Selasa, 26 Mei 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Nash Lefthanded Maafkan Penyebar Fitnah Beliau Meninggal Dunia

Posted: 26 May 2015 10:45 PM PDT

 


PENYANYI, Nash Lefthanded.

KUALA LUMPUR: Selepas pelawak, Os dikhabarkan meninggal dunia, penyanyi, Nash Lefthanded, pula menjadi sasaran.

Sebentar tadi tersebar berita kematian Nash.

"Ramai juga yang menghubungi saya kerana dakwaan ini. Alhamdulillah, saya masih hidup. Saya memang sihat dan tak ada masalah apa apa.

Siapalah yang buat dan bawa cerita sebegitu?

Soal mati janganlah dibuat main.  Kepada yang menyebarkan cerita berkenaan, jangan buat macam ini.

Saya tak berdendam atau simpan perasaan apa apa.

Saya maafkan sesiapa yang membawa cerita palsu ini.

Semoga kita semua diberkati-Nya. "Apapun terima kasih kepada yang menghubungi saya untuk bertanyakan kesahihan cerita ini. Ada juga yang sayang saya," katanya.


DAP tutup mulut jika mahu pro-Pakatan menang pemilihan, kata PAS OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA

Posted: 26 May 2015 10:00 PM PDT


Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata tindakan pemimpin DAP yang menyerang PAS dianggap sokongan membawa rebah dan menjadi justifikasi mengapa PAS perlu menjauhi PR

Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata tindakan pemimpin DAP yang menyerang PAS dianggap sokongan membawa rebah dan menjadi justifikasi mengapa PAS perlu menjauhi PR.

DAP diminta menutup mulut atau berhenti bercakap dan menyerang PAS jika mereka benar-benar mahukan kumpulan yang pro-Pakatan Rakyat (PR) menang dalam pemilihan parti itu minggu depan.

Pemimpin PAS yang pro-PR berkata, serangan yang dibuat pemimpin DAP terhadap beberapa pemimpin PAS tidak membantu, malah menyusahkan mereka dalam pemilihan pada muktamar kali ini.

"Biar kami yang uruskan sendiri," kata Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa kepada The Malaysian Insider.

Bahkan, tindakan pemimpin DAP itu boleh dianggap 'sokongan membawa rebah' kerana ia dianggap justifikasi kenapa PAS perlu menjauhi PR, khasnya DAP, sebagaimana dibawa pendokong kumpulan pro-ulama sekarang.

"Serangan Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng, tambah menyusahkan kami dan menjadikan masalah lebih rumit," kata ahli jawatankuasa PAS Pusat itu.

Baginya, DAP dilihat seperti berkempen supaya sesetengah pihak dalam PAS menang, padahal mereka sepatutnya tidak campur tangan.

"DAP sepatutnya tunggu pemilihan selesai, baru buat apa-apa komen," kata Mujahid.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu antara pemimpin PAS yang mahu PR dipertahankan dan parti Islam itu kekal di dalamnya selepas Muktamar Tahunan PAS ke-61 dari 4 hingga 6 Jun nanti.

Beliau keras menentang pendekatan pemimpin utama PAS sekarang, khasnya presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang dilihat cuba menjauhkan diri dari PR.

Mujahid menolak pencalonan untuk naib presiden PAS, tetapi akan mempertahankan jawatannya sebagai AJK PAS Pusat dalam pemilihan itu nanti.

Seorang lagi pemimpin PAS yang pro-PR, Suhaizan Kaiat, juga tidak senang dengan kenyataan pemimpin DAP sekarang yang dianggapnya tidak kena dengan persepakatan dalam gabungan itu.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pemuda PAS itu berkata anak muda Malaysia memerhati dengan penuh minat pengurusan konflik dalam politik di negara ini.

Beliau sangat tidak senang dengan kenyataan Guan Eng, selaku setiausaha agung DAP, yang menuduh Hadi condong kepada Umno.

"Tuduhan ini memberi gambaran buruk kepada anak muda Malaysia.

"Bagaimana dua pemimpin yang duduk sepentas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu, dan duduk sebaris dalam Parlimen, boleh bertembung antara satu sama lain?

"Apakah sudah tiada jalan yang bijaksana mengurus masalah?" kata Suhaizan dalam kenyataannya.

Jika konflik ini berteruskan, katanya, anak muda akan menganggap pemimpin PR hipokrit.

Lebih malang lagi, mereka akan menganggap tiada beza antara PR dan Barisan Nasional yang jelas penuh dengan pelbagai masalah.

Baginya, pemimpin PR wajar memahami, setiap pemimpin ada pendokong dan penyokongnya.

"Kami Pemuda PAS membesar bersama tarbiyah daripada Hadi. Kami pendokong presiden PAS.

"Walau presiden tidak maksum, kami tidak dapat menerima tuduhan liar Guan Eng kepada batang tubuh presiden kami," katanya.

Suhaizan berkata, jika pun ada kelemahan pada Hadi, tidak bijak menuduh beliau condong kepada musuh PR, iaitu Umno.

Masih banyak lagi saluran yang boleh digunakan untuk menyelesaikan konflik, katanya.

Mengulas kenyataan Guan Eng yang hanya badan Hadi bersama PAS, tetapi hatinya sudah bersama Umno, Suhaizan berkata ia akan mengundang tindak balas daripada daripada semua bahagian dalam PAS, termasuk sayap utama parti dan semua peringkat pusat dan negeri.

"Kawasan dan cawangan, semua akan marah dengan kenyataan tersebut. Mereka ada hak untuk berasa marah dan menzahirkan kemarahan dengan kenyataan seumpama itu.

"Mungkin ada pihak akan bertindak luar kawalan. Ini akan menyebabkan Pemuda DAP pula bertindak balas. Maka berlakulah pertembungan yang bertali arus. Dan ini akan mengurangkan keyakinan rakyat kepada PR," katanya.

Sehubungan itu, beliau mewakili Pemuda PAS mendesak Guan Eng serta pimpinan DAP dan PR agar menggunakan kebijaksanaan masing-masing menguruskan konflik yang berlaku.

"Jangan hancurkan harapan rakyat khususnya anak muda yang mahu melihat Malaysia yang lebih unggul dan sejahtera di bawah PR dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti," katanya.

Guan Eng membuat kenyataan itu semalam, susulan tindakan Hadi yang tidak menyatakan sokongan terhadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh awal bulan ini.

"Bukan sahaja tidak hadir ke kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, beliau malah tidak menyatakan sokongan terbuka kepada Dr Wan Azizah.

"Ini menunjukkan walaupun tubuh badan beliau masih bersama PR, hatinya sudah bersama Umno," kata Guan Eng di lobi Parlimen.

Pada Ahad, Kit Siang yang merupakan ketua Parlimen DAP menulis di blognya, PR mungkin tidak wujud lagi 2 minggu akan datang susulan kenyataan Hadi yang dilihat condong ke arah membina kerajaan perpaduan dengan Umno-BN.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Saham FGV merosot, PAS hantar memorandum aduan ke Bursa KL OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Posted: 26 May 2015 09:15 PM PDT


Pengarah ANAK, Mazlan Aliman (kiri) dan Ketua Khidmat Pelanggan Bursa Malaysia Saidi Ahmad sebelum penyerahan memorandum di Bursa Malaysia, Kuala Lumpur hari ini.

Pengarah ANAK, Mazlan Aliman (kiri) dan Ketua Khidmat Pelanggan Bursa Malaysia Saidi Ahmad sebelum penyerahan memorandum di Bursa Malaysia, Kuala Lumpur hari ini

Spekulasi Felda Global Venture (FGV) bakal digugurkan daripada Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) ekoran prestasi sahamnya yang semakin jatuh merudum membimbangkan peneroka, kata Dr Rosli Yaakop.

Penasihat ekonomi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) itu berkata, FGV perlu disiasat bagi memastikan syarikat itu tidak melanggar mana-mana peraturan dan undang-undang pasaran saham dalam proses penyenaraiannya dan dalam urus niaga di Bursa Malaysia.

Katanya, ini berdasarkan saham FGV menurun RM2.02 seunit, jatuh 54% di bawah harga tawaran asal (IPO) RM4.45 sesaham, memberi petunjuk masa depan FGV yang kelam.

Kebimbangan itu disuarakan melalui memorandum kepada Bursa Malaysia Kuala Lumpur, memastikan agar FGV bebas dari sebarang cubaan memanipulasi harga pembelian 51% kepentingan Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) dalam Felda Holdings Berhad.

"Jika didapati ada pelanggaran peraturan dan undang-undang pasaran saham, manipulasi, pengkhianatan dan penipuan, tindakan yang sewajarnya perlu diambil ke atas pihak yang terbabit," kata Rosli dalam memorandum yang diserahkan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Ia diterima Ketua Bahagian Perhubungan Pelanggan Bursa Malaysia, Saidi Ahmad.

See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Letak jawatan kalau tak setuju keputusan Kabinet, kata pengerusi BNBBC OLEH DIYANA IBRAHIM

Posted: 26 May 2015 08:30 PM PDT

Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad berkata sekiranya ada menteri yang tidak setuju dengan keputusan Kabinet, mereka boleh meletakkan jawatan kerana ia keputusan kolektif.

Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad berkata sekiranya ada menteri yang tidak setuju dengan keputusan Kabinet, mereka boleh meletakkan jawatan kerana ia keputusan kolektif.

Sekiranya menteri tidak bersetuju dengan keputusan kolektif yang dibuat semasa mesyuarat Kabinet, mereka perlu meletak jawatan, kata pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad.

Setuju dengan saranan Tengku Razaleigh Hamzah yang seluruh kabinet harus mengambil tanggungjawab dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Shahrir berkata, prinsip kabinet ialah tanggungjawab bersama.

"Ia keputusan kolektif. Pilihan ada di tangan. Tiada siapa yang paksa. Kalau menteri itu tidak setuju (dengan keputusan Kabinet), maka boleh letak jawatan.

"Soalnya begitu mudah. Apabila keputusan itu berdasarkan kolektif dan tanggungjawab bersama, menteri Kabinet punyai peluang berbincang dan bertanya kalau tidak puas hati," katanya.

Bercakap kepada media di lobi Parlimen hari ini, Shahrir berkata, sekiranya sebarang keputusan tidak dipersetujui segelintir menteri, wajar mereka meletak jawatan kerana ia dianggap bertentangan dengan prinsip kolektif itu sendiri.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin antara menteri yang secara terbuka mengkritik cara kerajaan mengendalikan isu itu, termasuk mengakui beliau sendiri tidak tahu bagaimana hendak memberi penjelasan kepada rakyat mengenai masalah syarikat itu yang menanggung RM42 bilion hutang dalam masa 6 tahun beroperasi.

Semalam, Tengku Razaleigh berkata, keseluruhan kabinet patut dipertanggungjawabkan atas masalah yang dihadapi 1MDB.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, jika ahli Kabinet tidak sedar mengenai isu 1MDB, mereka sepatutnya membuat siasatan, bukannya menuding jari ke arah orang lain.

Shahrir hari ini mempersoalkan dakwaan menteri yang mendakwa "tidak faham" mengenai isu tersebut kerana katanya sebarang perbincangan mengenai 1MDB memang seharusnya berlaku di Kabinet.

"Dakwaan ada menteri tidak faham saya tidak tahu. Tetapi apa yang saya pasti, perbincangan pernah perlaku dan ada keputusan dibuat, hingga dirujuk kepada siasatan ketua audit dan PAC.

"Kalau ada keputusan (Kabinet) dan menteri tidak faham, dan tidak setuju, dan tidak bertanggungjawab, maka bagi saya, beliau harus keluar," katanya yang enggan menamakan menteri yang dimaksudkan.

Beliau berkata, Ku Li melakukan perkara yang betul dengan membangkitkan isu tersebut, sambil membandingkan dengan dirinya ketika keluar dari Umno untuk bertanding sebagai calon bebas pada tahun 1988 kerana mempertahankan pendiriannya.

"Ku Li pernah jadi ahli Kabinet tapi beliau tidak menyoal apa yang diputuskan bersama (dalam Kabinet), hanya menyoal apabila melepasi garis masa selepas tidak menjadi menteri," kata Shahrir. – 26 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Nasib kakitangan MAS dapat perhatian anggota parlimen

Posted: 26 May 2015 08:00 PM PDT

 
Nasib kakitangan Malaysia Airlines (MAS) yang dilapor akan diberhentikan mendapat perhatian anggota Parlimen yang menuntut kepentingan pekerja terbabit diutamakan dalam menyelesaikan isu itu.

Datuk Johari Abdul Ghani (BN-Titiwangsa) (gambar) berkata pekerja terlibat perlu dibantu memandangkan mereka mempunyai keluarga dan komitmen hutang. 

"Puasa juga sudah dekat, hari raya Aidilfitri tidak lama lagi, jadi bagaimana nasib mereka ini jika tidak dibantu," katanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) di Dewan Rakyat hari ini.

Justeru, beliau mencadangkan agar pihak pengurusan memberikan pampasan sewajarnya jika terpaksa membuang pekerja berkenaan dalam usaha menyelamatkan syarikat penerbangan nasional itu.

Katanya, ia bagi membolehkan pekerja terlibat menyelesaikan komitmen mereka selain membantu memulakan hidup baru.

 

Johari turut mencadangkan pekerja-pekerja yang mempunyai komitmen pinjaman seperti Mara dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diberikan pengecualian bayaran sementara mendapat pekerjaan baharu. 

"Saya juga mencadangkan agar kakitangan yang terlibat dibenar mengeluarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan lebih awal bagi memulakan perniagaan atau membayar hutang sedia ada," katanya. 

Media tempatan sebelum ini melaporkan MAS bersedia membuang sekurang-kurangnya satu pertiga daripada pekerjanya sebagai jalan terakhir untuk menyelamatkan syarikat penerbangan itu.

Menyentuh isu sama, Hasbi Habibollah (BN-Limbang) pula memohon kerajaan memberikan tawaran terbaik sebagai jaminan masa depan kepada kakitangan terlibat.

"Kalau nak buat sesuatu pembaikan atau menyelesaikan masalah dalam memajukan ikon kebangsaan ini, diharap kerajaan bagi tawaran terbaik kepada pekerja MAS," katanya.

Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR-Kuala Langat) pula berpendapat pelan pemulihan semula MAS seharusnya bermula daripada pengurangan perbelanjaan di peringkat pengurusan dan bukannya dengan mengurangkan jumlah pekerja.

"Potong elaun-elaun yang memewahkan pihak pengurusan, vendor serta food and beverage perlu dilihat semula," katanya. – Bernama, 26 Mei, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

1MBD - KEM PM & TPM DAH MULA BERPERANG ??

Posted: 26 May 2015 07:15 PM PDT

 

1MBD kini sudah memasuki era  " menjauhkan " Najib dari pentadbiran kerajaan UMNO / BN.  


Perkembangan baru mula melanda Umno, parti teras BN apabila riak-riak yang timbul ekoran kritikan pedas mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran Najib mula berubah menjadi gelombang. Ucapan Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno pada satu program dalaman Umno yang secara jelas mengkritik 1MDB tersebar secara viral di laman sosial.

Inti pati ucapan TPM dengan kelompok " pejuang " UMNO yang kini sedang tersebar secara viral di laman sosial berjaya memperlihat dan menguatkan tuntutan ahli-ahli UMNO untuk Najib meningalkan jawatan PM tersebut. Apa yang penting ialah " nasihat " Mahyuddin dan bukannya siapa pengedar viral tersebut.

Dengan tegas Mahyuddin menyatakan kekesalan terhdap apa yang berlaku dan mengakuinya amat sukar untuk memberikan penjesalan kepada rakyat kaitan dengan beban hutang berjumlah RM42 bilion @ RM42,000 juta yang ditanggung 1MDB. 
 
Beliau lantas mahu semua ahli lembaga pengarah syarikat pelaburan kedua negara itu dipecat dan saranannya itu disambut tepukan gemuruh hadirin.

Selain Muhyiddin, masalah yang menimpa 1MDB turut mendapat perhatian khalayak korporat. Adik Najib yang menerajui salah sebuah bank terbesar di Malaysia memberikan kata dua kepada ahli lembaga pengarah 1MDB; melantik juruaudit bebas bagi menilai status kewangan syarikat itu ataupun meletakkan jawatan.

Sebagai hiasan 
 Bagi beberapa pemuka politik, perang terbuka antara kumpulan Najib dan Muhyiddin sudah pun meletus. Serangan daripada pemimpin akar umbi daripada kedua-dua belah kem menunjukkan bahawa permainan kuasa politik semakin bercambah dalam parti tunjang BN itu.

" Ahli lembaga pengarah 1MDB dilihat tidak bertanggung jawab menangani dakwaan salah urus kewangan syarikat tersebut, mereka perlu meletakkan jawatan " Syor TPM.

Apa yang lebih merisaukan ialah kegagalan dan keberhutangannya 1MBD turut memangsakan kepentingan dana awam, dan kini 2 insitusi kewangan iaitu dari LUTH ( Lembaga Urusan Tabung Haji ) dan KWAP ( Kumpulan Wang Amanah Pencen, Permodalan Nasional Berhad ( PNB ) dan Takaful Malaysia telah di arahkan untuk menyelamatkan hutangan tanggungan 1MBD

Kini di war-wasrkan pula bagaimana " macai - macai " dari kedua-dua kem, untuk mempertahankan bos mereka. dari Johor Dato Puad bekas ahli parlimen Baru yang kini sebagai KP Jabatan Ehwal Khas ( JASA ) menyerang TPM dengan " kemalasan " beliau sebagai Mentri Pelajan, yang sentiasa tidak memperlihatkan keadaan kementerian kelolalannya.

 Rakaman video itu menjadi viral ketika PM Najib sibuk membentangkan Rancangan Malaysia ke-11 di Dewan Rakyat. Ucapan Najib jelas tidak menunjukkan kekesalan terhadap skandal-skandal besar kewangan yang berlaku di bawah pentadbirannya.

Persoalannya... mampukah Najib bertahan?

VIDEO - PM NAJIB DINASIHATKAN SUPAYA BUBAR PARLIMEN !

Posted: 26 May 2015 06:45 PM PDT




Dewan Rakyat ribut sebab Wan Azizah

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat pada sesi perbahasan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) hari ini kecoh apabila ahli Parlimen BN perang mulut dengan ahli Parlimen PR kerana Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Kekecohan tercetus apabila ‎Datuk Seri Azalina Othman (BN-Pengerang) mencuit status Wan Azizah (PKR-Permatang Pauh) yang didakwanya diperalatkan oleh suaminya sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya dengar ucapan bDewan Rakyat ribut sebab Wan Azizaheliau (Wan Azizah) bahawa ada beberapa elemen yang dibincangkan dengan bekas Permatang Pauh (Anwar). Bincang turun katil. Ia lah suami isteri kan...Tapi sekarang tak lagilah," katanya.

Khalid Samad (Pas-Shah Alam) kemudian bangkit mencelah dan menyatakan bahawa Azalina sudah kekurangan idea hingga menyentuh soal suami isteri.

"...Datuk Speaker, kita sedang bincang tentang RMK11. Nampak sangat Pengerang tak ada 'point'," katanya.

Kemudian Azalina menambah, "‎janganlah kita menggunakan wanita sebagai alat politik untuk mendapat simpati."

Selepas itu, suasana dewan hingar bingar apabila Khalid terus bangkit mencelah namun tidak dibenarkan Azalina.

Namun apabila diberi laluan, Khalid menyifatkan Azalina sebagai wakil rakyat perempuan tidak iktiraf kemampuan wanita.

"Saya cukup terkejut dengan sikap yang ditunjukkan oleh Pengerang. Apabila letak perempuan di situ (Ketua Pembangkang) seolah-olah wanita itu tidak ada kemampuan.‎ Sebagai seorang ahli Parlimen wanita, sepatutnya Pengerang mempunyai sikap yang positif atas dasar kemampuan memimpin yang terbukti...ini bukan kali pertama.

"Dulu apabila Anwar dipenjarakan buat kali pertama, Permatang Pauh telah diambil oleh Azizah. Kali ini, sekali lagi Permatang Pauh memberikan kemenangan yang cemerlang.‎Sterotaip apabila letak perempuan, atas sebab simpati, kesian. 
 
Sedangkan kemampuannya ada...terbukti. Saya minta Pengerang menarik balik kenyataan tidak berasas itu," katanya.

Disusuli beberapa wakil pembangkang yang lain, Zuraidah Kamaruddin (PKR-Ampang) dan G Manivannan (PKR-Kapar)‎ yang melahirkan rasa tidak puas hati dengan tuduhan Azalina itu.

Kemudian Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong)‎ turut bangkit mempertahankan Azalina.

"Memang betullah Permatang Pauh diberi peluang untuk menjadi Ketua Pembangkang...iktiraflah. Tapi saya percaya, bukan semua mengiktirafnya.

"Pas pun saya ingat hanya Shah Alam sahaja yang mengiktiraf," katanya.

Keadaan itu berterusan untuk beberapa minit sebelum ia ditenangkan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN ??

Posted: 26 May 2015 06:30 PM PDT

Konspirasi Untuk Menyelamatkan Sharizat Jalil ??

Posted: 26 May 2015 06:00 PM PDT

Tipu NFC: Shamsubahrin dakwa dipenjara kerana konspirasi untuk selamatkan Sharizat? 

 

Isnin lalu Astro Awani melaporkan seorang ahli perniagaan dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah terhadap lima pertuduhan menipu Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail melibatkan RM1.75 juta dan 17 pertuduhan pengubahan wang haram.

Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman penjara antara lima dan lapan tahun serta empat sebatan terhadap Shamsubahrin Ismail, 49, bagi lima pertuduhan menipu manakala penjara antara enam bulan dan lima tahun bagi 17 pertuduhan pengubahan wang haram mengikut Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA).



Dengan itu, Shamsubahrin hanya perlu menjalani hukuman penjara lapan tahun selepas mahkamah memerintahkan dia menjalani hukuman penjara itu secara serentak bermula hari ini.

Rozilah juga memerintahkan tertuduh membayar penalti RM611,895.94 bagi kesalahan di bawah AMLATFA iaitu sejumlah harta yang dilesapkannya.

Katanya, penalti itu yang berkuat kuasa hari ini perlu dijelaskan dalam tempoh tiga bulan dan jika gagal bayar tertuduh perlu menjalani hukuman penjara empat tahun.

Bagaimanapun Rozilah membenarkan permohonan peguam Hasnal Rezua Merican untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan menaikkan wang jaminan daripada RM300,000 kepada RM350,000 dengan seorang penjamin... laporan penuh sila baca di SINI

Hari ini dalam satu sidang media yang diadakan di pejabatnya Ahli perniagaan tersebut, Datuk Shamsubahrin Ismail menyifatkannya menjadi mangsa konspirasi untuk menyelamatkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan keluarganya.

"Saya tidak boleh terima keputusan mahkamah berkenaan kerana beberapa sebab yang tidak diambil kira semasa perbicaraan dijalankan.  
"Saya ada bukti lengkap dan surat-surat terdahulu yang mengatakan ini konspirasi untuk menyelamatkan keluarga Ketua Wanita UMNO itu serta keluarganya," 

Berikut adalah laporan dari Free Malaysia Today


KUALA LUMPUR – Former National Feedlot Corporation (NFC) consultant Shamsubahrin Ismail today questioned the Ministry of Finance's (MOF) motives in requiring him to secure NFC's approval for his proposed takeover of NFC's cattle farming project. 
MOF is asking me to talk to former NFC chairman Mohamed Salleh Ismail first before going to the Ministry, he complained. 
"I do not understand why," he said. 
"I had expressed my clear intention to take over the project as well as absorb all the liabilities there." 
Pointing out that MOF had a golden share in NFC he asked why the Ministry could not decide on the matter itself. 
"Is there a conspiracy to protect Sharizat Jalil's family who are involved in NFC," the businessman questioned. 
He said that he had sent letters to the Deputy Prime Minister's office, the Agriculture Ministry, MOF and Negeri Sembilan's Menteri Besar office on Feb 26, expressing his intention to take over the project. 
"The DPM's office received the letter well. The office had stated in their written reply on March 13 that they had extended the suggestion to the Menteri Besar's office for further talks," he said. 
However, he said that he was baffled as to why MOF would refer him to Salleh. 
"This is a project with high potential, he said when asked why he was eager on taking over the debt ridden project, adding that Malaysians consume an estimated 20,000 head of cattle a month. 
"The numbers may rise in the month of Hari Raya Korban," he said. 
He said that he has a 300-acre piece of land in Pahang to carry out the project. 
For the first eight to ten years we will import cattle from abroad, he added, saying further that imports will stop after the tenth year as the cattle will be able breed on their own by then. 
Shamsubahrin, who was sentenced by the Kuala Lumpur Sessions Court on Monday on five counts of cheating Salleh, faces a five-year jail term and four strokes of rotan. 
He said he had appealed against the decision. 
"Even if the High Court upholds the verdict against me, I will still be able to run the project" he said, claiming that he has a team in place to implement the project. 

Dalam masa yang sama Astro Awani juga menyiarkan laporan yang sama.. tapi hanya seketika, laporan tersebut telah dipadamkan..


Kalau dicari laporan itu.. ini yang akan muncul di screen computer

SPR MULA RANCANGAN MENIPU

Posted: 26 May 2015 05:30 PM PDT

 KENYATAAN MEDIA

SPR , henti hina Mahkamah dan Perlembagaan 
 
Sekali lagi, BERSIH 2.0 menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi Kuching, Hakim Yew Jen Kie yang memutuskan bahawa proses persempadanan semula yang sudah dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah batal dan tidak sah (null & void).
Penghakiman yang kedua ini adalah perpanjangan dari penghakiman 15 Mei 2015 yang mana menyebut SPR harus melakukan semula kajian persempadanan semula di Negeri Sarawak.
SPR harus akur dan patuh kepada dua keputusan penghakiman ini. Dalam penghakiman terbaru, Hakim telah memperincikan Jadual 13 (4) Perlembagaan Malaysia yang mana menyatakan; notis pewartaan peta harus disiarkan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar yang diedarkan dalam kawasan pilihan raya tersebut.
Penghindaran SPR terhadap keputusan Mahkamah dengan meneruskan inkuiri kedua di Sarawak membukti SPR telahpun menghina Mahkamah. Segala proses persempadanan semula di Sarawak harus dihentikan serta-merta. Proses ini harus dilakukan semula dan dijalankan dengan telus dan adil.
BERSIH 2.0 terkejut dengan kenyataan Penasihat Undang-undang Negeri Sarawak yang menyatakan proses inkuiri yang telah dijalankan mungkin tidak akan terbatal walaupun sudah ada dua perintah mahkamah.
BERSIH 2.0 menyeru kepada SPR dan Jabatan Peguam Negara agar tidak membazirkan duit pembayar cukai untuk melakukan sebarang rayuan dalam keputusan penghakiman ini. Juga, keingkaran SPR mematuhi keputusan Mahkamah Tinggi bermakna SPR menghina sistem kehakiman Negara. Jikalau ini terjadi, BERSIH 2.0 berikrar untuk mengheret SPR ke Mahkamah kerana menghina kehakiman Negara. SPR harus sedar bahawa mereka tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia dan badan kehakiman. SPR bukannya lebih tinggi daripada dua institusi ini dan SPR tidak sama sekali lebih tinggi dari badan kehakiman Negara.
Kerisauan BERSIH 2.0 adalah, jikalau SPR tidak mematuhi perintah Mahkamah dan perlembagaan, maka kepada siapakah SPR akan patuh?
Segala perkara ini tidak akan timbul atau terjadi jika SPR mematuhi piawai-piawai perlembagaan Malaysia dan melakukan konsultasi yang secukupnya bersama pengundi sebelum memaparkan apa-apa syor penambahbaikan.
Ini bukanlah kali pertama SPR bertindak sebegini. BERSIH 2.0 yakin, episod-episod yang berlaku di Sarawak akan berulang di Sabah dan Semenanjung Malaysia. BERSIH 2.0 menuntut agar satu badan bebas ditubuhkan untuk menjalankan proses persempadanan semula di seluruh Malaysia seperti yang dicadangkan dalam Laporan Tribunal Rakyat PRU13.
Dikeluarkan oleh,
JAWATANKUASA PEMANDU BERSIH 2.0
26/5/15

Apa yang kerajaan takut sangat?

Posted: 26 May 2015 05:00 PM PDT

Mafiaboss Melayu's photo. Pasti yang tertanya-tanya tentang soal ini sebaik mendengar berita yang pihak berkuasa Malaysia menahan aktivis 'Umbrella Movement' Hong Kong Joshua Wong sebaik beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang hari ini (26 Mei).

Kunjungannya ke Malaysia adalah di bawah jemputan jawatankuasa kerja bersama beberapa NGO tempatan, sempena ulang tahun ke-26 pembantaian Tiananmen Square 4 Jun ini.

Ahli jawatankuasa Ng Yap Hwa berkata, Wong diundang untuk menyertai siri perbincangan berhubung isu tentang demokrasi di China, pembantaian Tiananmen dan Revolusi Umbrella.

"Acara pertama dijadualkan malam ini di Pulau Pinang.
"Esok (27 Mei) beliau sepatutnya di Ipoh, diikuti Johor Bahru, Kuala Lumpur dan sesi terakhir adalah untuk anak muda di Bangi pada 30 Mei, sebelum pulang ke Hong Kong," katanya ketika dihubungi Semut Harian.

Yap menekankan bahawa aktivis berusia 18 tahun itu tidak sepatutnya dilihat sebagai ancaman, memandangkan sesi ucapan dan perbincangan langsung tidak berkaitan dengan kerajaan Malaysia.

Yap berkata, rakannya di Pulau Pinang sedang berusaha mengenalpasti punca pengusiran Wong.

"Pegawai imigresen di Pulau Pinang tidak menyatakan apa-apa sebab," katanya lagi.

Wong yang ditampilkan di muka hadapan majalah Time sebagai wajah penentangan Hong Kong terhadap China, dilaporkan tiba di lapangan terbang dengan menaiki pesawat Dragonair penerbangan KA633, pada jam 11.55 pagi.

Beliau ditempatkan dalam pesawat sama dalam penerbangan KA634 ke Hong Kong yang dijadualkan berlepas pada 12.55 tengah hari.

Malaysiakini memetik Wong sebagai berkata, beliau ditahan pegawai imigresen dan akan dihantar pulang ke Hong Kong pada penerbangan seterusnya.

"Seorang pegawai kerajaan berkata beliau terima arahan yang saya tidak boleh masuk, dan perlu menaiki pesawat seterusnya (untuk pulang), katanya kepada penganjur menerusi perbualan telefon.


(Kredit to: Alyaa Alhadjri)

VIDEO - Wanita mengamuk tendang polis air asia

Posted: 26 May 2015 04:30 PM PDT


ideo seorang wanita penumpang AirAsia mengamuk jadi viral Kuala Lumpur: Video seorang penumpang wanita ditarik dan dihalang oleh kakitangan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia, jadi viral di laman sosial. Video berdurasi 24 saat itu tersebar di laman sosial sejak sejam yang lalu. Dalam kejadian yang berlaku di ruang aero bridge itu, kelihatan seorang penumpang wanita meronta-ronta meminta dilepaskan oleh kakitangan AirAsia itu, namun tidak diendahkan. Penumpang Wanita berbangsa Cina itu pada mulanya mempersoalkan mengapa kakitangan terbabit mahu membawanya keluar dari ruang itu. Kakitangan itu bagaimanapun hanya menjelaskan dia mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Jawapannya itu membuatkan wanita berkenaan enggan berganjak dan terpaksa bergelut seketika. "Saya akan saman awak! Okay?!" Wanita itu juga dilihat sempat menendang seorang anggota polis yang cuba menenangkan wanita terbabit, menurut sumber The hype media.com./klpost

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Pemimpin AMK kritik Selangor pecat guru KAFA - Faiz Zainudin

Posted: 26 May 2015 09:15 AM PDT

 
amk,guru kafa

Pemimpin PR ghairah mencari kelemahan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sedangkan pentadbiran negeri PR sendiri banyak kelemahan.


PETALING JAYA: Kerajaan Selangor dikritik lagi kerana memecat guru Kelas Fardu Air (KAFA), Ekhsan Bukharee, yang bertentangan dengan reformasi yang diperjuangkan Pakatan Rakyat.

Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Seremban, Farhan Mohd Salleh berkata, tindakan itu boleh menjejaskan sokongan rakyat terhadap kerajaan PR di Selangor.

"Kami menyarankan agar Kerajaan Selangor dapat tampil dengan segera memberikan penjelasan berkenaan isu ini.

"Jika gagal, perhatikan sahaja perubahan yang dibawa rakyat dalam gelombang reformasi selepas ini tidak memihak anda (PR). Jangan sesekali lupa, mandat, pangkat dan kedudukan anda ditentukan oleh rakyat," katanya menerusi WhatsApps yang disebarkan kepada umum.

Farhan berkata, pemimpin PR ghairah mencari kelemahan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sedangkan pentadbiran negeri PR sendiri banyak kelemahan.

"Jangan hanya pandai membongkar kemungkaran parti lawan (UMNO dan BN) tetapi mengamalkan perkara yang sama.

"Biar kita sesat dalam mencari kebenaran, kerana ia jauh lebih mulia dari kita berada dalam kesesatan dan mendewakan kesesatan tersebut," katanya.

Restoran Nasi Kandar didakwa caj Roti Tisu RM11 - Faiz Zainudin

Posted: 26 May 2015 08:30 AM PDT

 
restorn_kayu_600
Orang ramai mula berang dan menyarankan pihak penguatkuasa KPDNKK mengambil tindakan dan pengguna memboikot

PETALING JAYA: Isu harga luar biasa makanan di Restoran Nasi Kandar Kayu masih tidak berkesudahan berikutan pendedahan terbaharu melibatkan cawangan restoran itu di Petaling Jaya.

Mengikut rekod dalam resit bertarikh 23 Mei lalu, restoran itu di cawangan SS2, Petaling Jaya juga mengenakan caj luar biasa bagi Roti Tisu iaitu RM11.

Pengguna yang tidak berpuas hati telah memuat naik resit di laman sosial Facebook dan menarik perhatian pengguna lain untuk berkongsi.

Orang ramai yang berang dengan harga luar biasa yang dikenakan restoran tersebut bertindak mencemuh tindakan pengurusan restoran nasi kandar itu.

Ada yang meminta memboikot manakala, ada yang berharap supaya penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengambil langkah drastik bagi mengajar pemilik restoran mengenakan harga yang sepatutnya.

Cawangan restoran itu di Pulau Pinang telah diserbu pihak penguatkuasa KPDNKK pada Isnin kerana mengenakan caj RM20 ke atas lima batang sayur bendi dan aduan roti telur yang dijual pada harga RM2.50.

Pengarah Urusan restoran itu, Burhan Mohamed, memberitahu kesilapan teknikal oleh juruwang menyebabkan caj sebanyak RM20 dikenakan ke atas lima batang sayur bendi.

Alasan CEO 1MDB tak masuk akal, kata Bung Mokhtar Mohamad Fadli

Posted: 26 May 2015 07:45 AM PDT

 
bung-moktar-parliament

PAC juga seharusnya menggunakan pelbagai cara untuk memastikan Arul dan Shahrol hadir ke prosiding itu.

KUALA LUMPUR: Datuk Bung Mokhtar Radin menyelar tindakan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kandasamy, yang tidak dapat hadir sesi pendengaran oleh Jawatan kuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang sepatutnya diadakan pada Selasa (26 Mei).

Beliau berkata, alasan yang diberikan Arul itu tidak masuk akal ketika rakyat mahu mengetahui apa sebenarnya sedang berlaku dalam syarikat 1Malaysia Berhad Development (1MDB).

"Dia adalah orang yang bertanggungjawab terhadap siasatan yang sedang dijalankan oleh PAC dan polis.

"Dia patut mengetahui mesyuarat itu sangat penting untuk dihadiri dan memberitahu apa yang berlaku dalam 1MDB," katanya di Parlimen.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, PAC juga seharusnya menggunakan pelbagai cara untuk memastikan Arul dan Bekas CEO 1MDB, Datuk Shahrol Halmi, hadir ke prosiding itu.

Bung Mokhtar berkata, beliau berharap perkara itu diselesaikan segera agar tidak menimbulkan pelbagai kekeliruan.

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed pada Isnin memakkumkan pihaknya terpaksa menangguhkan pertemuan dengan CEO 1MDB kerana Arul Kandasamy berada di luar negara atas tugas rasmi.

Manakala bekas CEO 1MDB, Shahrol, pula meminta masa tambahan sehingga bulan hadapan untuk menyediakan diri berhadapan dengan perbicaraan PAC.

Pada masa sama, Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang turut menyelar tindakan Arul dan Shahrol yang tidak dapat hadir dalam mesyuarat siasatan PAC itu.

Tegas Kit Siang, sepatutnya mereka perlu memberi keutamaan kepada mesyuarat itu dan bukannya memberi pelbagai alasan.

"Siasatan ini sangat besar dan penting dan tidak seharusnya Arul dan Shahrol memberi alasan sedemikian," katanya.

VIDEO - Muktamar Penentu Kedudukan Pas Dalam PR

Posted: 26 May 2015 07:00 AM PDT


Hadi Dengan Formula Tak Tahu..

Posted: 26 May 2015 06:15 AM PDT



Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, cara terbaik untuk menyelesaikan kemelut dalam Pakatan Rakyat ialah "tunggu dan lihat."

Menjawab soalan pemberita di parlimen hari ini, Abdul Hadi berkata, beliau akan "menunggu sehingga tiba masa" dan tidak menjelaskan lebih lanjut maksud kenyataan itu.

Kata Abdul Hadi, dia juga tidak boleh menjawab pertanyaan mengenai sesuatu yang belum berlaku.

Ditanya mengenai kemungkinan Pakatan akhirnya akan terbubar, Abdul Hadi berkata: "Mungkin, saya tak tahu. Mungkin akan datang. Saya tak tahu saya hidup atau tidak esok,"

Mengenai kemungkinan langkah Ahli Dewan Undangan Negeri Morib dari PAS yang berikrar mempertahankan mandat Pakatan di Selngor, Abdui Hadi sekali berkata "tidak tahu".

"(Soalan tentang) akan, akan ni saya tak tahu," katanya.

Abdul Hadi turut diminta mengulas  kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (kiri) yang mendakwa "hati Abdul Hadi" kini tidak lagi bersama Pakatan, sebaliknya UMNO, Ahli Parlimen Marang itu berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak mengetahui apa yang terkandung di dalam hatinya.

"Saya tak tahu hati dia (Lim). Mana kita tahu (apa yang ada) dalam hati orang," katanya.




PANAS - Amy Search Digelar Hantu Rosakkan Akhlak Anak Muda

Posted: 26 May 2015 05:38 AM PDT


Keceluparan Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad menggelar kumpulan Search sebagai "hantu" menyebabkan dia kemudian ditarbiah vokalis band rock berkenaan, Amy.

Ia bermula apabila Muhammad Lukman memuat naik postingnya di Facebook menggunakan akaun motivasilukman.com untuk memberi komen mengani sambutan Festival Belia Putrajaya yang diadakan selama tiga hari mulai 22 Mei lalu.

Muhammad Lukman menulis: "Setelah bertahun-tahun negara sambut hari belia negara, belia-belia kita menjadi teruk kerana hantu-hantu macam ini yang menjadi pengisinya".

Komennya itu diiringi gambar kumpulan Search yang turut terbabit membuat persembahan dalam program tajaan kerajaan itu.

Bagaimanapun, Muhammad Lukman kemudian memadamkan posting berkenaan selepas mendapat pelbagai reaksi negatif daripada peminat kumpulan lagenda rock berkenaan.

Search membuat persembahan pada hari terakhir festival belia pada Ahad lalu.

Ketika memberi reaksi kepada kenyataan Muhammad Lukman, Amy memetik baris lirik lagunya Meniti Titian Usang untuk menegur pemimpin ISMA yang dilihat memperkenalkan dirinya sebagai pakar motivasi itu.

Belia jangan dihina

Dalam Instagram, Amy menulis: "Kertas putih saljuku coretkan kedukaanku, hitam dan kelabu adalah warna dalam hidupku.

"Apakah jika lagu-lagu yang ku syairkan itu dapat mengembira hati mereka (belia) dan dijadikan sebahagian perjalanan hidup mereka untuk berjaya itu satu dosa?

"Jangan dihina belia-belia itu kerana mereka itu sebahagian dari aku dan aku juga sebahagian dari mereka yang punya cita. Tutur kata seorang motivasi itu seharusnya indah lagi mulia".

Muhammad Lukman kemudian memuat naik status terbarunya dengan berkata, dia akan berjumpa dengan Amy petang ini bagi meminta maaf.

Muhammad Lukman turut memohon maaf kepada peminat kumpulan itu sekiranya tersinggung dengan statusnya sebelum ini.

Bagaimanapun, selepas Muhammad Lukman menaikkan status berkenaan, beliau tetap dikutuk peminat Amy Search. Antaranya:

Az Rule: lain kali peka sikit dengan isu anak muda...kalau kamu kutuk KPop, confirm  kena sanjung, ini kamu silap kutuk pula bro. Tak apalah, dah berani nak minta maaf kan, baguslah tu. Moga banyak job lepas ini ya.

Amerol Gorgeus: Hi lukman, Makan apa tengahari ni? Mesti dah kenyang dengan kata cacian kan... Emmm kesian.Lukman pergi ambil wudhuk tau, berzikir banyak banyak. Lukman tau kan berzikir ni ubat rohani?

Sab Bahri: Bukan minta maaf dekat abang Amy saja bro, yang kau panggil hantu-hantu sekali dengan abang Hamzah (kid), abang Din, abang Nasir, (dan) dengan abang Yazid.. Minta maaf sekali dengan mereka ok. Semoga dipermudahkan.

Izham Basir: lagu Search ada yang berunsur ketuhanan, seperti lagu "Teguh". hormatilah profesion masing-masing dengan caranya tersendiri.

Zairul Addry: Salam encik pakar motivasi, anda tulis kelihatan macam tokoh masyarakat, bangkitlah, baca buku sejarah dulu pasal kumpulan Search. Bagaimana nak memotivasikan orang kalau kita sendiri cakap begitu? tepuk dada tanya selera.

- mkini

Luahan isi hati Hadi Awang Mohamad Fadli

Posted: 26 May 2015 03:00 AM PDT



Hadi menegaskan hatinya tetap bersama Pakatan Rakyat walaupun dilempar pelbagai tuduhan.

hadi,guan eng

KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyuarakan isi hatinya selepas dituduh sudah berpaling kepada UMNO oleh Lim Guan Eng.

Katanya, walaupun dilempar dengan pelbagai tuduhan, hatinya masih tetap bersama Pakatan Rakyat (PR).

"Dia (Lim Guan Eng) ‎ dia tidak tahu hati saya, saya tidak tahu hati dia, mana kita tahu hati orang," katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilaporkan menuduh Abdul Hadi telah bersama UMNO walaupun batang tubuhnya dilihat masih bersama Pakatan Rakyat.

Ahli Hadi,Ahli Parlimen Marang, berkata buat masa ini Pas setia bersama PR tetapi tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang.

Katanya, sama juga seperti dirinya yang tidak tahu sampai bila akan hidup dan bila akan mati.

"Sekarang masih bersama PR. Saya duduk dikerusi yang sama dan mungkin akan datang saya tidak tahu.

"Saya pun tidak tahu saya akan hidup atau tidak. Kalau ikut sejarah semuanya pernah bersendirian, pernah dalam kerajaan, keluar kerajaan biasanya peristiwa lama tidak akan berulang.

"Konsep kita bersama masyarakat majmuk di Malaysia, tidak boleh bersendirian," katanya.

Luahan isi hati Hadi Awang Mohamad Fadli

Posted: 26 May 2015 02:15 AM PDT

 
hadi,guan eng

Hadi menegaskan hatinya tetap bersama Pakatan Rakyat walaupun dilempar pelbagai tuduhan.


KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyuarakan isi hatinya selepas dituduh sudah berpaling kepada UMNO oleh Lim Guan Eng.

Katanya, walaupun dilempar dengan pelbagai tuduhan, hatinya masih tetap bersama Pakatan Rakyat (PR).

"Dia (Lim Guan Eng) ‎ dia tidak tahu hati saya, saya tidak tahu hati dia, mana kita tahu hati orang," katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilaporkan menuduh Abdul Hadi telah bersama UMNO walaupun batang tubuhnya dilihat masih bersama Pakatan Rakyat.

Ahli Hadi,Ahli Parlimen Marang, berkata buat masa ini Pas setia bersama PR tetapi tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang.

Katanya, sama juga seperti dirinya yang tidak tahu sampai bila akan hidup dan bila akan mati.
"Sekarang masih bersama PR. Saya duduk dikerusi yang sama dan mungkin akan datang saya tidak tahu.

"Saya pun tidak tahu saya akan hidup atau tidak. Kalau ikut sejarah semuanya pernah bersendirian, pernah dalam kerajaan, keluar kerajaan biasanya peristiwa lama tidak akan berulang.

"Konsep kita bersama masyarakat majmuk di Malaysia, tidak boleh bersendirian," katanya.

VIDEO - Rafizi Ramli Terkini 1MDB & GST Najib Razak Bakal Tumbang?

Posted: 26 May 2015 01:30 AM PDT


VIDEO - ‘1MDB ponteng siasatan PAC tak boleh diterima’ - Nazir Razak

Posted: 26 May 2015 12:45 AM PDT


Doktor Cuba Buka Seluar Mangsa !!

Posted: 25 May 2015 11:54 PM PDT

 
 
Mangsa (duduk dua dari kiri) menunjukkan salinan laporan polis ketika sidang akhbar bersama suaminya (duduk kiri).
Kota Tinggi: Seorang wanita yang baru empat hari bekerja sebagai pembantu klinik di sini, kini trauma selepas mendakwa dia bukan saja menjadi mangsa cabul majikannya, malah nyaris dirogol lelaki itu.

Wanita berusia 21 itu berkata, dalam kejadian 7 Mei lalu, majikannya yang juga doktor di klinik terbabit tiba-tiba memeluk, mencium, meraba alat sulit serta cuba membuka seluarnya ketika berada di belakang klinik berkenaan.



Namun katanya, selepas menepis perbuatan keji doktor berusia 50-an itu, mangsa diberikan amaran keras supaya tidak memberitahu kejadian itu kepada sesiapa.

Mangsa berkata, apabila pulang ke rumah, dia mengadu kepada suami dan mereka terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi untuk membuat laporan polis serta turut mendapatkan pemeriksaan di Hospital Kota Tinggi sebelum diminta merujuk ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

"Beberapa hari kemudian saya dipanggil ke IPD untuk membuat pengecaman baju (baju yang dipakai doktor ketika kejadian). Apa yang berlaku itu menyebabkan saya sangat trauma," katanya.