Nuffnang

Pengikut

ZAKRI ALI

0
sumber :-

ZAKRI ALI


Perkhidmatan 20,000 kakitangan MAS berakhir 1 Jun FMT Reporters

Posted: 27 May 2015 11:30 PM PDT

 
Christoph Mueller,MAS
Selepas ditamatkan perkhidmatan, dua pertiga daripada kakitangan berkenaan akan ditawarkan bekerja dengan syarikat baru itu, MAS Bhd

PETALING JAYA: Nasib 20,000 kakitangan syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) akan diketahui Isnin depan.

Surat yang akan diterima 1 Jun ini akan menentukan sama ada mereka akan terus kekal berkhidmat atau sebaliknya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAS yang baru, Christoph Mueller dalam temuramahnya yang dipetik daripada akhbar The Star berkata, dia tidak akan membiarkan ketidak tentuan kakitangan syarikat penerbangan itu berpanjangan.

"Kakitangan syarikat dibiarkan berada dalam suasana yang tidak pasti sudah terlalu lama. Jadi ia menjadi kewajipan kami untuk menamatkan ketidaktentuan ini supaya semua orang boleh meneruskan kehidupan masing-masing," katanya dalam temu bual ekslusif dengan akhbar berbahasa Inggeris itu.

Selepas ditamatkan perkhidmatan, dua pertiga daripada kakitangan berkenaan akan ditawarkan bekerja dengan syarikat baru itu, MAS Bhd.

Mereka yang diterima bekerja akan diberi masa sehingga 12 Jun untuk memutuskan sama ada mahu menyertai syarikat berkenaan.

Setiap kakitangan yang ditamatkan perkhidmatan akan mendapat bayaran asas bergantung kepada gred mereka dan tempoh perkhidmatan.

Mereka yang tidak ditawarkan pekerjaan dengan MAS Bhd juga layak untuk menerima bayaran ex-gratia.

Mereka yang ditawarkan bekerja pula akan mendapat bonus.

Menurut Mueller, proses penamatan perkhidmatan akan berlaku secara berperingkat di mana sesetengah daripada mereka daripada mereka mungkin ditawarkan kontrak jangka pendek.

Menurut perancangan MAS Bhd yang bakal mengambil alih operasi bermula 1 September.

FAIZ FADZIL TIDAK BOLEH DIAM LAGI

Posted: 27 May 2015 10:45 PM PDT

Dalam keadaan bahtera dilanda badai - dan di dalamnya ada jurumudi, jurutera, mandor, kelasi, si kembang cina dan lain-lain yang mula menyoal kebijaksanaan nakhoda, muncul seorang "budak "hensem. Begitu besar aura "budak" itu. Ke mana dia pergi, ramai yang berkumpul untuk mendengar apa bicaranya.


QUO VADIS FAIZ FADZIL?

Tak sangka! Rupanya "budak" hensem ni anak mantan nakhoda bahtera itu yang telah meninggal dunia. Kini dia bergandingan dengan anak-anak mantan nakhoda bahtera PAS yang lalu untuk meneruskan legasi Kepimpinan Ulama yang disenangi rakyat:

JOM KITA DENGAR APA KATA MEREKA

Antara "pujian" seorang anak terhadap sikap bapanya yang menarik ialah:


Mutiara Sejarah V

Almarhum fadzil Noor adalah seorang pemimpin yang penuh dengan kasih sayang sesama pimpinan dan kepada ahli. 

Ucapan akhir hayat beliau semasa muktamar 2002, beliau menyatakan yang beliau sedih untuk meninggalkan perwakilan dalam muktamar. 

Hubungan baik dan mesra sesama pemimpin dijalinkan dengan cara bermesyuarat di rumah dan tumpang bermalam di rumah. 

Di akhir hayat beliau, beliau mengajak saya menziarahi beberapa orang ahli biasa pas yang rapat dengan beliau sehingga mereka terkejut. Pakdin (pengawal anwar ibrahim) diajaknya naik kereta bersama. Pakdin sehingga sekarang tidak pernah putus menziarahi kami, begitu juga pakcik latif. Banyak lagi nama jika mahu disebut. 

Almarhum fadzil noor sering ketawa dengan ahli dan rakyat, tidak pernah melabel sesiapa dan memarahi mana- mana ahli atau pemimpin yang mengkritik beliau. Memandangkan begitu banyak strategi politik yang dicaturnya, sudah pasti beliau dikritik selalu sepanjang menjadi presiden. Segala kritikan dijawab dengan hujah yang mematikan kritikan.

~Faiz Fadzil~27 Mei 2015

Seorang anak sudah tentu akan memuji bapanya. Masakan anak memfitnah bapa sendiri (ISMA)?:

KINI DAH KENA TIPU, MACAM MANA?

Pilihlah pemimpin yang cerdik dengan hati yang celik.
#PAS FOR ALL

Nota: Link Facebook Muhammad Faiz Fadzil ada di atas.


Gani, Musa Hasan, berpakat singkir saya, kata polis bersara - OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Posted: 27 May 2015 10:00 PM PDT

Datuk Ramli Yusuff, yang bersara pada 2008 sebagai pengarah jabatan siasatan jenayah komersial (CCID) berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hasan berpakat menyingkirkannya daripada pasukan polis kerana memendam permusuhan yang mendalam terhadapnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Mei, 2015.Datuk Ramli Yusuff, yang bersara pada 2008 sebagai pengarah jabatan siasatan jenayah komersial (CCID) berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hasan berpakat menyingkirkannya daripada pasukan polis kerana memendam permusuhan yang mendalam terhadapnya..

Datuk Ramli Yusuff, yang bersara pada 2008 sebagai pengarah jabatan siasatan jenayah komersial (CCID) berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hasan berpakat menyingkirkannya daripada pasukan polis kerana memendam permusuhan yang mendalam terhadapnya.

Seorang pegawai kanan polis bersara hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hasan berpakat menyingkirkannya daripada pasukan polis dengan merangka pertuduhan jenayah ke atasnya.

Datuk Ramli Yusuff, yang bersara pada 2008 sebagai pengarah jabatan siasatan jenayah komersial (CCID) berkata, ia kerana kedua-dua mereka memendam permusuhan yang mendalam terhadapnya.

Beliau berkata, Musa yang merupakan pegawai bawahannya dari 1994 hingga 2001, tidak menyukainya kerana beliau mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada bekas ketua polis itu.

"Musa melakukan pelbagai pelanggaran jabatan yang menyebabkan saya mengeluarkan tiga surat tunjuk sebab kepadanya," katanya dalam satu kenyataan saksi.

Ramli berkata insiden "Mata Lebam", "kes MAS" dan "kes Goh Cheng Poh" menambahkan kebencian itu.

Beliau memberi keterangan dalam kes saman sivil RM20 juta difailkan peguam Rosli Dahlan terhadap ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed, pegawai-pegawainya dan kerajaan kerana konspirasi mencemar reputasi beliau, serangan dan penahanan salah.

Rosli juga memfailkan saman fitnah terhadap Abu Kassim.

Dalam pernyataan tuntutannya, Rosli berkata, permusuhan Musa terhadap Ramli menyebabkan kedua-dua defendan berpakat menghancurkan reputasi dan integriti beliau (Rosli).



Ramli, yang kini seorang peguam, dan Rosli, menjadi mangsa Gani dan Musa kerana Rosli pernah membantu Ramli menyediakan afidavit sebagai respons kepada permohonan habeas corpus yang difailkan Goh.

Goh, ketua kongsi gelap yang lebih dikenali sebagai Tengku Goh dari Johor, ditahan polis kerana didakwa terlibat dalam perjudian dan pengubahan wang haram.

"Jabatan Peguam Negara enggan menyediakan afidavit bagi saya dan pegawai saya untuk membantah permohonan Goh. Sebaliknya, saya diberi notis singkat untuk bersedia dengan dokumen," kata Ramli.

Katanya, Rosli dan seorang lagi peguam C Vijaya Kumar, membantu beliau menyediakan lima afidavit untuk diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.



Ramli berkata dalam kejadian mata lebam itu, bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dipecat pada 1998, diserang ketua polis negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor semasa dalam tahanan.

Beliau berkata, beliau kemudiannya disuruh Musa yang ketika itu timbalan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (undang-undang dan pendakwaan) untuk memalsukan bukti.

"Musa berkata beliau dihantar peguam negara ketika itu Tan Sri Mokhtar Abdullah dan Gani, dan meminta saya membuat laporan terhadap Anwar.

"Dia (Musa) juga meminta seorang doktor dirancang untuk menunjukkan Anwar dengan sengaja mencederakan dirinya sendiri," katanya.

Ramli berkata, beliau enggan, dan mendedahkan kepada Musa yang Gani berada di Bukit Aman pada malam Anwar diserang.

"Kerana kedudukan yang saya ambil, saya dilihat sebagai tidak setia kepada Musa dan Gani."

Gani dilantik peguam negara pada 2002 manakala Musa dilantik ketua polis negara pada 2006 dan bersara pada 2010.



Ramli berkata, Musa pada 1998 sepatutnya melapor kepadanya tetapi dia memintas protokol polis dan berurusan secara langsung dengan Gani.


Dalam kes MAS, Ramli berkata, beliau diarahkan perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, membuka semula kes itu.

"Gani tidak suka dengan tindakan saya yang membuka semula kes itu dan mengesyorkan pendakwaan."

Ramli berkata, CCID mendapati terdapat bukti mencukupi untuk merangka pertuduhan terhadap bekas ketua pegawai eksekutif MAS Tan Sri Tajuddin Ramli walaupun polis dan pihak pendakwa menutup fail kes itu sebelumnya.




Beliau berkata, beliau tidak disenangi Gani kerana dilihat menjejaskan kedudukan peguam negara itu yang mengesyorkan tiada tindakan diambil berhubung kes itu.

Ramli berkata, Musa dan Gani juga tidak berpuas hati dengannya kerana menyiasat Goh tetapi dia terpaksa melakukannya kerana isu peminjam wang haram menjadi kebimbangan negara berikutan laporan keganasan dan ugutan ke atas orang ramai.

Katanya, Goh kemudiannya pada 2007 diletakkan di bawah perintah kediaman terhad yang ditandatangani timbalan menteri dalam negeri ketika itu Datuk Johari Baharum.

Ramli berkata, Goh, yang memfailkan permohonan habeas corpus, membuat beberapa dakwaan membayangkan Musa dan Gani membersihkannya dari sebarang salah laku.

Katanya, beliau kemudian mendapat tahu Musa menyerahkan satu fail sulit mengenai Goh kepada Gani yang dia (Ramli) juga tidak tahu mengenainya.

Ramli berkata, Gani dan Musa mendapatkan kenyataan dari seorang penjenayah, Moo Sai Chin, yang menyebabkan SPRM mengeluarkan notis memintanya mengisytiharkan harta dan kemudian mendakwanya terlibat rasuah.

