diminta mengambarkan pertemuan itu.

Muktamar PAS yang berakhir semalam menerima usul Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas.

Seperti dijangka, langkah itu mengeruhkan lagi hubungan kedua-dua parti yang dilihat semakin tidak sehaluan.

Susulan keputusan muktamar PAS, kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP membuat keputusan akan menerima peletakan jawatan anggota parti Islam itu daripada kerajaan negeri dengan segera.

Kundasang antara kawasan terjejas gempa bumi di Sabah.

Kemelut Pas-DAP: PKR jadi orang tengah Adam Abu Bakar

Posted: 07 Jun 2015 05:00 PM PDT

 
Fahmi Fadzil ,pas,dap

Pimpinan PKR akan bertemu dengan pimpinan kedua-dua parti bagi merealisasikan tujuan itu


PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi orang tengah dalam usaha memulihkan hubungan antara Pas dan DAP, dalam Pakatan Rakyat (PR).

Penyelesaian akan dicari bagi menggatasi kemelut yang timbul di antara parti berkenaan.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil memaklumkan satu perjumpaan membabitkan pimpinan PKR, Pas dan DAP akan diadakan bagi merealisasikan tujuan itu.


"Pimpinan PKR berunding dengan pimpinan PAS dan DAP dalam masa terdekat," katanya dalam sidang media ringkas di Ibu Pejabat PKR, pada Ahad.

Jelasnya, Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR telah mengadakan mesyuarat bulanan pada Ahad untuk membincangkan keadaan terkini politik tanah air.

"PKR bertekad dan istiqamah untuk terus perjuangkan harapan rakyat berlandaskan kerangka Pakatan Rakyat (PR)," ujarnya.

PKR akan bincang kemasukan PasMa ke dalam PR Adam Abu Bakar

Posted: 07 Jun 2015 09:00 AM PDT

 
wan azizah,pasma

Ia dilakukan dengan mengambil kira pelbagai pandangan memandangkan kedudukannya yang berstatus pertubuhan bukan kerajaan (NGO)


PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan perbincangan mengenai kedudukan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang dikatakan akan menyertai Pakatan Rakyat (PR)

Ia dilakukan dengan mengambil kira pelbagai pandangan memandangkan kedudukannya yang berstatus pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Mengulas mengenai perkara itu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ia akan dibawa ke dalam mesyuarat.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan sama ada akan berbincang dengan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dan pemimpin-pemimpin PR yang lain.

"PasMa masih lagi sebuah badan bukan kerajaan (NGO). Kita akan bertemu dan berbincang mengenai perkara itu," katanya yang menjawab soalan pemberita mengenai desas desus PasMa akan bersama PR.

Ketika ditanya peranan PKR bagi menjernih semula hubungan antara Pas dan DAP, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau sendiri akan bertemu dengan pemimpin parti berkenaan dalam masa terdekat bagi menjernihkan hubungan.

"Kita akan bertemu dalam masa terdekat. Saya akan bertemu mereka di Parlimen. Tetapi esok saya akan pergi ke Sabah," ujarnya ringkas.

Ini, Pengantin Berpakaian Separuh Bogel, Anak Menteri UMNO Pulak Tu.. Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 07 Jun 2015 08:30 AM PDT

 
Diangkat dari Kerengga:

Gambar anak menteri umno yang sokong hudud bersanding hanya berkemban (Tak pakai baju)

 
Komen weblog Ibnu Hasyim: Pengantin berpakaian berkemban 'separuh bogel', ertinya sebahagian dari bogel. Khabarnya menteri ini berketurunan Aceh. Takkanlah keturunan pemimpin-pemimpin Aceh Islam berkahwin begini? Mungkin keturunan Batak di Toba pun tidak begini..

Cerita Muktamar PAS 61..ada ceria duka dan nestapa..!!! Putra Taulan ·

Posted: 07 Jun 2015 07:45 AM PDT

 
http://media.themalaymailonline.com/images/sized/ez/pas_muktamar0406g_620_364_100.jpg
 
Tahun ini Muktamar PAS ke 61 diadakan di Kuala Selangor dan Muktamar Pemuda sehari sebelumnya diadakan di Shah Alam. Seperti biasa walaupun saya tidak terlibat secara langsung tetapi saya tidak pernah tidak hadir ke program Parti PAS yang terbesar itu..

Kehadiran saya ke Muktamar Pemuda kali ini lebih istimewa kerana sahabat baik saya Muhammad Faiz Fadzil bertanding sebagai salah seorang AJK Pemuda PAS Pusat. 
 
