Selasa, 28 April 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Najib bukan batang pisang - Najib tak akan berundur.

Posted: 28 Apr 2015 11:00 PM PDT



SEBUKA MATA                                                                             

Semalam Najib Razak telah memacak bendera ketegasannya tidak akan berundur walaupun apa akan terjadi. Katanya, biarpun dia dikritik dan diasak dia tidak akan mudah mengaku kalah dan akan terus berjuang dengan istiqamah demi rakyat.

Sekali lagi Najib berlindung dengan menggunakan nama rakyat berjuang walaupun hakikatnya lebih separuh daripada perjuangan itu lebih menjaga maruah dan martabat keturunan dan isterinya.

Najib memetik pepatah keturunannya, kaum Bugis yang berbunyi, apabila perahu dikayuh ia akan ke tengah dan tidak akan ke tepi lagi. Ertinya apabila dia sudah menjadi raja, dia sama sekali tidak merendahkan dirinya menjadi rakyat biasa. Sekali menjadi raja tengkolok kehebatan tidak akan dipecat.



Hurainya lagi, .."meskipun bagaimana besar gelombang yang melanda, biarpun kemudi patah, biarpun layar robek, biarpun seribu kapal tenggelam di tengah lautan, ia lebih mulia bagi kita tegap teguh berjuang daripada membalik haluan pulang," katanya. Hebat Najib berfalsafah dan berani menyerlahkan komitmentnya.

Pepatah itu memberi isyarat jelas kepada orang yang sedang menggerakkan untuk menyingkirkannya. Bahawa dia akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan diri dan kedudukannya. Dalam hal ini sudah tentu isterinya akan mengejapkan tali ikatan sauh kapal untuk mempertahankan kedudukan dari serangan musuh-musuhnya.

Apa yang ditunggu-tunggu oleh orang ramai, apakah Najib respons atau tidak kepada desakan khasnya oleh Dr Mahathir memintanya berundur dari kerusi PM, kini terjawab. Najib menunjukkan dia bukan sembarangan. Dia bukan seorang yang mudah mengaku kalah. Perwatakannya yang lemah lembut dan politik romantik bukan gambaran kelemahan Najib dan mudah untuk menumbangnya persis menebas batang pisang. Najib berdiri atas semangat dan besi Bugisnya.

Secara psikologisnya apabila seseorang itu memetik pepatah kaum keturunannya, ertinya dia kembali ke arak umbinya. Dia mencari kekuatan asal usulnya, membawa seluruh kerabat dan sejarah kaumnya untuk mempertahankan diri.

Najib hari ini bukan sahaja bersendirian tetapi dia telah membangkit keturunannya untuk mempertahankan dirinya.  Beliau telah menjadikan dirinya sebagai lambang orang Bugis di Malaysia di mana kaum itu akan diminta dan diharap akan menyokongnya. Jatuhnya Najib ibarat merendahkan maruah Bugis.

Keberanian orang Bugis dalam sejarah Melayu jelas. Orang Bugis yang mahir dalam dunia pelayaran serta mempunyai hati yang kental. Dapat mengalah dan menewaskan laun dan perompak hatta dari lautan Hindi sekalipun. Riwayat Raja Haji adalah contohnya. Orang Bugis mampu melayarkan kapalnya tanpa layar dan berani merempuh ombak dan taufan di malam gelap gelita. Dengan mengambil semangat itu Najib tidak berasa hairan dengan apa yang dilakukan oleh Mahathir.

Najib sudah mendapat keberanian tambahan.

Justeru para pengkritik Najib, terutama Dr Mahathir perlu memahami dan mengkaji balik tentang hasrat mereka untuk menumbangkan Najib secara tidak beradab. Elok kalau Mahathir beringat atau pun berpatah balik dari menyerang Najib kalau tidak mahu menanggung malu dan menggeruhkan air laut. Apakah Mahathir juga akan memetik pepatah kaumnya, Krala untuk berhadapan dengan Najib? Bahawa Mahathir tidak akan memusingkan haluan kapalnya?

Dengan pemacakan bendera itu Najib tidak akan berundur. Jun hadapan tanggal yang dijadikan mentara untuk Najib berundur akan berlalu begitu sahaja. Segala rundingan secara baik dan diplomatik agar beliau berundur tidak dihiraukan lagi. Najib hanya mengangguk di hadapan tetapi mencemuh di belakang.

Najib juga ada akal bagi mempedayakan Mahathir yang galak menyerangnya. Untuk memperkukuhkan tindakannya Najib mendakwa beliau mendapat sokongan padu daripada timbalannya Muhyuddin Yassin dan jemaah menteri lain serta ahli Umno.

Kenyataan Najib itu bijak ia dilihat satu helah dan strategi yang licit. Secara tidak langsung ia telah meletakkan Muhyiddin dalam keadaan serba salah dan terikat dengannya. Saya tidak kira Muhyiddin berani untuk melentang dan menentang Najib. Misi kebendaan yang menjadi impian dan idaman para pemimpin Umno yang ditanam sejak berdekad lalu, menyebabkan mereka tidak akan berbuat apa-apa apabila mereka sudah mempunyai kedudukan dan kuasa.

Kebanyakan para pemimpin Umno bersifat seperti tikus jatuh ke dalam genak beras, mereka akan mendiamkan diri dan tidak akan memperlakukan apa yang berlaku diluar lagi. Apa peduli dengan nasib rakyat dan negara yang penting tembolok kembung. Sifat atau perangai ini menjadi amalan dan subur dalam Umno sejak ia dicambahi sendiri oleh Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi pemimpin nombor satu parti tersebut.

Sifat dan sikap itu juga diamalkan oleh Muhyiddin dan mereka yang lain. Boleh diperhatikan apa yang Muhyiddin lakukan sewaktu Anwar Ibrahim berhadapan dengan serangan dan fitnah Mahathir akhir tahun 90an dulu. Beliau yang dilihat seorang tokoh yang berlatar belakangkan agama hanya mendiamkan diri sahaja dan memerhati apa yang berlaku. Ada dia bangkit membela, tidak. Muhyiddin tidak berbuat apa-apa kerana bimbang kedudukannya sebagai menteri tergugat.

Muhyiddin juga sedar bukan mudah untuk dia menjadi timbalan perdana menteri. Jadi untuk apa dia mengikut kehendak Dr Mahathir agar menentang Najib. Pengalaman yang pernah dilalui oleh bekas timbalan perdana sebelum ini sangat diingati oleh Muhyiddin. Kerana keberanian mereka melawan ketua akhirnya jawatan terpanggal. Sejarah dilakari oleh Musa Hitam dan Anwar Ibrahim menjadi azimat kepada Muhyiddin untuk menjaga dirinya dan tidak akan terlepas jawatan yang istimewa itu.

Muhyiddin juga tidak akan menjadi bodoh untuk berjudi dengan jawatan yang disandangkan kini dengan mengharap jawatan perdana menteri. Jawatan yang dimiliki kini bukan mudah diperolehinya. Dia juga tentu sudah sedar yang api politiknya sudah hampir hendak pdam sebelum ini.

