Isnin, 4 Mei 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Wan Azizah seru pengundi FELDA undi Pas FMT Reporters

Posted: 04 May 2015 08:15 PM PDT

 
wan azizah undi pas

Kegagalan FGV menjadikan masa depan peneroka dan generasi kedua felda terancam serta terikat menerusi perjanjian penanaman semula.

PETALING JAYA: Pengundi FELDA di Rompin perlu menggunakan peluang Pilihan Raya kecil (PRK) untuk menghukum kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana gagal membela masa depan peneroka di seluruh negara.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, masa depan peneroka dan generasi kedua felda terancam selepas kerajaan menyenaraikan FELDA di Bursa Malaysia sebagai FELDA Global Ventures Holding Berhad (FGV).

Katanya, tindakan kerajaan itu menjadikan peneroka terikat dan terpaksa bergantung kepada FELDA di bawah perjanjian penanaman semula.

Beliau berkata, peneroka di Rompin juga mengalami nasib yang serupa apabila terikat dengan perjanjian dengan FELDA.

"Suara rakyat harus didengar, masa depan peneroka dan rakyat harus dibela. Rakyat harus memilih di antara calon yang terpaksa menurut kehendak BN dengan calon yang akan membela nasib mereka kelak," katanya.

Wan Azizah berkata demikian dalam Perutusan Sempena PRK Rompin yang akan diadakan pada 5 Mei (Selasa).

Katanya, pengundi felda dan pengundi-pengundi lain di Rompin perlu memilih calon Pas, Nazri Ahmad, sebagai bantahan terhadap BN yang membuat dasar-dasar yang menghimpit rakyat.

Katanya, undi untuk Pas juga bermakna pengundi di Rompin menolak Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).


FMT

Calon BN berang Hasan Malek buat kenyataan bodoh Mohamad Fadli

Posted: 04 May 2015 07:30 PM PDT

 
dato hasan arifin rompin

Hasan Malek dilaporkan berkata PRK Rompin menjadi penentu penduduk di kawasan itu menerima atau menolak GST.

ROMPIN: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Hasan Ariffin berang dengan kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan yang didakwa telah membuat kenyataan bodoh.

Datuk Seri Hasan Malek pada Sabtu dilaporkan berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin pada 5 Mei menjadi penentu sama ada rakyat menerima atau menolak GST.

"Bila dia (Hasan Malek) buat kenyataan itu? Itu kenyataan menteri bodoh," katanya kepada FMT selepas Majlis Perasmian Pecah Tanah Dewan Semai Bakti Felda keratong 4 pada Isnin.

Terdahulu pada majlis yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kenyataan Hasan Malek itu tidak tepat kerana banyak faktor memainkan peranan dalam PRK selain GST.

"Saya tidak mahu ghairah buat tafsiran sebegitu. Itu bukan tafsiran yang tepat.

"Ada faktor lain. Jangan kita terjemah dengan sebegitu. Kalau macam itu jika ditanya PRK Permatang Pauh mungkin jawapan lain," katanya yang mengakui ramai rakyat tidak setuju dan dan marah dengan pelaksanaan GST.

"Saya fikir saya boleh cakap ramai yang tak bersetuju dan saya faham rasa marah mereka.

"Tetapi jangan marahkan nyamuk, kelambu dibakar dan itu maksud saya tadi," jelasnya.

Muhyiddin menegaskan, apa yang penting adalah mendapatkan maklum balas daripada rakyat mengenai kesan pelaksanaan GST.


FMT

Isu perbelanjaan kahwin anak pula Nak kata tak faham adat melayu pun tak boleh juga.......

Posted: 04 May 2015 06:45 PM PDT

 
Zack Ahmad's photo.

Orang Kelantan pun Melayu juga tapi lain adatnya Kalau orang Kelantan perbelanjaan kenduri dan sebagainya di sebelah pihak perempuan adalah tanggungan pihak perempuan.........duit hantaran walau puluhan ribu sekali pun akan menjadi hak mutlak pengantin perempuan dan begitulah sebaliknya........semua perbelanjaan kenduri kendara di pihak lelaki pula pihak keluarga lelakilah yang akan menanggung perbelanjaannya.

Kaya benarkah menantu Rosmah ni? Rizal bidas Kadir 'kurang arif adat Melayu' mk - 5:55PM - 4 May 2015 

Seorang pegawai khas perdana menteri membidas bekas pengarang kumpulan NSTP, Datuk A Kadir Jasin yang dianggapnya "seorang Melayu yang kurang arif adat" Melayu.

Ia susulan isu penajaan menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Datuk Seri Najib Tun Razak di Kazakhstan."Adalah menjadi adat apabila kita berkahwin, pengantin lelaki menanggung kos-kos perbelanjaan perkahwinan kedua-dua belah pihak. 

"Sebagai contoh, dalam adat Melayu apabila wang hantaran diberikan, wang tersebut bertujuan untuk digunakan oleh keluarga pengantin perempuan untuk majlis kenduri. 

"Tidak timbul soal PM menerima tajaan dari keluarga lelaki. Dalam hal ini, Nampaknya Kadir Jasin merupakan seorang Melayu yang kurang arif adat," kata Rizal Mansor dalam satu kenyataan. 

Tambahan pula, kata Rizal lagi, tindakan keluarga Daniyar Kessibayev menanggung kos rombongan pengantin perempuan, menunjukkan mereka bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh meraikan keluarga perempuan. 