Pada 12 Mac, 2009, Mahkamah Sesyen membebaskan Ramli dari tiga pertuduhan gagal mendedahkan maklumat mengenai pemilikan saham dalam Telekom Malaysia Bhd, Permaju Industries Bhd dan dua lot pejabat bernilai RM1.032 juta.

Pada 27 Julai 2008, Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu juga membebaskannya daripada tuduhan menyalahguna kuasa pada 2007 kerana didakwa menggunakan pesawat Cessna polis untuk kegunaan peribadi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Su Geok Yiam bersambung.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com - 


MEREKA BERDUA HARUS DITANGKAP DAN DIDAKWA TERMASUK TUN MAHATHIR -  KERANA INI BERLAKU SEMASA ZAMAN MAHATHIR PEMECAT DENGAN FITNAH TERHADAP DS ANWAR IBRAHIM.

Jangan ganggu, biar generasi baru tadbir negara, Najib beritahu Dr M

Posted: 27 May 2015 09:30 PM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan yang beliau dilantik Umno dan dipilih rakyat untuk memimpin mereka, dan tiba masanya Dr Mahathir membenarkan generasi berikutnya mentadbir negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan yang beliau dilantik Umno dan dipilih rakyat untuk memimpin mereka, dan tiba masanya Dr Mahathir membenarkan generasi berikutnya mentadbir negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menggunakan laman webnya sekali lagi, kali kedua dalam 10 hari, menjawab tuduhan Tun Dr Mahathir Mohamad, mengatakan kebanyakan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya "tidak adil dan mengelirukan."

Sambil menegaskan beliau menerima kritikan dengan "fikiran terbuka," Najib juga meminta bekas perdana menteri itu berundur, mengatakan walaupun pemimpin yang lebih tua harus dihormati, tiba masanya mereka membenarkan generasi berikutnya mentadbir negara.

"Malaysia ialah sebuah demokrasi. Saya dilantik oleh Umno, dan oleh rakyat negara ini, untuk memimpin mereka.

"Oleh itu, saya mempunyai mandat mereka dan saya bertanggungjawab kepada parti dan rakyat, bukan kepada mana-mana individu," kata Najib dalam blognya www.najibrazak.com.

"Pada pilihan raya umum dan pemilihan parti akan datang, parti dan rakyat boleh menjalankan hak demokrasi mereka menerusi peti undi.

"Tambahan pula, banyak daripada kritikan Tun itu tidak adil atau mengelirukan."

Menulis menggunakan kata-kata yang agak keras menjawab tuduhan Dr Mahathir terhadapnya, Najib berkata bekas perdana menteri itu hendaklah menyiasat terlebih dahulu sama ada apa yang didengarnya dari orang di sekelilingnya adalah benar sebelum bercakap mengenainya.

"Dia pun tahu, banyak dakwaan mengenai apa yang berlaku di bawah pentadbiran beliau. Dan selalunya jawapan Tun ialah: 'Mana buktinya?' Dia sepatutnya buat begitu juga kepada apa yang didengarinya."

Najib menyenaraikan beberapa tuduhan Dr Mahathir yang dilemparkan terhadapnya dan pentadbirannya, termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikritik hebat, pembelian cincin berjuta ringgit yang dikatakan dibuat isterinya (Datin Seri Rosmah Mansor), pembelian jet kerajaan dan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Mengenai bantahan Dr Mahathir terhadap GST, Najib berkata, idea mengenai cukai penggunaan itu pertama kali diilhamkan semasa pentadbiran Dr Mahathir.

Katanya, pakar ekonomi bersetuju kerajaan perlu memperluaskan asas cukai, sambil menambah, pendapatan daripada GST akan digunakan untuk kebajikan rakyat.

Najib juga membidas Dr Mahathir kerana mengulangi "khabar angin berniat jahat" tentang isteri dan keluarganya.

Dr Mahathir, katanya, sewenang-wenangnya memuntahkan semula tuduhan palsu dimulakan pembangkang pada pilihan raya umum lalu yang Rosmah membeli cincin berharga RM24 juta.


Khabar angin itu, kata Najib, satu pembohongan, sambil menegaskan syarikat yang memiliki cincin itu turut menjelaskan Rosmah tidak pernah membeli cincin itu.

"Sesuatu yang dikesali seseorang pada kedudukan Tun menghebahkan fitnah sebegitu."

Mengenai pembelian jet kerajaan yang baru, Najib berkata, Yang di-Pertuan Agong merupakan orang pertama menggunakan pesawat itu untuk pergi ke Langkawi.

Dr Mahathir sebelum ini menggelar Najib seorang pembohong, dengan mendakwa Agong tidak menggunakan pesawat itu.

Najib juga menyatakan Dr Mahathir menggunakan "cabaran" dihadapi 1MDB untuk menyerangnya, sedangkan sesetengahnya tidak berasaskan kebenaran.

"Memang benar 1MDB menghadapi cabaran, tetapi tidak pada tahap yang didakwa. Contohnya, dakwaan Tun yang saya bertanggungjawab atas kerugian sebanyak RM42 bilion pada penyata kewangan 1MDB," kata Najib.

"Ia sebenarnya fakta yang sengaja diputarbelit kerana 1MDB tidak membuat kerugian sebanyak jumlah itu. Ia  merupakan jumlah keseluruhan hutangnya; hutang yang jauh lebih rendah dari aset syarikat sebanyak RM51 bilion, sebagaimana diaudit dan disahkan Deloitte. 


Kebanyakan syarikat besar di seluruh dunia mempunyai tahap hutang yang tinggi, tidak ada apa yang luar biasa mengenainya."

Najib juga menafikan dakwaan Dr Mahathir yang beliau mengelak menjawab isu berhubung 1MDB.


Sebaliknya, katanya, beliau melakukan lebih dari itu dengan mengarahkan ketua audit negara menyemak akaun 1MDB dan mengemukakan hasilnya kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Najib yang ketika ini berdepan saat paling getir dalam kerjayanya berkata, kemajuan yang dibuatnya sepanjang pentadbirannya 6 tahun lalu diketepikan begitu sahaja disebabkan "tuduhan dan pembohongan", yang asalnya dimulakan pembangkang.

"Kebanyakan dari apa yang Tun katakan tiada objektiviti dan terang-terangan salah. Soalan yang perlu ditanya – apakah motivasi Tun dalam memilih saat ini untuk memuntahkan segala cemuhan yang dibuat pembangkang yang sebelum ini beliau sendiri tuduh sebagai pendusta?"

Najib diserang bertubi-tubi Dr Mahathir berhubung pelbagai dasar kerajaan. Gesaan Dr Mahathir supaya Najib meletak jawatan menguji perpaduan dalam Umno, apabila beberapa pemimpin parti mendesak Najib menjelaskan tuduhan yang dilontarkan terhadapnya.

Najib berkata hari ini, beliau menyokong Dr Mahathir sebelum ini ketika "susah dan senang," kerana beliau percaya perpaduan dalam Umno adalah pra-syarat untuk bekerja bersama untuk rakyat.

"Salah bagi Tun dan mana-mana anggota parti melemahkan kepimpinan parti hari ini hanya kerana kehendak peribadi mereka tidak dipenuhi. Kepentingan rakyat dan parti jauh lebih penting daripada mana-mana individu," kata Najib.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

BR1M 2015. Ketahuilah Anda Layak Menuntut Skim Khairat Kematian BR1M 2015! - by Roslan Alan

Posted: 27 May 2015 09:00 PM PDT

 


Seperti di bantuan rakyat satu malaysia br1m2014,BR1M 2015 juga turut diberi skim perwarisan iaitu skim khairat kematian di mana waris kepada si mati yang menerima br1m akan boleh tuntut dan terima wang sebanyak RM1000. Skim Khairat Kematian BR1M 2015
Skim khairat kematian br1m 2015 ini akan berkuat kuasa mulai 1 januari 2015 hingga hujung tahun 2015.walaubagaimana pun,skim khairat kematian ini hanya layak bagi penerima br1m 2015 yang berstatus berkeluarga serta warga emas.yang bujang jangan minta maaf. 
Seperti yang semua sedia maklum,setiap penerima berstatus keluarga dan warga emas di wajibkan mengupdate permohonan masing-masing dengan mengisi bahagian C iaitu bahagian perwarisan.
DOKUMEN DAN CARA TUNTUT SKIM KHAIRAT KEMAITAN BR1M 2015:
Waris yang telah di namakan oleh si mati perlu mengunjungi mana-mana cawangan banks simpanan nasional (BSN).tuntutan akan dibuka mulai 2 februari 2015. 
Waris hanya perlu membawa IC/My Kad dan juga Surat Kematian atau Sijil Kematian. 
Baki br1m si mati yang belum disalurkan juga boleh dituntut oleh waris dengan mengunjungi mana-mana cawangan banks simpanan nasional (BSN) dengan membawa IC sendiri dan sijil kematian si mati. 
Untuk sebarang kekeliruan atau ketidak fahaman anda boleh terus menghubungi hotline 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) ataupun melalui e-mel pada br1m@treasury.gov.my.

Najib Marah Mahathir Ikut Skrip Pembangkang Kutuk Rosmah

Posted: 27 May 2015 08:30 PM PDT

 PM: Dr M ulang 'khabar angin jahat' pada Rosmah





Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata Tun Dr Mahathir Mohamad hanya mengulangi "khabar angin berniat jahat" terhadap keluarga dan isterinya Rosmah Mansor.

Sebagai contoh, kata Najib, dalam ucapan di Ipoh, Mahathir memetik kenyataan palsu yang dijaja pembangkang melalui artikel ubah suai daripada Utusan Malaysia.

"Beliau juga bangkitkan kembali fakta palsu dan memburuk-burukkan oleh pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang bahawa isteri saya miliki cincin RM24 juta.

"Ini semua bohong, syarikat yang memiliki cincin itu perjelas secara terperinci bahawa cincin itu tidak pernah dibeli oleh Rosmah," katanya dalam siri baru jawapan kepada soalan lazim (FAQ) di blognya hari ini.

Najib meluahkan rasa kesal kerana orang seperti Mahathir turut menabur fitnah kepada orang ramai.

Sebelum ini, beredar gambar muka depan satira Utusan kononnya Rosmah mampu membeli cincin mewah itu kerana telah menabung daripada kecil.

Najib mula memuat naik FAQ menjawab isu panas dalam negara selepas Mahathir hilang kepercayaan pada pentadbirannya dan menuntut beliau berundur.

Beliau juga hari ini mengambil peluang menjawab serangan Mahathir dengan berkata banyak perkara dilontarkan tidak adil dan mengelirukan.

Terbaik Dari Ust Ahmad Awang: Perkasakan Pakatan Rakyat!

