Rabu, 20 Mei 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


VIDEO - TPM desak PM pecat semua Lembaga Pengarah 1MDB FMT Reporters

Posted: 20 May 2015 11:30 PM PDT

 
Muhyiddin_apanama_umno_1mdb_600

Muhyiddin menegaskan Najib perlu tegas menangani isu 1MDB dan menunjukkan kepada rakyat bahawa ia isu serius dan beliau telus serta bertanggungjawab menanganinya.

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memecat semua Lembaga Pengarah 1MDB.

Tegasnya Najib perlu menunjukkan kepada rakyat bahawa ia isu serius dan beliau telus serta bertanggungjawab menanganinya.

"Dengan tidak semena-menanya, CEOnya buat hal pinjam sampai 10 bilion. Lepas itu setiap bulan kena bayar interest sampai 100 hingga 200 milion. Tidak pernah terfikir saya mana-mana syarikat dalam dunia tanggung macam begitu beban.

"Buanglah, CEO ini buang, bukan setakat buang, panggil boleh siasat..betul ambil tindakan. Bagi rakyat tengok haah. Barulah pimpinan kerajaan rasa tanggungjawab. Ambil tindakan serius. Kalau tidak buat begitu, ini akan membebankan bawa kita jatuh ke bawah", jelas Muhyiddin.

Katanya, beliau mempunyai pendirian tegas terhadap isu ini dan tidak sanggup UMNO dan Barisan Nasional (BN) hilang kuasa kerana isu berkenaan.

Katanya, apa yang disuarakan bukan bermakna beliau melawan kepimpinan Najib, tetapi demi masa depan parti.

"Saya terangkan Saya bukan nak menunjukkan kehebatan saya, atau nak menunjukkan bahawa saya benci kepada kepimpinan saya atau tidak sebulu dengan presiden saya. Tidak. 



Saya hormat. Sebagai manusia saya hormat. Bagaimanapun this is a problem. This is a real problem. Masalah yang nyata bagaimana dalam masa singkat sebuah syarikat yang ditaja menanggung beban liabiliti 42 bilion", jelas Muhyiddin.

Katanya, selaku Pengarah Pilihan Raya BN isu berkenaan menjadi beban.

Dalam taklimat yang diberikan, Muhyiddin menafikan wujudnya komplot seperti mana yang didakwa pembangkang dan Datuk Zaid Ibrahim bahawa beliau berkomplot untuk menjatuhkan kepimpinan Najib.

Sebaliknya beliau menegaskan itu semua fitnah.

"Zaid Ibrahim kata dia telefon saya, Datuk Pa dengan Datuk Nazri berkomplot nak tentukan termasuklah Tun Daim, bohong, fitnah. 

Jangan percaya dengan mudah dengan media sosial dan telah dinafikan" katanya dalam video yang dimuat naik Apanama di laman Youtube.

Manfaat Buah Mangga Yang Perlu Anda Ketahui

Posted: 20 May 2015 10:45 PM PDT


Manfaat Buah Mangga Yang Perlu Anda Ketahui - Siapa yang tidak mengenal buah yang satu ini, Mungkin sebagian dari anda ada yang sering mengkonsumsi buah ini. Selain itu buah ini yang masih muda juga menjadi favorit para ibu hamil yang sedang ngidam. 

Buah yang rasanya ada yang asam dan ada yang manis ternyata menyimpan segudang manfaat untuk kesehatan tubuh kita. Ya pada kesempatan kali ini odong odong akan menulis manfaat buah mangga yang sangat baik untuk keshatan maupun untuk kecantikan.


manfaat buah mangga
Buah Mangga, foto id.wikipedia.org
Di indonesia atau di tempat lain mungkin sama, yakni terdapat banyak sekali jenis buah yang memiliki warna kulit kebanyaka hijau namun ada juga beberapa mangga yang memiliki warna kulit kuning itu selain enak di konsumsi juga menyimpan berbagai manfaat

Buah Mangga banyak sekali mengandung vitamin yang di butuhkan oleh tubuh kita, Kandungan vitamin pada buah mangga di antaranya Vitamin C, yang berperan sebagai senyawa pembentukan kolagen yang merupakan protein penting penyusun jaringan kulit, tulang, sendi, dan sebagainya pada tubuh kita. Mangga juga mengandung Vitamin A yang berfungsi untuk meningkatkan daya tahan tubuh serta nutrisi penting lainya.

Selain dua vitamin di atas mangga juga mengandung vitamin B6, Magnesium, Kalium yang tentunya di butuhkan oleh tubuh. Bertikut manfaat buah mangga untuk kesehatan dan juga kecantikan yang di kumpulkan dari berbagai sumber dan referensi.




  • Menutrisi Organ Mata
Vitamin A yang terkandung dalam buah mangga sangat baik untuk menjaga keshatan mata.

  • Penurun Berat Badan Yang Alami
Bagi anda yang sedang menjalani program penurunan berat badan atau diet secara alami dengan mengkonsumsi buah mangga ternyata bisa membantu, buah mangga bisa menurunkan nafsu makan karena kandungan nutrisi dan vitamin akan membuat anda merasa kenyang lebih lama.

  • Mencegah Aneka Jenis Kanker
Kandungan senyawa penting pada buah mangga seperti, Fisetin, Asam galat, Methilgallat, Quersetin , Isoquercitrin serta kandungan senyawa lainya mampu untuk mencegah tumbuhnya penyakit kanker pada tubuh.

  • Menurunkan Kadar Kolesterol Jahat
Kandungan serat yang cukup tinggi, pectin dan juga Vitamin C pada buah mangga sangat baik dan efektif untuk menurunkan kadar kolesterol jahat dalam tubuh.

  • Mencerahkan Kulit Yang Terbakar Akibat Sinar Matahari
Mencerahkan kembali kulit yang terbakar sinar matahari bisa menggunakan buah mangga, Kandungan vitamin A dan vitamin C pada mangga merupakan nutrisi penting untuk mencerahkan kembali kulit yang terbakar akibat sinar matahari. 

Caranya cukup gosokkan bagian dalam kulit mangga ke area kulit yang terbakar. Kemudian cuci hingga bersih dengan air dingin setelah itu didiamkan 10 sampai 15 menit. 

Lakukan perawatan tersebut secara rutin setidaknya dua kali atau tiga kali dalam seminggu untuk hasil yang maksimal. konsumsi rutin juaga buah mangga untuk membantu dan mempercepat pemulihan sel kulit dari dalam.

  • Menjadikan Kulit Bercahaya
Mengkonsumsi buah mangga secara teratur dapat mengurangi bintik-bintik gelap, noda dan jerawat, serta menjadikan kulit lebih bercahaya dari dalam. 

Sebab kandungan vitamin A dan Beta karoten dalam buah ini berfungsi untuk memulihkan, meremajakan dan meremajakan kembali sel kulit Anda.

  •  Anti Penuaan Dini
Antioksidan yang terkandung dalam buah mangga dapat membantu melawan tanda-tanda penuaan dini seperti keriput dan pigmentasi. Selain itu juga berfungsi untuk melindungi kulit dari radikal bebas berbahaya lainya.

  • Menghaluskan Kulit Wajah
Menghaluskan kulit wajah dengan buah mangga, Cara ini bisa anda lakukan dengan membuat masker wajah dengan bahan utama daging mangga yang sudah di haluskan kemudian di campur dengan susu, oatmeal, dan juga madu. 

Sebelum menggunakannya, bersihkan wajah anda dengan air dingin, lalu dikeringkan kemudian oleskan masker ini pada kulit wajah. Cuci bersih dengan air dingin setelah didiamkan selama kurang lebih 15 menitan. Wajah akan menjadi lebih segar dan halus

  • Menghilangkan  Komedo
Buah Mangga ternyata juga bisa untuk obat atau penghilang komedo. bagi anda yang memiliki masalah dengan komedo mungkin bisa mencoba cara yang satu ini. 

Caranya siapkan scrub buah mangga dengan mencampurkan satu sendok teh daging buah mangga yang sudah di haluskan, setengah sendok teh susu cair atau susu bubuk, dan sedikit madu. 

Setelah itu gosokkan ke seluruh area wajah anda dengan gerakan melingkar. Scrub ini akan membantu mengangkat sel-sel kulit mati dan juga komedo.

Demikian ulasan manfaat buah mangga yang bisa di sampaikan, semoga bisa bermanfaat untuk anda semua. baca juga makanan yang bisa memutihkan kulit   

Bekas Timbalan Pelajaran Tibai Muhyiddin

Posted: 20 May 2015 10:00 PM PDT

 



Apa masalah? Ramai lagi guru dan pelajar di pedalaman mengalami masalah yang besar. Menteri di Putrajaya dok kalut pasal pelan pembangunan.
 
Kerabu Bersuara

Pendakwah terkenal taruh nyawa selamatkan isteri

Posted: 20 May 2015 09:15 PM PDT


 
Taruh nyawa selamatkan isteri

Kuala Lumpur: Pensyarah jabatan al-Quran dan al-Hadis, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Fauzi Deraman, menerima lapan jahitan di kepala selepas ditetak dua lelaki yang cuba menyamun isterinya di hadapan rumahnya di Jinjang, kira-kira 11 pagi tadi.

Dalam kejadian berkenaan, Fauzi yang juga penceramah bebas ditetak kumpulan terbabit selepas berusaha menyelamatkan isterinya yang diserang kumpulan itu.

Menurut sumber, dua penjenayah itu dilapor menaiki motosikal jenis Yamaha 125Z sebelum menyerbu masuk ke rumah mangsa.

"Biarpun mangsa cuba untuk menutup pintu rumahnya namun dia gagal sebelum seorang daripada suspek cuba merampas gelang tangan milik isterinya.

"Fauzi yang cuba menyelamatkan isterinya itu bergelut dengan seorang penjenayah sebelum rakan suspek menetak kepalanya menggunakan parang.

"Dua suspek kemudian melarikan diri bersama gelang tangan itu sebelum Fauzi dibawa jirannya ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya. - Hmetro

Mafiaboss Melayu's photo.

Posted: 20 May 2015 08:48 PM PDT

Mafiaboss Melayu's photo. Presiden dan Ketua Pengarah Kumpulan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Arul Kanda Kandasamy digesa supaya segera dipecat kerana menipu rakyat mengenai kewujudan tunai AS$1.1 bilion (RM3.96 bilion) di Singapura.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan ahli lembaga pengarah 1MDB mesti menyingkirkan Arul daripada terus memimpin syarikat sarat hutang itu.

"Kegagalan memecat Arul dengan segera akan mencemarkan nama baik perdana menteri dan ahli lembaga pengarah 1MDB.

"Jika beliau terus memimpin 1MDB akan menghalang usaha mencari kebenaran dan dalang yang akan menyebabkan lebih kerugian kepada syarikat itu,"
.
Semalam, Najib yang juga menteri kewangan berkata wang 1MDB yang dibawa pulang daripada Pulau Cayman tidak disimpan di bank di Singapura seperti dilaporkan sebelum ini.


Arul yang dilantik 5 Januari lalu melindungi transaksi yang mencurigakan dalam 1MDB dan terus berbohong dengan tidak menghentikan kebocoran dalam syarikat itu.

Arul pada 13 Januari lalu mendakwa sudah menebus semua pelaburan berjumlah AS$2.318 bilion yang dilaburkan syarikat di sebuah dana berdaftar di Pulau Cayman.

Tebusan bermakna 1MDB sudah menjual pelaburannya di Pulau Cayman dan wang tersebut diterima 1MDB.

"Arul sangat yakin mengenai perkara itu dalam satu wawancaranya bersama Singapore Business Times yang diterbitkan pada 7 Februari.

"Beliau mengumumkan sementara dana berjumlah AS$1.103 bilion tidak di bawa balik ke Malaysia, ia disimpan dalam dolar AS 'dengan memiliki AS$6.5 bilion dalam bentuk bon dengan bayaran faedah hampir AS$400 juta setahun',".


Najib dalam satu jawapan bertulis Dewan Rakyat pada 10 Mac lalu memaklumkan tunai AS$1.1 bilion itu disimpan di Bank BSI Singapura.

Bagaimanapun, Najib dua hari lalu berkata tiada tunai yang ditebus di Pulau Cayman dan apa yang ada dalam Bank BSI hanyalah dalam bentuk aset.

"Arul cuba menipu rakyat yang 1MDB berjaya mendapatkan semula wangnya malah mendakwa mendapat untung US$488 juta dalam transaksi PetroSaudi ke Cayman.

"Bagi mengelak pertanyaan berterusan ke mana dana tersebut, Arul kemudian terang-terangan berbohong memberi jaminan 'tunai tersebut dalam dolar AS' dan sudah melihat penyatanya.

"Beliau kemudian memberi alasan wang itu perlu disimpan dalam bentuk dolar AS kerana ia perlu bagi mengawal faedah 1MDB dalam bentuk bon dolar AS,". 


(Kredit to: Sdr YB Tony Pua AP DAP)
 

Pas for all... adalah cakap-cakap kosong!

Posted: 20 May 2015 08:00 PM PDT



Pas for whom if we fail to listen to other's explanation & reason in the implementation of hudud?  
Pas for whom if we fail to respect our coalition's members by shifting the failure of UG to others?

Pas for whom if we fail to appreciate the differences of opinion among the choosen party's leaders?

Pas for whom if we encourage our own party's members to leave the party? Pas is not for all, instead pas is for me.. pls pls pls..walk the talk.. islam for all.. ~ Muhammad Faiz Fadzil malayunya -

Pas untuk semua ... Pas bagi siapa jika kita gagal untuk mendengar penjelasan & alasan orang lain dalam pelaksanaan hudud?

Pas bagi siapa jika kita gagal untuk menghormati ahli gabungan kita dengan mengalihkan kegagalan UG kepada orang lain?

Pas bagi siapa jika kita gagal untuk menghargai perbezaan pendapat di kalangan pemimpin parti yang dipilih ? Pas bagi siapa jika kita menggalakkan ahli-ahli parti kita sendiri untuk meninggalkan parti?

Pas bukan untuk semua, melainkan pas untuk saya .. tolonglah tolonglah tolonglah..kotakan apa yang dikata .. islam untuk semua ..

Muhammad Faiz Fadzil


al-Husseyn

Rais: 'Budi bahasa' boleh kurang krisis Najib-Mahathir

Posted: 20 May 2015 07:15 PM PDT

BOLEH CAYA KE?


Image result for rais yatim rogol amahSeorang bekas menteri kabinet berkata jika amalan budi diamalkan di semua peringkat kepimpinan, krisis antara Pe Najib Razak dan Mahathir Mohamad mungkin "seserius" apa yang berlaku.

"Budi bahasa Melayu dan cara kita berbudaya harus masuk ke dalam kepimpinan juga," kata Rais Yatim, bekas menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan.


KAH KAH KAH
woit
satu nak tanya
boleh caya ke
cakap seorang perogol
perogol amah
perogol amah dari indon

ROGOL ROGOLIA

Image result for rais yatim rogol amah

-------------

Bung Moktar Bimbang Diculik

Posted: 20 May 2015 06:45 PM PDT



Penculikan terbaru di Sandakan oleh lelaki bersenjata dari Filipina membuatkan anggota Parlimen Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) rasa tidak selamat.

Sewaktu membahaskan usul tergempar yang dukemukakan oleh Raime Unggi (BN-Tenom) berhubung penculikan itu, Bung Moktar berkata kadang kala beliau perlu sampai ke satu tempat dalam kawasannya dengan menaiki bot.

"Saya takut saya akan diculik pada bila-bila masa (semasa berada atas bot)," katanya dalam Dewan Rakyat.

Bung Moktar berkata beliau bersyukur semua rakannya sejawatannya dari Sabah masih selamat, maka setakat ini mereka tidak diculik sewaktu makan di restoran.

Anggota Majlis Tertinggi Umno itu berkata beliau mengambil berat mengenai tahap keselamatan kerana mereka menjadi sasaran bernilai tinggi.

"Kami akan menjadi mangsa pertama untuk diculik," katanya.

Hadi Bohong Tentang Idea Kerajaan Perpaduan PKR nafi Anwar setuju idea k'jaan perpaduan

Posted: 20 May 2015 06:15 PM PDT


PKR hari ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim atau mana-mana pimpinan parti itu telah atau pernah bersetuju dengan idea bergabung dengan Umno di dalam sebuah kerajaan perpaduan seperti yang dirujuk oleh Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, semalam.

Naib Presiden yang juga setiausaha agung PKR, Rafizi Ramli berkata beliau diberi mandat oleh biro politik PKR untuk menafikan perkara itu.

"PKR berharap kami tidak diheret di dalam persoalan dalaman PAS," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.


Menurutnya, fokus PKR adalah untuk membela rakyat dan memperbaiki institusi kerajaan yang didakwanya rosak di bawah BN.

"Apatah lagi di saat-saat rakyat tertekan dengan GST, skandal 1MDB, penggunaan dana rakyat dalam Tabung Haji, Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain," tambahnya.

PKR, katanya, percaya Umno berada pada keadaan yang paling lemah.

Menurut Rafizi lagi, ini adalah masa terbaik untuk memberi peluang perubahan kepada rakyat Malaysia.

Bercakap dalam program 'Bicara Harakah' semalam, Hadi berkata idea kerajaan perpaduan itu ketengahkan selepas krisis di Perak.

Presiden PAS itu berkata: "Pada masa itu, BN cuba nak pancing kita. Kita tidak mengulangi untuk menyertai BN.

"Biasanya sejarah dahulu tidak berulang benda yang sama. Jadi kita kemukakan idea kerajaan perpaduan. 


Ini dipersetujui bersama pertemuan antara saya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul am (Datuk Nik Aziz Nik Mat). Dan kita bersetuju ketengahkan perkara ini.

"DAP pun bersetuju. Tapi malangnya perkara itu terbantut kerana BN tidak dapat menerimanya. Itu ceritanya. Benda tu dah hilang. Dah luput daripada sejarahnya."
KATA ULAMAK PERWARIS NABI,  MACAM MANA BOLEH BERCAKAP BOHONG?

Dua bulan Anita Sarawak tidak dapat dihubungi. FMT Reporters

Posted: 20 May 2015 05:45 PM PDT

 
anita sarawak
Selepas berhijrah ke Las Vegas memulakan kehidupan baharu, Anita Sarawak sentiasa berhubungan dengan adiknya, Noorkumalasari, namun sejak Mac lalu mereka terputus hubungan.


PETALING JAYA: Anita Sarawak, satu nama sangat berpengaruh dalam dunia hiburan tempatan sejak tahun 1980an lagi.

Dia, antara selebriti yang masih mempertahankan tiaranya dalam hati setiap peminat serta penggiat seni hiburan, khususnya muzik. Namun sejak tahun 2013, kelibat artis ini sudah tidak kelihatan.

Lebih buruk apabila dia terputus 0hilang hubungan dengan adik-beradiknya sendiri sejak bulan Mac lalu.

Salah seorang adiknya, Noorkumalasari Mohd Taib akui, dia agak risau apabila kakaknya sudah hampir dua bulan tidak dapat dihubungi.

"Ini jangka masa yang paling lama kami tak berhubungan dan ia agak merisaukan. Apapun, saya berharap dia selamat dan menjalani kehidupan yang diingininya iaitu jauh daripada dunia glamour hiburan, menjadi seorang isteri, wanita yang biasa," kata Noorkumalasari dalam satu temubual eksklusif dengan The New Paper.

Anita Sarawak atau nama sebenarnya Ithnaini Mohd Taib merupakan anak kepada seniwati filem Melayu yang mashyur iaitu Allahyarham S. Roomai Noor dan Allahyarhamah Siput Sarawak.

Wanita kelahiran Singapura yang dianggap diva dunia hiburan tempatan, Anita, hilang dari radar kegemerlapan dunia hiburan selepas 2013 apabila bertekad untuk kembali ke Las Vegas, Amerika Syarkat dengan suaminya seorang warga British, Mohamad Mahathir Abdullah untuk memulakan kehidupan yang lebih privasi dan tertutup.

Kehilangannya yang berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang berita atau laporan atas permintaan Anita sendiri yang tidak mahu ditemuramah atau didekati media.

"Saya pernah beritahu dia, wartawan mencarinya. Tetapi di berkata, bagi tahu mereka saya tidak berminat lagi'," kata Noorkumalasari.

Dia berkata, Anita seronok hidup secara sederhana selepas bersara dari dunia hiburan.

Anita pernah berada di Las Vegas sekitar tahun 1985 hingga 2001, membuat persembahan pentas sebelum kembali ke Singapura dan kemudian berhijrah ke Malaysia.

"Sewaktu detik-detik persaraan dari industri hiburan, Anita berhadapan masalah sakit lutut. Dia mahu beri tumpuan pada kesihatanya. Namun, dia sayangkan peminatnya dan selalu mengingati mereka," cerita Noorkumalasari.

Dia akui, bukan mudah bagi kakaknya mengambil keputusan yang sangat besar dalam hidupnya, iaitu bersara daripada dunia hiburan. Sememangnya, muzik dan hiburan sebahagian daripada darah dagingnya sendiri.

"Saya harap semua orang akan menghormati keputusannya," pintanya.

Mengenang nasib kakaknya lagi, Noorkumalasari berharap Anita sedang sibuk berjelajah atau memperlahankan aktiviti komunikasinya.

"Dalam masa yang sama saya risau jika dia sedang sakit atau tidak sihat. Saya merasakan sesuatu yang tidak baik tetapi cuba memtenteramkan diri dengan mengharapkan yang terbaik sahaja," katanya yang tidak pernah lupa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kakaknya setiap kali solat.

Noor Kumalasari berkata, dia sangat resah apabila tidak menerima sebarang panggilan dari kakaknya pada hari kelahirannya pada bulan lalu.

Katanya, ia agak janggal kerana Anita tidak pernah tidak menghubunginya pada hari jadinya sebelum ini.

Anita juga hilang hubungan dengan semua adik-beradik yang lain. Semua pesanan ringkas, panggilan telefon tidak terjawab.

Bukan itu sahaja, kawan baik Anita juga tidak dapat mengesan Anita termasuk mencari tempat tinggalnya di Las Vegas.

Di sebalik ketiadaan Anita, pelbagai khabar angin tersebar menyatakan beliau sudah berpisah dengan suaminya dan telah mula berhijab.

Bagi Noorkumalasari, semua khabar angin itu tidak benar.

"Itu sebabnya saya mahu dia menghubungi saya dan memberitahu segala-galanya tentang kesahihan khabar angin itu," katanya.

Ditanya tentang hubungan mereka berdua, Noorkumalasari memberitahu mereka sangat serasi dan saling menasihati.

"Dia mungkin berada jauh tetapi saya amat sayangkan dia sepenuh hati. Saya sentiasa mengingatinya dalam doa saya."

Demi maruah, lebih baik Pandikar Amin berundur - Khairil Ashraf

Posted: 20 May 2015 05:00 PM PDT

Daripada terus bekerja dalam keadaan tidak dipercayai atau mungkin diminta mengundurkan diri selepas ini, pilihan terbaik bagi Pandikar Amin adalah menghantar semula surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri.

pandikar amin

PETALING JAYA : Kontroversi isu peletakan jawatan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sudah pasti menjejaskan hubungannya dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Shahbudin Husin berkata, tindakan Pandikar Amin yang berjumpa Tun Dr Mahathir Mohamad dan meluahkan hasrat untuk meletak jawatan telah melukakan hati Najib.

Katanya, perbuatan Pandikar Amin yang membelakangkan Najib sekaligus menjejaskan kepercayaan Perdana Menteri terhadap kredibiliti Pandikar Amin.

"Perdana Menteri tentu berkecil hati apabila mengetahui Pandikar Amin secara sembunyi-sembunyi dan mengadu pelbagai perkara kepada Dr Mahathir yang merupakan musuh utamanya.

"Sudah tentu timbul dalam pemikiran Najib, jika hal perabot pun diadukannya kepada Dr Mahathir, tentulah hal-hal lain yang lebih besar turut menjadi tajuk perbincangan yang dibawa oleh Pandikar Amin.

"Najib juga pastinya terguris hati kerana Pandikar Amin lebih dulu mengadu kepada Dr Mahathir mengenai peletakan jawatannya sedangkan beliau adalah Perdana Menteri yang melantiknya ke jawatan Speaker," katanya dalam entri shahbudindotcom.blogspot.com.

Dia berkata, walaupun Pandikar Amin sehingga kini boleh kekal sebagai Speaker Dewan Rakyat, namun tidak mustahil Perdana Menteri mula mencari nama lain bagi menggantikan tempatnya disebabkan sikap 'main dua kolam' yang ditunjukkan oleh Pandikar Amin.

"Siapa pun berada di tempat Najib, kepercayaannya tentu saja sudah berkecai terhadap Pandikar Amin yang seolah-olah sudah 'main dua kolam' dengannya.

"Ketika Najib sudah beberapa kali berikrar tidak akan menyerah kalah atau tunduk kepada desakan Tun Mahathir yang memintanya agar berundur, sikap Pandikar Amin ini umpama duri dalam daging kepada kelangsungan hayat politiknya," katanya.

Shahbudin berkata, daripada terus bekerja dalam keadaan tidak dipercayai atau mungkin diminta mengundurkan diri selepas ini, pilihan terbaik bagi Pandikar Amin adalah menghantar semula surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri.

Katanya, hanya dengan cara meletak jawatan Speaker Rakyat dapat memulihkan imej dan kredibiliti Pandikar Amin yang telah tercalar itu.

"Kalau pun tidak sepenuhnya, sisa-sisa rasa hormat kepadanya tetap ada jika beliau berani berbuat demikian berbanding terus berada di situ," katanya.

Anwar tidak pernah setuju PKR-UMNO bergabung - FMT Reporters

Posted: 20 May 2015 04:30 PM PDT

anwar_pas_dap_pkr_600

Anwar Ibrahim atau mana-mana pimpinan PKR tidak pernah bersetuju dengan idea bergabung dengan UMNO untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.

anwar_pas_dap_pkr_600

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah bersetuju bergabung bersama UMNO untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.

Sehubungan itu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menafikan kenyataan yang dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Anwar Ibrahim atau mana-mana pimpinan parti tidak pernah bersetuju dengan idea bergabung dengan UMNO di dalam sebuah Kerajaan Perpaduan seperti yang dirujuk oleh Hadi semalam," katanya.

Rafizi berkata, PKR tidak mahu diheret dalam permasalahan dalaman yang dihadapi Pas ketika ini.

Dia yang juga Setiausaha Agung PKR berkata, PKR pada masa ini hanya untuk membela rakyat dan memperbaiki institusi kerajaan yang rosak di bawah Barisan Nasional (BN).

"Apatah lagi di saat-saat rakyat tertekan dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), penggunaan dana-dana rakyat dalam Tabung Haji, Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain," katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, PKR percaya UMNO ketika ini berada dalam keadaan paling lemah dan masa terbaik untuk memberi peluang rakyat Malaysia membuat perubahan.

Dalam program 'Bicara Harakah' di Kuala Lumpur pada Selasa, Hadi dilaporkan berkata Anwar, Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat dan dia sendiri telah berjumpa dan bersetuju untuk mewujudkan kerajaan perpaduan bersama UMNO.

"DAP pun bersetuju. Tapi malangnya perkara itu terbantut kerana BN tidak dapat menerimanya. Itu ceritanya. 


Benda tu dah hilang. Dah luput daripada sejarahnya," kata Hadi.
 

See more at: http://www.freemalaysiatoday.com.

Anwar tidak pernah setuju PKR-UMNO bergabung

 | May 20, 2015
Anwar Ibrahim atau mana-mana pimpinan PKR tidak pernah bersetuju dengan idea bergabung dengan UMNO untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.
anwar_pas_dap_pkr_600
PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah bersetuju bergabung bersama UMNO untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.
Sehubungan itu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menafikan kenyataan yang dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Anwar Ibrahim atau mana-mana pimpinan parti tidak pernah bersetuju dengan idea bergabung dengan UMNO di dalam sebuah Kerajaan Perpaduan seperti yang dirujuk oleh Hadi semalam," katanya.
Rafizi berkata, PKR tidak mahu diheret dalam permasalahan dalaman yang dihadapi Pas ketika ini.
Dia yang juga Setiausaha Agung PKR berkata, PKR pada masa ini hanya untuk membela rakyat dan memperbaiki institusi kerajaan yang rosak di bawah Barisan Nasional (BN).
"Apatah lagi di saat-saat rakyat tertekan dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), penggunaan dana-dana rakyat dalam Tabung Haji, Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain," katanya.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, PKR percaya UMNO ketika ini berada dalam keadaan paling lemah dan masa terbaik untuk memberi peluang rakyat Malaysia membuat perubahan.
Dalam program 'Bicara Harakah' di Kuala Lumpur pada Selasa, Hadi dilaporkan berkata Anwar, Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat dan dia sendiri telah berjumpa dan bersetuju untuk mewujudkan kerajaan perpaduan bersama UMNO.
"DAP pun bersetuju. Tapi malangnya perkara itu terbantut kerana BN tidak dapat menerimanya. Itu ceritanya. Benda tu dah hilang. Dah luput daripada sejarahnya," kata Hadi.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/05/20/anwar-tidak-pernah-setuju-pkr-umno-bergabung/#sthash.u0YM12Hf.dpuf

Terima kasih Azmin kerana prihatin- Lau Weng San Faiz Zainudin

Posted: 20 May 2015 09:00 AM PDT

 
azmin-dap-mp

Lau Weng San menafikan perkataan 'lengkap' yang digunakan untuk membandingkan pentadbiran Mohamed Azmin Ali dengan mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merujuk kepada 'cekap'.

PETALING JAYA: Wakil Rakyat DAP Selangor, Lau Weng San memuji keprihatian Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali terhadap isu yang telah dibangkitkannya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunku, berkata beliau telah menerima panggilan telefon daripada Azmin dan Setiausaha Politik Menteri Besar berhubung soalan yang telah dikemukakannya.

"Menteri Besar telah memaklumkan bahawa beliau telah mengarahkan Pegawai Kewangan Negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor untuk mempercepatkan pemprosesan maklumat berkenaan.

"Saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Menteri Besar dan pejabatnya kerana prihatin dengan isu yang dibangktikan. Maka saya akan menunggu jawapan daripada pegawai-pegawai yang berkenaan," katanya.

Weng San berkata, dia berterima kasih kasih di atas keprihatinan Pejabat Menteri Besar Selangor dan akan menunggu jawapan daripada pegawai kerajaan negeri yang berkenaan.

Dia juga menafikan perkataan 'lengkap' yang digunakan untuk membandingkan pentadbiran Azmin dengan mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merujuk kepada 'cekap'.

"Saya pernah membangkitkan perkara yang hampir sama dalam sidang DUN pada Mac 2012 dan jawapan yang saya terima pada masa itu adalah lebih lengkap.

"Namun begitu, perkataan 'lengkap' tidak boleh disama-ertikan dengan maksud atau perkataan 'cekap'. Lebih-lebih lagi, saya tidak bermaksud bahawa pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim lebih cekap hanya kerana jawapannya lebih lengkap," katanya.

Weng San meminta maaf kerana laporan itu telah menimbulkan perselisihan pendapat yang tidak diingini.

Pada Isnin lalu, Weng San atas kapasiti sebagai Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat (JP-ABAS) dilaporkan mengkritik pentadbiran Azmin kerana lambat memberi jawapan terhadap soalan yang dikemukakan dalam Dewan Negeri Selangor pada Mac lalu.

Sirul keluar Malaysia secara sah- Zahid Hamidi - Ranjeet Muthukumar

Posted: 20 May 2015 08:15 AM PDT

 
Zahid-Hamidi_sirul_600

Dia meninggalkan negara ini sebelum Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya yang telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu.

PETALING JAYA: Bekas anggota elit polis, Koperal Sirul Azhar Umar keluar dari Malaysia dengan keluar kebenaran mahkamah, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, Sirul yang kini ditahan di Australia meninggalkan negara ini sebelum Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya yang telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu.

"Koperal Sirul telah dibenarkan untuk meninggalkan negara atas kebenaran mahkamah.

"Selaras dengan peruntukan di bawah Akta dan Peraturan Imigresen 1959/63, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak akan menghalang seseorang yang hendak keluar atau masuk negara jika nama seseorang itu tidak tersenarai dalam senarai syak Jabatan dan juga memenuhi syarat," katanya melalui jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen DAP Batu Kawan, Kasthuriraani Patoo.

Kasthuriraani meminta Zahid menjelaskan bagaimana Sirul dapat melarikan diri merentasi sekatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Imigresen Malaysia menaiki penerbangan dan selamat mendarat di Australia memandangkan hukuman gantung telah dijatuhkan ke atas beliau.

Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Persekutuan sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan tertuduh pertama, Cif Inspektor Azilah Hadri, 38, dan Sirul Azhar dengan alasan Mahkamah Rayuan terkhilaf dalam keputusannya.

Justeru, hukuman mati terhadap Azilah dan Sirul yang diputuskan Mahkamah Tinggi sebelum itu kekal

Kenyataan ‘flip-flop’ Najib bukti 1MDB tiada aset tunai FMT Reporters

Posted: 20 May 2015 07:30 AM PDT

 
najib crack
Kenyataan Najib yang tidak konsisten memberi bayangan bahawa syarikat 1MDB yang membuat pelaburan di Pulau Cayman itu sebenarnya tidak lagi mempunyai aset tunai yang disimpan di BSI.

KUALA LUMPUR: Kenyataan-kenyataan yang tidak konsisten mengenai syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberi gambaran bahawa syarikat itu tidak lagi mempunyai aset tunai berjumlah AS1.1 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengeluarkan fakta berbeza-beza setiap kali diminta memberi kenyataan tentang 1MDB telah membawa kepada kesangsian jika 1MDB masih memiliki aset tunai.

"Pada 10 Mac misalnya, Najib dalam satu jawapan bertulis menyatakan bahawa baki dana pelaburan syarikat 1MDB di Pulau Cayman sebanyak AS1.103 bilion telah ditebus dalam bentuk wang tunai dan masih disimpan dalam mata wang AS Dolar di Bank Limited Singapore (BSI Singapore).

"Namun, pada 19 Mei dalam satu jawapan bertulis pula, Najib yang juga Perdana Menteri menyatakan baki pelaburan yang telah ditebus oleh syarikat 1MDB adalah dalam bentuk aset di dalam mata wang AS Dolar dan bukan lagi dalam bentuk wang tunai," kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee.

Menurutnya, kenyataan 'flip-flop' Najib jelas memberi bayangan bahawa syarikat yang membuat pelaburan di Pulau Cayman itu sebenarnya tidak lagi mempunyai aset tunai yang disimpan di BSI.

"Aset itu adalah dalam bentuk kertas, tapi bukannya lagi dalam bentuk wang tunai. Kenyataan itu adalah pengakuan bahawa 1MDB tidak lagi miliki wang tunai sebanyak AS1.1 bilion dolar di BSI.

"Bahkan, nilai aset yang disimpan juga langsung tidak diketahui," ujarnya.

Kata Tony lagi, semua kenyataan yang dikeluarkan oleh Najib berhubung pemilikan wang tunai oleh syarikat 1MDB adalah tidak benar dan jelas menipu rakyat.

MEPS kurangkan caj transaksi kepada 50 sen - FMT Reporters

Posted: 20 May 2015 06:45 AM PDT


MEPS_600
Selain pengurangan caj transaksi, had pindahan juga akan dinaikkan daripada RM5,000 ketika ini.
kepada RM10,000 pada 30 Jun, 2015 dan dinaikkan lagi kepada RM30,000 pada awal tahun depan.

KUALA LUMPUR- Malaysian Electronic Payment System Sdn Bhd (MEPS), penyedia rangkaian antara bank menetapkan siling bagi caj perkhidmatan Pemindahan Dana Antara Bank (IBFT) pada 50 sen setiap transaksi.

Caj baharu yang dijadual akan dilaksana berkuatkuasa 1 Jun 2015 ini adalah bagi transaksi di ATM, Internet dan saluran Perbankan Mudah Alih oleh semua bank yang menyertai perkhidmatan MEPS.

Selain pengurangan caj transaksi, had pindahan juga akan dinaikkan daripada RM5,000 ketika ini kepada RM10,000 pada 30 Jun, 2015 dan dinaikkan lagi kepada RM30,000 pada awal tahun depan.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Zulkanain Kassim dalam satu kenyataan media berkata, ia sebagai langkah yang bakal memudahkan orang ramai khususnya ahli perniagaan.

"Pelanggan runcit, komersial dan korporat, termasuk PKS akan mendapat manfaat yang besar daripada pengurangan caj dan kenaikan had pindahan itu," katanya.

Inisiatif terkini MEPS itu merupakan insentif kepada orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan pemindahan dananya yang selamat, mudah dan pada tepat masa.

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Muhammad Ibrahim pula berkata industri pembayaran mula membuat lonjakan yang signifikan, dengan pelaksanaan pengurangan caj IBFT dan penyelarasan siling fi oleh MEPS.

"BNM mengalu-alukan inisiatif proaktif itu oleh institusi kewangan dan organisasi seperti MEPS untuk memacu peralihan kepada pembayaran elektronik," katanya.

Tidak wajar syarikat tanggung GST, kata Shabery FMT Reporters

Posted: 20 May 2015 06:00 AM PDT

 
Ahmad-Shabery-Cheek_gst_600

GST merupakan cukai kepenggunaan dan mengharapkan pihak industri menanggung cukai itu akan memberi isyarat tidak baik kepada pelabur luar.

PETALING JAYA: Meminta pihak syarikat menyerap Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah bertentangan dengan prinsip cukai kepenggunaan itu perkenalkan, kata Datuk Seri Shabery Cheek.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, ia juga bukan isyarat yang baik kepada syarikat terutama kepada pelabur luar sekiranya mereka terpaksa menanggung GST.

"Saya tidak bertujuan untuk membela syarikat telco namun kita kena kembali kepada prinsip GST adakah ia mesti ditanggung oleh syarikat kerana GST adalah cukai kepenggunaan.

"Saya rasa ia bukan isyarat yang kita mahu berikan kepada industri di negara ini," katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Titiwangsa (BN),Datuk Johari Abdul Ghani di Dewan Rakyat pada Rabu Rabu.

Shabery berkata, kerajaan bagaimanapun akan mencari jalan untuk menambahbaik GST seperti di negara lain yang telah lama melaksanakan cukai itu.

"Tidak adil bila seorang pengguna beli kad isian semula telefon bimbit berharga RM10, bermakna mereka hanya memindahkan nilai wang kepada digital dalam sistem telefon mereka, perkhidmatan belum lagi digunakan oleh pengguna waktu tersebut, oleh itu tidak wajar kerajaan kenakan GST hanya membeli kad tersebut.

"Jadi kita cari formula bila mereka beli kad, diaktifkan tetap dapat RM10, GST dikenakan bila ia digunakan dan ini sama seperti mereka yang gunakan kad 'touch n go', bila bayar parking baru dikenakan GST," katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga telah meminta telco menurunkan kadar tarif sebagai timbal balik GST yang dibayar rakyat dan mendapat nilai bercakap serta nilai penggunaan lebih kurang sama seperti sebelum GST.

Pelaburan agensi kerajaan dalam 1MDB berisiko walau dijamin kerajaan

Posted: 20 May 2015 05:15 AM PDT


 
Rafizi-Ramli_1mdb_600
Masalah kewangan 1MDB telah menjadi satu risiko kewangan yang besar bukan sahaja kepada syarikat itu, malah kepada keseluruhan Perbendaharaan Negara.
 

Oleh YB Rafizi Ramli

Jawapan Perdana Menteri bagi soalan bertulis saya bertarikh 18 Mei 2015 mengesahkan bahawa pelaburan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) adalah lebih besar dari apa yang pernah dilaporkan sebelum ini. 

Selain dari pinjaman RM4 bilion yang diberikan kepada bekas anak syarikat 1MDB iaitu SRC International Sdn Bhd, Perdana Menteri mengesahkan bahawa KWAP juga mempunyai pelaburan dan pegangan berjumlah RM1.4 bilion di dalam 4 anak syarikat 1MDB termasuklah Bandar Malaysia Sdn Bhd.

Ini bermakna dari RM1.5 bilion bon yang diterbitkan oleh 1MDB (melalui Bandar Malaysia Sdn Bhd) bagi membiayai penempatan semula operasi ketenteraan di Kem Udara Sungai Besi, RM920.8 juta telah dilanggan oleh Tabung Haji dan besar kemungkinan baki RM579.2 juta telah dilanggan oleh KWAP. 

Baki pelaburan dan pegangan KWAP yang lain berkemungkinan dalam bentuk bon yang diterbitkan oleh anak-anak syarikat 1MDB yang disenaraikan Perdana Menteri pada hari Isnin.

Jawapan Perdana Menteri itu juga mengesahkan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga terdedah kepada risiko kewangan 1MDB melalui pelaburan dan pegangannya yang berjumlah RM1.72 bilion.

Saya kurang bersetuju dengan pendapat Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan bahawa pegangan bon di dalam 1MDB dan anak-anak syarikat janakuasa 1MDB adalah selamat kerana ia dijamin kerajaan. 

Beliau juga dipetik dengan berkata bahawa sekiranya 1MDB mengalami masalah pun, apabila aset-aset 1MDB dijual KWSP akan mendapat keutamaan dalam mendapatkan kembali nilai pelaburan RM1.72 bilion itu.

Hakikatnya, masalah kewangan 1MDB telah menjadi satu risiko kewangan yang besar bukan sahaja kepada syarikat itu, malah kepada keseluruhan Perbendaharaan Negara. Oleh kerana banyak hutang-hutang 1MDB dijamin oleh Kerajaan Persekutuan, sebarang kegagalan membayar hutang perlulah ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan.

Dalam keadaan kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan juga rapuh, ada kemungkinan besar sekiranya 1MDB gagal, Kerajaan Persekutuan akan berunding dengan agensi-agensi kerajaan seperti KWAP, KWSP, Tabung Haji dan lain-lain untuk melengahkan pembayaran atau menggantikan pembayaran dengan aset bukan tunai untuk membantu aliran tunai Perbendaharaan Negara. 

Memandangkan KWAP, KWSP dan Tabung Haji adalah agensi Kerajaan, besar kemungkinan agensi-agensi ini terpaksa akur dengan permintaan Kerajaan Persekutuan.

Oleh yang demikian, bukanlah mudah untuk mengutip hutang dari 1MDB apabila syarikat itu gagal seperti mana yang diwar-warkan oleh beberapa pihak sebelum ini. 

Tambahan pula, hutang RM42 bilion oleh 1MDB itu berhadapan dengan risiko "cross default" (kegagalan berturut-turut membayar hutang apabila 1MDB gagal membayar satu hutang) yang boleh membawa kesan besar kepada sistem kewangan negara. 

Apabila ini terjadi, kepentingan Kerajaan Persekutuan ialah memulihkan sistem kewangan negara dan sebarang tuntutan oleh badan-badan kerajaan seperti KWAP, KWSP dan Tabung Haji akan dilengah-lengahkan.

Oleh itu, saya menggesa supaya KWAP, KWSP dan Tabung Haji dengan segera membuat keputusan melupuskan pegangan dan pelaburan di dalam 1MDB terutamanya di dalam bon-bon bagi melindungi kepentingan pencarum. 

Dengan segala masalah yang dihadapi 1MDB yang telah menjejaskan kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan, adalah lebih selamat sekiranya KWAP, KWSP dan Tabung Haji mengambil pendirian "mencegah lebih baik" ("prevention is better than cure").

Rafizi Ramli merupakan Naib Presiden PKR/ Setiausaha Agung PKR/ Ahli Parlimen Panda.

“Guan Eng, jangan sibuk serang orang saja” Faiz Zainudin

Posted: 20 May 2015 04:30 AM PDT

Setiausaha Agung DAP dinasihatkan supaya berhenti membuat kritikan kepada Abdul Hadi kerana tindakan beliau boleh mengeruhkan lagi hubungan PR. 

mahfuz-guan-eng

PETALING JAYA: Pas membidas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menuduh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai penghalang utama pembentukan Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat (PR).

Datuk Mahfuz Omar berkata, Guan Eng sepatutnya berhenti membuat serangan terhadap kepemimpinan Pas terutamanya Abdul Hadi.

"Lebih baik Lim Guan Eng merujuk kepada Ketua Whip DAP, YB Loke Siew Fook dalam hal Kabinet Bayangan sebelum begitu sibuk menyerang orang lain.

"Semua pimpinan PR perlu kembali ke meja rundingan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dengan suasana damai dan harmoni," katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, Ketua Whip DAP, PKR dan Pas telah bermesyuarat bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan berjaya mencapai kata sepakat.

Katanya, isu Kabinet Bayangan PR tidak berbangkit atas faktor keutamaan perlu diberikan kepada proses mereformasikan institusi Parlimen.

Dalam perkembangan sama, Mahfuz berkata, kesemua 21 Ahli Parlimen Pas telah dibahagi tugas masing-masing mengikut portfolio kementerian dalam pembentukan Jawatankuasa Parlimen PR.

Ahli Parlimen BN,PR sokong Pandikar Amin Adam Abu Bakar

Posted: 20 May 2015 03:45 AM PDT

 
pandikar-amin

Ahli Parlimen menyokong penambahbaikan Parlimen dan setuju jawatan Menteri yang bertanggungjawab terhadap Parlimen dimansuhkan bagi memberi kuasa penuh kepada Speaker Dewan Rakyat.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) setuju dengan cadangan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia supaya Parlimen ditambah baik.

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad berkata, pemansuhan Akta Perkhidmatan Parlimen pada 1992 menyebaban kuasa Parlimen terhad.

"Suatu perubahan serta reformasi terhadap Parlimen terutamanya daripada segi Akta Perkhidmatan Parlimen harus dikembalikan semula bagi meletakkan Dewan Rakyat dan negara di tempat sepatutnya.

"Ia juga bagi membezakan ataupun jauh sedikit daripada pihak Eksekutif dan seharusnya ada garisan diantara Eksekutif dan Parlimen," katanya.

Ketua Whip Parlimen DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, kesemua Ahli Parlimen DAP menyokong saranan Pandikar Amin itu.

Katanya, kuasa Menteri yang bertanggungjawab terhadap Parlimen juga sepatutnya dihadkan dan jawatan kuasa Dewan dianggotai Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

"Ketika ini, menteri tersebut seolah-olah diberikan terlalu banyak kuasa untuk mengawal pentadbiran di Parlimen," katanya.

Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 dimansuhkan di bawah pentadbiran Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua Whip PAS, Datuk Mahfuz Omar menyatakan dari segi prinsip, Parlimen di negara ini haruslah dibebaskan daripada menteri.

"Namun, apabila ada jawatan Menteri Hal Ehwal Parlimen, ia menyebabkan Speaker bertindak tidak bebas dan setiap keputusannya itu dipengaruhi oleh menteri berkenaan," katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, senario itu menyebabkan Speaker Dewan Rakyat harus bertindak sebagai 'rubber stamp'.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul pula menyifatkan Menteri berkenaan, Datuk Seri Shahidan Kassim, seolah-olah menguasai Parlimen.

Katanya, keadaan itu menjadikan Speaker Dewan Rakyat sukar untuk menjalankan tugasnya.
"Seolah-olah kita mempunyai dua bos. Satu Speaker Dewan Rakyat, seorang lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri," katanya.

Ahli Parlimen PKR itu turut percaya, jika kuasa di antara Speaker dan menteri diasingkan, maka masalah itu akan selesai.

"Di India juga ada Menteri yang bertugas di Parlimen, tetapi peranannya tidak sama. Di India ia bertugas sebagai koordinator, bukan bermakna tidak harus ada menteri, tetapi hanya bertugas sebagai penyelaras, tidak dominan," katanya.

VIDEO - Rafizi Ramli dan Lim Kit Siang Kota Bharu 10 Mei 2015

Posted: 20 May 2015 03:00 AM PDT


VIDEO - Kantoi ketika cuba rasuah polis FMT Reporters

Posted: 20 May 2015 02:15 AM PDT

 
 
 
 
Pemandu enggan menunjukkan lesen ketika diminta anggota polis sebaliknya cuba menawarkan rasuah.

rasuah_polis_600PETALING JAYA: Gelegat seorang pemandu kenderaan yang cuba merasuah anggota polis berjaya dirakam dan kemudian dimuat naik di laman sosial.

Dalam visual berdurasi 2.59 minit, seorang anggota polis bertugas telah meminta lelaki berkenaan menunjukkan lesen memandunya.

Bagaimanapun dia enggan dan kemudian mempersoalkan apa yang sebenarnya pegawai polis itu inginkan.

Lebih menjengkelkan, dalam bahasa Inggeris pasar yang dipertuturkan dan dengan nada menengking, dia menawarkan rasuah kepada pegawai terbabit.

"You want everything I give you..i give you money", kata lelaki berkenaan.

Dia juga mempersoalkan tindakan polis menahannya walaupun telah diberitahu kesalahannya melanggar lampu isyarat.

Kekalutan yang berlaku memaksa seorang lagi pegawai polis yang berada berdekatan masuk campur tetapi pembandu berkenaan masih mempersoalkan kenapa kenderaannya diarahkan berhenti.

Pada masa yang seorang penumpang wanita yang berada di sebelahnya cuba merakam gambar anggota polis bertugas.
Berdasarkan video yang dimuat naik utaranews.com, ia tidak menyatakan lokasi dan tarikh kejadian.

Tahniah & Syabas ! - Pemuda PAS Serah LIMA BUAH RUMAH Kepada Mangsa Banjir....

Posted: 20 May 2015 01:27 AM PDT

Mafiaboss Melayu's photo.Sehingga kini Pemuda PAS telah berjaya menyiapkan dan menyerahkan lima buah rumah kepada mangsa banjir di Kelantan. Namun, tiada program khas atau acara tertentu ketika penyerahan kunci tersebut.

"Serahan kunci dibuat tanpa majlis besar-besaran kerana mereka jauh lebih memerlukan rumah tersebut berbanding publisiti mungkin yang cuba diraih," coret Suhaizan Kayat dalam facebook miliknya.

Menurut Suhaizan lagi, lima buah lagi dalam proses yang akan siap secara berperingkat. Sementara lima buah lagi dalam proses mencari tapak yang sesuai. 

Akaun Perumahan Rakyat Budiman telah diaudit oleh juru audit luar yang bertauliah. Proses pembinaan rumah dipantau oleh sepasukan tenaga profesional dan pakar yang memberi khidmat nasihat dan pemantauan secara percuma.

"Hasrat saya dan rakan-rakan dalam Pemuda PAS Malaysia untuk membina lebih banyak rumah namun berdasarkan sumbangan yang ada, inilah sahaja rumah yang mampu kami dirikan setakat ini. 

"Sungguh saya berpuas hati melihat wajah-wajah gembira ahli keluarga yang menerima rumah-rumah ini. Inilah hasil daripada sumbangan rakyat Malaysia kepada mangsa banjir yang disalurkan melalui Pemuda PAS Malaysia selama ini," ujarnya lagi.

Beliau turut menjemput rakyat Malaysia turun menjengah dan melawat keadaan terkini mangsa-mangsa banjir ini, di samping menyeru menyatakan bahawa masih terlalu banyak sumbangan yang diperlukan oleh mangsa banjir.