"Dan sudah tentu jika kenduri di sebelah lelaki, pihak lelakilah yang menanggungnya," kata Rizal yang juga pembantu peribadi Rosmah. 

Beliau mengulas tulisan Kadir yang mempersoal adakah elok bagi Najib menerima tajaan pihak luar untuk mengadakan majlis mewah yang undangannya dikeluarkan oleh beliau sendiri dan boleh menjadi mangsa peras ugut oleh pihak yang menajanya. 

'Kutip fakta tepi jalan' Mengulas lanjut, Rizal - yang sudah enam tahun berkhidmat dengan Najib - berkata tidak timbul soal ugut mengugut berhubung isu itu memandang kedua-dua belah pihak telah menjadi besan dan keluarga.

Sebaliknya, Rizal mengingatkan Kadir supaya tidak membuat "spekulasi jahat" yang menurut beliau seolah-olah mahu melihat timbulnya syak wasangka antara kedua mempelai. 

"Perbuatan ini merupakan satu perbuatan jahat dan busuk hati, ia amat dibenci dan dikutuk dalam masyarakat Melayu.
"Kadir Jasin perlu lebih memahami adat Melayu dan jangan buruk sangka," katanya. 

Rizal turut menyindir Kadir supaya lebih teliti dalam menulis dan "tidak mengutip fakta tepi jalan" kerana majlis bertandang itu berlangsung di Almaty dan bukannya Astana seperti yang ditulis dalam blognya. 

"Ini adalah sesuatu yang memalukan memandangkan beliau seorang bekas wartawan kanan dan orang yang pernah mengetuai organisasi media. "Kalau ini cara dia menulis saya boleh simpulkan selama ini fakta beliau semuanya dikutip tanpa asas," kata Rizal lagi. Isu sebelumnya: Kadir: PM terhutang budi tajaan kahwin anaknya? 


Posted by mountdweller.

VIDEO - Pemandu Lori Buat Gila Di Lebuhraya NKVE

Posted: 04 May 2015 06:00 PM PDT


Panas!! Raja bomoh kata Mufti Perak buat perangai macam anak haram

Posted: 04 May 2015 05:15 PM PDT

 

Raja Bomoh VIP, marah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mahu mewartakan amalan dan ajaran yang dibawa olehnya sebagai haram dan sesat.

Pengamal perubatan tradisional, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 82, berkata kenyataan Mufti Perak itu melampau kerana tiada sabarang siasatan yang dilakukan terlebih dahulu.

"Bolehkah hukum sesat itu dijatuhkan tanpa berunding? Sepatutnya Mufti dan Jabatan Agama Perak menjemput saya datang ke pejabat untuk berbincang, bukannya terus menjatuhkan aib muka saya.

"Saya merasakan dia (Mufti Perak) mahu mengambil publisiti murahan atas nama saya dengan melemparkan tuduhan yang tidak sepatutnya ke atas diri saya dan mendakwa saya sesat dan mahu mengambil tindakan," katanya semalam.

"Sehingga kini, saya masih tidak mendapat sebarang surat makluman dan saya sering tiada di rumah kerana bekerja di luar kawasan bagi menguruskan perniagaan, tiba-tiba tuduhan seperti ini dilemparkan kepada anak tempatan Perak. Mufti ini orang dari keturunan mana? Kerana saya dimaklumkan beliau berketurunan Banjar.

"Banjar ini bukan orang asal di negari Perak, sedangkan saya anak jati negeri Perak. Mengapa fitnah saya seperti ini. Tindakan pertama saya ialah membuat laporan polis dan mengemukakan saman malu terhadap beliau dan biar mahkamah yang menentukan.

"Apa bukti atas dakwaan yang dilemparkan itu, apakah saya (pernah) mengajar ilmu sesat atau berkumpul dan berceramah bagi tujuan pemujaan," katanya.

"Teropong dan kelapa (yang digunakan dalam ritual sebelum ini) adalah merupakan simbolik, seperti kata orang tua-tua petua datang dahulu (dan) ilmu datang kemudian. 


Saya menafikan sekeras-kerasnya (dakwaan yang dilemparkan itu), beliau sebagai seorang mufti yang waras tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana telah menjatuhkan imej ahli keluarga dan persatuan saya.

"Persatuan saya telah berdaftar dan Mufti seharusnya semak dan siasat terlebih dahulu agar hukum tidak dijatuhkan dengan sewenang-wenangnya kepada orang yang tidak berdosa.

"Mufti tahu hukum haram tapi kenapa buat perangai seperti anak haram"

Lapor media tempatan, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah memutuskan dalam mesyuaratnya untuk mewartakan ajaran Raja Bomoh sebagai sesat dan haram. 


Keputusan itu dicapai setelah melihat amalan dan ajaran yang dibawa oleh bomoh tersebut yang didapati terpesong daripada ajaran Islam sebenar.

Bagaimanapun, jawatankuasa itu tidak dapat menjangkakan tarikh sebenar pewartaan tersebut kerana ia perlu melalui pelbagai proses. - SUARA TV

Mukhriz pertahan tindakan Tun M

Posted: 04 May 2015 04:30 PM PDT

 
mukriz mahathir

Menurut Mukhriz , jika diteliti, kenyataan dan pandangan yang disuarakan oleh bapanya itu adalah untuk kebaikan UMNO dan BN.

BUKIT MERTAJAM : Tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sering memberikan pandangan termasuk yang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bukan berniat melemahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir. Berkata, jika diteliti, kenyataan dan pandangan yang disuarakan oleh bapanya itu adalah untuk kebaikan parti itu sendiri.

Katanya apa yang berlaku, Dr Mahathir yang pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, mempunyai pandangan sendiri yang lebih kepada untuk menguatkan lagi parti.

"Jika kita lihat kepada kenyataannya, beliau berharap BN akan menang (dalam pilihan raya kecil) di Rompin dan juga di Permatang Pauh. Apa sahaja pandangannya adalah untuk kekuatan parti dan tidak sesekali untuk melemahkan parti," katanya kepada pemberita selepas Program Kenduri Rakyat di Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi Tanah Liat Mukim 9, di sini Isnin.

Mukhriz ditanya tentang kritikan Dr Mahathir terhadap kerajaan dan Perdana Menteri yang menyebabkan pakatan pembangkang menganggapnya sebagai "De facto Opposition Leader".

Mukhriz yang juga Pengerusi BN Kedah berkata tindakan Dr Mahathir yang sering menyatakan pandangan yang berbentuk kritikan terhadap kerajaan, dijadikan modal dalam kalangan parti pembangkang kononnya bekas Perdana Menteri menyokong parti-parti pembangkang.

"Saya nampak poster nakal pembangkang yang dipasang, yang kata Tun nak datang Rompin dan Permatang Pauh untuk berkempen bagi Pakatan Rakyat. Ada juga kata Tun nak berdemo depan (pasar raya) Sogo untuk gerakan anti-GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan).

"Ini karut belaka. Jangan harap dia nak lemahkan parti (UMNO dan BN) dan sokong Pakatan Rakyat. Tak timbul langsung isu dia nak menyokong pembangkang," tegasnya.


- BERNAMA

Berita Ini Mengejutkan Seluruh Rakyat Malaysia. . Saksikanlah

Posted: 04 May 2015 01:57 PM PDT

 

Biodata Nur Fitri Azmeer Nordin pelajar Malaysia dipenjara di London, United Kingdom (UK). Pelajar paling genius dalam jurusan Matematik dari Malaysia telah ditahan susulan memiliki dan menyebarkan lebih 30,000 gambar dan video bahan lucah pornografi kanak-kanak. 

Difahamkan, Nur Fitri Azmeer yang berusia 23 tahun kini menuntut di Imperial College London dengan kos pengajian ditaja oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA). Susulan disabitkan kesalahan tersebut, pihak MARA serta merta menggantung dan menarik balik tajaan terhadapnya.


Terdahulu, Azmeer Nordin telah didapati bersalah dan dipenjara 5 tahun di London kerana memiliki laman web yang menyebarkan video pornografi kanak-kanak bawah umur.

Biodata Nur Fitri Azmeer Nordin Pelajar Malaysia Dipenjara

Nama Penuh: Nur Fitri Azmeer Nordin

Umur: 23 Tahun

Asal: Malim Nawar, Perak

Gelaran: Pelajar Genius Matematik Malaysia

Pendidikan Terkini: Imperial College, London

Pendidikan Menengah: Sekolah Menengah Sains Teluk Intan

Kejayaan: Pernah Menyertai Kejuaraan Olimpik Matematik di Amsterdam

Kesalahan: Memiliki dan Menyebarkan gambar dan video pornografi kanak-kanak

Hukuman Penjara: 5 tahun di London

Profil Facebook: https://www.facebook.com/fitriazmeer.nordin








Kewajipan Mengundi Wan Azizah Di Permatang Pauh (Bahagian II)

Posted: 04 May 2015 01:56 PM PDT


Tempoh hari saya telah mengulas kewajipan ummat Islam menyokong dan mengundi DS Dr. Wan Azizah di Permatang Pauh. Hujjahnya berasaskan dalil wajib menentang kezaliman dan membantu pihak yang dizalimi.

Dalam bahagian kedua ini, saya ingin menegaskan kewajipan yang khusus bagi PAS dan ahlinya untuk menyokong DS Dr. Wan Azizah di Permatang Pauh.

Kewajipan khusus ini adalah disebabkan wujudnya perjanjian antara PAS dan PKR yang telah menghasilkan pembentukan PR. Tiada mana-mana pemimpin PAS yang waras akan menafikan kewujudan perjanjian dan persepakatan ini.

Ianya berteraskan usaha untuk menjatuhkan UMNO/BN secara bersama dan melaksanakan beberapa prinsip pemerintahan yng dipersetujui bersama sekiranya berkuasa. Kesemua prinsip yang dipersetujui bersama ini adalah dituntut Islam serta akan membuka ruang yang luas ke arah rakyat memahami politik Islam dan menyokongnya.

Apabila perjanjian dan persefahaman ini diakui wujud dan selagimana ianya tidak diisytiharkan batal dan dimansuhkan, maka kewajipan PAS dan ahlinya untuk membantu PKR dan calonnya adalah jelas dan nyata. Kalau prinsip berpegang kepada janji pun tidak mampu difahami, maka janganlah cuba berbicara mengenai 'Perjuangan Islam'!.

KEWAJIPAN MENUNAIKAN JANJI

Kewajipan menunaikan janji adalah satu sifat yang asasi pada mana-mana gerakan Islam. Pesanan Nabi (SAW):

    "Orang beriman adalah (dipegang) atas janji-janji mereka" dan firman Allah "Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah janji-janji mu..."

adalah perkara yang diketahui umum. Sifat Nabi (SAW) yang Siddiq dan Amanah juga begitu masyhur sehingga tidak boleh dinafikan dan terpaksa diperakui oleh barisan musuh terketat Baginda (SAW). Dan kesungguhan Baginda (SAW) berpegang kepada janji jelas diperlihatkan dalam perjanjian Hudaibiyah.

Orang yang beranggapan bahawa Nabi sanggup mungkir janji 'demi kepentingan Islam' sebenarnya memfitnah Nabi!

PENGAJARAN DARI PERJANJIAN HUDAIBIYAH




Dalam perjanjian Hudaibiyah, syarat pejanjian menuntut Baginda menyerahkan kembali penduduk dari Mekah yang lari ke Madinah ke tangan penduduk Mekah, walaupun diketahui akan diseksa atas sebab keimanan mereka, Baginda tetap melakukannya. Ianya dilakukan kerana diakui bahawa ianya syarat perjanjian yang telah dimeteraikan serta adalah salah dan berdosa besar sekiranya ianya sengaja dilanggari dengan begitu sahaja.

Dan apabila ianya ditepati, sepertimana dituntut Islam, maka adalah diyakini Allah akan mencari jalan melepaskan orang Islam dari kezaliman syarat perjanjian tersebut dan memenangkan Islam melaluinya.

Inilah sebenarnya yang dinamakan "beriman kepada pertolongan Allah". Bukan langgar syarat perjanjian, kononnya atas nama Islam dan mendakwa percaya pada pertolongan Allah! Mereka yang langgar perjanjian, kononnya atas nama Islam, bukan sekadar melakukan dosa besar kerana merosakkan imej Islam, tetapi menzahirkan keimanan terhadap akal sendiri dan kurangnya keyakinan mereka terhadap pertolongan Allah.

Tidakkah mereka yakin bahawa sekiranya mereka ikut perintah Allah, iaitu memenuhi syarat perjanjian, maka Allah akan membantu mereka?

Maka inilah yang telah berlaku melalui perjanjian Hudaibiyah! Bukan sekadar Abu Jandal dan Abu Busyair, iaitu dua pemuda yang telah Rasulullah (SAW) serahkan kembali kepada kaum Quriay Mekah berjaya membebaskan diri dari tahanan Quriasy, tetapi mereka telah mampu menimbulkan kekacauan dan kesulitan terhadap kaum Quraisy dengan menyerang caravan (kafilah) perdagangan Quraisy! Maka mereka membebaslan diri dengan izin Allah dan melalui mereka pula Allah membantu ummat Islam ke atas musuh mereka!

Sambil itu, semasa tempoh perdamaian hasil perjanjian ini, beberapa pimpinan Quraisy telah memeluk agama Islam, termasuk Khalid Al-Walid dan Amru Al-Aas. Perjanjian itu telah menyebabkan mereka berpeluang untuk memahami dan menilai kebenaran Islam.

PEMBUKAAN MEKAH

Lebih dari itu, hasil ummat Islam berpegang kepada syarat perjanjian Hudaibiyah, maka akhirnya perjanjian itu telah memberikan kepada ummat Islam sebab dan hujjah untuk mengisytiharkan perang ke atas Mekah dan membebaskannya dari penguasaan Quraisy! Ini berlaku apabila ahli kabilah yang bersekutu dengan ummat Islam, iaitu Bani Huzaah, telah diserang dan dibunuh oleh anggota Bani Bakir, iaitu sekutu kaum Quraisy.

Apabila pimpinan Quraisy membenarkannya dilakukan di depan mata mereka di hadapan Kaabah. Sedangkan perjanjian Hudaibiyah menyatakan bahawa kabilah yang bersekutu dengan ummat Islam turut wajib dilindungi oleh kaum Quraisy dan sekutu mereka dan begitu juga sebaliknya!

Maka dengan itu, Rasulullah (SAW) telah mengisytiharkan bahawa pihak Quraisy telah melanggar perjanjian Hudaibiyah dan ianya dianggap batal! Pada masa yang sama, Nabi mengarahkan operasi pembukaan Al-Mekatul Mukarramah dimulakan!

Dan walaupun didatangi oleh Abu Sufyan, yang meminta maaf dan berusaha memujuk Nabi supaya diteruskan perjanjian itu dan dibatalkan rancangan untuk menyerang Mekah, Baginda menolaknya.

Lihat bagaimana ketaatan kepada perjanjian yang walaupun dilihat merugikan telah akhirnya dijadikan kemenangan! Maka patuh dan taati perjanjian walaupun akal mungkin mengatakan ia kononnya 'merugikan' dan berimanlah kepada Allah dan pertolongan dariNya serta janjiNya untuk memenangkan Islam.

Dan perjanjian Hudaibiyah itu, tidak lain dan tidak bukan, adalah satu bentuk tahaluf siyaasi sepertimana yang sedang diadakan sekarang di dalam PR. Ianya perjanjian perdamaian antara Quraisy dan ummat Islam, atas syarat tertentu sambil membuka pintu kepada kabilah Arab lain untuk berlindung samada di bawah Ummat Islam ataupun Quraisy.

Maka bagi yang mengatakan tahaluf Siyaasi itu haram dan merugikan, sila kembali kepada Nas dan Dalil serta bukti dari Seerah Ar-Rasul.

