Sabtu, 23 Mei 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Guan Eng nafi DAP wujudkan Kabinet Bayangan KABINET BAYANGAN DAP TIDAK PERNAH WUJUD

Posted: 23 May 2015 11:00 PM PDT

 
 
DAP tidak pernah mengumumkan kabinet bayangan seperti yang digembar gemburkan media.

Kami hanya memperkenalkan portfolio kepada 37 ahli parlimen DAP untuk menjadi jurucakap dalam bidang masing-masing

Ini dibuat supaya DAP dapat memenuhi tanggungjawab kita kepada rakyat sebagai ahli parlimen untuk membahas secara membina mengenai topik masing-masing.

Ahli Parlimen DAP adalah berbilang kaum dan semua kaum tersenarai dalam portfolio tersebut.

Kalau mana-mana pihak mahu menuding jari dengan membuat tuduhan melulu DAP angkuh dan sombong membuat kabinet bayangan sendiri, dia mesti ingat bahawa setiap jari yang mereka tunjukkan, empat jari lagi menghala kepada diri mereka sendiri

 
Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP

PM tiba di Tokyo untuk lawatan rasmi 3 hari

Posted: 23 May 2015 10:30 PM PDT

 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di ibu negara Jepun pagi ini untuk lawatan rasmi tiga hari yang dijangka memperkukuhkan lagi hubungan dua hala yang sudah lama terjalin di antara kedua buah negara.
  
Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, tiba di lapangan terbang antarabangsa Haneda dengan penerbangan khas pada 8.25 pagi waktu tempatan (7.25 pagi waktu Malaysia).
  
Ketibaan mereka disambut Duta Besar Malaysia di Jepun, Datuk Ahmad Izlan Idris.
  
Perdana Menteri dan isteri kemudian disambut di Palace Hotel di pusat bandar Tokyo, di mana beliau akan menginap, oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, anggota delegasi Malaysia dan para pegawai kedutaan.
  
Lawatan rasmi atas undangan Perdana Menteri Shinzo Abe ini adalah lawatan kedua Najib sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada 2009.

Pada sebelah petang hari ini, Najib akan menghadiri satu majlis koktel bersama kira-kira 250 pelajar dan rakyat Malaysia.
  
Semasa lawatan di sini, Najib mempunyai jadual ketat, termasuk atur cara utama menghadap Maharaja Jepun, Akihito dan Maharani Michiko di Imperial Palace pada Isnin.
  
Beliau juga akan menghadiri mesyuarat meja bulat dengan 34 kapten industri sebelum mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya Abe.
  
Pada Selasa, Najib akan menyampaikan ucaptama pada Rundingan Meja Bulat Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF), sebelum belepas ke Sendai untuk mengakhiri lawatan beliau dengan mengadakan dialog dengan para pelajar di Universiti Tohoku.
  
Minat Jepun untuk mengambil bahagian dalam projek rel berkelajuan tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura dan fasa kedua Dasar Pandang Ke Timur, dijangka menjadi agenda utama semasa lawatan itu.
  
Sementara itu, Rosmah mempunyai atur cara berasingan dan beliau dijangka melawat Institute for Radiological Sciences di Chiba serta melawat Tugu Peringatan Hiyoriyama.
  
-Bernama

Debat Suhaizan-Nik Abduh perlu jadi realiti

Posted: 23 May 2015 10:00 PM PDT

 
 
Seorang exco Pemuda PAS berkata debat atau wacana calon Ketua Pemuda PAS perlu menjadi realiti demi menyata aspirasi mereka khususnya untuk membantu golongan muda selepas muktamar tahunan parti itu Jun ini.

Ahli jawatankuasa Pemuda PAS Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar turut menyifatkan tindakan calon Nik Abduh Nik Aziz menolak acara itu sebagai "satu pendekatan yang kurang bijak" sedangkan penyandangnya Suhaizan Kaiat mennyatakan kesediaannya.

"Anak muda hari ini mahu melihat idea-idea yang boleh membantu mereka berdepan dengan massa ekonomi serta politik yang caca merba.

"Jika Suhaizan sudah bersedia, mengapa Nik Abduh tidak mahu sepentas," katanya yang juga bendahari Pemuda PAS.

"Apalah salahnya medan wacana ini dijadikan medan tautan ukhuwwah setelah sebelum ini masing-masing sangat sukar untuk duduk bersama sepentas walaupun pernah bekerjasama semasa Pemuda PAS bawah Yb Ustaz Nasrudin Hassan," katanya lagi.

Dalam kenyataannya, Mohd Fakhrulrazi bagaimanapun berkata kesediaan Suhaizan berdebat atas satu pentas bersama dengan Nik Abduh dianggap "amat membanggakan".

"Pentas muktamar antara pentas terbaik, namun lebih baik jika pentas persaingan jawatan ini diharmonikan dengan wacana aspirasi Anak Muda yang mempertemukan Suhaizan dan Nik Abduh.

"Saya mengharapkan dalam masa seminggu dua ini hal ini menjadi realiti," katanya Mohd Fakhrulrazi dalam satu kenyataan.

Nik Abduh dilapor menyambut baik cabaran debat Suhaizan namun mengambil sikap berdiam diri dan mahu penilaian daya kepimpinan itu dibuat berasaskan rekod prestasi dan sumbangan kepada parti.

Beliau dipetik sebagai berkata ini kerana pertandingan merebut jawatan itu berlangsung semasa sendiri yang dianggapnya tujuan yang sama tetapi berbeza dari sudut cara kepimpinan.
 

MYANMAR Sila keluar Dari Malaysia

Posted: 23 May 2015 09:30 PM PDT

Sukar tolak sokongan rakyat ketika didesak undur, kata Najib OLEH KC NAZARI

Posted: 23 May 2015 09:00 PM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak lewat ke program solidariti beliau selama 2 jam kerana menghadiri himpunan besar-besaran di mana 30,000 hadirin menyatakan sokongan mereka terhadap beliau.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak lewat ke program solidariti beliau selama 2 jam kerana menghadiri himpunan besar-besaran di mana 30,000 hadirin menyatakan sokongan mereka terhadap beliau.

Walaupun teruk diasak pengkritiknya dari pelbagai sudut yang mahukan beliau meletak jawatan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengakui berat hati untuk "menolak sokongan padu" dari penyokong-penyokongnya.

Beliau berkata demikian apabila terpaksa meminta maaf kepada hadirin program 'Solidariti 4 PM Najib' di Pekan, Pahang apabila tiba pada jam 1.30 tengah hari, lewat hampir 2 jam dari jadual program asal.

Beliau sebelum itu katanya, datang dari program di Gopeng, Perak yang menurutnya menarik kehadiran kira-kira 30,000 penyokong.

"Saya terpaksa mengubah suai program saya kerana pagi tadi, atas permintaan menteri besar Perak, diadakan satu himpunan besar-besaran, di mana 30,000 menyatakan sokongan padu kepada saya sebagai perdana menteri.

"Saya mohon maaf atas kelewatan saya kerana agak sukar bagi saya menolak permintaan tersebut," katanya pada program di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada hadirin program itu yang dianggapnya menyatakan sokongan kepada kepimpinan beliau.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir di sini terutama sekali yang membawa sepanduk menyatakan sokongan kepada saya.

"InsyaAllah berkat sokongan tuan tuan dan puan puan ini saya akan teruskan kepimpinan saya demi kepentingan rakyat dan negara," katanya.

Program Najib di Taman Tasik Sultan Abu Bakar itu dibuat sempena program Auto Gegar Ria yang berlangsung dari semalam hingga Ahad.

Namun, kehadiran Najib di kubu kuatnya ini tidak disambut pemimpin kanan Umno negeri, melainkan Ketua Pemuda Umno Pekan, Shahruddin Ahmad.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakub juga tidak hadir pada majlis ini dan berdasarkan cakap-cakap wartawan setempat, beliau "ke luar negeri" hari ini dan hanya akan kembali pada Isnin bagi menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri.

Shahruddin dalam ucapan alu-aluannya meniup semangat orang ramai agar terus menyokong kepimpinan Najib.

"Saya mewakili anak muda, seluruh warga Pekan, seluruh pengunjung yang hadir menyatakan sokongan penuh kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

"Sokong Najib! Sokong Najib!" laung Shahruddin yang pernah menjadi ketua pemuda negeri selama setahun pada awal 2014 apabila pelantikannya ditolak 11 ketua pemuda bahagian lain.

Najib dan Shahruddin bercakap di bawah khemah gergasi yang menggamit kehadiran sekitar 5,000 orang pengunjung program.

Najib kini dilihat mengadakan jelajah ke seluruh negara bagi meraih sokongan apabila dikritik teruk oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, antara lainnya berhubung operasi dana pelaburan strategik negara yang sarat dibebani hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu mesyuarat tertutup Umno baru-baru ini dilaporkan berkata, saranannya kepada Najib agar lembaga pengarah 1MDB dipecat, tidak dihiraukan perdana menteri itu.

Najib dalam programnya di Pahang turut dijadualkan bertemu Pemuda Umno negeri di lapangan terbang Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) sebelum berlepas ke Kuala Lumpur petang ini. – 23 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

YAB MB Perak sifatkan PM pemimpin yang amat responsif terhadap masalah rakyat

Posted: 23 May 2015 08:30 PM PDT

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, apabila permasalahan rakyat dikemukakan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak biasanya terus meluluskan peruntukan bagi menyelesaikannya.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, apabila permasalahan rakyat dikemukakan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak biasanya terus meluluskan peruntukan bagi menyelesaikannya.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seorang pemimpin yang amat responsif apabila berdepan dengan permasalahan rakyat.

Beliau berkata, apabila permasalahan rakyat dikemukakan, perdana menteri biasanya terus meluluskan peruntukan bagi menyelesaikannya.

"Sepanjang menjadi PM dan saya pula sebagai MB, setiap kali kita mengadu hal masalah negeri, setiap kali kita mengemukakan agenda pembangunan negeri, adakalanya tak adapun tercatat dalam pembentangan bajet atau rancangan Malaysia, beliau sering kali bertanya apakah ini untuk rakyat, Zambry?

"Saya kata kepada dia, 'yes sir, yang kita buat yang kita kemuka ini adalah untuk rakyat,' dan beliau terus mengatakan 'kita buat untuk rakyat, saya luluskan untuk rakyat.

"Inilah tuan-tuan dan puan-puan kualiti perdana menteri yang kita ada," katanya dalam ucapan alu-aluan sempena lawatan kerja sehari Najib ke Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng hari ini.       

Dr Zambry juga berkata oleh yang demikian, beliau bersama kepimpinan negeri Perak memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada perdana menteri, bak kata orang Sabah "dokongan itu tatap tidak goyang sama sekali".

Beliau berkata, sebagai Perdana Menteri, Najib memerlukan sokongan semua pihak untuk melaksanakan tugas beliau bagi menjayakan agenda nasional untuk menjadikan Malaysia negara maju.

"Setiap pemimpin mempunyai masalah dan marilah kita doakan sama-sama agar sebarang permasalahan yang dihadapi oleh PM ini dapat diselesaikan dengan sebaik-sebaiknya," katanya.

Sementara itu, Najib berkata program ini sebenarnya tiada dalam diarinya dan hari ini beliau dijadual balik ke kawasan sebagai ahli Parlimen Pekan di Pahang.

"Tiba-tiba saya dapat mesej daripada menteri besar Perak. Menteri besar Perak ni 'style'nya hantar SMS.

"Dia teks kat saya kata Barisan Nasional dan kerajaan negeri Perak nak adakan satu perhimpunan besar-besaran di RTC Gopeng, dia kata pada saya mesti hadir.

"Menteri besar Perak arahkan saya, dia kata Datuk Seri (Najib) mesti hadir, saya tak ada pilihan sebab bila orang Perak minta saya hadir nak tunjuk sokongan yang padu kepada saya dan kerajaan, maka wajiblah saya hadir hari ini," katanya disambut gelak ketawa serta tepukan gemuruh lebih 20,000 orang yang hadir pada majlis itu.

Najib berkata, apapun beliau begitu terharu dengan sambutan dan sokongan yang ditunjukkan rakyat Perak kepadanya hari ini.

"Sebenarnya sokongan seperti ini amat perlu bagi mana-mana pemimpin. Sebagai pemimpin kita banyak tugas, banyak yang terpaksa kita galas, MB dengan tugasnya, wakil-wakil rakyat dengan tanggungjawabnya, apatah lagi saya sebagai PM kerana akhirnya semua sampai kepada PM juga.

"Saya perlu lakukan yang terbaik dan mesti melakukannya dengan segala kudrat kekuatan yang Tuhan berikan kepada saya untuk rakyat dan untuk negara... bak kata Zambry, ini bukanlah ketika untuk kita berbalah semasa kita, bukanlah satu masa kita nak suruh orang turun daripada jawatan.

"Ini masa kita bersatu dan bermuafakat kerana kita berdepan terlalu banyak cabaran yang perlu kita tangani," katanya. – Bernama, 23 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Pemimpin PAS, DAP perlu hentikan perbalahan, kata Azmin

Posted: 23 May 2015 08:00 PM PDT

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata sebagai pemimpin dalam Pakatan Rakyat mereka harus saling menghormati dan mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata sebagai pemimpin dalam Pakatan Rakyat mereka harus saling menghormati dan mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu pemimpin PAS dan DAP menghentikan perbalahan sesama sendiri secara terbuka dalam media berhubung isu kabinet bayangan.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata sebagai pemimpin dalam Pakatan Rakyat mereka harus saling menghormati dan mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Katanya tindakan berbalah secara terbuka melalui media tidak membawa sebarang kebaikan kepada negara mahupun negara.

"Jadi kembali semula ke meja rundingan dan berbincang," katanya kepada pemberita ketika mengulas perbalahan antara sekutu pakatan pembangkang itu selepas menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Yayasan Selangor 2014, di Shah Alam, hari ini.

DAP memilih untuk menubuhkan Kabinet bayangan sendiri dengan mengumumkan senarai 18 portfolio yang akan diisi ahli Parlimen parti itu.

Mohamed Azmin, yang juga Menteri Besar Selangor, berkata PKR kini sedang mengusahakan untuk membawa PAS dan DAP ke meja rundingan dan bersedia untuk menjadi pengantara bagi menyelesaikan masalah itu.

Hari ini media melaporkan, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai berkata Kabinet bayangan DAP sebagai tidak berpijak di bumi yang nyata kerana menurutnya tidak mengambil kira masyarakat majmuk yang ada di negara ini.

See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Najib - Dulu Saya Panglima Mahathir

Posted: 23 May 2015 07:30 PM PDT

 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau sendiri dahulu pernah menjadi 'panglima' mempertahankan pentadbiran bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga tidak terkecuali daripada masalah.

Datuk Seri Najib Razak yang hebat digasak pengkritik hari ini menggesa penyokongnya di Pahang menjadi "panglima" baginya dalam mempertahankan dirinya supaya agar beliau boleh "menyelesaikan masalah" negara.

Katanya, beliau sendiri dahulu pernah menjadi "panglima" mempertahankan pentadbiran bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga tidak terkecuali daripada masalah.

"Kita tahu kalau ada masalah kita selesaikan. Takkan ada masalah yang tak boleh diselesaikan.

"Dulu pun banyak masalah, waktu Dr Mahathir, saya jadi panglima, pertahankan dia.


"Jadi sekarang ini tuan-tuanlah jadi panglima pertahankan saya.

"Kalau pemimpin ada orang pertahankan dia, tak ada masalah yang tak boleh dirungkai," katanya sewaktu berucap di pangkalan udara Tentera Udara Di Raja Malaysia, Kuantan petang ini.

Pemuda Umno Pahang mengadakan program di pangkalan udara itu bagi menyatakan sokongan kepadanya sebelum beliau berlepas ke Kuala Lumpur dengan jet rasmi negara.

Kenyataannya petang ini mengulangi dakwaannya sebelum ini yang Dr Mahathir kekal berkuasa kerana mendapat sokongan beliau sewaktu Umno dilanda masalah pada tahun 1987.

Najib berkata, Dr Mahathir kekal memerintah negara selama 22 tahun kerana sistem pemilihan Umno yang kurang demokratik sewaktu pentadbiran bekas perdana menteri itu.

Dr Mahathir kini rancak mengkritik pentadbiran Najib dan menggesanya agar meletak jawatan bagi memastikan Umno kekal berkuasa pada pilihan raya umum ke-14.

Di antara modal kritikan Dr Mahathir terhadap Najib ialah operasi dana pengurusan strategik negara yang sarat dibebani hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pembunuhan Altantuya Shaariibuu oleh bekas pengawal Najib dan dakwaan gaya hidup mewah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor. – tmi

Berhenti bermimpi jadi pahlawan, Najib

Posted: 23 May 2015 07:00 PM PDT

 
Bekas Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Affifuddin Omar menggamatkan dewan tempat sebuah forum diadakan di Petaling Jaya hari ini apabila meminta perdana menteri berhenti bermimpi kononnya beliau seorang pahlawan Bugis.

Kata Affifuddin, keadaan itu kerana orang Bugis juga dikenali sebagai lanun.

Menurut beliau yang kini aktif menulis novel, kenyataan berulang kali Datuk Seri Najib Razak untuk tidak mahu mengalah walaupun berdepan kritikan hebat kelihatan lompong kerana beliau tidak menjawab tuduhan yang ditujukan.

"Orang Bugis tak melawan sangat dulu. Yang kuat melawan, orang Aceh. Orang Aceh dok diam (tak ke mana-mana) saja.

"Orang Bugis (berlayar) di laut selalu menyamun saja.

"(Jadi), tak payah bermimpi jadi pahlawan Bugis. Saya pun ada darah Minang," katanya.

Sementara itu, Afiffudin juga berkata, kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sedang hangat ketika ini mungkin menandakan berakhirnya hayat politik Najib dan UMNO.

"Pihak yang tampil menyokong beliau adalah pemimpin bahagian tetapi ahli tahu apa yang berlaku di peringkat bawahan, terutama dalam pilihan raya kecil Rompin lalu.

- mkini

Masuk UMNO sebab hendak kaya Mohamad Fadli

Posted: 23 May 2015 06:30 PM PDT

 
Muhammad Mohd Taib,pemimpin

Sikap kebendaan menyebabkan mereka yang benar-benar ikhlas berjuang dalam UMNO terpinggir dan terbuang.

PETALING JAYA: Pemimpin UMNO didakwa ghairah untuk mengaut kekayaan berbanding berjuang untuk membela rakyat.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib berkata, senario itu berbeza dengan pemimpin terdahulu di mana mereka dikatakan lebih ikhlas berjuang untuk orang ramai.

Katanya, apa yang berlaku dalam parti itu menyebabkan mereka yang tulus dengan perjuangan terpinggir dan kemudian terkeluar daripada parti.

"UMNO digunakan pemimpin untuk cari kekayaan dan pemimpin-pemimpin yang bagus di dalam parti itu sudah hilang," katanya dalam forum "Mencari Pemimpin Baru Malaysia".

Menyentuh mengenai kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau berkata, kuasa berlebihan yang diberikan kepadanya menyebabkan sistem pentadbiran negara menjadi semakin teruk.

Bagi Muhammad, kelemahan itu menyebabkan Perdana Menteri boleh melantik sesiapa sahaja sehingga ia mendatangkan masalah kepada negara.

"Segala-gala dilantik oleh Perdana Menteri. Kita kena ubah dan tak boleh bagi kuasa sangat," katanya.

Kenapa Sekarang Baru Nak Bersuara ? - Setelah BERBILION RINGGIT HILANG !!

Posted: 23 May 2015 06:00 PM PDT



Pemimpin negara perlu 'penjernihan jiwa'

Datuk Dr Abdullah Zain,kerajaan

Penjernihan jiwa yang dituntut dalam Islam termasuklah membersihkan jiwa daripada segala sifat keji, hasad dengki, dendam, riak dan suka mencari kesalahan orang lain.

PETALING JAYA: Peletakan jawatan pemimpin kerana desakan individu tertentu hanya akan mencetuskan ketidakstabilan kepada negara.

Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Zain berkata, peletakan jawatan itu juga boleh merencatkan pentadbiran negara yang kini diambang menjadi negara maju.

"Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi, kuasa menentukan mandat pemerintahan negara adalah rakyat, bukan mana-mana individu," tulisnya dalam Berita Harian.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, kerajaan tidak perlu tunduk kepada sebarang tekanan kerana ia bukan jalan penyelesaian terbaik.

Katanya, dalam konteks permasalahan yang sedang dihadapi pemimpin negara ketika ini, proses penjernihan jiwa adalah penting.

Katanya, penjernihan jiwa yang dituntut dalam Islam termasuklah membersihkan jiwa daripada segala sifat keji, hasad dengki, dendam, riak dan suka mencari kesalahan orang lain.

Abdullah berkata, menjadi tanggung jawab manusia untuk menghindarkan diri daripada melakukan kerosakan fizikal atau psikologi terhadap orang lain

"Seorang muslim mesti menunaikan janji, melakukan apa yang benar, setia dan menghormati orang lain serta institusi," katanya.

Aishah luah kekecewaan terhadap Pas FMT Reporters

Posted: 23 May 2015 05:30 PM PDT

 
aishah,kecewa,pas

Perubahan sikap pemimpin Pas menjadikan slogan 'Pas For All' tidak lagi relevan dan menjadi satu jenaka.

PETALING JAYA: Bekas penyanyi, Aishah, meluahkan rasa kecewa terhadap perkembangan muktakhir dalam Pas yang disebabkan sikap sesetengah pemimpin parti itu.

Katanya, melihat perubahan ketara yang berlaku dalam Pas, dia tidak lagi pasti parti itu mampu mentadbir negara.

Aishah berkata, sikap pemimpin juga tidak lagi menepati slogan 'Pas for All' dan telah menjadikan slogan itu sebagai satu jenaka.

Sebagai orang baru dalam Pas, Aishah berkata, dia terkejut dengan sikap pemimpin tertinggi Pas yang dilabel ulama tetapi menggunakan bahasa kesat.

"Sebagai org baru…sy terkejut dgn penggunaan bahasa setengah2 org yg dipanggil faqih dlm agama… rasanya dlm industry yg org anggap jahil pun masih ada sikap toleransi dan hormat. 

Sekarang maki hamunnya …, " katanya seperti dilaporkan beberapa blog pro Pakatan Rakyat.

Petikan luahan Aishah itu disebarkan secara meluas di laman sosial dan hangat dibincangkan di kalangan penyokong pro ulama dan liberal dalam parti itu.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di dalam program dialog "Bicara Harakah" minggu lalu dilaporkan mengunakan perkataan kesat "tolol" bagi merujuk kepada pihak yang menuduhnya mahu berpecah dan tidak mahu hadir mesyuarat Pakatan Rakyat.

Aishah berkata, dia tidak kecewa dengan perjuangan Islam tetapi kecewa dengan perkembangan yang berlaku dalam Pas yang kononnya memperjuangkan Islam.

Katanya, sikap pemimpin yang bergaduh sesama sendiri membuatkan orang bukan Islam hilang hormat terhadap parti itu.

"Saya tak kecewa dgn perjuangan Islam tetapi sy kecewa dgn apa yg berlaku dlm PAS yg kononnya perjuangan Islam…ini ke akhlak yg nak kita tunjukkan pada non muslims bila sesama jemaah pun berantakan…respect has to be earned not commanded from…", katanya.

Jualan kereta Proton merudum FMT Reporters

Posted: 23 May 2015 05:00 PM PDT


jualan,proton

Menurut data yang diperolehi daripada Persatuan Automotif Malaysia (MAA), sepanjang bulan lalu, Proton hanya menjual 4,972 buah kereta, penurunan sebanyak 52.8 peratus berbanding bulan sebelumnya.


PETALING JAYA: Penjualan kereta nasional keluaran Proton mencatatkan penurunan ketara sepanjang empat bulan pertama 2015.

Menurut data yang diperolehi daripada Persatuan Automotif Malaysia (MAA), sepanjang bulan lalu, ia hanya menjual 4,972 buah kereta.

Ia menunjukkan penurunan sebanyak 52.8 peratus berbanding bulan Mac di mana jualannya mencecah 10,528 unit.

Meskipun menganggap kejatuhan jualan itu yang dikaitkan dengan sikap pengguna yang membuat pembelian awal sebelum Cukai Barang dan Jualan (GST) berkuatkuasa pada 1 April, jualan Proton berada dalam keadaan membimbangkan kerana ia mencatatkan penurunan sebanyak 23.8 peratus lebih rendah jika dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun lalu.

Secara keseluruhan, jumlah penjualan kenderaan baru di Malaysia jatuh sebanyak 32.9 peratus.

Setakat ini, kereta keluaran Perodua menguasai pasaran jualan kereta tempatan dengan jumlah 17,584 unit diikuti Honda 6,562 unit, Proton , 4.972 unit, Toyota, 4,200 unit dan Nissan 2,722 unit.

Menurut sumber yang dipetik daripada www.carlist.my sambutan terhadap model City, Jazz, CR-V, Accord dan juga HR-V telah membantu melonjak jualan Honda sebanyak 27.3 peratus.

Perang antara penyokong Najib dan Muhyiddin dah bermula.

Posted: 23 May 2015 04:30 PM PDT


Bekas menteri Bekas menteri Tan Sri Zainuddin Maidin berkata tanpa pendedahan video juga, Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat menelah ucapannya akan diketahui Datuk Seri Najib Razak kerana beliau turut hadir ketika beliau memberikan ucapan.

Bekas menteri Tan Sri Zainuddin Maidin berkata tanpa pendedahan video juga, Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat menelah ucapannya akan diketahui Datuk Seri Najib Razak kerana beliau turut hadir ketika beliau memberikan ucapan.

Kritikan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Dr Puad Zarkashi terhadap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat sebagai tanda perang terbuka antara penyokong Muhyiddin dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah bermula, kata seorang bekas menteri hari ini.

Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, Najib sudah tentu akan dapat tahu mengenai ucapan yang dibuat Muhyiddin pada majlis tertutup itu, di mana beliau menyeru anggota lembaga pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipecat, tidak kira sama ada video mengenainya dibocorkan atau tidak.

Tanpa pendedahan video sensitif itu pun tentunya Muhyiddin dapat menelah ucapannya akan diketahui Najib kerana turut hadir ketika beliau memberikan ucapan kepada ketua Umno di Janda Baik, Pahang beberapa orang menteri dan juga menteri besar Pahang," tulis Zainuddin di blognya zamkata.blogspot.com semalam.

Selepas video itu dibocorkan, Puad mengecam Muhyiddin sebagai menteri pelajaran yang "malas" dalam Facebooknya, dan Zainuddin mendakwa, tindakan itu diarahkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

"Ini dilihat sebagai bermula perang terbuka antara penyokong-penyokong Najib dengan penyokong-penyokong Muhyiddin berikutan serangan tertutup tetapi terbuka oleh Muhyiddin terhadap Najib," kata bekas menteri penerangan yang juga bekas ketua pengarang Utusan Malaysia itu.

Zainuddin juga berkata, dalam mesyuarat Majlis Tertinggi terbaru, Puad antara mereka yang lantang menyokong Najib sementara Muhyiddin memberi amaran keras tentang kebimbangan rakyat mengenai 1MDB. Video itu, yang dimuatnaik di blog 'Apanama' milik bekas wartawan Firdaus Abdullah, mengandungi rakaman ucapan Muhyiddin menyeru pemecatan lembaga pengarah 1MDB pada satu majlis tertutup Umno.

Beliau berkata, itu nasihatnya kepada Najib, sambil menambah, beliau tidak berhasrat menentang kepimpinan presiden Umno itu. Dalam ucapannya yang menerima tepukan gemuruh hadirin, Muhyiddin berkata, keseluruhan ahli lembaga pengarah 1MDB mesti dipecat dan polis mesti dibenarkan masuk menyiasat penglibatan mereka dalam skandal syarikat itu.

Beliau juga mengakui mempunyai pendirian tersendiri mengenai isu tertentu, sambil menambah, menghadapi kesukaran menerangkan hutang RM42 bilion 1MDB kepada orang ramai.

Syarikat pelaburan strategik milik negara itu sarat dibebani hutang mencecah RM42 bilion, dan seruan dibuat termasuk dari kalangan pemimpin kanan Umno seperti Muhyiddin dan Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin, supaya perkara itu dijelaskan dengan lebih telus. – 23 Mei, 2015.

 -malaysianinsider-

Serangan Hadi alasan PAS sertai Umno, kata Guan Eng

Posted: 23 May 2015 09:00 AM PDT

 
Lim Guan Eng hari ini mendakwa tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerang DAP baru-baru ini hanya helah parti Islam itu untuk dijadikan alasan meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) dan menyertai Umno.

Setiausaha agung DAP itu berkata, beliau terkejut dan sedih dengan serangan terkini Hadi terhadap parti itu, sambil menambah, pemimpin PAS itu kini "hilang akal" dan harus meninggalkan PR jika itu yang sebenarnya beliau mahu.

"Semua tuduhan itu tidak berasas dan tidak masuk akal. Ia kelihatan seolah-olah seperti satu usaha mencari alasan membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno-BN," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Umno, parti Melayu utama dalam Barisan Nasional (BN), sekian lama merupakan musuh utama PAS dalam persaingan mendapatkan undi Melayu-Islam.

"Sekiranya beliau hendak membentuk kerajaan perpaduan dengan mereka, silakan. Tetapi jangan menyerang dan membuat tuduhan palsu terhadap DAP. "

Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang, mengulas komen Hadi semalam mengatakan PAS bersedia memutuskan hubungan dengan DAP berikutan langkah DAP mengumumkan menubuhkan kabinet bayangannya sendiri tanpa dianggotai PAS dan PKR.

Hadi berkata, kabinet bayangan DAP tidak realistik, dan memberitahu parti itu ia tidak boleh sekadar melindungi kepentingan kelompok tertentu.

DAP sebelum ini memutuskan hubungan dengan Hadi, walaupun masih mengekalkan hubungan kerja dengan PAS. - TMI

Muhyiddin suruh Ambil iktibar kemajuan Korea Selatan pula..!! Korea Selatan

Posted: 23 May 2015 08:15 AM PDT


KUALA LUMPUR - Malaysia boleh mengambil iktibar daripada kemajuan dan kepakaran Korea Selatan dalam bidang inovasi dan berdaya saing untuk muncul sebagai salah sebuah negara paling maju di dunia, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Timbalan Perdana Menteri berkata menggalakkan daya saing dan idea-idea yang terus memacu merupakan dorongan dalam membentuk sebuah komuniti yang produktif dan progresif.

"Negara berwawasan adalah sebuah negara yang ditadbir dengan baik dan mantap dalam bidang sains dan teknologi, sekali gus menyediakan golongan belia untuk pasaran tenaga kerja dan memupuk hubungan antara pendidikan, penyelidikan, industri dan kemampanan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada 'Malam Budaya Cipta' sempena edisi ke-26 Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa 2015 (ITEX) di sini, malam tadi.‎

Merujuk Korea Selatan sebagai contoh, Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, berkata negara itu mengambil langkah-langkah besar selama ini untuk muncul sebagai peneraju inovasi bagi produk-produk elektronik dan telekomunikasi.

"Intensiti dalam membina masyarakat yang serba canggih adalah apa yang ia lakukan dengan lebih baik berbanding negara-negara lain," kata Muhyiddin, yang juga merujuk kepada Taiwan yang mengutamakan imaginasi dan keupayaan pelajar
untuk membuat inovasi sebagai faktor dalam proses pengambilan pelajar universiti di negara itu.



Di Malaysia, katanya, negara sedang dalam mengharungi dasar strategik negara ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan.

"Terdapat keperluan jelas untuk perniagaan tradisional dan bukan tradisional untuk melakukan inovasi bagi mewujudkan kesan ketara kepada pendapatan negara kasar dan keluaran dalam negara kasar," katanya.

Beliau menyifatkan ranking Malaysia di tangga ke-33 daripada 143 buah negara dalam Indeks Inovasi Global 2014 sebagai satu kedudukan yang membanggakan.

"Saya berpegang teguh kepada kepercayaan bahawa inovasi adalah sangat penting untuk pertumbuhan ekonomi jangka panjang," katanya sambil menegaskan pertumbuhan yang dipacu inovasi memerlukan tindakan pelbagai dasar termasuk pendidikan. - Bernama

Renjatan Pencabut Nyawa- 2 Lelaki Rentung Sekelip Mata

Posted: 23 May 2015 07:30 AM PDT

 


KUALA LUMPUR – Dua lelaki warga tempatan maut akibat renjatan elektrik apabila kenderaan yang mereka gunakan ketika melakukan kerja memindahkan paip air tersentuh wayar elektrik voltan tinggi.

Dalam kejadian pukul 11.41 pagi tadi di Kampung Tanah Mas, Bidor, Perak, kedua mengsa maut di tempat kejadian bersebelahan kenderaan mereka.

Seorang lagi pekerja Bangladesh pula cedera parah.

Kejadian dipercayai berlaku apabila bahagian kren pada lori yang digunakan semasa memindah paip air untuk pihak Lembaga Air Perak tersentuh dengan wayar elektrik voltan tinggi berkenaan yang menyebabkan arus yang sangat kuat berpindah melalui kren ke atas kenderaan kerja mereka.



Sumber Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberitahu Mynewshub, kejadian berlaku di talian bare (wayar yang tidak disalut) 22kv (sistem 11kv).

"Bahagian talian tersebut telah dimatikan dan dibumikan untuk kerja-kerja oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat," katanya.


- mynewshub

Aduhai.. Keluh Muhyiddin..!

Posted: 23 May 2015 06:45 AM PDT

 


Selepas mencuri perhatian dengan memberikan ucapan panas mengecam syarikat 1Malaysia Developmet Berhad (1MDB), Tan Sri Muhyiddin Yassin berdepan cabaran sukar untuk mempromosikan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) kepada umum hari ini.

Hakikatnya, hampir tiada sesiapa di kalangan 5,000 hadirin yang ada di majlis Anugerah Ilham Desa Keringkat Kebangsaan 2015 menonton pelan lima tahun itu di televisyen ketika ia dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ketika berucap, Muhyiddin bertanya kepada orang ramai: "Baru-baru ini di parlimen perdana menteri telah bentangkan dokumen penting yang disebut RMK-11. Siapa mengikuti ucapan PM hari tu, angkat tangan!"

Namun tiada sesiapa yang mengangkat tangan.

"Aduhai...." kata Muhyiddin.

Tak tepuk tak apa

Majlis anugerah itu diadakan di Rembau dan turut dihadiri Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Haji Mohamad Haji Hassan

Muhyiddin menjadi perbualan ramai sejak Khamis lalu apabila sedutan ucapannya mendesak supaya Lembaga Pengarah 1MDB dipecat, tersebar kepada orang ramai.

Muhyiddin membuat ucapan itu dalam majlis tertutup untuk pemimpin UMNO bahagian.

Dalam majlis dihadirinya hari ini, Muhyiddin beberapa kali terpaksa meminta orang ramai bertepuk tangan.

Mengulas RMK-11, Muhyiddin berkata, peruntukan diluluskan kerajaan sebanyak RM260 bilion adalah yang terbesar dalam sejarah pelan setiap lima tahun itu.

Melihat reaksi hadirin tidak seperti diharapkan, Muhyiddin berkata: "Tak tepuk tangan pun tak apa."

Selepas Hina Janggut TGNA, Seorang Pemuda Mengembek Macam Kambing

Posted: 23 May 2015 06:00 AM PDT

SHAH ALAM – Seorang pemuda menghina janggut bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimaklumkan ibunya mengembek seperti seekor kambing.

Cerita anak saudara Allahyarham, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, ibu pemuda tersebut kemudiannya datang bertemu Nik Aziz untuk meminta air penawar bagi menyembuhkan anaknya.

"Sepanjang membesar dengan beliau, saya melihat ramai orang datang bertemunya dan membawa botol-botol air dan juga mengadu masalah...orang nak bercerai yang bertengkar dan sebagainya, beliau menyelesaikan permasalahan seperti ini.

"Pernah satu ketika saya nak turun solat Asar, beliau naik ke rumah dalam keadaan senyum. Saya tanya kenapa? Dia kata, ada orang datang nak minta air tawar (penawar). Ketika itu beliau belum lagi menjadi Menteri Besar. Dia kata ada sorang ibu datang minta air tawar untuk anaknya yang dalam keadaan tidak berhenti mengembek seperti kambing.

"Tok Guru cerita bahawa pemuda itu mengejek janggutnya... janggut Tok Guru macam kambing dan membuat bunyi seperti kambing. Kemudian dia mengembek tidak berhenti sehinggalah ibunya minta air tawar supaya anaknya itu berhenti berbunyi seperti kambing," katanya pada program Bicara Murabbi Ummah: The Untold Story, di sini, semalam sempena 100 hari pemergian bekas Menteri Besar Kelantan itu.

Meskipun dihina, Allahyarham tidak pernah berdendam sebaliknya membantu tanpa banyak soal.

"Tok Guru baca doa dan beri air tawar. Walaupun orang buat kita macam mana, tuduhan, kejian dan sebagainya, kita baca kata Tok Guru.

"Selang seminggu, ibunya itu datang dan beritahu Alhamdulillah anaknya telah berhenti mengembek," katanya lagi.

Bercerita tentang buah tangan dari Jepun, beliau memberitahu Nik Aziz hanya meminta buku ataupun penyepit kuku sahaja.

"Saya beritahu Tok Guru nak ke Jepun dengan Ustaz Nik Mohamad Abduh. Saya tanya nak kirim apa? Dia pun senyum dan kata 'tak ada apa-apa, kalau ada buku yang baik. Kalau boleh nak kirim pengetip kuku. Pengetip kuku dari Jepun memang tajam.' Ustaz Nik Abduh pernah beri kepada beliau pengetip kuku Jepun...tajam tapi dia kata yang itu hilang.

"Saya ke Jepun, saya beli tapi tak sempat nak bagi. Sekarang saya pakailah. Tak sempat sebab beliau sudah pergi menghadap ke hadapan ALLAH," katanya.

Melalui perkongsian itu juga, Ustaz Ahmad Dusuki memberitahu Allahyarham sangat menjaga masa sehingga pernah meninggalkan seorang Tok Imam gara-gara lewat dari masa yang dijanjikan.

"Saya pernah ikut beliau ketika nak pergi solat Jumaat. Berjanji dengan Tok Imam. Tok Imam kata pukul 12.15 tengah hari, Tok Guru sampai ke rumahnya, kita pergi sekali ke masjid.

"Beliau sampai 12.15 tengah hari tepat. Dia hon dua tiga kali dan Tok Imam keluar, Tok Imam angkat tangan dan kata 'tunggu sekejap Tok Guru, tak pakai baju lagi.'

"Lepas itu Tok Guru terus tekan minyak dan tinggalkan Tok Imam. Saya tanya kenapa tak tunggu? Beliau kata, 'dia tak jaga masa'," katanya.

- sharian

Mangsa banjir rayu percepat pembinaan rumah

Posted: 23 May 2015 05:15 AM PDT

 
mangsa banjir,kuala krai

Mangsa banjir amat berharap kediaman kekal yang dijanjikan akan dapat dipercepat memandangkan kebanyakan ahli keluarga mereka yang berada di luar Kelantan akan pulang menyambut lebaran.

KUALA KRAI: 15 keluarga mangsa banjir yang tinggal di rumah kontena di Dataran Peladang meminta kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan mempercepatkan pembinaan rumah kekal.
Mereka amat berharap rumah kekal mereka akan dapat disiapkan sebelum 1 Syawal agar sambutan Hari Raya Aidil Fitri akan lebih bermakna.

Salah seorang mereka yang ditemui mengakui walaupun kediaman sementara agak selesa, tetapi amat berharap kediaman kekal yang dijanjikan akan dapat dipercepat memandangkan kebanyakan ahli keluarga mereka yang berada di luar Kelantan akan pulang menyambut lebaran.

Mohd Zain Ismail, 72, berkata beliau resah memikirkan bagaimana untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba Julai depan, kerana pastinya lima anak dan empat cucu akan pulang untuk menyambut bersama-sama.

"Rumah kontena ini buat masa sekarang selesalah kerana saya hanya tinggal dengan isteri dan seorang anak, namun ia akan menjadi masalah apabila empat lagi anak yang tinggal di luar Kelantan akan pulang menyambut Aidilfitiri," katanya ketika ditemui Bernama.

Sementara itu, Kamaruzzaman Abdul Razak, 36, berkata beliau mula mendiami rumah kontena tersebut sejak sebulan lepas dan berharap agar dapat menyambut kedatangan 1 Syawal di rumah baharu.

"Tinggal di rumah kontena ini pun sudah selesa.. tidaklah panas sangat kerana dinding di dalam rumah dilapisi papan lapis sebagai penebat haba.

"Tapi seboleh-bolehnya dapatlah kami menyambut puasa dan hari raya dengan lebih baik. Buat masa ini kami terpaksa bergilir-gilir memasak di sebuah dapur besar," katanya.

Sebelum ini, kerajaan Kelantan dilaporkan telah pun meminta agar Kerajaan Persekutuan mempermudah pemberian kontrak pembinaan bagi menyegerakan proses pembinaan rumah kekal kepada mangsa banjir di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata langkah itu bagi memastikan mangsa banjir dapat mendiami rumah masing-masing secepat mungkin.


-BERNAMA

TERKINI ! Bekas MB Selangor, Mat Taib bakal tinggalkan PAS?

Posted: 23 May 2015 04:30 AM PDT

Dalam satu lagi perkembangan yang mungkin menggembirakan golongan konservatif dalam PAS, bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mungkin menjadi tokoh terkini meninggalkan parti berkenaan.

Menyatakan rasa kecewanya kepada PAS, Muhammad berkata, parti itu seolah-olah tidak lagi mempedulikan penyokong bukan Islam di negara ini.

Dalam satu forum di Petaling Jaya hari ini, Muhammad berkata, pemimpin PAS ketika ini mengabaikan pendekatan pernah diambil bekas mursyidul am mereka, allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Kata Muhammad, Nik Aziz menunjukkan rasa kasih dan hormat kepada semua pihak tanpa mengambil kira agama dan suku bangsa mereka.

"Kita mahukan seorang tokoh warak seperti allahyarham Nik Aziz sebagai pemimpin.

Semua orang sayang kepada dia. Orang Buddha sayang, Hindu sayang. Kita kita tak lagi nampak macam tu," katanya.

Sebelum ini, kata Muhammad, beliau sangat berminat dengan PAS. "Kini tak berminat sangat," katanya -malaysiakini-  HORAS !!

Jangan berbalah-Najib

Posted: 23 May 2015 03:45 AM PDT

 
najib,umno

Menurut Perdana Menteri sokongan ke atas beliau penting bagi meneruskan agenda pembangunan negara.


GOPENG : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegur tindakan pihak tertentu yang memburuk-burukkan pemimpin kerana ia akan melemahkan parti.

Jelasnya, keadaan sebaliknya akan berlaku jika mereka memberi sokongan ke atas pemimpin kerana ia akan mengukuhkan parti.

Bagi tujuan itu, Najib yang juga Presiden UMNO, meminta semua pihak perlu mengelak daripada berbalah sebaliknya memberikan sokongan dan kepercayaan kepada beliau.

Katanya, ia penting bagi beliau untuk meneruskan agenda pembangunan rakyat.

"Ini bukanlah ketika untuk kita berbalah sesama sendiri dan bukanlah masa untuk suruh orang meletak jawatan.

"Ini masa untuk kita bersatu, bermuafakat kerana kita sedang melalui banyak cabaran," katanya ketika berucap pada majlis lawatan kerja beliau di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Gopeng, Perak.


-BERNAMA

Subhanallah !!

Posted: 23 May 2015 03:15 AM PDT

BERANI KERANA BENAR !!

Posted: 23 May 2015 02:40 AM PDT

Zack Ahmad's photo.

Berita ini pasti mengejutkan mengenai perang propaganda Najib

Posted: 23 May 2015 01:00 AM PDT


Perang psikologi di media arus perdana dan alam siber dijangka akan lebih menarik dengan pembentukan pasukan baru.

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan akan melantik ahli keluarganya mengetuai pasukan propaganda bagi menggantikan tempat Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.

Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin berkata, individu dan pasukannya akan dibantu sekumpulan pemimpin kontroversi UMNO untuk membuat serangan balas terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan terbaru, ke atas Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tanpa menyatakan sumber, beliau berkata, maklumat itu diperolehi hasil perjumpaan-perjumpaan, daripada pejabat menteri kabinet, ibu pejabat UMNO, bilik eksekutif dan Pejabat Media Perdana Menteri sendiri.

Menurut Kadir, pasukan baru akan disertai Rizal Mansor (Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor), Datuk Seri Farid Redzuan ( bekas CEO TV3), Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi dan Tan Sri Lim Kok Wing sebagai Penyelaras Program Khas Perdana Menteri.

"Kita akan menjangkakan aktiviti perang psikologi yang menarik di media arus perdana dan alam siber," tulisnya dalam entri terbaru diblognya.

Katanya, individu berkenaan tidak akan lagi membenarkan Najib menghadiri perhimpunan seperti di Tawau, 'menumpahkan air mata darah' berhubung isu 1MDB dan menyalahkan pihak lain dalam skandal itu serta tidak lagi muncul di TV3 seperti sebelum ini.

Dalam masa yang sama, Kadir berkata dia mendengar ahli Jawatan Kuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) cuba mensabotaj laporan 1MDB.

Kadir turut membangkitkan beberapa persoalan tentang skandal 1MDB yang perlu difikirkan oleh semua.

Katanya, adakah laporan terakhir 1MDB telah disiapkan kerana banyak kecelaruan yang timbul sejak kebelakangan ini.

Menurut Kadir, pengakuan Najib bahawa tiada wang tunai dalam 1MDB di Singapura sebaliknya hanya kertas aset adalah berbeza dengan kenyataan awalnya pada Mac lalu.

"Adakah Najib cuba menggelirukan rakyat atau beliau berbohong dalam Parlimen?, katanya yang merujuk kepada kenyataan Najib sebelum ini bahawa 1MDB menunggu masa yang sesuai untuk membawa pulang wang tunai yang disimpan di Singapura.

"Kertas aset apa yang Perdana Menteri cakapkan," katanya.

Kadir juga membangkitkan tuduhan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, yang mendakwa ahli perniagaan, Jho Low, terlibat secara langsung dalam 1MDB.

"Adakah dia mempunyai bukti sahih yang boleh diberikan kepada PAC?

"Adakah benar Ahli Lembaga Pengarah 1MDB telah diminta meletak jawatan oleh Kementerian Kewangan?, soalnya lagi.

Isu 1MDB lebih serius apabila ada dakwaan bahawa seorang bekas pegawai atasan akan didakwa kerana salah urus.

Menyentuh laporan Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan mengambi alih Loji Janakuasa Arang Batu 2000MW atau Projek 3B daripada 1MDB, Kadir berkata, Khazanah Nasional selaku pemegang kepentingan terbesar menentang pembelian itu yang merupakan langkah menyelamat 1MDB.