Jumaat, 29 Mei 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Memalukan : Hj Hadi gagal bawa rang undang-undang persendirian.

Posted: 29 May 2015 09:30 PM PDT

Calon presiden PAS, Ahmad Awang mempertikaikan keikhlasan Umno dalam menyokong hasrat Kelantan melaksanakan hudud di negeri pantai timur itu, mengatakan ia merupakan permainan politik parti Melayu itu.

Ahli politik veteran itu percaya, ketiadaan rang undang-undang persendirian PAS dalam aturan urusan mesyuarat sepanjang 2 minggu Dewan Rakyat bersidang sejak 18 Mei lalu, membuktikan Umno mempermainkan mereka.

"Dalam sidang Parlimen yang lepas, usul ini dikatakan akan dibincang dalam sidang kali ini.

Tetapi sehingga sekarang, ia tidak ada pun. Saya yakin, kita berjaya dipermainkan Umno," kata Ahmad kepada The Malaysian Insider. Sebelum ini, pada mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-13 yang berakhir pada 9 April, alasan yang diberikan ialah banyak rang undang-undang perlu diutamakan.

Ia menyebabkan rang undang-undang persendirian yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu terpaksa diletakkan di hujung sekali, dan akhirnya tidak sempat dibincangkan.



 "Kali ini pula, kerana ada Rancangan Malaysia ke-11. Kesudahannya, langsung tiada dalam jadual," kata Ahmad yang menduga rancangan 5 tahun itu mungkin dijadikan alasan untuk sekali lagi rang undang-undang itu tidak berjaya dibentangkan.

 "Ada yang kata, speaker memaklumkan, atas arahan perdana menteri, rang undang-undang persendirian ini tidak boleh dibawa," katanya. Katanya, keadaan itu mungkin juga berkaitan dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah dan Sarawak yang tidak senang dengan tindakan Kelantan dan lantang bersuara menentang pelaksanaan hudud.

"Kesimpulannya, (sokongan kepada) hudud ini hanya permainan politik Umno dan tujuan politik, bukan untuk dilaksanakan," kata Ahmad. Bekas naib presiden PAS itu berkata, jika benar-benar ikhlas dalam isu hudud ini, wakil rakyat Umno sendiri perlu membawa cadangan pindaan tersebut ke Dewan Rakyat.

"Kalau Umno yang membentangkannya, kerja akan jadi lebih mudah, kerana ia mewakili kerajaan. Ia juga mengesahkan Umno memang menyokongnya. "Tetapi keadaan sekarang ini terkontang-kanting," kata Ahmad yang juga bekas pesuruhjaya PAS Perak.



Pada sesi Dewan Rakyat yang lepas, harapan Hadi agar rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dibacakan, musnah apabila ia ditangguhkan ke mesyuarat kali ini.

Rang undang-undang itu bertujuan meminda akta yang juga dikenali sebagai Akta 355 itu, bagi membuka jalan kepada pelaksanaan hudud di Kelantan. Bagi membolehkan pelaksanaannya, Kelantan memerlukan sokongan daripada ahli Parlimen BN, yang hingga kini masih belum membuat pendirian rasmi mengenai perkara itu.

Pada Mac, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebulat suara meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang disokong semua penggubal undang-undang di negeri itu, termasuk daripada Umno. Ini membawa kepada perpecahan yang makin mendalam antara PAS dan rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) - DAP dan PKR. Ahmad berkata, PAS terperangkap dalam isu ini kerana terlalu percaya dengan janji Umno.

"Saya ada pengalaman sendiri dengan Umno. Saya tidak percaya kepada mereka," kata bekas presiden Persatuan Ulama Malaysia itu. Ahmad pernah menjadi pengarah dakwah di Jabatan Perdana Menteri ketika Tun Hussein Onn menjadi perdana menteri.

Beliau pernah beberapa kali menyiapkan teks ucapan untuk Hussein pada majlis yang berkaitan dengan agama Islam. Bagaimanapun, katanya, apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil alih jawatan itu, beliau diketepikan dan dipindahkan ke Kementerian Pelajaran, tanpa diberikan sebarang tugas yang berkaitan dengan bidangnya, iaitu hal ehwal agama. "Saya kenal sangat dengan Umno ini, tidak boleh dipercayai," katanya mengimbau kembali apa yang dialaminya ketika berkhidmat dengan kerajaan sebelum bersara.

"Hatta surat penghargaan untuk saya selepas bersara juga ditarik balik menjelang hari persaraan saya," kata Ahmad yang mendakwa beliau sepatutnya dilantik sebagai ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang pertama berdasarkan kekananan perjawatannya.

Ahmad berkata hudud ialah perkara yang perlu diterima umat Islam sebagai sebahagian daripada tuntutan agama, sebagaimana umat Islam perlu menerima ibadat solat sebagai satu kewajipan.

"Solat ini wajib bagi umat Islam, tetapi ada syarat untuk solat. Begitu juga kewajipan hudud. Tetapi bagaimana ia hendak dilaksanakan, perlu ada syaratnya," katanya. Katanya, hudud juga, bukan keutamaan dalam Islam kerana berdasarkan ilmu fikah, ia terletak terkemudian berbanding yang lain.

"Fikah Islam disusun dengan memulakan ibadat. Ibadat yang utama ialah solat. Selepas itu, barulah muamalah, dan kemudian, undang-undang jenayah, yang termasuk di dalamnya hudud," katanya. Semalam dilaporkan pemimpin PAS mengadakan pertemuan dengan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengenai rang undang-undang ahli persendirian bagi meminda Akta 355 itu.

Ahli Parlimen Kota Baru Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pandikar sedang mengkaji rang undang-undang Hadi itu dan menunggu kelulusan Putrajaya untuk membenarkannya dimasukkan ke dalam aturan urusan mesyuarat Dewan. –

29 Mei, 2015. - sumber : themalaysianinsider Komen al-Husseyn: 'Sedang dikaji dan tunggu kelulusan Putrajaya?'

Bukankah rang undang-undang tersebut merupakan hasil persetujuan melalui Jawatankuasa Teknikal yang dibentuk kerajaan negeri Kelantan dan Kerajaan Pusat?

Apa masalahnya maka ianya masih diperingkat kajian? Bukankah Jamil Khir sebelum ini di Dewan Rakyat telah menyatakan kerajaan persekutuan bersedia memberikan laluan kepada kerajaan Kelantan untuk menguatkuasakan undang-undang Hudud.

Baca di sini Jamil Khir kini seolah-olah mahu melepaskan dirinya dari kemelut hudud.

Sedangkan dialah yang mula-mula hari tu yang mencadangkan supaya PAS membawa Rang Undang Undang (RUU) hudud ke parlimen dan mencadangkan pembentukan Jawatankuasa teknikal bagi merangka pindaan.

Nik Amar perjelaskan hasil pertemuan dengan (Datuk Seri) Jamil Khir (Baharom) dan Tan Sri Ghazali Abdul Rahman yang mencadangkan supaya digubal dahulu Akta 355 Mahkamah Shariah kemudian nanti baru perkara 76a.

UMNO sebenarnya tidak serius terhadap perundangan syariah kerana usul tersebut pernah dibawa di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, tetapi ditolak. Haji Hadi , Nik Amar dan Mat Yaakob terbukti sudah kena tipu dan dimalukah oleh Umno.

Berundur adalah lebih baik bagi mereka kerana kegagalan ini memang telah diduga tapi depa tetap mahu percaya kepada Umno.

al-Husseyn.

Pelabur dari UAE selamatkan 1MDB

Posted: 29 May 2015 09:00 PM PDT



Sebuah syarikat dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), International Petroleum Investment Company (IPIC) akan membayar AS$975 juta (RM3.57 bilion) daripada hutang ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.

Menurut Ahmad Husni, bayaran itu dibuat kepada sebuah konsortium bank antarabangsa yang membuat tuntutan empat bulan lebih awal daripada 1MDB.

Ahmad hari ini menyerahkan satu kertas cadangan mengenai pelan penstrukturan semula 1MDB kepada kabinet hari ini.

Katanya, 1MDB kini memasuki fasa menyempurnakan perjanjian dengan IPIC dan anak syarikatnya Aabar Investments.

"Dan sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, IPIC akan membuat bayaran AS$1 bilion (RM3.66 bilion) pada atau sebelum 4 Jun 2015.

"Wang ini akan digunakan untuk membayar semula pinjaman AS$975 juta sebelum tarikh sepatutnya kepada bank peminjam," katanya.

- Malaysiakini

[VIDEO] Masa Depan & Harapan PAS & PR Bergantung Kpd Ustaz Ahmad Awang

Posted: 29 May 2015 08:30 PM PDT

 

Ahmad Awang ada kredibiliti satukan ahli Pas

Calon Presiden Pas, Ahmad Awang disifatkan mempunyai kredibiliti untuk menyatupadukan kembali perpecahan dalaman Pas dan PR namun kemampuannya untuk melaksanakan perkara tersebut tidak dapat dijangka lagi.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohammad Fuad Othman berkata, pengalaman Ahmad kira-kira 17 tahun dalam Persatuan Ulama Malaysia menjadi antara bekalan buat bekas Naib Presiden Pas itu.

"Ahmad Awang ini mempunyai kredibiliti atau ada nama dalam ulama. Dia dulu merupakan pemimpin Persatuan Ulama Malaysia selama 17 tahun. Jadi, dari situ mungkin dia ada kapasiti atau pengaruh untuk menyatukan ketiga-tiga golongan dalam Pas (ulama, profesional dan aktivis) sebab dia dikatakan keluar daripada kelompok yang pro ulama walaupun dia ulama.

"Jadi, mungkin atas dasar itu, dia melihat sebagai orang luar yang boleh menyatupadukan ketiga-tiga golongan itu. Jika melihat kepada pengalamannya dalam Pas sebagai Naib Presiden dan Persatuan Ulama Malaysia ini, mungkin dia ada peranan yang boleh dimainkan di situ," katanya kepada Sinar Online.

Namun katanya, sejauh mana Ahmad mampu menyatukan kelompok dalam Pas itu akan menjadi satu cabaran yang besar.

"Tetapi sejauh mana dia boleh menyatukan ketiga-tiga kelompok dalam Pas ini, adalah satu cabaran yang besar buat dia. Sebab apabila berlaku pemilihan parti, akan berlaku keretakan, pergeseran dan perpecahan.

