Isnin, 25 Mei 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


PR hanya berhadapan dengan konflik, tidak akan berpecah - Tian Chua

Posted: 25 May 2015 08:30 PM PDT


 
 
KUALA LUMPUR: Perselisihan yang semakin melarat antara DAP dan PAS hanyalah salah satu konflik yang dihadapi dalam Pakatan Rakyat (PR) dan tidak akan membawa kepada perpecahan kepada pakatan itu, kata Naib Presiden PKR Tian Chua.

Menurutnya, perselisihan ini boleh diatasi memandangkan PR adalah harapan rakyat sebagai barisan alternatif kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Pemimpin-pemimpin PR sedar ini adalah harapan rakyat dan rakyat juga menuntut supaya kita dilihat sebagai satu persaingan politik yang sihat di antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

"Jadi melihat perkara ini, kita tidak boleh mengkhianati harapan rakyat. Jadi saya juga yakin kebanyakan kepimpinan ketiga-tiga parti ada kesungguhan untuk kekalkan PR.

"Saya rasa perselisihan ini kita boleh atasi. Walaupun perbahasan mereka di media nampak seolah-olah sangat hangat, namun itu tidak bermakna kita akan berpecah," tambah beliau kepada Astro AWANI ketika ditemui di lobi Parlimen pada petang Isnin.

Tambah beliau, PR harus menunjukkan hasrat dan komitmen yang lebih kuat untuk memastikan mereka terus kekal dan maju.

Beliau juga berkata rakyat mengharapkan satu sistem 'check and balance',iaitu satu sistem yang menunjukkan persaingan yang sihat di antara satu barisan politik yang alternatif kepada pemerintah.

Apabila ditanya mengenai permohonan Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti politik, beliau berkata sehingga hari ini permohonan itu masih tidak diluluskan dan tidak dilayan Kementerian Dalam Negeri.

Konflik antara DAP dan PAS seolah-olah tiada penamatnya apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Jumaat lalu menegaskan partinya bersedia untuk menamatkan kerjasama dengan DAP.

Abdul Hadi berkata kesediaan menamatkan kerjasama itu dibuat ekoran kenyataan serta tindak-tanduk pemimpin DAP yang mahu membentuk Kabinet bayangan tanpa penglibatan PAS dan PKR. Sebelum ini ,

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dilaporkan sebagai berkata kabinet bayangan PR yang dicadang Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail adalah tidak praktikal, justeru DAP memilih untuk menubuhkan kabinet bayangan sendiri dengan mengumumkan senarai 18 portfolio yang akan diisi anggota Parlimen parti itu.

Pada 19 Mei, Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui tiada kesepakatan dalam Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kabinet bayangan.

Beliau memberi alasan bahawa pembentukannya tidak dapat direalisasikan atas faktor kewangan dan PR tidak mempunyai infrastruktur untuk melaksanakannya kecuali pihak pentadbiran Parlimen membantu menanggung kos perbelanjaan dan kos-kos yang berkaitan. 



Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

 

Ibu Tunggal Terima Rasuah RM29,000...??

Posted: 25 May 2015 08:00 PM PDT

Seorang ibu tunggal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM29,000 daripada dua beranak kononnya untuk membebaskan seorang ahli keluarga mereka yang ditahan atas kesalahan dadah, tiga tahun lalu.

Rohana Yaacob, 35, dari Kampung Bukit, Wakaf Bharu, Tumpat mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Hakim Adli Abd. Ghazali.

Mengikut pertuduhan pertama, Rohana didakwa menerima wang suapan RM2,500 daripada Mohd. Amiero Roslan, 28, sebagai doro­ngan kepada pegawai polis untuk membebaskan adiknya, Muhammad Hafiz, 26, yang ditangkap atas kesalahan Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Wanita itu didakwa melakukan kesalahan itu pada 21 April 2012 di hadapan sebuah kedai serbaneka di Wakaf Bharu, Tumpat dekat sini.

Pada pukul 12 tengah hari, tiga hari selepas itu, Rohana yang be­kerja sebagai penjual air didakwa menerima rasuah RM5,000 daripada ibu kepada kedua-dua beradik itu, Roslina Ariffin, 48, bagi tujuan sama di pekarangan Mahkamah Bachok.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat, tertuduh didakwa me­nerima rasuah RM10,000 daripada Roslina kira-kira pukul 10 pagi, 29 April 2012 di kawasan berhampiran Stesen Kereta Api Wakaf Bharu, Tumpat dan wang suapan RM3,000 lagi bagi tujuan sama kira-kira pukul 11 pagi, 2 Mei 2012 di pekarangan Mahkamah Bachok.

Pertuduhan kelima pula menyebut Roslina didakwa telah memberikan rasuah RM4,000 kepada Rohana di antara pukul 8.30 pagi dan 1 petang, 8 Mei 2012 di kawasan berhampiran Agro Bank, Jalan Padang Garong di sini.

Bagi pertuduhan keenam, tertuduh didakwa menerima wang suapan RM4,500 daripada wanita tersebut kira-kira pukul 5 petang, 16 Mei 2012 di hadapan sebuah ba­ngunan di Jalan Sultanah Zainab di sini.

Ibu kepada lapan anak itu didakwa mengikut Seksyen 24(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 untuk kesemua pertuduhan tersebut yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun atau denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

Rohana turut berdepan enam pertuduhan alternatif iaitu didakwa menipu Mohd. Amiero dan Roslina supaya mempercayai bahawa pegawai polis meminta wang suapan bagi menyelesaikan kes tersebut pada tarikh dan tempat yang sama dengan pertuduhan utama.

Dia juga mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan alternatif itu yang dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun, sebat dan denda.

Mahkamah membenarkan Rohana dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000 berserta seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dengan syarat dia dikehendaki melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berhampiran.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 22 Jun ini.

Jepun mahu kereta api laju Shinkansen beroperasi di Malaysia

Posted: 25 May 2015 07:30 PM PDT




Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dalam mesyuarat dua hala dengan delegasi Malaysia diketuai rakan sejawatnya, Datuk Seri Najib Razak, di Tokyo, hari ini mengulangi hasratnya untuk melihat teknologi kereta api laju kebanggaan negara itu, Shinkansen, digunakan dalam Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dalam mesyuarat dua hala dengan delegasi Malaysia diketuai rakan sejawatnya, Datuk Seri Najib Razak, di Tokyo, hari ini mengulangi hasratnya untuk melihat teknologi kereta api laju kebanggaan negara itu, Shinkansen, digunakan dalam Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura.

Jepun hari ini mengulangi hasratnya untuk melihat teknologi kereta api laju kebanggaan negara itu, Shinkansen, digunakan dalam Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura.

Hasrat itu disuarakan Perdana Menterinya, Shinzo Abe dalam mesyuarat dua hala dengan delegasi Malaysia diketuai rakan sejawatnya, Datuk Seri Najib Razak, di Tokyo, hari ini.

"Saya berharap dapat melihat Shinkansen beroperasi di bumi Malaysia," katanya pada sidang media bersama dengan Najib, selepas mesyuarat di pejabat Abe.

Mengulas perkara itu, Najib berkata mereka menghabiskan masa yang lama bagi membincangkan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi melibatkan kerajaan Malaysia serta Singapura berkenaan.

"Kita dimaklumkan mengenai signifikan serta kepentingan projek itu oleh Jepun," kata Najib.

Perdana Menteri turut percaya Jepun akan mengemukakan bidaan yang amat kompetitif itu apabila tiba masanya kelak.

Malah, hasrat Jepun untuk membida projek kereta api berkelajuan tinggi itu turut diberi liputan meluas oleh media tempatan Jepun menjelang kunjungan Najib.

Salah satu laporan menyatakan Jepun juga berusaha melobi untuk turut mengetengahkan penggunaan Shinkansen bagi projek kereta api laju menghubungkan Bangkok dan Chiang Mai di Thailand serta Jakarta dan Bandung di Indonesia.

Esok, Najib akan merasai sendiri pengalaman menaiki kereta api laju berkenaan menerusi perjalanan selama 96 minit ke Sendai, kira-kira 325 kilometer dari Tokyo.

Perkhidmatan Shinkansen itu merangkumi laluan kira-kira 2,400 kilometer yang merentasi Jepun.

Sebelum perjalanan esok, Najib akan diberi taklimat oleh pegawai Perkhidmatan Keretapi Jepun mengenai Shinkansen serta pembangunan di sekitar stesen Tokyo selain melawat kokpit kereta api itu.

Pada awal bulan ini, Perdana Menteri dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong, mengulangi komitmen penuh kedua-dua negara bagi menjayakan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi itu yang mampu mengurangkan masa perjalanan kepada kira-kira 90 minit berbanding tiga jam menerusi jalan raya, pada masa ini.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, memaklumkan wartawan Malaysia yang membuat liputan kunjungan perdana menteri, bahawa beberapa negara termasuk Perancis, Korea Selatan, Sepanyol dan Jerman menyatakan minat untuk menyertai projek kereta api berkenaan.

"Masih terlalu awal lagi kerana kedua-dua pihak, baik Malaysia mahupun Singapura, perlu meneliti banyak butiran lain.

"Jepun misalnya, menyatakan kesanggupan untuk mengendalikan aspek latihan pekerja, modal insan, pemindahan teknologi serta pembiayaan dalam usaha mendapatkan projek itu," katanya. – Bernama, 25 Mei, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

'Bisik pada PM jangan serang Dr M'

Posted: 25 May 2015 07:00 PM PDT

 
 
Sebagai penasihat baru perdana menteri, apakah yang perlu dibisik oleh pakar perhubungan awam Tan Sri Lim Kok Wing ke telinga Datuk Seri Najib Razak?

Bagi Datuk Ahiruddin Attan, Najib harus diberitahu untuk berhenti menyerang Mahathir kerana pendekatan itu memakan diri.

Wartawan veteran itu berkata Najib sebaliknya harus menumpukan kepada usaha memperjelaskan dasar-dasarnya.

"Saya agak pasti Lim bersetuju dengan saya, strategi sedia ada PM, yang menyerang Mahathir, melalui akhbar dan berita utama, memakan diri," katanya dalam blog Rocky's Bru.

"Saya tidak pasti apa Lim patut nasihat Najib.

"Saya hanya boleh berharap untuk kebaikan Najib, bidang kerjanya termasuk menguruskan bagaimana media arus perdana respon terhadap serangan Mahathir."

Bagaimanapun, Ahiruddin (atas) memberi amaran bahawa penasihat lain Najib mungkin tidak senang dengan kemasukan Lim ke dalam lingkungan mereka.

Sebuah portal sebelum ini melaporkan bahawa Lim dilantik sebagai penyelaras program khas Najib.

Lim mengasaskan syarikat pengiklanan swasta pertama di Malaysia serta menubuhkan Univesiti seni kreatif sulung, Limkokwing University of Creative Technology.

Beliau juga membantu rundingan dalam beberapa masalah besar, termasuk perang dalaman MCA antara presiden parti Cina itu sebelum ini Tun Dr Ling Liong Sik dan Tan Sri Lim Ah Lek.

Lim juga antara yang terawal membantu Kongres Nasional Afrika dalam kempen pilihan raya untuk Afrika Selatan yang lebih bebas, sekali gus membantu Nelson Mandela menang pilihan raya.

Limkokwing University of Creative Technology ketika ini mempunyai kampus di tiga lagi kota asing – London, Botswana dan Kemboja.

[Baca berita asal]

 



Ku Li: PM boleh kena prosiding hina Parlimen

Posted: 25 May 2015 06:30 PM PDT

   

Jawapan bercanggah perdana menteri berhubung simpanan 1MDB di bank Singapura boleh mendedahkan beliau kepada prosiding menghina Parlimen, kata wakil rakyat veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Bagaimanapun, katanya Datuk Seri Najib Razak, yang juga menteri kewangan, sudah membetulkan jawapan Parlimen itu dan tidak boleh dianggap sebagai berbohong.

"Walau apa pun, PM tidak patut melanggar keistimewaan dewan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Ditanya berhubung pembetulan Najib selepas dua bulan, Tengku Razaleigh berkata terpulanglah kepada kedua-dua pihak untuk membangkitkan perkara itu di Parlimen sama ada perdana menteri mengelirukan dewan.

Kementerian Kewangan semalam menjelaskan bahawa ia meminda jawapan bertulis 10 Mac di Parlimen mengenai 1MDB untuk "mengelakkan kekeliruan".

Penjelasan itu dibuat selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir (kiri) Mohamad mendakwa Najib "berbohong" berhubung perkara itu.

Ia menjelaskan bahawa bahawa jawapan bertulis Parlimen yang dibuat oleh perdana menteri mengenai kedudukan kewangan 1MDB di bank BSI Singapura ditulis dan disemak oleh pegawai kementerian berdasarkan maklumat syarikat pelaburan negara itu.

Kementerian menjelaskan lazimnya jawapan bertulis Parlimen dibuat atas nama beliau berdasarkan maklumat agensi berkenaan yang kemudiannya disemak dan diedarkan oleh para pegawai.

Jawapan bertulis pada 10 Mac menyebut AS$1.103 bilion (RM3.6 bilion) disimpan dalam bank Singapura itu dalam bentuk wang tunai, tetapi kemudiannya menjelaskan ia dalam bentuk aset.

Menteri Kewangan II Datuk Ahmad Husni Hanadzlah berkata "simpanan dalam bentuk unit".

Kolagen pembunuh senyap By canang

Posted: 25 May 2015 06:00 PM PDT


JANGAN sampai salah langkah!

Makanan tambahan kolagen semakin mendapat tempat di hati masyarakat memandangkan khasiatnya dikatakan mampu mengembalikan keanjalan dan mencerahkan kulit.


Namun, tahukah bahawa kolagen boleh menjadi pembunuh dalam senyap?


Di pasaran, terdapat pelbagai produk dengan kandungan kolagen yang dijual sehingga 20,000Mg.


Pengambilan kolagen dalam kuantiti banyak boleh memberikan kesan kepada fungsi hati dan buah pinggang yang akan menyebabkan kegagalan kepada fungsi kedua-dua organ penting ini.


Pastikan, jangan tersalah langkah, lihat dahulu kondisi kandungan dan lebih penting dapat nasihat daripada pakar.


PPIM terima aduan pengguna

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan mengenai produk makanan tambahan seperti kolagen yang dibeli tidak memberikan hasil seperti dijanjikan.


Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, keadaan itu seolah-olah menipu pengguna untuk membeli produk tersebut.

"Pada kebiasaannya harga untuk produk kolagen itu mencecah ratusan ringgit dengan menjanjikan bahawa ia akan memberikan hasil menakjubkan.


"Tetapi ada yang datang kepada kami menyatakan mereka ditipu setelah membelanjakan ratusan ringgit, tetapi hasil yang diperoleh tidak memuaskan," katanya.


Menurutnya, tidak semua pengeluar produk makanan tambahan menipu pengguna sebaliknya ada segelintir  cuba mengaut keuntungan dengan cara mudah.


"Mereka (pengeluar produk) perlu wujudkan satu persatuan dalam kalangan mereka supaya wujud etika dalam setiap pengeluaran produk dan tidak mengambil kesempatan menjual dengan harga tinggi.


"Terdapat juga pengeluar produk berasaskan krim kolagen meletakkan bahan yang merbahaya. Memang akan nampak kesan positif tetapi untuk jangka masa panjang ia akan menyebabkan masalah kulit," katanya.


Katanya, pengguna perlu peka dengan kandungan dalam makanan tambahan diambil dan tidak terlalu mempercayai promosi yang dibuat syarikat pengeluaran produk makanan tambahan.


"Kadang-kadang yang datang untuk jual produk itu adalah rakan-rakan sendiri ataupun daripada kalangan keluarga sendiri yang menjual produk.


"Pengguna perlu tahu sesuatu produk sesuai atau tidak sebelum membelinya walaupun yang menjual adalah kenalan kita sendiri," katanya.


Rosakkan organ dalaman

MAKANAN tambahan seperti kolagen jika diambil secara berlebihan bakal mengundang risiko terhadap sistem dalam badan.


Pakar Toksikologi, Keselamatan dan Terapi Makanan Jabatan Sains Nutrisi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Norazlanshah Hazali berkata, kesan pengambilan kolagen tanpa had tidak akan dilihat serta-merta sebaliknya, pada jangka masa panjang jika digunakan secara berterusan.


"Apabila produk dengan kandungan kolagen masuk dalam badan, ia akan diproses di hati dan dipecahkan kepada molekul kecil.


"Jika diambil berlebihan, ia memberikan beban kepada hati yang perlu bekerja keras memproses bahan tersebut," katanya.


Katanya, selepas selesai proses di hati, kolagen akan diangkut dalam darah untuk dihantar ke seluruh badan.

"Kolagen akan diuraikan kepada asid amino dan diangkut melalui darah ke kawasan diperlukan seperti otot dan kulit.


"Lebihan kolagen pula tidak boleh disimpan di dalam badan sebaliknya perlu dikumuhkan keluar melalui air kencing dan najis," katanya.   


Katanya, pengguna berisiko mengalami kerosakan sel hati.

"Suplemen ini tidak mengandungi kolagen semata-mata, tetapi berkemungkinan ada pengawet digunakan bagi memastikan produk itu stabil," katanya.


Dr Norazlanshah berkata, proses ini berlaku di buah pinggang dan jika dikumuhkan secara berlebihan, sel buah pinggang akan rosak dalam jangka masa panjang.


Beliau menasihati pengguna supaya mendapatkan konsultasi daripada pakar perubatan sebelum mengambil kuantiti kolagen yang sesuai.


"Daripada segi kuantiti kolagen, biasanya wanita memerlukan lebih berbanding lelaki kerana ia mudah dicerna dalam tubuh," katanya.


Katanya, pembaziran berlaku jika badan tidak memerlukan banyak kolagen tetapi ia diambil tanpa mendapatkan sebarang nasihat pakar.


"Sekiranya ingin mencuba kolagen, pengguna perlu menyedari industri suplemen ini tidak dipantau. Kandungan kolagen dan keberkesanan sesuatu produk sukar diketahui.


"Dari sudut perubatan, pengambilan kolagen sebenarnya adalah suntikan yang bukan melalui salur darah tetapi dimasukkan di bawah lapisan kulit (filler)," katanya.


Rumpai laut tidak mengandungi kolagen

RUMPAI laut yang dibungkus di pasaran dengan label menarik seperti 'marin kolagen', 'ibu kolagen' atau 'kolagen mentah' sebenarnya tidak mengandungi kolagen.


Herbalis, Bahrain Samah berkata, setakat ini tiada sebarang kajian sains dilaporkan dalam jurnal terkemuka menunjukkan rumpai laut dari mana asalnya didapati mengandungi kolagen.


"Kolagen hanya terdapat dalam tubuh haiwan sama ada bertulang belakang atau tiada tulang belakang.


"Ia tidak wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Kajian-kajian terhadap komposisi rumpai laut hanya menemui protein. Kolagen adalah sejenis protein," katanya.


Menurutnya, protein memiliki sifat-sifat kimia dan fizikal, menepati sifat kolagen barulah boleh dipanggil sebagai kolagen.


"Kenyataan rumpai laut mengandungi kolagen semata-mata kerana terdapat protein di dalamnya adalah tidak tepat," katanya.


Katanya, istilah kolagen menarik perhatian orang ramai kerana mereka mengetahui bahawa kolagen merupakan sejenis protein penting kepada tubuh.


"Lebih kurang 30 peratus daripada keseluruhan protein dalam tubuh manusia adalah kolagen," katanya.


Tambahnya, ramai wanita mengamalkan pengambilan gel rumpai laut kerana percaya ia mengandungi kolagen.


"Pengambilan pada dos sesuai dan konsisten boleh menghasilkan kesan positif terutama pada kesihatan kulit.

"Jika tidak terdapat kolagen adakah kandungan protein dalam rumpai laut membantu mencantikkan kulit dan membantu proses awet muda? 


Jawapannya ialah paras protein rendah dalam pengambilan harian gel rumpai laut dipercayai tidak memenuhi keperluan asas tubuh untuk membina dan memulihara pelbagai jenis protein," katanya.

Bergantung pada badan

KEBERKESANAN produk kolagen bergantung kepada keupayaan badan untuk menyerapnya.


Pakar Kulit Poliklinik Dr Suraya, Dr Suraya Sudin berkata, kandungan kolagen tinggi dalam produk di pasaran tidak menjamin keberkesanan produk itu.


"Pada usia 40 tahun, kolagen semakin berkurangan dan perlu ada pengganti. Kerana itu ramai yang mengambil produk tambahan," katanya.


Produk kolagen terdapat di pasaran berfungsi mencantikkan kulit.


"Vitamin C perlu dititikberatkan dalam menghasilkan kembali kolagen kepada badan. Ada produk mengandungi 20,000Mg kolagen untuk setiap penggunaan.


"Jumlah tinggi tidak menjamin hasil yang bakal diperoleh. Pengguna perlu cuba dan melihat hasilnya sendiri," katanya.


Beliau berkata, tiada kesan juga mungkin disebabkan ia adalah kolagen tiruan atau tidak sesuai dengan tubuh badan seseorang.


"Kolagen disuntik lebih diyakini berkesan kerana ia diserap kulit. Pastikan ia asli supaya tidak memudaratkan kesihatan," katanya.


Jelasnya, pengambilan kafein bersama kolagen juga antara penyebab ia tidak berkesan pada tubuh.


"Bukan tidak boleh minum kafein, cuma itu antara faktor menyebabkan kolagen cepat hilang. Jika ambil gula yang banyak boleh kurangkan kolagen.


"Asap rokok dan cahaya matahari terik juga menyebabkan kolagen pecah dan terurai," katanya.


Saran penggunaan pada kuantiti betul

Pen gguna seharusnya tidak mengambil makanan tambahan seperti kolagen dalam kuantiti banyak. Peniaga makanan tambahan kolagen, Wan Hidayah Omar, 32 berkata, pengguna seharusnya mengikut sukatan yang di tulis pada pembalut produk.


"Saya sentiasa menasihati pelanggan supaya mengamalkan makanan tambahan mengikut kuantiti ditetapkan.

"Jangan kerana hendak cepat cantik, soal kesihatan diabaikan. 


Sesuatu produk perlu mengambil masa tertentu supaya ia boleh memberikan kesan kepada badan," katanya.
Menurutnya, walaupun pengguna makan kolagen dalam kuantiti banyak, ia tetap diserap pada kuantiti tertentu yang diperlukan tubuh.


"Perkara paling penting adalah minum air pada kuantiti banyak selepas makan kolagen itu," katanya. Dia juga menasihati pelanggannya supaya menghentikan pengambilan sekiranya terdapat gejala atau tanda luar biasa pada kulit.


Sementara itu, peniaga lain, Nur Amira Suhaimi, 29 berkata, pengambilan produk tiruan kolagen dikhuatiri menjadi punca masalah kesihatan.


Dia berkata, setakat ini masih belum menerima aduan daripada pelanggannya yang mengatakan mengalami masalah kesihatan selepas mengamalkan produk yang dijual.


"Sekarang ini berlaku lambakan produk makanan tambahan di pasaran dan kita tidak tahu mana asli atau palsu. Produk tiruan dijual dalam pembungkusan yang lebih kurang sama dengan yang asli.


"Kebanyakan produk tiruan ini bakal menyumbang kerosakan organ dalaman kerana di campur dengan bahan pengawet tidak dibenarkan," katanya.


Katanya, pengguna perlu memperhalusi label pada pembungkus produk dan membeli daripada penjual yang diyakini.

Bersama Kepimpinan Ulama Perkukuh Pakatan

Posted: 25 May 2015 05:30 PM PDT


Selasa, 26 Mei 2015 RUU Persendirian Hudud : Akhirnya PAS Sudah Mula Merasai Sedikit Air Kencing Umno Mampos lah Ditipu oleh Umno Hidup-Hidup beb... kah kah kah !. hemmmmm..... malas gua nak komen panjang-panjang... kah kah kah !. Dicatat oleh Mat Indera Sipejuang

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ


2 Adun Pas Tekad Halang Usaha Hadi Hancurkan Kerajaan Selangor

Posted: 25 May 2015 05:00 PM PDT

ADUN PAS ikrar pertahan mandat di S'gor




Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Hasnul Baharuddin berikrar akan terus mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor jika keadaan dewan negeri tergantung benar-benar berlaku.

Katanya rakyat Selangor memberi mandat bukan hanya kepada PAS tetapi juga PKR dan DAP dan ia harus dihormati semua wakil rakyat.

"Saya akan terus pertahankan kerajaan Pakatan Rakyat kerana itu mandat yang diberi oleh rakyat," katanya.

Hasnul dan seorang lagi ADUN PAS Saari Sungib sebelum ini tampil menyokong Presiden PKR Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar baru Selangor ketika parti mereka belum membuat keputusan.

Sultan Selangor bagaimanapun memilih timbalan Azizah dalam PKR, Azmin Ali, sebagai menteri besar baru menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini Hasnul berkata kenyataannya hari ini tidak bermaksud beliau akan meninggalkan PAS.

"Tapi saya akan lihat bagaimana perkembangan selepas ini," katanya.

Sekiranya PAS keluar Pakatan, Selangor kemungkinan berdepan dengan situasi DUN tergantung.

Pada masa ini, PAS dan DAP masing-masing mempunyai 15 kerusi manakala PKR mempunyai 13, tidak termasuk Khalid yang kini ADUN bebas.

Terdapat 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri, di mana 29 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Sekiranya PAS menarik diri, DAP dan PKR akan hanya mempunyai 28 kerusi.

Kebimbangan terhadap masa depan Pakatan semakin diperkatakan berikut kemelut antara DAP dan PAS Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pemerhati menjangkakan keadaan akan menjadi lebih teruk pada bulan Jun selepas pemilihan PAS, di mana kumpulan Hadi dijangka menguasai hampir sepenuhnya kepimpinan parti itu.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang hari ini terus membangkitkan kebimbangan sama.

Surat Terbuka Kepada MAJLIS SYURA ULAMA PAS ( MSU )

Posted: 25 May 2015 04:30 PM PDT


Surat terbuka kepada Majlis Syura Ulama PAS (MSU).


Saya rasa terpanggil untuk memohon penjelasan jujur MSU berkaitan kekeliruan yang timbul berkaitan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat. 

Ini adalah kerana dalam satu forum yang diadakan pada 24 Mei 2015, seorang ahli MSU telah menyatakan bahawa MSU telah membuat keputusan berkenaan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat dan akan menyerahkan keputusan tersebut kepada Jawatankuasa PAS Pusat. 

Kebimbangan berkenaan perkara ini diperkuatkan dengan qarinah (circumstantial evidence) oleh kenyataan tokguru Presiden PAS yang dikasihi bahawa PAS bersedia memutuskan hubungan dengan DAP serta kenyataan Timbalan Mursyidul Am bahawa Presiden PAS telah fikir panjang berkenaan hubungan PAS dan DAP. 

Saya dengan rendah diri memohon penjelasan persoalan berikut:-
 

1) Apakah benar MSU telah mengadakan satu mesyuarat membincangkan isu kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat?

2) Jika soalan 1 positif, apakah keputusan yang dikatakan telah dibuat MSU; samaada MSU mahu kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat dikaji semula atau PAS mengambil ketetapan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat?


3) Jika betul memang wujud keputusan berkenaan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat, bilakah keputusan tersebut akan diserahkan kepada Jawatankuasa PAS Pusat supaya satu ketetapan boleh dibuat oleh Jawatankuasa PAS Pusat?


Saya amat yakin bahawa berdasarkan Perlembagaan PAS, kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat hanya boleh diputuskan dalam Muktamar PAS Pusat kerana ia badan tertinggi yang telah memutuskan penyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat. 


Saya juga amat yakin bahawa majority ahli dan penyokong PAS serta rakyat masih berharap PAS terus berada dalam Pakatan Rakyat untuk bersama-sama menentang kezaliman dan penyelewengan UMNO Barisan Nasional dan membentuk sebuah kerajaan yang adil dan bersih di Persekutuan.


Maka, amat penting untuk kekeliruan yang timbul ini dijelaskan agar ahli dapat terus bekerja menentang UMNO Barisan Nasional tanpa pemikiran positif kami terganggu. 


Satu jaminan yang konkrit amat diperlukan dalam suasana nyawa UMNO Barisan Nasional sudah berada di hujung tanduk.



Sekian, terima kasih.



~Faiz Fadzil~25 Mei 2015

Ziana Zain tonjol imej Muslimah di Cannes

Posted: 25 May 2015 09:00 AM PDT

 
Ziana-Zain-Bawa-Keperibadia

Imej yang ditonjolkan mampu membuka mata dan memberi ruang untuk masyarakat di Barat bagi lebih memahami kehidupan wanita Islam menerusi cara berpakaian dan pergaulan.

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi bersuara nyaring Ziana Zain tampil dengan imej Muslimah pada Festival Fesyen Islamik (IFF) di Cannes, Perancis pada 22 Mei lalu.

Katanya yang dipetik daripada Berita Harian Online, imej yang ditonjolkan mampu membuka mata dan memberi ruang untuk masyarakat di Barat bagi lebih memahami kehidupan wanita Islam menerusi cara berpakaian dan pergaulan.

IFF berlangsung bersempena dengan Festival Filem Antarabangsa Cannes.

Pada majlis itu, Ziana telah dipilih sebagai wajah ilham (muse) rekaan Rizman Ruzaini.

Beberapa pereka fesyen tempatan yang lain seperti Tom Abang Saufi dan Fara Khan turut mengambil bahagian dalam acara yang bertemakan Lawrence Of Arabia On The French Riviera.

Najib kena gempa bumi di Tokyo FMT Reporters

Posted: 25 May 2015 08:30 AM PDT


Perdana Menteri merasai sendiri gegaran gempa ketika berada di Palace Hotel di Tokyo

AMARAN PERTAMA DARI ALLAH SWT  !!

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi pengalaman merasa gempa bumi di laman Facebooknya.

Dalam status yang dimuat naik, beliau tidak mencerita lanjut sebaliknya memaklumkan keadaan selamat.



"Sebelum mesyuarat bersama kapten industri di Palace Hotel tadi Tokyo dilanda gempa bumi, seluruh bangunan bergegar. Kami semua rasa gegaran, lantai dan lampu bergerak. Apa pun semua tenang, dan majlis dimulakan selepas itu, Alhamdulillah", katanya.

Terdahulu , Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, menghadap Maharaja Akihito dan Maharani Michiko di Imperial Palace.

Beliau dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Jepun atas undangan rakan sejawatan Shinzo Abe.

Azalina bikin kecoh lagi FMT Reporters

Posted: 25 May 2015 07:45 AM PDT


Bekas Menteri Belia dan Sukan berkata dia kesian dengan Wan Azizah yang dipergunakan oleh suaminya untuk kepentingan politik.

azalina,azizah

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh seketika apabila Datuk Seri Azalina Othman Said menuduh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipergunakan oleh suaminya untuk kepentingan politik.

Ahli Parlimen Pengerang itu ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke11 (RMK11) pada Isnin, berkata, beliau kasihan kepada Wan Azizah kerana diperlakukan begitu.

Kenyataan Azalinan itu mendorong Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, bangun mencelah dan mempertahankan Wan Azizah yang telah membuktikan kemampuannya sebagai ahli politik.

Katanya, hujah-hujah Azalina itu bersifat jumud kerana Wan Azizah dipilih sebagai Ketua Pembangkang berdasarkan kelayakan bukan kerana simpati.

Ahli Parlimen Lengong, Shamsul Anuar Nasarah pula mencelah dan mendakwa pelantikan Wan Azizah tidak dipersetujui semua parti dalam Pakatan Rakyat (PR).

Tiga Ahli PR iaitu Ahli Parlimen Kapar, Ampang dan Shah Alam membantah kenyataan itu sehingga menimbulkan kekecohan.

Mereka tidak mempedulikan arahan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Ronald Kiandee supaya semua ahli dewan diam dan duduk.

Kekecohan berakhir apabila Azalina meneruskan perbahasan sehingga tamat dan tidak memberi peluang ahli dewan mencelah.
'APA NAK JADI JANTAN JADIAN NI?"

Azalina bikin kecoh lagi - FMT Reporters

Posted: 25 May 2015 07:00 AM PDT

 
azalina,azizah

Bekas Menteri Belia dan Sukan berkata dia kesian dengan Wan Azizah yang dipergunakan oleh suaminya untuk kepentingan politik.


KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh seketika apabila Datuk Seri Azalina Othman Said menuduh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipergunakan oleh suaminya untuk kepentingan politik.

Ahli Parlimen Pengerang itu ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke11 (RMK11) pada Isnin, berkata, beliau kasihan kepada Wan Azizah kerana diperlakukan begitu.

Kenyataan Azalinan itu mendorong Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, bangun mencelah dan mempertahankan Wan Azizah yang telah membuktikan kemampuannya sebagai ahli politik.

Katanya, hujah-hujah Azalina itu bersifat jumud kerana Wan Azizah dipilih sebagai Ketua Pembangkang berdasarkan kelayakan bukan kerana simpati.

Ahli Parlimen Lengong, Shamsul Anuar Nasarah pula mencelah dan mendakwa pelantikan Wan Azizah tidak dipersetujui semua parti dalam Pakatan Rakyat (PR).

Tiga Ahli PR iaitu Ahli Parlimen Kapar, Ampang dan Shah Alam membantah kenyataan itu sehingga menimbulkan kekecohan.

Mereka tidak mempedulikan arahan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Ronald Kiandee supaya semua ahli dewan diam dan duduk.

Kekecohan berakhir apabila Azalina meneruskan perbahasan sehingga tamat dan tidak memberi peluang ahli dewan mencelah.

1MDB: Ku Li mahu seluruh anggota Kabinet Najib bertanggungjawab..

Posted: 25 May 2015 06:15 AM PDT

 
Keseluruhan Kabinet patut dipertanggungjawabkan atas masalah yang dihadapi syarikat 1Malaysia Development Berhad, kata veteran Umno Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, hari ini, dan menambah beban itu bukan di bahu perdana menteri seorang saja.

Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata jika ahli Kabinet tidak sedar mengenai isu 1MDB, mereka sepatutnya membuat siasatan, bukannya menuding jari ke arah orang lain.

"Semua di sana (dalam Kabinet) perlu bertanggungjawab secara kolektif terhadap masalah itu. Anda tidak boleh kata ia bukan masalah anda, bukan masalah saya," kata bekas menteri kewangan itu kepada wartawan ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

"Selagi anda anggota Kabinet, sama ada anda tahu atau tidak tahu apa yang sedang berlaku dalam kerajaan, anda sama dan turut bertanggungjawab," katanya.

Tengku Razaleigh hari ini berkata tidak sewajarnya ahli Kabinet dakwa tidak tahu mengenai skandal itu, memandangkan sudah ramai yang bercakap mengenai 1MDB.

"Orang lain tahu, bagaimana ahli Kabinet tidak tahu? Sibuk dengan perkara lain?," katanya yang juga ahli Parlimen Gua Musang.



Bagaimanapun, beliau enggan berkongsi pandangannya berhubung syarikat yang sedang sarat menanggung hutang itu, berkata beliau harap untuk mendapatkan "gambaran keseluruhan" terlebih dulu.

Katanya, 1MDB menjadi "buah mulut kerana ada sesuatu yang di luar kebiasaan dan di ambang penipuan", tetapi menambah beliau akan menunggu sehingga laporan rasmi dikeluarkan.

"Kita hanya bergantung pada maklumat yang keluar cebisan demi cebisan daripada pelbagai sumber.

"Jadi mari kita lihat keseluruhan gambar. Pada masa ini, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga sedang menyusun untuk bagaimana melihat masalah ini," katanya.

Jawatankuasa dwi parti itu memulakan prosidingnya mengenai perkara itu pada Selasa lalu, selepas memutuskan untuk tidak menunggu siasatan ketua audit negara disiapkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan ketua audit negara menjalankan siasatan dan menyerahkan hasilnya kepada PAC untuk ketelusan. Tetapi, kritikan yang semakin banyak dan pendedahan dalam laman web Sarawak Report mendorong PAC memulakan pendengarannya lebih awal.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin secara terbuka mengkritik cara kerajaan mengendalikan isu itu, dan berkata beliau sendiri tidak tahu bagaimana hendak memberi penjelasan kepada rakyat mengenai masalah 1MDB, yang menanggung RM42 bilion hutang dalam hanya 6 tahun beroperasi ~ The Malaysian Insider

Merotan Murid Tidak Relaven, Artis Yasmin Hani Terima Surat Terbuka Dari Guru

Posted: 25 May 2015 05:30 AM PDT

Sebelum ini, pelakon dan pengacara Yasmin Hani telah mengeluarkan kenyataan di mana beliau menganggap budaya merotan murid oleh guru disekolah sudah tidak relevan lagi pada masa kini.

Yasmin atau nama sebenarnya Yasmin Hani Ismail Richardson, 36, memberi pandangan  dengan mengatsakan budaya merotan harus ditukarkan kepada kaedah yang lain kerana ia dilihat lebih berkesan mengikut peredaran zaman.

Kerana tindakan Yasmin itu yang dilihat telah cuba 'mengajar' guru-guru,telah tampil seorang  guru yang menggelarkan dirinya Guru XYZ dimana guru tersebut telah menghantar surat terbuka bagi membalas balik kenyataan Yasmin.

Berikut adalah kandungan surat tersebut:

Dear Yasmin Hani,

Firstly, thank you kerana memberi tips dan idea kepada guru how to handle kids nowadays. but let me tell you something dear, bidang ini bukan bidang anda. Anda cuma menjadi mata dan telinga kepada kami namun bukan menjadi kaki tangan hidung siku lutut seorang guru.

Sekiranya anda tidak boleh membantu kami dalam urusan kerjaya kami, maka janganlah mengguris hati kami dengan kata-kata anda. Bukan saya menyokong tindakan guru merotan, namun saya yakin dan percaya, hanya kami yang berada di bidang ini tahu apa yang terbaik untuk murid.

Kami tidak bodoh untuk asyik menghukum dan memarahi anak murid kerana jauh di sudut hati, marah itu kerana kami sayang. Mungkin anda dibesarkan dengan cara barat sehinggakan saya lihat kehidupan anda sekarang juga seperti itu, tapi kami hidup cara timur, caranya pun kena seperti itu.

Saya juga tahu sekiranya saya seorang guru menegur anda di bidang anda secara terbuka, mungkin apa yang kami rasa sama seperti apa yang anda akan rasa. Sesungguhnya, saya harap sekiranya kami diberi peluang untuk menegur anda dan memberikan tips dan idea how to be an IDEAL Malaysian artist, pasti anda juga mengeluarkan kata-kata "you are not in my shoes, not even in my world".

Sebelum menegur urusan kami, alangkah lebih baik anda mengurus diri anda dulu yang tidak cukup kain berpakaian, yang mungkin menjejaskan akhlak anak anda sendiri. Sesungguhnya seorang murid yang baik itu adalah hasil didikan ibu dan bapa mereka dan apa saja perbuatan dan sifat mereka di sekolah, adalah kerana apa yang mereka lalui di rumah.

Tugas kami mendidik namun yang membantu kami menjadikan seorang murid itu manusia adalah ibu bapa ataupun paling kurang penjaga mereka. Semoga kita saling menghormati dan tidak mengguris hati dengan kata-kata kerana saya yakin anda dan saya mahukan perkara yang terbaik untuk anak dan setiap murid di dunia ini.

Saya mohon maaf sekiranya kata-kata saya menyinggung perasaan anda tapi saya juga menjadi wakil kepada hampir semua guru di Malaysia yang sedikit terasa dengan kata kata Puan :)

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan

Sincerely,
Guru XYZ :)

Wah! kalau dibaca dari luahan guru ini ayat yang digunakan memang padat tetapi agak pedas dan makan dalam.

Walaupun ada melihat pandangan Yasmin tersebut agak kena dengan keadaan tetapi tahukah kita diluar ini bagaimana pengalaman dan keadaan sebenar seorang guru di sekolah?. - Siakapkeli.my

Buat Buat Terkejut Atau Memang TERKJUT BERUK ?

Posted: 25 May 2015 04:45 AM PDT

Muhammad Faisal Saad's photo.

Kubur besar diPerlis belum pasti lagi pakar forensik tgh buat kerja. Katanya kubur ini dan lama....hingga kan shahidan terkejut beruk ada kubur itu diperlis sambil mempertikaikan ranjer dan pihak penguatkuasaan x jalan kerja ronda dikawasan tersebut.

Aku pulak tak terperanjat kerana piawaian ahli politik umnos walau jadi menteri ke mb ke pandai cakap je....kerja hampeh...buat abis beras je.Ops yg lagi sorang ckp belum pasti...baguslah tu satu kapal dgn yg lagi sorang.

Di Thailand dah tangkap suspeknya kita belum pasti......

Info :msia insider& utusan.

'Tun M punca Najib alami tekanan luar biasa' - Wan Junaidi

Posted: 25 May 2015 04:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat menjadi punca utama Datuk Seri Najib Tun Razak mengalami tekanan luar biasa dalam isu melibatkan kemelut syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akhir-akhir ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, tekanan Perdana Menteri itu juga disifatkan semakin berat dengan sikap beberapa ahli UMNO yang tidak bertanggungjawab dan tidak tampil untuk memberi sokongan kepada Najib.

"Najib adalah manusia yang amat tertekan sekarang. Dalam keadaan biasa orang politik tertekan, dia bukan dalam keadaan biasa. Dr Mahathir adalah punca besar, dan banyak lagi ahli UMNO yang tidak bertanggungjawab tidak tampil di belakang Najib.

"Ini jenis aur mencari matahari sendiri. Zaman kegemilangan UMNO telah berlalu. Ahli UMNO patut berganding bahu menyokong Najib dan mempertahankan BN. Sokong program transformasi Najib.

"Jangan jadi 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran', pada masa itu menangis air mata darah sudah tidak berguna lagi," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Wan Junaidi mengulas kenyataan Kementerian Kewangan pada Ahad yang menjelaskan bahawa jawapan bertulis Najib di Dewan Rakyat mengenai 1MDB disediakan oleh pegawai kementerian berkenaan. " Najib adalah manusia yang amat tertekan sekarang.

Dalam keadaan biasa orang politik tertekan, dia bukan dalam keadaaan biasa " - Wan Junaidi Kata kenyataan itu lagi, ia menjelaskan dokumen mengenai kedudukan kewangan 1MDB di bank BSI Singapura itu ditulis dan disemak oleh pegawai Kementerian Kewangan berdasarkan maklumat daripada syarikat berkenaan.

Menurut kenyataan itu, Kementerian Kewangan meminda jawapan asal yang dibuat pada 10 Mac lepas supaya tidak timbul kekeliruan mengenai kedudukan kewangan 1MDB di BSI Singapura dan selaras dengan tuntutan urusan Parlimen.

Kenyataan itu difahamkan dikeluarkan rentetan catatan di blog Dr Mahathir yang menyifatkan segala keterangan berkenaan isu 1MDB berhubung wang berjumlah USD 1.103 billion (RM3.6 billion) yang dipindahkan dari Cayman Islands adalah tidak benar.

Menerusi tulisan itu, Dr Mahathir berkata segala keterangan berhubung perkara tersebut sebelum ini melanggar peruntukan di bawah seksyen 218 Kanun Keseksaan.



Dr Mahathir yang juga bekas menteri kewangan berkata kesalahan tersebut boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun di bawah undang-undang itu. Sementara itu tegas Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong, tindakan Najib turut dilihat bukan satu pembohongan dan bercakap dari maklumat yang diberi kepadanya.

"Perdana Menteri tidak berbohong. Dia hanya bercakap daripada maklumat yang diberi kepadanya. Mentadbir negara bukan seperti mentadbir syarikat. "Jangan ambil enteng tanggungjawab Najib.

Kalau ada kesilapan dari fakta diberi kepadanya, maka salahlah yang akan dia buat," jelasnya. Pada petang Ahad, bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis ke atas beberapa pemimpin tertinggi negara dan ahli lembaga pengarah 1MDB kerana menyembunyikan kesalahan dalam urusan kerajaan.

Tegasnya, perbuatan mereka turut dikatakan melanggar peruntukan undang-undang jenayah di bawah seksyen 218 Kanun Keseksaan.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Mahkamah arah SPR jawab saman Anwar dalam masa 2 minggu OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Posted: 25 May 2015 03:00 AM PDT

 
Suruhanjaya Pilihan Raya dan pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof diarah fail afidavit menjawab saman Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinafikan haknya mengundi dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, baru-baru ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Mei, 2015.
Suruhanjaya Pilihan Raya dan pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof diarah fail afidavit menjawab saman Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinafikan haknya mengundi dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, baru-baru ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya dan pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof diarah fail afidavit menjawab saman Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinafikan haknya mengundi dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, baru-baru ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof diarah memfailkan afidavit dalam tempoh 2 minggu sebagai jawapan balas kepada saman yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dinafikan haknya mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh awal bulan lalu.

Peguam mewakili bekas ketua pembangkang itu, Raul Lee berkata Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Norhasniah Abdul Razak mengarahkan berbuat demikian semasa pengurusan kes hari ini.
"Satu lagi pengurusan kes ditetapkan pada 8 Jun," katanya kepada pemberita.

Peguam persekutuan M Kogilambigai mewakili SPR, Aziz dan kerajaan.
Anwar pada 6 Mei lalu memfailkan saman pemula terhadap 3 pihak terbabit.

Memetik Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan, Anwar berhujah beliau sepatutnya dibenarkan mengundi di penjara kerana sudah berdaftar sebagai pemilih sebelum hukuman terhadapnya dijatuhkan.

Anwar kini menjalani hukuman 5 tahun penjara di Sungai Buloh kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

PRK Permatang Pauh yang diadakan pada 7 Mei lalu menyaksikan isterinya yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan kemenangan kerusi yang disandang parti itu.

Aziz sebelum ini berkata, peruntukan Perlembagaan mengenai kelayakan banduan untuk mengundi berkait dengan "tarikh kelayakan" dan sama ada pengundi yang terlibat menjalani hukuman penjara pada masa sama.

Namun peguam Anwar, N Surendran mempertikaikannya, mengatakan satu klausa lain dalam Perlembagaan menyatakan "tarikh kelayakan" merujuk kepada tarikh seseorang itu berdaftar sebagai pengundi. – 25 Mei, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Mahkamah arah SPR jawab saman Anwar dalam masa 2 minggu

Suruhanjaya Pilihan Raya dan pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof diarah fail afidavit menjawab saman Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinafikan haknya mengundi dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, baru-baru ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Mei, 2015.Suruhanjaya Pilihan Raya dan pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof diarah fail afidavit menjawab saman Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinafikan haknya mengundi dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, baru-baru ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Mei, 2015.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof diarah memfailkan afidavit dalam tempoh 2 minggu sebagai jawapan balas kepada saman yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dinafikan haknya mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh awal bulan lalu.
Peguam mewakili bekas ketua pembangkang itu, Raul Lee berkata Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Norhasniah Abdul Razak mengarahkan berbuat demikian semasa pengurusan kes hari ini.
"Satu lagi pengurusan kes ditetapkan pada 8 Jun," katanya kepada pemberita.

Peguam persekutuan M Kogilambigai mewakili SPR, Aziz dan kerajaan. Anwar pada 6 Mei lalu memfailkan saman pemula terhadap 3 pihak terbabit.
Memetik Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan, Anwar berhujah beliau sepatutnya dibenarkan mengundi di penjara kerana sudah berdaftar sebagai pemilih sebelum hukuman terhadapnya dijatuhkan.
Anwar kini menjalani hukuman 5 tahun penjara di Sungai Buloh kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
PRK Permatang Pauh yang diadakan pada 7 Mei lalu menyaksikan isterinya yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan kemenangan kerusi yang disandang parti itu.
Aziz sebelum ini berkata, peruntukan Perlembagaan mengenai kelayakan banduan untuk mengundi berkait dengan "tarikh kelayakan" dan sama ada pengundi yang terlibat menjalani hukuman penjara pada masa sama.
Namun peguam Anwar, N Surendran mempertikaikannya, mengatakan satu klausa lain dalam Perlembagaan menyatakan "tarikh kelayakan" merujuk kepada tarikh seseorang itu berdaftar sebagai pengundi. – 25 Mei, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mahkamah-arah-spr-jawab-saman-anwar-dalam-masa-2-minggu#sthash.qAK4pvrK.dpuf

2 minggu lagi Pakatan mungkin tiada

Posted: 25 May 2015 02:00 AM PDT

 Pakatan Rakyat sudah tidak ada masa. Dalam masa dua minggu lagi, Pakatan Rakyat mungkin sahaja tidak wujud lagi.

Ini suatu perkembangan politik yang sangat lucu.

Umno dan BN sedang berada pada tahap paling lemah dalam sejarah, berpaut kepada kuasa sebagai kerajaan minoriti pertama dalam sejarah Malaysia.

Perdana menteri yang juga presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak terpaksa menjelajah ke seluruh negara untuk meraih sokongan orang ramai lantaran skandal kewangan dan pecah belah dalam Umno yang semakin menjadi-jadi.

Ia juga demi melengahkan kempen yang sedang dikepalai oleh mantan perdana menteri dan presiden Umno yang paling lama, untuk mendesak perdana menteri meletakkan jawatan.

Sementara itu ahli-ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak serta parti-parti komponen mereka (yang bertanggungjawab meletakkan Najib di kerusi perdana menteri) sedang memantau dengan sangat teliti sama ada Najib akan mengkhianati kontrak sosial dan Perjanjian Malaysia 1963 hanya demi memastikan kelangsungan politiknya sendiri.

Ini peluang terbesar buat Pakatan Rakyat, yang ditubuhkan tujuh tahun lalu selepas tsunami politik PRU tahun 2008 yang berjaya menafikan majoriti dua-pertiga gabungan Umno/BN di Parlimen, serta menyaksikan tertubuhnya lima kerajaan Pakatan di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan.

Harapan dan jangkaan orang ramai untuk melihat perubahan kerajaan persekutuan dan juga seorang perdana menteri baru iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas PRU ke-13 pada 5 Mei 2013 dikecewakan oleh sebuah sistem pilihan raya yang tidak demokratik, yang membolehkan Umno/BN merampas kemenangan daripada Pakatan melalui bilangan majoriti kerusi Parlimen, walaupun mendapat undi minoriti dan terus berkuasa di Putrajaya.

Perubahan bersejarah kerajaan persekutuan tertangguh daripada PRU13 ke PRU14, yang mesti berlangsung menjelang 2018.

Semua syarat bagi perubahan bersejarah ini sudah pun tersedia, cumanya pada ketika ini, Pakatan sendiri berada di jurang kehancuran.

Hanya ada satu cara untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat daripada hancur berkecai, lantaran ia manifestasi harapan terbaik rakyat Malaysia ke arah perubahan dan penambahbaikan kualiti hidup seluruh rakyat Malaysia.

Cara ini ialah dengan menjalankan suatu pelan tindakan lapan tahun bagi Pakatan, dengan komitmen semula oleh ketiga-tiga parti DAP, PKR dan PAS untuk memperkukuh dua prinsip asas yang menjadi rahsia kejayaan Pakatan sejak ia ditubuhkan.

Perkara itu adalah kepatuhan terhadap dasar bersama yang telah menjadi batu asas prinsip-prinsip bersama ketiga-tiga parti gabungan, dan prinsip konsensus dalam Majlis Pimpinan Pakatan, sebagai badan pembuat dasar tertinggi.

Seandainya kita bersetia kepada kedua-dua prinsip asas ini, saya yakin Pakatan akan semakin kuat demi merealisasikan impian rakyat Malaysia ke arah perubahan dan keagungan, dan membawa ke Putrajaya bagi membentuk sebuah kerajaan baru pada PRU ke-14 nanti.

Di saat dan ketika inilah kebijaksanaan dan wawasan almarhum Tok Guru Nik Aziz Nik Mat benar-benar dirindukan.

Tidak ada walau sekelumit sangsi bahawa sekiranya bekas mursyidul Am PAS yang juga mantan menteri besar Kelantan itu masih hidup, beliau tidak akan membenarkan Pakatan berhadapan sebuah krisis antara hidup dan mati. Ini kerana beliau akan memastikan PAS terus yakin dan percaya kepada kedua-dua warga Islam dan bukan-Islam di Malaysia dengan agenda "PAS untuk Semua" dan menolak sebarang usaha baru untuk menubuhkan kerajaan perpaduan (UG) dengan Umno.

Bekas pimpinan PAS telah secara terbuka telah menegaskan bahawa idea kerajaan UG ini telah mendapat restu presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang tetapi terhalang akibat tentangan keras Nik Aziz.

Para penyokong konsep UG ini telah mengambil peluang di atas kematian Nik Aziz, yakin bahawa mereka akan berjaya mencapai sesuatu daripada konspirasi politik tujuh tahun mereka, memandangkan komplot ini bermula sebaik sahaja selesai PRU ke-12 pada tahun 2008.

Komplot UG Umno sejak awal lagi telah melibatkan pimpinan Umno peringkat tertinggi - seperti presiden Umno yang juga perdana menteri sekarang - dan mesyuarat peringkat tinggi turut diadakan dalam masa beberapa bulan selepas PRU ke-12 namun mereka nampaknya gagal.

Para konspirator UG mendapati bahwa halangan yang ada agak susah untuk ditembusi, terutamanya pada bantahan tegas dan berprinsip Nik Abdul Aziz.

Pimpinan PAS dan Pakatan serta para penyokongnya pasti tidak akan melupakan kritikan pedas Nik Aziz pada bulan Jun 2009 apabila mursyidul am itu secara terbuka memberitahu naib presiden PAS Nasharuddin Mat Isa untuk meninggalkan PAS dan menyertai Umno sekiranya beliau terus berdegil dengan agenda UG.

Ini sebabnya kenapa kita terkejut baru-baru ini apabila Hadi mendakwa bahawa cadangan kerajaan UG, ketika ia mula timbul selepas PRU tahun 2008, telah mendapat persetujuan Nik Aziz dan Anwar Ibrahim, serta dimaklumkan kepada DAP.

DAP tidak pernah dimaklumkan oleh Hadi tentang idea UG tersebut.

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan juga Setiausaha Agungnya Rafizi Ramli telah menafikan bahawa Anwar ada bersetuju dengan konsep UG.

Nik Aziz tidak mungkin telah bersetuju dengan konsep UG; jika tidak beliau pastinya tidak akan menegur Nasharuddin secara terbuka pada Jun 2009 dan menyuruhnya meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden PAS dan juga Ahli Parlimen Bachok serta menyuruhnya menyertai Umno sekiranya beliau berdegil juga dengan agenda UG.

Malah sebenarnya amat tidak masuk akal bagi mana-mana parti Pakatan untuk bersetuju dengan konsep UG kerana ia didasarkan konsep kerajaan perpaduan antara parti-parti politik Melayu, sedangkan Pakatan memperjuangkan nasib semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama atau daerah.

Pakatan pastinya sedang amat merindukan Nik Aziz.

Pertama sekali, di atas bantahan tegasnya terhadap idea UG yang menjadi penyebab konsep tersebut gagal ketika beliau masih hidup.

Kedua, Nik Aziz mampu melihat gambaran yang lebih besar terhadap keperluan untuk menyokong pelan tindakan lapan tahun Pakatan bagi memastikan kelangsungan dan kejayaan Pakatan dalam PRU ke-14.

Tiada sesiapa yang sangsi bahawa Nik Aziz sendiri mahu melihat pelaksanaan segera undang-undang hudud, namun beliau cukup realisitik untuk menyedari bahawa hudud bukanlah sebahagian daripada Dasar Bersama Pakatan dan sebarang desakan tanpa konsensus untuk melaksanakannya akan mengakibatkan Pakatan berpecah.

Nik Aziz pastinya memahami hujah-hujah bahawa pelaksanaan hudud bukanlah isu utama berbanding memastikan kelangsungan dan kejayaan Pakatan, menewaskan Umno/BN serta menawan kerajaan persekutuan Putrajaya dalam PRU ke-14 bagi melaksanakan dasar-dasar yang akan memulihkan kebebasan, keadilan, maruah rakyat dan urus tadbir yang baik di Malaysia.

Nik Aziz telah memberi sokongan hebat ke arah pembentukan dan pengukuhan Pakatan, walaupun hudud bukanlah sebahagian daripada dasar bersama.

Ini sebabnya kenapa saya tidak percaya hujah bahawa tidak melaksanakan hudud adalah bertentangan dengan prinsip Islam, kerana ini bermakna Nik Aziz dan semua pimpinan serta ahli PAS telah mengkhianati prinsip Islam selama enam tahun sejak PRU ke-12 hingga ke-13 apabila isu pelaksanaan hudud tidak dikemukakan sebagai prinsip teras Pakatan pada PRU ke-13.

Cadangan pelan tindakan lapan tahun komitmen oleh ketiga-tiga parti komponen Pakatan untuk terus menjunjung dua prinsip asas iaitu dasar bersama dan mekanisme konsensus ialah supaya Pakatan kembali ke asasnya, dan mengenepikan apa sahaja perbezaan sepanjang lapan tahun akan datang, sepertimana yang telah dilakukan sepanjang enam tahun pertama dahulu.

Bilangan lapan tahun ini adalah berasaskan tempoh tiga tahun menuju PRU ke-14 mulai sekarang, dan lima tahun pasca PRU ke-14; memandangkan Pakatan mesti menyatakan komitmen kepada rakyat Malaysia berkaitan dasar-dasar yang ingin dilaksanakan sekiranya mendapatkan kuasa di Putrajaya selepas PRU ke-14.

Amat malang sekali saya tidak berkesempatan berbincang dengan Nik Aziz tentang cadangan pelan tindakan lapan tahun ini demi menyelamatkan Pakatan .

Saya bagaimanapun yakin bahawa Nik Aziz, sebagai arkitek Pakatan, yang sokongan kuatnya menjadi antara faktor kejayaan besar Pakatan pada pilihan raya 2008 dan 2013, akan memberi sokongan penuh kepada pelan tindakan ini, walaupun beliau mungkin mempunyai sedikit keberatan tentang syarat supaya parti-parti komponen mengenepikan perbezaan dasar dan isu yang tidak disepakati dalam dasar bersama sehingga selepas 2023.

Soalnya sekarang ialah sama ada parti-parti komponen Pakatan boleh bersetuju untuk menyelamatkan Pakatan dengan pelan tindakan lapan tahun ini.

LIM KIT SIANG ketua Parlimen DAP merangkap anggota Parlimen Gelang Patah.


TERIMA KASIH PAS DAN DAP  !!


PAS: Mejar Zaidi, Leman Raja Lawak tak dipecat

Posted: 25 May 2015 01:00 AM PDT


Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menafikan bahawa tiga ikon PAS bakal dipecat parti kerana didakwa mengkritik kepimpinan parti sehingga tersebar meluas dalam media sosial.

Beliau menyifatkan dakwaan bahawa Ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda PAS Sulaiman Ibrahim (Leman Raja Lawak), AJK Dewan Muslimat Wan Aishah Wan Ariffin (penyanyi) dan bekas juruterbang Zaidi Ahmad "sengaja diada-adakan".

Selebriti dan bekas pegawai kanan tentera udara diraja Malaysia itu sering menghiasi pentas PAS melalui ceramah dan kempen pilihan raya.

"Tak betul tu. Isu ini sengaja diada-adakan. Tak ada angin, tak ada ribut," katanya melalui kiriman SMS kepada Malaysiakini pagi ini.

Mustafa berkata setakat ini beliau tidak menerima apa-apa aduan atau maklumat berhubung dakwaan bahawa mereka mengkritik pemimpin parti melalui aplikasi WhatsApp seperti laporan Sinar Harian hari ini.

Akhbar harian itu melaporkan bahawa ekoran dakwaan tersebut, beberapa anggota parti mencadangkan supaya mereka dipecat keahlian kerana terlalu lantang menyuarakan pandangan.

Perlukah cium duit? FMT Reporters

Posted: 25 May 2015 12:15 AM PDT

 
cium duit

Tindakan sebuah syarikat memuat naik gambar seorang lelaki mencium duit dalam sebuah seminar dipersoal.

PETALING JAYA: Gambar seorang lelaki mencium wang yang dimuat naik di laman Facebook sebuah syarikat Pemasaran Pelbagai Peringkat (MLM) menimbulkan tanda tanya.

Pendekatan itu dikatakan digunakan bagi menarik lebih ramai peserta.

"Yuran RM725 ( percuma set produk aura 6 jenis bernilai RM308) serta nota, 3 x makan minum dan sijil – berminat mencari solusi kejayaan dgn kaedah kuasa minda, aura dan spiritual, serta menjadi magnet menarik rezeki melimpah ruah.. insya allah dipelajari dlm seminar ini.

"The secret Law of Attraction akan dibongkar utk kita praktikan.. daftar segera", antara status yang dimuat naik di laman Facebook berkenaan.

Berdasarkan penelitian yang dilakukan FMT, ruang komen di laman berkenaan telah dipadam. Terhad 20 org sahaja.

Sebelum ini, Siakapkeli memetik komen pengguna yang dikenali sebagai Eiji yang menyifatkan perbuatan lelaki dalam gambar berkenaan mencium duit sebagai mengarut.

Ultra kiasu tidak sesuai di Selangor – Ridhuan Tee FMT Reporters

Posted: 24 May 2015 11:30 PM PDT

 
ridwan tee,Datuk Teng Chang Khim ,selangor

Ultra kiasu sepatutnya tidak datang ke Selangor kerana Sultan adalah Ketua Agama Islam dan sentiasa mendaulatkan Islam yang dikotori ultra kiasu.


PETALING JAYA: Pendakwah bebas, Datuk Dr Ridhuan Tee Abdullah membidas golongan ultra kiasu yang berterusan menghina dan tidak menghormati Islam.

Beliau berkata, perbuatan ultra kiasu itu membuatkan mereka tidak sesuai untuk datang ke Negeri Selangor kerana Sultan Selangor adalah Ketua Agama Islam dan sentiasa mendaulatkan Islam yang dikotori ultra kiasu.

"Saya juga tinggal di Selangor dan ingin memberitahu ultra kiasu, bahawa walak kami bukan kepada kerajaan negeri tetapi kepada Sultan Selangor. Kami tinggal di Selangor sebab kami masih ada Sultan," tulisnya dalam ruangan rencana di Sinar Harian.

Ridhuan Tee mengulas sikap EXCO Selangor daripada DAP, Datuk Teng Chang Khim yang menyarankan Pas tidak menganjurkan sebarang program di negeri itu.

"Ini tamparan hebat bukan saja kepada Pas malah rakyat Selangor yang bukan ultra kiasu. Apakah ultra kiasu menganggap negeri Selangor negeri bapanya?, katanya.

Walaupun tidak menyatakan secara spesifik, namun ultra kiasu yang dimaksudkan oleh Ridhuan Tee itu merujuk kepada pemimpin DAP.

Beliau berkata, Pas perlu memecat pemimpin ultra kiasu dalam parti itu yang menjadi duri dalam daging.

Katanya, Pas perlu mengambil tindakan itu jika mahu mereka terus hormati kerana kumpulan itu semakin menjadi barah dalam Pas.

Ultra kiasu Pas yang dimaksudkan Ridhuan Tee itu merujuk kepada kumpulan liberal dalam parti itu.

"Pemimpin ultra kiasu Pas yang menyokong ultra kiasu ada agenda sendiri. Mereka mahu dilantik menjadi menteri apabila utra kiasu berjaya merampas Putrajaya suatu masa nanti," katanya.

Katanya, pemimpin ultra kiasu Pas tidak meletakkan Islam sebagai keutamaan sebaliknya memiliki agenda peribadi dan membalas dendam terhadap UMNO.

"Ultra kiasu tidak pernah percaya kepada Pas. Mereka berbaik dengan Pas semata-mata untuk kuasa dan undi. Ditakdirkan tidak ada Parti Keadilan Rakyat (PKR), saya yakin sudah lama Pas ditendang keluar dari Pakatan Rakyat," katanya.

Ridhuan Tee berkata, PKR tidak akan sanggup melepaskan Pas kerana tidak mahu kehilangan pentadbiran Negeri Selangor.

"Saya amat yakin mati hidup balik pun PKR tidak akan sanggup melepaskan Pas. PKR sedar, tanpa sokongan Pas mereka akan berputih mata untuk memerintah Selangor," katanya.