Walaupun beliau kalah tapi kekalahan itu disambut dengan kegembiraan kerana dia hanya bertanding bagi meraikan demokrasi dalam PAS. 
 
Tetapi apa yang dapat disaksikan adalah sikap sesetengah daripada ahli PAS yang menyambut beliau dengan gelaran dan label. Ada yang menuduhnya dari golongan IRC, JIM dan IKRAM dan ada sesetengahnya sentiasa mendendangkan lirik "Iman tak dapat diwarisi" bagaikan mereka lebih mengenali ayahandanya Almarhum Ustad Fadzil Noor mantan Presiden PAS. 
 
Masih teringat sewaktu kami berdua bersama UFN yang sentiasa berjenaka walaupun tegas orangnya.

Esoknya pada hari Khamis seperti biasa menjadi driver untuk membawa Abah ke Muktamar PAS di Kuala Selangor. Sepanjang perjalanan kami hanya membincangkan berkenaan keadaan parti PAS sekarang dan dulu. 
 
Sampai sahaja di exit LATAR ke Kuala Selangor kami disambut oleh satu banner Ahlan Wasahlan dengan wajah Mursyidul Am dan Presiden dan ditepinya pula wajah Ust. Idris, Iskandar Samad dan Ust Nik Amar. Terasa pelik pula dimana gambar Timbalan Presiden Mat Sabu. 
 
Di hati bersangka baik mungkin ini banner dari penyokong pemimpin tertentu.

Sepanjang perjalanan telahan saya ternyata salah, banner rasmi Muktamar PAS pun hilang gambar Timbalan Presiden. Saya ada bertanya kepada beberapa pihak kenapa? 
 
Apa yang saya terima ialah mereka tidak boleh membuat keputusan berkenaan gambar sehingga dua hari terakhir hingga menyusahkan proses percetakkan. 
 
Sehingga kini saya masih belum mendapat jawapannya mengapa tiada gambar Timbalan Presiden di kesemua banner. 
 
Walaupun saya personally ada beberapa perkara tidak dapat bersetuju dengan Abang Mat Sabu tetapi kami kalau bertemu boleh bersembang dan yang pasti mesti pakat tergelak dengan lawak Abang Mat. 
 
Tidak sepatutnya penganjur berbuat demikian walaupun tak bersetuju dengan Abang Mat. Setidak-tidaknya dia masih Timbalan Presiden PAS sehingga muktamar ini habis.

Muktamar kali ini juga dilihat ramai para perwakilan menerima sms kempen untuk memilih pemimpin tertentu tetapi bahasa yang digunakan langsung tidak mencerminkan akhlak Islam... Mungkin dibuat secara reverse psychology ataupun daripada pihak yang inginkan perpecahan dalam PAS. Allhua'lam. Hanya Allah Yang Mengetahui.

Sewaktu sebelah petang selepas menghantar Abah untuk pengundian saya berdiri di depan pintu masuk dewan yang mana ramai para perwakilan dan pemimpin hadir. 
 
Tiba-tiba sebuah Mercedes lama datang dan dibelakangnya terdapat sebuah Fortuner Hitam dan pengawal seperti UTK didalamnya keluar dengan tangkas dan hebat.. 
 
Saya ingatkan Menteri mana yang hadir untuk Muktamar PAS ... Rupa-rupanya TGHH ... Memang hebat Presiden PAS..

Saya hanya duduk di luar bersembang dengan para perwakilan, unit amal dan para pemerhati yang datang sambil mendengar perbahasan melalui hijau.fm . 
 
Di hari kedua ini seorang perwakilan membangkitkan isu berkenaan kewangan parti sambil bertanya beberapa soalan. Selepas itu tanpa dijawab atau dibahaskan Timbalan Pengerusi Tetap menutup isu tersebut tanpa dijawab atau dibahaskan. 
 
Seorang perwakilan mempersoalkan kenapa perlu ditutup sedangkan ia belum dibahas dan dijawab tetapi Timbalan Pengerusi Tetap menyatakan yang ia akan dijawab sewaktu penggulungan. 
 
Adalah pelik tindakan ini sedangkan sepatutnya ia perlu dbahas oleh perwakilan samaada terdapat cadangan ataupun persoalan perlulah dibahaskan di muktamar untuk diluluskan atau tidak kerana ini melibatkan perjalanan parti.

Sewaktu pengundian berlansung di sebelah petang pula dilihat beberapa gambar keluar di media sosial yang mana perwakilan menggunakan "chai" untuk membuat pemilihan pemimpin. 
 