"Jadi, sejauh mana dia ada kekuatan dan pengaruh untuk menyatukan kembali Pas selepas bulan depan ini adalah cabaran untuk beliau," katanya.

Sementara itu penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berpandangan kenyataan Ahmad yang akan memperkukuhkan parti serta menyatupadukan ahli yang pelbagai latar belakang sekiranya menang jawatan Presiden itu sekadar untuk memenangi hati perwakilan yang tidak sekapal dengan Abdul Hadi.

"Mungkin tujuan beliau menyatakan sedemikian rupa untuk memenangi (hati) kumpulan yang tidak bersetuju dengan Tuan Guru Hadi. Tapi sejauh manakah beliau mempunyai sokongan dalam parti yang membolehkan beliau menang? Itu yang menjadi persoalan.

"Kerana saya rasa, beliau hadir sebagai calon yang mahu menunjukkan rasa tidak puas hati dalam kalangan yang tidak bersetuju dengan Hadi," katanya.

Sebelum ini, Ahmad dilaporkan berkata penyatuan itu perlu kerana ia merupakan satu tanggungjawab seorang presiden parti.

Pemilihan Pas akan berlangsung minggu depan di Muktamar Pas ke-61 yang bertempat di Kuala Selangor. -SH

Ahmad Awang tidak kisah dituduh proksi DAP

Calon presiden PAS, Ahmad Awang tidak tergugat dengan dakwaan pihak tertentu yang melabelkannya proksi DAP sambil menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai strategi pembunuhan karakter yang menghalangnya merebut jawatan nombor satu parti.

Bekas naib presiden PAS itu berkata tiada sebab untuk melabelnya sebagai proksi DAP kerana hubungan yang baik bersama parti dalam Pakatan Rakyat (PR) dapat mengukuhkan kerjasama pakatan pembangkang.

"Saya tidak tergugat dengan dakwaan menjadi proksi DAP.

"Mungkin pengalaman bersama pimpinan DAP dan PKR membentuk kerajaan pakatan di Perak sebelum ini menyebabkan saya dituduh sebagai proksi DAP.

"Ini usaha pihak tertentu membunuh karakter politik tetapi semua orang tahu peranan saya dalam memperkukuhkan parti," katanya kepada akhbar kawalan kerajaan, Berita Harian.

Ahmad, 79, yang cuba merebut jawatan presiden PAS daripada Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa beliau mempunyai peluang cerah berdasarkan sokongan akar umbi yang diterimanya.

Katanya, cabaran kepada Hadi dibuat selepas mendapat sokongan banyak pihak dan ia semakin bertambah selepas borang pencalonan dikemukakan.

"Saya dapat banyak mesej dan panggilan yang menyokong pencalonan dan paling penting, saya sering dijemput turun ke kawasan atas permintaan mereka.

"Ia menunjukkan sokongan akar umbi kepada saya amat menggalakkan walaupun ada pihak cuba menghalang saya hadir ke program berkenaan," katanya kepada akhbar itu.

Ahmad tampil mencabar Hadi selepas jawatan tertinggi PAS itu tidak pernah ditandingkan sejak 12 tahun lalu. -TMI

KELAB GREENBOC

Berita Mengejutkan Buat PAS

Posted: 29 May 2015 08:00 PM PDT

 
Ustaz Ahmad Awang Dedah Tembelang Umno. Calon presiden PAS, Ahmad Awang mempertikaikan keikhlasan Umno dalam menyokong hasrat Kelantan melaksanakan hudud di negeri pantai timur itu, mengatakan ia merupakan permainan politik parti Melayu itu.

Ahli politik veteran itu percaya, ketiadaan rang undang-undang persendirian PAS dalam aturan urusan mesyuarat sepanjang 2 minggu Dewan Rakyat bersidang sejak 18 Mei lalu, membuktikan Umno mempermainkan mereka.

"Dalam sidang Parlimen yang lepas, usul ini dikatakan akan dibincang dalam sidang kali ini. Tetapi sehingga sekarang, ia tidak ada pun. Saya yakin, kita berjaya dipermainkan Umno," kata Ahmad kepada The Malaysian Insider.

Sebelum ini, pada mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-13 yang berakhir pada 9 April, alasan yang diberikan ialah banyak rang undang-undang perlu diutamakan.

Ia menyebabkan rang undang-undang persendirian yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu terpaksa diletakkan di hujung sekali, dan akhirnya tidak sempat dibincangkan.

"Kali ini pula, kerana ada Rancangan Malaysia ke-11. Kesudahannya, langsung tiada dalam jadual," kata Ahmad yang menduga rancangan 5 tahun itu mungkin dijadikan alasan untuk sekali lagi rang undang-undang itu tidak berjaya dibentangkan.

"Ada yang kata, speaker memaklumkan, atas arahan perdana menteri, rang undang-undang persendirian ini tidak boleh dibawa," katanya.

Katanya, keadaan itu mungkin juga berkaitan dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah dan Sarawak yang tidak senang dengan tindakan Kelantan dan lantang bersuara menentang pelaksanaan hudud.

"Kesimpulannya, (sokongan kepada) hudud ini hanya permainan politik Umno dan tujuan politik, bukan untuk dilaksanakan," kata Ahmad.


Bekas naib presiden PAS itu berkata, jika benar-benar ikhlas dalam isu hudud ini, wakil rakyat Umno sendiri perlu membawa cadangan pindaan tersebut ke Dewan Rakyat.

Calon presiden PAS, Ahmad Awang menjawab soalan ketika ditemubual di rumahnya di Batu Caves, Selangor, baru-baru ini.

Kalau Umno yang membentangkannya, kerja akan jadi lebih mudah, kerana ia mewakili kerajaan. Ia juga mengesahkan Umno memang menyokongnya.

Ustaz Ahmad Awang Dedah Tembelang Umno

"Tetapi keadaan sekarang ini terkontang-kanting," kata Ahmad yang juga bekas pesuruhjaya PAS Perak. 

Pada sesi Dewan Rakyat yang lepas, harapan Hadi agar rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dibacakan, musnah apabila ia ditangguhkan ke mesyuarat kali ini.

Rang undang-undang itu bertujuan meminda akta yang juga dikenali sebagai Akta 355 itu, bagi membuka jalan kepada pelaksanaan hudud di Kelantan.

Bagi membolehkan pelaksanaannya, Kelantan memerlukan sokongan daripada ahli Parlimen BN, yang hingga kini masih belum membuat pendirian rasmi mengenai perkara itu.

Pada Mac, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebulat suara meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang disokong semua penggubal undang-undang di negeri itu, termasuk daripada Umno.

Ini membawa kepada perpecahan yang makin mendalam antara PAS dan rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) - DAP dan PKR.

Ahmad berkata, PAS terperangkap dalam isu ini kerana terlalu percaya dengan janji Umno.

"Saya ada pengalaman sendiri dengan Umno. Saya tidak percaya kepada mereka," kata bekas presiden Persatuan Ulama Malaysia itu.


Ahmad pernah menjadi pengarah dakwah di Jabatan Perdana Menteri ketika Tun Hussein Onn menjadi perdana menteri.

Beliau pernah beberapa kali menyiapkan teks ucapan untuk Hussein pada majlis yang berkaitan dengan agama Islam.

Bagaimanapun, katanya, apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil alih jawatan itu, beliau diketepikan dan dipindahkan ke Kementerian Pelajaran, tanpa diberikan sebarang tugas yang berkaitan dengan bidangnya, iaitu hal ehwal agama.

"Saya kenal sangat dengan Umno ini, tidak boleh dipercayai," katanya mengimbau kembali apa yang dialaminya ketika berkhidmat dengan kerajaan sebelum bersara.

"Hatta surat penghargaan untuk saya selepas bersara juga ditarik balik menjelang hari persaraan saya," kata Ahmad yang mendakwa beliau sepatutnya dilantik sebagai ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang pertama berdasarkan kekananan perjawatannya.

Ahmad berkata hudud ialah perkara yang perlu diterima umat Islam sebagai sebahagian daripada tuntutan agama, sebagaimana umat Islam perlu menerima ibadat solat sebagai satu kewajipan.



"Solat ini wajib bagi umat Islam, tetapi ada syarat untuk solat. Begitu juga kewajipan hudud. Tetapi bagaimana ia hendak dilaksanakan, perlu ada syaratnya," katanya.
Katanya, hudud juga, bukan keutamaan dalam Islam kerana berdasarkan ilmu fikah, ia terletak terkemudian berbanding yang lain.

"Fikah Islam disusun dengan memulakan ibadat. Ibadat yang utama ialah solat. Selepas itu, barulah muamalah, dan kemudian, undang-undang jenayah, yang termasuk di dalamnya hudud," katanya.

Semalam dilaporkan pemimpin PAS mengadakan pertemuan dengan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengenai rang undang-undang ahli persendirian bagi meminda Akta 355 itu.

Ahli Parlimen Kota Baru Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pandikar sedang mengkaji rang undang-undang Hadi itu dan menunggu kelulusan Putrajaya untuk membenarkannya dimasukkan ke dalam aturan urusan mesyuarat Dewan.
 
 
ADDIN

Khalid cadang dana awam biayai parti politik Khairil Ashraf

Posted: 29 May 2015 07:30 PM PDT

 
Khalid-Ibrahim_spr_rmk11_600

Pembiayaan awam itu dapat mengekang penyalahgunaan kuasa dan dana awam oleh parti politik yang memerintah pusat atau negeri.

PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan sistem pembiayaan awam bagi parti politik dan calon pilihan raya diperkenalkan sebelum Pilihan Raya umum ke-14 (PRU14).

Katanya, kutipan daripada akar umbi oleh ahli parti tidak mungkin mencukupi bagi membiayai aktiviti rutin dan kos kempen pilihan raya bagi parti politik kecil.

Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, pembiayaan awam itu juga dapat mengekang penyalahgunaan kuasa dan dana awam oleh parti pemerintah persekutuan atau negeri.

Katanya, sistem itu telah lama dipraktikkan di negara-negara maju seperti Jerman, Sweden, Kanada, Australia, Austria, Sepanyol, Perancis, Jepun, Mexico dan Belanda.

"Ini sebagai salah satu kaedah untuk memastikan agar sistem politik dan institusi pentadbiran kita bebas sepenuhnya daripada gejala melobi melampau, korupsi dan kronisme.

