Nuffnang

Pengikut

ZAKRI ALI

0
sumber :-

ZAKRI ALI


Pembinaan rumah generasi kedua Felda bermasalah? Khairil Ashraf

Posted: 23 Apr 2015 09:45 PM PDT


isa-samad

Kerajaan telah meluluskan pembinaan rumah sebanyak 9,000 unit tetapi diberhentikan seketika pembinaannya bagi menyelesaikan masalah berkaitan penjualan.

KERATONG : Felda menafikan dakwaan pembangkang bahawa kerajaan gagal menyediakan rumah mampu milik kepada generasi kedua penerokanya.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Isa Samad berkata, dakwaan itu ditimbulkan dengan tujuan untuk mempengaruhi pengundi supaya menolak Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin, 5 Mei ini.

Katanya, kerajaan telah meluluskan pembinaan rumah itu sebanyak 9,000 unit tetapi diberhentikan seketika pembinaannya bagi menyelesaikan masalah berkaitan penjualan.

"Kita sudah mula.. seperti yang saya cakap tadi, kita sudah luluskan 9,000 (unit) tapi kita hentikan seketika untuk selesaikan cara penjualan rumah.

"Akhirnya kita capai satu keputusan di mana rumah-rumah ini kita sewakan dahulu, jadi konsepnya sewa beli. Selepas lima tahun kalau mereka rasa nak beli, boleh beli," katanya pada Majlis Pecah Tanah Felda Keratong 10.

Dalam pada itu, Isa yang juga Ahli Parlimen Jempol dalam sidang medianya selepas itu menjelaskan konsep tersebut dilaksanakan berikutan faktor ketiadaan penyata kewangan.

Katanya, golongan berkenaan tidak mempunyai penyata pendapatan yang lengkap untuk urusan pinjaman menyebabkan mereka tidak boleh membuat urusan pembelian rumah.

Walaubagaimanapun, tegasnya Felda menyasarkan untuk membina 20,000 unit rumah itu seperti yang diumumkan sebelum ini dan akan dimulakan pembinaannya tidak lama lagi.

"Kita buat konsep ini dulu sebab kita difahamkan bahawa ramai yang ada kemapuan membeli tetapi tidak ada slip gaji", ujarnya.sebelum ini mendakwa BN gagal melunaskan janji berkaitan pembinaan rumah generasi kedua Felda.

FMT

KENYATAAN MEDIADEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERAK

Posted: 23 Apr 2015 09:00 PM PDT


PERMATANG PAUH: MEDAN PROTES RAKYAT, JANGAN BOIKOT

JABATAN PILIHANRAYA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERAK menggesa seluruh jentera mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh PAS Pusat untuk membantu gerak kerja pilihanraya di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Kami tidak mahu berlakunya tindakan yang tidak sepatutnya termasuklah boikot daripada mana-mana jentera daripada negeri Perak yang telah diamanahkan bertugas mengikut jadual ditetapkan.

Pemuda PAS Perak berharap semua dapat wala' kepada keputusan Mesyuarat PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk kita bertugas di Permatang Pauh.

Harus diingat, PAS mempunyai satu kerusi di dalam Parlimen Permatang Pauh iaitu Dun Permatang Pasir dan gerak kerja ini adalah salah satu usaha mengekalkan kemenangan PAS Dun itu.

Kami tidak mahu mana-mana pihak membuat keputusan dan tindakan melebihi apa yang diputuskan oleh PAS Pusat sebaliknya mengikut sahaja arahan yang telah dikeluarkan.

Dewan Pemuda PAS Perak beranggapan PRK Parlimen Permatang Pauh adalah medan yang sangat penting untuk rakyat menzahirkan bantahan serta kemarahan mereka terhadap perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Kekecewaan yang sedang dirasai perlu dimanifestasi dalam bentuk undi sebagai isyarat kepada BN agar tidak mudah untuk sewenang-wenangnya menjerut rakyat.

Pengundi di Permatang Pauh adalah wakil kepada seluruh rakyat Malaysia dengan menggunakan kuasa yang ada menolak BN yang gagal mentadbir dengan baik hatta menambahkan lagi derita rakyat khususnya pasca Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kami berpandangan, BN sememangnya takut dengan suara rakyat dan rakyat pula tidak seharusnya takut untuk memberi amaran kepada pemerintah agar lebih menghormati hak serta suara mereka.

Walaupun keputusan di Permatang Pauh nanti tidak memberi kesan dan perubahan struktur kerajaan secara total, namun ianya adalah cerminan kepada imej kepimpinan yang diketuai oleh Najib Razak di mata rakyat.

Undi kepada Pakatan Rakyat juga adalah sebagai solidariti terhadap Anwar Ibrahim yang kini disumbat dalam penjara atas tuduhan yang sangat tidak masuk akal.

Terus Beristiqamah

USTAZ MOHD FAKHRULRAZI MOHD MOKHTAR
Pengarah Jabatan Pilihanraya,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

 

Dr M kata Najib tak layak jadi PM??

Posted: 23 Apr 2015 08:30 PM PDT



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak layak menjadi Perdana Menteri negara ini apabila wang yang dipinjam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) lesap dan beliau gagal menjelaskan apa yang berlaku kepada dana tersebut.

Menurut Tun Mahathir, jelas bahawa pelaburan 1MDB tidak membawa apa-apa hasil yang menyebabkan kerajaan kerugian kira-kira RM25 bilion.

"Jelas 1MDB tak bawa apa-apa pulangan daripada pelaburannya.

Bukan sahaja sedang alami kerugian tapi kerajaan telah kehilangan wang apabila 1MDB hanya bayar RM683 juta untuk tanah TRX dan Sungai Besi.

"Kehilangan sejumlah wang yang besar yang dipinjam 1MDB dan kegagalan menjawab soalan berhubung apa yang berlaku kepada dana itu yang membuatkan Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri," katanya melalui catatan terbaharu di blognya www.chedet.cc hari ini.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.

GST tidak bebankan orang kampung- calon BN Khairil Ashraf

Posted: 23 Apr 2015 08:00 PM PDT

 
hassan

Masyarakat kampung hanya akan merasa kesan GST apabila keluar ke bandar untuk berbelanja barang keperluan.

KERATONG : Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak membebankan orang kampung, kata calon Barisan Nasional (BN) PRK Rompin, Datuk Hassan Ariffin.

Katanya, orang kampung hanya akan merasa kesan GST apabila ke bandar untuk berbelanja.

"GST ini tidak ada kesan sangat kepada orang kampung melainkan mereka ke bandar membeli barang dan baju..itu baru ada kesan.

"Restoran-restoran di Rompin mana ada jualannya RM500,000 setahun. Tak banyak. Di Rompin, mana ada kedai-kedai mencapai jualan begitu tinggi sebab luar bandar," katanya dalam sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Dewan Semai Bakti Felda Keratong 10 pada Khamis.

Hassan yakin akan menang dan mempertahankan kerusi Parlimen Rompin kerana beliau pemimpin yang buat kerja.

"Sepanjang saya menjadi wakil rakyat dahulu, saya tidak ada dengar orang merungut saya tidak membuat kerja.

"Itu yang menggembirakan saya dan membuatkan saya bersemangat untuk menjadi seorang wakil rakyat," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Hassan membidas calon Pas, Nazri Ahmad, yang menggunakan slogan 'satu undi Pas, tolak GST.

"Itu satu slogan yang tidak bertanggungjawab. Ini soal untuk pilih wakil rakyat. Kalau wakil rakyat tidak mampu untuk mengemukakan pandangan kepada kerajaan, ini bermakna (calon) Pas tidak mampu memainkan peranan," katanya.


FMT

Ahmad Maslan tidak bodoh tapi kurang membaca Faiz Zainudin

Posted: 23 Apr 2015 07:30 PM PDT

 
maslan-sim-tze

Pakatan Rakyat telah menyediakan alternatif kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan yang terkandung dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2015.

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak sesekali menganggap Datuk Ahmad Maslan bodoh tetapi Timbalan Menteri Kewangan itu kurang membaca.

Pengarah Biro Strategi PKR, Sim Tze Tzin berkata, Pakatan Rakyat telah menyediakan alternatif kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan yang terkandung dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2015.

Katanya, Ahmad Maslan boleh membaca buku Belanjawan Pakatan Rakyat 2015 untuk melihat dan mengkaji pendekatan yang digariskan pakatan pembangkang.

"Kami menyeru Timbalan Menteri Kewangan lebih rajin membaca. Beliau bukan orang yang bodoh," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ahli Parlimen Bayan Baru itu berkata, antara pendekatan yang digariskan ialah memperkenalkan cukai keuntungan modal bagi ekuiti (CGT).

CGT, katanya, cukai progresif bagi mengantikan GST yang bersifat regresif dan mampu memberi pendapatan cukai tambahan RM3 bilion.

Katanya, polisi percukaian PR bagi membasmi gejala rasuah dan korupsi kerana tidak akan menggunakan pendekatan berkongsi keuntungan dengan swasta berkaitan pengutipan cukai seperti skim insentif konsesi yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional.

"Begitu juga menghapuskan pembaziran kerajaan seperti pembelian jet peribadi baru ACJ320 yang "terlebih belanja" RM109 juta dan kos penyelenggaraan yang memakan belanja RM690 juta," katanya.

Tegas beliau, dengan adanya pendekatan sedemikian, kerajaan akan menerima RM7 bilion lebih besar daripada jangkaan kerajaan sebelum ini iaitu sebanyak RM5.6 billion.

"Ini cukup untuk menampung belanjawan Negara dan Rakyat tidak perlu dibebankan dengan GST," katanya.


FMT

Bapa Adam Adli meninggal dunia selepas kemalangan

Posted: 23 Apr 2015 07:00 PM PDT

 
 
Abd Halim Abdul Hamid, bapa aktivis Adam Adli, telah meninggal dunia pagi ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh anaknya itu melalui tweet pukul 7.30 pagi ini.

Abd Halim, yang sebelum ini bekerja di Keretapi Tanah Melayu Bhd, terlibat dalam kemalangan motosikal di Penanga, Pulau Pinang malam tadi dan dimasukkan dalam keadaan kritikal di Hospital Seberang Perai.

Beliau akan dikebumikan di Kepala Batas selepas solat Jumaat, kata Adam Adli.

PANAS - Web pro-BN dakwa komplot dalaman anti-Najib

Posted: 23 Apr 2015 06:30 PM PDT

 
Sebuah laman web pro-Umno mendakwa, terdapat pemimpin Pemuda Umno yang berkomplot untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Laman Mykmu.net melaporkan, usaha itu dilakukan dalam satu mesyuarat bersama Pemuda Umno Johor di Rompin malam tadi.

Dalam mesyuarat itu, Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan atau dikenali sebagai Azwan Bro (kanan) didakwa menghasut ketua pemuda Umno bahagian Johor untuk menentang kepimpinan presidennya.

Menurut laporan itu lagi, mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh exco Pemuda Umno Arman Azha Abu Hanifah, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi, Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman dan Penolong Setiausaha Pemuda BN Datuk Mohamed Shafri Abd Aziz.

Azwan yang sepatutnya membincangkan strategi kempen Pemuda Umno Rompin dilaporkan turut melahirkan rasa tidak percaya dengan penjelasan Najib semasa pertemuan bersama Pemuda Umno minggu lalu.

Katanya, tindakan Ahli Parlimen Pekan itu sekadar untuk membeli masa bagi menunggu laporan Ketua Audit Negara.

"Menurut sumber, Azwan mengingatkan Pemuda Johor bahawa sokongan Pemuda Umno Malaysia adalah kepada jawatan presiden Umno bukannya kepada Najib Tun Razak.

"Beliau turut menyatakan tidak percaya dengan penjelasan perdana menteri semasa pertemuan Pemuda Umno Malaysia minggu lalu dan percaya Najib hanya buying time(membeli masa) untuk menggunakan alasan menunggu Ketua Audit Negara," kata laporan itu.

Malah, laporan itu mendakwa, Azwan yang pernah menjadi ketua Pemuda Perak turut beranggapan, Najib harus ditumbangkan dan orang yang layak mengetuai tindakan itu ialah Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Laporan itu menyebut, pandangan Azwan itu turut mendapat sokongan Ketua Pemuda Umno Sri Gading, Simpang Renggam dan Pulai.

Mykmu.Net juga mendakwa, Azwan akan berada di Permatang Pauh esok untuk meneruskan agenda yang sama.

Arman: Cuma mahu naikkan rating

Khairy dan Azwan masih lagi tidak memberi sebarang respon terhadap dakwaan ini.

Sementara itu, dalam satu kenyataan media, Arman menafikan laporan oleh Mykmu.netdan mengatakan ia bertujuan hanya untuk mendapatkan menaikkan rating laman web itu.

Malah, Arman (kanan) berkata, semasa mesyuarat itu semalam, tiada mana-mana pihak yang mendesak Najib meletakkan jawatan seperti yang dilaporkan.

Jelasnya, antara yang dibincangkan dalam pertemuan itu semalam adalah tentang isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

"Saya nak sanggah apa yang di perkatakan oleh penulis Mykmuyang mengatakan perbincangan untuk jatuhkan Datuk Seri Najib dalam sesi perbincangan semalam.

"(Saya) nak tanya, penulis ada ke dalam perbincangan semalam atau sekadar mendengar cerita dan manipulasi cerita sekadar mengejar rating bagi portal Mykmu?" soal Arman.

Malah Ketua Pemuda Umno Johor Hahasrin Hashim turut menafikan perkara sama.

Dalam tulisan di Facebooknya, Hahasrin berkata, perbincangan malam tadi menjurus kepada gerak kerja parti di peringkat Pemuda Umno Johor termasuk berbincang isu nasional.

"Tidak timbul isu untuk Pemuda buat gerakan menjatuhkan pemimpin.

"Pemuda masih berpegang kepada kesetiaan dalam perjuangan parti dan kepada pihak yang mengambil kesempatan digesa untuk menghentikan tohmahan dan tuduhan liar tersebut," tulisnya.

- mkini

VIDEO - Dr. Hassan Ali sahkan memang ada usul gabung PAS / Umno dan ia dibawa oleh Hj.Hadi

Posted: 23 Apr 2015 06:00 PM PDT


When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary





Thursday, April 23, 2015


Dr. Hassan Ali sahkan memang ada usul gabung PAS / Umno dan ia dibawa oleh Hj.Hadi

Catatan Umum

23 April 2014


Dr. Hassan Ali sahkan memang wujud usul UG untuk gabung Umno/Pas dan cadangan oleh Hj. Hadi sendiri.

  1. Minggu lepas ketika mencari video lama di 'youtube' tiba - tiba terjumpa sebuah video berdurasi 18minit 24 saat yang merupakan laporan 'Berita Terkini' yang dimuat naik dari akaun IMR Television. Video tersebut boleh ditonton di sini klik https://www.youtube.com/watch?v=9s6dOkF8FjQ&hc_location=ufi&app=desktop
  2. Video tersebut merakamkan sesi soal jawab bekas pemimpin Pas, Datuk Dr. Hassan Ali dalam satu program tertutup yang dihadiri oleh penggiat Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dari seluruh negara yang berlangsung di Kem Permata Resort, Melaka pada 2013 lalu.
  3. Dalam menjawab soalan peserta dengan jelas Dr. Hassan menyatakan sememangnya wujud usul untuk menggabungkan Pas dan Umno dalam usul yang dinamakn usul UG yang dibawa oleh Tuan Guru Hj. Hadi Awang sendiri. Usul menggabungkan Pas dan Umno ini disokong perbagai pihak dalam Pas antaranya ialah Ust.Nasharudin Mat Isa (Bekas Timbalan Presiden Pas) termasuk beliau sendiri. Dr. Hassan dengan tegas menyatakan (Tuan Guru) 'Nik Aziz' pula merupakan firaun kecil atau sebahagian dari parasit yang menghalang hasrat menggabungkan Umno dan Pas itu.
  4. Dengan nada menghina Dr. Hassan menyebut 'Nik Aziz' ketika Maulidur Rasul bukan berarak di Kota Bharu tetapi sebaliknya pergi ke rumah Karpal Sigh, untuk menyambut ulang tahun Karpal. malah Dr. Hassan menyatakan selagi 'Nik Aziz' hidup jangan mimpi UG terlaksana.
  5. Dr. Hassan dalam video tersebut beberapa laki menegaskan Hj. Hadi sangat pro pengabungan Pas / Umno tetapi telah dihalang oleh 'puak - puak' Anwarinas dan pro Nik Aziz dalam Pas.
  6. Dr. Hassan tanpa berselindung menyatakan menjelang Muktamar Pas Jun akan perbagai pihak perlu terlibat membantu Hj. Hadi dan usul UG nya dengan memastikan kumpulan Anwarinas dan pro Nik Aziz kalah dengan digantikan dengan kumpulan 'ulama' yang lebih terbuka dan sanggup bergabung Pas dan Umno demi Melayu dan Islam.
  7. Meneliti perkara ini, tentu ramai ternanti respon Tuan Guru Hj Hadi , Adakah benar dia sedia bergabung dengan Umno ?  Adakah benar kempen pemilihan dalam Pas yang sedang berlangsung kini ialah proses menyingkir kumpulan yang menentang 'usul UG' dan digantikan dengan kumpulan yang konon bergelar ulama tetapi yang penting ialah ke arah agenda penggabungan Umno - Pas itu sendiri. Jika ia fitnah maka  video ini fitnah yang menggugat integriti tokoh sebesar Hj. Hadi, ia harus bertindak dengan menuntut Dr. Hassan Ali menarik fitnah tersebut atau disaman.
  8. Mohon respon dari YB Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang.

oleh : che'GuBard

Nurul Izzah Tetap SeayuDulu !!

Posted: 23 Apr 2015 05:15 PM PDT

 



Teringat kata bro isa,  blogger ikutsukaakuisa,

"Ikut sunnah pilihlah janda untuk membantu kehidupan mereka. Ikut ulamak dan ostad pilih anak dara sebab ketat..... " wakaka


Terkini!!! PKR Yakin PAS Takkan Boikot PRK Permatang Pauh, Jom Terjah!!!

Posted: 23 Apr 2015 04:30 PM PDT


KUALA LUMPUR – PKR yakin akan mendapat sokongan PAS di Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh walaupun terdapat pergeseran di antara kedua-dua pihak mengenai isu hudud.

Timbalan presidennya Mohamed Azmin Ali berkata semua isu dalam Pakatan Rakyat boleh diselesaikan atas dasar 'semangat kekeluargaan'.

"Akhirnya, matlamat utama Pakatan adalah untuk menang supaya kita boleh membawa perubahan. Kami mahu meyakinkan pengundi bahawa mereka mengundi untuk perubahan.

"Saya harap semua pihak boleh berpegang kepada prinsip muafakat (kerjasama) dalam Pakatan untuk memastikan kemenangan kita pada masa akan datang," kata Azmin yang juga Menteri Besar Selangor kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan aluan makan tengah hari di Asean People's Forum, Khamis.

PAS Permatang Pauh telah meluluskan usul tidak akan menyokong calon PKR bagi pilihan raya kecil kali ini jika pemimpin parti tidak memohon maaf kerana pendirian mereka mengenai hudud.

Mereka juga mahu PKR menarik balik kenyataan yang telah dikeluarkan yang menyuarakan pendiriannya terhadap rang undang-undang hudud yang dicadangkan oleh parti Islam itu.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Rabu berkata walaupun parti itu masih di dalam Pakatan Rakyat, ia adalah hak mutlak bahagian Permatang Pauh untuk tidak menyokong sekutunya dalam pilihan raya kecil akan datang. –

Mstar.

Dr Mahathir jawab ‘tidak’ apabila ditanya akan bincang dengan Najib OLEH MD IZWAN

Posted: 23 Apr 2015 09:00 AM PDT



Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak menerima sebarang jemputan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas beberapa kritikannya yang lantang kebelakangan ini, termasuk meminta Najib disingkirkan sebagai perdana menteri

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak menerima sebarang jemputan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas beberapa kritikannya yang lantang kebelakangan ini, termasuk meminta Najib disingkirkan sebagai perdana menteri.

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi jawapan "tidak" apabila ditanya sama ada beliau akan bertemu Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan isu yang dibangkitkannya sehingga menimbulkan kemelut dalam pentadbiran Putrajaya ketika ini.

Bekas perdana menteri itu juga berkata, beliau tidak menerima sebarang jemputan daripada Najib selepas beberapa kritikannya yang lantang kebelakangan ini, termasuk meminta Najib disingkirkan sebagai perdana menteri.

"Tidak, tidak," kata Dr Mahathir apabila diajukan soalan oleh wartawan selepas menghadiri program Malaysia Social Media Week di Kuala Lumpur hari ini.

Dr Mahathir ketika ini dilihat sebagai pengkritik utama kepada pentadbiran Najib apabila mempersoalkan pelbagai skandal membabitkan pemimpin nombor satu negara itu.

Beliau sebelum ini memberi kata dua kepada Najib supaya meletak jawatan bagi menyelamatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau turut membangkitkan skandal menyelubungi pentadbiran Najib seperti syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibebani hutang dan kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shariibuu, yang penuh skandal.

Serangan ke atas Najib diteruskan Dr Mahathir hari ini apabila beliau membangkitkan tentang kehilangan wang dalam firma 1MDB yang dilaporkan sedang menanggung hutang sejumlah RM42 bilion.

"Ia satu lagi perkara yang perlu dijelaskan oleh mereka," kata Dr Mahathir merujuk kepada laporan terbaru melibatkan 1MDB yang didakwa memberikan penyata bank palsu berkaitan akaun anak syarikatnya kepada cawangan Bank BSI di Singapura yang didedahkan Sarawak Report semalam.

Dr Mahathir paling lantang mempertikaikan ketelusan syarikat pelaburan strategik negara tersebut. – 23 April, 2015.

Bukan menghasut kalau minta kerajaan tukar pemimpin, kata Dr Mahathir OLEH MD IZWAN

Posted: 23 Apr 2015 08:30 AM PDT

 

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hadir di program 'Malaysia Social Media Week' di Kuala Lumpur hari ini.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hadir di program 'Malaysia Social Media Week' di Kuala Lumpur hari ini.

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata tindakan Putrajaya menggunakan Akta Hasutan 1948 untuk mengekalkan kuasa ialah langkah yang tidak betul, selepas beberapa pindaan ke atas akta itu dilihat menekan dan menutup mulut pengkritiknya.

Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata, undang-undang tersebut yang digubal semasa zaman penjajah tidak sewajarnya digunakan ke atas mereka yang mengkritik kerajaan termasuk mereka yang meminta kerajaan ditukar.

"Jika anda (kerajaan) menggunakan undang-undang tersebut untuk kekal berkuasa contohnya, saya rasa ia tidak baik," kata Dr Mahathir pada sesi soal jawab dalam program 'Malaysia Social Media Week' di Kuala Lumpur hari ini.

"Tetapi malangnya, Akta Hasutan digunakan untuk tujuan yang salah. Akta itu digunakan untuk menghalang rakyat daripada menyebarkan kebencian, seperti perang saudara dan untuk menjatuhkan kerajaan.

"Tapi jika kamu kata kerajaan tidak memerintah dengan baik, dan kita patut tukar pemimpin, itu bukan menghasut," katanya. – 23 April, 2015.

Mengapa bantah salib bukan gereja, soal Ibrahim Ali OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Posted: 23 Apr 2015 07:45 AM PDT

 
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali tidak bersetuju dengan penduduk Taman Medan memprotes berkenaan lokasi salib tetapi menyoal gereja itu dikatakan beroperasi tanpa permit.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali tidak bersetuju dengan penduduk Taman Medan memprotes berkenaan lokasi salib tetapi menyoal gereja itu dikatakan beroperasi tanpa permit.

Datuk Ibrahim Ali mempersoalkan tindakan penduduk Taman Medan, Petaling Jaya yang mendesak salib diturunkan dan bukannya membantah gereja yang dilaporkan beroperasi tanpa permit sejak Ogos lalu.

Presiden Perkasa itu berkata, tiada masalah bagi penganut Kristian untuk mempamerkan salib kerana ia tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang memberi kebebasan beragama.

"Bagi Perkasa, saya tiada masalah. Kalau isu semata-mata kerana salib, saya tak setuju. Kalau orang faham saya, saya bukan macam yang orang tuduh.

"Dalam konteks salib, tiada undang-undang mengatakan salib tidak boleh diletakkan di batang pokok kelapa atau di kedai.

"Penduduk protes salib. Oleh kerana itu, saya tak setuju dengan penduduk ini. Kalau mereka protes premis tak ada permit, itu boleh," katanya kepada The Malaysian Insider.

Ibrahim berkata, dalam kes bantahan salib di kawasan majoriti Melayu-Islam itu, pihak yang terbabit iaitu gereja, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan penduduk setempat yang perlu dipersalahkan.

Katanya, sekiranya pihak gereja dan MBPJ mengambil langkah awal, insiden bantahan penduduk berkenaan dapat dielakkan.

"Pertama, pihak gereja guna rumah kedai untuk rumah ibadat, kedua MBPJ tidak ambil tindakan, ketiga baru kita salahkan mereka yang membantah kerana satu dan dua.

"Jika tiada tindakan pertama dan kedua, maka tiada ketiga. Jika gereja tidak dibuat di rumah kedai atau MBPJ ambil tindakan, tak timbul masalah ini.

"Gereja dan MBPJ terlebih dahulu perlu pelihara sensitiviti agama dan kaum. Kita kena salahkan mereka (MBPJ). Mereka dah tahu tak ada lesen. Kalau tak ada lesen melanggar peraturan, mengapa diam, tak ambil tindakan sebelum ini?" katanya.

Beliau berkata ekoran tiada tindakan awal daripada MBPJ, pihak gereja membuat keputusan untuk meletakkan salib. – 23 April, 2015.

Suruh anak, cucu Ahmad Maslan pakai lampin kain, kata PKR OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Posted: 23 Apr 2015 07:00 AM PDT


Pengarah Strategi PKR Sim Tze Tzin (kanan) bercakap kepada media pada sidang media kempen bantah GST di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya, hari ini.

Pengarah Strategi PKR Sim Tze Tzin (kanan) bercakap kepada media pada sidang media kempen bantah GST di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya, hari ini

PKR hari ini menggesa anak dan cucu Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menggunakan lampin kain bagi turut sama merasai derita rakyat yang terpaksa berbelanja besar membeli lampin pakai buang setiap bulan.

Pengarah strateginya, Sim Tze Tzin berkata lampin pakai buang menjadi semakin mahal selepas dikenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan ia memberi kesan kepada generasi muda serta mereka yang memiliki anak ramai.

"Lampin pakai buang paling mahal untuk perbelanjaan keluarga muda. Seminggu lebih kurang satu pek atau tiga suku pek (besar). Setiap bulan perlu tiga pek untuk setiap anak.

"Setiap bulan, kami perlu tunggu jualan murah, baru pergi beli. Kita tidak boleh lari daripada membeli lampin pakai buang. Tidak ada orang pakai lampin kain lagi. Kalau pakai lampin kain, cuci pun teruk.

"Suruh anak Ahmad Maslan pakai lampin kain, atau cucu dia. Baru dia tahu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya.

PKR mendesak Putrajaya agar mengecualikan 4 kategori barangan kanak-kanak (5 tahun dan ke bawah) daripada GST iaitu kos konsultasi doktor, perubatan dan vitamin, barangan kebersihan, peralatan asas dan susu.

Sim berkata, Putrajaya tidak harus mengenakan cukai kepada orang sakit kerana tiada siapa yang mahu ditimpa penyakit.

"Kami menjangkakan satu keluarga muda dengan 3 anak secara purata membayar GST RM120 sebulan kerana perlu membeli bahan keperluan kanak-kanak. Ini bebanan yang berat kepada ibu bapa dan keluarga muda.

"Kanak-kanak adalah harapan keluarga kita. Dasar kerajaan harus menunjukkan kasih sayang yang tinggi kepada kanak-kanak. Malangnya kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya berminat mengaut keuntungan yang paling maksimum," katanya.

Ahmad semalam mencabar Pakatan Rakyat (PR) mengemukakan alternatif sekiranya mereka menolak pelaksanaan GST.

Katanya, GST merupakan satu sistem percukaian meringankan beban rakyat dan bukan seperti mana didakwa pembangkang dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) di Permatang Pauh dan juga Rompin.

Ahmad berkata sekiranya pelaksanaan GST itu ditolak, beliau ingin tahu apa alternatif yang boleh dikemukakan pembangkang dalam meringankan beban rakyat dan pada masa sama dapat memajukan negara.

"Bantahan pembangkang terhadap GST itu tidak betul dan akan menyusahkan rakyat kerana pelaksanaan GST dapat mengurangkan cukai kepada 6% daripada 10% ketika SST," katanya kepada Bernama.

Ahmad berkata GST merupakan satu sistem percukaian lebih kemas, tersusun dan baik jika dibandingkan dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dikenakan sebelum ini. – 23 April, 2015.

The Malaysia Insider.

Gereja dibenarkan pasang semula tanda salib, kata MB Selangor OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Posted: 23 Apr 2015 06:15 AM PDT


Gereja di rumah kedai di Taman Medan, Petaling Jaya dibenarkan memasang semula tanda salib, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Gereja di rumah kedai di Taman Medan, Petaling Jaya dibenarkan memasang semula tanda salib, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Gereja kontroversi yang terletak di lot Perniagaan Metro Taman Medan, Petaling Jaya dibenarkan memasang semula tanda salib di premis itu, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Azmin  berkata, salib merupakan simbol suci bagi penganut Kristian dan masyarakat lain perlu menghormatinya.

"Ya, tak menjadi masalah. Sebaliknya persoalan kita adalah, kenapa paksa mereka turunkan salib?

"Ini kerana salib adalah lambang suci kepada penganut Kristian dan masyarakat perlu hormat," katanya kepada pemberita di lobi bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam, hari ini.

Azmin berkata, tindakan tegas perlu diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab mengadakan protes Ahad lalu.

Katanya, protes itu tidak boleh diterima dan semua pihak perlu saling menghormati antara penduduk berbilang agama di Selangor.

Ahad lalu, kira-kira 50 penduduk Taman Medan mengadakan protes di depan gereja itu menuntut tanda salib di luar bangunan premis itu diturunkan.

Kumpulan tersebut mendakwa, kewujudan salib gergasi itu mampu menggugat keimanan.

Petang semalam, Ketua Umno Cawangan Taman Lindungan Jaya, Datuk Abdullah Abu Bakar disoal siasat polis hampir 3 jam berhubung kejadian itu.

Abdullah yang merupakan abang kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya kira-kira jam 4 petang bagi merakamkan keterangan.

Sementara itu, mengulas dakwaan Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang yang mempertahankan undang-undang hudud perlu dilaksanakan demi keselamatan dan keamanan rakyat, Azmin menepis alasan itu.

Katanya, ada banyak perkara lain yang melibatkan isu keselamatan rakyat berbanding hudud.

"Kita bercakap soal pengukuhan ekonomi untuk semua rakyat Malaysia, kebajikan, dan sistem pendidikan. Ini isu keselamatan yang sebenar kita sebagai rakyat di Malaysia," katanya.

Hadi pada sesi Bicara Minda dan sesi dialog "Hudud dari kaca mata Hadi" di Komples Karangkaf di Shah Alam semalam mendakwa punca DAP dan PKR enggan sokong hudud kerana takut hilang undi.

"Saya buat kesimpulan ramai dalam kalangan pakatan pembangkang tidak suka hudud kerana takut tidak dapat undi. Mereka takut pengundi tidak akan mengundi kita.

"Namun, masalah kita (PAS) ialah bukan kerana pilihan raya tetapi keamanan dan keselamatan. Tidak menang pilihan raya pun tak apa, asalkan rakyat selamat," katanya. – 23 April, 2015.

The Malaysia Insider.

Ahli Pas tolak calon pro PR - FMT Reporters

Posted: 23 Apr 2015 05:30 AM PDT

Tuan-Ibrahim_hadi-awang_600_1

Sebahagian besar calon kumpulan ulamak mendominasi pencalonan untuk jawatan tertinggi parti bagi Pemilihan Pas Pusat sesi 2015-2017.

PETALING JAYA: Kumpulan ulamak dalam Pas terus mendominasi pencalonan bagi Pemilihan Pas Pusat sesi 2015-2017.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat 73 pencalonan untuk mengekalkan jawatan Presiden parti, setakat 19 April lalu.

Manakala pencabarnya, Datuk Husam Musa, dari kumpulan liberal yang didakwa lebih pro Pakatan Rakyat hanya memperoleh tujuh pencalonan.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man jauh meninggalkan penyandangnya, Mohamad Sabu atau Mat Sabu.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang, menerima 66 pencalonan manakala Mat Sabu, Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang hanya menerima sembilan pencalonan.

Bagi jawatan Naib Presiden pula, lima daripada enam calon yang mendapat undi tertinggi adalah merupakan penyokong kumpulan ulamak Pas.

Ustaz Idris Ahmad mendahului dengan mendapat 48 pencalonan, Salahuddin Ayob (28), Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (27), Ahli Parlimen Temerloh, Nasruddin Hassan Tantawi (23) dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abd Samad (15).

Satu-satunya calon yang dilabel kumpulan liberal Pas, Datuk Mahfuz Omar, memperoleh 24 pencalonan.

Pergolakan dalam Pas telah melahirkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang didakwa oleh parti untuk menggantikan Pas dalam PR.

"Saya melihat tidak mustahil PasMa akan menjadi pintu laluan ke arah penubuhan parti baru atau serpihan Pas yang bakal dianggotai oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Pas sebagaimana sejarah telah merakamkan penubuhan Hamim dan Berjasa," kata Nasruddin Tantawi seperti yang disiarkan FMT pada September 2014.

Pemilihan Pas Pusat bagi sesi 2015-2017 akan diadakan sempena Muktamar Tahunan Pas pada Jun ini.

Najib hantar mesej kepada Tun M - Adam Abu Bakar

Posted: 23 Apr 2015 04:45 AM PDT

 
mahathir_najib_new_600

Perdana Menteri berkata beliau menerima sokongan padu dari banyak pihak seperti badan antarabangsa, individu dan institusi yang memberikan kepercayaan kepada negara.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat cuba menghantar mesej jelas kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa beliau tidak berseorangan dalam melawan kritikan daripada bekas Perdana Menteri itu.

Perdana Menteri berkata, beliau menerima sokongan padu dari banyak pihak seperti badan antarabangsa, individu dan institusi yang memberikan kepercayaan kepada negara.

"Bahkan, telah memberikan pengiktirafan yang sangat tinggi kepada negara ini," katanya ketika berucap merasmikan Invest Malaysia di Hotel Mandarin Oriental pada Khamis.

Turut hadir pada program itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin dikatakan mendapat sokongan Dr Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya Najib berundur.

Dr Mahathir di blognya sebelum ini menulis "Saya sedar saya keseorangan' apabila kritikan dan serangan terhadap Najib mendapat kutukan daripada pemimpin UMNO.

Susulan tulisannya itu, dua artis tersohor tempatan, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan Rozita Che Wan atau Che Ta menyatakan sokongan kepada bekas Perdana Menteri.

Bantah GST: 50 mengaku tidak bersalah Faiz Zainudin

Posted: 23 Apr 2015 04:00 AM PDT

 
bantah-GST

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Mei untuk sebutan semula kes
.
PETALING JAYA: Seramai 50 individu termasuk sembilan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang menyertai bantahan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada Mac lalu didakwa di Mahkamah Sesyen pada Khamis.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 21(1)(d) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana mengingkari arahan polis supaya bersurai.

Kesemua tertuduh boleh didenda sehingga RM20,000 jika sabit kesalahan.

Kesemua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja tuduhan dibacakan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Nordin Ismail, memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM3,000 seorang dengan dua penjamin.

Majistret Azwarnida Affendi membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM1,500 dan seorang penjamin, selepas mendengar hujah pendakwa dan peguam bela tertuduh, Gobind Singh Deo.
Dia juga menetapkan 26 Mei ini untuk sebutan semula kes itu.

Azwarnida juga menetapkan 28 April ini untuk pendakwaan empat lagi tertuduh yang gagal hadir.
Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada 23 Mac, kira-kira jam 5 petang.

FMT

'Tak boleh siasat kekayaan PM hanya kerana syak'

Posted: 23 Apr 2015 03:15 AM PDT

 
Syak wasangka sahaja tidak cukup untuk membolehkan pihak berkuasa menyiasat dakwaan salah laku sekitar kekayaan keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"SPRM akan siasat jika ada kes untuk siasatan. Dengan kata lain, kamu tidak hanya siasat sesuatu yang tidak tahu pokok pangkalnya.

"Jika bimbang, saya bimbang ia tak akan sampai ke mana-mana.

Jika saya buat dakwaan, saya pergi ke SPRM dan kata demikian demikian […] tetapi hanya beritahu mereka syak wasangka saya.

"Kamu tidak bunuh seekor kucing hanya kerana sangka ia makan ikan kamu," kata anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim kepada pemberita di Putrajaya.

Penganalisis: MAS baru tak perlu ramai k'tangan

Posted: 23 Apr 2015 02:30 AM PDT

 
 
Kemunculan Malaysia Airlines (MAS) yang baru hasil daripada pelan pemulihannya yang kini berjalan, turut menyaksikan laluan penerbangan antarabangsanya dikurangkan yang pastinya mengecilkan bilangan pekerjanya, kata para penganalisis.

Antara lain, Pelan Pemulihan 12 perkara diumumkan Khazanah Nasional Bhd pada Ogos tahun lalu, melibatkan aspek rasionalisasi rangkaian penerbangan kebangsaan itu untuk lebih fokus di serantau namun tetap berteraskan rangkaian global yang kukuh menerusi persepakatan OneWorld.

Sabtu lalu misalnya, MAS mengumumkan penamatan laluan Frankfurt dengan penerbangan terakhirnya pada 29 Mei ini atas alasan ia sebahagian langkah strategi menyeluruh untuk lebih bersifat serantau.

Malah, sebelum ini, penganalisis penerbangan Maybank Investment Bank, Mohshin Aziz, menyuarakan jangkaannya bahawa MAS akan menamatkan sehingga enam laluan antarabangsanya iaitu Paris, Amsterdam, Frankfurt, Istanbul, Dubai dan Kunming - sejajar usahanya untuk menumpukan laluan serantau di Asia serta di Australia.

Mohshin turut menjangkakan laluan lain yang mungkin ditamatkan atau dikurangkan adalah Sydney, Melbourne, Darwin, Brisbane, Kochi serta Osaka.

Khazanah Nasional yang memiliki kepentingan 100 peratus dalam MAS, dalam  perkembangan terbaharunya terhadap pelan itu berkata MAS baru juga akan menyaksikan rasionalisasi agregat kapasiti lebih 10 peratus tahun ini dengan menumpukan laluan domestik serta serantau yang lebih menguntungkan.

Langkah pengukuhan rangkaian jangka pendek berkenaan dijangka dapat menguatkan kedudukan kewangan penerbangan dan seterusnya memantapkan keupayaan pertumbuhannya pada kadar tahunan melebihi lima peratus bagi tempoh 2015-2020.

Rancangan MAS mengembangkan kapasiti laluan domestik serta ASEAN sebanyak 6-8 peratus setahun serta di Asia Pasifik sebanyak lima peratus, juga dilihat bertujuan memantapkan jaringan hab Kuala Lumpur.

Kalangan penganalisis turut optimis mengenai pelaksanaan Dasar Langit Terbuka ASEAN pada 2015 yang disifatkan dapat memacu pertumbuhan dan pembangunan industri penerbangan kerana membuka lebih banyak persaingan di pasaran.

Malah, berdasarkan senario itu, beberapa syarikat penerbangan berkemungkinan terpaksa mengurangkan bilangan pekerjanya. Sudah pasti, sebagai pasaran penerbangan tunggal di rantau ini, ia juga mungkin menjurus kepada pengurangan kekerapan serta lalun bagi syarikat penerbangan tertentu.

Presiden Pusat Penyelidikan Strategi Antarabangsa, Datuk Dr Chin Yew Sin, berkata MAS tidak mampu pulih jika ia terus memiliki tenaga kerja yang berlebihan.

"Bagaimana MAS dapat diselamatkan tanpa mengurangkan jumlah pekerjanya? Bagi saya, inilah peluang terakhir untuk MAS," katanya.

Menurutnya, di mana-mana pertubuhan atau syarikat sekali pun, pasti ada pekerja yang digelar 'deadwood' (kayu mati) atau yang tidak lagi mampu berkhidmat. Justeru, katanya, langkah mengekalkan golongan sedemikian akan hanya akan memburukkan lagi keadaan.

"Usaha mengurangkan tenaga kerjanya adalah kunci kelangsungan MAS dan ini perlu dilakukan secepat mungkin. Namjun, pada masa yang sama, pekerja yang
diberhentikan itu perlulah dilatih semula untuk membolehkan mereka berkhidmat dengan majikan lain," katanya.

Chin turut menyifatkan MAS telah mengambil langkah yang adil serta saksama untuk berbincang dengan kesatuan sekerjanya sejak beberapa bulan lalu dalam usaha mengurangkan tenaga kerjanya serta melancarkan pelaksanaan langkah berkenaan.

Malah, tindakan MAS mewujudkan Pusat Pembangunan Korporat yang bertujuan melatih semula pekerja yang akan meninggalkan syarikat itu, sewajarnya dijadikan satu amalan industri yang boleh dicontohi sektor lain yang berdepan keperluan mengurangkan bilangan pekerja mereka.

Sementara itu, Presiden Institut Pengurusan Sumber Manusia Malaysia, Aresandiran J, berkata, jika sebuah syarikat memutuskan ia hanya memerlukan 10 pekerja, maka pihak lain tidak seharusnya mempertikaikan tindakan itu atau menyoal mengapa ia tidak menggaji 200 atau 300 pekerja.

"Bagaimanapun, merujuk MAS, jika kesatuannya mengambil langkah tegas maka industri itu yang akan terjejas dan tempiasnya turut terkena kepada negara. Ini sebaliknya hanya menguntungkan negara jiran.

"Oleh itu, isunya bukan setakat antara majikan dengan pekerjanya tetapi juga kepentingan negara.

"Sebagai sebuah negara, anda menggalas tanggjungawab lebih besar kerana perlu memastikan perniagaan itu berdaya maju," katanya.

- Bernama

Mahathir: Mana lagi RM27 bilion 1MDB?

Posted: 23 Apr 2015 01:45 AM PDT

 
 
Dr Mahathir Mohamad hari ini membentangkan kiraanya terhadap pembelian 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melalui pinjaman RM42 bilion dan mendakwa RM27 bilion tidak dapat dikesan.

Berdasarkan semua pembelian diketahui, jumlahnya menjadi RM14.7 bilion.

"Jadi, kira-kira RM27 bilion yang tinggal," katanya.

Beliau juga berkata lebih daripada AS$1 bilion dibayar kepada Petro Saudi tanpa pengesahan tentang nilai syarikat itu atau asetnya.

"Di mana wang yang lain?" soalnya dalam tulisan terkini di blognya hari ini.

Beliau menyenaraikan pembelian 1MDB seperti berikut:

1) Tanjong Energy (kini Powertek Energy Sdn Bhd) - RM8.5 bilion
2) Genting Sanyan Power (kini stesen janakuasa Kuala Langat) - RM2.3 bilion
3) Jimah Energy - RM1.2 bilion
4) 70 ekar tanah di Jalan Tun Razak (projek Tun Razak Exchange) - RM320 juta
5) 495 ekar tanah bekas lapangan terbang TUDM Sungai Besi TUDM (kini Bandar Malaysia) - RM363.5 juta
6) 234 ekar tanah di Air Itam, Pulau Pinang- RM1.38 bilion

Najib Keterunan Bangsawan !!

Posted: 23 Apr 2015 01:11 AM PDT

Mafiaboss Melayu's photo.
Malaysia akan memberikan penjelasan kepada majalah mingguan Indonesia 'Tempo' berhubung laporannya yang mendedahkan 'gaya hidup mewah' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Memetik kenyataan Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, pihaknya mahu berjumpa dengan editorial Tempo bagi menjelaskan isu itu yang disifatkannya sebagai tidak tepat.

Zahrain juga berkata, gaya perbelanjaan Najib tidak perlu dipertikaikan kerana beliau sememangnya berasal daripada keturunan kelas tinggi.

"Perdana menteri daripada keturunan berdarjat dan bangsawan. Perbelanjaan dan penghidupannya tidak jadi masalah jika mampu.

"Yang jadi masalah ialah jika terlibat dengan korupsi, penyelewengan dan sebagainya," katanya dipetik Utusan Malaysia.

Zahrain berkata, beliau akan menjelaskan kepada editorial majalah tersebut mengenai kedudukan dan siapa sebenarnya perdana menteri yang berasal daripada keturunan bangsawan dan berdarjat itu.

Najib golongan berdarjat dan bangsawan, Zahrain jawab majalah Indonesia

Posted: 23 Apr 2015 12:28 AM PDT

 
Malaysia akan memberikan penjelasan kepada majalah mingguan Indonesia berhubung laporannya yang mendedahkan 'gaya hidup mewah' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Memetik kenyataan Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, pihaknya mahu berjumpa dengan editorial Tempo bagi menjelaskan isu itu yang disifatkannya sebagai tidak tepat.

Menurut akhbar milik Umno itu, perjumpaan akan diadakan dalam masa terdekat sejurus selepas Zahrain pulang ke Jakarta kerana buat masa ini beliau masih berada di Kuala Lumpur, mengiringi Najib bagi acara 60 tahun Persidangan Asia-Afrika esok.


Zahrain yang juga bekas pemimpin PKR itu berkata, gaya perbelanjaan Najib tidak perlu dipertikaikan kerana beliau sememangnya berasal daripada keturunan kelas tinggi.

"Perdana menteri daripada keturunan berdarjat dan bangsawan. Perbelanjaan dan penghidupannya tidak jadi masalah jika mampu.

"Yang jadi masalah ialah jika terlibat dengan korupsi, penyelewengan dan sebagainya," katanya dipetik Utusan Malaysia.

Zahrain berkata, beliau akan menjelaskan kepada editorial majalah tersebut mengenai kedudukan dan siapa sebenarnya perdana menteri yang berasal daripada keturunan bangsawan dan berdarjat itu.

Majalah Tempo dalam keluaran khas sempena Peringatan 60 Tahun Persidangan Asia-Afrika bagi edisi 20 hingga 26 April bertajuk "Hidup Mewah Sang Perdana Menteri" mendedahkan perbelanjaan mewah Najib dan Rosmah.

Zahrain berkata, Tempo sepatutnya menyiasat terlebih dulu kesahihan berita yang 'dikutip' daripada portal berita pembangkang yang sememangnya membawa berita negatif.

"Tempo tidak mengambil jalan berkecuali dalam laporannya. Mereka sepatutnya mengambil tahu latar belakang perdana menteri.

"Perkara ini tidak sepatutnya menjadi isu. Tempo perlu menyiasat dulu kesahihan berita yang dikutip itu sebelum membuat sebarang laporan.

"Perdana menteri bukan calang-calang orang yang harus dipersoalkan," katanya.

Tempo melaporkan tentang barangan yang dibelanjakan Rosmah termasuk beg tangan jenama Birkin dan barang kemas, 2 hari selepas melakukan lawatan kerja ke republik itu.

Tempo juga memaparkan gambar jam tangan mewah yang dikeluarkan Badan Bertindak Pemerhati Jenayah Malaysia (MyWatch) baru-baru ini yang didakwanya milik pasangan tersebut.

Mywatch mendakwa, setiap satu jam tangan milik Rosmah berharga antara RM79,200 untuk Hublot BlackBerry Black Magic 114 dan RM486,000 untuk Richard Mille Lady RM 007.

Tempo juga membuat perbandingan antara jam tangan dengan pendapatan Najib iaitu kira-kira RM350,000 setahun.

"Kehidupan Najib dan keluarganya menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia," katanya dalam artikel itu.

Penggayaan rambut Rosmah bernilai RM1,200 juga turut ditimbulkan, yang mengundang kritikan hebat ketika rakyat bergelut dengan tekanan hidup.

Tempo juga menyentuh isu anak tiri Najib, Riza Aziz yang membeli kondominium mewah di New York bernilai RM110 juta pada 2012 dan rumah di Beverly Hills, California bernilai AS$17.5 juta secara tunai, seperti yang dilaporkan New York Times.

Kehidupan mewah Rosmah dan Najib disiarkan di beberapa media tempatan dan antarabangsa kebelakangan ini, dan turut disiarkan dalam satu artikel New York Times edisi Februari berkaitan kekayaan ahli perniagaan Low Taek Jho.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut membidas kehidupan mewah Najib dan Rosmah dalam blognya.

"Ada banyak perkara tentang kelakuan peribadinya (Najib) yang saya rasakan tidak betul.

"Namun, saya bersedia untuk melupakannya, termasuklah gaya hidup mewah beliau dan isterinya," kata Dr Mahathir. – tmi


BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT