Ahad, 17 Mei 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Mamat Ni Digugurkan.. ??

Posted: 17 May 2015 10:30 PM PDT

 
Baguslah Mamat Ni Digugurkan. Mohd Yusni Mat Piah, yang pernah mencetuskan kontroversi kerana memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh telah digugurkan sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang. Beliau digantikan oleh Setiausaha Dewan Pemuda Pas negeri, Afnan Hamimi Taib.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat mengesahkan pengguguran Mohd Yusni itu. Beliau berkata, pertukaran itu merupakan amalan biasa dan dibuat oleh Pemuda Pas Kawasan di negeri itu.

Tambahan pula, katanya, Mohd Yusni telah melepasi had umur yang ditetapkan bagi jawatan Ketua Pemuda.
 
Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP), Asrol Sani Abdul Razak menyambut baik pelantikan Afnan itu.

Katanya. pelantikan kepimpinan baru Pemuda Pas dapat mengukuhkan lagi kerjasama Pemuda Pakatan Rakyat (PR) untuk menentang UMNO dan Barisan Nasional (BN).
 
Baguslah Mamat Ni Digugurkan

"Kami menyokong segala usaha Pemuda Pas Pulau Pinang bagi merealisasikan agenda yang menguntungkan Pakatan Rakyat dan tidak akan menyokong sebarang agenda bersifat peribadi yang tidak selari dengan polisi Pakatan Rakyat," katanya dalam kenyataan media.
 
Dalam PRK Permatang Pauh pada awal bulan ini, Mohd Yusni enggan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan enggan untuk Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selagi PKR dan DAP tidak meminta maaf kerana mengkritik Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu hudud.

Dia akhirnya menarik balik keputusan memboikot itu kerana menghormati keputusan pemimpin tertinggi Pas tetapi tetap dengan pendirian mahukan PKR dan DAP meminta maaf kepada Hadi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mohd Yusni juga membangkitkan kemarahan PKR apabila enggan menarik balik daripada bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh biarpun pimpinan Pas mengarahkan dia berundur.
Keputusan membelakangkan arahan parti itu menyebabkan pertandingan tiga penjuru antara Pas, PKR dan UMNO.

Pendirian tegas Mohd Yusni itu dilihat punca hubungan dingin dalam Pakatan Rakyat khususnya di Pulau Pinang.

Bangunan Koperasi Polis KL terbakar ??

Posted: 17 May 2015 10:00 PM PDT



Published: 18 May 2015.

Sebahagian ruang pejabat bangunan Koperasi Polis di Tingkat 10, di Jalan Kampung Attap, Kuala Lumpur, musnah dalam kebakaran semalam.

Sebahagian ruang pejabat bangunan Koperasi Polis di Tingkat 10, di Jalan Kampung Attap, Kuala Lumpur, musnah dalam kebakaran semalam

Sebahagian ruang pejabat bangunan Koperasi Polis di Tingkat 10, di Jalan Kampung Attap di Kuala Lumpur, musnah dalam kebakaran semalam.

Penolong Penguasa Kanan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Abdul Rahman Hassan berkata kejadian itu berlaku kira-kira 6 petang dan disedari oleh seorang pengawal keselamatan bangunan itu apabila alat pengesan asap bangunan terbabit berbunyi.

"Bomba menerima panggilan daripada pengawal itu pada pukul 6.13 petang dan tiba di lokasi kejadian 5 minit kemudian," katanya di lokasi selepas memadamkan keseluruhan api.

Beliau berkata operasi memadam api sepenuhnya selesai pada pukul 7.30 malam dan kebakaran itu telah memusnahkan 60% ruang tersebut.

Bagaimanapun, punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian yang dialami mangsa masih dalam siasatan serta tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – Bernama, 18 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Ahli Parlimen gagal utamakan kepentingan negara dan rakyat, kata peguam OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Posted: 17 May 2015 09:30 PM PDT



Peguam-peguam mengatakan sekiranya ahli Parlimen tidak memahami tanggungjawab mereka terhadap rakyat dan gagal melaksanakannya, mereka perlu diganti kerana menjadi liabiliti kepada rakyat

Peguam-peguam mengatakan sekiranya ahli Parlimen tidak memahami tanggungjawab mereka terhadap rakyat dan gagal melaksanakannya, mereka perlu diganti kerana menjadi liabiliti kepada rakyat.

Di sebalik sumpah mereka untuk berkhidmat buat pengundi, ahli Parlimen dilihat lebih mengutamakan ketua dan pemimpin politik mereka berbanding perkhidmatan kepada rakyat, kata peguam, dan memberi amaran rakyat dan negara akan menerima kesannya sekiranya pemimpin gagal melaksanakan tanggungjawab mereka.

Mereka berkata anggota Dewan Rakyat, terutamanya daripada parti Barisan Nasional (BN) tidak melaksanakan sumpah mereka dalam melaksanakan tugasan, termasuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Peguam kanan Datuk Dominic Puthucheary berkata, Dewan Rakyat gagal memainkan tugasnya kerana parti politik menguasai Dewan dan menukarnya kepada "Dewan Parti".

"Wakil rakyat di Dewan Rakyat dipilih pengundi, tetapi mereka memberikan kesetiaan kepada pemimpin politik dan menjadi Dewan Parti," katanya yang kini berusia 82 tahun, dan pernah dipilih sebagai ahli Parlimen Nibong Tebal selama sepenggal pada 1995.

Beliau berkata, mereka yang dipilih tidak memahami tugas sebenar atau ambil kisah untuk mengetahui apa yang seharusnya mereka lakukan berlandaskan Perlembagaan.

"Bagi kebanyakan mereka, ia adalah karier dan bukannya melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat," katanya, sebagai respon terhadap ucapan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah supaya mengutamakan negara dan rakyat berbanding pihak lain.

Kesemua 222 ahli Parlimen akan bersidang hari ini selama sebulan bagi membincangkan hal ehwal negara.

Ketika persidangan pada Mac, sewaktu membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tengku Razaleigh, atau lebih mesra dengan panggilan Ku Li berkata, Malaysia kini dibelenggu dengan kebuntuan politik dan ekonomi, dan hanya anggota Dewan Rakyat yang mampu meleraikannya.

Beliau menyuarakan kebimbangan terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini dibebani hutang dan pelaksanaan sistem percukaian cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

"Kita kini berhadapan cabaran yang tidak dijangka bagi memenuhi ikrar berkhidmat untuk rakyat dan negara.

"Ini kerana, kuasa Dewan Rakyat dipindahkan kepada kepimpinan parti politik," katanya, yang menjadi ahli Parlimen sejak 1974.

"Pemusatan kuasa terhadap mana-mana individu adalah bertentangan Perlembagaan. Itu bukan apa yang sepatutnya mengenai demokrasi.

"Oleh itu, anggota Dewan Rakyat perlu memutuskan sama ada mahu memenuhi ikrar mereka atau tanggungjawab kepada kuasa di luar Dewan Rakyat," katanya.

Dominic berkata, tidak diragukan Razaleigh bercakap mengenai apa yang difikirkannya namun mengakui terdapat keperluan bagi merombak keseluruhan sistem kerajaan.

Beliau juga menjelaskan sikap wakil rakyat Sabah dan Sarawak yang lebih mementingkan isu di kawasan mereka berbanding isu nasional.

"Mereka tidak melihat kepentingan mempunyai perdana menteri yang kompeten untuk negara," katanya.

Peguam, R. Kenghadharan berkata, mana-mana anggota Parlimen yang gagal melaksanakan tugas mereka perlu mengosongkan pejabatnya kerana mereka menjadi liabiliti kepada proses demokrasi.

"Anggota Parlimen yang tidak kompeten akan memberikan kemusnahan serius kepada proses demokrasi dan tadbir urus kerajaan, kita memiliki ramai dalam kalangan mereka," katanya.

Dewan Rakyat katanya mewakili suara rakyat, namun malangnya, terdapat usaha mencalarkan imej mereka dengan kepimpinan yang lemah dan menyalahgunakan kelemahan demokrasi.

"Kecuali rakyat bangkit untuk menyelamatkan institusi ini, kita merisikokan sistem sekarang dan Malaysia menjadi negara yang gagal," katanya.

Peguam, Edmund Bon berkata, anggota Parlimen yang baik seharusnya mengundi berdasarkan niat hati mereka dan tahap intelektual masing-masing untuk menjadi bertanggungjawab terhadap rakyat.

"Realitinya, bagaimanapun, mereka memenangi pilihan raya disebabkan sokongan parti," katanya, dan menambah, itulah punca sebenar calon bebas gagal dalam pilihan raya.

Bon berkata, ahli Parlimen tidak berupaya bergerak secara bebas seperti mengusulkan undi tidak percaya terhadap ketua Dewan kerana ketua whip parti dilantik untuk mengekalkan disiplin.

Beliau berkata, apa yang dimaksudkan Razaleigh dituntut oleh masyarakat sivil yang mahukan penyingkiran pemusatan kuasa antara individu atau beberapa pihak.

Bon berkata, sistem wakil rakyat berdasarkan undi popular perlu dilihat apabila reformasi Parlimen dilaksanakan, seperti di negara Barat.

"Kita harus membenarkan rakyat diberikan akses kepada Dewan Rakyat jika jumlah tertentu dipenuhi untuk mengumpulkan tandangan bagi sesuatu petisyen berkenaan kepentingan orang ramai dibahaskan," katanya. – 18 Mei, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

1MDB ‘Frankenstein’ yang bakal musnahkan Najib YB Dzulkefly Ahmad ( PAS )

Posted: 17 May 2015 09:00 PM PDT

 
Dr Dzulkefly Ahmad is a member of the PAS central working committee and ex-MP of Kuala Selangor.
 
Belum reda kontroversi pembelian tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Tabung Haji, bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said (laporan 12 Mei 2015 Astro Awani) mendakwa 1MDB pernah hendak mencagarkan minyak dan gas asli di laut Terengganu.
Namun keputusan itu ditarik balik.

Nah, pendedahan itu tiba-tiba menyentak perhatian umum kepada asal usul 1MDB, 'badan pelaburan berdaulat kedua' atau 'second sovereign wealth fund' (selepas Khazanah). Apa pula kaitan 1MDB dengan Terengganu? Saya kira ini peluang saya merumuskan pengamatan saya dan mengongsikannya di sini.

Bagi memulakan cerita, "Wang Royalti" nama asalnya, yang bertukar menjadi Wang Ehsan, akibat pengkhianatan Kerajaan Persekutuan enggan membayar kerajaan negeri ketika PAS menawan Terengganu, perlu terus diurus. Jumlah royalti sebanyak kurang lebih RM2.5-RM3 bilion setahun.

Selepas berlalu sedikit waktu di mana wang ehsan menjadi semacam "dana politik" milik penguasa politik negeri tanpa pertanggungjawaban, terbit cadangan menubuhkan sebuah badan pelaburan.
Maka terbentuklah 'Terengganu Investment Authority' atau TIA pada tahun 2008, yang antara lainnya, pelaburan 'wang ehsan'. RM3 bilion setahun bukan sedikit. Ramai terlioq agaknya!

Ya, kalau begitu, asal TIA, adalah dana "berdaulat" yang mengurus kekayaan hasil sumber minyak dan gas negeri Terengganu. Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak sangsi kalau begitu seperti asal.
Dalam pada itu, minat dan nafsu Putrajaya untuk terlibat mengurus dana semakin berahi.

Akhirnya tampil cadangan menjadikan TIA sebahagian entiti "Persekutuan". Putrajaya lantas membuat "pelawaan". Sebagai sebuah kerajaan negeri sukar untuk Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said tolak. Maklumlah.

Nyata ketika Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, menafikan kebenaran kenyataan Ahmad Said, esoknya (13 Mei), beliau semacam tidak tahu tentang dakwaan Ahmad Said atau sengaja hendak membodek bosnya di Putrajaya. Dalam kedua-dua keadaan tadi, Ahmad Razif tampak tidak betul atau salah.

Salah kerana tidak tahu sejarah tadbir-urus entiti penting milik negeri, TIA. Salah juga kerana membodek bos dalam isu yang boss ternyata sudah membuat komitmen sendiri satu ketika dahulu!
Ahmad Razif lantas menyatakan tidak wujud cadangan untuk menjadikan hasil minyak dan gas Terengganu sebagai cagaran untuk pinjaman 1MDB.

Tidak dinafikan, beliau ada mengakui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sudah bersetuju untuk menjadi TIA sebagai satu badan pelaburan kerajaan negeri. Modal berbayarnya adalah RM1 juta yang dibayar oleh pihak kerajaan negeri.

MMKN kemudiannya memutuskan kerajaan negeri tidak bersedia untuk terus bersama dalam TIA kerana tidak mahu mengambil risiko yang agak besar, meskipun TIA dikatakan sudah mula membuat keuntungan. Kerajaan dibayar balik modal berbayar RM1 juta. Benar tetapi tidak lengkap.

Bagi mengelak dakwa-dakwi, saya petik secara verbatim laporan akhbar The Star, 22 Julai, 2009, bagi membawa balik ingatan semua pihak apa sebenarnya pengkisahan semua ini.

KUALA LUMPUR: The Terengganu Investment Authority (TIA) is being expanded to a federal entity called 1Malaysia Development Bhd (1MDB) with the aim of investing billions of ringgit in energy, real estate and hospitality sectors in the country, according to a statement from the Prime Minister's office.

 

It was earlier proposed that the TIA would raise RM11bil for investments, of which RM5 billion were to be government-guaranteed bonds while RM6bil were bonds to be collateralised by oil royalty payments to the state of Terengganu.

The King, who is also the Sultan of Terengganu, has consented to the arrangement. The new entity will be wholly-owned by Ministry of Finance Inc and will report directly to the Prime Minister. The Cabinet has also given its approval in principle.

The statement said more details would be released in the coming weeks.

Maka apa yang dinyatakan oleh mantan menteri besar Ahmad Said adalah benar dan benar belaka.

Saya memuji kefahaman Ahmad Said tentang risiko yang bakal diambil beliau dengan kaedah 'securitisation of future income' daripada hasil minyak dan gas Terengganu sekiranya dipersetujui beliau!

Ahmad Razif boleh gigit jari kekesalan sebab membuat kenyataan dengan tidak menyemak Penasihat Undang-Undang Negeri gamaknya atau sekadar memang hendak 'memperbodohkan' Ahmad Said. 

Sekarang ini, rakyat Terengganu boleh menilai kembali siapa lebih cerdik atau sebaliknya!

Persoalan seterusnya "Bila entiti atau creature (binatang) TIA menjadi 1MDB? Maka saya petik laporan tersebut sekali lagi, dengan kenyataan yang dibuat oleh Najib sendiri, yang akhirnya melantik dirinya Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB:

"To advance further and make this investment work, the Government has decided for TIA to be expanded into a federal-based sovereign wealth fund to be known as 1Malaysia Development Bhd for its benefits to be felt across Malaysia,'' Najib said in the statement.

Maka, entiti TIA yang dulunya hanya beroperasi dan berpusat di Terengganu akan bertukar wajah menjadi 1MDB yang beroperasi untuk 'kepentingan dan kemaslahatan' seluruh rakyat Malaysia!
Memetik lagi: By becoming a sovereign wealth fund, 1MDB will have Malaysia as its priority instead of just one state, according to a source.

Apakah yang menjadi cita-cita 1MDB dan bagaimanakah strategi pelaburan 1MDB?

Memetik lagI: "1MDB is to drive sustainable, long-term economic development for Malaysia by forging strategic global partnerships and promoting foreign direct investment (FDI) for Malaysia to further enhance the multiplier effects for the Malaysian economy."

Maka begitu mengikut cita-cita 1MDB. Namun setelah 6 tahun penubuhan (2009) dan pengoperasiannya, apakah yang dapat dibanggakan oleh 1MDB dan oleh PM Najib? Timbunan hutang ke paras RM42bilion! Aset RM 50 bilion, gagal menjana aliran tunai positif.

Sebahagian besarnya hutangnya, dijamin kerajaan. Kini jelas 1MDB pastinya gagal melunaskan hutangnya. Pensenaraian atau IPO aset tenaga yang kononya menjana RM10 bilion, tinggal cita-cita.

Hampir tiada apa yang boleh membanggakan sesiapa pun di negara ini! Penulis menitipkani beberapa makalah termasuklah yang mutakhir "1MDB: Rompakan Terdahsyat Kurun ini!

Sejak laporan yang dibuat oleh sebuah badan 'whistleblower' iaitu 'Sarawak Report' bersekali dengan 'London Sunday Times', bulan Februari tahun ini, 1MDB semacam dalam kedudukan 'terminal' pesakit barah. Sangat tenat.

'Financial Engineering' oleh seorang yang jutawan muda Low Taik Jho atau 'Jho Low' yang mungkin dalam satu 'grandiose' dirinya seorang 'financial wizard' terus-terusan gagal dalam semua eksperimennya.
Yang nyata dan yang menjadi mangsa pertamanya ialah penaja dan pembikinnya yakni tidak lain daripada Perdana Menteri Malaysia sendiri Datuk Seri Najib Razak!

Beliau bakal tumbang kerana 1MDB dan kerana Jho Low. Tidak ada jalan untuk menyelamatkan beliau lagi. Bagaimana dan cara mana, hanya Allah yang lebh tahu.

Tetapi atas kemungkaran ekonomi dan kewangan ini, mungkin tiada maaf bagi semua yang bersubahat dengan Jho Low dan mampukah Najib membersihkan dirinya? Usah cerita tentang kekayaan dan kemewahan.

Meskipun sudah dua kali seluruh pimpinan Majlis Tertinggi Umno dan Ketua-Ketua Bahagian Umno seluruh negara bersatu dan berpadu untuk menyelamatkan presiden mereka, nampaknya takdir akan mendahului tadbir!

Amarah rakyat sudah memuncak dengan angkara kepincangan dan pengkhianatan oleh segelintir pemimpin Lembaga Tabung Haji, khususnya Pengerusi LTH dan beberapa penjawat tertingginya yakni Pengarah Urusan (MD) dan Timbalan Urusan (TMD).

Terpalitnya LTH adalah kerana tindakan yang dalam persepsi umum sebagai 'Menyelamatkan atau 'bailout' 1MDB seperti badan pelaburan 'Government Investment Corporations' (GICs) kerana semacam ada yang 'mengarah' dana-dana seperti KWAP, KWSP dan lain-lain lagi.

Terkini ialah kontroversi yang tercetus kerana sebuah konsortium 6 bank internasional, yang diketuai oleh Deutsche Bank, mahu mengambil tindakan mempercepatkan tuntutan bayaran balik melibatkan AS$975 juta (RM3.6 bilion) yang dipinjamkan kepada 1MDB.

Tindakan itu dibuat oleh Deutsche Bank kerana status cagaran yang digunakan oleh 1MDB ternyata dipertikaikan dan tidak dapat dipertahankan (baca: palsu).

Cagaran 1MDB adalah asetnya (AS$1.103 bilion) dalam akaun Swiss private Bank, BSI Singapura yang melibatkan anak syarikatnya, Brazen Sky. Perkara ini didedahkan mutakhir ini tentang kenyataan palsu dari CEO Brazen Sky mengikut pihak berkuasa Singapura.

Isunya sangat kompleks untuk penulis rakamkan di sini kerana melibatkan beberapa langkah-langkah kewangan korporat seperti isu 'put option' dan sebagainya.

Yang penting dan perlu disebut ialah kedudukan CEO 1MDB, Arul Kanda Kandasamy. Apakah beliau menyediakan pinjaman itu kepada 1MDB ketika beliau masih berkerja dengan Abu Dhabi Commercial Bank (ADCB), salah sebuah 6 internasional bank yang memberikan pinjaman kepada 1MDB?

Paling tidak isunya, ditakuti wujud 'konflik kepentingan' dan kepentingan 1MDB mungkin terjejas. Sangat kusut dan culas.

Ikuti seterusnya expose-pendedahan 1MDB yang dibongkar hampir setiap hari… Allahualam. – 18 Mei, 2015.

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

1MDB 'Frankenstein' yang bakal musnahkan Najib

Belum reda kontroversi pembelian tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Tabung Haji, bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said (laporan 12 Mei 2015 Astro Awani) mendakwa 1MDB pernah hendak mencagarkan minyak dan gas asli di laut Terengganu.
Namun keputusan itu ditarik balik.
Nah, pendedahan itu tiba-tiba menyentak perhatian umum kepada asal usul 1MDB, 'badan pelaburan berdaulat kedua' atau 'second sovereign wealth fund' (selepas Khazanah). Apa pula kaitan 1MDB dengan Terengganu? Saya kira ini peluang saya merumuskan pengamatan saya dan mengongsikannya di sini.