"Maka, sudah tiba masanya bagi Malaysia yang bakal menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020 memperkenalkan satu sistem pembiayaan mengguna pakai dana awam bagi semua parti politik yang sah berdaftar," katanya dalam ucapan perbahasan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) di Dewan Rakyat pada Khamis.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata, Malaysia boleh mengadaptasi sistem itu mengikut piawaian antara bangsa yang disesuaikan dengan budaya dan latar belakang negara ini.

Bagi tujuan itu, Abdul Khalid berkata, semua parti politik diwajibkan mendedahkan kepada umum dan melaporkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tentang segala butiran mengenai derma atau sumbangan daripada hartawan atau komuniti niaga.

"Jumlah pembiayaan dana awam kepada parti politik ini boleh ditetapkan sama ada secara sama rata atau tertakluk kepada undi popular atau juga jumlah calon bertanding," katanya.

SURAT TERBUKA KEPADA YB DATO SERI ABDUL HADI BIN AWANG DARI ANAK MUDA

Posted: 29 May 2015 07:00 PM PDT

 

Surat terbuka ini Yong terbitkan di atas permintaan penulisnya yang mahu ia disebarkan. Yong tidak ubah isinya. Setakat pembetulan format dan ejaan sahaja.

Surat ini adalah gambaran gelodak hati muda yang inginkan perubahan. Bacalah dengan otak di mulut, bukan di lutut.

SURAT TERBUKA KEPADA YB DATO' SERI ABDUL HADI BIN AWANG,

Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS) merangkap Timbalan Ketua Ulama Dunia.

Salam hormat dan maaf didahulukan di atas ketibaan surat terbuka ini kepada Dato' Seri menjelang ketibaan muktamar yang akan datang minggu hadapan. 
 
Sesungguhnya, saya menulis surat ini dengan panjang lebar bukanlah disebabkan memperoleh apa jua faedah yang mendatangkan keuntungan kepada diri ini, tetapi anggaplah kehadiran coretan kecil ini adalah mewakili jiwa dan luahan hati seorang anak muda yang menginginkan perubahan tampuk kekuasaan. 
 
Serta anggaplah ini sebagai teguran dan peringatan seorang rakyat yang memberi undi dan amanah kepada parti Dato' Seri untuk menumbangkan Barisan Nasional.

Dato' Seri Haji Hadi,

Secara suka atau tidak,pemilihan parti PAS kali ini mengundang perhatian yang luar biasa umum baik ahli parti mahupun pemerhati luar berbanding muktamar sebelum-sebelum ini. Muktamar kali ini bakal menyaksikan dua blok berlainan fikrah (meski sejemaah) bertembung bagi menduduki kerusi kepimpinan kali ini.
 
Semenjak dua tahun lepas, kempen - kempen memecah belahkan PAS berjalan dengan wujudnya suara-suara yang meletakkan PAS kepada dua kumpulan iaitu kumpulan yang menyokong kepemimpinan ulama dan kumpulan progresif yang digelar erdogan. 
 
Hari ke hari, kempen ini semakin kotor dan jijik dengan pelbagai fitnah, gelaran, caci maki ditembak bersimpang siur ke arah individu-individu yang dirasakan tidak mengikuti fikrah yang dikira sama sesebuah kumpulan itu.

Ya Dato' Seri,

Ingin saya lontarkan persoalan, inikah akhlak yang dianjur sabda Nabi SAW dalam Islam? Yang bersongkok, yang berkopiah, yang berserban, berjubah hatta bertudung litup sekalipun seakan hilang apabila caci maki, ungkapan kafir mengkafir terbit daripada mulut-mulut yang mengaku membawa nama Islam dan akhlak Islam ini.

Sayugia diingatkan,PAS membawa Islam pada namanya.Jika ada tindak tanduk yang tercela seperti ponteng sidang parlimen, mengkafir sesama Islam, memuja manusia hingga digelar wali adakah itu bukan sahaja memburukkan nama PAS malahan Islam itu sendiri turut terpalit kotor angkara kebebalan umat yang saban hari melaung kamilah yang membawa perjuangan Islam?

Sukacita saya ingatkan pada Dato' Seri dan seluruh parti PAS dan perwakilan,

Pada 2008 yang lalu telah terjadinya satu tahaluf siyasi di antara parti PAS, DAP, dan PKR atas jalinan kerjasama dinamakan Pakatan Rakyat khusus bagi menumbangkan rejim Barisan Nasional. 
 
Hasil jalinan kesepakatan itu, lima buah negeri berjaya kita tawan termasuklah parlimen tempat saya mengundi iaitu Parlimen Padang Serai yang sebelumnya dikuasai Barisan Nasional sekian lama.

Namun, mengecewakan apabila selepas sahaja pilihanraya tamat terdapatnya beberapa individu daripada PAS (Dato' Seri saya kira lebih maklum siapa individu ini) yang telah berjumpa secara senyap dengan Yang Di-Pertuan Agong bagi membincangkan mengenai kerajaan perpaduan dengan UMNO atas nama Melayu dan Islam. Sekali lagi,agama menjadi retorik politik demi kuasa. 
 
Perkara ini hanya terdedah beberapa tahun selepas itu. Selain itu, ekoran prestasi buruk (pergolakan dalaman) dan sikap bebalisme segelintir pimpinan Pas menyaksikan PRU13 pada 2013 menyaksikan Kedah kembali terlepas daripada dakapan Pakatan Rakyat.

Oh ya, sebelum saya terlupa suka juga saya mengingatkan konflik kejatuhan kerajaan negeri Perak. Mungkin tidak ramai yang mengetahui siapa sebenarnya pengkhianat kepada Nizar ketika itu? 
 
Siapa pula yang mengeluarkan kenyataan "Sultan betul, Nizar salah!" Hanya semata-mata Nizar mengikuti prinsip tahaluf siyasi menjaga hubungan bersama DAP walhal perbuatan Sultan Perak ketika itu menyalahi perlembagaan? Hanya kerana sultan itu Melayu dan DAP itu cina? Tepuk dada tanya hati wahai Dato' Seri.

Dan selepas PRU13, azan kerajaan perpaduan kembali dikumandangkan. Bersama pakej kali ini adalah hukum hudud yang dikatakan telah dipersetujui UMNO dalam DUN Kelantan. 
 
Malahan menambahkan drama diperlihatkan tangisan wakil ADUN UMNO yang begitu beremosi menyokong hudud. Mungkin Dato' Seri dan seluruh ahli PAS terlupa,syaitan juga boleh membaca quran!.

Kata Dato' Seri soal ikhlas atau tidak itu hak mereka. Wahai Dato' Seri, sudah lupakah siapa pemerintah negara ini? UMNO jika mereka betul ikhlas inginkan hudud sebagai kerajaan sudah tentulah mudah dan tiada masalah bagi mereka melaksanakannya. 
 
Tetapi tidak!. Hudud hanya dijadikan sentimen mereka untuk memperoleh undi Melayu. Malangnya Dato' Seri tidak nampak soal itu. Kegelojohan Dato' Seri untuk melaksanakan hudud secepat mungkin membuatkan Dato' Seri buta pada realiti depan mata. 
 
Apa Dato' Seri sudah lupa bagaimana suatu ketika dulu UMNO pernah mengajak PAS bergabung dan apabila berasa punya kekuatan kembali, PAS ditendang keluar gabungan seperti anjing hina?

Dato' Seri,

Tiadalah niat di hati saya untuk memperolokkan hukum hudud yang saya maklun termaktub dalam al quran tetapi Dato' Seri lebih fakih dan arif hukumnya mengenai syarat-syarat yang harus diminimumkan jika pelaksanaan hudud ingin digubal. 
 
Ekonomi harus diutamakan kerana kebanyakan masalah sosial dan jenayah dimulai dengan bermasalahnya ekonomi. Itu lah ucapan Dato' Seri beberapa tahun lalu. Tidak apa, saya ingatkan kembali.

Menyentuh mengenai kumpulan yang digelar Erdogan dan jebon dalam parti PAS, saya kira itu adalah kempen yang paling hina dan menjijikkan daripada kumpulan yang mengaku pendokong ulama dalam PAS. Apa kesalahan dan justifikasi hingga membenarkan sesetengah pro ulama dalam PAS menjadi "Tuhan" dalam menghukum ahli sejemaah? 
 
Hanya disebabkan mereka terus teguh pada deklarasi dan tahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat? Hanya di sebabkan mereka tidak ingin tunduk kepada kehendak sesetengah golongan yang mahukan kerjasama dengan UMNO supaya hudud dapat dilaksana? Alangkah kejinya sikap sedemikian.

Tegas saya tekankan pada Dato' Seri bahawa deklarasi dan tahaluf siyasi itu adalah sesuatu yang Dato' Seri sendiri persetujui pada 2008 yang lalu. Atas kerjasama itu, ketiga parti bersetuju untuk bersama-sama mencari kekuatan dan kepercayaan rakyat bagi menumbangkan rejim Barisan Nasional. 
 
Jadi apa dosa mereka sekiranya mereka kekal memegang amanah kepada tahaluf siyasi yang dipersetujui itu? Kepada kumpulan pro ulama PAS, jika dengan UMNO yang terang-terang menolak kerajaan Islam, yang memperlekehkan ajaran Islam,yang merasuah,menyeleweng kamu boleh bersuara lunak dan merdu, di mana tingkat maruah kamu yang sanggup berlaku biadap dengan rakan sejemaah malah ada yang perjuangannya dalam parti jauh lebih lama.Semasa kamu masih menetek mereka ini sudah ada yang merasa penjara?

Hanya disebab mereka bersama kafir seperti DAP dan PKR berbanding memilih bersama UMNO yang Islam dan Melayu? Orang kafir, jika mereka enggan menerima harus difahami kerana mereka tidak tahu maka seharusnya tanggungjawab kamu untuk menceritakkannya. 
 
Tetapi bagaimana dengan yang mengaku Melayu lagi Islam sudah puluhan tahun memerintah, puluhan tahun punya peluang untuk menegakkan agama Allah tetapi secara tiba-tiba saat ingin mati kelemasan baru melaung "kami mahu hukum Tuhan!"

Dato' Seri Haji Hadi,

Umum sedia maklum dengan anggapan dan gelaran yang diberi ahli PAS bahawasanya Dato' Seri dianggap bapa dalam jemaah.
 
Tetapi ingin saya lontarkan kritikan keras ini, sedayus apakah seorang bapa yang tergamak membiarkan "anak-anaknya" bercakaran sesama sendiri? Selemah manakah seorang bapa yang hanya menikus saat "anak-anaknya" makin hilang Islam dalam diri? 
 
Apa benar ini sifat nyata seorang yang diakui sebagai bapa? Tidak berusaha meleraikan,mendamaikan, malah seakan suka dengan kekacauan yang berlaku?

Dato' Seri,

Sebagai anak muda yang tidak berparti dan hanya memberi pandangan didasarkan kepada keinginan untuk melihat Pakatan Rakyat berhasil menumbangkan Barisan Nasional, sekali lagi ingin saya ingatkan, kami mengundi PAS bukan kerana kami menerima PAS tetapi kami mengundi PAS untuk menjadi platform dalam Pakatan Rakyat bagi mengalahkan rejim. 
 
Kami tiada apa kerugian sekiranya matlamat kerajaan perpaduan akhirnya menjadi nyata, tetapi ingin kami beri amaran, jangan khianati amanah rakyat yang mengundi PAS untuk menjatuhkan BN. 
 
Dan sekiranya itu terjadi, maka janganlah PAS kesal jika rakyat menolak gabungan PAS-UMNO walaupun gabungan itu atas nama Islam? Yang batil tidak akan pernah bersama dalam kebaikan. Saya maklum kefakihan Dato' Seri yang melebihi saya dalam soal hukum amanah dan janji ini.

Akhir kata, saya menyedari dan memaklumi kesan daripada kritikan saya terhadap Dato' Seri ini. Tetapi ikhlas saya katakan, kritikan ini tidak langsung menyentuh kedudukan dan ilmu agama Dato' Seri sebagai ulama tetapi saya mengkritik atas batang tubuh Dato' Seri sebagai ahli politik semata. Dua skop berbeza inilah yang gagal difahami majoriti ahli PAS dengan kata mengkritik Dato' Seri bererti mengkritik ulama dan mengkritik ulama bererti menghina pewaris nabi.

Dua skop berbeza yang saya berharap semua ahli PAS berlapang dada dalam membaca surat terbuka ini dan sama-sama mengambil ibrah daripada segala kemelut yang berlaku agama kembali kepada perjuangan dan akhlak Islam yang sebenar.Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri.

Selamat bermuktamar kepada seluruh perwakilan PAS dan semoga Allah melindungi jemaah ini daripada "tangan-tangan" yang menghancurkannya dari dalam.

Sekian,terima kasih.

SITI AISHAH,
Ustazah Kafa.

*mohon sebarkan


1MDB PERLU BERTANGGUNGJAWAB WALAUPUN HUTANG LANGSAI, KATA DR M.

Posted: 29 May 2015 06:30 PM PDT

Harimau Bintang's photo.
   Syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih perlu bertanggungjawab atas kerugian berbilion ringgit walaupun semua hutangnya dibayar melalui penjualan aset, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata, dalam perniagaan kerugian boleh terjadi disebabkan kelemahan pelaburan atau pengurusan, dan itu tidak boleh diterima walaupun pengurus dan ketua pegawai eksekutifnya dipecat.

"Apabila wang hilang dan pengurusan tidak mampu menjelaskan ke mana dan bagaimana ia boleh lesap maka pengurusan masih perlu bertanggungjawab walaupun ada cara untuk menyelamatkan atau hutang dibayar," katanya melalui tulisan di blog popularnya chedet.cc hari ini.

HB: Dalam keadaan kelam kabut macam ni sempat juga lantik anak sendiri sebagai juruaudit...sambil nak menutup salah urus sempat juga nak untung dari upah yang mahal...

HUTANG KERAJAAN DIPINDAH KEPADA RAKYAT MENERUSI GST. CAI PUN BERSORAK SOKONG ALJIBBY...BUDUS!!!

Posted: 29 May 2015 06:00 PM PDT

Harimau Bintang's photo.

Pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak gagal menguruskan kewangan dengan baik menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung beban hutang.

PETALING JAYA: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak cuba meletakkan kelemahan pentadbirannya di atas bahu rakyat dengan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, di bawah pentadbiran Najib, ekonomi negara sangat bermasalah kerana perbelanjaan tidak berhemah dan tidak terurus.

Katanya, pemberian wang kepada rakyat menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) salah satu punca kadar desifit negara meningkat.

"Memberi duit kepada rakyat mungkin menjadikan Najib popular tetapi dalam kebanyakkan kes, memberi wang bukan penyelesaiannya. Adalah lebih baik mendidik dan melatih mereka dengan kemahiran untuk mendapat kerja dengan pendapatan lebih tinggi.

"Defisit negara meningkat kerana perbelanjaan tidak berhemah, meningkatkan gaji minimum tanpa meningkatkan produktiviti, menambah hari cuti dan menggantikan hari bekerja jika cuti umum jatuh pada hujung minggu dan berbelanja untuk barangan mewah.

"Jika Najib bijak menguruskan kewangan, GST tidak perlu dikenakan terhadap rakyat," tulisnya di blog, chedet.cc.

Dr Mahathir berkata, GST telah mengurangkan kuasa beli rakyat dan menjadikan rakyat lebih miskin.

"GST adalah cara untuk rakyat mengkayakan kerajaan," katanya.


Dr Mahathir berkata, kerajaan di bawah Najib terpaksa menanggung beban hutang termasuk 1MDB dan beban itu dipindahkan kepada rakyat menerusi GST.

"Kerajaan Najib sebenarnya menyuruh rakyat termasuklah mereka yang tidak layak bayar cukai pendapatan untuk membantu kerajaan 'bail out'," katanya.

Katanya, tidak salah Najib didesak meletak jawatan kerana Najib juga pernah mendesak Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan Perdana Menteri.

"Sebelum ini, kita tidak pernah mendengar kehidupan mewah seorang Perdana Menteri. Sokongan terhadap Najib juga lebih teruk berbanding Pak Lah. Jadi atas alasan ini dan alasan-alasan lain, Najib patut berundur," katanya.
 

VIDEO - VIDEO - HADI FITNAH AHMAD AWANG CALON PILIHAN DAP

Posted: 29 May 2015 05:30 PM PDT


Isu 1MDB: Berapa banyak bohong daa…Mohamad Fadli

Posted: 29 May 2015 05:00 PM PDT

 


arul_shahrol_Shahbudin-Husin_600
Menurut Shahbudin kelewatan penjelasan masalah dalaman 1MDB hanya akan mendedahkan lebih banyak pembohongan

PETALING JAYA: Kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilihat semakin kusut dan tidak berkesudahan dengan lanjutan siri penipuan.

Selepas Perdana Menteri Najib Tun Razak didakwa berbohong mengenai kedudukan wang hampir RM4 bilion yang didakwa disimpan di salah sebuah bank di Singapura, kini giliran Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kandasamy dan bekas CEO, Datuk Shahrol Halmi dikatakan menggunakan taktik yang sama.

Ketiadaan dua sosok penting itu menghadiri prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memperlihatkan penipuan demi penipuan terus berlaku.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Shahbudin Husin turut mempersoalkan tindakan Najib yang seolah-olah hanya cenderung kepada Arul dan Shahrul walaupun dikecam oleh pelbagai pihak.

"Di bursa politik kedai kopi dan lobi hotel, bertebaran cakap-cakap mengatakan betapa besarnya pangkat kedua-dua individu terbabit sehingga Najib seolah-olah hanya "PRO" saja kepada mereka.

"Malah, Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah tampil sebagai jurucakap memberi jaminan kedua-dua mereka akan tetap memberi keterangan," tulisnya di shahbudindotcom.blogspot.com.

Tambahnya lagi dengan menutup kecacatan dalam 1MDB, ia hanya akan mendedahkan lebih banyak lagi pembohongan dalam 1MDB.

"Dengan terus bermain dengan masa dan satu demi satu pembohongan terbongkar dalam usaha yang bagaikan terpaksa untuk merungkai kekusutan 1MDB ini, rata-rata mula bertanya, apakah selepas ini lebih banyak lagi pembohongan akan terus terdedah?.

"Bohong, bohong dan terus bohong. Berapa banyak bohong daa…mungkin ini yang terpacul daripada mulut Allahyarham P Ramlee jika beliau masih hidup dan menyaksikan kemelut 1MDB ini," katanya.

Anwar sakit lagi? FMT Reporters

Posted: 29 May 2015 04:30 PM PDT

 
izzah, Anwar Ibrahim, sakit belakang

Nurul Izzah akan mengadakan sidang media pada Sabtu bagi menjelaskan keadaan kesihatan bapanya.

PETALING JAYA: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan berada dalam keadaan tidak sihat.

Dakwaan itu dibuat, anaknya yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Bagi mengulas lanjut mengenainya, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu akan mengadakan satu sidang akhbar pada Sabtu, 30 Mei.

Jemputannya dihantar melalui Biro Komunikasi PKR kepada media.

Februari lalu, Nurul Izzah pernah mengeluarkan kenyataan mengenai tahap kesihatan bapanya yang kini berdepan dengan hukuman penjara selama lima tahun selepas sabit kesalahan meliwat pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Anwar dikatakan sedang menderita akibat sakit belakang.

Isu kesihatan bekas Timbalan Perdana Menteri itu bukan perkara baru kerana ketika merengkok dalam penjara selama enam tahun (1998 hingga 2004), keluarganya pernah menggunakan alasan yang sama untuk membawanya keluar daripada penjara untuk menjalani rawatan di Jerman

Khas Buat Semua Pembaca !

Posted: 29 May 2015 04:00 PM PDT


Kadir Jasin tidak patut babitkan Anwar dalam siniskalnya kepada Najib SINGGUNG JUMAAT

Posted: 29 May 2015 09:00 AM PDT

Siniskal A Kadir Jasin memberi formula untuk Najib Razak mengekalkan kedudukannya apabila Dr Mahathir Mohamad semacam sudah hampir habis ikhtiar untuk melihat PM itu berundur, salah satu daripada enam formula itu agak melampau.

Kadir memberi enam formula, dan formula yang keempat yang berbunyi; "Upah penulis surat layang "berwibawa" untuk memburuk-burukkan Tun Dr Mahathir Mohamad, dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyumbang kata pengantarnya, dan sebagai ganjarannya Anwar diberi beberapa hari keluar penjara," ia dilihat agak melampau.

Tidak patut Kadir membabitkan nama Anwar kalau pun ingin menyiniskan Najib Razak. Apabila Kadir membabitkan nama Anwar meyebabkan nama Anwar sekelas dengan penulis surat layang.Anwar tidak wajar disama kelaskan dengan penulis upahan atau penulis surat layang. Mereka sebegitu bersifat halimunan, hipokrasi dan tidak ada moral, tidak dengan Anwar.



Apabila lagi Kadir menyarankan tugas Anwar itu boleh dikontrakan dengan memberi kebebasan kepada Anwar, nampak sangat akan kehaprakan Anwar dalam hal ini.
Janganlah disamping tarik telinga kanan Najib, Kadir cubit pula telinga kiri Anwar.


 Saya rasa Anwar tidak perlu menjadi penulis upahan atau alat kepada sesiapa untuk dia merasai udara bebas di luar. Anwar lebih bertanggungjawab dengan apa yang dilakukan. Kalau Anwar ingin bebas dan selamat dia boleh melepaskan diri sejak lama dahulu tanpa bersedia menuruti saranan Kadir itu.

Sekiranya Anwar bersedia untuk menjadi alat seperti mana disarankan Kadir itu, dia boleh memilih menyelamatkan dirinya, (bebas) sejak zaman Mahathir lagi. 


Apakah Kadir tidak tahu yang Mahathir pernah menawarkan "suaka" politik kepada Anwar agar beredar ke luar negeri dan jangan menganggui pentadbirannya? Jika Anwar bersedia patuhi saranan Mahathir itu dia akan aman.

Tetapi apa yang berlaku, Anwar memilih penjara daripada menjadi alat kepada Mahathir dan begitu juga kepada Najib. Anwar menjadikan dirinya sebagai lilin dan obor untuk menerangi rakyat dan membakar segala kepalsuan, ketidak adilan dan kezaliman dilakukan Mahathir.

Diharap lain kali Kadir lebih berhati-hati dalam membuat sinikal jangan sampai membabitkan nama orang lain dan menyakini orang yang tidak ada kena mengena dan berkolobrasi untuk menjatuhkan Najib.

Lain-lain formula atau sinikal Kadir bagaimana Najib boleh terus berkuasa ialah menyarankan kabinet dirombak, dengan mengetepikan "unsur tidak mesra" seperti timbalannya sendiri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah Shafie Apdal.

Beliau juga mencadangkan supaya Najib melantik Ahmad Zahid Hamidi menjadi timbalan perdana menteri, dan meletakkan Hishamuddin Hussein yang juga sepupunya, menjadi menteri kewangan.

Dicadang juga Najib mengambil alih Kementerian Dalam Negeri supaya darurat boleh diisytihar dengan lebih mudah jika berlaku undi tidak percaya di Parlimen.

Turut sama disarankan oleh Kadir, Najib hendaklah menggantikan Peguam Negara Abdul Gani Patail dengan peguam Umno Mohd Hafarizan Harun.

Formula terakhir bagi menyelamatkan Najib, Kadir cadangkan supaya Najib hilangkan beban hutang 1MDB dengan meminta ahli perniagaan Jho Low menguruskan penjualan syarikat pelaburan negara itu kepada sahabat-sahabat Arabnya. [wm.kl.2:19 pm 29/05/15]

Posted by mso.im

Desak Isa Samad letak jawatan Faiz Zainudin

Posted: 29 May 2015 08:30 AM PDT


Selain Isa, Anak turut mendesak Pengarah Besar FELDA, Datuk Hanapi Suhada memberikan penjelasan terhadap masalah yang dihadapi.

PETALING JAYA: Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (Anak) mendesak Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad supaya meletak jawatan.

Ia susulah kerugian yang ditanggungnya selepas harga saham FELDA Global Venture (FGV) jatuh ke paras terendah, RM1.92 seunit berbanding harga pembukaannya RM4.55 seunit.

Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, Isa perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku kerana ia telah menjejaskan warga FELDA.

"Isa Samad sepatutnya meletakkan jawatan dan bertanggungjawab atas 'dosa dosa' yang dilakukannya.

"Warga FELDA telah dan akan terus berdoa serta melakukan Solat Hajat ke atas kamu, Tan Sri Isa Samad.

"Doa orang yang dizalimi, tiada hijab di sisiNya'," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Selain Isa, dia turut mendesak Pengarah Besar FELDA, Datuk Hanapi Suhada memberikan penjelasan terhadap kegelisahan peneroka berhubung status tanah dan kedudukan Koperasi Permodalan FELDA yang dikatakan sedang terumbang ambing.

Mazlan mendakwa, simpanan FELDA mula berkurang kepada RM1.35 bilion sejak Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil alih tanggungjawab penuh ke atas FELDA sekitar tahun 2004.

Katanya, FELDA berada dalam keadaan berhutang selepas ia membuat pinjaman RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Lebih menjengkelkan apabila Isa membuat kenyataan bahawa pemberian pinjaman itu adalah suatu penghormatan.

"Saya tidak pasti angka tepat jadual pembayaran yang FELDA kena lakukan setiap tahun kepada KWSP. Jumlahnya tidak kurang RM300 juta setahun. Ada maklumat yang di sampaikan kepada saya, FELDA akan berhutang lagi dengan institusi kewangan.

"Malapetaka berterusan menimpa FELDA, jika pinjaman baru terpaksa di lakukan," katanya.

"BERANI KE PM NAJIB PECAT ISA SAMAD -  DIA MEMEGANG DAN MENYELAMATKAN NAJIB SATU KETIKA DULU DI PORT DICKSON."

Anak Najib Tun Razak Mengamuk!!! suarakami

Posted: 29 May 2015 08:00 AM PDT

 

 Anak Najib telah dihentam oleh pengguna-penguna laman facebook yang lain dan cuba anda lihat apa reaksi mereka selepas anak Dato Seri Najib meluahkan kemarahannya di Twitter, yela bila orang mengutuk ayah sendiri mesti la marah dan berbulukan? Zazzzzz tengok sendiri komen-komen tersebut


PANAS - Hassan Malik Lancar Buku Tentang Kehebatan Dirinya

Posted: 29 May 2015 07:30 AM PDT


'Hasan Malek: Legasi Pemimpin Berjiwa Rakyat'



Datuk Seri Hasan Malek melancarkan buku 'Hasan Malek: Legasi Pemimpin Berjiwa Rakyat' di ibu pejabat Perbadanan Nasional Berhad (PNS), Kuala Lumpur hari ini. Buku berkenaan menekankan pentingnya sikap bertanggungjawab dan jujur dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.

Datuk Seri Hasan Malek berkata buku "coffee table" yang dilancarkan mengenai dirinya hari ini bukanlah bertujuan untuk bersifat bongkak tetapi ia perlu dijadikan rujukan kepada anak-anak bangsa dalam mengejar cita-cita.

Menurut menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan itu, buku bertajuk "Hasan Malek: Legasi Pemimpin Berjiwa Rakyat" menekankan pentingnya sikap bertanggungjawab dan jujur dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.

"Niat saya untuk mengabadikan pengalaman saya sebagai seorang guru dahulu dan hari ini menjadi seorang menteri.

"Sesungguhnya satu penghormatan yang sangat tinggi dan perlu diabadikan sebagai rujukan kepada anak-anak bangsa kita, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan," katanya kepada pemberita di majlis pelancaran buku di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau turut berterima kasih kepada Utusan Malaysia terutamanya kepada pengarangnya Datuk Hassan Mohd Noor kerana merealisasikan hasratnya untuk menghasilkan buku tersebut supaya dicontohi generasi muda di negara ini.

Buku tersebut mengandungi catatan-catatan ringkas kehidupan dan pengalaman Hasan yang bermula sejak zaman kanak-kanak sehingga hari ini.



BONGKAR: Kehidupan Mewah Luar Biasa Skandal Shafie Apdal suarakami

Posted: 29 May 2015 07:00 AM PDT

 

WALAUPUN Ratu Botox, Zahida Mohamad Rafiq dan Menteri Top-Up, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan hubungan sulit mereka, namun majoriti artis dan rakyat Malaysia yakin bahawa laporan media tentang hubungan mereka amat sukar disangsikan.
Gaya hidup mewah Zahida berbanding dengan pendapatannya yang 'ciput' (sedikit) tidak memungkinkan beliau menyara kehidupannya tanpa bantuan Shafie atau Datuk 'M' yang menggunakan Zahida sebagai 'Banker' dalam permainan 'Monopoly'.
Selama ini Zahida mendakwa bahawa beliau mempunyai pendapatan lumayan dan kukuh untuk menyara kehidupan mewahnya kerana memiliki dua syarikat masing-masing Noble Benchmark Sdn.Bhd (556710-V) dan Lembaran Putih Sdn. Bhd. (584803-A).



Paparazzi telah menjalankan siasatan rapi di RAM Credit Information Sdn.Bhd (RAM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menilai keboleh upayaan Zahida menyara kehidupan mewahnya dengan menjalankan perniagaan yang kononnya mengaut keuntungan yang besar; dan bukannya ditaja oleh Menteri Top-Up.Ternyata kenyataan mantan pemandunya, Noor Azman Azemi bahawa Menteri Top-Up telah membayar RM100,000 setiap kali menemui Zahida dan sehingga kini telah menyerahkan RM1.5 juta sukar untuk disangkal.

Artis Botox, Plastik dan Kolagen kacukan Melayu-Pakistan tidak dapat hidup mewah daripada lakonan kerana selama menjadi anak wayang, Zahida hanya membintangi enam buah filem antaranya Senario, Mami Jarum, Mami Jarum Jr, Anak Mami The Movie dan Kuliah Cinta dan mendapat bayaran kurang daripada RM10,000 bagi setiap filem yang dilakonkannya.

Namun Menteri Top-Up telah menyalahguna kuasa memberi peluang yang cukup luas kepada Zahida ketika menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNK) pada 31 Mac 2004 sehingga 17 Mac 2008 iaitu sebagai kontraktor Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia dan pembekal barang mentah untuk semua rangkaian Pasaraya Giant.

Syarikat Zahida, Noble Benchmark juga turut diberi peluang menghasilkan dua buah filem pendek berjudul 'Budi Bahasa' dan '1Malaysia' terbitan FINAS dan beberapa kontrak persembahan pentas ketika Menteri Top-Up menjadi Menteri Perpaduan, Kebudayaan dan Warisan Malaysia di antara 18 Mac 2008 sehingga 9 April 2009.

