Isnin, 27 April 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


VIDEO - Oh Azizah….

Posted: 27 Apr 2015 10:45 PM PDT


wan_azizah

Datuk Seri Wan Azizah mempunyai tarikan tersendiri yang mampu menarik pengundi pada PRK Pauh walaupun pencalonannya mempunyai pelbagai kisah.

COMMENT

Oleh Nila Kanna

PETALING JAYA:Pengumuman calon pilihanraya kecil (PRK) Permatang Pauh daripada Pakatan Rakyat (PR) tidak mengejutkan kerana seperti dijangka, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan dipilih sekali lagi menjadi calon.

Sejak diumumkan, pelbagai kisah menyelubungi Presiden Parti Keadilan rakyat (PKR) serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang. Bersama-sama kipas tangannya, Wan Azizah dilihat semakin 'muda' dari segi penampilan dalam mendekati rakyat.

Tidak dimakan usia dengan imej kipas di tangan menjadi imej beliau sejak dulu turut menjadikan dirinya perhatian.



Disebalik penerampilan tersendiri, timbul persoalan bagaimana penerimaan rakyat serta pengundi Permatang Pauh dengan percaturan semula PR atau khususnya PKR dengan meletakkan Wan Azizah sebagai calon?

Jikalau diperhati secara mendalam, mengikut laporan-laporan media, tidak kira media arus perdana ataupun alternatif, banyak pihak yang mempertikaikan kemampuan Wan Azizah untuk kembali berkhidmat di Permatang Pauh, selepas beliau memberi laluan kepada Anwar, sebaik bekas Timbalan Perdana Menteri itu dibebaskan dari penjara, beberapa tahun lalu.

Ramai yang berpendapat Wan Azizah sudah 'tidak boleh dijual' lagi selepas beberapa episod keluar masuknya di Permatang Pauh untuk kepentingan peribadi sehingga menjadikan pengundi di kawasan itu sebagai mangsa.

Tidak ketinggalan bagi mereka yang masih utuh dengan parti PR kerana mereka mengundi parti dan bukan calon. Selagi ia parti pembangkang, pangkah sahaja, muka calon pun tidak kisah.

Tetapi keadaan itu semakin berubah dan bercampur-campur kerana mungkin disebabkan kemelut dalaman parti PR sendiri yang sudah pincang di dalamnya. Ia kelihatan seperti kertas yang sudah koyak robak ditampal secantik mungkin untuk elak cacat celanya kelihatan jelas.

Ramai yang beranggapan, dinasti suami isteri itu sudah cukup, sudah terlebih masak dengan peredaran masa kini.

Mengimbas penyertaan Wan Azizah dalam arena politik negara, ia bermula seawal tahun 1998 selepas suaminya dipecat dan ditangkap pada September 1998. Dari situ juga lahir satu gerakan reformasi yang akhirnya membentuk satu parti politik,PKR.

Rentetan itu, Wan Azizah berjaya menewaskan pesaing politik pertamanya, Datuk Seri Ibrahim Saad dalam pilihanraya tahun 1999 dengan majoriti 9,077 undi. Kerusi itu terus berada ditangannya dan menjadi salah satu satu kubu kuat PKR.

Pada Julai 2008, Wan Azizah bagaimanapun memilih untuk meletak jawatan bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar kononya untuk memberi tumpuan terhadap keluarga, iaitu untuk menjaga cucunya.

Tanggungjawabmenjaga cucu lupus selepas strategi yang disusun untuk memberi laluan kepada Anwar untuk mencapai hasratnya menjadi Menteri Besar Selangor gagal dan Wan Azizah terpaksa menjadi calon pilihan raya kecil Kajang sekali gus menjadi ADUN sehingga ke hari ini.

Kekalutan demi kekalutan terus berlaku dalam parti PKR dan PR lagi-lagi pada PRK kali ini.

Terdapat desas-desus yang mengatakan pemilihan Wan Azizah itu tidak direstui Ahli Majlis Tertinggi PR. Pencalonannya dibuat setelah dikatakan tiada calon lain yang lebih layak.

Ramai yang menjangkakan Permatang Pauh mungkin akan kecundang tatkala pengundi bosan dan muak dengan permainan politik suami isteri, namun secara pratikal kubu kuat Wan Azizah dan Anwar tidak mungkin runtuh begitu sahaja.

Pengaruh kedua-dua nama yang kuat bukan sukar dimalapkan, tetapi jikalau adapun, penurunan majoriti undi yang kemungkinan besar akan berlaku. Jika wujud beza besar dalam majoriti undi (maksudnya majoriti mengecil), itu sudah cukup menjadi amaran untuk Wan Azizah supaya tidak bermain-main di gelanggang politik dengan memperalatkan pengundi.

Malah, ia juga petanda kepada parti itu bahawa para pengundi termasuk yang bukan pengundi naik jemu dan menggunakan peluang PRK sebagai satu 'amaran' yang keras dan serius.

Tetapi jika sebaliknya berlaku, maka kita boleh lihat Wan Azizah dan Anwar akan terus mengambil peluang di atas 'takhta' pengundi yang bukan sekadar percaya kepada kempimpinan mereka tetapi betapa kuatnya parti pembangkang di Malaysia.

Ia juga akan menggambarkan kehebatan PR berhadapan dengan pilihanraya akan datang dan peluang untuk bersinar pada tahap paling gah.

Nila Kanna ialah bekas wartawan dan pembaca FMT

Tiada menteri wanita setanding Wan Azizah - Oleh: Adam Abu Bakar

Posted: 27 Apr 2015 09:58 PM PDT

 
wan-azizah-rodziah

Kehebatan dan kegigihan Wan Azizah juga tidak mampu ditandingi oleh mana-mana ahli parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wanita yang lain.

PETALING JAYA: Tiada menteri wanita Barisan Nasional (BN) yang setanding dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Bekas EXCO Selangor, Rodziah Ismail berkata, kehebatan dan kegigihan Wan Azizah juga tidak mampu ditandingi oleh mana-mana ahli parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wanita yang lain.

Tidak kira surirumah atau tidak, katanya, setiap wanita perlu dihormati apatah lagi Wan Azizah yang gigih berjuang untuk keadilan suami dan anak-anaknya.

ADUN Batu Tiga itu berkata, kenyataan Datin Paduk Chew Mei Fun yang mendakwa Wan Azizah sebagai 'surirumah antik' amat mengecewakan kerana kenyataan itu dibuat oleh seorang wanita.

Katanya, Mei Fun seolah-olah tidak menghormati peranan yang dimainkan surirumah dalam membina masyarakat harmoni.

"Wan Azizah dipilih sebagai calon di Permatang Pauh kerana beliau merupakan salah seorang perintis dalam memperjuangkan agenda reformasi di Malaysia.

"Beliau berjuang dan menuntut keadilan bukan sahaja demi keluarga tetapi juga untuk seluruh masyarakat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Rodziah berkata, Wan Azizah memainkan peranan sebagai ADUN Kajang dengan baik dengan menuntut polisi yang tidak membebankan rakyat.

Katanya, calon Permatang Pauh itu menolak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) demi kesejahteraan rakyat.

"PKR bersama Dr Wan Azizah akan terus meninggikan martabat wanita di Malaysia dan menggalakkan mereka untuk menjadi pemimpin," katanya.

Rupanya Ada Pemimpin Kanan Umno Yang Mahu Singkirkan Najib.. Ini Buktinya?

Posted: 27 Apr 2015 09:00 PM PDT

 

Rupanya Ada Pemimpin Kanan Umno Yang Mahu Singkirkan Najib.. Ini Buktinya? Beberapa pemimpin Umno mula menyebarkan maklumat mengenai syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan yang dibebani hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), bagi mengelakkan berlaku lebih banyak kerosakan terhadap kewangan kerajaan, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin hari ini.

Melalui blog miliknya, bekas ketua pengarang akhbar New Straits Times itu berkata, beliau terkejut apabila mendapati baru-baru ini dokumen 1MDB dilihat pemimpin Umno yang menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan maklumatnya dikongsi untuk cuba membersihkan imej syarikat tersebut.

"Saya terkejut apabila beberapa hari lalu, beberapa pemimpin kanan Umno, termasuk menteri, yang sebelum ini menyokong perdana menteri, memberitahu saya kisah berbeza.

"Seorang daripada mereka berkata, pernah melihat dan meneliti dokumen 1MDB, serta berkongsi maklumat itu dengan anggota parti untuk memastikan tiada lagi kerosakan dilakukan kepada kewangan kerajaan dan mereka yang bersalah akan dipertanggungjawabkan," kata Kadir dalam blog miliknya, kadirjasin.blogspot.com.

Beliau berkata demikian sebagai tanda, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersendirian dalam cubaannya untuk menyingkirkan Najib dari Putrajaya.

Rupanya Ada Pemimpin Kanan Umno Yang Mahu Singkirkan Najib.. Ini Buktinya?

Dr Mahathir semakin kerap menyerang Najib, selain membangkitkan isu 1MDB yang kini dibebani sejumlah RM42 bilion hutang, beliau turut membangkitkan isu pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Melalui blognya, Kadir turut berkata, 1MDB seharusnya berpeluang memberikan penerangan berkenaan perjanjian perdagangannya ketika pertemuan pelabur di ibu negara baru-baru ini, namun syarikat berkenaan tidak menghadirkan diri.

"Jika lembaga penasihat, pengarah dan pengurusannya begitu pasti berkenaan modus operandi dan ketelusan mereka, mereka sepatutnya hadir sidang berkenaan," katanya, merujuk kepada forum Invest Malaysia 2015 yang berlangsung pada 23 April lalu.

Pengerusi Kumpulan CIMB Group Datuk Seri Nazir Razak juga menyuarakan rasa kecewa susulan kegagalan 1MDB hadir dalam forum berkenaan.

Nazir, yang merupakan adik kepada Najib berkata, kegagalan syarikat berkenaan menghadirkan diri "tidak membantu" dan hanya menambah persepsi negatif terhadap skandal yang membelenggu 1MDB.

"Kami menjemput 1MDB tetapi mereka menolaknya. Mereka enggan turut serta. Saya kecewa kerana saya fikir mereka mempunyai elemen penting dalam Invest Malaysia, memandangkan isu berkenaan hangat diperkatakan.

"Penting untuk kami mengetahuinya. Keseluruhan isu 1MDB ini, lebih awal ia dijelaskan, lebih baik untuk semua orang. Bila isu dibiarkan, orang akan menjangkakan yang terburuk," kata Nazir.


Tiada masalah untuk Dr Wan Azizah jaga 2 kawasan, kata PKR

Posted: 27 Apr 2015 08:30 PM PDT



Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masih boleh memberi perkhidmatan baik untuk penduduk Kajang dengan bantuan kerajaan pimpinan PKR di Selangor, kata Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masih boleh memberi perkhidmatan baik untuk penduduk Kajang dengan bantuan kerajaan pimpinan PKR di Selangor, kata Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin.

Soal Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberi khidmat sebagai wakil rakyat di dua kawasan berbeza bukan menjadi isu kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR), kata Pengarah Strategi parti itu, Sim Tze Tzin.

Malah, katanya, Dr Wan Azizah selaku calon pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang di Selangor tidak akan menghadapi masalah untuk berkhidmat di dua kawasan berasingan.

Beliau berkata Dr Wan Azizah, yang juga presiden PKR, masih boleh memberi perkhidmatan baik untuk penduduk Kajang dengan bantuan kerajaan pimpinan PKR di Selangor.

"Bukan tak ada pemimpin yang ada dua kawasan berbeza sebagai ADUN dan Ahli Parlimen," kata Ahli Parlimen Bayan Baru itu pada sidang media harian PKR sempena PKR Parlimen Permatang Pauh, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas persoalan bagaimana Dr Wan Azizah boleh membahagikan masa untuk berkhidmat serentak di dua kawasan di Pulau Pinang dan Selangor sekiranya menang pada PRK itu.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Pengarah PKR bagi PRK Permatang Pauh, Datuk Dr Mansor Othman, Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Sued Noh dan Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto daripada DAP.

PRK Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Salleh, Suhaimi Sabudin (Barisan Nasional), Dr Wan Azizah (PKR), dan Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia).

PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pada pilihan raya umum 2013, Anwar mempertahankan kerusi Permatang Pauh dengan menewaskan calon BN, Dr Mazlan Ismail dengan majoriti 11,721 undi. – Bernama


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

SPR partisan kerana larang Anwar mengundi di Permatang Pauh, kata PKR OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Posted: 27 Apr 2015 08:00 PM PDT

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkata, cadangan untuk membenarkan banduan mengundi dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sendiri pada 2013.

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkata, cadangan untuk membenarkan banduan mengundi dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sendiri pada 2013

Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh pada 7 Mei nanti adalah bukti badan pengendali pilihan raya itu bersikap partisan, kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, cadangan untuk membenarkan banduan mengundi dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sendiri pada 2013.

"Jelas menunjukkan sikap SPR yang partisan! Cadangan datang dari KDN pada Julai 2013.

"Malang sikap SPR yang tidak profesional bukan sahaja melenyapkan cadangan lestari tapi memberi justifikasi SPR bertindak demi kepentingan Umno - BN," katanya, melalui kiriman pesanan WhatsApp kepada The Malaysian Insider.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider malam tadi berkata, Anwar tidak layak mengundi dalam pilihan raya kecil itu.

"Tak layak di bawah Perkara 119(3)(a) Perlembagaan Persekutuan," kata Aziz, ketika ditanya berkenaan perkara itu.

Perkara 119(3)(a) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan: "Seseorang hilang kelayakan untuk menjadi pemilih dalam mana-mana pilihan raya ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan jika pada tarikh kelayakan dia ditahan sebagai orang yang tidak sempurna akal atau sedang menjalani hukuman pemenjaraan."

Izzah sebelum ini menggesa agar SPR membenarkan bapanya, yang kini sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh untuk mengundi dalam PRK Permatang Pauh.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga ibu kepada Izzah adalah calon Pakatan Rakyat (PR) di kerusi itu.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh sebelum ini dimenangi Anwar, namun hukuman penjara berkenaan menggugurkan beliau sebagai wakil rakyat, apabila permohonan pengampunan yang dikemukan keluarganya kepada Lembaga Pengampunan ditolak.

"Nyata mekanisma rakyat dipenjara mengundi yang disebut sebelum ini oleh Menteri Dalam Negeri masih belum diluluskan seperti yang disahkan SPR.

"Oleh itu diharap proses ini disegerakan demi demokrasi, hal ini penting demi kredibility SPR," kata Izzah.

Izzah semalam turut menyeru agar kerajaan Persekutuan melaksanakan rancangan membenarkan banduan mengundi.

Beliau berkata, rancangan untuk membenarkan banduan menggunakan hak mereka untuk mengundi dalam pilihan raya sudah wujud sejak 2013.

Beliau berkata, pada Jun 2013, kementerian dalam negeri merancang merangka mekanisme untuk membenarkan mereka yang dipenjarakan untuk mengundi.

Beliau juga berkata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pernah berkata, perbincangan masih dijalankan dengan pihak berkuasa berkaitan seperti pihak polis dan SPR untuk membenarkan banduan mengundi.

"Saya mengalu-alukan langkah tersebut dan mencadangkan supaya Pilihan Raya Permatang Pauh dijadikan tapak projek pertama, membenarkan banduan politik nombor satu Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengundi.

"Bukankah jangka masa lebih dari setahun cukup untuk mencari mekanisme undang-undang yang selari dengan Akta Penjara dan Perlembagaan Persekutuan?" katanya.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahas.

Reunion Otai Reformis 1998

Posted: 27 Apr 2015 07:30 PM PDT

Ku Li wajar ganti PM, kata bekas orang kanan Najib

Posted: 27 Apr 2015 06:45 PM PDT

Zack Ahmad's photo. Bekas Setiausaha Perdana Menteri, Datuk Mohd Arif Sabri Aziz, berkata ini kerana Tengku Razaleigh yang juga dikenali sebagai Ku Li adalah pemimpin berintegriti dan dihormati ramai. 

Bekas Setiausaha Perdana Menteri, Datuk Mohd Arif Sabri Aziz, berkata ini kerana Tengku Razaleigh yang juga dikenali sebagai Ku Li adalah pemimpin berintegriti dan dihormati ramai.

Bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah adalah calon paling berkelayakan mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Datuk Seri Najib Razak, kata bekas setiausaha Najib, Datuk Mohd Ariff Sabri Aziz.

Ariff yang kini menjadi ahli Parlimen Raub mewakili DAP mengajukan cadangan itu kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, ini kerana Tengku Razaleigh juga dikenali sebagai Ku Li adalah pemimpin berintegriti dan dihormati ramai.

"Dr Mahathir kalau dia hendak selamatkan Malaysia, elok cadangkan seorang pemimpin yang dihormati ramai pihak dan ada integriti. 

"Kalau betul hendak selamatkan Malaysia, baik sahaja Dr Mahathir endorse Tengku Razaleigh Hamzah," tulis Ariff yang menggunakan nama pena 'Sakmongkol AK 47' dalam blognya hari ini.

Bekas ahli Umno dan juga bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis itu percaya, Ku Li sebagai perdana menteri akan mendapat sokongan semua pihak.

"Saya rasa Tengku Razaleigh boleh menstrukturkan semula pemerintahan Malaysia ini dengan politik yang inklusif termasuk mendapat komitmen dari parti pembangkang," katanya.

Pandangan sama hari ini turut diutarakan seorang lagi bekas menteri Umno, Datuk Zaid Ibrahim.
Menurutnya, penamaan Ku Li sebagai pengganti Najib akan memperbaiki kualiti institusi awam.

"Saya percaya jika Dr Mahathir mahukan pemimpin Umno yang lebih baik dan bertanggungjawab - dan pada masa sama menamatkan rasuah yang sistemik dan memperbaiki institusi awam – pilihan untuk pengganti tidak lain dan tidak bukan adalah Tengku Razaleigh Hamzah," tulis Zaid dalam blognya.

Pada masa sama, cadangan Ku Li oleh Dr Mahathir juga akan menjadikan jelajah bekas perdana menteri itu "lebih bermakna".

"Orang ramai akan melihat usaha Dr Mahathir sebagai bukan sekadar untuk menggantikan pemandu kereta api dengan orang yang disukainya - tetapi untuk mengganti kereta api itu sendiri - yang lebih sesuai dengan keperluan negara," tulisnya.

Ku Li adalah bekas menteri kewangan yang bertanggungjawab mengasaskan syarikat minyak negara Petronas.

Dr Mahathir dan Ku Li pada tahun 1987 pernah bertanding untuk kerusi presiden Umno dalam pemilihan parti.

Dr Mahathir memenangi pemilihan itu dengan 43 undi sahaja dan Ku Li kemudiannya bertindak keluar Umno dan menubuhkan Semangat 46.

Parti yang ditubuhkan bersama Tan Sri Rais Yatim itu dibubarkan pada tahun 1996 dan Ku Li kembali menyertai Umno.

Dr Mahathir pada Sabtu lalu bertemu orang ramai di Kelab K, Taman Melawati pada acara 'Bicara Negarawan: Anda Tidak Keseorangan'.

Acara tersebut dilihat sebagai pemula kepada jelajah seluruh negara beliau bagi menjelaskan pandangannya tentang isu semasa, terutamanya yang dibangkitkannya terhadap pentadbiran Najib. – 27 April,2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Pemuda PAS sokong tindakan disiplin atas ketua Pemuda PAS Pulau Pinang

Posted: 27 Apr 2015 06:00 PM PDT

Suhaizan Kaiat berkata Pemuda PAS menyokong tindakan disiplin terhadap ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang selepas enggan menyokong kempen PKR di Permatang Pauh.

Suhaizan Kaiat berkata Pemuda PAS menyokong tindakan disiplin terhadap ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang selepas enggan menyokong kempen PKR di Permatang Pauh.

Pemuda PAS Pusat akan menyokong cadangan agar ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang (DPPNPP), Mohd Yusni Mat Piah, dikenakan tindakan disiplin ekoran tindakan memboikot kempen Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh.

Ketua Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat berkata, pendirian Pemuda PAS negeri itu melanggar keputusan pimpinan parti di peringkat Pusat untuk menyokong calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam PRK itu.

"Timbalan presiden (Mohamad Sabu) akan membawanya dalam mesyuarat akan datang. Pemuda akan menyokong," kata kepada The Malaysian Insider.

Suhaizan berkata demikian ketika mengulas cadangan agar Yusni dihadapkan kepada jawatankuasa disiplin PAS ekoran kenyataannya menentang keputusan PAS Pusat yang mengarahkan agar jentera PAS membantu calon PKR di Permatang Pauh.

Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan (DPPK) hari ini menyatakan sokongan padu terhadap pendirian DPPNPP untuk tidak membantu gerak kerja pakatan pembangkang dalam PRK Permatang Pauh, lapor Bernama.

Sokongan itu disuarakan lapan ketua pemuda DPPK iaitu Wan Ahmad Rafaie Abdul Rashid (Permatang Pauh), Ahmad Taufiq Saedon (Bagan), Ahmad Fahmi Mohd (Balik Pulau), Syed Mohd Nazri Syed Ibrahim (Bukit Mertajam), Mohd Najib Hamsi (Batu Kawan), Zulazhar Mohamad (Nibong Tebal), Rizal Hafiz Roslan (Tasek Gelugor) dan Mohd Hafiz Kasim (Kepala Batas).

"Kami sepenuhnya memberi sokongan padu pendirian tersebut atas dasar kebersamaan kami dalam mengecam kenyataan biadab Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang dan keengganan mereka memohon maaf atas kecaman mereka terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Adalah dipertegaskan di sini, pendirian bukanlah pendirian peribadi Yusni sahaja, malah adalah pendirian yang dibuat bersama semua exco DPPNPP.

"Maka, pendirian ini juga adalah pendirian bersama semua exco DPPK kami."

Mohamad atau Mat Sabu, sebelum ini menyatakan, siasatan dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap Yusni ekoran kenyataan beliau yang bertentangan dengan keputusan dan kenyataan yang dibuat PAS Pusat itu.

"Siasatan dan tindakan tegas akan diambil oleh jawatankuasa PAS Pusat terhadap ketua Pemuda PAS Pulau Pinang dalam tempoh terdekat," kata Mat Sabu dalam satu kenyataannya.

Sebelum ini, Yusni dalam kenyataan medianya berkata, semua jentera dan petugas Pemuda PAS Pulau Pinang direhatkan dari semua gerak kerja sepanjang PRK Permatang Pauh.

"Semua bilik gerakan Pemuda tidak akan dibuka sama sekali. Mana-mana premis di bawah seliaan Pemuda juga tidak dibenarkan untuk digunakan sepanjang PRK Permatang Pauh ini," katanya.

Malah, katanya, kumpulan Alternatif Riding Club (ARC) bagi aktiviti konvoi anak-anak muda atau seumpamanya, petugas keselamatan Jabatan Amal Negeri dan semua guru tadika {asti juga akan direhatkan dari bertugas dalam PRK ini.

"Kami juga tidak akan terlibat dengan mana-mana jemputan untuk menyertai mana-mana pentas ceramah sepanjang kempen untuk PRK Permatang Pauh," katanya.

Ini berikutan desakan permohonan maaf yang disuarakan Pemuda PAS negeri itu berhubung kenyataan media Pemuda PKR Pulau Pinang yang dianggap menghina dan memfitnah Hadi tidak dilayan PKR.

Tempoh untuk menyatakan permohonan maaf itu kini tamat tempohnya pada hari penamaan calon, 25 April lalu.

Ini bukan pertama kali Yusni terlibat dengan pertelagahan dengan rakannya dalam PR.

Dalam pilihan raya umum lalu, beliau menjadi calon PAS dalam pertandingan tiga penjuru dengan Barisan Nasional (BN) dan PKR di kerusi DUN Sungai Acheh, Pulau Pinang.

Dalam pilihan raya itu, beliau hanya mendapat 690 undi berbanding calon PKR Badrul Hisham Shaharin mendapat 6,083 undi manakala calon BN Datuk Mahmud Zakaria mendapat 6,891.

Ekoran kenyataan Yusni, Mat Sabu berkata, keputusan menyokong dan membantu calon PKR Permatang Pauh dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang merupakan badan eksekutif tertinggi dalam organisasi PAS.

Mana-mana arahan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak dalam PAS yang bercanggah dengan keputusan itu adalah dengan sendirinya terbatal, katanya.

"Saya dengan ini menegaskan semua ahli PAS wajib menolak sebarang arahan atau pendirian yang bertentangan dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat ini, dan sekiranya ada tindakan dari mana-mana ahli yang terbukti bertentangan dengan arahan ini, tindakan tatatertib boleh dikenakan ke atas ahli tersebut berdasarkan peruntukan-peruntukan yang jelas termaktub dalam perlembagaan," katanya.

Suhaizan pula, dalam kenyataannya berkata, mesyuarat PAS Pusat pada 13 April membuat keputusan sebulat suara untuk membantu calon PR di Permatang Pauh.

Justeru, Pemuda PAS Malaysia mengerakkan jentera pilihanraya khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di bawah Parlimen Permatang Pauh, katanya.

"Mana-mana petugas Pemuda yang ingin bertugas boleh mendaftar terus di Markas Induk PAS PRK Permatang Pauh di pejabat ahli DUN Permatang Pasir dan Permatang Rambai," katanya.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Khalid Samad menang saman terhadap Bekas Adun Perak, dapat gantirugi RM150,000

Posted: 27 Apr 2015 05:15 PM PDT

Zack Ahmad's photo.Pada 10 Disember 2013, Mahkamah Rayuan sebulat suara membenarkan rayuan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad bagi mengenepikan perintah Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah beliau ke atas Exco Perak Datuk Hamidah Osman yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rapat.

Pada 10 Disember 2013, Mahkamah Rayuan sebulat suara membenarkan rayuan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad bagi mengenepikan perintah Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah beliau ke atas Exco Perak Datuk Hamidah Osman yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rapat.

Exco kerajaan negeri Perak Datuk Hamidah Osman diperintahkan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membayar ganti rugi RM150,000 kepada Khalid Samad atas penerbitan artikel yang memfitnah Ahli Parlimen Shah Alam itu.

 

Keputusan tersebut diberikan Penolong Kanan Pendaftar Firdaus Sidqi Sharil Azli hari ini di kamar beliau setelah mendengar hujah yang diberikan oleh peguam kedua-dua pihak.

Pada 10 Disember 2013, Mahkamah Rayuan sebulat suara membenarkan rayuan Khalid bagi mengenepikan perintah Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah beliau ke atas Hamidah yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rapat.

Di dalam keputusannya, Mahkamah Rayuan memutuskan hakim Mahkamah Tinggi tersilap apabila memutuskan tiada bukti Hamidah menerbitkan artikel yang bertajuk "Umat Islam Perlu Bersatu" di dalam blognya pada sekitar Januari 2010 di mana dalam artikel tersebut, Hamidah memuatkan gambar 'superimposed' Khalid berpakaian ala seorang Paderi.

Semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Hamidah memadam posting beliau itu dan cuba menafikan menerbitkannya, namun Mahkamah Rayuan memutuskan memang beliau yang menerbitkan artikel berunsur fitnah tersebut.

Mahkamah Rayuan juga memerintahkan taksiran ganti rugi dibuat di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam yang kemudiannya memutuskan jumlah tersebut hari ini.

Khalid diwakili Azhana Mohd Khairudin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates manakala Hamidah diwakili Tetuan Hafarizam, Wan & Aisyah Mubarak. – 27 April, 2015.



- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Penjawat Awam Positif Ganja Serang Petugas Pas Rompin

Posted: 27 Apr 2015 04:30 PM PDT

 
Seorang penjawat awam antara dua suspek ditahan polis berikutan kes serangan terhadap petugas Bilik Gerakan PAS, awal pagi semalam.

Kedua-dua suspek itu ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin untuk membuat laporan polis mengenai kejadian itu petang semalam.


Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani berkata suspek yang berumur 41 dan 46 tahun itu, disah positif ganja selepas saringan ujian air kencing dilakukan terhadap kedua-dua mereka.

Polis kini sedang mendapatkan perintah mahkamah bagi menahan reman mereka bagi membantu siasatan, katanya pada sidang media hari ini.

"Berdasarkan maklumat yang diterima suspek telah membuat huru-hara di Bilik Gerakan PAS Bandar Rompin yang disusuli dengan pergaduhan kecil.

"Salah seorang daripada suspek merupakan seorang kakitangan awam manakala seorang lagi bekerja sendiri dan kita akan mendapatkan perintah mahkamah untuk menahan reman kedua-dua suspek berkenaan mulai hari ini," katanya.

Sharifuddin berkata motif kejadian dipercayai khayal dan kedua-dua mereka disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut, dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya kerana penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata pihak polis juga telah memaklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam mengenai penglibatan anggotanya dalam kejadian itu.

- mkini

Peserta Dewi Remaja popular kerana GST FMT Reporters

Posted: 27 Apr 2015 09:00 AM PDT

Mawar Rashid dan Kate Davies menjadi popular kerana tidak tahu makna GST. 
bimbo-dewi-remaja
VIDEO INSIDE

PETALING JAYA: Nama Mawar Rashid secara tiba-tiba menjadi popular di kalangan pengguna laman sosial kerana rakaman temubualnya yang menyentuh isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Peserta pertandingan Dewi Remaja itu langsung tidak tahu apa makna GST walaupun mengaku telah membuat penyelidikan.

Dalam temubual itu oleh pengaraca Hlive, Ely, untuk program take one, Mawar yang berasal dari Kelantan itu berjaya menyatakan pandangannya tentang GST.

Dia berkata GST bermaksud kerajaan mengutip cukai dan menambah kemudahan kepada rakyat seperti yang dilakukan di negara-negara maju.

Namun, apabila pengacara bertanyakan makna GST, Mawar terus terdiam dan mengaku tidak tahu.

Lebih mencuit hati, Mawar bertanyakan soalan yang sama kepada pengacara temubual itu, Elly, maksud di sebalik GST.

"Akak tahu maksud GST. Please satu soalan saja," katanya yang meminta pengacara menjawab soalannya.

Aksinya yang manja dan kebudak-budakan telah menjadi bahan jenaka pengguna laman sosial sehinggakan nama Mawar menjadi bualan ramai.

Begitu juga nama seorang lagi peserta, Kate Davies, yang berdarah Inggeris dan Jawa.

Dia juga tidak tahu makna GST walaupun tahu kerajaan mengenakan cukai enam peratus.

Kate menyatakan pandangannya tentang GST iaitu yang dikutip kerajaan itu akan dipulangkan semula kepada rakyat untuk kebaikan rakyat.

Namun apabila ditanya makna GST, Katie hanya menjawab, "Saya tidak pasti."






Tiada istilah rogol dalam perkahwinan-Mufti Perak - FMT Reporters

Posted: 27 Apr 2015 08:30 AM PDT

 
hizbut-harussani

Seorang lelaki Islam tidak memerlukan persetujuan isterinya untuk melakukan hubungan seks kerana perkahwinan itu sendiri memberinya hak terhadap wanita yang dinikahinya.

PETALING JAYA: Tiada istilah rogol bagi pasangan yang telah berkahwin dalam Islam kerana suaminya mempunyai hak ke atas isterinya.

Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, terdapat hadis daripada Rasullullah di mana Baginda berkata sekiranya pasangan berkenaan sedang menunggang unta dan si suami meminta isteri melakukan hubungan seks, dia mesti melakukannya.

Katanya yang dipetik daripada Malay Mail Online, selepas dinikahi dan mas kahwin dibayar, isteri tiada hak untuk menolak permintaan suami untuk melakukan hubungan seks kecuali dia berada dalam keadaan haid dan uzur.

Jika ia dilanggar, perbuatan suami dianggap sebagai berdosa.

"Katanya tiada istilah rogol dalam perkahwinan. Ia dibuat Barat dan kenapa kita ikut," soalnya.

Sebelum ini, Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) ,turut membangkang kempen Kempen kesedaran rogol, "Rape is Rape, No Excuses" yang dilancarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Utama, Yeo Bee Yin.

Abdul Hakim Othman dari (HTM) dalam satu temubual dengan Malay Mail Online mengesahkan seorang lelaki Islam tidak memerlukan persetujuan isterinya untuk melakukan hubungan seks.

Tuntutnya lagi, perkahwinan itu sendiri memberikan hak terhadap tubuh pasangannya.

Jelasnya, seorang isteri boleh dianggap berdosa jikalau menolak pelawaan seks suaminya.

Begitu juga dengan suami, di mana mereka mempunyai tanggungjawab dan menjadi kewajipan untuk memenuhi permintaan seks si isteri.

"Itu adalah hak suami dan isteri … Apabila anda melakukan hubungan seks sebelum kahwin, ia berdosa. Tetapi jika anda melakukannya dengan isteri atau suami anda, anda akan mendapat berkat," katanya.

Bagaimanapun, dia mengakui, adalah salah jika seks melibatkan serangan fizikal seperti dipukul, ditendang suami.

"Kita perlu melihat tah

CCTV rakam suspek curi beg - FMT Reporters

Posted: 27 Apr 2015 08:00 AM PDT

Kejadian dilaporkan berlaku ketika mangsa sedang mengambil wuduk di surau di Plaza Alam Sentral pada Ahad. 

curi beg

PETALING JAYA: Perbuatan seorang wanita bertudung mencuri beg tangan di sebuah surau di pusat beli belah di Shah Alam 'kantoi' apabila aksinya itu berjaya di rakam kamera litar tertutup (CCTV).

Wanita yang mengenakan tudung hitam dirakam keluar dari surau di Plaza Alam Sentral selepas didakwa mencuri beg tangan milik seorang pengunjung pusat beli belah itu.

Kejadian itu dikatakan berlaku ketika pemilik beg tangan sedang mengambil wuduk.

Wajah wanita itu berjaya dirakam dengan jelas oleh CCTV ketika suspek menggunakan eskalator dengan membawa beg yang lebih besar dipercayai untuk menyembunyikan beg tangan yang dicuri itu.


Adik kepada pemilik beg tangan yang dicuri itu, Alif Adnan, telah memuat naik gambar-gambar yang dirakam CCTV di laman sosial Facebook dan meminta bantuan orang ramai untuk mengenal pasti dan mengesan suspek.

Tulisnya, kejadian berlaku di surau di tingkat lima Plaza Alam Sentral, Shah Alam, kira-kira jam 7. 17 petang pada Ahad.

Alif berkata, laporan polis telah dibuat di Ibu pejabat Polis Shah Alam dan meminta bantuan orang ramai menghubungi polis jika mengenali

Anwar hilang kelayakan mengundi- SPR - FMT Reporters

Posted: 27 Apr 2015 07:15 AM PDT

 
anwar-ibrahim

Anwar tidak boleh mengundi kerana telah hilang kelayakan mengikut Perkara 119 (3)(a) Perlembagaan Persekutuan.

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan untuk mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, 7 Mei depan.

Ia disahkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata, Anwar tidak layak mengundi kerana telah hilang kelayakan mengikut Perkara 119 (3)(a) Perlembagaan Persekutuan.

"Seseorang hilang kelayakan untuk menjadi pemilih dalam mana-mana pilihan raya ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan jika pada tarikh kelayakan dia ditahan sebagai orang yang tidak sempurna akal atau sedang menjalani hukuman penjara." katanya.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini meminta kerajaan Persekutuan memberi kelonggaran kepada bekas Ketua Pembangkang itu untuk menunai tanggungjawabnya pada hari pengundian dijalankan.

Gambar kahwin anak PM tersebar FMT Reporters

Posted: 27 Apr 2015 06:30 AM PDT

Pengendali Facebook Curi Curi Wang Malaysia mendakwa majlis resepsi itu telah dianjurkan serba mewah dengan dihiasi bunga-bunga segar, gaun pengantin yang mahal dan kek perkahwinan setinggi 2.5 meter. anak-rosmah-almaty

PETALING JAYA: Gambar-gambar majlis resepsi anak perempuan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor di Kazakhstan telah mula disebarkan di laman sosial.

Satu akaun Facebook yang menggunakan nama "Curi-curi Wang Malaysia' telah memuat naik lebih 20 keping gambar majlis itu yang diadakan di Hotel Royal Tulip Almaty pada 18 April lalu.

Pengendali Facebook itu mendakwa majlis resepsi itu telah dianjurkan serba mewah dengan dihiasi bunga-bunga segar, gaun pengantin yang mahal dan kek perkahwinan setinggi 2.5 meter.

Pengendali Facebook itu turut berpesan supaya berkongsi gambar-gambar itu dan tag bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta meminta maklumat itu disebarkan kepada pengundi di Permatang Pauh dan Rompin.

Sebelum ini, Dr Mahathir mendakwa kira-kira 300 tetamu telah dibawa ke Kazakhstan bagi menghadiri majlis resepsi itu.

Samy Vellu puji Najib - Khairil Ashraf FMT

Posted: 27 Apr 2015 05:45 AM PDT

 
samy-najib

Bekas Presiden MIC itu menyifatkan Najib sebagai pemimpin yang mudah didekati, senang diajak berjumpa dan mendengar masalah rakyat.

PETALING JAYA : Datuk Seri S Samy Vellu memuji Datuk Seri Najib Tun Razak yang disifatkan sebagai pemimpin yang mudah didekati.

Bekas Presiden MIC dan Menteri Kerja Raya itu berkata, Najib juga pemimpin yang senang untuk berjumpa walaupun sibuk dengan tugas harian sebagai pemimpin nombor satu negara.

"Jika saya ambil telefon dan menghubungi Perdana Menteri dan tanya boleh saya datang untuk berjumpa pada pukul 6 petang, dia (Najib) akan cakap datang sekarang. Itulah Najib

"Jadi saya tidak mahu komen apa-apa mengenai Tun M yang katakan Najib sukar dihubungi," katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang media pelancaran bantuan kemanusiaan gempa bumi di Nepal pada Isnin.

Samy Vellu yang juga Duta Khas Ke India dan Asia Selatan (Infrastruktur) berkata, Najib juga seorang individu yang mendengar segala permasalahan rakyat.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan perbincangan secara bersemuka bagi membincangkan segala isu berbangkit daripada membuat kenyataan terbuka di hadapan orang ramai.

Samy Vellu turut berpendapat, kritikan berterusan oleh Dr Mahathir terhadap Najib turut akan melemahkan parti dalam komponen Barisan Nasional (BN).

"Serangan terbuka (Dr Mahathir) bukan sahaja akan melemahkan UMNO tetapi ia turut akan melemahkan MCA, MIC dan semua," katanya.

Najib bakal berdepan tsunami Melayu - FMT Reporters

Posted: 27 Apr 2015 05:00 AM PDT

 
najib dilema

Jika berlaku kemerosotan undi BN di Permatang Pauh dan Rompin, Najib harus memberikan perhatian yang serius terhadap hala tuju beliau dalam perjuangan politik, sama ada untuk menyelamatkan diri dan isteri atau parti.

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan berdepan tsunami Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) jika terus mengamalkan dasar-dasar yang menghimpit rakyat.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Permatang Pauh dan Rompin akan menjadi ukuran penerimaan rakyat khususnya pengundi Melayu terhadap Barisan Nasional (BN).

"Saya mahu memberitahu Najib dengan sejujurnya bahawa keyakinan rakyat kepadanya berada pada tahap yang amat membimbangkan dan amat menyedihkan perasaan saya. Saya nampak akan kemungkinan berlakunya Tsunami Melayu pada Plihan Raya Umum akan datang.

"Saya bimbang pada nasib UMNO dan saya tidak bimbang pada nasib Najib. Sayang sekali kepincangan parti-parti pembangkang sekarang tidak menjadi suatu peluang bagi membangkitkan semula kekuatan UMNO dan BN.

"Jika berlaku kemerosotan undi BN di kedua kawasan parlimen itu maka Najib harus memberikan perhatian yang serius terhadap hala tuju beliau dalam perjuangan politik, sama ada untuk menyelamatkan diri dan isteri atau parti," tulis Zam di blognya zamkata.blogspot.com.

Tambah Zainuddin, apa yang terjadi kepada Najib ini pernah terjadi kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila tidak menghiraukan keadaan rakyat.

Beliau mendakwa, kepercayaan Abdullah bahawa kemenangan besar BN pada PRU 2004 kerana popularitinya adalah tidak tepat kerana keyakinan rakyat adalah kemantapan ekonomi dan maruah tinggi yang diwariskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Abdullah tidak mempedulikan ancaman yang didatangkan oleh Dr. Mahahir yang melantiknya malah melakukan tindakan-tindakan yang menyakitkan hatinya termasuk membayar ganti rugi berjuta ringgit kepada hakim untuk menunjukkan ketidakadilan Dr Mahathir dan membatalkan beberapa projek meganya.

"Maka itu saya menyalahkan Dr. Mahathir di atas kemerosotan merudum sokongan pada Abdullah setelah beliau mengistiharkan kesilapan melantiknya sebagai Perdana Menteri," katanya lagi.

Selain itu, Najib yang bersikap seakan tidak mengenang budi Dr Mahathir berkemungkinan juga akan mengalami nasih yang sama seperti Abdullah.

"Najib tidak merasa terhutang budi kepada Mahathir untuk meneruskan projek yang pada Mahathir bersifat maruah negara (Jambatan Bengkok). Beliau juga meruntuhkan tunggak kekuatan negara iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang keperluannya dirasakan kembali dan menggantikannya dengan Akta Pencegahan Keganasan (POTA). Kelihatannya sekarang (Najib) sebagai cuba memasak semula nasi yang sudah menjadi bubur," tulisnya.

Zam berkata, Najib berani memperkenalkan dasar-dasar yang mencabar rakyat seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), menghapuskan subsidi minyak untuk populariti dan keuntungan sementara, cuba menaikkan umur kelayakan mengeluarkan caruman KWSP, menubuhkan National Unity Consultative Council yang tidak berfungsi (memakan diri sendiri) dan slogan 1Malaysia yang tidak tersemat di hati rakyat seperti " Malaysia Boleh" malah slogan itu menimbulkan kemarahan orang Melayu.

Herba Cina punca Chong Wei positif dadah Adam Abu Bakar

Posted: 27 Apr 2015 04:18 AM PDT

 
Herba Cina

Makanan kesihatan tambahan yang diambil Chong Wei sejak 2008 telah tercemar dan mengandungi bahan dadah terlarang iaitu dexamethasone.

PUTRAJAYA: Makanan tambahan berbentuk kapsul herba Cina disahkan sebagai punca Datuk Lee Chong Wei digantung selama lapan bulan kerana kesalahan mengambil bahan terlarang.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengesahkan perkara berkenaan pada sidang media bersama Chong Wei pada Isnin.

"Chong Wei tidak menyedari bahawa kapsul makanan kesihatan tambahan yang beliau ambil sejak 2008 telah tercemar dan mengandungi bahan dadah terlarang iaitu dexamethasone.

"Walaupun kes ini jarang-jarang berlaku, tetapi ia ternyata boleh berlaku.

"Bahkan, Panel Doping yang diketuai oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) juga mengesahkan bahawa Chong Wei tidak berniat untuk menipu sewaktu perlawanan," katanya.

Khairy berkata, kes Chong Wei ini sebagai pengajaran dan selepas ini atlet tidak dibenarkan lagi mengambil makanan tambahan lain tanpa kebenaran daripada Institut Sukan Negara (ISN).

"Kita beri nasihat kepada atlet agar tidak ambil ubat-ubatan selain daripada ubat-ubatan yang diberikan oleh ISN," katanya.

Sementara itu, Chong Wei meminta media tidak menghubungi dalam tempoh tiga hari ini sehingga tarikh penggantungan tamat pada 1 Mei,

"Dalam waktu tiga hari ini, pihak media jangan hubungi saya. Saya ingin mencari ketenangan," katanya.

Chong Wei telah digantung selama lapan bulan bermula Ogos tahun lalu dan akan tamat pada 1 Mei ini.