Khamis, 21 Mei 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


HANGIT!!! Apakah 'Pelampau' Rampas Kuasa 1969 Bakal Berulang, Antara PM Haji Najib Dan Muhyiddin: Apa Cerita Sebenarnya? Jom Terjah!!!

Posted: 21 May 2015 11:15 PM PDT


Umno harus memanggil mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) susulan pendirian keras Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahukan semua anggota lembaga 1MDB dipecat.

Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata kenyataan itu menimbulkan keraguan pemimpin dan anggota Umno terhadap ikrar taat setianya kepada presiden parti itu Datuk Seri Najib Razak.


 


"Muhyiddin tidak lagi dapat berselindung di sebalik sehelai lalang atas sokongannya terhadap Tun Mahathir yang mahukan kekotoran 1MDB dibersihkan sebelum wabaknya menghancurkan Umno dan kerajaan," katanya.

Ketika Najib membentangkan Rancangan Malaysia ke-11 di Parlimen hari ini, sebuah video dimuat naik di Internet yang memaparkan ucapan Muhyiddin yang mahu semua lembaga pengarah 1MDB dipecat.

Beliau kemudian menjelaskan perkara itu cuma pandangannya dan bukan perkara baru.

Kenyataan itu dilihat memberi tamparan kepada Najib memandang 1MDB lahir hasil cetusan ilhamnya.

Dalam kenyataannya hari ini, Zainuddin (atas, bertali leher) berkata Muhyiddin mempamerkan dirinya sebaris dengan Mahathir yang tidak mahu menunggu hasil siasatan rasmi terhadap syarikat pelaburan negara itu.

'Pelampau' rampas kuasa 1969

Zainuddin juga berkata Umno juga harus membincangkan sama ada Muhyiddin harus dipecat daripada MT seperti nasib yang menimpa Mahathir pada 1969.Katanya, Mahathir ketika itu dipecat setelah presiden Umno ketika itu Tunku Abdul Rahman (bawah, kanan) mendakwa ada pelampau hendak merampas kuasa dalam parti.

"Sekiranya Muhyiddin tidak dipecat maka jalan penyelesaian mestilah dicari bagi memastikan kesepaduan Umno jika salah seorang iaitu Muhyiddin atau Najib terpaksa berundur," katanya.
 

Zainuddin yang juga bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu berkata Najib tidak lagi dapat mengekalkan keyakinan rakyat bahawa beliau mendapat sokongan daripada dalam parti.

"Dengan kenyataan Muhyiddin itu membuktikan tidak ada perpaduan dalam parti dalam menghadapi ancaman Mahathir,1MDB, krisis politik dan ekonomi sekarang," katanya lagi.

Zainuddin juga berkata pendirian Muhyiddin itu juga tidak boleh diperkecil kerana beliau juga mempunyai pengaruh kuat dalam parti dan telah menimbulkan kegemparan, malah mengggoncang keyakinan dalam Umno dan di kalangan rakyat.

"Keraguan rakyat terhadap kesepaduan pucuk pimpinan dan kestabilan parti berkuasa tidak boleh dibiarkan terus berlaku sehingga pilihan raya umum akan datang kerana wabaknya sedang merebak melibatkan kestabilan ekonomi negara dan juga masa depan Umno," katanya.

FGVH: " DULU KORANG KATA PROPAGANDA PEMBANGKANG. LIHAT HARI INI DAH NAK LINGKUP DAH PUN "

Posted: 21 May 2015 10:30 PM PDT

 
 
 
Kalau benar FGVH berkemungkinan akan dikeluarkan dari pasaran saham entah apalah nasib pakcik dan makcik-makcik felda. 

Dulu lagi NGO dibawah PAS iaitu ANAK telah menjelaskan resiko-resiko yang bakal dihadapi jika felda dimasukkan dalam senarai Bursa Malaysia. 

Lihatlah hari ini, hanya kerana kebodohan dan kegelojohan pemimpin kita rakyat khususnya orang-orang felda kena tempias. 

Daripada permulaan saham RM4.50++ sesaham hari ini hanya tinggal kurang dari RM2.10. 

Dulu depa kata pembangkang hanya tahu fitnah, cipta propaganda, tetapi hari ini lihatlah hasilnya.

 


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.

1MDB : Umno Cheras Sokong Muhyiddin, Tak Sokong Najib !

Posted: 21 May 2015 10:00 PM PDT

 

Umno Cheras sokong Muhyiddin, pecat lembaga pengarah 1MDB Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyuarakan sokongannya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin agar lembaga pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan membenarkan pihak polis menyiasat syarikat sarat hutang itu.

Syed Ali berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini dalam keadaan tersepit ekoran dakwaan penyelewengan kewangan berbilion ringgit 1MDB.

"Saya menyokong sepenuhnya Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana saya juga sangat percaya dengan cara ini sahaja dapat meyakinkan kepada rakyat Malaysia bahawa kerajaan memandang serius isu ini," katanya melalui blog Umno bahagian Cheras hari ini.

Katanya, ia merupakan perkara yang menyedihkan apabila beliau membaca laporan Najib enggan mengambil peduli berhubung gesaan timbalannya. "Saya turut menyuarakan pendapat yang sama seperti Tan Sri Muhyiddin sejak beberapa minggu lalu.

"Tidak ada sehari pun berlalu tanpa pemimpin pembangkang atau masyarakat, tidak menyatakan perasaan tidak senang hati dan marah terhadap perdana menteri," katanya.

Pada masa sama, Syed Ali turut menggesa ahli perniagaan Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low turut disiasat pihak polis secepat mungkin.

Menurut Syed Ali, meskipun di sebalik penafian Jho Low, bukti-bukti dapat dikenal pasti melalui kertas laporan yang menunjukkan pergerakan kewangan ke dalam syarikat dimilikinya.

Muhyiddin hari ini berkata, video yang tersebar menyatakan beliau memberikan pandangan supaya anggota lembaga pengarah syarikat 1MDB dipecat adalah pandangan beliau dalam satu pertemuan tertutup.



Beliau berkata, perkara itu juga bukan perkara baharu, sebaliknya ia sudah pun dibangkitkan di luar pertemuan tertutup itu. "Itu pandangan pertemuan tertutup dan kursus politik dibuat oleh biro latihan Umno, Itu pandangan saya dan rakan-rakan perhimpunan politik supaya lebih faham.

"Ini bukan suara baru, sudah disuarakan di luar dan kita tentukan penyelesaian tentang perkaran yang tersebut," katanya, kepada pemberita pada sidang media di lobi Parlimen selepas sesi pembentangan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), hari ini. 

Muhyiddin sudah masuk giar empat untuk timbuk Najib

Posted: 21 May 2015 09:30 PM PDT

Ketidaksebuluan Muhyiddin Yassin dengan Najib Razak sudah sampai ke peringkat giar empat. Muhyiddin sudah tidak dapat bersabar lagi dengan masalah dan kemelut di hadapi 1MDB syarikat pelaburan berstrategik yang dinaungi Najib.

Berbagai masalah menimp syarikat berkenaan terutamanya kehilangan alias kerugian RM42 billion benar-benar menyenakkan kepala timbalan presiden Umno itu. Beliau sendiri kesal dengan cara Najib mengatasi dan menyelesaikan kemelut dalam syarikat berkenaan.
Rasa jengkil Muhyuddin itu dinyatakan dalam satu majlis beliau bersama pimpinan Umno menjelang himpunan 11 Mei lalu. Muhyuddin mempersoalkan kenapa tindakan tidak diambil kepada CEO dan ahli lembaga pengarah 1MDB. Menurutnya dia sudah syorkan kepda Najib memecat mereka terlibat bahkan panggil polis agar menyiasat.

"Pecat dan siasatlah mereka,kerana disebabkan mereka kita berdepan dengan masalah 1MDB," kata Muhyiddin sambil membayangkan isu 1MDB bakal menjadi beban boleh menjatuhkan kerajaan BN.
Klik video ucapan Muhyiddin yang menyaranakan CEO dan lembaga pengarah 1MDB itu dipecat serta disiasat dan dianggap rahsia itu menjadi viral dalam media maya hari ini. Walaupun Muhyiddin menjelaskan mengenai ucapannya itu tetapi klik video itu bolehlah dianggap sebagai kata putus kepada Najib.

Tidak mustahil dan sekiranya Muhyiddin tidak seorang yang lapar dengan kedudukannya kini sebagai TPM, dia akan berundur untuk menjaga maruah dan air mukanya. Kalau Muhyiddin tetap juga bersama Najib sedang dia sudah "timbuk" Najib demikian rupanya, Muhyiddin sendiri bukan seorang pemimpin Jawa yang bermoral. [wm.kl.5:45 pm 21/05/15]


VIDEO - TPM pertahan kenyataan tegas kepada PM Faiz Zainudin

Posted: 21 May 2015 09:00 PM PDT



Menurut Muhyiddin, apa yang disuarakan pada majlis tertutup di kursus politik anjuran Biro Latihan UMNO turut mewakli pendapat rakan-rakan dalam parti supaya Najib bertindak memecat semua Lembaga Pengarah 1MDB.
 
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan tindakan beliau menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memecat semua Lembaga Pengarah 1MDB.

Katanya, selain pandangan peribadi, apa yang disuarakan pada majlis tertutup di kursus politik anjuran Biro Latihan UMNO turut mewakili pendapat rakan-rakan pimpinan dalam parti.

"Itu pandangan saya yang saya buat dalam pertemuan tertutup dalam kursus politik yang telah dibuat biro latihan.

"Bagi saya itu pandangan saya dengan rakan-rakan pimpinan politik supaya mereka lebih faham dan bukan satu perkara baharu," katanya semasa sidang media di lobi Parlimen pada Khamis.

Katanya, isu 1MDB sebelum ini pernah disuarakan kepada Perdana Menteri supaya ia diselesaikan secepat mungkin.

Ketika ditanya reaksi Najib mengenai perkara yang dibangkitkanya, beliau enggan mengulas lanjut.

"Tak ada apa-apa. Saya tak tahu, saya buat kenyataan saya sahaja. saya tak tanya apa yang orang lain kata," katanya

TPM pertahan kenyataan tegas kepada PM

 | May 21, 2015
Menurut Muhyiddin, apa yang disuarakan pada majlis tertutup di kursus politik anjuran Biro Latihan UMNO turut mewakli pendapat rakan-rakan dalam parti supaya Najib bertindak memecat semua Lembaga Pengarah 1MDB.
muhyiddin
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan tindakan beliau menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memecat semua Lembaga Pengarah 1MDB.
Katanya, selain pandangan peribadi, apa yang disuarakan pada majlis tertutup di kursus politik anjuran Biro Latihan UMNO turut mewakili pendapat rakan-rakan pimpinan dalam parti.
"Itu pandangan saya yang saya buat dalam pertemuan tertutup dalam kursus politik yang telah dibuat biro latihan.
"Bagi saya itu pandangan saya dengan rakan-rakan pimpinan politik supaya mereka lebih faham dan bukan satu perkara baharu," katanya semasa sidang media di lobi Parlimen pada Khamis.
Katanya, isu 1MDB sebelum ini pernah disuarakan kepada Perdana Menteri supaya ia diselesaikan secepat mungkin.
Ketika ditanya reaksi Najib mengenai perkara yang dibangkitkanya, beliau enggan mengulas lanjut.
"Tak ada apa-apa. Saya tak tahu, saya buat kenyataan saya sahaja. saya tak tanya apa yang orang lain kata," katanya
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/05/21/tpm-pertahan-kenyataan-tegas-kepada-pm/#sthash.XkKgTMOw.dpuf

TPM pertahan kenyataan tegas kepada PM

 | May 21, 2015
Menurut Muhyiddin, apa yang disuarakan pada majlis tertutup di kursus politik anjuran Biro Latihan UMNO turut mewakli pendapat rakan-rakan dalam parti supaya Najib bertindak memecat semua Lembaga Pengarah 1MDB.
muhyiddin
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan tindakan beliau menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memecat semua Lembaga Pengarah 1MDB.
Katanya, selain pandangan peribadi, apa yang disuarakan pada majlis tertutup di kursus politik anjuran Biro Latihan UMNO turut mewakili pendapat rakan-rakan pimpinan dalam parti.
"Itu pandangan saya yang saya buat dalam pertemuan tertutup dalam kursus politik yang telah dibuat biro latihan.
"Bagi saya itu pandangan saya dengan rakan-rakan pimpinan politik supaya mereka lebih faham dan bukan satu perkara baharu," katanya semasa sidang media di lobi Parlimen pada Khamis.
Katanya, isu 1MDB sebelum ini pernah disuarakan kepada Perdana Menteri supaya ia diselesaikan secepat mungkin.
Ketika ditanya reaksi Najib mengenai perkara yang dibangkitkanya, beliau enggan mengulas lanjut.
"Tak ada apa-apa. Saya tak tahu, saya buat kenyataan saya sahaja. saya tak tanya apa yang orang lain kata," katanya
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/05/21/tpm-pertahan-kenyataan-tegas-kepada-pm/#sthash.XkKgTMOw.dpuf

TPM pertahan kenyataan tegas kepada PM

 | May 21, 2015
Menurut Muhyiddin, apa yang disuarakan pada majlis tertutup di kursus politik anjuran Biro Latihan UMNO turut mewakli pendapat rakan-rakan dalam parti supaya Najib bertindak memecat semua Lembaga Pengarah 1MDB.
muhyiddin
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan tindakan beliau menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memecat semua Lembaga Pengarah 1MDB.
Katanya, selain pandangan peribadi, apa yang disuarakan pada majlis tertutup di kursus politik anjuran Biro Latihan UMNO turut mewakili pendapat rakan-rakan pimpinan dalam parti.
"Itu pandangan saya yang saya buat dalam pertemuan tertutup dalam kursus politik yang telah dibuat biro latihan.
"Bagi saya itu pandangan saya dengan rakan-rakan pimpinan politik supaya mereka lebih faham dan bukan satu perkara baharu," katanya semasa sidang media di lobi Parlimen pada Khamis.
Katanya, isu 1MDB sebelum ini pernah disuarakan kepada Perdana Menteri supaya ia diselesaikan secepat mungkin.
Ketika ditanya reaksi Najib mengenai perkara yang dibangkitkanya, beliau enggan mengulas lanjut.
"Tak ada apa-apa. Saya tak tahu, saya buat kenyataan saya sahaja. saya tak tanya apa yang orang lain kata," katanya
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/05/21/tpm-pertahan-kenyataan-tegas-kepada-pm/#sthash.XkKgTMOw.dpuf

Muka Banyak ‘Jerawat’, Emma Maembong Kena Buatan Orang? Kita Bantai

Posted: 21 May 2015 08:30 PM PDT

 
TIDAK keterlaluan kami katakan, aktres jelita Emma Maembong antara selebriti wanita mempunyai kulit cantik dan gebu yang menjadi idaman setiap insan bergelar wanita.
Namun, entah mengapa sejak kebelakangan ini kulit wajah teraju utama drama Isteri Separuh Masa ini tidak seperti dahulu.
Emma berhadapan dengan masalah jerawat dan kulit yang teruk hingga muncul dakwaan bahawa pelakon ini terkena buatan orang.
2
Menurut Emma, dia sendiri tidak berani untuk memberi kenyataan tentang dakwaan tersebut namun mengakui tentang masalah kulit muka yang dihadapinya kini.
"Emma tidak berani untuk komen lebih-lebih tentang perkara ini. Tetapi ia satu situasi pelik kerana sebelum ini Emma tidak pernah mempunya masalah jerawat yang teruk.
"Dalam tempoh setahun ini, tiba-tiba kulit muka Emma ditumbuhi jerawat yang banyak sehingga kulit muka terkoyak," kata Emma.
Dalam pada itu, Emma yang gusar dengan masalah kulit wajah yang dihadapi telah mengambil inisiatif menjalani banyak ujian darah dengan doktor.
"Doktor mengesahkan bahawa darah Emma bersih.
"Hal ini turut memberi kesan kepada kerjaya. Tetapi Emma cuba berfikiran positif dan insyaAllah semuanya akan kembali baik," ujar Emma.
Sementara itu, Emma yang semakin akrab bersama pelakon Kamal Adli selepas perpisahannya dengan Zizan Razak memilih untuk menyerahkan soal jodoh kepada tuhan.
"Setakat ini kami berkawan dan Emma sendiri tidak berani untuk buat keputusan apa-apa.
"Jika memang ditakdirkan jodoh kami ada Emma tidak menolaknya," kata Emma.

Siapa Lagi Nak Bela, Kalau Bukan Mamak Bela Mamak !

Posted: 21 May 2015 08:00 PM PDT

zam,mahathir

Salahkah Tun M langgar etika untuk kepentingan rakyat?

Tindakan Dr Mahathir itu bagaimanapun untuk kebaikan rakyat dan bukannya untuk kepentingan diri.


PETALING JAYA : Tan Sri Zainuddin Maidin akui Tun Dr Mahathir Mohamad banyak melakukan tindakan luar etika dan tidak mengikut budi bicara orang Melayu ketika menjadi Perdana Menteri.

Bekas Menteri Penerangan itu berkata, Dr Mahathir melakukan tindakan seperti meminda Perlembagaan untuk membataskan kuasa Raja-raja Melayu bertujuan membina maruah bangsa dan negara.

Katanya, perbuatan Dr Mahathir itu sebenarnya untuk kebaikan rakyat bukannya untuk kepentingan diri.

"Apakah Mahathir bersalah dalam meminda Perlembagaan untuk membataskan kuasa Raja-raja setelah rakyat dipukul dan dihina dengan bagitu mudah?


"Apakah beliau bersalah dalam 'revolusi senyap' yang mendorongkan peletakan jawatan Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman dan digantikan oleh Tun Abdul Razak?

"Apakah beliau bersalah menyingkirkan Anwar Ibrahim,mengundurkan Abdullah Badawi dan sekarang menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib?

"Tetapi apakah semua tindakan Mahathir itu membawa kepada keburukan atau kebaikan kepada rakyat dan negara? Apakah faedah kepada dirinya sendiri?, soalnya dalam entri terbarunya zamkata.blogspot.com.

Bekas Ahli Parlimen Merbok berkata, rakyat jangan terkejut jika Dr Mahathir akan turun kepada taraf yang serendah-rendahnya untuk menjatuhkan Najib.

"Rakyat tidak seharusnya terkejut jika Mahathir dalam kempennya untuk menjatuhkan Najib akan turun kepada taraf yang serendah-rendahnya, melayan kritikan penyamun, penipu dan 'ulak ayak' (ular air) yang tiba-tiba menjadi berguna kepada kewartawanan akhbar arus perdana dan TV3 walaupun mereka menidakkan kredibiliti media sosial yang liar," katanya.

Zainuddin berkata, isu peletakan jawatan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin merupakan contoh terbaik bagaimana isu itu mendapat perhatian rakyat.

'Benar Dr Mahathir memalukan dirinya sendiri tetapi Pandikar Amin mendapat sokongan moral untuk mempecatkan reformasi Parlimen," katanya.

Harap PM Najib Segera Berundur, Demi Masa Depan AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Posted: 21 May 2015 07:30 PM PDT

Ciri Ciri Melayu Bodoh - Pertama, Yang Mengundi BN

Posted: 21 May 2015 07:00 PM PDT

Dlm ramai² sahabat Minyak Bezen ni ramai ke yg ada ciri² yg tertera di bawah? Harap ramai yg bijak pandai sahabat mb ni...
Kikiki...


Minyak Bezen's photo.
 

TERSALAH TAFSIR ATAU TERSALAH TIPU ?

Posted: 21 May 2015 06:30 PM PDT

Mafiaboss Melayu's photo.Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata Putrajaya tersalah tafsir mengenai wang disimpan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di sebuah bank di Singapura.

Sebaliknya, Husni menjelaskan aset yang dibawa pulang dari Pulau Cayman dan disimpan di sebuah bank Singapura itu adalah dalam bentuk unit, bukan wang seperti yang dilapor sebelum ini.

"Saya rasa ini satu kesilapan, kesilapan dalam erti kata tafsiran apabila mereka (1MDB) mengatakan sudah menebus dan menyimpannya di sebuah bank di Singapura," kata Husni yang tidak menamakan bank di Singapura itu semasa ditemui pemberita di luar Dewan Rakyat.
 

Artikel Menghasut : Orang Najib Sudah Mula Belasah Muhyiddin Yassin Elok lah tu...

Posted: 21 May 2015 06:00 PM PDT


Hari ni Rakaman Ucapan Muhyiddin yang mengatakan mahu Orang-Orang Najib yang terlibat dalam 1MDB DIPECAT dan DISIASAT Tersebar, hari ini juga Orang Najib BELASAH Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran sebagai MALAS turun ke bawah... kah kah kah !.

Mengikut kata Ahli Majlis Tertinggin Umno yang juga Bekas Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr. Fuad Zarkashi, beliau ada menerima Posting Gambar sebuah Sekolah di Keningau Sabah yang Terlalu DAIF.

Dimana menurut beliau ianya berpunca dari Pegawai yang Bertanggungjawab Tidak Turun Padang... Dan kenapa Pegawai tersebut Tidak Turun adalah disebabkan Menteri Pelajaran dan Timbalan Menteri Pelajaran juga MALAS turun ke bawah, justeru itu Menteri dan Timbalan Menteri Pelajaran tidak akan tahu apa yang berlaku di bawah... 




Siapa Menteri tersebut tak lain adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sayang Seribu kali sayang... walaupun TEGURAN Datuk Dr. Fuad Zarkasi tersebut sesuatu yang Elok namun teguran tersebut bukan lah datang dari KEIKHLASAN sebenar, melainkan hanya untuk Membuka PEKUNG Muhyiddin dan Secara Halus Memberi sokongan kepada Najib sebagai Perdana Menteri.

Ini lah dia WAJAH UMNO yang sebenar... membuat sesuatu tanpa Keikhlasan dan bukan Demi Untuk Rakyat, walaupun menurut Presiden PAS yang Keikhlasan adalah antara orang tersebut dengan Allah SWT namun rasanya didalam Politik ianya Wajar Diragui akan Keikhlasan tersebut. sumber FMT hemmmmm..... mahukah agaknya najib mendengar saranan muhyiddin... rasanya payah banyak atas sebab orang-orang dalam 1mdb adalah orang najib... jadi tahu sama tahu sudah lah beb... kah kah kah !.

 

Dicatat oleh Mat Indera Sipejuang

Anita Sarawak tidak hilang ?? - FMT Reporters

Posted: 21 May 2015 05:15 PM PDT

 
noorkumalasari,anita
Noorkumalasari menafikan laporan kakaknya hilang. Sebaliknya tidak menghubungi keluarga seperti biasa.


PETALING JAYA: Noorkumalasari menarik nafas legas selepas kakak tirinya, penyanyi tersohor Anita Sarawak menghubungi keluarganya.

Sebelum ini, bekas model,pelakon dan penyanyi yang popular sekitar tahun 70an dan 80an meluahkan kebimbangan terhadap kakak tirinya yang dikatakan terputus hubungan sejak dua bulan lalu.

Katanya, Anita telah menghubungi salah seorang adiknya dari Los Angeles Amerika Syarikat untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada Noor Jumaatua.

"Menurut adik saya, Anita sihat dan dalam keadaan baik saja," katanya yang dipetik dari Harian Metro Online

Mengulas mengenai laporan sebelum ini, Noorkumalasari, 59, menyangkal laporan bahawa kakaknya hilang.
Sebaliknya menjelaskan, Anita tidak menghubungi anggota keluarganya seperti kelaziman.

"Saya tak cakap dia hilang, cuma pelik kenapa dia tidak menghantar mesej bertanya khabar seperti kebiasannya.

"Apabila dia senyap, tentu saja kami sekeluarga bimbang terutama soal kesihatannya. 

Namun, apabila dia hubungi adik saya kelmarin, barulah saya lega," katanya yang dipetik dari portal berkenaan.

Maju bagaimana kalau air pun tak ada – Ku Li - Faiz Zainudin

Posted: 21 May 2015 04:30 PM PDT

 
kuli,isu air

Kerajaan sepatutnya memberi penekanan kepada penyediaan asas yang mencukupi kepada rakyat sebelum ghairah mencapai taraf negara maju.


KUALA LUMPUR: Tengku Razaleigh Tengku Hamzah berpendapat Malaysia belum bersedia menjadi negara maju kerana kemudahan asas untuk rakyat masih belum sempurna.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, kerajaan sepatutnya memberi penekanan kepada penyediaan asas yang mencukupi kepada rakyat sebelum ghairah mencapai taraf negara maju.

Tengku Razaleigh atau lebih mesra dipanggil Ku Li berkata, walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan banyak kejayaan membanggakan yang telah dicapai kerajaan namun hakikatnya rakyat di bawah hidup susah.

"Saya sendiri berpendapat soal asas perlu ditekankan juga. Walaupun dimaklumkan bahawa kemiskinan tegar telah berkurangan dengan banyak, baguslah…itu kejayaan tapi hakikatnya rakyat susah.

"Pendapatan rakyat tak sepadan dengan kos yang meningkat. Itu satu faktor yang mesti ditekankan. Soal perbekalan air, kita di Selangor dan Kuala Lumpur pun selalu menghadapi masalah air.

"Tapi kita nak pergi ke arah negara maju. Maju bagaimana kalau air pun tak ada," katanya mengulas Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Ku Li berkata, hasrat Najib mahu melihat ekonomi negara berkembang maju juga tidak akan tercapai sekiranya kualiti kemahiran serta produktiviti negara lemah.

"Banyak graduan kita yang susah dapat kerja. Kalau dapat kerja pun, gaji tak tinggi. Ini yang menjadi masalah kepada kita. Bagaimana kita nak menjana semua jentera untuk memacukan ekonomi kita kalau kemahiran, produktiviti tidak begitu baik," katanya.

"Kita tak nak wujudkan peluang-peluang (pekerjaan) , orang luar dapat kerja. Rakyat kita tak dapat. Kalau kita tak dapat memahirkan ora‎ng-orang kita dengan kebolehan bagaimana kita nak pergi ke depan?," katanya.

Ku Li kecewa, RMK11 fokus pada rakyat asin

Posted: 21 May 2015 09:00 AM PDT

Mengulas Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11), pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah kecewa kerana katanya, kerajaan sepatutnya menitik-beratkan kesejahteraan penduduk negara ini dan bukannya orang luar. 
 Mengambil contoh, projek MRT, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li berkata, banyak pekerja asing yang bakal mendapat pekerjaan sedangkan rakyat negara ini terus ketinggalan.




Najib akui GST meresahkan rakyat FMT Reporters

Posted: 21 May 2015 08:30 AM PDT

 
najib,brim,gst

Kerajaan akan memastikan kutipan akan disalurkan balik kepada rakyat menerusi pelbagai bantuan kebajikan

PETALING JAYA: Kerajaan akan memaklumkan jumlah kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dari masa ke semasa untuk pengetahuan rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, kerajaan akan memastikan kutipan akan disalurkan balik kepada mereka menerusi pelbagai bantuan kebajikan termasuk menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM).

"Kita akan pastikan kutipan GST ini dipulangkan semula kepada rakyat," katanya ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) di Dewan Rakyat pada Khamis.

Najib mengakui GST telah menimbulkan keresahan dan pandangan negatif daripada rakyat namun ia merupakan perkara biasa setiap kali sistem baharu diperkenalkan.

Najib diganggu ‘jeritan Hidup Tun Mahathir’ - FMT Reporters

Posted: 21 May 2015 07:45 AM PDT

 

najib-mahfuz-RMK11

Perdana Menteri hanya tersenyum mendengar jeritan itu dan meneruskan ucapan sehingga selesai.

PETALING JAYA: Pembentangan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) oleh Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat cuba 'diganggu' oleh seorang Ahli Parlimen pembangkang yang menjerit nama Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Hidup Tun Mahathir" jerit Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, ketika Perdana Menteri berucap dengan kata-kata semangat di akhir-akhir pembentangan RMK11.

Jeritan itu membuatkan suasana dewan kecoh sehingga apabila sebahagian besar Ahli Parlimen pembangkang ketawa dan menepuk meja.

Najib bagaimanapun tidak terganggu dengan celahan itu dan hanya tersenyum dan meneruskan ucapan sehingga selesai.

Dalam ucapan penuh semangat dan kata-kata kiasan itu, Najib mengulangi pendirian untuk tidak berundur kerana menganggap kritikan Dr Mahathir adalah asam garam bagi seorang pemimpin.

Beliau juga menyeru pemimpin yang setia dengannya supaya bersabar, berdoa dan berusaha kerana akhirnya mereka pasti akan menang.

"Saya dan kerajaan memilih untuk terus melangkah ke hadapan dan tidak sesekali beralih haluan.

"Benar kata alim ulama dan pujangga, hidup ini sememangnya satu perjuangan laksana lautan yang jarang tenang, sesekali ombak naik sesekali ombak turun, penggantian hujan dan panas, ada kala susah ada kala senang.

"Justeru, saya menyeru rakan-rakan yang setia sekiranya kita bersabar, seandai kita kukuhkan kepercayaan juga keyakinan di dada, bertawakal kepada Yang Maha Kuasa, kelak terbentanglah jalan keluar dan kemenangan kepada kita.

"Begitulah kita wajib menghimpun doa dan berharap RMK11 akan disokong dan menepati semua lapisan masyarakat daripada nelayan, pesawah sehinggalah korporat dan cendekiawan," katanya.

Kes Anwar saman Nallakaruppan ditangguh Adam Abu Bakar

Posted: 21 May 2015 07:00 AM PDT

 
shafee-anwar

Hakim minta masa yang lebih buat keputusan kes Anwar- Nallakauppan selepas Shafee kaitkannya dengan kes liwat yang pertama.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menangguhkan kes saman fitnah RM60 juta Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Datuk S. Nallakaruppan kerana memerlukan masa yang lebih untuk membuat pertimbangan.

Dalam hujahnya, Peguam Datuk S. Nallakaruppan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah telah mengaitkan isu kes liwat pertama Anwar sebagai satu bukti tidak langsung dalam kes Anwar menerima RM60 juta daripada syarikat judi Magnum Corporation.

"Sebelum ini, Anwar telah disabitkan bersalah sebanyak tiga kali oleh Mahkamah Persekutuan dan salah satu kesalahannya adalah kes liwat.

"Ekoran itu, bukti bahawa Anwar menerima RM60 juta seperti dilaporkan akhbar Mingguan Malaysia dan Sinar Harian sememangnya berlaku dan ia juga menunjukkan karakter sebenar Anwar," kata Shafee dalam hujahnya.

Keputusan kes liwat pertama direkod pada 26 Jun 2008, manakala penerbitan artikel tersebut pula dilakukan pada 23 Ogos 2008,katanya.

Hakim, Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab meminta diberi masa untuk mempertimbangkan mengenai hujan-hujah yang telah diberikan.

Kes berkenaan akan disambung semula pada 27 Mei ini bagi membuat keputusan penghujahan peguam pihak plaintif dan defendan.

Manakala, peguam plaintif, N.Surendran dan Latheefa Koya menyifatkan hujah Shafee tidak berasas dan semata-mata menggambarkan anak guamnya seorang yang rendah akhlak dan bukan seorang Islam yang baik apabila dikaitkan dengan penerimaan wang sebanyak RM60 juta itu didakwa diterima daripada syarikat judi, Magnum Corporation.

Nallakaruppan disaman selepas membuat tuduhan itu ketika kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh di mana Anwar bertanding, pada 26 Ogos, 2008.

Najib usung keluarga ke Parlimen...?? Mohamad Fadli

Posted: 21 May 2015 06:15 AM PDT


Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menerusi status Twitternya dan memaklumkan duduk dibelakangnya.

rafizi-rosmah-parlimen

KUALA LUMPUR: Isteri, anak dan menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak terkecuali hadir di Dewan Rakyat ketika beliau membentangkan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menerusi status Twitternya.

Dia memaklumkan selain Rosmah Mansor, anak perempuan Nooryana Najwa dan menantu Daniyar Kessibayev, duduk di belakangnya di Parlimen ketika pembentangan RMK11.

"Kalau tanya pasal jet marah ke?," soalnya.

Tidak lama kemudian, Rafizi sekali lagi menaikkan statusnya di laman sosial tersebut dengan memuat naik gambar anak Najib, Nooryana Najwa dan pasangannya Daniyar Kessibayev.

"Ha3 ini gambar yang Yang Berhormat (YB) Pakatan Rakyat (PR) forward. Saya tak berani tanya takut kena debik, lagi-lagi tanya pasal jet," katanya lagi.

SUBHANALLAH - APA NAK JADI DAH MALAYSIA NI ?

Selesaikan isu GST, 1MDB sebelum RMK 11

Posted: 21 May 2015 05:30 AM PDT


KUALA LUMPUR 21 MEI- Pejuang rakyat, Saudara Anwar Ibrahim menyeru kerajaan supaya menyelesaikan masalah rakyat terlebih dahulu sebelum mengemukakan Rancangan Malaysia ke 11.

Dalam kenyataan media ringkas, Anwar berkata kerajaan perlu menyelesaikan isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menyebabkan negara menanggung kerugian.

"Tumpuan kita sekarang harus ke arah memperjuangkan hak rakyat dengan membantah kenaikan harga barang terutama melalui pelaksanaan GST yang kian mendera rakyat miskin.

"Kebocoran dan kerugian akibat pengurusan lemah dan penyelewengan 1MDB perlu ditangani segera. Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan Kementerian Kewangan perlu memberikan penjelasan kepada rakyat," katanya Anwar.

Kedua permasalahan di atas perlu ditangani sebelum Datuk Sri Najib mengemukakan Rancangan Malaysia ke-11 di Parlimen.

InsyaAllah, saya akan terus istiqamah dengan perjuangan menegakkan keadilan," katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika beliau hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menghadapi perbicaraan dalam kes saman fitnah terhadap ahli pernigaan, Datuk S Nalakaruppan.

Hari ini merupakan hari ke 101 Anwar dipenjara di Penjara Sungai Buloh atas pendakwaan Fitnah 2 yang disifatkan sebagai konspirasi tertinggi bagi mengakhiri kariernya sebagai ahli politik pembangkang.

Dalam pada itu, Anwar turut mengucapkan terima kasih kepada rakan seperjuangannya, termasuk Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said yang hadir di hadapan Penjara Sungai Buloh sempena 100 hari beliau dipenjara malam tadi.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

ISU UG MULA BERKUMANDANG - SIAPA BERBOHONG?

Posted: 21 May 2015 04:45 AM PDT

 
TUAN Guru Hj Hadi menyatakan cadangan UG (Kerajaan Perpaduan) dulu telah dipersetujui oleh DS Anwar selaku Ketua Pembangkang dan juga Almarhum Tok Guru Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS waktu itu.

Tidak sampai 48 jam, kenyataan Hj Hadi itu telah dinafikan oleh Setiausaha Agong yg juga Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli kemudiannya ditegaskan semula oleh Presiden KEADILAN, DS Dr Wan Azizah.

Anwar tidak dapat menjawab waktu ini kerana beliau berada di penjara. Almarhum Tok Guru Nik Aziz juga begitu kerana Almarhum telah tiada lagi bersama kita.

Namun, semua tahu yang ditentang keras sewaktu hayat Almarhum masih ada ialah UG. Kita boleh dapatkan banyak kenyataan dari Almarhum berkaitan UG ini di dalam klip video di Youtube.

Begitu juga, kita semua tahu yang ingin dicadangkan oleh Anwar bukan UG tetapi Konsensus Nasional (KN) yang samasekali jauh berbeza dengan UG.




Ertinya, belum dipastikan adakah Hj Hadi tersilap di dalam kenyataannya kerana Anwar tidak boleh menjawab, mustahil Almarhum juga boleh mengesahkannya.

Namun kita boleh merujuk kepada kenyataan kedua-dua tokoh ini iaitu Anwar dan Almarhum Tok Guru melalui klip-klip video yang mudah kita perolehi melalui Youtube.

Apapun, sewajarnya isu UG ini tidak bijak sekali ditimbulkan kembali. Melalui Muktamar PAS terdahulu juga sering Presiden PAS sebut isu UG tidak lagi berbangkit.

Kita faham Hj Hadi ditanya tentang isu UG ini di dalam wawancara tersebut, tetapi sebijaknya Hj Hadi patut komen rengkas dengan menyebut bahawa PAS telah menutup isu UG ini, tanpa beliau ulas panjang lebar dan kenyataannya itu pula kini menjadi kontroversi. 



Dicatat oleh WFAUZDIN NS

Putrajaya Menggelupur Jawab Soalan MP Pakatan

Posted: 21 May 2015 04:00 AM PDT

 
Putrajaya Menggelupur Jawab Soalan MP Pakatan. Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata Putrajaya tersalah tafsir mengenai wang disimpan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di sebuah bank di Singapura.

Sebaliknya, Husni menjelaskan aset yang dibawa pulang dari Pulau Cayman dan disimpan di sebuah bank Singapura itu adalah dalam bentuk unit, bukan wang seperti yang dilapor sebelum ini.

"Saya rasa ini satu kesilapan, kesilapan dalam erti kata tafsiran apabila mereka (1MDB) mengatakan sudah menebus dan menyimpannya di sebuah bank di Singapura," kata Husni yang tidak menamakan bank di Singapura itu semasa ditemui pemberita di luar Dewan Rakyat.
"Ia sebenarnya simpanan, ia dalam bentuk unit, ia disokong oleh dana kekayaan berdaulat."

Husni berkata, Putrajaya sedang berusaha membawa pulang aset yang disimpan itu secepat mungkin.

"Jadi, kami harap untuk membawanya pulang secepat mungkin," kata Husni.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengaku wang 1MDB yang dibawa pulang daripada Pulau Cayman tidak disimpan di bank di Singapura.
Putrajaya Menggelupur Jawab Soalan MP Pakatan

Dalam jawapannya di Dewan Rakyat, menteri kewangan itu menjelaskan hanya baki pelaburan ditebus dalam bentuk aset di bank Singapura yang tidak dinamakan.

"1MDB sudah menjelaskan baki pelaburan yang sudah ditebus oleh 1MDB adalah dalam bentuk aset di dalam mata wang dolar AS di sebuah bank di Singapura bertujuan untuk mengimbangi liabiliti dolar AS.
"Bank ini merupakan penjaga bagi pihak 1MDB untuk aset ini," kata perdana menteri dalam jawapan bertulis semalam kepada soalan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Husni juga berkata 1MDB akan cuba mengelak daripada berdepan "cross default" seperti yang dilaporkan oleh akhbar Business Times dari Singapura.

"Kami tidak mahu ia berlaku, jika ia berlaku ia akan beri kesan sistemik, jadi kami tidak mahu ia berlaku," katanya.
Mengenai masalah aliran tunai yang dihadapi 1MDB, Husni berkata ia hanya jangka masa pendek.

"Ia bukan masalah besar, ia hanya masalah aliran tunai untuk jangka masa pendek, hanya untuk jangka masa pendek," katanya.

Anak Beranak PM Hadir Di Parlimen ??

Posted: 21 May 2015 03:30 AM PDT

Mari Kita Renungkan Bersama !!

Posted: 21 May 2015 02:45 AM PDT

 


VIDEO - Muhyiddin - Pecat Dan Tangkap CEO 1MDB

Posted: 21 May 2015 02:00 AM PDT





Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa agar ketua pegawai operasi 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dipecat dan disiasat bagi memulihkan imej kerajaan.

Katanya, tindakan serius itu perlu dijalankan untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat pada kerajaan.

"CEO ini buang, dan bukan saja buang. Panggil polis siasat. Ambil tindakan, barulah rakyat tengok... pimpinan kerajaan rasa bertanggungjawab ambil tindakan serius.

"Kalau tidak buat begitu, ini yang akan membebankan kita jatuh ke bawah," katanya dalam satu perjumpaan bersama pemimpin tinggi Umno.

Ucapan itu dirakam dalam satu video yang dimuatkan di Youtube oleh penulis blog yang juga bekas wartawan, Firdaus Abdullah.

Video sepanjang kira-kira tujuh minit itu bagaimanapun hanya memuatkan sebahagian daripada ucapan Muhyiddin.

Dalam video tersebut, Muhyiddin ditunjukkan berucap kepada pemimpin tertinggi Umno, termasuk para naib presiden.

Pertemuan itu dipercayai berlangsung semasa sambutan ulangtahun Umno ke-68 pada pertengahan bulan ini.

Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak ditunjukkan dalam video tersebut.

1MDB melantik Arul Kanda sebagai presiden dan pengarah eksekutif kumpulan pada 5 Januari lalu.

Najib pula mempengerusikan lembaga penasihatnya.

Suspek penculik di Sandakan terbunuh

Posted: 21 May 2015 01:15 AM PDT

 
crime_gun_600_1

Menurut laporan portal berita Interaksyon, Mindas Muktadil dilaporkan maut semasa insiden berbalas tembakan dengan pegawai keselamatan di sebatang jalan di wilayah Jolo pada jam 5.50 petang Rabu.

PETALING JAYA: Tentera Filipina mengesahkan salah seorang daripada suspek penculik di Sandakan minggu lalu ditembak mati.

Mindas Muktadil dilaporkan maut semasa insiden berbalas tembakan dengan pegawai keselamatan di sebatang jalan di wilayah Jolo pada jam 5.50 petang Rabu.

Menurut laporan portal berita Interaksyon, laporan tersebut difailkan Komander Pasukan Petugas Bersama Sulu, Kolonel Alan Arrojado.

Muktadil dan adiknya, Kadafy dipercayai terlibat dalam kes penculikan pengurus restoran Ocean King Seafood, Thien Nyuk Fun, 50 dan Bernard Then Ted Fen, 39, yang bekerja sebagai jurutera di Kemboja.

Kedua-dua tebusan dilaporkan dibawa ke Jolo.