Jumaat, 5 Jun 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Kata Dua Perwakilan - Musuh Utama Pas Ialah Ummo Bukan DAP

Posted: 05 Jun 2015 11:43 PM PDT

 
Zack Ahmad's photo.

Tidak semua perwakilan di Muktamar PAS menerima baik usul Dewan Ulama yang mahu parti itu memutuskan hubungan dengan DAP.

Malah, perwakilan dari Kota Raja, Selangor, Norhalim Sirome mencadangkan supaya satu muktamar khas dibuat bagi membahas usul tersebut memandangkan tidak mudah untuk para pimpinan membuat keputusan berhubung usul berkenaan.

"Kita tak boleh ambil mudah perkara itu sebab seperti yang diucapkan oleh perwakilan Selangor sebelum ini, bercerai memang senang tetapi akibat selepas cerai itu yang penting. Perkara ini tak boleh jumpa dua tiga minit dan kemudian buat keputusan.

"Kita bermuktamar dan kita ada hak. Keputusan ini keputusan muktamar maka inilah tempat untuk kita berbincang. Bukan diWhatsApp, di Facebook tetapi di sini kita bincang. Saya setuju kalau usul itu di bawa ke satu muktamar khas. Bukan mudah untuk memutuskan hubungan.

"Jangan ambil mudah. Pemimpin jangan ambil mudah. Wahai ulama jangan ambil mudah. Ingat, memang Allah reda tetapi (untuk) reda itu perlulah dengan akal yang cerdik," kata perwakilan tersebut ketika sesi perbahasan usul pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor.

Kemudian Pengerusi Tetap Husin Ismail meminta supaya semua perwakilan bertenang dan mengatakan perkara itu akan diputuskan oleh pimpinan PAS Pusat.

"Isu itu akan diputuskan oleh pimpinan yang ada. Kita bertenang. Insya-Allah, Allah bersama kita," kata Husin.

Biar perwakilan bahas

Selain itu, perwakilan dari Rembau, Negeri Sembilan Muhammad Faiz Fadzil Noor turut meminta penjelasan mengapa usul tersebut dilabel sebagai "usul sensitif" dan tidak dibincangkan dalam muktamar.

"Kenapa tak perlu bahas isu sensitif sedangkan ini hala tuju PAS. Apa-apa keputusan tentang keputusan dalam muktamar perlu di bawa dalam muktamar sama ada nak kekal dalam Pakatan atau tidak. Kita tak nak berkawan dengan DAP tetapi nak bersama Pakatan. Pakatan ini akan tempang.

"Kalau berani, tegas nak putus dengan DAP, biar perwakilan bahas," katanya.

Perkara itu kemudian mendapat reaksi Husin dan beliau mengatakan: "Perwakilan Rembau, nanti ada sesi penggulungan dari pimpinan," katanya.

Sebelum itu, Pengerusi Penapisan Usul Datuk Mahfuz Omar berkata, usul yang dibawa Dewan Ulama PAS itu tidak akan dibahaskan pada hari ini kerana ia merupakan usul yang sensitif dan perlu diputuskan oleh pimpinan PAS.

Malah, ketua penerangan PAS itu juga berkata usul itu perlu dibincangkan di peringkat atasan kerana dikhuatiri akan menjejaskan hubungan Pakatan di Pulau Pinang dan Selangor.

"Usul ini diterima tanpa bahas kerana ia usul yang sangat sensitif iaitu usul Dewan Ulama dan PAS Tumpat untuk kukuhkan Pakatan tanpa DAP. Usul ini sangat sensitif dan akan dibawa kepada pimpinan untuk buat keputusan," kata Mahfuz.

VIDEO: Presiden dan Perwakilan PAS Pun Buat Kerja Haram ?

Posted: 05 Jun 2015 09:45 PM PDT

 

Kepada pencinta kebenaran dan keadilan sila viralkan video diatas.

Muktamar Pas 2015 menjelmakan wajah sebenar Presiden, Timbalan Presiden,Naib Presiden dan sebahagian besar perwakilan muktamar Pas.

Tarikh untuk hancur telah bermula.

Tidak ada apa lagi yang boleh dibanggakan oleh ahli parti yang kononnya memperjuangkan Islam secara syumul itu.

Buktinya sudah terang lagi bersuluh.

Terdesaknya gerombolan UG dalam Pas atawa juga kononnya golongan ulama dakwaan Utusan Meloya dan Berita Hairan telah berani melakukan apa juga cara yang tidak demokratik untuk menguasai parti.

Selepas ini kejatuhan moral yang lebih dahsyat dapat dijangkakan berlaku dalam parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu.


Ibarat kemenangan palsu ,kata Ahmad Awang

Pencabar jawatan presiden PAS Ahmad Awang berkata, beliau menerima kekalahannya dalam merebut jawatan tersebut.

Bagaimanapun, beliau yang merupakan bekas naib presiden PAS mendakwa, kemenangan yang diperolehi barisan pimpinan baru itu diibaratkan sebagai "kemenangan palsu".

Ia berikutan tindakan yang dibuat oleh sesetengah pihak yang mengeluarkan senarai "chai" untuk memberi panduan kepada para perwakilan membuat pemilihan kepimpinan, katanya.

"Dengan "chai" ini nampak sangat saya rasa kemenangan yang diperolehi oleh yang menang - dari presiden sampai ke bawah - kemenangan yang palsu yang berasaskan dengan perbuatan yang tidak sihat.

"Bukan sahaja bercanggah dengan amalan demokrasi dan syariat kerana melakukan tindakan untuk singkirkan rakan perjuangan berdasarkan fitnah dan memburukkan orang lain," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Malah, Ahmad turut melahirkan kebimbangan bahawa budaya "chai" tersebut bukan sahaja memburukkan imej parti, malah presiden parti itu sendiri.

"Saya tak ada masalah kalah tapi cara mereka lakukan itu menjatuhkan imej parti Islam seMalaysia. Jatuhkan imej presiden sendiri.

"Kalau dibiarkan berlaku chai ni, amalan ini sangat tak bagus," kata bekas pesuruhjaya PAS Perak itu lagi.

Ahmad menjadi pemecah tradisi apabila mencabar jawatan presiden PAS.

