Jumaat, 15 Mei 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Najib dan Hadi, sama-sama tertekan Razali Awang

Posted: 15 May 2015 11:30 PM PDT

zam,hadi,najib
Kepimpinan ulama dalam Pas memerlukan sokongan UMNO untuk memastikan ia terus berkuasa dalam parti itu.
 
PETALING JAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini berdepan dengan situasi yang hampir sama.

Ketika Najib cuba mendapatkan sokongan daripada pimpinan dan akar umbi selepas pentadbirannnya dikritik hebat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan para penyokongnya, situasi yang hampir sama turut dirasai Abdul Hadi.

Kedudukan beliau sebagai Presiden Pas yang mewakili kepimpinan ulama, turut berdepan dengan ujian selepas jawatan itu digugat Datuk Ahmad Awang pada Muktamar Pas ke-61, Jun ini.

Kewibawaannya bukan setakat dicabar kumpulan yang dianggap sedarhana dalam parti malah, sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR), khususnya DAP tidak henti-henti memberi ugutan dan kata dua.

Sekiranya pemilihan terus memihak kepada ulama, ia mendesak parti itu keluar sahaja dari pakatan.
Bagaimanapun, jika kumpulan yang dianggap sedarhana dipilih meneraju kepimpinannya pada 4 hingga 6 Jun ini, ia bermakna hayat Pas dalam PR akan lebih panjang.

Sama ada mengancam atau diancam, DAP melihat keputusan Muktamar memberi kesan besar kepada parti itu.

Isu hudud telah menjadi penyelamat kepada kepimpinan ulama Pas dan ia telah berjaya membina semula keyakinan pengikut tegarnya bahawa kumpulan berkenaan sama sekali tidak akan bertolak ansur.

Sokongan terhadap pelaksanaan undang-undang Islam itu turut datang dari luar termasuk termasuk di kalangan ahli dan pemimpin UMNO sendiri.

Memetik tulisan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin di laman blognya, zamkata.blogspot.com, Pas yang telah mengorbankan konsep Negara Islam yang menjadi idea perjuangannya selama ini dan menggantikan dengan konsep Negara Kebajikan selepas menyertai PR, terpaksa kembali kepada isu hudud.

"Mereka berundur ke belakang dan menemui kembali hudud yang dilihat sebagai penawar paling mujarab untuk memulihkan semangat penyokong-penyokongnya dan memperbaiki semula pandangan umat Islam terhadapnya.

" UMNO yang berada dalam keadaan lemah merasa perlu untuk memberikan sokongan kepada pemulihan imej Pas ini walaupun menentang hudud Pas di bawah pimpinan Perdana Menteri Dr.Mahathir", komennya di blog berkenaan.

Selepas sebahagian anggotanya dikatakan terpengaruh dengan idealogi kumpulan sedarhana, hudud dilihat berjaya membina semula keyakinan kumpulan ulama bahawa mereka masih mendapat sokongan dan ketegasan untuk melaksanakannya telah menaikkan semula nama Abdul Hadi dan sekutunya.

Sebagai orang lama, Ahli Parlimen Marang itu juga dilihat bijak bermain politik.
Ketika mana pemimpin PR yang lain mendesak Najib berundur, Abdul Hadi mengambil pendekatan berbeza dengan meminta beliau untuk meneruskan tugasnya sebagai Perdana Menteri.

Mungkinkah gambar yang terpampang dengan tajuk utama sokongan beliau yang disiarkan akhbar arus perdana mempunyai maksud tersirat atau isyarat bahawa dalam keadaan sekarang mereka memerlukan satu sama lain untuk terus berkuasa?

Sudah Lah Bodoh......Menipu Pulak.....

Posted: 15 May 2015 10:30 PM PDT

Mafiaboss Melayu's photo.Tahukah Anda?? Tindakan Kerajaan Pusat yang bermain politik dengan melambat-lambatkan pembinaan dan penempatan mangsa banjir di Kelantan merupakan tindakan yang tidak bermoral.

Setelah lima bulan banjir di Kelantan, Kerajaan Persekutuan sangat lembab menguruskan rumah mangsa banjir di sana.

Kerajaan Persekutuan telah berjanji akan membangunkan 1,221 buah rumah mangsa banjir, malangnya setakat ini hanya 6 buah sahaja atau 0.5% yang telah disiapkan.


Haron Din kata PM Najib "BERJIWA BESAR" ??

Posted: 15 May 2015 09:45 PM PDT

Alamak!! Harun Din Pun Dah Masuk Kategori SAMPAH ke?

Macam tak percaya aku apabila membaca kenyataan dari Prof DR. Harun Din ni. Bunyinya dah sama macam sampah-sarap yang dilabelkan kepada penyokong-penyokong umno yang berada dalam kepimpinan PAS oleh Almarhum TGNA.

Berilah peluang pada Najib, kata Haron Din


Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dan PAS Kelantan senada dengan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikekalkan berdasarkan mandat yang rakyat dalam pilihan raya.

Kata Haron, Najib berjiwa besar dan perlu diberikan peluang untuk membetulkan keadaan seperti yang sudah diikrarnya kerana tiada yang manusia sempurna di dunia ini, lapor Berita Harian.

"Berilah peluang kepada Najib perbetulkan apa yang perlu," Haron dilaporkan sebagai berkata.

Katanya lagi, semua terpulang kepada Umno dan BN sama ada mahu memandang serius pandangan luar mengenai kedudukan Najib atau sekadar menutup telinga sahaja.

Kelmarin, Hadi menyatakan Najib tidak perlu berundur, sebaliknya terus mengekalkan jawatannya sebagai perdana menteri walaupun berdepan dengan pelbagai tekanan.

Mengenai kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), Haron berkata, beliau masih menunggu hasil siasatan sama ada kes itu benar-benar berlaku, atau sekadar spekulasi dan persepsi semata-mata.

"Jika betul Najib melakukan kesilapan dan kecuaian dalam membuat keputusan… beliau kena bertanggungjawab.

"Selagi belum ada bukti, saya mahu bersikap tunggu dan lihat. Namun jika terbukti apa yang dilakukan dalam 1MDB kerana kesilapan sendiri maka wajarlah perdana menteri membayar harga yang tinggi untuk itu," beliau dilaporkan sebagai berkata.

Rais: Pandangan ala Islam ala Melayu

Sementara itu, Utusan Malaysia melaporkan penasihat sosiobudaya kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim sebagai mengucapkan terima kasih kepada Hadi ekoran mengeluarkan "pandangan yang ala Islam ala Melayu" yang mahu Najib dikekalkan.

Najib diasak banyak pihak dalam isu 1MDB, terutamanya oleh bekas perdana menteri 22 tahun Tun Mahathir Mohamed.

"Jadi, di situ (kritikan Mahathir) barangkali sahabat lama yang baharu terasa. Haji Hadi punya komen (pertahankan Najib) itu pun relevan.

"Kita harus berterima kasih kepada Haji Hadi kerana mengeluarkan pandangan yang ala Islam ala Melayu," Rais dilaporkan sebagai berkata.
ULASAN GB

Jadi pelik bila membaca "statement" Musyidul Am PAS seperti yang dilaporkan di atas.

Beliau berkata, "Najib berjiwa besar dan perlu diberikan peluang untuk membetulkan keadaan seperti yang sudah diikrarnya kerana tiada yang manusia sempurna di dunia ini"..

Memanglah tiada manusia sempurna di dunia ini... oleh sebab itu maka beliau meminta Najib diberi peluang untuk membetulkan keadaan. Jika demikian halnya maka PAS tak perlulah berjuang untuk menentang UMNO, tak perlu sertai politik... kerana kita boleh bagi peluang kepada Najib, kita boleh bagi peluang kepada UMNO sampai kiamat untuk membetulkan keadaan????

Nampaknya Hj Hadi dan Haron Din seia sekata untuk memberi ruang kepada Najib. Maka itu tidak hairan di kalangan ahli-ahli PAS ada yang menganggap bahawa kedua pemimpin tertinggi PAS itu adalah pro-UMNO ... dan kebetulan mereka berdua adalah yang bertanggungjawab untuk mewujudkan "kerajaan perpaduan". Sementelah lagi Haron Din telah berkali-kali mengeluarkan kenyataan bahawa tahaluf siyasi bersama rakan komponen Pakatan Rakyat perlu disemak semula, satu kenyataan yang amat disenangi oleh UMNO.

Kumpulan pro-UMNO kini sedang cuba untuk menguasai PAS di dalam pemilihan nanti untuk menyingkirkan mereka dari kalangan progresif yang merupakan pro-pakatan rakyat.

Keputusan di tangan perwakilan nanti untuk memilih pemimpin samada di kalangan pro-UMNO atau pro-pr. - greenboc


Remaja Dirogol Spiderman

Posted: 15 May 2015 09:00 PM PDT



Seorang remaja wanita tidak menyangka keputusannya berehat di rumah bersendirian pada waktu tengah hari turut tidak selamat apabila dirogol seorang lelaki bertopeng ala-ala 'spiderman', di kediamannya di Kampung Bukit Guntung, Marang, Rabu lalu.

Dalam kejadian lebih kurang jam 12 tengah hari itu, mangsa berusia 17 tahun dikatakan sedang lena tidur di dalam bilik sebelum dikejutkan dengan kehadiran lembaga bertopeng tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, suspek bukan sahaja bertopeng, malah turut memakai sarung tangan itu terus bertindak menekup mulut sebaik menyedari mangsa tersedar daripada tidurnya.

"Suspek menekup mulut mangsa bagi mengelak dia menjerit, bagaimanapun dengan kudrat yang ada, mangsa cuba melawan untuk menyelamatkan dirinya.

"Namun, ketika itu juga suspek bertindak keluarkan pisau lipat lalu diacukan ke arah mangsa sebagai ugutan sekiranya mangsa masih berdegil mahu melawan sebelum merogolnya," katanya di pejabatnya, semalam.

Wan Abd Aziz berkata, selepas melakukan perbuatan terkutuk itu, suspek terus melarikan diri meninggalkan mangsa bersendirian menerusi pintu utama rumah.

Jelasnya, mangsa yang ditinggalkan itu terus cuba hubungi ibunya yang ketika itu di tempat kerja, namun gagal sebelum mengambil keputusan menghubungi rakan baiknya dan seterusnya membuat laporan polis.

"Siasatan awal mendapati tiada tanda kediaman mangsa dipecah masuk suspek, namun siasatan akan diteruskan bagi mengenal pasti identiti serta bagaimana cara suspek menceroboh masuk rumah mangsa.

"Mangsa dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan n susulan," katanya.

Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh sehingga 20 tahun dan sebatan, jika disabitkan kesalahan.

-sharian

Inilah Yang Terjadi Jika Anda Minum Air Kelapa Dalam 7 Hari By canang

Posted: 15 May 2015 08:30 PM PDT

 
 
Ajaibnya, air kelapa dan plasma darah dalam aliran darah manusia memiliki struktur yang mirip. Hal ini dibuktikan dengan penggunaan air kelapa sebagai pengganti darah saat zaman perang di masa lalu, dan dengan cara ini banyak nyawa manusia terselamatkan.

Hari-hari ini air kelapa digunakan di seluruh dunia, dan Anda dapat menemukannya di berbagai pasar di lingkungan Anda. Mungkin rasa airnya tidak lagi segar, tetapi daya detoksifikasi dan manfaat kesehatan lainnya dari air kelapa sangat tak diragukan lagi.

Apa yang terjadi ketika Anda minum air kelapa dalam 7 Hari?

Dikutip dari situs healthyfoodteam.com, air kelapa dapat memperkuat sistem kekebalan tubuh Anda dan menghilangkan bakteri yang menyebabkan infeksi saluran kemih, gonore, penyakit gusi dan virus yang menyebabkan flu, infeksi berbagai penyakit dan tifus.

Air kelapa dapat meningkatkan energi dan produksi kelenjar hormon tiroid. Air kelapa bertindak sebagai diuretik alami dan sangat membantu bagi orang yang memiliki penyakit ginjal. Ini akan membantu membersihkan saluran kemih dan saluran kandung kemih. Berkhasiat menghilangkan racun dan membantu memecah batu ginjal.

Air kelapa mengandung jumlah serat yang tinggi, sehingga sangat baik untuk pencernaan. Mengkonsumsi air kelapa secara teratur akan membantu mengeliminasi asam lambung.

Karena air kelapa rendah lemak, Anda dapat meminumnya dalam jumlah banyak. Air kelapa akan mengurangi nafsu makan Anda karena setelah meminumnya anda akan merasa kenyang, jadi secara tak langsung membantu penurunan berat badan.

Cobalah basahi kapas atau kain dengan air kelapa dan letakkan pada kulit jika Anda memiliki jerawat, kulit berminyak atau kering. Air kelapa akan membuat kulit lebih bersih dan segar, dan pori-pori akan terbuka. Campur air kelapa dengan minyak zaitun untuk membersihkan pencernaan dan menghilangkan parasit usus.

Para ahli mengklaim bahwa air kelapa juga membantu mengatasi beberapa masalah kesehatan selama kehamilan. Dengan hanya satu cangkir air kelapa Anda akan menyeimbangkan elektrolit, sehingga anda akan terhindar dari hipertensi atau juga dikenal sebagai tekanan darah tinggi.

Ketika orang terlalu banyak minum (mabuk) sepanjang malam, mereka sering mengalami sakit kepala di pagi hari. Minumlah air kelapa untuk menghilangkan sakit kepala dan mengganti cairan yang hilang dalam tubuh serta mengatasi penyakit yang disebabkan dari mabuk.

Jika Anda ingin kulit Anda cerah dan terlindungi sepanjang hari, minumlah satu gelas air kelapa. Jika Anda kehilangan terlalu banyak energi dengan aktifitas fisik yang melelahkan, Anda dapat memulihkan energi Anda dengan air kelapa. Air kelapa akan memberikan efek positif pada setiap bagian tubuh Anda yang lelah.

Air kelapa kayak akan anti oksidan sehingga membantu sistem kekebalan tubuh yang kuat, meningkatkan energi, keamanan dari bakteri dan infeksi, penurunan berat badan dan banyak manfaat lainnya.

Hakim tarik diri kes Bafia Rafizi

Posted: 15 May 2015 08:00 PM PDT

 

Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob hari ini menarik diri daripada mendengar kes yang membabitkan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) kerana beliau mempunyai pertalian persaudaraan dengan Datuk Seri Dr Mohammad Salleh Ismail.

Sebelum ini, Salleh yang merupakan pengerusi Pusat Fidlot Nasional (NFC) menggesa Rozina agar menarik diri atas alasan hakim tersebut mempunyai pertalian keluarga dengan Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.

Rozina berkata, beliau memilih untuk menarik diri kerana Salleh merupakan salah seorang saksi utama kes tersebut dan bagi mengelakkan salah faham.

"Saya rasa lebih baik sekiranya saya menarik diri daripada kes ini untuk mengelakkan salah faham. Lebih baik ia dilakukan sekarang. "Saya rasa saya boleh menjalankan tugas ini dengan adil tetapi memandangkan terdapat (salah seorang) saksi utama yang mempunyai talian persaudaraan dengan ayah saya, saya rasa lebih baik saya menarik diri," katanya.

Difahamkan, Salleh tidak mengetahui dirinya mempunyai pertalian saudara dengan Rozina.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Haziq Dhiyauddin Razali yang mewakili Bank Negara Malaysia dan peguam Rafizi, N Surendran mengatakan mereka tidak ada sebarang halangan untuk Rozina meneruskan pendengaran tersebut.

Pendengaran semula kes tersebut akan dilakukan pada 22 Mei ini dan hakim pengganti akan dimaklumkan secara bertulis esok.

Pada 5 Mei lalu, Salleh Menggesa Rozina untuk menarik diri daripada mendengar kes membabitkan Rafizi di bawah kes Bafia kerana kaitan kekeluargaan dengan Nik Nazmi.

Salleh berkata, Rozina pernah menarik diri daripada mendengar kes Nik Nazmi yang didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 selepas dimaklumkan bapanya yang mereka mempunyai talian persaudaraan.

Katanya,dalam PKR, Nik Nazmi yang juga pengarah komunikasi parti itu, melapor kepada Rafizi yang juga setiausaha agung PKR.

"Disebabkan ini, peguam negara dan timbalan pendakwa raya yang mengendalikan kes Bafia Rafizi perlu dimaklumkan untuk memfailkan penarikan diri kerana berlakunya konflik kepentingan dan ketidakadilan.

"Peguam saya menasihatkan, walau apa jua keputusan yang dibuat hakim Rozina di penghujung kes, seluruh integriti perbicaraan itu akan dipertikaikan, terutamanya hubungan keluarga antaranya dengan Nik Nazmi," kata Salleh.

Rafizi bersama bekas kakitangan Public Bank Berhad, Johari Mohamad, ditahan dan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 1 Ogos 2012 kerana melanggar Seksyen 97 (1) Bafia dan boleh dikenakan hukuman 3 tahun penjara, denda RM3 juta, atau kedua-duanya, jika didapati bersalah.

Rafizi didakwa mengedarkan 21 akaun Public Bank kepada media, mendakwa Salleh menyeleweng pinjaman wang kerajaan untuk membeli lapan lot pejabat di KL Eco City dengan tunggakan daripada Mac 2011 hingga Februari 2012 berjumlah RM71 juta.

Namun, bukti dokumen dan keterangan mahkamah menunjukkan, dakwaan itu tidak benar dan tiada pinjaman Public Bank yang diambil Salleh untuk membeli hartanah di KL Eco City.

Disebabkan itu, Rafizi disaman NFC dan pengerusinya secara berasingan dan perbicaraan dijadualkan bermula pada 26 hingga 30 Oktober 2015.

"Tiada gunanya Rafizi mencabar Perlembagaan mengenai Bafia kerana Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan sebulat suara berpendapat, dakwaan terhadap Rafizi di bawah Bafia bukan mala fide, menindas atau mempunyai tujuan politik," kata Salleh.

Salleh yang juga suami kepada Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil itu berkata, permohonan Rafizi itu pastinya tidak diperlukan dan "res judicata" memandang mahkamah sebelum itu sudah membuat keputusan mengenainya.

"Permohonan mencabar Bafia ini sebenarnya cubaan Rafizi melengahkan perbicaraan, menangguhkan dan menafikan hak kami mendapatkan keadilan dan hukuman terhadap individu yang menjejaskan NFCorp dan diri saya sendiri," katanya.

Rafizi didakwa kerana mendedahkan maklumah sulit bank mengenai NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industri Sdn Bhd dan Salleh kepada perunding media, Yusof Abdul Halim dan pemberita The Star, Erle Martin Carvalho.

Jika sabit kesalahan, Rafizi bakal hilang kelayakannya sebagai ahli Parlimen.

ANAK MUDA FELDA TERENGANU TERUS DI ANAK TIRIKAN

Posted: 15 May 2015 07:30 PM PDT

 



Anak Muda Felda di Terengganu Terus di Anak Tirikan.

Daripada 9000 unit Projek Perumahan Generasi Baharu Felda ( PGBF) yang dibina, Terengganu terus dipinggirkan. Warga Felda negeri ini mesti melihat ini satu penafian peluang memiliki kediaman sendiri anak generasi felda.

Pihak Kerajaan negeri pernah membuat program pecah tanah untuk tujuan ini beberapa tahun lalu sebelum PRU13 oleh YAB Menteri Besar antaranya di Felda Bukit Bading dan pecah tanah di Felda Tenang.

Malang berganda apabila projek ini menjadi hutan belukar dan tiada tanda ianya akan diteruskan. Terbaru pihak Felda mengumumkan satu lagi PGBF ini akan dibina di Felda Chalok Barat tetapi masih menjadi tanda tanya warga generasi baru Felda.

Pihak ANAK Terengganu memandang serius penafian projek ini. Saya mendesak pihak kerajaan negeri memberi tumpuan yang serius bukan menjadikannya sebagai umpan semasa piliharaya.

Saya juga mendesak MBFM Wilayah Terengganu membuat sesuatu kerana mereka mempunyai saluran dan hubungan kerajaan yang memerintah. Kita Anak generasi Felda mesti bangkit menuntut hak ini.

21 Tanah Rancangan di Terengganu sangat memerlukan Projek Perumahan ini dilaksanakan dengan segera. Jika dalam masa terdekat Pihak Felda terus berdiam diri berhubung masalah ini, kami dari ANAK akan menghantar memorundum kepada pihak Kerajaan Negeri dan Felda.

sekian.

Naraza Muda
Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Terengganu.

AA cabar AHA, langsunglah dalam baik

Posted: 15 May 2015 07:00 PM PDT

AA cabar AHA, langsunglah dalam baik

 
Beberapa minggu lepas saya sudah meramalkan yang bekas Presiden Ulama Malaysia (PUM) Ahmad Awang (AA) akan mencabar kedudukan Abdul Hadi Awang (AHA) sebagai presiden Pas. 
 
Dan ramalan itu menjadi kenyataan hari ini apabila AA telah menyerahkan borang menyatakan kesediaan untuk berdepan dengan AHA.
Abdul Hadi dicabar Ahmad Awang.
AA tidak memberi banyak alasan kenapa dia mencabar AHA. Beliau hanya menyebut untuk memperkukuhkan parti, meraikan kekawan dan sudah tentu sebab lain kerana pertandingan dibenarkan dalam Pas, dan pertandingan itu bagi menggambarkan Pas sebuah parti demokratik dan pertandingan itu menyuburkan demokrasi.
Sebenarnya pertandingan itu adalah perkara biasa, dan ia mengulangi siri-siri perebutan jawatan dalam Pas sebelum ini. 
 
Bukan tidak pernah pimpinan tertinggi Pas dicabar ataupun dikutuk sehinggakan mereka akhirnya mengambil keputusan berundur, ia pernah berlaku, maka tindakan AA hari ini adalah mengulangi sejarah menuruti tradisi.
Mungkin generasi baru dalam Pas yang baligh selepas Allahyarham Fadzil Mohd Noor membawa kepada AHA, tidak pernah melihatan itu ditentang berasa sesuatu yang pelik dan mengejutkan. 
 
Apa lagi yang beranggapan jawatan presiden itu adalah hak orang ulama sampai akhir hayat, akan beranggapan tindakan AA itu sebagai tidak tidak patut.
Bagaimana pun bagi mereka yang tahu, mengenali siapa AA mereka tidak mudah menuduh yang bukan-bukan bahkan AA sememang layak berada di jawatan tertinggi Pas bukan sahaja selaku presiden bahkan Mursyidul Am pun layak.

Lantaran itu hendaknya jangan ada yang meletakkan tindakan AA itu sebagai satu pengkhiatan, jauh sekali cuba merosakan asas kepimpinan ulama dalam Pas. 
 
Bukankah AA juga adalah seorang ulama dan fakeh mengenai agama? Siapa berani menafikan kehebatan AA dalam hal ini? Iya kecuali merekia yang bermata hatikan dengan emosi sahaja.
Sebagai pemuka agama dan da'i, kedudukan AA sama tinggi dan sama rendah dengan AHA. Bahkan dalam sudut-sudut tertentu pentadbiran dan organisasi AA lebih berpengalaman dari AHA. 
 
Sebelum keduanya aktif dan berkedudukan dalam Pas, ternyata AA jauh ke depan berbanding dengan AHA. AA pernah menerajui PUM berbelas tahun, sebaliknya AHA hanya menjadi ketua ABIM peringkat negeri Terengganu sahaja.
Menerima cabaran AA terhadap AHA ini semua pihak khasnya dalam Pas kena fahami lenggang lengguk politik. Apa yang penting mengkaji dan mencari apakah kunci maka AA telah mengambil keputusan mencabar AHA. 
 
Ia saya rasa bukan dibuat saja-saja untuk suka, atau pun menambahkan gimik dalam parti dan Pas, melainkan satu tanggungjawab sosial. AA berpegang kepada amanah dia sebagai seorang ahli Pas.
Dari itu AHA juga kena memahami kenapa beliau ditentang. Beliau kena mengkaji atau toleh ke belakang kenapa selama lebih 10 tahun beliau diberi kepercayaan untuk memimpin Pas, tetapi kenapa sejak akhir-akhir ini kedudukannya dicabar. Bagi saya tempua tidak akan bersarang rendah kalau tidak ada mengada. 
 
Dan kalau AA dianggap sebagai tebuan, beliau tidak akan keluar dari kloninya kalau bukan di usik atau berasakan perlu berbuat begitu.
Di sini saya tidak mahu mengulas panjang sebab dan faktor AHA dicabar. Saya tidak mahu meletakkan saya dalam lurah tohmohan dan fitnah. Bagi saya, kedua mereka saya hormati dan sayangi. 
 
Seperti juga tindakan AA, saya tidak lantang mengkritik AHA sebelum ini melainkan akhir-akhir ini, apabila ditenung kepada beberapa tindakan dan aksinya politiknya yang agak memelikkan dan janggal. 
 
Saya hanya lihat dari konteks siasah sahaja sebab Pas adalah gerakan sosial bukan jemaah dakwah total.
Orang yang waras akan dapat melihat perubahan sikap dan pandangan politik AHA sejak ke belakangan ini yang sonsang atau kontrodik dengan sikap dan pendiriannya pada tahun-tahun 80an lalu. Beliau jauh meninggalkan dirinya yang hebat pada tahun 80an hingga 90an dulu. 
 
AHA semacam kehilangan identiti dirinya. Hanya mereka yang pandir atau pun sengaja membutakan mata sahaja tidak mahu menerima hakikat ini.
Apa yang saya ingin katakan disini, ahli Pas harus menerima perlawanan antara AA dengan AHA sebagai perkara biasa. Jadikan perlawanan itu sebagai usaha dan ikhtiar memperkuatkan Pas. Selepas selesai sahaja perlawanan nanti semua harus kembali bersatu semula, berada dalam satu saf. Perjuangan Pas atau Pas itu sendiri tidak akan menjadi kuat tanpa ada kesatuan ummah dalamnya.

Perebutan jawatan dalam Pas bukan soal kalah atau menang yang menjadi matlamatnya. Tidak ada guna kalau menang jadi arang dan kalah jadi abu. 
 
Perebutan jawatan adalah untuk semua pihak memuhasabah diri menerusi perlawanan itu. Bukan sahaja kedua mereka tetapi para pendokong juga.Perlawanan itu memberi ruang kepada ahli menilai kredibiliti mereka untuk memimpin Pas, bukan membalas dendam antau menjadi medan mengatakan antara satu sama lain.
Terus terang walaupun saya secara peribadi boleh menerima kaedah pelawanan, tetapi bimbang takut kesan kepada pelawanan itu meninggalkan parut yang sukar dihilangkan. Kalau ini berlaku maka malanglah nasib Pas. 
 
Perbalahan selepas ini kerana perlawanan, jangan hendaknya menjadi barah membawa belah kepada Pas.Janganlah. Pas sesungguhnya berpotensi untuk menjadi parti peneraju negara ini.
Sebelum ini saya mengsyorkan agar diadakan kompromi bagi mengelakkan kemungkinan berlaku perpecahan akibat perlawanan. Tetapi cadangan itu nampaknya disambut dingin. 
 
Saya meletakkan kedinginan itu kerana yakin semua orang dalam Pas senantiasa insaf dan bersikap gentlemen. Mereka berlawan tetapi tetap tidak ingat akan nawaitu dan ikrar mereka menyertai Pas.
Pas bukan sebuah game tetapi Pas adalah wadah perjuangan. [wm.kl.7:05 pm 14/05/15]

Tuan Ibrahim: Akuilah PAS ada masalah dalaman !!

Posted: 15 May 2015 06:30 PM PDT

 
 
Anggota PAS diingatkan supaya menerima hakikat bahawa mereka sedang berdepan masalah dalaman yang berpotensi memecahbelahkan parti.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perkara itu akan berlaku jika ia tidak ditangani dengan baik.

"Hentikan tindakan label-melabel, dan membeza-bezakan antara ahli PAS. Jangan ambil maklumat tepi jalan dan mudah percaya pada hantu-hantu di laman sosial yang tidak dikenali.

"Tindakan ini telah membuka pintu kepada musuh memporak-perandakan PAS. Ruang ini perlu ditutup rapat," katanya yang juga calon timbalan presiden PAS bagi mencabar penyandang Mohamad Sabu.

Dalam kenyataannya hari ini ketika mengumumkan kesediaannya bertanding, Tuan Ibrahim menggesa anggota PAS bersatu padu dengan kesatuan fikiran dan tindakan.

"Selain itu, semua ahli di semua peringkat wajib memikul amanah dalam menjaga rahsia jemaah.

"Ingatlah bahawa Allah melihat setiap perbuatan kita, termasuklah maklumat yang kita sebarkan," katanya lagi.



BB King dies in Las Vegas aged 89

Posted: 15 May 2015 06:00 PM PDT

BB King has died in his home in Las Vegas at the age of 89.Blues legend BB King has died in Las Vegas at the age of 89, his lawyer has said.
Brent Bryson told the Associated Press King died peacefully in his sleep on Thursday at his home in Las Vegas. The Clark county coroner, John Fudenberg, confirmed the death. 
Blues Jam 3 Pagi
muncul tahun 1950



PAS rancang demo jika Azeez tak berundur

Posted: 15 May 2015 05:30 PM PDT

 
 
PAS merancang untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran sekiranya Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim tidak meletakkan jawatan.

Setiausaha Dewan Ulama PAS Dr Khairuddin Aman Razali berkata selain Azeez, lembaga pengarahnya yang mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) juga perlu meletakkan jawatan.

Katanya, peletakkan jawatan itu perlu dilakukan kerana ahli Parlimen Baling serta lembaga pengarah yang lain didakwanya gagal untuk menguruskan wang pendeposit Tabung Haji dengan baik.

"Segera ditamatkan (perkhidmatan Azeez). Tabung Haji jangan jadi 'Pak angguk'. Di peringkat PAS, laporan polis dah dibuat di seluruh Malaysia.

"Insya-Allah kalau tak selesai juga, kita akan adakan demonstrasi besar-besaran bersama rakyat," katanya dalam sidang media selepas menghantar memorandum kepada Lembaga Tabung Haji di bangunannya di Jalan Tun Razak hari ini.

Memorandum sebanyak 10 muka surat itu diterima oleh Pengurus Besar Kanan Jabatan Sumber Manusia Tabung Haji, Hisham Harun.

Sebelum menyerahkan memorandum, kira-kira 200 orang berkumpul di perkarangan bangunan Tabung Haji selepas solat Jumaat bagi menunjukkan protes terhadap isu pembelian tanah di Tun Razak Exchange (TRX).

Perhimpunan yang diketuai oleh Khairuddin itu diadakan selama kira-kira 30 minit.

Mereka turut melaungkan "Undur Azeez" dan "Musnah BN".


Antara pimpinan lain yang hadir ialah AJK PAS Ridhuan Mohd Noor, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Nor Mohamad dan timbalannya Kamaruzaman Mohamad.
 

PP: Mana dana RM3 bilion masyarakat India?

Posted: 15 May 2015 05:00 PM PDT

 
 

Kerajaan Pulau Pinang mempersoalkan sama ada peruntukan hampir RM3 bilion daripada Kementerian Kewangan untuk pembangunan sosioekonomi masyarakat India di negeri itu benar-benar memberi manfaat.

Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan apa yang berlaku kepada peruntukkan untuk masyarakat itu antara tahun 2012 hingga 2015.

Katanya, Najib yang juga menteri kewangan, memperuntukkan RM2.8 bilion antara 2012 hingga 2014 serta RM260 juta pada 2015 untuk program menaikkan taraf hidup masyarakat India.

Katanya perkara itu mendapat liputan meluas dalam harian berbahasa Tamil Malaysian Nanban yang dikatakan memetik Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwin Serigar Abdullah yang mendedahkan angka daripada kementerian.

"Kami terkejut kami tidak tahu apa-apa berhubung perkara ini," Ramasay yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Prai.

Bercakap dalam sidang media di bangunan dewan negeri hari ini, beliau berkata wang itu sepatutnya digunakan untuk pembangunan belia India, keusahawanan golongan perempuan, sekolah Tamil dan tabung pendidikan.

"Tetapi di mana yang itu?" soalnya lagi.

Komen tentang PM? Itu nantilah, kata Dr M

Posted: 15 May 2015 04:30 PM PDT

 
 

"Itu nantilah," kata Tun Dr Mahathir Mohamad setibanya dari Mekah selepas menunaikan umrah, ketika ditanya tentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas perdana menteri dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Ali tiba di Subang petang ini.

Lebih 100 penyokong berhimpun di Subang Skypark untuk menyambut ketibaan pasangan itu.

Antara yang hadir ialah bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim, Khairuddin Abu Hassan dari Umno dan pemimpin PERKASA.

Penyokong membawa sepanduk yang antara lain berbunyi, "Selamat Pulang ke Tanah Air Pahlawan Negara".

Sementara itu, Khairuddin membidas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang meminta Dr Mahathir untuk bertanding menentang Najib di Pekan.


"Nazri patut minta Dr Mahathir mencabar Najib di tempat yang neutral seperti Wangsa Maju atau Bandar Tun Razak," katanya.

Khairuddin, yang membuat laporan polis terhadap 1MDB tahun lalu, kini merancang untuk menulis kepada kesemua 222 ahli Parlimen mengenai isu itu.

Bercakap kepada pemberita, Khairuddin mendakwa Najib telah berbohong kepada Parlimen mengenai 1MDB.

"Jadi saya akan tulis surat kepada semua ahli Parlimen," katanya.

Tindakan tegas dalang pemerdagangan manusia - FMT Reporters

Posted: 15 May 2015 09:00 AM PDT

 
najib_pendatang_600

Kementerian Luar dan Majlis Keselamatan Negara, (MKN) sedang mengambil tindakan perlu untuk mengendalikan kebanjiran pendatang asing. 

PETALING JAYA: Malaysia tidak akan bertoleransi dengan sebarang bentuk pemerdagangan manusia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar tindakan tegas terhadap dalang sindiket itu.

"Saya berasa amat bimbang dengan masalah pendatang di rantau kita, sesetengah daripada mereka sudahpun sampai ke negara kita dan lain-lainnya yang masih mencuba untuk datang," katanya dalam blog beliau, www.najibrazak.com.

Awal minggu ini, lebih 1,000 warga Bangladesh dan etnik Rohingya dari Myanmar tiba dengan beberapa buah bot di Langkawi selepas mereka mendakwa ditinggalkan oleh pihak yang menyeludup mereka.

Mereka kini berada dalam jagaan pihak berkuasa imigresen Malaysia.

Najib berkata Kementerian Luar dan Majlis Keselamatan Negara, (MKN) sedang mengambil tindakan perlu untuk mengendalikan situasi itu.

"Isu ini membabitkan kepentingan antarabangsa dan serantau. Kami sedang menghubungi semua pihak relevan yang kami berkongsi hsarat untuk sama-sama mencari penyelesaian terhadap krisis ini," katany.

Ke mana arah Shafie Apdal? FMT Reporters

Posted: 15 May 2015 08:30 AM PDT

 
shafie afdal

Beliau dilihat mempunyai peluang untuk menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai orang nombor dua namun ia berubah selepas terjebak dengan skandal.


PETALING JAYA: Satu ketika karier politiknya begitu menyerlah. Beliau mungkin menjadi satu-satunya ahli politik dari Sabah yang mendapat keutamaan termasuk jemputan untuk menyambut hari jadi Perdana Menteri yang dibuat secara peribadi dan macam-macam lagi.

Keakraban Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dengan Datuk Seri Najib Tun Razak bukan lagi rahsia. 

Bahkan beliau dilihat mempunyai harapan yang cerah untuk menyandang portfolio kanan dalam pentadbiran Perdana Menteri Kelima.

Bagaimanapun, reputasinya terjejas selepas dikatakan berskandal dengan seorag pelakon. Rentetan cerita demi cerita, peluangnya semakin tergugat selepas Ahli Parlimen Semporna itu diheret dalam kes saman RM100 juta membabitkan seorang pelakon dan pemandunya yang didakwa melesapkan wang RM200,000 yang dikatakan diberikan Shafie kepada pelakon berkenaan.

Dalam pendedahannya, pemandu berkenaan mendakwa Shafie mengajinya untuk memantau pergerakan pelakon berkenaan dengan melaporkan apa yang dilakukannya.

Pemandu berkenaan turut mendakwa pelakon berkenaan menerima RM1.4 juta daripada Shafie, memiliki BMW 6 Series, Porshe, Toyota Harrier dan rumah bernilai RM2.9 juta.

Segala kenyataan itu kemudian didedahkan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan kemudian membuat laporan polis serta mengadakan sidang media di lobi Parlimen.

Sejak itu, karier Shafie menjunam dan tidak lagi mempunyai potensi untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri, sama ada Timbalan Perdana Menteri Pertama atau Timbalan Perdana Menteri Kedua.

Mungkinkah faktor itu menyebabkan beliau marah dengan Perdana Menteri sehingga turut sama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kritikan ke atas kepimpinan Najib?.

Isu Hudud: DAP beri kata dua kepada Pas - Adam Abu Bakar

Posted: 15 May 2015 07:45 AM PDT

 
teng,hudud

Jika Pas mahu melaksanakan hudud, parti itu boleh keluar dari Pakatan Rakyat kerana undang-undang itu tidak termasuk dalam kerangka gabungan parti pembangkang. 

RAWANG: DAP sekali lagi mencabar Pas, rakan sekutunya supaya keluar Pakatan Rakyat (PR) jika terus berdegil mahu melaksanakan hudud.

Ahli Jawatankuasa DAP Pusat, Datuk Teng Chang Khim berkata, Pas boleh meninggalkan gabungan pembangkang kerana isu hudud tidak termasuk dalam kerangka PR.

"Dalam kerangka Pakatan Rakyat, tiada pelaksanaan undang-undang hudud. Kamu (Pas) bersetuju, kamu kekal dalam PR. Kamu tidak bersetuju, kamu keluar. Itu sahaja," tulisnya di Facebook.

Sebagai bantahan kepada Pas, EXCO Kerajaan Tempatan dan Penyelidikan Selangor itu menyarankan Pas supaya tidak menganjurkan sebarang program di Selangor .

"Kenapa pula kamu (Pas) datang ke Selangor yang tidak mahu melaksanakan hudud untuk memperjuangkan hudud?

"Selangor bukan rumah kamu! Bila kamu menghormati Selangor?," tulisnya Facebook itu.

Ketika dihubungi, Teng menafikan program yang dimaksudkan itu adalah Muktamar Tahunan Pas pada Jun ini seperti yang telah dilaporkan di media sosial.

"Ini fitnah. Biar orang yang buat fitnah ini jawab pada akhirat nanti," katanya.

Bantahan Teng itu dipercayai kerana tidak puas hati dengan pimpinan Pas yang mengecam Lim Kit Siang membuat ceramah anti hudud di Padang Perdana, Kota Bahru, pada Ahad lalu.

Sementara itu, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali berkata, perbezaan pendapat antara sekutu PR adalah perkara biasa dan ia tidak dianggap satu serangan.

"Pelbagai isu telah kita bincangkan, malah ada perkara yang lebih sensitif kita bincangkan dan telah berjaya diselesaikan," kata Menteri Besar Selangor itu.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Samad pula hanya menjawab ringkas apabila diajukan perkara itu.


"Kita akan bincang," katanya.

Jadi Ketua Pembangkang buat kali kedua - Faiz Zainudin

Posted: 15 May 2015 07:00 AM PDT

 
wan-azizah

Wan Azizah berterima kasih kepada DAP kerana memberi sokongan dilantik sebagai Ketua Pembangkang.

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah sedia menggalas tanggungjawab untuk menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat yang akan bermula Isnin ini.

Beliau yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh 7 Mei lalu turut berterima kasih kepada DAP kerana memberinya laluan walaupun parti itu mempunyai 37 kerusi di Parlimen.

"Terima kasih, saya rasa terharu sebab mereka memberikan kepercayaan walaupun DAP mempunyai kerusi yang lebih dan saya ucap terima kasih", katanya ketika ditemui pemberita di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat.

Wan Azizah hadir bagi mendengar kes saman fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Datuk S Nallakaruppan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang pernah menyandang jawatan Ketua Pembangkang sebelum melepasnya pada 2008 bagi memberi laluan kepada suaminya.

Bagaimanapun Ketua Umum PKR itu hilang kelayakan selepas mahkamah mendapati beliau bersalah melakukan liwat ke atas pembantunya Saiful Bukhari Azlan dan dikenakan hukuman penjara selama 5 tahun.

Polis rampas dadah RM51 juta di KL dan Pulau Pinang FMT Reporters

Posted: 15 May 2015 06:15 AM PDT


dadah RM51 juta

Seramai 17 suspek ditahan iaitu 15 warga tempatan manakala selebihnya warga Bangladesh.

dadah RM51 juta

BUKIT AMAN: Seramai 17 ahli sindiket dadah antarabangsa telah ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama Special Tactical Intelligence Narcotics Group (STING) dalam 11 serbuan di sekitar Lembah Kelang dan Pulau Pinang pada 12 dan 13 Mei lalu.

Pengarah JSJN Bukit Aman Dato' Sri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pasukannya menahan 17 iaitu 15 warga tempatan manakala selebihnya warga Bangladesh.

Beliau berkata, dalam serbuan polis merampas 220kg Syabu, 132kg pil dan serbuk Ekstasi, 18kg Ketamin serta dua buah mesin "vacuum packer".

Dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM51 Juta dan turut disita 18 buah kenderaan, wang tunai RM129,000, barangan kemas serta jam tangan berjenama.

Dalam masa yang sama, beliau turut mempamerkan hasil rampasan yang berjaya dibuat JSJN dari bulan Januari sehingga 11 Mei 2015.

"Seramai 10,267 orang telah ditangkap melibatkan keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM61 Juta," katanya lagi.

Selain itu, sebanyak 40,284 kertas siasatan telah dibuka dan jumlah kertas siasatan dituduh sebanyak 25,031 kes (46%) dalam tempoh itu.

Berjuta rakyat Malaysia sokong Tun M - FMT Reporters

Posted: 15 May 2015 05:30 AM PDT

 
   
mahathir sokong

Zaid Ibrahim menyifatkan Tun M melakukan tugas cemerlang menerusi kritikan dan pendedahan dan berjuta rakyat menyokong beliau.

SUBANG: Tun Dr Mahathir Mohamad telah melakukan tugas cemerlang apabila mendedahkan beberapa isu yang berkaitan secara langsung dengan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, berjuta rakyat Malaysia menyokong usaha yang dilakukan oleh Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

"Beliau telah melakukan tugas yang cemerlang. Berjuta rakyat Malaysia menyokongnya," katanya yang ditemui ketika menyambut kepulangan Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di Skypark Subang pada Jumaat.

Mengulas kenyataan Najib yang enggan berundur kerana mendapat sokongan ahli parti dan rakyat, Zaid sambil tersenyum berkata, lambat laun kebenaran akan terserlah.

"Orang UMNO yang pilih dia. Saya fikir orang UMNO pantau tetapi budaya takut itu tebal. Kalau berani, kena pecat macam saya," katanya.

Kira-kira 100 hadir bagi menyambut kepulangan Dr Mahathir dan isteri daripada mengerjakan umrah.

Beliau meluangkan masa kira-kira 15 minit untuk bersalaman dengan penyokong yang sebahagian besarnya ahli UMNO.

Dr Mahathir hanya menjawab 'itu nantilah' ketika diminta mengulas pendirian Najib yang bertegas tidak mahu meletak jawatan biarpun banyak pendedahan telah dibuat.

Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali yang turut menyambut kepulangan berkata, pihaknya tiada agenda tersembunyi kecuali menuntut pentadbiran yang telus.

Lantik Audit Bebas Atau Letak Jawatan, Kata Nazir Razak

Posted: 15 May 2015 04:45 AM PDT

 



Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak semalam menggesa pihak pengurusan dan lembaga pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meletakkan jawatan kerana dilihat tidak bertanggungjawab menangani dakwaan salah urus kewangan syarikat sarat hutang itu.

Nazir berkata, mereka sepatutnya segera melantik juruaudit bebas, dan bukan hanya menunggu tindakan daripada ketua audit negara.

"Langkah segera yang dilakukan sebuah lembaga pengarah bertanggungjawab ialah melantik juruaudit bebas serta merta, sekiranya tidak, saya berpendapat lembaga pengarah dan pengurusan perlu letak jawatan," kata Nazir seperti dilaporkan akhbar The Star sebagai memberitahu media di sebuah majlis Asean Business Club (ABC) semalam.

"Ia adalah tanggungjawab asas. Terdapat ketidakyakinan yang besar terhadap kewangan anda. Anda perlu menanganinya dengan rasa tanggungjawab. Tetapi anda duduk di situ menunggu ketua audit negara.

"Bagi saya, ini tidak bertanggungjawab. Jika ini tindakannya, lebih baik letak jawatan dan biar orang lain ambil alih."

Kenyataan Nazir yang juga merupakan adik kepada Datuk Seri Najib Razak yang mempengerusikan lembaga penasihat 1MDB, dibuat ketika tahap kewangan syarikat yang dibebani hutang RM42 bilion itu terus dipersoalkan.

Terbaru, syarikat itu dikatakan berdepan dengan tindakan 6 bank luar negara yang mahunya segera melangsaikan hutang berjumlah AS$975 juta (RM3.6 bilion).

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy, bagaimanapun enggan mengulas dengan memberi alasan ia melibatkan butiran perbankan sulit.

Sebelum ini, berikutan kritikan meluas penjualan tanah oleh 1MDB kepada Lembaga Tabung Haji pada harga RM188.5 juta, pelbagai pihak menggesa dipercepatkan laporan audit bebas yang diarahkan Kabinet.

Selasa lalu, Jabatan Audit Negara berkata laporan awal pengauditan akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) selewat-lewatnya akhir Jun ini.

"Jabatan Audit Negara sememangnya memberi keutamaan terhadap tugasan ini," kata Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang. – tmi



ADUN Lenggeng dedah sebab beliau diisytihar muflis

Posted: 15 May 2015 04:00 AM PDT

 
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, Datuk Ishak Ismail, yang diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi mendedahkan langkah itu adalah sengaja dilakukan untuk mengaibkan dirinya. 

Wakil Barisan Nasional (BN) berusia 64 tahun itu berkata, ada musuh yang mahu menyingkirnya sebagai wakil rakyat.

"Saya tidak pernah mendapat apa-apa notis tuntutan dari pihak lain meminta saya untuk menjelaskan bayaran tertunggak.

"Jika mereka ikhlas, mereka boleh memanggil saya untuk membincangkan hal-hal berkaitan, " katanya kepada The Star pada Rabu.

Ishak tersingkir sebagai Ketua Umno Bahagian Seremban pada tahun 2013 selepas 25 tahun menerajui jawatan itu kerana diisytiharkan muflis oleh mahkamah pada 18 Mac lalu gara-gara gagal menjelaskan pinjaman kepada ahli perniagaan Datuk Misran Sukadi.

Bagaimanapun Ishak berkata beliau hanya menerima perintah mahkamah itu pada 27 April lalu. 

"Peguam saya menghantar permohonan untuk mengetepikan keputusan tersebut dan ia akan didengar di Mahkamah Tinggi pada Khamis," katanya.

Ishak berkata masalah itu bermula selepas kontraktor yang membuat pinjaman sebanyak RM2 juta daripada Misran pada tahun 2007 dan gagal membayar pembayaran.

"Oleh kerana saya sebagai penjamin, beban itu jatuh pada saya. Saya telah membayar RM1.2 juta secara berperingkat-peringkat sejak itu.

"Ishak berkata, beliau hairan mengapa peguam Misran itu tidak menghantar notis tuntutan melalui pos berdaftar sebelum diisytiharkan muflis.

"Semua orang di kawasan saya tahu bahawa saya akan berada di sini beberapa hari dalam seminggu. 

"Tidak ada masalah untuk mencari saya di kawasan sendiri," tambahnya.

Dalam pada itu, Ishak berkata beliau juga telah diisytiharkan bankrap pada tahun 2008 kerana perkara yang sama, tetapi berjaya diselesaikan.

Beliau enggan menamakan siapa yang mahu menyingkirnya sebagai Adun.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri berkata status Ishak sebagai Adun kekal sehingga rayuannya didengar. - Mstar

Apa?? Najib Kutuk Diri Sendiri?

Posted: 15 May 2015 03:15 AM PDT


DAP hari ini mempersoalkan kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang menuduh fahaman liberalisme sebagai punca masalah pedofilia di Britain, susulan kes seorang pelajar Malaysia yang dihukum penjara kerana memiliki bahan lucah melibatkan kanak-kanak baru-baru ini.

"Terdapat garis halus antara keberanian dan kebodohan; dan semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan bahayanya melintasi garisan tersebut," kata pengarah pendidikan politik wanita DAP Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid.

"Beliau tidak segan memandang ringan terhadap kerumitan kes pedofilia dengan menyalahkan liberalisme dalam masalah ini dan memetik kes Nur Fitri Nordin Azmeer sebagai contoh untuk memperkuatkan kenyataannya.

"Pedofilia adalah sejenis gangguan mental dan bukannya orientasi seksual (sexual orientation) atau satu pilihan gaya hidup," katanya.

Najib, semasa melancarkan Institut Wasatiyyah Malaysia di Putrajaya semalam, berkata liberalisme mengancam identiti Islam dan menuduh liberalisme membuatkan prinsip-prinsip agama diambil ringan.

Najib Kutuk Diri Sendiri?

"Pelajar yang terlibat dalam sesuatu yang menjijikkan di UK baru-baru ini dan menggemparkan menunjukkan anasir begini wujud di kalangan orang Islam dan ia timbul dari fahaman ekstremisme dan liberalisme," katanya.

Syerleena sebaliknya berkata ancaman sebenar terhadap Islam adalah fahaman tidak logik dan tidak berasas.

Katanya, ramai, termasuk Najib sendiri, seolah-olah sudah lupa mereka juga merupakan produk sistem pendidikan sama yang kini mereka kutuk.

"Setelah menghadiri kedua-dua Kolej Malvern dan Universiti Nottingham, beliau menghabiskan masa yang panjang dalam hidupnya membesar dalam persekitaran yang dikelilingi liberalisme 'di bawah nama humanisme, sekularisme, liberalisme dan hak asasi manusia'. 

Adakah beliau mengutuk dirinya juga?" soal Syerleena.

Nur Fitri, 23, seorang pelajar tajaan Mara, dijatuhi hukuman 18 bulan penjara di UK kerana memiliki lebih 30,000 imej pornografi kanak-kanak.


ADDIN -

Bekas Menteri UMNO Tubuh Parti Baru ?

Posted: 15 May 2015 02:30 AM PDT


Enam Bank Sudah Mulai Panik ? Tuntut Bayaran Dari 1MDB

Posted: 15 May 2015 01:41 AM PDT

Mafiaboss Melayu's photo.Pengakuan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Takaful Malaysia Bhd Datuk Seri Mohamed Hassan Kamil bahawa masih belum menerima pembayaran kadar kupon daripada pembelian sukuk daripada 1MDB sejak 2009 juga amat merisaukan.

Melihat pada prestasi sukuk yang dibeli Takaful, persoalan timbul apakah 1MDB mampu membayar apa yang dijanjinya kepada TH melalui penjualan sukuk yang bernilai RM920.8 juta sekiranya ia menghadapi masalah untuk melangsaikan hutang-hutangnya daripada bank seperti Deutsche Bank?

Apakah TH dan Takaful tidak risau mengenai pelaburan membeli sukuk 1MDB?

Apakah ini kerana kerajaan adalah penjamin kepada sukuk tersebut jika 1MDB tidak mampu membayarnya? Jika benar, rakyat perlu risau. Kerana merekalah yang perlu membayar hutang ini pada penghujungnya nanti melalui pelbagai cukai yang dikenakan ke atas mereka.

Kalau ini terjadi, maka ia sangat memilukan kerana 1MDB menikmati duit yang dipinjamnya, tapi hutangnya pula dibayar rakyat. Lebih ironi ialah rakyat adalah pencarum, dan rakyat jugalah yang membayar untung kepada pelaburan TH dan Takaful dalam sukuk 1MDB apabila tiba tempoh matang nanti.

Dalam pada itu, PAS menyokong desakan Pengerusi CIMB Datuk Nazir Razak agar Lembaga Pengarah 1MDB meletak jawatan sekiranya gagal menjawab persoalan mengenai kewangannya.

Bukan itu sahaja, PAS juga menyeru Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan sebagai Penasihat 1MDB dan Menteri Kewangan serta-merta sebelum laporan audit mengenai 1MDB oleh Ketua Audit Negara disiapkan. Kedudukan PM sebagai penasihat 1MDB adalah satu konflik kepentingan dan halangan untuk siasatan kepada 1MBD dilakukan secara telus dan tanpa rasa takut.

Jangan biar rakyat nampak yang tertuduh sedang mengerahkan orang lain untuk menyiasat tertuduh sendiri. 


(Kredit to: Tuan Ibrahim Tuan Man)