Jumaat, 1 Mei 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


'Kami 'diterbangkan' ke Kazakhstan oleh keluarga pengantin lelaki' ??

Posted: 01 May 2015 11:30 PM PDT

 
 
Rombongan bertandang keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansor ke Alamaty, Kazakhstan tidak menggunakan duit rakyat sebaliknya sebahagian daripada mereka ke sana ditanggung oleh pihak pengantin lelaki.

Seorang pegawai yang turut terbang ke Kazakhstan menegaskan bahawa rombongan tersebut hadir ke sana atas jemputan.

"Orang tanya siapa yang bawa, kami pergi atas jemputan keluarga lelaki. Saya pun rapat dengan keluarga lelaki sebab itu dijemput. Sebahagian tetamu diterbangkan ke Kazakhstan oleh keluarga lelaki (Daniyar Kessibayev).

"Untuk level macam saya yang bukan korporat ni tentu disediakan dari keluarga sana yang jemput, sebahagian lagi yang atas kos mereka sendiri, tidak timbul satu sen pun duit kerajaan di sini," kata Rizal Mansor (kanan) ketika dihubungi Malaysiakini.

Malah, Rizal turut menafikan seramai 300 orang yang terbang ke sana, sebaliknya hanya 250 orang. Mereka berada di sana pada 17 hingga 19 April lalu.

Rizal turut menegaskan perjumpaan tidak rasmi antara Najib dan pemimpin Kazakhstan dibuat bukan atas alasan untuk menanggung kos rombongan itu, sebaliknya dengan berkata:

"Itu (perjumpaan Najib dengan pemimpin Khazakhtan) bukanlah sebab untuk kita kata pergi ramai-ramai.

"(Orang) guna alasan buat perjumpaan (untuk) menghalalkan pemergian (kami ke) Kazakhstan dengan guna dana kerajaan, yang itu bukan, bukan, bukan," kata Rizal.

Malah, katanya, pemimpin Kazakhstan turut mengetahui kehadiran Najib di sana untuk meraikan majlis bertandang.

Menurutnya lagi, tidak timbul soal kaya atau tidak kerana tidak melibatkan wang rakyat.

"Saya nak jelaskan, timbul soal kaya atau tak kaya, keluarga perempuan pergi ke majlis bertandang. Terpulang dia (keluarga pengantin lelaki) nak buat besar-besaran atau tidak, itu hak keluarga lelaki.

"Kita semua adalah tetamu, pergi (untuk) meraikan," katanya.

Khatib seru undi Wan Azizah FMT Reporters

Posted: 01 May 2015 11:00 PM PDT

 
Khatib-Subri-Arshad_600

PKR guna khutbah Jumaat minta pengundi sokong calon di PKR Permatang Pauh

PETALING JAYA: Khutbah Jumaat di Masjid Batu Kampung Pertama, Permatang Pauh, menyeru pengundi Islam supaya mengundi Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 7 Mei ini.

Khutbah itu turut menyeru supaya semua ahli Pas mengundi Wan Azizah yang merupakan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), lapor portal Mstar.

Ia dibaca oleh Khatib Subri Arshad yang pernah bertanding mewakili Pas di Parlimen Kepala Batas menentang Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU12) pada 2008.

Dalam khutbah itu, dia turut mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN) terutama pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang membebankan rakyat.

"Kerajaan kita kerajaan yang zalim dan boros. Membeli cincin yang nilainya berjuta ringgit. Kita juga dikenakan GST yang membebankn rakyat," katanya.

Dalam khutbah itu, Subri menegaskan sebagai pendakwah, dia bertanggungjawab menyampaikan maklumat yang dirasakannya benar kepada masyarakat, walaupun ada pihak yang mempertikaikan tindakannya menggunakan khutbah untuk menyebar agenda politik.

"Kalau ada orang pertikaikan boleh atau tidak berkhutbah begini, saya katakan bahawa Islam tidak pernah mengasingkan politik dengan agama," katanya.

KEMAJUAN KETARA BANDAR ROMPIN BERSAMA BN (GAMBAR)

Posted: 01 May 2015 10:30 PM PDT

 

Dan ketahuilah bila GST dilaksanakan harga barangan turun dgn mendadak kah3..

Memilih calon dan parti yang bersih

Posted: 01 May 2015 10:00 PM PDT

 
politik malaysia

Parti dan calon boleh dinilai dengan menerima pakai dasar tata kelola atau tadbir urus baik (good governance) yang mendokong prinsip-prinsip kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan (CAT – Compentency, Accountability, Transparency). 




Oleh Adeeba Adni

PETALING JAYA: Calon bersih, parti kotor? Parti bersih, calon kotor? Lagi tidak boleh terima jika kedua-duanya kotor.  Tentunya rakyat berhasrat untuk diwakili oleh individu yang bersih yang menganggotai parti juga bersih. Dalam erti kata lain calon bersih, partipun mesti bersih.

Bersih atau kotor dari perspektif politik adalah jelas.   Ia mudah diukur dengan ukuran-ukuran yang sedia diwujudkan di peringkat nasional, negeri dan antarabangsa.

Paling minima ialah menerima pakai dasar tata kelola atau tadbir urus baik (good governance) yang mendokong prinsip-prinsip kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan (CAT – Compentency, Accountability, Transparency).

Kejayaan mencapai "kebersihan" itu adalah berlandaskan sejauh mana pengamalan ketiga-tiga prinsip tersebut oleh mereka yang telah diberi kuasa menerajui dan mentadbir parti politik.

Di Malaysia, parti politik yang berkuasa mempunyai pengaruh yang amat besar ke atas hala tuju agenda nasional yang menghala tujukan agenda negeri dan kesemua agenda-agenda lain yang mengesani rakyat jelata, seperti mengenakan GST, menghapus subsidi, had gaji minima untuk pekerja, kenaikan tarif elektrik, kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, menyimpan wang KWSP rakyat dengan lebih lama tanpa persetujuan rakyat ramai, hubungan antara kaum dan golongan-golongan berlainan agama, kebebasan akhbar dan perhimpunan rakyat serta segala yang lainnya.

Melalui cara itu, calon-calon dalam pilihan raya adalah tertakluk kepada dasar dan prinsip serta budaya politik yang diikuti oleh parti politik yang diwakilinya.

Persepsi rakyat Malaysia ialah parti-parti politik itu semuanya sama sahaja.

Diperakui bahawa sebahagian rakyat kecewa dengan beberapa insiden politik dan sikap segelintir ahli politik yang bertentangan dengan harapan rakyat.

Ketika ini ada dua golongan parti politik – Pakatan Rakyat(PR) dan Barisan Nasional(BN).   Di antara keduanya, BN telah hampir 60 tahun memerintah Malaysia dan telah membudayakan cara hidup, corak pemikiran, politik, kepolitikan dan hubungan antara kaum yang menganuti berbagai agama di Malaysia.   

Keadaan atau status rakyat.
Malaysia kini adalah cerminan kepada dasar dan ideologi politik BN kerana PR belum pernah memerintah negara Malaysia walaupun berpengalaman mentadbir negeri-negeri yang dimenanginya dalam plihanraya umum sebelum dan pada 2008 dan 2013.

Rekod pencapaian negeri-negeri yang ditadbir oleh PR jelas menunjukkan dasar dan ideologi politik yang berbeza, walaupun pengamalannya belum memuaskan hati rakyat yang mempunyai harapan menggunung terhadap PR.

Semakin tahun, bertambah meningkat bilangan rakyat yang menginginkan perubahan dalam corak pemerintahan negara yang mengamalkan CAT.

Mereka telah mengalihkan pandangan kepada selain Umno-BN dan mendapati PR mempunyai potensi itu.

Manifestasi visi dan misi PR dalam konteks CAT diterjemahkan dalam pentadbiran dan dasar-dasar pelaksanaan aktiviti dan program rakyat, khususnya di negeri Selangor dan Pulalu Pinang.

Kesungguhan dan komitmen politik kerajaan negeri Selangor diperkukukuhkan dengan menerbit dan mewujudkan SELCAT dan Penang CAT di Pulau Pinang.   Ia telah meyakinkan masyarakat antarabangsa dengan kedua negeri mencapai pelaburan asing (FDI) paling tinggi di kalangan negeri-negeri di Malaysia.

Pada pilihan raya umum yang lalu, Selangor telah meraih dua pertiga sokongan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) walaupun Umno-BN telah membelanjakan wang yang sangat banyak dan memobilisasikan segala jentera komunikasi dan lainnya untuk mencemar dan menewaskan PR di negeri itu.

Oleh kerana usaha yang berterusan dan komitmen kerajaan Selangor merakyatkan ekonomi dan membela rakyat dalam pelbagai aspek telah berjaya menawan hati penduduknya.

Keyakinan itu menyebabkan mereka berjaya menangkis sebarang propaganda  BN sama ada di media cetak atau elektronik.

Bagi Kerajaan Selangor, ia suatu usaha yang tersusun dan bersifat jangka panjang untuk mencapai agenda pembangunan rakyat yang lengkap dan menyeluruh.

Di antara perkara yang menguja rakyat Selangor ialah janji untuk memiliki saham-saham dalam syarikat pembekal air di negeri Selangor.   Ia adalah satu contoh yang konkrit dalam merayatkan ekonomi negeri Selangor secara hakiki, yang boleh menjadi aras ukur (benchmark) kepada aras ukur CAT kerajaan-kerajaan di peringkat antrabangsa.

Satu lagi fenomena CAT yang penting ialah rakyat berasa selesa dan mudah untuk membuat aduan tanpa sebarang perasaan negatif, atau rasa terancam.   

Maklum balas rakyat sentiasa dihargai kerana ia adalah cara untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan, aktiviti dan program-program kerajaan negeri.   Perubahan budaya kerja perkhidmatan awam juga perlu berlaku bagi merealisasikan agenda reformasi.

Perubahan ke arah merealisasikan CAT dalam pentadbiran negeri berlaku secara berfasa dan tentunya menghadapi berbagai rintangan dan cabaran di peringkat permulaannya kerana budaya pentadbiran UMNO-BN telah terpasak begitu lama – selama lebih setengah abad.

Oleh yang demikian, parti politik pemerintah ketika ini adalah tunggak pemerintahan di Malaysia.   Tidaklah bermanfaat jika calon bersih tetapi reformasi atau perubahan budaya politik partinya tidak diyakini akan berlaku bagi kepentingan rakyat jelata.

Jika budaya politiknya ialah mengawal rakyat dan menakuti rakyat dengan berbagai amaran dan akta, supaya parti politik itu terus berkuasa, calon yang menganggotai parti politik yang sedemikian akan juga menganuti budaya parti politiknya yang rakus kuasa dan akan melakukan apa yang perlu bagi mengekalkan kuasanya.

Rakyat ingin suatu pemerintahan yang mesra rakyat, khususnya dalam memperolehi maklumat secara bebas ketika diminta oleh rakyat, memastikan hak rakyat dalam pembahagian pendapatan negara dan negeri diurus sehingga akhirnya kualiti kehidupan rakyat meningkat dari masa ke semasa, bukan sebaliknya – 

Malaysia ialah sebuah negara pengeluar minyak dan kaya dengan berbagai hasil tentunya sudah mampu menjadi seperti negara lain yang sekufu yang memberikan pendidikan dan kesihatan yang percuma kepada rakyatnya serta mengurangkan kos kehidupan, khususnya dalam keperluan pengangkutan, seterusnya memelihara  keselamatan rakyat dengan baik.

Parti politik yang boleh diyakini hasratnya benar-benar mementingkan rakyat tidak hanya memberikan itu dan ini dalam manifestonya dalam bentuk belanjawan tetapi yang memberikan rasa selamat kepada rakyatnya dan keluarganya serta masa depan mereka.

Parti politik yang boleh dipercayai ialah yang boleh dirapati untuk mendapatkan pembelaan bagi rakyat yang memerlukan dan tidak memperlakukan rakyat sebagai alat-alat untuk kepentingan  agenda politik sempitnya, seperti mengenakan GST yang jelas menyusahkan rakyat.   GST 6 % ini hanya permulaan.   Ia boleh meningkat di masa akan datang adalah suatu ketentuan.   

Jika sekarang ini, perbelanjaan RM1000 akan terpaksa membayar RM60, jika 10% menjadi RM100 setiap pembelian.   Jika dua belas kali atau setahun pembelian sedemikian, RM1200 akan dibayar oleh rakyat sebagai pertambahan tanpa sebarang kenaikan gaji.

Parti politik yang bersih adalah yang memberikan maklumat sebenar kepada rakyatnya, sekali-kali tidak membohongi mereka.

Rakyat perlu tahu apa rancangan masa kini dan masa depan untuk rakyat, bukan informasi itu diketahui, disimpan dan dimiliki oleh hanya untuk segelintir golongan yang berkuasa yang ingin memerintah untuk selama-lamanya.

Parti politik yang bersih ialah yang melaksanakan CAT dengan segala kesungguhan dan menjadikan rakyat berasa selamat.   Pendidikan terhadap rakyat adalah usaha yang utama untuk melahirkan rakyat, warga negara yang berakhlak, bertanggungjawab dan mengasihi sesama mereka dan terhadap para pemimpinnya.

Parti politik yang bersih ialah yang tidak curang terhadap rakyat dan tidak pula mengkhianati mereka dengan pembohongan demi pembohongan dan tidak langsung menghiraukan pelaksanaan manifesto yang menjadi ikrarnya.

 Adeeba Adni ialah seorang aktivis sosial

SUARAM desak Polis bebas tahanan FMT Reporters

Posted: 01 May 2015 09:15 PM PDT


 
suaram polis

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, SUARAM mempertikai tindakan menangkap penunjuk perasaan anti GST sedangkan bantahan berkenaan ditamatkan secara aman.

PETALING JAYA: Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) mengutuk tangkapan yang dibuat oleh pihak Polis terhadap perserta perhimpunan aman anti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di ibu negara pada Jumaat.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, ia mempertikai tindakan menangkap peserta sedangkan bantahan berkenaan ditamatkan secara aman.

Dakwanya, pihak Polis jelas gagal untuk menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Sehingga jam 10.00 malam ini (Jumaat), tidak kurang daripada 53 orang telah ditangkap pihak Polis. Semua mereka ditangkap di sekitar KLCC sewaktu orang ramai dalam proses bersurai untuk pulang", katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, semua yang ditangkap kini sudah dipindahkan daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK KL) ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (IPD Dang Wangi).

Ia juga kesal kerana tindakan Polis akan mencemarkan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak perihatin terhadap suara golongan pekerja memandangkan himpunan 1 Mei ini merupakan acara rutin tahunan yang disambut oleh seluruh masyarakat antarabangsa.

FMT

VIDEO - DEMO GST BERJALAN BAIK, TAPI POLIS TETAP MENAHAN 29 PENDEMO ?

Posted: 01 May 2015 08:30 PM PDT


VIDEO - Kadir: Mengapa Najib harus berundur? - Bahagian I

Posted: 01 May 2015 07:30 PM PDT





USTAZ AHMAD AWANG DI BANTAH GST, AWAK KAT MANER? (VIDEO)

Posted: 01 May 2015 06:45 PM PDT

 

Ketika Ustaz Ahmad Awang disebut-sebut akan mencabar Haji Hadi untuk bertanding merebut kerusi panas Presiden PAS, ada yang memperlekehkannya. Ada yang kata dia lebih tua dari yang dicabar. Dia tenggelam timbul, dan sebagainya. 

Nah! Ustaz Ahmad Awang dilihat bersama-sama anak muda dan yang tak berapa muda mewarnai demonstrasi Anti-GST di Kuala Lumpur.













Eh? Kemana pulak perginya "ulama-ulama" tak berapa tua PAS dan pengikut-pengikutnya yang mengaku menyokong ulama yang gagah perkasa tu?
Kemana pula perginya pemimpin @ ustaz yang jauh lebih muda dari Ustaz Ahmad Awang itu?
Siapa yang timbul dan siapa yang tenggelam erk?
Takkan demer sengaja "hindar" dari turut serta kot? 
Kredit kepada pejuang Bantah GST berikut kerana imej yang demer upload Yong kongsikan di sini:
Terima kasih juga kepada 20,000 penunjuk perasaan (kata Malaysiakini) yang membanjiri Kuala Lumpur bagi pihak kami warga marhein. 
Siapalah kami tanpa mengkomer semua.
Siapalah pemimpin tanpa kami dan mengkomer semua.
Biar video pendik ini bercerita:


Nota: Nak tengok gambar lain sila layari FB di atas.

Ahmad Maslan Akur Arahan PM Najib

Posted: 01 May 2015 06:00 PM PDT

Mafiaboss Melayu's photo.Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan akur dengan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya hanya Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sahaja yang boleh mengeluarkan kenyataan berhubung GST kad pra bayar atau top-up. 

Sebelum ini, timbul kekeliruan apabila Shabery mengumumkan syarikat telekomunikasi tidak akan kembali mengenakan harga lama seperti sebelum penguatkuasaan cukai. 

Bagaimanapun, Ahmad Maslan pula berkata syarikat telco mesti mengenakan harga lama.

Najib diejek ketika sebut GST pada sambutan Hari Pekerja di Kuching

Posted: 01 May 2015 05:15 PM PDT

 

Ejekan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak datang dari sekumpulan pekerja yang berada di belakang dewan di mana majlis sambutan Hari Pekerja peringkat Kebangsaan diadakan, yang dipercayai tidak senang dengan pengenalan GSToleh kerajaan sejak 1 April.


Datuk Seri Najib Razak menerima ejekan dari beberapa orang yang hadir ketika sambutan Hari Pekerja peringkat kebangsaan yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching, Sarawak hari ini ketika beliau mengatakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak diperkenalkan untuk membebankan rakyat.

Suara itu datang dari sekumpulan pekerja yang berada di belakang dewan di mana majlis itu diadakan, yang dipercayai tidak senang dengan pengenalan cukai 6% itu yang dilaksanakan kerajaan sejak 1 April.

Terdahulu, perdana menteri berkata, kerajaan kerajaan boleh mempertimbangkan untuk menggunakan sebahagian dari hasil kutipan GST bagi menambah gaji pekerja sektor awam.

Meneruskan ucapannya, Najib menerangkan, beban yang dialami rakyat ketika ini ialah akibat aktiviti mengaut keuntungan berlebihan oleh peniaga tidak bertanggungjawab atau pencatutan.

Beliau menyeru pihak berkuasa yang berkaitan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam pencatutan dan peniaga yang tidak berhati perut yang memanipulasi GST untuk poket mereka sendiri.

Bagaimanapun, beliau kemudiannya menerima tepukan gemuruh apabila bercakap mengenai keputusan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menghapuskan tol di dua jambatan dan menurunkan tarif elektrik bagi pengguna komersial dan industri di Sarawak.

Rabu lepas, Adenan berkata, kadar baru itu akan melibatkan separuh daripada 85,200 pengguna komersial, atau kira-kira 46,000 rumah kedai, kedai runcit dan blok perdagangan, menikmati pengurangan tarif antara 15% dan 50% manakala 36% lagi, atau 30,500, akan menikmati pengurangan antara 8% dan 11%.

Hadirin kira-kira seramai 5,000 orang itu bersorak dan bertepuk dengan kuat.

Najib berkata, keputusan Adenan itu satu contoh jelas menggambarkan Barisan Nasional, iaitu kerajaan yang penyayang.

"Kami benar-benar mahu meningkatkan kebajikan pekerja, termasuk yang di sektor awam," katanya.

Oleh itu, katanya, Cuepacs tidak perlu bimbang kerana beliau "responsif kepada tuntutan Cuepacs", merujuk kepada permintaan kenaikan gaji sebanyak 35% bagi penjawat awam yang berpendapatan rendah, bagi menampung kos sara hidup yang meningkat.

Perdana menteri pada sambutan itu juga memberitahu mengenai cadangan untuk satu skim faedah pengangguran negara bagi menyediakan jaminan kewangan untuk mereka yang hilang pekerjaan.

Walaupun enggan mengulas lanjut lagi, Najib berkata beliau boleh menyatakan di bawah skim itu, pekerja yang diberhentikan boleh mendapat perlindungan kewangan sehingga enam bulan. – tmi


 

Wan Azizah kembali jadi Ketua Pembangkang - FMT Reporters

Posted: 01 May 2015 04:30 PM PDT

 
wan azizah pkr
Wan Azizah akan diumumkan sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sidang Dewan Rakyat, 18 Mei ini.

PETALING JAYA: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen sekiranya beliau menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh pada 7 Mei ini.

Beliau akan mengambil alih jawatan itu daripada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang menjalani hukuman penjara selama tiga tahun kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya.
Pelantikan Wan Azizah itu akan diumumkan dalam sidang Dewan Rakyat pada 18 Mei ini.

Jawatan itu bukan baru kepada Wan Azizah kerana beliau pernah menjadi Ketua Pembangkang pada 2008 di bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sumber-sumber memberitahu FMT, Anwar berkeras mahukan isterinya bertanding di Permatang Pauh supaya jawatan Ketua Pembangkang kekal milik Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Oleh itu, PKR tetap bertegas mencalonan Wan Azizah bertanding di PRK Permatang Pauh walaupun dibantah Pas Permatang Pauh dan Pas Pulau Pinang.

Malah, terdapat ahli PKR sendiri yang membantah pemilihan Wan Azizah bertanding di Permatang Pauh.

Sekiranya Wan Azizah gagal mempertahankan kerusi yang telah menjadi milik PKR sejak 17 tahun itu, kemungkinan besar jawatan Ketua Pembangkang akan diserahkan kepada DAP.

Mengikut komposisi kerusi Parlimen, DAP lebih layak kerana memiliki kerusi terbanyak dengan 37 kerusi berbanding PKR hanya 28 kerusi.

Jika DAP diberikan jawatan Ketua Pembangkang, nama yang disebut-sebut paling sesuai ialah Setiausaha Agungnya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Pas kemungkinan besar tidak setuju jawatan Ketua Pembangkang diberikan kepada DAP ekoran hubungan dingin antara dua parti itu sejak kebelakangan ini.

Sebagai jalan penyelesaian, jawatan Ketua Pembangkang akan diberikan kepada PKR.

Sekiranya Wan Azizah kalah pada PKR 7 Mei ini, anaknya Nurul Izzah (Ahli Parlimen Lembah Pantai) atau Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali (Ahli Parlimen Gombak) kemungkinan besar dipilih sebagai Ketua Pembangkang.

Berdasarkan kelayakan dan pengalaman, Azmin selaku Timbalan Presiden lebih layak berbanding Naib Presiden, Nurul Izzah.

Bagaimanapun, dalam PKR terdapat banyak penolakan terhadap Azmin selepas pemilihan parti tahun lalu.

Justeru, kemenangan PKR di Permatang Pauh bukan saja penting untuk Anwar mengekalkan legasinya malah bagi memastikan jawatan Ketua Pembangkang kekal menjadi milik parti itu dan keluarganya.

Ketua Pembangkang dilihat sebagai Perdana Menteri dalam penantian.

Penyokong PAS demo anti-PKR di PP ??

Posted: 01 May 2015 09:00 AM PDT

 
 
Ketika penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di ibu negara bagi membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Kuala Lumpur, di Pulau Pinang lain pula keadaannya.

Walaupun pemimpin Pakatan di peringkat atasan mengatakan masalah dalaman di Permatang Pauh telah selesai, di peringkat bawahan perasaan tidak puas hati ternyata masih ada,

Sekumpulan anggota PAS cawangan Bagan, di Kampung Pertama, hari ini mengadakan perhimpunan bagi mendesak PKR memohon maaf berhubung kenyataan sayap pemudanya AMK berkaitan hudud.

Dalam perhimpunan ringkas itu, mereka juga menggesa PKR menyatakan pendirian sama ada akan menyokong rang rang undang-undang persendirian yang akan dibawa oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Peserta himpunan yang dihadiri kira-kira 20 orang itu turut membawa sepanduk yang antaranya betulis "DAP jangan biadap", "hudud hukum Allah" dan "kami sokong tok guru presiden".

Mereka juga melaungkan takbir serta "hidup PAS" dan "hancur PKR".

Selain itu, himpunan itu juga bertujuan menyelar tindakan DAP yang sering mengkritik pelaksanaan hudud.

Himpunan yang bermula pada jam 2.15 petang itu diadakan di hadapan Masjid Batu Kampung Pertama.
 

Mat Sabu panggil Tun M ‘ kepala perompak’ Adam Abu Bakar

Posted: 01 May 2015 08:30 AM PDT

 
Mohamad-Sabu1_600

Mat Sabu menuduh Tun Dr Mahathir melakukan penyelewengan sewaktu menjadi Perdana Menteri dan memanggilnya 'kepala perompak'

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu memperlekeh kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri.

Dia menuduh, sebagaimana Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Ahli Parlimen Kubang Pasu itu turut melakukan penyelewengan.

Jelasnya, tidak menghairankan sekiranya Dr Mahathir menegur Perdana Menteri kerana ia dibuat berdasarkan pengalamannya sendiri.

"Mahathir ni kepala perompak. Jadi bila anak-anak buah (Najib) menipu dia tahu," katanya sewaktu berucap dalam Ceramah Grand Finale Kita Lawan di Kampung Baru pada malam Jumaat.

Katanya, Najib tidak boleh berbohong kepada Mahathir berhubung penyelewengan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana beliau juga melakukan perkara yang sama sewaktu mentadbir.

HARGA PETROL KEKAL..KERANA PRK ROMPIN DAN PERMATANG PAUH..HA HA HA...

Posted: 01 May 2015 08:00 AM PDT

PANAS!! :
Zack Ahmad's photo.
 
Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi Mei 2015 akan kekal pada paras semasa, menurut jurucakap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kepada Bernama hari ini. 

Harga tidak berubah bagi bulan ketiga berturut-turut, dengan petrol RON95 kekal pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter dan diesel pada RM1.95 seliter. 

Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi 1 Mei. 


mk
 
Jumaat, Mei 01, 2015 PANAS!! : HARGA PETROL KEKAL..KERANA PRK ROMPIN DAN PERMATANG PAUH..HA HA HA... Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi Mei 2015 akan kekal pada paras semasa, menurut jurucakap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kepada Bernama hari ini. Harga tidak berubah bagi bulan ketiga berturut-turut, dengan petrol RON95 kekal pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter dan diesel pada RM1.95 seliter. Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi 1 Mei. mk Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Demonstran: Terima kasih abang polis

Posted: 01 May 2015 07:30 AM PDT

 
 

Perhimpunan menolak cukai barangan dan perkhidmatan (GST) berlangsung di Kuala Lumpur hari ini, sebulan selepas ia diperkenal.

Ia kebetulan jatuh pada Hari Pekerja hari ini.

Berikut laporan langsung daripada wartawan Malaysiakini di lapangan:



3.55pm: Ibu pejabat polis daerah Dang Wangi – Orang ramai berlaku sambil mengusik dan anggota polis dengan lirik berbunyi "terima kasih abang polis" ketika melalui kawasan itu.

Polis mengawal keadaan sejak pagi dan tiada insiden dilaporkan setakat ini.

3:15pm: Jalan Tuanku Abdul Rahman – Peserta himpunan daripada Sogo, sekurang-kurangnya 4,000 orang sudah sampai ke persimpangand Dataran Merdeka.

Dipimpin anggota Parlimen Batu Tian Chua, kumpulan pemuzik yang menggelarkan diri mereka sebagai The BangsArt menghiburkan orang ramai dengan paluan deram dan lagu-lagu bertema perjuangan.

3pm: Jalan Raja – Orang ramai bertambah kepada 10,0000 di Dataran Merdeka dan ramai lagi dijangka tiba di tempat bersejarah itu.

Sogo – Anggota sekretarian Kita Lawan Mandeep Singh umumkan 2,000 sedang berarak ke Dataran Merdeka. Mereka memenuhi Jalan Tunku Abdul Rahman.

2.50pm: Jalan Raja - Penunjuk perasaan banjiri kawasan sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Dipimpin oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, mereka melaungkan slogan "Kita Semua Tok Janggut" - mengenang perjuangan menolak cukai yang dikenakan penjajah British seratus tahun lalu.

2.35pm: Sogo – Naib Presiden PKR Tian Chua ketika berucap atas kenderaan pacuan empat roda memberitahu kira-kira 1,500 orang di kawasan itu bahawa mereka akan berarak ke Dataran Merdeka dan KLCC sebentar lagi.

2.20pm: Masjid Jamek – Kesesakan lalu-lintas di Jalan Tun Perak selepas 2,000 orang membanjiri kawasan itu.

Kenderaan lalu-lalang juga membunyikan hon tanda sokongan. Laungan menuntut Perdan Menteri Datuk Seri Najib Razak kedengaran.
 

Jangan usik kebebasan akademik - Oleh Nor Shahniza Zarina Bt Md Roni

Posted: 01 May 2015 07:00 AM PDT


kebebasan-akademik_600

Ramai daripada golongan akademik di negara ini terikat dengan birokrasi menyebabkan kebanyakan mereka tidak berani bersuara dan hanya menjaga kerjaya . 

Kebebasan akademik merupakan elemen yang penting kepada institusi-institusi pengajian di Malaysia. Menurut Cary Nelson dalam bukunya, No University is an Island: Saving Academic Freedom, kebebasan akademik bermakna kebebasan inkuiri dan menyelidik, mengajar dalam universiti serta bersuara dan bertindak di luar kampus.

Ia boleh dilakukan tanpa ancaman hukuman, dibuang, dihalau, dipenjara atau dibunuh. Saya yakin kebebasan akademik merupakan asas untuk merealisasikan budaya ilmu, matlamat universiti, kesarjanaan dan daya intelektual pelajar dan seterusnya mencapai kecemerlangan dalam erti kata yang sebenar.

Di Malaysia, ramai daripada golongan akademik terikat dengan birokrasi sehingga menyebabkan kebanyakan mereka tidak berani bersuara dan sehingga menjadikan mereka lebih rela menjaga kerjaya.

Beberapa contoh yang berlaku menjadi teladan di mana golongan cendekiawan, sarjana dan pelajar telah dikenakan tindakan kerana kenyataan dan tindakan mereka yang dikatakan bercanggah dengan kehendak pihak berkuasa.

Pengguguran Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman sebagai pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel) dan sebagai dekan Falkuti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya dikatakan telah dibuat melalui campur tangan luar.

Begitu juga dengan apa yang berlaku kepada Profesor Madya Dr Azmi Sharom, Pensyarah Undang-Undang dan Presiden Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaysia (PKAUM) yang didakwa di bawah Akta Hasutan. Bahkan lebih awal lagi, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, pakar perlembagaan negara pernah digantung tugas, disiasat di bawah Akta Hasutan dan diberi tekanan agar melepaskan jawatan ahli akademik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Sebagai seorang mahasiswa di tahun tiga, Jurusan Ekonomi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), saya melihat bahawa ahli akademik seharusnya diberi peluang untuk bebas berbincang, memberi pandangan, melakukan kajian atau memberi respon terhadap isu-isu semasa tanpa dipengaruhi atau dihalang mana mana pihak.

Bahkan ahli akademik seharusnya menjadi rujukan utama masyarakat awam apabila berdepan dengan sesuatu isu kerana pada asasnya mereka merupakan ahli dalam bidang yang mereka ceburi.
Melihat kepada cengkaman parti politik ke atas pentadbiran Institusi Pengajian Tinggi (IPT), ia menjadi membunuh jiwa pendidik dan mahasiswa yang ingin menyumbang kepada masyarakat kerana hak dan kebebasan mereka telah disekat.

Kegagalan pihak berkuasa membezakan antara hujah dan pandangan golongan ahli akademik ini akan mengganggu gugat prinsip professionalisme mereka seterusnya menghilangkan kepercayaan rakyat dalam jangka masa panjang.

Antara contoh peristiwa yang melibatkan mahasiswa pula seperti baru-baru ini, lapan mahasiswa Universiti Malaya (UM8) yang menganjurkan program "Pidato Anwar Ibrahim: 40 Tahun Dari UM ke Penjara" dikenakan pelbagai hukuman tatatertib termasuk digantung pengajian.

Terbaru, tiga Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah dipanggil oleh pihak Universiti atas tuduhan menyertai sebuah program anjuran We Unite For Islam(WUFI) iaitu "Pidato Umum:Jelajah Mahasiswa, Bebas Universiti,Kerajaan Mahasiswa" pada 7 November 2014 di luar kawasan UIAM.

Bahkan ruang-ruang untuk mahasiswa menyampaikan suara mereka juga disekat oleh pihak-pihak tertentu dengan pelbagai ugutan-ugutan seperti Akta AUKU, Akta Hasutan dan sebagainya. Namun saya yakin, tindakan ini tidak akan melemahkan mahasiswa malah memberi semangat agar mahasiswa terus bangkit membawa suara masyarakat.

Bak kata pepatah, "kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi", begitulah juga ibaratnya mahasiswa, yang mana "kemana tumpahnya jasa dan budi kalau bukan kepada masyarakat". 

Mahasiswa sepatutnya diberi peluang yang seluasnya untuk sama-sama berada di pentas masyarakat dan melontarkan pandangan mereka.

Universiti yang secara umumnya merupakan institusi intelektual juga seharusnya berperanan untuk melahirkan sekelompok manusia yang mempunyai kemampuan berfikir yang tinggi dan mampu memberi manfaat kepada masyarakat.

Apakah dengan tindakan menggantung pengajian mahasiswa boleh menjadikan pelajar cemerlang?

Apakah mereka yakin jiwa lemah yang dipupuk melalui rasa takut akan menjadikan bangsa ini besar dan hebat? Saya ingin mengakhiri penulisan saya dengan sebuah puisi karya Usman Awang yang ditulis pada tahun 1961 yang khas saya tujukan kepada rakan-rakan mahasiswa agar bangkit meneruskan langkah perjuangan.


Mahasiswa dari kota tanah air

Bangunlah!

Angkat matamu dari buku

Lampaui dinding lampaui tembok

Semua menunggu

Mengajakmu bersama ke tengah jalan raya kota

Lihat betapa temanmu telah berdiri di sini

Sebaris dengan kami

Para buruh dan petani di jalan sungai besi

Sederap belajar dari hidup berani

Lepaskan tangan halus kekasih di tasik

Atau bersamanya berjalan ke parlimen

Kerana dengan tenagamu dengan ilmu di dada

Akan merombak erti hidup sebuah Negara.

[Usman Awang, 1961]


With a firm belief in freedom of expression and without prejudice, FMT tries its best to share reliable content from third parties. Such articles are strictly the writer's personal opinion. FMT does not necessarily endorse the views or opinions given by any third party content provider.

Pesanan hari buruh: Cari rezeki halal

Posted: 01 May 2015 06:30 AM PDT

 
 
Sempena sambutan hari buruh, khutbah Selangor hari ini mengingatkan umat Islam supaya mencari rezeki yang halal kerana ia kunci kepada pembentukan masyarakat yang bertakwa.

Khutbah kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga mengingatkan supaya golongan pekerja tidak melibatkan diri dengan amalan rasuah, penipuan mahupun penganiayaan.

"Justeru, setiap rezeki daripada pekerjaan yang dilakukan mestilah daripada perolehan yang halal serta dijamin keberkatannya," teks khutbah itu dipetik.

Mimbar berkata bekerja untuk memperoleh rezeki atau pendapatan halal setaraf dengan amalan berjihad di jalan Allah.

"Perlu di ingat bahawa satu kejahatan dan perlakuan haram itu, bukan akan dibalas di akhirat malah di dunia lagi kita akan menerima bahananya," menurut teks khutbah itu lagi.
 

Siapa Punya Kerja Ni?

Posted: 01 May 2015 06:00 AM PDT


Bhai/DeeDee semua...

UGrians memang hebat... Gua tak sangka diorang main cara macam nih... How diorang conduct agenda... How diorang moveskan bidak... How diorang moveskan catur.... Hebat... macam mana ke"wala'an" tidak diberikan kepada yang sepatutnya tetapi diberikan atas agenda lain....

Hebat la UGrians nih.... Hebat.... cayalah...

Di Permatang Pauh la nih... setakat hasil kajiselidik team Agensi disana.... sampai tengah malam semalam.... Wan Azizah masih menguasai sentimen pada kadar 58.2% .... Memang tak kuat mana pon... bebila boleh berubah..... Tambah dengan kuasa wang dan dana.... memang boleh tergugat aaa...  Kalo Wan Azizah nak kekalkan status quo di Permatang Pauh, dier kena achieve dan maintained sekitar 65% paling minima penguasaan...

Tapi.... dengan kerja buat dibelakang tabir oleh team UGrians.... gua percaya agak susah Wan Azizah nak kekalkan momentum pada 65% .... malah mungkin jatuh lagi teruk.... Saper kata geng Yusni Mat Piah nak diam dan tak revolt... hahaha.... mimpi la wei...

Ader team yang Agensi kesan bergerak secara kelompok untuk membuat kempen secara reverse.... semacam satu bentuk sabotaj... dan diorang nih bergerak secara preman.... susah nak agak diorang nih UGrians kalu sekali pandang.... Dan diorang kempen kepada team atas pagar dan team PR..... hebat....

Aper la buat kerja bangang nih....  aper nak jadi la...

So.... please la UGrians... lu nak bangang... bangang sengsorang la wei.....

Kalau isteri seorang ahli politik : Ini padahnya Tranungkite

Posted: 01 May 2015 05:00 AM PDT


Aku dulu tak brapa paham kenapa ISLAM melarang wanita keluar rumah sesuka hati. Ialah wanita juga sama pemikiran seperti lelaki yang perlu kesana dan kesini.

Dan aku hairan kenapa wanita tidak boleh dijadikan pemimpin tertinggi bagi lelaki seperti yang arahkan oleh ISLAM. Ialah wanita juga ada otak dan idea yang boleh membentuk negarakan.

Tangan yang menghayun buaian boleh menggegarkan dunia lah katakan.!

Tapi........ Setelah aku dewasa baru aku tahu disebalik larangan wanita menonjolkan diri dikhalayak ramai.

Betapa ramai wanita yang menjadi pemimpin dalam parti politik yang ada di Malaysia ini baik dari kalangan parti pemerintah mahupun parti pembangkang.

Kalau kita lihat dari pengalaman yang lalu, bagaimana parti pemerintah mengwujudkan sayap parti dari kalangan muda mudi dengan diberi gelaran puteri.

Sekali pandang seperti menyediakan landasan buat anak2 muda wanita untuk dijadikan pelapis kepada generasi akan datang.

Ahklak akan tercemar dengan berpolitik Ahklak akan tercemar dengan berpolitik Menjatuhkan maruah wanita.

Begitu juga dengan parti pembangkang, berapa ramai wanita dijadikan ikon dalam meraih undi dari rakyat selama ini.

Semuanya cuba memancing undi dengan penampilan yang berbeza-beza agar diingati oleh para pengundi diMalaysia.

Adakah dengan menaikkan wanita/gadis sebagai ahli politik akan menaikkan martabat negara amnya mahupun wanita itu sendiri?

Berapa ramai wanita/gadis yang bujang menyertai politik di jadikan bahan tontonan buat lelaki.

Kerengga.

'Saya takkan layan tuduhan tak betul'

Posted: 01 May 2015 04:30 AM PDT

 
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menegaskan kepimpinannya akan lebih menumpukan kepada kerja-kerja membangunkan negara dan bukan melayan tuduhan terhadapnya.

"Saya tidak gemar melayan tuduhan-tuduhan yang tidak berapa betul hujung pangkalnya," katanya dalam mesej sempena sambutan hari buruh.

"Ini kerana di era media sosial, isu senang tersebar tanpa batasan.

"Melayan isu-isu ini pada setiap masa hanya akan mengalihkan tumpuan saya daripada usaha memajukan negara. "

4 Gejala Serangan Jantung Yang Harus Anda Tahu

Posted: 01 May 2015 04:00 AM PDT

4 Gejala Serangan Jantung Yang Harus Anda Tahu - Serangan Jantung Menjadi salah satu penyakit yang paling mematikan di dunia membuat penyakit ini ditakuti oleh banyak orang. 

Bahkan Badan Kesehatan Dunia ( WHO ) mencatat jika setidaknya ada 15 juta kasus baru seputar penyakit jantung setiap tahunnya dari seluruh dunia. Besarnya angka tersebut tentu menunjukan bahwa kita tidak boleh menganggap remeh penyakit ini.

Secara umum, serangan jantung bisa disebabkan karena pasokan oksigen yang menuju jantung terlalu minim, sehingga jantung gagal berfungsi / tidak berkerja sebagaimana mestinya. 

Kondisi ini sangat berbahaya, karena jarang memiliki tanda-tanda tertentu yang bisa diantisipasi. Tak heran jika banyak orang yang terlambat mendapatkan pertolongan jika mengalami hal ini.


Namun, untungnya terdapat beberapa gejala serangan jantung yang masih bisa di deteksi, apa sajakah itu ? Berikut kami telah merangkumnya dalam 4 Gejala Serangan Jantung Yang Harus Anda Ketahui, diantaranya adalah :

1. Merasa Mudah Lelah
 
Untuk ukuran normal, seseorang tidak akan mudah lelah kecuali jika melakukan pekerjaan yang terlalu berat atau olahraga yang banyak menguras tenaga. Namun, apabila anda merasa lelah meski hal yang anda kerjakan tergolong ringan, maka sebaiknya anda perlu waspada, karena kondisi tersebut dapat mengisyaratkan jika jantung anda tidak sehat dan beresiko besar terkena serangan jantung.

2. Ada Rasa Nyeri di Dada
 
Gejala serangan jantung sering diawali dengan rasa nyeri yang menjalar, mulai dari area sekitar dada hingga ke leher, punggung dan rahang. Selain rasa nyeri di beberapa area tersebut, anda juga akan merasa agak mual, pusing, serta mata yang berkunang-kunang. Saran kami bila anda sering mengalami hal ini, sebaiknya cepat-cepat diperiksakan ke dokter.

3. Susah Bernapas
 
Menurut sebuah penelitian, hampir lebih dari 50 persen wanita yang mengalami serangan jantung, awalnya mengalami kesulitan ketika mencoba untuk bernapas. Kondisi ini mungkin disebabkan karena pengaruh suasana psikologis atau emosi si penderita yang terlalu berlebihan, sehingga dapat memicu terjadinya serangan jantung.

4. Keluar Keringat Dingin
 
Dan gejala terakhir yang mungkin menunjukkan jika seseorang akan mengalami serangan jantung adalah keluarnya keringat dingin. Biasanya, gejala ini merupakan efek dari gejala nomor 2 dan 3, sehingga anda perlu waspada bila hal ini terjadi, karena bisa saja serangan jantung segera menerpa  anda.

Akar umbi PAS ancam rosakkan undi

Posted: 01 May 2015 03:30 AM PDT

Rumah siap pahat berbunyi.

Walaupun pergolakan dalaman Pakatan Rakyat di peringkat nasional dan Pulau Pinang dianggap selesai, lain pula halnya di peringkat bawahan.

Dalam acara yang jarang-jarang berlaku, sekumpulan anggota PAS hari ini berhimpun bagi menyatakan kemarahan mereka kepada PKR dan DAP yang berpunca daripada perbezaan pandangan dalam isu hudud.

Dalam perhimpunan di Masjid Batu Kampung Pertama, di Permatang Pauh, selepas solat Jumaat, mereka mengancam mengadakan "protes senyap" dengan tidak keluar mengundi atau merosakkan undi pada 7 Mei nanti.

Ketua Penerangan PAS cawangan Bagan Azmi Jaafar berkata tindakan itu akan diambil kerana akar umbi PAS masih tidak berpuas hati dengan PKR yang tidak memohon maaf secara terbuka dalam isu itu.

"Ahli PAS juga tidak akan keluar mengundi atau rosakkan undi kerana kebiadaban PKR.

"Buat apa sokong orang yang tak sokong hudud.

"Asyik (kempen) sebut GST sahaja. Kami bukan nak (cakap mengenai) GST sahaja tapi sebut dengan jelas sokong hudud," katanya.

"Jangan main-main'

Selain itu ditanya sama ada tindakannya itu diketahui oleh PAS negeri dan Pusat, Azmi berkata:

"Kami dah letak dalam Facebook. Kalau tak bagi pun, kami akan buat (protes)."

Malah, Azmi turut memberi amaran kepada PKR supaya tidak mengambil mudah desakan mereka itu.

Katanya, dengan "protes senyap" itu, calon pilihan raya kecil parlimen itu Datuk Seri Wan Azizah Ismail boleh kehilangan banyak undi.

"Pengundi PAS ada lebih 10,000 (anggota) di Permatang Pauh. Jangan main-main. Ini amaran kepada Wan Azizah," katanya lagi.

Rabu lalu, Pemuda PAS Pulau Pinang menarik balik boikot terhadap PRK Permatang Pauh.

Sebelum ini, mereka berpendirian untuk memboikot pilihan raya kecil itu berikutan kenyataan Pemuda PKR (AMK) negeri yang didakwa menghina Hadi.

PKR juga sebelum ini mengeluarkan kenyataan untuk tidak menyokong rang undang-undang persendirian enakmen hudud yang akan dibawa Hadi.

Tun M Mula Cadang Siapa Ganti PM.. (35) Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 01 May 2015 03:00 AM PDT

 
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melambaikan tangan kepada hadirin yang hadir di DewanTuanku Syed Putera, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, hari ini. Beliau menegaskan, Timbalan Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin calon terbaik sebagai perdana menteri buat masa kini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 30 April, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mungkin-ada-lebih-layak-tapi-muhyiddin-calon-terbaik-ganti-najib-kata-dr-m#sthash.7Empbhjm.dpuf
 
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melambaikan tangan kepada hadirin yang hadir di DewanTuanku Syed Putera, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, hari ini. Beliau menegaskan, Timbalan Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin calon terbaik sebagai perdana menteri buat masa kini. – Gambar The Malaysian Insider 

LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan?    
 

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?
 E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?


SIAPA ganti PM sekarang? Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, mungkin ada calon yang lebih layak untuk menjadi perdana menteri seterusnya, namun calon terbaik pada masa ini ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.  

Menurutnya, ia selaras dengan tradisi Umno yang mengangkat timbalan presiden Umno bagi menggantikan perdana menteri.  

"Saya tak mahu menyinggung semua pihak.  

"Menurut tradisi politik Umno, timbalan presiden adalah yang terbaik untuk ambil alih.  

"Mungkin ada yang lain lebih layak, tetapi lebih baik kita ikut tradisi yang timbalan presiden ambil alih," katanya pada sidang media seleps dialog "Cakna Ilmu: Mendepani Pemikiran Tun M" di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, hari ini. (30 April)

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang cadangan calon perdana menteri baru memandangkan beliau mutakhir ini semakin kerap berkempen menggesa Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan. 

Ditanya tentang cadangan beberapa pihak mengatakan ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah calon terbaik menggantikan Najib, Dr Mahathir menyerahkan perkara itu kepada ahli Umno.  

"Itu terpulang kepada Umno," katanya.  

Tengku Razaleigh Hamzah, lebih dikenali sebagai Ku Li, merupakan pengasas Petronas dan bekas menteri kewangan.  Beliau seteru Dr Mahathir dalam pemilihan Umno pada 1987 yang membawa kepada perpecahan Umno dan penubuhan parti Semangat 46 yang diketuainya.  

Nama Ku Li disebut sebagai calon paling layak menjadi perdana menteri yang baharu oleh bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim, dan bekas setiausaha Najib, Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz.  Cadangan tersebut disokong ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang. 

Mungkinkah, ini sebagai bukti kejatuhan PM Najib sudah dekat? (IH)

Khatib di Permatang Pauh rayu undi PKR

Posted: 01 May 2015 02:30 AM PDT

 
 
Kempen pilihan raya kecil (PRK) parlimen Permatang Pauh turut "diserikan" lagi apabila khatib yang membaca khutbah di Masjid Batu, Kampung Pertama, Permatang Pauh menyarankan semua jemaah mengundi PKR.

Suasana itu berbeza selepas solat Jumaat di masjid itu apabila kira-kira 20 orang PAS akar umbi berhimpun menyatakan protes terhadap PKR.

Malah, khatib, Subri Arshad juga mengambil kesempatan menasihatkan para jemaah tentang dakwaan keborosan kerajaan Persekutuan dan beban yang ditanggung rakyat selepas cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

"Kerajaan kita kerajaan yang zalim dan boros, membeli cincin yang nilainya berjuta ringgit.

"Kita juga dibeban dengan GST yang membebankan rakyat.

"Saya merayu semua penyokong PKR, PAS, Umno pada 7 Mei nanti keluar untuk mengundi PKR," kata Subri yang juga bekas calon PAS Kepala Batas pada pilihan raya umum ke-12.

Menyentuh mengenai saranannya itu, khatib berkata, menjadi tanggungjawabnya sebagai seorang pendakwah untuk memberi peringatan sedemikian.

Katanya, Islam tidak pernah mengasingkan antara politik dan agama.

"Itulah tanggungjawab saya sebagai dai (pendakwak).

"Kalau ada orang pertikaikan boleh ke berkhutbah begini, saya katakan bahawa Islam tidak pernah mengasingkan politik dengan agama," katanya di dalam khutbah pertama dalam solat Jumaat hari ini.
#BantahGST: Himpunan Bantah GST - Lensa 13 Posted & copy by RAKYAT MARHAEN at 5/01/2015 03:58:00 PTG E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

PRK P44 : KEJUTAN DARI KEM UMNO PERMATANG PAUH ??

Posted: 01 May 2015 02:00 AM PDT

Pautan kekal imej terbenam

Umno cawangan Guar Jering Jaya umum bubar di bilik gerakan PKR


Umno cawangan Guar Jering Jaya, yang dikatakan tempat asal calon Barisan Nasional PRK Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin, dibubarkan, pagi ini. 

Seorang individu yang mendakwa dirinya ketua Umno cawangan Guar Jering Jaya mengumumkan pembubaran cawangan itu pada sidang media di bilik gerakan PKR Permatang Pauh, pagi ini.


Asri Ahmad, 44, yang mengaku menjadi ahli Umno selama lebih 30 tahun berkata, cawangan yang ditubuhkan pada 2006 dengan 68 orang ahli itu dibubarkan kerana diabaikan kepimpinan tertinggi Umno.

"Kami diabaikan selama bertahun-tahun. Kami tidak dapat peruntukan dan mesyuarat cawangan kami juga dibatalkan tanpa sebab.

"Kami ada hantar surat kepada setiausaha agung Umno tapi sehingga kini masih belum dapat jawapan," katanya.

Beliau berkata, mereka kini sedang mempertimbangkan sama ada akan menyertai PKR atau tidak dalam masa terdekat ini.

Timbalan Ketua Pemuda PKR negeri merangkap exco Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin berkata pembubaran itu satu tamparan hebat buat calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin.

"Kampung Guar Jaya Jering ini tempat asal Suhaimi. Kalau orang kampung dia pun dia tak jaga, bagaimana dia mahu jaga Permatang Pauh.

"Di kampung dia sendiri dia gagal jaga kebajikan orang kampung dia. Kita minta dia berhenti kempen sajalah," kata ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya itu.

Katanya, Asri selepas ini akan membantu menubuhkan bilik gerakan di Guar Jering Jaya bagi membantu kempen PKR.

Sementara itu, Pengerusi Umno Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Othman dalam reaksi segera berkata, permohonan untuk membubarkan cawangan itu diterima Umno negeri sejak tahun lepas lagi.

Namun, beliau perlu menyemak status permohonan tersebut dan mereka yang didapati berkempen untuk PKR sewaktu masih lagi memegang keahlian Umno akan dipecat daripada parti.