Rabu, 3 Jun 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Saya pecat dan lantik semula menteri yang sokong saya- Tun M Mohamad Fadli

Posted: 03 Jun 2015 07:45 PM PDT

 
mahathir,pecat menteri

Dr Mahathir berkata beliau tidak menghukum menteri itu untuk selama-lamanya


KUALA LUMPUR: Memecat Menteri Kabinet yang tidak menyokong polisi Perdana Menteri bukan sesuatu yang baharu di negara ini.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau pernah memecat Menteri yang tidak menyokongnya.

Namun, katanya, beliau melantik semula sekiranya menteri yang dipecat itu menyokong polisi yang diperkenalkannya.

Dr Mahathir berkata, beliau tidak terus menghukum menteri itu untuk selama-lamanya.

"Ya pada zaman saya ada juga. Misalnya ketika mereka menyokong bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Presiden UMNO, saya gugurkan mereka. Saya akan gantikan menteri yang sokong saya.

"Tetapi apabila mereka menyokong polisi yang saya buat, saya terima balik. Saya tak hukum mereka terus," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penasihat India Malaysia pada Selasa.

Beliau diminta mengulas kata dua yang diberikan Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Kabinet yang tidak bersamanya dalam usaha pemulihan 1MDB.

Ditanya spekulasi Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletak jawatan dalam Kabinet, Dr Mahathir berkata,

"Saya tiada hak untuk mewakili dia (Muhyiddin). Dia nak letak jawatan atau tidak, itu hak dia," katanya ringkas.

TERKINI & PANAS !! 3 Keluar Mesyuarat Kabinet, Spekulasi Perselisihn Menteri-menteri? (69) Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 03 Jun 2015 07:01 PM PDT



LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

Laporan: 3 menteri keluar mesyuarat cabinet, mukaddimah ke arah kaitan perletakan jawatan PM?



Ketika timbul spekulasi terdapat perselisihan menteri-menteri berhubung pengendalian 1MDB,  tiga anggota kabinet dilapor keluar daripada mesyuarat kabinet hari ini.

Memetik sumber, China Press melaporkan bahawa mereka ialah Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Shabery Cheek dan  Khairy Jamaluddin. Harian itu juga melaporkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan bilik mesyuarat selepas mesyuarat tamat.


 
 
Sumber itu berkata, biasanya menteri kabinet akan tinggal sebentar untuk berbincang lanjut berhubung keputusan kabinet. Daripada empat menteri itu Shafie, Khairy dan Muhyiddin dikatakan menuntut ketelusan dalam isu 1MDB.

Khairy kemudian menjelaskan bahawa beliau keluar awal kerana mempunyai penerbangan ke Kemboja.


 
 
"Cubaan yang bagus," tulisnya di Twitter sebagai reaksi terhadap laporan itu.
Cubaan yang bagus," tulisnya di Twitter sebagai reaksi terhadap laporan itu. (IH/MK).

'Duit tak hilang, kenapa glamorkan Jho Low?'

Posted: 03 Jun 2015 05:30 PM PDT

 
 
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah enggan menyentuh tentang dakwaan penglibatan Jho Low dengan 1MDB kerana hartawan itu "tidak perlu diglamorkan".

Husni berkata hanya media melaporkan bahawa Jho Low memiliki Good Star Limited, syarikat yang dikaitkan dengan usahasama 1MDB dan PetroSaudi beberapa tahun lalu.

Dilaporkan usahasama itu menyebabkan Good Star memperoleh AS$700 juta.

"Saya tak mahu sebut Jho Low ini kerana saya tak mahu glamorkan dia. Tidak ada pengesahan. Apa yang saya kaji dari media," katanya.

Husni juga berkata PetroSaudi menyalurkan wang itu kerana Good Star anak syarikatnya.

Syarikat itu juga membuat laporan polis London menafikan laporan itu.

"Wang itu tidak hilang, jadi tidak ada keperluan untuk mempersoalkan tentang Jho Low," kata beliau dalam dialog khas "1MDB: Di Mana Wangnya?" Di RTM sebentar tadi.
 

Bekalan air di Semenyih mungkin dicatu FMT Reporters

Posted: 03 Jun 2015 05:00 PM PDT

 
catuan air,selangor

SYABAS diminta menghantar tangki air kepada penduduk yang terjejas di Semenyih


PETALING JAYA: Kerajaan Selangor tidak menolak kemungkinan untuk melaksanakan catuan air sebagai salah satu penyelesaian terhadap masalah bekalan di Semenyih.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohamed Khusrin Munawi bagaimanapun berkata, Jawatankuasa Air Negeri mempunyai beberapa cadangan untuk menyelesaikan masalah itu.

Katanya, pihaknya perlu meneliti secara mendalam sebelum melaksanakan cadangan berkenaan termasuk catuan air.

Sementara jalan penyelesaian ditemui, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) telah diminta untuk membantu pengguna di Semenyih.

"Kita sedang mencari penyelesaian. Ada beberapa cadangan tetapi perlu diteliti dahulu sebelum dilaksanakan.


"Jawatankuasa Air sedang mencari jalan terbaik untuk mengurangkan masalah ini.

"Untuk sementara waktu, kita minta SYABAS membantu penduduk dengan penghantaran tangki air kepada penduduk yang terjejas," katanya menerusi Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada FMT.

Khusrin diminta mengulas desakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abd Aziz supaya kerajaan negeri melaksanakan catuan air di Semenyih yang telah menghadapi masalah air sejak setahun lalu.

Katanya, kira-kira 600,000 penduduk dari 137 taman perumahan menghadapi bekalan air tidak menentu kerana kekurangan air terawat.

BNM mula siasat 1MDB

Posted: 03 Jun 2015 04:30 PM PDT


bnm,1mdb
 
BNM juga akan mengambil kenyataan daripada individu yang terlibat dalam proses tadbir urus dan mendapatkan maklumat daripada pihak domestik dan luar negara yang berkaitan.


PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) telah memulakan siasatan rasmi ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bagi meneliti sama ada berlaku pelanggaran peraturan dan undang-undang bank pusat.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, ia sedang mengambil kenyataan individu-individu yang terlibat dalam proses tadbir urus dan mendapatkan maklumat daripada pihak dalam negeri dan luar negeri yang berkenaan.

Selain itu, BNM berkata, ia telah menghantar maklumat yang diterima daripada pihak berkuasa asing kepada agensi penyiasatan yang berkenaan setelah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa asing.

"Bank Negara Malaysia ingin menegaskan bahawa sebarang penzahiran lanjut maklumat siasatan boleh menjejaskan hasil siasatan.

"Bank Negara Malaysia sedang mengambil segala langkah yang perlu di bawah bidang kuasa perundangannya, termasuk bekerjasama dengan agensi lain, untuk menyumbang ke arah penyelesaian perkara ini dengan secepat mungkin," katanya.

Menurut BNM, kenyataan yang dikeluarkannya bertujuan untuk memberikan pencerahan mengenai peranan bank pusat berhubung dengan mana-mana entiti pemastautin, termasuk 1MDB, yang membuat pelaburan di luar negara atau mendapatkan peminjaman luar pesisir di bawah Seksyen 214 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 yang berkuat kuasa sebelum 2013.


-BERNAMA

Usaha lagakan saya dan PM tidak akan berjaya – Hishammuddin Adam Abu Bakar

Posted: 03 Jun 2015 09:00 AM PDT

 
najib,hisham

Hishammuddin juga tidak bersetuju dengan pendapat dan tohmahan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini semakin hilang kepercayaan ekoran kontroversi syarikat 1Malaysia Developmet Berhad (1MDB).


KUALA LUMPUR:Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammmuddin Tun Hussein yakin usaha pihak tertentu yang cuba untuk melaga-lagakan dirinya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tidak akan berjaya.

Katanya, pada masa ini terdapat usaha dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang cuba memutar belitkan sesuatu perkara dengan tujuan dan niat tertentu.

Beliau mengambil contoh usaha yang sama dilakukan oleh pihak berkenaan dengan mendakwa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletak jawatan.

Sedangkan perkara itu tidak berlaku.

"Mereka yang cuba melaga-lagakan atau membawa isu saya dengan Perdana Menteri, percayalah ia tidak akan berjaya. Apa yang penting, kalau nak cakap pasal letak jawatan, Timbalan Perdana Menteri sudah letak jawatan semalam, tetapi tidak berlaku," katanya kepada pemberita di Kementerian Pertahanan di sini pada Rabu.

Dalam perkembangan berkaitan, Hishammuddin yang merupakan sepupu Najib melahirkan rasa tidak bersetuju dengan pendapat dan tohmahan bahawa rakyat kini semakin hilang kepercayaan kepada Najib ekoran kontroversi membabitkan syarikat milik kerajaan, 1Malaysia Developmet Berhad (1MDB).

Menurutnya, sesetengah pihak boleh menyuarakan pendapat dan pandangan mereka untuk bersetuju atau tidak dalam perkara membabitkan 1MDB itu.

Namun kata beliau, dirinya tidak pernah untuk bersetuju dengan perkara tersebut.
"Saya tidak bersetuju, boleh ada yang setuju atau tidak, tetapi dalam isu ini (kepercayaan bahawa Najib semakin hilang sokongan), saya tidak bersetuju," ujarnya.

Saya tidak akan letak jawatan – Shafie Apdal FMT Reporters

Posted: 03 Jun 2015 08:15 AM PDT

 
Shafie Apdal,1mdb

Beliau membangkitkan isu 1MDB untuk mendapatkan penjelasan lanjut demi kepentingan rakyat dan negara


PETALING : Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengesahkan beliau tidak akan meletak jawatan seperti disebarkan di internet kerana mempersoalkan 1MDB.

Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata, beliau tidak sepatutnya meletak jawatan kerana isu yang dibangkitkan itu demi kepentingan rakyat.

"Kenapa saya perlu letak jawatan kerana membangkitkan isu demi kepentingan negara dan rakyat," katanya selepas menghadiri Hari Pendidik MARA 2015 pada Rabu.

Naib Presiden UMNO itu sekali lagi menegaskan beliau membangkitkan isu 1MDB kerana mahukan penjelasan lanjut.

"Adalah menjadi kewajipan kita mendapatkan penjelasan untuk menerangkan kepada rakyat," katanya.

Selain Shafie, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerusi twitternya telah menyatakan tidak akan meletak jawatan dan terus menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ditanya berhubung perjumpaan Menteri Kabinet dengan Najib di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Selasa, Shafie berkata, beliau tidak akan komen lagi mengenai 1MDB kerana hanya Menteri Kewangan II, Datuk Seri Husni Hanadzlah boleh menjawab isu berkaitan 1MDB.

Media melaporkan perjumpaan itu diadakan untuk memberi taklimat berhubung hutang RM42 bilion yang ditanggung 1MDB.

Nik Abduh menang besar kalahkan Suhaizan Faiz Zainudin

Posted: 03 Jun 2015 07:49 AM PDT

 
nik abduh menang

Kemenangan Nik Abduh membuktikan bahawa pemuda Pas mahukan golongan pro ulama akan terus mendominasi parti itu.


SHAH ALAM: Nik Mohamad Abduh Nik Aziz berjaya merebut jawatan Ketua Dewan Pemuda Pas dengan menewaskan penyandangnya Suhaizan Kaiat.

Pada pemilihan Pemuda Pas ke-56, anak bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas itu, mendapat 429 undi manakala Suhaizan mendapat 262 .