Bagi memulakan cerita, "Wang Royalti" nama asalnya, yang bertukar menjadi Wang Ehsan, akibat pengkhianatan Kerajaan Persekutuan enggan membayar kerajaan negeri ketika PAS menawan Terengganu, perlu terus diurus. Jumlah royalti sebanyak kurang lebih RM2.5-RM3 bilion setahun. Selepas berlalu sedikit waktu di mana wang ehsan menjadi semacam "dana politik" milik penguasa politik negeri tanpa pertanggungjawaban, terbit cadangan menubuhkan sebuah badan pelaburan.
Maka terbentuklah 'Terengganu Investment Authority' atau TIA pada tahun 2008, yang antara lainnya, pelaburan 'wang ehsan'. RM3 bilion setahun bukan sedikit. Ramai terlioq agaknya!
Ya, kalau begitu, asal TIA, adalah dana "berdaulat" yang mengurus kekayaan hasil sumber minyak dan gas negeri Terengganu. Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak sangsi kalau begitu seperti asal.
Dalam pada itu, minat dan nafsu Putrajaya untuk terlibat mengurus dana semakin berahi.
Akhirnya tampil cadangan menjadikan TIA sebahagian entiti "Persekutuan". Putrajaya lantas membuat "pelawaan". Sebagai sebuah kerajaan negeri sukar untuk Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said tolak. Maklumlah.
Nyata ketika Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, menafikan kebenaran kenyataan Ahmad Said, esoknya (13 Mei), beliau semacam tidak tahu tentang dakwaan Ahmad Said atau sengaja hendak membodek bosnya di Putrajaya. Dalam kedua-dua keadaan tadi, Ahmad Razif tampak tidak betul atau salah.
Salah kerana tidak tahu sejarah tadbir-urus entiti penting milik negeri, TIA. Salah juga kerana membodek bos dalam isu yang boss ternyata sudah membuat komitmen sendiri satu ketika dahulu!
Ahmad Razif lantas menyatakan tidak wujud cadangan untuk menjadikan hasil minyak dan gas Terengganu sebagai cagaran untuk pinjaman 1MDB.
Tidak dinafikan, beliau ada mengakui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sudah bersetuju untuk menjadi TIA sebagai satu badan pelaburan kerajaan negeri. Modal berbayarnya adalah RM1 juta yang dibayar oleh pihak kerajaan negeri.
MMKN kemudiannya memutuskan kerajaan negeri tidak bersedia untuk terus bersama dalam TIA kerana tidak mahu mengambil risiko yang agak besar, meskipun TIA dikatakan sudah mula membuat keuntungan. Kerajaan dibayar balik modal berbayar RM1 juta. Benar tetapi tidak lengkap.
Bagi mengelak dakwa-dakwi, saya petik secara verbatim laporan akhbar The Star, 22 Julai, 2009, bagi membawa balik ingatan semua pihak apa sebenarnya pengkisahan semua ini.
KUALA LUMPUR: The Terengganu Investment Authority (TIA) is being expanded to a federal entity called 1Malaysia Development Bhd (1MDB) with the aim of investing billions of ringgit in energy, real estate and hospitality sectors in the country, according to a statement from the Prime Minister's office.
It was earlier proposed that the TIA would raise RM11bil for investments, of which RM5 billion were to be government-guaranteed bonds while RM6bil were bonds to be collateralised by oil royalty payments to the state of Terengganu.
The King, who is also the Sultan of Terengganu, has consented to the arrangement. The new entity will be wholly-owned by Ministry of Finance Inc and will report directly to the Prime Minister. The Cabinet has also given its approval in principle.
The statement said more details would be released in the coming weeks.
Maka apa yang dinyatakan oleh mantan menteri besar Ahmad Said adalah benar dan benar belaka.
Saya memuji kefahaman Ahmad Said tentang risiko yang bakal diambil beliau dengan kaedah 'securitisation of future income' daripada hasil minyak dan gas Terengganu sekiranya dipersetujui beliau!
Ahmad Razif boleh gigit jari kekesalan sebab membuat kenyataan dengan tidak menyemak Penasihat Undang-Undang Negeri gamaknya atau sekadar memang hendak 'memperbodohkan' Ahmad Said. Sekarang ini, rakyat Terengganu boleh menilai kembali siapa lebih cerdik atau sebaliknya!
Persoalan seterusnya "Bila entiti atau creature (binatang) TIA menjadi 1MDB? Maka saya petik laporan tersebut sekali lagi, dengan kenyataan yang dibuat oleh Najib sendiri, yang akhirnya melantik dirinya Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB:
"To advance further and make this investment work, the Government has decided for TIA to be expanded into a federal-based sovereign wealth fund to be known as 1Malaysia Development Bhd for its benefits to be felt across Malaysia,'' Najib said in the statement.
Maka, entiti TIA yang dulunya hanya beroperasi dan berpusat di Terengganu akan bertukar wajah menjadi 1MDB yang beroperasi untuk 'kepentingan dan kemaslahatan' seluruh rakyat Malaysia!
Memetik lagi: By becoming a sovereign wealth fund, 1MDB will have Malaysia as its priority instead of just one state, according to a source.
Apakah yang menjadi cita-cita 1MDB dan bagaimanakah strategi pelaburan 1MDB?
Memetik lagI: "1MDB is to drive sustainable, long-term economic development for Malaysia by forging strategic global partnerships and promoting foreign direct investment (FDI) for Malaysia to further enhance the multiplier effects for the Malaysian economy."
Maka begitu mengikut cita-cita 1MDB. Namun setelah 6 tahun penubuhan (2009) dan pengoperasiannya, apakah yang dapat dibanggakan oleh 1MDB dan oleh PM Najib? Timbunan hutang ke paras RM42bilion! Aset RM 50 bilion, gagal menjana aliran tunai positif.
Sebahagian besarnya hutangnya, dijamin kerajaan. Kini jelas 1MDB pastinya gagal melunaskan hutangnya. Pensenaraian atau IPO aset tenaga yang kononya menjana RM10 bilion, tinggal cita-cita.
Hampir tiada apa yang boleh membanggakan sesiapa pun di negara ini! Penulis menitipkani beberapa makalah termasuklah yang mutakhir "1MDB: Rompakan Terdahsyat Kurun ini!
Sejak laporan yang dibuat oleh sebuah badan 'whistleblower' iaitu 'Sarawak Report' bersekali dengan 'London Sunday Times', bulan Februari tahun ini, 1MDB semacam dalam kedudukan 'terminal' pesakit barah. Sangat tenat.
'Financial Engineering' oleh seorang yang jutawan muda Low Taik Jho atau 'Jho Low' yang mungkin dalam satu 'grandiose' dirinya seorang 'financial wizard' terus-terusan gagal dalam semua eksperimennya.
Yang nyata dan yang menjadi mangsa pertamanya ialah penaja dan pembikinnya yakni tidak lain daripada Perdana Menteri Malaysia sendiri Datuk Seri Najib Razak!
Beliau bakal tumbang kerana 1MDB dan kerana Jho Low. Tidak ada jalan untuk menyelamatkan beliau lagi. Bagaimana dan cara mana, hanya Allah yang lebh tahu.
Tetapi atas kemungkaran ekonomi dan kewangan ini, mungkin tiada maaf bagi semua yang bersubahat dengan Jho Low dan mampukah Najib membersihkan dirinya? Usah cerita tentang kekayaan dan kemewahan.
Meskipun sudah dua kali seluruh pimpinan Majlis Tertinggi Umno dan Ketua-Ketua Bahagian Umno seluruh negara bersatu dan berpadu untuk menyelamatkan presiden mereka, nampaknya takdir akan mendahului tadbir!
Amarah rakyat sudah memuncak dengan angkara kepincangan dan pengkhianatan oleh segelintir pemimpin Lembaga Tabung Haji, khususnya Pengerusi LTH dan beberapa penjawat tertingginya yakni Pengarah Urusan (MD) dan Timbalan Urusan (TMD).
Terpalitnya LTH adalah kerana tindakan yang dalam persepsi umum sebagai 'Menyelamatkan atau 'bailout' 1MDB seperti badan pelaburan 'Government Investment Corporations' (GICs) kerana semacam ada yang 'mengarah' dana-dana seperti KWAP, KWSP dan lain-lain lagi.
Terkini ialah kontroversi yang tercetus kerana sebuah konsortium 6 bank internasional, yang diketuai oleh Deutsche Bank, mahu mengambil tindakan mempercepatkan tuntutan bayaran balik melibatkan AS$975 juta (RM3.6 bilion) yang dipinjamkan kepada 1MDB.
Tindakan itu dibuat oleh Deutsche Bank kerana status cagaran yang digunakan oleh 1MDB ternyata dipertikaikan  dan tidak dapat dipertahankan (baca: palsu).
Cagaran 1MDB adalah asetnya (AS$1.103 bilion) dalam akaun Swiss private Bank, BSI Singapura yang melibatkan anak syarikatnya, Brazen Sky. Perkara ini didedahkan mutakhir ini tentang kenyataan palsu dari CEO Brazen Sky mengikut pihak berkuasa Singapura.
Isunya sangat kompleks untuk penulis rakamkan di sini kerana melibatkan beberapa langkah-langkah kewangan korporat seperti isu 'put option' dan sebagainya.
Yang penting dan perlu disebut ialah kedudukan CEO 1MDB, Arul Kanda Kandasamy. Apakah beliau menyediakan pinjaman itu kepada 1MDB ketika beliau masih berkerja dengan Abu Dhabi Commercial Bank (ADCB), salah sebuah 6 internasional bank yang memberikan pinjaman kepada 1MDB?
Paling tidak isunya, ditakuti wujud 'konflik kepentingan' dan kepentingan 1MDB mungkin terjejas. Sangat kusut dan culas.
Ikuti seterusnya expose-pendedahan 1MDB yang dibongkar hampir setiap hari… Allahualam. – 18 Mei, 2015.
* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/opinion/dzulkefly-ahmad/article/1mdb-frankenstein-yang-bakal-musnahkan-najib#sthash.qFFRmn5P.dpuf

Najib - Kes Altantuya Telah Selesai, Kenapa Pula Nak Dengar Cakap Sirul

Posted: 17 May 2015 08:30 PM PDT

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Najb Tun Razak hari ini tampil mengulas kes pembunuhan model sambilan Mongolia, Altantuya Shaaribu, setelah sekian lama dikaitkan dengan isu berkenaan.

Menurutnya, kes tersebut telah selesai dibicarakan dan mahkamah‎ telah memutuskan dan sepatutnya kes tersebut tidak dibangkitkan lagi.

Malah beliau turut mempertikaikan tindakan sesetengah pihak yang 'mendengar' cerita daripada salah seorang bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar Umar, yang telah disabitkan bersalah membunuh Altantuya.

"Kes ini telah disiasat, dibicarakan dan diputuskan di Mahkamah Persekutuan. Ia kes sembilan tahun yang tiada kesudahan apabila asyik 'dikitar' semula oleh pembangkang.

"‎Ini kes yang panjang di mahkamah, pihak pembelaan boleh beritahu mahkamah semua perkata. Jadi, kenapa kita dengar cakap daripada orang yang telah pun beri kenyataan di mahkamah dan orang yang didapati bersalah?," katanya dipetik melalui blognya, hari ini.

Awal Januari lalu, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Sirul dan Azilah Hadri namun Sirul berjaya mendapatkan perlindungan di Australia sehingga hari ini.

Dalam catatan sama, Najib menegaskan beliau telah menafikan penglibatannya dalam kes itu beberapa kali sebelum ini termasuk mengingatkan tentang sumpah laknat yang dilakukannya sebelum ini.

"Tidak adil untuk memaksa saya menyiasat kembali kes ini dan mahu tahu siapa jika ada sesiapa yang telah mengeluarkan arahan untuk membunuh. Saya tidak terlibat dan tidak tahu apa-apa mengenainya.

"Mahkamah sudah putuskan siapa yang bersalah, ia sepatutnya akhir cerita ini. Saya rasakan isu ini sangat mengganggu apabila ia kembali dibangkitkan," katanya.

Malah Najib turut mendakwa pembangkang telah memfitnahnya termasuk mengedit gambar Altantuya makan malam bersamanya.

‎"Dalam politik, banyak isu kerap dimainkan dan ini salah satunya. Sebab dua 'bodyguard' itu pernah bekerja dengan saya dan Razak Baginda kawan saya, mereka cuba kaitkan saya. Razak Baginda telah mengakui mempunyai hubungan dengan Altantuya tapi saya tak tahu tentang itu.

"Pakatan (PR) dan medianya yang tidak bertanggungjawab cuba mengaitkan saya. Malah mereka sampai 'superimpose' gambar saya makan malam dengan mangsa di restoran," katanya.

Sirul dan Azilah disabitkan membunuh wanita kelahiran Ulan Bator itu di antara jam 10 malam (19 Oktober 2006) dan 1 pagi (20 Oktober 2006) di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Klang.

Bekas penganalisis politik, Abdul Razak Baginda yang pada awalnya didakwa bersubahat telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2008 selepas mendapati pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.

- sharian

MUDAHNYA WARGA INDONESIA DAPAT IC MALAYSIA, LAPOR KOMPAS.

Posted: 17 May 2015 08:00 PM PDT


Panglima Harimau's photo.


KUALA LUMPUR 16 MEI- Portal berita Indonesia Kompas.com baru-baru ini melaporkan betapa mudah rakyat Indonesia memiliki kad pengenalan Malaysia sehingga memiliki dua kad identiti berbeza daripada dua negara.

Bekas anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Nunukan Indonesia, Kornaliu Tadem berkata, sebahagian besar penduduk di wilayah perbatasan Kecamatan Krayan dan Kecamatan Krayan Selatan menggunakan IC untuk mendapatkan pekerjaan di Malaysia.


Katanya, Kad Tanda Penduduk dan Kad Pengenalan (bagi Malaysia) adalah kad indentiti yang tidak asing dimiliki penduduk di wilayah berkenaan. Jelasnya, meskipun tahu perbuatan itu melanggar undang-undang, namun mereka tetap mengambil risiko tersebut.


"Kalau mereka tidak menggunakan IC, mereka tidak akan mendapat pekerjaan seperti membersih rumput atau mengupas kulit kayu, atau bekerja sebagai buruh kasar di ladang sawit. Dengan menggunakan IC, mereka boleh mendapatkan pekerjaan lebih baik," kata Kornalius.


Kornalius berkata, untuk dapatkan IC, warga Kecamatan Krayan tidak akan mengalami kesukaran, kerana ramai saudara mara mereka yang sudah menjadi warganegara Malaysia bersedia membantu.


Dalam masa yang sama, Setiausaha Agung Persatuan Adat Dayak Kalimantan, Gat Kaleb berkata, sangat mudah membuat kad pengenalan selagi ada warganegara Malaysia yang mahu menjamin mereka. Bahkan lebih daripada separuh warga Krayan disyaki mempunyai kad identiti itu.


"Mendapat IC tidak sukar kerana kita punya keluarga di sana. Yang penting di sana ada yang mahu menjamin kita, itu sudah memadai," katanya.


Selain itu, katanya, satu-satunya alternatif untuk mendapat pilihan pekerjaan selain bertani adalah dengan bekerja di Malaysia, terutama di bahagian Sabah.


"Kami memang menghasilkan beras, tapi belum boleh dipasarkan ke mana-mana. Untuk mencari yuran anak sekolah, kami terpaksa bekerja di Malaysia. Kami bekerja di Malaysia kerana faktor ekonomi," jelas Gat Kaleb.


katanya, penduduk berkenaan sukar untuk mendapatkan barangan keperluan kerana Kerajaan Malaysia memeperketat dasar membawa keluar barang bersubsidi.


"Kita minta kerajaan menghalalkan jalur perdaganag di kawasan sempadan. Dengan cukai pun harga barangan Malaysia lebih murah berbanding dengan mendatangkan dari Indonesia. 


Tambang angkut dari Nunukan 1 kilo boleh Rp 30 ribu. Kalau barang Malaysia kena cukai, gula misalnya paling mahal Rp 15 ribu per kilo. Kita masih boleh beli," Kata Gat Kaleb.

Najib tangkis kritikan dalam kiriman blog OLEH SHERIDAN MAHAVERA

Posted: 17 May 2015 07:30 PM PDT

  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjawab pelbagai kritikan yang dilemparkan kepadanya, khususnya oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjawab pelbagai kritikan yang dilemparkan kepadanya, khususnya oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Berdepan pelbagai kritikan dalam mengharungi penggal keduanya sebagai perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi laman blognya hari ini menangkis beberapa dakwaan yang dilemparkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadapnya.

Dalam ruangan Soalan Lazim (FAQ) di blognya www.najibrazak.com, Najib menggariskan 13 isu dan dakwaan yang mencemar beliau dan pentadbirannya, dari kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu sehinggalah pembelian jet kerajaan.

Selain kes Altantuya, penggunaan jet rasmi kerajaan dan dakwaan Barisan Nasional akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang yang diterbitkan The Malaysian Insider dalam artikel berbeza, di bawah disertakan 10 keterangan lain yang dibuat Najib dalam blog tersebut.

* Berhubung dakwaan media asing yang melabel Malaysia negara paling rasuah di dunia, Najib berkata laporan itu berdasarkan tinjauan persepsi.

Najib bagaimanapun merujuk Indeks Persepsi Rasuah Transparency International yang meletakkan Malaysia di kedudukan 50 dari 175 negara yang dikaji. Malaysia memperbaiki kedudukan sebanyak tiga anak tangga berbanding tahun lalu.

* Najib juga menolak kritikan Dr Mahathir yang mendakwa Bantuan Bakyat 1Malaysia (BR1M) satu bentuk rasuah mengatakan ia sebahagian subsidi bersasar yang hanya akan memberi faedah kepada keluarga berpendapatan rendah.

Najib berkata BR1M lebih efisyen berbanding subsidi petrol dan gula yang juga memberi manfaat kepada orang kaya. Ia juga diberi tanpa mengira latar belakang politik dan tidak mengira musim pilihan raya.

* Najib juga menjawab tuduhan berhubung firma pelaburan negara yang sarat dibebani hutang, 1Malaysia Development Bhd (1MDB), dengan merayu pengkritiknya menunggu hasil siasatan Ketua Audit Negara.

Beliau mengulangi yang Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga sedang menyiasat 1MDB dan berjanji mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja yang didapati bersalah kerana penyalahgunaan atau penyelewengan.

* Satu lagi kritikan Dr Mahathir ialah Najib tidak mempunyai keberanian membina jambatan bengkok antara Johor dan Singapura kerana republik itu menolak projek tersebut.

Najib menulis, persetujuan Singapura diperlukan untuk merobohkan tambak bagi membina jambatan kerana paip air di tambak itu milik Singapura.

* Najib juga menafikan tuduhan Dr Mahathir yang prestasi beliau jauh lebih buruk daripada pemimpin sebelumnya Tun Abdullah Ahmad Badawi pada pilihan raya umum ke-13, dengan kehilangan lebih banyak kerusi Parlimen.

Najib berkata, BN mengalahkan PAS untuk mendapatkan kembali kerajaan Kedah dan mengekalkan kuasanya di Perak, yang pada pilihan raya umum ke-12 jatuh ke tangan pembangkang.

* Mengenai dakwaan beliau mengabaikan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan memihak kepada Pemandu, Najib berkata Pemandu ialah badan yang menyelia program transformasi pentadbirannya.

Pemandu berurusan dengan kedua-dua dasar ekonomi dan bukan ekonomi, manakala EPU memberi tumpuan semata-mata pada ekonomi.

"Saya malah melantik salah seorang CEO yang paling berkebolehan di negara ini (Datuk Seri Abdul Wahid Omar ) mengetuai EPU," tulisnya.

* Najib turut menyangkal pandangan yang pentadbiran beliau mengetepikan penjawat awam melalui penggunaan perunding swasta.

"Perkhidmatan awam sentiasa dan selamanya berada di tengah-tengah pentadbiran dan operasi negara. Perkhidmatan awam menguruskan negara secara harian.

"Hanya kerana beberapa individu dan pihak dilantik membantu, tidak bermakna pengalaman mereka tidak lagi diperlukan. Ia satu komen yang tidak adil dan tiada objektif. Membantu, ya; mengambil alih, tidak."

* Najib menafikan dakwaan beliau tidak mempedulikan tindakan afirmatif bagi golongan bumiputera, menekankan yang beliau memperuntukkan bantuan berjumlah RM47.95 bilion bawah Program Pemerkasaan Bumiputera.

Pentadbirannya juga memberi tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi negara supaya semua kaum boleh memperbaiki kedudukan sosial mereka.

* Najib mengecam beberapa pengkritik yang menuduh slogan 1Malaysia beliau sama seperti slogan "Malaysian Malaysia" DAP.

"Tidak seperti slogan DAP, 1Malaysia menerima Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkaitan kedudukan istimewa orang Melayu dan mempunyai dasar pro-bumiputera seperti Majlis Pemerkasaan Bumiputera.

"Untuk mengatakan 1Malaysia sama dengan Malaysian Malaysia, ia satu perkata yang menyimpang dari realiti, dengan niat semata-mata mengelirukan orang Melayu."

* Satu lagi dakwaan yang menurut Najib tidak benar ialah kadar jenayah meningkat sejak Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan pada 2013.

"Tahun lepas sahaja, polis berjaya mengurangkan kadar jenayah di negara ini sebanyak 12.6%. Jenayah kekerasan juga menurun sebanyak 13.4%.

"Juga satu fakta, 8,868 orang ditahan dan 280 senjata dirampas dalam Ops Cantas Khas yang dilancarkan baru-baru ini.

"Apabila ISA pertama kali diperkenalkan, tujuannya hanya untuk memerangi pemberontakan komunis dan hari ini ia tidak lagi relevan."

Menggantikannya, kata Najib, ialah Akta Pencegahan Keganasan (Pota). Seperti ISA, Pota memperuntukkan penahanan tanpa bicara tetapi Najib berjanji ia tidak akan digunakan bagi tujuan politik. – 17 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com. -

Kenapa sekarang bangkitkan isu pembunuhan Altantuya, soal Najib

Posted: 17 May 2015 07:00 PM PDT


Datuk Seri Najib Razak berkata merasa 'bimbang' apabila perkara itu diulang, kerana jika pemimpin veteran terus membesarkan isu itu, walaupun secara kebetulan, ia secara automatik akan menimbulkannya semula.

Datuk Seri Najib Razak berkata merasa 'bimbang' apabila perkara itu diulang, kerana jika pemimpin veteran terus membesarkan isu itu, walaupun secara kebetulan, ia secara automatik akan menimbulkannya semula.

Datuk Seri Najib Razak hari ini membidas kembali pengkritiknya, yang berulang kali mempersoalkan kaitan beliau dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu (gambar, bawah), bertanya mengapa beberapa "individu berpengaruh" berkeras membangkitkan kes itu yang sudah selesai di mahkamah.

Tanpa menamakan sesiapa, perdana menteri berkata beliau merasa 'bimbang' apabila perkara itu diulang, kerana katanya, jika pemimpin veteran terus membesarkan isu itu, walaupun secara kebetulan, ia secara automatik akan menimbulkannya semula.

"Individu-individu berpengaruh ini mempunyai banyak sumber. Apabila isu ini meletus, saya percaya mereka masih dapat mengesahkan kesahihan dakwaan tersebut.

"Jika mereka percaya ia benar, mengapa mereka tidak membangkitkannya apabila isu itu timbul 8 tahun yang lalu? Kenapa sekarang?

"Ada yang berkata, mereka hanya mempersoalkan perkara ini sekarang kerana ia kini bertukar menjadi isu antara hidup dan mati kepada mereka yang disabitkan kesalahan.

"Tetapi kes ini selesai dibicarakan di mahkamah, dengan keputusan yang jelas, dan hukuman dikenakan.

"Adakah mereka mempertikaikan sistem kehakiman yang mereka sendiri buat?" soalnya dalam bahagian Soalan Lazim laman web NajibRazak.com hari ini di mana beliau menjawab 13 isu panas yang dibangkitkan pelbagai pihak.

Bulan lepas, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyenaraikan dalam blognya chedet.cc pelbagai tuduhan terhadap Najib yang menurutnya tidak dijawab dengan sempurna.

Ia termasuk pembunuhan Altantuya dan dakwaan dibuat salah seorang yang disabitkan bersalah, bekas komando polis Sirul Azhar Umar, yang merupakan bekas pengawal peribadi Najib.

Sirul mendakwa beliau "menurut arahan" membunuh Altantuya, dan Dr Mahathir berkata perkara itu harus disiasat kerana Sirul pernah bekerja dengan Najib.

Najib berkata, " tidak adil" untuk memaksa beliau mengusahakan supaya kes itu disiasat lagi, terutamanya kerana proses kehakiman kini selesai.

"Tidak adil untuk paksa saya untuk siasat kes ini sekali lagi dan menuntut jawapan siapa, kalau betul ada, yang mengarahkan pembunuhan itu.

"Saya tidak terlibat dan tidak tahu apa-apa. Mahkamah menentukan siapa yang bersalah atas pembunuhan itu. Ia sepatutnya berakhir di situ.

"Walaupun mahkamah mengambil masa lama membicarakan dan memutuskan penghakiman, masa yang mencukupi diberikan kepada perayu untuk kes mereka didengar dan diadili, saya melakukan sumpah laknat, saya berulang kali membuat penafian, penjelasan terbuka dibuat Abdul Razak Baginda, setengah orang terus mempersoalkan isu ini dan terus cuba mengaitkan saya," katanya.

Razak dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dalam pembunuhan yang berlaku pada 2006 itu, tetapi Sirul dan bekas ketua inspektor Azilah Hadri didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan selepas pusingan akhir rayuan dan dijatuhi hukuman mati.

Azilah ketika ini sedang menunggu hukuman mati manakala Sirul melarikan diri ke Australia sejak tahun lepas.

Pihak berkuasa Malaysia sedang dalam proses memohon beliau diekstradisikan.

Najib mempersoalkan mengapa rakyat terus melayan isu tersebut yang katanya dikitar semula oleh pembangkang.

Beliau berkata, rakyat perlu sedar, dalam politik, banyak isu yang dimainkan berulang kali dan ia salah satu daripadanya. – 17 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

ANTARA SEBAB UTAMA MENGAPA DAP TOLAK RUU YANG DIBAWA OLEH PAS..

Posted: 17 May 2015 06:30 PM PDT

 Inilah sebabnya kenapa DAP mangkuk hayun tu tolak sangat RUU yang di bawa PAS..!!

 

sekadar gambar hiasan
1. Ianya tidak dibincangkan di dalam Mesyuarat Presiden Pakatan Rakyat kerana DAP juga mempunyai pimpinan beragama islam yg pakar di dalam bidang Maqasid Syariah..

2. Apa2 pindaan yang melibatkan perlembagaan negara dan peruntukan yang sedia ada wajar dibincangkan bersama di dalam Mesyuarat Presiden Pakatan Rakyat.

3. Hukuman yg dijalankan oleh Makamah Syariah yang sedia ada 6:5:3 tidak menepati tuntutan Syarak serta menzalimi persalah..

4. Hukum denda RM 5000 tidak adil kerana golongan kaya mampu membayar denda tersebut walaupun didenda berkali-kali..

5. Hukum sebat yg dijatuhkan oleh Makamah Syariah adalah Zalim dan tidak menepati Syarak.. Perlaksanaan hukum sebat dalam Makamah Syariah Malaysia mengikut hukum sebatan Makamah Civil di mana hukum 6 sebatan boleh menghancurkan daging punggung persalah hingga berlaku kecacatan kekal..

7. Justeru itu sedari dahulu lagi DAP menentang HUDUD yang cuba di bawa oleh PAS kerana sistem hukuman 6:5:3 memberi kelonggan kepada golongan kaya dari segi pembayaran denda dan menzalimi pesalah syariah dengan undang2 sebatan ciptaan penjajah..

8. Bagi DAP apa yg perlu di bawa oleh PAS dalam menegakkan Hudud adalah dari segi kaedah dan medium perlaksanaan Hukuman tersebut..

Contoh :

i ) Dari segi tahun Hukuman Penjara - Harus bersesuaian dengan usia dan ekonomi persalah juga ahli keluarga yg berada di bawah tanggungan persalah, dari segi kesihatan dan fizikal persalah.. Jika mempunyai tangungan maka Baitulmal wajib menyara keluarga persalah selama mana persalah menjalani hukuman penjara.

ii ) Keadaan Penjara harus lebih bersih dan teratur, juga tiada penderaan fizikal dan mental..Penjara adalah pusat pemulihan bukannya tempat yg penuh dgn kekotiran dan kehinaan.

iii) Dari segi hukuman denda ( dalam nilai RM ) - Harus mengambil kira faktor ekonomi persalah juga tanggung mereka kerana DAP tidak mahu golongan kaya terlepas bebas kerana mereka mampu membayar seberapa banyak jumlah nilaian denda tersebut..

iv ) Dari segi hukuman sebatan di negara kita ianya mengikut hukuman sebatan makamah civil. Di mana walaupun hanya dengan 6 sebatan yg sedia sekarang ni pun sudah mampu menghancurkan daging2 punggung persalah sehingga mencacatkan fizikal mereka apatah lagi jika jumlah sebatan tersebut ditambah seperti mana cadangan yang PAS usulkan..

v ) PAS Harus buktikan bahawa di dalam perlaksaan hudud yg mereka bawa hukuman sebatan benar2 menepati syariat islam dan mengikut kaedah yg diajar oleh Rasulullah s.a.w bukannya mengikut hukuman sebatan makamah civil ( Penjajah )

HUDUD adalah untuk mendidik dan mencari keadilan bukannya utk menghukum dan mendera..

 
Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO.

Ketua Polis Cabar 'Ah Long' Bertarung Satu Lawan Satu

Posted: 17 May 2015 06:00 PM PDT

 

Satu klip video berdurasi 42 saat yang menunjukkan kononnya seorang pegawai polis mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati berkaitan aktiviti 'Ah Long' telah tersebar meluas dalam internet dan rangkaian aplikasi kiriman mesej.

Klip video itu menunjukkan seorang lelaki berkaca mata hitam dan berpakaian seragam polis, sama ada berpangkat ASP atau ketua inspektor, memberi amaran kepada peminjam wang tanpa lesen supaya tidak menggantung kain rentang iklan itu di kawasannya.

Beliau kelihatan memegang seorang lelaki yang menggenggam sebidang kain rentang biasa mengenai iklan pinjaman wang yang digantung di tiang lampu dan pokok di seluruh negara.

"Saya tidak mahu MCA dan DAP mengadu kepada saya, Menglembu penuh pelekat 'ah long'.

"Ah Long, kalau kamu berani, mari jumpa saya. Kita cek chow, kita bertarung. Kita boleh lawan.

"Kalau kamu ada pistol, boleh keluarkan. Saya tahu kamu ada pistol beli dari Thailand," kata lelaki itu dalam video klip itu.

Wartawan telefon

Menurut Oriental Daily, seorang wartawan akhbar itu menelefon nombor yang tertera di poster dan individu yang menjawab telefon itu berkata beliau tidak bersalah dan menjalankan perniagaan yang sah.

Katanya, beliau melihat klip video itu semalam dan mengesahkan bahawa orang yang memegang poster adalah pekerjanya, yang telah dilepaskan dari jagaan polis.

"Kakitangan saya telah menggantung kain rentang apabila dia ditangkap. Daripada apa yang saya diberitahu, sebuah parti politik telah membuat aduan kepada polis mengenai banner itu di suatu tempat di Cheras.

"Itulah yang mendorong anggota polis untuk melakukan (apa yang dia lakukan)," kata individu yang dihubungi Oriental Daily.

Ketua polis Menglembu dalam video

Bagaimanapun Ketua Polis Ipoh Sum Chang Keong berkata klip video itu dibuat oleh Ketua Polis Menglembu Chen Ah Kooy.

"Adalah ditegaskan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Ketua Polis Balai Menglembu tanpa dirujuk atau dibincangkan dengan pihak pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh," katanya.

Beliau bagaimanapun dalam satu kenyataannya, memuji inisatif Chen tetapi ia perlu dibuat secara profesional.

"Selain itu ayat dan bahasa yang digunakan oleh Ketua Polis Balai Menglembu adalah tidak sesuai," katanya lagi.

Sum berkata pada keseluruhannya masalah 'Ah Long' di Ipoh dan kawasan Menglembu terkawal.

Nah Tengok Perangai Sebenar Penyokong Ulamak Penyokong ulamak konon.

Posted: 17 May 2015 05:15 PM PDT

 


macam sial jer
macam sial jer
macam sial jer

Kesah Seorang Polis Yang Berhati Mulia !!

Posted: 17 May 2015 04:30 PM PDT

Kisah pencuri telur dan polis berhati mulia (Gambar) Kisah William dan Helen mencuit emosi sehingga William menerima penghargaan (gambar kecil) FOTO AP/Al.com Alabama:

Kisah seorang ibu dan nenek berusia 47 yang terpaksa mencuri lima biji telur di sebuah pasar raya di Tarrant, di sini, tetapi tidak ditahan, sebaliknya dibantu seorang pegawai polis sehingga menjadi viral sepanjang minggu ini berikutan mencuit emosi masyarakat seluruh dunia terus menjadi bualan.

Terbaru, pegawai polis terbabit, William Stacy diberi penghargaan oleh Majlis Perbandaran Tarrant, Alabama, Amerika Syarikat, manakala wanita itu, Helen Johnson semakin mendapat perhatian selepas tidak putus-putus menerima bantuan bukan saja daripada penduduk Amerika Syarikat, malah penduduk Australia turut menghulurkan pelbagai sumbangan.

Pada 6 Disember lalu, Helen yang tinggal bersama dua anak, seorang anak saudara dan dua cucu berusia 1 dan 3 tahun menyembunyikan lima biji telur dalam poketnya, tetapi telur berkenaan pecah.



Sebaik tiba di pintu keluar, dia ditahan oleh William dan diminta untuk menunggu namun diberitahu pengurusan tidak akan membuat laporan ke atasnya.

Helen memberitahu William bahawa di rumah tiada makanan dan dia tidak mampu untuk membayar harga telur berkenaan.

Pegawai polis itu kemudian membelikan telur dengan syarat wanita itu berjanji untuk tidak mencuri lagi.

Klip video mereka sedang berpelukan menjadi viral selepas itu dan William diberi penghargaan oleh Datuk Bandar Tarrant, Loxcil Tuck yang turut memuji usaha Jabatan Polis Tarrant menganjurkan program bantuan untuk Helen dan individu lain yang memerlukan. 


Minggu lalu, William serta beberapa pegawai polis lain membawa dua lori barang makanan untuk diberikan kepada Helen. -

Al.com -hmetro -  


"ADA KAH POLIS DI MALAYSIA INI BERHATI MULIA BEGITU?"

VIDEO - DR MAZA BUKTIKAN 'HUDUD' HANYA SANDIWARA UG PAS DAN UMNO

Posted: 17 May 2015 09:00 AM PDT


Puak UG dalam PAS sebenarnya tahu akan perlembagana negara yang dicipta penjajah tidak membolehkan sebarang perundangan Islam dilaksana melainkan perlembagaan itu diubah.

PAS cenderung memainkan isu hudud untuk menakut-nakutkan bukan ISlam yang secara tidak langsung akan mengurangkan undi kepada PAKATAN RAKYAT,

UG PAS ini sangat licik. Memainkan isu hudud tat kala pilihanraya kian hampir pada tahun 2013 bukanlah sesuatu yang bijak. Namun mereka seolah sengaja memainkan isu itu demi memenangkan umno bn.

Adalah mustahil jika seseorang ahli politik tidak membaca perlembagaan negara.

Kini isu hudud dipermainkan lagi untuk menarik perhatian umum kepada PAS bagi menyembunyikan keributan yang beralku dalam kepimpinan kerajaan pusat terutama isu jet peribadi dan 1MDB.

Perhatian umum kini 50% berjaya ditarik kepada isu dalaman PAS.

Kepada mereka yang sayangkan PAS sebagai parti politik berteraskan Islam, berfikirlah dengan bijak sana dalam menilai niat sebenar Golongan UG dalam PAS ini yang menjual maruah.

*** Ada dengar berita pemimpin parti islam dapat projek kerajaan pusat berpuluh juta???

Kalau ada tolong share, ok 

Terima kasih


Semenanjung Malaysia Bakal Menjadi Sebuah Pulau Selepas Terusan Ini Wujud?

Posted: 17 May 2015 08:30 AM PDT

 

Berlegar legar dilaman sosial apabila dikatakan pada 10 April 2015 lalu Kerajaan Republik China dan Kerajaan Thailand telah berjaya memetrai satu perjanjian kerjasama untuk mewujudkan satu terusan yang bakal menyebabkan Semenanjung Malaysia terputus dengan tanah besar Asia Tenggara menjadi sebuah pulau.

Perjanjian tersebut sebuah syarikat gergasi dari China dibenarkan melabur di selatan Thailand untuk pembinaan semula lapangan terbang, pelaburan dan pembinaan Pusat Konvensyen Antarabangsa Thailand dan Pusat Pameran, pemasangan bas NGV dan yang paling penting membina sebuah terusan merentasi Selatan Thai.


Terusan Kra Isthmus atau Thai Canal itu bakal diwujudkan untuk memendekkan perjalanan kapal dagang dari China untuk ke Eropah iaitu sama konsep dengan Terusan Panama dan Terusan Suez.

Menurut MoU berkenaan, jumlah panjang Terusan Kra Isthmus yang dicadangkan ialah akan merentasi selatan Thai sepanjang 102 kilometer dengan lebar 400 meter lebar dan kedalaman mencecah 20 meter.

Dikatakan cadangan tersebut sebenarnya bukanlah cadangan baru tetapi telah di cadangkan oleh Raja Narai pada tahun 1677 lagi dengan meminta jurutera Perancis de Lamar tetapi gagal kerana keupayaan teknikal yang terhad pada masa itu.


Dengan kewujudan Terusan Kra Isthmus ini dikatakan dapat menjimatkan jarak perjalanan kapal -kapal dagang antarabangsa  sejauh 1,200 kilometer kerana tidak perlu lagi melalui perairan Selat Melaka dengan mengelilingi Semenanjung Malaysia.

Kewujudan terusan ini bukan sahaja dapat menjimatkan jarak perjalanan malahan menjimatkan kos bahan api, kos pengangkutan dan menjimatkan masa.

Anggaran awal kos pembinaan Terusan  Kra Isthmus ialah USD $27 bilion dan dijangka mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan. Apabila siap ia akan menjadi terusan buatan manusia terbesar di Asia.

Bagaimanapun tarikh untuk projek pembinaan terusan itu masih belum diketahui.

Berita ini mungkin mencetuskan kerisauan dikalangan negara yang bergantung kepada Selat Melaka termasuklah Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei.

Kerana kewujudan terusan ini pasti akan memberi kesan kepada Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Singapura.

Perlu diingat bahawa salah satu sebab Benua Afrika mundur adalah kerana kewujudan Terusan Suez yang menyebabkan kurang kapal dagang melalui perairan benua tersebut.

Betoi apa Mahathir kata, Najib tu kaki kelentong...

Posted: 17 May 2015 07:45 AM PDT

 

Najib, hentikan penipuan mengenai 1MDB... Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhenti bohong rakyat, sebaliknya mula memberi penjelasan mengenai situasi sebenar 1MDB.

Desakan Tony itu dibuat ekoran 'bola tanggung' daripada Najib apabila beliau kelmarin mendakwa 1MDB tidak mempunyai hutang RM42 bilion.

"Saya sangat terkejut bagaimana Najib boleh selamba berbohong, dan berharap semua hadirin percaya. "Benarkah 70 ekar tanah TRX dan 500 ekar tanah Bandar Malaysia itu bernilai RM 42 bilion?

"Berdasarkan penyata kewangan 1MDB pada 31 Mac 2014, nilai kedua-dua bidang tanah tersebut hanyalah RM5.83 bilion.

Bagaimana jumlah itu boleh dikatakan menyamai hutang RM 42 bilion?" soal Tony. Kelmarin Najib mendakwa agensi 1MDB tidak dibebani hutang, malah tanah yang ada di kawasan TRX (Tun Razak Exchange) di tengah ibu kota bernilai tinggi.

Kenyataan itu dibuat ketika berucap di depan kira-kira 500 penyokong UMNO Klang. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu menambah 1MDB juga telah membeli tanah berharga RM1.27 bilion di Pulau Pinang dan tiga buah janakuasa elektrik bernilai RM10.9 bilion. Ujar beliau, dengan menambah aset keseluruhan 1MDB tersebut, syarikat itu hanya memiliki aset bernilai lebih kurang daripada RM14 bilion.

Dan jumlah itu, kata Tony, semestinya tidak dapat menyamai nilai hutang RM42 bilion yang didedahkan sejak tiga tahun lalu. "Ini, budak sekolah pun boleh kira. Mereka pasti akan kata Najib pembohong besar.

"Tetapi, Najib fikir UMNO Selangor ini sasaran mudah untuk dia berbohong dan perdaya. Sanggup Najib guna ayat bohongnya 'jika saya kaya, saya beli tanah di kawasan mahal kerana saya tahu nilai tanah itu dalam tempoh 20 tahun.

" Saya mohon Najib hentikan bohong rakyat. Sepatutnya beliau tunjukkan bukti ke mana duit RM42 bilion 1MDB itu hilang," tegas Tony. – Roketkini.com Even primary school pupil can see Najib is lying...

I cannot help by be amazed by how the Malaysian prime minister could tell such a big lie with such a straight face, and fully expected the audience to believe him hook, line and sinker.

Yesterday, Najib Razak to hundreds of Umno Selangor members in Klang that "the (1MDB) RM42 billion is not lost.

There, the 70 acres Tun Razak Exchange (TRX) and 500 acres Bandar Malaysia lands."

Firstly, are the 70 acres of TRX and 500 acres of Bandar Malaysia worth even anything remotely close to RM42 billion?

Based on the latest available financial statements of 1MDB as at March 31, 2014, the two parcels of land are worth only RM5.83 billion.

How could RM5.83 billion be boasted and inflated to justify 1MDB's RM42 billion debt?

Secondly, Najib Razak failed to inform the audience that the respective piece of land was purchased for only RM194 million and RM1.67 billion from the government.

The cost to 1MDB was a meagre total of RM1.86 billion! And yet, the prime minister, who is also the chairman of 1MDB's board of advisors has the nerve to boast that the RM42 billion in 1MDB isn't lost because of these two sweetheart deals purchased for less than RM2 billion.

Still RM28bil short To be fair to 1MDB, the company did purchase another piece of expensive land for RM1.27 billion in Penang.

It also acquired three independent power producers valued at RM10.9 billion in 1MDB's books.

However, even if you add up all of the above "investments" - RM1.86 billion, RM1.27 billion and RM10.9 billion, it only totals up to RM14.0 billion.

That leaves a whopping RM28 billion out of the RM42 billion debt completely unaccounted for. A primary school student would have been able to do the maths can call out Najib's big bluff.

Unfortunately, perhaps the Umno president thought his Umno brethren in Selangor are easy targets to delude and deceive. The prime minister even put up the false bravado that "If I am a rich man, I would buy a land at the prime area because I know the value (of the land) in 20 years."

Well, Mr Prime Minister, if I were a rich man and you offered me the Bandar Malaysia and TRX land for the rock bottom price of RM74 and RM64 per square foot respectively, which are the prices 1MDB paid, I would bite your hands off too. I won't need you to give me such 'perceptive' advice.

Former Prime Minister Dr Mahathir Mohammed is absolutely right when he told fellow Umno members in Ipoh yesterday that Najib "never speaks the truth, always lies". He even asked of Najib, "how to be a leader?"

We call upon the prime minister to stop lying to Malaysians. He must explain with solid evidence where did the rest of 1MDB's RM42 billion has gone, after deducting the RM14 billion of real estate and energy companies.

At this point of time, the only perceivable reason why 1MDB is unable to service or repay its debt, is because the rest of the RM28 billion are either locked into worthless paper assets, or have vanished altogether. -

20 soalan untuk siasat 1MDB, kata Kadir Jasin kepada pihak berkuasa

Posted: 17 May 2015 06:15 AM PDT

A. Kadir Jasin, bekas ketua pengarang New Straits Times berkata unsur penipuan, subahat, penyalahgunaan kuasa, rasuah, kealpaan tanggungjawab korporat dan pecah amanah ialah antara isu yang wajib dirungkaikan para penyiasat.

A. Kadir Jasin, bekas ketua pengarang New Straits Times berkata unsur penipuan, subahat, penyalahgunaan kuasa, rasuah, kealpaan tanggungjawab korporat dan pecah amanah ialah antara isu yang wajib dirungkaikan para penyiasat.

Pihak berkuasa yang menjalankan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu melihat 20 persoalan yang masih belum terjawab, daripada urusan sebenar syarikat pelaburan negara itu sehingga individu berpengaruh yang terlibat di dalamnya, kata Datuk A. Kadir Jasin.

Bekas ketua pengarang New Straits Times itu berkata, persoalan itu harus diambil perhatian agensi yang terlibat dalam kertas siasatan 1MDB iaitu pejabat Ketua Audit Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen.

"Unsur penipuan, subahat, penyalahgunaan kuasa, rasuah, kealpaan tanggungjawab korporat dan pecah amanah ialah antara isu yang wajib dirungkaikan para penyiasat supaya yang bersalah dibawa ke muka pengadilan dan duit serta aset negara yang digunakan ke atas 1MDB diperoleh semula.

"Kesan sistemik skandal 1MDB wajib disekat dan dihadkan demi melindungi ekonomi negara," katanya dalam blognya semalam.

Katanya, lebih ramai individu yang berkaitan 1MDB wajib dijejaki bagi mengetahui bagaimana krisis kewangan serta ketidaktelusan 1MDB boleh berlaku di depan mata dan hanya baru-baru ini sahaja terbongkar.

"Kalau kita tak buat sesuatu dengan segera untuk atasi masalah 1MDB, ia akan muflis dan kita serta anak cucu akan tanggung beban dan bala yang dahsyat.

"Masalahnya sekarang bukan lagi sama ada 1MDB perlu di'bailout' (diselamatkan) tapi sejauh mana kita melaksanakan proses itu dan belanja yang terpaksa kita keluarkan," katanya.

Menyenaraikan 20 soalan yang wajib ditanya dan didapatkan penjelasan oleh para penyiasat, Kadir berkata, siasatan perlu dimulakan terhadap peranan wang royalti minyak dan gas Terengganu dalam urus niaga Terengganu Investment Authority (TIA).

"Apakah peranan wang royalti minyak/gas negeri Terengganu dalam urus niaga TIA apabila ia ditubuhkan pada tahun 2008?

"Adakah benar sejumlah besar wang royalti minyak/gas Terengganu (berjumlah berbilion ringgit) dimasukkan ke dalam sebuah bank tempatan sebagai persediaan menggerakkan TIA?" katanya.

Katanya, soalan itu perlu dikemukakan kepada bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Tan Sri Azlan Zainol, Presiden Sime Darby Tan Sri Mohd Bakke Salleh, Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, dan pengarah pengasas TIA yang juga CEO Tabung Haji Tan Sri Ismee Ismail.

"Adakah benar Bakke menarik diri atau digugurkan daripada Lembaga Pengarah 1MDB kerana tidak bersetuju dengan urus niaga yang membabitkan PetroSaudi?" soal Kadir seterusnya.

Wajib juga katanya, ditanyakan kepada Bakke dan ahli lembaga pengarah lain, termasuk Lodin dan Ismee, mengenai kemunculan Jho Low sebagai ejen 1MDB.

Beliau juga mahu pihak berkuasa menyiasat sama ada hartawan T Ananda Krishnan memberi pinjaman RM2 bilion kepada 1MDB bagi membayar balik hutang kepada Maybank dan RHB Capital.

Juga, mengenai namanya yang digunakan untuk menyembunyikan hakikat sebenar yang wang itu datangnya daripada Perbendaharaan atau sumber-sumber kerajaan yang lain.

Katanya, siasatan perlu dibuat membabitkan Ananda dalam penjualan penjana elektrik bebas (IPP) miliknya kepada Edra Global Energy, anak syarikat milik penuh 1MDB.

Kadir mendakwa mendapat maklumat terbaru mengatakan andaian Ananda mendahulukan RM2 bilion kepada 1MDB mungkin songsang.

"Ananda terlalu licik dan pintar untuk mengambil risiko sebesar itu. Ini ada kena mengena dengan penilaian (valuation) harta Edra yang dikatakan sangat berbeza," katanya.

Beliau turut mempersoalkan peranan bekas pengerusi dan pengarah urusan Goldman Sachs di Malaysia, Datuk Yusof Annuar Yaacob, dalam urusan pinjaman 1MDB yang mewujudkan konflik kepentingan yang serius.

"Apabila Goldman Sachs mengatur penjualan AS$4.75 bilion (kira-kira RM17.1bilion pada nilai sekarang) bon 1MDB dalam dua 'tranche' pada tahun 2012-2013, Yusof adalah pengerusi dan pengarah urusan Goldman Sachs di Malaysia.

"Mengikut agensi berita ekonomi Bloomberg, Goldman Sachs mendapat komisen AS$500 juta (kira-kira RM1.8 bilion).

"1MDB membayar yuran ASS$196.2 juta bagi bon bernilai ASS$1.75 bilion yang diterbitkan pada bulan Mei 2012 dan AS$283.2 juta bagi bon bernilai AS$3 bilion pada bulan Mac 2013," katanya.

Kadir berkata, Yusof kini ialah ketua pegawai negeri Deustche Bank bagi Malaysia dan bank itu sedang menuntut agar 1MDB membayar lebih awal hutang bernilai AS$975 juta (RM3.5 bilion) yang diaturnya tahun lalu.

Katanya, agensi siasatan juga perlu mengkaji perhubungan yang disifatkannya satu pelakuan "sumbang muhrim" antara 1MDB, Tabung Haji dan Felda, serta peranan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) dalam tiga entiti ini.

"Apakah peranan dan pendirian Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dalam hal-hal yang melibatkan hutang dan pergerakan wang 1MDB yang sudah pun menyebabkan nilai ringgit jatuh?" soalnya.

Beliau juga mahu Jho Low dan seorang lagi ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, disiasat sama ada mereka mengenali satu sama lain memandangkan kedua-duanya rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, serta kaitan Low dengan Felda.

"Soalan-soalan di atas, dan banyak lagi soalan lain yang berkaitan dengan 1MDB dan pihak yang berkuasa ke atasnya, wajib ditanya oleh para penyiasat," kata Kadir. – 17 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Jet VIP k'jaan berlepas, pernah singgah Almaty

Posted: 17 May 2015 05:30 AM PDT

 
 
Pesawat VIP baru yang kontroversi milik kerajaan telah melakukan penerbangan pertamanya semalam selepas tiba di Malaysia awal bulan ini.

Menurut laman web penjejak penerbangan FlightRadar24, jet dengan nombor pendaftaran 9M-NAB itu terbang dari Subang ke Kuala Terengganu pada jam 4.32 petang - yang memakan masa perjalanan hampir sejam.

Pesawat itu kemudian pulang kembali ke Subang dari Kuala Terengganu pada jam 7.10 malam, menjadikannya perjalanan dua hala di bawah nombor penerbangan NR1.

Nombor penerbangan itu sebelum ini digunakan hampir eksklusif oleh satu lagi pesawat kerajaan yang bernombor pendaftaran 9M-NAA walaupun NR1 bukan satu-satu nombor penerbangan yang pernah digunakan oleh pesawat tersebut.

Sebelum ini, pesawat baru 9M-NAB itu telah didaftarkan dengan nombor pendaftaran Malta 9H-AWK dan didakwa dimiliki Air Luther AG serta diuruskan oleh Comlux Aviation.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli sebelum ini juga pernah mempersoalkan pembelian pesawat itu oleh kerajaan melalui syarikat lain iaitu Jet Premier One Sdn Bhd dalam siri sidang medianya pada Mac lalu.

Antara lainnya, Rafizi mendakwa pembelian jet Airbus ACJ320 itu melibatkan wang pembayar cukai sebanyak RM465.4 juta dalam tempoh 15 tahun - yang mana lebihan belanja sekurang-kurangnya RM109 juta.

Ahli parlimen Pandan itu juga mendakwa, operasi pesawat baru, penyelenggaraan dan pengurusan serta kos lain melibatkan perbelanjaan sebanyak RM46 juta setahun dan kerajaan menambah perbelanjaaan sebanyak RM28 juta untuk mengubah suai dalaman pesawat itu.

Sebelum membuat penerbangannya ulang alik Kuala Terengganu, pesawat itu telah berada di Malta di mana Comlux mempunyai pengkalannya.

Pandikar akui temu Dr M, kecewa debat perkara remeh

Posted: 17 May 2015 04:45 AM PDT

 
 
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulai mengakui ada bertemu dengan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dianggap sebagai mentor dan guru politik kepada semua pemimpin di negara ini.

Beliau menanggap perjumpaan itu "bukan sesuatu yang luar biasa" malah perbincangan mereka berkisar mengenai isu politik semasa termasuklah luahan rasa kecewanya kerana perkara remeh diperdebat di Parlimen, lapor Utusan Malaysia Online hari ini.

"Ini pertemuan antara pemimpin dan pemimpin. Perbincangan tertentu apa yang terjadi kepada negara.

"Tetapi apabila beliau kata Speaker berhasrat untuk tidak lanjutkan (letak jawatan), mungkin sebab saya sudah kecewa dengan Parlimen sekarang apabila bersidang banyak perkara remeh dibawa.

"Saya ada kekecewaan. Itu yang saya cetuskan kepada Tun (Dr Mahathir). Tetapi semalam saya sudah buat kenyataan media, saya tak akan letak jawatan.

"Tentang bila saya berjumpa Tun, itu kena tanya Tun sendiri," katanya seperti dilaporkan dalam laman web akhbar itu.

Semalam, bekas presiden Umno itu berkata Pandikar telah memaklumkan kepadanya untuk meletakkan jawatan sebagai speaker Dewan Rakyat dan Dewan itu kini dipengerusikan oleh timbalannya.

Bagaimanapun dalam satu kenyataan, Pandikar menafikannya malah akan bertugas seperti biasa sebagai speaker Dewan Rakyat pada Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlime ke-13 yang akan bermula Isnin ini.

Where’s the balance of RM27bn 1MDB money?

Posted: 17 May 2015 04:00 AM PDT

 
najib_mahathir_1mdb_600

Purchases of power companies and three parcels of land only come to RM14.7bn najib_mahathir_1mdb_600By TK Chua A news report quoted our Prime Minister as saying that "the RM42 billion was not lost; the money was now part of the Tun Razak Exchange (TRX) and Bandar Malaysia land bank".

In accounting we learned that when we borrow money, the liability side is represented by the debts we owe while the asset side is represented either by cash in bank or the assets we bought through the borrowing we obtained.

In this occasion, I wish to refer to what Tun Dr Mahathir wrote about 1MDB on April 23 which also appeared in some of the news portals. Essentially what he said and asked were as follow:

Total initial borrowings of 1MDB amounted to 42 billion Ringgit. As far as can be ascertained the investments were as follows:

(i) Purchase of Tanjong Energy (now known as Powertek Energy Sdn Bhd) from Ananda Krishnan for RM8.5 billion. This is higher than market price. The licence was about to expire.

(ii) Purchase of Genting Sanyen Power (now known as Kuala Langat Power Plant) for RM 2.3 billion. Again above market price. The licence was about to expire.

(iii) Purchase of Jimah Energy for RM 1.2 billion.

(iv) Purchase of 70 acres of land in Jalan Tun Razak for RM320 million i.e: RM64 psf.

(v) Purchase of 495 acres of land in the former Sungai Besi TUDM airport (now known as Bandar Malaysia) about RM 363.5 million i.e: at RM 91 psf. (vi) Purchase of 234 acres of land in Air Itam in Penang for RM 1.38 billion i.e: at RM135 psf.

According to him, these are known purchases the total value of which add up to RM14.7 billion. So there is approximately 27 billion Ringgit still unaccounted for. Our PM's statement said RM42 billion is now part of the TRX and Bandar Malaysia.

Are we supposed to accept that the balance of RM27 billion is now invested in these two pieces of land? We know that TRX and Bandar Malaysia lands were given to 1MDB for a song.

We also know that revaluation of assets requires no financial outlay. What improvements or enhancements have been made to the lands to account for the balance of RM27 billion?

Are there office towers or residential condominium buildings being constructed?

If so, at what stage is the construction? Surely we need more convincing and credible explanations on the whereabouts of the remaining RM27 billion than just "the money was now part of the Tun Razak Exchange (TRX) and Bandar Malaysia land bank".

I think these are very straight forward questions which need no auditor reports to provide the answers.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN


Para Ulama Tersentap Dengan Kenyataan Kontroversi Ini

Posted: 17 May 2015 03:15 AM PDT

Ustaz Wan Ji Buat Kejutan Lagi. Seorang pendakwah bebas mendakwa, sikap malas membaca tidak hanya wujud di kalangan rakyat biasa di Malaysia, tetapi juga melibatkan kebanyakan ulama atau agamawan di negara ini.

Merujuk tindakan Putrajaya mengharamkan bahan bacaan, Wan Ji Wan Husin, yang pernah mencetuskan kontroversi dengan beberapa kenyataannya sebelum ini, berkata agamawan sepatutnya mempunyai pendirian yang menyeluruh, tetapi mereka dilihat dipengaruhi sentimen yang hanya memihak kepada aliran tertentu.

 "Masalah kurang membaca tidak hanya berlaku pada rakyat Malaysia. Namun agamawan kita, bila bercakap, hanya cenderung kepada sentimen atau aliran tertentu pro Syiah sahaja. Tidak ada ilmiah akademiknya.


"Bagaimana ada PhD namun penguasaan ilmunya tidak rasional?" soalnya ketika berucap pada satu forum yang bertajuk 'Buku Haram: Terorisme Kebebasan' di Petaling Jaya malam tadi.

Forum tersebut merupakan sebahagian acara Festival Hari Kebebasan Media Sedunia anjuran Gerakan Media Marah (Geramm), Malaysiakini dan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ).


Wan Ji, pengarang buku "Ulama Yang Bukan Pewaris Nabi", berkata demikian mengulas tindakan Kementerian Dalam Negeri mengharamkan empat buku penulis Faisal Tehrani kerana didakwa berunsurkan fahaman Syiah.


Beliau mendakwa, situasi sekarang, di mana badan berkuasa agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) gagal memberi panduan atau membahaskan sesuatu isu secara menyeluruh, tanpa mengira fahaman ataupun mazhab, hanya mendatangkan kekeliruan kepada umat Islam dan lebih memburukkan keadaan.

Ustaz Wan Ji Buat Kejutan Lagi

"Mereka (Jakim) tidak faham mengenai sesuatu isu dan menyebabkan orang makin keliru dengan Islam," katanya.

Wan Ji, yang sebelum ini pernah disiasat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkata, wujud juga golongan yang menggunakan label 'agamawan' tersebut agar umat Islam terpengaruh dan taksub sehingga mengiyakan segala apa dikatakan mereka.

"Saya gelar berhala berserban, kerana ia seperti membina taksub kepada orang yang majoriti (menganggap) sebagai suci, seakan seperti berhala disembah.


"Sebagai contoh isu pegang anjing, Jakim pernah buat kenyataan ia mengikut mazhab Shafie. Namun apabila isu membayar zakat, Jakim menerima duit (sebagai ganti makanan) dan ini bukan dalam amalan Shafie sangat.

"Ia bermaksud, Jakim boleh menerima amalan lain juga," katanya.

Wan Ji pada Februari lalu ditahan kerana didakwa menyampaikan syarahan agama tanpa kebenaran di Shah Alam susulan satu surat pekeliling yang dikeluarkan Jais berkuatkuasa November tahun lepas, melarang beliau memberi kuliah atau ceramah di mana-mana masjid dan surau seluruh Selangor kerana tiada tauliah mengajar agama.

Beliau berkata pada forum malam tadi, bukan semua yang diperkatakan ulama atau agamawan itu benar dan perlu dikuti.

Umat Islam seharusnya tidak menerima bulat-bulat apa yang mereka perkatakan, katanya.

"Apakah agamawan itu dianggap sebagai Tuhan? Apa yang mereka kata mungkin betul atau salah, tapi adakah kita nak terima bulat-bulat?

"Kita perlu fikir semua perkara, biarlah guna akal menilai, baru buat keputusan," katanya.

Sementara itu, Zul Fikri Zamir, penerbit dan juga pengarang buku 'Berlari Dari Jogja', berkata polisi kementerian dalam mengharamkan sesebuah buku hanya bergantung kepada laporan yang dibuat.

Penerbit yang menggunakan label Thukul Cetak itu turut menjadi salah seorang ahli panel forum tersebut selain Wan Ji dan seorang lagi, Benz Ali, aktivis yang juga pengarang buku 'Antithesis'.


Beliau membangkitkan persoalan, mengapa buku Faisal tersebut diharamkan sekarang selepas beberapa lama ia berada di pasaran.

"Ada orang buat laporan, sebab itu baru nak diharamkan. Kita tidak faham perkara begini. Kalau sampai empat tahun (di pasaran), kemudian baru nak haramkan, kita persoalkan intelektual orang tersebut," katanya.

Justeru itu, beliau berkata, kementerian sewajarnya mempunyai pegawai yang memahami bagaimana sistem buku berfungsi dan memahami isi kandungan dan pengertian sesuatu isu yang dibahaskan.

ADDIN

Akhirnya kenyataan Mahathir makan diri.

Posted: 17 May 2015 02:30 AM PDT



Pandikar Amin dalam satu kenyataan media menafikan dakwaan Dr Mahathir bahawa beliau meletak jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat.

PETALING JAYA: Reputasi Tun Dr Mahathir Mohamad akan terjejas sekiranya dakwaan beliau bahawa Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia meletak jawatan, tidak benar.

Dalam tulisan di entri blognya, bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin atau Zam berkata, kenyataan yang dibuat bekas Perdana Menteri itu dalam program Bicara Negara di Ipoh pada Sabtu menimbulkan tanda tanya.

Jelasnya, seorang rakan menelefonnya dan bertanyakan mengapa Pandikar memberitahu mantan Perdana Perdana (peletakan jawatan seperti didakwa Dr Mahathir) dan tidak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Seorang kawan segera menalipon saya dan bertanya mengapa dia memberitahu mantan Perdana Tun Mahathir dan tidak memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib?," tulis Zam.

Dr Mahathir dalam program itu mendakwa, Pandikar telah umumkan meletak jawatan dan Timbalan Speaker mengambil alih sebagai Pengerusi Dewan Rakyat.

"Speaker sudah berhenti. Dia datang jumpa saya dia kata dia hendak berhenti. Dia tak mahu dah. Sekarang yang jadi pengerusi dewan, dia punya timbalan,"

Dr Mahathir dilaporkan berkata. Beberapa jam selepas berita itu tersebar, Pandikar Amin dalam satu kenyataan media menafikan dakwaan Dr Mahathir dan menegaskan beliau akan hadir pada sidang Dewan Parlimen pada Isnin ini.

-fmt-

Selepas Serang LKS, Pro-UMNO Dalam PAS Serang Ust. Ahmad Awang

Posted: 17 May 2015 01:45 AM PDT

 


Setelah menyerang Penasihat DAP, Lim Kit Siang, yang memberikan ceramahnya di Kota Bharu beberapa hari lepas, kini golongan pro-UMNO di dalam PAS melakukan serangannya ke atas calon Presiden Ustaz Ahmad Awang yang mencabar Haji Abd Hadi Awang.

Berikut disertakan beberapa printscreen terhadap penhinaan golongan pro-UMNO terhadap Ustaz Ahmad Awang, sehingga ada yang menggelarnya "syaitan", "syiah", malah ada seorang Peserujaya PAS Negeri "berharap" agar Ustaz Ahmad Awang tidak mati di dalam "suul-khatimah".


Selain dari itu, keluar pula kenyataan Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Ulama Pas Kelantan, Mohd Asri Daud berkata, yang menyatakan jawatan Presiden tidak boleh dicabar.

Beliau meletakkan Haji Hadi di "peringkat yang tidak melakukan dosa dengan sengaja", dalam istilah lain - "maksum".

"dalam ilmu Harakah Islamiyyah (HI) terdapat susunan dan tertib anggota yang diambil kira dalam pelantikan kepimpinan tertinggi di mana hanya Ustaz Mursyid yang sewajibnya memegang amanah sebagai khalifah."

Tambahnya, sebagai contoh Syeikh Said Hawwa yang menamakannya dengan Wali Mursyid mempunyai pandangan dan gerak kerjanya diterima di peringkat dunia dan dia turut memimpin HI di peringkat dunia.

"Dari sudut amalan dan rohani pula, dia telah mencapai tahap tidak melakukan dosa dengan sengaja, ternyata muwasofat ini ada pada Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang memimpin Pas sebagai HI di Malaysia ketika ini,"

Serangan ke atas Ustaz Ahmad Awang kemudiannya diteruskan oleh calon Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengkritik tindakan Ustaz Ahmad Awang menerima pencalonan untuk bertanding jawatan Presiden sebagai "seolah-olah melanggar tradisi PAS". Peliknya beliau sendiri sebelum ini "menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden sebelum menerima sebarang pencalonan lagi". Itu tradisi PASkah? Itu tradisi orang beragamakah?

Apa yang ditulis oleh Mohd Asri Daud dan apa yang dinyatakan oleh Tuan Ibrahim nampaknya telah melampaui Perlembagaan PAS sendiri.

Fasal 25(2) Perlembagaan PAS menyatakan :

Presiden, Timbalan Presiden dan tiga orang Naib Presiden hendaklah dipilih dan dilantik akan dia oleh Muktamar Tahunan PAS pada tiap-tiap dua tahun daripada ahli-ahli PAS atau dengan apa-apa cara jua yang dipersetujui oleh Muktamar Tahunan PAS itu.

Oleh itu tidak sepatutnya timbul sebarang pertikaian dan halangan untuk Ustaz Ahmad Awang bertanding jawatan Presiden.

Jika ada mana-mana pemimpin atau ahli PAS yang mempertikaikan keputusan Ustaz Ahmad Awang menerima pencalonan untuk bertanding jawatan Presiden maka ternyata suara-suara itulah yang bertentangan dengan Perlembagaan PAS dan sepatutnya dikenakan tindakan disiplin..

Nampaknya golongan pro-UMNO dalam PAS terus meroyan apabila seorang yang berstatus "ulama" memwakili golongan progresif tampil menawar diri bertanding jawatan Presiden. Seolah-olah mereka tidak mengakui Ahmad Awang seorang ulama, hanya mereka saja yang layak bergelar ulama.

Golongan pro-UMNO ini juga mendapat sokongan padu dari dua akhbar UMNO yang terkemuka, Utusan Malaysia dan Berita Harian yang turut menyerang dan memfitnah Ustaz Ahmad Awang kononnya dikatakan ada pihak luar yang mendalangi Ustaz Ahmad Awang.



Teringat kita kata-kata Allahyarham TG Fadzil Mohd Noor ynag menyatakan bahawa "apabila musuh menyokong kita, ada sesuatu yang tak kena!".


Jet Eksekutif Bawa Agong Untuk Kali Pertama Hari Ini Dari A. Setar - Langkawi

Posted: 17 May 2015 01:03 AM PDT



Pesawat Eksekutif Airbus Corporate Jetliner (ACJ 320) yang baru diperoleh kerajaan hari ini melakukan penerbangan rasmi pertama dengan membawa Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi hari ini.
 - Foto Bernama


ALOR SETAR - Pesawat Eksekutif Airbus Corporate Jet (ACJ 320) yang baharu diperoleh kerajaan, melakukan penerbangan rasmi pertama membawa Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam kenyataan hari ini berkata, pesawat membawa baginda berlepas tepat 10 pagi dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini ke Pulau Langkawi.

"Perolehan pesawat ACJ 320 itu bagi menggantikan Boeing Business Jet (BBJ) yang berusia 16 tahun dan kini dalam proses pelupusan. Keputusan menggantikan BBJ dibuat pada tahun 2013 memandangkan kos penyelenggaraannya semakin meningkat berikutan faktor usia dan risiko keselamatan," kata JPM.

Pesawat ACJ 320 itu tiba di Kuala Lumpur pada 6 Mei lalu, setelah berlepas dari Hamburg, Jerman dan berhenti di Almaty, Kazakhstan selama sejam bagi mengisi bahan bakar.

JPM berkata pesawat itu membawa sembilan anak kapal dan dua pegawai kanan JPM yang ditugaskan bagi memastikan pesawat yang diterima berada dalam keadaan baik dan menepati spesifikasi perjanjian pembelian.

Menurut kenyataan itu, laluan Hamburg-Almaty-Subang dicadangkan sebagai laluan berdasarkan keadaan cuaca pada masa itu.

"Penerbangan itu juga menggunakan ruang udara China berdasarkan keadaan angin dan ketinggian awan, berbanding ruang udara Afghanistan," kata JPM.

Selain pesawat Eksekutif ACJ 320 itu, tiga lagi pesawat Eksekutif Kerajaan ialah ACJ 319 yang diperoleh pada 2007, manakala dua lagi pesawat bersaiz lebih kecil iaitu Falcon pada 1989 dan Global Express pada 2001. Pesawat khas kerajaan diperuntukkan untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Bagaimanapun menurut JPM, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan, pesawat berkenaan juga boleh diluluskan untuk kegunaan Sultan, Yang Dipertua Negeri, menteri dan timbalan menteri, tetamu kerajaan persekutuan dari negara asing, pegawai kanan kerajaan serta orang kenamaan.

Sementara itu keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong di Kompleks Bunga Raya lapangan terbang itu disambut Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Pelancongan dan Warisan, Kerja Raya Kedah, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid.

Turut sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Paduka Mohd Puat Mohd Ali dan Ketua Polis Negeri, Datuk Zamri Yahya. - Bernama