Hadi mendapat 928 undi manakala Ahmad hanya memperrolehi  233 undi.  


kutipan dari Mkini

Muktamar PAS : Yesssss... Muktamar Luluskan Usul Putus Hubungan Dengan DAP.

Posted: 05 Jun 2015 09:00 PM PDT

Tanpa Bahas Itu macam baru betul beb... jangan Cakap aje Pung Pang Pung Pang tapi Habuk Pun Tak Ada... cuma kalau nak lagi Cantik dan Canggih buat pula Usul

Tergempar untuk Keluar Dari Pakatan Rakyat (PR) atas sebab DAP masih lagi ada didalam PR, kalau sudah DAP masih lagi ada di dalam PR serupa jugak lah masih lagi Berhubung dengan DAP yang dikatakan Anti Hudud... kah kah kah !.

Apa Barang setakat kata hendak Putus dengan DAP sedangkan DAP masih didalam PR, lagi pun PR bukan nya satu Gabungan yang di Daftarkan Pertubuhan nya, hanya nama nya aje PR tapi Lambang dan Logo pun tak ada... dan semasa Bertanding didalam Pilihan Raya semua Parti didalam PR menggunakan Lambang Parti masing-masing tak gitu beb... kah kah kah !.

Jadi rasa nya tiada Masalah untuk PAS Keluar dari PR yang hanya ada Tiga Parti Bergabung, ditambah lagi satu lagi Parti Gabungan iaitu Parti PKR pun bukan nya mahu kan kepada Hudud yang Diperjuangkan oleh PAS.

Oleh itu amat sesuai sangat lah jika Usul Keluar PR pun turut sama Dibentangkan dan seterus nya Diluluskan Tanpa Bahas secepat Mungkin... kah kah kah !. PAS berada didalam PR bukan nya Memberi Manafaat pun kepada PAS, yang banyak mendapat Manafaat dari PR hanya lah PKR dan DAP atas sebab Penyokong PAS yang banyak Menggundi PKR dan DAP, sedangkan Penyokong PKR dan DAP tak sebanyak mana pun Mengundi PAS.

Untuk itu tidak menjadi Masalah Besar kepada PAS dan Perjuangan PAS kan beb... kah kah kah !.

Ditambah lagi Menurut Ulama', LEBAI MERCUN serta Wala'un-Wala'un yang ada dalam PAS bahawa PAS Bertanding didalam Pilihan Raya bukan nya untuk Kemenangan semata-mata, tetapi ada lagi yang lebih Utama iatu mencari Keredhaan Allah SW. Jika Allah SWT mahukan PAS Menang sudah tentu PAS akan Menang walaupun keluar dari PR... kah kah kah !.

Tak Mungkin Golongan Ulama' Pewaris Nabi, Lebai-Lebai Mercun serta Wala'un dalam PAS TAK ADA TELOR untuk Keluar dari PR beb, gua langsung Tak Percaya jika ada yang mengatakan bahawa PAS Takut untuk Keluar dari PR. 100% gua sikit pun Tak Percaya lah yang Golongan Ulama' Perwaris Nabi serta Pejuang Islam Takut untuk Keluar dari PR... kah kah kah !.

Tak tahu lah gua jika lu orang Ulama', Lebai Mercun dan Wala'un-Wala'un dalam PAS hanya Mulut aje yang bercakap Perjuangan Islam, Jihad dan bla bla bla bla... tapi sebenar nya masih lagi TERLIUR dengan Status Yang Amat Berhormat (YAB), Yang Berhormat (YB) serta Bergaji lebih RM15,000 sebulan.

Tak Mungkin kan kan kan... Jika gua Salah Buktikan beb... kah kah kah !. Buktikan lah bahawa PAS bukan hanya setakat Parti untuk Pilihan Raya tetapi satu Gerakan Islam yang mahu Keredhaan Allah SWT seperti yang Didakwa, dan Buktikan juga bahawa Kepimpinan Baru PAS adalah Kepimpinan yang BERPERINSIP dalam Memperjuangkan Islam di Bumi Malaysia. Jangan Mulut Cakap lain Tetapi Perbuatan Lain Dari Yang Lain... kah kah kah !

Jangan nanti ada yang Mengatakan bahawa Pemimpin PAS Berstatus Ulama' Pewaris Nabi, Lebai-Lebai Mercun serta Wala'un-Wala'un sebagai MUNAFIK kerana Mulut Cakap Tapi Perbuatan Lain Dari Yang Lain. Jika Pemimpin DAP atau PKR ianya tidak menjadi Kehairanan kerana dikatakan Parti DAP dan PKR tersebut bukan nya mencari Keredhaan Allah SWT ... kah kah kah !.

Buat Pemimpin PAS Berstatus Ulama', Lebai-Lebai Mercun serta Wala'un-Wala'un, lu orang Jangan Marah beb... gua hanya Mengingatkan aje, bukan ke Ingat Mengingati tersebut Dituntut dalam Islam, cuma jika lu orang nak minta Nas dan Hadis untuk Menyokong kenyataan gua tersebut memang gua tak dapat lah Buktikan. Al maklum aje lah yang gua ni bukan nya Wala'un...

kah kah kah !. hemmmmm..... andai kata tulisan gua diatas menyingung perasaan lu orang terutama perkataan kah kah kah tersebut... baik lah gua tarik balik perkataan tersebut dan gantikan dengan yang lebih manis lagi iaitu... haakkk tuihhhhh !

Dicatat oleh Mat Indera Sipejuang

‘Tuhan Harun’ Diperintah Bela Diri

Posted: 05 Jun 2015 08:15 PM PDT

 

KUALA LUMPUR – Ketua ajaran sesat 'Tuhan Harun' atau Harun Mat Saat hari ini diperintah membela diri atas empat pertuduhan mengumpul deposit secara haram berjumlah RM35 juta, sembilan tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Norsharidah Awang memerintahkan Harun, 49, bekas penasihat syarikat pelaburan, membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

Bagaimanapun, tiada tarikh ditetapkan untuk Harun memberikan pembelaannya kerana peguam Md Radzi Mustafa, yang mewakili Harun, tidak hadir pada prosiding hari ini kerana kurang sihat.

Mahkamah menetapkan 11 Jun ini untuk sebutan semula kes. Sebanyak 12 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan semasa perbicaraan kes yang bermula November tahun lepas, antaranya bekas majikan Harun dan pegawai-pegawai daripada Bank Negara.

Harun yang diserang angin ahmar, hadir ke mahkamah memakai baju putih dan berkerusi roda, kelihatan tenang sepanjang prosiding. – BERNAMA

[MENGEJUTKAN] Markas PAS Diroboh, Bendera PAS Dibakar Protes Keputusan Pemilihan (?)

Posted: 05 Jun 2015 07:40 PM PDT



Usai pemilihan di Muktamar PAS Kali Ke 61 di Kuala Selangor yang menyaksikan golongan Haj Hadi menyapu bersih jawatan-jawatan di dalam PAS Pusat, ahli-ahli PAS cawangan Telok Bachok kelantan telah bertindak merobohkan markas dan membakar bendera-bendera PAS.

Berita ini amat mengejutkan dan menurut maklumat ianya berpunca akibat dari perselisihan dalaman parti PAS yang dikatakan berlakunya pertembungan paling hebat dalam sejarah pemilihan PAS.

Ianya juga dikaitkan dengan kecenderungan berlakunya adu domba dan gelaran yang diberikan terhadap profesional dan progresif yang dilihat lebih ke hadapan dalam soal permasalahan dalam negara setakat ini.

Golongan progresif biasanya menjuarai ke hadapan bersama rakan pakatan yang lain ketika Umno sedang diasak dengan berbagai skandal, sedangkan puak ulamak dilihat memperlekehkan golongan ini dengan panggilan Jebon, Anwarinas, dan pelbagai gelaran sehinggakan ianya menimbulkan polemik politik malahan menjadi viral mengecam untuk PAS keluar dari gabungan Pakatan Rakyat setelah apa yang berlaku.

Di dalam pemilihan yang baru berlansung telah menyaksikan golongan profesynal telah diketepikan oleh perwakilan muktamar dan cuma mengekalkan Sdra Mazlan Aliman, manakala yang lain semuanya diboloti kumpulan Haji Hadi. 


Mazlan pula di dalam satu kenyataannya semalam telah menyatakan pertimbangannya untuk melepaskan jawatan AJK yang dimenanginya kerana begitu sedih ramai rakan akrab puluhan tahun berjuang dan berkorban tewas dalam pemilihan.

Muktamar PAS semalam juga telah menerima usul Dewan Ulama PAS tanpa bahas supaya Majlis Syura dan PAS pusat memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP tetapi kekal bersama PKR dan Pakatan Rakyat.

Adakah Boo Satu Ancaman, Soal Marina Kepada Ketua Polis Negara

Posted: 05 Jun 2015 06:59 PM PDT

 

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berdepan kritikan selepas pada saat-saat akhir membatalkan dialog Nothing2Hide dengan Perdana Menteri pada Jumaat.

Aktivis Datin Paduka Marina Mahathir mempersoalkan di Twitter tentang bentuk ancaman di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

"Well well well...jika @ KBAB51 tidak boleh mengendalikan keselamatan untuk sebuah acara melibatkan @NajibRazak, apa yang bagusnya dia," kata Marina.

"Dan apa jenis ancaman keselamatan itu? Orang 'boo'? Tetapi itulah yang telah berlaku sebelum ini, tidak," tanya beliau.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global Datuk Saifuddin Abdullah berkata di Twitter: "Sejak sekolah, sy tak pernah tarik diri saat akhir bila telah sahkan akn hadir ceramah, dialog, forum, debat."


"Pokok pangkalnya ialah debat atau tak debat. Tak payahlah nak spin spin."

"Ada beza antara yg menerima debat dgn yg tidak. Itu jer."

Bekas pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan menulis di Twitter bahawa sesi Nothing2Hide perlu dinamakan semula kepada sesi Something2Hide.

Khalid berkata polis terpaksa membatalkan dialog antara Datuk Seri Najib Tun Razak dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan bukan kehendak Najib tetapi kerana "keselamatan dan sekuriti."

"Walaupun Perdana Menteri tidak gembira dengan saya kerana membatalkannya, tetapi saya terpaksa. Untuk sebab-sebab keselamatan," kata Khalid kepada The Star.

Beliau enggan mengulas apabila ditanya apakah isu-isu keselamatan di PWTC lapor mStar

Najib bukan sahaja memalukan diri tetapi anggota Kabinet dan kerajaan – Zainuddin Maidin

Posted: 05 Jun 2015 06:00 PM PDT

Najib Memalukan Kabinet Dan Kerajaan Malaysia



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja memalukan dirinya sendiri apabila membatalkan forum terbuka "Nothing to Hide" tetapi juga melibatkan maruah anggota kabinetnya dan juga kredibiliti kerajaan.

Tidak sewajarnya beliau sebagai perdana menteri yang dikelilingi penasihat keselamatan tidak dapat menjangka perkara ini akan berlaku apabila dengan gah beliau mempromosikan "saya bersedia untuk mendedahkan segalanya"

Oleh kerana ketidakikhlasan dalam penganjuran ini dan lebih kepada untuk menunjukkan keberanian, keterbukaan dan "kebersihan", maka akibatnya adalah kehilangan kepercayaan rakyat yang amat parah.


Alasan pembatalan itu kerana keselamatan dan atas keputusan polis sendiri dilihat sebagai membodohkan rakyat yang terbukti daripada suara rakyat yang meletup menyeluruh menerusi media sosial yang merasa mereka cuba dibodohkan.

Lebih memburukkan imej Najib apabila hal ini berlaku sehari selepas beliau mendabik dada sebagai "Pahlawan Bugis" yang gagah berani, yang tidak pernah takut melawan tetapi beliau hilang dari medan perjuangan sebelum peperangan bermula.

Tujuan utama anjuran forum "Nothing to Hide" adalah perang sarap untuk meyakinkan rakyat tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan oleh Najib di sebalik berbagai prasangka buruk terhadapnya kerana masalah kewangan 1MDB.

Dari awal saya mengesyaki ini adalah suatu perancangan "stage manage" perang sarap dari peringkat penganjuran, kehadiran, panel penanya (yang tentunya dalam senarai moderator) hingga kepada tukang sorak dan pembicara-pembicara pembantu .

Mungkin kerana terlalu yakin kepada Lim Kok Wing penasihat baru media, maka Pejabat Perdana Menteri tidak mendapatkan nasihat pihak polis tentang perkara-perkara yang tidak diduga akan berlaku.

Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin tidak dijangka tetapi bila forum ini dihebohkan sebagai terbuka maka saya sendiri bertanya bagaimana kalau Dr Mahathir hadir.

Sehingga pagi ini beberapa orang profesional yang mengunjungi kafe saya di Presint 8 Putrajaya bertanya tentang kemungkinan itu dan saya berkata mengetahui sikap Dr Mahathir, beliau akan hadir. Dalam perjuangan Dr Mahathir akan turun sehingga ke peringkat paling bawah, beliau sanggup menjadi "street fighter".

Dr Mahathir hadir untuk mendengar penerangan Najib sebagai orang biasa dan bukannya untuk berdebat tetapi ternyata forum ini adalah drama pentas apabila para wartawan tidak dibenarkan dan kehadiran Dr Mahathir menjadi suatu masalah besar yang menyebabkan akhirnya forum itu terpaksa dibatalkan apabila Dr Mahathir menggantikan Najib untuk memberi penerangan.

Kegagalan Najib menepati janji sekali gus menjatuhkan keyakinan rakyat kepadanya kepada taraf paling rendah keyakinan, kejujuran dan keikhlasannya dipersoalkan serta merta di seluruh negara.

Impak kepada kejadian ini sangat berat kepada perancangan Najib untuk mengadakan jerayawala (road show) di seluruh negara. Beliau akan berhadapan dengan rakyat yang tidak percaya kepadanya. Beliau berbohong kepada mereka mengatakan beliau seorang wira Bugis, pahlawan Bugis yang gagah berani.

Perasaan demoralising ini tidak menekan Najib tetapi pastinya turut dirasakan oleh seluruh anggota Kabinet yang merasakan diri mereka ada integriti kerana mereka berada di bawah pimpinan seorang pemimpin yang hilang kepercayaan rakyat.

Tidak pernah dalam sejarah negara seorang perdana menteri dimalukan sebegini rupa. Seluruh anggota Kabinet wajib memikirkan apakah langkah yang sewajarnya untuk mereka lakukan bagi menebus maruah kepimpinan negara dam bagi mengembalikan keyakinan dan semangat rakyat sebelum pilihan raya akan datang. – zamkata.blogspot.com




*PENGIKUT AHLI SUNNAH WAJIB TAAT PEMERINTAH.

Posted: 05 Jun 2015 05:30 PM PDT

Mohd Sahrim Mat's photo.
BEKAS PENAL PEMIKIR JABATAN HAL EHWAL KHAS(JASA), DATUK MUSTAPHA TAIB.

ORANG ISLAM YG BERPEGANG KEPADA AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH WAJIB MENDENGAR DAN TAAT PADA PEMERINTAH KERANA ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA PEGANGAN DAN AJARANNYA. 


KEGAGALAN TAAT KEPADA PEMERINTAH MENYEBABKAN MASYARAKAT ISLAM TERPENGARUH DENGAN FAHAMAN YG TERPESONG DARIPADA AKIDAH SEBAGAIMANA YG BERLAKU DISELURUH DUNIA KETIKA INI.


MASYARAKAT TIDAK BOLEH MENILAI MANA2 PEMERINTAH DARIPADA KESILAPAN PERIBADI KERANA MEREKA BUKAN MAKSUM, SEBALIKNYA MENILAI DARIPADA ASPEK KECEKAPAN DALAM MENJALANKAN PEMERINTAHAN NEGARA.


MENTAATI PEMERINTAH DUDUK SATU TARAF DENGAN MENTAATI ALLAH DAN RASUL, KERANA ITU WAJIB KITA MENDENGAR DAN TAAT PADA PEMERINTAH SELAGI MANA MEREKA TIDAK MENYURUH KITA MELAKUKAN MAKSIAT.


KEBANYAKAN ORANG ISLAM KHUSUSNYA SEKOLAH PONDOK YG BERSIFAT MEMBANGKANG BERPUNCA DARIPADA TIDAK MENGAMBIL AJARAN ASWJ SECARA MENYELURUH IAITU HANYA FOKUS PADA IBADAH... TIDAK DIDEDAHKAN DENGAN HADIS MENGENAI KEWAJIPAN MENTAATI PEMERINTAH.


BELIAU BERUCAP PADA WACANA ILMU PONDOK: BENTANG AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH ANJURAN - YAYASAN PEMBANGUNAN PONDOK MALAYSIA (YPPM). 3 JUN 2015. 


SEMENTARA ITU, PENGERUSI EKSEKUTIF YPPM, DATUK DR MASHITAH IBRAHIM, BERKATA WANCANA ITU KULUNG KALI DIADAKAN DAN MENSASARKAN UNTUK MENGADAKAN LEBIH BANYAK PROGRAM SEUMPAMANYA KEPADA ORANG AWAM DAN MURID PONDOK SELURUH NEGARA.
 
Mohd Sahrim Mat's photo.
Mohd Sahrim Mat's photo.

Mazlan Aliman Pertimbang Lepaskan Jawatan AJK

Posted: 05 Jun 2015 04:45 PM PDT

 


Terimakasih atas kepercayaan perwakilan dalam Muktamar Tahunan PAS kali ke 61, yang memilih saya dalam kelompok AJK Kerja PAS Pusat sesi 2015-2017. Amanah ini amat berat, manakala harapan rakyat begitu tinggi.

Buat tempoh tertentu, saya mahu menumpukan perhatian terhadap Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) yang mempunyai pejabat baru di Ukay Perdana. Memperkasa organisasi dan menangani isu FGV serta kebajikan warga Felda adalah fokus utama. Ia disentuh dalam Ucapan Dasar Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang.

Sungguh pun komitmen terhadap Ngo Anak akan diteruskan, kemelut dalaman parti telah memberi kesan yang mendalam terhadap diri saya. Sebagai manusia biasa dan penglibatan dalam PAS sejak tahun 1986, situasi ketika ini paling mencabar dan menuntut kesabaran yang tinggi.

Apatah lagi ramai rakan akrab puluhan tahun berjuang dan berkorban telah tewas dalam pemilihan. Saya amat sedih dengan suasana ini dan mengganggu emosi saya. Ia detik yang sukar; kepada Mu Ya Allah, hamba Mu memohon pertolongan.

Justeru, saya akan umumkan dalam masa yang sesuai, samada kekal sebagai AJK Kerja PAS Pusat atau membuat keputusan melepaskan jawatan. Apa pun keputusan yang saya buat, perjuangan mendaulatkan Islam dan pembelaan terhadap nasib rakyat adalah keutamaan hidup. Ia segala galanya dalam hidup saya.

Moga Allah beri kekuatan kepada hambaNya ini.

Mazlan Aliman

5 Jun 2015

VIDEO - Najib Berdarah Pahlawan ??

Posted: 05 Jun 2015 09:00 AM PDT

Mafiaboss Melayu's photo.
 "Pasal apa orang nak takut pada saya, semua ini takut atau tidak?" katanya dalam sidang media selepas mengambil alih pentas acara itu.

Mahathir juga secara sinis memberitahu pemberita bahawa Najib mungkin mempunyai perkara penting lain berbanding bertemu rakyat.

"Saya rasa dia mungkin sibuk dengan kerja-kerja rasmi, yang lebih penting daripada berjumpa dengan rakyat," katanya.

Najib hari ini sepatutnya hadir dalam dialog terus terang bersama aktivis NGO dalam acara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.



 
Hadir bergaya

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bagaimanapun pagi ini mengumumkan pembatalan program itu atas alasan keselamatan.
 
Atas sebab itu Najib tidak hadir dalam program yang kemungkinan besar mempertembungkan beliau dengan Mahathir, pengkritik utama pentadbirannya itu.

Mahathir pula hadir penuh bergaya selepas dispekulasi meluas akan berbuat demikian semalam.
Beliau malah sempat berucap ringkas kepada orang ramai di atas pentas sebelum diminta berhenti oleh polis dan diiring supaya beredar.

Dalam ucapan itu, Mahathir berkata beliau sebelum ini menyokong Najib hanya kerana terhutang budi dengan bapa Najib, Tun Abdul Razak Hussein, yang juga perdana menteri kedua.

Beliau juga berkata dasar-dasarnya Mahathir tidak membawa kebaikan kepada negara.

Cari Makan Maa !!

Posted: 05 Jun 2015 08:00 AM PDT

Mafiaboss Melayu's photo. Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, seorang sahabatnya, menasihati beliau agar tidak mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atau "legasinya" akan musnah.

Melalui posting di laman blog miliknya, www.chedet.cc, perdana menteri selama 22 tahun itu berkata, sahabat yang pernah dibantunya itu berulang kali mengingatkannya berkenaan legasi.

"Dia memberi amaran jika saya berterus-terusan (mengkritik), saya akan hilang legasi saya. Saya kata kepadanya, apa yang rakyat fikirkan mengenai legasi saya, jika ada pun tidak penting. 

Saya lebih risaukan apa yang berlaku dalam negara kita. Reputasi kita semakin pudar," katanya dalam posting bertajuk 'Legacy'.

"Saya menghormati kebimbangannya. Dia sahabat saya, dan saya rasa dia bimbang keadaan saya," katanya.

Dr Mahathir berkata, beliau memahami kini mengapa sahabatnya itu bercakap mengenai kehilangan legasi.

"Beliau diberikan tugasan memusnahkan saya, memusnahkan apa yang digelarnya sebagai legasi.
"Saya rasa dia dan majikannya percaya jika saya tidak lagi popular maka kritikan saya terhadap isu membabitkan 1MDB tidak akan diendahkan rakyat," katanya.

Dr Mahathir berkata, sahabatnya itu kini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, dipercayai merujuk kepada Tan Sri Lim Kok Wing. – 5 Jun, 2015.


(Kredit to: TMI)

PEMILIHAN PAS ; YANG KALAH TERPINGGIR......

Posted: 05 Jun 2015 07:15 AM PDT

 .
Pemimpin kalah disaran tolak jawatan lantikan, biar pasukan Hadi kemudi PAS
Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya mendapat pasukan beliau sepenuhnya dalam pemilihan PAS malam tadi dan pihak yang kalah dicadangkan supaya menolak tawaran jawatan lantikan, kata seorang perwakilan.

Shazni Munir Mohd Ithnin, perwakilan dari Sekijang berkata ini untuk memberikan peluang kepada Hadi dan pasukannya untuk menentukan hala tuju PAS.

"Kita berharap pemimpin yang kalah ini 'sedar diri' dan tidak menerima sebarang pelantikan," kata Shazni yang juga timbalan yang dipertua PAS kawasan Sekijang.

Bekas pemimpin mahasiswa itu berkata, barisan pimpinan yang terpilih membayangkan semua yang tidak senang dengan cara Hadi memimpin PAS disingkirkan.

Apa yang berlaku dalam pemilihan semalam seperti disebut Hadi ketika memberikan ucapan penutup Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat tahun lalu.

"Jika nak jadi imam juga, cari tanah sendiri, buat masjid sendiri dan jadi iman sendiri," kata Hadi ketika memberikan amaran kepada pengkritiknya.

Kini, apa yang dikehendaki presiden PAS itu menjadi realiti. Mereka yang dilihat tidak bersamanya disingkirkan malam tadi.

Hanya seorang saja daripada senarai pasukan profesional progresif kekal dalam pemilihan kali ini iaitu Mazlan Aliman.

Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof yang turut kalah dalam pemilihan semalam berkata beliau masih belum pasti akan menerima atau tidak jika ada ditawarkan untuk apa-apa jawatan.

"Saya bimbang kalau-kalau ada tawaran, itu hanya amalan PR saja. Saya nampak besar kemungkinan tidak akan ada tawaran untuk saya.

"Jika ditawarkan jawatan, saya akan berfikir sama ada untuk menerima atau tidak kerana yang menang hari ini adalah atas kehendak pihak tertentu.

"Ini kerana, ketika saya dan kawan-kawan difitnah, apa yang dikesali adalah, pemimpin tertinggi hanya diam seolah-olah mengiakannya," kata Mujahid kepada The Malaysian Insider ketika ditanya apakah beliau akan menyertai semula pasukan pimpinan PAS jika mendapat tawaran.

Mengimbas kembali cara pemilihan yang dibuat malam tadi, Mujahid berkata, para perwakilan mengadu kepadanya mereka diberikan senarai calon yang perlu diundi ketika berbaris untuk mengundi semalam.

"Ada perwakilan mengadu, semasa mereka berbaris, mereka diberikan 'cai' calon yang perlu diundi. Mereka pula memangkahnya di luar kawasan mengundi sambil berbincang sesama mereka," kata Mujahid ketika dihubungi.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata apa yang berlaku dalam PAS sekarang fenomena suram untuk PAS.

"Ia satu fenomena suram dalam PAS selepas sebelum ini kita mendakwa Umno mengundi dengan cara yang sama," kata Mujahid.

Beliau sendiri tidak pasti apakah ia melambangkan kemajuan atau kemunduran untuk PAS dan apa nasib Pakatan Rakyat (PR) selepas ini.

"Saya tidak pasti adakah ia akan memberi kesan kepada kemajuan untuk PAS atau tidak," katanya.

Dalam pemilihan yang diumumkan tengah malam tadi, Hadi menang besar apabila mendapat 928 undi manakala pencabarnya Ahmad Awang hanya mendapat 233 undi.

Timbalan presiden Mohamad Sabu pula tewas di tangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man apabila mendapat hanya 278 undi berbanding pencabarnya 881 undi.

Bagi jawatan naib presiden pula, semuanya dibolot pasukan konservatif dengan Idris Ahmad mendapat undi tertinggi iaitu 942, Datuk Iskandar Abdul Samad (801) dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (778).

Penyandang jawatan Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa serta bekas Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar tewas.
 
 

Menang baru sehari Nik Abduh dah nak minum kopi dengan Pemuda DAP semula..!

Posted: 05 Jun 2015 06:30 AM PDT

 

Nik Abduh mahu minum kopi dengan Pemuda DAP, PKR

Ketua Pemuda PAS yang baharu, Nik Mohamed Abduh Nik Abdul Aziz menghulurkan salam persahabatan kepada Pemuda DAP walaupun sayap ulama meluluskan usul tergempar memutuskan hubungan dengan parti itu.

Menurutnya, beliau mahu menunaikan hasratnya untuk duduk bersama Teo Kok Seong dan Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad serta meneruskan jalinan yang dimulakan bekas Ketua Pemuda Suhaizan Kaiat.

"Saya ingat saya hendak sambung balik dengan Dapsy (Pemuda DAP), dan Angkatan Muda Keadilan (AMK).

"Saya pun sudah berjumpa ketua Pemuda Dapsy di Parlimen dan saya dah janji kalau saya menang saya akan minum kopi dengan beliau".

PENGANJUR : Najib Dah Nak Gerak Tadi, Bila Tun Mahathir Tiba Terus Tak Jadi ?

Posted: 05 Jun 2015 05:30 AM PDT

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Kalau korang nak tahu. Yang buat program Nothing to hide dianjurkan oleh NGO SukaGuam. Tadi semasa kecoh2 yang Najib tak dapat hadir atas sebab keselamatan, NGO yang buat program tersebut tampil memberikan penjelasan ini ;






Menjelaskan kehadiran Mahathir, Khairil berkata perdana menteri 22 tahun itu tidak diundang dan mungkin hadir kerana kehadirannya sudah dispekulasi meluas sejak semalam.

"Tun M tahu dia tidak diundang. Dia tahu, tapi dia beritahu dia perlu datang untuk diberi peluang bercakap dan bertemu orang ramai.

"Tun M hadir sebab (spekulasi kehadirannya) viral (tersebar meluas) sejak petang semalam," katanya. -sumber.

Point dia.

1. Mahathir tahu dia tidak diundang.

2. Mahathir hadir sebab spekulasi.

Owh ye ke? Ini apa yang disebarkan oleh netizens kini.

Tengok jap ;



Gambar tipu?
Super impose?
Fitnah?
Kena sabotaj?

Takde masalah.

Tengok pula rakaman video ini ;



Kata si Khairul tue ;

1. Kalau Tun Mahathir nak datang, kita takde masalah.

2. Kita kurang pasti nak hantar (jemputan kepada Tun) ke mana.

3. Tapi selepas ini mungkin.. lepas neh kita hantar.

4. Saya terfikir juga tadi bila dia sebut mantan perdana menteri.

5. Kita akan hantar. Petang neh saya akan hantar.

Mula2 dia yang kata takde masalah jika Mahathir hadir.
Lepas tue dia juga yang kata dia jemput semua.
Takde pula dia kata semua dijemput hadir kecuali Mahathir.
Dia terang2 sebut semua dijemput hadir.
Penggunaan ayat 'SEMUA' itu sendiri turut termasukla Mahathir secara tak langsung.

Konon nothing to hide.
Konon nak menuntut ketelusan.
Tapi diri sendiri terang2 menipu demi mempertahankan kredibliti Najib.
Telus kepala bana.

KAH KAH KAH

Dalam perkembangan berkaitan, Khalid dah keluar statement demi menjaga maruah bossnya.

Dia kata la ;



WOW.

PDRM mendedahkan kelemahan sendiri.

Polis gagal menyediakan tahap keselamatan yang terbaik kepada Najib meskipun sejak dari awal lagi PDRM sedia maklum ;

- Tarikh penganjuran.

- Lokasi / tempat dianjurkan.

- Masa penganjuran.

Kau biar betul polis? Tak reti nak counter tahap keselamatan sepanjang masa program berlangsung ke macam mana?

Tambahan pula.

PWTC satu tempat yang tak selamat ke woi?

PWTC?
PWTC?
PWTC?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Tolong la Khalid. Berhenti la buat lawak lagi. Perut aku dah sakit sebab ketawa tak henti2 dari pagi tadi tahu tak setan.

KAH KAH KAH

‘Nothing2Hide’: Polis nasihat PM jangan datang FMT Reporters

Posted: 05 Jun 2015 04:45 AM PDT

 
Zack Ahmad's photo.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya memaklumkan PM tidak dapat hadir atas sebab keselamatan.

PETALING JAYA: Pejabat Perdana Menteri menggeluarkan kenyataan seperenggan bagi menjelaskan ketidak hadiran Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ke progam Dialog Bersama PM 'Nothing2Hide' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Ia dimuat naik di laman Facebooknya.

"Pejabat Perdana Menteri dimaklumkan oleh pihak pengajur bahawa Program "Dialog PM bersama NGO" yang sepatutnya berlangsung pada pukul 10:00am pagi ini di PWTC terpaksa ditangguhkan atas arahan Ketua Polis Negara @PDRMsia.

"Hal demikian disebabkan pertimbangan isu keselamatan di lokasi. Ikutan arahan dan nasihat Ketua Polis Negara, Perdana Menteri tidak dapat menghadiri program ini", petik kenyataan itu.

Mengikut perancangan program yang dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) SukaGuam itu menghimpunkan lebih 300 NGO bersama 1500 peserta di mana Najib dijadual akan memberi taklimat terhadap isu 1MDB.

Bagaimanapun, ia melangkaui jangkaan selepas ribuan datang ke PWTC selepas kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke program berkenaan diviralkan di laman sosial.



- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com.

PM dukacita Dialog Nothing2hide batal FMT Reporters

Posted: 05 Jun 2015 04:00 AM PDT

Zack Ahmad's photo.
 
Luahan itu disampaikan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Zahid-Hamidi_najib_n2h_600PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dukacita dengan pembatalan Dialog Nothing2Hide.

Perkara itu disampaikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemui pemberita selepas menghadiri pertemuan bersama ulama hadis di Putrajaya.

Jelas beliau,pembatalan itu bukan arahannya.

Sementara itu dalam sidang akhbar yang diadakan, Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar menjelaskan pembatalan dialog berkenaan.

"Saya telah guna kuasa polis di bawak Seksyen 103 Kanun Prosedur Jenayah untuk saya mencegah jenayah yang mungkin berlaku. Jadi dengan kuasa itu saya batalkan majlis dialog itu," katanya.

Menurut Khalid, ia dibuat selepas mendapat maklumat terdapat dua kumpulan akan melakukan kekecohan.


- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com.

Pembatalan ‘Nothing2Hide’ kerana sabotaj? FMT Reporters

Posted: 05 Jun 2015 03:15 AM PDT

 

Penganjur juga dikatakan tidak melakukan persiapan keselamatan mencukupi.

mahathir-talk_pwtc_video

PETALING JAYA: Pembatalan program Dialog Bersama PM 'Nothing2Hide' yang sepatutnya dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mencetuskan pelbagai reaksi.

Selain faktor keselamatan, terdapat dakwaan nakal, kononnya kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad, adalah sabotaj.

Mengulas sedikit kekecohan yang berlaku, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa kesal kerana program itu menjadi tidak terkawal malah pihak penganjur tidak melakukan persediaan yang mencukupi.

Katanya, tetamu yang hadir tidak mengetahui siapa yang bertanggungjawab membatalkan acara itu.

"Bagi saya, program ini sepatutnya dianjurkan dengan lebih baik kerana ia berkaitan tadbir urus perhimpunan awam dengan baik," kata Annuar.

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid berpendapat kekecohan dan provokasi itu sengaja dilakukan untuk memburukkan penganjur.

"Sepatutnya kekecohan tidak berlaku kerana dialog ini diadakan dengan aman dan apa yang berlaku ini akan menjadi satu titik hitam kepada UMNO," katanya.

Sementara itu, Presiden Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJJM), Abdul Rani Kulup Abdullah menyifatkan, kehadiran Dr Mahathir ke program berkenaan kerana sengaja mahu mensabotaj Najib.

"Saya rasa kecewa bila Najib tak datang sebab kami hendak tengok program ini, sepatutnya penganjur lebih arif macam mana nak kawal perkara ini," katanya.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali menyokong tindakan polis menangguhkan sesi dialog atas sebab keselamatan.

Beliau mengesyorkan supaya perbahasan antara Najib dan Dr Mahathir diadakan secara langsung di televisyen dan orang ramai dapat menontonnya dengan tenang dan aman.

Ketiadaan Najib di saat-saat akhir program berkenaan turut menjadi bahan kutukan.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, ketidakhadiran itu membuktikan beliau tidak layak menjadi Perdana Menteri.

Pandangan yang sama turut dikongsi bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Shahbudin Husin mendakwa Najib seorang penakut kerana tidak berani untuk bertentang mata dan duduk sepentas dengan Dr Mahathir.

Katanya, Perdana Menteri juga tiada kekuatan untuk berhadapan dengan rakyat, khususnya untuk memberi jawapan dan penjelasan mengenai 1MDB.


- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com.

Pembatalan 'Nothing2Hide' kerana sabotaj?

 | June 5, 2015
Penganjur juga dikatakan tidak melakukan persiapan keselamatan mencukupi.
mahathir-talk_pwtc_video
PETALING JAYA: Pembatalan program Dialog Bersama PM 'Nothing2Hide' yang sepatutnya dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mencetuskan pelbagai reaksi.
Selain faktor keselamatan, terdapat dakwaan nakal, kononnya kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad, adalah sabotaj.
Mengulas sedikit kekecohan yang berlaku, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa kesal kerana program itu menjadi tidak terkawal malah pihak penganjur tidak melakukan persediaan yang mencukupi.
Katanya, tetamu yang hadir tidak mengetahui siapa yang bertanggungjawab membatalkan acara itu.
"Bagi saya, program ini sepatutnya dianjurkan dengan lebih baik kerana ia berkaitan tadbir urus perhimpunan awam dengan baik," kata Annuar.
Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid berpendapat kekecohan dan provokasi itu sengaja dilakukan untuk memburukkan penganjur.
"Sepatutnya kekecohan tidak berlaku kerana dialog ini diadakan dengan aman dan apa yang berlaku ini akan menjadi satu titik hitam kepada UMNO," katanya.
Sementara itu, Presiden Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJJM), Abdul Rani Kulup Abdullah menyifatkan, kehadiran Dr Mahathir ke program berkenaan kerana sengaja mahu mensabotaj Najib.
"Saya rasa kecewa bila Najib tak datang sebab kami hendak tengok program ini, sepatutnya penganjur lebih arif macam mana nak kawal perkara ini," katanya.
Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali menyokong tindakan polis menangguhkan sesi dialog atas sebab keselamatan.
Beliau mengesyorkan supaya perbahasan antara Najib dan Dr Mahathir diadakan secara langsung di televisyen dan orang ramai dapat menontonnya dengan tenang dan aman.
Ketiadaan Najib di saat-saat akhir program berkenaan turut menjadi bahan kutukan.
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, ketidakhadiran itu membuktikan beliau tidak layak menjadi Perdana Menteri.
Pandangan yang sama turut dikongsi bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Shahbudin Husin mendakwa Najib seorang penakut kerana tidak berani untuk bertentang mata dan duduk sepentas dengan Dr Mahathir.
Katanya, Perdana Menteri juga tiada kekuatan untuk berhadapan dengan rakyat, khususnya untuk memberi jawapan dan penjelasan mengenai 1MDB.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/06/05/pembatalan-nothing2hide-kerana-sabotaj/#sthash.0pqxKk51.dpuf

Penganjur dakwa Nothing2Hide batal sebab Tun M - Mohamad Fadli

Posted: 05 Jun 2015 02:30 AM PDT

Zack Ahmad's photo.
  June 5, 2015

Penganjur mendakwa menyokong Tun M menyerbu dewan mendorong penganjur membatalkan dialog yang sepatutnya dihadiri Perdana Menteri

SukaGuam-Tun-M

KUALA LUMPUR: Kehadiran tanpa diundang Tun Dr Mahathir Mohamad ke dialog Nothing2Hide mendorong pihak penganjur membatalkan program itu.

Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairil Anuar Rahmat mendakwa, kehadiran Tun M mendorong ribuan penyokongnya menyerbu dewan, tempat berlangsungnya dialog itu sehingga menjejaskan keselamatan tetamu lain.

Katanya, seramai 2,500 peserta termasuk 300 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hadir ke dialog itu sedangkan dewan hanya mampu memuatkan 1,500 orang.

Katanya, disebabkan lambakan kehadiran yang tidak dijangkakan itu, dia telah dinasihatkan pihak polis supaya membatalkan program itu.

"Pagi tadi Dr Mahathir telah bertemu saya, secara terbuka dan mengetahui dia tak diundang. Dia hadir hanya selepas kehadirannya diviralkan di laman sosial," katanya.

Khairil Anuar berkata, Dr Mahathir hadir disebabkan ingin bertemu peserta dialog dan mahu berucap jika diberi peluang oleh penganjur.

Ketua Pemuda UMNO Kluang itu juga mendakwa, Dr Mahathir telah dibawa naik ke pentas untuk berucap tanpa kebenaran pihaknya.

Mantan Perdana Menteri sempat berucap selama 15 minit sebelum diberhentikan oleh polis yang telah mengambil alih program itu atas faktor keselamatan.



- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category.

Mat Sabu kehairanan

 | June 5, 2015
Bekas Timbalan Presiden Pas itu menyifatkan majoriti kekalahan yang diterima pelik.
mat-sabu_undi_pas_600KUALA SELANGOR: Mohamad Sabtu atau Mat Sabu mengaku kekalahannya kepada Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai sesuatu yang pelik.
Walaupun menerima dengan hati terbuka, namun, kekalahan dengan majoriti besar untuk jawatan Timbalan Presiden Pas itu agak menghairankan.
Mat Sabu hanya memperoleh 279 undi manakala Tuan Ibrahim 881 undi.
"Saya menerima keputusan tetapi undi yang diterima, saya dapat (jumlah) undi pelik," katanya ketika ditemui di Muktamar Tahunan Pas ke-61 pada Jumaat.
Mat Sabu bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut maksud 'undi pelik' yang dimaksudkan sebaliknya hanya menyatakan 'masih kehairanan'.
Ditanya mengenai rancangannya selepas kekalahannya, dia berkata, masih belum membuat apa-apa keputusan.
"Saya nak berehat sekejap," katanya yang telah 30 tahun berkecimpung dalam politik.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/06/05/mat-sabu-hairan-dapat-undi-sedikit/#sthash.qXJ5Qmp4.dpuf

Mat Sabu kehairanan

 | June 5, 2015
Bekas Timbalan Presiden Pas itu menyifatkan majoriti kekalahan yang diterima pelik.
mat-sabu_undi_pas_600KUALA SELANGOR: Mohamad Sabtu atau Mat Sabu mengaku kekalahannya kepada Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai sesuatu yang pelik.
Walaupun menerima dengan hati terbuka, namun, kekalahan dengan majoriti besar untuk jawatan Timbalan Presiden Pas itu agak menghairankan.
Mat Sabu hanya memperoleh 279 undi manakala Tuan Ibrahim 881 undi.
"Saya menerima keputusan tetapi undi yang diterima, saya dapat (jumlah) undi pelik," katanya ketika ditemui di Muktamar Tahunan Pas ke-61 pada Jumaat.
Mat Sabu bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut maksud 'undi pelik' yang dimaksudkan sebaliknya hanya menyatakan 'masih kehairanan'.
Ditanya mengenai rancangannya selepas kekalahannya, dia berkata, masih belum membuat apa-apa keputusan.
"Saya nak berehat sekejap," katanya yang telah 30 tahun berkecimpung dalam politik.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/06/05/mat-sabu-hairan-dapat-undi-sedikit/#sthash.qXJ5Qmp4.dpuf

Mat Sabu kehairanan FMT Reporters

Posted: 05 Jun 2015 01:49 AM PDT

 
Zack Ahmad's photo.

Bekas Timbalan Presiden Pas itu menyifatkan majoriti kekalahan yang diterima pelik.

mat-sabu_undi_pas_600KUALA SELANGOR: Mohamad Sabtu atau Mat Sabu mengaku kekalahannya kepada Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai sesuatu yang pelik.

Walaupun menerima dengan hati terbuka, namun, kekalahan dengan majoriti besar untuk jawatan Timbalan Presiden Pas itu agak menghairankan.

Mat Sabu hanya memperoleh 279 undi manakala Tuan Ibrahim 881 undi.

"Saya menerima keputusan tetapi undi yang diterima, saya dapat (jumlah) undi pelik," katanya ketika ditemui di Muktamar Tahunan Pas ke-61 pada Jumaat.

Mat Sabu bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut maksud 'undi pelik' yang dimaksudkan sebaliknya hanya menyatakan 'masih kehairanan'.

Ditanya mengenai rancangannya selepas kekalahannya, dia berkata, masih belum membuat apa-apa keputusan.

"Saya nak berehat sekejap," katanya yang telah 30 tahun berkecimpung dalam politik.



- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com.