Nuffnang

Pengikut

ZAKRI ALI

0
sumber :-

ZAKRI ALI


Najib - Kena GST Bising, Dapat BRIM Senyap

Posted: 18 May 2015 10:30 PM PDT

 PM 'sedih' kena GST bising, dapat BR1M senyap



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak "sedih" dengan orang ramai yang 'bising' apabila dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) namun 'senyap' selepas menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebanyak RM300.

"Kita harus memahami bukan hasrat kerajaan mahu susahkan rakyat, kita perkenalkan GST dengan menambahkan BR1M umpamanya sebanyak RM300, malangnya bila dah dapat duit banyak yang senyap.

"Sebaliknya kalau barang naik sikit, timbul rungutan. Kita dah sedar ada sedikit sebanyak kenaikan harga tetapi ada timbal balasnya yang diberikan kerajaan melalui kenaikan BR1M, pengurangan cukai pendapatan satu hingga tiga peratus, pengurangan cukai korporat dan sebagainya," katanya.

Najib berkata demikian dalam perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya pagi ini.

Perhimpunan bulanan itu turut di hadiri Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan; Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah; Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan kakitangan kementerian itu.

Najib turut mengakui menerima rungutan mengenai GST dari rakyat dan pantauan perlu diambil bagi menangani masalah itu.

"Untuk mengetahui rungutan mereka (rakyat) itu ada asas ataupun disebabkan pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan.

"Umpamanya kalau dulu sesuatu barangan itu dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tapi bila SST dimansuhkan diganti dengan GST sepatutnya mereka (penjual) kurangkan harga dan tambah enam peratus tetapi mereka telah kekalkan harga dan tambah enam peratus," katanya.

Jelasnya lagi, beliau meminta pihak berkuasa memantau kes seperti ini dan menghadapkan mereka yang bersalah ke muka pengadilan dengan kadar segera.

Bloglist Malaysia

Desakan letak jawatan membelakangi kehendak majoriti anggota UMNO - Najib

Posted: 18 May 2015 09:50 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada majlis Veteran Umno Malaysia Sepetang Bersama Presiden di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hakikat beliau adalah Presiden UMNO pertama yang dipilih melalui sistem yang lebih terbuka dan demokratik selepas pindaan perlembagaan parti, perlu dihormati kesemua anggota parti.

Justeru, katanya desakan beberapa pihak untuk beliau melepaskan jawatan tidak wajar kerana ia membelakangkan kehendak majoriti anggota parti.

"Sebagai presiden parti, saya amat  berterima kasih atas sokongan anda dan saya dipilih kerana apa? Melalui apa? Melalui permilihan dalam parti, di mana perlembagaan parti telah dipinda (pada tahun 2009)," katanya ketika berucap pada Majlis Veteran UMNO Sepetang Bersama Presiden, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada Isnin.

Najib berkata, sistem pemilihan pucuk pimpinan pada masa kini adalah lebih terbuka dan telus berbanding sistem terdahulu, yang mana ia menggunakan undi bonus dan kuota untuk mengekalkan jawatan tertinggi parti.

Beliau berkata sekiranya beliau mahu kekal memegang tampuk pemerintahan selama 22 tahun seperti Perdana Menteri Keempat Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-2003), beliau tidak akan bersetuju dengan cadangan untuk meminda perlembagaan parti.

Najib berkata di sebalik cabaran demi cabaran yang ditempuhi UMNO, beliau akan terus berjuang demi kepentingan parti serta berusaha memperbaiki segala kelemahan yang ada.

"Kita nak jaga parti, kita tak boleh hancurkan parti kita, (kerana) parti kitalah penyelamat kita ... orang Melayu tak ada tempat lain bergantung harap melainkan parti keramat ini.

"Jangan binasakan UMNO, sayangilah UMNO dan jagalah UMNO," katanya dan menambah setiap permasalahan boleh diperbetulkan dan diselesaikan secara muafakat.

Menurutnya, meskipun UMNO berdepan dengan pelbagai cabaran, parti itu masih kuat dan mampu menerajui negara.

"Hanya kalau kita berpecah dari dalam sahaja yang akan mengakibatkan kita kehilangan kuasa," katanya.

Dalam pada itu, Najib turut mengingatkan hadirin bahawa penglibatan beliau dalam politik adalah bagi meneruskan perjuangan bapanya, yang juga perdana menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

"Kalau Allahyarham merupakan bapa pembangunan negara, bapa pembangunan luar bandar, pencetus kepada DEB (Dasar Ekonomi Baru), melahirkan MARA (Majlis Amanah Rakyat), FELDA (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan), RISDA (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah), BERNAS (Padiberas Nasional Berhad)), Bank Bumiputra dan pelbagai lagi agensi dan badan lain.

"Maka saya sebagai anakandanya, berazam untuk bukan saja teruskan perjuangannya tetapi juga membawa negara kita, rakyat Malaysia, orang Melayu, ke tahap yang lebih tinggi lagi. Ini azam saya," katanya.

Najib menegaskan bahawa setiap dasar yang beliau perkenal dan laksanakan tidak lari dan tergelincir daripada prinsip dan perjuangan parti.

Perdana Menteri berkata, walaupun DEB sudah tiada lagi, namun agenda pemerkasaan Melayu dan Bumiputera akan terus diangkat menjadi agenda nasional selagi beliau memegang tampuk pemerintahan.

Sebagai contoh, beliau berkata, projek Mass Rapid Transit (MRT) Sungai Buloh-Kajang memperuntukkan hampir 48 peratus daripada jumlah kontrak keseluruhan kepada syarikat-syarikat milik Bumiputera.

"Siapa kata (kerajaan Barisan Nasional ketika ini) tak ada dasar nak tolong Melayu dan Bumiputera? Bukan sahaja ada malah diperkasakan lagi.

"Dulu tak ada Teraju (Unit Peneraju Agenda Bumiputera), sekarang ada Teraju bagi menyelaraskan agenda pemerkasaan Bumiputera yang mana kita bermesyuarat pada setiap bulan," katanya.

Selain itu, Najib berkata, beliau telah lama memperjuangkan nasib pelajar-pelajar Melayu dan Bumiputera, termasuklah inisiatif meningkatkan martabat Universiti Teknologi Mara (UiTM) sewaktu zaman beliau menjadi Menteri Pelajaran (1995-1999) lagi.

"Siapa yang memartabatkan ITM (Institut Teknologi Mara), menjadi sebuah universiti? Bukankah saya sewaktu jadi Menteri Pelajaran dahulu? Siapa yang tetapkan sasaran 200,000 kemasukan pelajar dalam UiTM? Bukankah saya sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu?" katanya.

Menyentuh mengenai 'persepsi negatif' masyarakat tentang dana pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Najib berkata beliau optimis ia mampu diselesaikan menggunakan formula yang bersesuaian.

"(Sekiranya) ada masalah kita betulkan, kita runding bersama secara muafakat untuk cari jalan penyelesaian. Saya yakin tak ada benda tak boleh diselesaikan kerana ada formulanya (tersendiri), termasuk 1MDB pun ada formulanya," katanya.

Perdana Menteri turut mengingatkan semua pihak supaya tidak mempolitikkan perkara yang dilakukan oleh kerajaan demi kepentingan rakyat, sebagai contoh pembelian tanah di Tun Razak Exchange (TRX) oleh Lembaga Tabung Haji (TH) baru-baru ini.

"TH punya pembelian, baik jadi tak baik. Dipusingkan cerita kononnya duit depositor (pendeposit) beli ... melenting bila hanya dengar di hujung telinga dan belum tahu fakta sebenar.

"Tapi bila dah tahu, tepuk dahi, cakap TH (cadang jual semula tanah itu) patut kekalkan, sebab boleh untung RM180 juta lebih," katanya.

Selain itu, Najib turut menyatakan perhargaan terhadap veteran UMNO di bawah pimpinan Tan Sri Tajol Rosli Ghazali sebagai pengerusi, yang terus menyokong kepimpinan beliau.

Beliau berkata sokongan daripada seluruh anggota parti termasuk Veteran UMNO bukanlah bermaksud sokongan peribadi tetapi sokongan untuk memastikan parti itu kekal relevan bagi menerajui negara.

Bloglist Malaysia

Shamsubahrin dihukum penjara, disebat

Posted: 18 May 2015 09:00 PM PDT

Ahli perniagaan Shamsubahrin Ismail dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen semalam selepas didapati bersalah terhadap lima pertuduhan menipu Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail melibatkan RM1.75 juta dan 17 pertuduhan pengubahan wang haram.

Hakim Rozilah Salleh menjatuhi hukuman penjara antara lima dan lapan tahun serta empat sebatan terhadap Shamsubahrin, 49, bagi lima pertuduhan menipu manakala penjara antara enam bulan dan lima tahun bagi 17 pertuduhan pengubahahan wang haram mengikut Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA).

Dengan itu, Shamsubahrin hanya perlu menjalani hukuman penjara lapan tahun selepas mahkamah memerintahkan dia menjalani hukuman penjara itu secara serentak bermula semalam.

Rozilah juga memerintahkan tertuduh membayar penalti RM611,895.94 bagi kesalahan di bawah AMLATFA iaitu sejumlah harta yang dilesapkannya.

Katanya, penalti itu yang berkuat kuasa semalam perlu dijelaskan dalam tempoh tiga bulan dan jika gagal bayar tertuduh perlu menjalani hukuman penjara empat tahun.

Bagaimanapun Rozilah membenarkan permohonan peguam Hasnal Rezua Merican untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan menaikkan wang jaminan daripada RM300,000 kepada RM350,000 dengan seorang penjamin.

Dalam prosiding semalam, Shamsubahrin yang berjubah putih, ditemani isteri dan anggota keluarga, kelihatan tenang sebaik hukuman terhadapnya dijatuhkan.

Rozilah dalam penghakimannya, berkata mahkamah berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap tertuduh pada akhir kes pembelaan.

Beliau berkata mahkamah sependapat dengan pihak pendakwaan bahawa hujahan pembelaan hanya mengenai kesan terhadap pindaan pertuduhan dan tidak menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

"Hujahan pembelaan hanya membangkitkan isu pindaan dan tidak menyentuh mengenai pengakuan tertuduh yang mereka-reka cerita tentang khidmat pesanan ringkas (SMS) sehingga mendorong mangsa menyerahkan empat keping cek," katanya.

Bagi pertuduhan mengikut AMLATFA pula, Rozilah berkata tertuduh tidak mencabar keterangan yang beliau mendeposit, mengeluarkan, memindah wang seperti pertuduhan.

"Saya percaya ia transaksi hasil daripada penipuan. Mahkamah tidak terima penjelasan tertuduh. Ia berjaya dibuktikan melampaui keraguan munasabah," katanya.

Rozilah turut berkata tertuduh sengaja mengambil kesempatan terhadap keadaan Mohamad Salleh (saksi pendakwaan ke-42) yang ketika itu diserang melalui laporan media dan parti pembangkang berhubung isu pengurusan NFCorp.

Terdahulu ketika rayuan meringankan hukuman, peguam Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin memaklumkan anak guamnya seorang yang inovatif dan telah memberi sumbangan kepada masyarakat antaranya meningkatkan kualti perkhidmatan teksi di Suria KLCC.





Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan (Polisi) Jabatan Peguam Negara Datuk Abdul Razak Musa berkata kesalahan tertuduh adalah serius membabitkan jumlah wang yang besar dan memohon hukuman maksimum dikenakan terhadap tertuduh.

Pada 30 Disember 2011, Shamsubahrin didakwa terhadap lima pertuduhan menipu Mohamad Salleh membabitkan RM1.75 juta dan pada 18 Jun 2012 dia didakwa terhadap 17 pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram.
  
Dia didakwa menipu iaitu menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat dengan menyatakan dia disuruh oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membantu Mohamad Salleh dan menawarkan untuk menjalankan kerja-kerja konsultan bernilai RM2.75 juta sehingga mendorong Mohamad Salleh bersetuju membayar wang perkhidmatan kepadanya.

- Bernama

NAJIB MASIH BELUM JAWAB SATU MALAYSIA MENUNGGU JAWAPAN

Posted: 18 May 2015 08:30 PM PDT

 

Mahathir : Najib tak jawab apa-apa pun
Zulaikha Zulkifli | 6:44PM May 18

dikemaskini 7.01pmBeliau rujuk jawapan Najib dalam blognya semalam. 
 

"Najib (kanan) tak jawab apa-apa pun. Saya buat sekarang ini sebab saya tahu dia akan kalah pada pilihan raya," katanya dalam sidang media selepas pelancaran buku jilid kedua Surat Kepada Pemimpin Dunia di Putrajaya hari ini.

KAH KAH KAH

woit
adakah najib ini pekak badak?
kerana suami gemok macam badak?
kah kah kah
dengar dengar mahathir tanya:
1- siapa beri arahan pada sirul?
2- siapa upah sirul dan azilah?
3- mana pergi duit 1MDB?

bukan banyak soalan
bukan soalan susah
rakyat dah lama menunggu
jagan putar putar
dengan sumpah sumpit

JAWAB JANGAN TIPU


VIDEO - Malaysia huru-hara jika BN tumbang - Bicara Negara V - Written By canang

Posted: 18 May 2015 08:00 PM PDT


VIDEO - Tepukan gemuruh untuk Pandikar yang kekal speaker

Posted: 18 May 2015 07:30 PM PDT


Kabinet Bayangan: Pemimpin Pas berbeza pendapat Faiz Zainudin and Mohamad Fadli

Posted: 18 May 2015 07:00 PM PDT

 
khalid,khairuddin,azizah

Pelantikan Perdana Menteri dan menteri kabinet yang sebenar sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang Putrajaya hanya ditentukan melalui persetujuan semua parti.


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam Alam, Khalid Samad bersetuju jika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi Perdana Menteri.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu bagaimanapun hanya bersetuju jika Wan Azizah dinamakan sebagai Perdana Menteri dalam Kabinet Bayangan.

Khalid berkata, pelantikan Perdana Menteri dan Menteri Kabinet yang sebenar sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang Putrajaya hanya ditentukan melalui persetujuan semua parti.


"Namun soalan siapa yang perlu menjadi Perdana Menteri dalam kabinet sebenar belum timbul lagi, maka tak perlu lagi dijawab kerana suasana pun akan berubah," katanya kepada kepada FMT ketika ditemui di Lobi Parlimen.

Dia menganggap perkara itu bukan perkara sepatutnya untuk dibahas kerana PR belum membentuk kerajaan Pusat.

"Apabila kerusi PR mencukupi, pada ketika itu akan bergantung kepada kedudukan kerusi setiap parti. Ketika itu perbincangan dan perbahasan lebih mendalam akan diperlukan kerana ini bukan lagi Kabinet Bayangan tetapi Kabinet sebenar," tegasnya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri Pas menolak cadangan Kabinet Bayangan.

Katanya, Pas berpendapat banyak lagu isu tertangguh yang perlu diselesaikan oleh PR berbanding Kabinet Bayangan yang dicadangkan itu.


"Kabinet bayangan yang dicadangkan oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak perlu lagi. Banyak lagi isu tertangguh yang perlu diselesaikan oleh PR disamping hubungan tiga parti yang sedang rapuh," katanya.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, kewujudan Kabinet Bayangan akan hanya menimbulkan banyak persoalan.

"PR seharusnya menyelesaikan isu tertangguh seperti hudud dan fokus dalam berhadapan dengan UMNO," katanya. .

Wan Azizah dalam sidang media pertama selepas dilantik Ketua Pembangkang berkata, PR akan mewujudkan semula Jawatankuasa Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat (PR) dan akan memilih setiap wakil parti untuk memperkukuhkan timbang tara demi memelihara kepentingan rakyat.

Thailand Pun Bertegas Dengan Budaya Sopan Mereka ?

Posted: 18 May 2015 06:30 PM PDT

Kisah Gadis Lakukan Terjunan Bogel



TINDAKAN sebuah pusat rekreasi di Thailand membenarkan seorang gadis Hong Kong membuat terjun bogel tanpa berpakaian lihat gambar) mendatangkan padah kepada mereka selepas pusat tersebut telah didenda.

Tindakan gadis tersebut telah mencetuskan kemarahan penduduk Chiang Mai kerana perbuatan itu bertentangan dengan budaya masyarakat setempat. Sebaik video terjunan bogel itu tersebar, pihak berkuasa Chiang Mai terus bergegas ke tempat kejadian.

Menurut Pengurus pusat berkenaan, dia tidak menyangka kejadian tersebut menimbulkan kemarahan penduduk. Bancha berkata pelancong yang tidak dikenali telah melawat tempatnya yang pada 6 Mei, dengan mendakwa dia adalah seorang model dan perlu berbogel untuk merekodkan terjunan bogelnya itu.

Dia yang tidak menjangkakan video itu akan menjadi viral berjanji tidak akan mengulangi perkara sedemikian pada masa akan datang. Bancha kini telah ditahan oleh pihak polis tapi kemudiannya dibebaskan selepas membayar denda sebanyak 1,000 bhat (RM107).

Pihak polis cuba mengesan gadis tersebut meminta beliau untuk tidak menyebarkan gambar kerana Chiang Mai adalah "bandar budaya,".

Bagaimanapun gadis tersebut dikatakan sudah berada di negaranya menyebabkan pihak Thailand terpaksa menghubungi dutanya di Hong Kong untuk menghubungi gadis berkenaan. Itu berlaku di Thailand, negara bukan Islam.





 

Berkat Doa Anak, Satu Keluarga Peluk Islam

Posted: 18 May 2015 06:00 PM PDT

 TELAH MENDAPAT HIDAYAH DARI ALLAH SWT

NUR Emily berselfie dengan adik ketiganya Muhammad Aiman selepas mengucap syahadah. 
Port Dickson: "Doa anak lelaki saya yang bersungguh-sungguh meminta kepada Allah SWT supaya membuka pintu hati kami sekeluarga memeluk Islam ditunaikan Allah," kata Safiyyah Abd Aziz, 42.

