Sabtu, 9 Mei 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Miri haramkan pertandingan ratu pondan

Posted: 09 May 2015 10:45 PM PDT


 
Penganjur pertandingan Ratu Pondan di Miri diberi amaran keras supaya tidak mengadakan pertandingan itu di bersempena sambutan apa jua perayaan, termasuk hari bandar raya yang disambut setiap tahun.

Datuk Bandar Miri Lawrence Lai berkata Majlis Bandaraya Miri (MBM) tidak akan menyokong sebarang permohonan untuk mengadakan acara sedemikian kerana memahami sensitiviti agama dan budaya setempat.

Beliau turut menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa peningkatan trend pertandingan ratu pondan di Miri adalah sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-10 Bandaraya Miri yang diraikan pada 20 Mei.

"MBM tidak pernah meluluskan atau memberi kebenaran bagi penganjuran acara seperti itu dan ia bukan sebahagian daripada sambutan Hari Bandaraya Miri kami," katanya kepada Bernama hari ini.

Lai mengulas pertandingan Miss Transuniverse Miri 2015 yang dijadual diadakan hari ini di sebuah hotel di sini yang membangkitkan kemarahan kalangan masyarakat setempat.

Ada peserta beragama Islam?

Berdasarkan semakan dengan pegawainya, Lai berkata tiada lesen atau permit dikeluarkan bagi acara itu dan MBM pastinya tidak pernah terlibat secara langsung dengan penganjur pertandingan itu.

Khamis lalu, pemimpin Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia Sarawak (MAPIM)  Mohammad Fariduddeen Rosli mengeluarkan kenyataan media memohon penganjur membatalkan acara itu.

"Kami menerima maklumat bahawa terdapat peserta beragama Islam dalam pertandingan itu yang jelas merupakan kesalahan mengikut Seksyen 25, Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah 2001, Ordinan 46 Tahun 2001," katanya.

Beliau menggesa pihak berkuasa terutamanya Jabatan Hal Ehwal Islam Sarawak supaya mengambil tindakan segera sekiranya acara seperti itu diadakan.

Persatuan Dayak Miri turut berkongsi sentimen berhubung perkara itu terutamanya apabila ia melibatkan busana tradisional Iban dan mahu kerajaan negeri mengharamkan acara itu di Sarawak.

Presidennya Serawa Budol berkata pertandingan ratu cantik yang menonjolkan golongan pondan menggunakan tema atau busana tradisional Iban perlu diharamkan serta-merta memandangkan ia mencemarkan budaya, sejarah dan kesucian tradisi silam kaum Iban di Sarawak.

- Bernama
 

Azmin: Saya cuma tanya, bukan tuduh

Posted: 09 May 2015 10:00 PM PDT

 
 

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menafikan membuat tuduhan terhadap Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar bawah) semasa ceramah di Permatang Pauh baru-baru ini.

Mohamed Azmin berkata beliau hanya melontarkan soalan kepada Khalid dan menyerahkan salinan rakaman ceramah itu kepada peguamnya.

"Adakah sekarang soalan pun tak boleh? Adakah saya perlu memohon maaf untuk bertanya soalan?" katanya kepada media selepas menyampaikan anugerah kecemerlangan kepada pelajar sekolah Tamil yang mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah di Shah Alam hari ini.

Mohamed Azmin mengulas kenyataan beliau yang dikatakan menghina Khalid dengan menggelarnya "barua UMNO" semasa ceramah politik menjelang pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh, baru-baru ini.

Mohamed Azmin juga mendakwa kenyataan berkenaan hanya ditujukan kepada IGP dan bukan seluruh pasukan polis.

Dalam perkembangan lain, menteri besar berkata, kerajaan negeri mahu projek Langat 2 disiapkan mengikut jadual dan kerajaan pusat sepatutnya memenuhi syarat ditetapkan pihak berkuasa tempatan.
  
Kata Mohamed Azmin, penstrukturan semula bekalan air di Selangor perlu diselesaikan dengan baik dan kerajaan negeri mempunyai pilihan lain bagi memastikan bekalan air mentah dan terawat mencukupi di negeri itu.

Rabu lalu Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan Puncak Niaga Holdings Bhd Tan Sri Rozali Ismail berkata, isu berkaitan penstrukturan semula industri air perlu diselesaikan secepat mungkin bagi mengelak gangguan ketika rizab semasa menunjukkan ia di bawah lima peratus.


- Bernama

Najib, Rosmah Dipersoal Biar 'Keluarga' Guna Pesawat Rasmi Untuk Urusan Peribadi.

Posted: 09 May 2015 09:15 PM PDT

 
Siapakah 'gerangan' yg menaiki pesawat mewah KERAjaan yg bernilai hampir separuh bilion ringgit yg berlepas dari Almaty, Kazakhstan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Subang HARI INI jam 7.24 petang) ???

BUKANKAH majlis perkahwinan anak Najib 'JUGA' diadakan di Grand Ballroom Royal Tulip Hotel, Almaty, Kazakhstan.

Agak2 SIAPALAH agaknya yer...

SUDAH TENTU BUKAN Rosmah & Najib kerana mereka skrg di Ipoh, Perak sempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak ke-35 di Istana Iskandariah hari ini.

Itula yang dipersoalkan oleh admin page Suara Rakyat baru-baru neh menerusi laman rasmi facebook mereka disini.

Rujuk poster ;

Apa yang dipersoalkan oleh admin page SR sememangnya bernas sekali untuk difikirkan. Ya juga kan. Najib kat Ipoh. Rosmah pun kat Ipoh. Media takde pula melaporkan yang menteri2 kita atau sultan2 ke telah ke Kazakhstan baru-baru neh. Jadi jika mereka tak guna maka siapa yang guna?

 

Sampai kena perli-perli ;

Seseorang dari kabinet Najib perlu memberikan penjelasan berhubung persoalan yang dibangkitkan. Jangan nak tutup isu dengan skandal 1MDB. Yang skandal tetap skandal. 

Kita marah tetap marah, persoal tetap persoal. Hal2 macam neh Najib jawab tetap perlu jawab. 

Pendek kata kita takan lepaskan atau biarkan walau satu pun penyelewengan2 atau salahguna kuasa yang dilakukan oleh Najib dan pentadbirannya samada dalam skala besar atau kecik.

So, Najib jawab la.

Sapa guna pesawat tersebut pada masa dan hari yang dinyatakan.


Jawabbbbb!!!!


Ameno World

Sudah Buat Taik Kat Tabung Haji, Azeez Ugut Pendeposit Pulak?

Posted: 09 May 2015 08:30 PM PDT


'Lepas ni jangan marah Tabung Haji'

Tabung Haji tidak mendedahkan butiran mengenai pihak yang didakwa berminat membeli tanah yang dibeli secara kontroversi daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini.

Namun, berdasarkan kenyataan dibuat hari ini, ada kemungkinan tanah berkenaan akan djual kepada pembeli bukan Islam.

Bercakap kepada media di Kuala Lumpur hari ini, Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, agensi itu "menghormati kerisauan makcik-makcik dan pakcik-pakcik (pendeposit)".


Kata Ahli Parlimen Baling itu, Tabung Haji bersetuju untuk mencari tanah lain.

"Saya nak bagi tahu, lepas ini jangan kata mengapa Tabung Haji jual kepada orang bukan Islam," katanya.

Abdul Azeez juga berkata, keputusan Tabung Haji melepaskan tanah yang dibeli itu membuktikan ia tidak sukar untuk dijual.

Namun, katanya, Tabung Haji akan mencari pihak atau syarikat yang mampu memberi keuntungan terbaik untuk tanah berkenaan.

"Selepas jual kita akan buat sidang media," katanya.

ADA KAH PM NAJIB AKAN MENGUNDURKAN DIRI?

Posted: 09 May 2015 08:00 PM PDT


 
Jadikah Najib nak umum sesuatu Isnin ini?
                                                                                         
APA KAH PENGUMUMAN PENTING YANG AKAN PM NAJIB UMUMKAN?

Khabarnya Isin nanti Najib Razak akan sekali lagi membuat penjelasan berhubung beberapa isu yang bergentayangan kini terutamanya apa yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir Mohamad. Katanya, kali ini Najib tidak lagi akan bersikap mempertahankan dirinya semata-mata tetapi akan turut sama menyerang Dr Mahathir.

Najib Razak sudah selesema teruk.
Dalam pada itu ada juga maklumat yang Najib akan membuat pengumuman penting pada Isnin ini. "Tunggulah ada sesuatu kejutan daripada Najib," begitulah sebut sumber kepada saya. Sumber itu juga menyebut Najib akan mula menjawab Mahathir secara terbuka, opensif. Terbuka dimaksudkan Najib akan mendedahkan apa yang Mahathir lakukan selama 22 tahun menjadi PM.

Mengenai kesuspenan Isinin ini, apakah ianya mengenai kedudukan Najib sebagai perdana menteri? Saya bersoal demikian, tetapi sumber itu tidak menjawab menyebabkan saya mentafsirkan apa yang Najib hendak perkatakan Isnin ini sesuatu yang sangat penting mengenai dirinya dan bakal meletup dalam Umno.

Jika diukur dengan sikap diambil timbalannya kini, Muhyiddin Yassin ada munasabahnya kalau Najib mengumumkan sesuatu yang mengejutkan. Muhyiddin telah melahirkan rasa bingung dan kesal terhadap isu yang sedang menghangat kini. Rasa bingung dan kesal itu tentulah kepada Najib.


Bukan itu sahaja edah untuk Najib telah pun tamat. Sebelum Mahathir katanya memberi tempoh untuk Najib berfikir meletakkan jawatan selepas selesai laki Rosmah anak Razak itu menguruskan perkahwinan anaknya. Katanya Najib telah setuju dengan pelan penurunannya dari kerusi PM, tetapi minta tangguh kerana dia tidak mahu jadi seperti bekas MB Terengganu Ahmad Said, dimana berkenduri kahwin anak tanpa jawatan MB.  Najib, sebenarnya Rosmah yang mahukan kenduri anaknya diraikan sebagai kenduri negara.

Muhyiddin semakin tidak senang dengan Najib kerana beberapa isu yang berlegar di sekitar PM itu menjadi-jadi ketidaktentuannya. Antara isu ialah 1MDB, dan terbaru terbongkarnya "skandal" pembelian tanah oleh Tabung Haji bernilai RM188.5 juta sebagai "bail out", untuk menyelamatkan 1MDB. Menurut Rifizi Ramli jumlah penjualan tanah secara "kekasih" itu cukup untuk membayar bunga hutang yang ditanggung oleh syarikat strategik yang dinaungi Najib itu.

Muhyiddin mungkin kesal dan kecewa kerana sebelum ini beliau sudah memberi amaran agar wang awam tidak digunakan untuk selamatkan 1MDB. Amaran Muhyuddin tidak dipedulikan dan Najib rakus menggunakan kuasanya, apabila suntikan sebanyak hampir RM100 juta kepada 1MDB.

Muhyiddin juga sudah mengeluh kenapa mereka terlibat sehingga syarikat pelaburan itu menanggung kerugian sehingga RM42 billion tidak dikenakan apa-apa tindakan atau didakwa atau pun ahli lembaga pengarahnya dipecat. Keluhan Muhyiddin itu menggambarkan TPM itu juga sudah naik meluat kepada pentadbiran bosnya. Sebenarnya serangan hendap Muhyiddin ke atas Najib sudah pun bermula.

Serangan terbaru Muhyiddin kepada Najib itu dilihat munasabah kalau Isnin ini Najib membuat pengumuman mengejutkan mengenai kedudukannya. Banyak orang berharap Najib tidak menjelas sebagai menjawab Mahathir itu secara rakaman tetapi secara live. [wmk.kl.9:28 am 09/05/15]

Posted by mso.im

Menghalau Lembaga DI Tabung Haji Tak Mampu DIlakukan Oleh Dr. Haron Din

Posted: 09 May 2015 07:30 PM PDT

Dr. Haron Din memang dikenali ramai sebagai seorang ahli politik dan juga pakar perubatan Islam. 

Bagi sesetengah pihak kepakaran Haron DIn yang menjadi bualan mereka ada kemampuan menghalau atau memindahkan jin dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

Pernah diceritakan umum bahawa Dr Haron Din pernah memindahkan berlori-lori jin dari kawasan Putrajaya semasa kawasan itu hendak dibangunkan. Wallahu a'lam

Yang paling mengejutkan, Dr Haron Din gagal memindahkan satu lembaga hitam di LUTH.... wakaka



Semua Mata Kini Tertumpu Kepada Muhyiddin Setelah Kritik 1MDB

Posted: 09 May 2015 07:00 PM PDT

 

Penggunaan wang simpanan haji orang Islam dalam Tabung Haji (TH) sebanyak RM188.5 juta untuk menyelamatkan kemelut kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah meningkatkan taruhan politik ke atas Perdana Menteri Najib Razak. Dengan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah menemui keberanian untuk mengkritik tindakan itu, adakah ini boleh dikatakan petanda pengakhiran karier politik Najib?

Antara pemimpin Umno lain yang mengikut jejak langkah Muhyiddin mengecam penggunaan wang simpanan haji orang Islam untuk menyelamatkan 1MBD adalah Dr Mahathir Mohamad dan anak lelakinya, Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir (kiri). Muhyiddin memberitahu wartawan ketika lawatan rasmi terbaru beliau di Milan, Itali bahawa "1MBD adalah faktor terbesar yang membawa kekalahan BN di pilihan raya kecil Permatang Pauh. Saya tidak dapat menjelaskan skandal ini ketika berkempen kerana saya langsung tidak tahu apa yang perlu dikatakan.

"Rakyat mahu tahu, bukan sahaja Tun Dr Mahathir Mohamad. Rakyat mahu tahu kenapa tiada seorang pun yang didakwa, kenapa lembaga pengarah 1MDB masih belum dipecat, dan mengenai kedudukan CEO dan perdana menteri sebagai penasihat.

"Situasi ini berbahaya dan ianya bukan saja memberi kesan buruk kepada rakyat, tetapi kepada Umno juga." Sehingga kini, ini adalah pendirian paling jelas Muhyiddin terhadap kepimpinan Najib. Untuk memberi kritikan terbuka sebegitu, Muhyiddin pastinya berasa yakin terhadap kejatuhan karier politik Najib.

Dengan sokongan Mahathir dan menurut urutan beliau adalah orang nombor 2, Muhyiddin sudah pasti adalah PM-yang-sedang-menanti, dijangka menggantikan Najib. Persoalannya adalah bila? Bagaimanapun, Muhyiddin mempunyai satu isu yang sangat serius dengan rakyat Malaysia dan Malaysia sendiri jika beliau mahu menjadi perdana menteri kepada seluruh rakyat dan Malaysia.

Apakah pendirian politik beliau dan apakah keutamaan beliau jika beliau akhirnya berkuasa di Putrajaya? Ini adalah isu yang rakyat Malaysia mahu tahu. Muhyiddin pernah membuat kenyataan bahawa "Saya Melayu terlebih dahulu dan kemudiannya baru rakyat Malaysia".

Ini adalah satu kenyataan serius yang perlu dipertimbangkan untuk ditarik balik oleh TPM. Seorang pemimpin sejati mestilah setia kepada negara dan rakyatnya. Bangsa adalah perkara kedua. Bangsa lain mungkin berasa sukar untuk menerima Muhyiddin sebagai PM jika beliau hanya mahu menjuarai kaum atau memberi keutamaan lebih mengatasi yang lain.

Mukhriz boleh dikatakan telah bertindak dengan tepat, dalam meminta Kementerian Kewangan (Najib juga menteri kewangan dan penasihat lembaga pengarah 1MDB) untuk menjelaskan terhadap harga murah tanah yang dijualnya untuk Tun Razak Exchange kepada 1MDB.

Mahathir dan pemimpin Umno lain sekarang telah mempersoalkan secara terbuka terhadap pembelian sekeping plot tanah oleh TH daripada 1MDB bernilai RM188.5 juta, dan kenapa tidak? 1MDB telah memperolehi tanah itu pada harga yang cukup murah daripada kerajaan - RM64 setiap kaki persegi (skp) pada 2011.

Dan TH membayar antara RM2,860 dan RM3,900 skp! Apa yang sedang berlaku? Adakah anda memerlukan otak seperti saintis roket untuk memberitahu anda apa yang sebenarnya sedang berlaku? Adakah ini bukan penyelamatan (terhadap kemelut 1MDB)? Mahathir juga telah menyifatkan urusniaga TH adalah penyelamatan, dengan mengatakan bahawa wang pendeposit Tabung Haji telah digunakan untuk menyelamatkan 1MDB.

Urusniaga ini telah bertentangan dengan laporan penilaian risiko yang telah dilaksanakan oleh pasukan pengurusan risiko dalaman TH pada 9 April. Laporan itu telah mempertimbangkan projek ini sebagai "berisiko-tinggi, berdasarkan banyak faktor, termasuklah sektor hartanah yang suram sekarang yang dilihat tidak akan bertambah baik akibat dari permintaan yang menurun dan tinjauan makro-ekonomi yang mencabar.

Terdapat keraguan kecil sama ada Muhyiddin mendapat sokongan ramai terhadap kenyataan terbarunya mengenai 1MDB. Tetapi pastinya, rakyat Malaysia akan berasa lebih selesa jika beliau mempertimbangkan untuk meletakkan negara dan rakyat sebagai keutamaan, dan bukan bangsa, andai beliau menjadi perdana menteri baru.

Muhyiddin mesti sedar sekarang yang semua perhatian tertumpu ke arah beliau selepas kritikan terbuka beliau terhadap 1MDB, projek hasil buah fikiran ketuanya. Beliau seharusnya menebus balik persepsi negatif terhadap beliau selepas kenyataan "Saya Melayu terlebih dahulu dan kemudiannya baru rakyat Malaysia" beliau.

Tiga Laporan Polis Dibuat Terhadap Tabung Haji

Posted: 09 May 2015 06:30 PM PDT

 


Tiga laporan polis setakat ini dibuat terhadap Lembaga Tabung Haji berhubung perjanjian pembelian tanah seluas 0.63 hektar dengan syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di tapak projek Tun Razak Exchange (TRX).

Kesemua laporan itu kini di bawah kajian Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kata ketua polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa.

"Siasatan akan dijalankan satu pasukan dari ibu pejabat polis persekutuan."

Dua daripada laporan itu dibuat hari ini oleh Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dan seorang pembantu khas exco Selangor, Abdul Razak Ismail, menggesa polis menyiasat pembelian pada harga RM188.5 juta itu, dan tiga pegawai tinggi yang terlibat dalam kedua-dua syarikat.

Tabung Haji pada Khamis mengesahkan membayar RM188.5 juta kepada 1MDB bagi membeli tanah bagi tujuan pelaburan hartanah di pusat kewangan TRX itu.

"Kami khuatir wujud percanggahan kepentingan kerana ketiga-tiga eksekutif Tabung Haji itu juga memegang jawatan di dalam 1MDB," kata Nik Nazmi selepas membuat laporan di balai polis Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Tiga eksekutif yang dimaksudkan itu ialah Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Haji Tan Sri Ismee Ismail, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO Datuk Johan Abdullah dan Ahli Panel Pelaburan Tan Sri Dr Abdul Samad Alias.

Mengenai laporan polis dibuat Tabung Haji berkenaan dokuman sulit tentang perjanjian itu yang didakwa dibocorkan blog yang dikenali dengan nama "The Benchmark", Tajuddin berkata, polis menyiasat kes itu bukan sahaja mengikut Akta Rahsia Rasmi, tetapi juga Seksyen 500 Kanun Keseksaan, kerana jenayah fitnah, dan Akta Komunikasi dan Multimedia.

"Pasukan jenayah komersial Kuala Lumpur sedang menyiapkan kertas siasatannya," katanya.

Blog "The Benchmark" mendakwa, Tabung Haji membeli dua plot tanah di projek TRX dengan harga sejumlah RM772 juta tunai, sedangkan sebenarnya hanya satu plot tanah yang dibeli dan pada harga potongan RM188.5 juta.

Dalam laporan polis dibuat Johan semalam, beliau menyatakan, tanah seluas 67,954 kaki persegi itu ialah bagi membina kondominium mewah dan menafikan yang Tabung Haji dalam proses memperoleh sebuah "Signature Tower" seperti didakwa blog itu. – tmi

Jual beli tanah macam jual beli botol kicap di belakang rumah ...

Posted: 09 May 2015 06:00 PM PDT

Senanglah itu! Mula dulu, Mamak Azeez ni cuba menafikan adanya transaksi hartanah Tabung Haji (TH) dengan syarikat dibebani hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tiba-tiba sahaja, kini dia kata hartanah tersebut akan dijual pada harga RM188.5 juta!

Kononnya atas nasihat PM Najib!

Phuit! Kah! Kah! Kah! Mamak nih sempat lagi nak bagi kredit pada Najib! "TH akan dapat untung RM5 juta dengan hanya pegang hak milik itu untuk sebulan kerana dah ada 3 pembeli berpotensi! "

Kelakarlah Mamak nih! Entah bila Najib nasihatkan suruh jual, dan entah bila Mamak ni bermesyuarat untuk pertimbangkan nasihat Najib itu.

Dan entah bila pula tawaran dikeluarkan/iklankan....tup-tup sudah ada 3 potential buyer! Ajaib sungguh! Kah! Kah! Kah! "Kami masih ada RM5.6 bilion untuk digunakan bagi membeli hartanah. Kami tak guna wang penyimpan ....

Kami akan cari tanah lain untuk dilabur. Ini membuktikan tanah ini bukan susah untuk dijual....." Mamak tu buat kelakar lagi! Dia kata mudah jual beli tanah.

Dia ingat semudah jual beli botol ke apa? Elok sangatlah tu, mintalah PM Najib jual Putrajaya secara murah kepada 1MBD, supaya kemudiannya 1MBD boleh jual mahal kepada TH, dan TH boleh mendapat untung atas angin lagi bila dijual semula!! Kah! Kah! Kah!

Mukhriz Mahathir bertanya secara sinis mengenai transaksi tersebut dengan menulis di tweet : "Kalau TH sanggup bayar harga begitu tinggi utk tanah kepunyaan 1MDB, apa alasan Kem Kewangan jualnya pd harga begitu murah kpd 1MBD dulu?

Memang sejak dari dulu lagi, orang Melayu ni kaya raya sebab suka jual tanah pusaka nenek moyang sendiri, jual negeri pun sanggup.Berbeza dengan bangsa lain, depa beli tanah untuk kaya!

Rakyat di kampung-kampung jual sawah bendang...penguasa negeri atau raja-raja Melayu jual kampung, jual negeri!  Orang Melayu marah bila tengok bangsa lain punyai banyak tanah dan luas.

Lihat bagaimana yang terjadi di Kelantan. Ada penduduk yang hilang rumah tidak dapat bantuan kerana rumah mereka dibina atas tanah kerajaan atau menumpang / menyewa tanah orang lain...Orang Melayu merempat di bumi sendiri tanah air sendiri...

Penguasa negeri atau pemerintah menzalimi rakyat sudah lama tercatat dalam sejarah.Daerah Besut umpamanya asalnya adalah sebahagian daerah Kelantan tapi menjadi milik Terengganu kerana kalah menyabung ayam....

Memang standad ayam orang kita sejak dulu lagi. Kita lihat bagaimana Singapura boleh tergadai kepada Inggeris hanya dengan pampasan pencen .... Korang gi surf maklumat di sini.

Elok juga tonton sat babak dari Musang Berjanggut, Raja Melayu lawan berteka-teki 3 soalan pun sanggup mempertaruhkan negara masing-masing sebagai pertaruhan!

Sanggup mengkhianati rakyat dan negara sendiri! Korang ingat adakah orang Melayu yang mampu nak beli tanah keluasan 0.63 hektar pada harga RM188.5 juta tu? Siapalah agaknya mamat tuh?

Sultan Berunei atau Sultan Johor? Kah!Kah! Kah! Tentu bukan Melayu yang akan dapat tanah tuh!

al-Husseyn

WAHAI BANI MELAYU

Posted: 09 May 2015 05:30 PM PDT

 

Wahai bani melayu:
 
berlaku jujurlah
tanya diri kamu sendiri
jangan lah kamu
menipu diri sendiri
lihat gambar ini
renung gambar ini
pandang gambar ini
buka mata
lihat betul betul
kemudian tanya diri kamu
tanya dengan hati jujur
adakah gambar ini
MUKA MELAYU
 
Tukar Tiub.

Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!

Posted: 09 May 2015 05:00 PM PDT

Ann Noordin's photo.


Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. 

Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.


c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.


d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).


a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


 

3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.


c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


 

4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


 

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
 

iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
 

b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

 

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
 

b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


 

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
 

b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

 

8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.


9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.


 

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

 

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

 

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

 

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi
 

i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
 

ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
 

b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
 

d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
 

e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
 

f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
 

h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

 

14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
 

a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.

b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.


D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH


a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH


i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.


16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman


 

18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.


e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


19. BUANG AIR BESAR


a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.


d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.


20. BADAN


a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.


ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.


b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan


c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.


d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.


22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.


23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.


24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :


a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.


 

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis


✻ღϠ₡ღ✻
(¯`✻´¯)
`*.¸.*✻ღϠ₡ღ. Madam Ann Official

Isu Tabung Haji : Adakah Ulama' Upahan Umno Ini Masih Hidup Atau Tidak ?

Posted: 09 May 2015 04:30 PM PDT



Jangan Bersangka Buruk beb bila gua AJUKAN pertanyaan diatas kat lu orang... bukan apa saja gua nak tahu sama ada Ulama'-Ulama' UPAHAN Umno diatas masih Hidup atau Sudah Jalan, kebiasaan nya apabila ada Permasalahan yang berkaitan dengan Umno dan Umat Islam maka Ulama' diatas lah diantara Ulama' yang akan memberi Ulusan sama ada di TV3/4 atau pun di Utusan Meloya.

Tetapi setelah hampir 3 hari ISU berkaitan Tabung Haji (TH) TERBONGKAR namun tiada gua dengar apa-apa pun Kenyataan dari Mulut Longkang Ulama' Upahan Umno diatas, PELIK BIN AJAIB juga beb kerana Isu TH adalah Isu yang membabitkan Orang Islam atau pun Orang Melayu seperti kata Pemimpin-Pemimpin Umno bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu.

Andai kata Ulama'-Ulama' Upahan Umno diatas masih Hidup cuba gak lu orang RISIK-RISIK, kat Planet mana Ulama'-Ulama' Upahan Umno tu sekarang ni tengah Berdakwah, sebab apa jika masih berada dan Berdakwah di Planet Bumi tak mungkin Ulama'-Ulama' Pewaris Nabi tersebut akan MEMBISU SERIBU BAHASA bila mendengar TH DIPERKOSA dengan RAKUS... kah kah kah !.

Atau dia orang sekarang ni sedang berada di Kawasan Parlimen Rompin dan kebetulan pulak dia orang berada dikawasan yang tiada Liputan Talifon dan Internet, akibat dari Parlimen Rompin tu Terlampau MAJU dibawah Ahli Parlimen Umno/Bn sebelum ini.

Mungkin juga dia orang sedang Menerangkan Kebaikan GST kepada Orang Asli akibat dari Keputusan PRK Rompin baru-baru ini... kah kah kah !.

Tetapi yang Pelik Bin Ajaib nya lagi ialah usahkan Ulama'-Ulama' Upahan diatas saja yang Hilang tetapi Ulama' yang MENGUPAH pun turut sama GHAIB entah kemana beb, itu yang namanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Jamil Khir.

Tak kan Jamil Khir pun sekarang ni tak ada di Planet Bumi, Planet mana pulak lu Berdakwah Jamil oiiii... kah kah kah !.

Bila ada yang Mengkritik Ulama' akan dikatakan lah sebagai Tidak Menghormati Ulama' sebagai Perwaris Nabi, memang betul Ulama' adalah Perwaris Nabi tetapi jangan pulak lu orang lupa bahawa Ulama' Su' (Ulama' Jahat) juga adalah dipanggil Ulama' beb.

Jika sudah menjadi Kewajipan kepada gua dan lu orang Menyayangi Ulama' Pewaris Nabi, apa pulak Tindakan kepada Ulama'-Ulama' Su' ?. hemmmmm..... ini lah akibat dari orang melayu dan orang islam memilih umno sebagai pemerintah... sedangkan sejarah telah membagi tahu bahawa umno sejak dari sebelum merdeka lagi sudah mengkhianati orang melayu dan orang islam... kah kah kah !.

 

Dicatat oleh Mat Indera Sipejuang.

Kes Tabung Haji memalukan – Siti Nurhaliza - Khairil Ashraf

Posted: 09 May 2015 01:59 PM PDT

 
siti nurhaliza

Siti Nurhaliza tidak terkecuali meluahkan perasaan terhadap pembelian tanah 1MDB oleh Tabbung Haji. 

PETALING JAYA : Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menyifatkan isu pembelian tanah milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai memalukan.

Luahan itu dimuat naik di laman Twitternya dan turut dikongsi ramai pengikutnya.
"Ya Allah lindungi kami .." tulisnya ringkas.


Ia dimuat naiknya selepas tengah hari Sabtu.

Status Siti di laman sosial sebelum ini menarik perhatian ramai apabila dia secara terbuka menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jelasnya, bekas Perdana Menteri Keempat itu tidak pernah sendirian ketika ekoran kritikan dan teguran lantangnya terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Love u Tun & sentiasa bersama Tun..Sejarah kepimpinan Tun mengharungi pelbagai cabaran &dugaan membangunkan Malaysia hingga terkenal di mata dunia patut kita hargai serta contohi.
"Tiada yang muda kalau tidak kerana orang tua .. #sayaanakMalaysia #sebak," katanya dalam status Instagramnya.

Ketua Polis Dikecam Hanya Minat Siasat Pembocor Maklumat Penyeleweng Wang Tabung Haji

Posted: 09 May 2015 08:30 AM PDT

 Siasat maklumat urusniaga bukan menghukum pemberi maklumat - NOW




AKMAL: keutamaan siasatan adalah mengenai urusniaga itu sendiri kerana ianya melibatkan dana pencarum simpanan TH

KUALA LUMPUR: National Oversight and Whistleblowers (NOW) mempersoalkan tindakan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar membuat siasatan bagi mengesan identiti pemberi maklumat berkaitan pembelian tanah 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Tabung Haji (TH).

Kata Pengarah NOW Akmal Nasir, tindakan tersebut adalah mendukacitakan sedangkan keutamaan siasatan adalah mengenai urusniaga itu sendiri.

"Tindakan pemberi maklumat tidak bernama mendedahkan dokumen berkaitan pembelian tanah 1MDB  oleh TH yang nilainya mencecah RM188 juta seharusnya diberikan pujian dan penghormatan.

"Namun, pengumuman oleh Khalid bahawa siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi mengesan identiti pemberi maklumat dibawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) adalah mendukacitakan sedangkan keutamaan siasatan adalah mengenai urusniaga itu sendiri kerana ianya melibatkan dana pencarum simpanan TH," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata Akmal lagi, pihak berkuasa seharusnya menjalankan siasatan bagi memastikan tiada unsur pecah amanah atau salah guna kedudukan dalam urusniaga ini, bukannya mencari jalan untuk menghukum pemberi maklumat.

NOW turut mengemukakan beberapa soalan terhadap Khalid berhubung tindakan beliau itu.

1.      Adakah tindakan untuk menyiasat identiti pemberi maklumat yang membocorkan dokumen urusan jual beli tanah 1MDB-LTH dibawah OSA adalah usaha untuk menyekat lebih banyak pendedahan maklumat berkaitan urus niaga berkaitan atau maklumat mengenai 1MDB?

2.      Apakah siasatan ini membuktikan sekali lagi bahawa Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 atau Whistleblowers Protection Act (WPA) sebenarnya tidak efektif? Ini amat jelas apabila pemberi maklumat terdedah kepada tekanan akta-akta OSA atau Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (BAFIA). Jelaslah bahawa pemberi maklumat di Malaysia berhadapan dengan hukuman sedangkan pendedahan mereka menyelamatkan dan memberi manfaat kepada orang ramai.

3.      Penjualan tanah tersebut oleh 1MDB yang sepatutnya dibangunkan tetapi dijual pada keuntungan yang berpuluh kali ganda kepada TH. Mengapakah hanya TH yang berminat atau diberi pilihan membeli tanah tersebut? Siapakah yang terlibat dalam proses urus niaga ini?

- astroawani

Khairy Mahu Transaksi Pembelian Tanah Tabung Haji Dibatalkan Segera !!

Posted: 09 May 2015 07:45 AM PDT


Jika transaksi pembelian sebidang tanah oleh Tabung Haji di Tun Razak Exchange (TRX) dapat dibatalkan, adalah wajar ia dilakukan untuk mengelakkan persepsi kurang baik di kalangan pendeposit, kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

"Kalau boleh batalkan saya mohon batalkan, (ini) bukan kerana soal pelaburan, macam-macam pelaburan boleh buat tapi ini soal persepsi.

"Jangan sampai kita timbulkan keraguan dalam kalangan pendeposit, (mereka) ini makcik pakcik biasa, orang biasa yang deposit RM100...RM200," kata Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan.


Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas acara Larian Pekerja Muda '9 to 5' di Putrajaya hari ini.

Dalam kenyataan semalam, Pemuda UMNO menzahirkan kebimbangan berkenaan pembelian tanah itu oleh Tabung Haji daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang bernilai RM188.5 juta.

Khairy berkata beliau juga telah menyuarakan kebimbangan dan pandangan peribadinya mengenai perkara berkenaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Jumaat.


- Bernama

Pengawal peribadi guna siren ditahan - FMT Reporters

Posted: 09 May 2015 07:00 AM PDT


Bahasa, Polis Trafik, Pengawal Peribadi, BMW-X5

Pengawal peribadi menggunakan siren dan kenderaan lampu mata arah menyebabkan kenderaan lain ke tepi dan memberi laluan kepada kereta yang dinaiki majikannya seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri.

PETALING JAYA: Polis menahan seorang pengawal peribadi kepada ahli perniagaan bergelar Datuk Seri kerana menggunakan siren dan memandu kenderaan menggunakan lampu mata arah menyebabkan kenderaan lain ke tepi untuk memberi laluan.

Lelaki itu ditahan Jalan Tun Razak berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) oleh anggota Polis Trafik Kuala Lumpur yang sedang menjalankan rondaan, kira-kira 5 petang pada Khamis.

Ketika ditahan, pegawal peribadi itu memandu kereta BMW-X5 berwarna hitam manakala ahli perniagaan itu menaiki kereta Mercedes dalam perjalanan ke Damansara.

Anggota Polis Trafik telah menahan kereta yang dipandu pengawal peribadi dan dalam masa sama, kereta Mercedes terus beredar dari tempat kejadian.

Hasil pemeriksaan, didapati lelaki itu tidak mempunyai kelulusan untuk menjalankan tugas pengiring di jalan raya.

Kenderaan itu telah ditahan di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut mengikut 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam dan disiasat bersama mengikut Seskyen 94 Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan.

Sabit kesalahan, lelaki itu boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

Dr Asri minta alim ulama jangan senyap isu TH Mohd Shahril Bin Jailani

Posted: 09 May 2015 06:15 AM PDT

 
dr maza,ulama
Mereka perlu bersuara atas tanggung jawab amar makruf mungkar nahi mungkar iaitu mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran.

PETALING JAYA: Golongan ulama diminta supaya tidak berdiam diri dalam isu pembelian tanah di Tun Razak Exchange (TRX) milik 1MDB oleh Lembaga Tabung Haji (TH) pada harga berkali ganda lebih tinggi.

Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin berkata, golongan itu bertanggungjawab bersuara atas dasar amal makruf nahi mungkar iaitu mengajak manusia melakukan perkara kebaikan dan amencegah manusia daripada melakukan perkara tidak baik.

Beliau berkata, TH merupakan lambang kebanggaan ekonomi umat Islam dan apa yang berlaku amat memalukan orang Islam di negara ini.

"Golongan agama tidak boleh berdiam diri. Di sinilah tanggung jawab amar makruf dan nahi mungkar mesti ditunaikan. TH menjadi salah satu dari lambang ekonomi umat Islam. Apa yang berlaku ini benar-benar boleh menjatuhkan maruah umat Islam dalam negara ini," katanya.

Asri berkata, siasatan telus perlu dijalankan untuk membawa mereka yang khianat kepada amanah negara ke muka pengadilan.

Merujuk kepada tiga pegawai atasan TH yang ada kaitan secara langsung dengan 1MDB, Asri berkata, jika berita yang disebarkan itu berasas, ia merupakan perkhabaran yang sangat mendukacitkan.

"Mereka semua yang terlibat , tidak memadai sekadar meletakkan jawatan," katanya.

Tiga pegawai atasan itu, Pengarah TH , Tan Sri Esmee Ismail yang merupakan Ahli Lembaga Penasihat 1MDB, Timbalan Pengarah TH, Datuk Johan Abdullah juga merupakan Pengerusi anak syarikat 1MDB, Edra Energy manakala Panel Pelaburan TH, Datuk Abdul Samad Alias adalah Ahli Panel Penasihat 1MDB.

WAHAI!! PENGKHIANAT, SILA LETAK JAWATAN!!

Posted: 09 May 2015 05:30 AM PDT

Mafiaboss Melayu's photo.
 Hukuman tegas mesti dikenakan ke atas mereka yang terlibat dalam perjanjian kontroversi 1Malaysia Development Bhd (1MDB)-Lembaga Tabung Haji (TH).

Seluruh bencana ini tidak berlaku kalau tidak kerana kesalahan 1MDB, mengakibatkan dana negara itu berhutang sebegitu besar mencecah RM42 bilion, yang kini tidak mampu dibayar balik.

Oleh itu, tanggungjawab terletak di bahu seorang yang bukan hanya pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, tetapi juga yang bertanggungjawab melantik semua kakitangan utama dalam kedua-dua TH dan 1MDB.

Nampaknya, tiada pilihan lain. Perdana Menteri perlu memikul tanggungjawab muktamad dengan meletak jawatan berkuat kuasa serta merta. 

 

(Kredit to: Sdr Zairil Khir Johari)

 

Dapatkah Najib mempertahankan diri? FMT Reporters

Posted: 09 May 2015 04:45 AM PDT

 
najib zam khairy muhyiddin

Kenyataan serentak yang dibuat oleh Muhyiddin di luar negara bersama Khairy dan beberapa lagi pemimpin UMNO berhubung isu 1MDB dan TH dilihat sebagai suatu gerakan terancang.


PETALING JAYA: Perubahan besar dalam pucuk pimpinan UMNO semakin ketara apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara terus terang mengkritik kerajaan dalam pengurusan 1MDB.

Pandangan itu dibuat bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin dalam entri terbaru blognya, zamkata.blogsot.com

Beliau berkata, berdasarkan laporan Malaysiakini, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO, memaklumkan kepada para wartawan negara ini yang membuat liputan bersamanya di Milan, Italy, isu yang berlaku amat serius dan boleh meledak pada bila-bila masa.

Muhyiddin dilaporkan sebagai berkata, isu tanggungan hutang besar 1MDB menjadi fakta utama yang menyebabkan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Menurut Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Zam, kritikan yang dibuat oleh orang nombor dua dalam kerajaan dan parti dalam keadaan Tabung Haji dikecam kerana terlibat dengan pembelian tanah dari IMDB.

Pandangan yang sama turut disertai oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin,Pemuda UMNO Johor, bekas menteri Datuk Saifuddin Abdullah dan dan juga beberapa orang pemimpin UMNO lagi yang mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dalam langkah pembelian tanah IMBD oleh Tabung Haji (TH).

Khairy sebelum ini berkata wujud konflik kepentingan dalam pembelian itu kerana Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tan Sri Ismee Ismail juga merupakan ahli lembaga IMDB.

Keadaan ini diburukan lagi oleh kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohamad bahawa pembelian itu adalah langkah untuk menyelamatkan IMBD.

"Dalam keadaaan menghadapi tekanan yang semakin berat ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib hari ini mengadakan pertemuan dengan Timbalan-Timbalan Ketua UMNO Bahagian dari seluruh negara untuk mendapatkan sokongan mereka menerusi penjelasannya secara langsung mengenai isu-isu penting semasa", tulis Zam.

Bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia itu berpandangan, ia sebagai usaha akhir Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengekalkan kedudukannya.

Beliau melihat kenyataan serentak yang dibuat oleh Muhyiddin di luar negara bersama Khairy dan beberapa lagi pemimpin UMNO dilihat sebagai suatu gerakan terancang.

Katanya, susana sebenar akan terserlah dalam sehari dua lagi apabila semakin ramai Ketua-Ketua UMNO yang akan bersuara senada dengan Muhiyddin.

FMT

CEO TABUNG HAJI TIDAK TAHU LANGSUNG URUSAN PEMBELIAN TANAH 1MDB ??

Posted: 09 May 2015 04:00 AM PDT

Mafiaboss Melayu's photo. Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Datuk Ismee Ismail tidak menghadiri mesyuarat ketika badan pengendali ibadah haji itu membuat keputusan berhubung sebarang urusan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kata Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Abdul Azeez Abdul Rahim, keadaan itu berlaku bagi mengelakkan wujud sebarang percanggahan kepentingan kerana Ismee juga berkhidmat sebagai ahli lembaga 1MDB.

sebagai pengarah urusan kumpulan.


Kata Abdul Azeez, Ismee tidak terbabit dalam sebarang perbincangan mengenai pembelian tanah milik 1MDB.

"Beliau juga tidak dimaklumkan langsung mengenainya," kata Abdul Azeez di sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Selain Ismee, ada tiga dua nama lain dalam Tabung Haji yang mempunyai kaitan dengan 1MDB iaitu Datuk Johan Abdullah (timbalan Ismee) dan Datuk Abdul Samad Alias (ahli panel pelaburan Tabung Haji).

Penyimpan serbu kaunter Tabung Haji keluar wang, tuntut Azeez letak jawatan

Posted: 09 May 2015 03:15 AM PDT


Sekumpulan pemegang akaun Tabung Haji (TH) hari ini bertindak mengeluarkan wang simpanan mereka daripada badan penyimpan wang bakal haji itu, sebagai membantah keputusannya membeli tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti didedahkan baru-baru ini.

Mereka juga menyatakan hilang kepercayaan dengan TH, dan menuntut pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Rahim meletakkan jawatan.

"Kami akan masukkan balik duit ini selepas Datuk Azeez meletakkan jawatan sebagai pengerusi," kata Mohd Hilmi Radzuan yang mengetuai kumpulan ini, ketika ditemui di perkarangan kaunter TH di Anggerik Mall, Shah Alam pagi tadi.

Azeez sebelum ini menafikan dakwaan beberapa blog mengenai pembelian itu, tetapi kemudiannya mendakwa kesilapan komunikasi selepas pengesahan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Haji Datuk Johan Abdullah.

Hilmi berkata tindakannya mengeluarkan wang merupakan signal daripada rakyat Malaysia agar TH tidak dikuasai kelompok yang menjaga kepentingan politik mereka daripada pendepositnya.

Seorang lagi penyimpan, Danial Al-Rashid Haron Aminar berkata beliau hilang kepercayaan kepada TH sejak timbul isu pembelian tanah 1MDB ini.

Danial, yang merupakan anak bekas pelakon Allahyarham Haron Salim Bachik, mahu TH dikembalikan kepada tujuan asalnya dan tidak dikuasai orang politik.

"Sebelum ni ok je. Bagi saya, Azeez kena letak jawatan," katanya yang mengeluarkan RM1,000 daripada akaun yang disimpan atas nama anaknya.

Turut hadir ialah seorang guru, yang mengambil cuti sekejap dari tempat kerjanya bagi urusan mengeluarkan wang simpanannya hari ini.

"Saya memang marah bila dengar berita ini, sebab itu saya ambil keputusan keluarkan wang saya dari Tabung Haji.

"Dia pandai-pandai guna wang kita untuk selamatkan kroni dia," kata guru berusia 29 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad itu.

Rafizal Ali, 36, mengeluarkan RM1,500 hari ini dan menuntut Azeez meletak jawatan.

"Saya hilang keyakinan kepada TH selagi Azeez memimpinnya," kata Rafizal kepada The Malaysian Insider.

Beliau berjanji akan menyimpan semula wangnya selepas Azeez meletak jawatan dan TH membatalkan pembelian tanah 1MDB itu.

Baca seterusnya di sini...

Sekumpulan pemegang akaun Tabung Haji (TH) hari ini bertindak mengeluarkan wang simpanan mereka daripada badan penyimpan wang bakal haji itu, sebagai membantah keputusannya membeli tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti didedahkan baru-baru ini.

Mereka juga menyatakan hilang kepercayaan dengan TH, dan menuntut pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Rahim meletakkan jawatan.

"Kami akan masukkan balik duit ini selepas Datuk Azeez meletakkan jawatan sebagai pengerusi," kata Mohd Hilmi Radzuan yang mengetuai kumpulan ini, ketika ditemui di perkarangan kaunter TH di Anggerik Mall, Shah Alam pagi tadi.

Azeez sebelum ini menafikan dakwaan beberapa blog mengenai pembelian itu, tetapi kemudiannya mendakwa kesilapan komunikasi selepas pengesahan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Haji Datuk Johan Abdullah.

Hilmi berkata tindakannya mengeluarkan wang merupakan signal daripada rakyat Malaysia agar TH tidak dikuasai kelompok yang menjaga kepentingan politik mereka daripada pendepositnya.

Seorang lagi penyimpan, Danial Al-Rashid Haron Aminar berkata beliau hilang kepercayaan kepada TH sejak timbul isu pembelian tanah 1MDB ini.

Danial, yang merupakan anak bekas pelakon Allahyarham Haron Salim Bachik, mahu TH dikembalikan kepada tujuan asalnya dan tidak dikuasai orang politik.

"Sebelum ni ok je. Bagi saya, Azeez kena letak jawatan," katanya yang mengeluarkan RM1,000 daripada akaun yang disimpan atas nama anaknya.

Turut hadir ialah seorang guru, yang mengambil cuti sekejap dari tempat kerjanya bagi urusan mengeluarkan wang simpanannya hari ini.

"Saya memang marah bila dengar berita ini, sebab itu saya ambil keputusan keluarkan wang saya dari Tabung Haji.

"Dia pandai-pandai guna wang kita untuk selamatkan kroni dia," kata guru berusia 29 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad itu.

Rafizal Ali, 36, mengeluarkan RM1,500 hari ini dan menuntut Azeez meletak jawatan.

"Saya hilang keyakinan kepada TH selagi Azeez memimpinnya," kata Rafizal kepada The Malaysian Insider.

Beliau berjanji akan menyimpan semula wangnya selepas Azeez meletak jawatan dan TH membatalkan pembelian tanah 1MDB itu.

TH semalam mengesahkan ia membeli sebidang tanah bernilai RM188.5 juta daripada projek pelaburan Tun Razak Exchange (TRX), iaitu projek utama oleh 1MDB, yang terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur.

TH mendakwa pembelian itu mendapat "diskaun" harga berbanding nilai pasaran semasa.

Badan pengelola dana simpanan itu merancang membina sebuah menara kediaman di tapak yang akan dibangunkan anak syarikat TH, TH Properties Sdn Bhd, sebuah syarikat hartanah dan pembinaan yang terlibat dalam pembangunan perbandaran bercampur Bandar Enstek seluas 5.119 ekar berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Pelaburan itu berdasarkan kepada keputusan komersial yang sesuai dengan risiko Tabung Haji dan melalui semua proses sewajarnya," kata Johan dalam kenyataannya, semalam.

Bagaimanapun, TH menafikan kumpulan itu membeli sebidang tanah daripada 1MDB di parcel kedua TRX seperti diperkatakan blog "The Benchmark" yang membocorkan dokumen didakwa memperincikan pembelian TH sebanyak 2 plot tanah di TRX dengan jumlah modal RM772 juta.

Bagaimanapun, ahli Parlimen pembangkang Zairil Khir Johari menegaskan TH sudah membayar nilai hartanah itu jauh lebih mahal berbanding nilai yang dibayar 1MDB pada kadar RM64 sekaki persegi 4 tahun lalu. – 8 Mei, 2015.

Bukan 3, Tapi 4 Penyamun..

Posted: 09 May 2015 02:30 AM PDT

Mafiaboss Melayu's photo. Skandal meletup pembelian tanah antara Lembaga Tabung Haji dan syarikat bermasalah milik kerajaan 1MDB telah mengundang kritikan dan persoalan daripada pelbagai pihak, termasuk Pemuda Umno sendiri.

Malah ia telah digelarkan sebagai satu operasi 'bailout' oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir untuk menyelamatkan 1MDB yang dibebani hutang berbilion ringgit.

Persoalan mengenai konflik kepentingan telah muncul apabila didedahkan bahawa eksekutif senior Tabung Haji juga kebetulan memegang jawatan tinggi dalam 1MDB.

Empat individu didapati memegang jawatan tinggi di kedua-dua syarikat yang berurusniaga dalam pembelian tanah seluas 1.56 ekar pada nilai RM184 juta tersebut yang sebelum ini dibeli oleh 1MDB pada harga sekadar RM4.5 juta atau RM64 satu kaki persegi.

Empat individu tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Tan Sri Ismee Ismail yang juga Ahli Lembaga Pengarah 1MDB, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Dato' Johan Abdullah yang juga pengerusi salah sebuah anak syarikat 1MDB, Anggota Panel Pelaburan Tabung Haji Tan Sri Abdul Samad Alias serta Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji Tan Sri Irwan Serigar yang kedua-duanya menganggotai Panel Penasihat 1MDB.

1MDB telah menjual tanah ini kepada Tabung Haji, yang nampaknya telah bertindak bertentangan dengan amaran laporan penilaian risikonya.

Ini membangkitkan kebimbangan tentang kemungkinan duit para bakal haji disalahgunakan untuk menyelamatkan syarikat dana kekayaan negara yang sedang bermasalah.

Apa yang lebih menarik lagi ialah pihak yang menyatakan kebimbangan wujudnya konflik kepentingan berkait empat individu tadi adalah bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno sendiri, Dato' Saifuddin Abdullah dan Ketua Pemuda Umno yang juga anggota Kabinet, Khairy Jamaluddin.


(Kredit to: Sdr Zairil Khir Johari)

Naib Presiden UMNO tegur TH dan 1MDB Faiz Zainudin

Posted: 09 May 2015 01:45 AM PDT


shafie Apdal, 1MDB

Shafie Apdal khuatir sekiranya isu penglibatan TH tidak ditangani dengan baik, ia akan menjejaskan kredibiliti kerajaan.

PETALING JAYA: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal, menyuarakan kebimbangan berhubung pembelian tanah 1MDB oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

Kekhuatiran itu dibuat kerana ia membabitkan pemegang amanah awam.

"Saya gesa agar isu ini diambil tindakan serius supaya rakyat yang merupakan pemilik dana yang disimpan di dalam Tabung Haji terus yakin bahawa simpanan mereka selamat dan terjamin," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Jelas Shafie perkara yang dibangkitkan itu, bukan bagi pihak dirinya tetapi mewakili rakyat secara keseluruhan.

Menyentuh mengenai 1MDB, beliau berkata telahpun menyatakan keperluan isu itu diberi perhatian serius dengan menjawab segala persoalan berkaitan secara terperinci.

TERKINI - Azeez Dakwa PM Nasihat Suruh Jual Balik Tanah Kontroversi Yang Dibeli

Posted: 09 May 2015 01:00 AM PDT


Tabung Haji setuju jual tanah kontroversi


Mendakwa mendapat nasihat daripada perdana menteri, Lembaga Tabung Haji akan menjual tanah yang dibelinya secara kontroversi daripada 1Malaysia Development Berhad, kata Datuk Sri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Kata Pengerusi Tabung Haji itu, ahli lembaga pengarah agensi itu bersetuju dengan penjualan berkenaan sebagai menghormati sentimen serta sensitiviti pendeposit dan mengekalkan keyakinan orang ramai.

Bagaimanapun, Abdul Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling tetap menafikan Tabung Haji melakukan sebarang salah laku dalam transaksi berkenaan.

"Perdana menteri menghubungi saya pagi ini dan memberikan nasihat supaya kami menjual tanah berkenaan.

"Ketika ini sudah ada tiga tawaran dan kami akan menyelesaikannya minggu depan," katanya di sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Abdul Azeez juga mendakwa selain akan mendapatkan keseluruhan wang yang dibelanjakan untuk membeli tanah itu Tabung Haji juga dapat membuat keuntungan daripada transaksi tersebut.

 

PATUT LAH TUN MAHATHIR MARAH SANGAT !

Posted: 09 May 2015 12:40 AM PDT

Zack Ahmad's photo.