Jumaat, 24 April 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Wan Azizah minta maaf kepada PAS Permatang Pauh

Posted: 24 Apr 2015 11:30 PM PDT

 SEBERANG JAYA: Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah memohon maaf kepada PAS Permatang Pauh, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Permohonan maaf Wan Azizah itu dipercayai berkaitan perselisihan berhubung isu hudud sehingga PAS Permatang Pauh memberi kata dua kepada PKR untuk berbuat demikian atau tidak menyokong jentera kempen pakatan pembangkang.


Berucap pada majlis penamaan calon PKR malam tadi, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata permohonan maaf Wan Azizah itu dizahirkan ketika beliau mengadakan pertemuan tertutup bersama kepimpinan PAS kawasan berkenaan.

"Wan Azizah sudah mengadakan perjumpaan bersama mereka (pemimpin PAS Permatang Pauh) di sebuah hotel berdekatan, petang tadi (semalam).

"Mereka juga ada berbincang mengenai kerjasama PAS Permatang Pauh sepanjang PRK nanti," katanya.

Dua calon bebas cuba nasib - FMT Reporters

Posted: 24 Apr 2015 10:14 PM PDT

 
empat calon

PRK Permatang Pauh menyaksikan BN dan PR ditentang dua calon bebas.

BUKIT MERTAJAM: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru.

Selain seteru lama, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), ia menyaksikan dua calon bebas mempertaruh nasib pada 7 Mei ini.

Dua yang berkenaan ialah Azman Shah Othman dan Salleh Isahak.

Dr Abdullah Zawawi, seorang lagi yang cuba mempertaruh nasib sebagai calon bebas, menarik diri di saat-saat akhir sebelum tempoh pencalonan ditutup.

Pada PRK kali ini, BN diwakili Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin dan Pakatan Rakyat oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pengesahan pencalonan keempat-empat calon berkenaan diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Parlimen Permatang Pauh, Jusni Ismail.

Siasat Najib dan konco 1MDB - FMT Reporters

Posted: 24 Apr 2015 08:30 PM PDT

 
khairuddin

Berdasarkan pendedahan Sarawak Report, Khairuddin meminta supaya Polis menyiasat Najib berhubung kenyataan bertulisnya ke Parlimen dan tuduhan memberikan dokumen palsu 1MDB.

PETALING JAYA: Susulan pembongkaran laporan yang dibuat Sarawak Report sebelum ini, bekas Naib Pengerusi UMNO Batu Kawan, yang lantang mengkritik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan Polis di Balai Polis Dang Wangi pada tengahari Jumaat.

Beliau meminta Polis menyiasat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas kapasitinya sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, Pengerusi Lembaga Pengarah, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dan President/CEO, Arul Kanda Kandasamy.

Dalam laporannya, Khairuddin membangkitkan kenyataan bertulis Najib kepada Parlimen pada 11 Mac lalu berhubung dana berjumlah US$1.03 bilion yang disimpan di sebuah bank di Singapura.

Sehubungan itu, beliau meminta Polis menyiasat kesahihan dokumen berkenaan sebagai mana yang disiarkan Sarawak Report.

Dalam laporan yang dibuat, Khairuddin turut meminta Polis menyiasat dakwaan bahawa 1MDB telah mengedar dokumen yang didakwanya sebagai terdapat keraguan pada kedudukan akaun tunai Brazen Sky.

Pada 23 April lalu, dalam laporannya, Sarawak Report mendakwa 1MDB memberikan penyata bank palsu berkaitan berkaitan akaun anak syarikatnya kepada sebuah cawangan bank BSI di republik berkenaan.

FMT

Saifuddin nafi hasut Pas tolak Wan Azizah - FMT Reporters

Posted: 24 Apr 2015 08:00 PM PDT

 
azizha rakyat

Pengarah Pilihan Raya Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menganggap dakwaan dia menghasut ahli Pas supaya menolak Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail adalah berniat jahat.

PETALING JAYA: Datuk Saifuddin Nasution menafikan dakwaaan beliau melobi di kalangan ahli Pas untuk dicalonkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Pengarah Pilihan Raya Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, dakwaan dia menghasut ahli Pas supaya menolak Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail adalah berniat jahat.

Katanya, dia menyokong penuh Presiden PKR dicalonkan pada PRK Permatang Pauh.

"Saya menyokong penuh Dr Wan Azizah. Tidak benar malah berniat jahat tuduhan bahawa saya menghasut ahli Pas," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas kepada FMT.

Saifuddin yang kalah di kerusi Bandar Baharu Kulim pada PRU13 mengulas dakwaan yang tersebar di laman sosial yang mendakwa dia melobi untuk menjadi calon PRK Permatang Pauh.

PKR dijangka akan mengumumkan calon pada Jumaat malam. Pengumuman itu sepatutnya dibuat pada 22 April lalu tetapi ditangguhkan keranan dipercayai calon yang dipilih tidak mendapat sokongan Pas.

Wan Azizah disebut-sebut bakal dicalonkan selain anak keduanya, Nurul Nuha Anwar.

Tips Memilih Busana Muslim Koko Pria

Posted: 24 Apr 2015 07:30 PM PDT

 Tips Memilih Busana Muslim Koko Pria - Fashion memang merupakan sebuah cabang yang senantiasa tersentuh dengan perkembangan dan inovasi yang sangat istimewa. Banyak perkembangan dan inovasi yang dapat kita saksikan dari dunia fashion dan memang perkembangan ini bukan hanya menyentuh dunia fashion umum semata melainkan juga menyentuh fashion muslim. Hal ini terbukti dengan banyaknya model – model dan jenis – jenis dari busana muslim yang menjadi icon model busana muslim yang hingga saat ini menjadi trennya.

Banyak fashion muslim untuk pria yang indah dan menarik, salah satunya adalah busana muslim koko untuk pria. Busana koko ini memiliki banyak model dan motif yang dapat dikenakan pria. Namun memang pria memiliki sifat yang cenderung suka dengan sesuatu yang simple sehingga ketika memilih busana koko yang cocok cenderung memilih busana koko yang memiliki look sangat simpel namun tidak meninggalkan kesan busana koko yang modern.

Contoh Baju Muslim Pria Modern
Contoh Baju Muslim Pria Modern
Nah, bagi anda yang memang seorang pria muslim sudah pantas bagi anda untuk mengenakan busana koko yang modern dan sangat cocok untuk dikenakan oleh pria. Berikut ini sebagai tambahan informasi untuk anda para pria muslim kami uraikan tentang busana koko pria modern yang dapat anda gunakan menunjang penampilan anda dalam menghadiri berbagai acara. Silahkan simak uraiannya di bawah ini tentang Tips Memilih Busana Muslim Koko Pria diantaranya :

Hindari jeans

 
Memang celana jeans merupakan sebuah celana yang simpel dan dapat digunakan untuk berbagai macam acara akan tetapi untuk mengombinasikan dengan pakaian koko akan terasa janggal. Oleh karenanya bagi anda yang memang ingin mengenakan pakaian muslim upayakan untuk mengenakan celana kain dan hindari jeans.

Sesuaikan ukuran

 
Pakaian yang baik adalah yang sesuai dengan ukuran. Untuk itu upayakan ketika anda memilih pakaian pilihlah yang sesuai dengan ukuran tubuh anda agar sesuai.

Sesuaikan dengan tujuan

 
Upayakan ketika berkehendak untuk memilih busana muslim pria anda juga menyesuaikan dengan acara dan tujuan anda mengenakan busana muslim tersebut. Untuk tujuan pesta atau acara formal upayakan memilih baju muslim yang elegan dan memberikan look yang istimewa akan tetapi untuk tujuan pemakaian sehari – hari pilihlah busana muslim pria yang memiliki formula dan look yang ringan agar cocok dikenakan.

Demikian sedikit informasi yang dapat kami sampaikan tentang Tips Memilih Busana Muslim Koko Pria. Semoga dapat menjadi cakrawala baru untuk anda.

HASIL KUTIPAN GST RM42 JUTA SEHARI ... SETAKAT INI DALAM TEMPUH TIGA MINGGU SAHAJA HAMPIR RM1 BILLION BERJAYA DI KUTIP.

Posted: 24 Apr 2015 07:00 PM PDT

 
Panglima Harimau's photo. PUTRAJAYA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) semalam mengumumkan telah mengutip Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak RM922 juta ke atas barang yang diimport ke negara ini dalam tempoh 22 hari sejak 1 April lalu.

Secara purata, pihak kastam membuat kutipan GST sebanyak RM42 juta sehari di semua pintu masuk ke negara ini.

Pengarah GST JKDM, Datuk T. Subromaniam berkata, cukai itu dikutip di semua pintu masuk utama negara ini namun, ia tidak termasuk GST yang akan dikutip daripada 373,668 syarikat berdaftar.

"Syarikat berdaftar itu tidak bayar (GST) pada setiap hari.

"Cukai itu hanya dibayar oleh pihak yang mengimport. Sebahagian jumlah cukai yang dikutip itu akan ditebus semula oleh pihak berkenaan," katanya pada sidang akhbar di Kementerian Kewangan di sini semalam.

VIDEO - Video Ustaz Hassan Basri Balun Ahli PAS Dan PKR....Panassss

Posted: 24 Apr 2015 06:30 PM PDT




VIDEO - "DAP is a party for all"

Posted: 24 Apr 2015 06:00 PM PDT

 


VIDEO - Agree to Disagree with Haris Ibrahim goes live with Tony Pua

Posted: 24 Apr 2015 05:30 PM PDT













VIDEO - Agree to disagree with Haris Ibrahim - I am no katak

Posted: 24 Apr 2015 05:00 PM PDT


Najib dikelilingi penasihat yang pentingkan perut sendiri dakwa MP Barisan Nasional..

Posted: 24 Apr 2015 04:30 PM PDT


 

 Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata musuh utama UMNO kini bukan lagi Pakatan Rakyat sebaliknya unsur dalaman parti itu sendiri yang akan menyebabkan kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Nur Jazlan berkata, ahli-ahli UMNO kini berdepan dilema sama ada menyatakan kesetiaan kepada pemimpinnya atau parti.

"Pemimpin atau parti, yang mana perlu dipertahankan? Dan ketika ini, kedua-duanya tidak boleh datang bersama-sama dan pilihan perlu dibuat dengan segera memandangkan rakyat Malaysia terus memerhati dengan teliti," kata Nur Jazlan di blog peribadinya, nurjazlan.net.

Jelas beliau, kedudukan Najib sebagai Presiden UMNO pada zahirnya dilihat masih lagi kukuh, namun kehilangan Tan Sri Jamaluddin Jarjis berkemungkinan menyebabkan beliau sendiri kehilangan arah.

Katanya, Najib kini berhadapan dengan satu situasi yang begitu meruncing akibat terpalit berbagai isu melibatkan soal pentadbiran dan pengurusan kewangan negara serta isu berkaitan keluarganya.

"Apa tidaknya, kritikan terbuka Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempunyai rekod sejarah cukup baik menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia bermula dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman kemudian Pak Lah, Najib sewajibnya sedar dan perlu membuka mata serta hati bahawa kenyataan terbuka diterimanya kini, mungkin hanya bersifat retorik semata-mata," tulis beliau lagi.

Katanya, apa yang berlaku kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008 adalah bukti bahawa sokongan solidariti tidak mampu menjamin kedudukan seorang presiden parti.

"Sifat bermuka-muka dalam UMNO bukan satu perkara baru dan seorang 'gentleman' seperti Pak Lah pun boleh dimainkan apabila di depan menyatakan beliau mempunyai masa selama 18 bulan untuk berundur tetapi di belakang usaha gigih dilakukan untuk menyegerakan Pak Lah meletakkan jawatan," tulis beliau.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) itu menegaskan jika UMNO terus dilanda masalah, bagaimana parti itu mahu memimpin parti komponen BN seperti MCA, MIC dan Gerakan berdepan PRU akan datang.

"Kelemahan parti-parti komponen ini bukan satu rahsia lagi dan mereka sememangnya bergantung kepada keperkasaan dan kekuatan UMNO dalam memastikan kemenangan dalam PRU 14," katanya lagi.

Dalam tulisannya, Nur Jazlan juga berkata dua projek utama Najib, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Felda Global Venture (FGV) Bhd kini seakan menjadi api dalam sekam kepada pentadbiran beliau.

Katanya, dua projek yang sebelum ini dicanangkan akan membawa Malaysia ke tahap ekonomi yang lebih baik, pasti akan bertukar menjadi isu politik kepada UMNO.

"Ramai pihak sudah mula mempertikaikan kewibawaan dua projek ini terutama sekali 1MDB dan jika selama ini, pucuk pimpinan kerajaan dan parti menyatakan serangan itu bermotif politik daripada pembangkang tetapi kini ia datang daripada Tun Dr Mahathir sendiri selain Tun Daim Zainuddin.

"Kedua-dua tokoh ini walaupun sudah bersara daripada kerajaan dan politik hampir 15 tahun lalu, tetapi masih berpengaruh besar memandangkan mereka mempunyai rekod sejarah yang dibanggakan rakyat Malaysia sehingga kini," ujar beliau.

Najib sebagai presiden UMNO dan Perdana Menteri, jelas Nur Jazlan tidak mempunyai barisan menteri Kabinet yang berpengaruh terhadap rakyat.

Nur Jazlan berkata, berbeza dengan Dr Mahathir, bekas Presiden UMNO dan Perdana Menteri itu mempunyai menteri yang disenangi rakyat seperti Daim.

"Najib dikelilingi penasihat 'pandai memandai' yang sebenarnya lebih banyak mementingkan perut masing-masing untuk mendapatkan projek daripada bermatian mempertahankan beliau dengan apa cara sekalipun daripada serangan-serangan ini.

"Lebih menyeksakan Najib lagi, pemimpin yang lantang bersuara mempertahankan beliau tidak mempunyai kredibiliti dan pengalaman sehingga segala hujah mudah dipatahkan bukan sahaja di kalangan pemimpin pembangkang malahan di kalangan rakyat biasa sahaja," katanya lapor Astro Awani.

Dr Wan Azizah diumum sebagai calon PKR di Permatang Pauh

Posted: 24 Apr 2015 04:00 PM PDT

Baru sekejap tadi Dr Wan Azizah Wan Ismail diumumkan sebagai calon dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh. 

Nama Wan Azizah yang juga Presiden PKR diumumkan oleh Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dihadapan lebih 1,000 hadirin bertempat di Seberang Prao arena, Seberang Jaya Penang.


Pengumuman itu disiar secara langsung menerusi web tv Selangorku.


Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu, Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr Mohd Hatta Ramli serta bekas MB Perak Nizar Jamaluddin turut hadir sama mewakili Pas, manakala DAP diwakili oleh Lim Guan Eng dan juga Ketua Wanitanya. 


Kesemua pimpinan tertinggi PKR hadir.

Penamaan calon akan diadakan esok, manakala pengundian pada 7 Mei. Ulasan lanjut akan datang. [wm.kl.11:54 pm 24/04/15]

BSN buat penjenamaan semula perkhidmatan Oktober ini

Posted: 24 Apr 2015 09:15 AM PDT

Bank Simpanan Nasional (BSN) akan melaksanakan penjenamaan semula sistem perkhidmatannya di semua cawangan bank itu pada Oktober ini bagi meningkatkan lagi tahap kepuasan pelanggan terhadap institusi perbankan itu.

Pengarah Perniagaan BSN Sabah Laudin Sundang berkata, penjenamaan berkenaan merangkumi aspek logo, warna dan penggunaan "mesin teler maya" bagi memudahkan pengguna berurusan dengan bank itu, selain mengurangkan kesesakan di premis, khususnya pada hujung bulan.

"Kita akan buat penjenamaan semula tahun ini. Pengurusan akan buat pada bulan Oktober tahun ini. Kita akan buat pengubahsuaian dari segi proses dan kita juga akan mengadakan 'mesin teler maya'. Kalau keadaan sesak di sesuatu cawangan, dia (pengguna) boleh berhubung dengan 'mesen teler' di tempat atau daerah lain.

"Kemungkinan kita tidak akan menggunakan 'skema warna' sekarang. Kita akan guna logo yang agak berbeza tetapi kami tidak boleh terangkan secara terperinci. Insya-Allah, ia akan mengubah persepsi masyarakat di seluruh negara (terhadap BSN)," katanya.

Laudin berkata demikian kepada pemberita selepas menandatangani Memorandum Persefahaman dengan empat sekolah di Sabah yang terpilih untuk melaksanakan program Karnival Seklolah BSN 2015 yang bermula Mei hingga 30 Nov ini.

Sementara itu, Laudin juga berkata kesesakan di premis BSN mungkin tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan memandangkan pemegang akaun di bank itu boleh menggunakan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di bank-bank lain.

"Pihak pengurusan akan mencadangkan supaya (penggunaan ATM di bank lain) tidak dikenakan caj. Sekarang dikenakan caj RM1 atau 50 sen. Insya-Allah pada masa akan datang, pemegang akaun tidak perlu pun membayar servis caj bila mereka menggunakan mesin ATM di bank lain yang melibatkan MEPS.

Pada masa ini, BSN Sabah mempunyai 31 cawangan dengan pemegang akaun tidak kurang 700,000 orang, tidak termasuk yang kurang aktif.

Laudin berkata BSN juga kini mempunyai 472 ejen di seluruh Sabah dan menyasarkan mencapai 600 ejen tahun ini. – Bernama, 24 April, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article.

Permatang Pauh, PKR Tak Sekuat Mana, Ini Buktinya, Ceramah Malam Tadi.. Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 24 Apr 2015 08:30 AM PDT

 

Permatang Pauh: TERDAPAT dakwaan mengatakan bahawa PKR sebelum ini tidaklah sekuat mana di Permatang Pauh dan hanya mengharapkan sokongan dari jentera PAS di situ.

Dikhabarkan juga bahawa PAS Permatang Pauh memandang dingin dan enggan turut terlibat dalam kempen PKR kali ini gara-gara pendirian parti itu yang menolak hudud secara total seperti rakan sekutu mereka, DAP. 

Sebelum itu di Shah Alam, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menolak dakwaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pemimpin PR tidak menyokong hudud kerana lebih mementingkan kemenangan dalam pilihan raya berbanding keselamatan dan keamanan negara.

Manakala ada desas-desusu di kalangan penyokong PAS tempatan mendakwa bahawa parti mereka (PKR) terpaksa "mengimport" jentera PAS dari luar Permatang Pauh, termasuk PasMa, untuk meramaikan sokongan. 

Menurut tinjauan Utaranews.com, berkemungkinan kurangnya sambutan seperti gambar di atas terhadap ceramah Azmin itu adalah disebabkan desas-desus sebelum ini yang membayangkan Menteri Besar Selangor itu mempunyai hubungan keruh dengan isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Azizah.

Bahkan berita hari ini menyebutkn suara Timbalan Presiden PKR seolah tidak lagi dihargai warga Permatang Pauh apabila ceramahnya malam tadi hanya dihadiri sekitar tidak lebih 100 orang hadirin sahaja.

Jumlah berkenaan adalah jauh dari jumlah kebiasaan bagi individu nombor dua parti, khususnya di kubu kuat sendiri di parlimen yang dikuasai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Meskipun memperkata tentang isu GST dan 1MDB yang mendapat "pertolongan khas" dari bekas Perdana Menteri, ceramah Azmin seolah hambar tidak bermaya dan tidak mendapat sambutan sebagaimana yang dijangka.

Selain itu, Azmin turut mengulang isu yang boleh dianggap "basi" dan mencabar kedaulatan undang-undang negara berhubung hukuman jenayah yang telah disahkan mahkamah tertinggi negara, Mahkamah Persekutuan, yang telah dilakukan Anwar sebelum ini.(IH)
 
 
Ibnu Hasyim

" NAK TERMUNTAH ADMIN BACA. MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI " tikaq buloh

Posted: 24 Apr 2015 08:00 AM PDT

 

Mementingkan kesahihan berita korak hangpa. Buktinya jelas dan nyata, mahkamah memperakui Utusan memang jenis kaki fitnah, asal kena saman saja mesti kalah, asal kalah saman fitnah saja mesti Utusan Malaysia.

Terbaru Lim Guan Eng akan memfailkan sama sekali lagi terhadap Utusan Malaysia, sebelum ini Guan Eng pernah menang saman terhadap Utusan sebanyak RM250k.

Kempen Sabotaj di Permatang Pauh Berjalan ????

Posted: 24 Apr 2015 07:15 AM PDT

 
Kempen Sabotaj di Permatang Pauh Berjalan

Kempen Sabotaj di Permatang Pauh Berjalan

(FB: Tulang Besi)
Mengikut kaum keluarga Tulang Besi di Permatang Pauh, jentera PAS Kawasan sedang giat berkempen kepada ahli2 PAS supaya jangan mengundi PKR.

Keluarga Tulang Besi ini sudah mengundi di Permatang Pauh sejak zaman Haji Zabidi lagi.
Kempen dilakukan rumah ke rumah dan mereka dtg bertemu dgn kaum keluarga Tulang Besi sendiri
Minta pimpinan2 PAS Pusat ambil perhatian di atas perkara ini dan memberhentikan sabotaj yang sedang berjalan giat di Permatang Pauh.


Jikalau yg beri report ini bukan kaum keluarga Tulang Besi nescaya Tulang Besi tidak akan memperdulikan khabar ini.
Takkanlah keluarga Tulang Besi di Permatang Pauh hendak berbohong dengan Tulang Besi

Tengku Adnan: Tiada konflik antara PM, TPM

Posted: 24 Apr 2015 06:30 AM PDT

 
 
Setiausaha agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor mendakwa pemerhati membuat tafsiran melulu dalam isu di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sedangkan konflik seperti itu tidak timbul sama sekali, katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

"Semuanya OK, tiada apa masalah di antara presiden dan timbalan presiden saya," katanya.

Najib dan Muhyiddin masing-masing merupakan presiden dan naib presiden Umno.

Tafsiran itu timbul ekoran kenyataan oleh kedua-duanya yang dilihat menjawab secara halus kritikan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas Najib.

Mahathir pada awal minggu lalu mengeluh kerana berasa "keseorangan" dalam usahanya untuk menuntut Najib meletak jawatan.

Keluhan itu disambut oleh Muhyiddin, Ahad lalu, dengan berkata, Mahathir "tidak keseorangan" dalam menyatakan kebenaran.

Seterusnya, Najib semalam mengambil peluang dalam satu persidangan pelaburan semalam untuk mencanangkan bahawa beliau juga tidak keseorangan.

Ia dianggap menjawab keluhan Mahathir kerana Najib berkata, beliau merujuk kepada kenyataan "sesetengah pihak" yang mengaku mungkin keseorangan dalam menyatakan kebenaran.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Tengku Adnan berkata, isu tersebut ditafsir secara melulu kerana kenyataan Muhyiddin itu bukan satu sindiran pada Najib.

"Perkara itu diperbesar-besarkan kerana beliau (Muhyiddin) bercakap mengenai peperangan.

"Anda tahu orang menulis tweet bahawa (ia bermaksud) beliau (Mahathir) tidak keseorangan (dalam menentang Najib), inilah orang yang suka putar-belit," katanya.

Muhyiddin menyebut mengenai perkara itu ketika menyampaikan satu ucapan di satu forum antipeperangan yang dihadiri Mahathir.

"Bercakap benar dan mempertahankan kenyataan... ini adalah sikap anda sejak anda menjadi doktor muda ketika menganggotai Umno.

"Anda tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran," kata Muhyiddin dalam kenyataan yang menarik perhatian luas itu.


Malaysiakini

Joget Dr M-Najib dalam lagu Michael Jackson

Posted: 24 Apr 2015 05:45 AM PDT

 
 
Charlie Chaplin berkata: "Kehidupan adalah satu tragedi bila dilihat dari dekat tetapi satu komedi dari sudut padangan yang jauh".

Datuk Seri Nazir Razak mungkin melihat teka-teki politik abangnya Datuk Seri Najib daripada jarak jauh.

Dan perkara itu mendorongnya memuat naik gambar Michael Jackson (kanan) dengan lagu terkenal raja pop itu "You Are Not Alone" di laman perkongsian gambar Instagram.

Daripada jarak dekat, ramai pihak tertanya-tanya sama terdapat terdapat mesej halus atas tindakannya itu.

Nazir bagaimanapun menolaknya.

Mungkin dalam tempoh beberapa minggu ini, beliau menghabiskan banyak masa meneliti pergelutan antara BN dan Pakatan, dan tentunya dari jarak dekat.

Mungkin orang ramai patut melangkah setapak ke belakang dan mula melihat pendekatan antara perseteruan politik Tun Dr Mahathir Mohamad dan Najib daripada mata Nazir (kiri).

Tidak dijangka, perkara itu sebenarnya boleh digambarkan melalui lagu-lagu terkenal dan berhantu Michael Jackson.

Ia bermula pada 2 April apabila Mahathir memulakan asakan keras dan terbuka kepada Mahathir.

Bermula dengan 'Beat it'

"Beat it" – Mahathir memberitahu Najib untuk berterus terang.

Ia juga mungkin lagu paling digemarinya selepas "I Did It My Way" oleh Frank Sinatra.

Ketika rakyat Malaysia membawa berita mengejutkan itu, Mahathir menyiapkan "Thriller" lain dan tidak menghampakan mereka.

Mahathir kini membangkitkan isu yang tidak pernah dibangkitkannya iaitu sekitar motif di sebalik pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Perkara itu boleh ditafsirkan sebagai serangan terhadap Najib yang sudah pun bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak mengenali Altantuya sebelum ini.

Akhirnya Najib melihat perkara itu tidak boleh dibuat mudah. Beliau akhirnya tampil di kaca televisyen dan seperti mendendangkan lagu "Billie Jean Is Not My Lover".

Pihak yang sering mengkritik Mahathir juga kini seolah-olah mendengar lagu "Man In The Mirror".

Mahathir kemudian berkata beliau mungkin keseorangan menyampaikan kebenaran, yang kemudiannya menyaksikan diva pop negara Siti Nurhaliza dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri MuhyiddinYassin tampil dengan duet "You Are Not Alone".

Dan kemudian barulah Nazir pula mencuri perhatian dengan status di Instagram.


Malaysiakini

Jom kita dengar apa Tun M cakap !! - FMT Reporters

Posted: 24 Apr 2015 05:00 AM PDT

 
Bicara Negarawan

Tun Dr Mahathir akan turun padang pada program Bicara Negarawan, pada Sabtu, jam 9.30 pagi, bertempat di K Klub, Taman Melawati, Kuala Lumpur.

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggerakan kempen turun padang untuk menemui kumpulan sasar bagi memperkata isu-isu semasa.

Beliau akan hadir dalam program Bicara Negarawan, pada Sabtu, 25 April, jam 9.30 pagi, bertempat di K Klub, Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Ia program pertama Dr Mahathir untuk menyampaikan ucapan secara langsung mengenai isu dan persoalan berbangkit mengenai pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebelum ini, ia hanya disentuh beliau melalui tulisannya di blog dan di sidang media.

"Hakikat ini segera mengingatkan kepada apa yang dilakukannya ketika menekan Tun Abdullah dulu di mana beliau turut mengadakan program jelajahnya ke seluruh negara bagi tujuan itu.

Apakah dengan program Bicara Negarawan ini bermakna program jelajah Tun Mahathir versi menyingkirkan Najib sudah bermula?', tulis blogger, Shahbudin Husin.

Program anjuran Gabungan NGO Prihatin ini terbuka kepada sesiapa saja.

Ia bagi memberi peluang untuk mereka mendengar sendiri apa yang bakal diperkatakan oleh beliau yang juga bekas Presiden UMNO.

Mungkin selepas di Taman Melawati ini, ia tentu saja akan memancing keinginan pihak lain untuk terus menjemputnya ke tempat atau negeri lain pula. Sama-sama kita tunggu.


FMT

Jelajah Tun M bukan untuk jatuhkan PM - Oleh : Mohamad Fadli

Posted: 24 Apr 2015 04:15 AM PDT

mahathir-najib_face_600

Menurut Tun Dr Mahathir dia hadir atas kapasiti sebagai ahli panel jemputan kerana rakyat mahu penjelasan mengapa beliau mengkritik Najib.


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir menafikan beliau menganjurkan siri jelajah bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebaliknya, bekas Perdana Menteri berkata, beliau menghadiri beberapa siri forum sebagai panel jemputan.

"Jika saya dijemput untuk berucap dan terlibat di dalam forum yang dianjurkan oleh pihak terbabit, saya akan datang.

"Itu sahaja, dan saya tidak pernah membuat jelajah atau apa-apa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan forum mengenai Nation Building through education di Muzium Kesenian Islam pada Jumaat.

Bekas Ahli Parlimen Kubang Pasu itu berkata, ramai yang mahu tahu sebab dan musabab mengapa beliau mengkritik Najib dan pentadbiran.

"Apabila ada pihak yang ingin mengetahui kenapa saya ingin jatuhkan Najib, saya perlu jelaskan," katanya lagi.

Dr Mahathir mengakui beliau menerima banyak jemputan sebagai ahli panel bagi membincangkan isu-isu semasa dalam dan luar negara.

Namun, beliau tidak dapat memenuhi semua jemputan kerana kerana jadual yang padat.

Mengulas kenyataan Najib yang berkata beliau tidak keseorangan, Dr Mahathir berkata;
"Ramai juga orang di luar sana yang mengatakan mereka juga tidak keseorangan," katanya dalam sinis.

FMT

Hudud: PKR sedia jadi orang tengah - FMT Reporters

Posted: 24 Apr 2015 03:30 AM PDT

 
tian chua hudud

Menurut Tian Chua, pendekatan yang diguna Pas dan DAP berhubung isu pelaksanaan hudud salah dan menyebabkan mereka terperangkap dengan permainan parti lawan.

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengkritik pendekatan yang diguna pakai Pas dan DAP berhubung isu hudud.

Naib Presidennya, Tian Chua berkata bahawa kedua-dua pendekatan yang digunapakai selama ini salah.

"Kedua-dua pihak hanya memapar sentimen populis di mana satu pihak berkepentingan keagamaan dan yang satu lagi berdasarkan rasa takut," katanya, seperti yang dilaporkan oleh The Malay Mail.

Jelasnya, pendekatan berkenaan menyebabkan Pas dan DAP jatuh ke dalam perangkap UMNO dan MCA.

Menurut Tian Chua, sudah tiba masanya untuk PKR memainkan peranan untuk mendamaikan anggota parti berkenaan.

Dia memberi jaminan kepada mereka yang beragama Islam dalam Pakatan Rakyat (PR) bahawa parti itu tidak menentang hudud dan menghormati hak mereka yang ingin melaksanakannya.

Bagi tujuan berkenaan, dia meminta mereka memahami keperluan dan kewajipan melaksanakan hukum hudud.

Sementara itu, yang bukan Islam pula diharap tidak takut kepada mereka yang menyokong hudud.

Apapun, Tian Chua berkata pelaksanaannya tidak sepatutnya dilakukan secara terburu-buru kerana ia perlu memberi keutamaan kepada perkara lain seperti sistem perundangan, sistem politik yang adil, kebebasan dan hak asasi manusia perlu menjadi keutamaan.

Kenyataan itu sekaligus menafikan dakwaan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa PKR enggan menyokong hudud kerana takut kehilangan keyakinan pengundi.

Jelas Chua, PKR tidak pernah didorong oleh sentimen popular berhubung isu berkenaan.

"Kami tidak menyokong versi hudud yang diluluskan oleh DUN Kelantan kerana ia adalah satu tafsiran literal dan dogmatik," katanya yang turut menekankan tentang kewujudan kelemahan dalam versi itu.

FMT

Berpantang ajal maut sebelum ajal - FMT Reporters

Posted: 24 Apr 2015 02:45 AM PDT

 
baby-singapore
Seorang pekerja asing berjaya menyelamat seorang kanak-kanak yang tersangkut di tingkat tiga.

SINGAPURA: Rakaman video menunjukkan seorang kanak-kanak yang tergantung dari tingkat tiga di satu blok apartment dekat Jurong East Avenue 1, Singapura memaparkan detik-detik cemas sebelum dia berjaya diselamatkan seorang pekerja asing yang berada berhampiran.

Aksi lelaki itu yang memanjat ke tingkat dua blok berkenaan untuk menyelamatkan mangsa yang kepalanya tersangkut antara tiang besi di ruang balkoni telah dirakam dan menjadi viral.

Menurut laporan The Straits Times, seorang blogger yang dikenali sebagai Alvin Lim adalah orang pertama yang melihat kanak-kanak itu tersangkut dan segera menjerit meminta pertolongan daripada orang ramai.

Percubaan beberapa orang untuk memanjat bangunan itu gagal.

Bagaimanapun seorang pekerja asing yang berada berhampiran bertindak nekad demi menyelamat nyawa kanak-kanak berkenaan dan berjaya menahannya dari jatuh.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) tiba lima minit kemudian dan membantu untuk melepaskan kanak-kanak yang tersepit di antara tiang besi itu.

SCDF sudah mengenal pasti pekerja asing itu yang dikenali sebagai Shunmugan dari Chennai dan pihaknya telah menyampaikan penghargaan kepada lelaki itu atas tindakan beraninya.

FMT

PRK Pmtg Pauh - Calon PKR: Jika Bukan Azizah, Masih Ahli Keluarga Anwar

Posted: 24 Apr 2015 02:00 AM PDT

 

PERMATANG PAUH: Berbaki beberapa jam sebelum Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan calon, cakap-cakap kuat mengatakan tiada kejutan bakal dibuat parti itu dalam usaha menyelamatkan kerusi Parlimen Permatang Pauh.
Sehingga berita ini ditulis, keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan akan terus 'mengawal' kerusi berkenaan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh yang akan diadakan pada 7 Mei ini.
Hanya dua nama paling kuat dikatakan menjadi taruhan PKR iaitu sama ada isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau anak ketiga mereka, Nurul Nuha Anwar.
Sumber dalaman parti itu ketika dihubungi mStar Online berkata, sentimen pemenjaraan Anwar atas kesalahan meliwat merupakan 'senjata' paling kuat parti itu untuk menentang Barisan Nasional (BN) di Permatang Pauh.
Selain itu sumber berkenaan yang juga antara orang kanan kepada pemimpin utama PKR di Pulau Pinang berkata, Dr Wan Azizah dan Nurul Nuha diyakini berupaya meraih sokongan pengundi bersandarkan sentimen Anwar.
"Namun Kak Wan (Dr Wan Azizah) adalah calon paling layak. Selain berpengalaman dalam politik, beliau juga sudah di dikenali dikalangan penduduk setempat.
"Berbeza dengan Nuha, walaupun dikatakan boleh memberi kejutan, tapi dia tak ada pengalaman. Orang pun tak kenal dia lagi melainkan atas faktor anak Anwar. Payah (susah) nak raih sokongan," kata sumber itu.
Ditanya mengenai cakap-cakap yang mengatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin dan bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff turut menjadi pertimbangan PKR sebelum ini, beliau bagaimanapun tidak menolak mengenai perkara itu.
Namun katanya terdapat pelbagai faktor yang memaksa PKR untuk 'menggugurkan' kedua-dua nama berkenaan daripada senarai calon berpotensi bertanding di Permatang Pauh.
"Sebelum ini wujud perbalahan dalam PKR dalam menentukan calon. Kem-kem dalam PKR mula melobi untuk meletakkan calon masing-masing di kerusi berkenaan.
"Tapi tak semudah itu untuk menang di Permatang Pauh walaupun mereka beranggapan itu adalah kerusi yang mudah menang.
"Jadi sebagai usaha untuk menghentikan pertikaian dalaman, Kak Wan sebagai Presiden PKR terpaksa menggalas tugas tersebut sekali lagi," katanya.
PKR akan mengumumkan calon mereka di Seberang Perai Arena dalam program ceramahnya yang akan bermula kira-kira pukul 9 malam ini.
Kerusi Parlimen Permatan Pauh diisytihar kosong selepas Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Dr Wan Azizah yang juga Adun Kajang di Selangor, pernah bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh dan memenanginya pada tahun 1999 selepas Anwar dipenjarakan atas kesalahan yang sama.
Beliau menjadi Ahli Parlimen kawasan tersebut selama dua penggal dan meletakkan jawatan untuk memberikan laluan kepada Anwar yang ketika itu baharu sahaja dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara selama lima tahun.

Harakah fail pembelaan untuk saman Najib

Posted: 24 Apr 2015 01:12 AM PDT





Ahli politik, pengundi dan pembayar cukai mempunyai tanggungjawab untuk menulis berkaitan pengurusan wang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang didakwa melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Perkara ini dinyatakan dalam pernyataan pembelaan Harakah yang berdepan saman daripada Najib berhubung laporannya berhubung 1MDB, syarikat pelaburan negara hasil cetusan ilham perdana menteri.

Pernyataan pembelaan itu dibuat oleh Pengarah Urusan Harakah Rosli Yaakop dan pengarangnya Taufek Yahya.

Pembelaan itu difailkan mereka berdua di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Najib memfailkan saman pada 18 Mac, susulan tulisan berkaitan 1MDB dan anak tiri Najib, Riza Aziz.