Nuffnang

Pengikut

ZAKRI ALI

0
sumber :-

ZAKRI ALI


VIDEO - Najib, Rosmah dan lagu 'Pretty Woman'

Posted: 02 May 2015 11:00 PM PDT

 
Tidak salah sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Rosmah Mansor tampil ke atas pentas untuk berhibur dalam acara perkahwinan anak mereka sendiri, kata seorang pegawai kepada perdana menteri.

Rizal Mansor (kanan, bawah) berkata sebelum sesi memotong kek, pengacara majlis menjemput Najib, Rosmah, anaknya Nooryana Najwa serta besan mereka tampil ke pentas bagi acara itu.

Bagaimanapun, katanya, pengacara majlis itu memainkan lagu 'Pretty Women' terlebih dahulu dan meminta mereka menari bersama kerana ia sebahagian dari budaya Kazakhstan.

"Pengacara panggil keluarga lelaki, jemput (keluarga Najib) naik atas pentas. Takkan nak jadi orang yang lurus (bendul), jadi (naik pentas) ikut sedikit sebanyak budaya mereka.

"Sebelum potong kek pengacara majlis bagi seronok sikit, pasang satu lagu, show that you happy. Kalau keras (kaku) je, nampak tidak gembira pula tengok anak dia kahwin," kata Rizal ketika dihubungi Malaysiakini.

Pada 17 hingga 19 April lalu, seramai 250 tetamu dari Malaysia diterbangkan ke Kazakhstan bagi bertandang majlis perkahwinan Nooryana Najwa ke negara suaminya, Daniyar Kessibayev di Almaty, Kazakhstan.

Beberapa hari selepas itu, satu video yang menunjukkan Najib, Rosmah, Nooryana, Daniyar serta beberapa orang lagi menari di atas pentas telah tersebar di media sosial.

Video klip berdurasi 1.18 minit itu dikatakan telah dirakam ketika majlis itu.




Rizal berkata adalah menjadi kebiasaan dalam majlis perkahwinan Melayu terdapat acara tarian seperti joget lambak dan tidak menjadi sesuatu yang aneh jika Najib menari di perkahwinan anaknya.

"Majlis orang lain penuh dengan joget lambak pun orang tak bisingkan," kata Rizal yang telah enam tahun berkhidmat dengan Najib.

"(Tidak ada masalah) lagipun beliau (Najib) menari dengan isteri dan anak beliau," katanya lagi.

Ditanya siapa yang menyebarkan video tersebut, Rizal berkata: "Saya tak tahu, saya tidak (mahu) menuduh tetapi perkara sudah berlaku. Saya nak tuduh sesiapa tidak menyelesaikan masalah."

Malaysiakini

Suami isteri ditahan disyaki dera bayi angkat

Posted: 02 May 2015 10:00 PM PDT

 
 
Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia dipercayai akibat didera oleh ibu bapa angkatnya di sebuah rumah di Taman Rasa Sayang di Jitra semalam.
   
Berikutan itu, polis menahan sepasang suami isteri berumur 40 dan 30 tahun pada 6.45 petang tadi untuk siasatan lanjut, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Nashir Ya.
   
"Pada 12.10 tengah malam tadi, Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan Hospital Jitra menerima bayi berumur lapan bulan yang tidak sedarkan diri.
  
"Semasa diperiksa terdapat kesan lebam di bahagian kepala, badan dan kaki mangsa manakala di paha kanannya terdapat kesan luka lama selain tulang selangka kiri mangsa patah," katanya dalam kenyataan semalam.    

Susulan itu,  pegawai perubatan itu membuat laporan polis di Balai Polis Jitra pada 9.57 pagi tadi dan bayi itu dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk rawatan lanjut pada 11.55 pagi.
   
Malangnya, bayi berkenaan meninggal dunia pada 4.04 petang semalam dan bedah siasat dijalankan ke atas mayatnya.
   
Mohd Nashir berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
  
-Bernama

Tian Chua ditangkap di Permatang Pauh

Posted: 02 May 2015 09:15 PM PDT

 
Naib Presiden PKR Tian Chua telah ditangkap dan dibawa ke ibu pejabat polis Seberang Perai di Bandar Perda.

Ketika dihubungi, Tian Chua berkata, "Saya di sini tapi tidak boleh bercakap sekarang," sebelum talian telefon terputus.

Bagaimanapun, melalui catatan twitter pada jam 12.15 tengah malam, Tian Chua berkata polis memintas keretanya di tengah-tengah lebuh raya di Seberang Jaya.

Tian Chua mendakwa beberapa lelaki memukul kepalanya dan menarik rambutnya. Dia mendakwa polis bertindak kasar ketika dia bertanya sama ada dia ditangkap dan ke mana mereka akan membawanya.

Tian Chua berkata beliau percaya polis akan menghantarnya balik ke lokap di Kuala Lumpur.

ADUN Machang Bubok Lee Khai Loon dan ADUN Kebun Bunga Cheah Kah Peng kini bergegas ke ibu pejabat polis.

Lee berkata Tian Chua ditahan jam 11.40 malam di Jalan Tuna, Seberang Jaya.

Lee mendakwa Tian Chua telah dikasari.

Adalah dipercayai Tian Chua ditangkap kerana didakwa mengambil bahagian dalam perhimpunan anti-GST di Kuala Lumpur kelmarin.

Tian Chua berada di Permatang Pauh untuk berkempen untuk calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam pilihan raya kecil parlimen tersebut.

Samada dari darah Bugis, Minangkabau atau Jawa, kalau dah berbuat salah berhenti

Posted: 02 May 2015 08:30 PM PDT

 
Najib telah bercakap tentang darah keturunannya bagi memberitahu semua yang beliau tidak akan mudah menyerah kalah apabila didesak untuk meletakan jawatan oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammed. Beliau berkata beliau berdarah Bugis dan tidak sekali-kali menyerah kalah. Pantang anak Bugis menyerah kalah, katanya.

Beliau tidak pula memberitahu kita samada orang Bugis itu tetap akan mempertahankan kuasa jika telah melakukan kesalahan moral dan politik terhadap negaranya. Semasa dahulu kita tidak ada kerajaan demokrasi. Oleh yang demikian bagaimana Najib mengukur sifat orang Bugis itu tidak akan menyerah kalah.

Kita bukannya hidup di zaman silam yang peperangan itu adalah peperangan fisikal dan kekuatan Bugis itu mungkin menunjukan yang Bugis tidak mudah mengalah. Tetapi sekarang ini Perdana Menteri yang berdarah Bugis ini seolah-olah menyatakan kepada kita yang Bugis itu tidak mengira samada dia boleh memimpin atau tidak kuasa mesti dikekalkan. Yang penting bagi mereka ialah kuasa semata-mata.

Bagaimana pula dengan ramainya orang yang berdarah Bugis meminta beliau berundur sekarang ini? Saya rasa orang berketurunan Bugis juga ramai yang bersama meminta Najib berundur dan menghormati semangat demokrasi yang kita amalkan. Demokrasi bukan hanya dengan memenangi undi dalam pilihanraya. Demokrasi itu mesti membawa bersama semangat dan moralnya. Malahan meminta Najib berhenti oleh pemimpin UMNO itu merupakan tindakan demokrasi yang cuba untuk mengelak parti yang dipimpinnya terjunam dalam pilihanraya yang akan dating.

Saya bercakap dengan ramai sahabat dan rakan yang berdarah Bugis juga. Tetapi mereka terlupa yang mereka berdarah Bugis dan mahu Najib turun dari kuasa. Mereka mendahulukan keselamatan Negara dari darah Bugisnya. Tidak perlulah Najib mengecikan perjuangannya. Setelah memainkan isu bangsa sekarang nampaknya Najib telah memilih ruang lingkup perjuangannya yang lebih sempit lagi dengan menggunakan isu 'clan' yang ada dikalangan rumpun Melayu itu sendiri.

Bagaimana dengan yang berdarah Jawa? Bagaimana pula dengan mereka yang asalnya dari darah Minangkabau dan Mendailing. Bagaimana dengan suku Batak dan yang lain yang ada dalam rumpun Melayu itu? Mereka juga merupakan orang yang tidak mudah menyerah kalah. Dr Mahathir mempunyai darah India dan terbukti beliau juga tidak mudah mengalah. Dr Mahathir yang mempunyai darah India dalam dirinya telah berjuang tanpa mengaku kalah. Malahan ramai pemimpin-pemimpin berkalibar diperangi beliau dan semuanya telah kalah. Malahan Dr Mahthir masih lagi berperang kali ini dengan Najib yang berketurunan Bugis ini.

Kita sekarang bercakap tentang negara dan rakyat merasakan Najib sepatutnya berundur kerana terlalu banyak isu peribadi terhadap beliau yang beliau tidak berkemampuan untuk menjawab. Beliau bolehlah mengaku yang beliau sebagai hulubalang kaum Bugis tetapi beliau sudah diminta untuk berhenti oleh banyak pihak. Yang suruh berhenti tidak pun sedar yang Najib itu berketurunan Bugis. Samada beliau ini dari keturunan Bugis atau India beliau perlu berhenti dan melepaskan tanggungjawab yang beliau gagal melaksanakannya.

Elok diberitahu Najib yang semua orang susah untuk mengalah. Baik ia datang dari suku apa sekalipun. Yang melakukan kebathilan akan berjuang dan tidak mengaku kalah dan yang memperjuangkan untuk kebaikan pun tidak mudah mengalah.

Yang boleh mengalah kalah ialah orang yang sedar tentang kesalahan yang mereka lakukan dan sanggup berhenti dan bersara semata-mata untuk kebaikan negara. Kumpulan ini adalah kumpulan yang baik. Kalau Najib benar-benar memperjuangkan kebaikan beliau patut bersara kerana beliau sendiri tahu yang beliau telah melakukan perkara yang tidak baik untuk negara. Hanya kerana ketamakan dan keegoan beliau sahaja yang membuatkan beliau tidak mahu berhenti.



Bukankah perletakan jawatan beliau itu boleh memperbaiki keadaan? Bukankah Najib sering berkata yang beliau berjuang hanya untuk kebaikan? Berjuang untuk rakyat ini bukan semestinya dengan mengekalkan kuasa, sebaliknya dengan melepaskan jawatan dan kuasa juga merupakan perjuangan yang baik untuk rakyat jika perletakan jawatan itu akan memberikan hikmah untuk negara dan rakyat.

Perjuangan yang sebenar-benarnya ialah memerangi nafsu diri sendiri. Itu merupakan perjuangan dari lahirnya kita sampailah keakhir kalam kita. Itu merupakan perjuangan yang benar-benar perjuangan. Tetapi kalau kita berkeras berjuang untuk menyambung dan memanjangkan kebathilan itu adalah perjuangan yang salah terutamanya kepada rakyat yang ramai ini.

Rakyat tidak kira mereka Bugis atau Minangkabau dan Jawa, sedang memerhatikan lagak laku pemimpin dari keturunan Bugis ini. Saya yakin orang Bugis sendiri ramai yang mahu Najib meletakan jawatan agar semua rakyat yang berketurunan Bugis, Minangkabau, Jawa serta yang lain seperti Kadazan, Murut dan Iban mahu perubahan.

Kalau Najib lebih mendengar panggilan yang bathil maka yang mempejuangkan kebenaran pun tidak mudah mengalah. Kami juga tidak  mudah mengalah dengan permainan mereka yang dipandu oleh nafsu tamak haloba kerana melawan nafsu dan ketamakan itu adalah wajib bagi mereka yang mempunyai agama.

Apa yang nak dibanggakan kepahlawanan zaman silam kaum Bugis kerana mereka juga sedang berada dalam arena politik dan bukannya peperangan fisikal dengan tobak dan pedang lagi. Dalam politik ini peperangan ialah peperangan mental dan bukannya peperangan menggunakan tombak seperti yang dilakukan oleh pahlawan-pahlawan Bugis atau jawa dan Minangkabau.

Jika kita bermain kuasa dengan otot itulah yang menyebabkan ada pembunuhan dan penipuan yang begitu ketara pada hari ini. Tunjukan keunggulan kaum Bugis itu dengan mengaku salah dan bersara sahaja dari politik dan tentunya ia memberikan persepsi baik terhadap orang Bugis itu.

Saya mempunyai ramai sahabat dari kaum Bugis dan semuanya adalah orang baik-baik belaka. Sikap dan sifat Najib ini tidak melambangkan sikap dan nilai kemanusiaan orang Bugis itu sendiri. Kenapa berlindung disebalik sukunya sekarang ini. Sudah 'desperate' sangatkah?



PRK Rompin Dan PRK Permatang Pauh :

Posted: 02 May 2015 07:45 PM PDT


Akhirnya Ketua Wanita MCA Pecahkan Tembelang Pemimpin Umno Walaupun kenyataan tersebut boleh dikira membangkitkan ISU PERKAUMAN namun ianya juga boleh lah dikatakan juga sebagai MEMECAHKAN TEMBELANG Pemimpin-Pemimpin Umno berkaitan dengan Cukai Barangan Dan Perkhimatan GST.

Jika sebelum Perlaksanaa GST pada 1 April 2015 selalu yang digambarkan adalah Kemarahan Masyarakat Cina Khas nya Peniaga-Peniaga Kaum Cina.

Dimana dikatakan Peniaga-Peniaga Kaum Cina dengan Perlaksanaan GST maka Peniaga-Peniaga Kaum Cina tidak akan dapat Lari dari membayar Cukai kepada Kerajaan, tiada langsung dibayangkan serta digambarkan yang GST akan menyusahkan RAKYAT khasnya Kaum Melayu yang menjadi Majoriti Pengguna seperti dikatakan oleh Ketua Wanita MCA merangkap Sahabat kepada Parti Umno tersebut. Namun setelah GST berjalan pada 1 April 2015, yang lebih mendapat KESUSAHAN adalah Kaum Melayu atas sebab Kaum Melayu ialah Majoriti Pengguna dalam Negara seperti kata Ketua Wanita MCA sahabat Umno.

Untuk itu kita ucapkan Terima Kasih kepada Ketua Wanita MCA sahabat Umno atas kenyataan beliau yang mengatakan Kaum Melayu lah yang akan Membayar lebih GST dalam Malaysia.

Memang betul Peniaga-Peniaga yang Majoriti nya Kaum Cina memang tidak Menyukai GST, tapi apakah Peniaga Melayu sangat Suka kepada GST.

Yang mana Peniaga-Peniaga ini terpaksa mengeluarkan MODAL TAMBAHAN dalam memenuhi PRA SYARAT kepada Perlaksanaan GST, yang sudah tentu ia nya juga tak secara langsung akan Menaikan KOS sesuatu Barangan.

Kepada Pengundi-Pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh Khas Orang Melayu apakah ini tidak cukup membuktikan yang Pemimpin-Pemimpin Umno adalah KAKI PENIPU serta PENYAMUN kepada Orang Melayu.

Kepada Pengundi Kaum Cina apa yang perlu diketahui ialah jika sudah Kaum Melayu pun Pemimpin Umno TIPU dan SAMUN apa lagi terhadap Kaum Cina.

Untuk itu apa yang Pengundi-Pengundi PRK Rompin dan Permatang Pauh perlu lakukan ialah Jangan sesekali memberi Undi kepada Umno/Bn, kerana ia akan memberi ISYARAT yang Rakyat baik Kaum Melayu, Kaum Cina, Kaum India serta Kaum-Kaum lain bukan lah Pengundi yang Bodoh serta boleh ditipu dengan hanya membawa Projek-Projek Mee Segera semasa Pilihan Raya. sumber hemmmmm..... negara malaysia akan lebih aman dan makmur tanpa umno/bn... kerana terbukti umno/bn lebih membawa kepada kerosakan di dalam negara sejak dulu kini dan selama nya... kah kah kah !.

Dicatat oleh Mat Indera Sipejuang.

Pemandu Wanita Terlibat Lumba Haram Yang Mengorbankan 3 Sekeluarga Ditahan Polis

Posted: 02 May 2015 06:52 PM PDT

 

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu wanita telah ditahan dan polis kini sedang menjalankan siasatan sama ada enam buah kereta Perodua Myvi yang berlumba (haram) di lebuh raya Duke malam semalam terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa pasangan suami isteri dan bayi mereka yang berusia enam tahun.

Menurut saksi, FAiruz Nizam Husain, 35, maut serta merta di tempat kejadian manakala isterinya, Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi perempuan mereka, Nur Fizura Annisa, meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital selepas kemalangan yang berlaku pada jam 1.05 pagi Sabtu.

Sebuah kereta Myvi di lorong kanan melanggar Pajero Fairuz yang berada di lorong tengah menyebabkan mangsa hilang kawalan dan melanggar sebuah kereta Myvi yang berada di lorong kiri.

Fairuz yang hilang kawalan menyebabkan Pajero yang dipandunya berpusing beberapa kali dan ketiga-tiga mangsa tercampak keluar dari kenderaan.

Seorang pemandu Myvi, Siti Noor Aini Mohd Said, 35, mengalami kecederaan ringan, manakala seorang lagi pemandu Myvi, Mohammad Fizal Reza Jamaluddin, 31, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Lapor portal Rakyat Post, pemandu wanita terbabit telah ditahan manakala beberapa pemandu Myvi yang lain telah tampil ke balai polis bagi membantu siasatan. Pemandu wanita terbabit ditahan ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Tiga buah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu telah diambil untuk siasatan dan kes disiasat di atas pemanduan secara melulu.

Difahamkan, Fairuz dan keluarga dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri majlis perkahwinan kenalan mereka di Putrajaya.

Menurut saksi, beberapa buah kereta Myvi dipandu dengan laju di lebuh raya Duke ketika sebuah Myvi berlanggar dengan Pajero yang dinaiki mangsa sekeluarga dan hilang kawalan lalu melanggar sebuah kereta Myvi di lorong pelahan yang menyebabkan kereta mangsa berpusing beberapa kali.

Jenazah Fairuz, isteri dan anaknya dituntut oleh waris keluarga untuk pengebumian semalam. Pasangan itu meninggalkan dua anak mereka, Nur Firuza Amira, 7, dan Nur Firuza Akila, 3.


 

Kejutan Dari DS Zahid Hamidi ??

Posted: 02 May 2015 06:00 PM PDT

 

PRK Permatang Pauh :

Alamak Kejutan Lagi, Zahid Sokong Kepimpinan Akar Umbi Pas Bagan ! Pergggghhhhh ..... nampak nya PROTES yang dibuat oleh Ahli Pas Kawasan Bagan telah mendapat Sokongan dari Naib Presiden Umno merangkap Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi @Kaki Penipu (Tak Percaya baca sini ).

Untung Banyak lah lu orang Ahli Pas Kawasan Bagan kerana KAKI PENIPU telah Menyokong lu orang...

kah kah kah !. sumber Bukan nya Senang untuk Ahli Pas mendapatkan Sokongan dari Pemimpin Umno apatah lagi Zahid Hamidi Kaki Penipu ni adalah salah seorang dari Naib Presiden Umno, dah lah tu merangkap pulak Menteri Keselamatan Dalam Negeri lagi.

Sudah tentu berapa banyak Bantahan dan Perhimpunan yang akan lu orang buat PASTI tiada Tindakan akan di ambil terhadap lu orang... kah kah kah !.

Memandangkan Tarikh Pilihn Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh adalah pada 7hb April 2015 maka lu ada lagi masa untuk membuat Bantahan dan Demontrasi seberapa banyak yang boleh sampai ke hari Mengundi, mungkin selepas ini lu orang akan mendapat Sokongan dari Naib Presiden Umno yang lain dan mungkin juga Timbalan Presiden Umno akan menyatakan Sokongan terhadap lu orang... kah kah kah !.

Kemudian dicampur pulak mungkin Sokongan dari Ahmad Maslan GST serta Hassan Malek GST, cuma rasanya untuk lu orang mendapatkan Sokongan dari Presiden Umno merangkap Perdana Menteri Datuk Deri Hj Najb Wasssatiyah @PENYAMUN mungkin agak TIPIS.

Ini kerana difahamkan Presiden Umno sekarang ni sedang menghadapi Penyakit KENCING TAK LAWAS... kah kah kah !.

Atas sebab itu juga GAMBAR-GAMBAR beliau pun selaku Pengerusi BN Tiada disepanjang Kempen PRK Permatang Pauh ini, dikatakan Punca beliau mengahadapi Penyakit Kencing Tak Lawas adalah disebab Serang Bertali Arus dari Mantan Presiden Parti Syaitan Yang Dikenali iaitu Tun Mahathit KUTTY @LANUN.

Tapi rasanya Sokong yang lu orang dapat sudah dikira cukup baik beb... kah kah kah !. Ada Satu Soalan gua nak tanya kan pada lu orang yang mendakwa lu orang adalah Ahli Pas kawasan Bagan...

kenapa ya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang lepas Calon Pas Sungai Aceh hanya mendapat 690 Undi sedangkan yang menjadi Calon Pas adalah Ketua Dewan Pemuda Pas (DPP) Negeri sekarang iaitu Ustad Yusni Mat Piah... kenapa... kenapa... kenapa ???.

Kemana lu orang masa tu.... apa lu orang masa tu hanya GOYANG TELOR lu orang kat rumah dengan tidak Berkempen sampaikan Ustad Yusni Mat Piah hanya mendapat 690 undi hinggakan Hilang Wang Pertaruhan, kalau Kalah sekali pun takkan sampai Hilang Wang Pertaruhan... kenapa lu orang Tak Wala' kepada Presiden Pas yang mengeluarkan Watikah sebagai Calon pada PRU13 tersebut.

Kalau betul lah lu orang sebagai Ahli Pas kawasan Bagan, cuba lah berfikir dengan Otak Manusia dan jangan sesekali berfikir dengan Otak Lembu NFC Umno, apa untung nya lu orang hendak Merosakan Undi lu orang. Mungkin BETUL dakwaan lu orang yang AMK Negeri Pulau Pinang adalah BIADAB...

Namun apa UNTUNG nya Pas sampai lu orang hendak Merosakan Undi lu orang. Kenapa tak kata yang lu orang akan memberi Undi lu orang kepada Umno/Bn... kan ke lebih Berfaedah atas sebab Umno akan Menyokong RUU Hudud yang akan dibentangkan di Parlimen, setidak-tidak nya lu nampak lah Cerdik dengan memberi Undi kepada Umno/Bn dari lu orang merosakan Undi. Mungkin juga dengan itu GST akan diteruskan dengan BERJAYA dan BERGAYA.

hemmmmm..... mungikn betul apa kata tuan guru haji hadi bahawa kita kena bersangka baik, namun rasa tak salah juga jika meragui niat si penipu dan perompak harta rakyat yang terus-terusan menipu dan merompak harta rakyat hendak menyokong hudud... kah kah kah !.

Dicatat oleh Mat Indera Sipejuang

Polis tahan pemimpin anti-GST antaranya berkaitan 'perkahwinan anak PM'

Posted: 02 May 2015 05:15 PM PDT

 


Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran mendakwa bahawa antara alasan yang diberikan oleh polis untuk mereman beberapa pemimpin berkaitan protes anti-GST semalam ialah kerana soal majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ditimbulkan di perhimpunan tersebut.

N Surendran merupakan sebahagian daripada pasukan peguam yang mewakili empat orang pemimpin semasa pendengaran permohonan reman mereka pagi ini.

"Sesetengah isu yang dibangkitkan oleh pihak polis sebagai alasan permohonan reman... adalah bahawa terdapat tuntutan di perhimpunan tersebut untuk membatalkan GST.

"Satu lagi sebab ialah tentang rasuah dibangkitkan, dan satu lagi ialah penganjur perhimpunan itu membangkitkan tentang perbelanjaan mewah di negara ini.

"Satu lagi sebab ialah semasa perhimpunan itu, penceramah membangkitkan tentang perkahwinan anak perempuan Najib (Nooryana Najwa).

"Ini adalah antara sebab-sebab individu terbabit disiasat di bawah Akta Hasutan dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan," kata Surendran kepada pemberita di luar pusat pusat tahanan polis Jinjang petang ini.

Seksyen 143 Kanun Keseksaan menjadikan suatu kesalahan untuk terlibat dalam perhimpunan haram.

Keempat-empata mereka ialah bekas Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan, setiausaha penganjur kebangsaan DAP Anthony Loke, ahli Jawatankuasa PAS Pusat Hatta Ramli, dan setiausaha agung PSM S Arutchelvan.

Kesemua mereka dibebaskan selepas polis gagal mendapatkan perintah reman.

Ambiga, Loke dan Arutchelvan ditahan lewat malam tadi dan ditahan semalaman, manakala Hatta menyerah diri pagi ini.

MP Puchong Gobind Singh Deo yang juga sebahagian daripada pasukan peguam itu berkata majistret menolak permohonan polis untuk tahanan reman selama empat hari atas alasan bahawa keempat mereka bersedia untuk bekerjasama dan telah hadir apabila dipanggil pihak polis.

Bagaimanapun, katanya, keempat mereka perlu melapor diri di ibupejabat polis daerah Dang Wangi pada pukul 4 petang untuk kenyataan mereka direkodkan.

Sementara itu, Loke dan Arutchelvan berkata polis tidak mengambil kenyataan mereka atau berbuat apa-apa, walaupun kedua-dua mereka ditahan semalaman di di pusat tahanan polis Jinjang.

"Semalam, apabila polis memanggil secara tergesa-gesa, saya kata (kepada mereka) bolehkah saya datang pagi ini. Mereka berkata, 'Tak boleh, kamu datang sekarang. Jika tidak kami datang dan tangkap kamu."

- mkini

Kenyataan BANGANG Shabery Cheek

Posted: 02 May 2015 04:30 PM PDT

 Panglima Perang's photo.Malaysiakini melaporkan:

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kerajaan Selangor tidak boleh semudahnya mencuci tangan dalam isu kemasukan peninju Israel, Ilya Grad ke negara ini untuk satu rakaman program untuk stesen TV AXN.


Ahmad Shabery juga berkata beliau mempunyai bukti untuk menyokong dakwaannya sebelum ini bahawa kerajaan Selangor memperuntukkan 

RM5 juta untuk program The Challenger Muay Thai itu.

Oleh itu, katanya, wakil pembangkang tidak seharusnya bersikap "talam dua muka, double standard dengan menuduh saya dengan macam-macam tetapi pada masa sama mereka terlibat". - Mkini.

Marah sungguh Shaberi Cheek bila ditimbulkan isu kemasukan peninju Israel. Nampak macam dia benci sangat dengan Israel tu sampaikan terpaksa buat kenyataan BANGANG dalam usaha nak ubah persepsi.


Malaysiakini juga melaporkan:

Ahmad Shabery pula berkata, walaupun Selangor tidak terlibat dalam jemputan, kerajaan negeri itu masih boleh mengenakan syarat untuk memastikan tiada warga Israel memasuki negara ini.
.
"Ini wang dia, jadi dia boleh kenakan syarat – 'saya boleh bagi kalau tidak ada (warga) Israel (sertai). 


Ataupun bila episod melibatkan peninju Israel saya tidak akan beri sokongan.' - Ibid.

Tak ka BANGANG komen tu. Orang bukan persoal sangat pasai program stesen TV AXN tu. Yang orang persoalkan macamana orang Israel boleh terlepas masuk ke negara ni. 


Tak sepatutnya boleh terlepas masuk kalau betul macam yang didakwa selama ni yang Malaysia takdak hubungan diplomatik dengan Israel. Kalau takdak hubungan diplomatik macamana mamat Israel tu boleh dapat visa. Kalau takdak visa macamana dia boleh masuk.

Yang sibuk persoal sapa yang bagi dana untuk program tu pasai apa. Lagi pun orang yang bertanggungjawab meluluskan dana tu bukannya tau pun sapa yang terlibat dengan program tu. 

Memang bangang sangat la kalau penganjur program tu bagitau ada orang israel terlibat dalam program tu, tentu punya la takdak sapa berani nak bagi dana.

BANGANG punya Menteri Belia dan Sukan.
 

Dakwa Mufti Perak cari publisiti murahan FMT Reporters

Posted: 02 May 2015 09:00 AM PDT

 
bomoh_Harussani-Zakaria_600

Raja Bomoh akan mengambil tindakan ke atas Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria termasuk menfailkan saman malu 

PETALING JAYA: Raja Bomoh,Ibrahim Mat Zin, menyifatkan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ke atas dirinya sebagai perbuatan melampau kerana dibuat tanpa sebarang siasatan.

Selain menyifatkannya sebagai publisiti murahan, dia turut kesal kerana dituduh sebagai sesat dan perbuatannya juga dianggap sebagai haram.

"Bolehkah hukum sesat itu dijatuhkan tanpa berunding? Sepatutnya Mufti dan Jabatan Agama Perak menjemput saya datang ke pejabat untuk berbincang, bukannya terus menjatuhkan aib muka saya", katanya yang dipetik dari Suara TV.

Susulan kenyataan berkenaan, dia memutuskan akan mengambil tindakan ke atas Harussani termasuk menfailkan saman malu.

Ibrahim yang berang dengan kenyataan Mufti Perak turut mempertikai latar belakang dan keturunan tokoh agama itu yang dikatakan berketurunan Banjar, sedangkan dia mendakwa sebagai anak tulen Perak.

"Banjar ini bukan orang asal di negari Perak, sedangkan saya anak jati negeri Perak. Mengapa fitnah saya seperti ini", katanya.

Sebelum ini Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mewartakan ajaran Raja Bomoh sebagai sesat dan haram. Keputusan itu dicapai setelah melihat amalan dan ajaran yang dibawanya terpesong daripada ajaran Islam.

Bagaimanapun, ia masih belum diwarta kerana perlu melalui pelbagai proses.

http://celahgelegar.blogspot.com/2015/05/mufti-perak-macam-anak-haram-raja-bomoh.html

'PAS tak layan ahli, penyokong protes Azizah'

Posted: 02 May 2015 08:30 AM PDT


Zack Ahmad's photo. PAS Pusat tidak akan melayan tindakan anggota dan penyokong parti itu yang mahu memprotes secara senyap terhadap calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, 7 Mei ini.

Naib Presidennya Salahuddin Ayub berkata kepimpinan tertinggi menganggap kes berkenaan sebagai terpencil dan sudah membuat keputusan untuk terus membantu memastikan kemenangan Wan Azizah.

"Itu komitmen yang kita berikan setakat ini. Negeri-negeri yang membantu seperti Perlis, Kedah malah sebahagian daripada Kelantan dan Perak telah melaksanakan tanggungjawab mereka.

"Semua gerak kerja PAS telah kita berjaya laksanakan untuk membantu beberapa siri kempen bagi memastikan kemenangan di Permatang Pauh," katanya selepas merasmikan Muktamar Tahunan ke-43 Pemuda PAS Johor, di Johor Bahru hari ini.

Ketua Penerangan PAS kawasan Bagan, Azmi Jaafar dan Timbalan Yang Dipertua PAS Bagan Mohd Yusuf Khazali semalam dilaporkan mengesahkan ada di kalangananggota dan penyokong tidak akan keluar mengundi dan akan merosakkan undi sekiranya ke pusat pengundian.

Azmi dilaporkan berkata maklumat tersebut diperoleh berdasarkan maklum balas dan pertemuan pihaknya dengan anggota dan penyokong PAS di kawasan Permatang Pauh selepas penamaan calon pada 25 April lepas.

Ditanya mengenai ketidakhadiran Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turun padang berkempen di Permatang Pauh, Salahuddin menegaskan anggota Parlimen Marang itu sedang sibuk dengan beberapa persiapan menjelang Muktamar Tahunan PAS, bulan depan.

"Abdul Hadi sibuk di Pahang (Rompin) manakala Pengarah PRK Permatang Pauh adalah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

"Kami di peringkat tertinggi bergilir-gilir turun berkempen di Permatang Pauh dan Rompin sebab Presiden ada beberapa program konvensyen negeri menjelang muktamar dan hari ini beliau di Sabah seterusnya di Sarawak," katanya.

Sementara itu, mengenai tindakan sesetengah pihak yang mengaitkan beliau cuba menjatuhkan kepimpinan Abdul Hadi, Salahuddin berkata ia merupakan perkara biasa setiap kali berlakunya pemilihan parti.

Menurut Salahuddin, beliau tidak ambil kisah isu seumpama itu dan isu tersebut akan berlalu seperti biasa apabila selesai pemilihan.

Turut hadir di muktamar itu ialah Pesuruhjaya PAS Johor Aminolhuda Hassan, Ketua Dewan Ulama PAS Johor Abdullah Husin dan Ketua Dewan Pemuda PAS Johor Mohd Faizul Salleh.


- Bernama

PKR tuduh Ismail Sabri 'ugut' pengundi

Posted: 02 May 2015 08:00 AM PDT

 
Zack Ahmad's photo.PKR menuduh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Ismail Datuk Seri Sabri Yaakob melanggar Akta Pilihan Raya kerana "mengugut" pengundi.

Naib Presidennya Nurul Izzah Anwar mendakwa Ismail telah memberi amaran kepada pengundi supaya tidak memilih calon PKR,Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail apabila mengundi dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 7 Mei.

Nurul Izzah menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat Ismail atas dakwaan "rasuah dan mengugut" berhubung kenyataannya di Permatang Pauh semalam.

Beliau berkata adalah menjadi tanggungjawab SPR untuk memastikan pilihan raya kecil itu tidak tercemar oleh ancaman dan rasuah.

 

"Kami mengutuk kenyataan seumpama itu sebagai sombong dan tidak boleh diterima sama sekali," kata Nurul dalam sidang akhbar di Yayasan Aman di Bukit Mertajam hari ini.

Beliau berkata kenyataan Ismail itu secara langsung melanggar Akta Pilihan Raya, yang berkaitan dengan rasuah dan mengugut sebelum, semasa dan selepas pilihan raya.

"Kami menggesa pengundi menolak ancaman tersebut yang merupakan sebahagian daripada taktik kotor BN dalam kempen pilihan raya kecil ini," tegas beliau.

Nurul Izzah merujuk kepada laporan The Malaysian Insider yang memetik Ismail sebagai berkata "permohonan untuk dana pertanian dan projek-projek di Permatang Pauh tidak akan diluluskan jika Pakatan Rakyat menang lagi pilihan raya kecil itu".

Ismail dilaporkan berkata demikian ketika berucap dalam daerah mengundi Kuala Mengkuang ketika mengiringi calon BN Suhaimi Sabudin berkempen semalam.

Selain Wan Azizah dan Suhaimi, dua lagi calon ialah Azman Shah Othman dari Parti Rakyat Malaysia dan calon Bebas Salleh Isahak.

Ambiga dibebaskan selepas reman ditolak, Isham ditahan

Posted: 02 May 2015 07:30 AM PDT

 
Polis gagal untuk mendapatkan perintah reman terhadap bekas Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan yang ekoran protes anti-GST semalam, tetapi 29 orang lagi yang ditahan, tidak bernasib baik.

Menurut peguam Michelle Yesudas, 23 orang direman selama tiga hari manakala enam lagi yang di bawah umur, direman selama sehari.


Menurut Yesudas di catatan Twitter, 29 itu ditahan kerana melepaskan  asap oren (semasa protes).

Selain Ambiga, yang lain dibebaskan ialah setiausaha penganjur kebangsaan DAP Anthony Loke, ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Hatta Ramli dan setiausaha agung PSM S Arutchelvan.

Sementara itu, aktivis Hishammuddin Rais (kiri) ditangkap tidak lama selepas empat mereka dibebaskan di pusat tahanan polis Jinjang.

Dalam beberapa siri mesejnya, Hisham berkata dia ditahan di rumah pada pukul 2.30 petang dan sedang dibawa ke ibupejabat polis daerah Dang Wangi.

Katanya, tujuh pegawai polis datang ke rumahnya dan dia dituduh terbabit dalam perhimpunan haram mengikut Seksyen 143 (Kanun Keseksaan).

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli juga ditangkap pagi ini selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur.

Polis juga telah memanggil Naib Presiden PKR Tian Chua, tetapi masih belum menangkapnya.

"Saya beritahu mereka yang saya sudahpun dalam perjalanan ke Permatang Pauh, mereka tidak hubungi saya lagi," katanya kepada Malaysiakini.


AL FATIHAH - Enam Pemandu Berlumba di atas DUKE, 3 Maut Termasuk Bayi Berusia 6 Bulan - Kita Bantai

Posted: 02 May 2015 07:00 AM PDT


Foto Facebook Shafiq Rosli
6 Buah Myvi Berlumba Menyebabkan Sebuah Keluarga Meninggal Dunia

 6 Buah Myvi Berlumba Menyebabkan Sebuah Keluarga Meninggal Dunia

 6 Buah Myvi Berlumba Menyebabkan Sebuah Keluarga Meninggal Dunia
 6 Buah Myvi Berlumba Menyebabkan Sebuah Keluarga Meninggal Dunia
 6 Buah Myvi Berlumba Menyebabkan Sebuah Keluarga Meninggal Dunia
 6 Buah Myvi Berlumba Menyebabkan Sebuah Keluarga Meninggal Dunia
 6 Buah Myvi Berlumba Menyebabkan Sebuah Keluarga Meninggal Dunia
 6 Buah Myvi Berlumba Menyebabkan Sebuah Keluarga Meninggal Dunia
Sebuah kemalangan yang meragut nyawa sepasang suami isteri serta bayi mereka yang berusia enam bulan telah berlaku di lebuh raya DUKE menghala ke Damansara kira-kira jam 12.30 malam semalam.

Kejadian itu berlaku berpunca daripada enam buah kereta jenis Myvi yang sedang berlumba sesama mereka dan salah sebuah telah terlanggar kereta  Pajero.


Perlanggaran tersebut telah mengakibatkan Pejero tersebut terbalik, manakala penumpangnya tercampak keluar.

Menurut laporan Astro Awani, Difahamkan, tiga orang maut iaitu pasangan suami isteri dan bayinya yang berusia enam bulan. Lebih malang lagi apabila pasangan tersebut telah meninggalkan dua orang lagi anaknya yang masih kecil. — sumber

Gambar keluarga mangsa bersama dua orang lagi anakya yang masih kecil

# BATAL GST & BATAL WAWASAN 2020

Posted: 02 May 2015 06:30 AM PDT

Reformis Saribas




# BATAL GST & BATAL WAWASAN 2020 (atau tunda kpd 2050) ...apa xnya, wawasan 2020 menjadi punca kpd hutang negara menimbun dan rakyat terbeban skrg!! 

-------------------------------------------------- # Perhatikan jadual Hutang Negara sebagaimana berikut mengikut tahun: 1997 RM90 bilion 1998 RM103 bilion 1999 RM112 bilion 2000 RM125 bilion 2001 

RM145 bilion 2002 RM164 bilion 2003 RM188 bilion 2004 RM216 bilion 2005 RM232 bilion 2006 

RM247 bilion 2007 RM274 bilion 2008 RM317 bilion 2009 RM376 bilion 2010 RM405 bilion 2011 

RM465 bilion 2012 RM501 bilion 2013 RM546 bilion (Sumber International Monetary Fund) 2014 

RM677 bilion 2015 RM847 bilion (Sumber The Economist) 2016 ..?. 2017...?. 2018....? 2019 ...RM 1.16 trilion ( sumber: Menteri di JPM, DS Idris Jala, 2010)

AKIBATNYA 

Rakyat terbeban apb Brg Naik harga krn # Mulai 1 Dis 14, semua jenis subsidi rakyat dimansuhkan (kerajaan nak berjimat RM 70 bilion sethn) # Mulai 1 Apr 15, kutip duit rakyat melalui GST 

(kerajaan nak berpendapatan tetap RM20 - 30 bilion sethn)

VIDEO - Dr Wan Azizah: Janganlah Negara Kita Menjadi Negara Polis

Posted: 02 May 2015 06:00 AM PDT


Putrajaya hilang RM800 juta jika hapus GST prabayar, kata Shabery

Posted: 02 May 2015 05:30 AM PDT

 

Putrajaya bakal kehilangan sejumlah RM800 juta pulangan hasil kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sekiranya cukai terhadap kad prabayar berkenaan dihapuskan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Shabery berkata, sebahagian besar pengguna kad prabayar telefon di Malaysia hari ini adalah warga asing.

"Sebanyak dua pertiga daripada pengguna talian prabayar adalah warga asing yang kebanyakannya dari Myanmar, Indonesia dan Bangladesh.

"Jika kamu tanya, saya tidak mahu duit kita dibayar untuk subsidi kepada kad prabayar mereka," katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

Putrajaya juga, katanya, bercadang mengenakan caj tambahan atau mengurangkan nilai panggilan pada kad prabayar.

Ahli Parlimen Kemaman itu bagaimanapun berkata, keputusan akhir hanya dilaksanakan selepas tinjauan dilakukan terhadap pengguna.

"Sebagai contoh bagi RM10 nilai kad prabayar terdapat dua pilihan sama ada dijual pada harga RM10.60 atau harga RM10 tetapi dengan nilai panggilan sebanyak RM9.43," katanya.

Sementara itu, mengulas tentang tindakan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang mahu GST dihapuskan daripada kad prabayar, beliau berkata, ia mempunyai lebih kuasa dalam isu berkenaan.

"Saya harus akui berdasarkan fakta, JKDM lebih berkuasa dalam isu ini. Bagaimanapun dalam sudut teknikal, agak mustahil untuk menarik balik kesemua kad prabayar dan mencetak semula dalam tempoh dua hari," katanya.

Najib sebelum ini berkata hanya Shabery layak mengeluarkan kenyataan berhubung isu GST kad prabayar.

"Shabery Cheek Please take charge of the topup issue. Mulai sekarang, sebarang pengumuman kepada rakyat hanya boleh dibuat oleh menteri KKMM saja," kata Najib di laman Facebook dan Twitter miliknya.

Di Twitter, Najib turut mengetag akaun Shabery di @shaberyc lalu dijawab olehnya: "@NajibRazak Yes Sir, saya akan jumpa dgn semua pihak utk dapatkan yg terbaik bagi rakyat dan negara."

Beberapa pengguna media sosial mempersendakan pertukaran mesej di Twitter antara perdana menteri dan menteri komunikasi itu.

"Benda kecil pun lambat nak selesaikan," tweet seorang pengguna di akaun @_hafiz.

Seorang lagi menggunakan akaun @MieBird menulis komen: "Baru nak mesyuarat? hmmm."

Sebelum ini, pihak Kastam mengarahkan syarikat telekomunikasi menetapkan semula harga kad prabayar telefon kepada harga asal, iaitu seperti sebelum pelaksanaan GST pada 1 April.

Bagaimanapun, arahan yang sepatutnya berkuat kuasa semalam ditangguhkan selepas Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Halim Shafie berkata Rabu lepas isian semula telefon prabayar akan terus dijual dengan dikenakan GST.

Menurut Halim, penyelarasan harga kepada kadar pra GST itu agak mustahil dilaksanakan bermula 1 Mei seperti yang diminta, kerana kerumitan membuat konfigurasi semula terhadap sistem. – tmi

 

Bekas Menteri Umno Berkempen Untuk PKR Di Permatang Pauh

Posted: 02 May 2015 05:00 AM PDT

 

Bekas timbalan menteri pertanian dan industri asas tani, Datuk Seri Mohd Shariff Omar sekali lagi berkempen untuk Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Permatang Pauh, tidak lama selepas melakukan perkara sama semasa presiden PKR itu bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tahun lalu.

Bekas ahli Parlimen Tasek Gelugor selama enam penggal itu masih mempunyai pengaruh kuat terutamanya di kalangan Melayu selepas dipecat Umno semasa Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu kerana bertanding sebagai calon bebas.

"Kak Wan (Dr Wan Azizah) adalah calon yang amat prihatin.

 
"Saya harap tuan-tuan dan puan-puan pengundi dalam Parlimen Permatang Pauh akan guna hak ini untuk undi Kak Wan, calon nombor 3 (atas kertas undi) pada 7 Mei ini," kata Shariff yang pernah menyandang jawatan timbalan ketua menteri Pulau Pinang pada 90-an, semasa ceramah di tapak ekspo Seberang Jaya malam tadi yang dihadiri kurang daripada 300 orang.

 
Sementara itu, aktivis mahasiswa Fahmi Zainol (gambar, kanan) mengggunakan pentas ceramah semalam menegaskan sekali lagi yang beliau tidak pernah berkempen untuk calon Barisan Nasional (BN), Suhaimi Sabudin.

Menurutnya, beliau sebelum ini cuma meninjau kempen BN di Kampung Tok Elong, Permatang Pauh sebelum bergambar dengan Suhaimi.

"Saya nak jelaskan saya tak pernah berkempen untuk calon BN malah saya berkempen untuk Kak Wan hari ini," katanya.

Fahmi digantung dua semester dan didenda RM600 pada Disember 2014 oleh Universiti Malaya kerana menganjurkan ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kawasan kampus tanpa kebenaran.

Ceramah yang dianjurkan semalam itu dihadiri oleh kurang daripada 300 orang.

PRK Permatang Pauh pada 7 Mei akan datang diadakan selepas Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008. – tmi


Sultan Kelantan lancar tabung bencana diraja bantu mangsa banjir

Posted: 02 May 2015 04:30 AM PDT

Sultan Kelantan ketika menziarahi mangsa banjir di sebuah pusat penempatan pada Disember tahun lalu. – Gambar Facebook, 2 Mei, 2015.

Sultan Kelantan ketika menziarahi mangsa banjir di sebuah pusat penempatan pada Disember tahun lalu.

Sultan Kelantan ketika menziarahi mangsa banjir di sebuah pusat penempatan pada Disember tahun lalu.

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V semalam berkenan melancarkan Tabung Bencana Diraja bagi membantu rakyat Kelantan yang terjejas dengan banjir besar pada Disember tahun lepas.

Tabung itu dilancarkan sempena majlis santapan malam "Walk with Me 2015" yang dianjurkan Pertubuhan Kerabat D'raja Kelantan Al-Muhammadi di Kuala Lumpur, malam semalam.

Turut berangkat Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra.

Pengerusi majlis, Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Sultan Ibrahim berkata majlis itu merupakan acara amal bagi menggalakkan penyertaan rakyat dan syarikat korporat yang prihatin untuk turut membantu.

"Hampir setiap tahun Kelantan dilanda banjir di mana tahun lalu merupakan yang terburuk dan melibatkan kerosakan berskala besar. Justeru sebanyak mungkin dana masih diperlukan bagi proses baik pulih.

"Tambahan pula Kelantan bakal berdepan musim tengkujuh pada penghujung tahun ini. Oleh itu pelbagai persiapan perlu dilakukan bagi menghadapi banyak kerosakan dan kemusnahan," katanya.

Tabung yang dibuka sepanjang tahun itu membolehkan orang ramai untuk menderma melalui akaun bank atas nama Pertubuhan Kerabat D'Raja Kelantan melalui nombor akaun (Bank Islam) 03036010053595.

Menurut Tengku Abdul Halim, setakat malam tadi, kutipan permulaan berjumlah RM1.072 juta berbentuk wang tunai berjaya dikumpul daripada 13 penderma utama yang akan disalurkan kepada penerima dalam bentuk bantuan kewangan, makanan, pakaian dan kos membaik pulih rumah.

Selain majlis santapan, Pertubuhan Kerabat D'Raja Kelantan Al-Muhammadi akan turut menganjurkan walkathon diraja 'Walk with Me' selama tiga hari bermula 7 Mei di Kota Baru, Kelantan bagi mengeratkan silaturrahim antara golongan kerabat dan rakyat.

Pada program itu, rakyat berpeluang berjalan bersama Sultan Kelantan sepanjang enam kilometer dari Stadium Sultan Muhammad Ke-4 menuju Jambatan Sultan Yahya Petra sebelum berakhir di stadium yang sama. – Bernama, 2 Mei, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

UMNO Guar Jering Jaya dibubar Februari lalu - FMT Reporters

Posted: 02 May 2015 04:00 AM PDT

 Ab-Rauf-Yusoh_letter_600

Surat pengesahan pembubaran telah dikeluarkan Setiuasaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh bertarikh 24 Mac lalu

PETALING JAYA: UMNO Cawangan Guar Jering Jaya di Permatang Pauh telah dibubarkan pada Februari 2015 selepas Jawatankuasa Pengurusan UMNO berpuas hati dengan laporan yang dikemukakan.

Surat pengesahan pembubaran itu telah dikeluarkan Setiuasaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh bertarikh 24 Mac lalu.

Surat itu dikeluarkan kepada Setiausaha UMNO Bahagian, Suhaimi Sabudin, yang kini menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Dengan pembubaran itu, Ab Rauf telah meminta UMNO Bahagian Permatang Pauh untuk memindahkan ahli-ahli ke cawangan berdekatan dan mengemukakan salinan senarai ahli ke Ibu Pejabat parti.

Surat pengesahan itu telah diedarkan secara meluas susulan tindakan beberapa ahli UMNO cawangan Guar Jering Jaya yang membuat sidang akhbar mengumumkan pembubaran cawangan itu pada Jumaat.

Sidang media pembubaran UMNO cawangan Guar Jering Jaya itu telah dibuat oleh Asri Ahmad, yang mendakwa dia Ketua UMNO cawangan di Bilik Gerakan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Asri dilaporkan berkata, cawangan yang mempunyai 68 ahli itu dibubarkan kerana telah bertahun-tahun diabaikan kepimpinan tertinggi UMNO.

Himpunan anti-GST tidak mengubah, tapi beri kesan ketara, kata penganalisis - OLEH SHERIDAN MAHAVERA

Posted: 02 May 2015 03:30 AM PDT


Penganalisis berpendapat perhimpunan bantah GST semalam membuktikan kesedaran politik masih wujud di kalangan rakyat Malaysia. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 2 Mei, 2015.Suhaimi Ibrahim, dari Sungai Petani, Kedah, turut hadir di Kuala Lumpur semalam membantah pelaksanaan GST.

Suhaimi Ibrahim, dari Sungai Petani, Kedah, turut hadir di Kuala Lumpur semalam membantah pelaksanaan GST.

Suami Zaiton Anuar terlantar sakit di rumah dan perlu penjagaannya, tetapi ibu kepada lima orang anak itu nekad datang ke Kuala Lumpur menyertai himpunan membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) semalam.

Wanita berumur 52 tahun itu merupakan antara ribuan peserta lain pada perhimpunan semalam, yang dikatakan mencapai matlamatnya walaupun tidak melepasi sasaran mengumpulkan sejuta peserta.

Walaupun perhimpunan semalam tidak mungkin mengubah keputusan Putrajaya mengenai pelaksanan cukai berkenaan, kemarahan rakyat terhadap peningkatan kadar inflasi sedikit sebanyak mampu mengancam kedudukan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Bagi Zaiton, terdapat perbezaan agak ketara di antara maklumat disampaikan Putrajaya mengenai GST dan bagaimana cukai itu memberi kesan kepada rakyat.

"Setiap kali saya menonton TV, kerajaan sering mengatakan bahawa kos perubatan di hospital kerajaan tidak akan dikenakan GST. Tetapi apabila saya membawa suami ke HUKM (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia), saya perlu membayar GST untuk semua kos rawatannya."

Beliau kecewa apabila dikenakan cukai 6% ke atas semua kos perubatan bagi merawat penyakit kanser suaminya, yang boleh mencecah setinggi RM2,000 setiap kali rawatan.

GST yang dikenakan adalah sebanyak RM60 dan ia jumlah yang membebankan buat Zaiton, yang tinggal di rumah pangsa di Pantai Dalam.

Pada 22 April, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam dilaporkan berkata, ubat-ubatan penyakit kronik seperti kanser akan dikenakan GST.

Satu lagi keluhan yang diluahkan adalah bagaimana kerajaan boleh membuat andaian harga barang akan turun selepas pelaksanaan GST bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang berkadar 10%.

Kakak Zaiton, Misnah, 54, mendakwa andaian yang dibuat kerajaan itu meleset sama sekali kerana beliau sendiri mendapati harga barangan meningkat dalam beberapa minggu lalu.

"Saya pergi ke pasar raya besar baru-baru ini dan mendapati harga bagi 3 kilogram pencuci pakaian yang selalu dibeli naik daripada RM17 kepada RM24."

Tinjauan The Malaysian Insider di kedua-dua pasar raya besar pada 9 April lalu mendapati, sekurang-kurangnya lima daripada 10 barangan dijual lebih mahal berbanding panduan harga yang dikeluarkan kerajaan sebelum pelaksanaan GST.

Sementara itu, sebuah pasar raya didapati menjual lapan jenis barangan dengan harga lebih tinggi daripada yang ditetapkan buku panduan terbitan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Seorang lagi suri rumah, Josephine Anthony, 37, mendakwa keluarganya kini terpaksa menambah jumlah perbelanjaan rumah sebanyak RM30 untuk setiap 300 barangan dibeli di pasar raya.

"Jika dulu saya boleh beli semua barangan yang kami perlukan pada harga RM100, kini walaupun jumlah barangan yang dibeli adalah sama namun harganya lebih RM150," kata pekerja kilang berasal dari Alor Gajah, Melaka itu, yang hadir bersama suaminya semalam menyertai protes anti-GST.

Penganalisis politik, Dr Wong Chin Huat berkata, ketidakpuasan di kalangan rakyat terhadap cukai itu dapat dirasai dan sebab itu ia mampu menghimpunkan di antara 30,000 hingga 40,000 peserta di Dataran Merdeka semalam.

"Ini adalah satu isu besar yang sedang melanda seluruh rakyat," kata Wong, zamalah Institut Pulau Pinang, yang turut menyertai himpunan terbabit.

Kemarahan masih belum membuahkan hasil

Biarpun kemarahan yang ditunjukkan orang ramai semakin membuak terhadap GST, namun penganalisis politik Ibrahim Suffian mengandaikan desakan itu mungkin hanya memberi impak lebih besar sekiranya pemimpin Pakatan Rakyat (PR) bersatu membantah cukai itu.

"Walaupun dengan ramai pengguna sosial media membantahnya, anda masih perlu mempunyai seorang pemimpin yang dapat menjadi ikon kepada rakyat," kata Ibrahim yang turut menyertai perhimpunan pada Hari Pekerja itu.

Ibrahim mendapati perhimpunan semalam tidak menyaksikan penglibatan besar PR, dan penganjur pula menggesa supaya ahli politik supaya tidak memberi ucapan.

"Pilihan raya umum masih lama lagi dan ini memberi gambaran bahawa walaupun anda mengajak orang ramai untuk berhimpun, anda tidak boleh berbuat apa-apa terhadap cukai itu. Ia menyebabkan peserta berasa cepat bosan"

Wujud ketidakpastian sama ada bantahan akan diterjemahkan dalam bentuk undi, kata seorang peserta himpunan Suhaimi Ibrahim yang berasal dari Sungai Petani, Kedah.

"Orang kampung benar-benar terbeban cukai ini kerana ia memberi kesan kepada mereka dan mereka tidak mempunyai pendapatn besar," kata Suhaimi, 44, yang datang ke ibu negara bersama kawannya.

Penganalisis berpendapat perhimpunan bantah GST semalam membuktikan kesedaran politik masih wujud di kalangan rakyat Malaysia. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 2 Mei, 2015.Penganalisis berpendapat perhimpunan bantah GST semalam membuktikan kesedaran politik masih wujud di kalangan rakyat Malaysia. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 2 Mei, 2015."Tetapi kita tidak pasti lagi sama ada ia akan mempengaruhi mereka melalui jumlah undi nanti kerana apabila mendapat sagu hati, mereka cenderung untuk melupakan kemarahan itu."

Wong, bagaimanapun, masih positif mengenai kesan terhadap himpunan yang dilakukan semalam.

"Ada dua kumpulan manusia. Satu kumpulan adalah mereka yang datang untuk menyatakan pendirian mereka mengenai sesuatu perkara manakala satu kumpulan lagi datang untuk menyatakan pendirian mengenai sesuatu perkara dan mengharapkan tindakan mereka memberikan kesan. Kumpulan kedua adalah lebih besar berbanding kumpulan pertama."

Perbandingan serupa berlaku pada perhimpunan Bersih 2.0 (2011) dan Bersih 3.0 (2012).

Perhimpunan ketiga mempunyai jumlah tiga kali ganda lebih besar berbanding perhimpunan kedua kerana mereka percaya hasilnya akan mewujudkan satu gelombang perubahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Ketika Bersih 3.0, kepimpinan PR bersatu dan semua datang beramai-ramai menyuarakan kemarahan.

Buat masa ini, kesan perhimpunan Hari Pekerja semalam masih belum dapat dipastikan mampu mengubah keadaan, kata Wong.

"Tetapi sekurang-kurangnya masih ramai rakyat yang hadir untuk menyatakan pendirian mereka mengenai prinsip dan mereka menunjukkan bahawa mereka boleh menyusun diri mereka sendiri walaupun PR berada dalam keadaan berpecah-belah."

Bagi Ibrahim, perhimpunan itu membuktikan kesedaran politik masih wujud di kalangan rakyat Malaysia.

Malah, faktor GST dan peningkatan kadar inflasi akan lebih dirasai pada pilihan raya umum akan datang.

Polis mula menangkap penunjuk perasaan selepas perhimpunan itu menggunakan alasan berlakunya vandalisme dan provokasi.

Setakat lewat malam tadi, hampir 50 orang, termasuk peguam terkemuka dan bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan, ditahan kerana menyertai perhimpunan tersebut.

Turut diminta menyerah diri kepada polis ialah Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke, ahli sekrteriat #KitaLawan Fariz Musa, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, S Arutchelvan dan sekretariat Bersih 2.0, Mandeep Singh. – 2 Mei, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

GST: OKU ugut mogok lapar - Faiz Zainudin

Posted: 02 May 2015 03:00 AM PDT


kuala_lumpur_tak_nak_incine

Isaiah Jacob, Pengerusi Kumpulan KL Tak Nak Insinerator mengancam untuk berbuat demikian ketika berucap menwakili golongan OKU pada perhimpuan membantah GST di ibu negara pada Jumaat.

KUALA LUMPUR: Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) mengugut untuk mogok lapar sekiranya kerajaan tidak membatalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selepas 8 Mei ini.

Isaiah Jacob, Pengerusi Kumpulan KL Tak Nak Insinerator mengancam untuk berbuat demikian ketika berucap menwakili golongan OKU pada perhimpuan membantah GST di ibu negara pada Jumaat.

Katanya,selepas tarikh berkenaan, dia dan rakannya yang lain akan berpuasa selama sebulan sehingga tuntutan yang dibuat dipenuhi.

" Kami akan mogok lapar selama 30 hari jika Majlis Raja-raja dan Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak gagal membatalkan GST.

" Sejak kerajaan melaksanakan GST 1 April lalu nasib golongan OKU telah diabaikan. dan Saya telah membayar sebanyak RM127.28 sen sejak ia dikasanakan ini membebankan kami," katanya sambil diringin sorakkan perserta yang menghadiri perhimpunan di perkarangan bangunan KLCC.

Katanya kerajaan sepatutnya, membantu golongan lemah seperti OKU dan bukannya menyeksa mereka.

Rafizi bakal ditangkap susulan himpunan bantah GST

Posted: 02 May 2015 02:30 AM PDT


Rafizi Ramli menyampaikan ucapannya di perhimpunan bantah GST di KLCC, Kuala Lumpur, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 2 Mei, 2015.
Rafizi Ramli menyampaikan ucapannya di perhimpunan bantah GST di KLCC, Kuala Lumpur, semalam.

Rafizi Ramli menyampaikan ucapannya di perhimpunan bantah GST di KLCC, Kuala Lumpur, semalam.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli bakal ditahan susulan himpunan bantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Kuala Lumpur semalam.

Melalui mesej pesanan WhatsApp, Rafizi berkata beliau disuruh hadir di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur sebelum 10 pagi hari ini atau berdepan penangkapan seperti berpuluh-puluh lain yang ditahan malam semalam.

Semalam, ahli Parlimen Pandan itu berkata beliau diarah menyerah diri kepada polis bagi tujuan siasatan di bawah Seksyen 143 Kanun Jenayah, berhubung pembabitannya dalam perhimpunan sempena Hari Pekerja.

"Saya berbincang dengan pegawai bertugas (Insp Vignes) dan beliau bersetuju saya hadir esok pada 10 pagi.

"Saya akan ke sana pada jam 10 pagi dan besar kemungkinan akan ditahan seperti yang lain," katanya.

Turut diarah hadir untuk siasatan polis ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, pada 2.30 petang ini.

Polis memulakan penangkapan mereka yang menyertai demonstrasi semalam membantah pelaksanaan GST, termasuk peguam dan aktivis terkenal, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Polis lewat petang semalam mula menangkap mereka yang terlibat dalam himpunan Hari Pekerja menentang GST yang diadakan di Kuala Lumpur semalam.

Pengasas bersama Lawyers for Liberty, Eric Paulsen berkata, tangkapan mula dibuat selepas himpunan itu berakhir dan dengan Ambiga antara mereka yang akan ditahan lewat malam tadi.

Paulsen memberitahu The Malaysian Insider, Ambiga dan empat individu lain turut dipanggil polis.

Mereka ialah Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke, ahli sekretariat #KitaLawan  Fariz Musa, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, S. Arutchelvan dan pegawai sekretariat Bersih 2.0, Mandeep Singh.

Mandeep, ketika dihubungi berkata, beliau yang pertama menerima panggilan telefon daripada polis memintanya hadir ke balai untuk siasatan mengikut Seksyen 143.

"Pegawai itu beritahu saya, arahan tangkapan dikeluarkan ke atas saya, dan bertanya di mana saya berada, dan meminta saya menyerah diri," kata Mandeep.

Polis berkata mereka menangkap 29 orang berhubung penglibatan mereka dalam himpunan Hari Pekerja petang Jumaat yang menyaksikan kira-kira 10,000 turun ke jalanan berarak di Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Zainuddin Ahmad berkata dalam satu kenyataan malam tadi, tangkapan itu bermula sekitar jam 7.30 petang, lebih dua jam selepas perhimpunan itu berakhir jam 5 petang.

Salah seorang daripada yang ditahan ialah wanita, dan kesemua mereka berumur antara 17 dan 41 tahun, kata Zainuddin.

Mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana menyertai perhimpunan haram, Seksyen 4 Kanun Keseksaan kerana memiliki bahan korosif dan letupan, juga Seksyen 448 dan 427 kanun yang sama.

Katanya, bom asap juga dirampas dari mereka yang ditahan.

Semasa perhimpunan itu, sekumpulan pemuda berpakaian hitam dengan muka mereka ditutup dilihat membaling bom asap, membakar sampah dan menyembur lukisan grafiti pada papan tanda dan papan iklan logam. – 2 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/baha
sa.

Perhimpunan Batal GST: Empat dipanggil serah diri di balai polis FMT Reporters

Posted: 02 May 2015 02:00 AM PDT


anti-gst

Sekiranya gagal hadir, pihak polis akan mengeluarkan arahan menangkap empat individu terlibat.

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan dan bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga dipanggil untuk menyerah diri di Balai Polis Dang Wangi pada Jumaat malam berhubung Perhimpunan Batal GST di ibu negara.

Turut dipanggil, Setiausaha Organisasi DAP, Athony Loke dan Penyelaras Jingga 13, Fariz Musa.
Sekiranya mereka gagal hadir, pihak polis akan mengeluarkan arahan menangkap empat individu terlibat.

FMT difahamkan, keempat-empat mereka dipanggil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

FMT juga difahamkan Ambiga telah pun menyerah diri akan ditahan semalaman untuk membantu siasatan. Manakala, Arul juga memaklumkan akan hadir ke balai polis seperti yang diarahkan.

Setakat malam ini, seramai 50 peserta perhimpunan itu telah ditahan untuk membantu siasatan.
Kira-kira 20,000 peserta menyertai Perhimpunan Batal GST, perhimpunan yang terbesar setakat ini sejak pelaksanaan cukai itu pada 1 April.

Jumlah itu bagaimanapun jauh tersasar daripada sasaran penganjur iaitu sejuta peserta.

Pelajar M'sia dipenjara miliki bahan lucah

Posted: 02 May 2015 01:30 AM PDT

 

Pelajar dari Malaysia di Imperial College di London, Nur Nordin dihukum lima tahun penjara kerana memiliki lebih 30,000 imej atau video pornografi kanak-kanak.

Nur Nordin, 23, tiba di United Kingdom dari Malaysia sebagai pelajar di Imperial College pada tahun lepas.

Pelajar matematik itu ditahan kerana memiliki 601 video dan imej dalam kategori A (melibatkan aktiviti penetrasi seksual dengan kanak-kanak), serta beratus-ratus lagi yang tergolong dalam kategori B dan C, lapor International Business Times.

Ia melaporkan, secara keseluruhan, polis menemui lebih 30,000 imej tidak senonoh dan video kanak-kanak mangsa penderaan seksual selepas memeriksa peralatan elektronik miliknya.

Menurut laporan itu lagi, pihak polis mendapat maklumat mengenai Nur Nordin selepas menemui akaun internet yang memuat turun beribu-ribu imej dan video penderaan seksual.

Apabila mengeledah rumahnya pada November 2014, lapornya lagi, polis terserempak dengan Nordin dengan komputer ribanya sedang dibuka, sebelah patung seorang remaja.

Dia kemudiannya didakwa memiliki 1,156 video dan imej pornografi kanak-kanak yang diharamkan, lapor International Business Times lagi,

"Nur Nordin terlibat dalam bikinan dan berkongsi beberapa gambar yang paling teruk pernah dilihat oleh pegawai-pegawai yang bekerja dalam bidang ini," Sara Keane dari Unit Jenayah Berat Met dilapor berkata.

"Jumlah imej dan kandungan yang membimbangkan itu bermakna hukuman penjara ke atas Nur Nordin tidak dapat dielakkan."

Dia muncul di Southwark Crown Court, selepas sebelum ini mengaku bersalah di mahkamah yang sama terhadap 17 tuduhan memiliki, membikin dan mengedarkan gambar lucah kanak-kanak sehingga November 2014.

Nur Nordin dijatuhi hukuman penjara lima tahun di mahkamah yang sama pada Khamis dan akan dipertimbangkan untuk secara automatik dihantar pulang ke Malaysia selepas dibebaskan kelak.


Malaysiakini (BM Version).

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT