Selasa, 12 Mei 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


PNB RM579.2J Pula, Setelah TH. Najib Terpaksa Gelonsur Turun.. Cepat.. (50) Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 12 May 2015 11:45 PM PDT

 
 
Rafizi Ramli berkata sejumlah RM920.8 juta dipinjamkan oleh Tabung Haji kepada 1MDB ,manakala baki RM579.2 juta dipinjamkan oleh PNB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Mei, 2015.

LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan? 
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli hari ini mendakwa Permodalan Nasional Berhad (PNB) turut terlibat "meminjamkan" wang kepada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), selepas Lembaga Tabung Haji, melalui pembelian RM579.2 juta sukuk.

Rafizi memetik akhbar The Star yang melaporkan 1MDB mengeluarkan sukuk bernilai RM1.5 bilion tahun lepas kepada PNB dan Tabung Haji.

"Terbitan hutang melalui bon sukuk oleh 1MDB ini melibatkan pembelian sukuk oleh dua agensi pelaburan kerajaan iaitu Tabung Haji dan PNB," kata Rafizi, pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.
"Ini bermakna, sejumlah RM920.8 juta dipinjamkan oleh Tabung Haji kepada 1MDB. Baki RM579.2 juta dipinjamkan oleh PNB kepada 1MDB," kata ahli Parlimen Pandan itu.

Beliau berkata, sukuk itu tidak disenaraikan dan tidak didagangkan secara aktif di pasaran bon.

"Ia adalah kertas hutang yang dirundingkan secara terus di antara 1MDB dengan Tabung Haji dan PNB," katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, oleh kerana ia tidak disenaraikan, sukuk itu tidak ditarafkan seperti mana-mana kertas lain.
 

"Hutang RM1.5 bilion ini dijamin dengan cagaran tanah Bandar Malaysia (yang diberikan oleh Putrajaya kepada 1MDB) dan janji kutipan sewa di Bandar Malaysia (apabila siap), dan akan digunakan untuk membayar hutang RM1.5 bilion ini," kata Rafizi.

Beliau berkata, hasil semakannya mendapati, 1MDB merancang menerbitkan sehingga RM2.5 bilion sukuk bagi membiayai pembangunan Bandar Malaysia, di samping hutang sebanyak RM2 bilion yang diperolehi dari Ambank, juga bagi tujuan pembangunan Bandar Malaysia.

Rafizi berkata, malangnya sehingga hari ini Bandar Malaysia belum memperlihatkan kemajuan meyakinkan yang boleh mendatangkan keuntungan dan membantu 1MDB membayar balik hutang kepada Tabung Haji dan PNB.

"Di mana lapangan terbang di Ipoh dan kem tentera baharu di Negeri Sembilan yang merupakan sebahagian program pemindahan infrastruktur tentera Malaysia apabila Kem Sungai Besi diserahkan kepada 1MDB?

"Soalan paling besar, apa yang terjadi kepada RM3.5 bilion (RM1.5 bilion daripada sukuk pinjaman Tabung Haji dan PNB, dan RM2 bilion pinjaman Ambank), yang dipinjamkan setakat ini kononnya untuk membangunkan Bandar Malaysia?" soal Rafizi.

Menurutnya, penglibatan PNB dalam memberi hutang kepada 1MDB mengesahkan kebimbangannya dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menggunakan dana awam menyelamatkan syarikat bermasalah itu.

Minggu lalu, Tabung Haji dikritik hebat apabila didedahkan membeli sebidang tanah di Tun Razak Exchange (TRX) bernilai RM188.5 juta daripada 1MDB.

Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kemudian berkata lembaga itu dinasihati Najib menjual tanah itu kepada pihak swasta. (TMI)

Najib terpaksa gelonsur turun dari PM? Cepat.. (IH)

Hadi Awang bg semangat kepada Dato Seri Najib Razak... Tak perlu tunduk tekanan letak jawatan.

Posted: 12 May 2015 11:00 PM PDT

NAJIB BOLEH!! TABUNG HAJI BOLEH!!

Posted: 12 May 2015 10:30 PM PDT

The Star melaporkan pada 11 Mei yang perjanjian di antara Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan menyebabkan dana pencen kerajaan membayar kurang 15% daripada jumlah perjanjian yang dilakukan oleh TH.

KWAP merancang untuk membeli sebidang tanah dan bangunan sebagai ibu pejabat barunya di projek TRX di Pusat Bandar Kuala Lumpur. KWAP akan membayar antara RM1 bilion dan RM 1.2 bilion untuk tanah tersebut dan bangunan setinggi 40 tingkat di tapak tersebut.

Sumber dipetik, sebagai berkata yang tanah itu dibeli pada harga RM2,300 per kaki persegi.

Dikatakan yang perjanjian pembelian sudah ditandatangani di antara KWAP dan 1MDB, yang memilik TRX.

"Antara kandungan perjanjian tersebut ialah perjanjian sebelum jualan dan belian (S&P). Syarat perjanjian juga ketat dimana KWAP hanya membayar hanya 10 peratus sahaja dan bayaran selebihnya selepas bangunan itu disiapkan," kata satu sumber yang tidak dinamakan.

Keputusan TH untuk membayar 1MDB RM188.5 juta, atau RM 2,774 kaki persegi untuk 0.64 hektar tanah yang bertujuan untuk pembinaan bangunan kediaman telah menyebabkan kemarahan pendepositnya.

Kemarahan kepada kesanggupan TH untuk membayar lebih daripada sepatutnya daripada apa yang dibayar oleh 1MDB iaitu pada harga RM 64 kaki persegi apabila ia mula-mula membeli tanah tersebut daripada kerajaan.

Kritikan lantang daripada pelbagai pihakpolitik dan organisasi Muslim telah memaksa Perdana Menteri Najib Razak, yang merupakan pengerusi lembaga penasihat 1MDB, untuk menasihati TH untuk menjual tanah tersebut secepat mungkin.

Kini, terdapat persoalan yang wujud dalam kalangan pembeli hartanah.

Sekiranya KWAP mampu membeli bidang tanah TRX sehingga lebih 15 peratus lebih murah daripada yang dibeli TH, kenapa perlu sesiapa yang lain untuk membelinya dengan harga yang tinggi daripada TH?

Apa yang perlu diberikan perhatian adakah benar TH mampu menjual tanah TRX untuk nilai jualan lebih daripada RM 188.5 juta? Benar-benar tak tercapai akal jika benar terdapat pembeli yang mahu membayar lebih untuk bidang tanah tersebut sedangkan mereka mampu membelinya pada harga yang lebih rendah.


(Kredit to: Sdr Ng Kee Seng)

'Kami tolong PM, tapi dia kena perbetul 1MDB'

Posted: 12 May 2015 10:00 PM PDT



Seorang pemimpin Umno mendedahkan bahawa anggota Majlis Tertingi (MT) semalam menyatakan kebimbangan terhadap kontroversi 1MDB dan isu pembelian tanah syarikat itu oleh Tabung Haji.

"Kami sokong perdana menteri, tetapi kami juga mahu beliau menyelesaikan masalah dalam 1MDB," kata Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

"Kami beri pandangan kepada bos supaya dana awam tidak digunakan untuk 1MDB.

"Kebanyakan kami juga tidak setuju Tabung Haji beli tanah (daripada 1MDB) kerana ia dorong tanggapan buruk terhadap kerajaan dan wang haji.

"Bagaimanapun oleh kerana Tabung Haji setuju jual tanah itu, isunya telah selesai," katanya kepada Malaysiakini.

Anggota MT dan timbalan menteri itu juga berkata tiada pertengkaran dan perbincangan berjalan dengan baik.

"Suasananya bagus. Kamu tidak bolehlah harap kami diam membisu sepanjang mesyuarat, kamu suarakan pandangan dan cadangan," tambahnya.

Tajuddin juga melihat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menentang 1MDB.

"Muhyiddin juga mahu 1MDB berjaya," katanya.

"Tiada siapa tentang 1MDB, kami tidak tolak 1MDB. Kami mahu GLC (syarikat berkaitan kerajaan) cemerlang.

"Kami mahu perkara ini selesai segera,tetapi kami tidak beri tarikh akhir," katanya.


Posted by Jeebond BLM

TERKINI ! - NAJIB SENASIB PAK LAH ?

Posted: 12 May 2015 09:30 PM PDT



 Najib bakal ikut jejak langkah Pak Lah?

DATUK Seri Najib Razak juga mungkin senasib Tun Abdullah Ahmad Badawi. Cuma membezakan Pak Lah diasak dari segenap penjuru selepas BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-12, Mac 2008.

Najib selamat buat seketika biarpun undi popular Pakatan Rakyat (PR) 51.3 peratus mengatasi BN (48.7 peratus) pada PRU-13.

Sedangkan pencapaian Pak Lah lebih baik daripada Najib ketika PRU ke-12. BN masih bertahan dengan undi popular lebih 50 peratus.

Pada pilihan raya tersebut, BN memperolehi 52.2 peratus berbanding PR – 47.8 peratus. Pak Lah juga memecah rekod pencapaian BN sejak PRU 1959 apabila mendapat peratus undi 63.9 peratus pada PRU 2004.

Sedangkan PR mengumpul undi sebanyak 36.1 peratus. Kejayaan ketika itu memberi keselesaan seketika Pak Lah di puncak kuasa.

Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menulis, beliau sukar untuk menemui Datuk Seri Najib Razak bagi meluah isu terbuku di hati, ketika Najib di posisi Timbalan Perdana Menteri.

Dakwa beliau, Najib perlu mendapat izin Pak Lah bagi membolehkan beliau menerima kunjungan Dr Mahathir. Najib sudah lama dikesannya seperti penakut.

Dr Mahathir seperti kesal memilih Pak Lah berbanding Najib. Tidak lama selepas Pak Lah di puncak, Dr Mahathir memilih jalan konfrantasi.

Kemuncak kebencian Dr Mahathir apabila bekas perdana menteri itu menghantar surat keluar daripada Umno.

Antara lain kandungan surat yang ditulis, beliau hanya akan menyertai semula Umno selepas Pak Lah berundur. Ternyata Dr Mahathir berjaya mengertak Pak Lah.

Hari ini fenomena itu berulang kembali. Kali ini giliran Najib. Mungkinkah sekali lagi Dr. Mahathir akan menghantar surat keluar Umno buat kali kedua. Rakyat tunggu episod lama berulang.

Dr Mahathir juga pernah dipecat Tunku Abdul Rahman kerana mengkritiknya. Pada saat itu Dr. Mahathir bertenggek seketika di pentas PAS.

Dan ketika jerayawara mengguling Pak Lah, Dr Mahathir memilih Kelantan antara lokasinya. Dewan sebuah hotel di tepi Sungai Kelantan penuh sesak dengan kehadiran penyokong PAS dan Umno.

Najib sekarang dilihat semakin rapat menjejaki Pak Lah. Ramai masih ingat ketika Najib menggantikan Pak Lah di kerusi menteri perdana, beliau pernah memberi amaran 'Umno akan rebah jika tidak berubah'.

Apakah Umno sudah benar-benar berubah. Ternyata Najib berjaya mencipta perubahan besar dengan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Najib juga mencipta kegemilangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 1MDB diperkasa daripada sayap pelaburan kerajaan Terengganu.

Malangnya 1MDB dan GST membuatkan Najib sesak di dada. Selain asakan bertubi Dr. Mahathir, kedengaran juga suara-suara sumbang Tan Sri Zainuddin Maidin, Tun Daim Zainuddin, Datuk A Kadir Jasin dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Peliknya kata Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli orang lain yang mengkritik Najib dan GST sudah merasai bermalam di Balai Polis.

"Ketika saya ditahan selepas himpunan Bantah GST 1 Mei lepas, tiga perkara yang menjadi minat polis.

"Polis kata kerana berucap menghentam GST, Najib dan Rosmah. Baiklah malam ini saya tidak mahu mencari pasal lagi dengan polis.

"Saya akan sebut Najib perdana menteri paling bijak kerana memperkenalkan GST yang dirasai semua golongan rakyat. Sedangkan sebelum ini cukai hanya dibayar golongan kaya sahaja," katanya pada ceramah Kukuhkan Pakatan Rakyat Hancur Barisan Nasional di Padang Perdana malam tadi.

Rafizi juga mendakwa Najib paling bijak apabila membeli kapal terbang terpakai dengan harga lebih RM400 juta.

Kemudian diubahsuai pula dengan kos RM28 juta.

"Di dunia ini hanya ada dua sahaja syarikat yang membuat kapalterbang iaitu Boeing dan Airbus. Jet yang dibeli Najib kalau dibeli baru hanya sekitar RM200 juta sahaja.

"Saya semak jet terpakai yang dibeli perdana menteri itu dari mana. Ooo rupa-rupanya daripada keluarga besannya di Kazakhstan," dakwa Rafizi.

Perubahan yang dicipta Perdana Menteri terbukti lagi apabila Lembaga Tabung Haji membeli tanah Tun Razak Exchange (TRX) milik 1MDB pada harga RM2,773 sekaki persegi.

Sedangkan 1MDB dilapor membeli tanah itu daripada kerajaan empat tahun lalu dengan hanya RM64 kaki persegi.

TH terpaksa mengorbankan RM188.5 juta untuk membeli tanah seluas 1.56 ekar. Ternyata isu Tabung Haji menggandakan lagi gusar perdana menteri selepas dibelit raksasa GST.

Kesian Najib dan Rosmah dipaksa Dr Mahathir menghitung hari. – 


HARAKAHDAILY 12/5/2015

Boleh Percaya Ke Dengan Cakap Ketua Lembaga Ni... Kah Kah Kah !

Posted: 12 May 2015 08:30 PM PDT



Betul ke Ketua Lembaga Tabung Haji Datuk Azeez Rahim @Kaki Penipu apa yang keluar dari Mulut Longkang lu tu, atau lu masih lagi cuba hendak TEMBERANG Wal PENIPU kepada Orang Islam, perkataan "Saya Berkerja Dengan Percuma Saja" tu gua saja tolong sambungkan.

Yang mana mungkin Ketua Lembaga TH tu terlupa kot... kah kah kah !.

Perkataan tersebut gua Tambah atas dasar beliau Berkerja untuk UMMAH dan tidak BERPOLITIK... kalau sudah beliau katakan Berkerja untuk Ummah dan tidak Berpolitik rasanya tak salah gua tambah perkataan tersebut kan kan kan.

Oiii Azeez Rahim Ketua Lembaga TH... lu simpan aje lu punya Temberang Wal Penipu tu... kah kah kah !.

Atau lu pergi cakap dengan Pengundi-Pengundi Parlimen Baling yang Mengundi lu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang lalu, mungkin dia orang boleh percaya kot dengan cakap lu tu.

Itu sebab dia orang Majoriti nya Mengundi lu dalam PRU13 walaupun Terang Lagi Bersuluh yang Muka lu saja sudah Menampakkan yang lu tu Kaki Penipu... kah kah kah !.

Pelik Bin Ajaib macam mana lah Orang Melayu dan Orang Islam Parlimen Baling boleh Menggundi MALAUN ni sebagai Wakil Rakyat dia orang, apa TANGKAL yang lu Pakai Azeez Rahim sampai Malaun macam lu pun boleh Menang dalam PRU13.

Yang lebih Menyedihkan lagi ialah macam mana lu boleh sampai jadi Calon bagi Umno/Bn... kah kah kah !. Mana punya Malaun pulak yang Memilih lu sebagai Calon bagi Umno/Bn dalam PRU13... tak cukup dengan itu ehhhhh....

Lantik pulak lu sebagai Ketua Lembaga TH tempat Orang Islam Menyimpan Wang bagi Mengerjakan Rukun Islam Ke-5. Sudah tak ada lagi ke yang BERILMU dan BERAKHLAK dalam Parti Syaitan Yang Dikenali tu...

kah kah kah !. sumber FMT hemmmmm..... mangkuk ayun ni hanya akan letak jawatan bila perdana menteri paling bagus dalam dunia meletak jawatan... selagi perdana menteri paling bagus dalam dunia tidak jawatan selagi itu lah idola beliau ds rosmah akan mempertahankan beliau... kah kah kah !.

Dicatat oleh Mat Indera Sipejuang di 11:52:00 PTG

Barack Obama Didakwa Menipu Dunia Mengenai Pembunuhan Osama

Posted: 12 May 2015 08:00 PM PDT


SEORANG wartawan penyiasat mendakwa Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah menipu seluruh dunia mengenai pembunuhan pemimpin utama al-Qaeda, Osama bin Laden.

Seymour Hersh mendakwa Obama menipu dunia mengenai pembunuhan Osama untuk memenangi populariti menjelang pilihan raya 2012.

Hersh juga menjelaskan kerajaan Amerika Syarikat telah membuat pembohongan, kenyataan salah serta pengkhianatan untuk menyembunyikan kebenaran.

Menurut artikel yang diterbitkan dalam 'London Review of Books', Hersh mendakwa tiada kes tembak-menembak berlaku di sebuah rumah di Abbottabad, Pakistan yang dikatakan telah diserbu tentera Amerika Syarikat.


Bangunan yang didakwa kediaman Osama ketika ditahan.

Wartawan tersebut juga mendakwa pentadbiran Obama telah berunding dengan kerajaan Pakistan yang berjaya menahan Osama bertahun-tahun sebelum ini.

Hersh juga menyatakan, tentera Pakistan telah diarah untuk menyerahkan Osama kepada Tentera Laut SEAL di kawasan kejadian.

Dalam karyanya, wartawan tersebut melabelkan kejadian tersebut sebagai pembunuhan dengan niat.

Laporan tersebut juga menerangkan, satu-satunya peluru yang dilepaskan adalah untuk membunuh Osama.

Penulis itu berpendapat Obama menyimpan kebenaran itu selama setahun sebelum pilihan raya 2012 untuk meningkatkan kempen dan memenangi pilihan raya tersebut.

Menurut sumber yang mahu dikenali sebagai 'Pegawai kanan risikan yang telah bersara' digunakan oleh Hersh dalam artikelnya menerangkan, pihak White House terpaksa memberi gambaran bahawa misi penangkapan Osama merupakan operasi yang penting.

"Kenapa perlu membunuh Osama?

"Kisah mengenai pemimpin al-Qaeda dibuat oleh beberapa rangkaian berita untuk menunjukkan bahawa Osama merupakan isu penting negara itu.

"Pasukan SEAL sepatutnya sudah menjangkakan isu ini merupakan rekaan politik kerana ia merupakan isu menarik bagi ahli politik," kata bekas pegawai kanan itu.

Terdapat dakwaan yang menyatakan mayat Osama tidak dikebumikan di laut sebaliknya dihantar ke Afghanistan.

Dakwaan Hersh bagaimanapun telah dinafikan oleh jurucakap pihak White House.

Jurucakap Keselamatan Negara di White House, Ned Price, berkata terdapat banyak dakwaan yang tidak berasas dan tidak tepat dalam artikel tersebut.

"Seperti yang telah kami jelaskan, maklumat mengenai operasi ini disebar terhad kepada pegawai-pegawai kanan Amerika Syarikat sahaja.

"Presiden telah membuat keputusan awal untuk tidak mendedahkan maklumat tersebut kepada mana-mana kerajaan lain termasuk Pakistan yang hanya mengetahui tentang operasi itu setelah serbuan itu dilakukan," kata Price. -Mstar/12/5/15
 
 
Duniacacamarba ( DCM )

Alahai mangkok ni.....kalau Mahathir buat u-turn bukan bererti 1MDB tidak bermasalah!

Posted: 12 May 2015 07:30 PM PDT

Pokoknya mereka sama-sama ada buat 'taik'.......bukankah mereka dari keluar dari 'mangkok' yang sama!

1MDB: Tunku Abdul Aziz mahu Mahathir mengaku salah buat u-turn ?

OLEH KUMARA SABAPATTY DI PETALING JAYA:

Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mahu mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengaku salah kerana membuat u-turn dalam kenyataannya mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurutnya, sebelum itu, Mahathir mendakwa 1MDB kerugian RM42 bilion tetapi menukarnya dengan mendakwa ia wang pinjaman baru-baru ini. Ia didakwa Tunku Abdul Aziz sebagai tuduhan tidak bertanggungjawab, tidak adil dan tidak beretika.

Mahathir, katanya, perlu meminta maaf kerana membuatkan jemaah menteri tepaksa mengarahkan Jabatan Ketua Audit Negara membuka siasatan dalam perkara itu.

"Tun Mahathir juga membuat u-turn dalam kenyataan berkaitan 1MDB, apabila beliau yang mendakwa 1MDB kerugian RM42 bilion kini dikatakan ia merupakan wang pinjaman.

Beliau harus hentikan tindakan u- turn dan dengan ikhlas dan secara bermoral mengaku kesilapannya dalam segala dakwaan terhadap 1MDB," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Menurut Tunku Abdul Aziz, dalam soal Bank Swiss di Singapura, beliau menggesa Mahathir supaya menunjukkan kepada rakyat surat yang mengatakan bank tersebut menafikan bahawa wang berbilion ringgit itu telah didepositkan oleh 1MDB.

Surat itu cukup untuk membuktikan bahawa pendiriannya dalam isu 1MDB benar dan tidak bersifat sekadar tohmahan.

Dalam masa yang sama beliau menyelar sikap Mahathir yang sibuk meminta bukti daripada pihak berkaitan dalam soal 1MDB tetapi tidak ikhlas terhadap diri sendiri.

"Adakah segala tuduhan yang diletakkan secara terbuka mengenai 1MDB secara terbuka disertai bukti-bukti konkrit dan relevan? ini beliau (Mahathir) perlu jawab," soalnya lagi.

Tunku Abdul Aziz juga mencabar Mahathir yang pernah menjadi Penasihat Petronas dahulu meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka siasatan semula terhadap anaknya Mirzan dalam isu pembelian syarikat perkapalan.

Ini kerana dakwaan Mahathir sebelum ini kononnya Mirzan telah dipaksa menjual syarikat perkapalan itu kepada Petronas adalah tidak benar, malah Petronas yang dipaksa membeli syarikat perkapalan anaknya dengan nilai pasarannya 15 kali ganda lebih tinggi. "Ketika itu dialah (Mahathir) memimpin negara.

Bukankah ia satu penyalahgunaan kuasa.

Adakah atas sebab yang sama beliau memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang jelas tidak menurut kehendaknya dalam hal yag sama?," ujarnya.

Bukan sahaja itu, Tunku Abdul Aziz mendakwa Mahathir juga pernah mendakwa anaknya Mokhzani mendapatkan pinjaman bank untuk menjamin perniagaan berbilion ringgit tetapi ia sebenarnya bukti kemampuan kewangan milik anaknya itu besar kerana ia melibatkan pinjaman wang yang banyak.



"Cuma saya ragu dalam hal ini kerana setahu saya bank hanya menampung 60 peratus pinjaman dan bakinya 40 peratus perlu dilabur sendiri..maka persoalannya dari mana dia (Mokhzani) mampu mendapatkan wang berbilion ringgit merangkumi 40 peratus itu.

"Mahathir sedar anaknya dibenarkan membuat pinjaman bank untuk perniagaan berbilion ringgitnya walhal 1MDB tidak dibenarkan kerana dianggap aset bank.. apakah dia nampak percanggahan 'double standard dalam kedua-dua isu ini,' katanya.

Jusreru, katanya, Mahathir perlu berhenti menuduh 1MDB secara liar kecuali dengan bukti kukuh yang menyokong segala dakwaannya..

"Dia sebagai mantan PM meninggalkan legasi sangat mengkagumkan, dia perlu menjaga reputasi itu dengan berkelakuan rasional terhadap setiap kenyataan dalam soal 1MDB," jelasnya. -

MalaysiaGazette Posted by mountdweller

Berita Gempar Hari Ini...??? PNB Juga Terlibat ??

Posted: 12 May 2015 07:00 PM PDT


GLC Bail Out 1MDB. Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli hari ini mendakwa Permodalan Nasional Berhad (PNB) turut terlibat "meminjamkan" wang kepada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), selepas Lembaga Tabung Haji, melalui pembelian RM579.2 juta sukuk.

Rafizi memetik akhbar The Star yang melaporkan 1MDB mengeluarkan sukuk bernilai RM1.5 bilion tahun lepas kepada PNB dan Tabung Haji.

"Terbitan hutang melalui bon sukuk oleh 1MDB ini melibatkan pembelian sukuk oleh dua agensi pelaburan kerajaan iaitu Tabung Haji dan PNB," kata Rafizi, pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

"Ini bermakna, sejumlah RM920.8 juta dipinjamkan oleh Tabung Haji kepada 1MDB. Baki RM579.2 juta dipinjamkan oleh PNB kepada 1MDB," kata ahli Parlimen Pandan itu.

Beliau berkata, sukuk itu tidak disenaraikan dan tidak didagangkan secara aktif di pasaran bon.

"Ia adalah kertas hutang yang dirundingkan secara terus di antara 1MDB dengan Tabung Haji dan PNB," katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, oleh kerana ia tidak disenaraikan, sukuk itu tidak ditarafkan seperti mana-mana kertas lain.

GLC Bail Out 1MDB

"Hutang RM1.5 bilion ini dijamin dengan cagaran tanah Bandar Malaysia (yang diberikan oleh Putrajaya kepada 1MDB) dan janji kutipan sewa di Bandar Malaysia (apabila siap), dan akan digunakan untuk membayar hutang RM1.5 bilion ini," kata Rafizi.

Beliau berkata, hasil semakannya mendapati, 1MDB merancang menerbitkan sehingga RM2.5 bilion sukuk bagi membiayai pembangunan Bandar Malaysia, di samping hutang sebanyak RM2 bilion yang diperolehi dari Ambank, juga bagi tujuan pembangunan Bandar Malaysia.



Rafizi berkata, malangnya sehingga hari ini Bandar Malaysia belum memperlihatkan kemajuan meyakinkan yang boleh mendatangkan keuntungan dan membantu 1MDB membayar balik hutang kepada Tabung Haji dan PNB.

"Di mana lapangan terbang di Ipoh dan kem tentera baharu di Negeri Sembilan yang merupakan sebahagian program pemindahan infrastruktur tentera Malaysia apabila Kem Sungai Besi diserahkan kepada 1MDB?

"Soalan paling besar, apa yang terjadi kepada RM3.5 bilion (RM1.5 bilion daripada sukuk pinjaman Tabung Haji dan PNB, dan RM2 bilion pinjaman Ambank), yang dipinjamkan setakat ini kononnya untuk membangunkan Bandar Malaysia?" soal Rafizi.

Menurutnya, penglibatan PNB dalam memberi hutang kepada 1MDB mengesahkan kebimbangannya dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menggunakan dana awam menyelamatkan syarikat bermasalah itu.

Minggu lalu, Tabung Haji dikritik hebat apabila didedahkan membeli sebidang tanah di Tun Razak Exchange (TRX) bernilai RM188.5 juta daripada 1MDB.

Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kemudian berkata lembaga itu dinasihati Najib menjual tanah itu kepada pihak swasta.



Addin

LEMBAGA HITAM KANTOI ??

Posted: 12 May 2015 06:30 PM PDT

 
MAK AII ......
DENGAN MAJLIS FATWA PUN NAK MENIPU?
-----------------------------------
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin mengakui urusan pembelian tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Fatwa.
Menurutnya, penerangan mengenai urusan pembelian tanah di TRX itu dijelaskan menerusi kapasitinya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji dan Pengerusi Panel Syariah Tabung Haji bukan sebagai Pengerusi Majlis Fatwa ketika sidang.
Beliau berkata demikian dengan mengulas dakwaan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang berkata Majlis Fatwa tidak pernah membincangkan tentang pembelian 1.56 ekar tanah milik syarikat 1MDB

Jho Low: Saya Jadi Kambing Hitam Terhadap Kegagalan 1MDB - By canang

Posted: 12 May 2015 06:00 PM PDT


Ahli perniagaan, Low Taek Jho berkata beliau dijadikan kambing hitam terhadap kerugian yang dialami syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menerusi reaksi pertamanya kepada umum selepas dilemparkan dengan pelbagai tuduhan, ahli perniagaan yang lebih dikenali sebagai Jho Low berkata beliau tidak pernah terlibat dalam 1MDB, selain dari menawarkan nasihat kepada entiti Timur Tengah ke atas syarikat pelaburan strategik.
"Saya tidak menguruskan 1MDB. Saya tidak mengawal 1MDB. Saya tidak buat apa-apa keputusan untuk 1MDB, tetapi jika mana-mana entiti Timur Tengah yang saya tahu mahu mendapatkan pandangan saya, saya akan berikan.
"Dan, jika mereka mahu terlibat dengan 1MDB, itu hak mereka," katanya kepada majalah Euromoney dalam temu bual eksklusif yang disiarkan dalam edisi April.
Berhubung serangan terhadap gaya hidup mewah dan amalan berpesta, Jho Low berkata beliau menjadi "ahli perniagaan yang paling bodoh" jika beliau mengaut keuntungan dalam urusan kerajaan hanya untuk dibazirkan.
"Oleh kerana terdapat gambar saya dan Paris Hilton minum dan semua itu, maka anda gunakannya dan berkata kepada Bumiputera. 'oh orang Cina itu curi semua semua duit wang dan habiskan untuk alkohol'.
"Saya akan menjadi orang yang paling bodoh jika saya kaut keuntungan dari wang kerajaan dan bazirkan seperti esok tiada lagi. Ia perkara yang paling bodoh yang anda lakukan," kata jutawan muda, merujuk kepada banyak gambar yang diterbitkan menunjukkan beliau berpesta dengan Paris Hilton.
Selain itu beliau juga mengulangi kenyataannya bahawa beliau tidak melabur di dalam bon 1MDB seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak dan menafikan dakwaan bahawa dia bertindak mengawal syarikat itu.
Kabinet mengarahkan supaya akaun 1MDB diaudit berikutan jumlah hutang yang dikatakan mencecah RM42 juta.
Selain itu Jho Low bagaimanapun percaya bahawa beliau dijadikan kambing hitam dalam keseluruhan isu membabitkan kerugian 1MDB.
Sumber : Mstar

Senarai baru ‘Kabinet’ hanyalah khbar angin -

Posted: 12 May 2015 05:30 PM PDT


 
Najib Senarai baru 'Kabinet' menguatkan khabar angin rombakan yang bakal berlaku oleh Alyaa Alhadjri

SEKILAS PANDANG: Perdana Menteri Najib Razak telah menafikan khabar angin rombakan kabinet terbaru tetapi faktanya kekal wujud yang seseorang telah memikirkan perkara ini dengan mendalam dan mengeluarkan senarai kebarangkalian barisan menterinya yang baru.

Senarai yang berjudul, "Tujuh menteri digugurkan dalam rombakan kabinet Najib" sudah diedarkan di dalam pelbagai pengkalan media sosial.

Berdasarkan kenyataan daripada pejabatnya pada 12 Mei, Najib berkata; "Itu (senarai) hanyalah khabar angin yang diwujudkan oleh pihak tertentu."

"Sejak semalam (11 Mei), spekulasi di Twitter dan beberapa buah blog telah mencetuskan tarikan media yang cuba membuatkan dia (Najib) untuk mengesahkan khabar angin tersebut.

"Antara lain, senarai itu menyatakan yang dua timbalan menteri akan diangkat menjadi menteri penuh sementara seorang presiden parti akan dilantik menjadi menteri," kenyataan itu menyebut.

Menurut senarai yang tersebar itu, tujuh menteri akan dilucutkan daripada Kabinet oleh Najib ialah; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Hasan Malik; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Jala, Jamil Khir Baharom dan Shahidan Kassim; Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Nazri Aziz; Menteri Luar Anifah Aman; Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Jailani Johari dan Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani Tajuddin Abdul Rahman.

Lebih menarik juga pihak yang bertanggungjawab menyebarkan senarai itu bukan sahaja memikirkan tentang peranan "baru" kepada enam daripada tujuh orang yang akan digugurkan itu, tetapi juga perubahan portfolio dalam kalangan menteri kabinet sedia ada.


Antara lain, Idris (kiri) akan diberikan tanggungjawab untuk menguruskan 1Malaysia Development Berhad yang kini menangung hutang besar, mungkin kerana disebabkan oleh 'kejayaannya' memberikan gambaran baik tentang Malaysia dan 'menguruskan' statistik sewaktu berada di Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU).

Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan (kanan) pula akan dinaikkan pangkat untuk mengetuai Kementerian Komunikasi dan Multimedia- sekali lagi diandaikan kerana kepantasannya 'mempertahankan' dirinya dan BN daripada serangan dalam media sosial.

Dalam senarai itu juga terdapat penubuhan semula Menteri Pengajian Tinggi yang buat masa kini digabungkan dengan Menteri Pendidikan- yang akan diketuai oleh bekas naib canselor Nordin Kardi- satu langkah yang dilihat untuk mengembalikan kredibiliti akademik kepada institusi pendidikan tinggi tempatan.

Malah, ini bukanlah kali pertama khabar angin seperti ini tersebar.

Beberapa minggu sebelum rombakan kabinet pertama Najib pada 25 Jun tahun lepas, terdapat khabar angin serupa tentang kemungkinan beberapa menteri digugurkan daripada barisan pentadbirannya.

Bagaimanapun, sebaliknya terjadi apabila berlakunya pembesaran kabinet bagi perlantikan menteri baru daripada MCA dan Gerakan, walaupun terdapat keperluan lain yang lebih utama.

Merujuk kepada kenyataan Pejabat Perdana Menteri yang menafikan khabar angin yang sedang bertiup kencang, penting untuk dinyatakan yang kenyataan itu turut menyebut "rombakan kabinet boleh dilakukan pada bila-bila masa atau tidak dilakukan langsung."

Lagipun, ia adalah hak istimewa perdana menteri untuk melakukan begitu. Ataupun ada pihak dalam Umno yang sedang membida kedudukan dan keistimewaan daripada Najib, yang terdesak hendak memperkukuhkan kedudukannya yang makin lemah.

Nyata bahawa hakikat wujud yang sekurang-kurangnya dua kementerian akan dipisahkan berdasarkan senarai kabinet tersebut mencadangkan ada pihak dalam Umno yang sedang mencari keuntungan untuk diri sendiri ketika ini, berharap yang ianya menjadi satu bentuk desakan kepada Najib yang sedang bermasalah.

Buat masa ini, Najib mungkin berupaya menghentikan seketika khabar angin yang dia "akan diminta untuk mengundurkan diri" tetapi nampaknya ada pihak yang beria-ria mahu menguatkan pentadbirannya- dengan atau tanpanya sebagai perdana menteri.

Posted by mountdweller

Amik ko!! Bekas MB Terengganu dedah skandal 1MDB dan minyak Terengganu!! Pasti melompat Najib!!

Posted: 12 May 2015 05:00 PM PDT

 

Dewan hari ini dikejutkan dengan pendedahan-demi pendedahan oleh mantan Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said ketika menyampaikan ucapan menjunjung kasih titah Ucapan PerasmianTuanku Sultan Terengganu.


Sebelum tu, semalam negara dikejutkan dengan pengakuan bekas Menteri Kabinet UMNO, Zainuddin Maidin (ZAM) yang menelanjangkan Najib. Boleh lihat artikel Najib pembohong besar

Hari ini timbul lagi satu 'bala' kepada Najib. Seolah-olah setiap hari akan ada pendedahan dan pembongkaran skandal 1MDB.

Paling mengejutkan ialah pendedahan beliau berkaitan cubaan pihak yang ingin mencagarkan hasil gas dan minyak Terengganu dan akhirnya dibatalkan atas bantahan pihaknya dan menyebabkan dia "diturunkan" dari jawatannya.

Beliau menyentuh perkara itu ketika menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Wakil Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkenaan kaitan 1MDB dengan kerajaan negeri Terengganu.

Wakil Kijal itu menjelaskan beliau akan mendedahkan dengan lebih banyak lagi pada masa akan datang tetapi buat masa ini, beliau hanya akan mendedahkan sebahagian sahaja sambil mengakui kebenaran kaitan kerajaan negeri dan 1MDB yang dibangkitkan itu.

Tambah beliau lagi 1MDB pada asalnya ialah Terengganu Investment Authority (TIA) tetapi menarik diri apabila terjadi permasalahan yang tidak dapat beliau terima, iaitu cubaan mencagar hasil minyak dan gas di perairan Terengganu.

"Saya memohon maaf, buat masa ni saya tidak dapat menjawabnya, tapi saya tunggu masa yang sesuai. Dan saya akui, betul, 1MDB asalnya TIA, Terengganu Investment Authority bukan Agency yang modalnya berbayar dan saya dan kerajaan negeri yang bayar.

Tetapi apabila kita dapati "hanky panky" (perkara tidak betul), ada permasalahan yang tak boleh kita terima, termasuk saya boleh sebut di sini buat permulaan ini dulu, mereka nak cagar minyak dan gas di laut Terengganu ketika itu.

Inilah satu sebab kenapa saya dimarah oleh Perdana Menteri, termasuk kes-kes yang lain, akhirnya kita menarik diri dan kerajaan negeri tidak rugi apa-apa, saya minta balik wang satu juta sebagai modal berbayar ketika itu.

Ini sebagai penjelasan permulaan, tidak ada yang tidak benar, melainkan yang benar belaka Yang DiPertua," jelas beliau dengan panjang lebar yang mendapat tepukan dari wakil pembangkang.

Semenjak diturunkan dari jawatan Menteri Besar semenjak setahun yang lalu, inilah kali pertama Dato' Ahmad Said bangun menyertai perbahasan, namun kesempatan itu, beliau memilih menyerang kerajaan dengan pendedahannya itu.

Sidang DUN Terengganu bagi Penggal Ketiga dijadulkan berlangsung selama tiga hari bermula Selasa 12 Mei sehingga Khamis 14 Mei ini.

Tiada rombakan Kabinet, kata pejabat perdana menteri

Posted: 12 May 2015 04:30 PM PDT

 
Pejabat Perdana Menteri melalui posting di Twitter menafikan yang rombakan semula Kabinet akan berlaku serta senarai anggota Kabinet baru yang tersebar di media sosial.

Pejabat Perdana Menteri melalui posting di Twitter menafikan yang rombakan semula Kabinet akan berlaku serta senarai anggota Kabinet baru yang tersebar di media sosial.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini menolak khabar angin yang akan ada rombakan semula Kabinet dan menafikan satu senarai anggota Kabinet baru yang tersebar di media sosial.

"Tidak ada perubahan dalam barisan kepimpinan kerajaan," menurut PMO menerusi satu posting di akaun Twitter @PMOMalaysia. – 12 Mei, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Media di zaman Najib lebih bebas berbanding Dr M, kata pengarang Sinar Harian - OLEH KC NAZARI

Posted: 12 May 2015 09:00 AM PDT


Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian Datuk Abdul Jalil Ali bercakap pada forum 'Kebebasan Media'  pada program Journalism Now di Kuala Lumpur, hari ini. Beliau mengakui keterbukaan Datuk Seri Najib Razak dalam memberi kebebasan kepada media berbanding zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 12 Mei, 2015.
Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian Datuk Abdul Jalil Ali bercakap pada forum 'Kebebasan Media' pada program Journalism Now di Kuala Lumpur, hari ini. 

Beliau mengakui keterbukaan Datuk Seri Najib Razak dalam memberi kebebasan kepada media berbanding zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.

Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian Datuk Abdul Jalil Ali bercakap pada forum 'Kebebasan Media' pada program Journalism Now di Kuala Lumpur, hari ini. Beliau mengakui keterbukaan Datuk Seri Najib Razak dalam memberi kebebasan kepada media berbanding zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempamerkan sikap yang lebih adil dan terbuka dalam hal kebebasan akhbar berbanding Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian Datuk Abdul Jalil Ali.

Menurut Jalil, Putrajaya pernah bertindak menutup akhbar Eksklusif yang diterajuinya sewaktu Dr Mahathir menjadi perdana menteri selepas pilihan raya umum 1999.

"Najib agak terbuka dan adil dalam hal kebebasan media.

"Malah, sewaktu zaman Tun Mahathir, beliau lebih tegas. Malah, satu akhbar saya yang dikenali sebagai Eksklusif diharamkan kerajaan – mereka tidaklah mengharamkannya – mereka kata permitnya tak diperbaharui.

"Kami terpaksa tutup kedai dan lebih 50 orang hilang pekerjaan," kata Jalil pada forum "Kebebasan Media" pada program Journalism Now di Kuala Lumpur, pagi ini.

Semalam menulis di blog popularnya www.chedet.cc, Dr Mahathir mengkritik tindakan Putrajaya menahan wartawan yang melaporkan tentang Majlis Raja-Raja menolak pindaan hudud dicadangkan PAS.

Dr Mahathir berkata, tindakan kerajaan itu adalah percubaan untuk menakut-nakutkan rakyat agar tidak mengkritik mereka.

Bercakap lanjut, Jalil berkata di bawah pentadbiran Najib beliau hanya pernah dipanggil bertemu Najib dan menteri dalam negeri pada masa itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Menurut Jalil, beliau dimarahi kerana menyiarkan "Surat dari penjara" yang ditulis Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam akhbar Sinar Harian.

"Mentaliti sesetengah menteri ini mereka fikir akhbar ini seperti akhbar yang dimiliki parti mereka," katanya.

Menurutnya, beliau digesa agar meletak jawatan dalam Sinar Harian atau "dipecat" – satu perkara yang tidak berlaku kerana Sinar Harian bukan dimiliki Umno.

"Sesetengah menteri ini tidak faham kedudukan kita dalam akhbar tersebut," katanya tanpa memperincikan siapa yang menggesa beliau untuk berbuat demikian.

"Walaupun kerajaan dilihat seperti menekan media tempatan, dalam kes saya ia masih OK.

"Orang kata di negara ini tiada kebebasan media sepanjang pengalaman Sinar Harian, saya gembira dengan situasi sekarang," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan berkata kerajaan meneladani Singapura apabila bertindak menggunakan saluran undang-undang untuk menekan media.

"Tindakan undang-undang (lawsuit) digunakan sebagai satu lagi lapisan untuk menekan media," katanya.

Malaysiakini sekarang berhadapan satu saman daripada Najib di atas kapasiti peribadinya berhubung penyiaran kompilasi komen pelanggan berita Malaysiakini.

Najib menamakan penerbit Malaysiakini, Mkini Dotcom Sdn Bhd; Ketua Pengarang Kumpulan, Gan dan bekas Ketua Pengarang, Fathi Aris Omar.

Penyaman bersama adalah Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh.

Mereka mendakwa kompilasi komen pembaca dalam "Yoursay" yang disiarkan pada 14 Mei, iaitu "A case of the PM reaping what he sows" dan "How much will Najib spend to keep Terengganu?", berunsur fitnah.

Kes tersebut akan didengar pada 26 Jun depan. – 12 Mei, 2015

Mat Sabu setuju Najib perlu kekal supaya SPRM siasat OLEH KC NAZARI

Posted: 12 May 2015 08:15 AM PDT

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dapat disiasat SPRM sepenuhnya, beliau perlu kekalkan jawatan, jika tidak siasatan akan berakhir sebaik beliau meletak jawatan.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dapat disiasat SPRM sepenuhnya, beliau perlu kekalkan jawatan, jika tidak siasatan akan berakhir sebaik beliau meletak jawatan.

Bimbang dengan amalan menghentikan siasatan rasuah terhadap pemimpin negara yang sudah meletak jawatan, timbalan presiden PAS berkata Datuk Seri Najib Razak perlu kekal sehingga penggalnya berakhir supaya beliau disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Di Malaysia, apabila seseorang itu sudah berhenti pihak SPRM juga berhenti menyiasatnya," kata Mohamad Sabu, mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak setuju dengan gesaan supaya perdana menteri berundur.

"Jadi di sini kewibawaan SPRM itu kita tak percaya. Sebab itu kita mahu beliau terus jadi PM," kata Mohamad, yang juga dikenali Mat Sabu, kepada The Malaysian Insider.

Hadi dipetik portal berita Mstar Online sebagai berkata, Najib yang akhir-akhir ini diserang hebat berikutan kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak perlu meletak jawatan.

"Saya bersetuju dengan beliau yang beliau tidak perlu meletakkan jawatan dan saya mesti katakan yang beliau seharusnya diberikan peluang untuk menghabiskan penggalnya."

Semalam, Majlis Tertinggi Umno dilaporkan menyatakan sokongan kuat untuk Najib, selepas dikritik hebat berikutan pendedahan pembelian tanah oleh Lembaga Tabung Haji daripada 1MDB pada harga RM188.5 juta. – 12 Mei, 2015.


The Malaysia Insider

SPRM diarah bayar RM600,000 kepada keluarga Teoh Beng Hock OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Posted: 12 May 2015 07:30 AM PDT


Keluarga Teoh Beng Hock menyaman 10 anggota pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan kerajaan Malaysia kerana cuai dan menggunakan kekerasan semasa mendiang dalam tahanan sehingga menyebabkan kematiannya pada 2009.

Keluarga Teoh Beng Hock menyaman 10 anggota pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan kerajaan Malaysia kerana cuai dan menggunakan kekerasan semasa mendiang dalam tahanan sehingga menyebabkan kematiannya pada 2009.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diarahkan membayar RM600,000 kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock selepas mengaku cuai sehingga menyebabkan kematiannya enam tahun lalu.

Peguam Gobind Singh Deo berkata, SPRM yang juga defendan dalam kes tuntutan saman itu turut diarahkan mahkamah untuk membayar RM60,000 sebagai bayaran kos.

Katanya, keluarga Teoh setuju dengan bayaran ganti rugi tersebut dan mereka berdiri teguh dengan keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini.

Mereka juga menuntut polis membuat siasatan lanjut dan membawa individu yang bertanggungjawab ke mahkamah, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Ini merupakan kemenangan besar kepada keluarga Teoh. Selepas 6 tahun memperjuangkan hak perundangan, mereka sekarang menerima pengakuan SPRM dan kerajaan yang bertanggungjawab di atas kematiannya.

"Kami akan terus mendesak polis bertindak dalam kes ini. Kami sudah melakukan segala yang mungkin dari segi undang-undang. Sekarang terpulang kepada polis melakukan apa yang perlu dan kami tidak akan berhenti menegakkan keadilan untuk Teoh," katanya.

Keluarga Teoh menyaman 10 anggota pegawai SPRM dan kerajaan Malaysia kerana cuai dan menggunakan kekerasan semasa mendiang dalam tahanan sehingga menyebabkan kematiannya pada tahun 2009.

Gobind yang juga Ahli Parlimen Puchong itu berkata, pihaknya mewakili Biro Guaman Nasional DAP mengambil kes Teoh secara percuma (pro bono) dan tidak mengambil sebarang bayaran daripada keluarga itu.

"Ini juga merupakan arahan daripada mendiang Karpal Singh, sebagai menghormati khidmatnya dalam kes ini sebelum beliau meninggal dunia tahun lalu," katanya.

Mahkamah Rayuan pada September tahun lalu mengetepikan keputusan koroner dalam inkues sebelum ini apabila memutuskan kematian Teoh bukan disebabkan bunuh diri, sebaliknya "seorang atau beberapa orang bertanggungjawab atas kematiannya".

Teoh yang ditemui mati pada 16 Julai 2009 di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, merupakan pembantu kepada Exco Selangor Ean Yong Hian Wah daripada DAP.

Mendiang sebelum itu dipanggil ke pejabat SPRM bagi merekodkan keterangan atas dakwaan salah guna dana awam ke atas majikannya.

Satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) juga dibentuk, yang memutuskan Teoh tidak dibunuh, sebaliknya membunuh diri kerana taktik soal siasat yang agresif digunakan 3 pegawai SPRM.

RCI itu bagaimanapun hanya memberi tumpuan kepada prosedur soal siasat SPRM dan bukannya menyiasat kematian Teoh. – 12 Mei, 2015.

Berita Teramat Sedih Buat Pendeposit Tabung Haji.. Saksikanlah

Posted: 12 May 2015 06:45 AM PDT



Penjualan Semula Tanah Tabung Haji Akan Mengalami Kerugian.. Ini Buktinya? Penjualan semula sebidang tanah Lembaga Tabung Haji (TH) yang dibeli dengan harga RM188.5 juta daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebulan lalu mungkin mengalami kerugian akibat kadar cukai baru yang diperkenalkan, kata ahli Parlimen PKR.

Semakan semula kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) yang diperkenalkan pada Bajet 2014 menyebabkan Tabung Haji perlu membayar cukai sehingga 30% daripada hasil jualan, tidak termasuk duti setem antara 3% hingga 5% daripada transaksi itu, kata Rafizi Ramli.

Setiausaha Agung PKR itu memberitahu The Malaysian Insider, Tabung Haji juga perlu menanggung kos guaman daripada jualan itu yang "kemungkinan besar" mendatangkan kerugian kepada Tabung Haji.

"Mereka perlu sangat telus mengenai syarat jualan ini," kata Rafizi.

Tabung Haji berkata, ia mampu mengaut keuntungan sekurang-kurangnya RM5 juta hasil jualan semula plot tanah seluas 0.63 hektar di Tun Razak Exchange (TRX) itu, sebuah kawasan kewangan baru yang akan dibangunkan 1MDB selaku pemaju utama.

Pembelian tanah oleh badan pengelola simpanan haji itu pada April lepas dibocorkan minggu lalu dan menimbulkan kebimbangan di kalangan pendeposit yang mencarum dalam dana simpanan berkenaan untuk membantu mereka mengerjakan haji.

Pembelian itu juga dikecam pemimpin dari kedua-dua belah parti politik, memandangkan 1MDB terkenal dengan bebanan hutang berjumlah RM42 bilion sekali gus membawa kepada spekulasi "bailout" untuk firma pelaburan milik kerajaan itu bagi melunaskan hutangnya.

Pakatan pembangkang turut mempersoalkan bagaimana tanah yang dibeli 1MDB pada harga RM64 sekaki persegi daripada kerajaan persekutuan 4 tahun lalu dijual kepada Tabung Haji dengan harga "terlalu tinggi" iaitu RM2,773 sekaki persegi.

Penjualan Semula Tanah Tabung Haji Akan Mengalami Kerugian.. Ini Buktinya?

Susulan tekanan daripada orang ramai, Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim pada sidang media Sabtu lalu berkata, atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Tabung Haji akan menjual semula tanah itu dengan memperoleh keuntungan sekurang-kurangnya RM5 juta.

"Kami akan mencari tanah lain untuk membuat pelaburan. Ini membuktikan plot tanah itu tidak sukar untuk dijual.

"Kami baru saja membeli tanah berkenaan dalam tempoh sebulan dan ia masih boleh beri keuntungan kepada kami," kata Azeez sambal menambah terdapat 3 pembeli berpotensi yang dipertimbangkan oleh lembaga pengarah Tabung Haji.

Rafizi bagaimanapun berkata beliau tidak percaya insentif cukai yang ditawarkan untuk pembangunan TRX akan memberi keuntungan kepada Tabung Haji dalam cubaannya menjual semula tanah berkenaan.

"Terdapat pengecualian cukai untuk cukai korporat, tetapi mereka masih perlu membayar CKHT," katanya.

Kadar CKHT yang baru diperkenalkan bertujuan membendung spekulasi pasaran hartanah.

Sementara itu, seorang pakar hartanah juga berkata, penjualan tanah lebih RM5 juta daripada harga belian tidak membawa sebarang hasil kepada Tabung Haji.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Zerin Properties Previndran Singhe sebaliknya mempersoalkan mengapa Tabung Haji mahu menjual semula tanah berkenaan sedangkan sebelum ini mereka mendakwa ia pelaburan yang baik.

"Saya sangka ia satu pelaburan yang baik. Mengapa mereka perlu menjualnya?" katanya.

Penjualan Semula Tanah Tabung Haji Akan Mengalami Kerugian.. Ini Buktinya?

Malah, Azeez sebelum ini mempertahankan pembelian itu dengan berkata Tabung Haji akan menghasilkan pulangan tahunan sebanyak 9%.

Katanya, cadangan asal membangunkan sebuah pangsapuri mewah di tapak itu mampu menjana keuntungan sebanyak RM180 juta dalam tempoh tiga tahun.

Previndran turut mempersoalkan jika 1MDB tidak memasukkan "klausa tidak menjual semula" ketika menjual tanah itu kepada Tabung Haji.

Beliau berkata, pemaju induk biasanya memasukkan satu klausa bagi mengelakkan rakan kongsi daripada menukar pemilikan tanah mereka atau menjualnya dengan cepat bagi mendapatkan keuntungan.

Tambahnya walaupun tiada klausa melarang menukar pemilikan untuk tempoh tertentu, ia biasanya berlaku sekurang-kurangnya dalam tempoh 2 atau 3 tahun.

Setakat ini, 1MDB mahupun Tabung Haji masih enggan menjelaskan kepada The Malaysian Insider mengenai klausa tukar hak milik tanah dan cukai yang akan dikenakan daripada hasil jualannya nanti.

1MDB yang diilhamkan Najib, kini menjadi sebuah syarikat paling banyak menanggung hutang kira-kira RM42 bilion dan mengalami masalah aliran tunai walaupun mendakwa mempunyai aset yang mencukupi untuk menampung hutangnya.

Najib yang juga menteri kewangan merupakan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

Beliau berdepan dengan kritikan cukup hebat termasuk desakan meletak jawatan berhubung kegagalan bersikap telus terhadap masalah yang dialami firma pelaburan itu.

1MDB dimiliki Kementerian Kewangan dan ditubuhkan dengan ekuiti sebanyak RM1 juta yang diberikan kerajaan ketika penubuhannya pada 2009.

Satu lagi dana berkanun kerajaan, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dilaporkan semalam turut bersetuju untuk membeli satu lagi plot tanah milik 1MDB di TRX.

The Star memetik sumber berkata, KWAP membeli tanah itu pada harga RM2,300 sekaki persegi.

Addin

[TERKINI] Inilah RESPON MENGEJUTKAN Seorang Pemandu Myvi | Selepas DIHERDIK "Myvi TAK GUNA" by Que Achmad

Posted: 12 May 2015 06:00 AM PDT

 
myvi
[TERKINI] Inilah RESPON MENGEJUTKAN Seorang Pemandu Myvi | Selepas DIHERDIK "Myvi TAK GUNA" | Kemarahan rakyat Malaysia terhadap 6 (Myvi FMC) masih belum reda dan seorang pengguna Myvi pula diserang dengan tohmahan negatif orang awam.


Bahana 6 MyVi itu kini terpalit sama ke atas semua pengguna Myvi yang lain.

baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
 Berikut antara respon MENGEJUTKAN oleh beberapa pemandu Myvi yang diherdik MYVI TAK GUNA oleh pengguna jalan lain… 
Mana tak terkejutnya, ingatkan depa kejar balik ke, baling steering lock ke.. Tapi balik rumah buat status Facebook hehe.. Familiar?
 
Shahirah Azman, meluahkan rasa kecewanya di laman Facebook yang dilemparkan dengan tohmahan pengguna kenderaan lain sewaktu dia sedang memandu di jalan raya.
fb-status
"Tadi saya memandu pada kelajuan 60 kilometer/sejam, saya buka tingkap semata-mata untuk menjimatkan minyak. … tiba-tiba ada kereta Perdana di sebelah saya dan jerit "Myvi tak guna". 
 
Sekarang saya berfikir apa salah yang saya lakukan," luahnya yang dikongsikan bersama di laman Myvi Club Malaysia (MCM).
Nick Fadhlie Shah, yang juga pengguna Myvi menasihatkan masyarat agar tidak menyasar dan menyalahkan pengguna Myvi di atas kejadian yang menimpa pasangan suami isteri dan bayi mereka yang berusia 6 bulan itu.

"Saya tidak faham, kenapa kereta #Myvi diviralkan? Saya juga pengguna Myvi tetapi saya tetap patuhi undang-undang jalan raya. 
 
Malah saya amat takut melanggar peraturan. Jangan kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga sehinggakan ada (pengguna) yang sanggup edit (ubah suai) gambar menggunakan "emoticon" #Troll untuk perli pengguna Myvi. 
 
Kejadian yang berlaku di Lebuhraya #Duke sangat menyayat hati tetapi bukan kami pengguna Myvi yang harus disasarkan dan dipersalahkan," luahnya. KREDIT THEHYPEMEDIA.
sumber: Gua Blog

Patutlah dalam apa hal pun yang melibatkan Najib dia diam!

Posted: 12 May 2015 05:15 AM PDT

Rupanya penyokong tegar Najib ada dalam PAS!

Atau adakah ini adalah stratergi politik supaya UMNO makin lemah di bawah Najib justeru memupuk sentimen rakyat untuk mempertikaikan Najib di dalam PRU14 nanti?

Hadi bercakap berkenaan demokrasi yang sihat? Sihatkah demokrasi dalam PAS? Najib Tak Perlu Letak Jawatan - Abdul Hadi Diterbitkan: Selasa, 12 Mei 2015.

PM Oleh: FIRDAOUS FADZIL

KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Najib Tun Razak perlu meneruskan tugasnya sebagai perdana menteri kerana beliau dipilih menerusi sistem yang adil, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Beliau tidak sepatutnya tunduk kepada desakan dan beliau seharusnya diberi peluang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

"Saya bersetuju dengan beliau yang beliau tidak perlu meletakkan jawatan dan saya mesti katakan bahawa beliau seharusnya diberikan peluang untuk menghabiskan penggalnya," katanya pada Selasa.

Abdul Hadi berkata, adalah sia-sia untuk mendesak perdana menteri supaya meletakkan jawatan berhubung kontroversi mengenai dakwaan penglibatan presiden Umno itu dengan 1malaysia Development Berhad (1MDB).

"Sesuatu yang memalukan apabila mendesak beliau supaya meletakkan jawatan kerana kita sepatutnya mengamalkan sistem demokrasi yang sihat," katanya.

Tambah Abdul Hadi, desakan Najib untuk meletakkan jawatan itu merupakan senario yang berlaku semasa kepimpinan perdana menteri terdahulu. "Ini bukan perkara baharu.

Sebelum 1MDB, kita juga berhadapan dengan masalah Perwaja (Steel Sdn Bhd) dan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), sekadar menyebut beberapa nama," katanya.

MUNGKIN PENDAP[AT TGHH Awang -  Jika Najib masih menjadi Perdana Menteri,  lebih senang untuk Pakatan Rakyat menumbangkan BN pada PRU 14.


Posted by mountdweller

Tuesday, May 12, 2015 Patutlah dalam apa hal pun yang melibatkan Najib dia diam! Rupanya penyokong tegar Najib ada dalam PAS! Atau adakah ini adalah stratergi politik supaya UMNO makin lemah di bawah Najib justeru memupuk sentimen rakyat untuk mempertikaikan Najib di dalam PRU14 nanti? Hadi bercakap berkenaan demokrasi yang sihat? Sihatkah demokrasi dalam PAS? Najib Tak Perlu Letak Jawatan - Abdul Hadi Diterbitkan: Selasa, 12 Mei 2015 1:20 PM Oleh: FIRDAOUS FADZIL KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Najib Tun Razak perlu meneruskan tugasnya sebagai perdana menteri kerana beliau dipilih menerusi sistem yang adil, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. "Beliau tidak sepatutnya tunduk kepada desakan dan beliau seharusnya diberi peluang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya. "Saya bersetuju dengan beliau yang beliau tidak perlu meletakkan jawatan dan saya mesti katakan bahawa beliau seharusnya diberikan peluang untuk menghabiskan penggalnya," katanya pada Selasa. Abdul Hadi berkata, adalah sia-sia untuk mendesak perdana menteri supaya meletakkan jawatan berhubung kontroversi mengenai dakwaan penglibatan presiden Umno itu dengan 1malaysia Development Berhad (1MDB). "Sesuatu yang memalukan apabila mendesak beliau supaya meletakkan jawatan kerana kita sepatutnya mengamalkan sistem demokrasi yang sihat," katanya. Tambah Abdul Hadi, desakan Najib untuk meletakkan jawatan itu merupakan senario yang berlaku semasa kepimpinan perdana menteri terdahulu. "Ini bukan perkara baharu. Sebelum 1MDB, kita juga berhadapan dengan masalah Perwaja (Steel Sdn Bhd) dan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), sekadar menyebut beberapa nama," katanya. Posted by mountdweller a

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Tuesday, May 12, 2015 Patutlah dalam apa hal pun yang melibatkan Najib dia diam! Rupanya penyokong tegar Najib ada dalam PAS! Atau adakah ini adalah stratergi politik supaya UMNO makin lemah di bawah Najib justeru memupuk sentimen rakyat untuk mempertikaikan Najib di dalam PRU14 nanti? Hadi bercakap berkenaan demokrasi yang sihat? Sihatkah demokrasi dalam PAS? Najib Tak Perlu Letak Jawatan - Abdul Hadi Diterbitkan: Selasa, 12 Mei 2015 1:20 PM Oleh: FIRDAOUS FADZIL KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Najib Tun Razak perlu meneruskan tugasnya sebagai perdana menteri kerana beliau dipilih menerusi sistem yang adil, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. "Beliau tidak sepatutnya tunduk kepada desakan dan beliau seharusnya diberi peluang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya. "Saya bersetuju dengan beliau yang beliau tidak perlu meletakkan jawatan dan saya mesti katakan bahawa beliau seharusnya diberikan peluang untuk menghabiskan penggalnya," katanya pada Selasa. Abdul Hadi berkata, adalah sia-sia untuk mendesak perdana menteri supaya meletakkan jawatan berhubung kontroversi mengenai dakwaan penglibatan presiden Umno itu dengan 1malaysia Development Berhad (1MDB). "Sesuatu yang memalukan apabila mendesak beliau supaya meletakkan jawatan kerana kita sepatutnya mengamalkan sistem demokrasi yang sihat," katanya. Tambah Abdul Hadi, desakan Najib untuk meletakkan jawatan itu merupakan senario yang berlaku semasa kepimpinan perdana menteri terdahulu. "Ini bukan perkara baharu. Sebelum 1MDB, kita juga berhadapan dengan masalah Perwaja (Steel Sdn Bhd) dan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), sekadar menyebut beberapa nama," katanya. Posted by mountdweller a

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Dr Mahathir masih simpan peluru akhir untuk "kill" Najib?

Posted: 12 May 2015 04:30 AM PDT


Jika diumpamakan gempa bumi yang melanda "negeri" Najib Razak kini, ia berlaku dalam skala Richter yang besar juga yang boleh menghasilkan tsunami. Kedudukan Najib kini bergoyang dan segala isu yang dimainkan memeningkan perdana menteri itu. Ada petunjuk dan lakar wajah yang beliau dalam kerisauan dan isterinya juga loya-loya bukan kerana hamil.

Mahathir masih ada peluru.
Sokongan yang diminta dari rakyat, pimpinan dalam parti Umno, badan-badan bebas atau atau NGO pengampu, atau pun jeritan sokongan oleh pemimpin tertentu, serta laungan sokong menteri musang berjanggut, tidak memberi kelegaan sebenar kepada Najib.

Najib boleh tidur tetapi lenanya tidak ada. Kaki dan tangannya sering tersentak. Dan pertanyaan selama mana dia akan bertakhta di kerusi PM sering bermain dalam kepalanya. Waktu ini Najib sedang mencari detik dan tarikh keramat untuk bersara.

Mesyuarat MT Umno semalam yang didakwa telah menyatakan sokongan padu kepadanya, hanya sebuah lakonan sementara sahaja atau kain langsir yang carik yang tidak dapat memagari permasalahan dalam Umno seluruhnya. Mesyuarat dan dakwaan kononnya ahli Umno berdiri di belakangnya hanya ilusi semata-mata. Najib kini bersadar kepada penyokong yang membawa rebah.

Perhimpunan 11 Mei sempena ulang tahun kelahiran Umno malam tadi juga tidak membawa apa-apa makna dan erti kepda Najib dalam keadaan goyah dan goyang begitu. Ahli Umno melaung "sokong, sokong" tetapi hati mereka berbelah bahagi. Isu-isu semasa yang didedahkan bukan saja merungsingkan Najib tetapi memalukan sekalian ahli Umno.

Serangan akan terus ditala kepada Najib. Untuk beberapa hari ini sementara Dr Mahathir Mohamad berada di Makkah, memberi sedikit kelegaaan dan peluang kepada Najib. Dengan waktu tersisa, bolehlah Najib menyusun langkah dan strategi untuk berdepan dengan serangan kepadanya. Mana-mana fail sulit yang tersimpan di pejabatnya bolehlah dilupuskan atau dibawa keluar sebelum kiamat berlaku.

Saya mengira Dr Mahathir tidak akan berhenti. Pemergiannya ke Makkah bukan menimbulkan keinsafan untuk bersalaman dan memaafi Najib dan mendamaikan Umno. Dr Mahathir masih ada peluru terakhir untuk dicampak kepada Najib. Peluru ini merupakan paku terakhir keranda Najib.

Apakah peluru itu? Saya tetap yakin ianya adalah berkaitan dengan isu Altantuya Shaariibbu. Satu masa sebelum Abdullah Ahmad Badawi turun dari kerusi perdana menteri, Mahathir ada menerima laporan lengkap mengenai isu Altantuya daripada salah seorang kuasa usaha Mongolia. Mahathir mulanya bercadang akan gunakan laporan itu untuk menjatuhkan Abdullah, tetapi Abdullah bertindakan awal mengelakkan laporan itu diedahkan dengan mengambil keputusan berundur.

Selain Mahathir, ada dua lagi person dikatakan menerima laporan berkenaan. Bagaimana pun laporan yang dianggap akurat mengenai tragedi itu tidak pernah didedahkan.

Apakah peluru terakhir mengenai Altantuya itu merupakan laporan berkenaan? Sekiranya Mahathir mendedahkan laporan ini, ia bukan sahaja mengheret Najib Razak, tetapi ia juga akan berkaitan dengan Abdullah Ahmad Badawi dan seorang bekas kuasa usaha Mongolia berasal dari Malaysia itu. Kisah Altantuya tidak akan pernah ada kesudahan, kerana Altantuya masih hidup?

Kita tunggu dan Mahathir seperti juga Anwar Ibrahim tidak akan pernah mengaku kalah dan tidak pernah mengaku salah. [wm.kl.9:17 am 12/05/15]


Posted by mso.im

Selepas Tabung Haji, KWAP Pula.. Mana Suara KJ ?

Posted: 12 May 2015 03:45 AM PDT

 
[sinar]- Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar perlu menjadi suara Umno yang menuntut ketelusan dalam pengurusan 1Malaysia Developement Berhad (1MDB). 

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, antara desakan yang perlu disuarakan termasuk penyenaraian kesemua urusniaga dengan 1MDB termasuk pegangan bon, pemberian pinjaman, pembelian tanah dan apa-apa urusniaga yang pernah dirundingkan dengan 1MDB. 

"Saya mencabar Khairy menjadi suara di dalam Umno yang menuntut ketelusan ini. Sekiranya beliau tidak mendapat jawapan yang memuaskan seperti yang dikehendaki di dalam penyenaraian urusniaga pengurusan TH, KWAP, KWSP, LTAT dan PNB, maka wajarlah beliau mengambil langkah berprinsip meletakkan jawatan dari Kabinet," katanya seperti yang dipetik menerusi satu kenyataan hari ini. 
 

Dalam kenyataan sama, Rafizi turut mengutuk tindakan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) iaitu tabung pencen negara yang dilaporkan turut membeli tanah di Tun Razak Exchange dari 1MDB. 

"Pembelian tanah tersebut, walaupun dilaporkan pada harga yang lebih murah dari yang dibayar Tabung Haji (TH) adalah satu lagi bentuk suntikan dana untuk menyelamatkan ("bail out") 1MDB," katanya. 

"Tanah-tanah yang dibeli oleh TH dan kini KWAP adalah tanah milik Kerajaan Persekutuan. Malah, tanah yang dibeli oleh TH pada mulanya dikhususkan untuk Tabung Hartanah Bumiputra tetapi akhirnya diberikan kepada 1MDB pada harga yang cukup murah," ujar Rafizi lagi. 

Dakwanya, Kerajaan Persekutuan bukan sahaja hilang tanah-tanah ini tetapi rugi besar apabila 1MDB mengaut keuntungan atas angin dalam urusan penjualan tanah-tanah tersebut. 

"Keuntungan atas angin yang dikaut oleh 1MDB ini akhirnya digunakan untuk membayar faedah-faedah bernilai ratusan juta ringgit yang terpaksa dibayar beberapa kali setahun sedangkan dana asal yang dipinjam sebanyak RM42 bilion itu tidak diketahui ke mana perginya. 

"KWAP sudah pun meminjamkan RM4 bilion kepada sebuah anak syarikat 1MDB dalam tahun 2011 dan laporan kewangan terkini yang diaudit menyatakan bahawa sejumlah RM3.1 bilion adalah pelaburan yang juruaudit tidak mempunyai sebarang maklumat," katanya lagi. 

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya sebarang urusniaga membeli tanah-tanah Kerajaan Persekutuan yang diberikan pada harga yang rendah kepada 1MDB adalah satu tindakan menyelamatkan ("bail out") 1MDB dihentikan segera.



IdaMan.

Apa Kata Dato Hamidah Osman Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng ?

Posted: 12 May 2015 03:00 AM PDT

 Datuk Hamidah Osman

Najib Kena Terima Realiti 1MDB Telah Menyebabkan Kepercayaan Rakyat Terhadap Umno Terjejas Kata Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng Datuk Hamidah Osman.

Datuk Hamidah Osman, Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng [sinar]- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menerima realiti isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah menyebabkan kepercayaan rakyat terhadap Umno terjejas. 

Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman berkata, kemelut 1MDB termasuk kontroversi pembelian asetnya oleh Lembaga Tabung Haji (LTH) menyebabkan ahli akar umbi dan rakyat resah dengan kredibiliti pentadbiran negara. 

"Saya rasa tidak perlu cakap apa-apa, semua orang merasai bagaimana isu ini meletakkan Umno dalam satu keadaan yang mencabar. 

"Kita lihat realiti hari ini, kita jangan hidup dalam penafian," katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian Najib yang tidak akan meletakkan jawatan selagi mendapat sokongan rakyat. 

Hamidah berkata, sebagai seorang pemimpin yang benar sayangkan parti, Najib perlu melihat perkara itu dengan serius. 

Katanya, isu tersebut menyebabkan rakyat dan ahli Umno diletakkan dalam suasana getir. 

"Memasuki 69 tahun Umno ini, kita mengharapkan Umno terus mencapai kecemerlangan di puncak kejayaan," katanya.


IdaMan -
Najib Kena Terima Realiti 1MDB Telah Menyebabkan Kepercayaan Rakyat Terhadap Umno Terjejas Kata Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng Datuk Hamidah Osman Datuk Hamidah Osman, Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng [sinar]- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menerima realiti isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah menyebabkan kepercayaan rakyat terhadap Umno terjejas. Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman berkata, kemelut 1MDB termasuk kontroversi pembelian asetnya oleh Lembaga Tabung Haji (LTH) menyebabkan ahli akar umbi dan rakyat resah dengan kredibiliti pentadbiran negara. "Saya rasa tidak perlu cakap apa-apa, semua orang merasai bagaimana isu ini meletakkan Umno dalam satu keadaan yang mencabar. "Kita lihat realiti hari ini, kita jangan hidup dalam penafian," katanya ketika dihubungi, semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian Najib yang tidak akan meletakkan jawatan selagi mendapat sokongan rakyat. Hamidah berkata, sebagai seorang pemimpin yang benar sayangkan parti, Najib perlu melihat perkara itu dengan serius. Katanya, isu tersebut menyebabkan rakyat dan ahli Umno diletakkan dalam suasana getir. "Memasuki 69 tahun Umno ini, kita mengharapkan Umno terus mencapai kecemerlangan di puncak kejayaan," katanya.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Azeez tidak guna kedudukan untuk berpolitik Mohamad Fadli

Posted: 12 May 2015 02:15 AM PDT

 

Sejak dilantik Pengerusi TH pada 1 Julai 2013, matlamat Azeez hanya mahu bekerja untuk ummah.

Azeez-Abdul-Rahim_1mdb_lth_600KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengaku beliau tidak menggunakan kedudukannya dalam Lembaga Tabung Haji (TH) untuk bermain politik.

Sejak dilantik sebagai Pengerusi TH pada 1 Julai 2013, Azeez berkata matlamatnya hanyalah satu iaitu bekerja untuk ummah.

Sehubungan itu, beliau merayu orang ramai tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang mendakwa beliau menggunakan kedudukkannya untuk berpolitik.

"Saya merayu jangan terpedaya dengan dakyah permainan politik. Saya tak pernah bermain politik dalam TH.

"Sejak jadi pengerusi TH pada 1 Julai 2013, saya buat untuk semua untuk ummah dan tidak berfikir untuk bermain politik," katanya selepas menghadiri perjumpaan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dengan Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin.


Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Parlimen Baling itu berkata, isu TH telah dibincangkan dalam mesyuarat UMNO dan diterima baik oleh MT.

"Di dalam MT, saya sudah buat penjelasan pada semua rakan-rakan dan Alhamdulillah mereka terima dan beri pandangan yang membina," katanya.

Azeez juga menegaskan tidak ada unsur kerugian dan penipuan dalam jual beli tanah 1MDB.

Katanya, banyak pihak yang berminat untuk membeli tanah TH di Tun Razak Exchange (TRX) yang dibeli daripada 1MDB dengan harga RM188.5 juta.

Beliau menegaskan, buat masa ini TH sedang menyediakan proses tender terbaik bagi pihak yang berminat membeli tanah itu.

TH membuat keputusan menjual balik tanah yang dibeli daripada 1MDB atas nasihat oleh Najib, selepas kontroversi pembelian yang dikaitkan dengan cubaan untuk 'bail out' 1MDB.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang memetik laporan The Edge sebelum ini mendakwa nilai tanah yang dibeli TH hampir sama nilai hutang yang perlu dibayar 1MDB dalam tempoh terdekat.


- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa.

Zam jangan jadi batu api...?? FMT Reporters

Posted: 12 May 2015 01:15 AM PDT

 http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/05/zam-batu-api.jpg

Bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia didakwanya memungkiri janji untuk berhenti menulis mengenai politik semasa.

zam batu api

PETALING JAYA: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin diminta menghentikan tulisan yang memecah belahkan parti.

Desakan itu dibuat Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii.
Katanya, dalam artikel yang ditulisnya, ada sahaja ayat yang menguji kesabaran UMNO.

"Kepada Pak Cik Zam, gunakanlah pengalaman untuk perkuatkan ukhwah dalam UMNO. 

Kongsikanlah ilmu yang baik untuk digunakan ke jalan yang benar. Tak perlu menulis untuk terus menerus menghuru-harakan UMNO", nasihatnya.

Jelas Razlan, apa yang ditulis Zainuddin atau lebih dikenali dengan Zam bercanggah dengan kenyataannya sebelum ini, di mana beliau satu ketika pernah berjanji untuk berhenti menulis mengenai politik semasa.

Bagaimanapun, bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia didakwanya memungkiri janji dan kembali meneruskan hobinya dengan menulis artikel berkaitan.


- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/

Zam jangan jadi batu api

 | May 12, 2015
Bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia didakwanya memungkiri janji untuk berhenti menulis mengenai politik semasa.
zam batu api
PETALING JAYA: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin diminta menghentikan tulisan yang memecah belahkan parti.
Desakan itu dibuat Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii.
Katanya, dalam artikel yang ditulisnya, ada sahaja ayat yang menguji kesabaran UMNO.
"Kepada Pak Cik Zam, gunakanlah pengalaman untuk perkuatkan ukhwah dalam UMNO. Kongsikanlah ilmu yang baik untuk digunakan ke jalan yang benar. Tak perlu menulis untuk terus menerus menghuru-harakan UMNO", nasihatnya.
Jelas Razlan, apa yang ditulis Zainuddin atau lebih dikenali dengan Zam bercanggah dengan kenyataannya sebelum ini, di mana beliau satu ketika pernah berjanji untuk berhenti menulis mengenai politik semasa.
Bagaimanapun, bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia didakwanya memungkiri janji dan kembali meneruskan hobinya dengan menulis artikel berkaitan.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/05/12/zam-jangan-jadi-batu-api/#sthash.8JQewkOR.dpuf