Setelah Menteri Top-Up menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Zahida tidak perlu bekerja keras lagi kerana mendapat durian runtuh setiap bulan; sebagaimana yang didakwa oleh Noor Azman Azemi, terutama projek Top-Up yang dilaksanakan melalui proksi dan nominee seperti Datuk Chin Su Phin, Wilfred Yong Chen Leong, Datuk Christopher Chiu, Haji Yusof Apdal, Azis Jamman, Marzuki Datuk Nasir, Datuk Peter Anthony dan sebagainya.

Melalui Projek Top-Up, terutamanya Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dan Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Menteri Top-Up akan mendapat antara 10% sehingga 25 % komisyen daripada kos projek berkenaan (Harga projek dinaikkan sehingga 60%); semuanya telah didedahkan oleh Sabahkini.net sebelum ini, terutama Projek Sistem Solar Hibrid Fasa II Pulau Banggi, Kudat.

Soal sama ada Zahida telah bernikah dengan Menteri Top-Up tidak wajar ditimbulkan untuk menutup Skandal Seks mereka kerana rakyat Malaysia mahu tahu dari mana Menteri Top-Up memperolehi wang tidak kurang RM500 juta (Rekod SPRM); setakat ini RM50 juta daripadanya telah diserahkan kepada Zahida.

Kerakusan Zahida membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya polis pada 3 Mac 2012 membawa padah kerana RM200,000 wang yang kononnya dilarikan Noor Azman Azemi lesap; malah kes yang disiasat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah masih belum dapat dibuktikan.

Lebih malang apabila pada 18 April 2012, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin memperoleh penyata bank peribadi Zahida dan mendedahkan kepada media di lobi Parlimen bahawa terdapat beberapa transaksi yang dilakukan Menteri Top-Up itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.

Kata Zuraida, pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan itu sahaja sebanyak RM58,000 tunai yang diambil Noor Azman Azemi untuk dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik.

Pada November 2011 pula terdapat RM118,000 dan pada Disember pula terdapat RM333,000. Pada Januari 2012 RM510,000. Jumlah kesemuanya lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan.

Zuraida Kamaruddin turut mendedahkan Zahida Rafik mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series, Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta.Sikap Zahida yang suka bercakap besar kepada wartawan menyebabkan beliau terperangkap dalam dunia ciptaan sendiri dan berbangga dengan wajah ASPAL (Asli Tetapi Palsu) hasil pembedahan plastik, suntikan botok dan kolagen.

"Saya bukan nak cakap besar, tapi London sudah macam rumah kedua saya. Sekurang-kurangnya setahun dua kali saya ke sana terutama pada waktu jualan murah musim Krismas. Saya juga sangat selesa dan mahir dengan jalan-jalan di sana. Lebih daripada itu, saya mempunyai ramai teman di London, jadi tak terasa asing," ujar Zahida kepada wartawan yang mempersoalkan hidup mewahnya sedangkan beliau bukan artis popular yang berpendapatan besar.

Menteri Top-Up dilahirkan di Semporna pada 20 Oktober 1957 dari keturunan Bajau Sikubung (Pendatang Filipina) kerana bapanya Haji Apdal pernah menjadi tentera Filipina; kini merupakan salah seorang Naib Presiden UMNO; menikah dengan Shuryani binti Shuaib dan mempunyai enam orang anak.

Analisis penuh kekayaan rosmah (Wajib baca) suarakami

Posted: 29 May 2015 06:00 AM PDT

 

 Nampak gayanya terpaksa najib ulang baca bab Wasatiah balik semula, najib ajar lain rosmah buat lain. memang kali ini najib pening tak sudah, sudahlah kes NFC yang melibatkan sharizat belum mampu ditangani lagi , sekarang berita keborosan isteri najib terpampang di akhbar luar negara pula, sama seperti kes sebelum ini.
Tak tahukah rosmah, bagi najib rosmah lah keajaiban dunia ke 24, ( Altantuya keajaiban ke 23), sebab itu najib pernah bercadang nak lantik rosmah jadi menteri kewangan, sebab rosmah memang pandai menabung dari kecil, kah.kah..kah..kah... 

Najib pernah minta rakyat berjimat , takut dengan hutang negara sedia ada, negara jadi muflis tapi umpama  satu lagi projek BN yang kantoi, rosmah pula jahanamkan segala usaha murni najib. kah.kah.kah.

Jika sebelum in akhbar Australia, The West Australian pernah mendedahkan perbelanjaan delegasi yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Perth, Australia semasa mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) tahun lepas, 
Dalam laporan The West Australian itu, seorang Wanita Pertama (walaupun akhbar tersebut tidak menamakan individu tersebut, ramai blogger dipercayai ianya rosmah) telah membelanjakan kira-kira A$150,000 (RM487,000) untuk membeli mutiara di David Jones- sebuah gedung mewah terkemuka di Australia Barat.
Akhbar yang sama turut melaporkan anak gadis perdana menteri, membelanjakan sekurang-kurangnya RM195,000 untuk membeli belah di David Jones. 


Bagaimanapun ini bukan kali pertama keluarga Najib dikecam kerana mengamalkan gaya hidup mewah ketika negara dibebani dengan hutang sebanyak RM437 juta dan rakyat menderita akibat kenaikan kos hidup.

Rosmah sebelum ini turut dikaitkan dengan pembelian cincin berlian berharga RM24 juta yang dibeli dari syarikat Jacob & Co- sebuah syarikat berlian terkemuka di London.
Terbaru Akhbar Australia Sydney Morning Herald semalam melaporkan isteri Perdana Menteri, rosmah mansor membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney dua minggu lalu.

Dalam ruangan 'Private Sydney', akhbar itu memetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp menggelarkan Rosmah sebagai "first lady of shopping" disamping gelaran asalnya first lady of Malaysia (Flom
)

Pereka fesyen itu juga menyifatkan Rosmah sebagai 'pengikut fesyen yang berdedikasi', disamping mengiktiraf rosmah sebagai "pelanggan terbesar" kerana telah membelanjakan A$100,000 semata-mata untuk membeli pakaian.

Akhbar itu juga melaporkan, kesemua barangan yang dipesan termasuk 61 baju, seluar dan penutup kepala diperbuat dari sutera terbaik dan dalam pelbagai warna cetakan yang sangat eksotik.


Kah..kah..kah.. mungkin pakaian yang dipakai oleh rosmah perlu ditempah khas kerana pereka fesyen tersebut pasti mengalami kesukaran mereka pakaian yang menampakan 'kesliman" rosmah.

Hai, nasib najib la dapat bini super high mantanance macam nei, bayangkan berapa banyak duit najib dah habis untuk "melawakan" bininya tu.

Nak beli rantai, beli cincin, baju dan segala benda , mesti bukan sahaja duit yang disimpan oleh rosmah dari kecil dan habis, malah duit yang najib tabungkan dari kecil pun gerenti dah habis juga, itu belum lagi kira berbelas koleksi simpanan beg tangan jenama mewah Birkin, yang kebiasaan dipakai oleh golongan kenamaan dan artis antarabangsa.

Menurut akhbar tersebut lagi, Rosmah dan Najib, semasa percutian tersebut, menginap di penthouse berharga A$20,000 (RM65,100) semalam di Hotel Darling.

Kah.kah.kah., setakat  RM65,100 tu apa lah sangat kan, bukankah sebelum ini najib dan "suami" dikatakan pernah membayar RM140,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk tempoh semalaman, jadi yang di Australia tu takla mahal mana pun.. itu pun nak kecoh.

Biasalah kan isteri perdana menteri tu, penampilan kene jaga, Kah..kah..kah.. sebab itu la rosmah yang menggelar dirinya Wanita Pertama Malaysia (FLOM), juga ghairah mendapatkan publisiti dari media luar negara sehingga kerajaan membelanjakan sebanyak RM1.5 juta untuk menempah iklan yang memaparkan gambar beliau dalam sebuah akhbar Amerika Syarikat, New York Times tak lama dulu.


Tak apalah kan, rosmah tu isteri perdana menteri, nanti kalau kita nak merungut lebih-lebih orang umno kata kita tak bersyukur, kita dikatakan fasik pula, bersyukur aja la, bak kata orang umno selagi kita masih boleh makan....


Makan?.. woi. rakyat nak makan pun tak cukup.. apasal senangx2 bazirkan duit... tu yang beli macamx2 tu duit sapa tu?.. betullah kata orang rosmah penyebab umno akan tumbang.

Terbongkar! Gelang Rosmah Mansor berharga RM1.65 Juta suarakami

Posted: 29 May 2015 05:00 AM PDT

 
SATU persatu tabiat boros isteri Perdana Menteri Najib Tun Razak berjaya dibongkarkan. Kalau sebelum ini sistem kastam telah menunjukkan bahawa Rosmah Mansor ada membeli cincin mewah ""Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond Ring", yang berharga USD 24.5 Juta (RM73 Juta).

Kali ini wartawan Free Malaysia Today telah mendapat pengesahan melalui email daripada syarikat yahudi Jacob & Co's bahawa harga gelang yang dipakai oleh Rosmah lebih USD 500, 000 (RM1.65 Juta).




Gambar berikut menunjukkan Rosmah Mansor sedang bergaya dengan gelang mewah berharga RM1.65 Juta [Zebra Safari Bangle].


Para pembaca yang dihormati sekalian, lihatlah dengan mata kepala anda sendiri, perangai buruk dan boros Rosmah Mansor ini saling tak tumpah seperti Laila Trabelsi isteri kepada Perdana Menteri Tunisia yang digulingkan kerana tabiat buruk isterinya yang suka bermewah-mewahan dengan duit rakyat. Duit rakyat dilakukan seperti duit bapak dia.

Bayangkan, RM1.65 Juta yang boleh digunakan untuk membina sebuah sekolah, dihabiskan sekelip mata untuk membeli gelang Bik Mama. RM73 Juta yang boleh digunakan untuk manfaat beratus-ratus malah beribu rakyat, dibelanjakan habis sekelip mata hanya untuk membeli cincin permata mewah bik Mama.

Terbongkar. Rosmah Mansor pembunuh sebenar Altantuya? suarakami

Posted: 29 May 2015 04:00 AM PDT

 

"Saya mendapat maklumat terbaru ini semalam semasa sedang menanti kawan di Mid Valley. Tiba-tiba saya mendapat panggilan talipon dari seorang kawan. Panjang pula cerita kawan saya ni. Penat berdiri, saya mencari tempat untuk merehatkan kaki yang letih.

Saya duduk di kerusi paling tepi di sebuah coffee house. Setelah selesai berbual dengan kawan melalui handphone, saya menikmati'cappucinno' sambil menyedut racun 'Sampoerna', racun berjadual kegemaran saya.




TUTUP MUKA… Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, dari Unit Tindakan Khas (UTK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, beredar daripada Mahkamah Tinggi selepas diperintahkan membela diri pada perbicaraan kes bunuh wanita warga Mongolia 
Altantuya Shaariibuu di Mahkamah Tinggi Shah                                                                        "Razak Baginda dah lepas bebas"

"Aku dah agak, ini semua sandiwara Najib"
"Dua ekor kambing hitam tu pun sebenarnya bukannya Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar"

"Engkau biar betul"

"Betul, kalau si Bala tu pun, Rosmah bolih umpan 5 juta dan hantar dia ngan family dia ke India. Ini setakat Azilah dengan Sirul, Rosmah kentut je lintang pukang dia orang lari" "Engkau ingat Najib tak boleh buat kerja ni semua ke? Dia ada kuasa, beeb. Apa Rosmah cakap mana Najib berani nak beta"
"Sial betul si Rosmah tu. Takde ati perut"

"Apalah kau ni. Apa pulak si Rosmah tu takde ati perut. Ada! Hati ada. Perut pun ada. Tapi pekong macam bangkai anjing"

"Kesian Azilah ngan Sirul, tak pasal-pasal jadi mangsa"

"Hello kawan, yang dua orang tu bukan Azilah dengan Sirul lah. Entah mamat gian mana entah dia orang cekup, jadikan mangsa. Ini semua berlakon je beeb"

"Iya ke"

"Dah betahun kes ini, muka dia dua orang tu berselubung memanjang. Idea siapa ni kalau bukan idea Rosmah?"

"Betullah. Kenapa yek? Kenapa dua orang tu tak pernah nampak muka dia kat paper?"

"Itulah aku cakap, ini drama. Bukan kat paper je tak nampak muka dia. Engkau bayangkan dalam mahkamah pun muka dua ekor tu berselubung. Aku pergi mahkamah, aku sendiri tengok dua ekor berselubung. Kalau wartawan pun tak nampak, camana kau nak nampak. Yang bunuh Altantuya tu sebenarnya si Rosmah sendiri. Orang kampong aku kat Ulu Bendul pun tau kes ni. Memang dia orang sendiri dengar cerita sahih dari member-member polis dia orang".

"Celaka punya Najib, bini dia buat kerja camni dia biarkan. Macamana nak jadi PM ni?"

"Sebab dia nak jadi PM tu yang dia sanggup buat camni. Kalau tidak bini dia telan bola dia dengan dia-dia sekali. Engkau tau tak, Rosmah tu yang gila sangat nak jadi bini perdana menteri"

"Razak Baginda dah selamat. Abis tu Azilah dengan Sirul nak jadi apa?. Kena hukum bunuhke?"

"Memang dua orang tu kena hukum gantung sampai mati. Tapi yang digantung sampai mati tu bukannya Sirul ngan Azilah. Mamat yang dia orang hayak ke hulu ke hilir tu bukan Sirul. Bukan Azilah. Mamat tu dah memang kena hukum jantung pasal kes lain. Malaysia beeb, semua bolih. Kes mati pun dia orang bolih pusing terbalik"

"Memang puaka betul si Rosmah ni. Apa punya Najib dapat bini camni"

"Engkau marah, caci maki si Rosmah buat apa?. Dah betullah apa yang dia buat tu. Orang dah bagi laki dia kuasa. Dia gunakanlah sepenuhnya. Yang patut engkau marahkan ialah orang UMNO yang bebal macam keldai tua. Buat apa orang UMNO pegi sokong dia?.UMNO tu yang celaka".

Dailog di atas saya curi-curi dengar dari perbualan dua lelaki yang duduk di meja sebelah saya.

Kepada yang amat saya kasih, Datin Seri Rosmah Mansor, perempuan yang solid molid dan Datuk Seri Najib Razak, itulah persepsi rakyat terhadap apa yang berlaku. Sekarang adalah menjadi tanggungjawab kalian berdua untuk membesihkan nama kalian.

Membersihkan nama bukan dengan cara menangkap penulis blog atau rakyat yang bersangka buruk terhadap kalian. Bukan dengan cara menghadiahkan ISA kepada rakyat yang menuntut keadilan. Kalian wajib dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah berkaitan segala pertuduhan yang telah dibuat oleh Raja Petra terhadap kalian.

Rakyat telah benar-benar percaya angkara pembunuhan Altantuya ini adalah plot cerita yang dilakonkan oleh kalian berdua.

Blogger: tranungkite

Sejarah dan asal usul Rosmah Mansor suarakami.

Posted: 29 May 2015 03:15 AM PDT



 Dalam posting wa yang sini dan sini, wa cuma nak jelaskan bahawa yang sepatutnya menjadi isteri pertama PM Najib bukan lah Rosmah Mansor seperti yang di ketahui kini.

Oleh itu, wa korek pulak siapakah wanita 'hebat' yang berjaya merampas PM Najib dari tangan isterinya yang sah, malah PM Najib sanggup meninggalkan anak bini dia hanya kerana ingin membina hidup bersama Rosmah Mansor.
                                                                                                                                           Datin Paduka Seri Hajah Rosmah Mansor ialah isteri kepada Perdana Menteri Malaysia ke-6 Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Abdul Razak namun beliau bukanlah isteri yang pertama bagi PM Najib. 


Beliau dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 1951. Beliau merupakan canselor Universiti Industri Selangor (UNISEL) semasa di era pemerintahan Umno/BN di Selangor dulu.


Beliau merupakan isteri yang kedua bagi PM Najib. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang anak, Norashman dan Nooryana Narjawa. Beliau jugak mempunyai seorang anak, Azrene Soraya hasil daripada perkahwinan beliau yang pertama dengan Farith Ismeth Amir, pembaca berita Dunia Jam 10 di RTM.

Ibu beliau berasal dari Kampung Mertang, Seri Menanti, Negeri Sembilan. Ramai yang tidak mengetahui kisah sebenarnya bagaimana Rosmah Mansor berjaya mendapatkan PM Najib dari bekas isterinya, Tengku Puteri Zainah iaitu seorang kerabat raja sebuah negeri di Pantai Timur.         

                                                                                                                  
Ketika itu PM Najib adalah MB Pahang pada usia yang terlalu muda. Menurut maklumat, Rosmah Mansor senantiasa berkunjung ke pejabat MB Pahang untuk bertemu PM Najib. 


Beliau dibawa oleh rakan karibnya iaitu Datuk Maznah Mazlan yang kini menjadi Timbalan Menteri dan ADUN Muadzam Shah. Khabarnya, boleh dikatakan setiap hari Rosmah Mansor akan mengadap PM Najib, dan setiap kali itulah jugak lah hanya Rosmah yang dibenarkan naik ke Pejabat MB Pahang, lain-lain orang tidak dibenarkan masuk.            
                                                                                                             
Kejadian dan mungkin boleh di kategorikan sebagai skandal itu berlaku agak lama, hinggakan PM Najib ketika itu terpaksa mengarahkan pihak-pihak tertentu untuk  mengalihkan kenderaan rasmi MB untuk membuktikan bahawa beliau tiada di pejabat setiap kali Rosmah Mansor datang. Peliknya, Maznah hanya menunggu di lobi Wisma Sri Pahang tempat kejadian ini berlaku.

Hubungan pelik Rosmah Mansor  yang datang ke pejabat ini berlarutan agak lama, hinggalah ditemui isteri PM Najib dikatakan terkena penyakit misteri yang sukar diubati.      

                                                                                                                   
Maka dengan alasan itu akhirnya, PM Najib menceraikan isterinya dan sanggup berkahwin dengan Rosmah Mansor setelah membayar sekian harga kepada pemilik Rosmah Mansor yang sah ketika itu. Entah berapa harga yang telah dibayar oleh PM Najib pun tidak pasti, mungkin ratus ribu RM atau juta RM agaknya.     

                                                                                                                 
Akhirnya berjayalah Rosmah Mansor memiliki PM Najib, dan menurut maklumat maka bermulalah agenda Rosmah Mansor untuk menjadi orang nombor satu. Ini didedahkan kepada rakan-rakan rapatnya dan juga Maznah Mazlan.         

                                                                                                               
Berbanggalah Rosmah Mansor kerana memiliki lelaki seperti PM Najib Razak, seorang anak bekas Perdana Menteri yang amat disayangi rakyat satu ketika dulu. 


Hasratnya untuk menjadi wanita nombor satu tercapai seketika tatkala isteri bekas Perdana Menteri Pak Lah, iaitu Hindon meninggal dunia akibat penyakit barahnya. 
                                                                                                                   
Namun, perjalanan Rosmah Mansor sedikit terhalang selepas Pak Lah berkahwin kali kedua dengan Jeane Abdullah. Akhirnya hajat itu terbantut, namun usahanya tetap berjalan. 


Rosmah Mansor terus melangkah dan melangkah, segala yang menghalang langkah PM Najib pasti akan diketepikan.                 
                                                                                                                                                                                                                               Maka wujudlah berbagai skandal yang mengaitkan namanya seperti kes Altantunya, isu pembelian kapal selam dan jet sukhoi, isu pakaian seragam pelatih PLKN dan banyak lagi. Perjalanan Rosmah Mansor sedikit terencat dengan isu-isu ini. Namun, baginya perjalanan semakin hampir cuma masanya belum tiba.

Akhirnya kini, Rosmah Mansor sudah hampir berada dikemuncaknya. Kelibat beliau lebih hebat dari mana-mana isteri raja-raja Melayu atau Perdana Menteri sebelum ini. Kemana PM Najib pergi, maka beliau tetap akan mengekorinya.   

                                                                                                          
Beliau terlalu marah jika wajahnya tidak dipaparkan di media ketika beliau berada bersama PM Najib dalam mana-mana acara rasmi. Pernah terjadi sebuah stesyen televisyen swasta di beri surat "tunjuk sebab", gara-gara mengambil gambar PM Najib dengan ternampak hanya tangannya sahaja di kaca TV.                                                                                                                              


 

Rosmah Mansor tidak suka ini terjadi, beliau memberi amaran "tunggulah beliau jadi wanita nombor satu negara nanti". Katanya itu masih terpahat di minda dikalangan wartawan media terbabit. 

Mereka takut dengan amaran Rosmah Mansor. Beliau kini sedang mengatur strategi agar tidak ada orang yang menggagalkan rancangannya itu.                                                                                                                              

Jika ada pasti "dipastikan" mereka akan gagal termasuklah Pak Lah, Anwar dan lain-lain lagi. Masa semakin tipis dan beliau harus berwaspada. 


Khabarnya beliau sudah mula berangan-angan untuk berada di Pejabat Perdana Menteri, bukannya PM Najib.  
                                                                                                                          
Bagi memastikan semua pihak berbuat baik dengannya, maka beliau telah membelikan jam-jam tangan yang nilainya jutaan ringgit untuk diberikan kepada isteri-isteri pembesar negara dan raja-raja Melayu. 


Beliau sanggup lakukan semua ini demi mendapat sokongan dan yakin PM Najib akan menjadi orang nombor satu negara dan beliau bakal ditabalkan sebagai "wanita nombor satu".

Apakah hasratnya itu akan tercapai?. Rakyat dapat membayangkan, apakah akan terjadi jika beliau berjaya dengan impiannya ini?. Ada yang gusar dan takut apakah yang akan berlaku kepada rakyat terutamanya musuh PM Najib dalam pakatan pembangkang.   

                                                                                                                                               
Terdapat juga khabar angin mengatakan Tun Madey ada memberi "kata dua" kepada PM Najib, jika beliau ingin mengejar impiannya itu beliau harus "lepaskan Rosmah". 


Ini kerana Tun Madey tahu siapa Rosmah Mansor dan apakah kaitannya dengan skandal-skandal yang dimaksudkan. Apapun, sama-samalah kita nantikan perjalanan Rosmah sebagai "wanita nombor satu" selepas ini.


Blogger: kopitarikkaw2.blogspot.com/

Gerakan desak Parlimen tolak RUU hudud FMT Reporters

Posted: 29 May 2015 02:30 AM PDT

 
andy wong,hudud

Parlimen berhak menolak RUU berkenaan hudud kerana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

PETALING JAYA: Gerakan mendesak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian berhubung pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau enakmen hudud di Kelantan daripada dibentangkan di Parlimen.

Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong berkata, Dewan boleh menolak RUU itu kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan.

"Mengikut Seksyen 49(2) Peraturan Parlimen, sekiranya terdapat RUU yang tidak selari dengan undang-undang Persekutuan, pihak sekreteriat sepatutnya menolak," katanya dalam dalam kenyataan media.

Yong berkata, ada sesuatu yang tidak kena sekiranya Parlimen membenarkan RUU berkenaan hudud itu dibentangkan.

Katanya, jika sebelum ini Parlimen menolak Akta Kerangkuman Sosial daripada dibentangkan dan tindakan sama patut dilakukan terhadap RUU berkenaan hudud yang cuba dibentangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, Undang-undang Persekutuan perlu diubah sekiranya RUU itu dibentang dan diluluskan.

FMT pada Khamis melaporkan Pandikar Amin sedang menunggu 'lampu' hijau' daripada kerajaan untuk membenarkan Hadi membentangkan RUU berkenaan hudud di Kelantan.

Saya tak kutip dana haram, kata Rafizi

Posted: 29 May 2015 01:45 AM PDT

 


Anggota parlimen Pandan Rafizi Ramli mempertahankan dirinya daripada dakwaan mengutip dana secara haram melalui kempen 'Tutup 1MDB' yang dilancarkannya minggu lalu.

Katanya, tindakan Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), NGO yang diasaskannya, mengutip sumbangan tidak melanggar undang-undang.

NOW didaftarkan bawah akta syarikat dan susulan itu kempen beliau diserang hebat di Internet oleh pengguna maya pro-BN, yang dipercayai Rafizi sebagai "askar upahan".

"Ini tindakan murahan oleh Umno kononnya untuk mengalihkan perhatian dari skandal RM42 bilion 1MDB dan GST (cukai barangan dan perkhidmatan).

"Lalu dibayarnya aktivis upahan ini untuk membuat bising untuk menutup kemarahan rakyat," katanya.

Rafizi berkata akta syarikat tidak menghalang entiti bawahnya beroperasi bagi tujuan bukan keuntungan dan menjadi amalan biasa banyak rumah amal dan NGO lain.

"Tindakan mengutip derma oleh entiti yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat tidak menyalahi undang-undang dan biasa dibuat.

"Contohnya, media-media Umno seperti Utusan, TV3 dan lain-lain sering melancarkan tabung memohon derma dari rakyat.

"Ini sama sahaja dengan tabung #tutup1MDB yang dilancarkan NOW ," katanya.

Rafizi juga menegaskan NOW menguruskan dana itu secara telus dengan mengumumkan kutipan setiap hari dan tujuan kutipan dibuat.

"Apabila pembayaran dibuat, NOW juga akan mengumumkan kepada siapa bayaran itu dibuat. Tidak timbul soal penyelewengan," katanya lagi.

Rafizi pada 21 Mei lalu meminta orang ramai menyumbangkan RM10 setiap seorang bagi menjayakan kempen "Tutup 1MDB" melalui tindakan mahkamah dan kaji selidik awam.

NOW menjangkakan permohonan injunksi terhadap Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan Tabung Haji (TH) dapat difailkan minggu depan susulan dakwaan pelaburan cuai dengan 1MDB.

Bafia, AMLA tak berkenaan

Menulis di Facebook hari ini, Rafizi juga berkata banyak pihak mendaftar bawah akta syarikat dan bukan Pendaftar Pertubuhan susulan pelbagai kerenah, seperti "ugutan mengharamkan DAP" sebelum ini.

Mengulas aspek undang-undang, Rafizi berkata Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (Bafia) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram yang dibangkitkan pengkritiknya juga tidak tepat.

"Akta Bafia yang disebut Ramesh Rao tidak wujud lagi dan sudah dihapuskan.

"Akta AMLA yang disebut juga tidak berkaitan dengan kutipan derma seperti ini ," kata Rafizi yang juga naib presiden PKR.

Beliau bagaimanapun mengakui terdapat undang-undang mencegah orang ramai tanpa lesen mengutip deposit seperti bank atau firma pelaburan dilesenkan mengutip deposit.

Peruntukan itu, katanya lagi, khusus bagi tujuan pelaburan dan tidak terpakai bagi kutipan derma terbuka seperti dianjurkan NOW.


PEGAWAI ESSCOM SIBUK BERTARUH RM1,000 SATU LUBANG..?

Posted: 29 May 2015 01:00 AM PDT

 
Harimau Bintang's photo.

KUALA LUMPUR, 28 MEI: Pegawai Pusat Kawalan Keselamatan Timur Sabah (ESSCOM) dipercayai bukan saja tidak menjalankan tugas mengawal perairan negara, malah ponteng kerja dengan bermain golf, berjudi dan menjalankan operasi di rumah urut.

Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong berkata, jika keadaan itu benar-benar berlaku, ia jelas merupakan antara penyebab utama mengapa projek bernilai RM600 juta gagal membendung pencerobohan dan aktiviti jenayah di perairan Sabah.


Harimau Bintang's photo.
"Ada pihak mendakwa pegawai tinggi ESSCOM bermain golf pada waktu kerja dan bertaruh dalam permainan itu sebanyak RM1,000 setiap lubang di Lahad Datu.

"Mereka juga pernah menjalankan operasi di asrama pekerja rumah urut dan spa.


Harimau Bintang's photo.

"Saya minta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi siasat dakwaan ini dengan serius," katanya ketika dihubungi Roketkini.com.


(Baca berita berkaitan: RM600 juta tidak memadai kekang penceroboh di Sabah?)


Jimmy yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu menyatakan, berdasarkan aduan orang ramai, ESSCOM juga dituduh menerima rasuah daripada pekerja asing.

Katanya, ada majikan dan keluarga terpaksa membayar sebanyak RM500 hingga RM1,000 untuk membebaskan mereka.


"Ada juga pihak tertentu dalam ESSCOM telah menerima sogokan daripada pihak majikan supaya pekerja tanpa dokumen sah dapat dibebaskan.


"Dengan adanya elemen rasuah dalam operasi ESSCOM bagaimana keselamatan Sabah dapat dipelihara?" katanya.

DAP Sabah hari ini juga telah menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Parlimen bagi menyelesaikan krisis keselamatan di Pantai Timur negeri itu.


Memorandum telah diserahkan oleh Jimmy bersama Timbalan Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong Tien Fatt dan Naib Pengerusi DAP negeri Chan Foong Hin.

Rahman Dahlan pekena Shafie Apdal FMT Reporters

Posted: 29 May 2015 12:15 AM PDT

 
shafie afdalAbdul Rahman Dahlan

Rahman mendakwa semua anggota Kabinet telah diberikan taklimat mengenai 1MDB oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Husni Hanadzlah


PETALING JAYA: Semua menteri Kabinet telah dimaklumkan status terkini dan hutang yang dihadapi oleh sayap pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, maklumat itu diberikan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Husni Hanadzlah menerusi beberapa siri taklimat mengenai 1MDB.

Bagi menguatkan kenyataannya, Rahman memuat naik muka depan dokumen bertajuk '1MDB factsheet' yang dibentangkan kepada anggota Kabinet.

"Dalam '1MDB Factsheet' yang diedarkan dalam Mesyuarat Kabinet, info mengenai status terkini pelaburan, hutang dan harta 1MDB ada dimasukkan," tulisnya di Twitter.

Status itu sekaligus menafikan kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang dilaporkan berkata Kabinet tidak dimaklumkan mengenai masalah 1MDB.

Shafie berkata, anggota Kabinet lain tidak boleh dipersalahkan kerana mereka sendiri tidak jelas mengenai pelaburan dan masalah yang dihadapi 1MDB.

Beliau membuat penafian itu susulan gesaan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah supaya semua anggota Kabinet bertanggungjawab terhadap skandal 1MDB kerana setiap keputusan dibuat secara bersama.

Rahman menerusi Twitternya menjelaskan, dalam dokumen yang diedarkan kepada menteri Kabinet turut disertakan surat daripada Husni yang meminta anggota Kabinet yang mahukan maklumat lebih atau penerangan lanjut agar menghantar pertanyaan terus kepada beliau.

"Pandangan saya, tidak ada sebab kenapa isu tak cukup penerangan, tak ada penerangan atau tidak dimaklumkan dalam kabinet menjadi polemik," tulis Rahman.