Sabtu, 6 Jun 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Muktamar PAS : Umno Tidak Seburuk Firaun...

Posted: 06 Jun 2015 10:00 PM PDT


Bunga Bunga Dah Ada Dah Beb... Kah Kah Kah Ya ke apa yang gua baca ini seperti apa yang lu orang baca beb...

"Umno Tidak Seburuk Firaun", biar BETIK Tuang Presideng PAS... kalau Umno Tak Seburuk Firaun habis tu Umno Seburuk siapa Tuang Presideng PAS, Tuang Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Kenapa Tak Cakap Awal-Awal dari dulu-dulu lagi yang Umno tu Tidak Seburuk Firaun... kah kah kah !.

Apa itu sudah Tukar ka Tuang Presideng... itu Amanat Hadi mana mahu kasi taruk Tuang Presideng, mahu kasi sama itu Wala'un-Wala'un suruh simpan bawah karpet ka Tuang Presideng.

Ini macam beb gua sudah kena buang lah itu Amanat Hadi yang lama. Lu orang tak ada simpan ke beb Amanat Hadi yang lama tu, kalau ada baik aje buang beb... kah kah kah !.

Kalau lu orang nak tahu Amanat yang lama tu adalah seperti Harta Pusaka Peninggalan Bapak gua beb (Al-Fateha), bapak gua punya lah Sayang dengan Amanat tu siap di Frame kan Amanat tesebut, kemudian Amanat tu pulak digantung tempat yang boleh orang lain tengok beb.

Lebih kurang macam buat Promosi lah iaitu dekat Pintu Masuk depan rumah... kah kah kah !.

Lu orang bayangkan betapa Taksub nya Bapak gua dengan Amanat Hadi tersebut beb, dan begitu juga lah Benci nya Bapak gua dengan Umno. Andai kata jika ada saja di dengar nya orang Mengkritik Amanat tersebut maka Bapak gua akan mula mencari Pasal dengan orang tersebut beb, tapi orang Kampung dah Faham buat dek aje le... kah kah kah !.

Begitu lah kisah nya bagaimana Sayang nya Bapak gua dengan Amanat Hadi, rasa nya dalam satu hari mesti tak banyak pun sekali mesti dan tetap ada terpancul nama Tuang Guru Haji Hadi dari mulut Bapak gua.

Sampai lah Akhir Hayat Bapak gua tetap berpegang dengan Amanat Hadi tersebut, tak ada lah pulak Bapak gua berkata Jangan Lawan Umno... kah kah kah !.

Andai kata lah Bapak gua masih Hidup... entah lah sama ada beliau akan Menerima Amanat Hadi yang Baru ni atau tetap berpegang dengan Amanat Hadi yang Lama, kalau Bapak terima maka jadi lah Bapak seperti Wala'un-Wala'un yang ada sekarang ni kot beb. Tapi rasa nya Tak Mungkin Bapak gua terima beb, atas sebab gua pun Tak Terima beb... kah kah kah !.

Nampak nya beb Bunga-Bunga dah mula Berputik dah tu... itu baru Mukhadimah aje tu kot, tapi Bayang-Bayang dah ada lah dah cuma Tak Terang aje lagi, mungkin kena tunggu Jana Kuasa Tambahan untuk lagi Terang. 


Cantik sungguh Tuang Presiden punya Ucapan dengan mengaitkan Perempuan Cemburu lah dan siap ada Perpatah Arab lagi tu beb... kah kah kah !.

Kalau mengikut Firasat gua akan berlaku apa yang dikatakan Perpaduang PAS dengan Umno tersebut, mungkin ianya akan bermula dengan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). 


Terjadi nya atau Tidak Kerajaang Perpaduang ia nya bergantung sama ada Perpaduang PAS dan Umno Menang atau tidak dalam PRU14.... tapi untuk bergabung amat lah cerah... kah kah kah !.

sumber MI hemmmmm..... penyembelihan hidup-hidup pemimpin-pemimpin pas yang tidak berstatus ulama' adalah rancangan permulaan sebelum melangkah lagi jauh kepada terjadi nya perpaduang pas umno... cerdik-cerdik... kah kah kah !.


Dicatat oleh Mat Indera Sipejuang

Apabila ‘pahlawan Bugis’ dimalukan di gelanggang sendiri Oleh Amin Iskanda.

Posted: 06 Jun 2015 09:15 PM PDT

 Apabila 'pahlawan Bugis' dimalukan di gelanggang sendiri

Siapa menyangka akan tiba harinya, anak kepada Tun Abdul Razak Hussein, perdana menteri kedua yang mempunyai legasi besar di Malaysia akan menjadi bahan lawak terbesar negara.

Datuk Seri Najib Razak, kini digelar "pahlawan Bugis" berikutan ucapannya dalam beberapa siri jelajah negara, dilawakkan kerana kegagalannya untuk hadir dalam dialog "Nothing to Hide" pada Jumaat lalu yang turut dihadiri musuh ketatnya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Difahamkan, dialog anjuran SukaGuam itu dianjurkan atas arahan kumpulan Najib sendiri.

Di Sarawak baru-baru ini, Najib berkata: "Saya tidak akan patah semangat, darah dalam diri saya ini bukan darah sembarangan, saya mungkin dilihat ada kalanya bersemangat diplomatik, tapi semangat  kepahlawanan tetap ada dalam diri saya," kata Najib menjawab serangan Dr Mahathir.

Namun apabila Najib gagal hadir ke dialog yang seharusnya menjadi medan untuk menjelaskan berkenaan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), presiden Umno itu diperlekehkan.

Di media sosial seperti Facebook dan Twitter, masih belum berhenti orang ramai mempersendakan dan menyindir perdana menteri kerana gagal hadir ke dialog yang diadakan di "gelanggang"nya sendiri, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

"Takde telur" kini menjadi ungkapan paling popular walaupun Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bersungguh-sungguh cuba mempertahankan ketidakhadiran Najib disebabkan "ancaman keselamatan serius".

Persepsi orang ramai pada ketika ini ialah Najib takut untuk berdepan dengan Dr Mahathir, walaupun bekas perdana menteri itu kini tidak mempunyai apa-apa kuasa.

Lebih memalukan lagi, di PWTC itu juga terletaknya ibu pejabat Umno di mana Najib sendiri merupakan presidennya.

Daripada segi sejarahnya, mengikut laman sesawang rasmi PWTC, keputusan untuk membina ibu pejabat parti itu diputuskan semasa ayah Najib menjadi presiden Umno.

Ibu pejabat Umno itu akhirnya disiapkan ketika Dr Mahathir menjadi presiden.

Dan di situlah, Dr Mahathir yang berucap kerana Najib gagal hadir dihentikan dan dimatikan mikrofon oleh polis sebaik saja beliau menyebut nama hartawan muda Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho.

'Saham' Dr Mahathir meningkat

Peristiwa polis menghentikan ucapan bekas perdana menteri yang hampir berumur 90 tahun itu meningkatkan lagi sokongan rakyat terhadapnya.

Walaupun ada sesetengah pihak mengatakan Dr Mahathir terkena "hukum karma" akibat peristiwa yang berlaku ketika beliau berkuasa, sebenarnya lebih ramai bersimpati kepadanya.

Seperti dikatakan bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin:"Simpati pada Mahathir tiba-tiba memuncak pantas seperti kilat ke seluruh negara menjadi virus atau wabak  kemarahan kepada Najib kerana  tajuk forum 'Nothing to Hide' begitu berkesan dalam menarik perhatian dan harapan rakyat untuk mendengar keterbukaan Najib.

"Pertanyaan popular sehingga pagi ini dari peringkat anak muda hingga ketua dari rakyat berbagai kaum ialah: Kenapa mereka buat begitu pada Mahathir, kasihan dia sudah tua, dia pemimpin yang dihormati, orang Malaysia hormat warga tua dan sebagainya".

Mengapa Dr Mahathir kini sangat dihormati walaupun ada yang menganggapnya diktator satu ketika dulu?

Selain isu 1MDB, Dr Mahathir turut menyuarakan tentang kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shariibuu yang sehingga kini masih belum terungkai misterinya.

Dr Mahathir turut menyuarakan keresahan rakyat bawahan seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Isu-isu dibangkitkan Dr Mahathir itu walaupun sudah lama dibangkitkan pemimpin pembangkang, "bisanya berbeza".

Dr Mahathir turut bersuara ketika wartawan ditangkap polis baru-baru ini hanya kerana melaporkan berita.

Walaupun beberapa pihak sinis tentang kebebasan media di zamannya, itu tidak penting kerana kita sedang bercakap tentang sekarang dan bukannya dahulu.

Akhirnya di mata orang ramai, jelaslah siapakah yang benar-benar pahlawan. Walaupun tiada pemimpin Umno arus perdana yang berani bersamanya, di mana sahaja Dr Mahathir muncul, ramai menyerbunya.

Ternyata suara Dr Mahathir sampai kepada rakyat walaupun media arus perdana menggelapkan berita mengenainya.

Kerana Dr Mahathir kini membawa api perlawanan. - TMI

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.


Surat Terbuka Kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat

Posted: 06 Jun 2015 08:30 PM PDT

Ahad, 7 Jun 2015 



Kepimpinan PAS 2015-2018:

Surat terbuka kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat Farel Dedek Pemilihan PAS 2015 menyaksikan semua kelompok yang cuba membawa politik baru ke dalam PAS ditolak sepenuhnya, kesemua sayap PAS termasuk Dewan Pemuda PAS dan Dewan Muslimat dikuasai golongan ortodoks.

Kekalahan kelompok progresif ini memberi impak yang sangat besar kepada kerjasama politik PAS dengan keADILan dan DAP di dalam Pakatan Rakyat.

Kekalahan kelompok yang mahu membawa semagat reformasi ke dalam PAS ini mengecewakan sebahagian besar bangsa Malaysia kerana mereka dikencudangkan dan dibunuh karekter mereka golongan pedagang agama.

Mereka di labelkan dengan pelbagai tuduhan menjijikan golongan pedagang agama ini.

Mereka ditolol dan dibaruakan Tok Guru yang pondokya di Rusila Terengganu, malahan ada yang dibaruakan itu adalah bekas pemimpin Jemaah Islam yang punya sumbangan besar terhadap pembangunan masyarakat islam di Malaysia.

Dengan barisan kepimpinan yang baru dipilih ini apakah corak pendekatan yang mahu dibawa PAS sama ada terus bersama Pakatan Rakyat atau bergerak bersendirian dan yang lebih sensasi serta popular dengan golongan ini adalah menghulurkan salam perpaduan dengan Umno tetapi jika pendekatan perpaduan bersama Umno ini diambil adalah satu tindakan yang sangat naïf disaat Umno itu sendiri terpecah.

Disaat Negara di himpit dengan pelbagai masalah seperti 1MDB mampukah golongan ini menjadi jurubicara rakyat untuk membicarakan soal ini, bukan mahu memperlekehkan kemampuan mereka tetapi "track record" dijadikan ukuran untuk mengharapkan golongan ini mampu menangani isu-isu kritikal membabitkan tadbir urus Negara.

Dalam QS Al-Qashash: 26, Allah SWT berfirman: "Salah seorang dari kedua wanita itu berkata: "Wahai bapakku, ambillah ia (Musa) sebagai orang yang bekerja (pada kita), karena sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat (al-qawiyy) lagi dapat dipercaya (al-amin)".

Jika ayat ini di jadikan rujukan perwakilan PAS maka inshallah PAS akan menjadi parti yang mampu mecorak suasana politik berteraskan Islam yang menjadi parti politik arus perdana pilihan bangsa Malaysia tetapi malangnya majoriti perwakilan PAS pada kali ini sudah ditunjukan "wahyu" siapakah yang patut dipilih untuk memimpin PAS.

Situasi kepimpinan PAS ini sangat memberi kesan kepada koalisi politik Pakatan Rakyat. Majlis Presiden Pakatan Rakyat patut bermesyuarat dan Presiden PAS perlu dipaksa hadir kerana seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat patut diberitahu tentang pendirian sebenar PAS terhadap rakan-rakan komponen Pakatan Rakyat.

Jika PAS mahu terus bersama Pakatan Rakyat tunjukan semangat berpakat bersama rakan-rakan yang lain serta tumpukan permasalahan pokok yang dipersetujui bersama untuk menjaga kepentingan rakyat dan Negara tetapi jika masih berdolak-dalik dan punyai agenda yang tersembunyi yang lain tinggalkanlah mereka biarkan mereka menjual ayat-ayat agama untuk memenuhi kepentingan politik mereka.

Pakatan Rakyat adalah satu alternatif terbaik rakyat Malaysia yang sudah hilang kepercayaan terhadap Barisan Nasional jadi Pakatan ini harus disertai parti-parti yang benar ikhlas dengan perjanjian yang dimetrai serta ingatlah amanat Dato' Seri Anwar Ibrahim pakatan ini harus dipelihara untuk mengangkat karamah insaniah setiap bangsa Malaysia.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

PAS tanggung akibat usul putus hubungan dengan DAP OLEH SHERIDAN MAHAVERA

Posted: 06 Jun 2015 08:00 PM PDT

Zack Ahmad's photo.
  Barisan kepimpinan baharu PAS bergambar pada hari terakhir Muktamar Tahunan ke-61 di Kuala Selangor, semalam.

Pemimpin PAS Selangor khususnya, bertungkus-lumus memberi amaran kepada pucuk pimpinan parti agar tidak meneruskan usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP, yang diluluskan muktamar parti itu tanpa bahas, menimbulkan kemarahan beberapa perwakilan.


Akibat daripada usul itu mula dirasai apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata beliau sedia menerima peletakan jawatan wakil PAS dalam kerajaan negeri dan agensinya dengan segera tanpa sebarang soalan.

Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata, beliau percaya mereka "tiada pilihan lain kecuali meletakkan jawatan" selepas usul itu diluluskan kerana "suatu yang tidak dapat dipertahankan daripada segi politik" bagi mereka untuk kekal dalam kerajaan negeri Pulau Pinang yang diketuainya.
Pemimpin PAS kemudiannya dengan segera cuba memperbetulkan keadaan.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, usul itu walaupun diterima pakai, bukan satu keputusan muktamad dan masih perlu diputuskan oleh Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat.

Tetapi, pemimpin PAS Selangor bimbang jika parti itu meneruskan hasrat Dewan Ulama yang konservatif melaksanakan usul itu, kerajaan negeri akan jatuh.

PAS mempunyai 15 daripada 43 kerusi Pakatan Rakyat (PR) dalam Dewan Undangan Negeri yang mempunyai 56 kerusi itu dan 3 wakil rakyat yang menjadi exco kerajaan negeri.

Apa yang terjadi merupakan isyarat tidak baik bagaimana barisan kepimpinan konservatif yang baharu mahu menguruskan PAS dan bagaimana ia berfungsi dalam pakatan pembangkang PR.

Isyarat pertama akibat retorik parti itu ialah apabila bekas timbalan presidennya, Mohamad Sabu berkata beliau akan melepaskan semua jawatan dalam kerajaan Pulau Pinang.

Beliau juga menyindir kepimpinan parti dan usul menolak DAP itu, mengatakan PAS pasti boleh hidup sendiri.

Pengumuman itu dibuatnya sebaik muktamar di Kuala Selangor itu menyedari kenyataan dibuat Lim semalam mengenai wakil PAS dalam kerajaan negeri itu.

Selepas ucapan Mohamad, pemimpin PAS Selangor Sallehin Mukhyi membuat ucapan yang penuh perasaan bagaimana parti itu selama ini bekerjasama rapat dengan DAP dan PKR dalam kerajaan negeri, yang digambarkan sebagai model pentadbiran PR di Malaysia satu hari nanti.

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad, juga bersungguh-sungguh meyakinkan media selepas muktamar itu yang mereka di Selangor akan bekerja seperti biasa dan PAS tidak berhasrat meninggalkan pentadbiran negeri.

"Usul itu bukan pendirian muktamad PAS. Saya tahu kepimpinan kita adil dan akan mendengar semua pandangan dan saya akan memberitahu mereka bagaimana baiknya kerjasama dalam kerajaan negeri Selangor," katanya yang baru dipilih sebagai naib presiden itu.

Usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP itu diluluskan sayap ulama parti pada Rabu. Ia sebagai tindak balas kepada keputusan DAP pada Mac memutuskan hubungan dengan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menentang hudud di bawah Enakmen Syariah Kelantan.

Usul itu kemudiannya diluluskan tanpa bahas pada muktamar utama, satu keputusan yang dibuat pemimpin kanan tetapi dikritik hebat perwakilan.

Ini kerana ia memberi gambaran semua ahli PAS di akar umbi juga bersetuju dengannya.
Sesetengah ulama yang bersetuju dengan usul itu dan cenderung berperang dengan DAP bungkam apabila ditanya mengenai implikasinya, terutama berhubung kenyataan kerajaan negeri Pulau Pinang itu.

"Saya serahkan kepada Majlis Syura untuk memutuskannya," kata Nasrudin Hassan, pemimpin Dewan Ulama, ketika ditemui pemberita selepas muktamar itu.

Nasrudin pada Jumaat membuat ucapan berapi-api tentang bagaimana usul itu merupakan "satu tamparan di muka" untuk DAP.

Mereka yang lain terkejut dengan kenyataan Lim.

Ketua Dewan Ulama Datuk Mahfodz Mohamad mengecam ketua menteri Pulau Pinang itu kerana terburu-buru menjangkakan wakil PAS dalam kerajaan negeri akan meletak jawatan.

Tetapi, pemimpin DAP Selangor Charles Santiago membidas mereka, mengatakan kepimpinan baharu PAS sebenarnya tidak berfikir masak-masak apabila memaksa muktamar itu menerima usul itu.

"Itu bukan caranya menguruskan hubungan, dan kini ia menyerang mereka kembali," katanya, sambil menambah, ia isyarat bagaimana golongan konservatif mahu menguruskan parti itu.

"Jika ini yang mereka mahu, maka semua ahli PAS perlu meletakkan jawatan masing-masing di Selangor. Anda tidak boleh nak bolot semua," katanya. – 7 Jun, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/…/pas-tanggung-akibat-us…

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.
 

Usul Dewan Ulama tak jejas PAS Selangor

Posted: 06 Jun 2015 07:30 PM PDT

Walaupun kerajaan Pulau Pinang meminta supaya ahli PAS melepaskan jawatan dalam kerajaan negeri, namun perkara itu tidak akan terjadi di Selangor.

Exco Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad memberi jaminan pentadbiran negeri itu akan berjalan seperti biasa memandangkan perkara yang dibawa oleh Dewan Ulama hanya sekadar usul dan ia belum diputuskan oleh Majlis Syura.

"Selangor akan berjalan seperti biasa. Seperti saya katakan, usul itu hanya dibawa untuk dibincang di peringkat lebih atas, Jadi tak bermakna usul itu diterima. Sebab ada juga usul yang tak dilaksanakan.

"Maknanya usul itu telah diluluskan untuk dibawa perbincangan," katanya yang baru saja memenangi jawatan Naib Presiden PAS dalam muktamar kali ini.

Iskandar yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor menyatakan, di Selangor tidak sebarang masalah dihadapi ekoran usul dibawa - dan tidak dibahaskan - oleh Dewan Ulama semalam.

Bercakap kepada media selepas muktamar di Kuala Selangor itu berakhir, Iskandar berkata, kerja pemimpin PAS akan diteruskan seperti biasa di Selangor.

"Kita akan teruskan kerja kita sebab ada tanggungjawab kepada rakyat. Rakyat dah pilih kita atas nama Pakatan Rakyat, bermakna kalau kita berhenti atau membiarkan isu ini, ia akan mengganggu kita dan harapan rakyat telah kita khianati," katanya.

Terdahulu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan meminta ahli PAS yang mendapat tempat dalam agensi kerajaan negeri supaya meletakkan jawatan.

Kata Lim, walaupun beliau tidak menghadapi masalah bekerja dengan sebahagian daripada ahli PAS, peletakan jawatan itu wajar kerana berkaitan dengan usul yang diluluskan tanpa bahas oleh muktamar.

Malah, bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu juga berhasrat untuk melepaskan semua jawatannya dalam kerajaan Pulau Pinang minggu ini ekoran keputusan muktamar memutuskan hubungan dengan DAP.
 
Malaysiakini

[VIDEO] Lawak, Nak Cari Deposit Pun Payah Mahu Bertanding Semua Kerusi?

Posted: 06 Jun 2015 07:00 PM PDT

 

Nak cari deposit pun payah...'

Pengerusi Lajnah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli memberi peringatan kepada perwakilan supaya memberi cadangan yang berasas dan tidak secara emosi berhubung isu pilihan raya.

Beliau berkata, cadangan perwakilan dari Sabah yang memberi amaran bahawa PAS akan bertanding di 32 kerusi di Sabah pada pilihan raya umum depan dilihat tidak berasas.

"Nak cari deposit untuk 11 kerusi pun payah, sampai ada yang hilang deposit. Untuk dua kerusi parlimen untuk kita adakan perbincangan cukup rapi.

"Jangan sebab marah, letak cadangan begitu. Letak cadangan biar berasas,"
katanya dalam ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-61.

Semalam perwakilan Sabah memberi amaran kepada DAP dan PKR bahawa PAS mungkin akan bertanding kesemua 32 kerusi DUN dalam pilihan raya umum.

Mohd Zulfikar Abd Mijan berkata tindakan itu susulan sekutu mereka itu enggan memohon maaf kerana "menendang" PAS Sabah daripada Pakatan Rakyat susulan isu hudud di Kelantan.

Justeru Ahli Parlimen Kuala Krai itu untuk berharap pengerusi baru lajnah pilihan raya PAS supaya memastikan undian daripada kaum bukan Melayu tidak berkurangan pada pilihan raya umum ke-14 nanti.

Malah beliau juga berharap agar jawatankuasa yang baru dapat melakukan tugasan dengan lebih baik.

"Kalau hilang kepercayaan daripada pengundi bukan Islam di atas kertas, kita akan kalah pada pilihan raya umum ke-14.

"Terima kasih kepada PAS menjadi tempat saya berkhidmat sebagai ahli jawatankuasa selama 18 tahun dan di Pemuda PAS banyak tahun.

"Dan jumlah keseluruhannya dalam 30 tahun (di dalam PAS). Mungkin dengan orang baru akan ambil alih dan dapat laksanakan dengan lebih baik," katanya lagi. -mk


Amaran PAS Sabah kepada Pakatan, berbaik semula atau lawan kami

Perwakilan PAS Sabah Zulfikar Abdul Mijan memberi kata dua kepada PKR dan DAP agar membaiki semula hubungan dengan parti itu atau menghadapi kemungkinan berhadapan dengan mereka dalam pilihan raya negeri.

Menurut Zulfikar, di Sabah terdapat 32 kerusi yang majoriti pengundinya adalah penganut Islam namun, PAS akan bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) jika mereka masih disisihkan.
"PAS Sabah akan bertanding di semua kerusi di Sabah tanpa mengira menang atau kalah selagi dia (PKR dan DAP) tak ajak kita join balik (Pakatan Rakyat Sabah).

Pada 30 Mac lalu, DAP Sabah dan PKR Sabah membekukan hubungan mereka dengan PAS Sabah kerana tidak bersetuju dengan keinginan PAS dan menamakan kerjasama baru mereka sebagai Pakatan Rakyat Baharu.

Langkah itu dibuat menerusi kenyataan bersama yang ditandatangani Pengerusi PKR Sabah Datuk Seri Lajim Ukin, Setiausaha Majlis Pimpinan PKR Sabah Datuk Maijol Mahap, Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong dan Setiausaha DAP Negeri Dr Edwin Bosi.

Kedua-dua parti menyatakan yang pemimpin beragama Islam tidak menentang kanun jenayah Islam itu namun cuma menolak pelaksanaannya di Malaysia.

PAS bakal disisihkan dalam gabungan pembangkang dikenali Pakatan Rakyat Baharu yang akan dibentuk di Sabah, kata Jimmy sebagai tanda protes terhadap parti Islam itu yang bertegas mahu melaksanakan hudud.

Cadangan pembentukan pakatan baharu ini juga dilihat sebagai usaha DAP Sabah memberi tekanan kepada PAS selepas memutuskan membekukan semua bentuk kerjasama dengan PAS di negeri itu.

DAP Sabah mendakwa, PAS mengkhianati dan membelakangi perjanjian kesefahaman bersama PR apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993. -TMI



ULASAN GB

Betul-betu lawak. Inilah akibatnya apabila bukan profesyenal yang memimpin. Memberikan cadangan yang tak berasas. Kononnya nak bertanding di semua kerusi. Siap ugut suruh berbaik semula.

Sedangkan pada PRU yang lepas pun 3 calon PAS hilang deposit!

Sungguh tidak berjejak di bumi nyata jika PAS Sabah mahu bertanding di semua kerusi. 



Kelab Greenboc

Guan Eng: P Pinang TAK SABAR tunggu peletakan jawatan PAS

Posted: 06 Jun 2015 06:30 PM PDT

 
 Guan Eng: P Pinang TAK SABAR tunggu peletakan jawatan PASKetua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta semua wakil PAS yang menduduki jawatan dalam kerajaan negeri supaya meletak jawatan.

Kata Lim, tindakan itu perlu dibuat selepas muktamar PAS meluluskan usul supaya parti itu memutuskan semua hubungannya dengan DAP.

"Peletakan jawatan yang dijangkakan daripada wakil PAS dalam kerajaan Pulau Pinang akan diterima dengan segera tanpa soalan kerana tiada sebarang impak terhadap kestabilan, kesinambungan dan kredibiliti kerajaan negeri," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Lim, beliau menikmati hubungan kerja yang mesra dan baik dengan kebanyakan wakil PAS dalam kerajaan negeri.

Bagaimanapun, katanya, individu yang mewakili PAS terbabit perlu melepaskan jawatan masing-masing atas alasan etika dan moral.

"Adalah suatu yang tidak dapat dipertahankan dari segi politik bagi mereka untuk kekal dalam kerajaan negeri yang diketuai oleh saya dalam kapasiti saya sebagai Setiausaha Agung DAP, apabila Muktamar PAS telah memutuskan hubungan dengan DAP," katanya.

Usul ulama sensitif




Semalam muktamar menerima usul daripada Dewan Ulama PAS untuk parti itu memutuskan hubungannya dengan DAP
.

Bagaimanapun PAS mendakwa mereka akan kekal dalam gabungan Pakatan Rakyat.

Usul berkenaan diterima tanpa dibahaskan atas alasan ianya "sensitif".

Kata Lim, walaupun tiada perdebatan dibenarkan semasa muktamar untuk usul "sedemikian penting", kepimpinan PAS yang baru berhak untuk mengemudi parti mereka dengan cara yang difikirkan wajar, sama ada melalui demokrasi atau autokrasi.

"Saya tidak akan mengulas tetapi menyerahkannya kepada PAS untuk menjawab kedudukan bercanggah mereka apabila PAS memutuskan hubungan dengan DAP tetapi masih kekal dalam PR sedangkan PR terdiri daripada ketiga-tiga parti DAP, PKR dan PAS.

"PR berfungsi atas konsensus semua tiga parti dan tidak ada satu parti pun boleh membuat keputusan bagi pihak PR.

"Namun PAS mempunyai kebebasan dan hak untuk memutuskan hubungan dengan DAP," katanya.

Antara lantikan dinikmati ahli PAS di Pulau Pinang ketika ini ialah di peringkat kerajaan tempatan dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK).

"Kestabilan, kesinambungan dan kredibiliti kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan terjejas akibat ketiadaan wakil PAS dalam kerajaan. DAP dan PKR masih menikmati majoriti dua pertiga," katanya.  - M'kini

Sekarang, setiausaha agung kata putus dengan DAP belum muktamad

Posted: 06 Jun 2015 06:00 PM PDT

 
Sekarang, setiausaha agung kata putus dengan DAP belum muktamadUsul memutuskan hubungan dengan DAP masih belum muktamad kerana ia perlu dibuat Majlis Syura Ulama walaupun setelah diluluskan muktamar, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Katanya, ini kerana kerjasama PAS dengan parti lain dalam pilihan raya pada 1986 dan 1999 diputuskan 2 badan dalam PAS, iaitu Jawatankuasa Pusat dan Majlis Syura.

"Memang (dewan) ulama ada sebut, tapi ia belum muktamad. Hendak masuk (Pakatan Rakyat) ada hukum, dan hendak keluar pun ada hukumnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat ucapan penangguhan pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor hari ini.

Terdahulu, bekas Timbalan Presiden Mohamad Sabu umum untuk melepaskan semua jawatan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang susulan usul tergempar Dewan Ulama PAS Pusat itu yang diluluskan muktamar tanpa bahas.

Pagi ini juga, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang juga setiausaha agung DAP berkata, beliau akan menerima peletakan jawatan wakil PAS dalam kerajaan negeri itu dengan segera dan tanpa sebarang soalan. - TMI

MAT SABU - AKU DAH LETIH......

Posted: 06 Jun 2015 05:30 PM PDT

 

Foto :TMI
Ucapan terakhir Mat Sabu, bekas Timbalan Presiden di Muktamar PAS di Kuala Selangor yang penuh dengan sindiran.
 
"Kami telah lama berada di pentas ini. Lebih 20 tahun, jadi macam-macam. Kemudian tuan baru nak duduk rumah ini, jadi kami kena tinggal rumah itu.
 
"Selalunya orang yang nak tinggalkan rumah, berilah sedikit bekalan supaya dapat berpindah dengan baik. Jangan curah asid kepada yang nak pergi, kita perlu bersikap terbuka."
 
Apa difitnah beliau sebagai Ketua Jebon kerana ingin menjatuhkan Presiden. Sidiran kepada pemfitnah yang 2 kali tak datang apabila dipanggil lembaga siasatan.
 
"Patah sayap, dengan paruh aku datang. Patah dayung, dengan jari kudayung. Saya hadapi jawatankuasa bebas untuk siasat.
 
"Fitnah amat pedih, kita lalui dengan sabar."
 
Sindiran beliau kepada yang nak menyiku dan melutut rakan dalam Pakatan.
 
"Lawan kita Umno dan BN. DAP ini parti kecil. Kita boleh siku dia, kita jatuh dia dan kita karate dia. Kalau dulu baca doa cemuh, sekarang kita ada lutut, siku, dan karate. Kita lebih kuat, jangan bimbang."
 
Apabila beliau tidak lagi secara automatik menjadi Pengarah Pilihan Raya Sarawak.
 
"Jadi bila orang Sarawak tanya bagaimana sekarang ini kerana mereka nak tambah lagi kawasan di negeri itu.
 
"Saya cakap, bertanding semua di Sarawak itu, sebab kita sedang kuat. Bila bersama kena berunding, bila sudah sendiri tak perlu berunding lagi.
 
"Kita bimbang kalau kita keseorangan, yang penting kita dapat keredhaan Allah. Jangan bimbang, kita akan kuat bila kita bersendirian. 
 
 

Imej Pas tercalar kerana salah laku pemimpin PR Adam Abu Bakar

Posted: 06 Jun 2015 05:00 PM PDT


Abdul-Hadi-Awang_pkr_600

Abdul-Hadi-Awang_pkr_600KUALA SELANGOR: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tanpa berselindung kesal dengan sikap komponen rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, Pas sejak dahulu lagi merupakan parti yang berdisiplin dan tetap mengamalkan tahaluf siyasi walaupun ketika 'berperang'.

Kata Ahli Parlimen Marang itu, pendekatan yang dipraktikkan itu bukan bermakna ia menutup pintu sebaliknya akan berdamai sekiranya diajak berbuat demiikian.

Jelasnya, apa yang dipraktik menunjukkan adalah bagi menggambarkan kemuliaan pendekatan Islam di antara komponen di dalam PR.

"Kita telah menghadapi liku-liku yang mencabar. Alhamdulillah, Pas tetap berdisiplin dalam bertahaluf siyasi serta Pas langsung tidak mengkhianati bahkan beradab dalam tahaluf," katanya sewaktu berucap di dalam sesi penggulungan di Muktamar Tahunan Pas ke-61.

Bagaimanapun, sikap mulia yang ditunjukkan Pas itu telah dicemari dengan sikap dan kelakuan dari rakan-rakan dalam PR yang menyentuh isu aqidah, syariat dan kepimpinan parti.

"Kita juga langsung tidak berkempen dalam urusan parti lain," ujar beliau lagi.

Bahkan, akibat salah laku dan sikap kurang baik yang ditunjukkan pemimpin dalam PR secara tidak langsung telah menyebabkan pemimpin dalam Pas menerima tempias dan kredibiliti mereka telah tercalar.

"Ini bukan silap kita tetapi silap rakan kita. Mereka mencuri ahli kita, tetapi kita tidak mencuri ahli. Ada juga kes salah laku pemimpin mereka, ia termasuk dalam isu-isu agama Islam," jelasnya.

Mat Sabu lepas semua jawatan dalam kerajaan Pulau Pinang OLEH KC NAZARI

Posted: 06 Jun 2015 04:30 PM PDT





Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dalam ucapannya pada hari terakhir Muktamar Tahunan ke-61 hari ini berkata melepaskan jawatannya dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dalam ucapannya pada hari terakhir Muktamar Tahunan ke-61 hari ini berkata melepaskan jawatannya dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mat-sabu-lepas-jawatan-dalam-kerajaan-pulau-pinang#sthash.U575GGwO.dpuf

AL FATIHAH - Isteri Ku Li meninggal

Posted: 06 Jun 2015 04:00 PM PDT

 
Isteri Ku Li meninggalKUALA LUMPUR  – Isteri kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, Puan Sri Noor Yvonne Abdullah, 68, meninggal dunia akibat kanser darah petang ini.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 7.05 petang di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya.

Cucu saudara Tengku Razaleigh, Tengku Nazeerah Tengku Mahmud, 36, ketika ditemui berkata, Allahyarham telah lama menghidap penyakit tersebut dan pulih pada tahun lalu.

 Hasil carian imej untuk Gambar Puan Sri Noor Yvonne Abdullah

"Allahyarham dimasukkan semula ke hospital pada bulan lepas selepas dikesan menghidap penyakit yang sama," katanya ketika ditemui di sini hari ini

Jenazah akan dikebumikan esok pada pukul 10.30 pagi di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang. - UTUSAN


'Jangan curah asid kepada yang nak pergi'

Posted: 06 Jun 2015 09:00 AM PDT

 
 
Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menyampaikan ucapan terakhirnya di muktamar PAS di Kuala Selangor penuh dengan sindiran selepas kalah mempertahankan jawatan tersebut.

Dengan nada yang sayu dan kecewa, beliau menggunakan perkataan, pepatah atau frasa penuh bermakna dan memedihkan bagi menggambarkan perasaannya.

Antara frasa terebut ialah "kita kuat jika tidak dalam Pakatan", "mencurah asid orang yang keluar rumah" dan "berseorangan untuk mencari reda Allah".

"Kami telah lama berada di pentas ini. Lebih 20 tahun, jadi macam-macam. Kemudian tuan baru nak duduk rumah ini, jadi kami kena tinggal rumah itu.

"Selalunya orang yang nak tinggalkan rumah, berilah sedikit bekalan supaya dapat berpindah dengan baik. Jangan curah asid kepada yang nak pergi, kita perlu bersikap terbuka," katanya.

Patah sayap, dengan paruh datang

Kemudian beliau menyindir pihak yang menuduhnya 'Ketua Jebon' bagi kumpulan Hawaii Five-O yang didakwa kumpulan konservatif kononnya merancang menggulingkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden.

Untuk menyelesaikan dakwaan itu, Mohamad berkata, sebuah jawatankuasa siasatan perlu ditubuhkan.

Katanya, pihak yang dituduh cuba menggulingkan Abdul Hadi sedia memberi keterangan di depan jawatankuasa berkenaan.

"Patah sayap, dengan paruh aku datang. Patah dayung, dengan jari kudayung. Saya hadapi jawatankuasa bebas untuk siasat.

"Fitnah amat pedih, kita lalui dengan sabar," katanya bagi menyampaikan ucapan penggulungan sebagai pengerusi mobilisasi demokrasi dengan nada sayu.

Mengenai sesetengah ahli yang berpendapat PAS semakin kuat jika tidak bersama Pakatan Rakyat, Mohamad turut menyelitkan sindiran tajam kepada golongan berkenaan.

"Lawan kita Umno dan BN. DAP ini parti kecil. Kita boleh siku dia, kita jatuh dia dan kita karate dia. Kalau dulu baca doa cemuh, sekarang kita ada lutut, siku, dan karate. Kita lebih kuat, jangan bimbang," katanya sinis.

Semalam wakil Dewan Ulama PAS, Nasruddin Hassan memberi amaran kepada DAP supaya tidak mencabar kesabaran anggota sayap parti itu.

"Saya rayu janganlah cabar kesabaran kami. Walaupun kami dari Dewan Ulama yang rata-ratanya memakai kopiah, serban, berjubah, tetapi ingat dalam jubah ini ada siku dan lutut yang masih kita belum guna lagi," katanya ahli parlimen Temerloh itu sambil mendapat laungan takbir daripada  perwakilan dan pemerhati.
 

Tuan Ibrahim: Kemenangan tak diingini

Posted: 06 Jun 2015 08:30 AM PDT

 
 
Timbalan Presiden PAS yang baru Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan, kemenangannya sebagai orang nombor dua dalam parti bukanlah sesuatu yang beliau harapkan.

Malah, Tuan Ibrahim berkata, beliau sebelum ini bernazar untuk melakukan sujud syukur dan menyembelih kambing sekiranya kalah dalam pemilihan jawatan timbalan presiden.

"Saya sebenarnya bernazar kalau saya kalah, saya nak buat sujud syukur dan sembelih kambing," katanya semasa berucap pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor hari ini.

Pada masa sama, Tuan Ibrahim juga terkenang kepada pesanan bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pernah menasihatinya supaya tidak menarik diri sekiranya menerima pencalonan.

"Jawatan bukan perkara yang nak direbut. Namun Allah letakkan harapan ini. Nik Aziz juga berpesan kepada saya, kalau ada pencalonan jangan tarik diri. Kalau tak menang tak apa, jangan kecewa kerana harapan perwakilan," kata Tuan Ibrahim sebak.

Sehubungan itu, selaku timbalan presiden yang baru Tuan Ibrahim menasihatkan semua ahli supaya bersama mengukuhkan parti dan jangan menganggap kekalahan dalam pemilihan sebagai "keluar rumah".

"Bukan soal meninggalkan atau keluar dri rumah tetapi kita perlu bersama membina rumah ini dan bergabung kekuatan yang ada.

"Insya-Allah mudah-mudahan PAS mampu membawa hasrat rakyat,"katanya lagi.
 

'Saya tidak tahu lagi, saya tidak tahu'

Posted: 06 Jun 2015 07:45 AM PDT

 
 
Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau menunggu laporan rasmi daripada DAP berhubung permintaan Ketua Menteri Pulau Pinang supaya semua wakil PAS di negeri itu meletakkan jaawatan daripada agensi kerajaan negeri.

Sehingga laporan rasmi diterimanya, Abdul Hadi berkata beliau tidak dapat memberikan sebarang kenyataan mengenai permintaan Lim Guan Eng itu.

Malah Presiden PAS itu juga menjelaskan usul memutuskan hubungan dengan DAP oleh Dewan Ulama itu hanya dipersetujui di peringkat muktamar.

Katanya, usul berkenaan perlu dibawa pula ke Majlis Syura dan keputusan tidak dibuat dalam muktamar.

"Saya perlu menunggu laporan daripada rakan-rakan Pulau Pinang terlebih dahulu. Tak boleh nak buat apa-apa kenyataan sebelum mendapat kenyataan yang terperinci.

"Usul itu sebenarnya diterima untuk dibawa ke Majlis Syura dan tidak buat keputusan di dalam muktamar," katanya di sidang media selepas berakhirnya muktamar PAS tahun ini.

Abdul Hadi yang menang dalam pemilihan selepas dicabar untuk kali pertama sejak menjadi presiden berkata, usul Dewan UIama itu perlu dikaji terlebih dulu oleh Majlis Syura.

Ditanya bilakah usul mengenai memutuskan hubungan dengan DAP akan dibincangkan, Ahli Parlimen Marang itu berkata ia akan dilakukan segera.

"Seberapa segera yang dapat dilaksanakan," katanya ringkas.

Berhubung hasrat bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang ingin melepaskan semua jawatannya dalam kerajaan Pulau Pinang, Hadi hanya berkata: "Saya tak tahu lagi. Saya tak tahu," katanya ringkas.

 

Itu bukan salah kita, kata Hadi

Posted: 06 Jun 2015 07:00 AM PDT

 
 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyalahkan 'pihak lain' di luar parti itu yang menyebabkan sesetengah pemimpinnya kalah dalam pemilihan semalam.

"Kita tak kempen (dalam) pemilihan orang (parti lain),  (tetapi) orang tolong kempen pemilihan kita,  disiarkan oleh media.

"Kesian rakan kita yang menjadi mangsa. Tidak ada pemimpin kita yang tolak hukum syariat.  Kalau tidak, dia tak boleh jadi ahli PAS," katanya dalam ucapan penggulungan di Kuala Selangor hari ini.

Menurut Abdul Hadi, 'rakan' dalam Pakatan Rakyat melakukan kesilapan sehingga menyebabkan imej sesetengah pemimpin PAS tercalar.

"Itu bukan salah kita, salah rakan kita," katanya

Menurut ahli politik dari Terengganu itu, 'calar' dialami sesetengah pemimpin PAS dalam isu hudud membawa kepada penurunan sokongan yang diberikan perwakilan terhadap mereka.

Dalam kerjasama politik dengan PKR dan DAP, Abdul Hadi mengakui parti itu berdepan dengan cabaran.

Namun, katanya, PAS tetap menunjukkan displin dan adab kerjasama tanpa mengkhianatinya, termasuk mengambil pendekatan berdamai menerusi dialog.

"Masing-masing ada ideologi, tidak ganggu akidah walaupun ideologi berbeza, dalam titik persamaan antara kita bekerjasama.

"Namun rakan, rakan menuntut dalam perkara berkaita akidah dan disiplin. Isu pelaksanaan syariat, ini isu akidah. Isu kepimpinan parti, ini isu dalaman PAS," katanya.

Khalid jawab dakwaan bakal sertai Pas ! - FMT Reporters

Posted: 06 Jun 2015 06:15 AM PDT

 

Khalid-Ibrahim_pas_600_1
Hubungan baik dengan golongan ulama Pas telah terjalin sejak beliau menjadi Setiausaha agung PKR 


PELABUHAN KLANG: Tan Sri Khalid Ibrahim menafikan beliau akan menyertai Pas kerana hubungan rapatnya dengan pemimpin pro ulama.

Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, hubungan rapat itu telah terjalin semenjak beliau menjadi Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Masuk Pas? Perkara ini tiada dalam agenda saya," jawabnya ringkas ketika ditanya desas desus itu selepas program Tahlil Perdana dan Sajian Rakyat di Pulau Indah pada Sabtu.

Beliau sebelum itu hadir sebagai pemerhati bebas di Muktamar Pas di Kuala Selangor dan disambut meriah pemimpin dan ahli Pas yang seakan-akan mengesahkan dakwaan Ahli Parlimen Bebas Bandar Tun Razak itu akan menyertai Pas.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid berkata, perubahan kepemimpinan Pas disebabkan sikap campur tangan DAP dalam hal ehwal parti itu.

Katanya, perubahan drastik dalam Pas itu sebagai pengajaran kepada parti lain supaya tidak mencampuri urusan dalaman rakan parti lain.

Beliau bagaimanapun percaya, Pas dan DAP mampu menyelesaikan masalah antara mereka dengan baik

Penulis blog manipulasi Twitter Hannah Yeoh FMT Reporters

Posted: 06 Jun 2015 05:30 AM PDT

 
Hannah-Yeoh_tweet_600

Berikutan kesilapan maklumat yang dimuat naik, ia telah disebarkan di laman sosial dan menjadi bahan kutukan

PETALING JAYA: Sebuah laman blog memuat naik status lama Twitter Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, DAP Hannah Yeoh dan cuba mengaitkannya dengan kejadian gempa bumi di Sabah, pada Jumaat.

Penulis yang dikenali sebagai khairulryezal kemudian menggunakan status itu dan menyebarkan melalui entri di blognya.

"Hendak dikatakan bengap, beliau merupakan salah seorang ADUN di Selangor. Namun, sikap beliau yang tidak sensitif terhadap isu nasional amat dikesali. Apakah Hannah Yeoh tidak mengetahui gempa bumi yang berlaku pada pagi ini adalah di Sabah dan bukannya Sarawak?

"Kita tahulah Sarawak akan mengadakan Pilihan Raya Negeri tidak lama lagi. Tidak perlulah membodek sebegitu rupa. Tidak salah berdoa untuk rakyat Sarawak. 

Cuma kita doakanlah dahulu untuk Rakyat Sabah yang ditipa bencana alam. Ada yang hendak kena tambat dekat Gunung Kinabalu kalau macam ni," komen seorang penulis di laman blognya, khairulryezal.blogspot.com

Berikutan kesilapan maklumat yang dimuat naik, ia telah disebarkan di laman sosial dan menjadi bahan kutukan yang mempersoalkan tahap pengetahuannya.

FMT bagaimanapun difahamkan bahawa entri tersebut telah dipadam daripada blog terbabit.

Khalid kritik Azmin lagi isu air - FMT Reporters

Posted: 06 Jun 2015 04:45 AM PDT

 
Khalid-Ibrahim_langat_water_600

Tiada alasan kerajaan Selangor menangguhkan pengambilalihan industri air kerana perkara asas perjanjian telah pun diselesaikan 

PELABUHAN KLANG: Kelewatan Kerajaan Selangor menyelesaikan penstrukturan semula air bakal menyebabkan rakyat menderita.

Bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, bukan sahaja Langat 2 tidak dapat diteruskan malah kerajaan Selangor juga tidak melaksanakan projek HORAS yang bertujuan menambah bekalan air bersih.

"Kerajaan Negeri perlu cepat bertindak bagi memenuhi keperluan pengguna dan industri.

"Tiada alasan untuk pengambilalihan air oleh kerajaan negeri ditangguhkan lagi kerana perkara asas perjanjian telah saya selesaikan, katanya yang meletak jawatan September tahun lalu.

Beliau menghadiri program Tahlil Perdana dan Sajian Rakyat di Pulau Indah pada Sabtu.

Abdul Khalid berkata, masalah kewangan bukan alasan kerana kerajaan Persekutuan telah setuju memberi dana RM2 bilion untuk kerajaan Selangor ambil alih empat syarikat konsesi.

"Jumlah ini tidak seberapa berbanding aset-aset air yang dimiliki kerajaan negeri yang dianggarkan bernilai RM7 bilion," katanya.

Katanya, isu pemilikan tanah sepatutnya tidak dijadikan alasan untuk pengambilalihan itu ditangguh kerana ia telah pun dipersetujui antara kerajaan negeri dan Persekutuan sebelum ini.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) mendakwa bekakan air terawat berada paras kritikal kerana projek penambahan air tidak dapat dilaksanakan sehingga penstrukturan selesai

RAYUAN KEPADA MANTAN PIMPINAN PAS

Posted: 06 Jun 2015 04:00 AM PDT



Ana, mewakili sebahagian ahli-ahli PAS, menyeru semua pimpinan PAS yang kalah dalam pemilihan parti semalam supaya MENOLAK semua jenis tawaran lantikan ke apa jua jenis jawatan parti di peringkat pusat atau negeri (jika ada).

Rayuan ini berasaskan kepada pertimbangan-pertimbangan berikut:

1. Perwakilan-perwakilan telah memberi mesej yang jelas bahawa anda semua TIDAK DI PERLUKAN secara "toto" dan blok dengan undian chai mereka.

2. Pimpinan yang baru sudah mempunyai pasukan chai mereka sendiri dan anda tidak perlu menggangu-gugat pasukan ini. Beri peluang pada pasukan baru membuktikan mereka juga mampu memimpin dengan lebih baik daripada prestasi anda dahulu.

3. Anda semua kalah kerana dituduh golongan liberal, Anwarinas, Jebon, anai-anai, pencinta DAP, munafik haraki, pengkhianat parti, penghina Presiden dan macam-macam lagi gelaran yang amat menghinakan dan memalukan.

Dan kami yakin anda semua kalah bukan kerana tak buat kerja.

Jadi adakah selepas Muktamar anda semua sudah bersih dan kini boleh pula di tawarkan dengan jawatan-jawatan? Jadi permintaan kami tolong jangan malukan diri anda dan diri kami dengan menerima pelantikan jawatan parti cara "pintu belakang". Berjuang terus sepertimana Khalid ibnu Walid dengan menjadi ahli biasa saja.

Ir. Izham Hashim 6 Jun 2015 Che Ibrahim Mohamed:

Wahai perosak2 Jamaah, samada kamu Jebon, parasit, barua broker, tolol, liberal, sekular, endorgan, anwarinas, kuda tunggagan dap atau munafik haraki, ternyata kamu telah berjaya dibersihkan dari terus mengkhianati jamaah dan presiden, kamu telah dikuburkan secara berjamaah melalui program pelupusan etnik jebon yg anti ulama.

Oleh itu kamu jgn lagi menghampiri jemaah yg suci ini kerana ianya akan menjauhkan pertolongan dan keredaan Allah kpd jamaah yg sudah suci murni ini, jgn kamu kotori jubah2 ulama kami yg putih berseri dgn nanah2 kamu yg busuk kohong, kelupoq lah kamu bersama dap dan pkr yg menjadi tuan sebenar kamu.

PERKUKUH PAKATAN RAKYAT

Kenapa mereka buat begitu kepada Tun Mahathir suarakami.

Posted: 06 Jun 2015 03:15 AM PDT

Menurut Zam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bukan sahaja memalukan dirinya, tetapi juga telah meletakkan kredibiliti kabinet dan kerajaan menjadi pertaruhan, tulis Zam dalam blog posting beliau.

Menurut Zam, "Apa yang lebih teruk lagi, semua ini berlaku hanya sehari selepas Najib telah mendabik dada sebagai seorang berdarah pahlawan Bugis yang berani, tidak pernah lari dari pertempuran, tetapi dia sebenarnya yang pertama yang hilang dari medan pertempuran sebelum perang bermula. "


Oleh Tan Sri Zainuddin Maidin
NILAI EMAS INI DISIA-SIAKAN NAJIB

Ini adalah bantuan ikhlas saya kepada Bahagian Khas Polis Diraja Malaysia yang sedang menjalankan risikan terhadap kesan dari Tun Mahathir dihentikan berucap di PWTC kelmarin:

Simpati pada Mahathir tiba-tiba memuncak pantas seperti kilat keseluruh negara menjadi virus atau wabak kemarahan kepada Najib kerana tajuk forum" Nothing to Hide" begitu berkesan dalam menarik perhatian dan harapan rakyat untuk mendengar keterbukaan Najib.

Pertanyaan popular sehingga pagi ini dari peringkat anak muda hingga ketua dari rakyat berbagai kaum ialah: Kenapa mereka buat bagitu pada Mahathir, kasihan dia sudah tua, dia pemimpin yang dihormati, orang Malaysia hormat warga tua dan sebagainya.

Seorang juruhebah radio yang terkemuka memberitahu saya dia menangis apabila Mahathir diarah turun dari pentas. Seorang yang pernah menjadi pegawai tertinggi kerajaan memberitahu saya disuatu majlis perkahwinan malam tadi " 


Kalau Mahathir dibiarkan bercakap pastinya membawa kesan positif kepada sikap demokratik Najib kerana pentasnya telah diberikan kepada Mahathir.". Dia telah melepaskan peluang keemasan perang sarap yang sangat besar kerana dalam keadaan panik.

Seorang ADUN bertanya pada saya siapakah penasihat Najib dan saya beritahunya dengar kabar yang terkini setelah yang lain tidak berguna lagi ialah Lim Kok Weng yang dikayakan oleh Mahathir." Najib tidak pernah mendapat penasihat yang betul." katanya

NAJIB TIDAK SAHAJA MEMALUKAN DIRI TETAPI JUGA ANGGOTA KABINET DAN KERAJAAN

Perdana Menteri Datuk Seri Najib bukan sahaja memalukan dirinya sendiri apabila membatalkan kehadirannya di forum terbuka Nothing To Hide tetapi juga melibatkan maruah anggota kabinetnya dan juga kredebiliti kerajaan.

Tidak sewajarnya beliau sebagai perdana menteri yang dikelilingi oleh penasihat keselamatan tidak dapat mejangka pekara ini akan berlaku apabila dengan gah beliau mempormosikan "saya bersedia untk mendedahkan segalanya"

Oleh kerana ketidakikhlasan dalam penganjuran ini dan lebih kepada untuk menunjukan keberanian,keterbukaan dan" kebersihan" ,maka akibatnya adalah kehilangan kepercayaan rakyat yang amat parah.

Alasan pembatalan itu kerana keselamatan dan atas keputusan polis sendiri dilihat sebagai membodohkan rakyat yang terbukti dari suara rakyat yang meletup menyeluruh menerusi media sosial yang merasa mereka cuba dibodohkan.

Lebih memburukan imej Najib apabila hal ini berlaku sehari selepas beliau mendabik dada sebagai " Pahlawan Bugis" yang gagah berani, yang tidak pernah takut melawan tetapi beliau hilang dari medan perjuangan sebelum peperangan bermula.

Tujuan utama anjuran Forum " Nothing To Hide' adalah perang sarap untuk meyakinkan rakyat tidak ada apa-apa yang hendak disembunykian oleh Najib disebalik berbagai prasangka buruk terhadapnya kerana masalah kewangan 1MDB.

Dari awal saya mengesyaki bahawa ini adalah suatu perancangan stage manage perang sarap dari peringkat penganjuran, kehadiran, panel penanya,(yang tentunya dalam senarai moderator) hingga kepada tukang sorak dan pembicara-pembicara pembantu .

Mungkin oleh kerana terlalu yakin kepada Lim Kok Weng penasihat baru media,maka pejabat Perdana Menteri tidak mendapatkan nasihat pihak polis tentang pekara-pekara yang tidak diduga akan berlaku.

Kehadiran Mahathir mungkin tidak dijangka tetapi bila forum ini dihebohkan sebagai terbuka maka saya sendiri telah bertanya bagaimana kalau Mahathir hadhir.

Sehingga pagi ini beberapa orang profesional yang mengunjungi cafe saya di presint 8 Putraya telah bertanya tentang kemungkinan itu dan saya berkata mengetahui sikap Mahathir beliau akan hadhir. Dalam perjuangan Mahathir akan turun sehingga keperingkat paling bawah, dia sanggup menjadi street fighter.

Mahathir hadhir untuk mendengar penerangan Najib sebagai orang biasa dan bukannya untuk berdebat tetapi ternyata bahawa forum ini adalah drama pentas apabila para wartawan tidak dibenarkan masuk dan kehadhiran Mahathir menjadi suatu masalah besar yang menyebabkan akhirnya forum itu terpaksa dibatalkan apabila Mahathir menggantikan Najib untuk memberi penerangan.

Kegagalan Najib menepati janji telah sekali gus menjatuhkan keyakinan rakyat kepadanya kepada taraf paling rendah. Ketulusan , kejujuran dan keikhlasannya dipersoalkan serta merta di seluruh negara.

Impak kepada kejadian ini sangat berat kepada kepada perancangan Najib untuk mengadakan jerayawala(road show) di seluruh negara. 


Beliau akan berhadapan dengan rakyat yang tidak percaya kepadanya. Beliau berbohong kepada mereka mengatakan beliau seorang Wira Bugis, Pahlawan Bugis yang gagah berani.

Perasaan demoralising ini tidak sahaja menekan Najib tetapi pastinya turut dirasakan oleh seluruh anggota kabinet yang merasakan diri mereka ada integriti kerana mereka berada di bawah pimpinan seorang pemimpin yang telah hilang kepercayaan rakyat.

Tidak pernah dalam sejarah negara seorang perdana menteri di malukan sebegini rupa . Seluruh anggota kabinet wajib memikirkan apakah langkah yang sewajarnya untuk mereka lakukan bagi menebus maruah kepimpinan negara dam bagi mengembalikan keyakinan dan semangat rakyat sebelum pilihanraya akan datang.


Ironinya, kata bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin objektif perang saraf di dalam forum Nothing To Hide adalah untuk meyakinkan rakyat bahawa tiada apa-apa untuk Najib sembunyikan di tengah-tengah semua kecurigaan ditujukan kepadanya ekoran masalah kewangan 1MDB.

Ucapan Terakhir Mat Sabu .. 'Jangan curah asid kepada yang nak pergi'

Posted: 06 Jun 2015 02:40 AM PDT





Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menyampaikan ucapan terakhirnya di muktamar PAS di Kuala Selangor penuh dengan sindiran selepas kalah mempertahankan jawatan tersebut.

Dengan nada yang sayu dan kecewa, beliau menggunakan perkataan, pepatah atau frasa penuh bermakna dan memedihkan bagi menggambarkan perasaannya.

Antara frasa terebut ialah "kita kuat jika tidak dalam Pakatan", "mencurah asid orang yang keluar rumah" dan "berseorangan untuk mencari reda Allah".

"Kami telah lama berada di pentas ini. Lebih 20 tahun, jadi macam-macam. Kemudian tuan baru nak duduk rumah ini, jadi kami kena tinggal rumah itu.

"Selalunya orang yang nak tinggalkan rumah, berilah sedikit bekalan supaya dapat berpindah dengan baik. Jangan curah asid kepada yang nak pergi, kita perlu bersikap terbuka," katanya.

Kemudian beliau menyindir pihak yang menuduhnya 'Ketua Jebon' bagi kumpulan Hawaii Five-O yang didakwa kumpulan konservatif kononnya merancang menggulingkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden.

Untuk menyelesaikan dakwaan itu, Mohamad berkata, sebuah jawatankuasa siasatan perlu ditubuhkan.

Katanya, pihak yang dituduh cuba menggulingkan Abdul Hadi sedia memberi keterangan di depan jawatankuasa berkenaan.

"Patah sayap, dengan paruh aku datang. Patah dayung, dengan jari kudayung. Saya hadapi jawatankuasa bebas untuk siasat.

"Fitnah amat pedih, kita lalui dengan sabar," katanya bagi menyampaikan ucapan penggulungan sebagai pengerusi mobilisasi demokrasi dengan nada sayu.

Walau kalah, kami akan semak imbang PAS, kata Dr Dzul

Posted: 06 Jun 2015 01:15 AM PDT

 
Golongan profesional yang tewas pada pemilihan PAS semalam tidak akan merajuk sebaliknya akan terus menyumbang kepada parti dengan memainkan peranan sebagai penyemak imbang, untuk kukuhkan PAS. 

Seorang daripada mereka, Dr Dzulkefly Ahmad berkata beliau dan rakan seperjuangannya yang turut sama kecundang pada pemilihan kali ini menyedari masih ada sokongan akar umbi terhadap mereka. Justeru merek tidak akan menghampakan ahli PAS yang masih menyokong mereka. 

"Saya kira tidak begitu, kita pilih sikap yang positif dan 'engaging', maksudnya keterlibatan kami itu juga penting, kita tahu harapan yang mengundi kami juga, agak besar.. Jadi oleh kerana itu, mereka juga punya harapan, pengundi dan penyokong kami juga mengharapkan begitu. Jadi kita tak boleh atau orang kata merajuk.. 

"Kita tak boleh begitu. Tapi kami mengatakan kami akan terus memberi sokongan dengan maksudnya juga menyemak imbang. Kalau perlu muhasabah, perlu kritik, kami akan lakukan, itu tanggungjawab kami sebagai ahli yang bertanggungjawab," katanya kepada Antarapos. 

Dalam pemilihan bagi jawatan AJK Kerja PAS Pusat, Dzulkefly gagal mempertahankan kedudukannya, dengan majoriti yang berjaya menempatkan diri dalam senarai 18 AJK Kerja PAS Pusat terdiri daripada golongan yang dilabel ulama.

Perwakilann Bantah Putus Hubungan Dengan DAP.

Posted: 06 Jun 2015 12:30 AM PDT

 
Perwakilan dari Rembau, Mohammad Faiz Fadzil bangkit persoal keputusan usul putus hubungan dengan DAP yang dibuat tanpa dibahas di Muktamar Tahunan ke-61, di Kuala Selangor, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 6 Jun, 2015.

Perwakilan dari Rembau, Mohammad Faiz Fadzil bangkit persoal keputusan usul putus hubungan dengan DAP yang dibuat tanpa dibahas di Muktamar Tahunan ke-61, di Kuala Selangor, hari ini.

Perwakilan dari Rembau, Mohammad Faiz Fadzil bangkit persoal keputusan usul putus hubungan dengan DAP yang dibuat tanpa dibahas di Muktamar Tahunan ke-61, di Kuala Selangor, hari ini Perwakilan muktamar bantah usul tanpa bahas putus hubungan dengan DAP Hari terakhir Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor pagi ini bermula panas apabila perwakilan membantah usul memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP, pada masa sama kekal dengan PKR dan Pakatan Rakyat (PR), yang diterima tanpa bahas semalam.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar ketika mengumumkannya menganggap usul itu sebagai 'sensitif' namun mempertahankan keputusan itu tidak dibuat secara keseorangan tetapi dipersetujui beberapa pemimpin tertinggi. Perwakilan dari Rembau, Mohammad Faiz Fadzil kemudian bangkit mempersoalkan keputusan usul itu yang dibuat tanpa memberi peluang kepada perwakilan untuk membahaskannya.

"Kenapa tak perlu dibahas isu sensitif sedangkan ini hala tuju PAS, Bagaimana kita nak jawab dengan ahli?, "Jangan nak bercerai tapi serumah. Ini satu pakatan tempang. "Kenapa Mahfuz kata ini usul yang sensitif ?,

Kalau berani putus, biar perwakilan bahas dan jelaskan apa maksud sensitif," katanya. Faiz merupakan anak bekas presiden PAS Datuk Fadzil Mohd Noor dari 1989 hingga 2002.

Perwakilan dari Kota Raja turut bangkit mengingatkan pemimpin tertinggi di atas pentas supaya tidak mengambil mudah kesan daripada memutuskan hubungan dengan DAP. "Kita dalam muktamar ada hak, Keputusan muktamar apa pun, bincang dalam muktamar, bukan di WhatsApp atau Facebook.

"Tuan-tuan duduk di Selangor tahulah pentingnya tahaluf siyasi. Jangan ambil mudah!" katanya. Mahfuz kemudian bangun menjelaskan "sensitif" yang dimaksudkannya ialah kesannya kepada negeri yang diperintah PR, termasuk di Pulau Pinang di mana DAP menang majoriti mudah, dan Selangor yang mengalami pergolakan politik tahun lalu.

"Saya hanya melaksanakan tugas apa yang diputuskan. Maknanya kita akan kehilangan kedudukan, "Tapi kena istiqamah dalam perjuangan dan yakin kepada Allah walaupun kita akan bersendiri lagi," katanya.

Selain memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP, usul dibawa Dewan Ulama PAS Pusat dan kawasan Tumpat itu membuat 3 tuntutan lain iaitu : *

PAS Pusat berusaha memperkukuh dan memperkuatkan PR sebagai satu kerjasama politik bagi menumbangkan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN); * PAS tidak menggadaikan dasar perjuangan demi mencapai matlamat dan kemenangan; dan * PAS menegaskan kepada rakan PR agar menghormati pendirian, polisi dan dasar parti masing-masing Tuntutan itu dibuat selepas mengambil kira keputusan DAP yang memutuskan hubungan dengan presiden PAS, tetapi kekal bersama PAS, sebagai satu sikap menghina presiden dan PAS.

Usul itu juga mengambil maklum, DAP tidak lagi menghormati prinsip, polisi dan dasar PAS yang menjadikan Islam sebagai teras perjuangan.

"Menyedari segala prinsip kerjasama antara rakan PR sudah mulai retak ekoran kenyataan biadab tindakan pimpinan tertinggi DAP yang tidak menghormati prinsip 'bersetuju untuk tidak bersetuju'," menurut usul itu.

Dua lagi usul juga diterima tanpa bahas, iaitu menyokong penuh pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II (1993) pindaan 2015 yang diluluskan Dewan Undangan Negeri Kelantan pada Mac dan menuntut Kementerian Pendidikan melaksanakan pengajaran Al-Quran dan Hadis mengikut kaedah talaqi, hafazan, dan tafsir di semua sekolah rendah dan menengah kebangsaan dan agama. - The Malaysian Insider 'Jangan buat keputusan di WhatsApp' [mk]-

Tidak semua perwakilan di Muktamar PAS menerima baik usul Dewan Ulama yang mahu parti itu memutuskan hubungan dengan DAP.

Malah, perwakilan dari Kota Raja, Selangor, Norhalim Sirome mencadangkan supaya satu muktamar khas dibuat bagi membahas usul tersebut memandangkan tidak mudah untuk para pimpinan membuat keputusan berhubung usul berkenaan.

"Kita tak boleh ambil mudah perkara itu sebab seperti yang diucapkan oleh perwakilan Selangor sebelum ini, bercerai memang senang tetapi akibat selepas cerai itu yang penting. Perkara ini tak boleh jumpa dua tiga minit dan kemudian buat keputusan,

"Kita bermuktamar dan kita ada hak, Keputusan ini keputusan muktamar maka inilah tempat untuk kita berbincang. Bukan di WhatsApp, di Facebook tetapi di sini kita bincang, Saya setuju kalau usul itu di bawa ke satu muktamar khas.

Bukan mudah untuk memutuskan hubungan. "Jangan ambil mudah. Pemimpin jangan ambil mudah. Wahai ulama jangan ambil mudah.

Ingat, memang Allah reda tetapi (untuk) reda itu perlulah dengan akal yang cerdik," kata perwakilan tersebut ketika sesi perbahasan usul pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor.

Kemudian Pengerusi Tetap Husin Ismail meminta supaya semua perwakilan bertenang dan mengatakan perkara itu akan diputuskan oleh pimpinan PAS Pusat. "Isu itu akan diputuskan oleh pimpinan yang ada. Kita bertenang. Insya-Allah, Allah bersama kita," kata Husin.

Biar perwakilan bahas Selain itu, perwakilan dari Rembau, Negeri Sembilan Muhammad Faiz Fadzil Noor turut meminta penjelasan mengapa usul tersebut dilabel sebagai "usul sensitif" dan tidak dibincangkan dalam muktamar.

"Kenapa tak perlu bahas isu sensitif sedangkan ini hala tuju PAS, Apa-apa keputusan tentang keputusan dalam muktamar perlu di bawa dalam muktamar sama ada nak kekal dalam Pakatan atau tidak. Kita tak nak berkawan dengan DAP tetapi nak bersama Pakatan. Pakatan ini akan tempang,



"Kalau berani, tegas nak putus dengan DAP, biar perwakilan bahas," katanya. Perkara itu kemudian mendapat reaksi Husin dan beliau mengatakan: "Perwakilan Rembau, nanti ada sesi penggulungan dari pimpinan," katanya.

Sebelum itu, Pengerusi Penapisan Usul Datuk Mahfuz Omar berkata, usul yang dibawa Dewan Ulama PAS itu tidak akan dibahaskan pada hari ini kerana ia merupakan usul yang sensitif dan perlu diputuskan oleh pimpinan PAS.

Malah, ketua penerangan PAS itu juga berkata usul itu perlu dibincangkan di peringkat atasan kerana dikhuatiri akan menjejaskan hubungan Pakatan di Pulau Pinang dan Selangor.

"Usul ini diterima tanpa bahas kerana ia usul yang sangat sensitif iaitu usul Dewan Ulama dan PAS Tumpat untuk kukuhkan Pakatan tanpa DAP. Usul ini sangat sensitif dan akan dibawa kepada pimpinan untuk buat keputusan,"  kata Mahfuz.


IDA MAN