Khamis, 14 Mei 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Ke mana arah Shafie Apdal? FMT Reporters

Posted: 14 May 2015 11:00 PM PDT

 
shafie afdal

Keakraban Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dengan Datuk Seri Najib Tun Razak bukan lagi rahsia. 

Bahkan beliau dilihat mempunyai peluang untuk menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai orang nombor dua namun ia berubah selepas terjebak dengan skandal.

PETALING JAYA: Satu ketika karier politiknya begitu menyerlah. Beliau mungkin menjadi satu-satunya ahli politik dari Sabah yang mendapat keutamaan termasuk jemputan untuk menyambut hari jadi Perdana Menteri yang dibuat secara peribadi dan macam-macam lagi.

Keakraban Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dengan Datuk Seri Najib Tun Razak bukan lagi rahsia. 

Bahkan beliau dilihat mempunyai harapan yang cerah untuk menyandang portfolio kanan dalam pentadbiran Perdana Menteri Kelima.

Bagaimanapun, reputasinya terjejas selepas dikatakan berskandal dengan seorag pelakon. Rentetan cerita demi cerita, peluangnya semakin tergugat selepas Ahli Parlimen Semporna itu diheret dalam kes saman RM100 juta membabitkan seorang pelakon dan pemandunya yang didakwa melesapkan wang RM200,000 yang dikatakan diberikan Shafie kepada pelakon berkenaan.

Dalam pendedahannya, pemandu berkenaan mendakwa Shafie mengajinya untuk memantau pergerakan pelakon berkenaan dengan melaporkan apa yang dilakukannya.

Pemandu berkenaan turut mendakwa pelakon berkenaan menerima RM1.4 juta daripada Shafie, memiliki BMW 6 Series, Porshe, Toyota Harrier dan rumah bernilai RM2.9 juta.

Segala kenyataan itu kemudian didedahkan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan kemudian membuat laporan polis serta mengadakan sidang media di lobi Parlimen.

Sejak itu, karier Shafie menjunam dan tidak lagi mempunyai potensi untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri, sama ada Timbalan Perdana Menteri Pertama atau Timbalan Perdana Menteri Kedua.

Mungkinkah faktor itu menyebabkan beliau marah dengan Perdana Menteri sehingga turut sama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kritikan ke atas kepimpinan Najib?.

Ketika UMNO meraikan ulang tahunnya ke-69 pada 11 Mei, beliau telah ke Makkah untuk menunaikan.

Jawatan Ketua Pembangkang: DAP tidak berguna Faiz Zainudin

Posted: 14 May 2015 10:15 PM PDT


Jason-Teoh-Sew-Hock_600

Pengerusi MCA Gelang Patah berkata DAP bukan sahaja gagal menghalang Pas daripada terus melaksanakan undang-undang hudud tetapi sanggup menyerahkan jawatan Ketua Pembangkang.

PETALING JAYA: Keputusan DAP memberi jawatan Ketua Pembangkang kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail diselar.

Pengerusi MCA Gelang Patah, Jason Teoh Sew Teoh Sew Hock menyifatkan parti itu sebagai tidak berguna.

Katanya, DAP bukan sahaja gagal menghalang Pas daripada terus melaksanakan undang-undang hudud tetapi sanggup menyerahkan jawatan itu.

"DAP mungkin sudah lupa bahawa mereka mempunyai jumlah kerusi Parlimen tertinggi iaitu sebanyak 37 berbanding PKR 29 dan Pas 21 di Dewan Rakyat.

"Malah Penasihat mereka Lim Kit Siang merupakan individu paling lama dalam kalangan ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan beliau juga pernah menjadi ketua pembangkang sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dia yang juga Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA Persekutuan itu turut berkata, dengan penyerahan kerusi kepada PKR bukti parti itu menunjukkannya tidak lagi dihormati dalam Pakatan Rakyat (PR).

Katanya, bagi mengembalikan semula maruah, DAP sepatutnya bekerjasama dengan PKR mengutuk tindakan Pas yang akan membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian Hudud di Parlimen.

Sistem pendidikan agama kita tidak berkesan – Wardina FMT Reporters

Posted: 14 May 2015 09:30 PM PDT

 
Masalah sosial berlaku kerana sistem pendidikan agama hanya melahirkan mereka yang takut kepada agama tetapi tidak memahami ajarannya.

Wardina-Safiyyah_pendidikian_600PETALING JAYA : Sistem pendidikan agama di negara ini perlu dirombak kerana melahirkan mereka yang hanya takut kepada agama tetapi tidak memahami ajarannya.

Pendapat itu disuarakan selebriti tempatan, Wardina Safiyyah menerusi blognya, Wardina Safiyyah Officialpage yang membincang isu penderaan seksual melibatkan kanak-kanak.

"Murtad, buang bayi, buli… bukan tiada agama. Malah semua pernah ke kelas agama. Soalnya kini tolonglah rombak kembali sistem mengajar agama.

"Kerana nah..hasilnya ianya sekadar fakta yang langsung tiada erti. Agama cuma ritual. Pakaian, puasa dan raya. Agama tidak difahamai cuma ditakuti Ada apa pada simbol agama kalau tiada langsung merubah diri. Berapa ramai dari kita keluar kelas agama… tidak faham pun apa yang diajari?," tulisnya.

Wardina yang sedang melanjutkan pelajaran di Australia berkata, orang yang tidak cerdik dihantar untuk mempelajari agama dan mereka yang pandai mendapat biasiswa untuk perkara dunia.

"Kenapa agama yang sepatutnya mendekatkan, menjauhkan kita? Kenapa agama yang menyatukan, menyebabkan kita berkelahi?

"Kenapa agama yang memaafkan membuatkan kita menjadi pembenci? Kerana apa ya? Kerana agama tidak sampai ke hati?," soalnya.

Sehubungan itu, beliau berharap cendekiawan di negara ini supaya berbincang bersama dan merombak sistem pendidikan negara ini termasuk kaedah pengajaran dan pembelajaran agama.

"Kenapa agama itu simbolnya tudung dan serban semata? Bukan nilai empati, kasih sayang dan sikap menghormati?." katanya.

Mengulas komen seorang pengguna Facebook, Wardina berkata, masalah itu tiada kaitan dengan hudud dan undang-undang itu tidak dapat menyelesaikan semua masalah.

Ini kerana, katanya, masalah itu telah lama berakar umbi dalam masyarakat dan sistem pendidikan negara.

"Perkara ini boleh diubah melalui sistem pendidikan. Tetapi apabila kita mempunyai menteri dan ahli politik yang bertanggungjawab terhadap pendidikan. Ia tidak berkesan," katanya.

Ape Cite Beb??

Posted: 14 May 2015 09:00 PM PDT

Mafiaboss Melayu's photo.
Kenyataan Tan Sri KPN yang mengatakan demo bantahan salib di Taman Medan yang di ketuai oleh abangnya sendiri itu tidak disiasat kerana tiada keganasan berlaku dan tiada unsur hasutan adalah amat mengelirukan.

Jika 'keganasan' merupakan ukuran sesuatu tindakan akta hasutan, kenapa hampir 150 orang ahli politik pembangkang, aktivis, pengamal media dan ahli akademik ditahan dan dipanggil membantu siasatan di bawah Akta Hasutan walaupun tidak ada sebarang keganasan?

Malahan kartunis Zunar telah didakwa 9 kali kerana menghasut tetapi tidak ada satu pun karyanya menyebabkan pertumpahan darah walau setitis pun sejak bertahun lalu.


"MAKA CELAKA LAH HIDUP MEREKA YANG MEMPERBODOHKAN RAKYAT."

Polis tahan lelaki amuk lepas tembakan ANTARAPOS.COM

Posted: 14 May 2015 08:30 PM PDT




Post Pic

KOTA BHARU: Polis menahan seorang lelaki berusia 40 tahun kerana melepaskan tembakan ke arah orang ramai di sebuah kedai makan di Rantau Panjang malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam itu, suspek yang memandu kereta dipercayai melanggar sebuah kereta di kawasan itu dan menyebabkan pelanggan kedai berkenaan marah.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata orang ramai kemudian membaling batu ke arah kereta suspek menyebabkan cermin keretanya pecah.

"Suspek keluar dari kenderaannya dan melepaskan beberapa das tembakan menggunakan senjata tiruan ke arah kira-kira 20 pelanggan di kedai berkenaan sebelum melarikan diri," katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah-Terima Tugas Jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Beliau berkata suspek ditahan jam 7 pagi tadi di rumah neneknya di Kampung Bunut Susu, Pasir Mas.

"Suspek menggunakan senjata tiruan dan peluru galas bebola. Kita juga berjaya rampas kelongsong peluru yang digunakan suspek.

"Suspek mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kesalahan dadah dan ketika ditahan suspek positif dadah jenis methamphetamine," katanya.

Mazlan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Anak Mamak ni dengar sendiri tak?

Posted: 14 May 2015 08:00 PM PDT


Takkan nak ikut bebal sama dengan puak-puak tu kot?

Kit Siang tiada adab, tak layak pertikai hudud WARTAWAN SINAR HARIAN 15 Mei 2015

SHAH ALAM - Pemuda Umno mengecam tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang kerana menyanggah pelaksanaan hudud dan pada masa sama dilihat cuba mengajar rakyat Kelantan berhubung hukum itu dalam ceramah yang berlangsung Ahad lalu. ‎

Exco Pemuda Umno‎, Nazir Hussin Akhtar Hussin mendakwa, perbuatan Kit Siang itu jelas menunjukkan beliau sebenarnya seorang yang biadab dan tidak tahu adab.

"Kit Siang bukan individu yang layak untuk memperkatakan tentang undang-undang Islam, apatah lagi mengajar masyarakat perkara berkaitan hudud.

"Tindakannya itu sengaja mahu mencetuskan provokasi kerana beliau sebelum ini antara pemimpin DAP yang paling lantang menentang pelaksanaan hukum hudud di negara ini," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam ceramah anjuran Pas Kawasan Kota Bharu di Padang Perdana baru-baru ini, Kit Siang menyanggah pelaksanaan hudud di Kelantan dan mempersoalkan komitmen kerajaan negeri di hadapan kira-kira 1,000 penyokong Pas.

Ceramah tersebut turut dihadiri Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Yang Dipertua Pas Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Menurut Nazir lagi, tindakan Kit Siang itu tidak akan berlaku sekiranya pemimpin atau ahli Pas di kawasan itu tidak membenarkan pemimpin veteran itu memperlekehkan undang-undang Islam di hadapan umum.

"Mohamad Sabu juga sanggup menjadi pak pacak apabila hanya berdiam diri ketika Kit Siang menyanggah pelaksanaan undang-undang Islam di Kelantan dan beliau sepatutnya berasa malu dengan diri sendiri kerana menjadi petualang agama.

"Apakah seperti ini yang diharapkan dapat menegakkan syiar Islam kerana beliau sendiri takut atau tunduk dengan kehendak pemimpin DAP yang jelas menentang hukum hudud," katanya lagi.

Mengulas perkara sama, Nazir turut menambah, Pemuda Umno ingin menasihatkan Kit Siang agar tidak bersikap kurang ajar dengan menyentuh mengenai hukum Islam dan memperlekehkan usaha melaksanakan hukuman itu di negara ini.

Tambah beliau, Pemuda Umno juga mengecam sebarang bentuk penghinaan terhadap agama Islam oleh pemimpin bukan Islam yang tidak tahu menghormati agama ini dan memberi amaran kepada Kit Siang agar tidak lagi bercakap mengenai hukum hudud. 





"A VERY GOOD SERVANT,   BUT A VERY BAD MASTER"
 

Posted by mountdweller

UNDUR TANGKAP DAKWA Ezam tampil tuduh Mahathir selamatkan

Posted: 14 May 2015 07:30 PM PDT

  Syarikat anak guna dana awam
Mohamad Ezam Mohd Noor hari ini dilaporkan menuntut Mahathir Mohamad menjelaskan penggunaan dana awam berbilion ringgit bagi menyelamatkan syarikat swasta milik anak bekas perdana menteri itu.

Mohamad Ezam Mohd Noor (gambar, kiri), bekas ketua Pemuda PKR yang berpaling tadah menyertai Umno pada 2008, memberitahu Utusan Malaysia, pembelian Konsortium Perkapalan 

Berhad milik Mirzan Mahathir pada 1998 menggunakan wang Petronas adalah antara "bailout" oleh pentadbiran Dr Mahathir.

"Transaksi yang melibatkan syarikat perkapalan milik Mirzan ketika itu yang membabitkan sejumlah ribuan juta ringgit dana Petronas secara jelas merupakan satu langkah 'bailout' sebuah syarikat milik swasta menggunakan dana milik awam.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

KAH KAH KAH

 

woit !!!

fakta madey dengan
syarikat anaknya
satu dunia tahu
itu peluru untuk
tembak mahathir
woit
malaon ni mana ilang
sekarang gerakan
terajang najib rosmah
mahathir dah gugur
mahathir jadi alat
untuk tibai parti
ketuanan melayu

SENATAK SAMPAI


Posted by Tukar Tiub

Saya hanya dibenar berucap 10 minit di UIA, kata Rafizi OLEH YASMIN RAMLAN

Posted: 14 May 2015 07:00 PM PDT

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli memberitahu beliau tidak diberi sebarang makluman oleh mana-mana pihak sebelum pihak keselamatan Universiti Islam Antarabangsa merampas mikrofon ketika beliau sedang berucap di forum mengenai cukai barangan dan perkhidmatan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Mei, 2015.

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli memberitahu beliau tidak diberi sebarang makluman oleh mana-mana pihak sebelum pihak keselamatan Universiti Islam Antarabangsa merampas mikrofon ketika beliau sedang berucap di forum mengenai cukai barangan dan perkhidmatan.

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli memberitahu beliau tidak diberi sebarang makluman oleh mana-mana pihak sebelum pihak keselamatan Universiti Islam Antarabangsa merampas mikrofon ketika beliau sedang berucap di forum mengenai cukai barangan dan perkhidmatan.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengatakan beliau hanya diberikan masa 10 minit untuk berucap dalam satu forum mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Universiti Islam Antarabangsa  (UIA) sebelum dirampas mikrofon oleh pihak keselamatan, malam tadi.

Menurut ahli Parlimen Pandan itu, mikrofon tersebut dirampas kerana pihak keselamatan UIA yang diketuai anggota polis Bukit Aman Superintendent Razali Mohamad cuba memaksa beliau untuk beredar dari kawasan tersebut.

"Dalam beberapa saat itu tanpa memaklumkan apa-apa kepada saya, orang itu merampas mikrofon sehingga tercabut bateri mikrofon. Ini berlaku di hadapan beratus-ratus siswa UIA yang hadir dan menimbulkan suasana tegang.

"Beberapa daripada mereka membuat bising dan mengkritik kononnya tindakan saya tidak mencerminkan seorang ahli Parlimen. Saya dimaklumkan kemudiannya yang orang-orang tidak dikenali ini adalah anggota-anggota polis Cawangan Khas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi berkata, setibanya di UIA, Lokman Adam yang merupakan salah seorang panel forum tersebut sudah pun berucap.

"Pihak MPP (majlis perwakilan pelajar) UIA memaklumkan bahawa mereka akan meneruskan program. Setelah 15 minit Lokman Adam berucap, seorang pegawai Keselamatan UIA tampil mengumumkan pihak pengurusan teratas UIA sudah membuat keputusan yang program boleh diteruskan tetapi hanya Lokman Adam dibenarkan berucap," katanya.

Katanya, beliau mendapat tahu program itu dibatalkan hanya pada saat-saat akhir, di mana Rektor UIA Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin mengarahkan ia dibatalkan.

"Menjelang jam 8 malam, timbul kekeliruan apabila saya dimaklumkan pihak UIA bersetuju agar program itu diteruskan apatah lagi kerana wakil Umno, Lokman Adam pun mahu hadir juga.

"Saya dimaklumkan sejak awal yang pihak keselamatan UIA mengadakan sekatan jalan raya untuk menyemak setiap kereta yang masuk UIA," katanya yang mengambil keputusan menaiki motosikal untuk memasuki universiti itu tanpa ditahan pihak keselamatan.

Rafizi berkata, tindakan pihak keselamatan UIA itu mengundang kemarahan dan kekecewaan beratus-ratus siswa yang hadir dan menyebabkan Lokman kemudiannya mengambil keputusan untuk berhenti berucap selepas 15 minit berucap serta minta program tersebut dibatalkan.

Lokman bagaimanapun menyalahkan tindakan pelajar di universiti tersebut yang mendakwa mereka tidak mendapat kelulusan daripada pihak atasan.

"Pelajar-pelajar ini, mereka kena tahu prosedur-prosedur. Pertamanya, mereka kena mendapat kelulusan. Kena dapa hitam putih kelulusan. Baru mereka boleh naik (tampal) poster. Tapi bila mereka dah naikkan poster dulu, baru minta kelulusan, kalau saya jadi pentadbiran universiti pun, saya rasa perkara itu macam tak kena," katanya apabila dihubungi The Malaysian Insider.

Apabila ditanya sama ada program itu dibatalkan disebabkan panel yang hadir merupakan ahli politik, beliau menjawab: "Saya tak dengarlah alasan itu diberikan oleh pihak pengurusan universiti. Universiti tak cakap disebabkan speaker. Saya pernah berdebat dengan Ong Kian Ming di universiti yang sama, tak ada gangguan pun."

Ini bukanlah kali pertama pengurusan UIA membatalkan program ilmiah di saat akhir apabila ia melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Bulan lalu, sebuah forum kesederhanaan bertajuk "Everything in Moderation" yang sepatutnya berlangsung di UIA turut dibatalkan pada saat akhir tanpa sebarang sebab diberikan pihak universiti yang juga penganjur bersama program itu.

Forum itu dijadualkan menampilkan beberapa tokoh, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan, Exco Kerajaan Negeri Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad dan pakar undang-undang Prof Datuk Dr Shad Saleem Faruqi.

Forum tersebut diadakan bertujuan membincangkan mengenai isu kesederhanaan dan keharmonian yang semakin mencabar di kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Bicara saman Anwar terhadap Nallakaruppan bermula esok OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Posted: 14 May 2015 06:30 PM PDT

Bekas Ahli Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman penjara 5 tahun selepas sabitan liwat pada Februari lalu, akan hadir memberi keterangan esok, kata peguamnya, Latheefa Koya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Mei, 2015. Bekas Ahli Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman penjara 5 tahun selepas sabitan liwat pada Februari lalu, akan hadir memberi keterangan esok, kata peguamnya, Latheefa Koya.

Bekas Ahli Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman penjara 5 tahun selepas sabitan liwat pada Februari lalu, akan hadir memberi keterangan esok, kata peguamnya, Latheefa Koya.

Kes saman fitnah RM60 juta Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas rakan tenis beliau, Datuk S Nallakaruppan, akan bermula esok di Mahkamah Tinggi, hampir 7 tahun selepas ia difailkan.

Peguam Anwar, Latheefa Koya berkata kes itu ditunda kerana kedua-dua pihak memohon pelbagai perintah sementara daripada Mahkamah Persekutuan.

Perbicaraan itu juga ditunda selepas hakim Datuk Su Geok Yiam menggugurkan dirinya November lepas, susulan permohonan Nallakaruppan menggugurkannya daripada mendengar kes itu atas beberapa komen dianggap buruk pada permulaan kes itu. Hakim kes itu kini Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab.

Latheefa berkata Anwar, yang kini menjalani hukuman penjara 5 tahun selepas sabitan liwat pada Februari lalu, akan hadir memberi keterangan esok.

Nallakaruppan diwakili Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mengetuai pasukan pendakwa dalam kes Liwat II di Mahkamah Persekutuan.

Nallakaruppan merupakan sahabat rapat Anwar dan dikenali sebagai rakan tenis beliau ketika masih memegang jawatan timbalan perdana menteri, sehingga pemecatannya pada 1998.

Kedua-dua mereka berpisah pada 2007 selepas perbalahan politik.




Pada 25 Ogos, 2008, Anwar memfailkan saman menuntut RM60 juta daripada Nallakaruppan kerana menuduhnya menerima RM60 juta seperti dilaporkan akhbar Mingguan Malaysia dan Sinar Harian.

Tuntutan peguam Anwar supaya Nallakaruppan membuktikan tuduhan itu bagaimanapun tidak diendahkan.

Mahkamah Tinggi pada 2009 akhirnya memerintahkan Nallakaruppan membekalkan maklumat lanjut, tetapi dicabar Nallakaruppan sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan, yang mengarahkan kes itu kembali ke Mahkamah Tinggi.

Pada 19 Jun, 2012, hakim Su mendapati Nallakaruppan memfitnah Anwar.

Presiden Parti Bersatu India Malaysia gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan, tetapi berjaya mendapat kebenaran merayu daripada Mahkamah Persekutuan pada Ogos 2013.

Perbicaraan esok juga akan melihat Anwar bersemuka buat kali kedua dengan Shafee selepas sabitan salah pada 10 Februari lepas.

Seminggu selepas itu, mereka bertemu dalam kes saman fitnah membabitkan Anwar dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

AL FATIHAH : Sasterawan Rahimidin Zahari meninggal dunia

Posted: 14 May 2015 06:00 PM PDT

 Bendahari Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Rahimidin Zahari meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh di Kuala Lumpur petang tadi.

Pengerusi Pena Dr Mohamad Saleeh Rahamad berkata Allahyarham meninggal kira-kira 3.58 petang setelah koma beberapa hari selepas menjalani pembedahan pendarahan otak akibat penyakit darah tinggi.

"Jenazahnya akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Kota Baharu, Kelantan dan dijangka dikebumikan esok," katanya kepada Bernama.





Malaysiakini.

Seorang Lagi Menantu Hadi Awang 'Ditunjuk' Sebagai Bakal Ketua Pemuda Pas Perak

Posted: 14 May 2015 05:30 PM PDT

 PJ Perak cuma bergurau, kata menantu Hadi



Menantu kepada presiden PAS Akmal Kamaluddin mengakui Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria pernah berkata mahu beliau menjadi ketua Pemuda PAS dalam satu program di Gopeng.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu tidak perlu dipandang berat kerana ia hanya "gurauan".

"Oh, yang itu dah lama dah. Dah dua tiga bulan lepas.

"Ada satu program di Gopeng. Pesuruhjaya ada bergurau. Saya pun kata tak mahu ketika itu. Kalau itu hendak dijadikan bukti, dah tak ada isu dah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan tersebarnya audio mendakwa Razman merujuk Akmal sebagai bakal ketua pemuda PAS Perak dan dianggapnya sebagai gurauan yang "sudah lama berlaku".

Hari ini calon pencabar Akmal, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar (atas) mengumum menarik diribertanding jawatan itu kerana mendakwa Razman berat sebelah.

Razman bagaimanapun menafikannya dakwaan itu dan meminta bukti dikemukakan.

'Saya tiada kontroversi'

Mohd Fakrulrazi yang juga bendahari Pemuda PAS pusat mendakwa sekurang-kurangnya 10 calon - dirujuk G10 - bertindak mengikut jejaknya dan ia dibuat bagi memberi laluan kepada Akmal bekerjasama dengan Razman.

Mengesahkan akan bertanding jawatan itu, Akmal berkata beliau hanya mengetahui layak bertanding selepas mendapat pencalonan besar dari "hampir semua kawasan Pemuda yang mempunyai anggota yang ramai".

Pada masa yang sama, Akmal berkata, beliau tidak tahu menahu siapa bakal pencabarnya dan inilah kali pertama mendengar ada calon menarik diri bertanding jawatan tersebut.

Beliau turut menepis dakwaan menjadi calon pilihan disebabkan status sebagai menantu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Tak semua kenal saya sebagai menantu Hadi. Ada kepimpinan PAS di Perak baru tahu. Saya juga tak ada kontroversi apa-apa," katanya yang juga timbalan ketua Pemuda negeri itu.

Ekoran penarikan tiga calon ketua pemuda negeri termasuk Mohd Fakrulrazi membolehkan Akmal mengetuai sayap negeri itu.

VIDEO - Tuan Hj Mohamad Sabu Kota Bharu 10 Mei 2015

Posted: 14 May 2015 05:00 PM PDT


(Video) Ucapan Timbalan Presiden PAS Buat Peringatan Seluruh Ahli Bagi Menghadapi Pemilihan PAS hemmmmm..... lu orang nilai lah sendiri apa yang diucapkan oleh Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu tu betul atau pun tidak, sebab lu orang bukan nya budak-budak lagi... ditambah lagi lu orang bukan nya ahli umno atau pun penyokong umno.yang diakatakan oleh bekas presiden umno sebagai sudah berpuluh tahun tidak cerdik... kah kah kah !. Dicatat oleh Mat Indera Sipejuang

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Adakah ini berita buruk buat Najib? Dr M pulang, sejarah 2008 berulang? mk

Posted: 14 May 2015 04:30 PM PDT

 
Di tengah-tengah kontroversi penggunaan wang Tabung Haji untuk pembelian tanah projek 1MDB, pengkritik utamanya Tun Dr Mahathir Mohamad terbang ke Mekah untuk menunaikan umrah. 

Bekas perdana menteri itu, yang menjadikan 1MDB senjata utama mengasak Datuk Seri Najib Razak, dijadual pulang esok bersama isterinya Tun Dr Siti Hasmah Ali. 

Bagaimanapun kepulangannya dari tanah suci bukan kepulangan biasa kali ini. SMS mengajak orang ramai berkumpul di Terminal Subang Skypark bagi menyambut pasangan itu telah beredar. 

"Jom sambut negarawan terbilang Tun Mahathir yang kembali dari Mekah bersama Tun Dr Siti ibu mithali negara pada 15 Mei Jumaat, jam 12.30pm di Subang Skypark Terminal. 
 
"Tun M adalah insan mulia yang terlalu banyak jasa pada negara. "Dihina, dikeji dan dikutuk namun Tun M meneruskan misi perjuangan yang belum selesai. 

Rakyat marhaen bersama Tun walaupun tidak diberi BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia). 

Ayuh kita ke Subang Skypark," menurut SMS itu. Berucap gaya jalanan Perhimpunan itu dilihat bertujuan memperlihatkan sokongan kepada Mahathir, selepas beliau sebelum ini mendakwa terdapat peserta dalam perhimpunan menyokong Najib diupah. 

Malah, dakwanya, Najib percaya bahawa wang tunai adalah raja dan justeru diperkenalkan BR1M. 

 Perhimpunan esok jika menjadi kenyataan mengingatkan kepada peristiwa tujuh tahun lalu, pada 2008 apabila Mahahir melancarkan serangan pada perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi. 

Kelihatan hampir sama langkahnya, Mahathir ketika pulang ke lapangan terbang Subang daripada Jepun disambut meriah penyokongnya. 

Di situ beliau tampil dan berucap dengan gaya jalanan menggunakan pembesar suara daripada dalam kenderaan MPV yang bumbungnya dibuka. Mahathir pun menggelar Abdullah pengkhianat. 

Tetapi berbeza dengan Abdullah, Najib daripada awal berkata beliau tidak akan tunduk pada tekanan untuk meletakkan jawatan. Mahathir pulang 15 Mei. 

Pada 16 Mei adakah pendirian Najib itu akan kekal? Semuanya masih tanda-tanya. 


Posted by mountdweller.

10 Sebab kenapa lelaki lebih sukakan janda??!! By canang

Posted: 14 May 2015 04:00 PM PDT


 Pelbagai persoalan yang muncul mengenai status janda . Janda adalah gelaran bagi seorang wanita yang pernah berkahwin.

Janda juga boleh dibahagikan kepada dua iaitu wanita itu menjadi janda diatas sebab suaminya sudah meninggal dunia dan satu lagi, wanita itu menjadi janda kerana telah berpisah atau bercerai dengan suaminya…

Namun begitu , apabila dengar sahaja perkataan janda, ianya sering meniti di bibir lelaki yang masih bujang mahupun yang sudah berkahwin.
Kenapa ya, pasti anda ingin tahu kenapa dan apa sebabnya janda mempunyai tarikan yang berlainan berbanding anak dara. Jom baca 10 sebab yang mungkin merungkai segala tanda tanya anda tentang janda !



 

1.) Kenapa lelaki sukakan janda? 
Mungkin kerana janda pandai menggoda.

2). Kenapa lelaki sukakan janda? 
Mungkin kerana janda sudah bersedia.

3). Kenapa lelaki sukakan janda? 
Mungkin kerana janda senang kira dan tidak susah memilikinya.

4). Kenapa lelaki sukakan janda? 
Mungkin kerana janda mudah mesra dan manja.

5). Kenapa lelaki sukakan janda? 
Mungkin kerana janda pandai "Menggula".

6). Kenapa lelaki sukakan janda? 
Mungkin kerana janda pandai menjaga.

7). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda pandai bekerja.

8). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda sudah tahu semua benda.

9). Kenapa lelaki sukakan janda? 
Mungkin kerana janda senyumnya lebih manja.

10). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda kurang belanja kosnya .

Namun begitu harus diingat! Bukan semua janda mudah didekati malah kadang kala janda lebih tinggi kosnya berbanding anak dara.... fikir-fikirkanlah ya...

Hosted on: kamithemedia.blogspot.co

Takaful beli sukuk RM85 juta daripada TIA sebelum jadi 1MDB - OLEH MD IZWAN

Posted: 14 May 2015 09:00 AM PDT


Syarikat Takaful Malaysia Berhad (Takaful Malaysia) pernah membeli sukuk dikeluarkan Terengganu Investment Authority (TIA) pada 2009 tetapi sehingga kini masih belum menerima pembayaran kadar kupon daripada Terengganu Investment Authority yang kini dikenali sebagai 1MDB.

Syarikat Takaful Malaysia Berhad (Takaful Malaysia) pernah membeli sukuk dikeluarkan Terengganu Investment Authority (TIA) pada 2009 tetapi sehingga kini masih belum menerima pembayaran kadar kupon daripada Terengganu Investment Authority yang kini dikenali sebagai 1MDB.

Syarikat Takaful Malaysia Berhad (Takaful Malaysia) hari ini mendedahkan mereka pernah membeli sukuk dikeluarkan Terengganu Investment Authority (TIA) pada 2009 sebanyak RM85 juta sebelum syarikat itu bertukar menjadi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia Datuk Seri Mohamed Hassan Md Kamil berkata, sehingga kini, Takaful Malaysia masih belum menerima pembayaran kadar kupon daripada 1MDB.

"Saya diberitahu sukuk dibeli pada 2009.

"Takaful membeli RM85 juta daripada Terengganu Invesment Authority (TIA) yang mengeluarkan bon tersebut, syarikat asal (sebelum dikenali 1MDB)," kata Hassan pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat agung BIMB Holdings Berhad di Menara Felda hari ini.

Untuk rekod, BIMB memiliki pegangan majoriti sebanyak 60.31% dalam Takaful Malaysia yang merupakan anak syarikatnya dan 100% dalam Bank Islam.

Tempoh matang sukuk tersebut adalah pada 2039, bagaimanapun sejak ia dibeli tiada sebarang pembayaran kadar kupon dibuat oleh 1MDB kepada Takaful Malaysia, kata Hassan.

"Tempoh matangnya adalah pada 2039, setakat ini masih belum ada (pembayaran kadar kupon)," katanya.

Menurut Hassan, pembelian sukuk tersebut berisiko rendah dan hanya meliputi 2-3% daripada jumlah aset asas RM7.1 bilion, serta merupakan pelaburan kecil kepada kunci kira-kira syarikat.

"Sebab kami membeli sukuk pada masa itu disebabkan tempohnya adalah 30 tahun, kematangan seperti pelaburan ini adalah untuk jangka masa panjang dan ia dikehendaki sepadan dengan aset, dan ketika itu hanya sukuk sahaja mempunyai tempoh jangka masa panjang," katanya.

1MDB sejak kebelakangan ini berdepan pelbagai kritikan ekoran hutangnya yang mencecah sehingga RM42 bilion.

Dalam kontroversi terbaru, Lembaga Tabung Haji, badan pengelola dana simpanan bakal haji, mengesahkan membeli sebidang tanah di tapak projek Tun Razak Exchange bernilai RM188.5 juta.

Tabung Haji merancang membina sebuah menara kediaman di kawasan berkenaan.

1MDB adalah dana kekayaan negara kedua selepas Khazanah Nasional Bhd. Pengkritik mempersoalkan hutang dana itu yang banyak, di samping penggunaan wang dan operasi yang meragukan. – 14 Mei, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Pembangkang putar belit fakta ekonomi FMT Reporters

Posted: 14 May 2015 08:15 AM PDT

 keruak
Pembangkang dikatakan menggunakan hujah yang disensasi, kenyataan yang dibuatnya juga dikatakan tidak disokong dengan fakta dan statistik.

 
PETALING JAYA: Malaysia terus menjadi destinasi pelaburan asing walaupun pembangkang mendakwa negara ini menuju ke arah kebangkrapan.

Selain menggunakan hujah yang disensasi, kenyataan yang dibuatnya juga dikatakan tidak disokong dengan fakta dan statistik.

Kelemahan itu menyebabkan analisis yang disebar kepada rakyat separa tepat dan tidak benar.

Sanggahan itu ditulis, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak dalam blog terbarunya, sskeruak.blogspot.com.

"Sementara kita boleh bersetuju bahawa kita perlu pembangkang, namun ia wajar menjadi pembangkang bertanggungjawab yang tidak mengelirukan orang ramai dan menyebarkan perkara yang tidak benar. Pembangkang Malaysia nampaknya tidak mengambil berat tentang kebenaran tetapi hanya beria-ia menjatuhkan kerajaan meskipun menggunakan maklumat

Jelasnya, berdasarkan senarai negara berhutang, keadaan ekonomi di Malaysia masih berada pada tahap selamat dan mampu menarik minat pelabur asing.

"Nisbah hutang awam Greece ialah sekitar 175 peratus. Kedudukan Jepun adalah lebih teruk pada nisbah 228 peratus. Itali berkedudukan nombor lima dengan catatan 134 peratus. Singapura berada di kedudukan nombor 11 (107 peratus). 

Perancis pula 96 peratus, Kanada (93 peratus), UK (87 peratus), Austria (80 peratus), Jerman (75 peratus), Amerika Syarikat (71 peratus), manakala Malaysia berada di kedudukan bawah dalam senarai iaitu nombor 63 dengan catatan 54 peratus," tulisnya.


Melihat kepada statistik nisbah hutang awam berkenaan, Salleh meminta pembangkang lebih bertanggungjawab dan tidak mengelirukan orang ramai dengan menyebarkan perkara yang tidak benar.

Pas keluar PR jika kumpulan liberal kalah FMT Reporters

Posted: 14 May 2015 07:45 AM PDT

 
Khalid Samad,keluar liberalPas akan menjadi ekstremis dan mengubah senario politik negara menjadikan UMNO/BN terus kekal berkuasa


PETALING JAYA: Pas akan 'berwajah baru' dan lebih ekstremis sekiranya calon yang dilabelkan golongan liberal kalah dalam pemilihan parti pada Jun ini.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Samad berkata, Pas berwajah baru itu akan lebih mirip kepada Ikatan Muslimin Malaysia atau ISMA yang ekstremis.

Katanya, jika kekalahan itu berlaku, Pas akan keluar dari Pakatan Rakyat dan senario politik negara ini akan berubah.

"UMNO/BN yang ketika ini bagaikan telur di hujung tanduk, akan mendapat talian hayat yang baru. Ini kerana ketiadaan saff (barisan) yang bersatu untuk menentangnya.

"Hasil usaha yang bersikap 'ekstrimis', UMNO/BN akan kekal berkuasa. Sedangkan ia lebih sukar untuk Pas berkembang di bawah BN kerana disekat dari setiap pelusuk dan yang berlaku sebaliknya di bawah PR," kata Khalid dalam blognya, khalidsamad.com

Atas sebab itu, Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, golongan yang dilabel liberal mahu mempertahankan Pas bukan kerana janji kepada PKR atau DAP tetapi untuk memperkukuhkan Pas melalui PR yang diperkukuhkan.

'Sirip pengimbang kiri helikopter rosak'

Posted: 14 May 2015 07:00 AM PDT

 
 
Laporan awal nahas helikopter di Semenyih mendapati pesawat mengalami kerosakan pada sirip pengimbang kiri selepas mendarat di sebuah sekolah di Muadzam Shah, Pahang, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan dan pemeriksaan di kawasan pendaratan terakhir sebelum kemalangan berlaku pada 4 April lepas, mendedahkan masalah roda pendaratan kiri yang terbenam ke dalam tanah lembab ketika mendarat di padang bola sepak, Sekolah Kebangsaan Ladang Kota Bahagia, Rompin.

Katanya siasatan mendapati helikopter itu senget sehingga 13 darjah selepas roda pendaratan kiri terbenam ke dalam tanah sedalam 20 inci ketika mendarat di padang sekolah itu.

"Helikopter itu mempunyai dua sirip pengimbang iaitu kanan dan kiri yang terletak di ekor pesawat. Pendaratan terbabit memungkinkan bahagian ekor bawah sirip pengimbang di sebelah kiri dan sirip menegak disyaki mengalami kerosakan.

"Terdapat juga kesan kebocoran cecair berlebihan dalam lubang pendaratan kiri serta di atas rumput kira-kira 10 meter ke hadapan tempat pendaratan apabila juruterbang menaikkan semula helikopter untuk menerbangkannya," katanya dalam sidang media berhubung laporan awal nahas itu di kementeriannya di sini hari ini.

Nahas helikopter pada 4 April itu mengorbankan enam orang termasuk bekas menteri kabinet dan anggota Parlimen Rompin Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.

Turut terkorban ialah Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, juruterbang Kapten Clifford William Fournier, pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang dan seorang wanita Aidana Baizieva yang merupakan kenalan juruterbang.

Bagaimanapun, Liow berkata sirip pengimbang kiri helikopter itu masih belum ditemui dan meminta penduduk Kampung Sungai Pening, Semenyih, Selangor menghubungi kementerian dengan segera sekiranya menemui sirip berkenaan.

Katanya sirip pengimbang itu penting untuk meneruskan siasatan bagi mengesahkan sama ada kerosakan berpunca akibat hentakan di atas darat atau kerosakan mekanikal.

"Ini bagi memastikan punca sebenar stabiliser (sirip pengimbang) terkeluar daripada badan helikopter. Kita perlu simulasi terperinci untuk kenal pasti lokasi dan punca kemalangan sebenar sirip dan mengetahui cara pesawat junam," katanya.

Dalam laporan awal itu, Liow berkata rekod audio yang diperoleh menunjukkan bahawa juruterbang berasa khuatir tentang kebocoran cecair hidraulik apabila helikopter itu berlepas pada 4.25 petang dari padang sekolah itu.

Sebelum itu, juruterbang itu menurunkan seorang penumpang iaitu anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Ibam Datuk Wan Kadiri Wan Mahussin di padang sekolah itu. [Berita lanjut menyusul]

- Bernama

Berilah peluang pada Najib, kata Haron Din

Posted: 14 May 2015 06:15 AM PDT

 
 
Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dan PAS Kelantan senada dengan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikekalkan berdasarkan mandat yang rakyat dalam pilihan raya.

Kata Haron, Najib berjiwa besar dan perlu diberikan peluang untuk membetulkan keadaan seperti yang sudah diikrarnya kerana tiada yang manusia sempurna di dunia ini, lapor Berita Harian.

"Berilah peluang kepada Najib perbetulkan apa yang perlu," Haron dilaporkan sebagai berkata.

Katanya lagi, semua terpulang kepada Umno dan BN sama ada mahu memandang serius pandangan luar mengenai kedudukan Najib atau sekadar menutup telinga sahaja.

Kelmarin, Hadi menyatakan Najib tidak perlu berundur, sebaliknya terus mengekalkan jawatannya sebagai perdana menteri walaupun berdepan dengan pelbagai tekanan.

Mengenai kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), Haron berkata, beliau masih menunggu hasil siasatan sama ada kes itu benar-benar berlaku, atau sekadar spekulasi dan persepsi semata-mata.

"Jika betul Najib melakukan kesilapan dan kecuaian dalam membuat keputusan… beliau kena bertanggungjawab.

"Selagi belum ada bukti, saya mahu bersikap tunggu dan lihat. Namun jika terbukti apa yang dilakukan dalam 1MDB kerana kesilapan sendiri maka wajarlah perdana menteri membayar harga yang tinggi untuk itu," beliau dilaporkan sebagai berkata.

Rais: Pandangan ala Islam ala Melayu

Sementara itu, Utusan Malaysia melaporkan penasihat sosiobudaya kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim sebagai mengucapkan terima kasih kepada Hadi ekoran mengeluarkan "pandangan yang ala Islam ala Melayu" yang mahu Najib dikekalkan.

Najib diasak banyak pihak dalam isu 1MDB, terutamanya oleh bekas perdana menteri 22 tahun Tun Mahathir Mohamed.

"Jadi, di situ (kritikan Mahathir) barangkali sahabat lama yang baharu terasa. Haji Hadi punya komen (pertahankan Najib) itu pun relevan.

"Kita harus berterima kasih kepada Haji Hadi kerana mengeluarkan pandangan yang ala Islam ala Melayu," Rais (atas) dilaporkan sebagai berkata.

Rais tawar 'kopi pahit' buat Najib, Dr M

Posted: 14 May 2015 05:30 AM PDT


 
Veteran Umno Tan Sri Dr Rais Yatim mengajak mantan perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak duduk semeja berbincang mengenai kemelut yang melanda.

Rais menegaskan supaya kemelut itu diselesaikan melalui budaya menarik rambut dalam tepung, rambut dapat ditarik, tepung tidak tersebar.

"Ya, bawa balik, bawa Dr Mahathir dan ajak beliau minum kopi pahit.

"Cuma, saya bercakap hal ini dalam konteks pembudayaan di luar," Rais (kanan) berkata demikian dalam wawancara disiarkan Utusan Malaysia hari ini.

Sebelum ini, Mahathir mengasak Najib dalam pelbagai isu, terutamanya berkaitan kontroversi 1MDB, syarikat pelaburan negara hasil cetusan ilham perdana menteri.

Ia baru-baru ini disemaraklan lagi dengan kontroversi pembelian harta tanah 1MDB oleh Tahung Haji yang disifatkan Mahathir sebagai sebuah usaha penyelamatan.

Selepas kontroversi besar, Tabung Haji akhirnya memutuskan untuk menjual semula tanah itu.

Mahathir juga memberi amaran bahawa BN akan tewas dalam pilihan raya umum akan datang jika Najib terus memimpin parti itu.

'Dia terus terang, kita terus terang'

Rais dalam temu bual bersama akhbar Umno itu berkata isu mengenai 1MDB dan Tabung Haji sudah dijawab Najib sebelum ini dan ia sudah memadai.

"Kalau dilayan gesaan seperti ini (letak jawatan), maka dunia yang dibina sendiri oleh Dr Mahathir juga akan runtuh sebab setiap pemimpin itu ada kelemahannya, ada kelebihannya.

"Jadi, kalau hal-hal ini berbangkit, maka warna kepimpinan dalam dunia Melayu nampak pudar, nampak jatuh sedangkan tidak semestinya begitu.

"Tinggal lagi, beliau dituntut untuk meletak jawatan atau berundur sebagai Perdana Menteri. Ini tidak boleh dipersetujui Umno dan Umno sebulat suara menyokong beliau.

"Cuma di belakang falsafah ini harus ditebalkan di dalam pemikiran orang Melayu amnya dan pemimpin Umno khasnya, iaitu bukanlah suatu pendekatan Melayu untuk menjatuhkan air muka seseorang pemimpin dengan menyuruh dia berhenti di khalayak ramai dan 'digongkan'," Rais dilaporkan sebagai berkata.

Rais yang juga penasihat sosiobudaya kerajaan berkata sekiranya Mahathir membaca temu bual dalam akhbar milik Umno itu, beliau tidak akan berkecil hati.

"Saya harap Dr Mahathir tidak kecil hati, kita akan sentiasa menilai beliau. Oleh kerana beliau berterus-terang, kita juga perlu berterus-terang," Rais dilaporkan sebagai berkata.


 RAIS ANAK YATIM :  "Jangan menyebok lah,  lebih baik kamu berdoa agar PR jangan menang pada PRU 14- jika PR menang, kes kamu dengan Robengah sudah pasti kami bongkar semula... KAMI BUKAN MELAYU MUDAH LUPA !

'G10' Perak protes, laluan mudah menantu Hadi @ DIN AYAM

Posted: 14 May 2015 04:45 AM PDT

 
 
Sekumpulan pemimpin Pemuda PAS Perak menarik diri bertanding dalam pemilihan merebut kepimpinan dewan itu di peringkat negeri.

Calon ketua Pemuda PAS Perak Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata beliau dan dua lagi pesaing jawatan itu menarik diri selepas kepimpinan negeri didakwa menunjukkan sikap memihak kepada menantu presiden PAS Akmal Kamaluddin.

"Kami tidak mahu berlaku kekecohan dan kami lebih sayangkan parti," kata bendahari dan anggota biro politik PAS Perak itu.

Susulan penarikan diri mereka, Akmal secara tidak rasmi menang tanpa bertanding jawatan Ketua Pemuda PAS Perak.

Fakhrulrazi mendakwa mempunyai bukti rakaman audio bagi menyokong dakwaan itu.

Dakwanya, sekurang-kurang 10 lagi calon jawatan lain, dirujuk G10, untuk pemilihan Pemuda negeri telah mengikut jejak langkah beliau.

Antara calon yang didakwa Fakhrulrazi menarik diri termasuk exco Pemuda PAS Salman Salleh, Ketua Pemuda PAS Sungai Siput Yusran Fahmi, bendahari Pemuda Perak Nazri Din dan Setiausaha PAS Pasir Salak Shamsul Alauddin.

Fakhrulrazi menafikan tindakan menarik diri itu disebabkan merajuk.

"Kita utamakan kepentingan parti sebagai satu penyelesaian untuk meredakan keadaan," katanya sambil berikrar akan memberi kerjasama kepada kepimpinan terbaru yang bakal dilantik.

Muktamar Pemuda PAS Perak akan bersidang pada 17 Mei ini di Markaz PAS Ayer Kuning, Taiping.

Tunjukkan bukti, kata pesuruhjaya

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria menafikan beliau berkempen dan memihak kepada Akmal.

"Saya tidak ada rancangan untuk campur tangan.

"Kalau ada bukti, tunjukkan di mana saya bercakap, di mana, apa konteksnya, kepada siapa dan dalam keadaan apa saya bercakap?

"Kalau nak tuduh, semua orang boleh tuduh," katanya.
 

Hidup mewah pegawai menteri jadi perhatian

Posted: 14 May 2015 04:00 AM PDT

 
 
Susulan operasi besar-besaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Sarawak, seorang pemimpin Umno bahagian mahu suruhanjaya itu menyiasat juga pembantu-pembantu kepada menteri parti itu.

Enggan namanya disebut, beliau memberitahu Malaysiakini terdapat setengah setiausaha politik dan setiausaha akhbar hidup melebihi kemampuan.

"Mana mereka dapat pendapatan untuk hidup mewah macam itu. Apa punca pendapatan lain mereka," katanya sambil membangkitkan soal habuan selepas menyusun pertemuan pihak tertentu dengan majikan mereka.

"Mereka ada rumah besar, yang saya rasa mereka tak mampu beli dengan gaji diterima."

Beliau malah menamakan beberapa pihak yang disyaki.

Sumber itu juga berkata pihak itu termasuk setiausaha-setiausaha di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

"Mereka ini menghancurkan Umno," katanya lagi yang juga menuntut pengisytiharan terbuka aset kumpulan itu.

Sebelum ini, SPRM pernah mendakwa Hasbie Satar, bekas setiausaha politik kepada bekas menteri kewangan kedua Mohamed Nor Yakcop, atas tuduhan pengubahan wang haram.

Semalam, SPRM mengumumkan memberikan akaun RM4 juta seorang menteri muda Sarawak susulan siasatan kes rasuah bangunan kerajaan.

Perghhh Lori simen Langgar Lori Dan Konvoi Motorsikal PDRM Di Depan IJN

Posted: 14 May 2015 03:15 AM PDT

 

Bayangkan ini mesti kes laju punya ?



Salah sebuah motosikal polis yang terlibat dalam kemalangan



salah sebuah lori yang terlibat sama



siapa yang salah..pihak berkenaan sahaja yang tahu ?

Lagi Gambar Konvoi Motosikal Polis Berlanggar dengan lori simen
 

Nampak macam teruk ni, kita ada beberapa persoalan ni

1. Berapa Lori simen ni lari ?
2. Kemalangan Tak berbau..Polis terlatih pun kena langgar.

Pihak berkuasa patut sama lori simen ni..berbahaya kepa pengguna kenderaan yang lain.

Akhirnya Bekas MB Terengganu, Mat Said Dapat Tidur Lena Selepas Balas Dendam Terhadap DS Najib? Tranungkite

Posted: 14 May 2015 02:30 AM PDT


Kenapa gua katakan beliau BERDENDAM terhadap Presiden Umno Datuk Seri Haji Najib ialah, boleh sahaja Bekas Menteri Besar (MB) Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) (BN-Kijal) mengatakan yang beliau TIDAK PASTI atau pun TIDAK INGAT berkaitan dengan Terengganu Investmen Authority (TIA) bila beliau Diajukan Soalan Lisan oleh Adun Bukit Payung Yb Mohd Nor Hamzah (PR-PAS).

Jika jawapan Tidak Pasti dan Tidak Ingat diberikan oleh beliau kepada Soalan Lisan Adun Bukit Payung tersebut, apa yang Adun Bukit Payung boleh lakukan kecuali Mendengar. Namun DS Ahmad Said tidak memilih Jawapan Tidak Pasti dan Tidak Ingat, sebaliknya mengatakan TIA atau yang sekarang dikenali sebagai 1MBD adalah antara Punca Kemarahan DS Haji Najib kepada beliau hingga diminta Meletakkan Jawatan sebagai MB Terengganu.

Yang mana dikatakan punca Kemarahan tersebut Berputik apabila beliau Tidak Bersetuju bila TIA cuba untuk Mencagarkan Gas dan Minyak di Laut Terengganu, kenapa DS Ahmad Said tidak menjawap soalan Adun Paka dengan Jawapan Tidak Pasti dan Tidak Ingat. Kenapa pula beliau perlu MEMBEBEL sampai kepada Peristiwa Perletakakan Jawatan beliau sebagai MB Terengganu, tiada lain sebab nya adalah kerana Dendam beliau terhadap DS Najib.

Untuk itu lu orang terutama Penyokong-Penyokong UMNO HARAMJADAH jangan pulak kata yang gua ni buat Fitnah ok, kerana bab Dendam Mendendam adalah perkara biasa kepada Isi Perut Umno dan Yang Sewaktu Dengan Nya. Jika tidak sebegitu tak kan Parti Umno boleh MAMPOS DIBUNUH oleh Ahli Umno itu sendiri dan Dikebumikan Tanpa Nisan. Ia nya juga Bertepatan sekali dengan Slogan Umno iaitu Perjuangan Agama Bangsa dan Negara... kah kah kah !.

Buat DS Ahmad Said gua ucapkan TAHNIAH diatas sebab DS telah Berjaya juga Membalas Dendam DS Terhadap Presiden Umno yang telah Memalukan DS satu ketika dulu, menurut kata lu DS ada lagi yang DS hendak ceritakan tetapi tidak dimasa ini. Tak apa DS, gua setia menunggu Masa dan Ketika nya untuk DS Menceritakan Perihal 1MDB tersebut. Cuma nya DS sekarang ni perlu lebih Berhati-hati dalam Pergerakan... tahu sama tahu sudah lah ya DS... kah kah kah !. 

hemmmmm..... nampak gaya nya perdana menteri wassatiyah terbaik umno terpaksa membuat tempahan bagi menambah stok pampers beliau yang sedia ada... kah kah kah !.

Sekali lagi kita dah kena kencing sama Menteri UMNO

Posted: 14 May 2015 01:45 AM PDT

 

YANG TERSURAT.. "tambah nilai prabayar yang dijual pada harga RM10 akan mendapat nilai RM10 apabila diaktifkan"

YANG TERSIRAT.. "Cukai GST untuk tambah nilai prabayar akan dikenakan atas penggunaan ataupun usage-based"

Maknanya, kalau korang tak mahu dikenakan GST beli topup lepas tu jangan guna.. Memang tak ada GST.. Kalau korang guna, GST akan dikenakan.. Ini namanya dah putar belit dan kencing kuat .

1. Sebelum GST Menteri UMNO kata, kalau GST barang akan jadi lebih murah.

2. Ahmad Maslan kata lagi, GST akan kurangkan 7 lagi jenis cukai, barang akan jadi murah. kad prabayar tak ada kesan pun.

3. GST untuk kad prabayar untuk tingkatkan kualiti telekomunikasi kata Sabri Chik, dulu alasan sama untuk naikkan harga tambang, tingkat kualiti pengangkutan awam, hasilnya sama saja. Duit entah pergi mana.

4. Hari tu SKMM kata tak boleh laksana 1 Mei tanpa GST sebab susah nak setting sistem kad prabayar dan bagai. Tup - tup ambil masa enam bulan pulak untuk adjust sistem jual RM10 dapat RM10. bukan RM10.60. Lama betoi .. kena kencing lagi ...

Nasibla jadi rakyat Malaysia, HARI-HARI KENA KENCING DENGAN kerajaan UMNO/BN...

Kalau baca petikan nampak manis je laporan tu, tapi sebenarnya macam ular dalam semak. Licin dan berbelit-belit. Lepas tu siap patuk lagi dalam diam..