Dalam pemilihan yang diadakan, anak Presiden Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi berjaya mempertahan jawatannya sebagai Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas.

Dia mendapat 435 undi menewaskan Raja Iskandar Raja Yaakob yang mendapat 257 undi.

Seramai 735 perwakilan membuang undi yang merangkumi 174 kawasan untuk memilih kepimpinan Pemuda Pas 2015-2017.

Kegagalan Suhaizan mempertahankan jawatan sebagai Ketua Pemuda Pas sememangnya sudah dijangka, kerana dikatakan gagal mempertahankan Presiden Pas daripada terus dikutuk sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR) DAP.

Kemenangan itu memberi isyarat, golongan pro ulama masih mempunyai pengaruh kuat untuk terus meneraju parti Islam itu.

Sanggupkah Hadi kafirkan Anwarinas? FMT Reporters

Posted: 03 Jun 2015 05:45 AM PDT

 hadi-awang_zainuddin_600
Presiden Pas perlu mengkafirkan golongan Anwarinas bagi menggembalikan semula maruah parti itu.

hadi-awang_zainuddin_600PETALING JAYA: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu untuk mengkafirkan golongan Anwarinas bagi membersihkan parti itu.

Langkah berkenaan bagi menggembalikan semula maruahnya ekoran penyusupan golongan yang disifatkan sebagai musuh dalam selimut.

Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berpandangan Pas perlu bertindak demikian selepas kewujudan golongan itu telah menyebabkan prinsip perjuangan Negara Islam yang diperjuangkannya selama ini diseleweng kepada Negara Berkebajikan.

"Ini adalah penting buat Hadi untuk menjadikannya sebagai ucapan dasar perasmian Muktamar Pas ke-56 bagi mengembalikan ketokohan dan auranya sebagai tokoh besar ulama Pas yang terbina dan terbilang di atas keberanian dan keceluparannya mengkafirkan orang Islam yang tidak sejalan dengan doktrin Islam Pas.

"Sekadar menunjukan hasrat untuk kembali kepada Negara Islam dengan hukum hudud belum cukup untuk memulihkan maruah kepimpinan ulama tanpa kesanggupan mencantas Anwarinas dari Pas dengan memisahkan mereka sebagai gulongan taghut, murtad dan kafir," katanya menerusi entri terbaharu di laman blog zamkata.blogspot.com.

Beliau yang juga merupakan bekas Ketua Pengarang akhbar Utusan Malaysia menjelaskan, Hadi perlu menunjukkan kepada seluruh ahli Pas tentang kesungguhan dan keikhlasannya membersihkan semula imej parti itu menerusi pengkafiran terhadap golongan terbabit.

"Hadi mesti meyakinkan seluruh umat Islam khususnya pengikut Pas dan juga bukan Islam bahawa hanya kepimpinannya sahaja yang boleh menegakkan hudud di negara ini," ujarnya.


- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/.

Sanggupkah Hadi kafirkan Anwarinas?

 | June 3, 2015
Presiden Pas perlu mengkafirkan golongan Anwarinas bagi menggembalikan semula maruah parti itu.
hadi-awang_zainuddin_600PETALING JAYA: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu untuk mengkafirkan golongan Anwarinas bagi membersihkan parti itu.
Langkah berkenaan bagi menggembalikan semula maruahnya ekoran penyusupan golongan yang disifatkan sebagai musuh dalam selimut.
Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berpandangan Pas perlu bertindak demikian selepas kewujudan golongan itu telah menyebabkan prinsip perjuangan Negara Islam yang diperjuangkannya selama ini diseleweng kepada Negara Berkebajikan.
"Ini adalah penting buat Hadi untuk menjadikannya sebagai ucapan dasar perasmian Muktamar Pas ke-56 bagi mengembalikan ketokohan dan auranya sebagai tokoh besar ulama Pas yang terbina dan terbilang di atas keberanian dan keceluparannya mengkafirkan orang Islam yang tidak sejalan dengan doktrin Islam Pas.
"Sekadar menunjukan hasrat untuk kembali kepada Negara Islam dengan hukum hudud belum cukup untuk memulihkan maruah kepimpinan ulama tanpa kesanggupan mencantas Anwarinas dari Pas dengan memisahkan mereka sebagai gulongan taghut, murtad dan kafir," katanya menerusi entri terbaharu di laman blog zamkata.blogspot.com.
Beliau yang juga merupakan bekas Ketua Pengarang akhbar Utusan Malaysia menjelaskan, Hadi perlu menunjukkan kepada seluruh ahli Pas tentang kesungguhan dan keikhlasannya membersihkan semula imej parti itu menerusi pengkafiran terhadap golongan terbabit.
"Hadi mesti meyakinkan seluruh umat Islam khususnya pengikut Pas dan juga bukan Islam bahawa hanya kepimpinannya sahaja yang boleh menegakkan hudud di negara ini," ujarnya.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/06/03/sanggupkah-hadi-kafirkan-anwarinas/#sthash.OQUCPCQ0.dpuf

Sanggupkah Hadi kafirkan Anwarinas?

 | June 3, 2015
Presiden Pas perlu mengkafirkan golongan Anwarinas bagi menggembalikan semula maruah parti itu.
hadi-awang_zainuddin_600PETALING JAYA: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu untuk mengkafirkan golongan Anwarinas bagi membersihkan parti itu.
Langkah berkenaan bagi menggembalikan semula maruahnya ekoran penyusupan golongan yang disifatkan sebagai musuh dalam selimut.
Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berpandangan Pas perlu bertindak demikian selepas kewujudan golongan itu telah menyebabkan prinsip perjuangan Negara Islam yang diperjuangkannya selama ini diseleweng kepada Negara Berkebajikan.
"Ini adalah penting buat Hadi untuk menjadikannya sebagai ucapan dasar perasmian Muktamar Pas ke-56 bagi mengembalikan ketokohan dan auranya sebagai tokoh besar ulama Pas yang terbina dan terbilang di atas keberanian dan keceluparannya mengkafirkan orang Islam yang tidak sejalan dengan doktrin Islam Pas.
"Sekadar menunjukan hasrat untuk kembali kepada Negara Islam dengan hukum hudud belum cukup untuk memulihkan maruah kepimpinan ulama tanpa kesanggupan mencantas Anwarinas dari Pas dengan memisahkan mereka sebagai gulongan taghut, murtad dan kafir," katanya menerusi entri terbaharu di laman blog zamkata.blogspot.com.
Beliau yang juga merupakan bekas Ketua Pengarang akhbar Utusan Malaysia menjelaskan, Hadi perlu menunjukkan kepada seluruh ahli Pas tentang kesungguhan dan keikhlasannya membersihkan semula imej parti itu menerusi pengkafiran terhadap golongan terbabit.
"Hadi mesti meyakinkan seluruh umat Islam khususnya pengikut Pas dan juga bukan Islam bahawa hanya kepimpinannya sahaja yang boleh menegakkan hudud di negara ini," ujarnya.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/06/03/sanggupkah-hadi-kafirkan-anwarinas/#sthash.OQUCPCQ0.dpuf

Ucapan Haron Din Jelas Ajak Pas Tinggalkan Pakatan

Posted: 03 Jun 2015 05:00 AM PDT

 
'Kerjasama tiada kebaikan faham-faham sajalah...'


Musyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din berkata tahaluf siyasi(kerjasama politik) yang diputuskan sebagai wasilah untuk memastikan nilai, dasar dan hukum Islam ditegakkan demi keredaan Allah.

Menurutnya lagi, kerjasama itu perlu mendorong kepada maslahah (kebaikan) dan bukan mafsadah(keburukan) seperti permusuhan, kritikan yang memecah belah parti dan campur tangan pihak tertentu.

"Tahaluf siyasi bukan janji. Tahalufsekarang ini adalah tahaluf siyasi ta'awun lil-maslahah (kerjasama politik untuk mencapai kebaikan). Jika tidak ada maslahah, faham-faham sajalah.

"Kalau ada maslahah, kita pakai. Kalau berlaku mafsadah seperti permusuhan, kritikan pecah belah, campur tangan, kita kena rujuk kepada Al-Quran," katanya sambil membaca sepotong ayat Al-Quran.

"Oleh itu, saya menggesa ahli, ahli syura, dan ulama PAS yang menyayangi PAS beriltizam untuk mempertahankan PAS di tengah-tengah tentangan segenap penjuru," katanya sewaktu menyampaikan ucapan perasmian Muktamar Dewan Ulama PAS di Gombak pagi ini.

Kuasa penuh Majlis Syura

Sebelum itu dalam ucapannya, Haron menyenaraikan enam garistahaluf siyasi yang perlu difahami dan dipegang selepas diputuskan.

Antaranya, kerjasama tersebut harus dijadikan wasilah menegakkan Islam, dan membuka ruang pelaksanaan hukum Islam.

Dengan kerjasama itu juga, ia dapat memastikan Islam dipertahankan, kata Haron lagi.

"Ketaatan hendaklah diberikan kepada kepimpinan PAS bukan kepada parti lain dalam bertahaluf.

"Ia juga menjadi ruang medan dakwah.

"Dan yang terakhir Majlis Syura Ulama mempunyai kuasa penuh membuat keputusan mengenai kesinambungan tahaluf siyasi sama ada terdapat maslahah ataumafsadah dari semasa ke semasa," katanya.


Perguna Anwar untuk buruk Mahathir FMT Reporters

Posted: 03 Jun 2015 04:15 AM PDT

 
anwar mahathir

Kadir Jasin dakwa Najib atau individu yang rapat dengannya akan melawat Anwar di hospital.

PETALING JAYA: Khabar angin mula tersebar yang mendakwa bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diheret dalam pertelingkahan antara Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin berkata, bekas Timbalan Perdana Menteri itu, akan digunakan untuk mengakui keburukan Dr Mahathir untuk menjadikan pertembungannya dengan Perdana Menteri lebih sensasi.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (NSTP) itu berkata, perkara itu tidak mustahil berlaku memandangkan Anwar kini telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan.

"Saya yakin semua akan diatur sekiranya Anwar dibenarkan berehat di hospital, kemungkinan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)," katanya menerusi entri terbaru di blognya.

Kadir mengulas perkara itu susulan Anwar dibenarkan untuk mendapatkan rawatan susulan di HKL kerana didakwa semakin uzur dan mengalami masalah kesihatan.

"Sumber 'tepi jalan' saya memaklumkan Najib atau seseorang yang rapat dengannya akan melawat Anwar di hospital.

"Kita perhatikan adakah Anwar akan dibenarkan untuk melanjutkan tempoh rawatan di hospital," katanya.

Beliau merujuk 'sumber tepi jalan' sebagai sindiran kepada Pegawai Khas isteri Perdana Menteri, Rizal Mansor, yang mendakwa Kadir menulis berdasarkan sumber jalanan.

Kadir juga mengulas pertemuan Najib dengan Jho Low dan rakan sekutunya dari Abu Dhabi berkenaan arah tuju 1MDB.

"Hanya Menteri Kewangan II, Datuk Seri Huzni Hanadzlah boleh mengesah atau menafikan perkara ini," katanya.

Sebelum ini, syarikat berpangkalan di Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC) dan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS dilapor akan meminjamkan 1MDB sebanyak USD1 billion (RM3.6 bilion) untuk membayar hutang kepada konsortium bank yang diketuai Deutsche Bank.

Husni bagaimanapun menegaskan bayaran itu adalah transaksi perniagaan dan bukan pinjaman, hutang atau jaminan keluar.

DAP keluar Pakatan jika Hadi kekal presiden, kata AJK Pusat

Posted: 03 Jun 2015 03:30 AM PDT

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasrudin Hassan berkata Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden akan menjadi sukar bagi DAP untuk ditundukkan, maka mungkin membawa kepada DAP meninggalkan Pakatan Rakyat.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasrudin Hassan berkata Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden akan menjadi sukar bagi DAP untuk ditundukkan, maka mungkin membawa kepada DAP meninggalkan Pakatan Rakyat.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasrudin Hassan meramalkan DAP akan keluar dari Pakatan Rakyat (PR) sekiranya Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal sebagai presiden selepas muktamar minggu ini, lapor Sinar Harian.

Dalam satu temubual khas bersama akhbar itu, ahli Parlimen penggal pertama itu berkata, perkara demikian kemungkinan besar akan berlaku kerana DAP akan menghadapi kesukaran untuk menundukkan Hadi jika beliau masih dikekalkan.

"Pemimpin PAS itu mempunyai pendirian tegas dan sukar mengubah keputusan yang sudah dibuat.

"Saya lihat DAP menunggu keputusan muktamar kerana pemimpin yang dipilih bakal mencorakkan PAS dalam PR, sekiranya Hadi masih dikekalkan menerajui PAS, kemungkinan besar DAP keluar PR.

"Saya ramal perkara ini berdasarkan kenyataan mereka sebelum ini," katanya dalam wawancara khas bersama akhbar itu.

Nasrudin juga mengulas hubungan kedua-dua parti itu diibaratkan retak menanti belah disebabkan isu hudud dan sikap DAP yang lebih gemar menyerang PAS tanpa henti.

"Atas dua alasan itu, saya lihat PAS dan DAP ini boleh diibaratkan retak menanti belah.

"Dalam menangani masalah ini, PAS dengan DAP perlu duduk semeja dan membincangkan perkara ini bagi memulihkan keadaan selepas muktamar ini. Sebolehnya PAS tidak ingin konflik yang berlaku ini tanpa ada pemulihan," katanya.

Beliau juga menolak dakwaan PAS akan berpisah selepas muktamar ini selepas parti Islam itu dikuasai kumpulan konservatif.

"Setakat ini tidak ada keputusan untuk berpecah sebab merasa PR adalah satu gabungan tiga parti bukan hanya PAS dan DAP dan perkara tersebut perlu diambil kira," katanya. – 3 Jun, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/.

Singkir kem tak selesai masalah PAS, kata Ahmad Awang

Posted: 03 Jun 2015 02:45 AM PDT

Calon Presiden PAS Ahmad Awang mengatakan pada masa ini, sikap serang menyerang antara satu sama lain seperti menjadi kebiasaan dalam PAS. 
Calon Presiden PAS Ahmad Awang mengatakan pada masa ini, sikap serang menyerang antara satu sama lain seperti menjadi kebiasaan dalam PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Jun, 2015. Calon Presiden PAS Ahmad Awang mengatakan pada masa ini, sikap serang menyerang antara satu sama lain seperti menjadi kebiasaan dalam PAS.

Calon Presiden PAS Ahmad Awang menyifatkan penyingkiran kem tertentu dalam parti Islam itu bukanlah jalan penyelesaian terbaik untuk meleraikan pertembungan antara golongan yang tidak sealiran.

"Persoalan yang harus kita jawab dengan jujur, sampai bilakah keadaan kita terus-terusan begini? Ada yang berpendapat, jika disingkirkan mana-mana 'puak' atau 'kem' dalam muktamar pemilihan nanti, maka tamatlah segala pertembungan.

"Benarkah begitu? Setelah selesai disingkirkan mana-mana 'kem,' peluru yang terbiasa dan 'sedap' dihala sebelumnya kepada sahabat seperjuangan, ada jaminankah tidak akan dihambur kepada sahabat satu 'kem' yang tidak sealiran?" soalnya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, ahli PAS terdahulu bersusah-payah memartabatkan obor Islam yang menyeluruh sifatnya, berbeza dengan keadaan ahli pada masa kini.

Katanya, sikap serang menyerang antara satu sama lain seperti menjadi kebiasaan dalam PAS.
Bekas naib presiden PAS itu berkata, pelbagai istilah jijik dilabelkan dalam kalangan ahli parti, yang dianggapnya terlalu mudah mereka ucapkan.

"Sekelumit pun pasti kita tidak pernah menyangka jutaan jiwa yang ditarbiyah ini akhirnya berantakan dengan hamburan kotor yang selayaknya tidak ditujukan sesama kita. UG (kerajaan perpaduan), Anwarinas, pilihan DAP, liberal, Syiah, jebon, anti-ulama, serta pelbagai istilah jijik kini menjadi basahan mulut yang meluncur mudah.

"Seakan-akan 'wirid' yang diratib dengan perasaan benci sesama saudara yang pernah berjanji setia untuk hidup dan mati dalam perjuangan," katanya.

Beliau sebaliknya mencadangkan agar ahli PAS bertemu dan berbincang jika mempunyai masalah antara satu sama lain sebagi satu jalan penyelesaian yang wajar.

"Bercakaplah dari lubuk hati paling dalam. Luahkankah apa sahaja yang ingin diluahkan.
"Berdepan, jujur dan berterus-terang itu ibarat embun pagi yang dingin dan mendamaikan. 

InsyaAllah, Whatsapp dan Facebook hanya menjadi medan maklumat luar, bukan penentu baik buruk hubungan kekeluargaan jemaah besar ini," katanya sambil memberi jaminan bahawa ahki PAS akan kembali bersatu sekiranya beliau dipilih sebagai presiden dalam muktamar pada 5 Jun ini. – 3 Jun, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Hishammuddin nafi letak jawatan...???

Posted: 03 Jun 2015 02:00 AM PDT


Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein melalui jawapan Twitter ke pengikutnya menafikan beliau akan meletakkan jawatan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein melalui jawapan Twitter ke pengikutnya menafikan beliau akan meletakkan jawatan.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menafikan beliau akan meletak jawatan sebagai menteri pertahanan.

Melalui jawapan kepada pengikutnya di Twitter @Nessie43, secara tidak langsung menjawab kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengarahkan menteri Kabinet agar meletak jawatan sekiranya tidak menyokongnya dalam memulihkan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam posting di Twitter miliknya @HishammuddinH2O, pengikutnya @Nessie43 bertanya kepada beliau; "Are you really leaving Sir? What will they all do without you – but, I will support your decision whatever it might be" (Adakah tuan akan meletakkan jawatan? Apa yang mereka akan lakukan tanpa anda – tetapi saya akan menyokong sebarang keputusan yang anda lakukan)

Hishammuddin membalas pada postingnya; "No I am not – "negativ spin" by some irresponsible people" (Saya tidak akan meletak jawatan – "dakwaan negatif" sesetengah pihak tidak bertanggungjawab).

Namun, selepas membalas posting pengikutnya itu, salah seorang pengikutnya di Twitter @hmmm_nnnnn berkata: Leaving is a good choice.. (Letak jawatan adalah pilihan yang terbaik).

@ishak600 pula berkata: "Lots of people r capable, or might do even better job? U never know? (Lebih ramai lagi yang berkebolehan, atau dapat melakukan tugas yang kebih baik? Anda tidak akan tahu?)

Dua hari lepas, Utusan Malaysia melaporkan Najib memberikan kata dua kepada mana-mana anggota Kabinet yang tidak menyokongnya dalam usaha memulihkan 1MDB untuk meletakkan jawatan.

Bagaimanapun naib presiden Umno itu berkata melalui akaun Twitter miliknya, persetujuan itu dilakukan sekiranya 1MDB melaksanakan 3 perkara, iaitu pelan rasionalisasi, akauntabiliti sekiranya berlaku kesalahan, dan ketelusan bagi kedua-dua perkara itu.

"Setuju dgn syarat 1) Rationalisasi 1MDB 2) Akauntabiliti sekiranya ada salah 3) Ketelusan 1) &2) di atas," kata Hishammuddin di laman Twitter miliknya @HishammuddinH20 hari ini.

Hishammuddin yang juga menteri pertahanan bagaimanapun tidak menghadiri mesyuarat Kabinet pada Jumaat lepas kerana dikatakan berada di Singapura. – 3 Jun, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.


‘Tahaluf siyasi’ PAS bersifat sementara, kata Haron Din OLEH DIYANA IBRAHIM

Posted: 03 Jun 2015 01:15 AM PDT

Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din semasa menghadiri Muktamar Dewan Ulamak ke-54 hari ini di Gombak, Selangor.

Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din semasa menghadiri Muktamar Dewan Ulamak ke-54 hari ini di Gombak, Selangor.

Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din mengatakan hari ini, tahaluf siyasi parti Islam itu dengan Pakatan Rakyat (PR) termasuk kerjasama dengan bukan Islam bagi tujuan memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) adalah bersifat sementara.

Haron mendedahkan, PAS bersetuju untuk bertahaluf siyasi dengan PR selepas merujuk kepada Majlis Syura Ulama untuk meneliti keputusan tersebut.

Katanya pada ketika itu, Majlis Syura Ulama berpandangan tahaluf siyasi dengan PR adalah keperluan sementara yang dilihat dapat memberikan kemenangan PAS dalam pilihan raya.

"Sebelum melangkah kepada tahaluf siyasi  PAS merujuk kepada Syura Ulama untuk dapat kepastian kerjasama itu mengikut syariah atau tidak.

"Syura sudah sediakan kertas kerja bertajuk 'tahaluf siyasi' dari garis panduan perspektif Islam dan diambil dengan penuh teliti daripada sistem demokrasi berparlimen dan melihat jika perlukan sokongan sebanyak mungkin untuk menang," katanya dalam ucaptama ketika merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulama di Taman Melewar, Gombak hari ini. – 3 Jun, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

'Petanda Najib tidak dapat sokongan Umno'

Posted: 03 Jun 2015 12:30 AM PDT


 

Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin percaya bahawa telahannya mengenai pemberontakan di kalangan anggota Kabinet ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sememangnya berasas.

Kadir berkata ini berdasarkan cabaran Najib kepada para jemaah menteri minggu lalu agar meletak jawatan jika tidak selesa dengan projek cetusannya, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

"Jika dia percaya dengan sungguh-sungguh bahawa terdapat pemberontak dalam Kabinet sehingga mencabar mereka berundur, maka petandanya beliau tidak lagi mendapat sokongan bulat dari partinya," kata Kadir.

Dalam tulisan di blog kadirjasin.blogspot.com itu, Kadir berkata, pemberontakan itu mungkin boleh dilihat dalam kes Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press itu merujuk kepada "sokongan bersyarat" Hishammuddin, seperti yang digariskan oleh sepupu perdana menteri itu di Twitter.

Kenyataan tersebut, yang meletakkan syarat untuk bersetuju dengan cabaran Najib, menimbulkan pelbagai spekulasi sehingga Hishamuddin terpaksa menafikan bahawa beliau meletak jawatan menteri pertahanan.

Kadir seterusnya berkata, beliau juga diberitahu bahawa Najib juga sering mengadakan pertemuan dengan kumpulan ketua bahagian Umno.

"Ada sumber kata, (pertemuan diadakan) setiap hari. Adakah dia bimbang jika ikrar mereka sebelum ini sudah luntur dan perlu diperkuat dengna peruntukan kewangan dan janji-janji?," soalnya.

696 perwakilan undi pilih kepimpinan Pemuda PAS

Posted: 02 Jun 2015 11:45 PM PDT

   

Persoalan siapakah bakal dipilih menerajui Dewan Pemuda PAS dan barisan exconya akan terjawab hari ini.

Proses pengundian berlangsung pagi ini yang menyaksikan penyandang jawatan ketua pemuda Suhaizan Kaiat berdepan dengan MP Pasir Mas  Nik Abduh Nik Abdul Aziz.'

Seramai 696 perwakilan akan mengundi memilih barisan kepimpinan Dewan Pemuda kali ini.

Keputusannya akan menjawab persoalan sama ada para perwakilan mahu dewan itu terus dipimpin oleh golongan profesional atau, ia bakal menyaksikan pertukaran kepimpinan kepada golongan pro-ulama.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Putus hubungan dengan DAP: Secara teknikal PAS keluar PR?

Posted: 03 Jun 2015 07:52 PM PDT

Putus hubungan dengan DAP: Secara teknikal PAS keluar PR?

Putus hubungan dengan DAP: Secara teknikal PAS keluar PR?

Walaupun muktamar penuh ke 61 belum bersidang dan pertandingan jawatan utama PAS belum berlaku namun keputusan pertandingan boleh diramal.

Rata-rata rakyat Malaysia sebaik sahaja melihat kejutan yang berlaku dalam pemilihan Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat merasakan pasti kejutan yang sama juga akan berlaku dalam perebutan jawatan utama parti. Puak Hadi dan Unity Government tidak dapat dihalang menguasai semua posisi penting, daripada presiden sampailah kepada AJK PAS Pusat.

PAS selepas Jun ini adalah parti yang mempunyai idea satu hala dan bersikap ego terhadap rakan-rakan Pakatan Rakyat demi menunjukkan mereka ada maruah dan ada pengaruh.

Nada marah kepada DAP amat jelas dalam Muktamar Dewan Ulama. Usul dikeluarkan untuk memutuskan hubungan sama sekali dengan DAP. Usul Dewan Ulama itu pasti akan diluluskan oleh Muktamar kerana prinsip walak ahli perwakilan terhadap para ulama.

PR berkubur

Maka PAS secara teknikalnya telah pun menghancurkan Pakatan Rakyat. PR dibentuk oleh tiga parti teras, apabila salah satu parti meninggalkan gabungan itu maka tidak wujud lagi apa yang dinamakan sebagai gabungan.

Dewan Ulama tidak perlu berselindung dan bermain hujah kononnya akan meneruskan kerjasama dengan PKR dan Pakatan Rakyat. Kalau hierarki paling berpengaruh dalam PAS telah memutuskan hubungan dan menerima endorsement daripada Mursyidul Am Haron Din maka ustaz-ustaz di bawah tentunya akan mengeluarkan pelbagai fatwa.

Lihat sahaja PRK Permatang Pauh, tanpa fatwa dari Dewan Ulama pun ustaz berhingus di bawah berfatwa haram mengundi PKR. Selepas ini tentulah setiap Urusan Ulama di setiap kawasan akan mengeluarkan fatwa haram mengundi DAP.

Apakah gunanya terus bersama dalam PR kalau kerjasama itu untuk berfatwa mengharamkan DAP. Dari situ dapat dilihat niat tidak baik PAS yang cuba mensabotaj komponen PR yang masih tinggal. Mereka tidak mahu menarik diri kerana jika berasingan maka seribu fatwa haram pun tidak akan memberi kesan kepada PKR dan DAP. Tetapi apabila masih kekal 'dalam perkahwinan' apabila mereka mengharamkan ahli menyokong, berkempen atau mengundi maka kerosakannya amat mendalam kepada komponen PR.

Gantung tak bertali

Sebagai parti yang melaksanakan perintah Allah dan Rasul lebih baiklah PAS segera meninggalkan PR dan jangan membuat aniaya dan perangai hodoh mensabotaj dari dalam. Apa yang dilakukan PAS ini seperti 'gantung tidak bertali'. Kaedah meninggalkan isteri tanpa nafkah, memburuk-burukkan isteri tetapi enggan menjatuhkan talak.

Tidak dapat dibayangkan bagaimanakah PAS mahu meneruskan perjuangannya selepas ini tanpa kerjasama dengan PR. Kekuatan parti itu sebelum ini adalah dengan kerjasama. Apabila timbul haram-mengharam dan kafir-mengkafir maka ahli akan porak peranda.
Hanya satu cara sahaja yang bolkeh diusahakan, iaitu berunding dengan Umno dan bertahaluf siyasi dengan parti sarat penyelewengan itu. Namun Umno bukanlah bodoh. Mereka jauh lebih pintar daripada ustaz PAS.

Najib perdaya Hindraf

Kalau Umno berjaya menipu PAS untuk meluluskan Hudud di peringkat parlimen maka tidak ada masalah mereka menipu lebih jauh lagi. PAS tidak mahu belajar daripada pengalaman Pengerusi Hindraf P. Waythamoorthy yang diperdaya Najib untuk meluluskan peruntukan kepada kaum India menjelang PRU 13 lalu. Sehingga ke hari ini tiada satu pun persetujuan dalam memorandum bersama itu yang ditunaikan.

Sama seperti Hudud yang kononnya akan mendapat bantuan Umno di parlimen. Pada sesi Mac Umno memberi alasan tidak sempat untuk dibahaskan. Sesi Jun pula hampir berakhir dan usul Hudud tidak juga diterima untuk dibahaskan.

Tak keruan pasal Hudud

Tiga tahun lagi pun Hudud tidak akan dibahaskan dan perwakilan yang bertakbir dan bersorak kerana UG berjaya dalam muktamar kali ini akan berputih mata sampailah ke PRU 14. Menjelang PRU Najib akan datang ke Kelantan dan berjanji untuk membenarkan Hudud dilaksanakan jika Umno BN mengambil alih negeri itu.

Umno tidak akan menerima PAS sebagai sekutu kerana pengaruh PAS hanya kuat di Kelantan dan Terengganu sahaja. Terengganu telah ditawan dan mustahil PAS mendapatkannya semula setelah MB Mat Said diganti. Kelantan pula negeri miskin dan Umno hanya perlu gunakan bantuan banjir untuk meraih undi, tidak perlukan kerjasama dari PAS.

Percayalah, menjelang PRU 14 PAS akan termanggu-manggu. Rakan baharu tidak memberi kerusi dan PR telah mempunyai parti baharu yang menggantikan PAS.

Akar umbi bersama PR

Sekiranya melihat apa yang berlaku di Permatang Pauh, walaupun ustaz muda PAS mengeluarkan pelbagai fatwa haram mengundi PKR dan berkempen dari rumah ke rumah, Dr Wan Azizah tetap menang dengan majoriti besar. Sebahagiannya disumbangkan oleh kawasan kubu kuat PAS di DUN Permatang Pasir.

Bermakna, walaupun PAS meninggalkan PR sekali pun, ahli akar umbi dan penyokong parti itu tetap tidak akan meninggalkan PR. Hal yang sama juga dibuktikan oleh penyokong PAS di Pantai Barat. Mereka turun beramai-ramai dalam demonstrasi 1 Mei lalu walaupun ulama PAS memboikot himpunan dipimpin Mat Sabu itu.

Penyokong PAS tidak akan memberi undi kepada PAS yang telah menyeleweng perjuangannya. Apatah lagi jika jelas Hadi dan puaknya telah ditipu hidup-hidup oleh Umno.

Ustaz muda ambil alih

Dewan Ulama dan PAS keseluruhannya terlalu terikut-ikut dengan pemikiran ustaz muda yang baru pulang dari Timur Tengah walaupun mereka tidak arif tentang situasi politik negara. Mereka syok sendiri menganggap PAS parti yang besar dan disokong rakyat di mana-mana sahaja. PAS tidak memerlukan sekutu kerana rakyat amat meyakini perjuangan mereka.

Ustaz muda ini tidak sedar parti pembangkang tidak pernah menikmati status istimewa, glamour dan menjadi pujaan ramai tanpa bersusah payah melawan BN. Hanya Umno dan BN yang menikmati status sedemikian kerana mempunyai jentera kempen berkesan; sama ada jentera kerajaan mahu pun media massa arus perdana. Pembangkang adalah budak belasahan pada bila-bila masa.

Pembangkang yang bersendirian pula sangat mudah diterkam dan dikoyak rabakkan oleh jentera BN apabila masanya telah tiba. Demikian pesanan yang selalu dibawakan oleh Fadzil Noor dan Nik Aziz dalam kias 'kambing yang dikepung serigala' pada ceramah mereka di era Reformasi lalu. 15 tahun kemudian perwakilan PAS dengan senang hati ingin mengambil watak kambing, kononnya kambing generasi baru ini mempunyai senjata sulit berhadapan serigala BN.

Perbahasan Dewan Pemuda PAS tidak berkualiti

Posted: 03 Jun 2015 07:47 PM PDT

SUARA PAKATAN DAILY




Perbahasan Dewan Pemuda PAS tidak berkualiti

Perbahasan Dewan Pemuda PAS tidak berkualiti

ANALISIS: Perbahasan Dewan Pemuda PAS bermula 2  Jun lalu kelihatan tidak mengambil situasi politik semasa sebagai arah tuju. Begitu banyak isu melibatkan Umno BN seperti penyelewengan 1MDB, hutang negara, pencerobohan sempadan, cukai GST dan sebagainya yang boleh dijadikan tajuk utama, Pemuda sebaliknya berkisar kepada isu taat kepada presiden, syurga, neraka dan hal-hal lain yang tiada kena mengena dengan politik sebagai perkara pokok.

Perwakilan Pemuda PAS Terengganu misalnya memilih untuk menegur bacaan al-Quran Suhaizan yang perlu diperbetulkan sebelum melaungkan slogan perjuangan.
"Perbetulkan bacaan al-Quran sebelum melaungkan perjuangan. Jangan ambil mudah bacaan al-Quran. Bacaan al-Quran ini pun tidak diperhalusi jadi di mana wawasan rabbani, fakih dan haraki yang diutarakan?" kata Raja Arizal.

Parti para ustaz

Perlu diingat, pada era 1980an lalu, seluruh hierarki kepimpinan parti itu adalah ulama dan ustaz yang pandai membaca al Quran tetapi malangnya satu negeri pun tidak diperintah PAS.

Ketika itu masyarakat memandang ustaz PAS tidak mampu untuk membina jalan raya, longkang, bangunan malah kata mereka, masjid pun dibina oleh BN dan kontraktor Cina. Jadi masyarakat terutamanya Melayu memandang sinis kepada ustaz PAS. Entah dari mana, muncul pula slogan mengubah akronim PAS kepada 'Parti Angan-angan Sahaja'. Slogan itu popular di bibir pengundi Melayu menjelang pilihan raya.

Profesional mengubah tanggapan

Semuanya berubah pada 1990an apabila berlaku kemasukan golongan profesional seperti doktor, profesor, jurutera dan sebagainya ke dalam PAS selepas Umno bergolak pada 1987. Himpunan profesional itu menyebabkan masyarakat membuka mata dan kagum. Golongan koporat pula mula masuk PAS pada era Reformasi 1998.

Ketika inilah masyarakat percaya PAS boleh memerintah, boleh membina bangunan, jambatan dan seterusnya mentadbir jabatan kerajaan. PAS berubah arah hanya setelah kemasukan golongan profesional, bukannya daripada penyertaan ustaz yang mengaji di Timur Tengah dan telah mendominasi parti itu sejak penubuhannya.

Kecetekan ilmu Pemuda lebih terserlah lewat perbahasan perwakilan Pemuda PAS Perak, Mohd Syakirin Hussein yang berkata matlamat menuju Putrajaya tidak sepatutnya menjauhkan ahli PAS dari syurga

"Kita sampai ke Putrajaya tetapi bukan matlamat perjuangan ini untuk sampai ke Putrajaya sahaja. Kalau sampai ke Putrajaya terlalu singkat. Perjuangan kita untuk sampai ke syurga Allah

"Apa gunanya Putrajaya kalau Putrajaya itu jauhkan kita dari syurga Allah," katanya.  

Tukar kepada gerakan dakwah

Hujah itu menampakkan PAS bukanlah parti politik, sebaliknya lebih kepada pertubuhan dakwah yang tidak memerlukan kuasa politik. Sekiranya mentaliti ini mewakili keseluruhan perwakilan PAS maka lebih baik PAS membuat usul tergempar agar parti itu ditukar kepada gerakan dakwah sahaja.

Tidak ada guna melabur duit menyertai pilihan raya dan bermati-matian kempen jika mempersoalkan matlamat politik. Kononnya kemenangan menjauhkan seseorang dari syurga. Kononnya menawan Putrajaya bukan matlamat dan sebagainya.

Ahli politik yang tidak ada matlamat sebaik sahaja diberi kuasa akan hilang punca. Mereka akan makan rasuah, tiada visi untuk membangunkan masyarakat dan tidak mahu mendengar kritikan rakyat.

Maka ada baiknya saranan Prof Dr Latif Ibrahim baru-baru ini agar PAS mencontohi gerakan politik di Turki, Mesir dan lain-lain yang memisahkan antara parti politik dan gerakan dahwah. Setiap gerakan perlu fokus. Tidak boleh wujud gerakan politik yang fokus menawan Putrajaya tetapi dalam masa sama berfikir kemenangan akan merosakkan parti, jemaah dan sebagainya.

Pemuda PAS adalah pemimpin generasi akan datang. Sekiranya kualiti perbahasan yang tidak melepasi tahap lulus sebagaimana ditunjukkan dua hari lalu menjadi tanda aras PAS maka parti itu tidak akan menarik minat rakyat untuk menyokongnya.

Mampukah PAS mentadbir?

PAS tidak ada tokoh seperti Rafizi Ramli, Azmin Ali, Tian Chua, Tony Pua, Liew Chin Tong dan sebagainya yang mencetuskan idea besar. Namun dalam PR mereka mahu jadi ketua dan berkeras agar semua komponen taat kepada kehendak mereka.

Rakyat tidak perlu berubah mengundi PAS sekiranya kualiti kepimpinan Pemuda setaraf Khairy Jamaluddin atau kualiti kepimpinan utama setaraf Najib dan Muhyiddin Yassin. Apakah yang PAS mahu tawarkan dengan menghasilkan kepimpinan pengekor dan bukan pemuka.

Jelas generasi Fadzil Noor dan Nik Aziz tidak akan dikecapi lagi. Apatah lagi dengan tekad PAS membuang semua profesional daripada jawatan utama. Sangat ketara selepas ini PAS akan menjadi pasti para ustaz dan lebai. Akan timbul semula pertanyaan rakyat 'mampukah, mampukah dan mampukah?'.

Dan jawapannya: Lebih baik mengundi Umno yang telah terbukti mampu membawa kemajuan!

Dr Mahathir & kroni punca MAS lingkup

Posted: 03 Jun 2015 03:58 PM PDT


Dr Mahathir & kroni punca MAS lingkup

Dr Mahathir & kroni punca MAS lingkup

ULASAN: Tersentap juga hati saya bila membaca berita mengenai pekerja ‪#‎MAS‬. MAS sangat dekat dengan hati saya memandangkan saya pernah berkhidmat di syarikat yang berlogokan imej wau ini. Saya juga merupakan produk Akademi Penerbangan Malaysia.

Singkap sejarah lama, sebelum tahun 1993, MAS tidak menghadapi masalah kewangan. MAS mempunyai rizab tunai sekitar RM 600 juta. Namun segala keindahan itu berubah wajah apabila Tajuddin Ramli menguasai MAS.

Tahun 1993, Kerajaan waktu itu diketuai oleh‪#‎Mahathir‬ Mohammad telah menyerahkan MAS kepada kroninya, Tajuddin Ramli melalui syarikat‪#‎Malaysia‬ Helicopter Service yang kemudiannya ditukar kepada Naluri. Kerana "kehandalan" dan "kepintaran" kroni Mahathir ini, MAS telah mewarisi kerugian terkumpul sebanyak RM 9.4 bilion sebaik sahaja Tajuddin menjual semula kepada Kerajaan pada tahun 2001.

Mahathir ketika itu masih bergelar Perdana Menteri dan Daim Zainuddin adalah Menteri Kewangan telah membuat keputusan untuk membeli semula saham MAS seperti harga yang dibeli oleh Tajuddin dahulu iaitu RM 8.00 sedangkan harga pasaran ketika itu adalah RM 3.68. Kononnya untuk menyelamatkan MAS daripada menjadi milikan asing. Tajuddin meraih untung RM 1.8 billion tetapi MAS mewarisi hutang.

Hari ini MAS sudah diisytiharkan muflis dari segi teknikal. 6,000 pekerja telah ditamatkan kontrak. 14,000 lagi pekerja telah diberikan kontrak dengan terma dan syarat baru. Tiada lagi kesatuan sekerja untuk mempertahankan hak dan kebajikan mereka. Tiada lagi Malaysia Airlines yang original. Sebaliknya telah menjadi Malaysia Airlines baharu sepertimana UMNO menjadi UMNO baharu hasil kerja tangan Mahathir.

Saya amat mengagumi pekerja MAS selama ini atas usaha mereka yang penuh dedikasi, yang telah menumpahkan usaha gigih mereka dan, tetap kekal setia walaupun ketika syarikat sedang berhadapan komplikasi serius. Sememangnya bekerja di bawah jenama "Malaysian Hospitality" adalah satu kebanggaan. Saya akui itu kerana sehingga hari ini masih terselit rasa bangga pernah menjadi pekerja MAS.

Akan tetapi demi memberikan keuntungan berbillion kepada kroni, Mahathir dan Daim telah menghancurkan kebanggaan ini. Mahathir dan Daim punca segala musibah ke atas MAS hari ini. Mahathir bukan sahaja gagal dalam memilih pengganti beliau sebagai Perdana Menteri, malah Mahathir termasuklah Daim dan Tajuddin telah melakukan dosa yang amat besar terhadap 6,000 orang yang kehilangan pekerjaan.

Saya berdoa agar sahabat-sahabat satu "batch" dengan saya tidak menjadi mangsa kezaliman trio ini. Andainya ada, saya mengharapkan kalian tabah dan dipermudahkan untuk mendapat pekerjaan baru.

#SudahlahMahathir


Ahmad Anwar Asyraf adalah Pengarah Pemikir Kaum Muda SAMM

PAS kembali kecil, terpencil selepas Muktamar 2015?

Posted: 03 Jun 2015 03:53 PM PDT

PAS kembali kecil, terpencil selepas Muktamar 2015?

PAS kembali kecil, terpencil selepas Muktamar 2015?

Selepas pertembungan paling sengit dalam sejarah antara kumpulan profesional dan konservatif dalam muktamar ke-61 tahun ini, PAS yang sudah berjaya menukar watak menjadi sebuah parti nasional selepas lebih 60 tahun ditubuhkan bakal kembali menjadi "parti Pantai Timur".

Segala usaha yang dilakukan secara intensif selama 30 tahun untuk melonjakkan PAS menjadi parti nasional semenjak zaman Yusof Rawa, Datuk Fadzil Noor dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan terkubur minggu ini apabila perwakilan parti Islam itu dari seluruh negara memilih kepimpinan baharu.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tunggak utama kumpulan konservatif yang pertama kali dicabar untuk jawatan presiden sudah hampir pasti akan mempertahankan kerusinya daripada dirampas Ahmad Awang, seorang ulama bertaraf antarabangsa dan orang di belakang kejayaan PAS mendapat kerusi menteri besar di Perak pada 2008, walaupun hanya mempunyai enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), jauh lebih rendah berbanding DAP dan PKR.

Sementara Mohamad Sabu yang dilihat sebagai tunggak kepada kumpulan profesional dan hubungan PAS bersama Pakatan Rakyat (PR), pernah ditahan dua kali mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri dan berkali-kali masuk lokap kerana perjuangan parti Islam itu bakal dikalahkan bekas penceramah "Forum Perdana" anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM), Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Manakala Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat yang cuba bersungguh-sungguh menyelamatkan PR daripada berpecah dan diterima luas pengundi bukan Islam bakal dikalahkan Nik Abduh Nik Abdul Aziz, seorang pemimpin pro-kerjasama dengan Umno.
Hampir kesemua wakil kumpulan profesional pula akan terkeluar daripada perebutan naib presiden dan ahli jawatankuasa PAS Pusat selepas doktrin "kepimpinan ulama" yang ditanamkan kumpulan konservatif berjaya mengusai majoriti perwakilan.

Lebih menyedihkan lagi, majoriti perwakilan PAS akan memilih ketiga-tiga presiden, timbalan dan ketua pemuda baharu PAS selepas muktamar 2015 berasal dari negeri Pantai Timur yang majoriti penduduknya Melayu dan beragama Islam dan tidak mencerminkan komposisi penduduk Malaysia.

Maka tidak hairanlah jika kenyataan yang keluar daripada ketiga-tiga pemimpin ini langsung tidak mencerminkan sikap seorang pemimpin nasional, tetapi lebih kepada pemimpin di negeri-negeri Pantai Timur.

Mereka sendiri tidak pernah dibesarkan dan hidup dalam "suasana Malaysia" yang berbilang kaum dan agama. Sudah pasti mereka juga akan "terkejut" dengan kehidupan masyarakat Malaysia seperti di Bangsar Telawi dan Bukit Kiara.

Namun itulah keindahan demokrasi, majoriti ahli berkuasa menentukan sama ada mahu sesebuah pertubuhan itu terus menjadi kuat atau rebah masuk ke dalam "tong sampah sejarah".
Hilang kuasa di kerusi campuran.

Musuh tradisi PAS, Umno akan menjadi paling gembira hujung minggu ini selepas perwakilan memilih barisan kepimpinan baharu. Usaha keras melagakan PAS dengan DAP dan PKR selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008 akhirnya membuahkan hasil.

Kempen Umno untuk memenangkan Hadi dan kumpulannya melalui media arus perdana dan akhbar milik mereka Utusan Malaysia akhirnya direalisasikan minggu ini dan PAS akan kembali kepada asal-usulnya menjadi parti Pantai Timur.

Ini sekali gus akan mengekalkan kedudukan Umno sebagai parti Melayu terkuat selepas PAS kembali seperti dahulu, sebuah parti yang hanya kuat di Kelantan.

Pengundi bukan Islam yang kuat menyokong di negeri-negeri seperti Kedah, Perak, Selangor dan Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu kerana slogan "PAS untuk semua" tidak akan mengundi mereka lagi selepas muktamar 2015 ini.

Namun inilah pengorbanan yang akan dibayar ahli PAS kerana mereka tidak mahu kuasa politik dan menawan Putrajaya, akan tetapi "keredhaan Allah" seperti dikatakan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

PAS tidak kisah jika kehilangan jawatan exco kerajaan negeri, kerusi Parlimen, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor dan negeri-negeri mempunyai komposisi campuran lain.

Bagi orang-orang seperti Exco Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad, sokongan bukan Islam yang memenangkannya di DUN Chempaka tidaklah begitu penting berbanding usaha menggembalikan PAS menjadi parti Pantai Timur.

Ini kerana Hadi sendiri sudah membuktikan sanggup kehilangan Terengganu pada 2004 selepas sepenggal memerintah kerana tidak mahu bertolak ansur dengan sekutunya bukan Islam mereka DAP dalam Barisan Alternatif (BA).

Pada 2013, Hadi sekali lagi mengorbankan Kedah selepas mempertahankan Tan Sri Azizan Razak untuk kekal memimpin PAS negeri walaupun berkali-kali diberitahu pimpinan parti, jelapang padi negara itu akan tumbang sekiranya bekas menteri besar itu terus memimpin kerana tidak disenangi pengundi bukan Islam.
Rakyat Malaysia seharusnya menghormati keputusan perwakilan PAS dalam memilih barisan kepimpinan baharu dan kembali menjadi parti Pantai Timur kerana itulah hak demokratik mereka.

Isa Samad punca kejatuhan FELDA

Posted: 03 Jun 2015 03:48 PM PDT


Isa Samad punca kejatuhan FELDA
Chairman of Felda and Felda Global Ventures (FGV) Mohd Isa Abdul Samad adjusts his tie during a media briefing at its headquarters in Kuala Lumpur on October 3, 2013. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli

Isa Samad punca kejatuhan FELDA

KENYATAAN MEDIA: Felda Global Ventures (FGV) kembali menjadi topik hangat apabila harga sahamnya menjunam teruk kepada RM 1.93 berbanding harga IPO. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak Perdana Menteri, Najib Razak untuk segera menamatkan perkhidmatan Isa Samad sebagai Pengerusi FELDA dan FGV di atas kegagalan ini.

Singkap kembali sebelum penyenaraian FGV, Boston Consulting Group (BCG) telah melakukan kajian ke atas kakitangan pengurusan FGVH pada Jun 2012. Hasil kajian merumuskan :-
1. 65% daripada kakitangan pengurusan FGVH mempercayai bahawa IPO ini akan gagal.

2. 55% pula melihat bahawa FGVH tidak bersedia untuk pelan penyenaraian di KLCI.

3. Hanya 20% daripada Pengurusan Tertinggi FGVH menyokong pelan penyenaraian ini.

SAMM berpandangan tragedi yang berlaku kepada FGV hari ini adalah berpunca daripada keengganan Kerajaan mendengar suara kelompok 65% dan 55% ini selain daripada pertubuhan dan NGO pro-peneroka sedari awal lagi. Disusuli pula dengan kegagalan Isa Samad menguruskan FELDA dan FGV.

Najib perlu sedar FELDA telah dua kali menukar Pengurus Besar iaitu Datuk Dzulkifli Abd Wahab dan Datuk Faizoull Ahmad tetapi kedua-dua entiti yang melambangkan maruah peneroka ini masih tetap bermasalah. Sudah sampai masanya Najib memberhentikan Isa Samad.

Isa Samad juga perlu menjelaskan mengapakah FGV berniat untuk menjualkan FELDA Prodata System, FELDA Travel dan FELDA Property sedangkan ketiga-tiga entiti ini meraih keuntungan setiap tahun? Adakah ini jalan singkat untuk menunjukkan FGV untung selepas menjual aset-aset berharga ini?

Zuraidi Abdullah Penyelaras SAMM Kebangsaan

[LIVE][030615] Forum "Tetamu Agung Kerinduan Sebuah Penantian"

Posted: 03 Jun 2015 03:28 AM PDT


[LIVE][030615] Nabi Isa AS & Imam Mahdi - Ustaz Hafizal Abu Hassan

Posted: 03 Jun 2015 03:26 AM PDT


Adakah PAS kekal sebagai parti nasional selepas Muktamar?

Posted: 03 Jun 2015 02:56 AM PDT


Adakah  PAS kekal sebagai parti nasional selepas Muktamar?

Adakah PAS kekal sebagai parti nasional selepas Muktamar?

Masalah pemilihan PAS yang akan dijalan esok sangat jelas. Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang meminta ahli partinya memilih di antara penyokongnya dan kelompok yang didakwa mengikut telunjuk DAP.

Menjawab kenyataan terbabit, bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin pula berseloroh bahawa pilihan yang ada sebenarnya adalah antara "pengikut DAP" dan "boneka Umno".

Sabtu lalu saya menjadi panelis dalam sebuah forum bersama Nik Omar Nik Aziz, anak lelaki sulong Tok Guru Nik Aziz. Saya menyedari bahawa walaupun dalam keluarga mantan Mursyidul-am PAS itu sendiri wujudnya kepelbagaian pendapat.

Nik Abduh mendakwa bahawa arwah ayahnya tidak pernah menentang usaha bekerjasama dengan Umno, sedangkan Nik Omar pula mempunyai pendapat yang langsung berbeza.

Ada garis pemisah antara dua kelompok dalam PAS:
  • Golongan yang bercita-cita menawan Putrajaya dan kelompok yang hanya mahu menetap di Kota Bharu
  • Kelompok yang bersedia bekerjasama dengan parti pembangkang lain bagi menumbangkan Umno yang korup dalam pilihan raya akan datang demi perubahan yang lebih besar dan mereka yang mahu bekerjasama dengan Umno untuk melaksanakan hudud dengan segera
  • Kumpulan yang melihat Malaysia sebagai sebuah rancangan berbilang kaum dan agama, dengan golongan yang merasakan Malaysia hanyalah sebuah entiti kaum atau agama tunggal.
Pemilihan parti yang bakal berlangsung nampaknya tidak akan menamatkan konflik yang sudah terlalu lama ini, sekurang-kurangnya mengakar ke peristiwa yang terjadi sejak 1998. Khamis ini akan membawa permulaan baru bagi PAS, ke arah kebaikan ataupun sebaliknya.

Kelahiran PAS

PAS ditubuhkan pada tahun 1951 oleh kumpulan ulama dalam Umno termasuklah bapa dan datuk kepada bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.
Kebanyakan ahli Umno memutuskan hubungan mereka dengan PAS pada tahun 1954 apabila Umno mengharamkan keahlian berganda.

Waktu itu, pilihan raya persekutuan yang pertama pada bulan Julai 1955 menyaksikan Umno memenangi 51 daripada 52 kerusi, manakala baki satu kerusi itu dimenangi PAS.
Pilihanraya pertama selepas Merdeka pada tahun 1959 mengejutkan Umno apabila PAS memenangi kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu.

Umno berjaya merampas kembali Terengganu apabila ada wakil rakyat PAS yang melompat parti pada tahun 1961. PAS hanya berjaya menawan semula Terengganu pada tahun 1999.

Pentadbiran Kerajaan Kelantan, yang berkekalan sehingga krisis pada tahun 1977 jauh lebih penting bagi PAS. Pemimpin di Kelantan, Datuk Asri Muda merupakan individu paling berkuasa di dalam PAS sejak 1959 sehinggalah 1982.

Beliau dilengser dalam sebuah rampasan kuasa dalam parti walaupun beliau hanya rasmi menjadi presiden pada tahun 1971. Sepanjang kepimpinan Asri, pertandingan antara PAS dan Umno hanyalah mengenai siapa yang lebih berkesan menjuarai isu Melayu.
PAS kemudiannya menjadi rakan gabungan Umno pada tahun 1973 dan menyertai koalisi pemerintah BN pada tahun 1974 apabila ia dilancarkan sebelum pilihan raya umum. PAS ditendang keluar dari BN pada November 1977 selepas parti tersebut membantah rang undang-undang Parlimen bagi mengisytiharkan darurat di Kelantan.

PAS ditipu

Ia tercetus apabila Kerajaan Persekutuan mengeksploitasi krisis kepemimpinan yang berpanjangan di Kelantan, apabila ADUN PAS Kelantan melakukan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Mohamad Nasir yang mendapat sokongan Umno.

PAS kehilangan Kelantan dalam pilihan raya negeri yang menyusul pada Mac 1978. Dengan kata lain, PAS telah ditipu oleh Umno.

Ketika PAS bekerjasama dengan Umno pada tahun 70-an, terdapat lompang dalam kepimpinan di kalangan orang Melayu, terutamanya generasi muda. Anwar Ibrahim dan pimpinan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dilihat sebagai alternatif kepada Umno.

Anwar telah berkempen untuk PAS dalam pilihan raya umum 1978 dan ditawarkan untuk memimpin PAS oleh Asri beberapa kali. Namun beliau akhirnya menyertai Umno satu minggu sebelum pilihan raya April 1982 dan menjadi wajah Islam Umno selama 16 tahun sehinggalah beliau dipecat pada bulan September 1998.

Pada bulan Oktober 1982, sebagai tindakan balas kepada Umno yang telah menemukan wajah Islamnya daripada Anwar dan sebagai usaha meremajakan parti, pemimpin muda PAS melengser Asri Muda dari kerusi presiden dalam muktamar yang tidak berlangsung pemilihan.

Akhirnya, separuh kepimpinan utama PAS dipecat pada Januari 1983 oleh kepimpinan baru, termasuk empat daripada lima ahli Parlimennya pada waktu itu. Satu-satunya MP PAS yang tidak dipecat ialah Nik Aziz.

Bagi membezakan antara kepimpinan lama dan baru, PAS mengangkat tema kepimpinan ulama. Maksud sebenar label tersebut terus menjadi topik perdebatan sehingga ke hari ini.

Antara tahun 1982 dan 1998, sementara PAS melalui proses peremajaannya, ia merupakan sebuah parti pembangkang kecil dengan tapak sokongan di negeri-negeri Melayu Utara iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Kepimpinan ini terdiri daripada para ulama dan aktivis, manakala ahlinya pula terdiri daripada para petani dan peniaga yang sama ada menyokong PAS atas dasar identiti Kelantan, atau kerana benar-benar mahu melihat sebuah masyarakat yang lebih taat beragama.

Mereka tidak berfikir tentang mendapatkan kuasa di peringkat Persekutuan kerana ia sememangnya mustahil.

Idealisme reformasi

Pemecatan Anwar Ibrahim pada tahun 1998 telah membawa perubahan kekal kepada PAS. Setahun selepas September bersejarah itu, PAS mendakwa keahliannya meningkat dua kali ganda daripada 450,000 menjadi 800,000 ahli.

Ramai yang menyertainya adalah dari kalangan orang kaya baru dan para profesional dari generasi DEB, dan secara geografinya tertumpu di bandar-bandar Pantai Barat. Mereka membenci Mahathir dan Umno, namun barangkali juga tidak percaya Anwar; maka mereka memilih PAS.

Dalam pilihan raya umum 1999, dengan penolakan kuat orang Melayu terhadap Umno, PAS memenangi 27 kerusi Parlimen serta menguasai negeri Terengganu selain Kelantan yang telah ditadbirnya sejak 1990.

Dengan kemasukan beramai-ramai ahli baru dan kemunculan pimpinan baru yang tidak terlatih sebagai ulama, cakap-cakap tentang pertembungan ulama melawan profesional menjadi tema setiap pemilihan parti sejak Reformasi. Pendeknya, latar belakang pendidikan sudah tidak sepenting sikap politik.

Presidennya, Fadzil Noor pada waktu itu begitu bersemangat untuk membawa PAS melampaui tapak-tapak sokongannya dan menjangkau lebih jauh kepada audien Melayu yang lebih luas, serta para pengundi bukan-Melayu. Katanya, PAS harus menjadi parti arus perdana.

Pertembungan seterusnya pula adalah antara kumpulan yang menyokong usaha menjadikan PAS sebagai parti arus perdana dengan para pendukung tradisi.
Kematian Datuk Fadzil Noor pada bulan Jun 2002 memberi ruang kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil alih kemudi.

Hadi membawa PAS ke kedudukan asal – memperkukuh tapak sokongannya dengan agenda yang tegas dan enggan bertolak ansur. Hasilnya, PAS kalah teruk dalam pilihan raya umum tahun 2004 dan kehilangan kerajaan negeri Terengganu.

Antara tahun 2004 dan 2008, para pendukung dasar ini dijinakkan ekoran kekalahan besar dan anasir moderat yang berjaya mengemudi parti mengikuti arah Partai Keadilan Sejahtera Indonesia dan AK Party Turki, justeru timbullah istilah 'Erdogan'.

Puak konservatif muncul semula

Tsunami 2008 membawa kejutan besar. PAS memperolehi tambahan daripada enam kerusi pada 2004 menjadi 23 kerusi pada tahun 2008. Namun ramai yang tidak senang hati kerana PKR memenangi 31 kerusi, manakala DAP 28.

Apabila Umno beserta juak-juak dan medianya terus membawa agenda politik 3R –'Race, Religion and Royalty' (kaum, agama dan raja-raja) – ramai dari kalangan PAS mula berhati-hati dengan politik baru antiperkauman yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.
Selain daripada golongan pengekal tradisi dan penyokong usaha arus-perdana, satu lagi generasi baru yang dewasa sepanjang proses peremajaan 1982 kini sudah cukup usia. Sebahagian dari mereka ada yang merupakan anak pemimpin.

Kelompok yang keras era 1982 melatih anak-anak mereka dalam persekitaran tertutup politik PAS sejak zaman prasekolah sehinggalah ke universiti, tanpa banyak interaksi dengan masyarakat luar. Merekalah yang membentuk kumpulan baru dalam pertarungan hari ini.

Jurang perbezaan ini terlalu luas dan tidak mungkin pertembungannya selesai selepas pemilihan. Hasil pemilihan kali ini akan membawa kesan besar bagi PAS, Pakatan Rakyat dan Malaysia. Penyusunan semula pasukan-pasukan mungkin menjadi langkah seterusnya.


Artikel ditulis oleh ahli parlimen Kluang, Liew Chin Tong

ABIM, Ikram, NGO wajar tubuh parti Islam baru – Penganalisis

Posted: 03 Jun 2015 01:12 AM PDT

suara pakatan daily

ABIM, Ikram, NGO wajar tubuh parti Islam baru – Penganalisis

ABIM, Ikram, NGO wajar tubuh parti Islam baru – Penganalisis

Menjelang pemilihan pada muktamar PAS Khamis ini, perwakilan parti itu diajak membawa pendekatan baharu dan menjadi trend perjuangan Islam di seluruh dunia, dengan mengasingkan parti politik daripada gerakan Islam.

Penganalisis menjangka pemilihan itu bakal menyaksikan golongan profesional kalah teruk dalam pertembungan dengan golongan konservatif PAS.

Maka perwakilan disaran memilih antara memenangkan golongan profesional agar mereka boleh memimpin parti sepenuhnya, atau mengasingkan diri daripada pendekatan ulama yang ada dalam PAS sekarang dan membentuk parti baharu menyertai PKR, DAP dan gerakan sivil demi kepentingan negara secara keseluruhannya.

Inilah pintu keluar yang perlu dipertimbangkan golongan profesional dalam PAS selepas Muktamar Tahunan ke-61 ini, kata Profesor Dr Abdul Latif Ibrahim.

"Model PAS sekarang sudah salah. Dulu okay lah, tetapi sekarang, dengan kita belajar dari Turki, Tunisia dan tempat-tempat lain, tidak boleh lagi gerakan Islam itu juga parti politik.

"Ikhwan (Muslimin) juga sudah berubah. Mereka tubuh parti politik. Biarlah parti politik masuk dengan sepak terajang politik, jika timbul apa-apa isu," kata bekas penolong setiausaha agung PAS itu.

Latif berkata, pendekatan yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ulama muda yang menyokongnya sekarang tidak lagi bertepatan dengan realiti semasa politik dunia.

"Mereka bersama golongan profesional Islam dalam Abim dan Ikram misalnya, perlu bersedia menubuh parti baharu untuk bersama PKR dan DAP serta gerakan sivil dan badan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai hasrat yang sama, iaitu membawa gerakan rakyat untuk membuat perubahan dalam politik negara secara berskala besar.
"Ada yang kata, jika buat parti serpihan, ia akan mati. Saya kata tidak, kerana perpecahan dalam PAS sekarang, dari atas sampai ke bawah. Kalau tokoh yang besar-besar ini masuk ke sana (parti baru), pengikut yang bawah ini akan ikut dengan ramai.

"Kita nampak ini gambaran besar yang ada sekarang dan perlu diterima ahli PAS jika mereka mahu terus ke depan," kata Latif kepada The Malaysian Insider.
Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu merupakan salah seorang pemikir dalam PAS yang dilantik penolong setiausaha agung pada sesi lalu, namun melepaskan jawatan itu selepas satu penggal.

Kajian yang dibuat badan bebas memperlihatkan golongan profesional dalam PAS sekarang akan dikalahkan sepenuhnya dalam muktamar kali ini selepas kedua-dua belah pihak berbeza pendapat sejak sekian lama dalam isu kerjasama dengan Pakatan Rakyat (PR).

50% perwakilan dalam muktamar ini dijangka terdiri daripada muka baru yang pertama kali menjadi perwakilan, sementara hanya 10% mereka dipercayai bebas pengaruh mana-mana kumpulan dalam PAS, yang dikatakan kini dikuasai golongan konservatif.
Calon presiden, bekas pesuruhjaya PAS Perak Ahmad Awang yang menentang Hadi, dijangka mendapat 25% undi sahaja, manakala Mohamad Sabu yang ditentang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagi kerusi timbalan presiden dijangka hanya akan mendapat sekitar 35% sokongan sahaja.

Hanya Salahudin Ayub penyandang yang dijangka akan menang kerusi naib presiden PAS, manakala penyandang ketua Pemuda Suhaizan Kaiat dan ketua Muslimat Siti Zailah Yusof dijangka gagal mempertahankan jawatan mereka.

Ibrahim Sufian dari Merdeka Center juga turut membuat jangkaan sama mengenai apa yang berlaku dalam PAS sekarang, di mana kemaraan golongan ini tidak boleh lagi disekat.

"Saya rasa ulama akan menang besar," katanya kepada The Malaysian Insider.
Bagi Latif, jika hanya sebahagian kecil dari golongan profesional dalam PAS menang, mereka tidak akan boleh berbuat apa-apa.

"Kalau Salahudin menang dan beberapa ahli jawatankuasa (AJK) di kalangan profesional pun menang, apa yang mereka boleh buat?" soalnya.

Katanya, sebelum pemilihan ini, majoriti AJK PAS dari golongan profesional.
"Dengan sokongan AJK pusat kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor pun, cara pintu belakang boleh dibuat untuk mengenepikan beliau, inikan pula ketika golongan ini menguasai parti sepenuhnya," kata Latif.

Baginya, ahli dan pemimpin PAS perlu belajar dari rakan mereka di luar negara.
"Mereka kena buat platform baru, iaitu parti politik baru seperti AKP di Turki yang bukan gerakan Islam," kata Latif merujuk kepada parti AKP yang memerintah Turki sejak 2002 lalu.

"Gerakan Islam terus kekal sebagai gerakan Islam yang besar itu," katanya menggambarkan umat Islam secara keseluruhannya.
AKP berasal dari parti Islam Refah, tetapi berpecah dengan golongan konservatif yang membentuk parti Saadet.

Tahaluf siyasi sementara, isyarat tinggalkan PR?

Posted: 03 Jun 2015 01:01 AM PDT


Tahaluf siyasi sementara, isyarat tinggalkan PR?

Tahaluf siyasi sementara, isyarat tinggalkan PR?

Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din mengatakan hari ini, tahaluf siyasi parti Islam itu dengan Pakatan Rakyat (PR) termasuk kerjasama dengan bukan Islam bagi tujuan memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) adalah bersifat sementara.

Haron mendedahkan, PAS bersetuju untuk bertahaluf siyasi dengan PR selepas merujuk kepada Majlis Syura Ulama untuk meneliti keputusan tersebut.

Katanya pada ketika itu, Majlis Syura Ulama berpandangan tahaluf siyasi dengan PR adalah keperluan sementara yang dilihat dapat memberikan kemenangan PAS dalam pilihan raya.

"Sebelum melangkah kepada tahaluf siyasi PAS merujuk kepada Syura Ulama untuk dapat kepastian kerjasama itu mengikut syariah atau tidak.

"Syura sudah sediakan kertas kerja bertajuk 'tahaluf siyasi' dari garis panduan perspektif Islam dan diambil dengan penuh teliti daripada sistem demokrasi berparlimen dan melihat jika perlukan sokongan sebanyak mungkin untuk menang," katanya dalam ucaptama ketika merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulama di Taman Melewar, Gombak hari ini.

suara pakatan daily

Dewan Ulama PAS beri amaran batal kerjasama PR

Posted: 03 Jun 2015 12:55 AM PDT


Dewan Ulama PAS beri amaran batal kerjasama PR

Dewan Ulama PAS beri amaran batal kerjasama PR

Dewan Ulama PAS mendakwa DAP mengamalkan 'pecah dan perintah' terhadap mereka dan memberi amaran tindakan itu boleh membatalkan kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat.

Pemangku ketua dewan itu Datuk Mahfodz Mohamed membangkitkan tindakan DAP menyerang dan memutuskan hubungan dengan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi bukan dengan PAS.

"Terkini DAP pula memberi isyarat campur tangan dalam pemilihan dalam pemilihan PAS dengan mengandaikan mereka akan membuat keputusan berhubung kedudukan mereka dalam Pakatan selepas muktamar PAS.

"Ia adalah isyarat campur tangan yang jelas agar perwakilan memilih pemimpin baru PAS yang pro dengan segala tindak tanduk DAP.

"Situasi ini memperingatkan kita dengan syarat-syarat tahaluf siyasi (kerjasama politik) yang telah digariskan oleh Majlis Syura Ulama pada 2009.

"Tindakan provokatif DAP ini boleh membatalkan tahaluf siyasi atau kerjasama politik antara parti Islam dengan parti sosialis tersebut," katanya.


Muktamar ke 61: Benarkah tiada agenda PAS tinggalkan PR?

Posted: 02 Jun 2015 11:24 PM PDT


Muktamar ke 61: Benarkah tiada agenda PAS tinggalkan PR?

Muktamar ke 61: Benarkah tiada agenda PAS tinggalkan PR?

Jaminan Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali bahawa parti itu tidak akan membincangkan agenda meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) dalam Muktamar 4 – 6 Jun nanti tidak meyakinkan pemerhati politik, sebaliknya jaminan itu terus mencambahkan lagi teka teki.
Belum pernah ada setiausaha agung dari mana-mana pertubuhan memberikan jaminan sedemikian rupa sebelum mesyuarat agung berlangsung. Memang usul yang ditulis oleh perwakilan tidak mengandungi cadangan keluar PR namun usul mengkaji tahaluf siyasi juga boleh membawa makna serupa, iaitu meninggalkan PR.

Setiausaha agung tidak mungkin boleh mengawal isu yang akan dibahaskan oleh perwakilan. Melihat situasi muktamar di Johor tahun lepas, perwakilan bercakap hampir apa sahaja isu yang terlintas dalam fikiran tanpa ditapis.

Muktamar di Muar itu turut mengesahkan perwakilan PAS bukanlah jemaah yang berdisiplin. Ucapan Timbalan Presiden Muhammad Sabu di Dewan Pemuda dipulaukan oleh sebilangan perwakilan. Manakala dalam Muktamar penuh terdapat perwakilan yang membaca doa laknat terhadap puak Erdogan dan hanya dihentikan oleh perwakilan yang tidak berpuas hati, bukannya pengerusi majlis.

Berlaku ketegangan

Sekiranya berlaku ketegangan dalam muktamar Dewan Pemuda kali ini, misalnya, tidak dapat ditolak usul tergempar akan dibuat di Muktamar ke 61 untuk mengkaji tahaluf siyasi demi mengelakkan anasir-anasir PKR dan DAP meresap masuk dan menghuru-harakan parti. Usul tergempar seperti itu juga akan memberi kelebihan kepada presiden dan kliknya untuk memenangi sebarang jawatan dalam pemilihan .

Kegemparan bukanlah sesuatu yang asing bagi PAS. Pada 1980an, Dewan Pemuda pernah menolak ucapan dasar presiden Yusof Rawa di muktamar mengakibatkan Yusof meletak jawatan. Awal 1980an pula, ucapan dasar Yang Dipertua Agung PAS Asri Muda ditolak dan membawa kepada perletakan jawatan beliau.

Pengesahan tidak membincangkan isu meninggalkan PR sebenarnya memberi lebih banyak tanda tanya berbanding jaminan sebagaimana yang diharapkan Mustafa Ali. Apatah lagi terdapat maklumat bahawa Majlis Syura Ulama (MSU) telah bermesyuarat sebelum muktamar dan merahsiakan keputusan mesyuarat itu. Biasanya perkhabaran gembira segera diberitahu kepada ahli bukannya diselindungkan.

Perkukuh perlembagaan parti

PAS sebenarnya telah menyongsang arus pada era pentadbiran Hadi Awang dan Mustafa Ali. Daripada Mustafa memberi jaminan tidak membincangkan isu keluar PR, lebih baik beliau memberi perkhabaran gembira akan ada perbahasan untuk meneguhkan perlaksanaan perlembagaan parti.

PAS dewasa ini ditadbir mengikut fikiran 'puak-puak tertentu' mentafsir perlembagaan. Misalnya, perlembagaan parti itu tidak membenarkan MSU campur tangan dalam hal-hal siasah. Contohnya, tidak wajar MSU menyokong atau tidak strategi politik tidak menerima Presiden PKR Dr Wan Azizah menjadi MB Selangor.

MSU diasaskan secara falsafahnya meniru institusi 'kuasa pemutus mutlak' yang dibentuk di Iran ketika era Imam Khomeini. Institusi MSU di Iran hanya berkuasa mencegah kerajaan agar tidak menyeleweng daripada hukum hakam Islam, bukannya strategi politik atau memperkukuh kuasa presiden.

MSU PAS sebaliknya memberi komen dalam hal-hal yang tidak ada kaitan dengan tugasnya. Mujur ustaz Hassan Shukri yang banyak terlibat mendraf perlembagaan PAS telah meninggal dunia. Sekiranya Hasan hidup maka mungkin almarhum juga akan menyertai kem Ahmad Awang melihat kerosakan yang dibawa oleh kem Hadi.
Sesungguhnya PAS tidak boleh masuk muktamar dengan agenda peribadi dan memperalatkan perwakilan untuk menyokong dan walak membuta tuli kepada satu puak tanpa mengambil kira situasi politik semasa.

PAS mesti keluar dari muktamar 4 – 6 Jun ini dengan menambah kekuatan dan mendapatkan semula keyakinan semua kaum terhadap parti itu. Bukannya memilih menjadi parti terpencil. Sekiranya pilihan kedua yang diambil, dicadangkan perwakilan membawa usul tergempar menukar PAS menjadi badan dakwah seperti pergerakan Tabligh.

Ahli PAS tak perlu pening kepala untuk berkempen. Hanya yang mereka harapkan reda Allah dan meneruskan kehidupan secara yang amat sederhana, seperti biasa.

Undi calon pro PR atau muktamar hebat terakhir

Posted: 02 Jun 2015 10:46 PM PDT


Undi calon pro PR atau muktamar hebat terakhir

Undi calon pro PR atau muktamar hebat terakhir

Ungkapan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat agar perwakilan Dewan Pemuda ke Mukatamar Pemuda kali ke-56 'menggunakan akal' memilih calon terbaik adalah suatu bentuk muhasabah kepada perwakilan yang hadir.

Pemilihan calon yang pro Pakatan Rakyat (PR) amat penting bagi menentukan kestabilan parti dalam dua tahun akan datang. Tanpa calon yang benar-benar mantap ideologi dan pemikirannya maka nasib PAS akan terumbang ambing.

Sekiranya calon yang tidak mementingkan rasional dipilih maka mereka akan melakukan provokasi ke atas komponen PR terutama DAP. Provokasi yang melampaui batas tidak dapat dihitung akibat buruknya. Juga tidak dapat dielak salah satu parti akan meninggalkan gabungan PR.

Sekiranya hal itu berlaku, maka sejarah pilihan raya umum (PRU) 2004 akan berulang kembali apabila Barisan Alternatif ketika itu hanya dianggotai PKR dan PAS sahaja. Meski pun parti pembangkang tidak bertanding sesama sendiri dan mengadakan rundingan sulit agar parti masing-masing ditetapkan bertanding di kawasan tertentu tetapi rakyat tidak mampu melihat satu bentuk kerajaan baharu selepas PRU ke 11.

Kalah teruk

Akibatnya, mereka lebih senang untuk mencuba kerajaan Islam Hadhari pimpinan PM Abdullah Badawi untuk tempoh lima tahun seterusnya. BN menang besar, terbesar dalam sejarah. Bukan mendapat 2/3 kerusi parlimen sebaliknya menyapu bersih 7/8 daripada kerusi parlimen. Hanya kerajaan Kelantan yang bertahan daripada dibadai 'Gelombang Biru' Islam Hadhari.

Iktibar yang lebih buruk tentulah ketika PAS ditendang daripada BN selepas 1978. Dalam PRU 1982 misalnya, ketika bertanding sendirian, PAS hanya menang 5 kerusi parlimen. Begitu juga PRU 1986, hanya menang 1 kerusi parlimen.

Perwakilan Pemuda yang bermuktamar di Dewan di Dewan Jubli Perak, Shah Alam wajib sepenuhnya sedar realiti tersebut. Mereka juga wajib memikirkan bagaimanakah mereka mampu bermuktamar di dewan yang begitu selesa. Hiasan dalaman yang indah dan penghawa dingin yang amat sejuk.

Semua itu diperolehi hanya setelah pemimpin PAS terdahulu seperti almarhum Fadzil Noor dan Nik Aziz bertahaluf siyasi bersama komponen PR yang lain. Tanpa tahaluf itu, mustahil rakyat Selangor akan memberi kepercayaan kepada PR, terutamanya PAS memimpin kerajaan negeri.

Kekal tahaluf siyasi

Tahaluf wajib dikekalkan. Sebaliknya kerjasama dengan Umno telah terbukti tidak menjanjikan apa-apa kepada PAS. Kenang kembali muktamar di Air Hitam, Johor tahun lalu. Lokasi asal adalah di Johor Baharu. Bangunan telah disewa namun pada saat akhir, kerana campur tangan politik yang didalangi 'parti songkok tinggi' maka lokasi muktamar 'dihalau' ke sebuah kawasan lapang di Air Hitam.

Sedangkan pada peringkat persekutuan Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Persekutuan sedang berbincang mengenai Hudud. Najib memberi sokongan kepada PAS untuk membentang rang undang-undang Hudud.

Betapa tidak bernilainya PAS di mata Umno. Kerjasama hanya apabila perlu dan bukan dalam semua perkara. Sebaliknya di mata PR, PAS amat bernilai dan dijadikan rakan memerintah. PAS boleh menggunakan apa sahaja kemudahan kerajaan negeri dan boleh mengetengahkan dasar parti itu untuk rakyat di sesebuah negeri.

Wajar perwakilan Pemuda PAS mempertimbangkan sedalam-dalamnya faktor tersebut sebelum membuang undi. Mereka telah berada dipuncak dan mahu memanjat ke puncak yang lebih tinggi. Dengan memilih calon pro PR maka puncak paling tinggi akan tercapai.

Sebaliknya jika tersalah pilih maka mereka akan terjun semula ke lembah sempit dan berselut. Kembali berjerih payah dan dikhianati Umno. Pilihan terletak kepada kebijaksanaan berfikir bukan selintas kata hati. Selamat mengundi di muktamar.


ADA MAKSUD KA BANNER NI? WAAA

Posted: 02 Jun 2015 10:42 PM PDT


SOQANG MAHATHIR DOK HENTAM SOH BERHENTI....SOQANG LAGI ADIK TEMBAK ORANG DAH KENA TANGKAP DI SABAH SEMALAM....YANG SOQANG LAGI...KLUK KLIK .....LIHAT KENYATAAN DIBAWAH..

1....Serangan DAP terhadap PAS boleh batalkan kerjasama Pakatan

 

2 'Tahaluf siyasi' PAS bersifat sementara, kata Haron Din



KALAU SEMENTARA OK LA....NAK KLUAR PAKATAN? SILAKAN.......

Serangan DAP terhadap PAS boleh batalkan kerjasama Pakatan - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/serangan-dap-terhadap-pas-boleh-batalkan-kerjasama-pakatan#sthash.MfF8WCKF.dpuf
Serangan DAP terhadap PAS boleh batalkan kerjasama Pakatan - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/serangan-dap-terhadap-pas-boleh-batalkan-kerjasama-pakatan#sthash.MfF8WCKF.dpuf
Serangan DAP terhadap PAS boleh batalkan kerjasama Pakatan - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/serangan-dap-terhadap-pas-boleh-batalkan-kerjasama-pakatan#sthash.MfF8WCKF.dpuf

Serangan DAP terhadap PAS boleh batalkan kerjasama Pakatan - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/serangan-dap-terhadap-pas-boleh-batalkan-kerjasama-pakatan#sthash.MfF8WCKF.dpuf