AMARAN KERAS DARI ALLAH

Bagi yang masih ingin berdegil, menganggap 'atas nama Islam' segala perjanjian dan kata sepakat dengan pihak lain boleh dilanggar sewenang-wenangnya, saya sampaikan untuk mereka perintah Allah serta amaran dan janjiNya seperti yang terkandung dalam Ayat 94 Surah An-Nahl yang bermaksud:

    "Dan janganlah kamu jadikan sumpah kamu sebagai tipu daya sesama kamu, kerana dengan yang demikian itu akan menyebabkan tergelincir kaki kamu sesudah ia tetap teguh (di atas jalan yang benar); dan kamu pula akan merasai balasan buruk (di dunia) dengan sebab kamu menghalangi manusia dari jalan Allah; dan bagi kamu juga disediakan azab yang besar (di akhirat kelak)."(16:94)

Dalam Ayat ini, Allah menegur amalan (sering dilakukan pada zaman jahiliyyah) di mana sesuatu perjanjian dengan kabilah yang kecil dan tidak berpengaruh dilanggari dan dibatalkan demi mengadakan perjanjian baru dengan kabilah yang lebih besar dan berpengaruh.

Walaupun itu mungkin dilihat sebagai 'kebijaksanaan politik', namun Allah mencegahnya dengan dijanjikan kehinaan dan azab yang pedih kepada ummat Islam sekira melakukannya. Ianya dilihat sebagai tindakan yang akan menghalang manusia lain daripada jalan Allah kerana mereka melihat sikap tidak amanah yang dizahirkan oleh ummat Islam.

Maka, dalam situasi semasa bersama PKR di Permatang Pauh, adalah dikhuatiri sifat tidak amanah ini akan menyebabkan masyarakat meluat dan hilang kepercayaan terhadap Islam dan Parti Islam.

KESIMPULAN

Oleh yang demikian, bagi ummat Islam, menyokong DS Wan Azizah adalah wajib atas sebab menentang kezaliman dan membela pihak yang dizalimi. Gagal melakukannya boleh menyebabkan kita tidak diakui ummat oleh Rasulullah (SAW).

Bagi ahli dan penyokong PAS, yang juga merupakan ummat Islam, ianya menjadi dua kali ganda wajib atas sebab terdapatnya perjanjian. Mentaati dan memenuhi tuntutan perjanjian ini adalah wajib! Kegagalan melakukannya boleh menjadikan imej Islam tercemar dan kita menjadi sebab mengapa masyarakat meluat dan benci pada Islam kerana dilihat penipu dan tidak amanah.

Pada masa yang sama, ketaatan kepada perjanjian dan memenuhi syaratnya boleh mendatangkan pertolongan dari Allah dan kemenangan yang Allah janjikan. Ini adalah kerana kepatuhan pada arahanNya untuk memenuhi syarat perjanjian tersebut dan mematuhi perintah Allah ini melayakkan untuk mendapat pertolongan Allah.

Maka ketahuilah, yang menyeru untuk mengikari perjanjian PAS bersama PR, walau pun ianya dibuat atas nama 'Hudud' dan 'kasih pada Ayahanda', mereka hanya menyeru kepada kehinaan di dunia dan azab yang pedih di akhirat, naudzubillah. Itulah apa yang dijanjikan Allah bagi mereka yang mengkhianati perjanjian yang jelas dan nyata!

Walau pun mungkin kata-kata mereka ini disulami ayat Quran dan seruan keimanan, sikap mereka ini perlu ditolak! Kerana inilah sebenarnya sikap 'PAS Ekstrim'! Mereka menghalalkan tindakan membelakangkan perintah Allah. Dan bertambah teruk, ia kononnya dilakukan di atas nama Islam!


WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Tangkap Orang Yang Langgar Ayah Saya, Kata Firuza Amira Kepada Zahid Hamidi

Posted: 04 May 2015 07:30 AM PDT

 


KUALA LUMPUR: "Tangkap orang yang langgar ayah saya," kata adik Nur Firuza Amira Fairuz Nizam kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika melawat anak malang ini di kediaman nenek mereka di Taman Batu Muda, Batu Caves..

Nur Firuza Amira yang berumur tujuh tahun kini masih dalam keadaan sedih selepas kehilangan insan tersayang iaitu ayah,ibu dan adik bongsunya yang terlibat dalam kemalangan di lebuhraya DUKE awal pagi sabtu lepas.

Dia dan adiknya Nur Firuza Aqila,4, kini tinggal bersama neneknya dan adik bongsu mangsa Muhammad Faizznur Asyraf Husain, 25 yang dipertanggungjawabkan menjaga syarikat dan anak-anak ini.




Jangan ingat boleh lepas

Kuala Lumpur: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan untuk memastikan individu yang menjadi punca kematian tiga beranak dalam satu kemalangan di Lebuhraya DUKE dihadapkan segera ke muka pengadilan.

Menurutnya, walaupun terdapat kenyataan di mana ahli kelab Familia MyVi Club (FMC) mempunyai orang dalam, beliau turut menjamin kes berkenaan akan diadili dengan telus.

"Jangat ingat ada orang dalam, individu terbabit boleh terlepas. Polis tidak akan menutup kes ini dengan mudah walaupun terdapat keterangan yang bercanggah daripada suspek dan saksi utama.

"Kalau saya dapati ada penglibatan orang dalam sekalipun, orang itu juga akan diambil tindakan tegas," katanya semasa menziarahi keluarga mangsa di kediamannya di Taman Batu Muda, di sini, tadi.

Insiden pada 1 pagi pada Sabtu lalu itu dikaitkan dengan tindakan enam kereta Perodua Myvi yang berlumba di lebuh raya itu sebelum merempuh pacuan empat roda model Pajero dinaiki tiga mangsa itu.

- hmetro.

Kami tak ambil duit GST- Muhyiddin Yassin Mohamad Fadli

Posted: 04 May 2015 07:02 AM PDT


Dana itu digunakan untuk memberi bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) dan pelbagai bantuan kebajikan lain.

muhyidin guna cara yang betul

ROMPIN: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa bahawa hasil kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dikembalikan semula kepada rakyat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, dana itu digunakan untuk memberi bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) dan pelbagai bantuan kebajikan lain.

"Kita kumpul (hasil GST) dan esok kita akan bagi balik dan mungkin kita akan tambah BRIM, bantuan-bantuan lain," katanya di Majlis Perasmian Pecah Tanah Dewan Semai Bakti Felda Keratong 4 pada Isnin.

Muhyiddin berkata, rakyat tidak perlu risau kerana hasil kutipan GST bukan untuk kegunaan beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atau Menteri Kabinet lain.

"Saya, Perdana Menteri, dan Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak ambil GST," tegasnya.


FMT

ESOK 505 PAKAI HITAM

Posted: 04 May 2015 06:30 AM PDT

 



4 MEI 2015
"Ops Hitam 505" untuk menolak GST, pilihanraya kotor
dan negara polis

Gabungan untuk Pilihanraya Bersih dan Adil 2.0 (Bersih 2.0) melancarkan "Ops Hitam 505" di seluruh negara pada 5hb Mei 2015 (Selasa), ulangtahun kedua Najib Razak dikekalkan di Putrajaya oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai kerajaan minoriti sungguhpun ditolak oleh 53% pengundi.

Kami memohon kepada semua rakyat Malaysia supaya berpakaian hitam atau memasangkan ribbon atau kain hitam di kenderaan, bangunan atau benda peribadi pada 5hb Mei 2015, sebagai tanda menolak provokasi angkuh Kerajaan Minoriti Najib kepada rakyat dengan tangkapan, tahanan dan gangguan terhadap para pemimpin dan peserta perhimpunan aman pada 1hb Mei di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu.

Rakyat mesti menjawab penindasan dengan penentangan. Kalau tidak, kehidupan rakyat akan semakin susah dizalimi oleh kezaliman Kerajaan Minoriti Najib, polis dan SPR.
"Ops Hitam 505", selain tanda solidariti dengan meraka yang menjadi mangsa penganiayaan polis, juga mewakili tiga tuntutan rakyat yang berikut:

(a)  Pemansuhan Cukai barangan dan perkidmatan (GST);

(b)  Penghapusan penipuan dalam pilihanraya terutamanya "Pembahagian Tidak Sekata" (Malapportionment) dan "Persempadanan Tidak Adil" (Gerrymandering) dalam Persempadanan semula kawasan pilihanraya di Sarawak, Sabah dan Semenanjung supaya tidak wujud lagi kerajaan minoriti;

(c)  Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) untuk menghentikan penyalahgunaan kuasa dan pempolitikan polis.


Kami berharap bahawa esok seluruh rakyat akan mewujudkan suatu lautan hitam di setiap perusuk negara, terutamanya di Permatang Pauh dan Rompin di mana rakyat berpeluang menyatakan pendirian dengan kertas undi, untuk menunjukkan penolakan rakyat terhadap GST, pilihanraya yang kotor dan negara polis.

Permatang Pauh - Azmin Tanya Khalid Kerja Untuk Rakyat Atau Umno?

Posted: 04 May 2015 05:55 AM PDT

 IGP jadi sasaran ceramah Azmin

Walaupun tidak bertanding di pilihan raya kecil (PRK) parlimen Permatang Pauh, namun Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar turut menjadi sasaran dalam ceramah PKR.

Malam tadi, ketika berucap Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali bertanya kepada hadirin sekiranya pegawai cawangan khas (SB) turut serta di ceramah itu.

Kemudian para hadirin menjawab "Ada!".

"SB ada di belakang? Kalau ada datang depan. Saya tak takut. Beritahu ketua polis negara, tolonglah, nak jadi ketua polis yang menjaga keselamatan rakyat atau nak jadi barua Umno dan BN?," kata Azmin disambut sorakan kira-kira 200 hadirin.

Selepas itu, Azmin kemudian sekali lagi mengajukan soalan dan meminta hadirin menjawab sama ada Khalid menjaga keselamatan negara atau Umno.

"Saya nak tanya orang Permatang Pauh, orang Permatang Pauh kena jawab malam ini.Ketua polis yang ada sekarang menjaga keselamatan negara atau keselamatan Umno dan BN?" soal Azmin.

"Umno!" laung hadirin dan kemudian Azmin mengucapkan: "Hebat. Tahniah."

Kemudian sekumpulan wanita yang hadir di ceramah itu ketawa dan menyebabkan Azmin bertanya sama ada mereka takut sekiranya ditangkap dengan pihak polis.

"Jangan takut kena tangkap. Biar penuh penjara itu, tak ada masalah. Kalau masuk (penjara) Sungai Buloh boleh jumpa Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bila lagi nak jumpa," kata Azmin menyebabkan hadirin ketawa.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Azmin mengakui ucapannya pada malam tadi "berapi" memandangkan ia sudang memasukki hari ke-12 berkempen di Permatang Pauh.

Ketika ditanya sama ada kenyataannya dalam ceramah itu menghina penjawat awam dengan menggunakan perkataan "barua", Azmin menafikannya.

"Saya minta supaya Ketua Polis Negara menjalankan tugas menjaga keselamatan negara. Adakah itu salah?

"Saya tanya, tidak tuduh dia. Saya tanya pada beliau dan rakyat Permatang Pauh. Adakah tanya pun tak boleh dalam Malaysia ni? Saya tak tuduh dia, saya hanya tanya," katanya.

Justeru, Azmin berkata, beliau meminta supaya Khalid menjawab persoalannya malam tadi melalui tindakan dan bukan tweet.

"Itu satu pertanyaan bukan tuduhan. Dia kena jawab dan jawapan dia kena melalui tindakan bukan jawapan.

"(Melalui) tindakan bukan melalui tweet," kata Azmin lagi.

- mkini

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


TERUK SANGAT KAH MELAYU DI ROMPIN? BUKAN MELAYU PULAU PINANG SAJA KAH TERUK?????

Posted: 04 May 2015 05:51 PM PDT

PROGRAM DARI PKR JOHOR DI PERMATANG PAUH

Posted: 04 May 2015 05:47 PM PDT

Program 'Mini Karnival Keluarga' pengundi2 di JDM3, Pekan Permatang Pauh bersama-sama pimpinan PKR. Turut serta YB Sim Tze Tsin, Leman Raja Lawak dan Ketua Pemuda PAS Shah Alam. Selain dpd penyokong2 parti terdapat juga penduduk di kawasan berhampiran serta anak2 mereka turut serta dalam mini karnival ini. Kegembiraan dan keceriaan memenuhi suasana di karnival tersebut. Antara program yg diadakan: pertandingan mewarna, solekan, mencuci injin motosikal dan pemberian minyak moto secara percuma, dll.
 

INI PUN NAK MENGUNDI KA?

Posted: 04 May 2015 05:40 PM PDT

ADA SEBUAH JIRAT CINA BESAR DI KUBANG SEMANG..BERDEKATAN DENGAN PEKAN PENANTI....JADI INILAH TEMPAT BENDERA UMNO PASANG....ELOK SANGAT LAH..

BUDAK UMNO DEMO DI BULATAN SEBERANG JAYA DENGAN MENUTUP MUKA

Posted: 04 May 2015 05:26 PM PDT

INI MEMANG STAIL BUDAK UMNO....TAPI RASANYA DARI KAWASAN LAIN KOT...SEBAB TAKUT ORANG KENAI MUKA DEPA NI.......TAK PA..BUDAK BUDAK TAK CUKUP UMUQ LAGI....AKAI TAK JENUH LAGI TU... KREDIT GAMBAR OLEH IBRAHIM MAT ISA....

KENAPA SEKARANG SUDAH MULA PERCAYA PADA UMNO???

Posted: 04 May 2015 05:21 PM PDT

Kenapa sekarang sudah mula percaya dgn UMNO?? Kami syg pd TGHH namun tindakannya kebelakangan ini JELAS mahu mengorbankan PAS utk meneruskan agenda penyatuan dgn Pemerintah Zalim
Pas Milik Semua's photo.
Pas Milik Semua's photo.
Pas Milik Semua's photo.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
14 hrs · Edited ·
LARORAN MEDIA SINGAPURA INI MASIH BELUM DINAFIKAN OLEH TUAN GURU HAJI HADI AWANG...


Apakah kesemua Media di Singapura didominasi oleh Fake News.. ??
Setahu Admin Media Singapura antara media yg mempunyai tahap integeriti yg tinggi.


Note :

Mari kita imbas semula rentetan hubungan akrab DS Najib dengan TG Hj Hadi Awang.

June, 2009 - Keikhlasan DS Najib dan Kejujuran Hj Hadi 'senada', malah disambut oleh majoriti orang Melayu dan umat Islam bahawa sudah sampai masanya UMNO dan PAS bekerjasama dan memikirkan secara serius mengenai perpaduan orang Melayu dan umat Islam.

June, 2009 - Hj Hadi dalam Muktamar Agong PAS buat pertama kali bercakap tentang 'Kerajaan Perpaduan', malah tidak menolak wujudnya usaha-usaha ke arah kerajaan perpaduan.

Disember, 2010 - Hj Hadi menafikan idea beliau bercanggah dengan allahyarham TG Nik Aziz Nik Mat (Dalam laporan "Islam, Politics and Youth in Malaysia: The Pop-Islamist Reinvention of PAS")

April, 2011 - Hj Hadi dan DS Najib saling berpelukan ketika bertemu di Sarawak. Mereka kelihatan sangat-sangat mesra, akrab dan intim bagaikan saudara yang sekian lama berpisah (sila perhatikan dakapan mesra Hj Hadi yang sangat 'Islamik' kepada DS Najib lihat https://www.youtube.com/watch?v=Km-XX8Cg0oc).

Februari, 2012 - Hj Hadi bersedia mempertimbangkan permintaan beberapa journalist supaya debat dan perjumpaan dibuat antara beliau dengan DS Najib untuk membincangkan isu-isu dalam negara.

Februari, 2012 - 'Sajak Khas Buat Tuan Guru' telah dicipta.

September, 2013 - Hj Hadi berkata PAS sedia bekerjasama dengan UMNO termasuklah dialog dalam pelbagai isu.

June, 2014 - DS Najib menghubungi sendiri Kedutaan Malaysia di Turki supaya memberikan bantuan yang terbaik kepada Hj. Hadi yang dimasukkan di hospital Istanbul.

June, 2014 - DS Najib melawat secara peribadi ke atas Hj Hadi Awang di Institut Jantung Negara (IJN) tanpa sebarang protokol rasmi kerajaan.

September, 2014 - Hj Hadi turut menyenaraikan calon Menteri Besar Selangor yang baharu akibat daripada kemelut ciptaan PKR dalam Langkah Kajang yang gagal dan berkecamuk itu.

September, 2014 - Hj Hadi memberi Amaran Keras kepada PKR dan DAP supaya menghormati tahaluf siyasi dengan PAS. Jika berlaku perlanggaran, PAS tidak teragak-agak keluar daripada Pakatan Rakyat.

Mac, 2015 - Kemuncak kepada segala usaha perpaduan ini, Hj Hadi nekad untuk menjayakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 11 (Hukum Hudud) dan usaha tersebut telah disokong 100% oleh wakil rakyat UMNO di DUN Kelantan.

April, 2015 - Dijangka PAS akan sekali lagi menikmati sokongan 100% daripada wakil rakyat UMNO dan PBB apabila Hj Hadi membentangkan private bill Hukum Hudud di parlimen tidak berapa lama lagi.

May, 2015 - Cadangan Kerajaan Perpaduan ditimbulkan semula oleh Hj Hadi ketika diwawancara oleh media Singapura, Today Online

Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO
Teuku Zacharyah Iskandar's photo.

LIPUTAN SEMALAM DI MARKAS PAS KUBANG SEMANG DARI UG HUSIN CEROI ORIGINAL

Posted: 04 May 2015 05:08 PM PDT







Lintas flashback laporan situasi Permatang Pauh sempena PRK 7 MEI 2015. Ceramah mlm tadi tangguh sbb hujan pulak, dok tgu mat sabu mai tapi Jln ke Permatang jem habih, tak dan mai la...
Bersama YB Azan bin Ismail Adun Bandar, DUN Terengganu. Point penting dia habaq ;
Pas rompin berjaya terjah kwsn2 hardcore Felda keratong yg selama ni kawasan hitam utk Pas. La ni ketua Felda habaq kat pas, kalau UMNO bagi depa rm2,000 sekeluarga pun depa cemuih nak bagi undi. Di Felda keratong 10, katanya lebih kurang 100 org anak muda isi borang Pas. Mudah2an berkekalan smpai isuk (hr mengundi di rompin). Takut2 UMNO up pulak rm3,000 sbb kata rm2k tak lut...hahaha.....
Lama tak pekena nasik Kandaq Markasss...nalaaa!!!
Rasa2 InsyaAllah DSWA menang lebih kali ni...
Kalau hangpa mai sini, berlemuih dgn segala taktik UMNO yg Maha dasyat...drpd duit, kereta 'Jalur gemilang' hat pang pung nyanyi lagu UMNO / jalur gemilang pasang kuat2, signboard besaq2 memfitnah PR ttg cukai pintu, tarif air dsb....dok melalak merata2, segalanya...
Dok terjah Pas kawasan permata janggus satni, saja tanya pasai matpiang, depa habaq hat pemuda 20 kerat yg melalak atas lori tu buat betui2 depan masjid. Baru sat2 saja imam dok khutbah habaq suruh undi PKR, habih jumaat geng wala'un pi melalak khutbah ataih Lori depan masjid. Haramjadah sungguh.
Apa lagi, abang otai Pas kawasan panggil geng tu turun. Siasat punya siasat, depa tu bekas Ahli UMNO yg tang mana masuk Pas, gabung dgn Budak matpiang 3suku.
Aku rasa, sepanjang pi kempen PRK, kali ni memang UMNO Maha dasyat sungguh dok ligan DSWA dgn sponsor sama Budak wala'un stengah tiang, tapi hat Pas hardcore otai2 habaq depa tak makan umpan, depa ligan budak2 hinguih supaya jgn perleceh arahan Pas Pusat. Baguih laaa otai2. Aku suka style pas tang ni...takdak belit2, straight to d point..alhamdulilAllah...
Dengaq rupanya bilik gerakan UMNO byk yg punggah. Punca Utama fulusy tak mai2 dari cawangan/bhgn....hehe...ketua bhgn/cawangan sudah songlap awai la tu. biasaaa dah lagu tu, kwsn yg depa anggap kalah teruk x dpt la bajet. Tapi org ataih dh habih sapu, pastu depa pun menonggok la di kem2 PR. Bukan susah sgt pakai kopiah dgn Jubah utk jadi olamak instant Pas......adehhhaiii.....
Misi seterusnya ialah menuntut duit brim/ rasuah @ bilik gerakan UMNO. Sedih pun ada...tgk Budak sekolah saja dok kibar2 bendera. dengaq kata BN dok taboq duit merata, aku nak pi kutip la ni. Pakai baju BN pun takpa....muga lepaih duit minyak tol...hehehehe....^_~
Warga Jeniang..hang dh punggah pi jeniang ka? tak dan la aku belanja hang Nasi Kandaq. Makan nasik Kandaq guna duit Rasuah UMNO ni nikmatNya lain macam woo. Tak caya tanya Al wala'unnnnn...hahaha....
Laporan bersambung mlm ini InsyaAllah.....