Menurutnya, anak lelaki kedua daripada empat anaknya, Muhammad Daniel Chan, 19, terlebih dulu memeluk Islam pada 2013 ketika berusia 17 tahun sebelum seorang demi seorang ahli keluarga mengikut jejak langkahnya itu.

Menyingkap kembali perjalanan mengucap dua kalimah syahadah, Muhammad Daniel mengambil keputusan memberitahu keluarga hasrat memeluk agama suci itu dan dengan bantuan guru serta ustaz di sekolahnya, dia mengucap dua kalimah syahadah.

Safiyyah yang dulunya bernama Sofiya Siswagi berkata, dia dan suami tidak menghalang Muhammad Daniel memeluk Islam, malah tertarik melihat kehidupan anaknya selepas memeluk agama itu.

"Saya dan anak bongsu, Muhammad Hamim Chan, 13, mengikut langkah Muhammad Daniel memeluk Islam pada Oktober 2013. Selepas itu, suami saya Muhammad Chan Kum Tong, 56, dan anak ketiga, Muhammad Aiman Malek Chan, 15, menyusul pada Julai 2014. - 
 
Mohd Khidir Zakaria/Harian Metro/18/5/15

VIDEO : Tun Mahathir - Pandikar Telah Malukan Saya

Posted: 18 May 2015 05:30 PM PDT



KUALA LUMPUR: "Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah memalukan saya dengan berkata dia tidak letak jawatan."

Ini kenyataan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed yang menjelaskan Pandikar ada datang berjumpa dengannya walaupun tidak diminta berbuat demikian.

"Dia ceritakan tentang perasan tidak puas hati dengan Datuk Seri Najib (Abdul Razak). Dan dia kata dia nak letak jawatan.

"Bahkan dia kata dia sudah tidak jadi speaker dah. Itu yang dia cerita kepada saya.

"Dia ceritalah sikit perasan tidak puas hati dengan layanan Parlimen terhadap dia sebagai speaker.

"Lepas itu dia tanya saya apa perlu saya buat. Saya kata kalau dia nak resign resignlah. Saya percaya dia cakap sudah bagi surat kepada Najib kata dia nak resign," katanya di pelancaran buku 'Dr Mahathir's selected letters to world leaders' di Perdana Leadership, di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata beliau cuma mengulangi apa yang Pandikar cakap kepadanya.

"Dia kata seperti saya ini bohong. Ini tak payahlah. Malulah saya," katanya.

Di dalam ucapannya semasa melancarkan buku itu, Dr Mahathir berkata Pandikar tidak berpuas hati dengan hiasan dalaman di pejabat Parlimennya yang berada di dalam keadaan teruk dan mungkin juga itu antara sebab untuk beliau menyatakan 'hasrat untuk meletakkan jawatan.'

Dakwaan Dr Mahathir tentang peletakkan jawatan speaker Dewan Rakyat itu disangkal oleh Pandikar.

Hari ini Pandikar seperti biasa mempengerusikan Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-13.



"PANDIKAR AMIN HARUS MINTA MAAF SECARA TERBUKA KEPADA TUN MAHATHIR"

Sekarang Dr Mahathir mahu kuasa PM dikurangkan OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Posted: 18 May 2015 05:00 PM PDT

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perdana menteri yang mentadbir hari ini mempunyai

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perdana menteri yang mentadbir hari ini mempunyai Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perdana menteri yang mentadbir hari ini mempunyai Selepas mentadbir Malaysia selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencadangkan agar kuasa perdana menteri dikurangkan.

Dr Mahathir berkata, perdana menteri yang mentadbir hari ini mempunyai "terlalu banyak kuasa" sehingga berupaya menyalahgunakannya.

"Kita beri terlalu banyak kuasa kepada perdana menteri, apabila beliau menyalahgunakan kuasa, kita tidak boleh kata apa-apa," kata Dr Mahathir, ketika menjawab pertanyaan selepas melancarkan buku bertajuk "Dr Mahathir selected letters to World Leaders" bahagian 2, di Putrajaya, hari ini.

Ketika diminta menamakan individu yang sesuai dan layak untuk menjadi perdana menteri hari ini, Dr Mahathir hanya berkata: "Tiada sesiapa pun."

Beliau turut mencadangkan, pentadbiran kerajaan membentuk jawatankuasa seperti Kabinet yang bukan dilantik perdana menteri untuk menasihati beliau dalam pentadbirannya.

"Saya rasa kita perlu ada Kabinet luaran, mengandungi mereka yang tidak dilantik perdana menteri, dan mempunyai kuasa untuk bersuara, contohnya perdana menteri ingin meminjam duit, mereka ini yang akan menyoal siasat beliau," katanya. – 18 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.


KOMEN:

Sepatutnya dari zaman kamu jadi PM lagi dikurangkan kuasa, sebaliknya kuasa Raja Raja Melayu yang kamu kurangkan.  SPR/SPRM/PDRM/KEHAKIMAN semua ini harus dibawah kuasa Parlimen Malaysia,  bukan dibawa Jabatan Perdana Menteri.

TAHNIAH ! Hari Pertama YB Datuk Seri Dr. Wan Azizah Sebagai Ahli Parlimen Permatan Pauh & Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia

Posted: 18 May 2015 04:53 PM PDT

 

 

Tun M tuduh Najib, Guan Eng perosak ?? FMT Reporters

Posted: 18 May 2015 04:30 PM PDT

mahathir,najib,gunag eng

Menurut Tun M, sentimen perkauman di bawah pentadbiran kedua pemimpin berkenaan menjejaskan negara ini.

mahathir,najib,gunag eng

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhenti bersama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, tindak tanduk dua pemimpin telah mengundang banyak pertentangan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri.

Kenyataan itu dibuat beliau ketika ditanya Ahli Parlimen DAP dari Bukit Mertajam, Steven Sim apa yang ingin disampaikan sekiranya diberi peluang menulis surat kepada Najib dan Guan Eng.

" Surat saya ringkas, kedua mereka letak jawatan", kata beliau yang disambut tepukan gemuruh daripada mereka yang hadir sewaktu beliau melancarkan buku bertajuk 'Dr Mahathir's Selected Letters
to World Leaders' di Yayasan Perdana, Putrajaya

Katanya, sejak 60 tahun lalu, rakyat negara ini menikmati keamanan dan kestabilan dengan pembangunan yang baik.

Namun, kata beliau, keadaan itu berubah sekarang.

"Dia mengungkit kembali sentimen perkauman dan berfikir macam itu. Sudah tentu keadaan ini tidak akan menjadikan negara ini lebih baik" kata Dr Mahathir.

MAHATHIR SUDAH SEMAKIN GILA ? -  MARAHKAN NYAMUK,  KELAMBU DIBAKAR?

Pandikar Amin berbohong-Tun M FMT Reporters

Posted: 18 May 2015 09:00 AM PDT

mahathir,pandikar amin

Dr Mahathir mengaku penafian Pandikar Amin itu telah memalukannya dan dan kenyataan yang dibuat Yang Dipertua Dewan Rakyat itu seolah-olah beliau telah bercakap bohong.

mahathir,pandikar amin

PUTRAJAYA : Kenyataan berbeza yang dibuat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyebabkan Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa menanggung malu.

Ia diluahkan bekas Perdana Menteri ketika mengulas kenyataan berbeza yang dibuat Yang Dipertua Dewan Rakyat itu.

Beliau berkata, ketika berjumpa dengannya, Pandikar Amin menyatakan hasrat akan meletak jawatan kerana tidak puas hati terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Bahkan dia (Pandikar Amin) kata dia tidak menjadi Speaker dah. Itu dia cerita kepada saya. Dia cerita juga perasaaan tidak puas hati layanan Parlimen kepada dia sebagai Speaker.

"Lepas tu dia tanya kepada saya apa yang boleh dia lakukan..saya kata kalau awak nak resign, resignlah. Dia kata dia dah bagi surat nak letak jawatan," katanya selepas melancarkan buku Dr Mahathir's Selected Letters To World Leaders Volume Two, pada Isnin.

Dr Mahathir mengaku penafian Pandikar Amin itu telah memalukan dan kenyataan yang dibuatnya seolah-olah beliau berbohong.

"Saya cuma ulang apa dia kata tapi dia kata macam saya ni bohong. Ini tidak baiklah. Malulah saya," katanya.

Dr Mahathir dalam satu forum di Ipoh pada Sabtu lalu, mendakwa Pandikar Amin telah berjumpa dengannya dan memaklumkan meletak jawatan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Beberapa jam selepas itu, Pandikar Amin menafikan kenyataan Dr Mahathir tetapi mengaku mereka berdua berjumpa bagi membincangkan isu politik semasa.

Dr Mahathir hanya menjawab ringkas apabila ditanya adakah beliau akan berjumpa dengan Pandikar Amin untuk menyelesaikan perkara itu.

"Itu tak tahulah," jawabnya.


JIKA BENAR PANDIKAR AMIN SENGAJA BERBOHON,  SEMEMANGNYA DIA ITU KURANG AJAR,  KERANA TIDAK MENGHURMATI BEKAS PM DAN SEORANG YANG JAUH LEBIH TUA DARINYA - AGAR MENDAPAT BALASAN DARI ALLAH SWT.

KDN sahkan polis berjumpa Sirul FMT Reporters

Posted: 18 May 2015 08:15 AM PDT

jun,zahid,sirul
Menurut KDN pertemuan polis dengan Sirul dirahsiakan supaya ia tidak menggangu siasatan.

jun,zahid,sirul

KUALA LUMPUR: Pihak polis telah mengadakan pertemuan dengan Sirul Azhar Umar yang kini berada di Sydney, Australia.

Perkara itu disahkan, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

"Kita memang ada berjumpa (Sirul), oleh kerana ada…(desakan), apa yang rakyat sebut, masyarakat sebut…kita kena buat perjumpaan itu untuk mengesahkan apa benar Sirul buat (kenyataan berhubung kes)," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen pada Isnin.

Sebelum itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut) enggan mendedahkan butiran tentang perjumpaan antara polis dan Sirul Azhar.

Guan Eng meminta kerajaan untuk mendedahkan jumlah dan tarikh pertemuan antara polis dan Sirul Azhar serta nama aggota polis yang terlibat dalam siasatan berkenaan,

"Kes masih dalam siasatan dan saya khuatir sebarang pendedahan akan mengganggu kerahsiaan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas," kata Ahmad Zahid.
INGAT !!  ALLAH MELIHAT APA SAJA YANG KAMU LAKUKAN !!

SILA BUAT PILIHAN SEBAGAI JAWAPAN KALIAN !!

Posted: 18 May 2015 07:45 AM PDT

Final Piala FA, K'tan umum cuti 24 Mei

Posted: 18 May 2015 07:00 AM PDT

 
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob hari ini mengumumkan Ahad, 24 Mei sebagai cuti peristiwa bagi negeri Kelantan bersempena perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan wakil Singapura Lions
XII.

Beliau berkata cuti itu bagi memberi kemudahan kepada anak-anak Kelantan untuk pulang ke negeri ini dengan selesa dan tidak tergesa-gesa selepas menyaksikan perlawanan akhir itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

"Pihak kerajaan negeri Kelantan sangat mengutamakan aspek keselamatan para penyokong pasukan bola sepak Kelantan yang akan hadir menyaksikan perlawanan akhir Piala FA musim 2015 edisi ke-26 yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 23 Mei (Sabtu) nanti.

"Jaga keselamatan di jalan raya dan jangan berlumba-lumba untuk cepat sampai memandangkan ruang masa masih panjang untuk perjalanan pulang," katanya dalam kenyataan di Kota Bharu hari ini.

Beliau juga menasihatkan para penyokong dari Kelantan dapat membawa semangat kesukanan yang tinggi ketika menonton perlawanan tersebut.

"Harapan saya agar penyokong Kelantan dapat membawa roh riadah dan bersukan secara sihat tanpa terlibat dengan sebarang pelanggaran etika dan insiden yang tidak bermoral," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad turut menaruh harapan agar pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors dapat mempersembahkan aksi yang mantap pada perlawanan akhir nanti dan seterusnya menjuarai Piala FA musim ini.

Kelantan, juara pada 2012 dan 2013, meraih kemenangan selesa 3-1 pada aksi timbal balik di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi untuk mara ke pentas final buat kali kelima dengan agregat 3-2.

- Bernama

Dr M: Najib tak jawab apa-apa pun - PM Najib Bohong Lagi??

Posted: 18 May 2015 06:15 AM PDT

 
 
Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telah "menjawab" 13 soalan di dalam blognya semalam, namun Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat  ia langsung tidak menjawab soalan yang dibangkitkannya sebelum ini.

"Najib (kanan) tak jawab apa-apa pun. Saya buat sekarang ini sebab saya tahu dia akan kalah pada pilihan raya," katanya dalam sidang media selepas pelancaran buku jilid kedua Surat Kepada Pemimpin Dunia di Putrajaya hari ini.

Malah, Mahathir berkata, isu yang dibangkitkan sebelum ini seperti kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) juga tidak dijawab di dalam blog tersebut.

"Itu (Altantuya) mungkin kes lama tetapi hukuman mati diketahui sekarang. Sebab itu saya bangkitkannya. Dia cakap tunggu laporan penuh Laporan Audit, itu bukan jawapan. Sesiapa pun boleh cakap tunggu. Nak tunggu sampai bila," katanya lagi.

Najib semalam di dalam blognya menulis jawapan kepada 13 persoalan tentang isu-isu kontroversi yang turut mengaitkan dirinya.

Antara jawapan yang ditulis adalah mengenai kes pembunuhan Altantuya dan 1MDB.

Mengaju soalan

Sementara itu, ditanya sama ada beliau masih lagi ingin berdebat walaupun Najib telah "menjawab" soalan yang ditimbulkannya di dalam blog, Mahathir berkata beliau tidak mempunyai masalah untuk lakukan perkara itu.

Jelasnya, sekiranya perdebatan diadakan, beliau hanya ingin mengajukan soalan kepada Najib untuk dijawab.

"Kalau nak debat boleh, tak ada masalah. Saya cuma nak tanya, kalau nak jawab, jawablah. Kalau dia (Najib) nak tanya saya apa, saya boleh jawab," ujarnya.

Blog pro-Umno: FAQ tak jawab isu Rosmah

Sementara itu, penulis blog pro-Umno juga membangkitkan kenapa FAQ khas Najib tidak menyentuh langsung berhubung "kerenah" Rosmah Mansor, isterinya.

Shahbudin Husin, penulis empat buah buku anti-Najib, mempertikai jawapan pemimpin nombor satu negara yang tidak menyentuh dakwaan Rosmah berlagak seperti perdana menteri yang dibangkitkan Mahathir.

"Satu perkara yang Najib tidak sentuh langsung ialah mengenai kerenah dan masalah yang ditimbulkan oleh isterinya, Rosmah Mansor sedangkan ia bukan saja menjadi percakapan paling popular di kalangan rakyat, bahkan Tun Mahathir juga baru-baru ini mendakwanya berlagak seolah-olah Perdana Menteri.

"Kenapa ia tidak disentuh atau tidak berani disentuh hanya Najib yang mengetahui sebab-sebabnya," tulis Shahbudin di blognya hari ini.

Beliau juga berkata Najib juga tidak menyentuh isu melemahkan sokongan pada BN, termasuk susulan pilihan raya kecil Rompin dan Permatang Pauh baru-baru ini.

"Yang barangkali tidak disedari Najib ialah apakah di sebalik pelbagai isu yang melanda dirinya, petunjuk makin ketara sokongan kian terhakis, sokongan boleh terus diberikan atau melanjutkan sokongan bermakna menambahkan lagi kerosakan yang ada?" kata Shahbudin.
 

Inspektor mengaku tak salah rogol pekerja kilang ??

Posted: 18 May 2015 05:33 AM PDT

 
Seorang pegawai polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan merogol seorang pekerja kilang di balai polis, September tahun lalu.
   
Inspektor Mohd Hairul Zaidi Zainal, 33, didakwa merogol remaja berusia 19 tahun itu dengan menggunakan kedudukan dan kuasanya di bilik pegawai penyiasat jenayah, tingkat tiga, Balai Polis Petaling, Brickfields, di ibu negara antara pukul 3 pagi hingga 7 pagi, 17 Sept lalu.
   
Mohd Hairul Zaidi didakwa mengikut Seksyen 376(2)(f) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.
   
Timbalan Pendakwa Raya Tan Sew Ping tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu adalah serius selain faktor kemungkinan tertuduh akan mengganggu saksi dalam kes itu.
   
Bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam Nik Muammer Hurrie Mohamad Sukri memohon mahkamah membenarkan jaminan dengan alasan tertuduh sebelum ini tidak pernah gagal melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, setiap dua kali seminggu, sejak lapan bulan lalu walaupun dibebaskan tanpa jaminan cagaran polis.

"Selain itu anak guam saya sudah berkahwin dan perlu menanggung isteri yang tidak bekerja, dua anak berusia dua tahun dan tiga bulan serta menanggung ibu bapa, juga adik yang berada di tingkatan lima," katanya.
   
Hakim Zulqarnain Hassan membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan dua orang penjamin beserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang setiap dua minggu sekali dan dilarang mengganggu saksi.
   
Mahkamah menetapkan 5 Jun depan untuk sebutan semula kes.
   
Sementara itu di mahkamah sama, seorang warga Bangladesh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol seorang wanita tempatan awal bulan ini.
   
Abdul Monnan, 32, didakwa merogol wanita berusia 43 tahun itu di sebuah rumah tidak bernombor, di Jalan Abdullah, Bangsar, di ibu negara antara pukul 10.30 malam, 4 Mei hingga 2.30 pagi 5 Mei.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.
   
Tertuduh juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa pada tarikh, waktu dan lokasi yang sama.
   
Abdul Monnan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun, denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
   
Mahkamah tidak membenarkan tertuduh, yang tidak diwakili peguam, diikat jamin dan menetapkan 5 Jun untuk sebutan semula kes.
   
-Bernama

Pandikar tolak usul bincang isu Tabung Haji

Posted: 18 May 2015 03:45 AM PDT

 
 
Dewan Rakyat hari ini menolak usul tergempar oleh seorang ahli parlimen pembangkang untuk membincangkan mengenai pembelian sebidang tanah di Tun Razak Exchange (TRX) oleh Lembaga Tabung Haji, dengan menyatakan isu itu telahpun diselesaikan.

Kerajaan dan Tabung Haji telah mengambil tindakan untuk menjual tanah tersebut, maka tiada perkara lain lagi yang perlu dibincangkan dalam Dewan itu, kata Yang DiPertua Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

"Tindakan kerajaan dan Tabung Haji untuk menjual tanah itu. Jadi isu apa lagi yang timbul untuk dibahaskan?" soal Pandikar.

Beliau menolak usul yang dibawa oleh Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) untuk membincangkan perjanjian Tabung Haji itu dalam kamarnya. Ekoran itu, Mahfuz menyuarakan bantahan dalam Dewan Rakyat.

"Saya cukup kecewa. Isu besar yang memerlukan parlimen untuk tampil bagi menjaga Tabung Haji," kata Mahfuz yang juga ketua penerangan PAS.

"Saya tidak kata bahawa perkara ini bukan satu isu yang penting," kata Pandikar.

KJ: Tak perlu debat Dr M, PM dah jawab

Posted: 18 May 2015 03:00 AM PDT

 
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata memandangkan Najib telah menjawab bahawa isu firma pelaburan negara 1MDB akan disiasat, maka Dr Mahathir perlu menunggu keputusan siasatan oleh Jabatan Audit Negara.

"Tak payahlah nak berdebat, Yang Amat Berhormat (perdana menteri) telah pun memberi jawapan dalam isu 1MDB. Kita sedang menunggu siasatan dan audit Jabatan Audit negara.

"Jadi kita tunggu lah hasil siasatan tersebut," katanya dalam sidang media selepas merasmikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Kementeriannya dan Berjaya Corporation Berhad di Putrajaya.

Pada Sabtu lalu, Mahathir menyatakan secara terbuka kesediaannya berdebat dengan Najib bagi menjawab pelbagai isu yang dibangkitkan oleh negarawan itu sebelum ini.

Ini termasuk isu jambatan bengkok, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Mantan perdana menteri Tun Mahathir Mohamad tidak perlu berdebat dengan Datuk Seri Najib Tun Razak memandangkan perdana menteri telahpun menjawab pelbagai isu dibangktikannya termasuk 1Malaysia Development (1MDB), semalam.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata memandangkan Najib telah menjawab bahawa isu firma pelaburan negara 1MDB akan disiasat, maka Dr Mahathir perlu menunggu keputusan siasatan oleh Jabatan Audit Negara.

"Tak payahlah nak berdebat, Yang Amat Berhormat (perdana menteri) telah pun memberi jawapan dalam isu 1MDB. Kita sedang menunggu siasatan dan audit Jabatan Audit negara.



"Jadi kita tunggu lah hasil siasatan tersebut," katanya dalam sidang media selepas merasmikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Kementeriannya dan Berjaya Corporation Berhad di Putrajaya. 

Pada Sabtu lalu, Mahathir menyatakan secara terbuka kesediaannya berdebat dengan Najib bagi menjawab pelbagai isu yang dibangkitkan oleh negarawan itu sebelum ini.

Ini termasuk isu jambatan bengkok, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Misteri kehilangan Pandikar Amin terbongkar FMT Reporters

Posted: 18 May 2015 02:15 AM PDT

pandikar-chow-kitMenurut Pandikar Amin, beliau menyamar dan berjalan-jalan di Chow Kit, ke Masjid India ketika Ahli Parlimen lain berbahas di dewan.


PETALING JAYA: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pernah menghilangkan diri selama tiga minggu selepas dua hari Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-13 dirasmikan oleh Yang Dipertuan Agong pada 9 Mac lalu.

'Kehilangan' beliau itu telah menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan Ahli Parlimen, pegawai dan kakitangan Parlimen termasuk pengamal media yang membuat liputan.

Ia berakhir apabila Pandikar Amin kembali mempengerusikan Dewan Rakyat pada hari-hari terakhir persidangan berlangsung yang tamat pada 9 April lalu.

Dalam penjelasannya beliau berkata, tidak pergi ke mana-mana dan menasihatkan orang ramai jangan mendengar spekulasi berhubung dirinya.

"Saya menyamar dan berjalan-jalan di Chow Kit, ke Masjid India ketika kamu (Ahli-ahli parlimen) berbahas. Saya tanya keadaan di luar," katanya seperti dilaporkan portal bnbnc.com.

Portal itu mendakwa, cerita Pandikar Amin 'merajuk' dan mahu meletak jawatan telah mula kedengaran beberapa hari selepas Persidangan Dewan Rakyat berlangsung.

Pandikar Amin dalam sidang media di Kota Belud pada Ahad mengaku beliau berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan isu-isu semasa.

Beliau bagaimanapun menafikan meletak jawatan seperti yang dikatakan oleh mantan Perdana Menteri dalam program Bicara Negara di Ipoh pada Sabtu.

Pandikar Amin mengaku kecewa dengan karenah Ahli Parlimen yang berbahas isu-isu remeh dan ada kalanya beliau 'naik darah' dengan gelagat Ahli Parlimen ketika membincangkan sesuatu isu.

Beliau juga tidak berpuas hati dengan petugas media yang dikatakan tidak mengikut protokol apabila menemubual Ahli Parlimen.

Pencuri Kaya, Guna Kereta Mewah Semasa Curi Kasut Di Masjid Wilayah

Posted: 18 May 2015 01:30 AM PDT



Hari ini terjumpa di laman Facebook apabila ada seorang lelaki bernama Ismail Bukit Mas telah memuatnaik beberapa keping gambar yang menunjukkan seorang lelaki telah berjaya ditangkap kerana mencuri kasut di sebuah masjid.

Menurut pemilik gambar kejadian tersebut berlaku di Masjid Wilayah Persekutuan dan ternyata mengejutkan orang ramai kerana lelaki yang ditangkap mencuri itu mempunyai sebuah kereta mewah jenis Mercedes.

Hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh pengawal keselamatan masjid menjumpai kasut-kasut yang dicuri di dalam bonet kereta Mercedes bilik lelaki berkenaan.

Suspek dikatakan telah diserahkan kepada pihak berkuasa. Bagaimanapun waktu kejadian tidak dinyatakan. -Siakapkeli.my







Beli Jet Bukan Untuk Bermewah - Tapi Untuk Kerja Kata PM Najib. BETUL KER NI ?

Posted: 18 May 2015 12:45 AM PDT

Mafiaboss Melayu's photo.
Menulis di blognya www.najibrazak.com, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akhirnya mempertahankan tindakan Putrajaya membuat pembelian jet rasmi baru yang ketujuh, Airbus ACJ320 dan mengatakan ia satu "amalan standard" bagi kebanyakan pemimpin dunia menggunakan jet rasmi.

"Ia bukan untuk bermewah, tetapi untuk memastikan kecekapan dalam menjalankan tugas mereka."

Jet baru itu diperolehi melalui perjanjian sewa beli secara rundingan terus dengan Jet Premier One, syarikat sama yang mengendalikan jet Airbus ACJ319 sedia ada yang digunakan Perdana Menteri.

Sejumlah RM28.8 juta dalam sewa beli dan RM5.5 juta dalam kos penyelenggaraan dibelanjakan setiap tahun untuk jet itu, tidak termasuk kos bahan api.

Najib berkata dalam blognya, dalaman pesawat itu dikonfigurasikan bagi menepati keperluan mesyuarat dan perbincangan yang akan diadakan di atas kapal terbang supaya kerja bolehterus dijalankan semasa dalam penerbangan.

Rakyat Indonesia digesa henti provokasi terhadap rakyat Malaysia

Posted: 18 May 2015 12:00 AM PDT

Golongan mahasiswa Malaysia menggesa rakyat Indonesia menghentikan semua aktiviti provokasi yang bertujuan menghina rakyat Malaysia kerana perbuatan itu hanya memalukan negara sendiri.
Pelajar jurusan Pengajian bahasa Inggeris Universitas Muhammadiyah Makassar Ahmad Afandi Rasyid berkata, beliau yang pernah menjalani latihan amali di Johor Bahru tahun lepas, kesal dengan sikap sesetengah rakyat Indonesia yang membuat pelbagai provokasi terhadap rakyat Malaysia.

"Saya pernah tinggal di Malaysia dan saya tahu hati budi orang Malaysia, kita sepatutnya berfikir bagaimanakah untuk memperkukuhkan lagi hubungan bangsa serumpun dan bukannya mencari sebab untuk menghina mana-mana kaum," katanya kepada Bernama hari ini.

Ahmad Afandi yang juga Pegawai Perhubungan Persatuan Bulan Sabit Merah Indonesia (PBSMI) cabang Makassar berkata pelajar Malaysia di negara itu pula sering menjalankan aktiviti untuk menabur budi dan jasa kepada rakyat Indonesia.

Sebanyak 30 pelajar perubatan Malaysia tahun akhir tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dari Universitas Hasanuddin dengan kerjasama PBSMI di Makassar menabur bakti kepada rakyat tempatan dengan menganjurkan aktiviti pemeriksaan kesihatan dan berkhatan secara percuma.

Aktiviti yang mendapat sambutan lebih 500 penduduk di sekitar bandar Makassar itu berlangsung di kampus Universitas Negeri Makassar di sini dan dirasmikan wakil Datuk Bandar Makassar Kamaruddin Munde.

Pengerusi PBSMI cabang Makassar Sulfiadi Barmawi pula berkata, pelajar jurusan perubatan Malaysia adalah yang paling aktif menganjurkan aktiviti sosial untuk menjayakan program Desa Sihat anjuran persatuan berkenaan.

Katanya, aktiviti seumpama itu mendapat sambutan menggalakkan rakyat tempatan kerana ia memberi peluang kepada rakyat untuk mendapat pemeriksaan kesihatan dan ubat-ubatan selain daripada membawa anak lelaki mereka untuk berkhatan secara percuma. 

"Kita senang bekerja dengan pelajar Malaysia kerana mereka memahami budaya rakyat Indonesia, malah budi bahasa mereka yang lemah lembut sering menjadi tarikan rakyat tempatan untuk menyertai program yang dianjurkan," katanya.

Sulfiadi berkata, PBSMI berharap dapat bekerjasama dengan pelajar Malaysia dalam aktiviti berskala besar termasuk kemungkinan di peringkat nasional satu hari nanti.

Sementara itu, Pengarah Mara Indonesia Zulaina Haslinda Anhar Zubir berkata program yang ditaja sepenuhnya oleh Mara itu bertujuan untuk melatih bakal-bakal doktor berkenaan menjalani amali sambil berbakti kepada penduduk setempat.

"Kita sememangnya mengalakkan pelajar Malaysia memberi sumbangan bakti kepada penduduk setempat di kawasan mereka belajar," katanya.

Beliau berkata, menerusi aktiviti seumpama itu, ia dapat mengeratkan hubungan antara dua negara selain memberi ruang kepada rakyat tempatan mengenali orang Malaysia secara peribadi.

Pengerusi jawatankuasa penganjur Jefrizal Mat Zain yang juga pelajar tahun akhir jurusan perubatan Universitas Hasanuddin berkata, 30 pelajar perubatan yang terlibat dalam aktiviti itu adalah antara 500 Malaysia pelajar jurusan perubatan di universiti berkenaan.

"Kita tidak boleh membawa semua mahasiswa kerana jumlah yang terlalu ramai dan 30 orang yang terpilih ini adalah yang akan menamatkan pengajian pada Jun dan Ogos ini," katanya. – Bernama, 18 Mei, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT