Rabu, 6 Mei 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI

Sejak keluar DAP dah buta sebelah mata!

Posted: 06 May 2015 10:45 PM PDT

Zack Ahmad's photo.

Baca dulu: Saya tak curi duit Dr M:

Tanya sama Jho Low, Tunku Aziz mk

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sepatutnya menumpukan perhatiannya terhadap ahli perniagaan Jho Low dan anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jika benar bersungguh-sungguh bimbangkan amalan rasuah. 

Kata Dr Mahathir, persoalan mengenai kehilangan berbilion wang perlu ditanyakan kepada Jho Low serta Riza Aziz (anak tiri Najib). 

"Tidakkan beliau (Tunku Aziz) berminat kepada kakitangan awam yang hidup mewah melebih kemampuan atau dia mempunyai kesedaran terpilih terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya," katanya. 

Bekas perdana menteri itu memberi kenyataan tersebut bagi mengulas komen Tunku Aziz terhadapnya, termasuk berhubung skandal Bumiputra Malaysia Finace (BMF) melalui media cetak semalam. 

Posted by mountdweller.

'Barua UMNO' : Kenyataan Azmin Melampau - KPN

Posted: 06 May 2015 10:00 PM PDT

BUKIT MERTAJAM 6 Mei - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan sebagai melampau kenyataan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang didakwa menggelarnya 'barua UMNO' dalam ceramah baru-baru ini.

Khalid berkata, beliau sudah dimaklumkan mengenai dakwaan Azmin itu dan Persatuan Pegawai Kanan Polis sudah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.

"Negara kita ada undang-undang dan biarlah undang-udang yang menentukan. Saya tidak pasti sama ada kertas siasat berhubung kes itu dibuka atau tidak," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Ditanya sama ada beliau sedih dengan kenyataan Menteri Besar Selangor itu, Khalid berkata, beliau sudah sering berhadapan dengan kenyataan seumpama itu. "Kamu (wartawan) pun tahu saya sudah banyak kali dikecam seperti ini.

Tapi bagi saya kenyataan Mohamed Azmin kali ini adalah melampau," katanya.

Mohamed Azmin dalam ceramah kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh baru-baru didakwa mengeluarkan kenyataan secara terbuka mendakwa Khalid sebagai barua UMNO. Dalam pada itu,

Pengerusi Persatuan Pegawai Kanan Polis (Cawangan Pegawai Diwartakan) Datuk Shah Gzali Khan Shahadad berkata PDRM amat terguris dengan perbuatan yang dianggap biadap imbalan presiden PKR itu.

Ketua Polis Negara adalah sebuah institusi dan penghinaan itu bererti (terhadap) seluruh institusi PDRM juga, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu turut mewakili Persatuan Pegawai Kanan Polis (cawangan Inspektor) dan Persatuan Pegawai Rendah Polis. Oleh itu, PDRM mendesak Mohamed Azmin supaya mengemukakan permohonan maaf secara terbuka terhadap penghinaan ke atas pasukan keselamatan itu.

"Kenyataan media ini tidak dibuat serta-merta sebaik saja media sosial melaporkan perkara itu, ini kerana PDRM beranggapan kata-kata kesat itu mungkin disalah rujuk atau disalah tafsir.

"Namun hingga kini beliau (Mohamed Azmin) tidak mengeluarkan sebarang kenyataan menyangkal, maka sahlah beliau bertindak di luar batasan tertib dan budaya demi kepentingan politik," kata Shah Gzali.

Tambah beliau, sebanyak tiga laporan polis dibuat berikutan ketidakpuasaan hati terhadap tindakan Mohamed Azmin itu yang dikatakan turut menggelar Khalid dengan pelbagai nama seperti yang dilaporkan beberapa media online baru-baru ini.
 
PKR Awasi Hantu Di Permatang Pauh

Posted: 06 May 2015 09:29 PM PDT

Zack Ahmad's photo.

Ekoran peringatan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli tentang kemungkinan wujud pengundi hantu hari ini di pusat pengundian Permatang Rawa, ejen pengundian PKR telah diarahkan supaya memantau nama-nama tertentu yang mencurigakan.

Menurut Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Rashid Hasnon yang dipertanggungjawabkan di pusat pengundian tersebut, dua nama telah dikenal pasti oleh parti itu.

"Berdasarkan maklumat kami, mereka didaftarkan sebagai pengundi di saluran 4 dan 5, jadi ejen pengundian kita yang bertugas di kedua-dua saluran itu akan memantau sama ada mereka keluar mengundi atau tidak."

"Sebaik sahaja mereka muncul, kami akan segera melaporkan dan menyerahkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan," katanya kepada pemberita di luar SMK Permatang Rawa.

Sementara itu, Bernama melaporkan 24 pusat mengundi dengan 130 saluran untuk PRK Parlimen Permatang dibuka mulai 8 pagi ini. Pusat mengundi itu akan ditutup pada 5 petang.

Calon BN Suhaimi Sabudin mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Perahu.
Manakala calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah pula mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti.

Calon Parti Rakyat Malaysia, Azman Shah Othman dan Salleh Isahak (Bebas) tidak mengundi.

Proses pengundian awal membabitkan 627 pengundi telah diadakan pada Ahad lepas di dua saluran iaitu di Dewan Gemilang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) dan di berek kelamin Balai Polis Kubang Semang.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata SPR menjangkakan jumlah yang akan mengundi mencapai 80 peratus daripada 71,890 orang yang layak mengundi di kawasan itu.

"SPR menjangkakan peratusan keluar mengundi kali ini menurun kepada 80 peratus daripada 88.50 peratus pada pilihan raya umum ke-13 pada Mei, 2013," katanya.

Beliau berkata keputusan PRK Parlimen Permatang Pauh dijangka diketahui seawal 9 malam.

Proses pengiraan undi PRK ini akan dilakukan di tempat mengundi dan bukan di pusat penjumlahan rasmi undi, sebaik sahaja proses pengundian tamat pada 5 petang ini.

Hari ini merupakan cuti peristiwa di Pulau Pinang dan dijangka lebih ramai pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka.

Posted by Jeebond BLM.

VIDEO - Dyana Sofya: Kak Wan Bawa Pejuangan Untuk Rakyat, Pengundi Permatang Pauh Akan Sokong

Posted: 06 May 2015 08:00 PM PDT

Suasana meriah di ceramah mega Pakatan

Posted: 06 May 2015 07:30 PM PDT

Suasana di sekitar parlimen Permatang Pauh meriah pada malam terakhir sebelum tempoh berkempen tamat pada jam 12 malam ini.

Ribuan orang menghadiri ceramah mega Pakatan Rakyat di Tapak Ekspo Seberang Jaya.

Deretan gerai juga memeriahkan lagi Tapak Ekspo tempat ceramah mega itu berlangsung malam ini.

Antara penceramah malam ini ialah Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.

Ketika berucap dihadapan kira-kira 1,000 orang, Rafizi merayu supaya seluruh pengundi Permatang Pauh mengundi Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Menurut ahli parlimen Pandan itu, seluruh pengundi Permatang Pauh memikul amanah daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan kerusi itu kekal menjadi milik PKR.

"Saya minta keluar awal dan perhati segala pergerakan terutama pergerakan peti undi. Insya-Allah esok kita doa supaya Wan Azizah menang dengan majoriti besar daripada BN," kata Rafizi.

Ceramah Pentas Pemuda Pakatan di Pusat Khidmat DAP Taman Ciku turut menyaksikan kehadiran kira-kira 1,000 orang.

Malah, golongan muda turut tidak ketinggalan memeriahkan malam terakhir kempen dengan berkonvoi motosikal di sekitar parlimen Permatang Pauh dengan membawa bendera PKR dan BN.

Kumpulan konvoi motosikal itu membunyikan hon sambil mengibarkan bendera.

Esok merupakan hari penentu siapakah yang akan memenangi kerusi parlimen Permatang Pauh yang sebelum ini diwakili Anwar.

Calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil ini ialah Wan Azizah, Suhaimi Sabudin (BN), Azman Shah Othman (PRM) dan Salleh Isahak (bebas).

VIDEO - Khalid Samad: Kita Menunjukan Signal Yang Jelas Kepada UMNO BN, Your Days Are Numbered

Posted: 06 May 2015 07:00 PM PDT

VIDEO - Nak berpadu sangat... Ambikkau!!

Posted: 06 May 2015 06:30 PM PDT

Video - PKR dakwa pengundi hantu muncul di Pmtg Pauh Hari Ini...?

Posted: 06 May 2015 06:00 PM PDT

‘Barua’ khusus untuk Khalid, bukan seluruh warga polis, kata setpol Azmin

Posted: 06 May 2015 05:30 PM PDT

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dikatakan mengguris hati seluruh anggota polis dengan menggunakan perkataan 'barua' dan 'bacul' kepada berkempen di Permatang Pauh baru-baru ini.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dikatakan mengguris hati seluruh anggota polis dengan menggunakan perkataan 'barua' dan 'bacul' kepada berkempen di Permatang Pauh baru-baru ini.

Perkataan "barua" yang digunakan Mohamed Azmin Ali ketika berkempen di Permatang Pauh baru-baru ini ditujukan khas kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, kata setiausaha politik menteri besar Selangor itu, Shuhaimi Shafiei.

Shuhaimi merujuk kenyataan Pengerusi Persatuan Pegawai Kanan Polis Datuk Shah Ghazali Khan Shahadad, yang berkata Azmin mengguris hati seluruh anggota polis dengan menggunakan perkataan "barua" dan "bacul".

"Pertanyaan Azmin apakah KPN itu 'barua' kepada parti pemerintah adalah demi kebaikan keseluruhan institusi dan pasukan polis itu sendiri agar bukan sahaja bebas daripada pengaruh politik, tetapi juga benar-benar dilihat bebas oleh masyarakat.

"Persoalan yang ditanya itulah yang perlu dijawab oleh KPN secara peribadi dan bukannya membiarkan Persatuan Pegawai Kanan Polis mengeluarkan kenyataan yang sangat berbeza maksudnya," kata Shuhaimi.

Isnin lalu, Azmin dilaporkan sebuah portal bertanya kepada orang ramai yang hadir majlis ceramah di Permatang Pauh: "SB (Cawangan Khas) ada di belakang? Kalau ada datang depan. Saya tak takut. Beritahu Ketua Polis Negara, tolonglah, nak jadi Ketua Polis yang menjaga keselamatan rakyat atau nak jadi barua Umno dan BN?" kata Azmin disambut sorakan.

Shah Ghazali pagi tadi mendesak Azmin memohon maaf secara terbuka kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), sambil berkata PDRM menjalankan tanggungjawab terhadap rakyat tanpa
berkiblatkan fahaman politik, bangsa ataupun agama.

"PDRM tidak pernah mencampuri urusan politik dan tidak sesekali berkiblatkan mana-mana parti politik.

"Ini jelas dengan perkhidmatan profesional dan kerjasama erat yang diberikan di negeri yang diperintah pembangkang," katanya.

Namun, Shuhaimi, yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda berkata, penegasan itu tidak bermakna kerana layanan yang diberikan kepada aktivis dan pimpinan Pakatan Rakyat (PR) berbeza sama sekali dengan yang diberikan terhadap pemimpin Barisan Nasional.

Sambil mengingatkan insiden mantan KPN memukul Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998, Shuhaimi berkata tiada tindakan diambil terhadap pemimpin Umno, termasuk abang Khalid yang terlibat dalam demonstrasi di luar sebuah gereja di Petaling Jaya, bulan lalu.

"Meskipun disoal siasat, namun proses tersebut nampaknya jauh lebih 'lembut' berbanding yang dikenakan terhadap aktivis dan pimpinan PR termasuk dalam demonstrasi Hari Pekerja di ibu negara di mana puluhan tangkapan dibuat, ditahan berhari-hari dan masih dilakukan tangkapan tengah malam.

"Soal siasat sangat singkat hanya mengambil masa beberapa minit, tetapi dibiarkan berada di balai menunggu berbelas dan berpuluh jam.

"Apakah KPN tidak sedar hal itu? Kenapa perlu ada perbezaan layanan?" soal Shuhaimi.

Beliau berkata Azmin sering menyatakan pihaknya tidak bermusuh dengan anggota polis peringkat bawahan terutamanya yang menjalankan tugas secara profesional.

"Kami sedar ramai anggota keselamatan dan polis terutama peringkat bawah yang menjalankan tugas dengan baik dan hanya mengikut arahan," katanya. – 6 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article.

PKR dakwa kesan pengundi hantu di Permatang Pauh OLEH KC NAZARI

Posted: 06 May 2015 05:00 PM PDT

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli menunjukkan slip ucapan daripada Barisan Nasional dihantar kepada 2 individu yang tidak pernah menetap di rumah pengadu.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli menunjukkan slip ucapan daripada Barisan Nasional dihantar kepada 2 individu yang tidak pernah menetap di rumah pengadu.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli hari ini mendakwa berjaya mengesan 2 'pengundi hantu' yang berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya, Permatang Pauh.

Katanya, perkara itu dikesan selepas 2 pemilik rumah yang beralamat di 2 tempat berbeza mengadu kepada PKR mengenainya.

Mereka mendakwa menerima slip ucapan selamat mengundi daripada Barisan Nasional (BN) yang dialamatkan kepada 2 individu yang tidak pernah menetap di rumah mereka.

Rafizi berkata, 2 pengadu itu menetap di rumah mereka sejak 14 tahun lepas namun terkejut selepas slip daripada BN itu dihantar kepada "Nur Fadilawaty Hanafi" dan "Sakinah Ahmed" yang tidak pernah mereka kenali.

Jelas Rafizi, PKR akan memperketatkan kawalan oleh agen mengundi ke atas dua pengundi berdaftar itu yang akan mengundi di saluran 4 dan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Rawa.

Menurutnya, insiden pengundi hantu ini juga pernah berlaku sewaktu Pilihan Raya Umum 2013 bagi Parlimen Pandan.

"Saya pernah dapat tangkap. Tapi 'hantu' ini, dia sebenarnya takut dengan kita. Bila dia nampak kita, dia akan lari.

"Saya buat 6 laporan polis, tapi tiada tindakan ke atasnya," kata ahli Parlimen Pandan itu.

Justeru, beliau menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya menjelaskan bagaimana perkara itu boleh berlaku.– 6 Mei, 2015.

See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa

MARA Sudah Gila, Perhabis Wang Rakyat Sokong Pelajar Porno

Posted: 06 May 2015 04:30 PM PDT

Aktivis siswa digantung, pesalah porno lepas'

Aktivis siswa Fahmi Zainol mempertikaikan kenapa peluang kedua diberikan kepada pelajar yang terlibat kesalahan pornografi di luar negara diberikan peluang kedua.

Sedangkan, kata pelajar Universiti Malaya (UM) yang digantung pengajian dua semester itu, aktivis "membawa suara demokrasi digantung" .

"Pelajar simpan gambar porno kanak-kanak Diberi peluang kedua? Pelajar yang membawa suara demokrasi digantung?

"Keadaan ini menampakkan bahawa kerajaan 'pilih kasih' dalam mengadili kesalahan pelajar," katanya merujuk kepada pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di United Kingdom Nur Fitri Azmeer Nordin.

Nur Fitri, 23, dijatuhi hukuman penjara lima tahun bersabit 13 kesalahan memiliki lebih daripada 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak oleh Mahkamah Southwark Crown di London.

Dalam kenyataan hari ini Fahmi membangkitkan berhubung kesalahan yang dianggap berat bagi pelajar memandangkan terdapat kesalahan berat diberi hukuman ringan.

"Saya merasakan kerajaan hanya bertegas terhadap kesalahan yang mampu menggugat kuasa mereka.

"Keadaan ini menunjukkan bahawa kerajaan tidak matang dan masih bersifat kebudak-budakan," katanya lagi.

UM pada 9 Disember lalu menggantung pengajian Fahmi, bekas presiden persatuan pelajar, selama dua semester dan didenda RM600 kerana menganjurkan perhimpunan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa kebenaran.

Selain beliau, seorang lagi pelajar Safwan Shamsudin digantung pengajian satu semester manakala empat yang lain diberi amaran dan didenda RM150 setiap seorang. -mk

Mara beri peluang kedua kepada Nur Fitri

Majlis Amanah Rakyat (Mara) mahu memberi peluang kedua kepada pelajar tajaannya Nur Fitri Azmeer Nordin yang kini menjalani hukuman penjara bersabit kesalahan memiliki lebih daripada 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak di London, lapor portal mStar.

Ahli Majlis Mara, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata pelajar berusia 23 tahun itu akan diberi peluang meneruskan pengajian di mana-mana institusi Mara dalam negara sejurus selesai menjalani hukuman dan kembali ke tanah air.

"Saranan ini adalah sebagai tanda sokongan kepadanya. Secara peribadi, saya bersetuju. Kita berikan sokongan dalam pelbagai cara untuk membentuk semula jati dirinya," kata Nazir.

Tambah Nazir, peluang kedua tersebut tidak eksklusif buat Nur Fitri malah tindakan yang sama boleh diberikan bagi mana-mana pelajar cemerlang tajaan Mara yang berdepan nasib sama.

"Laporan pihak penjara menunjukkan bahawa dia berkelakuan baik sehingga tempoh hukumannya dikurangkan, maka adalah wajar untuk kita memberinya sokongan semula," ujar Nazir.

Terdahulu, MARA dilapor menamatkan pinjaman pelajaran Nur Fitri setelah dia disabitkan bersalah oleh mahkamah di London.

Dalam pada itu, pendakwah bebas Datuk Md Daud Che Ngah menyarankan agar kerajaan tidak memberi peluang kedua menyambung pelajaran di London kepada Nur Fitri, sebaliknya meminta dia menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi negara ini untuk mengelak perkara seumpama berulang. -Astroawani

ULASAN GB

Apakah MARA sudah gila? Membuat kenyataan "memberi sokongan" kepada pelajar yang telah pun dijatuhkan hukuman bersabit kesalahan memiliki lebih daripada 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak di London?

Apa sebenarnya tujuan MARA? Nak galakkan lagi pesalah seperti Nur Fitri itu dan kemudian MARA sanggup lagi menanggung untuk membiayai pengajian mereka di dalam negeri pula?

Benar tempelakan aktivis siswa Sdra Fahmi Zainol. Aktivis-aktivis yang sedang di dalam pembentukan menjadi pemimpin di masa depan digantung pelajarannya, manakala pelajar yang telah dibuktikan keslahannya kerana kelucahan diberikan peluang untuk meneruskan pengajiannya.

Apakah ini berkaitan dengan agenda pembentukan "papagomo" yang amat terkenal dengan pembikinan video lucah untuk kegunaan parti UMNO BN di masa depan?

Kelab Greenboc

Pekeliling arahan supaya Ahli PAS undi Calon BN di Permatang Pauh adalah palsu!!.

Posted: 06 May 2015 09:00 AM PDT

Kempen PRK Permatang Pauh yang masuk hari terakhir, hari ini dicemari dengan penyebaran surat yang mengarahkan ahli Pas wajib mengundi calon BN, Suhaimi Shabudin.

Surat yang didakwa dikeluarkan dan ditandatangani oleh Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohd Yusni Mad Piah itu bagaimanapun dinafikan beliau sendiri.

"Palsu," demikian katanya secara ringkas kepada Sinar Online menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), sebentar tadi.

Penyebaran surat palsu itu, hari ini mengarahkan semua ahli Pas di Permatang Pauh mengundi calon BN itu dengan alasan calon dari PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan PKR menolak hudud yang dibawa Pas.

Selain itu, usaha sabotaj itu dipercayai berpunca daripada tindakan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang yang berdiam diri daripada menarik balik desakan meletakkan jawatan terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Lapor Sinar Harian

Gara-gara cincin zakar FMT Reporters

Posted: 06 May 2015 08:30 AM PDT

Zack Ahmad's photo.

Doktor di wad kecemasan HKL terpaksa memanggil pasukan Bomba dan Penyelamat untuk memotong cincin di kemaluan mangsa.

zakar

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bergegas ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas cincin dipakai di zakarnya gagal dikeluarkan.

Keadaan itu memaksa doktor bertugas memanggil pasukan Bomba Dan Penyelamat untuk memotong cincin berkenaan.

Menurut laporan yang dipetik dari Mstar Online, kejadian berlaku pada petang Selasa dan mangsa mendakwa cincin berkenaan baru dibelinya dari Amerika Syarikat.

"Kami cuba untuk bercakap dengan dia semasa prosedur tetapi dia terlalu malu untuk bercakap dan hanya memberitahu cincin tersebut baharu dibelinya di Amerika Syarikat. Selepas itu dia tidak bercakap lagi dengan kami.

"Selama tempoh 29 tahun sebagai ahli bomba, saya tidak pernah berdepan dengan situasi sebegini," kata pegawai yang mengetuai operasi.

- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com.

Anwar ulangi rayuan undi isterinya - Faiz Zainudin

Posted: 06 May 2015 07:45 AM PDT

Anwar juga telah memfailkan saman terhadap SPR dan Pengerusinya kerana tidak membenarkan beliau mengundi pada PRK Permatang Pauh.

anwar-penjara2

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berada di Penjara Sungai Buloh menyampaikan pesanan terakhir kepada pengundi di Permatang Pauh.

Bekas Ketua Pembangkang itu mengulangi rayuan supaya pengundi memilih isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh yang baharu.

"Kita harus berusaha bersungguh-sungguh untuk pastikan kemenangan perjuangan rakyat," kata Anwar menerusi peguamnya, Latheefa Koya.

Anwar berkata, beliau masih berusaha untuk keluar mengundi walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memaklumkan hak beliau sebagai pengundi telah terlucut.

Perlembagaan Persekutuan, Bahagian Vlll (8) Perkara 119 (3) (a) menyatakan seseorang yang sedang menjalani hukuman penjara hilang kelayakan sebagai pengundi.

Anwar telah memfailkan saman terhadap SPR dan Pengerusinya kerana tidak membenarkan beliau mengundi pada PRK Permatang Pauh pada 7 Mei.

Anwar memfailkan writ saman dan penyata tuntutannya di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui peguamnya N Surendran pada Rabu.

Dalam penyata tuntutannya, Anwar memohon deklarasi bahawa beliau mempunyai kelayakan sebagai pengundi dan membuang undi.

- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category.

Anwar ulangi rayuan undi isterinya

 | May 6, 2015

- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/05/06/anwar-ulangi-rayuan-undi-isterinya/#sthash.V7UYWB4c.dpuf

Wan Azizah bukan pemimpin yang baik- Ramlah Adam 0LEH Faiz Zainudin

Posted: 06 May 2015 07:00 AM PDT

Pengundi Permatang Pauh patut disalahkan sekiranya sekali lagi memberi mandat kepada isteri bekas Ketua Pembangkang menjadi Ahli Parlimen.

wan azizah

PETALING JAYA: Seorang ahli akademik mendakwa Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tamak kuasa kerana bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, kesediaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertanding di Permatang Pauh menunjukkan Wan Azizah seorang tamak kuasa dan wang ringgit.

"Dia akan dapat gaji sebagai ADUN dan gaji Ahli Parlimen. Memilih orang yang ada jawatan di peringkat negeri pergi bertanding di peringkat Parlimen tak ada orang lain ke?," soalnya ketika dihubungi FMT.

Pengarah Pusat Kajian Instituti Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) itu berkata, Wan Azizah bukan seorang pemimpin yang bagus dalam menyelesaikan masalah rakyat kerana sejak menjadi ADUN Kajang banyak isu-isu yang belum diselesaikan.

"Soalnya sekarang beliau (Wan Azizah) mampu atau tidak nak jalankan kerja, dekat Kajang tak selesai, nak ambil pula Permatang Pauh, nanti Permatang Pauh tertinggal (terabai)," katanya.

Katanya, pengundi Permatang Pauh patut disalahkan sekiranya sekali lagi memberi mandat kepada isteri bekas ketua Pembangkang menjadi Ahli Parlimen.

"Kalau mereka pilih PKR ini bermakna mereka tidak pentingkan pembangunan, kebenaran, kualiti, tetapi lebih mementingkan emosi. Mereka taksub kepada pemimpin, walaupaun sudah dibuktikan Anwar bersalah.

"Kalau PKR dipilih juga, bukan salah Wan Azizah, tetapi pengundi yang salah memilih kerana memilih orang yang tak buat kerja. Susah nak buat kerja sebab pegang dua tempat," katanya.

Tags: Bahasa, Ramlah Adam, Wan Azizah, PRK, Permatang Pauh, PKR.

See more at: http://www.freemalaysiatoday.com

Wan Azizah bukan pemimpin yang baik- Ramlah Adam

- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/05/06/wan-azizah-bukan-pemimpin-yang-baik-ramlah-adam/#sthash.apxaanNT.dpuf

Kuasa ketiga masih sujud ideologi Anwarisme

Posted: 06 May 2015 06:15 AM PDT

Politik kiri walaupun pada nama dan konsep perjuangannya nampak gah namun mereka terikat dan tunduk kepada parti-parti politik Pakatan Rakyat (PR) seperti PKR dan DAP.

SPR-Permatang-Pauh

Oleh Edwin Michael

Tinggal beberapa jam sahaja untuk kempen parti politik di pilihanraya kecil (PRK) Permatang Pauh berakhir, timbul satu persoalan yang wajar dianalisis dengan cermat mengenai calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang juga dilabelkan sebagai calon kuasa ketiga dalam PRK ini.

Sehingga kesaat ini tidak kedengaran akan momentum kempen calon kuasa ketiga ini dan paling menimbulkan persoalan adalah mengapa Gabungan Kiri dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) semacam mengambil sikap berdiam diri dan apakah wujud elemen memboikot calon sosialis ini?

Apabila seorang calon politik kiri diturunkan bertanding melawan calon-calon politik kanan, adalah lumrah aktivis-aktivis kiri mengerakkan jentera pilihanraya dan berkempen dalam usaha mendukung ideologi 'berjuang bersama rakyat' yang dicanangkan dalam setiap demonstrasi di negara ini.

Anehnya, dalam PRK Permatang Pauh ini kesemua aktivis kiri memilih berdiam diri malah tidak kedengaranpun mana-mana politikus kiri turun berkempen untuk calon PRM ini.

Pengaruh Anwarisme

Maka adalah tidak keterlaluan untuk mengandaikan bahawa politik kiri di negara ini masih sujud kepada ideologi Anwarisme dan bukannya idelogi kiri yang tulen. Politik kiri di negara ini walaupun pada nama dan konsep perjuangannya nampak gah namun harus diakui bahawa mereka terikat dan tunduk kepada parti-parti politik Pakatan Rakyat (PR) seperti PKR dan DAP.

Kedua-dua parti ini harus dijaga dalam usaha untuk memastikan agihan kerusi dalam pilihanraya yang akan datang nanti tidak terganggu seperti mana yang berlaku dalam PRU 13 apabila wujud pertembungan antara Barisan Nasional (BN), PR dan parti politik kiri seperti di DUN Jelapang dan Semenyih misalnya.

Ini juga mengesahkan secara jelas bahawa politik kiri di negara ini tidak lebih daripada satu retorik khayalan yang tidak mungkin akan dapat direalisasikan kerana nyata bahawa untuk setiap peranan politik kiri perlu mendapatkan restu daripada PKR dan DAP terlebih dahulu.

Adalah malang sekali apabila pentas politik kiri yang berideologikan sosialisme dan kesamarataan ini dalam diam tunduk kepada parti-parti politik yang mengutamakan kapitalis.

Arah tuju sosialis?

Ruang politik di Permatang Pauh memberikan kesimpulan yang tuntas bahawa politik kiri termasuk Gabungan Kiri di negara ini tidak ada arah tuju yang jelas dan pendirian yang berani dalam membawakan masa depan yang baharu buat Malaysia.

Berpolitik di bawah telunjuk PR dan kemudiannya mengetepikan kawannya sendiri semata-mata untuk menjaga hati PR ini adalah bukti jelas bahawa berbicara sehebat manapun tentang ideologi kiri di negara ini, hakikatnya masih dilingkupi dengan ideologi PKR dan DAP.

Selagi keadaan ini wujud, parti politik kiri hanya akan digunakan sebagai patung untuk mencapai survival politik PR.

Edwin Michael merupakan pensyarah Kewartawanan di Universiti Tunku Abdul Rahman.

With a firm belief in freedom of expression and without prejudice, FMT tries its best to share reliable content from third parties. Such articles are strictly the writer's personal opinion. FMT does not necessarily endorse the views or opinions given by any third party content provider.

- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/05/06/kuasa-ketiga-masih-sujud-ideologi-anwarisme/#sthash.ecMrZjtr.dpuf

PKR salahkan SPR jika pengundi kurang Adam Abu Bakar

Posted: 06 May 2015 05:30 AM PDT

Zack Ahmad's photo.
Peratusan pengundi yang rendah di PRK Rompin disebabkan hari mengundi dibuat pada hari bekerja bagi negeri-negeri lain dan dibimbangi perkara sama berlaku di Permatang Pauh.

PKR-SPR

PERMATANG PAUH: Parti Keadilan Rakyat (PKR) melahirkan kebimbangan terhadap peratusan pengundi yang akan keluar mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh pada 7 Mei.

Mereka tidak teragak-agak menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana memilih hari bekerja sekiranya peratusan keluar mengundi rendah.

PKR menyatakan peratusan mengundi yang rendah di PRK Rompin berbanding PRU13 adalah disebabkan pengundian yang dibuat pada hari bekerja bagi negeri-negeri lain.

Sempena PKR Rompin pada 5 Mei, kerajaan Pahang umum hari berkenaan sebagai cuti peristiwa.

"Kita sudah tekankan berkali-kali, SPR merupakan pihak yang harus dipersalahkan kerana memilih hari bekerja.

"Kemungkinan peratusan pengundi yang keluar mengundi di PRK Permatang Pauh juga akan menurun," kata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula mendakwa SPR telah menganaktirikan PRK di Permatang Pauh.

"Kita melihat bagaimana SPR menetapkan hari bekerja sebagai hari mengundi. Ia sepatutnya dilakukan dengan lebih awal lagi," katanya.

Calon PKR itu bagaimanapun berharap pengundi tidak terjejas dengan pemilihan hari bekerja dan tetap pulang untuk mengundi.

- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/…/pkr-salahkan-spr-jika-…/…

Peluang kedua: KJ dan Marina Mahathir bantah FMT Reporters

Posted: 06 May 2015 04:45 AM PDT

Zack Ahmad's photo.

Khairy dan Marian tidak setuju pelajar Nur Fitri yang kini menjalani hukuman penjara bersabit kesalahan memiliki lebih daripada 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak di London diberi peluang kedua.

Nur Fitri Azmeer Nordin

PETALING JAYA : Khairy Jamaluddin tidak setuju Majlis Amanah Rakyat (MARA) memberi peluang kedua kepada pelajar Nur Fitri Azmeer Nordin yang sedang menjalani hukuman penjara bersabit kesalahan memiliki lebih daripada 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak di London.

Menteri Belia dan Sukan itu berharap MARA tidak membazirkan wang rakyat dengan memberi peluang kedua kepada pelajar terbabit.

"Selepas menjalani hukuman penjara dan pemulihan yang panjang 'paedo' boleh usahakan peluang kedua by himself. Tak perlu tajaan MARA etc," tulisnya di Twitter yang menggunakan hastag ‪#‎NoSecondChance‬,

Dalam pada itu, aktivis hak asasi manusia Datin Marina Mahathir turut menyindir tindakan MARA.
"Kepada MARA, apa jenis 'pelajar contoh' yang mempunyai masa dan niat untuk memuat turun dan menyimpan 30 ribu imej kotor?

"Jika seorang paedophile ditangkap di Malaysia, undang-undang Kanun Keseksaan mengenakan hukuman yang lebih berat daripada apa yang dia lalui sekarang. Jika dia sabit kesalahan," katanya yang menggunakan hastag ‪#‎keeppaedophilesawayfromourkids‬.

Ahli Majlis Mara, Nazir Hussin Akhtar Hussin dilaporkan berkata pihaknya sedia memberi peluang meneruskan pengajian di mana-mana institusi MARA dalam negara sejurus selesai menjalani hukuman dan kembali ke tanah air.

"Saranan ini adalah sebagai tanda sokongan kepadanya. Secara peribadi, saya bersetuju. Kita berikan sokongan dalam pelbagai cara untuk membentuk semula jati dirinya," kata Nazir.

Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa juga menasihatkan orang ramai supaya tidak hanya mencemuh Nut Fitri tetapi perlu memberi sokongan dan bimbingan demi masa depannya.

- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/…/peluang-kedua-kj-dan-m…/…

Polis siasat parti kempen lewat malam Adam Abu Bakar

Posted: 06 May 2015 04:00 AM PDT

Zack Ahmad's photo.

SPR telah membuka tujuh kertas siasatan mengenai aduan kempen lewat malam dari rumah ke rumah oleh parti yang bertanding di PRK Permatang Pauh

hashim-abdullah-prk-permata

PERMATANG PAUH: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan pihaknya mendapat banyak aduan mengenai parti yang berkempen dari rumah ke rumah selepas jam 10 malam.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah menyatakan sehingga ke hari ini, sebanyak tujuh kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat perkara tersebut kerana ia jelas melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Walaupun pegawai SPR dan polis ditempatkan bertugas di merata tempat, namun disebabkan kawasan berkempen yang luas, perkara itu agak sukar dibendung secara menyeluruh.

"Bahkan, ia juga menyukarkan kami untuk mengenal pasti siapa yang bersalah," ujarnya kepada pemberita selepas membuat pemeriksaan kotak undi, di pusat penjumlahan undi di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bukit Mertajam.

Bagaimanapun, Mohd Hashim tidak menamakan parti yang telah melanggar akta tersebut.

Katanya lagi, perkara tersebut telah diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, mendakwa pihaknya memperoleh maklumat daripada sumber menyatakan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO telah mengubah strategi kempen bagi menghadapi PRK Permatang Pauh ini.

Rafizi mendakwa, BN telah menjalankan lawatan rumah ke rumah selepas jam 10 malam.

- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/…/polis-siasat-parti-kem…/…

Polis siasat parti kempen lewat malam

- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/05/06/polis-siasat-parti-kempen-lewat-malam/#sthash.9Jf9cPAI.dpuf

“Kebenaran jangkaan Tun M makin terserlah” - FMT Reporters

Posted: 06 May 2015 03:15 AM PDT

najib_mahathir_600_1

Jangkaan Tun Mahathir bahawa BN akan kalah dalam pilihan raya akan datang dan Najib perlu disingkirkan untuk menyelamatkannya semakin menunjukkan tanda-tanda kebenaran.

PETALING JAYA : Kemerosotan undi majoriti dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin merupakan satu petanda penolakan rakyat terhadap Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri.
Bekas Ketua Bahagian UMNO Setiawangsa, Shahbudin Husin berkata, rakyat menolak Najib kerana melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Katanya, Najib juga bertanggungjawab terhadap FELDA apabila harga sahamnya yang telah hilang lebih separuh daripada harga asal ketika disenaraikan di pasaran saham.

"Semuanya beban yang terangkum di bahu Najib selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Ini kerana GST dilaksanakan oleh Najib dan FELDA pula terletak di bawah jagaannya.

"Isu GST dan FELDA yang ditambah dengan beban lain yang membelit Perdana Menteri seperti 1MDB, Sirul (Azhar Umar), (Datin Seri) Rosmah (Mansor) serta kehilangan sokongan Tun (Dr) Mahathir (Mohamad), telah menjadikan Najib semakin tidak diyakini lagi untuk terus memimpin negara ini," tulisnya menerusi laman blognya shahbudindotcom.blogspot.com

Shahbudin berkata, keputusan yang diperoleh di Rompin juga memperlihatkan penyokong kuat UMNO iaitu pengundi luar bandar dan peneroka FELDA telah mula membuka mata terhadap apa yang berlaku dalam negara.

Beliau menambah, tidak mustahil keputusan di Permatang Pauh esok akan merangsang arus yang lebih hebat, berdasarkan penolakan ketara di PRK Rompin yang merupakan kubu kuat BN.

"Jangkaan Tun Mahathir bahawa BN akan kalah dalam pilihan raya akan datang dan Najib perlu disingkirkan untuk menyelamatkannya semakin menunjukkan tanda-tanda kebenarannya.

"Bekas Perdana Menteri itu pasti akan meneruskan serangan pada tahap yang lebih serius lagi selepas ini untuk memaksa Najib berundur demi menyelamatkan UMNO dan BN. Rakyat pula sudah mula menunjukkan kecenderungan untuk bersama-sama Tun Mahathir," katanya.

FMT

Ramalan TUKAR TIUB TEPAT LAGI

Posted: 06 May 2015 02:30 AM PDT

KOMENTAR
tukar tiub dari awal lagi
telah menulis dan menerangkan
bahawa al-qaeda, ISIS dan
gerakan militan Islam ini
semuanya ditaja oleh CIA
dirancangan oleh kaum imperialis

serangan isis di paris
serang bako islam di nigeria
serangan al-qaeeda di libya
serangan isis di iraq dan syria
serangan isis di sydney australia
bertujuan:

untuk mengolah persetujuan rakyat dunia
bahawa kini telah muncul gerila islam
bahawa kini islam menjadi musuh

untuk mengalahkan 
gerakan militan islam ini:

perlu di wujudkan undang undang
perlu diketatkan kawalan dalam negara
perlu diluluskan undang tentera

tujuan sabenarnya:
sebagai satu persediaan
kerana dalam masa yang terdekat
sistem ekonomi kapitalis akan meledak
dolar akan tidak bernilai
ekonomi dunia merundum

bila ini berlaku 
rakyat akan keluar ke jalan raya
rakyat akan bangun melawan
justeru - daulah telah bersedia
undang-undang telah wujud
dimana soldadu boleh digunakan
soldadu akan mengambil alih kuasa

ini sabenarnya yang sedang dirancang!

NOTA
bayangkan warga paris
bayangkan warga peranchis
akan takut apabila melihat
gambar sademikin

France passes new surveillance law in wake of Charlie Hebdo attack

The French parliament has overwhelmingly approved sweeping new surveillance powers in the wake of the terrorist attacks in Paris in January that killed 17 people at the satirical magazine Charlie Hebdo and a kosher grocery in Paris.

The new bill, which allows intelligence agencies to tap phones and emails without seeking permission from a judge, sparked protests from rights groups who claimed it would legalise highly intrusive surveillance methods without guarantees for individual freedom and privacy. 
MENGOLAH
 PERSETUJUAN

GST Untuk Bayar Hutang Negara??

Posted: 06 May 2015 01:44 AM PDT

Mafiaboss Melayu's photo.
Menurut Senator Chin Su Phin yang merupakan seorang ahli Dewan Negara, isu hasil dari GST itu telah dibahaskan di dalam Parlimen Malaysia bagi meluluskan pelaksanaan GST dengan memberikan hujah bahawa GST dapat mengurangkan bebanan hutang negara.
  Jadi memang benarlah, sebahagian hasil dari kutipan cukai GST iaitu Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) akan digunakan untuk mengurangkan jumlah hutang negara. 

Mengapakah Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan perlu menafikan kebenaran ini, sedangkan hujahan ini digunakan untuk meluluskan pelaksanaan GST di negara kita.