Nuffnang

Pengikut

ZAKRI ALI

0
sumber :-

ZAKRI ALI


VIDEO - Allahyarham P. Ramlee - "OH NONAKU AZIZAH"

Posted: 25 Apr 2015 09:00 PM PDT





VIDEO - Dr M bidas perkahwinan mewah anak Najib, persoal rombongan ke Kazakhstan OLEH MD IZWAN

Posted: 25 Apr 2015 08:00 PM PDT

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membangkitkan isu kehidupan mewah yang dipamerkan oleh Datuk Seri Najib Razak.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membangkitkan isu kehidupan mewah yang dipamerkan oleh Datuk Seri Najib Razak

Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan kritikannya terhadap sikap bermewah Datuk Seri Najib Razak dengan membangkitkan perkahwinan anak perempuan perdana menteri yang berlangsung baru-baru ini.

Dr Mahathir membuat perbandingan dengan majlis perkahwinan lima anaknya, sambil memperli Najib dengan mengadakan perkahwinan mewah yang dianggap sebagai "perkahwinan abad ini".

"Siapa di sini ingat tentang perkahwinan anak saya 5 orang?

"Siapa pun tidak tahu, pasal saya ini kedekut, tidak panggil banyak orang. Tak ada duit nak belanja.

"Ini bukan main. Perkahwinan abad ini (the marriage of century), bukan tahun ini," kata Dr Mahathir di hadapan kira-kira 1,000 orang ramai yang hadir pads forum Bicara Negarawan di Kelab K, Taman Melawati, Selangor hari ini.

Dr Mahathir juga mempersoalkan keperluan Najib yang membawa kira-kira 300 orang bersama dalam rombongan majlis perkahwinan yang diadakan di Kazakhstan.

"Bila ke Kazakhstan dengan 300 orang tidak ada laporan media, biasalah media arus perdana tidak lapor benda itu.

"Tapi ada bertandang ke Kazakhstan kita tidak tahu, kenduri di Pekan kita tahu tapi di Kazakshtan ini siapa dia yang pergi ini?




"Benda macam ini tidak menjadikan seseorang sebagai seorang pemimpin," katanya.

Anak perempuan Najib, Nooryana Najwa berkahwin dengan Daniyar Kessibayev pada 19 Mac lalu di Seri Perdana, Putrajaya.

Majlis yang diadakan di beberapa lokasi mendapat perhatian ramai kerana diadakan secara besar-besaran dan mewah, malah gambar juga semasa majlis tersebut juga tersebar meluas walaupun tetamu yang hadir dilarang mengambil gambar.

Kritikan ini bukan kali pertama, Dr Mahathir sebelum ini juga  menjadikan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, sebagai sasaran kritikan.

Kali ini, beliau mensasarkan kritikan tersebut terhadap isu yang sering menjadi bahan politik seteru Najib dari Pakatan Rakyat (PR), iaitu dakwaan gaya hidup mewah Rosmah.

"Ada banyak perkara tentang kelakuan peribadinya (Najib) yang saya rasakan tidak betul.

"Namun, saya bersedia untuk melupakannya, termasuklah gaya hidup mewah beliau dan isterinya," kata Dr Mahathir dalam tulisan di blognya.

Kehidupan mewah Rosmah dan Najib disiarkan di beberapa media tempatan dan antarabangsa sejak kebelakangan ini, dan turut disiarkan dalam satu artikel New York Times edisi Februari dan dikaitkan dengan ahli perniagaan Low Taek Jho.

Memaparkan invois dan dokumen lain sebagai bukti pembelian barang kemas yang dibeli Rosmah, laporan itu menuntut respons daripada Pejabat Perdana Menteri dan menerima jawapan berbunyi:

"Tiada sebarang duit yang dihabiskan untuk berjalan atau membeli barang kemas, atau simpanan dalam peti besi yang didakwa, yang di luar kebiasaan bagi seorang yang berada pada posisi perdana menteri, dengan tanggungjawab dan harta legasi keluarganya."

Terbaru, majalah Indonesia, Tempo juga menyentuh isu anak tiri Najib, Riza Aziz yang membeli kondominium mewah di New York bernilai RM110 juta pada 2012 dan rumah di Beverly Hills, California bernilai AS$17.5 juta secara tunai, seperti yang dilaporkan New York Times. – 25 April, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Najib berubah selepas berkuasa FMT Reporters

Posted: 25 Apr 2015 07:30 PM PDT

 
najib sombong

Menurut Tun Dr Mahathir beliau menyokong Najib dipilih jadi PM kerana ingin membalas budi Tun Razak selain perwatakan anaknya yang mempunyai personaliti dan terpelajar.

VIDEO INSIDE
 
 
 
PETALING JAYA: Kuasa boleh merosakkan perwatakan seorang pemimpin walaupun ia mempunyai personaliti yang bersih dan terpelajar

Kenyataan itu dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika beliau mengimbau kembali keputusannya menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak, menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Katanya, pemilihan itu juga bagi membalas jasa Allahyarham Tun Abdul Razak yang menjadi mentornya.

Bekas Perdana Menteri kedua tu bertanggungjawab membawanya masuk semula ke dalam UMNO dan kemudian dilantik memegang jawatan dalam kabinet kerajaan.

"Saya terhutang budi dengan dia, kita harus balas budi dengan anak dan cucu cicitnya.

Saya berhempas pulas letakkan anak dia jadi Perdana Menteri. Saya cakap Pak Lah (Tun Abdullah Badawi) mintak letak Najib jadi Timbalan Perdana Menteri.

Ketika itu saya lihat dia bagus dan terpelajar, saya nak balas budi baik ayah dia dan naikkan anak dia", jelas Dr Mahathir dalam program Jelajah Negarawan di Taman Malawati.

Bagaimanpun, beliau mengakui tanggapannya meleset dan apa yang diharapkan menjadi sebliknya apabila Najib berkuasa sehingga beliau terpaksa bersuara untuk menegur kepincangan yang berlaku.

Jelas beliau, layanan baik yang diterima daripada Kerajaan Malaysia bukan alasan untuk berdiam diri terutama apabila melihat perkara yang tidak betul berlaku di depan mata.

Beliau mengakui atas kepentingan ramai satu persatu perkara berkenaan ditegur bagi memperbetulkan keadaan.

Dr Mahathir bertegas untuk mengkritik selepas pentadbiran Najib berdepan dengan pelbagai kemelut dan bebanan hutang, terutama membabitkan isu 1MDB.

Katanya, beliau begitu kritis mengenai 1MDB kerana jika dibiarkan perkara itu akan menghancurkan negara.

Dalam penyampaian yang penuh bersahaja, Dr Mahathir menegaskan dua skandal yang berlaku, iaitu 1MDB dan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibu akan menjadi penyebab utama kejatuhan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

"Walaupun ini anak tun razak…saya terpaksa dedah. Saya terpaksa tulis dalam blog saya meminta dia berhenti.Najib berhentilah…," tegasnya.

Tambahnya, kemelut pentadbiran yang tidak berkesudahan menyebabkan prestasi Najib sebagai Perdana Menteri amat teruk jika dibandingkan dengan Pak Lah.

"Saya ingat jika Pak Lah sebelum ini menang pilihan raya sikit dan Najib akan menang lebih. Tetapi pencapaian Najib teruk lagi dari Pak Lah," katanya.

Beliau juga turut menyelar dasar Najib yang cuba menambat hati rakyat dengan memberi duit dan disifatkan sebagai salah.

"Memberi BR1M itu salah dan itu bukan cara untuk menambat hati rakyat. Pembangkang misalnya pernah berkata akan menerima BR1M dari kerajaan tetapi tidak untuk mengundi UMNO," jelasnya.

Beliau juga menyelar dakwaan Najib yang mengatakan beliau mendapat sokongan dan tidak keseorangan.

"Najib boleh kata dia tidak kseorangan kerana ahli-ahli UMNO yang menyatakan sokongan itu takut kehilangan pangkat dan elaun mereka.

"Dia juga boleh membawa seramai 10,000 orang untuk mengangkat sepanduk Saya Cinta Perdana Menteri (PM) dan menyanyikan lagu 1M4U. Tetapi Najib tetap tidak dapat sokongan masa PRU13 kerana mereka sokong sebab dibayar.

"Itupun tak faham, macan mana nak jadi Perdana Menteri," sindir Dr Mahathir.

Saya patut terus jadi PM, usik Mahathir

Posted: 25 Apr 2015 07:00 PM PDT

 
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau kadang-kadang merasakan patut terus menjadi perdana menteri.
 
Ini, katanya, akan membolehkannya membetulkan perkara-perkara yang tidak betul.
 
""Kadang-kadang saya rasa sedih juga [...] tak boleh boleh apa.
 
"Sebab itu saya rasa saya patut terus jadi perdana menteri," katanya di majlis 'Bicara Negarawan: Anda Tidak Keserorangan di Kuala Lumpur.
 
Bagaimanapun, kata Mahathir, masanya untuk memimpin negara ini sudah lepas tetapi beliau boleh memberi pandangan.
 
"Nak jadi perdana menteri susahlah, bukan masa saya la, masa saya sudah lepas.
 
"Tapi kalau nak tanya pendapat, boleh la," tambahnya.
 
Antara perkara yang beliau mahu lakukan ialah selamatkan Umno dan Barisan Nasional.
 
"Umno yang kita pertahankan, tiba-tiba orang ini memusnahkan Umno.
 
"Saya tidak dapat memaafkan orang yang melakukan ini kepada Umno," kata Mahathir.
 

TPM: Cabaran BN di Pmtg Pauh ibarat daki gunung

Posted: 25 Apr 2015 06:30 PM PDT

 




Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidddin Yassin berkata cabaran yang perlu dilalui Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei ini adalah sukar yang diibaratkannya seperti 'mendaki gunung'.

Bagaimanapun, timbalan perdana menteri berkata kejayaan bukan mustahil untuk dicapai calon BN Suhaimi Sabudin, kerana BN bergerak sebagai satu pasukan yang padu.

"Saya tahu ini bukan kerja mudah...'we are underdog' kata orang, sebagai 'underdog' kita tahu cabaran kita seperti mendaki gunung.

"Tapi saya yakin kerana dalam BN yang bergerak bekerja semuanya padu, tak ada split (perpecahan) dalam Umno bahagian baik dari segi gerakan ataupun dari segi calon tak ada perpecahan. Kita tahu kita boleh bergerak sebagai satu pasukan," katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh di Institut Kemahiran Belia Negara di Bukit Mertajam hari ini.

Pada pilihan raya kecil itu, calon BN Suhaimi akan dicabar Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Salleh Ishak (Bebas) dan Azman Shah Othman daripada Parti Rakyat Malaysia.

Muhyiddin berkata beliau juga melihat jentera parti kali ini komited dalam memastikan kejayaan calon BN dan kesepaduan yang dilihat kali ini jauh lebih baik berbanding masa-masa lepas.

"Dulu kita tahu banyak masalah, ada perpecahan tapi kali ini solid, intact," (padu dan baik) katanya.

Muhyiddin berkata BN mempunyai sasaran tertentu yang ditetapkan di setiap daerah mengundi di kawasan Permatang Pauh.

"Kalau ini kita usahakan bersungguh-sungguh tidak ada satu perkara yang mustahil," katanya.

Beliau berkata BN yakin calonnya mampu memikul tanggungjawab dan amanah penduduk sekiranya diberi peluang mewakili kawasan yang dikatakan kubu kuat PKR itu dan membawa perubahan serta pembangunan di Permatang Pauh.

Muhyiddin berkata beliau percaya Suhaimi yang merupakan penduduk tempatan akan berada di kawasan itu sepanjang masa bagi menangani masalah dan membantu keperluan penduduk di kawasan ini.

"Saya curiga jika calon lain yang dipilih tidak ada masa untuk memberi pembelaan yang adil untuk penduduk setempat...Suhaimi penduduk di sini akan berada di sini dan akan bertemu dengan pengundi setiap hari, dia tak ada kawasan DUN lain," katanya.

Ditanya perbandingan dengan Rompin, beliau berkata Rompin adalah lebih maju dengan pembangunan yang dibawa oleh BN selama ini berbanding Permatang Pauh yang jauh ketinggalan dan berhadapan dengan pelbagai isu di peringkat tempatan.

"Dahulu pun wakil rakyat tidak beri tumpuan, dia kelihatan sebagai pemimpinbesar tapi dari segi tanggungjawab dan tugas di bawah tidak dilaksanakan... ini maklum balas yang kita terima," katanya.

Suruhanjaya pilihan raya menetapkan 3 Mei sebagai hari pengundian awal dan 7 Mei hari pengundian.

- Bernama

1,000 sukarelawan PasMa kempen bantu PKR

Posted: 25 Apr 2015 06:00 PM PDT


 

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) akan membantu kempen PKR dalam pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh.

Presidennya Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, kira-kira 1,000 sukarelawan PasMa akan berkempen memberi penjelasan tentang isu-isu semasa terutamanya isu hudud.

"Apa sahaja isu berkaitan rakyat, kita akan beri penjelasan biar (rakyat) faham perlunya sokong Pakatan terutamanya dengan isu GST hudud," katanya dalam sidang media di pusat sukarelawan PasMa di Permatang Pauh.

Selain itu, bekas pemimpin PAS Kedah itu berkata, kempen sukarelawan PasMa itu adalah antaranya siri ceramah bersama Pakatan.

Bagaimanapun, perkara itu masih lagi dalam peringkat perbincangan, katanya.

PRK Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Suhaimi Sabudin (BN), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Azman Shah (Parti Rakyat Malaysia) dan Salleh Ishak (bebas).

Suruhanjaya pilihan raya menetapkan 3 Mei sebagai hari pengundian awal dan 7 Mei hari pengundian.

PRM nafi calon PRK Pmtg Pauh ahlinya

Posted: 25 Apr 2015 05:30 PM PDT

 
Parti Rakyat Malaysia (PRM) Pulau Pinang menafikan calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh yang menggunakan lambang parti itu adalah ahlinya.

Sambil menggelarkan calon tersebut Azman Shah Othman sebagai pelawak, Pengerusinya Datuk Gary Nair mendesak individu itu menarik balik pencalonannya.

"Kami sedar hari ini, seorang calon kononnya ahli PRM bertanding di PRK Permatang Pauh.

"Kami secara mutlak menolak individu ini yang mana tidak mempunyai kaitan dengannya.

"Pelawak ini, bukan sahaja bukan ahli parti, tetapi berani guna nama dan bendera kami," katanya dalam kenyataan medianya hari ini.

Selain itu, Gary berkata, pihaknya juga telah menghantar surat kepada Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) bagi mengesahkan surat watikah perlantikan yang diberi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sehubungan itu, Gary meminta supaya semua ahli PRM yang mengundi di Permatang Pauh memberikan undi mereka kepada PKR.

"Kami sedang menulis surat kepada Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) bagi mendapatkan kepastian tentang pengesahan surat itu.

"PRM Pulau Pinang mendesak calon itu menarik balik pencalonnya. Kepada semua ahli kami, undilah PKR," katanya lagi.

Azman hari ini diumumkan sebagai salah seorang calon PRK Permatang Pauh. Selain Azman, calon lain ialah Suhaimi Sabudin (BN), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR), dan Salleh Ishak (bebas).
 

Dr M tidak akan maafkan Najib kerana hilangkan RM42 bilion 1MDB

Posted: 25 Apr 2015 05:00 PM PDT

 

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad disambut pada pada forum 'Bicara Negarawan' di Kelab K, Taman Melawati, Selangor, pagi ini. Beliau mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menjawab persoalan melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) malah mempersoalkan ketelusan laporan audit yang dibuat.


Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi kenyataannya tidak akan memaafkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana bertanggungjawab menghilangkan RM42 bilion wang melalui syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata, jumlah wang yang hilang itu bukan kecil, malah memberi bayangan ia akan berterusan jika Najib tidak meletakkan jawatan.

"Kita tidak boleh lagi maafkan, kita mesti tumpukan kepada perkara (1MDB) ini.
 
"Kalau kita tak hentikan, ia akan terus berlaku," kata Dr Mahathir semasa forum Bicara Negarawan di Kelab K, Taman Melawati, Selangor hari ini.

Dalam dewan yang dipenuhi kira-kira 1,000 orang, Dr Mahathir sekali lagi mendakwa Najib tidak menjawab persoalan melibatkan 1MDB malah mempersoalkan ketelusan sama ada laporan audit yang dibuat seperti diarahkan perdana menteri sendiri.

Kelab K yang dahulu dikenali sebagai Kelab Century Paradise merupakan tempat awal Dr Mahathir bertemu rakyat pada 2006 semasa mengkritik pentadbiran bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. - tmi

Hasan Malek Cakap Besar, Last-Last Kantoi Perbodohkan Diri.

Posted: 25 Apr 2015 04:30 PM PDT

 Ahmad Maslan dan Hasan Malek memang pasangan sepadan. Memperbodohkan diri. Memperbodohkan orang. Cakap besar. Sembang kencang. Puji kerajaan kemain lagi. Lambung sampai tak jejak tanah. Sekali habuk pun tarak.

Hari tue si Hasan Malek kata ;


Woahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...

Dia sedang berlakon jadi menteri ke tue. Acah-acah jadi menteri yang konsisten perjuangkan hak rakyat ka? Bajet la lue Hasan oi.

Saya lihat sekarang ada terlalu banyak cukai.

Di ulangi.

SAYA LIHAT SEKARANG ADA TERLALU BANYAK CUKAI.

CUKAI = Polisi kerajaan.

Saya hendak mahsuhkan caj perkhidmatan itu.. dan mahu peniaga dan pengguna serta pekerja mendapat keuntungan daripadanya.

Kerajaan kenakan cukai.
Menteri tengok cukai terlalu banyak.
Dan kemudiannya bagi melonggarkan beban pengguna, menteri cadang hapuskan caj perkhidmatan 10% yang peniaga kenakan ke atas pengguna. Which is, kerajaan lebih sanggup menyibuk untuk berbahas bagi memastikan peniaga hapuskan caj perkhidmatan berbanding kaji semula jenis-jenis cukai yang wujud. Sedangkan jenis2 cukai itu lebih mendekati kepada kemampuan kerajaan untuk hapus, mahsuh atau kurangkan kadar berbanding caj perkhidmatan yang memerlukan kerjasama direct dari peniaga. Jika peniaga tidak mahu, kerajaan tak boleh paksa. Melainkan mewujudkan satu akta khas melalui enakmen undang2 supaya akhirnya peniaga akan terikat dengan peraturan baru. Dah bertahun wujud caj perkhidmatan. Sekarang baru nak sembang lebih.

Apa Hasan Malek tak pernah p kat kedai yang ada caj perkhidmatan ke? Paling2 koman kau makan Pizza pun ada kot.

Apa yang menteri kau buat ialah berlakon. Sandiwara. Konon nak nak pikat pengguna. Menteri mahu hapuskan caj perkhidmatan. 

Tapi akhirnya ini yang jadi ;


Sembang. Macam kerajaan tatau polisi berkaitan caj perkhidmatan. Ianya dalam pengetahuan mereka selama bertahun2. Ianya selaras dengan undang2 negara.

Dalam erti kata lain. Kerajaan tahu sangat perkara tersebut. Apa yang kerajaan buat ialah cuma nak perkemaskan lagi polisi sedia ada. Jika dahulu notis caj ke atas perkhidmatan tertakluk atas resit bayaran.

Tapi sekarang kerajaan mahu ianya dipamerkan. Agar pengguna alert.

Sedang kerajaan sendiri ketika melaksanakan GST, atau dalam rangka melaksanakan GST, telah memilih untuk kenakan cukai ke atas caj perkhidmatan yang dikenakan oleh peniaga ke atas pengguna.

Perkara ini ada dalam mesyuarat. Ada dalam perbincangan.

Adakah aku buat cerita tipu?

Hasan Malek, tatau? Tak p meeting? Takde buat perbincangan atau follow up perkara berkaitan pelaksanaan GST?

Cakap kemain besar. Last-last kantoi perbodohkan diri. Nak hapuskan caj perkhidmatan pa dia. Kerajaan siap collect cukai atas caj perkhidmatan lagi la ada, biol. Tambahan pula, kau sendiri kata terlalu banyak cukai di Malaysia. Baik hapuskan beberapa cukai yang wujud dari sibuk attack caj perkhidmatan la, gila.


Kbai.

Demo Di Termeloh Hasut Untuk Hadir Demo 1 Juta Di Ibu Negara ?

Posted: 25 Apr 2015 04:00 PM PDT

DEMO DI TEMERLOH



TEMERLOH
anak muda demo 
anti-GST 
petang sabtu kelmarin
telah
hasut orang temerloh
turun demo
1 JUTA 1 MEI














#KitaLawan
membawa
menyebar budaya demo
dari pekan ke kampong
jalan raya 
sebelum
 ke pilihan raya
 

BN Pasti Terkejut Perkembangan Terbaru Di Permatang Pauh

Posted: 25 Apr 2015 01:03 PM PDT

 
BN Pasti Terkejut Perkembangan Terbaru Di Permatang Pauh. 
 
Di saat calon mengemukakan nama mereka untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, para pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mempamerkan imej yang semuanya berjalan dengan lancar dengan gabungan itu.

PR pagi ini memperlihatkan perpaduan sepenuhnya apabila calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berjalan ke pusat penamaan calon.Beliau tiba di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Penanti pada kira-kira jam 8.50 pagi disertai para pemimpin PR dan penyokong.

Antara yang hadir ialah Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Ahli Jawatankuasa Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan pemangku Pengerusi DAP Tan Kok Wai, Ketua Parlimen Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung Lim Guan Eng, serta puluhan wakil rakyat lain daripada gabungan itu.

Pengerusi PAS Bahagian Permatang Pauh Omar Hassan, yang sebelum ini mahu PKR menarik balik kenyataan menentang rang undang-undang ahli persendirian mengenai hudud, juga dilihat di khalayak ramai berdiri bersama Dr Wan Azizah dan anak-anak perempuan Datuk Seri Anwar Ibrahim; Nurul Izzah, Nurul Nuha dan Nurul Iman.

BN Pasti Terkejut Perkembangan Terbaru Di Permatang Pauh

Di barisan hadapan adalah sekumpulan pemuda berbaju t hitam #KitaLawan menjerit "reformasi" dan "hidup rakyat".Calon Bebas Salleh Ishak tiba di pusat penamaan calon 8.25 pagi diikuti oleh calon Barisan Nasional Suhaimi Sabudin pada jam 8.46 pagi.

Pemimpin PKR dan PAS malam tadi terlibat dalam perbincangan berhubung permintaan PAS Permatang Pauh PAS agar Dr Wan Azizah secara terbuka memohon maaf dan menarik balik pendirian parti itu mengenai isu hudud.

Tiada permohonan maaf dibuat tetapi nampaknya isu perbalahan berjaya diselesaikan secara baik.Ahli jawatankuasa PAS pusat dan timbalan pesuruhjaya Pulau Pinang Mujahid berkata, hasil pertemuan antara pemimpin PAS negeri; Mohamad, Omar dengan Dr Wan Azizah dan Azmin adalah positif.

Beliau berkata, PAS kawasan dan akar umbi menerima Dr Wan Azizah sebagai calon PKR dan PR."Seperti yang saya selalu berkata, keputusan parti pusat akan diguna pakai," katanya kepada pemberita di pusat penamaan calon PRK Permatang Pauh, pagi ini.

Beberapa kompromi dicapai dalam pertemuan tetapi Mujahid bagaimanapun enggan mengulas lanjut."Ada kompromi tetapi tiada permohonan maaf dibuat. Adalah sukar untuk berbuat demikian apabila anda tidak boleh menentukan 'faultline' itu," katanya.

Mujahid berkata, jentera PAS di Permatang Pasir, yang anggotanya beliau bermesyuarat pada Khamis, bersedia untuk digerakkan.PAS mempunyai jentera pilihan raya yang kuat di Permatang Pasir, di mana bekas ahli Parlimen Permatang Pauh, Anwar memenangi undi dalam pilihan raya umum 2013.

Sementara itu, Azmin berkata mesyuarat malam tadi berakhir dengan baik dengan kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk menumpukan usaha mereka dalam kempen.

"Setiap Bahagian gembira mendengar penjelasan daripada pihak lain. Tidak ada permintaan meminta maaf. Hanya penjelasan."PAS meminta penjelasan, PKR juga meminta penjelasan. 

Kami menerima penjelasan dengan baik," katanya.Azmin juga mengucapkan terima kasih kepada PAS yang menghantar orang-orangnya dari negeri-negeri utara bagi membantu kempen PR di Permatang Pauh.

Apabila VIP berlagak dengan pegawai Kastam di KLIA - Oleh: SHAH A. DADAMEAH

Posted: 25 Apr 2015 01:00 AM PDT

 
AWAL bulan ini dua pucuk surat telah disiarkan di akhbar The Star yang memuji sikap seorang pegawai Kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana tegas tatkala berdepan dengan seorang kenamaan (VIP) yang cuba menunjuk lagak dan kuasanya.

Perihal pegawai kastam itu menyentuh perasaan penulis kerana mengenang nasib ribuan pegawai kerajaan yang sering dibuli dan disekat menjalankan tugasan mereka mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan. 
Peraturan tetap menjadi satu peraturan dan tidak sepatutnya mengenal pangkat dan darjat.
Surat kedua yang disiarkan pada 6 Mac adalah ekoran surat yang disiarkan sehari sebelum itu yang mengisahkan kejadian yang telah berlaku di antara jam 8 malam dan 10 malam pada 26 Februari.

Menurut kisah yang disiarkan, VIP berkenaan dan keluarganya cuba melepasi kawalan pemeriksaan Kastam dengan berlonggok-longgok bagasi setelah mendarat di KLIA dari sebuah kota Eropah.

Seorang wanita, yang dikatakan mendahului kumpulannya diminta oleh pegawai kastam itu supaya membenarkan bagasinya diimbas (scan) sebelum mereka bergerak keluar dari kawasan pemeriksaan.Namun, permintaan pegawai kastam itu, juga seorang wanita, tidak diendahkan walaupun diulangi beberapa kali.
Kemudian, VIP yang meyusul dari belakang wanita tersebut bertanya kepada pegawai kastam yang bertugas di situ: "Kamu tahu siapa saya?"

Pegawai kastam itu dikatakan menjawab secara selamba: "Saya tidak kenal Tuan. Boleh kita teruskan dengan urusan imbasan ini?"

Pengirim surat itu mengakui tidak menggapai sepenuhnya apa yang seterusnya berlaku; namun apa yang cuba dikupaskan ialah ahli politik ternama itu berusaha menyakinkan pegawai kastam itu bahawa dia mempunyai "permit khas" untuk membawa masuk barangan yang dibelinya di luar negara ke Malaysia tanpa perlu membayar cukai atau terlebih dahulu diperiksa oleh pegawai kastam.
Enggan membiarkan keadaan menjadi lebih kecoh, pegawai Kastam itu akhirnya meminta VIP dan keluarganya agar "pergi saja" dari situ supaya dia dapat memberi perhatian kepada lain-lain penumpang yang sudah sampai di situ.
MELONGGARKAN SYARAT UNTUK VIP
Penulis berpendapat apa  yang telah berlaku pada hari itu ialah suatu keadaan yang kerap terjadi; di mana pegawai-pegawai kerajaan dipaksa "melonggarkan syarat" semata-mata untuk menyenangkan orang yang berkuasa atau berpengaruh.

Tidak hairanlah jika perkara seperti ini berlaku di segenap lapisan kerajaan dan pentadbiran dan, boleh dikatakan, ia suatu bentuk pemerasan ke atas pegawai-pegawai kerajaan yang menjalankan tugas, seperti diikrar kepada rakyat jelata.

Dalam hal ini, pegawai Kastam itu sememangnya berhak untuk meminta segala bagasi yang dibawa masuk melalui kawalan pemeriksaan diperiksa atau diimbas terlebih dahulu jika dia merasakan perlu berbuat demikian.

Jika VIP itu mengakui dia mempunyai permit khas untuk membawa masuk barangannya tanpa dikenakan cukai, dia sepatutnya menunjukkan surat berkenaan sebagai bukti kepada pegawai tersebut.

Apa salahnya meminta jasa baik pegawai Kastam itu mengurangkan kadar cukai? Budi bahasa dan budi pekerti; itu saja yang perlu ditunjukkan, bukan memperlihatkan sikap bongkak dan angkuh dengan berkata; "Awak tahu siapa saya?"

Soalnya, kenapa VIP dan keluarganya itu takut bagasi mereka diimbas jika mereka tidak membawa masuk apa-apa benda yang patut dikenakan cukai?

Orang-orang kenamaan kita mesti pelajari dari Presiden Indonesia, Joko Widodo yang dilaporkan berbaris seperti mana warga biasa bila dia daftar masuk untuk penerbangan dari Jakarta ke Singapura ketika menghadiri acara graduasi anak lelakinya.

Jua, pernah dilaporkan Presiden China pernah berbaris untuk membeli makanan dari sebuah kedai.
Penulis menghormati petugas-petugas beruniform penguatkuasaaan, sama ada dari pasukan Kastam, polis, imigresen atau bomba.

Tanpa mereka, bagaimana sesebuah negara dapat berfungsi mengikut peraturan dan undang-undang.

Namun, mereka kerap menjadi sasaran dan kutukan masyarakat yang tidak peka dengan tugasan wira dan wiranita ini yang diikatkan kepada prosedur-prosedur dan peraturan rasmi.

Penulis juga merasa kesal dengan sikap VIP itu yang, sehingga kini enggan menampil diri dan meminta maaf kepada seluruh anggota Kastam, di mana mereka bertugas demi kesenangan rakyat jelata.

Orang seperti VIP itu tidak layak diberi kesempatan lagi menjadi seorang wakil rakyat.

Mereka yang menduduki Dewan Rakyat, Dewan Negara atau Dewan Undangan Negeri perlu menunjuk teladan yang baik dan sikap serta daya kepimpinan yang tinggi bukan bersembunyi di sebalik gelaran ahli Yang Berhormat untuk berselindung di sebalik undang-undang dan peraturan yang mereka sendiri gubalkan.
 
 

CALON PKR PERMATANG PAUH - MENGAPA KAK WAN ?

Posted: 25 Apr 2015 12:15 AM PDT

SECARA peribadinya, aku mengharapkan agar calon lelaki yang lebih muda, bertenaga dan vokal untuk mengisi kekosongan calon mewakili PKR di Permatang Pauh.

Aku telah banyak menulis termasuk di dalam blog aku mengapa aku memikirkan demikian. Datin Seri Wan Azizah - Presiden PKR (Calon P044 Permatang Pauh)

Paling utama, aku melihat Kak Wan terlalu dibebankan dengan amanah dan tanggungjawab bukan sahaja di dalam politik bahkan tanggungjawab beliau sebagai isteri yang sentiasa memantau perkembangan suaminya di dalam tahanan di Sg Buluh.

Tentulah baginya mahu melihat suaminya yang telah dikongsikan oleh rakyat sebagai pejuang negara sentiasa berada di dalam keadaan selamat dan sihat di sana. Tidak ringan bebanan kepada Kak Wan dan tidak ramai dari kita yang mampu memikulnya.



Majlis pengumuman calon malam tadi Rupanya bukan aku saja yang berpandangan demikian, tetapi ramai di kalangan pemerhati di luar sana pun mahu agar tiada lagi bebanan ke atas Kak Wan.

Sebab itu nama-nama seperti Saifuddin Nasution, Yusmadi, Chegu Bard dan tokoh-tokoh muda Permatang Pauh disebut-sebut wajat menggalas cabaran hebat ini. Akhirnya, malam tadi parti telah buat keputusan bahawa sejarah kehebatan Permatang Pauh wajar dipertahankan.

Parti mahu usaha pihak-pihak musuh untuk melenyapkan 'roh' Anwar di Permatang Pauh wajib dilawan.

Parti melihat walaupun Anwar terpenjara, namun 'roh' pembakar semangat atau 'bau-bau' Anwar masih tetap dapat dihidu oleh masyarakat Permatang Pauh. Tentu ada yang berkata, kenapa mesti keluarga Anwar?




Ya, keluarga Anwar memang tidak putus untuk meneruskan perjuangan. Bukan menjadi satu kesalahan pun jika kita memiliki isteri, anak mahu pun cucu yang ingin meneruskan perjuangan yang baik. Apa yang penting, mereka bukan naik di dalam politik kerana ditunjuk oleh Anwar.

Mereka diiktiraf sebagai pejuang oleh rakyat. Mereka juga telah diuji dengan ujian yang berat-berat dan tidak semua ahli politik mendapat ujian dan mampu menghadapi ujian sehebat yang dialami oleh Kak Wan serta keluarganya. Faktor lain, PR kini masih belum stabil. Kita tiada tokoh yang boleh diyakini untuk diletakkan sebagai Ketua Pembangkang.

Kak Wan dilihat mampu menjadi Ketua Pembangkang walaupun ada yang menyebut Kak Wan tidak layak sewaktu beliau mahu dicalonkan sebagai MB Selangor.

Malangnya yang berkata demikian tidak pernah membawa hujah atau fakta sebab musabab Kak Wan tidak layak.

Kak Wan punyai pengalaman menjadi Ketua Pembangkang. Kak Wan tidak pernah tewas di dalam Pilihanraya bahkan tetap menang walaupun bertanding di luar Permatang Pauh. Yang menyebut Kak Wan tidak layak itu bagaimana?



Adakah mereka miliki rekod seperti itu? Walaupun aku merasa harapan aku untuk melihat tokoh-tokoh muda ditampilkan di Permatang kali ini gagal, namun aku tetap melihat bahawa pandangan orang lain terutamanya di akar umbi mungkin tidak sama dengan pandangan aku.

Berbeza pendapat dan pandangan itu baik tetapi jangan kerana kehendak kita gagal, kita menuduh pendapat orang lain itu salah.

Selaku ahli dan penyokong parti, akhirnya kena akur bahawa sesiapa pun yang diamanahkan oleh parti itulah calon yang mesti kita sokong dan bantu.

Berbeza pendapat sebelum dimuktamadkan, tetapi bila keputusan telah dibuat maka lupakan perbezaan. Ini lah yang turut aku lakukan sewaktu krisis MB Selangor dulu. Ternyata, Alhamdulillah, kesannya amat baik.

Dicatat oleh WFAUZDIN NS

Sabtu, 25 April 2015 CALON PKR PERMATANG PAUH - MENGAPA KAK WAN ? SECARA peribadinya, aku mengharapkan agar calon lelaki yang lebih muda, bertenaga dan vokal untuk mengisi kekosongan calon mewakili PKR di Permatang Pauh. Aku telah banyak menulis termasuk di dalam blog aku mengapa aku memikirkan demikian. Datin Seri Wan Azizah - Presiden PKR (Calon P044 Permatang Pauh) Paling utama, aku melihat Kak Wan terlalu dibebankan dengan amanah dan tanggungjawab bukan sahaja di dalam politik bahkan tanggungjawab beliau sebagai isteri yang sentiasa memantau perkembangan suaminya di dalam tahanan di Sg Buluh. Tentulah baginya mahu melihat suaminya yang telah dikongsikan oleh rakyat sebagai pejuang negara sentiasa berada di dalam keadaan selamat dan sihat di sana. Tidak ringan bebanan kepada Kak Wan dan tidak ramai dari kita yang mampu memikulnya. Majlis pengumuman calon malam tadi Rupanya bukan aku saja yang berpandangan demikian, tetapi ramai di kalangan pemerhati di luar sana pun mahu agar tiada lagi bebanan ke atas Kak Wan. Sebab itu nama-nama seperti Saifuddin Nasution, Yusmadi, Chegu Bard dan tokoh-tokoh muda Permatang Pauh disebut-sebut wajat menggalas cabaran hebat ini. Akhirnya, malam tadi parti telah buat keputusan bahawa sejarah kehebatan Permatang Pauh wajar dipertahankan. Parti mahu usaha pihak-pihak musuh untuk melenyapkan 'roh' Anwar di Permatang Pauh wajib dilawan. Parti melihat walaupun Anwar terpenjara, namun 'roh' pembakar semangat atau 'bau-bau' Anwar masih tetap dapat dihidu oleh masyarakat Permatang Pauh. Tentu ada yang berkata, kenapa mesti keluarga Anwar? Ya, keluarga Anwar memang tidak putus untuk meneruskan perjuangan. Bukan menjadi satu kesalahan pun jika kita memiliki isteri, anak mahu pun cucu yang ingin meneruskan perjuangan yang baik. Apa yang penting, mereka bukan naik di dalam politik kerana ditunjuk oleh Anwar. Mereka diiktiraf sebagai pejuang oleh rakyat. Mereka juga telah diuji dengan ujian yang berat-berat dan tidak semua ahli politik mendapat ujian dan mampu menghadapi ujian sehebat yang dialami oleh Kak Wan serta keluarganya. Faktor lain, PR kini masih belum stabil. Kita tiada tokoh yang boleh diyakini untuk diletakkan sebagai Ketua Pembangkang. Kak Wan dilihat mampu menjadi Ketua Pembangkang walaupun ada yang menyebut Kak Wan tidak layak sewaktu beliau mahu dicalonkan sebagai MB Selangor. Malangnya yang berkata demikian tidak pernah membawa hujah atau fakta sebab musabab Kak Wan tidak layak. Kak Wan punyai pengalaman menjadi Ketua Pembangkang. Kak Wan tidak pernah tewas di dalam Pilihanraya bahkan tetap menang walaupun bertanding di luar Permatang Pauh. Yang menyebut Kak Wan tidak layak itu bagaimana? Adakah mereka miliki rekod seperti itu? Walaupun aku merasa harapan aku untuk melihat tokoh-tokoh muda ditampilkan di Permatang kali ini gagal, namun aku tetap melihat bahawa pandangan orang lain terutamanya di akar umbi mungkin tidak sama dengan pandangan aku. Berbeza pendapat dan pandangan itu baik tetapi jangan kerana kehendak kita gagal, kita menuduh pendapat orang lain itu salah. Selaku ahli dan penyokong parti, akhirnya kena akur bahawa sesiapa pun yang diamanahkan oleh parti itulah calon yang mesti kita sokong dan bantu. Berbeza pendapat sebelum dimuktamadkan, tetapi bila keputusan telah dibuat maka lupakan perbezaan. Ini lah yang turut aku lakukan sewaktu krisis MB Selangor dulu. Ternyata, Alhamdulillah, kesannya amat baik. Dicatat oleh WFAUZDIN NS Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT