Selasa, 19 Mei 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Kabinet Bayangan: Wan Azizah akui PR tiada peruntukkan Faiz Zainudin

Posted: 19 May 2015 07:30 PM PDT

 
Wan-Azizah_shadow_money_600

Pembangkang pernah memohon peruntukkan menerusi 'Parlimentary Reform' pada 2008 tetapi ditolak oleh kerajaan.

KUALA LUMPUR: Parti dalam Pakatan Rakyat terpaksa membuat Kabinet Bayangan sendiri kerana tiada peruntukkan mencukupi.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pembangkang pernah memohon peruntukkan menerusi 'Parlimentary Reform' pada 2008 tetapi ditolak oleh kerajaan.

Katanya, di bawah 'Parlimentary Reform' itu peruntukkan diberikan kerajaan untuk pembangkang menjalankan Kabinet Bayangan termasuk menggajikan pegawai penyelidik.

"Kita tak dapat merealisasikan kerana kerajaan menolak 'Parliamentary Reform' . Jadi setiap parti dalam Pakatan Rakyat buat sendiri (Kabinet Bayangan) sebab parti tanggung.

"Sepatutnya kerajaan BN menyediakan prasarana dan Parlimen sepatutnya menanggung kos untuk adakan kabinet Bayangan seperti di negara lain," katanya.

Presiden PKR itu berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan DAP menolak Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat dan mewujudkan Kabinet Bayangan DAP.

Pas juga menolak Kabinet Bayangan PR kerana berpendapat banyak lagi isu lebih besar yang perlu diberi perhatian.

Adakah orang Bugis atau hanya Najib suka mengungkit? FMT Reporters

Posted: 19 May 2015 07:00 PM PDT

 
najibpusaka

Perbuatan Perdana Menteri mengungkit-pemberian kepada rakyat adalah perbuatan terdesak bagi mendapatkan sokongan.

PETALING JAYA : Sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang suka mengungkit sejak kebelakangan ini menunjukkan beliau kehabisan modal untuk berhujah.

Malah, sikap 'buruk siku' Najib yang mengungkit pemberian kerajaan kepada rakyat merupakan perbuatan tidak baik dalam masyarakat Melayu.

"Dalam budaya Melayu, perbuatan mengungkit ini dipanggil 'buruk siku' dan ia dianggap perbuatan yang tidak baik. Selalunya hanya orang terdesak dan sudah kehabisan modal untuk berhujah saja yang suka melakukan perbuatan ungkit-mengungkit ini.

"Jasa yang lepas biarlah orang lain mengenang, bukan kita memberitahu agar dikenang," kata bekas Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Shahbudin Husin menerusi blognya, 

shahbudindotcom.blogspot.com.

Shahbudin berpendapat, tindakan Perdana Menteri mengungkit bantuan dan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad adalah perbuatan yang terdesak bagi mendapatkan sokongan.

Beliau berkata, adakah baik perbuatan Najib mengungkit pemberian kepada rakyat terutama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) jika ia melibatkan orang miskin dan berpendapatan rendah?

"Bukankah memang tanggung jawab kerajaan memberi perkhidmatan kepada rakyat? Apakah berdosa rakyat bersuara dan meluahkan perasaan mereka.

"Kalau terjumpa orang Bugis sehari dua ini, nanti saya tanyakan soalan, apa ini memang perangai orang Bugis atau hanya Najib satu-satunya Bugis yang ada sifat buruk siku ini," sindirnya.

Apakah Tun M tidak menyedari pembelian kapal selam? Roslan Bistamam

Posted: 19 May 2015 06:30 PM PDT

 
mahathir-abdullah-badawi-ka

Selain Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah, menteri kabinet dan Ahli Dewan Rakyat juga tahu butiran kontrak pembelian kapal selam Scorpene.

Kita sering dimaklumkan bahawa kerajaan melaksanakan kerja berasaskan tanggungjawab bersama dan kabinet membuat keputusan dalam perkara yang penting membabitkan isu sensitif seperti pendidikan, pertahanan, keselamatan dalam negeri, dasar luar negara dan banyak lagi.
Hakikatnya, keputusan membabitkan perkara sebegini terlalu sensitif untuk digalas atas bahu seorang individu.

Pembelian kapal selam Scorpene daripada Perancis antara perkara penting kerana ia melibatkan soal keselamatan negara. Seperti perkara lain yang berada dalam kategori itu, ia melalui proses yang sama sehingga kontrak pembeliannya ditandatangani pada Jun 2002.

Pada ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi masih menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Tidakkah salah seorang daripada mereka mengetahui secara terperinci butiran perjanjian jual beli tersebut? Persoalannya mengapakah mereka seperti menutup mata dan buat macam tidak tahu apa-apa?

Sudah tentu rundingan pembelian dua kapal selam berkenaan sudah bermula lebih awal sebelum  perjanjiannya ditandatangani  pada Jun 2002. Pada ketika itu Timbalan Menteri Pertahanan telah memaklumkan Dewan Rakyat mengenai kontraknya apabila perkara itu dibangkitkan.

Bahkan timbalan menteri berkenaan telah memaklumkan Dewan Rakyat jumlah yang akan dibayar kepada syarikat Malaysia bukannya komisyen tetapi kos perkhidmatan, penyelenggaraan dan latihan.

Kedua-dua mereka iaitu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sebenarnya tahu dan menyedari apa yang berlaku. Begitu juga dengan Ahli Dewan Rakyat dan kabinet. 

Jadi ianya bukan rahsia, bukan setakat kabinet tetapi juga di dalam Dewan Rakyat meskipun ketika itu jumlah pembangkang tidak seramai sekarang.

Keadaan yang berlaku sekarang adalah  sebaliknya apabila pembelian kapal selam Scorpene seolah-olah dilakukan secara rahsia antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pihak Perancis.

Peliknya Najib telah diminta menjelaskan butiran pembeliannya seperti hanya beliau seorang sahaja yang tahu.

Bukankah kita boleh merujuk kepada dokumen yang direkodkan di Dewan Rakyat. Memang tidak dapat dinafikan minit mesyuarat kabinet dilindungi Akta Rahsia Rasmi (OSA), khususnya yang berkaitan dengan pertahanan dan keselamatan negara tetapi pastinya Perdana Menteri dan Timbalannya pada masa berkenaan (2002) boleh mendapatnya terus.

Ia amat penting untuk menjelas berhubung isu pembelian kapal selam ini kerana mempunyai implikasi kepada kes pembunuhan yang dikaitkan dengannya.

Sebelum ini pihak berkuasa Perancis telah membuktikan Altantuya Shaariibu tidak mempunyai hubungan langsung dengan rundingan kontrak. 

 Malang sekali orang ramai tidak dimaklumkan maklumat penting ini. Sebab itu, pengkritik Najib membangkitkan isu ini dan mendesak penjelasan daripada beliau dan beranggapan bahawa perkara ini masih belum selesai.

Jet baru Najib boleh hentikan penculikan di Sabah, soal Dr M

Posted: 19 May 2015 06:00 PM PDT

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi blognya secara sinis bertanya jika pembelian jet rasmi baru kerajaan yang dipertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas alasan 'keselamatan', mampu menghentikan kes pencerobohan dan penculikan di Sabah serta penyeludupan senjata api di sempadan.

Tun Dr Mahathir Mohamad terus menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan mempertikaikan tahap keselamatan negara di pesisir pantai dan di kawasan sempadan utara Semenanjung Malaysia.

Menerusi blognya, Mahathir secara sinis bertanya jika pembelian jet rasmi baru kerajaan yang dipertahankan Najib atas alasan "keselamatan", mampu menghentikan kes pencerobohan dan penculikan di Sabah serta penyeludupan senjata api di sempadan.



"Pesawat untuk keselamatan. Adakah ia akan menghentikan penculikan dan pencerobohan sewenang-wenangnya di Sabah dan penyeludupan senjata api di sempadan utara tanah air?

"Atau adakah soal keselamatan hanya terhad untuk mereka yang terbang dengan jet?" soal Dr Mahathir menerusi tulisan terbaru di blognya petang ini. – tmi

Najib pun tumpang buat lawak!

Posted: 19 May 2015 05:30 PM PDT


Sepatutnya Najib luahkan kesedihan untuk rakyat BR1M RM300.00 tiga kali bayar = RM900.00 GST 6% sentiasa kena bayar tak kira bila nak masa bila membeli

Tapi.......adakah 6% ke atas harga asal? Aku rasa tidak....cuba korang tengok dalam N3 aku kat sini Aku tengok senyum Najib pun nampak pelik PM 'sedih' kena GST bising, dapat BR1M senyap mk -

10:34AM - 19 May 2015

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak "sedih" dengan orang ramai yang 'bising' apabila dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) namun 'senyap' selepas menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

"Kita harus memahami bukan hasrat kerajaan mahu susahkan rakyat, kita perkenalkan GST dengan menambahkan BR1M umpamanya sebanyak RM300, malangnya bila dah dapat duit banyak yang senyap.

"Sebaliknya kalau barang naik sikit, timbul rungutan. Kita dah sedar ada sedikit sebanyak kenaikan harga tetapi ada timbal balasnya yang diberikan kerajaan melalui kenaikan BR1M, pengurangan cukai pendapatan satu hingga tiga peratus, pengurangan cukai korporat dan sebagainya," katanya.

Najib berkata demikian dalam perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya pagi ini.

Perhimpunan bulanan itu turut di hadiri Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan; Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah; Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan kakitangan kementerian itu.

Najib turut mengakui menerima rungutan mengenai GST dari rakyat dan pantauan perlu diambil bagi menangani masalah itu.

"Untuk mengetahui rungutan mereka (rakyat) itu ada asas ataupun disebabkan pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan.

"Umpamanya kalau dulu sesuatu barangan itu dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tapi bila SST dimansuhkan diganti dengan GST sepatutnya mereka (penjual) kurangkan harga dan tambah enam peratus tetapi mereka telah kekalkan harga dan tambah enam peratus," katanya.

Jelasnya lagi, beliau meminta pihak berkuasa memantau kes seperti ini dan menghadapkan mereka yang bersalah ke muka pengadilan dengan kadar segera.

Posted by mountdweller

Jet baru Najib boleh hentikan penculikan di Sabah, soal Dr M

Posted: 19 May 2015 05:00 PM PDT



Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi blognya secara sinis bertanya jika pembelian jet rasmi baru kerajaan yang dipertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas alasan 'keselamatan', mampu menghentikan kes pencerobohan dan penculikan di Sabah serta penyeludupan senjata api di sempadan.

Tun Dr Mahathir Mohamad terus menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan mempertikaikan tahap keselamatan negara di pesisir pantai dan di kawasan sempadan utara Semenanjung Malaysia.

Menerusi blognya, Mahathir secara sinis bertanya jika pembelian jet rasmi baru kerajaan yang dipertahankan Najib atas alasan "keselamatan", mampu menghentikan kes pencerobohan dan penculikan di Sabah serta penyeludupan senjata api di sempadan.

"Pesawat untuk keselamatan. Adakah ia akan menghentikan penculikan dan pencerobohan sewenang-wenangnya di Sabah dan penyeludupan senjata api di sempadan utara tanah air?

"Atau adakah soal keselamatan hanya terhad untuk mereka yang terbang dengan jet?" soal Dr Mahathir menerusi tulisan terbaru di blognya petang ini. – tmi

VIDEO - Pandikar Malukan Tun Mahathir Untuk Kali Kedua ??

Posted: 19 May 2015 04:15 PM PDT




'Tak perlu orang lain umum perletakan jawatan saya'

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berpendapat Tun Dr Mahathir Mohamad memalukan dirinya sendiri dengan mendedahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, beliau sebelum ini menyatakan hasrat untuk berundur tetapi menarik balik keputusan itu selepas Najib berjanji menangani rungutannya dan mentransformasikan Parlimen.

Sambil menegaskan bahawa beliau tidak akan tunduk kepada eksekutif jika pembaharuan tidak ditunaikan sebelum parlimen dibubar, katanya, beliau sendiri akan mengumumkan peletakan jawatan tanpa perlu orang lain berbuat demikian bagi pihaknya.

Siasat juga kemewahan PM, Menteri – NGO Mohamad Fadli

Posted: 19 May 2015 09:00 AM PDT

 
NOW, MACC

Gejala kemewahan yang melampaui kemampuan adalah salah satu bentuk rasuah utama di negara ini.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa supaya tidak mengecualikan siasatan terhadap kekayaan luar biasa Perdana Menteri dan Menteri Kabinet.

Gesaan itu dibuat oleh Pusat Pemerhati dan Pemberi Maklumat Kebangsaan atau NOW, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Pengarah NOW, Akmal Nasir berkata, siasatan SPRM juga sepatutnya melibatkan kekayaan luar biasa Menteri-Menteri Besar, pegawai-pegawai kanan kerajaan, pengarah-pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), wakil-wakil rakyat serta ahli-ahli keluarga mereka.

"Gejala kemewahan yang melampaui kemampuan adalah salah satu bentuk rasuah utama di negara ini. Pengawasan yang ketat perlu apabila melibatkan mereka yang berkepentingan dan melibatkan kekayaan negara atau harta rakyat," katanya dalam satu kenyataan media.

Kenyataan Akmal itu sebagai respon kepada kenyataan SPRM sebelum ini, yang mana SPRM sedang mengawasi Setiausaha Peribadi dan Setiausaha Politik menteri-menteri Kabinet yang hidup mewah di luar kemampuan.

Dalam masa yang sama, Akmal turut menyambut baik pandangan SPRM bahawa undang-undang baru perlu digubal supaya mereka yang hidup mewah melampaui pendapatan dipaksa mengisytiharkan harta.

Katanya, Perdana Menteri, Menteri Kabinet dan pemimpin lain seharusnya mengisytiharkan harta sebelum dilantik dan isytihar secara berkala iaitu sekurang-kurangnya setiap dua tahun sepanjang tempoh memegang jawatan.

Dia berkata, SPRM pula bertanggungjawab untuk melaporkan harta yang diisytiharkan itu secara terbuka agar rakyat dapat menilai ketelusan dan memastikan gejala kemewahan yang melampaui kemampuan dapat dicegah.

Ini Cerita Sebenarnya....Patu Lah Nak Letak Jawatan !!

Posted: 19 May 2015 08:15 AM PDT


ANTARA ALASAN PANDIKAR AMIN MULIA BERHASRAT LETAK JAWATAN SEBAGAI SPEAKER DEWAN RAKYAT IALAH TIDAK BOLEH BERKERJASAMA DENGAN SHAHIDAN KASSIM DAN MAU JAWATAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI JAGA HAL EHWAL PARLIMEN DIMANSUHKAN?????

Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengakui menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai speaker Dewan Rakyat namun enggan diterima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pandikar berkata satu pertemuan bersama Najib diadakan di bangunan Parlimen pada 19 Mac lalu dan Najib bersetuju untuk menerima saranan bagi menambah baik perjalanan Parlimen.

"Najib ketika itu jangan bilang dia membaca surat saya. Dia tidak mahu terima, pegang pun dia tidak mahu.

"Sebaliknya dia tanya apa sebenarnya permasalahanmu sebagai speaker," katanya pada satu sidang media di kediaman rasminya di Bukit Tunku Kuala Lumpur, hari ini.

Pandikar berkata antara pembaharuan Parlimen yang dikehendakinya ialah mempunyai ketua pentadbir baru yang boleh bekerjasama dengan speaker. Katanya, bagi menghilangkan persepsi rakyat Parlimen dan speaker bertugas atas arahan kerajaan, jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen perlu ditiadakan.

"Jawatankuasa pilihan Parlimen baru juga perlu diwujudkan dan ditambah daripada lima jawatan kuasa pilihan yang sedia ada dalam usaha melicinkan proses perbahasan rang undang-undang.

 

"Bangunan dan infrastruktur serta kemudahan Parlimen Malaysia hendaklah dinaik taraf sedarjat seperti bangunan pentadbiran kerajaan di Putrajaya dan Istana Kehakiman," katanya.

Beliau berkata, Najib meminta masa untuk memenuhi segala kehendak bagi menambah baik perjalanan Parlimen kerana semuanya memerlukan persetujuan Kabinet. Katanya, mesyuarat Kabinet pada 10 April berbincang mengenai perkara yang diajukan dan mengarahkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengetuai kajian pembaharuan Parlimen termasuk penggubalan undang-undang.

"Adalah tidak benar perkara yang membawa kesinisan di mana-mana saja kenyataan akhbar yang speaker itu letak jawatan kerana merajuk tiada tandas atau perabot tidak sesuai dengan taraf Parlimen adalah tidak betul.

"Saya meletak jawatan atas niat saya mahu memartabatkan Parlimen Malaysia setaraf Parlimen kelas pertama di dunia," katanya.

Pandikar berkata, sudah menjadi janjinya selepas pilihan raya umum lalu untuk melakukan pembaharuan Parlimen dan sudah menunggu7 tahun untuk berbuat demikian.

Katanya, sebagai speaker, beliau akan terus mengamalkan konsep pengasingan kuasa dan tidak akan tunduk kepada kuasa eksekutif.

"Ini tahun ketujuh saya sebagai speaker, kalau tiada perubahan seperti saya sebut tadi, saya tidak akan teragak-agak menulis kepada perdana menteri dan saya akan meletak jawatan.

"Kalau apa yang saya sebut tidak ditunaikan eksekutif dalam tempoh sebelum Parlimen dibubar balik, saya akan hantar balik peletakan jawatan.

"Tidak perlu orang lain mengumumkan speaker meletakkan jawatan. Kalau perdana menteri tidak menerima peletakan jawatan saya, saya sendiri yang akan mengumumkan peletakan jawatan saya," katanya.

 BEGITU LAH CERITA SEBENARNYA !!

ANTARA ALASAN PANDIKAR AMIN MULIA BERHASRAT LETAK JAWATAN SEBAGAI SPEAKER DEWAN RAKYAT IALAH TIDAK BOLEH BERKERJASAMA DENGAN SHAHIDAN KASSIM DAN MAU JAWATAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI JAGA HAL EHWAL PARLIMEN DIMANSUHKAN????? Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengakui menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai speaker Dewan Rakyat namun enggan diterima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Pandikar berkata satu pertemuan bersama Najib diadakan di bangunan Parlimen pada 19 Mac lalu dan Najib bersetuju untuk menerima saranan bagi menambah baik perjalanan Parlimen. "Najib ketika itu jangan bilang dia membaca surat saya. Dia tidak mahu terima, pegang pun dia tidak mahu. "Sebaliknya dia tanya apa sebenarnya permasalahanmu sebagai speaker," katanya pada satu sidang media di kediaman rasminya di Bukit Tunku Kuala Lumpur, hari ini. Pandikar berkata antara pembaharuan Parlimen yang dikehendakinya ialah mempunyai ketua pentadbir baru yang boleh bekerjasama dengan speaker. Katanya, bagi menghilangkan persepsi rakyat Parlimen dan speaker bertugas atas arahan kerajaan, jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen perlu ditiadakan. "Jawatankuasa pilihan Parlimen baru juga perlu diwujudkan dan ditambah daripada lima jawatan kuasa pilihan yang sedia ada dalam usaha melicinkan proses perbahasan rang undang-undang. "Bangunan dan infrastruktur serta kemudahan Parlimen Malaysia hendaklah dinaik taraf sedarjat seperti bangunan pentadbiran kerajaan di Putrajaya dan Istana Kehakiman," katanya. Beliau berkata, Najib meminta masa untuk memenuhi segala kehendak bagi menambah baik perjalanan Parlimen kerana semuanya memerlukan persetujuan Kabinet. Katanya, mesyuarat Kabinet pada 10 April berbincang mengenai perkara yang diajukan dan mengarahkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengetuai kajian pembaharuan Parlimen termasuk penggubalan undang-undang. "Adalah tidak benar perkara yang membawa kesinisan di mana-mana saja kenyataan akhbar yang speaker itu letak jawatan kerana merajuk tiada tandas atau perabot tidak sesuai dengan taraf Parlimen adalah tidak betul. "Saya meletak jawatan atas niat saya mahu memartabatkan Parlimen Malaysia setaraf Parlimen kelas pertama di dunia," katanya. Pandikar berkata, sudah menjadi janjinya selepas pilihan raya umum lalu untuk melakukan pembaharuan Parlimen dan sudah menunggu7 tahun untuk berbuat demikian. Katanya, sebagai speaker, beliau akan terus mengamalkan konsep pengasingan kuasa dan tidak akan tunduk kepada kuasa eksekutif. "Ini tahun ketujuh saya sebagai speaker, kalau tiada perubahan seperti saya sebut tadi, saya tidak akan teragak-agak menulis kepada perdana menteri dan saya akan meletak jawatan. "Kalau apa yang saya sebut tidak ditunaikan eksekutif dalam tempoh sebelum Parlimen dibubar balik, saya akan hantar balik peletakan jawatan. "Tidak perlu orang lain mengumumkan speaker meletakkan jawatan. Kalau perdana menteri tidak menerima peletakan jawatan saya, saya sendiri yang akan mengumumkan peletakan jawatan saya," katanya.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

UMNO perlu bimbang Tun M tidak lagi sokong Najib FMT Reporters

Posted: 19 May 2015 07:30 AM PDT

 
najib_mahathir_umno_600

Penarikan sokongan oleh bekas Perdana Menteri itu membuka ruang kepada musuh kerana ia menggambarkan kekuatan dan kelemahan yang sedang dihadapi UMNO.

PETALING JAYA: Pemimpin dan ahli UMNO perlu merasa bimbang dengan penarikan sokongan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Nasihat itu diberikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang mengaku beliau juga bimbang dengan persengketaan antara Dr Mahathir dan Najib.

Beliau berkata, penarikan sokongan oleh bekas Perdana Menteri itu membuka ruang kepada musuh kerana ia menggambarkan kekuatan dan kelemahan yang sedang dihadapi UMNO.

"Saya beranggapan apa yang penting kepada kita bagaimana kita menyelesaikan masalah ini (persengketaan). Ini yang saya tekankan dari awal," katanya pada sidang media selepas 'Sof Launch' Anugerah Ilham Desa di Sri Pentas TV3 pada Selasa.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata, persoalan yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri itu perlu diperjelaskan oleh Najib dan UMNO.

"Satu penyelesaian yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir perlu kita jelaskan. Kita perlu ambil langkah-langkah (supaya tidak kelihatan) parti itu berpecah dan boleh menjejaskan perjuangan," katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai dakwaan Dr Mahathir bahawa Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang memalukannya, Shafie berkata'

"I dont want to response. Itu dia punya hal. Kita kena hormati dia bekas pemimpin. Between him and Pandikar (Amin)," katanya.

Berita Ini Menambahkan Lagi Geram Rakyat

Posted: 19 May 2015 06:45 AM PDT

 
Berita Ini Menambahkan Lagi Geram Rakyat. Lebih sebulan sejak cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan, pakar percukaian menjangkakan terdapat masalah besar perlu diselesaikan tidak lama lagi, namun mengakui Putrajaya merumitkan lagi keadaan dengan menawarkan banyak pengecualian cukai untuk memenangi hati golongan berpendapatan rendah.

Menetapkan beberapa barangan di bawah senarai dikecualikan cukai dan berkadar sifar untuk membantu golongan miskin dilihat sebagai satu langkah terdesak dalam pelaksanaan GST sejak 1 April, kata Pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Subromaniam Tholasy.

Sementara itu, seorang lagi pakar percukaian berkata Putrajaya sepatutnya memilih untuk melaksanakan cukai terhadap lebih banyak barangan dan perkhidmatan dengan peratusan yang lebih rendah.

Subromaniam menafikan cabaran dalam pelaksanaan yang dihadapi hari ini adalah disebabkan pihak kerajaan masih belum bersedia, tetapi sebaliknya berlaku kerana kerajaan tidak mahu membebankan rakyat.
"Kerajaan mempunyai niat baik menetapkan banyak barangan berkadar sifar dan memberi pengecualian, tetapi semua pelaksanaan model itu mendatangkan banyak cabaran.

"Saya setuju, kadang-kadang kita belum mempunyai jawapan terhadap isu perniagaan unik tapi kita akan cuba menyelesaikannya dalam mesyuarat teknikal yang dilakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali," katanya kepada The Malaysian Insider.

Pengerusi Taxand Malaysia Sdn Bhd Dr Veerinderjeet Singh mengatakan, Malaysia memilih untuk melaksanakan versi rumit GST.

Katanya, dengan banyak barangan disenaraikan berkadar sifar dan dikecualikan cukai barangan dan perkhidmatan, ia akan menimbulkan masalah yang melibatkan isu praktikal, dengan sektor-sektor tertentu.

Cukai kepenggunaan yang diperkenalkan pada kadar 6% mendapat bantahan keras ahli politik pembangkang dan masyarakat sivil, yang berkata kerajaan perlu menangani ketirisan dan rasuah dalam sistem penyampaian umum terlebih dulu.

Berita Ini Menambahkan Lagi Geram Rakyat

Veerinderjeet mengakui sistem GST yang begitu kompleks di Malaysia menimbulkan masalah yang semakin meruncing bagi sektor perniagaan terutama yang menjual semua jenis barangan perlu memperuntukkan perbelanjaan terhadap perisian dan perkhidmatan perundingan.

Cara yang lebih baik untuk memperkenalkan cukai adalah dengan menetapkan kadar rendah seperti Singapura yang bermula dengan 3% dan ia dikenakan terhadap hampir semua barangan dan perkhidmatan.

"Malaysia dilihat sangat mengambil berat tentang rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah dan oleh sebab itu kerajaan terpaksa memberikan pengecualian.

"Cara yang betul sepatutnya mengenakan GST pada hampir semua barangan dan perkhidmatan tetapi membuat bayaran kebajikan sosial atau bantuan kepada golongan yang layak," katanya.

Tambah nilai prabayar dan caj perkhidmatan

Salah satu masalah yang timbul sejak cukai kepenggunaan ini dikuatkuasakan pada 1 April ialah kekeliruan mengenai kad prabayar.

Kenyataan bercanggah yang dibuat Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dan Jabatan Kastam menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menerusi Twitter untuk mengendalikan perkara itu.

GST adalah cukai bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak 6% terhadap kad tambah nilai prabayar, tetapi masih terdapat aduan daripada pengguna pada hari pertama pelaksanaannya berhubung nilai harga yang lebih tinggi.
Subromaniam berkata, mereka tidak menjangkakan masalah ini memandangkan GST adalah cukai gantian bagi SST.

"Kita tidak jangka perkara menjadi ini isu sehingga syarikat telekomunikasi memutuskan harga jualan bagi kad prabayar itu termasuk dalam cukai perkhidmatan.

"Walaupun mereka meningkatkan masa panggilan untuk asas cukai eksklusif, ia tidak diterima baik oleh orang ramai," kata Subromaniam.

Pilihan yang dibahaskan untuk kad tambah nilai prabayar sama ada untuk menjual dengan GST yang dikenakan di atas nilai kad prabayar, sebagai contoh, RM10.60 untuk kad yang bernilai RM10 atau RM10 tetapi dengan nilai masa berbual dari RM9.43.
Shabery kemudiannya mengumumkan GST untuk tambah nilai prabayar akan dikenakan berdasarkan penggunaan pelanggan, di mana pelanggan yang membayar RM10 untuk tambah nilai prabayar akan menerima bernilai RM10 daripada nilai mudah alih.

Ahli politik pembangkang bagaimanapun, mengatakan penyelesaiannya adalah sama dengan pengguna membayar GST ke atas tambah nilai.

Cukai perkhidmatan 10% yang dikenakan oleh kedai seperti kedai makan dan hotel juga satu lagi masalah yang timbul selepas pelaksanaan GST.

Kesatuan kebangsaan yang mewakili pekerja dalam industri perkhidmatan berkata berdasarkan perjanjian kolektif kesatuan itu akan mengheret majikan ke mahkamah jika mereka berhenti mengenakan caj perkhidmatan 10% kepada pelanggan, yang bertujuan untuk dibahagikan antara pekerja.

Berita Ini Menambahkan Lagi Geram Rakyat

Subromaniam berkata, kerajaan memutuskan perniagaan boleh terus mengutip caj perkhidmatan untuk melindungi pekerja, yang kebanyakan daripada mereka memperoleh upah rendah.

Bagaimanapun, perniagaan berkenaan dinasihatkan untuk memaparkan notis pemakluman kepada pengguna mengenai caj perkhidmatan yang dikenakan di kedai mereka.

Veerinderjeet berkata, isu-isu berkaitan tambah nilai prabayar dan caj perkhidmatan yang dikenakan restoran dan hotel bukan masalah utama GST.
Pengguna sudah pun membayar caj perkhidmatan sebelum GST dan mendapatkan tambah nilai kad prabayar pada harga termasuk cukai perkhidmatan.

"Tetapi kita benar-benar tidak tahu sama ada akan dikenakan cukai perkhidmatan apabila syarikat telekomunikasi memutuskan untuk menyerap cukai itu malah agensi kerajaan nampaknya lupa tentang perkara ini dan mungkin begitu juga dengan syarikat telekomunikasi," katanya.

Sistem baik tetapi cara komunikasi lebih baik diperlukan

Veerinderjeet berkata, masalah utama sebenarnya adalah kerajaan mengambil berat tentang beban rakyat dan langkah pengecualian cukai dilihat sebagai baik hati.

"Saya bersetuju perkara-perkara tersebut sepatutnya diselesaikan sebelum pelaksanaan GST tetapi jelas ada beberapa terlepas pandang terhadap isu ini.

"Adakah ini bermakna GST kita tidak dirancang dengan baik? Saya tidak bersetuju," katanya sambil menambah undang-undang secara umumnya sudah jelas, dan masalah pelaksanaan perlu diselesaikan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Kekeliruan beberapa industri dalam melaksanakan GST membawa kepada cadangan untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa khas Kabinet bagi mengawal pelaksanaan cukai.

Ini dicadangkan awal bulan ini oleh Presiden Majlis Belia Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim dan dipersetujui pensyarah perakaunan Islam Universiti Utara Malaysia Dr Ram Al Jaffri Saad.

Namun Subromaniam berkata, sudah terdapat jawatankuasa pemantauan yang dipengerusikan menteri kewangan kedua.
Jawatankuasa itu, katanya, terdiri daripada menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Komunikasi Multimedia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Timbalan Menteri Kewangan Pertama dan Kedua, Ketua Setiausaha Negara serta Ketua Setiausaha setiap kementerian.

Veerinderjeet merasakan sebuah jawatankuasa Kabinet tidak akan berkesan dalam menyelesaikan isu, sambil menambah ia lebih baik dikendalikan agensi yang berkaitan.

Beliau berkata, masalah di Malaysia ialah kekurangan pematuhan kepada bidang kuasa hierarki yang betul.

"Mana-mana agensi mengatakan apa yang ia mahu dan ia adalah tidak baik untuk tadbir urus secara keseluruhan.

"Ia memberi gambaran tiada siapa yang menguruskan hal berkaitan, ini menjadi satu isu untuk tempoh yang lama. Isu GST bukan kali pertama timbul salah faham, ia dilihat mengelirukan orang lain," kata pakar percukaian itu.

Hadi - Benci DAP Adalah Satu Kemanisan Iman

Posted: 19 May 2015 06:00 AM PDT

 

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu menunjukkan "kemarahan" mereka terhadap DAP berhubung isu pelaksanaan hudud di Kelantan kerana ia merupakan satu tanggungjawab Islam.

Menurutnya, undang-undang syariah Islam itu hanya melibatkan orang yang beragama Islam dan tidak melibat orang bukan Islam, apatah lagi PAS menunjukkan sikap itu kerana ia diizinkankan oleh Allah.

"Marah ini sifat manusia. Kalau tak ada bukan manusia. Kita marah kepada perkara yang diizinkan Allah. Kalau tak izin, kita tak marah.

"DAP tidak bersetuju dengan hudud, buat kenyataan yang berlawanan dengan Kelantan. Jadi kita ada tanggungjawab kita (menjaga Islam). Kita marah.

"Kita marah sebab ia satu tanggungjawab Islam. Kita mesti marah. Tak marah, tiada kemanisan iman. Sebagai orang Islam, kita kena marah," katanya.

Beliau menjawab soalan hadirin menegur PAS supaya berhenti bersikap memarahi rakan sekutunya DAP dalam Pakatan Rakyat, ketika program "Bicara Harakah" di ibu negara hari ini.

Selepas Pas, DAP pula tolak Kabinet Bayangan FMT Reporters

Posted: 19 May 2015 05:15 AM PDT


Lim-Guan-Eng_team_600

DAP mengeluarkan Kabinet Bayangan sendiri kerana membantah Presiden Pas yang didakwanya sering membuat keputusan membelakangi pimpinan Pakatan Rakyat.

KUALA LUMPUR: DAP mengikut jejak Pas menolak Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat yang mahu diperkenalkan semula oleh Ketua Pembangkang yang baharu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, cadangan Kabinet Bayangan yang mewakili tiga parti PR tidak praktikal ekoran sikap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sukar bekerjasama dan sering membuat keputusan sendiri.

Guan Eng berkata, keputusan itu sebagai petunjuk DAP tidak mahu ada sebarang kaitan dengan Hadi yang bertegas mahu membentangkan hudud di Kelantan.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu bagaimanapun memberi jaminan DAP dan Pas akan tetap bersama melibatkan isu-isu yang memberi kebaikan kepada Pakatan Rakyat.

"Buat masa sekarang, tiada Kerajaan Bayangan Pakatan Rakyat. Yang ada Kabinet Bayangan DAP dan mungkin juga Kabinet Bayangan PKR dan Pas selepas ini," katanya pada sidang media di Parlimen.

Dalam senarai Kabinet Bayangan DAP itu tidak dinamakan porfolio Perdana Menteri dan nama Guan Eng, Lim Kit Siang serta pemimpin veteran DAP, Tan Seng Giaw dikecualikan.

Kabinet Bayangan DAP yang dikeluarkan Guan Eng itu melibatkan 18 portfolio iaitu,
  1. Mohd Ariff Sabri (Pertanian, Komoditi dan Luar Bandar)
  2. Sim Tong Him (Hal Ehwal Pengguna)
  3. Loke Siew Fook (Kebudayaan, Pelancongan dan Komunikasi).
  4. Zairil Khir Johari (Education, Sains dan Teknologi)
  5. Tan Kok Wai (Wilayah Persekutuan)
  6. Tony Pua (Kewangan dan Ekonomi)
  7. M Kulasegaran (Luar Negara dan Pertahanan)
  8. Ong Kian Ming (Kesihatan dan Alam Sekitar)
  9. Gobin Singh Deo ( Dalam Negeri dan Undang-undang)
  10. Ng Wei Aik (Perumahan)
  11. V Sivakumar (Sumber Manusia)
  12. Teresa Kok (Perdagangan Antarabangsa dan Industri)
  13. Nga Kor Ming (Kerajaan Tempatan dan Hal Ehwal Bandar)
  14. Jimmy Wong Sze Phin (Sabah)
  15. Chong Chieng Jen (Sarawak)
  16. Liew Chin Tong ( Pengangkutan dan Kerja Raya)
  17. Teo Nie Ching (Wanita dan Kebajikan)
  18. Teo Kok Seong (Belia dan Sukan)

Guan Eng yakin Ahmad Awang tewas lawan Hadi Faiz Zainudin

Posted: 19 May 2015 04:30 AM PDT

 
lim-guan-eng_ahmad-awang_Hadi_600

Datuk Seri Abdul Hadi Awang pasti mampu mempertahankan jawatan yang disandang sejak 13 tahun lalu berdasarkan sokongan kuat ahli Pas kepada Ahli Parlimen Marang itu.

KUALA LUMPUR: DAP yakin bekas Naib Presiden Pas, Ahmad Awang, akan kalah dalam perebutan jawatan Presiden Pas pada pemilihan parti itu pada Jun ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng berkata, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hampir pasti mampu mempertahankan jawatan yang disandang sejak 13 tahun lalu berdasarkan sokongan kuat ahli Pas kepada Ahli Parlimen Marang itu.

"Saya tak mahu campur dalam urusan Pas, tetapi bagi DAP, kami yakin Hadi akan menang. Cuma keadaan tidak akan berubah sepanjang apa yang DAP maklum," katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen pada Selasa.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata demikian ketika ditanya peluang Ahmad Awang menentang Hadi untuk jawatan nombor satu dalam Pas.

'Keikhlasan' pengakuan Guang Eng itu boleh dipersoalkan kerana beliau dianggap menyokong kumpulan liberal untuk menjatuhkan kepimpinan kumpulan ulama dalam Pas yang diketuai Hadi.

Pemilihan Pas tahun ini dijangka mendapat perhatian ramai dengan pertembungan kumpulan ulama yang tidak digemari Pakatan Rakyat dengan kumpulan liberal.

Jawatan Presiden Pas menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Hadi dan Ahmad Awang manakala Timbalan Presiden antara Mohamad Sabu dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Shabery beri isyarat mustahil debat Tun M- Najib Mohamad Fadli

Posted: 19 May 2015 03:45 AM PDT

 
shabery-mahathir

Pernahkah Tun M memberi peluang kepada pemimpin lain berdebat dengannya mengenai isu-isu negara ketika menjadi Perdana Menteri?

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memberi bayangan debat terbuka antara Tun Dr Mahahir Mohamad dan Datuk Seri Najib Tun Razak mustahil untuk diadakan.

Ini kerana, katanya, beliau perlu mengkaji fakta sejarah sama ada Dr Mahathir pernah memberi peluang kepada pemimpin lain berdebat dengannya ketika menjadi Perdana Menteri.

Kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia itu sekaligus memberi isyarat debat terbuka antara Dr Mahathir dan Najib tidak akan dianjurkan dan disiarkan di mana-mana kaca televisyen.

"Jika Dr Mahathir pernah mengguna pakai 'standard' yang sama (debat terbuka) ketika berhadapan masalah, beliau (Dr Mahathir) boleh berbahas," katanya kepada pemberita selepas hadir majlis ICT Roadshow Huawei Malaysia 2015 di Hotel Royale Chulan.

Dr Mahathir dalam Program Bicara Negara di Ipoh pada Sabtu lalu, berkata beliau bersedia berdebat dengan Najib pada bila-bila masa secara terbuka berhubung pelbagai isu negara termasuk 1MDB.

Pandikar: Mahathir malukan diri sendiri Adam Abu Bakar

Posted: 19 May 2015 03:00 AM PDT

 
pandikar-tunM

Pandikar mengaku Mahathir ada menasihatinya untuk meletakkan jawatan dan beliau bertemu dengan Perdana Menteri untuk menyerahkan surat letak jawatannya sebagai Speaker Dewan.

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyifatkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat kenyataan yang memalukan dirinya sendiri apabila bertindak mendedahkan pertemuan kedua-dua mereka pada 13 Mac yang lalu.

"Mahathir sebenarnya telah memalukan diri beliau sendiri kerana melanggar etika kerahsiaan di antara individu yang berbincang mengenai perkara yang dianggap tidak patut dan tidak akan dizahirkan kepada orang lain," katanya ketika ditemui dalam satu sidang media tergempar di kediamannya di sini.

"Benar, saya ada berjumpa dengan Mahathir, kami berjumpa dan telah berbincang banyak perkara. Pertemuan itu diibaratkan sebagai pertemuan diantara seorang anak mengadu kepada ayahnya," ujarnya.

Mengakui Mahathir tidak berbohong mengenai hasrat beliau untuk meletakkan jawatan, Pandikar juga menjelaskan bahawa perkara tersebut sudah dibawa ke pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pandikar turut menyatakan Mahathir menasihatinya untuk meletakkan jawatan yang disandangnya sejak tahun 2008 lagi.

Justeru, Pandikar bertemu secara bersemuka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyerahkan surat letak jawatannya sebagai Speaker Dewan Rakyat.

"Namun, jangan kata Najib mahu baca surat saya, pegang pun tidak. Bahkan, Najib bertanya apakah alasan saya untuk meletakkan jawatan.

"Antara sebab-sebab saya mahu meletakkan jawatan adalah, saya nampak dan rasa, pentadbiran di Parlimen tidak memberi kerjasama kepada saya," ujarnya.

Bukan itu sahaja, Pandikar turut memberi amaran bahawa beliau tidak akan teragak-agak untuk menulis surat letak jawatan kepada Perdana Menteri jika tidak ada sebarang perubahan terhadap insititusi Parlimen.

Akhir sekali, beliau tekankan semua ini tiada kaitan dengan niat untuk mencampuri urusan pertikaian di antara Mahathir dan Najib.

Pandikar ugut letak jawatan jika… Adam Abu Bakar

Posted: 19 May 2015 02:15 AM PDT

 
pandikar_najib_600

Pandikar mengakui, Najib telah bertindak balas segera dengan menghubungi Ketua Setiausaha 

Negara (KSU), Datuk Seri dr. Ali Hamsa bagi melantik Ketua Pentadbir Parlimen.

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyenaraikan beberapa permintaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jika mahu beliau kekal dalam jawatan itu.

Dalam pertemuannya dengan Najib pada 19 Mac lalu, Pandikar mahu Najib mengambil beberapa langkah drastik untuk memartabatkan institusi Parlimen Malaysia.

"Pertama sekali, saya minta jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen dimansuhkan kerana ia membawa kepada persepsi segelintir rakyat yang berfikir bahawa Speaker bertugas atas arahan pihak Kerajaan sebagai Badan Eksekutif.

Ia, katanya bertentangan dengan doktrin pengasingan kuasa, maka jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen perlu ditiadakan," ujarnya.

Bahkan, ia juga bagi mengelakkan tuduhan bahawa Parlimen hanya berfungsi sebagai 'rubber stamp'.
Beliau turut mencadangkan melantik Ketua Pentadbir Parlimen baharu yang boleh bekerjasama dengannya.

"Saya juga minta satu sesi khas 'Minister Time' diatur untuk membolehkan ahli-ahli Parlimen mengajukan soalan kepada menteri-menteri berhubung dengan isu semasa iaitu sesi pertanyaan tanpa notis," ujarnya.

Bukan itu sahaja, Pandikar turut mencadangkan supaya Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 yang dimansuhkan sewaktu pentadbiran Tun Mahathir pada 1992 diwujudkan semula dan diperbaharui selaras dengan kehendak keperluan semasa.

Tidak ketinggalan isu bangunan serta infrastruktur Parlimen Malaysia perlu dinaik taraf setaraf dengan bangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.

Pandikar mengakui, Najib telah bertindak balas segera dengan menghubungi Ketua Setiausaha Negara (KSU), Datuk Seri dr. Ali Hamsa bagi melantik Ketua Pentadbir Parlimen.

"Yang lain-lain, Najib beritahu akan dibincang untuk mendapatkan kelulusan Parlimen.

"Jika tidak ada sebarang lagi perubahan terhadap insititusi di Parlimen sebelum tempoh Penggal Parlimen ke-13, saya tidak teragak-agak untuk.menulis surat lagi kepada Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan.

Pandikar - 'Mahathir tak bohong, saya pun tak bohong'

Posted: 19 May 2015 01:23 AM PDT

 
 
 

Tiada sesiapa berbohong dalam isu peletakan jawatannya, yang dibatalkan kemudian, sebagai speaker Dewan Rakyat sebelum ini, kata Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

"Tun Mahathir (Mohamad) tidak berbohong, saya tidak berbohong kerana semua ini diketahui perdana menteri," katanya.

Mahathir semalam mengeluh Pandikar memalukan dirinya dengan menafikan kenyataannya bahawa beliau menyatakan hasrat untuk berundur ketika mereka berdua bertemu.

Dalam sidang media di rumahnya hari ini, beliau mengakui telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, katanya, Najib tidak membuka surat itu dan berjanji untuk menangani rungutannya dan mentransformasikan Parlimen.

Justeru, Pandikar berkata beliau memutuskan untuk kekal sebagai speaker.

KWSP: Ubah had umur untuk bantu rakyat FMT Reporters

Posted: 19 May 2015 12:45 AM PDT

 
kwsp_ringgit_600

Kira-kira 68 peratus pencarum KWSP yang berumur 55 tahun mempunyai simpanan RM50,000 ke bawah dan jumlah itu cukup menampung perbelanjaan lima tahun sahaja.

PETALING JAYA: Kerajaan mengehadkan pengeluaran penuh wang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dari umur 55 tahun kepada 60 tahun bertujuan membantu rakyat.

Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Chua Tee Yong berkata, ini kerana 68 peratus pencarum KWSP yang berumur 55 tahun mempunyai simpanan RM50,000 dan ke bawah.

Tee Yong berkata, simpanan tersebut hanya mampu menampung perbelanjaan untuk tempoh lima tahun sahaja.

"Sebab itu KWSP perlu memastikan sebarang pindaan yang dibuat akan mengambil kira kepentingan ahli dan semua pihak serta memastikan KWSP dapat terus mainkan peranannya," katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Selasa.

Tee Yong bagaimanapun berkata, kaji selidik KWSP mendapati 94.4 peratus pencarum memilih mengekalkan usia pengeluaran penuh pada 55 tahun.

Kaji selidik itu membabitkan 96,448 responden yang dibuka dari 21 April hingga 5 Mei lalu.

Mengkhianati Amanah Selepas Dipilih, Jawablah Di Akhirat - Kelab Greenboc

Posted: 19 May 2015 12:00 AM PDT



Pertandingan berbagai jawatan dalam parti bukan baru. Hatta, untuk kerusi Presiden PAS (dulunya Yang Dipertua Agung PAS) telah berlaku sejak dulu lagi. Contohnya, antara penyandang, Dr Burhanuddin AlHelmi dengan Prof Dr Zulkifli Mohamad.

Al Marhum Ust Harun Taib bersaing dengan Ust Hassan Sukri (Timbalan Presiden) Ust Nasharuddin Md Isa cabar Ust Hassan Sukri, Mohamad Sabu lawan Ust Nasharuddin Md Isa, Dato' Nik Amar lawan Mohamad Sabu dan banyak lagi pertandingan berlaku.

Banyak alasan dikemukakan. Nak bantu Presiden, isu prestasi, pendekatan perjuangan, mengekalkan kepimpinan ulama' dan memperkukuh dasar parti. Bukan sahaja golongan profesional dan aktivis yang bertanding, ulama' sama ulama' pun menawarkan diri bertanding.

PAS kian berkembang. Ahlinya telah melepasi sejuta orang. Keperluan mengurus parti ke arah yang lebih baik, sangat diutamakan. Jawatan dalam parti adalah amanah bagi melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Kelebihan seseorang dimanfaatkan, sama ada dia ulama', profesional maupun aktivis parti.

Perlembagaan dalam PAS tiada sekatan untuk sesiapa bertanding atas apa jua jawatan jika dicalonkan. Soal layak atau tidak, itu penilaian organisasi yang mencalonkan, tuan punya yang bertanding juga boleh melakukan muhasabah. Berjanji untuk itu dan ini mudah sahaja dilafazkan, 2 tahun memegang jawatan, boleh nilai sendiri prestasi kepimpinan dan kualiti kerja. Ada yang menilai ikut prestasi, tidak kurang juga hari ini kerana anak pemimpin, hubungan kawan serta kumpulan.

Jarang datang mesyuarat dan tidak aktif dalam jamaah, kadang kala dipilih juga sebab geng kita....

Banyak pihak buat komen dan ulasan pertandingan dalam parti. Ada pro dan kontra. Bagi saya, yang penting, berlumba-lumba melakukan kebaikan. Mengkhianati amanah selepas dipilih, jawablah di akhirat. Amanah bukan retorik menyedapkan halwa telinga. Bersemangat di awal musim dengan visi dan misi. Buat retreat dan bengkel. Bila gagal mula menuding jari, kemudiannya letak jawatan...

Jika kita dapat laksanakan amanah dengan baik, insya Allah, perwakilan parti akan memilih dan menempatkan kita sebagai pemimpin. Tidak perlu nak promote diri, apatah lagi memfitnah orang lain, Nauzubillah...

Seandainya, kita sudah buat yang terbaik, perwakilan tidak undi juga kerana sebab tertentu; Alhamdulillah, semakin ringan tanggungjawab kita. Banyak medan lain yang boleh disumbangkan demi perjuangan Islam.

Teruskan perjuangan. Fokus kepada usaha dakwah dan perjuangkan hak rakyat di mana pun kita berada. Jangan hampakan harapan rakyat. Bila kita sibuk di lapangan, tiada masa berpolemik dan mencari cari aib saudara kita. Sebarluaskan gagasan besar kita buat masyarakat seluruhnya; tanpa mengira agama dan anutan poiitik. -Mazlan Aliman


Wan Azizah Jadi PM Wanita Pertama Malaysia, Jika PR Menang? - Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 18 May 2015 11:15 PM PDT

 
Wan Azizah bakal PM wanita pertama di Malaysia?


KL: Kalau pakatan pembangkang berjaya menawan Malaysia pada pilihan raya akan datang, bererti Malaysia akan beroleh Perdana Menteri pertama terdiri dari seorang perempuan.

Hal ini berikutan Ahli Parlimen Shah Alam Alam, Khalid Samad dari PAS bersetuju supaya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi Perdana Menteri, kalau pakatan pembangkang berjaya menawan Malaysia pada pilihan raya akan datang, 

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu bagaimanapun hanya bersetuju jika Wan Azizah dinamakan sebagai Perdana Menteri dalam Kabinet Bayangan. Khalid berkata, pelantikan Perdana Menteri dan Menteri Kabinet yang sebenar sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang Putrajaya hanya ditentukan melalui persetujuan semua parti. 

"Namun soalan siapa yang perlu menjadi Perdana Menteri dalam kabinet sebenar belum timbul lagi, maka tak perlu lagi dijawab kerana suasana pun akan berubah," katanya kepada kepada FMT ketika ditemui di Lobi Parlimen. 

Dia menganggap perkara itu bukan perkara sepatutnya untuk dibahas kerana PR belum membentuk kerajaan Pusat. 

"Apabila kerusi PR mencukupi, pada ketika itu akan bergantung kepada kedudukan kerusi setiap parti. Ketika itu perbincangan dan perbahasan lebih mendalam akan diperlukan kerana ini bukan lagi Kabinet Bayangan tetapi Kabinet sebenar," tegasnya. 

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri Pas menolak cadangan Kabinet Bayangan. Katanya, Pas berpendapat banyak lagu isu tertangguh yang perlu diselesaikan oleh PR berbanding Kabinet Bayangan yang dicadangkan itu. 

"Kabinet bayangan yang dicadangkan oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak perlu lagi. Banyak lagi isu tertangguh yang perlu diselesaikan oleh PR disamping hubungan tiga parti yang sedang rapuh," katanya. 

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, kewujudan Kabinet Bayangan akan hanya menimbulkan banyak persoalan. 

"PR seharusnya menyelesaikan isu tertangguh seperti hudud dan fokus dalam berhadapan dengan UMNO," katanya. . 

 


Wan Azizah dalam sidang media pertama selepas dilantik Ketua Pembangkang berkata, PR akan mewujudkan semula Jawatankuasa Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat (PR) dan akan memilih setiap wakil parti untuk memperkukuhkan timbang tara demi memelihara kepentingan rakyat. 

Wajarkah Malaysia memiliki seorang perdana menteri wanita mengatasi lelaki-lelaki, buat masa ini? (IH)