Jumaat, 22 Mei 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI

Rosmah seorang wanita Islam berani dan bijak, kata pegawai khas

Posted: 22 May 2015 11:00 PM PDT

Datin Seri Rosmah Mansor disifatkan sebagai seorang wanita Islam yang berani dan bijak.

Datin Seri Rosmah Mansor disifatkan sebagai seorang wanita Islam yang berani dan bijak.

Pegawai Khas Perdana Menteri Rizal Mansor sekali lagi mempertahankan Datin Seri Rosmah Mansor daripada dikritik bekas menteri Kabinet Datuk Zaid Ibrahim.

Beliau yang membidas kenyataan Zaid itu berkata, bekas menteri itu perlu menerima hakikat Rosmah merupakan seorang wanita Islam yang berani dan bijak.

"Saya sungguh terkejut apabila terbaca coretan bekas menteri (hal ehwal) undang-undang Zaid yang lupa nilai moral.

"Komen beliau mengenai bagaimana isteri perdana menteri sepatutnya berkelakuan hanya menggambarkan betapa ceteknya pemikiran beliau.

"Sudah tibalah masanya untuk Zaid keluar dari bawah tempurung dan menerima hakikat isteri PM anda adalah seorang wanita Islam yang berani dan bijak.

"Adakah anda cuba mengetengahkan wanita hanya perlu menjadi pasif dan duduk di dapur? Wahai Zaid, ini adalah tahun 2015 dan wanita mempunyai kaliber dan keupayaan sama setanding dengan lelaki," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Rizal berkata demikian ketika mengulas mengenai artikel "The people's PM" yang disiarkan pada 18 Mei di laman blog Zaid.

Ini bukan pertama kali pegawai khas perdana menteri itu mengeluarkan kenyataan mempertahankan Rosmah daripada dikritik.

Beliau pada masa sama menyifatkan tindakan Zaid mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai seorang tidak waras selain mendakwa bekas pemimpin Barisan Nasional (BN) itu seorang yang mudah lupa.

"Zaid perlu berhenti mengkritik seorang wanita yang sedang melakukan yang terbaik demi rakyat Malaysia. Beliau perlu lebih fokus kepada perkara positif dan berusaha berbuat sesuatu demi masyarakat Malaysia, tanpa hanya duduk mereka cerita mitos.

"Igauan beliau secara tidak langsung mencerminkan bahawa beliau merupakan seorang cauvinis dan mencari publisiti murahan dengan mengkritik seorang wanita yang prihatin dan bersifat keibuan terhadap rakyat Malaysia," katanya.

Katanya Zaid terlupa hakikat Rosmah juga banyak berjasa seperti menolong pelajar Malaysia yang ditahan di Mesir kerana disyaki sebagai perisik termasuk menggunakan pengaruhnya membolehkan pelajar negara ini dihantar ke tempat selamat semasa pemberontakan di Arab.

Beliau mungkin terlupa atau terlepas pandang kisah salah seorang pelajar kita yang ditahan di Mesir selepas disyaki menjadi perisik.

"Rosmah tanpa mengenali pelajar tersebut segera membuat panggilan kepada isteri presiden Mesir ketika itu (Suzanne Mubarak) dan dalam masa dua jam pelajar itu dibebaskan dan boleh pulang meneruskan pengajian.

"Sudah tentu, Zaid sebagai seorang peguam dan bekas menteri undang-undang akan melompat 'kangaroo' dengan mengatakan bahawa perkara ini harus dilaksanakan oleh kementerian luar negeri dan pegawai yang berkaitan. Rosmah mengambil inisiatif ini atas naluri keibuan beliau. Lebih-lebih lagi, perkara ini diselesaikan tanpa publisiti.

"Ini adalah senario luar biasa, dan Rosmah melaksanakannya kerana hubungan rapat beliau dengan keluarga diraja Arab," katanya mengulas mengenai peranan isteri perdana menteri itu membantu pelajar Malaysia dalam Ops Piramid.

Katanya rakyat Malaysia patut berbangga kerana Rosmah bukan sahaja sebagai seorang  wanita yang berani dan bijak namun turut membantu suami dalam melaksanakan tugas-tugasnya, secara tidak langsung.

Tambahnya, Zaid juga tidak juga boleh menafikan peranan Rosmah dalam memulakan Permata iaitu program yang direka untuk kanak-kanak di bawah umur 4 tahun dalam memupuk keupayaan pemikiran.

"Bagaimana Zaid melupakan perkara ini? Beliau lupa atau hanya bertungkus lumus mencari perkara negatif untuk di ketengahkan," soalnya.

Rizal juga mengingatkan tindakan Zaid itu sebenarnya mencemuh seorang wanita yang prihatin dan penyayang di mana kesejahteraan rakyat Malaysia merupakan keutamaan Rosmah.

"Kita tidak perlu memuji Rosmah, tapi sekurang-kurangnya janganlah dicemuh tanpa berhati perut.

"Beliau  (Rosmah) juga sungguh vokal dan bijak dalam menjalinkan hubungan rapat dengan individu kenamaan antarabangsa; demi memasyhurkan nama negara di pentas dunia, salah ke perbuatan ini, saudara Zaid?," soal Rizal. – 22 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

KALAU NAK BODEK PUN,  AGAK AGAK LAH !  WANITA ISLAM BIJAK PASTI BERTUDUNG !

Polis mahu peguam negara kaji semula Akta Perhimpunan Aman OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Posted: 22 May 2015 10:15 PM PDT

Seperti dalam kes perhimpunan pada Hari Pekerja membantah GST di mana ramai yang ditahan polis, kini Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa berkata setuju akta tersebut dikaji semula, dan merujuk kepada pihak perundangan baginya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Mei, 2015. Seperti dalam kes perhimpunan pada Hari Pekerja membantah GST di mana ramai yang ditahan polis, kini Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa berkata setuju akta tersebut dikaji semula, dan merujuk kepada pihak perundangan baginya.

Seperti dalam kes perhimpunan pada Hari Pekerja membantah GST di mana ramai yang ditahan polis, kini Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa berkata setuju akta tersebut dikaji semula, dan merujuk kepada pihak perundangan baginya.

Selepas siri tangkapan di bawah Akta Perhimpunan Aman yang mengundang kritikan banyak pihak, polis kini mengakui undang-undang kontroversi itu perlu dikaji semula.

Ini terutamanya selepas Mahkamah Rayuan, dalam kes terhadap Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, memutuskan Seksyen 9(5) akta itu, yang menuntut notis 10 hari diberikan sebelum perhimpunan awam, tidak mengikut perlembagaan.

Nik Nazmi pada awalnya dituduh menganjurkan perhimpunan "Black 505" di Kelana Jaya pada 8 Mei 2013, tidak lama selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), tanpa menyerahkan notis 10 hari kepada pihak polis.

Mahkamah Persekutuan kemudiannya membebaskan Nik Nazmi selepas pihak pendakwaan menarik balik kes mereka.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa mengakui Jabatan Peguam Negara perlu mengkaji implikasi keputusan mahkamah itu.

"Pihak perundangan perlu mengkaji implikasi keputusan mahkamah. Kita akur," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Berdasarkan keputusan mahkamah, kita kena tengok balik macam mana perancangan kita menangani perhimpunan."

Nik Nazmi dituduh menganjurkan perhimpunan 'Black 505' di Kelana Jaya pada 8 Mei 2013 tanpa menyerahkan notis 10 hari kepada pihak polis. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Mei, 2015.Nik Nazmi dituduh menganjurkan perhimpunan 'Black 505' di Kelana Jaya pada 8 Mei 2013 tanpa menyerahkan notis 10 hari kepada pihak polis. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Mei, 2015.

Katanya, soalan lanjut perlu diajukan kepada Peguam Negara kerana tugas polis hanya menguatkuasakan undang-undang.

Pada 25 April tahun lalu, panel 3 hakim Mahkamah Rayuan dipengerusi Hakim Datuk Mohd Ariff Mohd Yusof memutuskan Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman tidak berperlembagaan kerana sebarang ketidakpatuhan di pihak penganjur tidak mengundang hukuman jenayah.

Panel 5 hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Tan Sri Raus Sharif minggu lalu membatalkan rayuan Peguam Negara selepas Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup menarik balik kes terhadap Nik Nazmi.

Menghormati keputusan mahkamah, Tajudin berkata, polis akan mengkaji prosedur operasi standard bagi menguruskan perhimpunan pada masa akan datang.

"Kita khuatir walaupun perhimpunan aman, ia akan meleret kepada perkara yang tidak diingini.

"Perhimpunan sekarang ini mereka tidak payah notis pada polis. (Maka) kita kena kerja lebih," katanya.

Perhimpunan besar terbaru ialah Himpunan Bantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada Hari Pekerja yang menarik lebih 10,000 orang.

Katanya, secara umum, ia himpunan aman dan tiada berlaku kecederaan fizikal kepada mana-mana pihak.

Beliau berkata, walaupun terdapat usaha memprovokasi pihak polis pada perhimpunan itu, namun mereka berjaya mengawalnya dengan penuh profesional.

"Kita bersama pihak penganjur (sebolehnya) memastikan perhimpunan dapat berjalan lancar. Kita tidak ada hendak menghalang.

"Kita lihat contoh sebelum itu, PAS menganjur perhimpunan dan mereka patuh kepada arahan kita supaya diadakan di Padang Merbok," katanya.

Bagaimanapun, beberapa jam selepas himpunan pada 1 Mei itu, polis mula menangkap peserta protes.

Keseluruhannya, polis membuat 59 tangkapan, termasuk ahli politik, aktivis dan 6 belia di bawah umur.

Mereka termasuk bekas pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan, naib presiden PKR Rafizi Ramli dan Tian Chua, setiausaha organisasi DAP Anthony Loke dan setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan.

Semuanya ditahan mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana berhimpun secara haram. Setengahnya juga disiasat kerana melakukan vandalisme.

Tajudin mempertahankan tangkapan itu.

"Kita kenal pasti mereka yang terlibat. Sebab itu selesai saja terus kita jalankan tangkapan, bukan kita tangkap secara rambang," katanya sambil menegaskan tiada layanan buruk diberi kepada mereka yang ditangkap.

Beliau juga menegaskan polis mematuhi prosedur operasi standard ketika menangkap belia bawah umur, mengundang banyak kritikan dari kumpulan masyarakat sivil.

"Di peringkat awal, memudahkan siasatan, memang kita tidak beritahu peguam. Penghujungnya, undang-undang mewajibkan kita memberitahu peguam dan keluarga.

"Masa munasabah itu lepas tangkapan, dibawa balik ke balai untuk dokumentasi. Selepas selesai kita akan maklumkan kepada peguam.

"Ia tidak menetapkan 10 minit atau satu jam. Ikut masa yang munasabah. Tetapi kalau satu hari, ia tidak munasabah," katanya.

Mengulas rungutan pimpinan politik yang terpaksa menunggu lama di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sedangkan siasatan hanya mengambil masa yang singkat, Tajudin berkata ia kerana kekurangan pegawai penyiasat selain jumlah tangkapan yang ramai pada hari itu.

"Lazimnya tangkapan ramai. Kemudian, (yang) menangkap, orang lain, yang menyoal siasat, orang lain. Yang merakam keterangan, baru pegawai penyiasat.

"Itu memang proses kerja. Saya akui memang lambat.

"Bila ada perhimpunan begini, kita akan sediakan pegawai penyiasat yang lebih untuk mempercepatkan," katanya. – 23 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Peguam Anwar lawan cubaan Saiful guna sabitan liwat dalam saman fitnah OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Posted: 22 May 2015 09:30 PM PDT

Pada 23 Jun tahun lepas, Mohd Saiful Bukhari Azlan, memfailkan ganti rugi, memetik trauma fizikal dan penderitaan sejak 2008 akibat diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 23 Jun tahun lepas, Mohd Saiful Bukhari Azlan, memfailkan ganti rugi, memetik trauma fizikal dan penderitaan sejak 2008 akibat diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang memfailkan saman fitnah RM50 juta terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahu Mahkamah Tinggi membuat keputusan memihak kepada beliau, memandangkan kini bekas ketua pembangkang itu disabitkan dengan kes liwatnya.

Bagaimanapun, Anwar bertindak menyekat langkah tersebut.

Peguam Anwar, Latheefa Koya berkata mereka memfailkan permohonan minggu lalu untuk menolak alasan yang dikemukakan Saiful bagi meyakinkan mahkamah memutuskan berdasarkan liabiliti dan ganti rugi.

"Kami menyerahkan salinan permohonan Anwar kepada peguam Saiful. Mereka diberi masa untuk menjawab," katanya selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Azizul Azmi Adnan yang menetapkan pengurusan kes seterusnya pada 1 Jun.

Hakim itu sebelum ini menetapkan perbicaraan bermula 10 Ogos.

Latheefa berkata, Anwar berpendirian yang sabitannya kerana salah laku seksual itu tidak boleh dipakai dalam tindakan sivil.

"Saiful dalam kenyataan tuntutannya yang dipinda merayu supaya penghakiman yang diberikan menyebelahinya kerana Mahkamah Persekutuan juga mendapati beliau merupakan seorang saksi yang boleh dipercayai," katanya.

Peguam sivil bagaimanapun berkata, Anwar akan menghadapi kesukaran dalam mendapatkan mahkamah untuk menolak saman itu kerana Saiful hanya perlu membuktikan kesnya atas imbangan kebarangkalian, yang mengenakan beban undang-undang yang lebih rendah.

Mereka berkata dapatan fakta yang Anwar melakukan kesalahan itu juga ada kesannya terhadap kes sivil itu.

Pada 10 Februari, Mahkamah Persekutuan mendapati Anwar bersalah meliwat Saiful dan menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara.

Pada 23 Jun tahun lepas, Saiful, 30, memfailkan ganti rugi, memetik trauma fizikal dan penderitaan sejak 2008 akibat diliwat Anwar.

Dalam pernyataan tuntutannya, Saiful berkata Anwar menuduhnya memfitnah dan berkonspirasi terhadapnya dengan membuat laporan polis mendakwa diliwat.

Saiful juga berkata beliau tidak berbohong dalam laporan polis mengenai beliau diliwat oleh Anwar, dan mengenai kejadian liwat yang terakhir berlaku di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih di Kuala Lumpur pada tahun 2008.

Bekas pembantu itu berkata, beliau dipandang rendah oleh masyarakat yang percaya dengan tuduhan Anwar terhadapnya, sambil menambah beliau juga dipersenda di media sosial.

Anwar dalam pembelaannya menafikan meliwat Saiful dan berkata, dakwaan itu palsu, sambil menambah bekas pembantunya bertindak tanpa sebab yang munasabah dan saman fitnah itu remeh, menyusahkan dan penyalahgunaan proses mahkamah.

Anwar berkata, dalam kes sivil, beban bukti ialah pada Saiful dan dia bersandar kepada pembelaan dari segi komen berpatutan, perlindungan mutlak dan keistimewaan bersyarat untuk menandingi saman itu. – 23 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Tidak pernah diminta pertimbang projek pembangunan TRX, kata Petronas

Posted: 22 May 2015 09:00 PM PDT

Petronas menegaskan bahawa pihaknya mempunyai projek pembangunan yang mencukupi di KLCC yang terdiri daripada bangunan pejabat, sebuah hotel dan perluasan ruang niaga yang dilaksanakan KLCC Holdings (cabang hartanah kami) dan rakan kongsinya.

Petronas mengesahkan bahawa syarikat tidak pernah diminta untuk mempertimbangkan projek pembangunan Tun Razak Exchange (TRX).

"Malah, kami mempunyai projek pembangunan yang mencukupi di KLCC yang terdiri daripada bangunan pejabat, sebuah hotel dan perluasan ruang niaga yang dilaksanakan KLCC Holdings (cabang hartanah kami) dan rakan kongsinya," katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu sebagai respons kepada laporan yang mengatakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin enggan menjawab pertanyaan mengenai perkara itu selepas mengumumkan keputusan kewangan suku pertama 2015 kumpulan.

Soalan yang dikemukakan ialah sama ada Petronas akan mempertimbangkan pembelian tanah di TRX untuk menambah simpanan tanahnya. – Bernama

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Taja serangan pada Muhyiddin? Tiada komen, kata Puad

Posted: 22 May 2015 08:30 PM PDT

Bekas timbalan meneri Datuk Dr Puad Zarkashi enggan memberikan sebarang komen apabila ditanya kemungkinan pihak beliau membuat bayaran kepada Facebook bagi meningkatkan penyebaran statusnya mengenai Tan Sri Muhyiddin Yassin  kelmarin.

Status itu disertai dua keping gambar menunjukkan keadaan sebuah sekolah yang daif di Keningau, Sabah.

Apabila dihubungi Malaysiakini, Puad sekadar membalas: "Tiada komen. Saya tak nak komen apa-apa tentang Facebook saya. Saya tak nak komen."

"Saya takut anda semua putar belit (komen) nanti," katanya.

Kelmarin, Puad memuat naik gambar berkenaan bersama kenyataan pedas beliau kepada "menteri" dan "timbalan menteri" yang didakwanya "malas turun ke bawah" untuk melihat keadaan sebenar sekolah di Sabah.

Kementerian Pelajaran yang bertanggungjawab terhadap sekolah ketika ini diterajui Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Puad pula kini berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang terletak di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Isu bayaran kepada Facebook untuk meningkatkan kekerapan dan penyebaran posting berkenaan timbul kerana pengguna yang membaca kenyataan Puad itu boleh melihat perkataan sponsored dipaparkan di bawah nama beliau.

Sebelum ini Muhyiddin menjadi perhatian dengan ucapannya yang tegas mengenai skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipecat.

Pendirian Muhyiddin itu diketahui melalui rakaman video bocor di Internet.

Apa yang kecoh isu PM vs TPM?

Posted: 22 May 2015 08:00 PM PDT

Beberapa hari lepas timbul kekecohan besar di kalangan para pengulas politik negara.

Saya tidak sedar akan kekecohan ini sehingga saya menerima pautan internet yang dikongsi oleh sahabat saya di Whatsapp, yang menunjukkan klip video tujuh minit YAB timbalan perdana menteri, sewaktu beliau memberi ucapan sempena sesi latihan pemimpin bahagian Umno baru-baru ini.

Klip video yang di hantar di ruangan Whatsapp itu juga disertakan bersama satu komen yang mendakwa TPM bertelagah pendapat dengan YAB perdana menteri mengenai isu 1MDB. Dari situ barulah saya sedar akan segala kekecohan yang timbul!

Saya rasa saya menonton klip video itu lebih dari lima kali, bagi menentukan sekiranya ada sebarang kebenaran terhadap dakwaan tersebut. Namun, saya tidak melihat banyak perbezaan pandangan PM dan TPM mengenai isu 1MBD.

Berikut adalah pemerhatian saya selepas membandingkan apa yang diucapkan oleh TPM dalam klip video dan apa yang telah PM nyatakan secara terbuka sebelum ini.

Sorakan untuk Muhyiddin isyarat singkir Najib?

Posted: 22 May 2015 07:30 PM PDT

 Rakaman video ucapan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di satu majlis tertutup Umno heboh diperkatakan, terutamanya kerana beliau mahu  pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipecat dan disiasat.

Bagaimanapun, terdapat isu yang kedua mengenai dakwaan bahawa sebilangan besar daripada 400 ahli Umno yang hadir di majlis di Janda Baik itu bersorak apabila ada satu laungan bergema mahu presiden parti Datuk Seri Najib Abdul Razak disingkirkan.

Malaysiakini bertanya kepada tiga pemimpin bahagian Umno yang menghadiri majlis berkenaan tetapi hanya seorang mengesahkan ia berlaku, manakala dua yang lain menyatakan rasa tidak pasti.

Menurut pemimpin bahagian Umno yang enggan didedahkan identitinya itu, hadirin teruja apabila Muhyiddin meminta Lembaga Pengarah 1MDB dipecat serta disiasat.

Pada ketika itulah kedengaran laungan itu supaya Najib disingkirkan.

"Daripada 400 ahli yang hadir, separuh daripada mereka bertepuk tangan dan bersorak," katanya.

Muhyiddin pula, kata sumber itu berkenaan, kelihatan tenang.

Sesetengah pihak membuat spekulasi mungkin gesaan itu ada kaitan dengan Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dan bukannya kepada Najib.

Bagaimanapun pemerhati berpendapat sebaliknya
.
Menurut sumber, Muhyiddin bercakap secara terus terang mengenai kemelut 1MDB kerana tahu ahli Umno mahukan jawapan.

"Kami tahu isu 1MDB daripada dakwaan pembangkang dan tidak pasti sama ada mereka berbohong mengenainya.

"Kami mahu pemimpin sendiri bercakap benar dan memberikan jawapan.

"Ahli Umno tak mahu mengikut membuta tuli," katanya.

Tak perlu puji, tapi jangan cemuh Rosmah

Posted: 22 May 2015 07:00 PM PDT

Rakyat Malaysia mempunyai tradisi dan budaya tersendiri. Sejak kecil lagi kita telah diasuh untuk menjadi sopan dan menghormati orang tua.

Saya sungguh terkejut apabila terbaca coretan bekas Menteri Undang-undang, Zaid Ibrahim yang telah lupa nilai-nilai moral. Komen beliau mengenai bagaimana isteri bakal Perdana Menteri sepatutnya berkelakuan hanya menggambarkan betapa ceteknya pemikiran beliau.

Igauan beliau secara tidak langsung mencerminkan bahawa beliau merupakan seorang cauvinis dan mencari publisiti murahan dengan mengkritik seorang wanita yang prihatin dan bersifat keibuan terhadap rakyat Malaysia.

Sebagai seorang ahli politik kangaroo, Zaid cuba mengisi masa lapangnya dengan mereka cerita khayalan dan mitos.

Saya pasti seorang yang waras tidak akan mengeluarkan kenyataan bertajuk 'The people's PM' yang disiarkan pada 18 Mei 2015 di laman blog Zaid

Zaid mudah lupa

Beliau mungkin terlupa atau terlepas baca kisah salah seorang pelajar kita yang ditahan di Mesir selepas disyaki menjadi perisik. Datin Seri Rosmah Mansor, tanpa mengenali pelajar tersebut telah segera membuat panggilan kepada isteri presiden Mesir ketika itu, Suzanne Mubarak.

Dalam masa dua jam pelajar itu dibebaskan dan boleh pulang meneruskan pengajian.

Sudah tentu, Zaid sebagai seorang peguam dan bekas Menteri Undang-undang akan melompat kangaroo dengan mengatakan bahawa perkara ini harus dilaksanakan oleh Kementerian Luar Negeri dan pegawai-pegawai yang berkenaan.

Datin Seri mengambil inisiatif ini atas naluri keibuan beliau. Lebih-lebih lagi, perkara ini diselesaikan tanpa publisiti.

Rizal juga menambah bahawa semasa Ops Piramid, pelajar-pelajar kita terkandas di Mesir semasa pemberontakan Arab. Datin Seri Rosmah telah menggunakan hubungan baik beliau dengan keluarga diraja untuk menghantar pelajar ke tempat selamat dalam masa yang singkat.

Ini adalah senario luar biasa, dan Datin Seri telah melaksanakannya kerana hubungan rapat beliau dengan keluarga diraja Arab.

Kerajaan Arab Saudi telah menyediakan dua jet Jumbo untuk menghantar pelajar-pelajar kita ke Jeddah. Mereka dibenarkan masuk tanpa visa. Cuba bayangkan nasib pelajar Malaysia kalau terbengkalai di Mesir.

Rosmah bijak dan berani

Kita tidak perlu memuji Datin Seri Rosmah, tapi sekurang-kurangnya janganlah dicemuh tanpa berhati perut.

Datin Seri Rosmah telah memulakan program PERMATA, di mana ini merupakan satu program yang direka untuk kanak-kanak di bawah umur 4 untuk menawarkan mereka penjagaan dan bimbingan awal.

Sistem ini adalah untuk merangsangkan keupayaan pemikiran anak-anak dan memupuk eksperimentasi, eksplorasi dan pengalaman pada usia yang sangat awal. Idea ini lahir dari inisiatif Datin Seri Rosmah.

Sebagai seorang ibu, dia memahami akan keperluan pendidikan awal dan proses ini bakal melahirkan warga Malaysia yang lebih relevan dan berdaya saing pada masa akan datang.

Bagaimana Zaid telah melupakan perkara-perkara ini? Beliau lupa atau hanya bertungkus lumus mencari perkara negatif untuk diketengahkan.

Dalam proses melangsaikan dendam peribadi beliau terhadap Datin Seri Rosmah, Zaid tidak seharusnya lupa bahawa dia sedang mencemuh seorang wanita yang prihatin dan penyayang.

Kesejahteraan rakyat Malaysia adalah keutamaan Datin Seri Rosmah.

Datin Seri Rosmah adalah seorang yang bijak dan berani. Beliau juga sungguh vokal dan bijak dalam menjalinkan hubungan rapat dengan individu - individu kenamaan antarabangsa; demi memasyurkan nama negara di pentas dunia, salah ke perbuatan ini, Saudara Zaid?

Keluar dari bawah tempurung

Sudah tibalah masanya untuk Zaid keluar dari bawah tempurung dan menerima hakikat bahawa isteri PM anda adalah seorang wanita Islam yang berani dan bijak.

Adakah anda cuba mengetengahkan bahawa wanita hanya perlu menjadi pasif dan duduk di dapur? Wahai Zaid, ini adalah tahun 2015 dan wanita mempunyai kaliber dan keupayaan sama setanding dengan lelaki.

Rakyat Malaysia patut berbangga dengan isteri PM yang merupakan seorang wanita yang berani dan bijak, dan turut membantu suami dalam melaksanakan tugas-tugasnya, secara tidak langsung.

Zaid perlu berhenti mengkritik seorang wanita yang sedang melakukan yang terbaik demi rakyat Malaysia. Beliau perlu lebih fokus kepada perkara positif dan berusaha berbuat sesuatu demi masyarakat Malaysia, bukan hanya duduk mereka cerita-cerita mitos.

RIZAL MANSOR seorang pegawai kepada isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor.
 
Kedutaan Mesir tidak layan Perkasa Khairil Ashraf

Posted: 22 May 2015 06:30 PM PDT

Bengang kerana percubaan menyerahkan memorandum kepada kakitangan kedutaan Mesir tidak dilayan, wakil Perkasa campak dokumen itu ke perkarangan Kedutaan Mesir.

perkasa,kedutaan mesir

PETALING JAYA :Seorang anggota Perkasa bertindak membaling memorandum ke perkarangan Kedutaan Arab Mesir selepas hasrat menemui kakitangan bertugas tidak dilayan.

Memorandum berkenaan bagi membantah hukuman mati yang dijatuhkan ke atas bekas presiden negara itu, Mohamed Morsi dan tokoh ulama tersohor Sheikh Yusof al-Qaradawi.

Sebelum itu, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali memasukkan tuntutan berkenaan ke dalam peti surat.

Bagaimanapun seorang ahlinya kemudian bertindak mengambilnya dan bertindak spontan mencampak dokumen berkenaan.

Mengulas mengenai kegagalan penyerahan memorandum itu, Ibrahim mendesak kerajaan menyuarakan pendirian termasuk memutuskan hubungan diplomati dengan Kaherah.

"Kita perlu nyatakan pendirian, malah untuk mengumumkan putuskan hubungan diplomatik dengan Mesir, hukuman ini tidak munasabah

"Mana suara Amerika, yang katanya penyokong demokrasi, tapi di Malaysia mereka cuba campur tangan dalam urusan dalaman," tegasnya.

Ibrahim yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Pasir Mas menambah, suara daripada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) juga tidak kedengaran berhubung isu itu.

"Kita minta kerajaan Malaysia jangan berdiam diri, kita ada OIC tapi kebanyakan ahli negara Arab adalah tali barut AS (Amerika Syarikat).

"Malaysia harus berani ke hadapan seperti zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri," katanya.

Dalam pada itu, semasa mahu menyerahkan memorandum itu, Perkasa turut bertembung dengan PAS di hadapan Kedutaan Mesir

Parti itu turut berada di kawasan berkenaan bagi mengadakan bantahan.

Ketika diminta mengulas mengenainya, Ibrahim berkata mereka tidak mendekati kumpulan terbabit memandangkan PERKASA bukan pertubuhan parti politik.

"Mungkin kita tak pergi kesana walau tujuan yang sama sebab kita tak tahu mungkin mereka tak jemput mereka dalam kumpulan mereka kerana kita bukan pertubuhan politik dan mereka pun tidak jemput kita.

"Walaupun tujuannya sama, kita tak tahu mungkin mereka tidak sambut kita, mereka pun tak jemput kita. Kita nak sertai mereka, tapi takut mereka kata 'hidung tak mancung pipi tersorong-sorong'," katanya.

Anggota UKK parah kena simbah asid FMT Reporters

Posted: 22 May 2015 06:00 PM PDT

anggota ukk

Kejadian berlaku ketika mangsa cuba menangkap tiga penjenayah yang cuba memecah masuk kedai kosong di Jalan Sungai Korok, dekat Alor Setar

ALOR SETAR: Seorang anggota Pertubuhan Unit Kawalan Keselamatan (UKK) Kota Setar cedera parah di mata dan muka akibat disimbah asid.

Ketika itu mangsa dikatakan cuba menangkap tiga penjenayah yang cuba memecah masuk kedai kosong di Jalan Sungai Korok.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang Jumaat, anggota yang berusia dalam lingkungan 50-an terserempak oleh suspek yang tiba-tiba keluar dari pintu belakang premis dan cuba melarikan diri.

Memetik laporan Harian Metro Online, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) bagi rawatan lanjut.

Sejurus selepas insiden itu, ketiga-tiga suspek termasuk wanita berusia antara 30-an hingga 50-an ditahan oleh kira-kira 40 anggota UKK yang turut berada di lokasi kejadian bagi mengepung kawasan berkenaan sebelum kehadiran polis.

Menurut pemilik premis yang enggan dikenali, dia diberitahu rakannya bahawa kedai tiga tingkat miliknya dipercayai dipecah masuk kira-kira sejam sebelum kejadian.

Bekas Banduan Ditetak Sampai Mati Area Puchong

Posted: 22 May 2015 05:15 PM PDT

Lokasi : kompleks puchong perdana,berhampiran 7e
Jam : 9 malam 22.05.2015
-----------------------------------------
Seorang bekas banduan ditemui mati akibat ditetak oleh sekumpulan lelaki di hadapan kedai ubat di Puchong Perdana, Selangor malam tadi.

Kejadian berlaku jam 8.30 malam ketika mangsa baru sahaja keluar dari kedai terbabit.

Mangsa yang didatangi kira-kira 8 lelaki menaiki 2 buah motosikal dan sebuah kereta, kemudian diserang dan ditetak.

Mangsa berusia 30 tahun itu dikatakan baru sahaja dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara 5 bulan lalu.

Motif kejadian masih dalam siasatan.

Hadi Makin Lantang Ingin Tamatkan Hubungan Dengan DAP

Posted: 22 May 2015 04:45 PM PDT

ABDUL HADI: DAP tidak boleh mendabik dada kerana mereka bukan parti mutlak yang mewakili masyarakat bukan Islam di negara ini.

MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan partinya bersedia untuk menamatkan kerjasama dengan DAP.

Abdul Hadi berkata kesediaan menamatkan kerjasama itu dibuat ekoran kenyataan serta tindak tanduk pemimpin DAP yang mahu membentuk Kabinet bayangan tanpa penglibatan PAS dan PKR.

Katanya, tindakan DAP itu umpama omongan kosong dan tidak realistik kerana Kabinet bayangan perlu mengambil kira pelbagai perkara dalam perlembagaan negara dan bukan sekadar kepentingan kelompok tertentu.

"Dia (DAP) nak putus, putus lah, saya kena berpijak di bumi Malaysia, bumi Malaysia ini bumi masyarakat majmuk.

"Kita sudah ada dewan-dewan himpunan, NGO-NGO bukan Islam pun banyak," katanya ketika ditemui pemberita di Marang selepas solat Jumaat tengah hari tadi.

Katanya, DAP tidak boleh mendabik dada kerana mereka bukan parti mutlak yang mewakili masyarakat bukan Islam di negara ini.

Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang bercita-cita untuk memerintah negara secara bersendirian dengan membentuk Kabinet bayangannya sendiri tanpa penglibatan PAS dan PKR.

Guan Eng berkata demikian berikutan parti itu tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan presiden PAS.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga mendakwa, pembentukan Kabinet bayangan pakatan pembangkang yang dicadang oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan gagal berikutan keengganan Abdul Hadi bekerjasama.

Guan Eng menyifatkan Abdul Hadi sukar dikawal kerana mempunyai 'kuasa veto' untuk menolak sebarang keputusan yang dipersetujui bersama Pakatan Rakyat.

- astroawani

Najib pilih ahli keluarga jadi Ketua Propaganda? - FMT Reporters

Posted: 22 May 2015 09:00 AM PDT

kadir,najib,group

Perang psikologi di media arus perdana dan alam siber dijangka akan lebih menarik dengan pembentukan pasukan baru.

kadir,najib,group

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan akan melantik ahli keluarganya mengetuai pasukan propaganda bagi menggantikan tempat Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.

Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin berkata, individu dan pasukannya akan dibantu sekumpulan pemimpin kontroversi UMNO untuk membuat serangan balas terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan terbaru, ke atas Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tanpa menyatakan sumber, beliau berkata, maklumat itu diperolehi hasil perjumpaan-perjumpaan, daripada pejabat menteri kabinet, ibu pejabat UMNO, bilik eksekutif dan Pejabat Media Perdana Menteri sendiri.

Menurut Kadir, pasukan baru akan disertai Rizal Mansor (Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor), Datuk Seri Farid Redzuan ( bekas CEO TV3), Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi dan Tan Sri Lim Kok Wing sebagai Penyelaras Program Khas Perdana Menteri.

"Kita akan menjangkakan aktiviti perang psikologi yang menarik di media arus perdana dan alam siber," tulisnya dalam entri terbaru diblognya.

Katanya, individu berkenaan tidak akan lagi membenarkan Najib menghadiri perhimpunan seperti di Tawau, 'menumpahkan air mata darah' berhubung isu 1MDB dan menyalahkan pihak lain dalam skandal itu serta tidak lagi muncul di TV3 seperti sebelum ini.

Dalam masa yang sama, Kadir berkata dia mendengar ahli Jawatan Kuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) cuba mensabotaj laporan 1MDB.

Kadir turut membangkitkan beberapa persoalan tentang skandal 1MDB yang perlu difikirkan oleh semua.

Katanya, adakah laporan terakhir 1MDB telah disiapkan kerana banyak kecelaruan yang timbul sejak kebelakangan ini.

Menurut Kadir, pengakuan Najib bahawa tiada wang tunai dalam 1MDB di Singapura sebaliknya hanya kertas aset adalah berbeza dengan kenyataan awalnya pada Mac lalu.

"Adakah Najib cuba menggelirukan rakyat atau beliau berbohong dalam Parlimen?, katanya yang merujuk kepada kenyataan Najib sebelum ini bahawa 1MDB menunggu masa yang sesuai untuk membawa pulang wang tunai yang disimpan di Singapura.

"Kertas aset apa yang Perdana Menteri cakapkan," katanya.

Kadir juga membangkitkan tuduhan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, yang mendakwa ahli perniagaan, Jho Low, terlibat secara langsung dalam 1MDB.

"Adakah dia mempunyai bukti sahih yang boleh diberikan kepada PAC?

"Adakah benar Ahli Lembaga Pengarah 1MDB telah diminta meletak jawatan oleh Kementerian Kewangan?, soalnya lagi.

Isu 1MDB lebih serius apabila ada dakwaan bahawa seorang bekas pegawai atasan akan didakwa kerana salah urus.

Menyentuh laporan Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan mengambi alih Loji Janakuasa Arang Batu 2000MW atau Projek 3B daripada 1MDB, Kadir berkata, Khazanah Nasional selaku pemegang kepentingan terbesar menentang pembelian itu yang merupakan langkah menyelamat 1MDB.

http://www.freemalaysiatoday.com.

Unggun api jadi pendinding Mohamad Fadli

Posted: 22 May 2015 08:30 AM PDT

Menggunakan pemetik api, mereka berdua menyalakan unggun api menyebabkan dua ekor harimau itu tidak mendekati mereka.

nak cari kayu

PETALING JAYA: Dua orang pencari kayu yang sesat di dalam Hutan Binjai, di Dungun, Terengganu, menceritakan detik-detik cemas apabila hampir dibaham harimau.

Mohd Faiza Abdul Wahab, 29, dan sepupunya Mohd Nor Farzhan Mustafa Harun, 28, sesat selama lima hari di dalam hutan itu dan hanya dijumpai oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat (SA) pada Khamis lalu.

Menceritakan pengalamannya sepanjang sesat di dalam hutan, Faiza berkata, kejadian paling ditakuti apabila mereka berdua dihampiri dua ekor harimau sebesar motosikal yang mengaum dan sentiasa memerhatikan mereka.

nak cari kayu

Katanya, dia dan sepupunya tidak berdaya melarikan diri kerana sangat letih dan pasrah sekiranya apa saja yang akan berlaku.

Katanya, sepanjang lima hari sesat di dalam hutan, mereka hanya makan umbut pokok palas dan minum air akar kayu sahaja.

Faiza berkata, pemetik api yang dibawanya menjadi penyelamat kepada mereka berdua daripada dibaham binatang buas itu.

Menggunakan pemetik api itu, mereka berdua menyalakan unggun api menyebabkan dua ekor harimau itu tidak mendekati mereka.

Selepas penat berjaga kerana bimbangkan keselamatan, Faiza berkata, dia dan Nor Farzhan akhirnya tertidur akibat keletihan dan hanya menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan.

Kedua-duanya bersyukur sebaik terjaga, dua ekor harimau telah tiada.

Kedua-duanya diselamatkan oleh pasukan mencari dan menyelamat yang disertai pelbagai agensi keselamatan, lapor Sinar Harian.

- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com.

PANTANG MAUT SEBELUM AJAL !!

Penganggur miliki 27 saman rayu hukuman - FMT Reporters

Posted: 22 May 2015 07:45 AM PDT

penganggur,saman

Antara pertuduhan yang dihadapi Azizan ialah memandu dengan tidak memiliki lesen, cukai jalan tamat tempoh, lampu motosikal di belakang gagal berfungsi serta nombor plat kenderaan yang tidak mengikut peraturan.

penganggur,saman

BALIK PULAU: Seorang lelaki merayu dikenakan denda minima selepas mahkamah mengenakan denda RM6,000 atas 27 pertuduhan membabitkan pelbagai kesalahan trafik termasuk tiada lesen memandu.

Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akil memerintahkan Azizan Abdul Aziz, 35, yang merupakan orang kena saman (OKS) dikenakan hukuman penjara 200 hari sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan, lapor Bernama.

"Begitu banyak saman yang dikeluarkan dalam tempoh 10 tahun, awak kata nak renew (perbaharui) lesen tapi tak lepas, ya memang tak lepas sebab awak tak bayar saman, bila tak bayar saman semua tak boleh nak renew. 

Sekarang ini siap ada promosi lagi kalau bayaran segera saman boleh dapat diskaun, itu pun awak tak jelaskan," katanya.

Antara pertuduhan yang dihadapi Azizan ialah memandu dengan tidak memiliki lesen, cukai jalan tamat tempoh, lampu motosikal di belakang gagal berfungsi serta nombor plat kenderaan yang tidak mengikut peraturan.

Lelaki berstatus penganggur itu didakwa melakukan kesalahan itu di beberapa kawasan di Daerah Barat Daya sekitar tempoh 14 April 2002 hingga 20 Feb 2014 mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Azizan merupakan individu yang ditahan dalam Ops Warta semalam dan menerusi pemeriksaan itu didapati dia mempunyai waran tangkap kerana tidak menjelaskan saman sejak tahun 2002 hingga 2014.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Mahadi.

- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com.

Zaid jaja nama Rosmah untuk publisiti murahan FMT Reporters

Posted: 22 May 2015 07:00 AM PDT

zaid-rosmah

Selaku individu yang bertugas menjaga hal ehwal isteri Perdana Menteri, Rizal menggambarkan Rosmah sebagai wanita yang bijak dan berani, lantang dan bijak.

zaid-rosmah

PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Kota Bharu yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dikatakan cuba mencari publisiti murahan dengan menulis artikel mengenai Datin Seri Rosmah Mansor.

Dakwaan itu dibuat Pegawai Khasnya, Rizal Mansor ekoran penyiaran artikel "The People's PM" yang ditulis Zaid di laman blognya.

Artikel yang disiarkan pada 18 Mei 2015, antara lain mempersoal kreadibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kemewahan yang didakwa ditayang Rosmah yang dipanggilnya "First Lady".

"Saya terkejut membaca coretan bekas Menteri Undang-Undang, Zaid Ibrahim yang telah lupa nilai-nilai moral.

"Komen beliau mengenai bagaimana isteri bakal Perdana Menteri sepatutnya berkelakuan hanya menggambarkan betapa ceteknya pemikiran beliau," kata Rizal dalam kenyataan akhbarnya.

Selaku individu yang bertugas menjaga hal ehwal isteri Perdana Menteri, dia menggambarkan Rosmah sebagai wanita yang bijak dan berani, lantang dan bijak dalam menjalinkan hubungan rapat dengan kerabat diraja dan tokoh kenamaan dunia.

Dalam kenyataannya dia turut membangkitkan sumbangan Rosmah dalam membina kecemerlangan kanak-kanak menerusi program Permata.

"Beliau juga memulakan program Permata, di mana ini merupakan satu program yang direka untuk kanak-kanak di bawah umur empat untuk menawarkan mereka penjagaan dan bimbingan awal," katanya.

Rizal juga mengingatkan Zaid bahawa Rosmah adalah wanita yang sentiasa memikirkan kebajikan rakyat.

- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa.

Rahman Dahlan sokong Muhyiddin pecat Lembaga Pengarah 1MDB FMT Reporters

Posted: 22 May 2015 06:17 AM PDT

rosli,muhyiddin

Rahman Dahlan yakin penyingkiran serta-merta Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB dapat meredakan kebimbangan orang ramai mengenai skandal itu.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan mempertahan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya semua Ahli Lembaga Pengarah 1MDB dipecat bagi memulihkan keyakinan rakyat kepada kerajaan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yakin penyingkiran serta-merta Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB dapat meredakan kebimbangan orang ramai mengenai skandal itu.

"Namun, saya tidak pasti bahawa jika keputusan itu akan membantu mempercepatkan usaha untuk perolehi kebenaran yang sebenar," katanya.

Abdul Rahman bagaimanapun berkata, tindakan memecat pemecatan itu haruslah menjadi pilihan kedua kerana Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB telah menyatakan persetujuan untuk memberi keterangan kepada Ketua Audit Negara.

Bahkan, mereka juga sedia untuk membantu Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menjalankan siasatan.

"Ketua Pegawai Eksekutif, Arul Kanda Kandasamy hanya dilantik beberapa bulan yang lalu. Beliau tidak terlibat dalam kontroversi syarikat 1MDB yang sering diperkatakan, dan ia terjadi sebelum beliau menyertai organisasi 1MDB.

"Saya tidak tahu bagaimana pemecatannya boleh menyumbang dalam usaha untuk mencari kebenaran," katanya.

- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com.

Rahman Dahlan sokong Muhyiddin pecat Lembaga Pengarah 1MDB

 | May 22, 2015

- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/05/22/rahman-dahlan-sokong-muhyiddin-pecat-lembaga-pengarah-1mdb/#sthash.OGhu3lEy.dpuf

Siapa perlu berundur, Muhyiddin atau Najib? FMT Reporters

Posted: 22 May 2015 04:30 AM PDT

Susulan pendedahan video yang menyiarkan luahan hati Muhyiddin, MKT UMNO diminta mengadakan mesyuarat tergempar bagi menentukan nasib Timbalan Presiden itu.

PETALING JAYA: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO perlu mengadakan mesyuarat tergempar susulan pendedahan klip video luahan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap kepimpinan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pandangan itu diberikan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang mempersoalkan ikrar yang dibuat kepimpinan tertinggi parti itu kepada Najib sebelum ini.

Katanya, mesyuarat tergempar ini juga perlu diadakan bagi membincangkan sama ada Muhyiddin wajar dipecat seperti yang dilakukan oleh MKT ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad pada 26 September 1969 setelah Presiden UMNO pada masa itu, Tunku Abdul Rahman Putra mendedahkan ada pihak pelampau yang hendak merampas kuasa dalam parti.

"Sekiranya Muhyiddin tidak dipecat, maka jalan penyelesaian mestilah dicari bagi memastikan kesepaduan UMNO jika salah seorang; iaitu Muhyiddin atau Najib terpaksa berundur", tulis Zainuddin di blognya, zamkata.blogspot.com.

Jelasnya, kenyataan Muhyiddin ini walaupun secara tertutup tetapi video mengenainya yang terdedah serentak dengan pengumuman Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat menjadi viral yang lebih menarik perhatian rakyat daripada pembentangan rancangan pembangunan lima tahun itu.

Berdasarkan kenyataan Muhyiddin, ia membuktikan tidak ada perpaduan dalam parti menghadapi ancaman Tun Dr Mahathir, 1MDB, krisis politik dan ekonomi.

Menurut Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Zam, pendirian tegas Timbalan Presiden UMNO mengenai 1MDB tidak boleh diperkecilkan kerana beliau juga mempunyai pengaruh yang kuat dalam parti. 

Ia telah menimbulkan kegemparan dan menggoncang keyakinan dalam UMNO dan juga di kalangan rakyat.

"Muhyiddin tidak lagi dapat berselindung di sebalik sehelai lalang atas sokongannya terhadap Tun Dr. Mahathir yang mahukan kekotoran 1MDB dibersihkan sebelum wabaknya menghancurkan UMNO dan kerajaan.

"Kenyataan Muhyiddin, bahawa Najib tidak mahu dengar cakapnya mengesahkan cakap-cakap Tun Dr. Mahathir dan juga beberapa pihak, bahawa Najib tidak mahu dengar cakap orang.

"Keraguan rakyat terhadap kesepaduan pucuk pimpinan dan kestabilan parti berkuasa tidak boleh dibiarkan terus berlaku sehingga Pilihan Raya Umum akan datang, kerana wabaknya sedang merebak melibatkan kestabilan ekonomi negara dan juga masa depan UMNO," komennya sebelum mengakhiri entri berkenaan.

See more at: http://www.freemalaysiatoday.com

Siapa perlu berundur, Muhyiddin atau Najib?

 | May 22, 2015
Susulan pendedahan video yang menyiarkan luahan hati Muhyiddin, MKT UMNO diminta mengadakan mesyuarat tergempar bagi menentukan nasib Timbalan Presiden itu.
zam,muhyiddin,najibPETALING JAYA: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO perlu mengadakan mesyuarat tergempar susulan pendedahan klip video luahan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap kepimpinan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pandangan itu diberikan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang mempersoalkan ikrar yang dibuat kepimpinan tertinggi parti itu kepada Najib sebelum ini.
Katanya, mesyuarat tergempar ini juga perlu diadakan bagi membincangkan sama ada Muhyiddin wajar dipecat seperti yang dilakukan oleh MKT ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad pada 26 September 1969 setelah Presiden UMNO pada masa itu, Tunku Abdul Rahman Putra mendedahkan ada pihak pelampau yang hendak merampas kuasa dalam parti.
"Sekiranya Muhyiddin tidak dipecat, maka jalan penyelesaian mestilah dicari bagi memastikan kesepaduan UMNO jika salah seorang; iaitu Muhyiddin atau Najib terpaksa berundur", tulis Zainuddin di blognya, zamkata.blogspot.com.
Jelasnya, kenyataan Muhyiddin ini walaupun secara tertutup tetapi video mengenainya yang terdedah serentak dengan pengumuman Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat menjadi viral yang lebih menarik perhatian rakyat daripada pembentangan rancangan pembangunan lima tahun itu.
Berdasarkan kenyataan Muhyiddin, ia membuktikan tidak ada perpaduan dalam parti menghadapi ancaman Tun Dr Mahathir, 1MDB, krisis politik dan ekonomi.
Menurut Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Zam, pendirian tegas Timbalan Presiden UMNO mengenai 1MDB tidak boleh diperkecilkan kerana beliau juga mempunyai pengaruh yang kuat dalam parti. Ia telah menimbulkan kegemparan dan menggoncang keyakinan dalam UMNO dan juga di kalangan rakyat.
"Muhyiddin tidak lagi dapat berselindung di sebalik sehelai lalang atas sokongannya terhadap Tun Dr. Mahathir yang mahukan kekotoran 1MDB dibersihkan sebelum wabaknya menghancurkan UMNO dan kerajaan.
"Kenyataan Muhyiddin, bahawa Najib tidak mahu dengar cakapnya mengesahkan cakap-cakap Tun Dr. Mahathir dan juga beberapa pihak, bahawa Najib tidak mahu dengar cakap orang.
"Keraguan rakyat terhadap kesepaduan pucuk pimpinan dan kestabilan parti berkuasa tidak boleh dibiarkan terus berlaku sehingga Pilihan Raya Umum akan datang, kerana wabaknya sedang merebak melibatkan kestabilan ekonomi negara dan juga masa depan UMNO," komennya sebelum mengakhiri entri berkenaan.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/05/22/siapa-perlu-berundur-muhyiddin-atau-najib/#sthash.IOp5G9K9.dpuf

Model sedan taruhan terbaru Perodua

Posted: 22 May 2015 03:45 AM PDT

Model sedan yang diberi kod nama D63D mensasarkan untuk mendapat penarafan lima bintang daripada NCAP.
PETALING JAYA: Perodua sedang membuat penilaian mengenai enjin, platform dan transmisi terhadap model sedan keluarannya.

Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid telah mendedahkan butiran lanjut produk terbaru keluarannya yang diberikan kod nama sebagai D63D.

Ia menjadi model sulung Perodua dalam kategori itu.

Menurut laporan yang dipetik daripada portal automotive, paultan.org, keluaran terbaru Perodua itu akan menggunakan platform sama ada daripada Toyota atau Daihatsu.

"Setakat ini tiada model sedan Daihatsu di pasaran, jadi Perodua akan meneraju projek berkenaan. Bahagian badan atas telah direka sepenuhnya oleh Perodua", petik portal berkenaan.

Menurut Aminar, model berkenaan mensasarkan untuk mendapat penarafan lima bintang daripada NCAP.

Bagi peminat kereta keluaran Perodua, mereka terpaksa bersabar kerana model berkenaan tidak akan dipasarkan tahun ini.

Paling awalpun, ia dijangka memasuki pasaran pada tahun hadapan.

See more at: http://www.freemalaysiatoday.com

Mahathir bantu PKR menang di Permatang Pauh..?? Adam Abu Bakar

Posted: 22 May 2015 03:00 AM PDT

SHAH ALAM: Serangan dan kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membawa kemenangan kepada PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Kenyataan itu dibuat berdasarkan kaji selidik yang dilakukan Institut Darul Ehsan (IDE) yang mendapati 55 peratus undi telah memihak kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail pada sebelum hari pencalonan.

Menurut Timbalan Pengerusi IDE, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, peratusan itu terus meningkat selepas itu sehinggalah hari pengundian.

"55 peratus pengundi di Permatang Pauh sebelum penamaan calon bersetuju bahawa desakan Dr Mahathir supaya Najib berundur telah mendorong mereka menyokong calon Pakatan Rakyat (PR).

"Peratus tersebut terus meningkat kepada 63 peratus selepas proses penamaan calon dilakukan pada 25 Mei lalu," katanya dalam Program Siri Dialog Darul Ehsan 1/2015 yang bertajuk PRK Permatang Pauh dan Masa Depan Politik Negara di Universiti Selangor (UNISEL) pada Jumaat.

Mohammad Redzuan berkata, faktor lain menyumbang kemenangan Wan Azizah ialah isu pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta ketidakadilan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya.

Katanya, kaji selidik sebelum penamaan calon mendapati 61 peratus pengundi menyatakan pelaksanaan GST telah mendorong mereka untuk menyokong PR.

"Selepas penamaan calon, statistik itu terus meningkat kepada 73 peratus," katanya.

Beliau berkata, kaji selidik itu dilakukan terhadap 1,000 responden yang juga pengundi di Permatang Pauh.

Katanya, sebanyak 57 peratus pengundi telah menyatakan akan mengundi Wan Azizah kerana simpati terhadap Anwar.

Mohammad Redzuan berkata, imej keibuan Wan Azizah turut menyakinkan pengundi untuk memilih beliau sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh yang baharu.

"Bagi pengundi di Permatang Pauh, isu hudud bukan menjadi isu utama," katanya.

- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com.

Faktor lain menyumbang kemenangan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ialah pelaksanaan Cukai
Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan ketidak adilan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

SPR-Permatang-Pauh

- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com.Faktor lain menyumbang kemenangan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ialah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan ketidak adilan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

SPR-Permatang-Pauh

SHAH ALAM: Serangan dan kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membawa kemenangan kepada PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Kenyataan itu dibuat berdasarkan kaji selidik yang dilakukan Institut Darul Ehsan (IDE) yang mendapati 55 peratus undi telah memihak kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail pada sebelum hari pencalonan.

Menurut Timbalan Pengerusi IDE, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, peratusan itu terus meningkat selepas itu sehinggalah hari pengundian.

"55 peratus pengundi di Permatang Pauh sebelum penamaan calon bersetuju bahawa desakan Dr Mahathir supaya Najib berundur telah mendorong mereka menyokong calon Pakatan Rakyat (PR).

"Peratus tersebut terus meningkat kepada 63 peratus selepas proses penamaan calon dilakukan pada 25 Mei lalu," katanya dalam Program Siri Dialog Darul Ehsan 1/2015 yang bertajuk PRK Permatang Pauh dan Masa Depan Politik Negara di Universiti Selangor (UNISEL) pada Jumaat.

Mohammad Redzuan berkata, faktor lain menyumbang kemenangan Wan Azizah ialah isu pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta ketidakadilan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya.

Katanya, kaji selidik sebelum penamaan calon mendapati 61 peratus pengundi menyatakan pelaksanaan GST telah mendorong mereka untuk menyokong PR.

"Selepas penamaan calon, statistik itu terus meningkat kepada 73 peratus," katanya.

Beliau berkata, kaji selidik itu dilakukan terhadap 1,000 responden yang juga pengundi di Permatang Pauh.

Katanya, sebanyak 57 peratus pengundi telah menyatakan akan mengundi Wan Azizah kerana simpati terhadap Anwar.

Mohammad Redzuan berkata, imej keibuan Wan Azizah turut menyakinkan pengundi untuk memilih beliau sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh yang baharu.

"Bagi pengundi di Permatang Pauh, isu hudud bukan menjadi isu utama," katanya.

- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com.

Mahathir bantu PKR menang di Permatang Pauh

 | May 22, 2015
Faktor lain menyumbang kemenangan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ialah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan ketidak adilan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
SPR-Permatang-Pauh
SHAH ALAM: Serangan dan kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membawa kemenangan kepada PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.
Kenyataan itu dibuat berdasarkan kaji selidik yang dilakukan Institut Darul Ehsan (IDE) yang mendapati 55 peratus undi telah memihak kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail pada sebelum hari pencalonan.
Menurut Timbalan Pengerusi IDE, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, peratusan itu terus meningkat selepas itu sehinggalah hari pengundian.
"55 peratus pengundi di Permatang Pauh sebelum penamaan calon bersetuju bahawa desakan Dr Mahathir supaya Najib berundur telah mendorong mereka menyokong calon Pakatan Rakyat (PR).
"Peratus tersebut terus meningkat kepada 63 peratus selepas proses penamaan calon dilakukan pada 25 Mei lalu," katanya dalam Program Siri Dialog Darul Ehsan 1/2015 yang bertajuk PRK Permatang Pauh dan Masa Depan Politik Negara di Universiti Selangor (UNISEL) pada Jumaat.
Mohammad Redzuan berkata, faktor lain menyumbang kemenangan Wan Azizah ialah isu pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta ketidakadilan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya.
Katanya, kaji selidik sebelum penamaan calon mendapati 61 peratus pengundi menyatakan pelaksanaan GST telah mendorong mereka untuk menyokong PR.
"Selepas penamaan calon, statistik itu terus meningkat kepada 73 peratus," katanya.
Beliau berkata, kaji selidik itu dilakukan terhadap 1,000 responden yang juga pengundi di Permatang Pauh.
Katanya, sebanyak 57 peratus pengundi telah menyatakan akan mengundi Wan Azizah kerana simpati terhadap Anwar.
Mohammad Redzuan berkata, imej keibuan Wan Azizah turut menyakinkan pengundi untuk memilih beliau sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh yang baharu.
"Bagi pengundi di Permatang Pauh, isu hudud bukan menjadi isu utama," katanya.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/05/22/mahathir-bantu-pkr-menang-di-permatang-pauh/#sthash.hCg28Sjm.dpuf

VIDEO - 'Najib takut pada Singapura' - Bicara Negara II

Posted: 22 May 2015 02:15 AM PDT

VIDEO - Ambiga beri Najib nasihat percuma: Bercakap benar!

Posted: 22 May 2015 01:30 AM PDT

Umno perlu mesyuarat tergempar, pecat Muhyiddin atau Najib undur, kata bekas menteri

Posted: 22 May 2015 12:45 AM PDT

Umno perlu segera memanggil mesyuarat tergempar Majlis Kerja Tertinggi (MKT) bagi membincangkan sama ada wajar memecat Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas video beliau mengkritik presiden Datuk Seri Najib Razak berhubung kemelut syarikat sarat hutang 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) di hadapan pemimpin parti itu tersebar, kata Tan Sri Zainuddin Maidin.

Bekas menteri penerangan itu berkata, sekiranya tiada keputusan diambil untuk memecat Muhyiddin, Umno perlu mencari jalan penyelesaian lain termasuk memaksa Najib sendiri berundur demi memastikan perpaduan parti.

"Mesyuarat tergempar ini juga perlu diadakan bagi membincangkan sama ada Tan Sri Muhyiddin wajar dipecat daripada MKT seperti yang dilakukan oleh Majlis Kerja Tertinggi Umno terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad pada 26 September 1969 selepas Tunku Abdul Rahman mendedahkan ada pihak pelampau hendak merampas kuasa dalam parti.

"Sekiranya Muhyiddin tidak dipecat maka jalan penyelesaian mestilah dicari bagi memastikan kesepaduan Umno jika salah seorang iaitu Muhyiddin atau Najib terpaksa berundur," katanya melalui tulisan di blognya zamkata.blogspot.com.

Zainuddin yang juga bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Malaysia berkata, MKT juga perlu mengesahkan ikrar taat setia kepada Najib ekoran kenyataan Muhyiddin itu yang sudah menimbulkan keraguan terhadap ikrar di kalangan pemimpin dan ahli Umno.

Katanya, pendirian Muhyiddin jelas menampakkan beliau memihak kepada Dr Mahathir yang enggan menunggu siasatan ketua audit negara sebaliknya mahukan ahli lembaga pengarah 1MDB segera letak jawatan dan disiasat polis.

Katanya, walaupun kenyataan dibuat secara tertutup, tetapi video yang terdedah serentak dengan pengumuman Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) oleh Najib di Dewan Rakyat semalam menjadi viral lebih menarik perhatian rakyat daripada pelan lima tahun pembangunan negara itu.

"Dengan itu Najib tidak lagi dapat mengekalkan keyakinan rakyat dengan dakwaan beliau mendapat sokongan dalam parti dan rakyat berasaskan sokongan MKT dan ketua-ketua bahagian yang dipentaskan.

"Dengan kenyataan Muhyiddin itu membuktikan tidak ada perpaduan dalam parti dalam menghadapi ancaman Dr Mahathir,1MDB ,krisis politik dan ekonomi sekarang," katanya.

Katanya, pendirian Muhyiddin mengenai 1MDB itu tidak boleh diperkecil kerana beliau juga mempunyai pengaruh yang kuat dalam parti sehingga menimbulkan kegemparan dan menggoncang keyakinan dalam Umno dan juga rakyat.

"Muhyiddin tidak lagi dapat berselindung di sebalik sehelai lalang atas sokongannya terhadap Tun Mahathir yang mahukan kekotoran 1MDB dibersihkan sebelum wabaknya menghancurkan Umno dan kerajaan," katanya.

Katanya kenyataan Muhyiddin, Najib tidak mahu dengar cakapnya juga mengesahkan dakwaan Dr Mahathir dan beberapa pihak yang Najib tidak mahu mendengar nasihat.

"Keraguan rakyat terhadap kesepaduan pucuk pimpinan dan kestabilan parti berkuasa tidak boleh dibiarkan terus berlaku sehingga pilihan raya umum akan datang kerana wabaknya sedang merebak melibatkan kestabilan ekonomi negara dan juga masa depan Umno," katanya.

Muhyiddin yang juga menteri pendidikan semalam mempertahankan kenyataannya yang tersebar di media sosial, mengatakan perkara itu juga bukan perkara baharu, sebaliknya ia sudah pun dibangkitkan beberapa kali di luar pertemuan tertutup itu.

"Itu pandangan pertemuan tertutup dan kursus politik dibuat oleh Biro Latihan Umno. Itu pandangan saya dan rakan-rakan perhimpunan politik supaya lebih faham.

"Ini bukan suara baru, sudah disuarakan di luar dan kita tentukan penyelesaian tentang perkara yang tersebut," katanya kepada pemberita selepas pembentangan RMK11 di lobi Dewan Rakyat. – tmi

Lim Kok Wing ditugaskan pulih imej Najib yang terjejas

Posted: 22 May 2015 12:00 AM PDT

Perunding pengiklanan terkenal Tan Sri Lim Kok Wing yang bertanggungjawab terhadap kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) dilantik sebagai penyelaras kempen awam baharu Datuk Seri Najib Razak dalam menepis serangan pelbagai pihak bagi memenangi hati rakyat serta meningkatkan semula sokongan terhadapnya yang semakin merosot.

Lim sebelum ini pernah menjadi orang penting ketika zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad. Namun bekas perdana menteri itu lantang mengkritik pentadbiran Najib pada ketika ini.

Difahamkan Lim, yang dilantik sebagai "penyelaras program khas", sudah menyiapkan rancangan agar Najib pergi ke seluruh negara bagi mengumpulkan sokongan dan mendengar aduan rakyat.

Lim yang juga pengasas dan presiden Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing akan melaporkan terus kepada pejabat perdana menteri – sudah mempunyai rangkaian penasihat. Lim, 69, yang menubuhkan agensi pengiklanan tempatan pertama Malaysia terlibat dalam kempen pilihan raya selama hampir empat dekad.

Beliau juga pernah mengelolakan beberapa program kerajaan seperti kempen anti merokok "Tak Nak" dan mempromosikan Rakan Muda serta program Satu Hati, Satu Negara.

Lantikan terbaru ini dilakukan beberapa bulan selepas Lim buat pertama kali dilantik sebagai "Goodwill Ambassador" di bawah Jabatan Perdana Menteri pada sambutan Hari Toleransi yang dianjurkan universiti beliau sendiri pada November tahun lepas.

Kini, Lim bertanggungjawab menjalankan kempen politik sepenuhnya untuk Najib yang dilanda masalah dengan Dr Mahathir yang secara terbuka meminta perdana menteri itu berundur berikutan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Lim memulakan firma pengiklanan tempatan pertama Malaysia pada 1975 dan kemudiannya mula menubuhkan Universiti Limkokwing yang pada awalnya dikenali sebagai kolej pada 1991.

Beliau turut terlibat sebagai salah seorang panel perunding dan pencegahan rasuah dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lim kini akan bersama-sama dengan empat penasihat rasmi Najib – Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin, Datuk Johari Baharum, Tan Sri Rais Yatim dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Baru-baru ini media melaporkan yang firma perhubungan awam, Paul Stadlen daripada Apco Malaysia juga didakwa berkhidmat dengan pasukan komunikasi khas kepada perdana menteri itu.

Bagaimanapun status mengenai peranan Stadlen dalam kerajaan masih tidak jelas dengan Putrajaya mengatakan mereka tidak membuat pembayaran kepada bekas bos Apco Malaysia itu.

"Setakat ini, kerajaan tidak membayar apa-apa kepada Paul Stadlen," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menjawab soalan Mohamed Hanipa Maidin (PAS-Sepang) dalam jawapan bertulis di Parlimen minggu ini.

Hanipa bertanya mengenai jumlah yang dibayar kepada Stadlen yang kononnya ahli pasukan komunikasi pejabat perdana menteri. Namun, jawapan itu tidak menyebut mengenai sama ada Stadlen adalah sebahagian daripada pasukan itu.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN