Ahad, 10 Mei 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Saya terhutang budi pada Sabah, kata Najib

Posted: 10 May 2015 11:00 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Sabah mempunyai potensi besar dan BN mesti memastikan Sabah mendapat pembangunan yang seimbang sebagai menghargai jasa rakyatnya kepada BN. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Mei, 2015.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Sabah mempunyai potensi besar dan BN mesti memastikan Sabah mendapat pembangunan yang seimbang sebagai menghargai jasa rakyatnya kepada BN.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Sabah mempunyai potensi besar dan BN mesti memastikan Sabah mendapat pembangunan yang seimbang sebagai menghargai jasa rakyatnya kepada BN.

"Saya terhutang budi pada Sabah," kata Datuk Seri Najib Razak.

"Saya pernah berkata Sabah adalah 'simpanan tetap' Barisan Nasional (BN). Bagi saya, Sabah tetap simpanan tetap BN," kata perdana menteri ketika melancarkan Projek Perumahan Rakyat di Kota Belud hari ini.

Beliau berkata, Sabah mempunyai potensi besar dan BN mesti memastikan Sabah mendapat pembangunan yang seimbang sebagai menghargai jasa rakyat Sabah kepada BN.

Najib berkata, sejak menjawat jawatan perdana menteri 6 tahun lalu, beliau meluluskan banyak peruntukan dan projek besar di negeri ini kerana beliau benar-benar mahu melihat landskap Sabah terus berubah.

"Saya akan banyak datang melawat Sabah lagi khususnya di kawasan luar bandar. Rakyat di luar bandar cukup setia kepada Umno dan BN. Sudah pasti kerajaan BN yang mereka (penduduk luar bandar) sokong ini akan terus bela mereka," katanya.

Najib turut kagum dengan kebolehan pemimpin yang dipilih daripada kalangan masyarakat Sabah.

"Ada orang nak 'cairkan' 'simpanan tetap' BN. Tetapi kita ada banyak 'panglima' (pemimpin-pemimpin dari Sabah) yang berani, tetap pendirian dan tidak goyah," katanya.

Beliau memuji, antaranya, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang mempunyai semangat luar biasa dalam membangkitkan kemahuan rakyat di negeri ini; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang berupaya berpidato secara intelek; dan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said, yang mempunyai pemikiran yang tajam dan berani menyuarakan pendapat.

Beliau turut melahirkan kekaguman terhadap Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat. – Bernama


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa

Semua parti komponen BN beri sokongan penuh kepada Najib, kata Musa

Posted: 10 May 2015 10:30 PM PDT


Sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan daripada Umno sahaja, sebaliknya sokongan padu dizahirkan semua parti komponen Barisan Nasional (BN) di Sabah, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman (gambar, kanan).

Beliau berkata, sokongan padu terhadap pemimpin nombor 1 negara itu disuarakan pemimpin parti komponen BN semasa perbincangan mereka baru-baru ini.

"Saya berbincang dengan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan beliau menyatakan sokongan padu terhadap Najib.

"Begitu juga dengan presiden parti komponen lain. Mereka turut menyuarakan sokongan tidak berbelah bagi terhadap perdana menteri," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Solidariti Rakyat Sabah Bersama Perdana Menteri di Padang Bandaran Tawau, di Tawau hari ini.

Musa juga berkata, semua pemimpin parti komponen BN di negeri ini sentiasa bekerjasama dan bersatu hati terhadap sesuatu perkara, termasuk untuk menyelesaikan sekiranya ada masalah yang timbul.

"Walaupun kadang-kadang ada permasalahan, kita akan bekerjasama dan berbincang untuk cuba mencari jalan penyelesaian... tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan," katanya.

Pada masa sama Musa meminta semua rakyat Sabah terus memberi sokongan dan sentiasa berdiri teguh di belakang pucuk pimpinan negara.

"Kerajaan memberi banyak peruntukan kepada Sabah termasuk peruntukan besar kepada Kawasan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), demi menjaga keselamatan di negeri ini.

"Oleh itu kita perlu bersyukur, setia dan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada perdana menteri yang sentiasa prihatin, demi kesejahteraan seluruh rakyat Sabah," katanya.

Antara yang turut hadir dalam perhimpunan itu, 3 timbalan ketua menteri Sabah iaitu Pairin, Datuk Seri Yahya Hussin dan Datuk Raymond Tan Shu Kiah; Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan; Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, dan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri. – Bernama, 10 Mei, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

TERKINI !! Zam dakwa Najib akan dinasihat berundur HARI INI - Khairil Ashraf

Posted: 10 May 2015 09:51 PM PDT

 
najib-umnoMajlis Tertinggi UMNO akan menasihatkan Najib supaya berundur secara ikhlas, bersopan dan beradab pada mesyuarat petang ini.

PETALING JAYA : Majlis Tertinggi UMNO yang akan bermesyuarat pada petang ini akan menasihatkan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berundur sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Dakwaan itu dibuat oleh bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin dalam entri terbarunya di blog zamkata.blogspot.com

Beliau berkata, Majlis Tertinggi UMNO akan memaklumkan kepada Najib bahawa Perdana Menteri tidak lagi mendapat sokongan rakyat di peringat bawah selain ahli parti sendiri.

"Maklumat yang saya terima pada keseluruhannya anggota MKT (Majlis Kerja Tertinggi) telah pun menerima hakikat bahawa Najib tidak lagi mendapat sokongan rakyat di bawah terutama dalam parti sendiri.

"Dan mereka mungkin akan memberitahu Najib secara ikhlas, bersopan dan beradab dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO petang ini," tulis Zam.

Sementara itu, Zainuddin menyeru umat Islam bersama-sama menyertai doa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Mekah supaya Najib berundur.

"Marilah kita bersama-sama menyertai doa mantan Perdana Menteri di tanah suci Mekah agar Allah membuka hati Najib secara bijaksana berundur diri dan meletakkan jawatan pada masa yang sesuai bagi menyelamatkan maruah bangsa, agama dan negara," tulisnya.

Zainuddin memaklumkan Dr Mahathir berlepas ke Mekah bagi mengerjakan umrah pada Ahad.

Najib Akan Membuat Kejutan Petang Nanti !

Posted: 10 May 2015 09:30 PM PDT


 
 
Bukan meletak jawatan. Sebaliknya satu kejutan. Ya, kejutan. Yang pasti Mahathir sedang bersedia dengan KEJUTAN yang bakal dilakukan oleh Najib.
Tungguuuuu..

(Rujuk gambar dibawah)

Baca ;

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka sekali lagi akan membuat penjelasan terhadap isu dan kritikan yang dibangkit Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin ini.

Pendekatan yang digunakannya juga akan berbeza berbanding kemunculannya dalam program khas Soal Jawab bulan lalu, di mana kali ini, beliau dikatakan tidak lagi mengambil langkah mempertahankan diri sebaliknya turut menyerang bekas Perdana Menteri itu.

Spekulasi itu ditulis penulis blog Merah Tinta MSO dalam entrinya pada Sabtu.

"Dalam pada itu ada juga maklumat yang Najib akan membuat pengumuman penting pada Isnin ini. "Tunggulah ada sesuatu kejutan daripada Najib."

"Sumber itu juga menyebut Najib akan mula menjawab Mahathir secara terbuka, opensif. Terbuka dimaksudkan Najib akan mendedahkan apa yang Mahathir lakukan selama 22 tahun menjadi PM", tulisnya.

Dalam entri berkenaan dia turut membangkitkan tanda tanya, apakah pengumuman itu membabitkan kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun, Merah Tinta MSO memaklumkan sumber yang rapat dengannya tidak memberi jawapan dan dia beranggapan apa yang ingin disampaikan Najib pada Isnin amat penting dan mungkin ada kejutan dalam UMNO.

"Jika diukur dengan sikap diambil timbalannya kini, Muhyiddin Yassin, ada munasabahnya kalau Najib mengumumkan sesuatu yang mengejutkan. 
 
Muhyiddin telah melahirkan rasa bingung dan kesal terhadap isu yang sedang menghangat kini. Rasa bingung dan kesal itu tentulah kepada Najib.

"Bukan itu sahaja, edah untuk Najib telah pun tamat. 
 
Sebelum Mahathir katanya memberi tempoh untuk Najib berfikir meletakkan jawatan selepas selesai laki Rosmah anak Razak itu menguruskan perkahwinan anaknya.

Katanya Najib telah setuju dengan pelan penurunannya dari kerusi PM, tetapi minta tangguh kerana dia tidak mahu jadi seperti bekas MB Terengganu Ahmad Said, dimana berkenduri kahwin anak berlangsung tanpa jawatan MB. 
 
Najib, sebenarnya Rosmah yang mahukan kenduri anaknya diraikan sebagai kenduri negara" tulisnya.

Selaku orang kedua terpenting, Muhyiddin dikatakan semakin tidak senang dengan Najib kerana beberapa isu yang berlegar seperti 1MDB dan pembelian tanah oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

Timbalan Presiden UMNO itu sebelum ini dikatakan sudah memberi amaran agar wang awam tidak digunakan untuk menyelamatkan 1MDB.

Ia bagaimanapun tidak diendahkan, sebaliknya Najib terus memberi suntikan hampir RM100 juta kepada 1MDB.

"Muhyiddin juga sudah mengeluh kenapa mereka yang terlibat sehingga syarikat pelaburan itu menanggung kerugian sehingga RM42 billion tidak dikenakan apa-apa tindakan atau didakwa atau pun ahli lembaga pengarahnya dipecat. 
 
Keluhan Muhyiddin itu menggambarkan TPM itu juga sudah naik meluat kepada pentadbiran bosnya. 
 
Sebenarnya serangan hendap Muhyiddin ke atas Najib sudah pun bermula" tulis Merah Tinta MSO.

Tabung Haji: Mufti Perlis desak mereka yang terlibat dibawa ke mahkamah !!

Posted: 10 May 2015 09:00 PM PDT


KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa supaya pihak yang terbabit dalam urusan pembelian sebidang tanah bernilai RM188.5 juta oleh Lembaga Tabung Haji (TH) dibawa ke mahkamah pengadilan.

Dalam tulisan di laman Facebook peribadinya, Dr Mohd Asri berkata satu perbicaraan yang mengembalikan hak rakyat jelata hendaklah dilaksanakan.


Katanya, golongan agama tidak boleh mengambil sikap berdiam diri dalam hal ini kerana apa yang berlaku boleh menjatuhkan maruah umat Islam dalam negara ini.

"Di sinilah tanggungjawab amar makruf dan nahy munkar mesti ditunaikan.

"TH menjadi salah satu dari lambang ekonomi umat Islam. Apa yang berlaku ini benar-benar boleh menjatuhkan maruah umat Islam dalam negara ini," tulis beliau.

Dr Mohd Asri berharap semoga satu siasatan telus yang dapat membawa pihak yang mengkhianati amanah rakyat ke muka pengadilan. - Astro Awani

SABAH TERKAYA TETAPI SABAHAN TERMISKIN DI MALAYSIA ( kenapa demikian ya?)

Posted: 10 May 2015 08:30 PM PDT

Ismaily Bungsu C's photo.

SABAH/SABAHAN cukup bertuah sekali kerana Allah anugerahi kekayaan yang melimpah. Pengeluar utama sawit, getah dan koko.

Lagi hebat punya minyak dan gas yang berbilion di perut bumi Sabah dan dikira tidak akan habis diguna oleh berpuluh keturunan mendepan.

memang sabahan/sabah amat bertuah sekali.

Kalau dikira cantik, Sabah memang negeri tercantik dan gadis dusun menarik dan memikat mudah terpesona kesan senyum yang cukup menambat hati sesiapapun yang singgah di tanah bawah bayu gunung tertinggi namanya kinabalu.

Sabah juga no dua penyumbang cukai terbanyak di Malaysia dan kalau dikira semua anugerah Allah untuk anak2 sabah dan warisan cucu cicit.

Lebih menarik meski pelbagai suku bangsa dan beda agama serta budaya pelbagai semuanya hidup dalam aman bahagia yang kekadang dalam satu famili punya pelbagai agama ada islam, ada kristen tetapi semuanya hidup saling berkasih sayang sesama dan agama tak pernah jadi masalah.

TETAPI sedih sangat sekali. kenapa ya?

Meski Allah anugerahi segala macam kekayaan dan kecantikan serta hidup harmoni baik budi bahasa aneh bin ajaib Sabahan dikatakan TERMISKIN sekali di Malaysia.

Kenapa jadi demikian? tak terkata untuk menjelaskan hakikat ini dan mari kita bincang sama.


ISMAILY BUNGSU
sabah
10 mei, 2015
9:20pm
 

Najib Perlu Berkata Benar KEPADA RAKYAT !!

Posted: 10 May 2015 08:00 PM PDT

Tidak pernah berlaku di dalam sejarah negara di mana Perdana Menteri menjadi sasaran kritikan bertali arus seperti yang disaksikan hari ini.

Semua pihak samada pro-kerajaan atau anti-kerajaan mendesak perdana menteri menjawab pelbagai persoalan yang ditimbulkan.

Apa yang mengejutkan ialah PM di dalam jawapannya, seakan lari dari isu dan menjawab bahawa beliau melakukan segalanya bagi mentadbir negara sebaik mungkin. 

Najib mempunyai tugas kepada negara dan rakyat bagi memberi jawapan tepat dan jelas tentang semua persoalan. Terdapat pelbagai perkara yang terjadi bercanggah dengan kenyataannya.

Sukar bagi rakyat mempercayai Najib kerana penjelasan yang diberinya berbeza dengan keadaan sebenar. Pemimpin Umno Baru mungkin menyokongnya, tetapi beliau perlu memiliki kredibiliti sendiri. 

Najib perlu yakinkan rakyat bahawa beliau berkata benar. Ini soal kepercayaan dan keyakinan terhadapnya.


(Kredit to: Sdr Ahmad Mustapha Hassan)
 

SAHIH KE SURAT TERBUKA INI..???

Posted: 10 May 2015 07:30 PM PDT


Surat terbuka kepada YAB Perdana Menteri Merangkap Presiden Umno, Dato ' Sri Hj . Najib Bin Hj. Tun Abdul Razak. 

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum Dato ' Sri,

Sesungguhnya saya sebagai ahli Umno merasakan yang perkhidmatan Dato Sri tidak lagi diperlukan bukan kami hendak menghina Dato ' Sri tetapi kami rasakan lebih baik Dato ' Sri berundur secara kehormat sebelum PRU14 nanti demi memberi nafas baru kepada Umno. 


Umno ketika ini sudah semakin lemah dari segi sokongan orang melayu mahupun dari sokongan pengundi2 komponen BN terutama parti berteraskan bangsa cina dan india.

Jikalau Dato ' Sri betul2 sayangkan Umno dan Barisan Nasional maka jalan yang terbaik Dato ' Sri berundur lah. 


Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang teramat kepada Dato ' Sri yang telah juga banyak berjasa kepada kami namun disebabkan liabiliti yang teramat besar dan kuat untuk kami tanggung jadi jalan yang terbaik ialah Dato ' Sri berundur.

Bantu lah kami supaya menjadi kuat semula dengan Dato ' Sri berhenti. 


Saya tidak mahu cerita terlebih lanjut atau secara terperinci nanti Dato ' Sri tidak mengaku dan saman saya mana mampu nak bayor. 

Demi Agama, Bangsa dan Negara,

Syed Rosli Jamalullail,

Ketua Penerangan Cawangan merangkap Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan Umno,
Pusat Bandar Taman Chempaka, Bahagian Pandan, Selangor.

Pendeposit Serbu Tabung Haji Untuk Tutup Akaun

Posted: 10 May 2015 07:00 PM PDT


Sekumpulan pemegang akaun Tabung Haji (TH) hari ini bertindak mengeluarkan wang simpanan mereka daripada badan penyimpan wang bakal haji itu, sebagai membantah keputusannya membeli tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti didedahkan baru-baru ini.

Mereka juga menyatakan hilang kepercayaan dengan TH, dan menuntut pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Rahim meletakkan jawatan.

"Kami akan masukkan balik duit ini selepas Datuk Azeez meletakkan jawatan sebagai pengerusi," kata Mohd Hilmi Radzuan yang mengetuai kumpulan ini, ketika ditemui di perkarangan kaunter TH di Anggerik Mall, Shah Alam pagi tadi.

Azeez sebelum ini menafikan dakwaan beberapa blog mengenai pembelian itu, tetapi kemudiannya mendakwa kesilapan komunikasi selepas pengesahan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Haji Datuk Johan Abdullah.
Hilmi berkata tindakannya mengeluarkan wang merupakan signal daripada rakyat Malaysia agar TH tidak dikuasai kelompok yang menjaga kepentingan politik mereka daripada pendepositnya.
Seorang lagi penyimpan, Danial Al-Rashid Haron Aminar berkata beliau hilang kepercayaan kepada TH sejak timbul isu pembelian tanah 1MDB ini.

Danial, yang merupakan anak bekas pelakon Allahyarham Haron Salim Bachik, mahu TH dikembalikan kepada tujuan asalnya dan tidak dikuasai orang politik.

"Sebelum ni ok je. Bagi saya, Azeez kena letak jawatan," katanya yang mengeluarkan RM1,000 daripada akaun yang disimpan atas nama anaknya.

Turut hadir ialah seorang guru, yang mengambil cuti sekejap dari tempat kerjanya bagi urusan mengeluarkan wang simpanannya hari ini.

"Saya memang marah bila dengar berita ini, sebab itu saya ambil keputusan keluarkan wang saya dari Tabung Haji.

"Dia pandai-pandai guna wang kita untuk selamatkan kroni dia," kata guru berusia 29 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad itu.

Rafizal Ali, 36, mengeluarkan RM1,500 hari ini dan menuntut Azeez meletak jawatan.

"Saya hilang keyakinan kepada TH selagi Azeez memimpinnya," kata Rafizal kepada The Malaysian Insider.

Beliau berjanji akan menyimpan semula wangnya selepas Azeez meletak jawatan dan TH membatalkan pembelian tanah 1MDB itu.

TH semalam mengesahkan ia membeli sebidang tanah bernilai RM188.5 juta daripada projek pelaburan Tun Razak Exchange (TRX), iaitu projek utama oleh 1MDB, yang terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur.

TH mendakwa pembelian itu mendapat "diskaun" harga berbanding nilai pasaran semasa.

Badan pengelola dana simpanan itu merancang membina sebuah menara kediaman di tapak yang akan dibangunkan anak syarikat TH, TH Properties Sdn Bhd, sebuah syarikat hartanah dan pembinaan yang terlibat dalam pembangunan perbandaran bercampur Bandar Enstek seluas 5.119 ekar berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Pelaburan itu berdasarkan kepada keputusan komersial yang sesuai dengan risiko Tabung Haji dan melalui semua proses sewajarnya," kata Johan dalam kenyataannya, semalam.

Bagaimanapun, TH menafikan kumpulan itu membeli sebidang tanah daripada 1MDB di parcel kedua TRX seperti diperkatakan blog "The Benchmark" yang membocorkan dokumen didakwa memperincikan pembelian TH sebanyak 2 plot tanah di TRX dengan jumlah modal RM772 juta.

Bagaimanapun, ahli Parlimen pembangkang Zairil Khir Johari menegaskan TH sudah membayar nilai hartanah itu jauh lebih mahal berbanding nilai yang dibayar 1MDB pada kadar RM64 sekaki persegi 4 tahun lalu. – 8 Mei, 2015.


SELEPAS Jual Tanah, TNB Pula Ambil Alih Projek Dari 1MDB - Tarif Elektrik Macam Tak Turun Walau Dapat Diskaun.

Posted: 10 May 2015 06:30 PM PDT


 
 
TAKDE duit nak bayar hutang. Maka terpaksa la terokai strategi baru demi menyelamatkan syarikat. Antaranya jual aset sedia ada seperti hartanah ataupun alihkan projek2 yang sedia ada kepada syarikat lain. Selepas 1MDB menjual 2 lot tanah berkeluasan 1 1/2 ekar, 1MDB dilaporkan tiada kemampuan untuk membiayai 'PROJEK 3B'.

Maka apa yang berlaku?

Projek berkenaan diambil alih oleh TNB.

Sebetulnya bagaimana?

Pada February lepas, 1MDB bersama rakan kongsinya Mitsui & Co. Ltd telah membida projek loji janakuasa bernilai 11 billion. Selain mereka berdua, beberapa syarikat tenaga seperti YTL, TNB dan Malakof turut membida projek yang sama. Namun 1MDB telah berjaya meraih projek tersebut dalam satu tender terbuka. Pemberian projek tersebut kepada 1MDB juga sebenarnya mencetuskan beberapa polemik (conflict of interest dan kemampuan 1MDB untuk melaksanakan projek).

Namun. Laporan mula mendedahkan bahawa TNB kini telah mengambilalih projek loji janakuasa arang batu tersebut disebabkan masalah yang dihadapi oleh 1MDB. Projek tersebut telah pun berjalan dengan TNB telah pun menjalankan perbincangan susulan bersama Mitsui bagi melaksanakan projek tersebut dengan segera memandangkan beberapa perkara telah pun dilakukan selangkah ke arah pelaksanaan projek.

Rujuk paparan berita ;
Akhbar itu yang memetik sumber sebagai berkata, TNB telahpun memulakan perbincangan dengan Mitsui & Co Ltd untuk memulakan projek itu.
Ia juga telah berunding dengan jurutera daripada Toshiba Corp, IHI Corp dan Hyundai Group, yang mendapat kontrak kejuruteraan, Pemerolehan dan Pembinaan (EPC) projek berkenaan.
TNB dilaporkan telah memperuntukkan sejumlah RM500 juta untuk memulakan projek itu secepat mungkin, kata sumber itu seperti dilaporkan akhbar berkenaan.
1MDB dikatakan menghadapai masalah aliran tunai untuk memulakan Projek 3B itu.
Mengikut kontrak, 1MDB-Mitsui bertanggungjawab untuk membina, memiliki dan mengendalikan loji janakuasa arang baru 2 x 1000 MW di Loji Janakuasa Bebas Jimah pada tarif pelarasan 25.33 sen/kWh.
Loji janakuasa itu akan beroperasi secara berperingkat bermula 1 Oktober 2018 (Unit 1) dan 1 April 2019 (Unit 2) dengan tempoh konsesi selama 25 tahun.
Bagaimanapun, 1MDB dilaporkan telah memohon kepada Suruhanjaya Tenaga supaya tarikh yang sepatutnya beroperasi pada 15 November 2018, dianjak enam bulan kepada 15 Mei 2019 bagi Unit 1 dan 15 November bagi Unit 2.
Pembangunan Projek 3B itu adalah bagi memenuhi keperluan kapasiti janakuasa di Semenanjung bermula 2018.

Sumber.

Yang jelas fakta.

1. 1MDB menghadapi masalah kewangan.
2. Memang terbuktilah pihak yang mempertikaikan kelayakan dan kemampuan 1MDB dalam melaksanakan projek 3B. Bukan omong kosong. Sekarang tengokla. TNB yang kena amek alih.
3. Untuk projek neh, TNB telah peruntukan sebanyak 500 juta.

Masih ingat ketika kejatuhan harga minyak dan rakyat bising kenapa tarif elektrik TIDAK TURUN sejajar dengan PENURUNAN harga minyak?

Selepas satu kempen online dijalankan, walaupun TIDAK AKUR dengan TUNTUTAN rakyat, namun TNB telah menurunkan tarif untuk beberapa bulan. Bermula dari bulan MARCH, APRIL, MEI dan JUN.

Katanya la kan.

Namun. Berdasarkan pengalaman peribadi aku. Walaupun bil elektrik aku tak mencecah ke seratus sekalipun, tetapi angka di bil langsung tak menunjukkan trend penurunan. Kebiasaan aku membayar 60 ke atas. Dan bil untuk bulan March jadi 60 ++. Bil untuk bulan April pun sama. Bukan ada barangan elektrik yang baru dibeli pun. Bil terbaru yang sampai cecah 70. So ini TNB kata discount? Discount celah mana? Apesal aku tak merasa macam aku di-discountkan pun?

Itu belum pasang aircond. Perancangan memang ada sebab rumah neh panas nak mampuih.

Bermula dari 30 masa baru pindah.
Dari tahun ke tahun menganjak ke 40 dan sekarang steady 60 ++ disebabkan tarif naik.

Tapi bila dah kata kau ada terima discount walaupun tak banyak tetap la kita nak merasa juga. Patutnya bil aku berkurangan la kan sebab tarif elektrik turun. Tapi haram ada apa-apa. Nampak sangat aku kena tipu. Nampak sangat TNB neh penipu nak mampuih. Almaklumla. Harga minyak dah kembali stabil. Kemudiannya pula perlu membuat pelaburan untuk projek 3B. Mana la depa ada masa nak penuhi tuntutan rakyat. Duit berlebihan baik buat bayar gaji CEO mahal-mahal dan bagi dorang bonus banyak-banyak lepas tue salur ke kerajaan kaw-kaw supaya boleh buat projek gajah mampos.

Betul tak?

Selepas membuat pelaburan banyak-banyak, sudah tentu la TNB menjangkakan keuntungan yang berlipat ganda. Sasaran mereka bukan untuk menyediakan prasarana kepada rakyat, sebaliknya mendapatkan keuntungan berlipat ganda melalui penyediaan prasarana kepada rakyat supaya kelak rakyat tidak mempersoalkan tindakan-tindakan mereka yang mencari keuntungan melampau.

Kau semua tengok la.

Sikit masa lagi.

Tarif elektrik naik. Mungkin la. Mungkin.

Bagi aku, takde masalah untuk 1MDB buang satu persatu masalah yang membebankan operasi syarikat mereka. Cuma sekarang neh sudah sampai masanya untuk kerajaan akui yang 1MDB memang bermasalah. Mengaku sudah. Sorok tak perlu. Mengaku dan cari penyelesaian. Tak perlu tunjuk power depan orang. Padahal satu demi satu pendedahan di bongkar.

Walau nampak macam point menarik untuk jatuhkan Najib tetapi masalah yang kita hadapi lebih besar dari itu sebab 1MDB berhutang dengan pihak luar. Faedah yang perlu dibayar sangat tinggi dengan hutang dijamin pula oleh kerajaan (negara Malaysia).

Memang nampak macam syok nak mengkritik tetapi kita jangan main-main dengan isu neh. Hutang tinggi oleh 1MDB antara faktor yang menyebabkan kedudukan ringgit lemah. Kat situ je kau semua dah boleh nampak impact negatif 1MDB ke atas kedudukan kewangan dan negara kita.

Sebab tue bagi aku, satu strategi bagus juga untuk 1MDB alihkan beban mereka satu persatu untuk kurangkan masalah yang ditanggung. Cuma diharap kelak, TNB jangan jadikan projek neh sebagai asbab untuk menaikkan tarif (walaupun aku tahu ianya mustahil).

Najib: Saya tak akan tunduk tekanan letak jawatan

Posted: 10 May 2015 06:00 PM PDT


Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan yang mahukan beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno.
   

Beliau berkata selagi rakyat menyokong beliau untuk menerajui kepimpinan negara sebagai perdana menteri dan anggota Umno terus teguh menyokongnya sebagai presiden parti maka beliau akan tidak akan berganjak daripada jawatan yang disandangnya sekarang.
  
"Saya cuma tunduk kepada (desakan) ahli parti dan rakyat sahaja. Selagi ahli parti sokong saya, selagi rakyat memberi kepercayaan, saya akan tetap meneruskan perjuangan saya," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 40,000 orang yang hadir pada program Solidariti Rakyat Sabah bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Padang Perbandaran Tawau di Tawau hari ini.
  
Penegasan Najib itu yang dinyatakan dengan suara lantang mendapat tepukan dan sorakan daripada hadirin yang membanjiri Padang Perbandaran Tawau sehingga melimpah ke kawasan jalan raya, disertai paluan gendang.
  
Beliau menegaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno diperolehinya secara proses demokrasi dan ditentukan oleh rakyat dan anggota Umno dari seluruh negara iaitu dari Padang Besar di Perlis hingga ke Pulau Sebatik, di Tawau Sabah.

Ini merupakan kali pertama Najib menjawab secara terbuka dan lantang desakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno.
  
Najib yang ingin mendengar sendiri suara sokongan hadirin dengan melaungkan "rakyat Sabah sokong" sebanyak tiga kali telah disambut dengan sorakan gemuruh hadirin, "Najib, Najib, Najib".             
  
Baca falsafah Bugis

Menegaskan pendirian kukuhnya, Perdana Menteri sempat membacakan falsafah Bugis yang berbunyi 'Kendati tergantung awan di langit. Telah terlanjur ku bentang layar. Walau badai datang menggunung. Walau berdentum guruh di langit, walau bumi berkeping dua, tak kan mungkin ku berbalik haluan'.
  
Najib berkata beliau mendapat mendengar sokongan padu dan gemuruh daripada hadiri pada majlis di Tawau dan juga di Kota Belud ketika menghadiri program perasmian Projek Perumahan Rakyat di daerah berkenaan awal hari ini serta suara rakyat yang telah memberi mandat kepadanya untuk memerintah negara.
  
"Takkan satu suara (Dr Mahathir) lebih besar daripada suara yang didengari daripada para hadirin di sini dan di Kota Belud dan mandat diterima daripada seluruh negara," katanya.
  
Katanya setiap pemimpin termasuk beliau pernah menempuh ujian dan tidak terkecuali Dr Mahathir yang menghadapi lebih banyak ujian ketika menerajui pucuk pimpinan negara selama 22 tahun.

"Mana tak ada ujian. Ujian Team A, Team B (dalam pemilihan UMNO, Dr Mahathir) hampir kalah. Hampir 50 peratus ahli UMNO suruh dia letak jawatan. Tapi apa dia jawab, 'walaupun saya menang satu undi, saya akan tetap terus menjadi Perdana Menteri'. Oh hebat dia jawab.
  
"1987, saya antara yang menyokong dia. Dia (Dr Mahathir) kekal menjadi Perdana Menteri sebab apa? Sebab kita bersama dalam susah. Bila dalam susah kita beri sokongan dia kekal. Kalau kita sokong pemimpin menghadapi ujian, Dr Mahathir tidak boleh kekal 22 tahun menjadi Perdana Menteri", yang sekali lagi mendapat sorakan hadirin.
  
"Jadi, janganlah lupa, waktu dia (Dr Mahathir) jadi Perdana Menteri, kita sokong dia penuh. Sekarang dia tidak jadi perdana menteri, sokonglah pula. Kalau tak boleh sokong, janganlah bunyi sangat. Tapi tak apa, jangan rosakan parti. Kita boleh terangkan (isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)," katanya.

Jawapan Dr M berbelit-belit
  
Najib berkata kenyataan Dr Mahathir berhubung 1MDB kebelakangan ini berbelit-belit, sekejap kata 1MDB hilang RM42 bilion selepas itu kata pula tak hilang tetapi 1MDB berhutang RM42 bilion.
  
Beliau menegaskan kerajaan ada cara tersendiri untuk menyelesaikan isu 1MDB jika diberi tempoh.
  
Perdana Menteri menjelaskan ketika Tabung Haji membeli sekeping tanah milik 1MDB ia adalah pelaburan dan bukannya 'bailout' 1MDB kerana Tabung Haji boleh memperoleh keuntungan sehingga lebih RM170 juta melalui pembelian itu namun disebabkan perkara itu dijadikan isu, beliau menasihatkan Tabung Haji menjual tanah berkenaan.

Najib berkata melalui penjualan semula aset berkenaan, Tabung Haji boleh untung sehingga RM5 hingga RM6 juta namun pada masa sama merugikan pendeposit Tabung Haji sendiri kerana jika aset itu tetap milik Tabung Haji, pendeposit boleh untung sehingga RM170 juta.
  
"Tetapi kerana isu sudah dipusing sebagai isu yang panas, orang kata 'you are shooting yourself at your foot', tembak kaki sendiri. Inilah yang saya kata tidak rasional.
  
"Kita buat sesuatu untuk apa? Untuk kebaikan rakyat. Bagilah peluang. Setiap perkara boleh kita selesaikan. Tetapi beri peluang kepada pemimpin untuk menyelesaikan perkara itu," katanya.
  
Perdana Menteri berkata selepas menyaksikan sokongan padu diberikan rakyat kepadanya seperti yang dapat dilihat pada perhimpunan hari ini, beliau berazam untuk meneruskan perjuangan malah semangatnya kian berkobar.
  
Turut hadir pada program itu ialah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, dua Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin dan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Menteri Belia dan Sukan Sabah yang juga Ketua UMNO Bahagian Tawau Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh.
 

Bernama

1MDB - Umno Perlis mahu tindakan drastik dilaksana termasuk ganti pemimpin kerajaan

Posted: 10 May 2015 05:30 PM PDT

 

Badan Perhubungan Umno Perlis mahu perubahan drastik dilaksanakan segera membabitkan beberapa pemimpin kerajaan dan kedudukan ketua pegawai eksekutif syarikat berkaitan kerajaan (GLC) demi kepentingan negara.

Pengerusinya, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata tindakan itu sangat perlu dikaji dan dilaksanakan segera berikutan isu kontroversi menarik perhatian rakyat.

"Isu 1MDB dan Cukai Barang dan Perkhidmatan tidak diberi penjelasan sewajarnya menyebabkan rakyat mempersoalkan kredibiliti kerajaan dan terbaharu timbul pula isu pembelian tanah oleh Tabung Haji.

"Perkara ini tidak boleh dibiar berlarutan. Sudah sampai masanya kerajaan mengambil tindakan yang sepatutnya untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan rakyat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Perlis di Kangar, hari ini.

Shahidan berkata, rakyat adalah keutamaan kerajaan, namun apabila orang yang diberi kepercayaan tidak melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan efisien, mereka wajar diganti.

"Saya bercadang menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak esok bagi mengemukakan cadangan Umno Perlis termasuk pencapaian dan keberkesanan pemimpin tertentu dinilai dan kaji semula," katanya.

Shahidan, yang juga menteri di jabatan perdana menteri, berkata selain barisan pemimpin yang perlu ditukar, pendekatan baru bagi menyelesaikan isu kontroversi perlu dilakukan bagi meredakan spekulasi.

"Pemimpin mesti lancar dalam memberi penjelasan terutama soalan-soalan yang dibangkitkan oleh rakyat. Kelemahan menangani perkara ini hanya mengundang lebih banyak khabar angin dan peluang pembangkang menambah masalah kerajaan," katanya. – Bernama


Najib Ungkit Tolong Mahathir Tahun 1987

Posted: 10 May 2015 05:00 PM PDT


Menegaskan pendirian kukuhnya, Perdana Menteri sempat membacakan falsafah Bugis yang berbunyi 'Kendati tergantung awan di langit. Telah terlanjur ku bentang layar. Walau badai datang menggunung. Walau berdentum guruh di langit, walau bumi berkeping dua, tak kan mungkin ku berbalik haluan'.

Najib berkata beliau mendapat mendengar sokongan padu dan gemuruh daripada hadiri pada majlis di sini dan juga di Kota Belud ketika menghadiri program perasmian Projek Perumahan Rakyat di daerah berkenaan awal hari ini serta suara rakyat yang telah memberi mandat kepadanya untuk memerintah negara.

"Takkan satu suara (Dr Mahathir) lebih besar daripada suara yang didengari daripada para hadirin di sini dan di Kota Belud dan mandat diterima daripada seluruh negara," katanya.

Katanya setiap pemimpin termasuk beliau pernah menempuh ujian dan tidak terkecuali Dr Mahathir yang menghadapi lebih banyak ujian ketika menerajui pucuk pimpinan negara selama 22 tahun.

"Mana tak ada ujian. Ujian Team A, Team B (dalam pemilihan UMNO, Dr Mahathir) hampir kalah. Hampir 50 peratus ahli UMNO suruh dia letak jawatan. Tapi apa dia jawab, 'walaupun saya menang satu undi, saya akan tetap terus menjadi Perdana Menteri'. Oh hebat dia jawab.

"1987, saya antara yang menyokong dia. Dia (Dr Mahathir) kekal menjadi Perdana Menteri sebab apa? Sebab kita bersama dalam susah. Bila dalam susah kita beri sokongan dia kekal. Kalau kita sokong pemimpin menghadapi ujian, Dr Mahathir tidak boleh kekal 22 tahun menjadi Perdana Menteri", yang sekali lagi mendapat sorakan hadirin.


"Jadi, janganlah lupa, waktu dia (Dr Mahathir) jadi Perdana Menteri, kita sokong dia penuh. Sekarang dia tidak jadi perdana menteri, sokonglah pula. Kalau tak boleh sokong, janganlah bunyi sangat. Tapi tak apa, jangan rosakan parti. Kita boleh terangkan (isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB))," katanya.

Najib berkata kenyataan Dr Mahathir berhubung 1MDB kebelakangan ini berbelit-belit, sekejap kata 1MDB hilang RM42 bilion selepas itu kata pula tak hilang tetapi 1MDB berhutang RM42 bilion.

Beliau menegaskan kerajaan ada cara tersendiri untuk menyelesaikan isu 1MDB jika diberi tempoh.

Perdana Menteri menjelaskan ketika Tabung Haji membeli sekeping tanah milik 1MDB ia adalah pelaburan dan bukannya 'bailout' 1MDB kerana Tabung Haji boleh memperoleh keuntungan sehingga lebih RM170 juta melalui pembelian itu namun disebabkan perkara itu dijadikan isu, beliau menasihatkan Tabung Haji menjual tanah berkenaan.

Najib berkata melalui penjualan semula aset berkenaan, Tabung Haji boleh untung sehingga RM5 hingga RM6 juta namun pada masa sama merugikan pendeposit Tabung Haji sendiri kerana jika aset itu tetap milik Tabung Haji, pendeposit boleh untung sehingga RM170 juta.

"Tetapi kerana isu sudah dipusing sebagai isu yang panas, orang kata 'you are shooting yourself at your foot', tembak kaki sendiri. Inilah yang saya kata tidak rasional.

"Kita buat sesuatu untuk apa? Untuk kebaikan rakyat. Bagilah peluang. Setiap perkara boleh kita selesaikan. Tetapi beri peluang kepada pemimpin untuk menyelesaikan perkara itu," katanya.

Perdana Menteri berkata selepas menyaksikan sokongan padu diberikan rakyat kepadanya seperti yang dapat dilihat pada perhimpunan hari ini, beliau berazam untuk meneruskan perjuangan malah semangatnya kian berkobar.

Turut hadir pada program itu ialah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, dua Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin dan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Menteri Belia dan Sukan Sabah yang juga Ketua UMNO Bahagian Tawau Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh.

 

Rupanya.. Ada Lagi Kisah Hitam Tabung Haji - Addin

Posted: 10 May 2015 04:30 PM PDT



Rupanya.. Ada Lagi Kisah Hitam Tabung Haji. Lembaga Tabung Haji berdepan kritikan beberapa hari ini susulan pembelian tanah bernilai ratusan juta ringgit dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang dilihat pengkritik satu usaha menyelamatkan syarikat pelaburan negara yang menanggung hutang itu.

Namun, ia bukan kali pertama Tabung Haji, yang memegang amanah menyimpan dana bagi jemaah haji untuk beribadat di Mekah, kelihatan seperti disalah guna bagi menolong syarikat bermasalah.

Pada 1998, semasa ia dipengerusikan adik ipar Tun Dr Mahathir Mohamad, Allahyarham Tan Sri Ahmad Razali Mohamed Ali, Tabung Haji terlebih bayar dalam pembelian dua bangunan di Kuala Lumpur.

Dua bangunan tersebut ialah TH Perdana, yang dibeli daripada Maju Holdings Sdn Bhd pada harga RM117.08 juta, dan TH Selborn, yang dibangunkan Swasta Setia Holdings Sdn Bhd dan dijual dengan harga lebih tinggi RM51.38 juta daripada nilai sebenar.

Tabung Haji membayar sejumlah RM436.38 juta untuk  kedua-dua hartanah itu, walaupun penilai menganggarkan ia hanya bernilai RM267.92 juta.

The Wall Street Journal (WSJ) pada Disember 2004, memperincikan pembelian tersebut dalam artikel  mereka, menyifatkan Maju Holdings sebagai "syarikat tidak menguntungkan".

Pemiliknya, Tan Sri Abu Sahid Mohamed dilaporkan menemui Allahyarham Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman, menteri yang ketika itu bertanggungjawab menjaga Tabung Haji, pada Disember 1997 bagi mempercepatkan jualan TH Perdana (bangunan itu waktu itu dikenali sebagai Maju Junction) kerana berdepan masalah kewangan.

"Saya memerlukan kelulusan segera anda mengenai perkara ini kerana bank sudah mengeluarkan notis merampas hartanah (itu)," tulis Sahid dalam sepucuk surat kepada Hamid, menurut WSJ.

Tabung Haji bersetuju membayar RM270 juta untuk hartanah 546,000 kaki persegi itu, pada RM494 setiap kaki persegi, dan mendapat kelulusan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memberi RM220 juta wang pendahuluan seperti diminta Sahid, lapor WSJ.

Laporan Ketua Audit

Tetapi menurut Laporan Ketua Audit Negara 2003, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) menetapkan bangunan tersebut hanya bernilai RM152.92 juta, atau RM400 setiap kaki persegi dan mendapati ia sebenarnya berkeluasan 372,289 kaki  persegi.

"Ini bermakna Tabung Haji membayar RM117.08 juta atau 76.6% lebih tinggi daripada harga penilaian. Ini jelas menunjukkan Tabung Haji membuat bayaran hampir dua kali ganda lebih tinggi daripada harga yang dicadangkan oleh JPPH," menurut laporan ketua audit itu.

Menurut laporan itu juga, wang pendahuluan RM54 juta yang dibayar untuk bangunan TH Perdana itu bertentangan dengan kehendak Surat Pekeliling Perbendaharaan yang menyatakan, maksimum bayaran pendahuluan hanya 15%daripada nilai kerja pembinaan, atau RM5 juta sahaja – berdasarkan mana lebih rendah.

Rupanya.. Ada Lagi Kisah Hitam Tabung Haji

Laporan Ketua Audit juga menyatakan, Tabung Haji memaklumkan kepada Jabatan Audit Negara, ia membayar harga lebih tinggi untuk TH Perdana kerana rangka kerja logam digunakan dalam  pembinaan bangunan itu dan ia juga dilengkapi dengan gentian optik.

Sementara itu, TH Selborn pula hanya bernilai RM115 juta, menurut JPPH tetapi Tabung Haji  membayar RM166.38 juta bagi hartanah tersebut.

Tabung Haji juga mewajarkan harga TH Selborn itu dengan mengatakan ia menggunakan "kemasan berkualiti tinggi" seperti "glass curtain facade" dan ia berkonsepkan bangunan pintar.


Bukan kali pertama

WSJ pada 2004 juga melaporkan, urus niaga TH Perdana itu bukannya kali pertama Tabung Haji kehilangan berjuta ringgit kepada Abu Sahid Maju Holdings.

Pada awal 1996, Maju Holdings menawarkan kepada Tabung Haji pegangan 49% dalam satu projek pembangunan hartanah di Johor Baru. Hartanah tersebut dinilai pada RM137 juta pada masa itu, lapor WSJ.

Memetik sumber dalaman Tabung Haji, WSJ berkata, pihak lembaga pada mulanya menentang cadangan itu kerana kedudukan kewangan Maju Holdings yang lemah.

WSJ berkata, Maju Holdings dibebani kerugian terkumpul kira-kira RM47 juta dan lembaga bimbang Tabung Haji bakal terdedah kepada liabiliti berat jika berlaku kenaikan kos semasa  projek tersebut berjalan.

Tetapi, Hamid mengarahkan Razali meneruskan pelaburan, menurut dokumen dalaman Tabung Haji.

Tabung Haji melabur RM67 juta pada Oktober 1996, hanya untuk projek tersebut serta merta berdepan masalah. Projek itu kini terbengkalai, lapor WSJ.

Memetik wawancara dengan pegawai Tabung Haji dan pihak bank, WSJ pada 2004 berkata punca utama masalah Tabung Haji ialah campur tangan politik.

Akhbar itu mendapati, beberapa cadangan pelaburan dibuat pihak lembaga diabaikan demi berpihak kepada ahli politik.

Antara aduan yang dibuat ialah, Tabung Haji tidak berada di bawah pengawasan mana-mana pengawal selia kewangan kerajaan.

Pada 1995, piagam Tabung Haji dipinda bagi meletakkan seorang menteri Kabinet bertanggungjawab memantau pelaburannya. Secara tradisi, ia diselia menteri yang menjaga hal ehwal Islam.

Memetik seorang pegawai bank yang berpangkalan di  Kuala Lumpur, WSJ berkata, langkah ini "mengakibatkan lembaga pengarah dan panel pelaburan tidak mempunyai suara".

Tanah 1MDB

Kini, selepas hampir 2 dekad, Tabung Haji terpaksa pula menjual semula sebidang tanah yang dibelinya pada harga RM188.5 juta daripada 1MDB yang bermasalah selepas menerima kritikan hebat berhubung urus niaga tersebut.

Sama seperti urusan dengan Maju Holdings, apabila lembaga pengarah menolak urus niaga tersebut kerana kedudukan kewangannya yang lemah, panel pengurusan risiko Tabung Haji juga meletakkan tanah 1MDB di Tun Razak Exchange (TRX) itu sebagai pembelian berisiko tinggi.

Bukan sahaja RM42 bilion hutang ditanggung 1MDB diketahui umum, malah kaitan pihak eksekutif dalam Tabung Haji dengan 1MDB, syarikat pelaburan bawah Kementerian Kewangan yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, juga mencetuskan lagi kegusaran.

Najib juga adalah pengerusi kepada lembaga penasihat 1MDB.

Tabung Haji menafikan sebarang percanggahan kepentingan dalam perjanjian itu, mengatakan Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Tan Sri Ismee Ismail, yang juga ahli lembaga 1MDB, tidak terlibat dalam semua rundingan pembelian dengan Tabung Haji.

Bagaimanapun, Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata seorang lagi eksekutif Tabung Haji dan dua ahli lembaga pengarah, semuanya juga memegang jawatan di 1MDB, tidak berkecuali daripada urusan itu kerana mereka tidak memegang jawatan pembuat keputusan di dalam 1MDB.

Timbalan CEO Tabung Haji Datuk Johan Abdullah, yang juga pengerusi anak syarikat 1MDB, Edra Global, yang menerajui semua rundingan yang membawa kepada pembelian tanah itu, yang merupakan sebahagian daripada projek Tun Razak Exchange (TRX).

Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah ialah ahli lembaga pengarah Tabung Haji dan juga ahli lembaga penasihat 1MDB, manakala Tan Sri Abdul Samad Alias yang menganggotai panel pelaburan Tabung Haji, juga duduk di lembaga penasihat 1MDB.

SATU TANDA TIDAK BAIK BUAT PM NAJIB ?

Posted: 10 May 2015 09:00 AM PDT


Pemimpin tertinggi UMNO boikot pertemuan dengan Najib?
Julia Mokhtar


May 10, 2015

Timbalan Presiden UMNO dan Naib Presiden UMNO, masing-masing berada di luar negara dijangka tidak akan menghadiri pertemuan dengan Presiden UMNO.

najib_Shahbudin-Husin_600

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka akan mengadakan perjumpaan khusus dengan pemimpin UMNO.

Ia bertujuan untuk menjelaskan isu-isu semasa kepada mereka disamping cuba untuk menagih sokongan politik.

Berdasarkan logik akal, pertemuan itu dijangka tidak dihadiri beberapa pemimpin tertinggi termasuk Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Blogger dan ahli UMNO, Shahbudin Husin, dalam tulisannya merujuk kepada atur cara Najib pada Ahad, di mana beliau berada di Tawau, Sabah dan ia tidak dihadiri Shafie

"Shafie sudah pun berlepas ke Mekah untuk menunaikan umrah bersama keluarganya pada Jumaat lalu," ujarnya.

Namun, persoalan yang timbul adalah mengapakah Shafie tiba-tiba mahu ke Mekah sewaktu Najib mahu turun ke Sabah.

"Tidak bolehkah Shafie melewatkan pemergiannya untuk menunaikan umrah sehari dua dan selepas berjumpa dengan Perdana Menteri?" katanya yang menulis di blog www.shahbudindotcom.blogspot.com.

Selepas turun ke Sabah, pada Isnin, Najib dikatakan akan akan bertemu dengan Ketua UMNO Bahagian di Putrajaya.

"Ia juga dipercayai untuk menjelaskan pelbagai isu semasa kepada mereka.

Jelas Shabudin, ia adalah perjumpaan kali kedua antara Najib dengan Ketua-Ketua UMNO Bahagian sejak berlakunya serangan dan kritikan daripada Tun Mahathir Mohamad terhadapnya," katanya.

"Selain Shafie yang pasti tidak hadir dalam perjumpaan itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin yang kini berada di Milan, Italy juga tentunya tidak hadir sama.

Jika pertemuan berkenaan menjadi kenyataan, bermakna kali kedua ia tidak disertai Timbalan Presiden dan Naib Presiden UMNO itu.

Pada pertemuan di PWTC Mac lalu, kedua mereka antara yang tidak hadir.

Shahbudin membuat rumusan, tindakan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO yang memboikot pertemuan bersama Najib menunjukkan seoalah-olah sedang berlaku perbincangan mengenai perkembangan dan masa depan politik negara.

"Ramai pemimpin sudah mula bersuara dengan nada yang agak berbeza dan mahukan isu 1Malaysia Developnent Berhad (1MDB) ditangani secara serius bagi mengembalikan keyakinan rakyat," katanya.

BONGKAR... ‪KWSP‬ Sudah, ‪‎Tabung Haji‬ pun Sudahhh..

Posted: 10 May 2015 08:30 AM PDT



Kini Giliran TNB..!! KENAPA tiba2 TNB ambil alih janakuasa ‪1MDB‬ ?..

Bukankah sebelum ini pemimpin2 UMNO & admin2 Friends of BN - Barisan Nasional dgn BONGKAK mengatakan 1MDB boleh buat keuntungan berbilion2 ringgit..

KENAPA SEKARANG JADI LAIN..

Cakap Tak Serupa Bikin.. TAHUKAH ANDA.. 1MDB dikatakan menghadapai masalah aliran tunai untuk memulakan Projek 3B itu. KEUNTUNGAN TNB berbilion2 ringgit rakyat DAPAT APA !!!.. 1MDB gak yg dapat untungnya...

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Kenderaan berlanggar kerana Che Ta

Posted: 10 May 2015 08:00 AM PDT

 
gambar-rozita-che-wan-bertu

Nahas itu berlaku ketika Che Ta berdiri di atas tembok dengan kasut tumit tinggi lima inci untuk diambil gambar.

PETALING JAYA: Gara-gara terpegun dengan penerampilan Rozita Che Wan atau Che Ta, seorang pemandu kereta merempuh kenderaan lain di depannya.

Kejadian itu bagaimanapun bukan di sini, tetapi nun jauh di kota London,

Menurut laporan Harian Metro, nahas itu berlaku ketika Che Ta berdiri di atas tembok dengan kasut tumit tinggi lima inci untuk diambil gambar.

Keadaan itu menarik perhatian orang yang lalu lalang di berhampiran Marble Arch termasuk pemandu berkenaan.

Ketika orang ramai terpana dengan gaya Che Ta di atas tembok, mereka dikejutkan dengan dentuman kuat.

Menurut pemandu berkenaan, dia tidak sedar ada kereta di depannya kerana terlalu asyik memandang Che Ta di atas tembok.

(Video) Saya lagi bagus dari Pak Lah dan Anwar, kata Ibrahim Ali

Posted: 10 May 2015 07:15 AM PDT


BALA LEBIH BESAR AKAN MELANDA NEGARA INI ?

Posted: 10 May 2015 06:30 AM PDT




Benarkah Tabung Haji Beli RM1.6 Bilion Bond 1MDB Bandar Malaysia ?

Benarkah Tabung Haji Beli RM1.6 Bilion Sukuk 1MDB Bandar Malaysia, Soal PAS PAS hari ini mendesak kerajaan memberi penjelasan apakah benar Lembaga Tabung Haji (TH) membeli RM1.6 bilion Sukuk 1MDB Bandar Malaysia sebelum membeli plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang kini menjadi pertikaian.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, menurut cadangan perjanjian yang didedahkan blog The Benchmark, risiko yang perlu ditanggung TH ialah sebanyak RM4.8 bilion jika pembelian dua plot tanah TRX dan pembangunan itu direalisasikan.

"Namun, apa yang menarik, RM3.2 bilion ialah risiko daripada pembelian tanah, manakala RM1.6 bilion ialah risiko daripada pelaburan TH sedia ada di dalam Sukuk 1MDB Bandar Malaysia," kata naib presiden PAS itu dalam satu kenyataannya hari ini.

Apakah ini bermakna TH sudah melaburkan duit sebanyak RM1.6 bilion di dalam 1MDB sebelum kontroversi pembelian tanah TRX daripada 1MDB meletus, soalnya.

Menurut dokumen itu, pada 18 Februari 2014, 1MDB mengumumkan menjual sukuk Bandar Malaysia bernilai RM2.4 bilion. "Jika dakwaan di atas benar, ini bermakna TH membiayai 66% daripada sukuk yang dikemukakan 1MDB," kata Tuan Ibrahim.

Sehubungan itu, PAS menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku pengerusi lembaga penasihat 1MDB, dan Pengerusi TH Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, tampil menafikan perkara ini sekiranya ia tidak benar.

"Sekiranya ia benar, apakah status pelaburan sukuk ini?

Apakah ia sudah memberikan pulangan atau sudah digunakan untuk membayar hutang 1MDB yang bertimbun sehingga perlunya TH membeli tanah TRX daripada 1MDB?

"Apakah ini cara pemimpin Umno menggunakan duit TH? 1MDB menggali hutang, Tabung Haji diguna untuk menutupnya?" soal pesuruhjaya PAS Pahang itu lagi.

TH sebelum ini membuat laporan polis berikutan pendedahan blog berkenaan terhadap dokumen sulitnya yang membawa implikasi dokumen itu disahkan sebagai tulen.

TH mengesahkan pembelian hanya satu tanah di TRX tetapi tidak mengesahkan pembelian satu lagi tanah serta pembelian sukuk itu. -

The Malaysian Insider 

Konflik kepentingan Tabung Haji-1MDB bukan setakat korporat, tetapi juga politik, kata NGO OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Posted: 10 May 2015 05:45 AM PDT

Pengasas bersama Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4) Cynthia Gabriel berkata, budaya percanggahan kepentingan wujud dalam Lembaga Tabung Haji kerana pemimpin Umno turut dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikatnya.

Pengasas bersama Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4) Cynthia Gabriel berkata, budaya percanggahan kepentingan wujud dalam Lembaga Tabung Haji kerana pemimpin Umno turut dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikatnya.

Percanggahan kepentingan sudah pasti wujud dalam isu membabitkan pembelian tanah Tun Razak Exchange (TRX) oleh Tabung Haji daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4).

Pengasas bersama C4, Cynthia Gabriel berkata, budaya percanggahan kepentingan juga wujud dalam Tabung Haji, apabila pemimpin Umno turut dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat pengendali ibadah haji negara itu.

"Sudah tentu berlaku percanggahan kepentingan. Juga wujud kepentingan bermotifkan politik," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Satu isu lagi ialah bagaimana syarikat berkaitan kerajaan (GLC) digunakan bagi mendapatkan dana untuk 1MDB," katanya.

Beliau berkata, percanggahan konflik itu turut berlaku apabila pemimpin dan ahli Umno turut mengambil bahagian dalam urusan pentadbiran syarikat berkenaan.

"Percanggahan konflik bukan setakat berlaku antara dua syarikat, tetapi lebih rumit apabila melibatkan kepentingan politik kerana mereka juga pemimpin Umno," katanya.

Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ialah ahli Parlimen Baling dan ahli Majlis Tertinggi Umno, manakala Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Badruddin Amiruddin, Timbalan Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Mohamad Aziz dan ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Rosni Sohar semuanya ahli lembaga Tabung Haji .

Tabung Haji hangat dikritik berhubung laporan yang ia membeli sebidang tanah daripada 1MDB yang dibebani hutang pada harga RM188.5 juta bulan lepas.

Pengkritik mempersoalkan sama ada perjanjian itu satu usaha menyelamatkan syarikat pelaburan milik negara yang bermasalah itu, dan menyatakan bagaimana beberapa eksekutif dan ahli lembaga Tabung Haji juga memegang jawatan dalam 1MDB.

Azeez bagaimanapun dilaporkan berkata oleh Sinar Harian hari ini, beliau tidak akan tunduk kepada desakan agar meletakkan jawatan.

Akhbar itu memetik beliau berkata isu tersebut hanya dipolitikkan sesetengah pihak.

"Selama dua hari ini saya diam daripada memberikan sebarang maklum balas. Saya tunggu sebab saya nak tahu apa yang akan dimainkan. Rupa-rupanya isu politik.

"Dan mereka mahu kaitkan saya sebagai pengerusi TH. Apa kena mengena? Kalau saya rugikan duit TH, bolehlah desak saya letak jawatan," beliau dipetik berkata sambil menambah yang kredibiliti beliau terbukti berjaya menambah jumlah dividen yang diterima pendeposit di TH.

Bagaimanapun, Tabung Haji semalam menafikan sebarang konflik kepentingan mengatakan, Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Tan Sri Ismee Ismail yang juga merupakan ahli lembaga 1MDB, berkecuali daripada terlibat dalam semua rundingan Tabung Haji-1MDB.

Seorang lagi eksekutif kanan Tabung Haji dan dua orang ahli lembaga, yang semuanya juga memegang jawatan berkaitan di 1MDB bagaimanapun, tidak mengecualikan diri kerana mereka tidak memegang jawatan membuat keputusan dalam 1MDB, kata Azeez.

Timbalan CEO Tabung Haji Datuk Johan Abdullah, yang juga pengerusi anak syarikat 1MDB, Edra Global, merupakan peneraju utama dalam semua rundingan yang membawa kepada pembelian tanah itu.

Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah ialah ahli lembaga pengarah Tabung Haji dan juga ahli lembaga penasihat 1MDB, manakala Tan Sri Abdul Samad Alias yang duduk di panel pelaburan Tabung Haji juga ialah ahli lembaga penasihat 1MDB .

Semalam Azeez berkata, Tabung Haji mengambil keputusan menjual tanah yang dibeli daripada 1MDB itu, selepas dinasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya berbuat demikian susulan tindak balas rakyat.

Azeez berkata, Najib menasihatkan beliau melupuskan tanah itu supaya reputasi Tabung Haji tidak "tercemar" kerana terlibat dalam transaksi perniagaan dengan 1MDB .

Najib ialah juga presiden Umno, menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB. – 10 Mei, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Akta rasuah perlu reformasi menyeluruh, kata SPRM

Posted: 10 May 2015 05:00 AM PDT

 Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, sudah tiba masa bagi negara melihat semula kerangka undang-undang yang menyeluruh bagi menangani isu rasuah.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, sudah tiba masa bagi negara melihat semula kerangka undang-undang yang menyeluruh bagi menangani isu rasuah

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed berharap undang-undang berkaitan rasuah akan disemak secara menyeluruh bagi menangani rasuah dengan berkesan dan menyeluruh.

"Saya mengakui harapan orang ramai ke atas SPRM semakin tinggi. Oleh itu, sudah tiba masa bagi negara melihat semula kerangka undang-undang yang menyeluruh bagi menangani isu rasuah," kata beliau ketika berucap pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, pagi tadi, di mana beliau dikurniakan ijazah Doktor Kehormat.

Sambil berkata SPRM menghadapi beberapa kekangan di bawah Akta SPRM, Abu Kassim berkata pindaan dan peruntukan baharu perlu bagi membolehkan ia menangani kes-kes rasuah dengan berkesan.

Beliau memberi contoh tuntutan supaya SPRM menyiasat kes pembaziran, penipuan, pecah amanah, salah urus dan sebagainya.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed menerima Ijazah Doktor Kehormat Undang-undang daripada Pro Canselor UiTM, Tan Sri Dr Arshad Ayub di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM, Shah Alam hari ini.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed menerima Ijazah Doktor Kehormat Undang-undang daripada Pro Canselor UiTM, Tan Sri Dr Arshad Ayub di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM, Shah Alam hari ini.

"Bagi saya, ini situasi antara tidak mahu dan tidak boleh lakukan," katanya.

"Bukan SPRM tidak mahu menyiasat setiap maklumat atau aduan atau kes-kes di luar daripada SPRM, tetapi SPRM tidak boleh bertindak di luar semangat Akta SPRM. Ini kerana bukan setiap maklumat atau aduan yang diterima oleh SPRM mempunyai unsur rasuah," katanya.

"Kita tidak boleh berpuas hati dengan peruntukan sedia ada manakala jenayah rasuah pula menjadi semakin sopistikated dan semakin kompleks."

Sebelum ini, SPRM mengesyorkan pindaan pada Seksyen 23 dan 36 Akta SPRM 2009, iaitu berkenaan kesalahan menggunakan jawatan untuk suapan dan kuasa memberi maklumat.

Beliau turut menyentuh kuasa SPRM menyiasat individu yang dilihat hidup mewah atau di luar kemampuan sebenar seseorang.

"Ini adalah antara situasi yang masyarakat salah tafsir tentang kuasa SPRM. Ramai beranggapan, SPRM ada kuasa untuk terus meminta mana-mana individu mengisytiharkan harta mereka.

"Tetapi berdasarkan undang-undang sedia ada, untuk membolehkan seseorang itu disiasat mengenai harta kekayaannya yang tidak boleh dijelaskan, mahkamah mahu SPRM ada alasan yang munasabah yang boleh dipercayai bahawa satu perlakuan rasuah telah berlaku," katanya.

"Ringkasnya SPRM tidak boleh mengarahkan mana-mana pihak mengisytiharkan harta sekiranya tiada kaitan dengan perbuatan rasuah."

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Sangsi terhadap Najib tidak pernah sampai ke tahap ini, kata pemimpin akar umbi Umno OLEH MD IZWAN

Posted: 10 May 2015 04:00 AM PDT

Published: 10 May 2015.

Kesangsian dan kebimbangan terhadap kredibiliti Datuk Seri Najib Razak yang semakin kuat turut melanda parti Umno terhadap kedudukan beliau sebagai presiden.

Kesangsian dan kebimbangan terhadap kredibiliti Datuk Seri Najib Razak yang semakin kuat turut melanda parti Umno terhadap kedudukan beliau sebagai presiden.

Kredibiliti seorang presiden Umno tidak pernah menimbulkan kesangsian dan kebimbangan sehebat apa yang berlaku terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sekarang, kata seorang ketua bahagian, ketika ahli di peringkat akar umbi dan orang ramai makin mendidih melihat kontroversi terbaru berhubung urusan jual beli tanah antara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan Lembaga Tabung Haji.

Kritikan terbuka Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Najib sejak tahun lepas menyebabkan berlaku perpecahan dalam akar umbi Umno walaupun ada yang menzahirkan solidariti, seperti ketika satu perhimpunan antara perdana menteri dan ketua bahagian seluruh negara pada Mac.

Tetapi, perjanjian Tabung Haji-1MDB mungkin meningkatkan lagi tekanan ke atas Najib, kata Ketua Umno Bahagian Kulim Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

"Bila tidak ada tindakan langsung (1MDB), ia beri gambaran perdana menteri terlibat, jadi (ahli) yang di bawah ini ada kebimbangan dan kesangsian. Kita nak tolak kesangsian itu," Aziz memberitahu The Malaysian Insider (TMI), merujuk kontroversi sekitar 1MDB dan tiadanya jawapan yang memuaskan.

1MDB baru-baru ini menjual kepada Tabung Haji tanah seluas 0.63 hektar di projek Tun Razak Exchange (TRX) pada harga RM188.5 juta, jauh lebih tinggi daripada apa yang dibayar ketika membeli tanah itu daripada kerajaan pada RM65 setiap kaki persegi.

"Sentimen akar umbi cukup marah, cukup kecewa," kata ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu.

Dalam sejarah Umno, ini juga kali pertama kredibiliti Najib dipersoal sehingga hilang rasa hormat kepadanya, kata Aziz.

"Sekarang ini, orang sangsi dengan kredibiliti yang berhormat presiden. Kesangsian itu buat orang tidak percaya dengan kredibilitinya dan tidak hormat beliau.

"Tidak pernah sebelum ini sampai ke tahap ke situ, ini kali pertama," kata Aziz.

Perasaan tidak senang akar umbi terhadap Najib, yang juga menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB, terlihat semasa mesyuarat peringkat cawangan, apabila beberapa usul hangat dibawa mengenai 1MDB, dana pelaburan strategik negara yang menanggung hutang mencecah RM42 bilion itu.

Pada masa sama, terdapat juga usul supaya tindakan diambil ke atas Dr Mahathir kerana kritikannya, menunjukkan pertembungan antara mereka mewujudkan bibit-bibit perpecahan antara bekas perdana menteri dan perdana menteri sekarang.

Lebih 20,000 cawangan Umno di seluruh negara perlu mengadakan mesyuarat agung tahunan mereka bagi tahun ini sebelum akhir bulan Mei.

Antara usul yang dibentangkan pada mesyuarat ini menunjukkan wujud perselisihan dalam Umno. Mereka sama ada mahu Dr Mahathir dikecam atau Najib meletak jawatan daripada jawatannya dalam parti.

Difahamkan, tiada satu pun usul itu mendapat sokongan yang diperlukan bagi membolehkan ia diterima pakai sebagai pendirian rasmi cawangan.

Sebagai contoh, ahli Umno cawangan Bukit Jelutong, dalam bahagian Shah Alam, membentangkan usul pada mesyuarat mereka baru-baru ini untuk memecat Najib sebagai presiden.

Bagaimanapun, usul tersebut tidak dibahas dan ditolak, kata Naib Ketua Bahagian Shah Alam Datuk Nor Hisham Ses, yang mengakui usul sama turut dibuat di peringkat bahagian, tetapi ia tidak mendapat sokongan.

Mesyuarat agung tahunan bahagian hanya akan diadakan selepas semua mesyuarat cawangan selesai.

"Kalau ada ahli-ahli nak usulkan sesuatu, kita tidak boleh halang. Usul itu memang berlaku. Di peringkat bahagian pun ada. Dan sudah ada respons usul tersebut untuk dipertimbangkan, supaya ditarik, dan usul tersebut tidak dibahaskan, serta tidak ada sokongan," kata Nor Hisham kepada TMI.

Pemimpin bahagian merupakan pemimpin parti peringkat pertengahan yang berpengaruh menentukan dasar parti. Pada perhimpunan 8 Mac lalu, 160 daripada mereka berjanji menyokong kepimpinan Najib.

Seorang blogger pro-Umno, Shahbudin Husin berkata, terdapat pemimpin cawangan di Wilayah Persekutuan yang menghubunginya menyatakan sokongan terhadap beberapa usul menentang Najib.

"Ada beberapa pemimpin cawangan di Wilayah Persekutuan yang menghubungi saya. Mereka kata sepatutnya usul memecat Najib dibawa...

"Tapi disebabkan mereka selesai bermesyuarat awal, mereka tidak dapat membawa usul tersebut," katanya.

Walaupun usul tersebut tidak berjaya diketengahkan, hakikat yang mereka membentangkannya mencabar solidariti yang ditunjukkan dan dakwaan yang Najib menerima sokongan penuh daripada partinya.

Shahbudin tidak menafikan terdapat perpecahan di peringkat akar umbi yang ditambah buruk lagi dengan tiadanya penjelasan daripada Najib walaupun diserang secara berterusan tanpa henti oleh Dr Mahathir.

"Beliau (Najib) tidak menjawab atau memberi penjelasan, ini mengelirukan mereka yang berada di peringkat bawah ini," katanya kepada TMI.

Di sebalik semua ini, ahli Umno cawangan Sri Labuan, dalam bahagian Umno Bandar Tun Razak, mencadangkan supaya diambil tindakan disiplin terhadap Dr Mahathir yang lantang mengkritik Najib ketika ini.

Bekas perdana menteri itu gigih mengkritik Najib, antara lain, berhubung cara beliau mengendalikan 1MDB dan bantuan wang tunai yang diberi di bawah skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Dr Mahathir juga menuduh keluarga Najib mengamalkan gaya hidup mewah dan memberi amaran kepada ahli Umno yang parti itu akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang jika Najib tidak disingkirkan.

Bagi bekas menteri kabinet Tan Sri Zainuddin Maidin, krisis keyakinan terhadap Najib ketika ini perlu diatasi ahli Umno dengan cara bertoleransi bagi mengelak perpecahan lebih teruk dalam parti.

"Umno peringkat cawangan harus mempunyai toleransi yang tinggi, seperti Najib juga dalam menghadapi krisis keyakinan ini. Sekiranya mereka membuat keputusan sembarangan, mungkin akan menambah teruk perpecahan dalam parti."

Aktivis parti Umno Kedah, Ramli Mohd Yunus berkata unsur penentangan di peringkat akar umbi yang sedang berlaku ketika ini satu tanda baik, menunjukkan mereka peka kepada isu melibatkan pentadbiran dan kepimpinan.

"Ahli dan masyarakat bawahan sudah mula prihatin dan sensitif terhadap isu kepimpinan negara. Mereka juga sudah berani menyatakan sikap dan pandangan kerana mereka sedar yang berlaku dalam pentadbiran juga melibatkan mereka," kata ahli bahagian Umno Pokok Sena itu.

Bagi penganalisis politik Merdeka Centre Ibrahim Suffian, krisis dalaman parti akibat perselisihan antara Dr Mahathir dan Najib, kini makin teruk selepas kontroversi Tabung Haji-1MDB, lebih bahaya bagi Umno berbanding serangan pihak pembangkang, yang sebenarnya mendapat lebih kelebihan daripadanya.

"Secara umum, orang ramai menyokong dan memiliki rasa hormat yang tinggi (kepada Dr Mahathir), khususnya masyarakat Melayu yang tidak menyokong pembangkang. Beliau dilihat sebagai seorang negarawan, malah dalam Umno sendiri," katanya.

"Biasanya, pembangkang akan mendapat peningkatan bila berlaku krisis dalam Umno. Hanya dengan ada krisis dalaman Umno sahaja, pembangkang akan menang." – 10 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Saya tidak akan letak jawatan pengerusi Tabung Haji, kata Azeez

Posted: 10 May 2015 03:15 AM PDT

Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim tidak akan tunduk kepada desakan untuk beliau meletakkan jawatan kerana berpendapat isu urus niaga dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipolitikkan sesetengah pihak.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim tidak akan tunduk kepada desakan untuk beliau meletakkan jawatan kerana berpendapat isu urus niaga dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipolitikkan sesetengah pihak

Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada desakan agar meletakkan jawatan pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) yang disandangnya sejak 2013, kerana berpendapat ia bakal mengundang kerugian kepada TH, lapor Sinar Harian.

Katanya, selama dua hari kontroversi pembelian tanah milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh TH itu diperkatakan, beliau memilih untuk berdiam diri dan mendapati isu tersebut hanya dipolitikkan sesetengah pihak.

"Selama dua hari ini saya diam daripada memberikan sebarang maklum balas. Saya tunggu sebab saya nak tahu apa yang akan dimainkan. Rupa-rupanya isu politik.

"Dan mereka mahu kaitkan saya sebagai pengerusi TH. Apa kena mengena? Kalau saya rugikan duit TH, bolehlah desak saya letak jawatan," beliau dipetik berkata akhbar itu.

Azeez mendakwa, sejak beliau dilantik pengerusi, beliau membuktikan kredibiliti apabila berjaya menambah jumlah dividen yang diterima pendeposit di TH.

"Sebelum ini, TH bayar dividen 5.5%. Alhamdulillah, secara kebetulan, sejak saya jadi pengerusi dan rakan lain dalam lembaga pengarah sertai TH, kita bayar dividen 6% (bonus tahunan), tambah 2% (bonus haji), jadi 8% pada 2013.

"Tahun lalu pula kita bayar 6.25% (bonus tahunan) tambah 2% (bonus haji) sebanyak 8.25%," Azeez dilapor berkata.

Pada masa sama, beliau menyarankan agar tiada pihak mengaitkan TH dengan politik.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Lumpur Rosli Jabar berpendapat, transaksi tersebut tidak sepatutnya berlaku dari awal kerana boleh menimbulkan keraguan terhadap pencarum yang percaya sepenuhnya dengan TH.

Ia juga, katanya kepada Sinar Harian, menyebabkan imej institusi kewangan Islam yang mengurus jemaah haji itu tercemar.

"Kita lihat ramai pencarum mula keluarkan wang simpanan mereka selepas pendedahan perkara ini dengan berkongsi resit pengeluaran mereka di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya.

"Ini menunjukkan pencarum mula berasa bimbang dan hilang kepercayaan dengan sistem perniagaan yang diamalkan TH sejak akhir-akhir ini," beliau dipetik berkata akhbar itu.

Rosli turut meminta TH melakukan pelaburan yang boleh menjana kebaikan kepada rakyat terutamanya dengan membantu pencarum yang tidak berkemampuan membuat haji.

"Sepatutnya keuntungan yang diperoleh TH menerusi pelaburannya digunakan membantu golongan tidak berkemampuan mengerjakan fardu haji, bukannya menggunakan wang itu untuk pembelian tanah yang harganya tidak munasabah.

"Rakyat pasti tidak akan mempertikai sekiranya keuntungan yang diperoleh hasil caruman rakyat digunakan kepada golongan yang memerlukan bagi tujuan beribadah," katanya.

Pada masa sama, Adun Beserah Andansura Rabu, turut mengkritik harga satu setengah ekar yang dibeli TH dengan harga RM188.5 juta, yang menurutnya tidak munasabah.

"Bagi saya ia amat mahal dan langsung tidak masuk akal. Sedangkan 1MDB membeli 70 ekar tanah pada harga yang lebih kurang sama.

"Jadi, perkara ini boleh menimbulkan pelbagai kontroversi oleh rakyat, khususnya di kalangan pencarum.

"Kalau betul TH membeli tanah itu bagi strategi perniagaan, mereka sepatutnya membeli melalui kerajaan," katanya. – 10 Mei, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

MYKMU: Pembelian tanah 1MDB menguntungkan TH ?? - FMT Reporters

Posted: 10 May 2015 02:30 AM PDT


mykmu-khairy

MYKMU mendakwa Pergerakan Pemuda UMNO menentang pembelian tanah 1MDB oleh TH kerana mempunyai agenda tersembunyi.

PETALING JAYA: Ketika banyak pihak mempertikai dan membantah tindakan Lembaga Tabung Haji (TH) membeli tanah di Tun Razak Exchange (TRX) dari 1MDB, penulis laman sesawang MYKMU mempunyai pendirian sebaliknya.

Katanya, ia menyokong pembelian itu kerana ia bakal menguntungkan TH.

"Ketika Pemuda UMNO Malaysia melalak membelasah Tabung Haji mereka tidak faham hartanah bahawa harga di kawasan yang dibeli oleh Tabung Haji dengan harga RM 2733 sekaki persegi, sebenarnya antara RM 3,000 – 7,000 sekaki persegi.

"Kita tidak nampak kenapa Pemuda UMNO harus mengamuk kecuali mereka mempunyai agenda lain yang tersembunyi", tulis MYKMU.

Ia turut membangkitkan hujah, apabila dibangunkan kediaman bertingkat nanti, TH dijangka dapat menjual kondominium dengan harga RM 1500-2,000 sekaki.

Katanya, dengan kawasan seluas 1.56 ekar tanah dan pembinaan kondominium mewah, badan itu akan mendapat keuntungan berkali ganda.

"Jadi, adakah harga hartanah yang dibayar oleh Tabung Haji sebanyak RM 2, 733 sekaki persegi untuk kawasan berhampiran satu angka luar harga pasaran?

Jadi mengapa Pemuda UMNO menentang pembelian ini? Adakah Ketua-ketua Pemuda UMNO ini bodoh? Tidak. Tapi anda tahulah apa masalah dengan rent seeker yang tamak!", soalnya.

Berikutan bangkangan keras daripada Ketua-ketua Pemuda UMNO Negeri berhubung pembelian tanah oleh TH, MYKMU mendakwa ia angkara Ketua Pergerakan itu, Khairy Jamaluddin.

Katanya, Ahli Parlimen Rembau itu mempunyai helah dan sedang menunjukkan kekuatan politik kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Isu TH: Lucut jawatan mereka yang terbabit - FMT Reporters

Posted: 10 May 2015 01:45 AM PDT

 
kadir-jasin-TH-Azeez
Tindakan itu perlu dibuat, sekiranya Najib tidak terlibat dalam jual beli berkenaan selain mengelak nama TH daripada tercemar.

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dicabar supaya melucut semua jawatan mereka yang terbabit dengan pembelian tanah 1MDB oleh Tabung Haji (TH) termasuk Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin berkata tindakan itu perlu dibuat, sekiranya Najib tidak terlibat dalam jual beli berkenaan selain mengelak nama TH daripada tercemar.

"Inilah akibat "nawaitu" yang tidak baik dan buat kerja curi-curi. Abdul Azeez hari ini (Sabtu) mengumumkan bahawa atas "nasihat" Mohd Najib, Tabung Haji akan jual tanah yang dibeli sebulan lalu daripada 1MDB.

"Inilah kerja mengarut dan tidak ikhlas. Kalau tidak didedahkan dan dibelasah oleh orang ramai, pasti semua beres" kata Kadir dalam blognya kadirjasin.blogspot.com.

Selepas TH mengumumkan penjualan semula tanah yang dibeli dari 1MDB, beliau meminta Najib mendedahkan pihak mana yang membelinya dan berapa keuntungan yang diperolehi hasil penjualan berkenaan.

Pada Sabtu, Azeez mengumumkan terdapat tiga pembeli yang berpotensi dan TH dijangka akan mendapat untung RM5 juta walaupun hanya membeli sebulan dari 1MDB.

Beliau mempertahankan bahawa pembelian bernilai RM188.5 juta tanah milik 1MDB tersebut akan memberi keuntungan kepada pelaburan TH.

"Kalau ada rugi, ada penyelewengan, penipuan dan ketirisan… bolehlah (letak jawatan), tetapi tak ada," kata Azeez pada sidang media berkenaan.