Khamis, 30 April 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Cara Alami dan Sehat Mengecilkan Perut Buncit

Posted: 30 Apr 2015 11:00 PM PDT


 Mungkin setiap orang tidak ingin memiliki perut buncit / gendut dan selalu mendambakan memiliki perut yang rata. Namun permasalahan sering muncul ketika seseorang bertambah usia dimana akan terjadi perubahan pada beberapa bagian tubuh tidak terkecuali perut.
Anda tidak mau bukan memiliki perut yang gendut? Berbagai cara dapat dilakukan untuk mengecilkan perut, diantaranya adalah cara alami atau dengan mengandalkan obat-obatan herbal atau kimia. Bahkan tidak jarang orang yang memiliki perut gendut rela menghabiskan uang jutaan rupiah untuk memperoleh perut yang rata, seperti sedot lemak dan lainnya.



Lalu bagaimana cara sehat dan alami mengecilkan perut? Cara tersebut terbilang cukup sederhana karena dapat anda dapat melakukannya ditengah-tengah aktifitas anda dengan catatan anda juga perlu merubah pola hidup anda menjadi lebih teratur. Langsung saja berikut tipsnya.

1. Pola Hidup
Perhatikan pola hidup anda. Menjaga pola hidup dengan benar dapat dilakukan dengan cara istirahat yang cukup, olah raga secara teratur, makan secara teratur, serta perbanyak juga dalam mengkonsumsi air putih.

2. Olahraga
Mungkin olahraga adalah cara sederhana yang sering dilupakan oleh kebanyakan orang. Selain dapat membuat tubuh kita sehat, olah raga juga memiliki fungsi mengecilkan perut. Tentu saja oleh raga yang harus dilakukan adalah olah raga yang lebih mengedapankan pergerakan perut. Berikut ini adalah olah raga yang dapat mengecilkan perut.

  • Sit-UP
  • Pus-Up
  • Squat

2. Pola Makan
Jika anda sudah berolah raga secara benar tetapi tidak menjaga pola makan, jangan harap anda akan memperoleh perut yang anda inginkan. Jika sewaktu masih dalam masa pertumbuhan makanan yang kita konsumsi berguna untuk menunjang peryumbuhan dan perkembangan kita, tetapi jika masa pertumbuhan itu berhenti, makanan yang dikonsumsi akan menjadi energi dan sisanya akan menumpuk menjadi lemak.

Oleh sebab itu agar program mengecilkan perut berjalan dengan baik, anda harus memperhatikan pola makan anda. Lalu makanan apa saja yang dapat menunjang program mengecilkan perut?

  • Makanan berserat tinggi seperti sayuran dan buah
  • Makanan berprotein tinggi seperti telur dan gandum kacang-kacangan

Demikian Cara Alami dan Sehat Mengecilkan Perut Gendut yang paling sederhana dan dapat anda praktekan dalam kehidupan sehari-hari. Tentunya agar mendapatkan hasil yang maksimal, anda harus melakukan program tersebutsecara teratur dan konsisten.

NAJIB PATUT JAWAB PERKARA UTAMA YANG DITIMBULKAN MAHATHIR- SAKMONGKOL

Posted: 30 Apr 2015 10:00 PM PDT

 
Bukan Kita Tanya ETP, GTP atau Pemandu atau sejuta laluan kepada Kemakmuran.



PM Najib muncul dengan ucapan ala State Of The Nation Address. Tema nya ialah Transformasi Untuk Semua. Ia disiarkan live. 
Dia menggunakan kesempatan tersebut untuk jerit, memberi amaran dan melepaskan geram. Jika kita ada pemimpin seperti ini, ini petanda Malaysia dalam bahaya.

Kita dengar dan kita boleh debat pencapaian dan rekod yang ditunjukkan oleh ETP, GTP, NKRA dan peranan Pemandu. Kita tahu lah ini semua dan ini pun asas kita mengkritik kerajaan.

Yakni sebaik sahaja kerajaan mencampuri pengurusan ekonomi secara aktif, maka nature dan bagaimana campur tangan itu dilaksanakan akan menjadi bahan kritikan dan teguran yang keras. Ancaman  terbesar terhadap kepentingan kita sebagai rakyat negara ini ialah apabila berlakunya konsentrasi kuasa politik dan ekonomi. Ia akan menjurus kepada autokrasi dan akhirnya kleptokrasi. It will be a government of the top 1%, for the 1% , by the 1%.
Sebab itu pengurusan dan campur tangan kerajaan melalui GTP, ETP dan Pemandu itu mesti dijaga supaya dijalankan dengan cekap, amanah dan jujur serta adil.Penjagaan dan kewaspadaan terhadap kecenderungan ini dilakukan oleh semua mereka yang public spirited.

Jika kriteria ini tidak diikuti,  apalagi kita lihat ada penyelewengan, ada tidak amanah, ada cabul kuasa, ada rasuah dan ada konsentrasi kuasa ekonomi dengan kuasa politik- ianya sebab2 lebih besar supaya berjaga2 agar kerajaan tidak melakukan sewenang wenang nya.

Najib boleh istiharlah betapa dia dan jemaah menteri tidak akan berganjak, tidak akan menyerah kalah atau terus membina2 sejuta jalanraya untuk kemakmuran- semua itu tidak menghentikan perkara buruk dilakukan. Dan janganlah pula menyembunyikan kelemahan dibawah rayuan bahawa hanya Tuhan sahaja yang sempurna.

Kita bukan kelahi denganTuhan.

Kita tak expect PM Najib berhenti daripada bercakap tak berhenti henti mengenai apa2 acronym yang dicipta oleh pakar runding yang dibayar gaji yang tinggi. Kita lihat sementara dia berucap berapi api- ada para menteri nya asyik sibuk bercakap perkara lain. Itu tanda nya, sesama jemaaah menteri pun, ada yan tidak yakin dengan apa yang diistiharkan.

Dia boleh jerit dan marah tapi tidak sedikitpun mengurangkan tanggapan pendengar bahawa Najib seperti tak tahu apa yang dia cakapkan.

Kita bukan suruh dia jawab mengenai berkesan atau tidak inisiatif acronym kerajaan. Kita hanya perlu jawab pengurusan 1MDB dan ada atau tidak pecah amanah apabila sejumlah wang disapu atau dibenarkan disapu oleh Jho Low untuk buat bisness sendiri.

Kita hendak tahu adakah wang 1MDB digunakan secara tipu helah untuk membeli asset pada harga yang tinggi dengan ada pula nilai goodwill yang tinggi. Kita hendak tahu ada atau tidak kuasa dicabul bila membeli asset kerajaan pada harga yang tidak munasabah rendah.

Rakyat hendak tahu apa yang kurang pada SST dan kenapa ianya diganti dengan GST? Jika GST kutip cukai yang lebih rendah, mengapa pilih GST kecualilah GST itu sebetulnya skim kutipan cukai yang lebih cekap- yang sebenarnya ia begitu. Maka kita tahu kerajaan yang makin membesar memerlukan wang yang lebih banyak untuk mengurus.

Jika demikian, rakyat khuatir kerajaan yang dipimpin oleh seorang PM yang angkuh, yang belanja macam hilang pedoman, yang membenarkan korapsi dan tipu muslihat, yang tidak mengira apa jadi pada rakyat terus memimpin.

Tidak ada orang pun menyoal sama ada kerajaan kerja kuat atau tidak- sesiapa pun jadi kerajaan boleh mengitsiharkan mereka berkerja kuat untuk rakyat dan sebagainya. Tidak pernah kita dengar mana2 pemimpin termasuk yang diktator, autokratik, kleptoratik- semua mereka memerintah atas nama bangsa dan negara. Di Malaysia lagi hebat- landasan perjuangan atas nama bangsa, agama dan negara.

PM najib dan marah atau jerit tidak mengapa, tapi jawablah soalan2 mudah yang rakyat tanya. Bila Najib  kasi warning  kepada dr Mahathir- saya rasa ini first in our country.

Saya baru membaca kenyataan mutakhir PM Najib. Dia tidak akan menyerah kalah. Saya sudahpun membaca karakter Najib. Apa lagi saya tahu sedikit sebanyak mengenai nya.

Kita lihat dia menari sakan di majlis kahwin anak dia. PM Najib kelihatan gedik- lebih gedik dari Rosmah Mansor.

Itu tanda orang yang tidak peduli apa jadi ada rakyat. Peduli apa jika dia hendak bawak 3-4 kapalterbang, 300 orang ke- 500 orang ke- itu hal dia lah. Dia PM. Bini dia isteri PM.

Kalau dia buat demikian- apa orang lain boleh buat? Mahathir boleh buat apa? Tengku Razaleigh boleh buat apa? Pemimpin UMNO lain yang semua bergantung soru dengan dia boleh buat apa?

Tidak ada seorang pun pemimpin UMNO yang ada kekuatan moral untuk menegur Najib dan co. kalau ada 2-3 orang yang baik, mereka menghabiskan masa mempertahankan hipokrasi pemimpin mereka.

Saya tidaklah hendak menidakkan bahawa ada terdapat beberapa pemimpin UMNO yang baik karakter tapi mereka too caught up dengan karenah buruk pemimpin nombor 1.

Rosmah Mansor boleh sebut dan berkata macam apa yang dikatakan disebut oleh Marie Antoinette- biarkan rakyat makan kueh. Mak datin dan puan sri yang yang ikut serta dengan rombongan ke Kazakhstan semua nya merasa privilleged kerana dapat ikut dan tersenarai dalam kumpulan dianugerah keistimewaan oleh pasangan pertama Malaysia. Apatah lagi pencapaian terbesar dalam dunia ini selain daripada diperakui sebahagaian dari elit utama?

Gelagat Najib menunjukkan business untuk remove him from office bukan suatu perkara senang. Jadi jangan kita hidup dalam hayalan. Dr Mahathir tidak akan boleh desak Najib supaya berundur. Geng Najib akan kata- siapa si mamak tua ini? Malah persendaaan kepada Dr Mahathir sudah pun dimulakan.Bloggers UMNO kata apa yang diucapkan oleh Mahathir SEMUA nya fitnah dan dusta.

Maka nya, Dr Mahathir kena ambil angkah drastic yang lain. Seperti secara sistematik dedahkan perkara buruk yang dilakukan oleh Najib supaya seluruh dunia tahu siapa Najib. Dr Mahathir kena jelajah seluruh negara beritahu negara siapa Najib dan apa yang dia telah lakukan.

Sebagai contoh, rakyat marah mengenai GST. Tapi mereka boleh tangkis lagi isiu GST dan kelentong sana sini. Namun belumsempat  isiu GST terjawab timbul pula pembelian jet eksekutif RM700 lebih juta. Campur dengan maintenance, kerajaan akan belanja RM1 billion untuk 15 tahun akan datang. Ini kerja gila dan pembaziran pemimpin yang angkuh yang tidak peduli perasaan rakyat. Pesewat ini akan digunakan untuk rombongan beli belah golongan terpilih dan pemimpin atasan.

Kita menyampah dengan syarahan Najib mengenai ETP, GTP yang mengujudkan perkerjaan berjuta juta. Siapa perkerja tersebut dan siapa yang dapat kepakaran?

Sila beritahu kita jumlah perkerja bumiputera yang berkerja dalam projek2 mega yang Najib laksanakan? MRT sebagai contoh. Pergilah kemana site MRT- para perkerja mereka adalah perkeja asing. Mereka dibayar rendah – mereka boleh terima sebab keadaan negara mereka teruk.

Tapi disamping itu mereka acquire skills dan kemahiran yang tidak diperolehi oleh anak bangsa kita. Jutaan perkerja asing ini meningkatkan modal insan mereka dan boleh menuntut gaji yang lebih tingi dalam negara lain kelak. Mereka memperolehi kemahiran dan skills membangunkan negara yakni membangunkan kapasiti. Anak bangsa kita bagaimana?

Undi tidak percaya.

Demikian juga, tidak ada harapan hendak lihat suatu undi tidak percaya dilakukan oleh ahli parlimen. Ianya tidak akan terjadi. Kita tidak ada sejarah dan tidak ada budaya membuang pemimpin dengan cara ini.

Yang saya sebut dalam artikel yang terdahulu ialah untuk suatu jumlah ahl parlimen keluar parti masing2 dan mengistiharkan mereka ahli parlimen bebas. Kemudian mereka boleh bersama sama menyokong seorang ahli parlimen yang mereka anggap dapat keyakinan majority.

Speaker terpaksa tanya jurucakap kumpulan ahli parlimen, siapa yang mereka fikir boleh command majority support ahli parlimen.

Untuk merealisasikan agenda ini, sejumlah ahli parlimen mesti keuar parti mereka dan keluar dari BN. BN tidak cukup ahli dan tidak boleh berbuat apa apa, kerajaan mereka akan jatuh. Tidak perlu undi tidak percaya.


GST: Restoran pertama didakwa - FMT Reporters

Posted: 30 Apr 2015 09:15 PM PDT

 
restoran

Sebuah restoran mamak didakwa mengeluarkan 2,000 invois yang tidak mengandungi maklumat yang ditetapkan mengikut peraturan kepada pelanggannya antara 7 hingga 11 April.

SHAH ALAM: Restoran Hameed Corner di Seksyen 16 menjadi premis perniagaan yang pertama dihadapkan ke mahkamah atas kesalahaan di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) 2014, sejak ia dilaksanakan pada 1 April lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, restoran itu didakwa mengeluarkan 2,000 invois yang tidak mengandungi maklumat yang ditetapkan kepada pelanggannya antara 7 hingga 11 April.

Wakil pemilik restoran itu, Raja Bunesh Begum Kamarudeen, 38, tidak mengaku salah ketika pertuduhan dibacakan di Mahkamah Sesyen, pada Khamis.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Rozela Raja Toran dan Hazril Harun memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM100,000 terhadap wakil pemilik restoran itu.

Peguambela tertuduh, Cullin Andrew, bagaimanapun berhujah bahawa kes itu tidak memerlukan penjamin kerana ia kes saman.

Selepas menimbang hujah kedua-dua belah pihak, Hakim, Ahmad Azhari Abdul Hamid menetapkan RM15,000 untuk ikat jamin dan sebutan semula kes itu pada 25 Mei.

Buku hudud untuk PKR, DAP Khairil Ashraf

Posted: 30 Apr 2015 08:30 PM PDT

 
khairi al t

Pas akan menyerahkan buku mengenai hudud bagi membolehkan DAP dan PKR lebih memahaminya.

KUALA LUMPUR : PAS merancang untuk menyerahkan buku Pelaksanaan Hudud di Malaysia : Satu Analisis terbitan Yayasan Dakwah Ismiah Malaysia (YADIM) kepada rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri berkata, beliau akan menyerahkan buku berkenaan bagi membolehkan DAP dan PKR lebih memahami hudud.

"Mungkin boleh serah sebagai satu pandangan rasmi, Insya Allah. Jadi kita boleh bagilah, belum decide (putuskan) lagi sebab buku baru dapat," katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran buku itu di Masjid Wilayah Persekutuan, pada Khamis.

Khairuddin yang juga merupakan salah seorang pembentang kertas kerja buku itu menjelaskan, kandungannya membolehkan PAS meluaskan konsep dan memberikan penjelasan dakwah kepada orang bukan Islam yang tidak memahaminya.

"Konsep kita dakwah, beri penjelasan kepada orang bukan Islam kenapa dia tak faham," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus.

Ketika ditanya adakah buku berkenaan akan memberi kesan kepada sokongan dalam kalangan ahli Parlimen terhadap pelaksanaan hudud di negara ini, ujarnnya ia lebih berbentuk kepada pemahaman.

"Kita takdalah kata hendak pengaruh, cuma kerja kita adalah kempen, dakwah, kempen kita ajak faham Islam, antaranya faham undang-undang syariah Islam.


"Kita bawa ke parlimen pinda (Rang Undang-Undang Persendirian Akta) 355 adalah satu dakwah. Kalau berjaya Alhamdulillah.. kalau tak (berjaya) kita cuba lagi, Pas tidak lari kerja dari dakwah," katanya.

Dalam pada itu, YADIM dalam satu kenyataan berkata, penerbitan buku itu disunting oleh Yang Dipertuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan memuatkan tulisan tokoh agama yang pakar dalam bidang masing-masing.

Pemuda UMNO kutuk KP Kastam FMT Reporters

Posted: 30 Apr 2015 08:00 PM PDT

 
Kastam menangguhkan keputusan kad isian semula telefon prabayar tidak dikenakan GST. 

Sehubungan itu, semua kad isian semula dikenakan GST sama seperti selepas 1 April.

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar mengutuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) kerana membuat pusingan-u berhubung harga kad isian semula telefon prabayar.

Beliau berkata, apa yang telah dilakukan oleh Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad itu amat memalukan.

Dia berkata, adalah lebih baik jika Khazali diam dan tidak membuat apa-apa kenyataan yang boleh mendatangkan malu.

"KP Kastam… Semalam cakap lain, Hari ini cakap lain.. Lepas ni jangan lagi cakap apa apa… Berhenti terus… Bikin Malu…" tulisnya di Facebook.

Dalam kenyataan media pada Rabu, Khazali berkata pengumuman bahawa harga kad isian semula tidak dikenakan GST yang diumumkan pada Rabu, telah ditangguhkan.

Sehubungan itu, harga kad isian semula prabayar sama seperti harga jualan selepas 1 April.

Ini bermakna, kad isian semula berharga RM10 djual pada harga RM10.60 termasuk enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Khazali menyatakan arahan penangguhan itu selepas mengambil kira pengumuman Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bahawa kajian mengenai layanan cukai GST ke atas perkhidmatan kad prabayar masih dijalankan oleh syarikat komunikasi.

Anwar fail permohonan kaji semula hukuman penjara - Oleh : Adam Abu Bakar

Posted: 30 Apr 2015 07:30 PM PDT


anwar pertibang

Anwar Ibrahim memohon mahkamah mengetepikan hukuman penjara yang dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan memohon mahkamah membebaskannya dari penjara.


PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan pendengaran baharu supaya mahkamah mengkaji semula hukuman penjara lima tahun terhadapnya.

Dalam permohonan itu, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) memohon supaya hukuman mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan diketepikan.

Sehubungan itu, Anwar memohon mahkamah membebaskannya dari hukuman itu.

Peguam, N.Surendran yang mewakili Anwar telah memfailkan permohonan berkenaan di Mahkamah Pesekutuan Putrajaya kira-kira jam 11 pagi pada Khamis.

Surendran berkata, mengikut peraturan 137, Peraturan-Peraturan Mahkamah Persekutuan 1995, Anwar boleh memohon kepada mahkamah supaya setiap keputusan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan disemak semula.

"Permohonan ini jika diterima akan membolehkan barisan panel hakim baru mendengar kes itu," katanya.

Surendran berkata, bersama-sama permohonan itu dilampirkan enam salinan Notis Usul dan Afidavit Sokongan sebanyak 10 muka surat yang diikrarkan oleh Anwar pada 29 April.

Turut hadir bersama Surendran, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Zaid: Najib tak ubah seperti maharaja

Posted: 30 Apr 2015 07:00 PM PDT

 
 
Bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim melihat bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini tidak ubah seperti seorang maharaja yang sanggup membuat apa sahaja tanpa rasa tanggungjawab.

Oleh itu, Najib perlu digantikan dengan calon lain yang lebih sesuai, katanya yang mengumpamakan perdana menteri seperti seorang maharaja Perancis, Louis XIV.

"Oleh itu, Najib adalah maharaja Malaysia yang pertama. Memangpun dia berlagak seperti maharaja. Beliau sangat kaya sebab, seperti Louis XIV, beliau mewarisi kekayaan yang besar, seperti didakwa pejabatnya.

"Bila adik beradiknya terpaksa jelaskan bahawa arwah bapa mereka – perdana menteri Malaysia kedua Tun Abdul Razak – bukan seorang yang kaya, Najib tidak pula menjelaskan bagaimana sebenarnya beliau mendapat duit.

"Beliau tidak beritahu rakyat jumlah kekayaannya, kerana seperti juga seorang maharaja, beliau tidak perlu menjelaskan apa-apa kepada sesiapapun," kata Zaid.

Selain itu, Najib tidak berminat untuk menjelaskan mengenai motif pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kata Zaid.

"Bila pengawal keselamatannya bunuh seorang wanita dari Mongolia dan meletupkan jasadnya hingga berkecai, beliau tidak berasa bahawa perlu ditanya sebabnya.

"Beliau tidak berminat langsung untuk menjelaskan perkara pelik ini padahal semua orang ingin tahu sebab pembunuhan itu berlaku.

"(Najib) hanya berminat untuk bersumpah dengan nama tuhan bahawa beliau tidak mengenali (Altantuya).

"Dengan lagak seorang maharaja, beliau tidak perlu bertanggungjawab ke atas tindakannya, dan seterusnya, para pengawalnya itu," tambahnya.

Dalam tulisannya di blog zaid.my, bekas MP Kota Bharu itu seterusnya membangkitkan mengenai isu pentadbiran dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Kata Zaid, Najib masih belum menjelaskan mengenai hutang 1MDB sebanyak RM48 bilion.

"Beliau juga nampaknya tidak segan bila syarikat kerajaan ini terpaksa minta sedekah baru-baru ini untuk mendapatkan RM2 bilion bagi membayar faedah kepada bank.

"Tapi dia tidak perlu menjawab persoalan mengenai 1MDB kerana beliau seorang maharaja," kata Zaid.

 Malaysiakini

PRK Permatang Pauh : Akhirnya Zahid Hamidi Buat Kejutan !

Posted: 30 Apr 2015 06:30 PM PDT


Itu pasal lah setiap yang dikatakan oleh Naib Presiden Umno merangkap Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jangan dipandang ringan oleh Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mahu pun Penyokong PR, kerana Implikasinya pasti akan meninggalkan Kesan yang Mendalam buat PR.

Maka itu Kejutan yang dikatakan oleh beliau akan ada pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh di Zahirkan hari ini.

Ianya bukan Video Lucah (VL) seperti yang disangka-sangka oleh Orang Ramai, dimana sangkaan Kejutan VL adalah berdasarkan Sukanya Isi Perut Umno dengan Kelucahan. oleh itu sangkaan tersebut adalah Melesit sama sekali, Melesit nya sangkaan tersebut bukan Kecil tetapi Besar mungkin boleh disamakan dengan Besarnya Kerugian Wang dalam Syarikat Kerajaan yang bernama 1MDB seperti dakwaan oleh Tun Mahathir Kutty @Lanun.

Kejutan yang dibuat oleh Zahid Hamidi ialah "Manifesto BN Bukan Janji Kosong" menurut beliau lagi "Manifesto BN bagi PRK Permatang Pauh dibuat berdasarkan Kajian Empirikal yang mengambil kira Keperluan dan Kehendak Masyarakat di sini".

La.... Zahid oiiii.... gua ingatkan apa benda nya Kejutan yang lu nak buat, rupanya hanya Manifesto dengan Kajian Empirikal serta mengambil Kira Keperluan dan Kehendak Masyarakat Permatang Pauh.

Zahid oh Zahid... tak sudah lu nak membuat LAWAK BODOH setiap kali adanya PRU mahu pun PRK, konon kajian yang dibuat adalah Empirikal serta mengambil kira Keperluan dan Kehendak Masyarakat Permatang Pauh.

Mestilah kajian mengambil kira Keperluan dan Kehendak Masyarakat disitu, tak kan Kajian mengambil kira Keperluan dan Kehendak Masyarakat Saudara lu kat Indon tu.... kah kah kah !.

Lagi satu gua tengok lu ni jika tidak membuat Kejutan Lawak Bodoh maka lu akan membuat Kejutan Menipu... lu jangan cakap yang gua ni Memfitnah lu seperti yang selalu Isi Perut Umno lakukan ok.

Atau lu sudah Lupa apa yang lu buat setiap kali ada nya PRU dan PRK. Lu ingat tak semasa Kempen PRU13 yang lu mengatakan bahawa ada 3 Pemimpin Pembangkang menjadi Dalang Insiden di Lahad Datu !.

Ingat tak Zahid apa yang lu cakapkan semasa Kempen PRU13 tersebut, tak kan lu lupa kot apa yang lu cakapkan... kalau lu lupa apa yang sudah lu katakan tak apa, kat bawah ni gua ingatkan berkenaan apa yang lu katakan semasa dalam Kempem PRU13 yang lalu, yang mana sampai hari ini pun usahkan 3 tapi 1 pun nama Pemimpin Pembangkang tiada langsung keluar dari Mulut Longkang lu tu...

kah kah kah !. klik sumber Pelik bin Ajaib kenapa lah lu masih lagi boleh Menang Kerusi Parlimen Bagan Datok, apa ke Pengundi-Pengundi Bagan Datok Majoritinya Buta Hati ke beb, tak dapat nak bezakan sama ada yang bernama Zahud Hamidi ni seorang Pemimpin yang Jujur dalam Percakapan dan Perbuatan atau Pemimpin Kaki Temberang dan Kaki Penipu dalam Perbuatan dan Percakapan !.

hemmmmm..... kalau tak silap gua zahid ni pernah memegang sekejap jawatan bertaraf menteri agama islam satu ketika dulu iaitu di masa pak lah awal-awal menjadi pm... caya sama lu lah zahid... kah kah kah !.

Dicatat oleh Mat Indera Sipejuang.
Khamis, 30 April 2015 PRK Permatang Pauh : Akhirnya Zahid Hamidi Buat Kejutan ! Itu pasal lah setiap yang dikatakan oleh Naib Presiden Umno merangkap Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jangan dipandang ringan oleh Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mahu pun Penyokong PR, kerana Implikasinya pasti akan meninggalkan Kesan yang Mendalam buat PR. Maka itu Kejutan yang dikatakan oleh beliau akan ada pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh di Zahirkan hari ini. Ianya bukan Video Lucah (VL) seperti yang disangka-sangka oleh Orang Ramai, dimana sangkaan Kejutan VL adalah berdasarkan Sukanya Isi Perut Umno dengan Kelucahan. oleh itu sangkaan tersebut adalah Melesit sama sekali, Melesit nya sangkaan tersebut bukan Kecil tetapi Besar mungkin boleh disamakan dengan Besarnya Kerugian Wang dalam Syarikat Kerajaan yang bernama 1MDB seperti dakwaan oleh Tun Mahathir Kutty @Lanun. Kejutan yang dibuat oleh Zahid Hamidi ialah "Manifesto BN Bukan Janji Kosong" menurut beliau lagi "Manifesto BN bagi PRK Permatang Pauh dibuat berdasarkan Kajian Empirikal yang mengambil kira Keperluan dan Kehendak Masyarakat di sini". La.... Zahid oiiii.... gua ingatkan apa benda nya Kejutan yang lu nak buat, rupanya hanya Manifesto dengan Kajian Empirikal serta mengambil Kira Keperluan dan Kehendak Masyarakat Permatang Pauh. Zahid oh Zahid... tak sudah lu nak membuat LAWAK BODOH setiap kali adanya PRU mahu pun PRK, konon kajian yang dibuat adalah Empirikal serta mengambil kira Keperluan dan Kehendak Masyarakat Permatang Pauh. Mestilah kajian mengambil kira Keperluan dan Kehendak Masyarakat disitu, tak kan Kajian mengambil kira Keperluan dan Kehendak Masyarakat Saudara lu kat Indon tu.... kah kah kah !. Lagi satu gua tengok lu ni jika tidak membuat Kejutan Lawak Bodoh maka lu akan membuat Kejutan Menipu... lu jangan cakap yang gua ni Memfitnah lu seperti yang selalu Isi Perut Umno lakukan ok. Atau lu sudah Lupa apa yang lu buat setiap kali ada nya PRU dan PRK. Lu ingat tak semasa Kempen PRU13 yang lu mengatakan bahawa ada 3 Pemimpin Pembangkang menjadi Dalang Insiden di Lahad Datu !. Ingat tak Zahid apa yang lu cakapkan semasa Kempen PRU13 tersebut, tak kan lu lupa kot apa yang lu cakapkan... kalau lu lupa apa yang sudah lu katakan tak apa, kat bawah ni gua ingatkan berkenaan apa yang lu katakan semasa dalam Kempem PRU13 yang lalu, yang mana sampai hari ini pun usahkan 3 tapi 1 pun nama Pemimpin Pembangkang tiada langsung keluar dari Mulut Longkang lu tu... kah kah kah !. klik sumber Pelik bin Ajaib kenapa lah lu masih lagi boleh Menang Kerusi Parlimen Bagan Datok, apa ke Pengundi-Pengundi Bagan Datok Majoritinya Buta Hati ke beb, tak dapat nak bezakan sama ada yang bernama Zahud Hamidi ni seorang Pemimpin yang Jujur dalam Percakapan dan Perbuatan atau Pemimpin Kaki Temberang dan Kaki Penipu dalam Perbuatan dan Percakapan !. hemmmmm..... kalau tak silap gua zahid ni pernah memegang sekejap jawatan bertaraf menteri agama islam satu ketika dulu iaitu di masa pak lah awal-awal menjadi pm... caya sama lu lah zahid... kah kah kah !. Dicatat oleh Mat Indera Sipejuang

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Khamis, 30 April 2015 PRK Permatang Pauh : Akhirnya Zahid Hamidi Buat Kejutan ! Itu pasal lah setiap yang dikatakan oleh Naib Presiden Umno merangkap Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jangan dipandang ringan oleh Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mahu pun Penyokong PR, kerana Implikasinya pasti akan meninggalkan Kesan yang Mendalam buat PR. Maka itu Kejutan yang dikatakan oleh beliau akan ada pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh di Zahirkan hari ini. Ianya bukan Video Lucah (VL) seperti yang disangka-sangka oleh Orang Ramai, dimana sangkaan Kejutan VL adalah berdasarkan Sukanya Isi Perut Umno dengan Kelucahan. oleh itu sangkaan tersebut adalah Melesit sama sekali, Melesit nya sangkaan tersebut bukan Kecil tetapi Besar mungkin boleh disamakan dengan Besarnya Kerugian Wang dalam Syarikat Kerajaan yang bernama 1MDB seperti dakwaan oleh Tun Mahathir Kutty @Lanun. Kejutan yang dibuat oleh Zahid Hamidi ialah "Manifesto BN Bukan Janji Kosong" menurut beliau lagi "Manifesto BN bagi PRK Permatang Pauh dibuat berdasarkan Kajian Empirikal yang mengambil kira Keperluan dan Kehendak Masyarakat di sini". La.... Zahid oiiii.... gua ingatkan apa benda nya Kejutan yang lu nak buat, rupanya hanya Manifesto dengan Kajian Empirikal serta mengambil Kira Keperluan dan Kehendak Masyarakat Permatang Pauh. Zahid oh Zahid... tak sudah lu nak membuat LAWAK BODOH setiap kali adanya PRU mahu pun PRK, konon kajian yang dibuat adalah Empirikal serta mengambil kira Keperluan dan Kehendak Masyarakat Permatang Pauh. Mestilah kajian mengambil kira Keperluan dan Kehendak Masyarakat disitu, tak kan Kajian mengambil kira Keperluan dan Kehendak Masyarakat Saudara lu kat Indon tu.... kah kah kah !. Lagi satu gua tengok lu ni jika tidak membuat Kejutan Lawak Bodoh maka lu akan membuat Kejutan Menipu... lu jangan cakap yang gua ni Memfitnah lu seperti yang selalu Isi Perut Umno lakukan ok. Atau lu sudah Lupa apa yang lu buat setiap kali ada nya PRU dan PRK. Lu ingat tak semasa Kempen PRU13 yang lu mengatakan bahawa ada 3 Pemimpin Pembangkang menjadi Dalang Insiden di Lahad Datu !. Ingat tak Zahid apa yang lu cakapkan semasa Kempen PRU13 tersebut, tak kan lu lupa kot apa yang lu cakapkan... kalau lu lupa apa yang sudah lu katakan tak apa, kat bawah ni gua ingatkan berkenaan apa yang lu katakan semasa dalam Kempem PRU13 yang lalu, yang mana sampai hari ini pun usahkan 3 tapi 1 pun nama Pemimpin Pembangkang tiada langsung keluar dari Mulut Longkang lu tu... kah kah kah !. klik sumber Pelik bin Ajaib kenapa lah lu masih lagi boleh Menang Kerusi Parlimen Bagan Datok, apa ke Pengundi-Pengundi Bagan Datok Majoritinya Buta Hati ke beb, tak dapat nak bezakan sama ada yang bernama Zahud Hamidi ni seorang Pemimpin yang Jujur dalam Percakapan dan Perbuatan atau Pemimpin Kaki Temberang dan Kaki Penipu dalam Perbuatan dan Percakapan !. hemmmmm..... kalau tak silap gua zahid ni pernah memegang sekejap jawatan bertaraf menteri agama islam satu ketika dulu iaitu di masa pak lah awal-awal menjadi pm... caya sama lu lah zahid... kah kah kah !. Dicatat oleh Mat Indera Sipejuang

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Nasib Najib Akan Ditentukan Pada Perhimpunan Agung Umno

Posted: 30 Apr 2015 06:00 PM PDT

 

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang diadakan pada hujung tahun bakal menjadi penentu tempoh Datuk Seri Najib Tun Razak kekal menjadi presiden parti sekali gus perdana menteri sehingga pilihan raya umum (PRU) ke-14 atau sebaliknya.

Veteran UMNO, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, cadangan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak menangguhkan pemilihan parti pada 2016 menguatkan hujahnya terhadap tempoh dan penilaian tahap kemampuan Najib mentadbir negara.


"Ini keistimewaan UMNO, presiden parti merupakan perdana menteri. Usul pemilihan parti pada 2016 yang mungkin akan diluluskan pada perhimpunan agung tahun ini akan menjadi medan melihat kekuatan dan sokongan ahli kepada Najib.

"UMNO pasti akan menanggung risiko jika penangguhan dibuat, Najib akan berhadapan pelbagai cabaran terutama daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan memberi pelbagai kenyataan 'panas' jika tiada pemilihan dibuat tahun depan.

"Jika tiada pemilihan, Najib berkemungkinan berhadapan cabaran paling getir dalam parti iaitu memastikan keutuhan UMNO di dalam pentadbiran negara. Jika ada pemilihan, Najib mungkin akan berhadapan cabaran akar umbi yang mahu muka baharu sebagai pemimpin parti sekali gus perdana menteri baharu untuk 'bertarung' atas nama parti pada PRU ke-14," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Muhyiddin pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 mencadangkan supaya UMNO tidak menangguhkan pemilihan parti selepas pilihan raya umum seperti yang dilakukan sebelum ini sebaliknya menjalankan pemilihan tersebut mengikut masa yang ditetapkan oleh perlembagaan parti.

Muhyiddin juga mencadangkan Perlembagaan UMNO dipinda pada tahun ini untuk membolehkan barisan pelapis muda memainkan peranan dan memberi khidmat lebih besar kepada parti.

Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan menyindir sinis Najib yang berulang-ulang kali menyebut solidariti dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2014.

Najib sebelum ini memaklumkan jumlah keahlian UMNO terkini ialah 3,472,035 orang dengan jumlah cawangan yang layak bersidang sempena mesyuarat perwakilan UMNO cawangan yang bermula 13 Mac hingga 2 Mei ialah 20,776.

Katanya, bagi pergerakan sayap Wanita yang layak melakukan persidangan ialah 19,871, Pergerakan Pemuda ialah 15,111 sementara bagi Pergerakan Puteri pula ialah 10,048 orang.

Dalam pada itu kata Rahim, ledakan konflik akan berlaku seandainya penangguhan dibuat kerana suara akar umbi kini dilihat mahu sedikit 'anjakan' dibuat pada pimpinan tertinggi parti.

"Jika dilihat 'perang' yang berlaku kini melibatkan pasangan orang nombor satu dan dua negara, sama ada kekal seperti hari ini atau ada muka baharu akan muncul.

"Spekulasi akan tetap berlaku seandainya tiada perubahan dalam usaha melihat kepentingan parti sebagai yang terutama. Ramuannya mudah, luluskan usul pemilihan parti pada 2016 dan krisis parti sekarang akan reda, suara akar umbi yang perlu diberi keutamaan," jelasnya.

Ujarnya, kritikan Dr Mahathir akhir-akhir ini dilihat usaha membetulkan parti dan membawa dimensi baharu kepada kepimpinan negara.

"Dr Mahathir kini dilihat hanya mahu Najib berundur, pada pandangannya jika ia berlaku mungkin UMNO akan selamat dan tidak mendapat pelbagai kecaman seperti sekarang.

"Tetapi dia (Dr Mahathir) bukan bertujuan mahu meletakkan anaknya, Datuk Seri Mukhriz sebagai pemimpin tertinggi negara, jangan salah sangka tentang itu, dia hanya mahu orang nombor satu melepaskan jawatannya," katanya.

Dalam pada itu Rahim berkata, sokongan rakyat kepada Najib yang dilihat sedikit 'kendur' kini boleh diperbetulkan dengan beberapa tindakan oleh pemimpin nombor satu negara itu.

"Najib perlu minta maaf dan mengakui kekhilafannya sebelum ini selain betulkan semula keadaan, sokongan rakyat mungkin kembali kepadanya," katanya.

Najib sebelum ini bagaimanapun dilaporkan menyatakan pendiriannya untuk tidak akan sekali-kali menyerahkalah walaupun terus diserang dengan pelbagai kritikan daripada pelbagai pihak.

UMNO mengadakan pemilihan parti pada Oktober 2013 selepas menangguhkannya untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13. Pemilihan itu sepatutnya dilangsungkan pada 2012.

Mandat kepimpinan UMNO sekarang akan berakhir pada 2016. Mandat Parlimen sekarang pula akan berakhir pada 2018.

Sebelum ini, Rahim berkata, krisis Dr Mahathir dan Najib dilihat bibit-bibit awal proses pembersihan UMNOsebelum kelahiran pemimpin baharu yang akan memimpin parti.

Sementara itu, ketika mengulas isu pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh dan Rompin awal Mei depan, Rahim berkata, penambahan atau pengurangan majoriti akan membayangkan sokongan semasa rakyat kepada UMNO.

"Jika majoriti di Rompin menurun, ia tanda sokongan berkurangan, perkara sama juga di Permatang Pauh, prospek untuk menang semakin sukar selepas Pemuda PAS di sana memberi semula sokongan kepada PKR.

"Adakah konflik Najib dan Dr Mahathir akan meledak lagi selepas keputusan PRK di kedua-dua kawasan itu kelak?" soalnya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini berkata,jentera Barisan Nasional (BN) di PRK Rompin dan Permatang Pauh akan memberi penjelasan sewajar terhadap perkara yang dibangkitkan Dr Mahathir.

Bagaimanapun jelas Muhyiddin, tumpuan utama penjelasan yang akan dibuat oleh jentera BN ialah mengenai isu yang dibangkitkan oleh penduduk di kedua-dua kawasan Parlimen itu.

- awani

Kejutan Dari Mahathir ??

Posted: 30 Apr 2015 05:15 PM PDT

 
Kejutan Dari Mahathir. Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau tidak akan membantu kempen Barisan Nasional (BN) di Permatang Pauh. "Tidak (pergi). Tak payahlah," katanya.

Beliau juga berkata tidak mengenali calon BN, Suhaimi Sabudin, namun berharap beliau calon yang tepat buat BN.

"Saya tak kenal dia. Saya harap dia orang yang baik," katanya pada satu sidang media selepas program "Cakna Ilmu: Mendepani Pemikiran Tun M" di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang hari ini.

Suhaimi, 43, berdepan saingan sengit menentang calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh yang jatuh pada 7 Mei ini.

Dua lagi calon, Azman Shah Othman daripada Parti Rakyat Malaysia dan calon bebas Salleh Isahak, turut bertanding menjadikan PRK ini satu pertandingan empat penjuru.

Ditanya mengenai pencalonan Dr Wan Azizah yang kembali menawarkan diri menggantikan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Mahathir berkata ia membuktikan kenyataannya sebelum ini yang PKR sebuah parti milik keluarga.
Kejutan Dari Mahathir

"PKR ni, saya dah kata banyak kali, ini parti milik keluarga berkenaan," katanya dipercayai merujuk kepada Anwar dan keluarganya.

PRK Permatang Pauh diadakan selepas penyandang, Anwar, hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen apabila dihukum penjara lima tahun dan permohonan pengampunannya ditolak Lembaga Pengampunan.

Pada 10 Februari lalu, beliau disabitkan bersalah oleh Mahkamah Persekutuan kerana meliwat pembantunya, Saiful Bukhari Azlan pada Jun 2008.

Terdahulu hari ini, Dr Mahathir menulis di blognya mengatakan akan menemui ahli Umno di peringkat akar umbi bagi menerangkan kritikan beliau terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memandangkan beberapa pihak menganggap tindakannya merosakkan parti.

Katanya, untuk membuat keputusan atau menghukum secara bijak dan adil, rakyat perlu dengar kedua-dua belah pihak.

"Saya harap saya diberi peluang berjumpa dengan ahli Umno biasa untuk menerang akan masalah kehilangan berbilion ringgit oleh Najib. Lepas mendengar kedua-dua pihak, adililah terhadap 'serangan' saya," katanya.

Ini memberi gambaran seolah-olah beliau akan menemui ahli Umno dalam masa terdekat semasa tempoh kempen pilihan raya kecil (PRK) yang sedang berlangsung di dua tempat sekarang iaitu kawasan Parlimen Permatang Pauh dan Rompin.

Bagaimanapun, beliau juga tidak akan ke Rompin Sabtu ini, bagi menghadiri satu program yang dinamakan "Sepagi Bersama Negarawan" seperti yang dihebahkan di media sosial.

"Bagi pihak pejabat Dr Mahathir, pihak admin Chedet.cc ingin memaklumkan, maklumat berkenaan acara 'Sepagi Bersama Negarawan' di Bukit Ibam, Rompin pada hari Sabtu, 2 Mei yang sedang diedarkan di media sosial adalah Palsu.

"Tidak ada acara berkaitan yang akan dihadiri Dr Mahathir," menurut satu notis di blog bekas perdana menteri itu.

TPM pun orang Permatang Pauh buat tak layan dah... kesian..!!

Posted: 30 Apr 2015 04:30 PM PDT

 
Muhyiddin rayu hadirin tepuk tangan ??

Ucapan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di satu acara di Permatang Pauh hari ini disambut dengan acuh tidak acuh oleh kira-kira 500 orang pendidik yang hadir.

Hinggakan, Muhyiddin terpaksa meminta para hadirin menepuk tangan – sekurang-kurangnya empat kali sepanjang ucapan 40 minit itu.

Ada di kalangan para hadirin terbabit, yang sebahagian besarnya merupakan para guru, diperhatikan hanya menunjukkan wajah bosan dan ada juga yang mengambil peluang melelapkan mata.

Muhyiddin memulakan ucapannya dengan membangkitkan mengenai kadar kemiskinan dalam negara yang menurutnya berjaya dikurangkan.

Tambahnya, jumlah miskin tegar itu tidak mencapai tahap dua peratus.

Bagaimanapun, para hadirin tidak menepuk tangan selepas mendengar statistik yang dikongsinya itu.
"Tak apalah jika anda tidak tepuk, biasalah," katanya.

Beliau seterusnya menyebut pula tentang sistem e-Kasih yang bertujuan untuk mengukur kadar kemiskinan dalam negara.

"Sistem ini diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai sistem paling baik di dunia untuk mengukur kadar kemiskinan," katanya.

Kata-katanya itu bagaimanapun tetap gagal meraih tepukan.

"Ah... tolong tepuklah. Saya bercakap dengan orang pandai... Saya tidak tipu," katanya.

Julie Dahlan Meninggal Dunia - Oleh Rotikaya Staff

Posted: 30 Apr 2015 04:00 PM PDT



Harian Metro hari ini melaporkan yang penerbit filem terkenal Julie Dahlan telah meninggal dunia 7.30 malam tadi akibat komplikasi pelbagai penyakit yang dideritainya sejak beberapa tahun lalu. 

Menurut penyanyi, Datuk Hattan yang juga biras kepada anaknya, Hani Harmi, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir dalam ambulans ketika dalam perjalanan ke Hospital Ampang.

Difahamkan, Hani dan suaminya turut berada di sisi Allahyarham. Jenazah Allahyarham kini berada di Hospital Ampang. Julie atau Junaidah Dahlan, 62, menghidap pelbagai penyakit termasuk tekanan darah tinggi, kencing manis dan masalah penglihatan.

Penerbit dan pelakon filem dan drama yang popular pada era 90-an itu mencipta nama menerusi pelbagai filem terbitannya seperti Harry Boy (1991), Wira Angkasa (1987), Driving School (1990) dan terakhir Cinta Metropolitan (1995).

 

Al-fatihah.

Mahathir tak tergamak sebut nama Anwar atau Tengku Razaleigh jadi PM

Posted: 30 Apr 2015 09:00 AM PDT


Kebenaran itu tidak boleh disembunyikan kerana kalau pun ia ditimbus lama-lama ia akan terkeluar juga nanti. Apa yang menimpa diri Dr Mahathir Mohamad ini bertepatan dan dengan gambaran itu. Selama mana Mahathir boleh melindungi sesuatu dalam dirinya. Kebenaran akan tersebut juga, kalau tidak kuat tetapi perlahan.

Anwar Ibrahim
Ada sesuatu yang lama tersimpan dalam hati bekas PM itu tetapi tidak disebutnya. Tetapi seperti sebiji buah dipohon apabila ranum ia akan gugur dengan sendirinya.
Hari ini Mahathir sudah memperakui ada orang lain yang lebih baik untuk menjadi perdana menteri sebagai mengganti Najib Razak yang sedang beliau gerudikan sekarang ini. Beliau tidak menyebut siapa orang itu, tetapi sudah pasti ianya bukan Hassan Melek atau Ahmad Maslan.

Apabila Mahathir menyebut itu walaupun secara sinis, tetapi hatinya tidak boleh berbohong. Mahathir kenal dan tahu sejauh mana kebolehan Muhyiddin Yassin yang mengikut tradisinya akan menjadi pengganti Najib seperti diucapkan itu. Mungkin perkara ini ada beliau sebut kepada isterinya sebagai melepas gian dan sebak.
Abdullah Badawi
Tengku Razaleigh Hamzah
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Siapakah gerangan sosok yang Mahathir sebutkan itu. Kenapa beliau hanya mengakui tetapi malu untuk menyebut. Apakah beliau rasa berdosa dengan dirinya sendiri?
Seperti saya sebut tadi tokoh itu bukan Ahmad Maslan, atau Hassan atau pun orang lebih layak Khairy Jamaluddin. Dan kalau pun Khairy Jamaluddin dilihat ada kebolehan tetapi Dr Mahathir tetap tidak akan menerimanya. Baginya Mukhriz jauh lebih baik dan pantas daripada Ketua Pemuda Umno itu.

Saya boleh agak siapa yang ada dalam sudut hati Mahathir yang tidak disebut itu. Buat masa ini orang masih relevan untuk jadi PM, ialah Anwar Ibrahim dan Tengku Razaleigh Hamzah. Mahathir mengenali kebolehan dan pengaruh kedua orang ini. 
 
Jika dibandingkan dari segi pengalaman dan karismatik dengan nama-nama seperti Ahmad Zahid Hamidi ataupun Hishamuddin Hussein, kedua nama itu lebih sesuai. Jika diadakan referendum mereka akan menang.
Tengku Razaleigh sangat diketahui seorang politician yang beradat dan penuh profesional. Tengku seorang yang rasional dan gantlemen dalam berpolitik, Tengku Razaleigh tidak dapat jadi PM selepas Mahathir kerana anak raja itu terlalu baik dan tidak tahu bermain huduh dalam politik biarpun Mahathir pernah mengkhianatinya.

Begitu juga dengan Anwar Ibrahim. Mahathir tidak dapat melupai "kebiadapan" Anwar kepadanya, tetapi dalam masa sama beliau tidak dapat menafikan kehebatan dan aura yang ada kepada Anwar. 
 
Selama 12 tahun beliau mendidik dan mengasuh Anwar untuk menjadi penggantinya. Silapnya Mahathir, kerana terlalu mendengar maklumat daripada konspirator yang benci dan dengki dengan Anwar. Itulah kesilapan Mahathir yang akhirnya menyusahkan dirinya sendiri dalam mencari penggantinya.
Hari ini Mahathir seakan menyesal dengan apa yang berlaku. Kalau dia mahukan Anwar, tetapi jalan untuk dibawa kembali Anwar itu bukan mudah kerana kekuasaanya ditangan Najib. Mahathir cuba hendak bertindak menjadi Bendahara Melaka membawa balik Hang Tuah, bagi menyelamatkan keadaan tetapi keadaannya bukan mudah.

Saya yakin kalau Dr Mahathir ada ada kuasa sakti dia akan merobohkan tembok penjara untuk mrembebakan Anwar bagi menyelamatkan keadaan negara ditangan Najib yang mencemaskan baginya. Kebenciannya kepada Najib melebihi dendamnya kepada Anwar?

Mengenai Tengku Razaleigh pula, Mahathir melihat tokoh ini sudah lanjut usianya. Musimnya sudah hampir berlaku. 
 
Menyokong Tengku Razaleigh untuk jadi jadi PM, tidak menguntungkan kerana itu ia lebih baik membiarkan Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri setidak-tidaknya Muhyiddin akan mengenang jasanya, seperti mana dia mengenang jasa Tun Razak, kemudian dia menulis surat kepada Abdullah Badawi agar lantik Najib jadi timbalan.
 
Percayalah Dr Mahyathir kini berputar dalam dirinya bila mengenangkan Najib. 
 
Dia ada cadangan tetapi untuk melaksanakanya tidak mungkin kerana semua kekuatan berada di tangan Najib. Apa yang Mahathir dapat lakukan mengalunkan cerita dongeng dalam majlis-majlis anjuran orang-orang seperti Inchek Ibrahim Ali. [wm.kl. 7:46 pm 30/04/15]

Rosman Dijadikan Bahan Gurauan Kempen PRK

Posted: 30 Apr 2015 08:00 AM PDT

 

Pakatan Rakyat mensasarkan isteri perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai bahan jenaka dalam kempen mereka di Permatang Pauh.

Dalam ceramah berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) malam tadi, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata banyak wanita merungut tentang caj 6 peratus terhadap tuala wanita.

Sambil bergurau, Mahfuz berkata, rungutan itu menyebut mereka tidak dibayar apabila tiap malam tidur bersama suami tetapi terpaksa berbelanja lebih membayar harga tuala wanita selepas GST.

Beliau kemudian bertanya berapa jumlah dibayar Najib untuk menyewa penerbangan bagi membawa rombongan ke kenduri anaknya di Kazakhstan.

Mahfuz merujuk kepada majlis perkahwinan Nooryana dengan warganegara Kazakhstan Daniyar Kessikbayev baru-baru ini.

Ketika Mafuz meninggalkan pentas, pengacara majlis Fariz Musa yang juga pemimpin pusat PKR memanjangkan jenaka Mahfuz.

Fariz berkata Najib tidak peduli dengan caj tambahan pada tuala wanita kerana isterinya tidak lagi memerlukannya.

Jenaka itu mengundang ketawa kira-kira 500 peserta yang hadir dalam ceramah malam tadi itu.

- mkini

AL FATIHAH - Julia Dahlan Meninggal Dunia

Posted: 30 Apr 2015 07:36 AM PDT

Zack Ahmad's photo.Diberitakan Penerbit & Produser Terkenal Julie Dahlan Meninggal Dunia Dalam Perjalan Ke Hospital Ampang Jam 7:30 malam tadi...

Semuga Rohnya Dicucuri Rahmat Dan Ditempatkan Bersama Orang2 Yang Beriman.... AMIN YA RABBAL ALAMIN.
 
 

Giliran Wan Azizah perli Rosmah - FMT Reporters

Posted: 30 Apr 2015 04:00 AM PDT

azizah perli

Beliau mengaitkan beg tangan jenama Birkin ketika berjalan-jalan di pasar malam bagi menyedarkan rakyat tentang kemewahan hidup isteri Perdana Menteri.

PETALING JAYA: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengikut jejak Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mengkritik isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam salah satu gambar kempennya membuat ayat 'sarcastic' dengan mengaitkan beg tangan jenama mewah, Birkin'.
.
"Berjalan-jalan di pasar malam,cari juga beg tangan jenama Birkin, tapi tak jumpa. Peniaga tak jual kerana katanya harga beribu-ribu ringgit…cukup beg berharga RM10, RM20 untuk kita,".


Gambar beliau di pasar malam itu merupakan salah satu kempennya di Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh selain gambar membeli barangan keperluan di pasar raya dan mengaitkannya dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Ternyata serangan dan kritikan Dr Mahathir telah membuka ruang kepada pembangkang untuk turut sama mengkritik Perdana Menteri dan isteri.

Sebelum ini agak sukar untuk melihat Wan Azizah menyerang peribadi seseorang apatah lagi Rosmah.

Laporan media, termasuk media antarabangsa pernah melaporkan Rosmah memiliki beberapa beg jenama Birkin yang setiap satunya didakwa berharga puluhan ribu ringgit.

Harga minyak naik lagi? Adam Abu Bakar

Posted: 30 Apr 2015 03:00 AM PDT

 
minyak naik lagi? 
Harga minyak RON 95 dikatakan akan mengalami kenaikkan sehingga RM0.20 sen iaitu dari RM 1.95 seliter ke RM 2.15 seliter.

PETALING JAYA: Bermula pada tepat pada jam 12.00 malam, 1 Mei 2015 harga bagi minyak RON 95 dikatakan akan mengalami kenaikkan.

Ketika dihubungi FMT, salah seorang pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Ibu Pejabat Putrajaya mengesahkan khabar angin itu.

Ujarnya, harga minyak RON 95 akan mengalami kenaikkan sehingga RM0.20 sen iaitu dari RM 1.95 seliter ke RM 2.15 seliter.

Bagaimanapun bagi harga minyak RON 97 dan diesel, tiada sebarang maklumat diberikan.

"Harga minyak RON 97 mungkin akan kekal kerana minyak tersebut telah dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)," kata pegawai berkenaan.

'Jangan hina, ini bukan setia membabi buta'

Posted: 30 Apr 2015 02:00 AM PDT

 
 
Calon PKR Permatang Pauh Dr Wan Azizah Ismail tampil menolak tanggapan bahawa beliau setia membabi buta kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjara.

Bercakap dalam ceramah berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan di Seberang Jaya malam tadi, presiden PKR itu tampil menegaskan perkara itu.

"Jangan hina saya, saya bukan setia membabi buta," katanya.

Beliau merujuk kepada dakwaan sekumpulan individu di Kajang, kawasan Dewan Undangan Negerinya, yang berkata beliau hanya taatkan arahan Anwar.

Beliau juga menegaskan bahawa Anwar melalui kes yang sama dua kali di mahkamah dan banyak perkara tidak kena berhubung perkara itu.

"Kenapa saya kena ikut BN dan percaya apa mereka kata tentang Saudara Anwar?" katanya kepada kira-kira 500 orang yang hadir dalam ceramah itu.

Ketika Azizah sibuk berkempen di Permatang Pauh, puluhan penduduk Taman Delima di Kajang dilapor tampil berkumpul mempersoalkan khidmat wakil rakyat mereka itu.

Selain membangkitkan soal 'kehilangan' Azizah, mereka menggesa beliau tidak lagi menjadi 'orang yang menurut' perintah parti dan suami semata-mata.

[Baca berita asal]
 

545 layak undi awal PRK Rompin hari ini ??

Posted: 30 Apr 2015 01:00 AM PDT

 
 
Sebanyak 545 pengundi awal menunaikan tanggungjawab dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin bermula 8 pagi ini.

Mereka terdiri daripada 285 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan 260 anggota polis.

Proses pengundian berlangsung di empat saluran mengundi iaitu di Dewan Sri Ibam, Skuadron 322 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Bukit Ibam, bilik rehat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, bilik maklumat Balai Polis Muadzam Shah dan bilik maklumat Balai Polis Tekek, Pulau Tioman.

Pusat mengundi di Balai Polis Muadzam Shah dan Balai Polis Tekek, Tioman akan ditutup pada 2 petang ini manakala pusat mengundi di Skuadron 322 TUDM Bukit Ibam dan IPD Rompin akan ditutup pada 5 petang.

PRK Rompin menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Datuk Hasan Arifin dan calon PAS Nazri Ahmad ekoran kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lalu.

- Bernama

Ranking: Akhbar M'sia kekal tak bebas

Posted: 30 Apr 2015 12:00 AM PDT

 
 
Kedudukan kebebasan akhbar di Malaysia jatuh satu anak tangga ke tempat 142 pada 2014, ketika polis bertindak keras bagi menangani kritikan dilontarkan.

Menurut laporan kebebasan akhbat Freedom House 2014 yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Malaysia berada di kedudukan sama dengan Pakistan dan Turki.

Freedom House juga mendapati bahawa kebebasan akhbar sedunia pada 2014 berada di kedudukan mata terendah dalam tempoh lebih sepuluh tahun.

Pencapaian Malaysia jatuh dariapda 64 kepada 65 daripada 100 mata dan dikelaskan sebagai "tidak bebas".

Angka lebih rendah menunjukkan kebebasan lebih besar dikecapi dan sebaliknya.

Ecuador dan Guinea berada di depan Malaysia apabila berkongsi kedudukan ke-140. Mexico berada di kedudukan ke-139.