Posted: 27 May 2015 08:00 PM PDT

 


Perkasakan Pakatan, kata Ahmad Awang

Pencabar bagi jawatan presiden PAS Ahmad Awang berkata, beliau akan memperkukuhkan parti serta menyatupadukan ahlinya yang mempunyai pelbagai latar belakang sekiranya menang jawatan tersebut.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, bekas naib presiden PAS itu berkata, perkara itu perlu dilakukan memandang ia merupakan tanggungjawab dan kewajipan seorang presiden parti bagi memastikan semua ahli bersatu.

"Pertama sekali ialah perkukuhkan dan perbaiki parti serta menyatupadukan sebahagian aliran-aliran yang telah membawa kepada seolah-olah tak boleh ada kebersamaan.

"Itu tugas dan kewajipan presiden," katanya yang turut berharap supaya tiada perpecahan ahli PAS selepas muktamar pada awal Jun depan.

Ahmad berdepan pertembungan satu lawan satu dengan Hadi dalam pemilihan PAS kali ke-61 di Kuala Selangor.

Hadi pertama kali dicabar sepanjang 13 tahun kepimpinannya.

Ini dipercayai susulan kenyataan dan tindakannya yang didakwa tidak menguntungkan Pakatan Rakyat.

Berikut sedutan temubual Ahmad bersama Malaysiakini.

Selepas tahun 1956 - selepas 13 tahun, kenapa baru sekarang ustaz bertanding jawatan presiden parti. Selama ini jawatan itu menang tanpa bertanding. Apa yang menyebabkan ustaz memutuskan untuk bertanding jawatan itu?

Bila kata mencabar, saya tak ambil pengertian "mencabar" presiden. Cuma saya menganggap saya ambil tanggungjawab memenuhi tuntutan atau permintaan daripada sebahagian ahli parti yang mencalonkan saya untuk jawatan tersebut. 
 
Dan dalam PAS, memang kita parti yang amalkan sistem demokrasi dan dalam perlembagaan, kita diberi hak kepada setiap ahli untuk dicalonkan apa jua jawatan dalam parti. Dari jawatan presiden sampailah ke peringkat ahli jawatankuasa.

Soal sebelum ini tak ada mana-mana pihak yang dicalonkan untuk mengisi jawatan itu, itu bergantung pada keadaan parti setiap masa. Mungkin disebabkan parti sekarang melihat jawatan presiden perlu ada calon lain. 
 
Calon presiden sekarang adalah golongan yang dilihat sebagai golongan agamawan atau ulama dan (calon) yang lain saya lihat tak ada persediaan (untuk bertanding), jadi saya menyahut dan hormati kehendak sebahagian mereka (ahli).

Jadi kecenderungan ramai mahu saya dicalonkan. Dan apabila saya fikir dan timbang serta hormati kehendak ahli, berdasarkan perlembagaan parti dan dari segi hukum agama pun tak jadi kesalahan jika seseorang bersedia untuk dicalonkan bagi parti gerakan Islam.

Ini bukan perlawanan nak tentang satu sama lain tapi ini satu pertandingan dan persaingan yang sihat dan sebagai persaingan idea, pemikiran untuk dilihat oleh perwakilan. 
 
Mereka boleh memilih bagi menentukan sama ada sesuai atau tidak menerajui PAS sekarang yang dilhat sebagai pertubuhan bukan hanya sebuah parti seperti zaman 30-an dulu yang macam kampungan. Kerana dalam PAS sekarang ada pelbagai ahli dari latar belakang berbeza. Jadi saya sahut cabaran untuk bersetuju menerima pencalonan ini setelah berfikir amat dalam.

Ustaz dianggap memecah tradisi parti?

Saya menghormati beliau (Hadi) dan kalau jumpa pun saya panggil dengan panggilan mesra iaitu 'ayah chik'. Itu menunjukkan kemesraan kami. Walaupun lima tahun sejak kebelakangan ini jarang bersama. 
 
Dan saya rasa tak timbul (pecah tradisi), saya tetap hormati dia sebagai rakan, sahabat dan juga salah seorang naib presiden Persatuan Ulama Sedunia. Saya pula ada menubuhkan cawangan Persatuan Ulama Sedunia dan dengan sendiri dalam konteks hubungan Persatuan Ulama Sedunia pun kami bersama.

Dulu walau ada konflik dalaman parti, jawatan presiden tetap tidak dicabar. Adakah masalah yang melanda PAS sekarang begitu kronik sehingga ahli meminta ustaz bertanding?

Amalan demokrasi itu satu perkara. Macam kita lihat tadi, barangkali PAS dalam suasana politik hari ini berada dalam politik negara dan parti nasional kerana duduk di dalam Pakatan Rakyat dan ia merupakan saingan kepada BN. 
 
Jadi perkara mutakhir ini mungkin dirasakan sebahagian ahli untuk melihat persaingan di kalangan pimpinan dalam konteks kepimpinan iaitu pelaksanaan tanggungjawab dalam parti supaya lebih komprehensif yang menunjukkan kepada amalan kebijaksanaan dalam kepimpinan. Mungkin mereka kini nak lihat sesuatu yang lebih baik. Bukan bermakna sekarang tak baik.

PAS kini dilihat terbahagi kepada dua kumpulan iaitu ahli PAS yang pro-ulama dan profesional. Ustaz yang mana satu?

Pada saya PAS hanya satu kelompok kumpulan sahaja iaitu ahli Parti Islam Se-Malaysia. Saya akui ahli mempunyai pelbagai latar belakang. Ada yang profesional, berpendidikan dan pelbagai arah pemikiran. 
 
Tapi kita melihat kepelbagaian pemikiran, pandangan, sudut pandang berbeza dalam parti itu sebagai satu perkara yang baik. Dan apabila diurus, dengan kepelbagaian itu capai objektif yang komprehensif dan keputusan bersama dapat diperolehi.

Berbeza pendapat, pandangan ini kepelbagaian yang cantik tapi perlu diolah dan diselaraskan sehingga lahir satu kesepakatan. Dalam Islam, ia mengaturkan prinsip dalam jamaah berdasarkan kepada permesyuaratan.

Jadi ustaz tak meletakkan diri ustaz di mana-mana pihak?

Saya kira yang memberi gelaran pro-ulama dan sebagainya ini, pada saya ia masalah yang mesti kita perbetulkan dan selaraskan. Dan dalam PAS pun ada perlembagaan parti dan menjadi tugas pemimpin untuk menyatupadukan ahli dengan segala usaha dan ikhtiar dan menjadikan parti yang didukung ini, ahlinya bersatu dengan pendapat yang berbeza. Dan akhirnya, pemikiran yang terbaik itu akan dipilih untuk dijadikan keputusan bersama.

Berdasarkan pemilihan kawasan, Hadi dilihat mempunyai peluang dan kelebihan yang lebih besar. Mungkin ustaz ada strategi ustaz untuk berkempen memenangi jawatan ini?

Soal berkempen tak timbul. Tetapi bila ahli calonkan saya, saya setuju dan oleh itu saya kena berusaha. Mereka yang calonkan saya juga kena usaha dan berikhtiar bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan. Dalam pertandingan ada menang dan kalah. 
 
Kalau masuk untuk main-main dan tak nak menang, saya pun tak menerima pencalonan ini. Tapi saya melihat, kita berusaha dan ikhtiar dan ahli perlu beri dukungan. Dengan ikhtiar ini, insya-Allah boleh capai kemenangan.Semua itu kita serahkan pada perwakilan. Ini usaha kita. Ia bukan tak boleh dicapai. Kita percaya dengan keyakinan itu, kita serahkan dan dalam berusaha, kita juga perlu beri maklumat yang diharapkan sampai kepada perwakilan.

Adakah ustaz meletakkan peratusan keyakinan untuk menang pada pemilihan kali ini?

Soal yang penting ialah usaha dan ikhtiar dan ia meyakinkan saya boleh capai kemenangan. Serah pada perwakilan. Benda ini bukan perkara yang tak boleh dicapai dan dari situ datang peratusannya.

Apa ustaz harapkan apabila menjadi presiden? Dan apakah perkara pertama ustaz akan lakukan sekiranya menang jawatan ini?

Pertama sekali ialah perkukuhkan dan perbaiki parti serta menyatupadukan sebahagian aliran-aliran yang telah membawa kepada seolah-olah tak boleh ada kebersamaan. Saya balik pada teras asal. PAS yang ada ini sudah baik dah, tetapi baiki berasaskan prinsip dan perlembagaan PAS. Itu tugas dan kewajipan presiden. Dan perkasakan Pakatan Rakyat. Tetapi sebelum ke sana, saya nak perkasakan jamaah dulu. Bagaimana cara nak laksanakannya, bagi saya menang dulu.

Saya tak mahu melihat yang kalah (dalam pemilihan) nanti diasingkan. Dan saya selalu mengetengahkan bahawa yang kalah jangan tubuh parti atau kumpulan lain. Saya percaya semua ahli PAS sayang parti seperti saya. 
 
Saya tak mahu terus ada perpecahan dalam PAS selepas muktamar. Usaha ini boleh dilaksanakan. Tambahan pula Majlis Syura ini terdiri daripada ulama dan mereka beri nasihat untuk membimbing agar jangan berlaku perselisihan faham pada jamaah.

Jika ustaz kalah, adakah tetap akan meneruskan visi ini?

Insya-Allah. Saya bersama sahabat saya pun, tujuan kita dalam kedudukan PAS adalah untuk terus maju ke hadapan bersama Pakatan dan slogan "PAS For All" kita nak terus terbina. (PAS) bukan hanya untuk Melayu dan ahli PAS sahaja.

Dalam erti kata lain, adakah presiden sekarang gagal untuk menyatupadukan dan kukuhkan parti?

Yang itu saya punya visi. Yang orang itu, dia punya visi dia. Kena tanya dia. -mk

ULASAN GB

GB katakan TERBAIK... kerana Ustaz Ahmad Awang tegas dengan misinya... PERKUKUHKAN PAKATAN RAKYAT. Itulahlah resolusi Muktamar PAS bertahun-tahun yang cuba dicabuli oleh sesetengah pemimpin di dalam PAS kini.

Mereka lansung tidak menghormati suara ahli di dalam PAS. Malah ada ahli MSU dan pimpinan tertinggi PAS sendiri yang berulangkali membuat kenyataan "semak semula kedudukan PAS dalam PR", sedang mereka terlupa MSU itu sendiri dibentuk oleh Muktamar.

mereka lansung tidak bersyukur dengan nikmat dan rahmat kemenangan yang Allah kurniakan kepada PAS melalui Pakatan Rakyat. Perencanaan jahat sesetengah pihak untuk membawa keluar PAS dari PR akan tetap gagal.