Apabila beliau sudah ditanggalkan daripada menjadi MB Johor, ertinya dia sudah dipersiapkan persalinan perasaaan. Pengurninaan gelarana Tan Sri dalam pengertian politik adalah isyarat untuk berhenti. Bagaimana pun nasib Muhyuddin baik apabila Mahathir berjaya menjatukan Abdullah Ahmad Badawi dengan menjadi Muhyuddin sebagai sebagai perkakas.

Kedudukan yang disinggahsanai Muhyuddin kini adalah hadiah kepada kesediaan menjadi alat untuk menyingkirkan Abdullah. Dalam kata lain Muhyuddin tidak mempunyai kekuatan akar umbi, pengaruhnya dalam Umno tidak setebal Ahmad Zahidi Hamidi, atau pun Najib sendiri. Jadi untuk apa dia gila-gila untuk mengikut nafsu Mahathir yang belum tentu menguntungkannya maka lebih baik dia diam bersama Najib menjadi tikus dalam genak beras.

Saya yakin Najib sudah mendapat jaminan sokonangan padu daripada Muhyiddin cuma TMB itu segan sahaja untuk menyatakan sokongan secara terbuka dan mendada kerana tidak mahu menganggu perasaan Mahathir.

Dan dengan pengistyharan semalam kedudukan Najib sebagai PM kini semakin kukuh. Dr Mahathir terpaksa mencari ranting dan kayu lain untuk menyucuk Najib. Kali ini Mahatir akan terus kempunan untuk memakan mangsanya yang seterusnya.


Posted by mso.im

Siapa Isteri Orang Paling Berpengaruh Di Malaysia Yang Beri Dadah Kepada Chong Wei?

Posted: 28 Apr 2015 10:19 PM PDT

 
Isteri 'lelaki berpengaruh' beri Chong Wei kapsul dicemari bahan terlarang, kata laporan


Datuk Lee Chong Wei tidak memberitahu nama wanita tersebut, tetapi beliau ada mendedahkan identiti wanita tersebut semasa pendengaran tertutup bersama 3 orang panel dan peguam.


Dadah anti-radang dexamethasone yang diharamkan ditemui di dalam suplemen kesihatan jaguh badminton Datuk Lee Chong Wei yang diterimanya daripada isteri seorang "lelaki yang sangat berpengaruh di Malaysia", menurut laporan panel 3 anggota Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Menurut laporan itu, kira-kira pada 2007 atau 2008, wanita yang tidak dinamakan itu mula memberi Lee sedikit cordyceps tulen dari bekalannya sendiri yang dibelinya dalam bentuk mentah, dijadikannya serbuk dan dikapsulkan di sebuah kedai di Kuala Lumpur.

Susulan itu, dia mula menghantar kapsul Cordyceps itu secara tetap kepada Lee sebagai hadiah.


"Atlet itu (Lee) tidak mahu memberitahu nama wanita itu kerana bimbang dia akan menerima akibatnya, sekiranya dia dikaitkan dengan kes dadah," menurut laporan 13 muka surat yang ditandatangani pengerusi panel Rune B. Hansen.

Laporan itu bagaimanapun berkata, Lee mendedahkan nama wanita tersebut pada satu sesi pendengaran tertutup bersama hanya 3 orang ahli panel itu, yang turut dihadiri peguam Malaysia.

"Pada pendapat panel, ini mengukuhkan lagi kebolehpercayaan beliau," kata laporan itu.

Menurut laporan itu, seorang peguam, Song Wei Kar, pada Mac tahun lepas melawat kedai di Kuala Lumpur itu di mana wanita itu menjadikan serbuk dan menkapsulkan Cordyceps mentahnya.

Pemilik kedai itu mengesahkan kepada Song yang dia memproses Cordyceps tulen itu seperti dikatakan.

Bagaimanapun, beliau tidak mahu memberikan kenyataan kerana bimbang ia akan menjejaskan perniagaannya.

Menurut laporan itu, tuan punya kedai itu mengakui proses yang dilakukan ke atas Cordyceps tu melibatkan kemungkinan risiko pencemaran.

Lee memberitahu panel anti-doping itu beliau makan 2 kapsul Cordyceps setiap pagi pada bulan Ogos 2014, termasuk pada pagi berlangsungnya perlawanan separuh akhir Kejohanan Dunia BWF.

"Bagaimana pencemaran itu berlaku tidak diketahui dengan pasti, tetapi kemungkinan besar ia berlaku semasa proses pengisaran Cordyceps mentah itu menjadi serbuk dan semasa ia diletakkan ke dalam kapsul gelatin di kedai di Kuala Lumpur itu," kata laporan itu.

Analisis makmal juga mendapati kehadiran dexamethasone "dalam dan/atau pada sarung salah satu daripada 2 kapsul" yang masih tinggal dalam bekas yang digunakan Lee dari Ogos 2014 itu, kata laporan itu.

Panel itu berpendapat, kemungkinan yang paling besar menyebabkan ujian ke atas Lee positif untuk dadah anti-radang itu ialah kerana dia memakan kapsul Cordyceps itu dan sarung gelatin kapsul itu tercemar.

Laporan itu juga berkata Lee mula mengambil makanan tambahan Cordyceps pada atau sekitar 1995 pada usianya 13 tahun kerana ibunya percaya ia bermanfaat untuk kesihatan.

Apabila beliau berpindah dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur pada tahun 2000, ibunya selalu menumbuk Cordyceps menjadikannya serbuk dan memasukkan ke dalam kapsul gelatin.

Lee dan atlet lain juga dibekalkan dengan makanan tambahan Cordyceps oleh Institut Sukan Negara (ISN) dari tahun 2005 hingga 2008.

Kemudiannya, apabila dia mula mengambil kapsul yang diberikan wanita yang tidak dinamakan itu, pakar nutrisi sukan di ISN memberitahunya ia selamat digunakan kerana Cordyceps ialah produk berasaskan makanan.

Mengumumkan dapatan panel itu pada 27 April, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata kapsul Cordyceps yang mengandungi dexamethasone menjadi punca utama kepada penggantungan bekas pemain nombor satu dunia itu.

Lee digantung 8 bulan oleh BWF kerana kesalahan doping pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos tahun lepas. Bagaimanapun, hukuman penggantungan berkuat kuasa 30 Ogos tahun lepas itu akan berakhir 30 April ini.

Panel BWF yang menjalankan perbicaraan itu mendapati Lee secara "tidak sengaja" mengambil dexamethasone itu.

Ia berpuas hati yang Lee tidak berniat menipu, setelah meneliti keterangan yang diberikan pada pendengaran yang diadakan di Belanda pada 11 April.

"Panel yakin ia bukan kes dadah dengan niat untuk menipu," ia membuat kesimpulan.

Bagaimanapun, panel itu mendapati Lee cuai dalam menerima dan mengambil kapsul yang "diberikan kepadanya dalam bekas yang tidak berlabel atau mempunyai deskripsi," kata laporan itu.

"Lee merupakan atlet terkemuka dunia selama hampir 10 tahun. Bagi atlet dalam kedudukan yang begitu tinggi, beliau seharusnya sangat berhati-hati mengelak kecuaian.

"Dengan menerima kapsul Cordyceps itu, Lee mendedahkan dirinya sepenuhnya kepada risiko yang tidak perlu, dengan memakan bahan terlarang selama bertahun, tidak kira sama ada sumbernya ialah Cordyceps itu sendiri atau kapsul gelatin itu," kata laporan itu.

Lee, 32, menerima kehadiran dexamethasone dalam sampel beliau dan hakikat yang ia suatu pelanggaran anti-doping.

Pemenang 2 kali pingat perak Olimpik itu kini dapat meneruskan kerjayanya dan berharap dapat beraksi pada Sukan Olimpik Rio de Janeiro tahun depan. – tmi
 

GTP dan ETP diiktiraf dunia, kata PM

Posted: 28 Apr 2015 08:00 PM PDT

 
 

Kejayaan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) menyelia pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) berjaya menarik perhatian dunia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata ia terbukti apabila beberapa negara seperti Tanzania, Afrika Selatan dan India kini mengguna pakai model dan khidmat konsultansi PEMANDU dalam merencanakan agenda pembangunan di negara berkenaan.

Beliau berkata tahun lepas, dua penyelidik Bank Dunia Profesor Charles Sabel dan Luke Jordan menerbitkan satu kertas kajian bertajuk 'Doing, Learning, Being: A Study of Malaysia's Transformation Program' yang mengandungi perakuan mereka tentang keberhasilan transformasi sebenar di Malaysia.

"PEMANDU juga telah dipilih satu daripada 20 Pasukan Inovasi Kerajaan yang terbaik di peringkat antarabangsa," katanya semasa melancarkan Laporan Tahun 2014 GTP dan ETP, yang disiarkan secara langsung menerusi Radio dan
Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pengiktirafan itu diberikan NESTA, iaitu sebuah badan inovasi di United Kingdom dan Bloomberg Philanthropies pada 2014.

Perdana Menteri turut memuji gabungan bakat dan kebolehan daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC), swasta dan penjawat awam yang menjayakan program itu.

"Hasilnya, dalam tempoh hanya lima tahun pelaksanaan metodologi 'Big Fast Results' (hasil besar dan pantas) di dalam GTP dan ETP oleh PEMANDU bagi mentransformasi Malaysia turut berjaya menarik perhatian dunia," kata beliau.

Menceritakan detik awal penubuhan PEMANDU pada September 2009, Najib berkata objektif utama penubuhannya adalah untuk menyelia pelaksanaan, menilai kemajuan, memudah cara serta menyokong penyampaian serta memacu kemajuan GTP dan ETP.

"Ini semua dilaksanakan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara High Income Advanced Economy (Negara Maju Berpendapatan Tinggi), menjelang fajar 2020, Insya-Allah," kata beliau.

Menurutnya PEMANDU diwujudkan sebagai penyelaras untuk membantu semua kementerian.

PEMANDU tidak bekerja sendirian, sebaliknya ia bertindak sebagai fasilitator atau pemudah cara dalam mengatur dan menyusun pelaksanaan program-program transformasi kerajaan, beriring dengan tanggungjawab kementerian-kementerian, jelas Najib.

"Ertinya, secara keseluruhan, PEMANDU ialah sebuah unit yang mengawasi KPI dan piawai kerja Menteri, Kementerian juga Agensi-Agensi Kerajaan berkaitan," kata beliau.

Berdasarkan laporan PEMANDU juga, prestasi para Menteri akan dibentangkan, dinilai dan dibuat semakan sebanyak dua kali setahun.

"Ini bererti, para Menteri juga tertakluk kepada report card (kad laporan)masing-masing sebagai penentu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) mereka," kata Najib.

- Bernama

'Suara dari penjara' untuk Wan Azizah

Posted: 28 Apr 2015 07:30 PM PDT

 
 
Tanpa jasadnya di Permatang Pauh, kehadiran Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap dirasai dengan kemunculan sekeping surat daripada beliau menggesa pengundi menyokong isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Melalui surat itu Anwar berkata, dia akan terus bersabar menghadapi nasibnya yang kini dipenjara di Sungai Buloh.

"Insha-Allah, saya akan terus bersabar dan perkuat tekad berjuang (dalam menghadapi lima tahun penjara)," katanya.

Menurut bekas timbalan perdana menteri itu negara kini "bergelut dengan pelbagai tindakan kezaliman dan mendera rakyat" serta beban cukai termasuk GST.

"Sekali lagi saya mohon sokongan saudara-saudara memilih Dr Wan Aziah Ismail mewakili Pakatan Rakyat untuk meneruskan perjuangan menegak keadilan dan membela nasib rakyat," katanya.

Anwar dilucutkan haknya sebagai ahli parlimen selepas disabitkan kesalahan di mahkamah.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 7 Mei ini sebagai hari mengundi bagi memilih calon menggantikan Anwar.

Pakatan diwakili Wan Azizah yang juga Presiden PKR. Beliau dicabar tiga lagi calon, termasuk dari BN, Suhaimi Sabudin dan dua calon bebas.

Surat Anwar itu ditulisnya ketika menghadiri perbicaraan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur semalam.
 

Najib terbangkan penerima BR1M ke KL

Posted: 28 Apr 2015 07:00 PM PDT

 
 

Seorang ibu tunggal di sebuah rumah panjang di Sarawak dan pengusaha salon kecantikan di Sabah adalah antara beberapa contoh individu yang mendapat nikmat daripada Program Transformasi Kerajaan (GTP) setakat ini.

Nama Puan Dayah anak Mamut, 41, pengawal keselamatan sekolah di Betong dan Clarissa Balicao dari Kota Marudu disebut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa melancarkan laporan GTP dan Program Transfomasi Ekonomi (ETP) 2014 di Auditorium Perdana Angkasapuri malam ini.

Turut disebut oleh Najib sebagai bukti keberkesanan GTP ialah Karupaya a/l Muthukanoo dari Pandamaran, Klang; Ruqaiyah Azahari dan adik Nor Izzati Sabrina dari Ipoh.

Najib menyebut nama-nama tersebut dalam ucapannya, kerana menurut beliau, rakyat mungkin bertanya apakah kaitan laporan GTP kepada kehidupan seharian mereka.

Dayah, yang menanggung persekolahan empat orang anak berusia 11 hingga 20 tahun, adalah antara tujuh juta isi rumah dan individu yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Clarissa pula antara contoh kejayaan program Akhiri Zaman Miskin atau 1AZAM yang kini memiliki salon sendiri di Kota Marudu, Sabah dan mampu menjana pendapatan lebih RM6,000 sebulan, kata Najib.

"Berkat kesungguhan untuk mengubah nasib hidup dan keluarganya, beliau (Clarissa) telah mendaftarkan diri dalam program 1AZAM dan menyertai pelbagai latihan yang ditawarkan," katanya.

Hampir 65,000 keluarga daripada golongan sasar telah dibantu di bawah program 1AZAM.

Karupaya pula antara contoh rakyat yang mendapat khidmat kesihatan Klinik 1Malaysia yang kini berjumlah 307 buah di seluruh negara.

Menurut Perdana Menteri, sebanyak 15.8 juta kes pendaftaran rawatan dicatat oleh Klinik 1Malaysia yang hanya mengenakan bayaran RM1 sahaja.

Ruqaiyah, pemenang pingat gangsa pada Pertandingan Kemahiran ASEAN 2012 di Jakarta, Indonesia dalam bidang teknologi fesyen telah mendapat manfaat daripada pelaksanaan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional(TVET).

Asalnya Ruqaiyah hanya memperoleh pendapatan RM300 sebulan untuk membantu keluarganya selepas tamat pendidikan awal di sekolah pondok.

Kata Najib, Ruqaiyah, yang turut memenangi pingat Medallion for Excellence di WorldSkills Competition 2013 di Jerman, memiliki semangat gigih dan telah berusaha mendapatkan Sijil Kemahiran GIATMARA dalam bidang fesyen dan jahitan  di GIATMARA Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

"Kini, beliau telah memperoleh pendapatan yang baik, melalui pekerjaan beliau sebagai tenaga pengajar di GIATMARA, di samping mengambil upah tempahan jahitan baju," katanya.

Najib turut berkongsi kisah Nor Izzati, seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Marian Convent Ipoh, Perak yang merupakan sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

SBT telah meningkatkan kemahiran Nor Izzati berkomunikasi dan bersosial, yang membolehkan pelajar bercita-cita menjadi peguam itu mewakili sekolahnya dalam pertandingan 'choral speaking'.

- Bernama

Tol LPT2 mula berkuatkuasa Ogos

Posted: 28 Apr 2015 06:30 PM PDT

 
 

Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang telah siap sepenuhnya dan dibuka secara percuma kepada lalu lintas sejak 31 Dis lepas, dijangka akan mula mengenakan tol pada Ogos hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Ir Rosli Othman berkata, pada awalnya LPT2 sepanjang 184 km dengan harga RM3.7 bilion itu dijadualkan mula mengenakan tol pada Jun ini namun terpaksa ditunda atas beberapa faktor.

"Saya difahamkan ia akan mula mengenakan tol selepas hari raya puasa ini dan sehingga kini kita masih tidak tahu kadar bayaran tol itu.

"LPT2 itu akan dikendalikan oleh PLUS dan dijangka mereka akan mengenakan kadar tol berasaskan kepada LPT1," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan elaun sara hidup nelayan kawasan Terengganu Selatan di sini hari ini.

Ir Rosli berkata, ketika ini kerja-kerja membaiki lebuh raya itu sedang berjalan yang dikendalikan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Ini kerana terdapat sesetengah kawasan di lebuh raya itu jalannya beralun seperti laluan Jabor hingga ke Kijal dan Ajil.

PLUS akan mengambil alih lebuh raya itu dengan lapan plaza tol.

Mengenai kemalangan yang sering belaku di sepanjang lebuh raya itu, Ir Rosli berkata beberapa faktor telah dikenalpasti antaranya kecuaian manusia itu sendiri.

"Lebuh raya itu jalannya lurus dan ada pemandu yang mengantuk lalu terbabas. Kita juga tidak nafikan faktor binatang ternakan yang memasuki kawasan lebuh raya turut menyumbang kepada kemalangan," katanya.

Ir Rosli berharap tuan punya binatang mengawasi ternakan mereka supaya tidak memasuki kawasan lebuh raya kerana ia menyumbang kepada kemalangan.

- Bernama

Panas! Pimpinan Tertinggi Umno beri amaran kepada Ahmad Maslan

Posted: 28 Apr 2015 06:00 PM PDT

GST - UMNO TERUS GELISAH


‎PAGI tadi Ahmad Maslan buat hal lagi, apabila mengeluarkan tweet merapu menuduh peniaga pro pembangkang sebagai punca kenaikan harga barang — peniaga pro pembangkang naikkan harga barang
Barangkali kerana bimbang dengan keghairahan Ahmad Maslan yang berterusan mengeluarkan kenyataan bodoh tentang GST, beliau dilaporkan telah diberi amaran oleh pimpinan tertinggi Umno‎.

‎Kenyataan bodoh Ahmad Maslan tentang GST dibimbangi akan mengurangkan majoriti kemenangan Barisan Nasional di PRK Rompin, serta menggagalkan cita-cita BN untuk menawan kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Nampaknya pemimpin tertinggi Umno‎ sendiri tidak sanggup mempertahankan cukai GST yang sebelum ini bermati-matian didukung dan disokong oleh mereka.

Bila majoriti rakyat‎ tidak menyokong perkara yang dikatakan baik oleh kerajaan, itu tandanya kerajaan sedang 'syok sendiri' dan tidak memahami suara hati rakyat.

Bantah cukai rakus! #BantahGST — Pastikan BN kalah teruk di PRK Permatang Pauh dan Rompin

Patutlah Gambar Najib Tiada Di PRK Permatang Pauh.. Ini Puncanya?

Posted: 28 Apr 2015 05:30 PM PDT

 
Zack Ahmad's photo.

Patutlah Gambar Najib Tiada Di PRK Permatang Pauh. 

Ketiadaan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada poster Barisan Nasional (BN) dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh bukan satu isu, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Beliau berkata, apa yang lebih penting ialah calon Umno Suhaimi Sabudin yang ditonjolkan dalam poster parti di kawasan Parlimen itu.

"Tidak kisah wajah siapa yang ditayangkan di atas poster. Apa yang penting ialah gambar calon.

"Perdana menteri tidak bertanding, malah saya pun tidak bertanding, wajah saya tidak ada atas poster," katanya kepada wartawan selepas melancarkan projek menaik taraf bernilai RM400 juta di Hospital Seberang Jaya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengarah Strategi PKR yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin berhubung persoalan timbul mengenai tiada gambar Najib dalam bahan kempen di Permatang Pauh.

Patutlah Gambar Najib Tiada Di PRK Permatang Pauh

"Adakah ini petunjuk ahli Umno bersetuju dengan Dr Mahathir yang Najib patut pergi?," katanya.

Sim juga mempersoalkan jika ia adalah petanda sejarah akan berulang lagi dengan perdana menteri berundur tidak lama selepas pilihan raya kecil di Permatang Pauh, atau sama ada Najib kini menjadi liabiliti atau "toksik" kepada partinya, susulan banyak kritikan terhadap pentadbirannya, terutama daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketika ditanya sama ada serangan Dr Mahathir terhadap Najib mempengaruhi kempen BN di Permatang Pauh, Muhyiddin berkata fokus patut diberikan kepada isu rakyat dan soalan yang lebih relevan kepada pengundi.

Pejuang Rakyat !

Posted: 28 Apr 2015 05:00 PM PDT

Mafiaboss Melayu's photo.
Saya tahu saya dilihat sebagai duri yang perlu dibuang kerana sering kali mendedahkan pelbagai penyelewengan dan pembaziran Umno/Barisan Nasional. 

Setiap kali pendedahan sebegini berlaku, pimpinan Umno/Barisan Nasional tidak mempunyai jawapan kerana ia memang benar-benar berlaku. 

Akibatnya, pimpinan Umno/Barisan Nasional terpaksa menggunakan Ketua Polis Negara untuk menutup penyelewengan-penyelewengan ini dengan menahan saya dengan harapan ia akan menutup mulut saya.

Apabila saya membuat keputusan meninggalkan dunia korporat untuk menjadi aktivis politik sepenuh masa, saya telah nekad untuk tidak akan berundur sehinggalah ada perubahan dalam negara ini. 


Tidak ada lokap, penjara atau mahkamah yang boleh menutup mulut saya. 

Di mana ada pembaziran dan rasuah Umno/Barisan Nasional, di situ saya menunggu. 

Sebab itu, hari ini saya tampil untuk menyambung pendedahan mengenai skandal pembelian jet peribadi oleh Perdana Menteri.- Sdr Rafizi Ramli
 

Najib: Saya takkan menyerah kalah !!

Posted: 28 Apr 2015 04:30 PM PDT




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan beliau tidak akan berganjak atau menyerah kalah walaupun diasak dan dikritik.

Katanya beliau akan tetap istiqamah berjuang demi rakyat sebagai sebuah kerajaan yang telus bersama timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, jemaah menteri dan anggota pentadbiran.

Memetik seruan hikmat Bugis, beliau berkata apabila perahu dikayuh ke tengah, ia tidak boleh "bersurut pulang".

"...meskipun bagaimana besar gelombang yang melanda, biarpun kemudi patah, biarpun layar robek, biarpun seribu kapal tenggelam di tengah lautan, ia lebih mulia bagi kita tegap teguh berjuang daripada membalik haluan pulang," katanya.

Beliau menyampaikan ucapan sempena pelancaran Laporan Tahunan 2014 untuk Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Kata-katanya itu secara tidak langsung menjawab kritikan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menuntut agar beliau meletak jawatan.

Mahathir sebelum ini antara lainnya membangkitkan mengenai motif kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pentadbiran dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Turut dibangkitkan Mahathir ialah langkah pembayaran wang tunai kepada golongan kurang berkemampuan melalui skim Bantuan Rakyat 1Malaysia.

Menurut Mahathir, walau dengan bayaran tersebut, Najib tetap mencatatkan prestasi buruksemasa pilihan raya umum 2013.

Menjawab isu BR1M, Najib seterusnya memperagakanseorang warga kurang berkemampuan di atas pentas, yang diterbangkannya khas dari Betong Sarawak.

"Beliau adalah seorang ibu tunggal yang kini bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah dan mempunyai 4 orang anak yang berusia di antara 11 hingga 20 tahun.

"Di sini, sebagai seorang pemimpin, suka saya menyatakan, sesiapa sahaja boleh mengatakan apa saja yang mereka suka dan fikirkan.

"Namun bagi individu rakyat seperti Puan Dayah ini, Bantuan Rakyat 1Malaysia, betul-betul dapat membantu meringankan beban yang ditanggung bagi kos persekolahan anak-anaknya," kata Najib.

Seramai dua orang anak wanita tersebut turut ditunjukkan di atas pentas dalam siaran langsung melalui RTM itu.

Menurut Najib lagi, skim bantuan seperti itu berjaya dilaksanakan di negara seperti United Kingdom dan Indonesia.

Skim itu juga hanyalah langkah sementara, kata Najib yang menegaskan bahawa ia mampu meringankan beban golongan sasaran – seramai tujuh juta isi rumah.

VIDEO - Ahmad Maslan sanggup dibaling batu demi GST ?? - Faiz Zainudin

Posted: 28 Apr 2015 09:15 AM PDT


sanggup dibaling batu demi GST, Ahmad Maslan

Selagi rakyat marah dan ugut untuk membaling batu, selagi itulah Ahmad Maslan akan turun padang untuk memberi penerangan kebaikan GST.

PETALING JAYA: Datuk Ahmad Maslan tidak gentar untuk meneruskan penerangan tentang kebaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) walaupun dirinya berisiko dibaling batu.

Timbalan Menteri Kewangan itu berkata, beliau tidak kisah dikutuk mahapun dibaling batu asalkan rakyat mendapat penerangan sebenar kebaikan GST.

Katanya, selagi rakyat marah dan ugut untuk membaling batu, selagi itulah beliau akan turun padang untuk memberi penerangan.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata, GST merupakan usaha kerajaan untuk membantu rakyat dengan mengurangkan cukai daripada 10 peratus kepada enam peratus.

"GST mengurangkan cukai dari 10 peratus kepada enam peratus. Semua barang kita pakai, baju, seluar, songkok, kasut, meja, kerusi, segala pinggan mangkuk 10 peratus cukai, tetapi GST menurunkan cukai itu kepada enam peratus," katanya.

Beliau berkata demikian pada Ceramah Umum Penerangan GST dan Isu-isu semasa di Kampung Guar Perahu, Kubang Semak, Bukit Mertajam pada 25 April lalu.

FMT telah merakam sebahagian ceramah itu. Ia diadakan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan hanya dihadiri kira-kira 50 orang walaupun bersebelahan dengan pasar malam dan kedai makan.

Ahmad Maslan berkata, beliau datang ke Permatang Pauh semata-mata untuk menerangkan kebaikan GST yang tidak membebankan rakyat.

Dalam ceramah itu, beliau turut menyentuh isu tandas di KLCC yang dikenakan GST dan menimbulkan tidak puas hati orang ramai.

Katanya, tandas itu untuk pelancong asing dan orang kaya yang tidak terkesan dengan GST.

Beliau berkata, rakyat sepatutnya menggunakan kuasa memilih untuk menggunakan tandas percuma yang banyak disediakan di pusat beli belah itu.

"Siapa suruh pergi tandas yang dibayar RM2, siapa suruh? Di KLCC ada banyak tandas yang tak berbayar, kenapa tak pergi tandas yang tak berbayar?

"Saudara saudari ada kuasa yang pertama, kuasa untuk memilih. Kenapa dipilih tandas yang berbayar? Tandas yang berbayar hanya untuk pelancong dan orang kaya yang tidak ada apa-apa kesan bila bayar," katanya.

Dalam ceramah itu juga, Ahmad Maslan memberitahu beliau telah memaafkan bapa kepada seorang aktivis muda (Adam Adli) yang telah meninggal dunia kerana kemalangan.

Katanya, walaupun arwah pernah menghinanya di laman sosial namun beliau telah memafkan dan mendoakan rohnya dirahmati di alam kubur.

"Saya tidak doakan dia kemalangan tapi dia kemalangan dan meninggal dunia. Saya maafkan beliau semoga beliau dirahmati di dalam kubur.

"Saya ingin menurunkan cukai rakyat, tetapi mereka kata muka saya macam taik babi, ibu saya pun dia kata khinzir kerana saya nak turunkan cukai rakyat," katanya.





Bukan Tsunami Melayu Tetapi Tsunami Rakyat

Posted: 28 Apr 2015 08:30 AM PDT



SHAH ALAM - Penganalisis politik berpendapat sekiranya sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak ditambah baik dari segi pelaksanaannya, maka tidak mustahil BN akan berdepan 'tsunami rakyat'.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, BN selama ini dapat bertahan kerana kehebatan dasarnya.

"Dalam politik, selama ini BN boleh bertahan biarpun menghadapi banyak isu ialah kerana ia menjaga kesejahteraan kehidupan rakyat. Di sinilah hebatnya Tun Dr Mahathir Mohamad. Hebatnya Mahathir beliau tidak usik perut rakyat, manakala GST mengusik perut rakyat.

"Manakala pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, mengusik perut rakyat. Jika ini tidak diatasi segera, PRU 14 nanti, yang berlaku bukanlah tsunami Melayu, tetapi tsunami rakyat," katanya kepada Sinar Online.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai kenyataan Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang dipetik sebagai berkata, Najib diramal berdepan tsunami Melayu susulan dasar-dasar pentadbirannya, seperti perlaksanaan GST, menimbulkan kemarahan Melayu.

Oleh itu katanya bagi mengelak perkara tersebut, Najib perlu 'merawat' segera  pelaksanaan GST.

"Pentadbiran Najib perlu lakukan  'pengubahsuaian' GST dengan segera. Kaedah penerangan perlu diubah!," tegasnya.



Azman Shah calon PRM bukan Bebas - Faiz Zainudin

Posted: 28 Apr 2015 07:45 AM PDT

azman-shah

Azman telah membuat pengakuan dirinya merupakan ahli PRM yang sah dan telah menyertai parti itu sejak sebulan yang lalu.

PETALING JAYA: Salah seorang calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, Azman Shah Othman, dilanda kontroversi apabila didakwa bukan ahli Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Dia telah diminta supaya tidak menggunakan nama PRM sebaliknya bertanding sebagai calon Bebas untuk mengelak kekeliruan.

Bagaimanapun, Azman telah membuat pengakuan dirinya merupakan ahli PRM yang sah dan telah menyertai parti itu sejak sebulan yang lalu.

Pengakuan itu sekaligus menafikan kenyataan Pengerusi PRM Pulau Pinang, Datuk Gary Nair yang mendakwa Azman sebagai pelawak dan menggesa beliau menarik diri bertanding.

"Saya sudah sebulan lebih menjadi ahli. Pencalonan saya mendapat persetujuan PRM Pusat dan diberi sijil watikah lagi oleh Presiden," katanya ketika dihubungi FMT.

Azman berkata, tindakan PRM Pulau Pinang membantah pencalonannya kerana mungkin tercabar dan tidak puas hati.

"Saya rasa mereka tak setuju mungkin ada sabotaj. Setiap perlawanan ada yang sokong ada yang tak sokong.

"PRM Pulau Pinang jarang menghadiri mesyuarat di peringkat Pusat. Bila panggil tak datang, malah maklumat terkini tidak sampai pada mereka," katanya.

Azman bagaimanapun berkata, isu itu akan diselesaikan selepas PRM Pusat mengadakan perbincangan dengan PRM Pulau Pinang dalam masa terdekat.

Katanya, jentera parti akan digerakkan secara besar-besaran pada 1 Mei sehingga hari mengundi.

"PRM mahu menjaga kesejahteraan penduduk dan kebajikan seluruh pengundi," katanya.

Bekas banduan cerita kehidupan Anwar di penjara - FMT Reporters

Posted: 28 Apr 2015 07:00 AM PDT

 
anwar

Anwar Ibrahim banyak menghabiskan masa membaca buku dan al-Quran serta menyampaikan tazkirah kepada banduan dan petugas penjara.

PETALING JAYA : Seorang bekas banduan telah tampil menceritakan kehidupan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh.

Sulaiman Ajik, 49, berkata kehadiran Anwar membuka lembaran baharu kepada penghuni di penjara itu.

Sulaiman dalam temubual eksklusif bersama KeadilanDaily berkata, Anwar banyak menghabiskan masa mentelaah buku agama dan membaca al-Quran.

"Anwar turut mengimamkan lebih 300 jemaah banduan dan petugas penjara serta menyampaikan tazkirah selepas solat," katanya.

Katanya, Ketua Umum PKR itu tidak pernah menyentuh isu politik sebaliknya takzirah tentang nasihat dan bagaimana mahu menjadi manusia yang baik serta berguna kepada manusia lain.

"Tetapi yang menariknya apabila Anwar memberi tazkirah, banduan seolah-olah terpaku dan sentiasa ternanti-nanti pada esoknya apa yang ingin Anwar sampaikan," katanya.

Sulaiman berkata, kali pertama melihat sel yang didiami Anwar, dia sayu dan sedih.

"Tidak dapat digambarkan bila seorang pemimpin seperti beliau meringkuk di penjara dalam keadaan sedemikian rupa.

"Tapi beliau tidak mudah patah semangat. Dalam penjara pun, beliau selalu beri kata-kata semangat pada semua banduan lain," katanya.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata keadaan sel penjara amat menyeksakan bagi individu seusia Anwar yang turut menderita sakit belakang.

Katanya, Anwar diberikan sebuah meja sebagai alas tempat tidur dipercayai diberikan selepas peguam membuat bantahan.

"Tetapi yang sedihnya hanya tilam nipis sebagai pengalas untuk baring. Untuk bantal pula atas inisiatif banduan-banduan yang mengumpulkan lipatan kain dan dimasukkan ke dalam sarung sebagai bantal untuk Anwar tidur," katanya.

Sulaiman turut menceritakan kegemaran Anwar menyanyikan lagu Azizah dan berpuisi ketika berada dalam sel penjara.

Sulaiman berkata, dia juga sempat mencatatkan puisi yang dibacakan oleh Anwar.

Sulaiman baru dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara enam bulan kerana memiliki barang curi.

Dia mendakwa dirinya diperdaya untuk membeli sebuah laptop daripada seorang pelajar.

Warkah Anwar untuk pengundi Permatang Pauh FMT Reporters

Posted: 28 Apr 2015 06:15 AM PDT

anwar ibrahim
Anwar Ibrahim menyeru pengundi di Permatang Pauh supaya menyokong isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk meneruskan perjuangan dan menegakkan keadilan.

anwar ibrahim

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh mengutus warkah untuk pengundi di Permatang Pauh.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) menulis warkah itu pada 27 April lalu ketika hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi mendengar keputusan menarik diri Peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar daripada mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Khir Johari dalam kes qazaf.

Dalam warkah itu, Anwar menyeru pengundi di Permatang Pauh supaya menyokong isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 7 Mei ini.

"Saya mohon sokongan saudara-saudari memilih Dr Wan Azizah Wan Ismail mewakili Keadilan dan Pakatan Rakyat untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan dan membela nasib rakyat," tulisnya.

Anwar berkata, negara kini bergelut dengan pelbagai tindakan kezaliman dan mendera rakyat dengan beban cukai termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Beliau turut menyatakan terima kasih kepada penyokong-penyokongnya yang sering mendokong perjuangan dan usaha kerasnya menentang kerajaan.

"Saya amat hargai dukungan dan doa selama ini. InsyaAllah saya akan terus bersabar dan perkuat tekad berjuang," tulisnya.

PRK Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Wan Azizah, Suhaimi Sabudin (BN), Azman Shah Othman (PRM) dan Salleh Isahak (Bebas).

- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com

FMT

 71 0 0 71

Warkah Anwar untuk pengundi Permatang Pauh

 | April 28, 2015
Anwar Ibrahim menyeru pengundi di Permatang Pauh supaya menyokong isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk meneruskan perjuangan dan menegakkan keadilan.
anwar ibrahim
PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh mengutus warkah untuk pengundi di Permatang Pauh.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) menulis warkah itu pada 27 April lalu ketika hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi mendengar keputusan menarik diri Peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar daripada mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Khir Johari dalam kes qazaf.
Dalam warkah itu, Anwar menyeru pengundi di Permatang Pauh supaya menyokong isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 7 Mei ini.
"Saya mohon sokongan saudara-saudari memilih Dr Wan Azizah Wan Ismail mewakili Keadilan dan Pakatan Rakyat untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan dan membela nasib rakyat," tulisnya.
Anwar berkata, negara kini bergelut dengan pelbagai tindakan kezaliman dan mendera rakyat dengan beban cukai termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Beliau turut menyatakan terima kasih kepada penyokong-penyokongnya yang sering mendokong perjuangan dan usaha kerasnya menentang kerajaan.
"Saya amat hargai dukungan dan doa selama ini. InsyaAllah saya akan terus bersabar dan perkuat tekad berjuang," tulisnya.
PRK Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Wan Azizah, Suhaimi Sabudin (BN), Azman Shah Othman (PRM) dan Salleh Isahak (Bebas).
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/04/28/warkah-anwar-untuk-pengundi-permatang-pauh/#sthash.Zozicu31.dpuf
 71 0 0 71

Warkah Anwar untuk pengundi Permatang Pauh

 | April 28, 2015
Anwar Ibrahim menyeru pengundi di Permatang Pauh supaya menyokong isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk meneruskan perjuangan dan menegakkan keadilan.
anwar ibrahim
PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh mengutus warkah untuk pengundi di Permatang Pauh.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) menulis warkah itu pada 27 April lalu ketika hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi mendengar keputusan menarik diri Peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar daripada mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Khir Johari dalam kes qazaf.
Dalam warkah itu, Anwar menyeru pengundi di Permatang Pauh supaya menyokong isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 7 Mei ini.
"Saya mohon sokongan saudara-saudari memilih Dr Wan Azizah Wan Ismail mewakili Keadilan dan Pakatan Rakyat untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan dan membela nasib rakyat," tulisnya.
Anwar berkata, negara kini bergelut dengan pelbagai tindakan kezaliman dan mendera rakyat dengan beban cukai termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Beliau turut menyatakan terima kasih kepada penyokong-penyokongnya yang sering mendokong perjuangan dan usaha kerasnya menentang kerajaan.
"Saya amat hargai dukungan dan doa selama ini. InsyaAllah saya akan terus bersabar dan perkuat tekad berjuang," tulisnya.
PRK Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Wan Azizah, Suhaimi Sabudin (BN), Azman Shah Othman (PRM) dan Salleh Isahak (Bebas).
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/04/28/warkah-anwar-untuk-pengundi-permatang-pauh/#sthash.Zozicu31.dpuf

Saya akan pertahan ketua Pemuda Pulau Pinang, kata Nasrudin

Posted: 28 Apr 2015 05:31 AM PDT






Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi beri amaran akan mempertahankan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah.


Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi hari ini memberi amaran beliau akan mempertahankan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah, jika beliau mahu dihukum secara terburu-buru.

Ahli Parlimen Temerloh itu dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook rasmi Pemuda PAS Pulau Pinang berkata:"Jika anda terburu-buru mahu menghukumnya, saya tidak lengah untuk mempertahankannya."

Katanya, terlalu banyak kes dakwaan salah laku dalam PAS tetapi sukar untuk sampai ke tahap tindakan disiplin kerana terpaksa melalui pelbagai peringkat perbincangan, siasatan dan penelitian.


Namun, kes Pemuda PAS Pulau Pinang ini begitu pantas dijalankan apabila ketuanya mahu diseret ke Jawatankuasa Disiplin untuk diambil tindakan, katanya dalam kenyataan itu.

"Lihat dulu apa asas tindakan Pemuda PAS Pulau Pinang, dan selesaikan dengan baik.

"Jangan terburu-buru mahu menghukum anak buah sendiri sedangkan asas tindakan mereka ialah kerana sayang kepada jemaah dan memelihara maruah pucuk pimpinan," tulisnya.

Bekas ketua Pemuda PAS itu mahu isu yang timbul terlebih dulu diusahakan untuk diselesaikan dengan baik.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata pada Isnin, siasatan dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap Yusni ekoran tindakan nekad Pemuda PAS Pulau Pinang memboikot kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Yusni sebelum itu mengarahkan membekukan jentera dan aset Pemuda PAS Pulau Pinang daripada terlibat dalam semua gerak kerja PRK itu.

Mat Sabu berkata, ia bertentangan dengan keputusan PAS Pusat berhubung arahan membantu memenangkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon PKR.

Yusni membuat keputusan itu kerana PKR tidak mengendahkan desakan permohonan maaf yang disuarakan mereka berhubung kenyataan Pemuda PKR Pulau Pinang yang dianggap menghina dan memfitnah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Selain Hanipa, Yusni sebelum ini turut dibela Pemuda PAS kawasan Marang dan Selayang selain 8 Pemuda PAS kawasan di Pulau Pinang.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat dalam kenyataannya berkata beliau mengusahakan agar pertemuan diadakan di antara Pemuda PAS Pulau Pinang dengan Pemuda PKR Pulau Pinang, namun ia tidak berhasil.

"Pertemuan tersebut tidak menjadi kenyataan kerana keengganan pihak terbabit," katanya dalam satu kenyataan.

Suhaizan berkata beliau juga tidak setuju tindakan beberapa Pemuda PKR yang menghina Hadi.

Katanya, tidak wajar saling mencampuri urusan dalaman parti rakan Pakatan Rakyat dan pada masa sama, Pemuda PAS Pulau Pinang tidak patut memboikot PRK Permatang Pauh.

Sebelum ini, Suhaizan berkata kepada The Malaysian Insider, pihaknya menyokong cadangan Yusni disiasat ekoran kenyataan boikotnya itu. – tmi

TPM: Muka calon lebih penting dari Najib

Posted: 28 Apr 2015 04:45 AM PDT

 
 
Pengarah pilihan raya BN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, gambar calon yang bertanding lebih penting berbanding gambar perdana menteri semasa pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh.

Muhyiddin berkata, bukan sahaja gambar Datuk Seri Najib Razak tidak diletakkan di poster dan kain rentang BN, malah gambarnya sendiri pun tidak ada.

"Tak apalah kita letak gambar sesiapa pun. Yang penting gambar calon (ada).

"Perdana menteri tak bertanding atau pun saya tak bertanding.

"(Poster) muka saya pun tak ada," katanya pada sidang media selepas pelancaran projek menaiktaraf Hospital Seberang Jaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita berhubung tindakan PKR membangkitkan isu ketiadaan gambar presiden Umno itu di mana-mana poster kempen mereka. 
 
 
Malaysiakini 
 

Najib 'ghaib' di Permatang Pauh?

Posted: 28 Apr 2015 03:45 AM PDT

 
 
Walaupun bahang kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh semakin terasa, PKR mendapati ada sesuatu yang 'hilang'  dari kawasan itu - poster Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Parlime Bayan Baru, Sim Tze Tzin hari ini berkata tidak seperti kempen pilihan raya kecil lain ketiadaan poster memaparkan wajah Najib di Permatang Pauh sangat dirasai.

Kali ini, kata Sim, kebanyakan poster yang dinaikkan hanya memaparkan gambar calon BN, Suhaimi Sabudin tanpa dihiasi wajah Najib.

Sim turut mempertikaian sama ada perkembangan itu ada kaitan dengan kritikan keras bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Najib berhubung dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

"Ini menunjukkan Umno membawa bersama krisis politik dalamannya ke Permatang Pauh," katanya di Penanti.


Malaysiakini

Cuma Hadi boleh nasihat 'budak' PAS

Posted: 28 Apr 2015 02:45 AM PDT

   

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Hanipa Maidin berkata, presiden parti itu perlu turun sendiri ke Permatang Pauh untuk membantu Pakatan Rakyat dan menasihati Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang yang "kebudak-budakan."

Hanipa yang juga Ahli Parlimen Sepang berkata, jika Datuk Seri Abdul Hadi Awang berdepan kesibukan sesuai dengan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi Persatuan Ulama Dunia hingga perlu memberi komitmen amat tinggi menangani masalah ummah di peringkat global, Presiden PAS itu boleh mengambil langkah lebih mudah dengan mengeluarkan arahan rasmi kepada dewan pemuda PAS negeri.

Katanya, langkah itu perlu diambil bagi menyelesaikan segera kemelut "yang tidak sepatutnya timbul" itu.

Hari ini Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah, mengeluarkan kenyataan menolak membantu calon Pakatan yang bertanding dalam pilihan raya keci Permatang Pauh.

Yusni (gambar) juga mendakwa pemimpi pemuda PAS kawasan di Pulau Pinang kecewa dengan pendekaan diambil ketua mereka sendiri, Suhaizan Kaiat yang cuba menyelesaikan konflik berkenaan.

Rasa tidak puas hati Pemuda PAS Pulau Pinang timbul ekoran kenyataan dibuat pemimpin Angkatan Muda Keadilan negeri berkenaan.

Dalam kenyataanya hari ini, Hanipa percaya ramai ahli PAS kecewa dengan sikap dan keputusan Yusni memboikot kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh.

"Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang yang biasa dengan istilah wala' sepatutnya tidak ada masalah untuk memahami bahawa keputusan PAS Pusat mengikat mereka.

"Sewajarnya ketua pemuda negeri mengarahkan semua jenteranya memberi sokongan padu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Amat malang pemimpin terbabit memilih untuk tidak melayan - jauh sekali menghormati - segala kenyataan dan arahan Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Suhaizan Kayat" katanya.


Malaysiakini

4 relawan disiasat polis di Permatang Pauh

Posted: 28 Apr 2015 01:45 AM PDT

 
 
Sudah empat orang sukarelawan PKR di Permatang Pauh dipanggil memberikan keterangan oleh polis berhubung ceramah di sebuah kedai kopi sempena pilihan raya kecil Parlimen itu.

BERSIH bahagian utara dan NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) berkata mereka dipanggil memberikan kenyataan bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah.

"Kami lihat tindakan polis ini sebagai salah satu gangguan, untuk menanamkan rasa takut di kalangan penyokong PKR dan juga mengganggu jadual kempen parti itu," kata Pengerusi BERSIH bahagian utara Datuk Dr Toh Kin Woon dan jurucakap Suaram Ong Jing Cheng.

Semalam Anggota Dewan Udangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk Lee Khai Loon mendakwa beberapa orang petugas PKR dipanggil untuk soal siasat oleh pihak polis atas sebab yang tidak diketahui.

Beliau semalam bagaimanapun hanya mengenal pasti dua orang, iaitu seorang jirannya dan seorang pemilik kedai kopi.

Malaysiakini cuba menghubungi pihak polis bagi mendapatkan komen mereka berhubung dakwaan itu.
 
 
Malaysiakini

Giliran Pak Lah mahu Najib jawab Dr Mahathir

Posted: 28 Apr 2015 12:45 AM PDT

 
 
Seorang lagi tokoh tampil mendesak perdana menteri supaya jangan terus berdiam diri terhadap kritikan dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kata Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Razak perlu memberi reaksi kepada kritikan dibuat Dr Mahathir.

"Najib perlu melakukan sesuatu. Sesiapa yang menjadi perdana menteri bertanggungjawab (untuk memaklumkan) kepada rakyat," katanya di sidang media selepas menghadiri forum anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia hari ini.

Ditanya sama ada Najib perlu meletak jawatan sebagai perdana menteri atau sebaliknya, Abdullah berkata: "Dia mesti membuat keputusan itu."
 
Malaysiakini

Pelakon Maya Karin Bergelar JUTAWAN ??

Posted: 27 Apr 2015 11:45 PM PDT


Dia menggunakan pendapatan dalam bidang seni sebagai modal untuk membeli rumah dan melakukan pengubahsuaian sebelum menjualnya dengan harga lebih tinggi.

PETALING JAYA: Pelakon terkenal tempatan, Maya Karin dilaporkan telah bergelar jutawan selepas menceburkan diri dalam sektor hartanah di luar negara terutama di kota London.

Pelakon filem seram Pontianak Harum Sundal Malam dan Ombak Rindu itu telah melibatkan diri dalam bidang itu sejak 10 tahun lalu dengan menjadikan hasil pendapatan dalam bidang seni sebagai modal pelaburan.

"Saya menggunakan pendapatan yang diperoleh dalam bidang seni untuk dilaburkan dalam projek hartanah dan pengubahsuaian rumah sebelum dijual kepada pembeli dengan harga melebihi 40 hingga 50 peratus daripada modal asal." katanya.




Maya berkata, beliau banyak mempelajari selok belok pelaburan daripada bapanya, Gottfried Roelcke yangmerupakan kakitangan Bank Dunia Indonesia.

Laporan portal berita Mirror baru-baru ini menyatakan harga rumah di beberapa bandar utama di United Kingdom telah meningkat dan menjadi pelaburan yang amat menguntungkan.

Pada Mac tahun ini, harga rumah di Glasgow dilaporkan meningkat 7.9%, Machester (6.8%), Leeds (6.6%), Bristol (9,7%) dan Cardif (6.7%).

Maya Karin pernah berkahwin dengan Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali, tetapi bercerai pada 2010 selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Artis jelita berusia 36 tahun itu pernah digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan beberapa artis lelaki tempatan termasuk Remy Ishak.

Maya juga pernah dikaitkan dengan Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Kedua-duanya bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menganggapnya sebagai gossip murahan.

- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com.