Saya tak tahu nama di senarai tersebut tetapi tindakan tersebut amat memalukan PAS. 
 
Seolah-olah perwakilan yang dihantar oleh Kawasan tiada keupayaan untuk membuat pemilihan, seolah-olah mereka tidak kenal pemimpin yang akan mereka pilih. 
 
Tindakan sesetengah mereka ini telah mencemarkan nama baik PAS sebagai sebuah parti Islam dan parti tertua di negara ini.

Di hari ketiga saya tak lagi pergi ke Kuala Selangor kerana Abah dan mak ingin berangkat pulang ke kampung kerana banyak jemputan kenduri perlu dipenuhi. Jadi saya hanya menonton secara live di youtube.

Sewaktu perbahasan di hari ketiga ini sekali lagi saya dikejutkan dengan perjalanan perbahasan Muktamar. 
 
Usul daripada dewan ulama berkenaan memutus hubungan dengan DAP diluluskan tanpa membenarkan perbahasan atas sebab sensitif. Jawapan daripada Dato Mahfuz dan Dato Mustafa Ali yang usul tersebut perlu dibincangkan oleh Majlis Syura amat tidak meyakinkan. 
 
Ust Nasruddin Hassan memberikan alasan menggunapakai peruntukkan 26(9)(k) berkenaan pertimbangan membuat keputusan bersama parti lain perlu diputuskan oleh MSU keranaia melibatkan hukum. 
 
Tetapi ini berkenaan usul di dalam muktamar. Bagaimana satu usul di dalam muktamar boleh diluluskan tanpa bahas.

Para pemimpin PAS perlu menjelaskan kepada ahli yang bingung. Sedangkan di dalam perlembagaan PAS dengan jelas menyatakan yang kuasa tertinggi adalah muktamar tahunan. 
 
Alangkah lebih baik usul dari dewan itu ditolak dahulu sebelum dibincangkan dan dibahaskan. Alangkah lebih baik sekiranya usul tersebut dirujuk terlebih dahulu ke MSU sebelum dibentangkan. Itu belum dikira lagi yang kesemua dalam MSU dan dewan ulama adalah ulama. 
 
Berapa orang di dalam AJK Pas Pusat dan Dewan Ulama berada dalam MSU. Sekarang isu ini akan terus menghantui PAS dan penglibatan mereka di dalam kerajaan Pulau Pinang dan Selangor.

Adakah perkara ini tidak dapat diselesaikan oleh parti Islam. Adakah setelah 61 kali menjalankan Muktamar perkara berkenaan usul, perbahasan dan procedure perjalanan menyuarat pun masih tidak pasti. 
 
Kita terlalu menjaga perjalanan meyuarat Cawangan dan Kawasan takut-takut ada yang tak sah dan menyebabkan parti diharamkan seperti UMNO tetapi perjalanan Muktamar tahunan pun kita teraba-raba.

 
Putra Taulan
8/6/2015.

Tanpa Dijangka.. Presiden PAS Keluar Kenyataan Ini

Posted: 07 Jun 2015 07:00 AM PDT

 


Tanpa Dijangka.. Presiden PAS Keluar Kenyataan Ini.  Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyelar pihak tertentu yang memandang negatif pertemuan yang diadakan PAS bersama Umno kerana katanya, pandangan serupa itu tidak menjadi pendekatan parti Islam itu. 

Presiden PAS itu berkata, walaupun ada pihak yang mencemburui pertemuan di antara dua parti itu, beliau menegaskan, parti Melayu itu tidaklah seburuk Firaun yang digambarkan dalam Al-Quran.

"Malangnya ada yang cemburu. Macam isteri yang tak benarkan suaminya ke pasar, tak boleh berjumpa dengan perempuan. Asal jumpa dengan Umno tak boleh, diharamkan. Itu bukan pendekatan kita.

Dengan bahasa yang dinasihati Allah, berhubunglah, pergi bercakap, walaupun dengan Firaun. Tak kan kita nak cakap Umno setaraf dengan Firaun yang disebut dalam Al-Quran. "Jangan sampai begitu. 

Tak boleh bertindak melebihi ajaran Al-Quran. Kita menganggap kaum kita ditenggelam oleh kejahilan, yang memerlukan kita menyelamatkannya," katanya.Hadi berkata demikian dalam ucapan penangguhannya pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor hari ini.

Katanya, dalam menjalinkan kerjasama politik bersama Pakatan Rakyat (PR), PAS adalah parti yang berdisiplin dan beradab berbanding parti lain yang membawa pelbagai kerenah.

 Katanya, senario itu terbukti apabila ada parti dalam PR yang cuba mempersoalkan pendirian PAS, malah ada yang cuba 'mencuri' wakil rakyat parti Islam itu. "Kita mengamalkan tahaluf ini sejak PAS ditubuhkan. 


Kita menghadapi liku-liku yang mencabar, tahaluf terkini dalam sejarahnya. "Alhamdulillah PAS menunjukkan ia parti yang berdisiplin dalam bertahaluf. PAS beradab kerana tahaluf sefahaman dalam titik persamaan. 

Tanpa Dijangka.. Presiden PAS Keluar Kenyataan Ini. 

"Masing-masing walau berbeza ideologi tidak ganggu akidah," katanya.Sebaliknya, katanya, rakan dalam PR ada yang menyentuh perkara yang berkaitan akidah, disiplin, pelaksanaan syariat, isu kepimpinan parti.

"Ini urusan dalam PAS, kita tak kempen pemilihan parti lain, orang tolong kempen pemilihan kita," kata Hadi. DAP pada hujung bulan lalu berkata, ia tidak akan berhenti menyoal Hadi walaupun PAS akan melalui pemilihan, sambil menegaskan parti itu tidak pernah masuk campur pemilihan mana-mana parti politik.

Setiausaha agungnya Lim Guan Eng berkata, DAP tidak akan dibisukan oleh pemilihan PAS itu daripada memperkatakan kebenaran.Katanya, walaupun Hadi mengumumkan beliau "masih bersama PR", pemimpin nombor satu PAS itu perlu menjawab beberapa soalan berhubung tindakannya sepanjang setahun yang lalu.

"Kenapa Hadi memungkiri komitmen PAS kepada Dasar Bersama PR dan jaminan peribadinya kepada pimpinan PR?"Kenapa Hadi menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di tengah kemelut skandal RM42 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB)?

"Kenapa Hadi mahu mewujudkan 'kerajaan perpaduan' bersama Umno?" soal Lim dalam kenyataannya sebelum ini.
 
 
Addin

Parti Islam baru lepas 13 Jun ini? Written By canang

Posted: 07 Jun 2015 06:10 AM PDT


Zack Ahmad's photo. Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) akan memutuskan sama ada menjadi parti politik atau tidak minggu depan.

Presidennya, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, dalam pertemuan meja bulat pada 13 Jun ini, semua pemimpin NGO itu akan turut serta.

"Ini keputusan besar yang perlu kita buat kita akan ada perbincangan meja bulat 13 Jun 2 petang. Semua pimpinan jawatankuasa pusat dan negeri akan menghadirinya.

"Memang ada cadangan jadi parti politik. Tapi ini bergantung kepada perbincangan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Phahrolrazi April lalu mengumumkan akan memutuskan menjadi parti politik selepas berakhirnya muktamar PAS bagi melihat terlebih dahulu hubungan parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat.

Muktamar parti itu di Kuala Selangor berakhir semalam dengan usul memutuskan hubungan dengan DAP diterima tanpa bahas – tindakan yang berpotensi besar memecahkan Pakatan.

DAP sendiri sudah mengalu-alukan pemimpin PAS berundur daripada kedudukan masing-masing dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

Ditanya kesediaan PasMa menerima pemimpin kanan yang kalah bertanding, Phahlolrazi berkata perkara itu bergantung kepada perbincangan yang akan diadakan.

Wajar keluar dari k'jaan PP

Sementara itu, mengulas kewajaran pemimpin PAS mengosongkan jawatan mereka dalam kerajaan Pulau Pinang selepas memutuskan hubungan dengan DAP

Phahlolrazi berkata, memandangkan PAS sudah memutuskan hubungan dengan DAP, parti itu wajar mengosongkan jawatan mereka di Pulau Pinang.

"Kalau PAS telah mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan DAP, maka wajarlah (kosongkan jawatan).

"Pulau Pinang kerajaan Pakatan Rakyat, tapi yang mengetuainya adalah DAP," katanya.

Katanya, jika keputusan sama dibuat kerajaan Selangor, PAS tiada pilihan lain selain berundur.

Phahlolrazi berkata demikian ketika ditanya mengenai status PAS di Pulau Pinang dan 
Selangor.

Malaysiakini

Ahmad Maslan Kembali Lagi Dengan Idea Bodoh Nasi Goreng Tanpa GST

Posted: 07 Jun 2015 05:23 AM PDT

 
Zack Ahmad's photo. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan hari ini berkongsi petua mengelakkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dengan caranya tersendiri.

Malah berdasarkan petua Ahmad, tanpa membayar cukai itu, pengguna boleh menikmati hidangan menarik lengkap dengan telur, ayam dan daging.

"Resipi saya dan digoreng sendiri: Sayur, telur, cili, nasi, garam, daging, bawang, ayam, minyak dan gas masak. Tiada GST!" tulis Ahmad Maslan di Twitter beliau.

Beliau juga memuat naik gambar hidangan itu sedang dimasak dan gambar selepas digoreng yang menunjukkan ia boleh dinikmati oleh lebih daripada tiga orang.

Status di laman sosial itu tertanya menarik perhatian ramai pihak dan sehingga laporan ini ditulis telah diulang tweet lebih 1,000 kali.

Bagaimanapun, lain dihajatkan, lain pula yang dapat apabila kemarahan orang ramai terhadap pengenalan cukai baru itu masih belum reda.

"Masa beli telur ni tak kena GST? Atau ambil saja telur dari seluar perdana menteri?" sindir seorang pengguna dikenali sebagai "Mameow™"

Ahmad antara ahli politik BN yang paling ke depan mempertahan dan mempromosikan pengganti cukai jualan dan perkhidmatan (SST) itu.

Beliau bagaimanapun mungkin yang paling banyak dikecam dan diperolokkan orang ramai susulan kenyataannya-kenyataannya yang dianggap bodoh.
 

Zam: Ya, Umno bukan firaun, tapi...

Posted: 07 Jun 2015 12:45 AM PDT



Ketika PAS bersikap lunak dengan musuhnya Umno, bekas menterinya sendiri pula terus mempertikaikan kewibawaan parti Melayu itu.

Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata Umno bawah pimpinan sekarang "terikat dengan kekuatan kewangan dan kebendaan tetapi kekosongan jiwa tanpa roh perjuangan  sejati".

"Umno semakin jauh dari rakyat  dengan semakin menyerlah  sebagai parti elitis, feudalistik dan materialistik," katanya.

Malah, kata  Zainuddin, imej ini semakin teruk  apabila  Residen Umno Datuk Seri Najib berkata dirinya bukan dari darah sembarangan, ketika berdepan kritikan bertali arus Tun Dr Mahathir Mohamad.

Zainuddin berkata, kenyataan itu amat bertentangan ajaran Islam yang tidak membezakan  manusia dengan daripada aspek darjat, pangkat dan keturunan kecuali ketakwaan kepada Allah.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya pertemuan PAS-Umno tidak dipandang negatif kerana Umno tidak boleh disamatarafkan dengan firaun.

The Malaysian Insider semalam melaporkan pandangan sebegitu tidak menjadi pendekatan PAS.

"Malangnya ada yang cemburu. Macam isteri yang tak benarkan suaminya ke pasar, tak boleh berjumpa dengan perempuan. Asal jumpa dengan Umno tak boleh, diharamkan. Itu bukan pendekatan kita.

"Dengan bahasa yang dinasihati Allah, berhubunglah, pergi bercakap, walaupun dengan Firaun. Tak kan kita nak cakap Umno setaraf dengan Firaun yang disebut dalam Al-Quran.

"Jangan sampai begitu. Tak boleh bertindak melebihi ajaran Al-Quran. Kita menganggap kaum kita ditenggelam oleh kejahilan, yang memerlukan kita menyelamatkannya," beliau dilapor sebagai berkata.

“Gempa Bumi Balasan Allah S.W.T” – Ketua Pemuda PAS

Posted: 07 Jun 2015 12:04 AM PDT






Ketua Pemuda PAS yang baharu, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan bahawa bencana gempa bumi yang melanda Sabah semalam merupakan satu peringatan daripada Allah S.W.T.

Tegas beliau, perkara itu terkandung dalam firman Allah S.W.T yang menyebut bencana berlaku kerana Allah S.W.T hendak merasakan mereka sebahagian balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah dilakukan.

"Sebagai seorang muslim, ini merupakan suatu peringatan daripada Allah S.W.T tentang kekuasaannya," tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Nik Mohamad Abduh melahirkan rasa simpati terhadap penduduk Ranau dan beberapa tempat di bahagian Sabah yang mengalami gempa bumi tersebut.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan Dewan Pemuda PAS Malaysia menyalurkan segala bantuan yang diperlukan mangsa gempa bumi tersebut bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung mereka.

"Saya menasihati penduduk di kawasan terlibat sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga disebabkan keadaan yang masih belum stabil di samping terus berdoa supaya keselamatan diri dan keluarga terus terjamin," katanya. – mynewshub.cc