InsyaAllah kami doakan Ustaz Ahmad Awang berjaya di dalam pemilihan PAS nanti sebagai Presiden PAS yang baharu. 
 
 
Kelab Greenboc

Perlukah Najib heboh sokongan istana FMT Reporters

Posted: 27 May 2015 07:30 PM PDT

 
zam-najib

Sekiranya Najib yakin dengan mandat yang diterima rakyat beliau tidak perlu membabitkan istana.

PETALING JAYA: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa beliau mendapat sokongan daripada istana diselar bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin.

Katanya, jika Ahli Parlimen Pekan itu yakin dengan sokongan yang diterima rakyat, Najib tidak perlu mengheret institusi beraja untuk menunjukkan beliau berkuasa.

"Jika beliau telah yakin dengan sokongan rakyat yang kuat dan hebat maka kenapakah beliau perlu mendapatkan sokongan dari Istana?

"Apakah sokongan dari istana walaupun dari hanya seorang sultan lebih besar dari sokongan ribuan rakyat?," soalnya.

Jelas Zainuddin dalam blognya, zamkata.blogspot.com, apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri dengan membabitkan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar akan memberi kesan ke atas institusi Raja Berpelembagaan.

"Rakyat memberikan penghormatan tertinggi kepada Sultan dan Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan tetapi apabila Raja di bawa ke dalam kancah pertarungan politik antara rakyat maka dibimbangi akan menjejaskan penghormatan terhadap raja.

"Jika menang baiklah tetapi jika kalah orang yang di sokongnya bagaimana?," soal Zainuddin.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Zam khuatir, sekiranya sultan dibabitkan dengan percaturan poltik kepartian, ia akan memberi kesan kepada UMNO.

"Maka apakah pemimpin -pemimpin UMNO dan ahli-ahli UMNO tidak melihat ini sebagai suatu permainan politik yang tidak sihat yang akan menjejaskan kuasa demokrasi di tangan rakyat dan mahu membina feudalisme dalam UMNO.

"UMNO ditubuhkan diatas atas perjuangan rakyat dan untuk rakyat!

"Dengan Perdana Menteri sendiri membawa sokongan Istana ke dalam politik,maka bagaimanakah pula jika Menteri-Menteri Besar atau pemimpin-pemimpin UMNO yang hampir dengan Sultan-Sultan di setiap negeri mendakwa Sultan atau Raja masing-masing menyokong mereka dalam pertandingan merebut kedudukan dalam Majlis Kerja Tertinggi UMNO", ulasnya.

Susulan pendedahan yang dibuat Najib mengenai sokongan istana yang diterimanya, Zam membangkit semula desas-desus pemilihan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Naib Presiden UMNO.

Selain pangkat sepupu kepada Perdana Menteri, isterinya, Tengku Marsilla Tengku Abdullah adalah anaknda saudara kepada Sultan Pahang.

"Dengan pendedahan Najib bahawa Sultan Pahang menyokongnya maka yakinlah rakyat ada kebenaran dalam bisik-bisik selama ini mengatakan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendapat sokongan Istana dalam persaingannya dengan Mukhriz Tun Mahathir untuk merebut jawatan Naib Presiden UMNO yang lalu", tulis Zam.

12 anggota polis ditahan bantu siasatan penemuan kubur di Perlis - Adam Abu Bakar

Posted: 27 May 2015 07:00 PM PDT


wan-junaidi-wang-kelian

Wan Junaidi enggan mendedahkan pangkat 12 anggota yang ditahan tersebut kerana siasatan masih dijalankan.

KUALA LUMPUR: Seramai 12 orang anggota polis ditahan bagi menyiasat penemuan kes 139 kubur pelbagai saiz di kawasan seluas kira-kira 11 kilometer persegi di Gunung Wan Kelian, Perlis.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, lapan anggota polis telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) manakala empat orang lagi ditahan oleh polis sendiri.

Bagaimanapun, Wan Junaidi enggan mendedahkan pangkat 12 anggota yang ditahan tersebut.

"Tidak payah tahu samada 'senior officer' atau tidak," katanya kepada media di Parlimen pada Rabu.

Wan Junaidi berkata, pihaknya kini juga sedang menyiasat semua anggota keselamatan dan ia tidak tertumpu kepada anggota polis sahaja.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Santubong turut memberitahu bahawa tidak ada keperluan untuk kerajaan mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat 139 kubur yang dipercayai mangsa aktiviti sindiket pemerdagangan manusia.

"Pada saya, tidak semua benda kita perlu adakan RCI, kalau tidak semua benda berlaku akan ada RCI," katanya dalam satu sidang media di Dewan Rakyat, pada Rabu.

Shafee dibenar soal balas Anwar Mohamad Fadli

Posted: 27 May 2015 06:30 PM PDT


shafee-abdullah_anwar_300

HAKIM MENANGGUHKAN KES INI SEHINGGA 16 JUN.

Berdasarkan perintah berkenaan, bermakna ia berjaya menolak bantahan awal berhubung soalan yang membabitkan sabitan lampau kes liwat bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

shafee-abdullah_anwar_300

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab memberi kebenaran kepada peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk menyoal balas Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung sabitan lampau kes liwatnya.

Ia diputuskan dalam perbicaraan saman fitnah yang dikemukakan bekas Ketua Pembangkang itu terhadap Senator Datuk Seri S Nallakaruppan.

Berdasarkan perintah itu, bermakna ia berjaya menolak bantahan awal berhubung soalan yang membabitkan peribadi Anwar.

Bagaimanapun Mohd Zaki telah menangguhkan kes sehingga 16 Jun selepas peguam plaintif, Latheefa Koya meminta untuk membuat rayuan agar soalan yang diminta Shafie tidak dibenarkan dibawa ke dalam kes ini.

"Jadi kita akan tunggu sehingga 16 Jun depan untuk memberitahu status keputusan kes ini," katanya.

Peguam Mualaf Tak Habis Habis Nak Perkenakan DSAI".

Bekas Pegawai Polis Dedah Tembelang Ketua Polis Negara

Posted: 27 May 2015 06:00 PM PDT

 

Bekas Pegawai Polis Dedah Tembelang Ketua Polis Negara. Seorang pegawai kanan polis bersara hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hasan berpakat menyingkirkannya daripada pasukan polis dengan merangka pertuduhan jenayah ke atasnya.

Datuk Ramli Yusuff, yang bersara pada 2008 sebagai pengarah jabatan siasatan jenayah komersial (CCID) berkata, ia kerana kedua-dua mereka memendam permusuhan yang mendalam terhadapnya.

Beliau berkata, Musa yang merupakan pegawai bawahannya dari 1994 hingga 2001, tidak menyukainya kerana beliau mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada bekas ketua polis itu.

 "Musa melakukan pelbagai pelanggaran jabatan yang menyebabkan saya mengeluarkan tiga surat tunjuk sebab kepadanya," katanya dalam satu kenyataan saksi.
Ramli berkata insiden "Mata Lebam", "kes MAS" dan "kes Goh Cheng Poh" menambahkan kebencian itu.


Beliau memberi keterangan dalam kes saman sivil RM20 juta difailkan peguam Rosli Dahlan terhadap ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed, pegawai-pegawainya dan kerajaan kerana konspirasi mencemar reputasi beliau, serangan dan penahanan salah.
Rosli juga memfailkan saman fitnah terhadap Abu Kassim.

Dalam pernyataan tuntutannya, Rosli berkata, permusuhan Musa terhadap Ramli menyebabkan kedua-dua defendan berpakat menghancurkan reputasi dan integriti beliau (Rosli).

Ramli, yang kini seorang peguam, dan Rosli, menjadi mangsa Gani dan Musa kerana Rosli pernah membantu Ramli menyediakan afidavit sebagai respons kepada permohonan habeas corpus yang difailkan Goh.
Bekas Pegawai Polis Dedah Tembelang Ketua Polis Negara

Goh, ketua kongsi gelap yang lebih dikenali sebagai Tengku Goh dari Johor, ditahan polis kerana didakwa terlibat dalam perjudian dan pengubahan wang haram.


"Jabatan Peguam Negara enggan menyediakan afidavit bagi saya dan pegawai saya untuk membantah permohonan Goh. Sebaliknya, saya diberi notis singkat untuk bersedia dengan dokumen," kata Ramli.

Katanya, Rosli dan seorang lagi peguam C Vijaya Kumar, membantu beliau menyediakan lima afidavit untuk diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.
Ramli berkata dalam kejadian mata lebam itu, bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dipecat pada 1998, diserang ketua polis negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor semasa dalam tahanan.

Beliau berkata, beliau kemudiannya disuruh Musa yang ketika itu timbalan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (undang-undang dan pendakwaan) untuk memalsukan bukti.

"Musa berkata beliau dihantar peguam negara ketika itu Tan Sri Mokhtar Abdullah dan Gani, dan meminta saya membuat laporan terhadap Anwar.

"Dia (Musa) juga meminta seorang doktor dirancang untuk menunjukkan Anwar dengan sengaja mencederakan dirinya sendiri," katanya.


Ramli berkata, beliau enggan, dan mendedahkan kepada Musa yang Gani berada di Bukit Aman pada malam Anwar diserang.

"Kerana kedudukan yang saya ambil, saya dilihat sebagai tidak setia kepada Musa dan Gani."

Gani dilantik peguam negara pada 2002 manakala Musa dilantik ketua polis negara pada 2006 dan bersara pada 2010.
Ramli berkata, Musa pada 1998 sepatutnya melapor kepadanya tetapi dia memintas protokol polis dan berurusan secara langsung dengan Gani.

Dalam kes MAS, Ramli berkata, beliau diarahkan perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, membuka semula kes itu.
"Gani tidak suka dengan tindakan saya yang membuka semula kes itu dan mengesyorkan pendakwaan."


Ramli berkata, CCID mendapati terdapat bukti mencukupi untuk merangka pertuduhan terhadap bekas ketua pegawai eksekutif MAS Tan Sri Tajuddin Ramli walaupun polis dan pihak pendakwa menutup fail kes itu sebelumnya.
Beliau berkata, beliau tidak disenangi Gani kerana dilihat menjejaskan kedudukan peguam negara itu yang mengesyorkan tiada tindakan diambil berhubung kes itu.

Panas dari Mahkamah!

Posted: 27 May 2015 05:30 PM PDT

Ex-cop gives blistering testimony in Rosli's MACC case Ho Kit Yen | May 27, 2015 Former cop Ramli Yusoff says the ACA wanted to take Rosli out as a warning to anyone who wanted to help him. Ramli KUALA LUMPUR:

The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) this morning failed in a desperate bid to have the High Court expunge a substantial body of evidence from the witness statement of former Commercial Crime Investigation Department (CCID) chief Ramli Yusoff at the on-going trial commenced by lawyer Rosli Dahlan against it.

Justice Su Geok Yam's ruling effectively set the stage for Ramli to adduce some blistering evidence during the afternoon session of the hearing. In his examination-in-chief Ramli told the Court, "It was clear that the ACA (as the MACC was formerly known) wanted to take Rosli out first as a lesson and warning to anyone who dare to help me."

Referring to investigations by the ACA into Rosli, his arrest and subsequent charging in court, Ramli said, "I felt very bad because Rosli was not even a suspect in the ACA investigations."

"I was the prime suspect but all these things happened to him first." Baseless corruption charge causes Ramli his job Earlier in his witness statement, Ramli had narrated in detail his own ordeal at the hands of the ACA, former IGP Musa Hassan and Attorney-General Abdul Gani Patail.

A cop for 38 years, Ramli now himself a practising lawyer, told the court how he had suffered the ignominy of having been interdicted when he was charged under the Anti-Corruption Act, 1997, on charges which he claimed were completely baseless. "Upon interdiction, I was suspended," he testified, saying that he later reached retirement age in March the following year but was not released from the force.

"My interdiction ended when I was acquitted of all the criminal charges on March 12, 2012, and I was restored to my rank as a Commissioner of Police," he told the court, saying, however, that he was not able to return to active duty since he was well past his retirement age.

Despite eventually being formally reinstated and receiving all his dues, he told the court, "I effectively lost my job and career on November 2, 2007." Ramli labelled disloyal for refusing to fabricate evidence Asked why he was charged in the first place, Ramli, who claimed that he was next in line for the post of IGP, said,

"I believe that Musa and Gani had targeted me for elimination from the hierarchy of the police force," adding that they had "harboured a deep seated animosity" towards him.

Tracing Musa's animosity towards him, Ramli claimed that this was on account of three show cause letters issued by Ramli to Musa for 'departmental breaches' and three other prominent incidents which Musa was involved in.

The first of those incidents related to Musa's role in Anwar Ibrahim's infamous 'black eye' incident in 1998, which Ramli claimed he witnessed first hand. "I was the one who pulled (Rahim Noor) out of Anwar's cell with the help of former director of CID Yaacob Mohd Amin," he explained.

"I was then asked by Musa to fabricate evidence" to the effect that Anwar had lodged a false police report against Rahim Noor and to "arrange for a doctor to give a medical report that Anwar had inflicted injuries on himself," he told the Court. "I refused," he claimed, adding that thereafter he was seen by both Gani and Musa as 'disloyal'.

Ramli displeases AG by reopening MAS case Ramli also claimed that Gani was displeased with him for reopening investigations into the Malaysia Airlines (MAS) case, despite the fact that instructions for him to do so had come from then Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi at the request of the airline itself.

He testified further that he briefed Abdullah in March 2007 that there were grounds to commence a prosecution against Tajuddin Ramli and offered to do it himself if the AG was reluctant. Ramli claimed that Gani saw this as 'undermining' him as attorney general.

Ramli said that thereafter, in July 2007, he was served with the first notice by ACA requiring a disclosure of assets. "It was around this time that the New Straits Times broke the story about the RM27,000,000 cop," he added, leading thereafter to him being charged in court and interdicted.

Ramli also cited several other instances which gave rise to Musa and Gani's animosity including his investigation into alleged links between Musa and 'the underworld' and in particular one Goh Cheng Poh who was later detained and banished by an order signed by the Deputy Minister of Internal Security.

According to Ramli, in Goh's subsequent application for habeas corpus, Goh had claimed that Musa, the ACA and Gani had cleared him of wrongdoing. Ramli testified that later, on August 20, 2007, he was served with an order by the ACA requiring him to deliver Goh's file to the ACA. Despite his protestations, which he recorded in a letter to the AG on August 23, 2007, he was forced to eventually hand over the file.

From then on, he said, his division no longer received cooperation from the AG's chambers, including in respect of the drawing up of affidavits for use in court, leaving him compelled to seek assistance from Rosli and his colleague, C Vijaya Kumar.

Six cops get arrested by ACA for 'fabricating' evidence He said that Goh's habeas corpus application then took a "dramatic turn of events" when six rank and file policemen were arrested by the ACA for allegedly fabricating evidence against Goh, and were themselves interdicted.

"The 10th Defendant herein (Sok One a/l Esen) also filed an affidavit on behalf of ACA but instead of supporting the detention, he affirmed an affidavit which supported the position of Goh Cheng Poh and confirmed that he had been cleared of wrongdoing," Ramli's witness statement read.

"This is unprecedented in the history of the Royal Malaysian Police," he added. "The whole investigation against Goh Cheng Poh was discredited by the ACA which allowed Goh Cheng Poh to go scott-free."

The policemen were acquitted of all charges without their defence being called, Ramli testified further. Ramli explains getting "fixed up" Explaining how he was 'fixed up', Ramli's evidence read, "They obtained a statement by a criminal by the name of Moo Sai Chin which implicated me." Moo had been detained in October 2006 under the Emergency Ordinance and was released in January 2007.

Two months later, Moo gave a statement to ACA alleging that I had received bribes from him in 1999, Ramli added. He said that premised on nothing more than Moo's bare statement, they issued a notice for Ramli to disclose his assets.

"Once the notice was issued, the ACA leaked false information and the details of the investigation to the press who publicised the issue," he added, claiming that, despite being false, such stories written about him in the press had been given credibility simply because they named the ACA as their source.

"Even Utusan Malaysia has admitted that this story was sensationalised beyond the parameters of ethical journalism," he pointed out. Ramli testified that the issues surrounding him had also affected Rosli, who was himself having trouble with his bankers because his name had been listed in a financial search of police officers and their family.

"All that (Rosli) had done was to help CCID and the then Deputy Minister of Internal Security to prepare affidavits and act as my solicitor in my personal affairs," he added. According to Ramli, Rosli was issued with two notices under the Anti-Corruption Act, 1997.

He was arrested and charged even before investigations against Ramli himself had been completed. The hearing continues.

Posted by mountdweller


Reaksi wajah yang menggambarkan seribu makna. Apa kes?

Posted: 27 May 2015 04:59 PM PDT


Hari ini Matahari melintas betul-betul di atas Ka'bah, Jom betulkan arah kiblat kita Dicatat oleh ustazcyber di 6:10:00 PG Baca keterangannya di SINI Direktur Urusan Agama Islam dan Pembinaan Syariah (Urais-Binsyar) Mukhtar Ali menjelaskan bahwa berdasarkan data astronomi, Khamis (28/5/2015), matahari akan melintas tepat di atas Kabah. Peristiwa alam ini akan terjadi pada pukul 16.18 WIB dan 17.18 WITA. "Bayang-bayang benda yang berdiri tegak, pada tanggal dan jam tersebut akan mengarah tepat ke Ka'bah," jelas Muhtar Ali, Rabu (27/5). Menurut Mukhtar, peristiwa semacam ini sering dikenal juga dengan nama Rashdul Qiblah. Yaitu, ketentuan waktu di mana bayangan benda yang terkena sinar matahari menunjuk arah kiblat. Sehubungan itu, kaum muslimin dan pengurus takmir masjid/mushalla yang akan memverifikasi kesesuain arah kiblat, dapat melakukan langkah-langkah sebagai berikut: Pertama, menentukan lokasi masjid, mushalla, langgar, atau rumah yang akan diluruskan arah kiblatnya. Sediakan tongkat lurus panjang 1 sampai 2 meter dan peralatan untuk memasangnya. Siapkan juga jam/arloji yang sudah dikalibrasi waktunya secara tepat dengan radio/televisi/internet; Kedua, cari lokasi di samping atau di halaman masjid yang masih mendapatkan penyinaran matahari pada jam-jam tersebut serta memiliki permukaan tanah yang datar. Pasang tongkat secara tegak dengan bantuan pelurus berupa tali dan bandul. Persiapan jangan terlalu mendekati waktu terjadinya rashdul qiblah agar tidak terburu-buru; Ketiga, saat rashdul qiblah berlangsung amatilah bayangan matahari yang terjadi (toleransi +/- 2 menit). Di Indonesia peristiwa rashdul qiblah terjadi pada sore hari sehingga arah bayangan menujuu ke Timur. Sedangkan bayangan yang menuju ke arah Barat agak serong ke Utara merupakan arah kiblat yang tepat; Keempat, gunakan tali, susunan tegel lantai, atau pantulan sinar matahari menggunakan cermin untuk meluruskan lokasi ini ke dalam masjid/rumah dengan menyejajarkannya terhadap arah bayangan. Mukhtar menambahkan bahwa selain tongkat lurus, menara, sisi selatan bangunan masjid, tiang listrik, tiang bendera, atau benda lain yang tegak juga bisa digunakan untuk melihat bayangan. "Bisa juga dengan teknik lain, misalnya bandul yang digantung menggunakan tali sepanjang beberapa meter, maka bayangannya dapat kita gunakan untuk menentukan arah kiblat," jelasnya. (kemenag.go.id/arrahmah.com) - See more at: http://www.arrahmah.com/news/2015/05/27/besok-matahari-melintas-persis-di-atas-kabah-verifikasi-arah-kiblat-kita.html#sthash.FlfHwCcX.dpuf

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

1MDB : Audit Anak Beranak... ??

Posted: 27 May 2015 04:30 PM PDT

Mafiaboss Melayu's photo. Susulan aduan terhadap Deloitte dalam isu 1MDB, tumpuan kini beralih kepada seorang anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebagai rakan kongsi dalam syarikat audit antarabangsa itu.

Nizar, anak pertama Najib, pengarah eksekutif, di perkhidmatan nasihat kewangan syarikat yang dikritik kerana pengendalian akaun 1MDB itu.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, antara pengkritik paling lantang 1MDB, membangkitkan isu percanggahan kepentingan dalam perkara itu.

"Keadaan hanya menunggu masa sebelum orang ramai tahu bahawa anak sulung Najib – Nizar – rakan kongsi Deloitte (walaupun dalam unit perniagaan berbeza)," katanya.

Rafizi membangkitkan sama ada amalan itu boleh diterima secara terbuka dan profesional kerana ia mempunyai risiko serius ke arah percanggahan kepentingan.

Nizar belum memberikan sebarang respon ketika diminta Malaysiakini berbuat demikian.

Malaysiakini juga telah menghantar e-mel kepada Deloitte berhubung perkara sama dan masih menunggu reaksinya.

Rafizi yang juga seorang akauntan bertauliah dan anggota Institut Akauntan Malaysia (MIA) berkata terdapat keperluan melihat semula bagaimana empat firma terbesar audit di negara ini beroperasi.

Deloitte antara empat firma audit gergasi di Malaysia selain PricewaterhouseCoopers, Ernst & Young dan KPMG.

Sebuah aduan hari ini difailkan terhadap Deloitte kerana didakwa gagal memberi amaran sehingga menyebabkan 1MDB terus berhutang dan tidak mampu membayar balik.

Aduan itu difailkan oleh anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua di MIA di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau mendakwa Deloitte Malaysia sengaja dan/atau cuai sehingga gagal mengambil tindakan wajar dan perlu serta mengaudit aliran tunai dan risiko kecairan 1MDB.

Dakwaan 1MDB rugi RM42 bilion diputar belit, kata Najib

Posted: 27 May 2015 12:23 PM PDT

 


Dakwaan 1MDB mengalami kerugian sebanyak RM42 bilion merupakan fakta yang sengaja diputar belitkan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

KUALA LUMPUR: Dakwaan 1Malaysia Development Bhd mengalami kerugian sebanyak RM42 bilion merupakan fakta yang sengaja diputar belitkan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata syarikat itu tidak mengalami kerugian dalam jumlah tersebut dan angka berkenaan adalah hutang syarikat. Jumlah itu lebih rendah berbanding aset 1MDB yang sebanyak RM51 bilion, sebagaimana diaudit dan disahkan oleh Deloitte.

Najib dalam catatan terbaharunya di laman web beliau, NajibRazak.com berkata, kebanyakan syarikat besar di seluruh dunia mempunyai tahap hutang yang tinggi dan tiada apa luar biasa tentang perkara ini.

"Memang benar bahawa 1MDB menghadapi cabaran, tetapi tidak pada tahap yang didakwa itu.

"Malah, sesetengah dakwaan yang dibuat tidak berasas," katanya.

Najib mendakwa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menggunakan cabaran kewangan yang dihadapi 1MDB sebagai alasan untuk menyerang beliau.

"Beliau juga mendakwa bahawa saya tidak menjawab isu-isu berkaitan 1MDB, tetapi saya membuat lebih daripada itu - dan mengarahkan Ketua Audit Negara untuk menjalankan audit terhadap 1MDB, yang akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara yang terdiri daripada kedua-dua parti," kata Najib.

Beliau berkata ini akan memastikan proses yang telus, dan semua persoalan yang telah diminta mengenai syarikat itu bebas dijawab oleh badan-badan yang sah dan bukan sumber bermotifkan politik.

- bernama

Bila wanita naik angin… FMT Reporters

Posted: 27 May 2015 05:30 AM PDT


woman train
Bengang koc yang diperuntukkan kepada mereka diceroboh, wanita di New Delhi bertindak membelasah penumpang lelaki dengan dibantu pihak berkuasa.

woman train

PETALING JAYA: Sekumpulan wanita yang berang koc yang diperuntukkan kepada mereka diceroboh kaum lelaki, bertindak ganas.

Dalam rakaman yang berdurasi 1.14 minit, ia menunjukkan bagaimana mereka memukul, melempang dan menampar penceroboh.

Bukan setakat itu, ada di antara mereka dipaksa melakukan ketuk ketampi sebagai hukuman.

Menurut status yang dimuat naik di Facebook The Lion Tattoo Studio, memaklumkan setiap koc pertama tren metro di Delhi diperuntukkan kepada kaum hawa.

Bagaimanapun ketika waktu puncak, mereka dikatakan bertindak masuk ke koc berkenaan.

Dalam salah satu komen yang dimuat naik, seorang lelaki mengutuk terhadap apa yang dilakukan ke atas kaum sejenisnya.

"Ini amat bodoh….saya pernah guna Delhi Metro. Kadang-kadang ia amat padat sehingga memaksa anda memasuki ruang untuk wanita, tambahan mereka mungkin bukan dari Delhi dan tidak tahu peraturan di Delhi Metro.

"Delhi adalah bandaraya yang bangang, terutama wanita. Mereka telah diberikan banyak keutamaan yang mereka salah guna", kata Swaraj Pal Singh Sandhu.



 
"DIMALAYSIA WANITA MANA YANG AKAN MULAKAN MEMBELASAH LELAKI YANG CEROBOH MASUK KE KOC WANITA."  KITA TUNGGU DAN LIHAT !!

TERKINI ! Tan Sri Muhyuhddin Yassin Bakal Mengambilalih Kerusi PERDANA MENTERI?

Posted: 27 May 2015 04:45 AM PDT

1MDB - Tumpuan Kini Beralih Kepada Muhyiddin

Setelah berbulan-bulan Najib Razak menjadi bahan asakan mengenai 1MDB dan semua persoalan hanya ditujukan kepadanya untuk memberikan jawapan, kini nampaknya giliran Muhyiddin Yassin sebagai orang nombor dua dalam parti dan kerajaan pula harus menjawab mengenai pendiriannya.

Atas kedudukannya sebagai salah seorang anggota kabinet yang memikul konsep tanggungjawab bersama, semua persoalan yang berlaku dalam negara tidak membenarkan mereka memilih untuk berdiam diri atau memberitahu tidak tahu mengenainya.

Jika sebagai Timbalan Presiden UMNO, sebagaimana ucapannya dalam video yang sudah tersebar luas, Muhyiddin mahukan Lembaga Pengarah 1MDB dipecat dan disusuli dengan tindakan polis melakukan penyiasatan, begitu juga ketika menyatakan sokongan kepada Najib dalam mesyuarat MT UMNO, pendirian beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri sebenarnya lebih ditunggu-tunggu memandangkan kemelut dalam syarikat pelaburan itu telah menimbulkan kebimbangan kepada seluruh rakyat.

Ini kerana berbanding pendiriannya dalam UMNO yang hanya mewakili kepentingan 3.6 juta ahli, kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah mewakili lebih 30 juta rakyat keseluruhannya.

Dua hari lalu, Tengku Razaleigh Hamzah telah menyatakan bahawa persoalan 1MDB tidak seharusnya menjadi beban kepada Najib seorang, tetapi keseluruhan anggota kabinet mesti memikulnya bersama.

Katanya, dengan kedudukan kabinet yang memikul tanggungjawab bersama mewakili kepentingan rakyat, tidak harus ada mana-mana anggotanya mengatakan mereka tidak tahu atau tidak terlibat dalam kemelut 1MDB ini.

Sebagai anggota veteran UMNO yang pernah meletakkan jawatan dalam kabinet kerana tidak bersetuju dengan kepimpinan dan beberapa dasar Tun Mahathir pada 1986, pandangan Tengku Razaleigh ternyata ada benarnya, lebih-lebih lagi beliau telah menunjukkan teladan dalam hal itu.

Pengerusi BNBBC, Shahrir Samad turut bersetuju dengan pandangan Tengku Razaleigh itu, malah menambah jika mereka tidak tahu atau tidak faham mengenai sesuatu itu, mereka patut bertanya lagi dan lagi sehingga benar-benar memahaminya.

Merujuk kepada keputusan kabinet sebelum ini yang bersetuju persoalan 1MDB diserahkan kepada Ketua Audit Negara dan PAC untuk penilaian akaun dan menentukan kecelaruannya, Shahrir menambah, menteri seharusnya meletakkan jawatan jika tidak bersetuju dengan keputusan kolektif yang telah dibuat.

Dalam masa yang sama, Shahrir yang dikenali sebagai penyokong Najib dan tidak sehaluan dengan Muhyiddin sejak dulu lagi, juga mahukan Timbalan Perdana Menteri menyatakan pendiriannya sebenarnya mengenai 1MDB ini.

Tidak diragui lagi, gesaan Shahrir ini adalah berkaitan dengan ucapan Muhyiddin dalam majlis tertutup UMNO di Janda Baik sebagaimana videonya telah tersebar luas dan juga kenyataannya di Milan, Italy yang menyatakan beliau menghadapi kesukaran menjawab mengenai 1MDB kerana tidak mengetahui banyak perkara mengenainya.

Apa yang terpampang selama ini lebih merupakan kenyataan Muhyiddin sebagai pemimpin UMNO berbanding kedudukannya sebagai anggota kabinet. Dan pendiriannya sebagai pemimpin UMNO itu jelas menggambarkan kebimbangan dan ketegasannya terhadap kemelut 1MDB itu.

Jika benar juga beberapa dakwaan bahawa banyak persoalan mengenai 1MDB selama ini tidak dibawa atau dimaklumkan kepada kabinet, menteri seharusnya bersikap lebih sensitif dan bertanyakan kepada Perdana Menteri berkaitannya.

Dengan pandangan Ku Li dan Shahrir bahawa anggota kabinet tidak boleh lepas tangan dalam isu 1MDB ini atau bercakap dengan nada berbeza sebagai pemimpin UMNO dan anggota kabinet, yang paling utama perlu tampil menyatakan pendiriannya ialah Muhyiddin sendiri.

Ini lantaran beliau terlihat paling lantang dan berbeza pendirian dengan Najib dalam isu 1MDB ini. Pendiriannya pula membawa nada harapan kepada rakyat.

Begitu juga dengan cadangannya agar Lembaga Pengarah 1MDB dipecat dan polis dibenarkan masuk menjalankan siasatan, Muhyiddin juga harus bertegas apakah beliau boleh berdiam diri saja walaupun tidak ternampak tanda-tanda Najib mahu mengambil kira pandangannya itu, meskipun berkedudukan nombor dua dalam parti.

Jika benar sebagai pejuang yang hanya takut kepada Allah saja, sebenarnya tiada ruang lagi untuk Muhyiddin terus berlengah dan "bermain selamat" dalam isu 1MDB ini. Setuju atau tidak setuju mesti dinyatakan dengan jelas dan tidak seharusnya keberanian bersuara hanya dalam parti tetapi dilihat berbeza sebagai anggota kabinet.

Selepas itu, rakyat akan menilai sama ada beliau sebenarnya takutkan Allah atau sayangkan jawatannya. (SH 27/05/2015)


Posted by Shahbudin Husin

Hanya Kerana Gambar Ini Wala'un Dalam PAS Menggelupur Kepanasan...

Posted: 27 May 2015 04:00 AM PDT


Kah Kah Kah Hanya kerana gambar Calon Ketua Pemuda PAS Pusat iaitu Yb Nik Muhamad Abduh ada Perkataan "TIDAK SYARIE" bagi menjawap Cabaran Debat dari seorang lagi Calon Ketua Pemuda Saudara Suhaizan Kaiat, maka Blog Mat Indera Sipejuang ini telah dikatakan sebagai Blog Penfitnah No 1...

Adoi haii Walaun-Walaun, cari lah Modal lain untuk meraih Undi Perwakilan... kah kah kah !.

Adalah benar yang Yb Nik Abduh tidak mengatakan bahawa Debat Tidak Syarie, namun beliau juga tidak mengatakan Kesanggupan beliau untuk Menyahut Cabaran Debat dari Saudara Suhaizan.

Tetapi hanya mengatakan Menyambut Baik dan beliau mengambil Pendirian untuk Berdiam Diri, disini lah yang Walaun-Walaun telah Menunjukan KETOLOLAN seperti kata Presiden PAS... kah kah kah !.

Apa maksudnya Berdiam Diri, sama ada beliau mengambil Pendirian Berdiam Diri atas sebab TAKUT Berdebat...

MALU untuk Berdebat... atau Berdebat Tidak Syarie. Tak mungkin beliau Takut Berdebat jika mengikut daripada cakap-cakap Walaun.

Gua rasa pun ada Kebenaran nya bila Walaun-Walaun mengatakan yang Yb Nik Abduh bukan nya Takut Berdebat... kah kah kah !.

Apa yang gua tahu ialah Yb Nik Abduh adalah seorang yang Berpengetahuan dalam Hal Ehwal Agama., sebagai yang Berpengetahuan dalam Soal Agama sudah semesti nya beliau Tahu sama ada Berdebat itu adalah Mengikut Syarie atau Tidak. Oleh kerana itu apabila beliau mengatakan Untuk Berdiam Diri jadi pada gua sudah tentu lah Debat sesuatu yang Tidak Syarie beb... kah kah kah !..

Jika Berdebat Mengikut Syarie sudah tentu lah Yb Nik Abduh sebagai yang Berpengetahuan dalam soal Agama akan Menyahut Cabaran Debat dari Saudara Suhaizan, mana mungkin beliau tidak mahu Berdebat jika Berdebat itu mengikut Syarie.

Untuk itu apakah tulisan Tidak Syarie pada gambar beliau tersebut adalah Fitnah tanpa boleh Dipertikaikan... kah kah kah!.

Andai kata tulisan Tidak Syarie tersebut adalah Fitnah, bagaimana pula kedudukan beliau sebagai seorang Pemimpin PAS yang menjawap Untuk Berdiam Diri tanpa mengatakan Bersetuju atau Tidak untuk Berdebat.

Dan dari keadaan tersebut juga apakah satu Fitnah bila kata-kata beliau pada Anggapan gua juga bahawa Berdebat adalah sesuatu yang Tidak Syarie... kah kah kah !.

Oiii Walaun-Walaun... jika betul Dakwaan lu orang bahawa gua telah membuat Fitnah terhadap Yb Nik Muhamad Abduh tersebut, maka ada baik nya lu orang Nasihatkan Yb Nik Abduh supaya menyahut Cabaran Debat dari Suhaizan.

Jika tidak adalah satu Kebenaran yang Debat kepada Nik Abduh Tidak Syarie walaupun tidak beliau Zahirkan dengan kata-kata... kah kah kah !.

Adalah sesuatu yang cukup Memalukan bagi seorang Pemimpin PAS jka tidak mahu melakukan perkara-perkara yang mengikut Syarie, jika Pemimpin Umno dikedudukan tersebut ianya tidak Menghairankan sangat atas Dasar Pemimpin Umno dikatakan memang tidak kenal pun Perkataan Syarie.

Tetapi tak kan yang Bakal menjadi Tuan Guru pun tak mahu Syarie beb... kah kah kah !.

hemmmmm..... itu sebab lah gua kata yang orang nak berpolitik lu orang pun nak berpolitik gak... orang berpolitik menggunakan akal fikiran tetapi lu orang berpolitik menggunakan kepala lutut... kah kah kah !.

Dicatat oleh Mat Indera Sipejuang.

 

Berita Menggemparkan Seluruh Rakyat Malaysia..

Posted: 27 May 2015 03:15 AM PDT


Berita Menggemparkan Seluruh Rakyat Malaysia. Bermula September, Malaysia Airline System Bhd, syarikat yang dikenali rakyat Malaysia sebagai syarikat penerbangan negara sejak 1972, tidak lagi wujud.

Ia sebaliknya akan digantikan dengan sebuah syarikat baru, Malaysia Airlines Bhd, dimiliki sepenuhnya Khazanah Nasional sebelum rancangan penyenaraian semula di Bursa Malaysia menjelang 2019 .

Ini bukan kali pertama MAS tertakluk kepada pelan pemulihan atau usaha menyelamatkan syarikat penerbangan itu. Ia berlaku beberapa kali sepanjang 22 tahun, bermula 1994.


Bagaimanapun, ini merupakan rancangan penyusunan semula yang paling komprehensif dialami MAS, yang akan melibatkan pengurangan besar-besaran laluan perjalanan udara dan tenaga kerja, mungkin menjadikannya sekadar syarikat penerbangan serantau.

Tetapi ini hanya akan berfungsi jika kerajaan dan mereka yang menerajui rancangan penyusunan semula ini mengambil pengajaran dari pengalaman lampau.

Semuanya bermula pada 1994 apabila ahli perniagaan Tan Sri Tajudin Ramli mengambil pinjaman daripada beberapa syarikat berkaitan kerajaan berjumlah RM1.79 bilion dan kemudian menggunakannya membeli saham utama dalam MAS, satu langkah yang terpaksa ditanggung kerajaan akibatnya kira-kira tujuh tahun kemudian.

Ketika itu, Tajudin selaku ketua pegawai eksekutif (CEO) MAS, terjejas teruk oleh krisis kewangan Asia 1997.

Berita Menggemparkan Seluruh Rakyat Malaysia

Dan kerajaan akhirnya membeli semula saham MAS dari Tajudin pada RM8 seunit – harga yang sama Tajudin bayar tujuh tahun sebelumnya. Perbezaannya kali ini cuma, MAS dalam keadaan hampir muflis.

Ia kerugian RM256 juta pada tahun kewangan berakhir 1998 dan menjelang tahun fiskal berakhir 2000, ia rugi RM255.7 juta lagi selepas kerugian cukai. Apabila kerajaan membeli balik saham yang berkepentingan daripada Tajudin, harganya di pasaran hanya RM3.68 seunit.

Syarikat berkaitan kerajaan, Danaharta, akhirnya memilih penyelesaian di luar mahkamah dengan Tajudin walaupun memenangi kes undang-undang itu ke atas RM589 juta pinjaman dibuat Tajudin kepada syarikat itu.

Kembali dalam tangan kerajaan, MAS melaporkan kerugian RM1.3 bilion pada 2005, menyebabkan satu lagi pelan pemulihan yang menyaksikan pelantikan Datuk Seri Idris Jala sebagai CEO baru.

Ramai melihat pemilihan Idris membawa sinar harapan kepada syarikat yang mengalami kerugian setiap tahun itu.


Pada 2007, ia mencatatkan keuntungan RM852 juta, tertinggi dalam sejarah MAS, dan disusuli dengan keuntungan RM522 juta pada 2009, sebelum Idris mengambil alih sebagai CEO Pemandu (Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

gila kerajaan malaysia dan menteri KPDNKK ni...ghoper gampangggggg....

Posted: 27 May 2015 02:30 AM PDT

bila menteri mengatakan GST akan menurunkan harga barang...apabila peniaga menurunkan harga barang maka peniaga pula yg kena saman...yg naik harga barang terlalu tinggi di beri amaran...apa punya gila kerajaan malaysia dan menteri KPDNKK ni...ghoper gampangggggg....
 

KPDNKK's photo.
KPDNKK's photo.
KPDNKK's photo.

Perjuangan Saya Bukan Untuk Duit, Tetapi Untuk Maruah Seorang Wanita – Rita Rudaini suarakami

Posted: 27 May 2015 01:45 AM PDT


Nampaknya kes mutaah Rita Rudaini dan Aidil Zafuan sekali lagi menjadi perbincangan hangat pembaca BeautifulNara.  

Pengakuan Aidil Zafuan yang dirinya tidak mampu membayar RM300,000 seperti yang dituntut oleh Rita telah menimbulkan pelbagai maklumbalas. 
Malah kata-kata Aidil yang mendakwa bekas isterinya tidak layak menerima tuntutan tersebut kerana Rita telah gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri juga menimbulkan kontroversi
Rita Rudaini bagaimanapun membalas kenyataan Aidil dengan kata-kata yang cukup sinis. Iyerlah, selama ini pun kita sering melihat Aidil dan isterinya, Zarema bercuti di luar negara.
Seperti yang dikatakan oleh Rita, gaya hidup mewah Aidil memang cukup mewah seperti yang sering ditunjukkan oleh pemain bola sepak itu di Instagram. 
Walaupun begitu, ada juga yang mengkritik Rita kerana tuntutan RM300,000 itu seolah-olah menunjukkan dirinya mata duitan. Namun Rita ada jawapannya tersendiri:-
Apa pun orang nak cakap atau keji, saya tidak terkesan kerana Allah yang lebih mengetahui dan Dia saksi segalanya. Perjuangan saya bukan untuk RM300,000 tetapi untuk maruah wanita dan seorang isteri dan seorang ibu yang rumahtangganya dianiaya.
Sumber:Beautifulnara

LAWAN GST, JIHAD BERSANAD DARIPADA TOK JANGGUT.

Posted: 27 May 2015 01:00 AM PDT

 
TIBA-TIBA, Washington menyatakan bahawa Amerika Syarikat bersedia mengambil peduli soal pelarian Rohingya, kata Rumah Putih, usaha membantu pelarian berkenaan adalah sebahagian daripada usaha antarabangsa bagi menangani isu bot terkandas melibatkan pelarian itu di Asia Tenggara.

Jabatan Negeri mengeluarkan kenyataan berkenaan pada Rabu lalu. Jurucakapnya, Marie Harf berkata bahawa Amerika Syarikat kini bersedia membantu semua negara di bawah agensi pelarian PBB yang bekerja keras dalam usaha menempatkan para pelarian itu.

Pada awalnya Indonesia, Malaysia dan Thailand enggan peduli soal Rohingya, tapi pendirian itu nampaknya bertukar. Di Amerika, khabarnya, sudah ada lebih 1,000 pelarian Rohingya sejak 1 Oktober tahun lalu.
 
"Saya rasa rakyat Malaysia dan Indonesia telah meminta bantuan bagi menempatkan semula pelarian itu. Kami sedang berhati-hati dengan usul ini," kata Marie Harf kepada pemberita di Washington. 
 
"Ia perlu menjadi usahasama negara-negara. Kita tidak boleh tangani isu ini bersendirian.

Namun, kita bersedia memainkan peranan utama dalam usaha ini."

Inilah cerita Amerika Syarikat yang tiba-tiba ingin menjuarai isu pelarian Rohingya. Hal ini dilakukan ketika rekod kejahatan berdarah di Vietnam, Afghanistan, dan Iraq masih lagi basah dalam ingatan setiap ahli masyarakat sedunia.

Amerika Syarikat, pewaris Empayar British (seteru Empayar Turki) boleh bermuka dua dengan masyarakat Asia sepertimana British boleh bermuka dua dengan bangsa pribumi di Tanah Melayu. Jadi, sentiasalah berawas.

Kisah 'GST' British

Tidak lengkap dan sempurna warna kejahatan British, Amerika Syarikat dan kuasa Barat ini kalau tidak disingkap sejarah lampau di negara kita.

Oleh sebab zaman ini perang percukaian GST mengambil tempatnya, maka biar kita bercerita darihal Tok Janggut.
Alkisahnya Tok Janggut (Haji Mat Hassan Panglima Munas) lahir tanggal 1850 di Kg Saring, Jeram, Kelantan. Beliau syahid pada 1915 dalam lingkungan usia 65 tahun.
 
Dengan rupa berjanggut ke paras dada, si mujahid yang ramai penyokongnya ini memimpin jihad melawan dasar percukaian British. Dia dikatakan mahir bersilat dan menerima pelajaran di Mekah.

Selepas Perjanjian Inggeris - Siam 1909, British membuat aturan baharu di Kelantan.

Antara yang mengguris perasaan adalah dasar percukaian seperti berikut:

1. Cukai Kepala ($1 seorang setahun)
2. Cukai Pokok (3 sen setahun)
3. Cukai Kelapa (3 sen setandan)
4. Cukai Sireh (5 sen sejunjung)

Tok Janggut menghimpunkan angkatan revolusioner ke Pasir Puteh untuk melancarkan revolusi terhadap British.
Kemudian, bantuan Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikirim ke Pasir Puteh pada tanggal 6 Mei 1915. 
 
Akhirnya berlaku pertempuran tanggal 25 Mei 1915. Kebangkitan Tok Janggut membuatkan beliau digelar sebagai penderhaka.

Syahadan dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut terbunuh. Mayatnya dibawa ke Kota Bharu dalam tempoh sehari. Jenazah beliau digantung beberapa hari di hadapan istana di Padang Merdeka sebelum dikebumikan di Pasir Pekan.

Perjuangannya bersamaan dengan semangat jihad para pahlawan Pahang seperti Mat Kilau, Tok Gajah, Dato' Bahaman serta angkatan revolusioner yang lainnya. Ada pendapat menyebutkan bahawa beliau adalah murid Tok Ku Paloh.

Kalau demikian, maknanya, mereka mempunyai sanad dan berkongsi silsilah perjuangan dengan Turki Uthmaniyyah dan ahlul bait.

Angkatan revolusioner ini semua terpaksa bersembunyi apabila British berhasil mempengaruhi raja untuk memusuhi mereka. Kerana enggan bertempur dengan bangsa sendiri dan enggan menderhaka kepada istana, akhirnya mereka terpaksa berundur ke Thailand.

Kenapa dinafi peranan Turki dan ahlul bait dalam melawan percukaian?

Arakian, kita bercerita darihal perlawanan Tok Janggut dan rakan-rakannya dengan menyentuh perihal wajah muka dua Barat bukan dengan tiada bersebab.

Sebagai termaklum, USA akan memperalat isu-isu kemanusiaan untuk masuk ke Malaysia pada hari ini.
Pendekatan US ini berbeza dengan wajah penjajahan British yang hadir untuk mengenakan cukai. 
 
Rupa si British sebagai pemungut cukai pada zaman penjajahan lalu, kini sudah diambil alih peranannya oleh Umno Apco lewat percukaian GST.

Jadi, Amerika tidak lagi menjajah dengan percukaian. US mengguna laluan bantuan kemanusiaan dan sesekali mereka datang dengan memasarkan idea-idea penjajahan ekonomi melalui seruan halus tersirat, iaitu menyeru negara mengikat tali perjanjian TPPA.

Itu yang dilakukan kuasakuasa Barat ke atas belahan dunia Timur. Tapi yang paling utama sekarang adalah persoalan ini. Iaitu jika diketahui bahawa US memiliki 'sanad penjajahan' dengan British, belum tibakah di fikiran Muslim bahawa jihad Tok Janggut dan kaum revolusioner Dato' Bahaman dalam melawan percukaian British itu ada hubungan dengan

Turki dan ahlul bait? Jika perlawanan terhadap GST itu bersanad, bersilsilah dan punya 'rabitah' dengan ulama ahlul bait, Tok Ku Paloh, maka belum tibakah waktunya angkatan habaib mendengungkan seruan jihad dan semboyan syahid menjelang era revolusi?

Sambut Hari Lahir Anak Ke 18, Maria Farida Kekal Muda Jelita - suarakami

Posted: 27 May 2015 12:15 AM PDT

 
Baru-baru ini, Maria Farida telah mengadakan majlis sambutan hari lahir anaknya, Mizan Ashley yang ke 18. 
 
Apa yang menarik, dalam majlis yang dihadiri oleh rakan terdekat Maria tersebut, 
 
Mizan dan ibunya kelihatan sebaya.
 
Hebat juga Maria menjaga penampilan dirinya sehingga kelihatan masih muda dan ranggi bak anak dara. 
 
 
Sumber:R0tikaya

BONGKAR: Kehidupan Mewah Luar Biasa Skandal Shafie Apdal - suarakami

Posted: 26 May 2015 11:30 PM PDT

 

WALAUPUN Ratu Botox, Zahida Mohamad Rafiq dan Menteri Top-Up, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan hubungan sulit mereka, namun majoriti artis dan rakyat Malaysia yakin bahawa laporan media tentang hubungan mereka amat sukar disangsikan.
Gaya hidup mewah Zahida berbanding dengan pendapatannya yang 'ciput' (sedikit) tidak memungkinkan beliau menyara kehidupannya tanpa bantuan Shafie atau Datuk 'M' yang menggunakan Zahida sebagai 'Banker' dalam permainan 'Monopoly'.
Selama ini Zahida mendakwa bahawa beliau mempunyai pendapatan lumayan dan kukuh untuk menyara kehidupan mewahnya kerana memiliki dua syarikat masing-masing Noble Benchmark Sdn.Bhd (556710-V) dan Lembaran Putih Sdn. Bhd. (584803-A).



Paparazzi telah menjalankan siasatan rapi di RAM Credit Information Sdn.Bhd (RAM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menilai keboleh upayaan Zahida menyara kehidupan mewahnya dengan menjalankan perniagaan yang kononnya mengaut keuntungan yang besar; dan bukannya ditaja oleh Menteri Top-Up.Ternyata kenyataan mantan pemandunya, Noor Azman Azemi bahawa Menteri Top-Up telah membayar RM100,000 setiap kali menemui Zahida dan sehingga kini telah menyerahkan RM1.5 juta sukar untuk disangkal.

Artis Botox, Plastik dan Kolagen kacukan Melayu-Pakistan tidak dapat hidup mewah daripada lakonan kerana selama menjadi anak wayang, Zahida hanya membintangi enam buah filem antaranya Senario, Mami Jarum, Mami Jarum Jr, Anak Mami The Movie dan Kuliah Cinta dan mendapat bayaran kurang daripada RM10,000 bagi setiap filem yang dilakonkannya.

Namun Menteri Top-Up telah menyalahguna kuasa memberi peluang yang cukup luas kepada Zahida ketika menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNK) pada 31 Mac 2004 sehingga 17 Mac 2008 iaitu sebagai kontraktor Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia dan pembekal barang mentah untuk semua rangkaian Pasaraya Giant.

Syarikat Zahida, Noble Benchmark juga turut diberi peluang menghasilkan dua buah filem pendek berjudul 'Budi Bahasa' dan '1Malaysia' terbitan FINAS dan beberapa kontrak persembahan pentas ketika Menteri Top-Up menjadi Menteri Perpaduan, Kebudayaan dan Warisan Malaysia di antara 18 Mac 2008 sehingga 9 April 2009.

Setelah Menteri Top-Up menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Zahida tidak perlu bekerja keras lagi kerana mendapat durian runtuh setiap bulan; sebagaimana yang didakwa oleh Noor Azman Azemi, terutama projek Top-Up yang dilaksanakan melalui proksi dan nominee seperti Datuk Chin Su Phin, Wilfred Yong Chen Leong, Datuk Christopher Chiu, Haji Yusof Apdal, Azis Jamman, Marzuki Datuk Nasir, Datuk Peter Anthony dan sebagainya.

Melalui Projek Top-Up, terutamanya Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dan Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Menteri Top-Up akan mendapat antara 10% sehingga 25 % komisyen daripada kos projek berkenaan (Harga projek dinaikkan sehingga 60%); semuanya telah didedahkan oleh Sabahkini.net sebelum ini, terutama Projek Sistem Solar Hibrid Fasa II Pulau Banggi, Kudat.

Soal sama ada Zahida telah bernikah dengan Menteri Top-Up tidak wajar ditimbulkan untuk menutup Skandal Seks mereka kerana rakyat Malaysia mahu tahu dari mana Menteri Top-Up memperolehi wang tidak kurang RM500 juta (Rekod SPRM); setakat ini RM50 juta daripadanya telah diserahkan kepada Zahida.

Kerakusan Zahida membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya polis pada 3 Mac 2012 membawa padah kerana RM200,000 wang yang kononnya dilarikan Noor Azman Azemi lesap; malah kes yang disiasat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah masih belum dapat dibuktikan.

Lebih malang apabila pada 18 April 2012, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin memperoleh penyata bank peribadi Zahida dan mendedahkan kepada media di lobi Parlimen bahawa terdapat beberapa transaksi yang dilakukan Menteri Top-Up itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.

Kata Zuraida, pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan itu sahaja sebanyak RM58,000 tunai yang diambil Noor Azman Azemi untuk dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik.

Pada November 2011 pula terdapat RM118,000 dan pada Disember pula terdapat RM333,000. Pada Januari 2012 RM510,000. Jumlah kesemuanya lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan.

Zuraida Kamaruddin turut mendedahkan Zahida Rafik mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series, Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta.Sikap Zahida yang suka bercakap besar kepada wartawan menyebabkan beliau terperangkap dalam dunia ciptaan sendiri dan berbangga dengan wajah ASPAL (Asli Tetapi Palsu) hasil pembedahan plastik, suntikan botok dan kolagen.

"Saya bukan nak cakap besar, tapi London sudah macam rumah kedua saya. Sekurang-kurangnya setahun dua kali saya ke sana terutama pada waktu jualan murah musim Krismas. Saya juga sangat selesa dan mahir dengan jalan-jalan di sana. Lebih daripada itu, saya mempunyai ramai teman di London, jadi tak terasa asing," ujar Zahida kepada wartawan yang mempersoalkan hidup mewahnya sedangkan beliau bukan artis popular yang berpendapatan besar.

Menteri Top-Up dilahirkan di Semporna pada 20 Oktober 1957 dari keturunan Bajau Sikubung (Pendatang Filipina) kerana bapanya Haji Apdal pernah menjadi tentera Filipina; kini merupakan salah seorang Naib Presiden UMNO; menikah dengan Shuryani binti Shuaib dan mempunyai enam orang anak.

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT