Rabu, 22 April 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Hadi yakin Umno akan sokong hudud PAS di Parlimen OLEH KC NAZARI

Posted: 22 Apr 2015 09:30 PM PDT

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang Presiden Parti Islam Malaysia bercakap pada forum 'Bicara Minda: Hudud dari Kaca Mata Hadi', di Shah Alam, petang ini. Beliau menegaskan, Islam mengajar umatnya untuk bersangka baik dengan harapan golongan munafik juga akan bertaubat.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang Presiden Parti Islam Malaysia bercakap pada forum 'Bicara Minda: Hudud dari Kaca Mata Hadi', di Shah Alam, petang ini. Beliau menegaskan, Islam mengajar umatnya untuk bersangka baik dengan harapan golongan munafik juga akan bertaubat.

PAS mengambil risiko mempercayai janji Umno untuk menyokong hudud kerana Islam menganjurkan penganutnya bersangka baik terhadap golongan munafik dengan harapan mereka akan benar-benar berubah, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS itu berkata, Islam mengajar umatnya untuk bersangka baik dengan harapan golongan munafik sekalipun akan bertaubat.

"Umno kata hendak sokong hudud – dalam Islam kita diajar menerima ucapan zahir daripada sesiapa sahaja termasuklah mereka yang munafik sekali pun.

"Jadi, dengan cara ini yang munafik pun akhirnya bertaubat," kata Hadi pada forum "Bicara Minda: Hudud dari Kaca Mata Hadi", di Shah Alam petang ini.

Hadi berkata, cabaran utama PAS sekarang ialah menggembleng sokongan semua ahli Parlimen beragama Islam terlebih dahulu.

"Oleh sebab itu, kita harap ahli Parlimen Islam akan menerimanya terlebih dahulu," katanya.

Beliau turut mengulangi keyakinannya yang hudud akan mengurangkan kadar jenayah dan 'nikmatnya' hanya akan dapat dirasai apabila ia dilaksanakan.

"Malah dalam konsep kehakiman (hudud), hakim akan seboleh mungkin mencari jalan membebaskan orang yang dituduh," katanya lagi.

Pada 19 Mac lalu, semua 44 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelantan, termasuk dari Umno, mengundi menyokong Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015).

Laluan mudahnya memang dijangka memandangkan PAS mempunyai majoriti dua pertiga di DUN dan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V juga menyatakan sokongannya kepada pelaksanaan hudud di negeri itu.

Adun Kelantan yang 31 daripadanya ahli PAS, 12 Umno dan seorang PKR, hanya mengambil masa 2 hari membahaskan rang undang-undang itu.

Hudud memperuntukkan hukuman rejam sampai mati untuk kesalahan zina dengan pasangan yang sudah berkahwin, sebatan antara 40 dan 80 kali untuk kesalahan meminum arak dan potong tangan kerana mencuri.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran kepada Umno akibat daripada menyokong agenda PAS melaksanakan hudud, mengatakan kanun keseksaan Islam itu diperkenalkan untuk tujuan politik.

Katanya, beliau terkejut melihat Umno Kelantan amat menyokong hudud PAS dan mengingatkan parti itu sepatutnya sedar tindakan mereka.

"Saya terkejut mendengar Umno Kelantan menyokong hudud PAS. Saya harap mereka faham apa yang mereka lakukan," katanya.

Dr Mahathir juga menyifatkan hudud PAS bukan hukum Islam kerana ia tidak adil apabila hanya dihadkan kepada orang Islam, sedangkan bukan Islam dikenakan hukuman ringan di bawah undang-undang sivil.

Katanya, tidak adil jika seseorang dihukum secara berbeza dalam satu masyarakat yang sama.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun masih belum menyatakan kedudukannya dengan jelas walaupun 12 pemimpin parti komponen Barisan Nasional menemuinya bagi menyatakan pendirian mereka yang tidak bersetuju, sehari selepas enakmen itu diluluskan DUN Kelantan.

Selepas itu, hampir semua pemimpin bukan Islam, terutamanya dari Sabah dan Sarawak, mengisytiharkan tidak akan menyokong sebarang pindaan kepada undang-undang persekutuan bagi memperkenalkan kanun keseksaan Islam itu di Kelantan.

DAP yang merupakan sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) berkata, Najib mesti bersedia mempertahankan keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang. – 22 April, 2015.
 


See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Tuan Ibrahim seru ahli PAS undi PKR, ‘elak mudarat’ BN

Posted: 22 Apr 2015 09:00 PM PDT


Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, rakyat akan berdepan bahaya lebih besar jika ahli PAS tidak mengundi PKR dan membuka ruang kepada Umno dan Barisan Nasional menguasai kerusi Parlimen Permatang Pauh. –

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, rakyat akan berdepan bahaya lebih besar jika ahli PAS tidak mengundi PKR dan membuka ruang kepada Umno dan Barisan Nasional menguasai kerusi Parlimen Permatang Pauh. –

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man lewat petang ini menggesa ahli PAS di Permatang Pauh agar terus mengundi PKR walaupun parti itu mempunyai "pendekatan berbeza" dalam pelaksanaan hudud.

Katanya, rakyat akan berdepan bahaya yang lebih besar jika ahli PAS tidak mengundi PKR dan membuka ruang kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) menguasai kerusi Parlimen itu.

"Ia boleh mendedahkan mudarat yang lebih besar kepada rakyat sekiranya Umno-BN terus berkuasa.

"Maka sebagai ahli Majlis Syura, saya menyeru semua ahli PAS yang berdaftar sebagai pengundi di Permatang Pauh untuk keluar mengundi dan memberi undi kepada calon dari PKR.

"(Ini) kerana keputusan memberi kerjasama dalam pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh adalah keputusan yang turut melibatkan hukum syarak," katanya dalam satu kenyataan.

PRK Permatang Pauh, diadakan susulan penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara lima tahun, ditetapkan pada 7 Mei dengan penamaan calon pada 25 April.

Tuan Ibrahim turut menegaskan, pimpinan parti harus berhenti daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang bakal mengeruhkan lagi hubungan dengan sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Pimpinan parti di semua peringkat diminta tidak mengeluarkan kenyataan kontroversi sama ada melibatkan hubungan dengan PR atau melibatkan hukum.

"PAS mempunyai organisasi lengkap bagi membuat keputusan melibatkan dasar dan perjalanan parti.

"Kenyataan kontroversi ini hanya akan menguntungkan musuh dan ia hanya menambahkan derita rakyat dalam situasi yang ada kini," katanya.

Bekas ketua penerangan PAS itu berkata, isu kontroversi yang melibatkan hukum mesti dirujuk kepada pendirian rasmi Majlis Syura Ulama dan Dewan Ulama kerana ia mempunyai implikasi besar.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berkata, PAS berpuas hati dengan penjelasan PKR yang pada asasnya tidak menolak pelaksanaan hudud secara keseluruhan.

"Perbezaannya ialah soal pendekatan dalam membawa usul dan pelaksanaannya.

"Maka, perbezaan ini akan membuka dialog dan perbincangan ilmiah secara berterusan pada masa kini dan akan datang," katanya.

Kenyataan beliau itu dibuat ketika Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terdahulu hari ini menyatakan, beliau menghormati akar umbi PAS Kawasan Permatang Pauh yang mahu memboikot kempen PKR kelak.

Mengambil nada yang sedikit berbeza dengan ketuanya, kenyataan Tuan Ibrahim ini dilihat cuba meredakan pergeseran di peringkat bawahan PR menjelang PRK itu nanti.

Namun, Tuan Ibrahim senada dengan Hadi yang menegaskan PAS tetap kekal dalam PR walaupun wujud perbezaan pendapat berhubung isu hudud.

"Isu hubungan dan kerjasama dalam PR, sekali lagi ditegaskan, kita masih bersama dengan PR, dan ini ditegaskan oleh presiden berulang kali.

"Musuh cuba memecah-belah PR sejak hari pertama kita diwujudkan sehingga kini.

"Pendirian parti mesti didokongi ahli sehinggalah ada keputusan baharu," katanya. – 22 April, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Tuan Ibrahim: Kerjasama ikut hukum syarak

Posted: 22 Apr 2015 08:30 PM PDT

 
 

Seorang anggota Majlis Syura PAS menyeru ahli PAS di Permatang Pauh menyokong calon PKR dalam pilihan raya kecil parlimen itu dan menasihatkan pemimpin semua peringkat tidak mencetuskan kontroversi berkaitan hubungan Pakatan Rakyat.

Gesaan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man itu dibuat ekoran 'fatwa Permatang Pauh' oleh Ketua Urusan Ulama PAS Permatang Pauh Badrul Abdul Rahman bahawa "haram mengundi calon tolak hudud" dalam pilihan raya kecil parlimen itu 7 Mei depan, selepas PKR enggan menarik balik kenyataan berkaitan hukum Islam itu.

Tuan Ibrahim menegaskan isu melibatkan hukum mesti dirujuk kepada pendirian rasmi Majlis Syura Ulama dan Dewan Ulama PAS kerana jika tidak, ia boleh mendedahkan "mudarat yang lebih besar" dan menguntungkan musuh yang cuba memecah belah Pakatan.

"Maka sebagai ahli Majlis Syura, saya menyeru agar semua ahli PAS yang berdaftar sebagai pengundi di Permatang Pauh untuk keluar mengundi dan memberi undi kepada calon dari PKR.

"(Ini) kerana keputusan memberi kerjasama dalam PRK Permatang Pauh adalah keputusan yang turut melibatkan hukum syarak," katanya sambil menegaskan PAS masih komited dalam Pakatan Rakyat.

Beliau, yang juga calon timbalan presiden PAS menegaskan, pendirian parti untuk menjadi sebahagian komponen dalam Pakatan Rakyat mesti didukong oleh ahli sehinggalah terdapat keputusan baru dibuat mengenainya.

"Isu sokongan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan (EKJS) sebagaimana yang disebut oleh presiden PAS, PAS akan membawanya ke Parlimen dan kita menyeru agar ahli Parlimen Muslim menyokongnya. Akan tetapi, kita tidak boleh memaksa mereka untuk menyokongnya.

"PAS menerima penjelasan dari PKR berhubung EKJS Kelantan dan memahami pendirian mereka yang tidak menolak syariat Allah yang menjadi kewajipan bagi umat Islam.

"Perbezaannya ialah soal pendekatan dalam membawa usul dan pelaksanaannya. Maka perbezaan ini akan membuka dialog dan perbincangan ilmiah secara berterusan pada masa kini dan akan datang," katanya.

VIDEO - Hudud: PAS terima sokongan semua termasuk munafik

Posted: 22 Apr 2015 08:00 PM PDT


Hadi: Terima ucapan zahir walau dari munafik

Posted: 22 Apr 2015 07:30 PM PDT

 
 

 Walaupun Umno menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan hukum hudud, namun isi hati mereka hanya Allah sahaja yang tahu, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau yang juga MP Marang berkata, Islam mengajar umatnya supaya menerima segala ucapan yang dizahirkan walaupun ia daripada orang munafik.

"Dalam Islam kita diajar terima apa yang orang cakap. Nabi kita diajar Allah supaya menerima ucapan yang zahir termasuk ucapan orang munafik.

"(Isi) hati, Tuhan sahaja yang tahu. Yang kita takut, yang ikhlas jadi tak ikhlas," katanya dalam program Bicara Minda Hudud Dari Kaca Mata Hadi anjuran Sinar Harian di Shah Alam hari ini.

MP Marang menjawab soalan hadirin mengenai sejauh mana keyakinan beliau terhadap sokongan Umno mengenai isu hudud.

Sehubungan itu, beliau berkata, PAS mendesak mana-mana ahli Parlimen yang beragama Islam untuk menyokong rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi membenarkan pelaksanaan hukuman hudud di Kelantan.

"Sebab itu kita mendesak ahli parlimen Islam terlebih dahulu tanpa kira fahaman politik menyokong (rang undang-undang persendirian)," katanya lagi.

Awal bulan ini Hadi dilapor berkata PAS wajib berunding dengan Umno apabila diajak oleh parti tersebut demi memastikan pelaksanaan hukum jenayah Islam itu di Kelantan.

Katanya lagi, pemimpin dan ahli PAS tidak sewajarnya mempersoalkan keikhlasan Umno menyokong pelaksanaan hukum itu khususnya apabila rang undang-undang persendirian berkaitan hudud dibentangkan di Dewan Rakyat kelak.

Abang IGP penat disiasat tiga jam??

Posted: 22 Apr 2015 07:00 PM PDT


Abang Ketua Polis Negara, Datuk Abdullah Abu Bakar mengeluh kepenatan kerana disiasat polis selama tiga jam berhubung demonstrasi antisalib di Taman Medan.

"Tiga jam terlalu lama untuk saya dan saya sangat penat, saya harap semuanya OK dan terima kasih banyak-banyak," katanya kepada pemberita di IPD Petaling Jaya.

Abdullah hari ini tiba di ibu pejabat polis pada jam 4.10 petang bersama pemandunya.

Katanya, polis menyoal "semua aspek" dalam kes demonstrasi tersebut dan beliau menjawab semua soalan.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan perkara yang ditanya oleh polis itu.

Abdullah, yang tidak ditemani peguam, hanya selesai memberi keterangan kepada polispada jam 8 malam.

Ketika ditanya, Abdullah berkata, polis juga tidak menyatakan peruntukan undang-undang khusus yang digunakan untuk siasatan ke atasnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam berkata polis akan menyiasat peserta demonstrasi tersebut dan tindakan boleh diambil mengikut Akta Hasutan 1948.

Beliau juga menegur peserta tersebut kerana mengambil tindakan yang menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat berbilang kaum.

Ketua polis negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pula berkata, kehadiran abangnya itu hanyalah untuk menenangkan penduduk berkenaan.

Majlis resepsi anak PM selesai FMT Reporters

Posted: 22 Apr 2015 06:30 PM PDT

 
nooryana-wedding

Lebih 250 jemputan dari Malaysia hadiri majlis perkahwinan anak Najib dan Rosmah di Kazakhstan.
 
KUALA LUMPUR: Majlis resepsi perkahwinan anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansur berlangsung dengan meriah di Almaty, Kazakhstan.

Menurut kenyataan yang disiakan Jabatan Perdana Menteri, majlis Nooryana Najwa Najib dan suaminya, Daniyar Kesikkbayev telah diadakan di Grand Ballroom, Hotel Royal Tulip dan dihadiri 250 jemputan dari Malaysia.

Ia berlangsung selama dua hari dari 17 hingga 19 April lalu. Berbeza dengan majlis di KLCC sebelum ini, ia diberikan liputan dan gambar pasangan serta keluarga masing-masing disiarkan media.

Sebelum majlis resepsi bermula, Perdana Menteri dilaporkan mengadakan pertemuan dengan Presiden Nursultan Nazarbayev.

1MDB beri penyata palsu kepada Bank BSI Singapura, dakwa portal

Posted: 22 Apr 2015 06:00 PM PDT





Syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didakwa memberikan penyata bank palsu berkaitan akaun anak syarikatnya kepada cawangan Bank BSI di Singapura, dedah Sarawak Report hari ini.

Menurut laman sesawang pemberi maklumat itu, bukti menunjukkan BSI menolak dokumen 1MDB ‎mengenai akaun Brazen Sky Limited di Singapura.

"Dokumen dibekalkan kepada pelbagai pihak berkuasa oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda bagi menunjukkan penyata akaun Brazen Sky pada November 2014‎. "Namun bank swasta Switzerland memberitahu pihak berkuasa Singapura yang dokumen itu bukan berasal daripada mereka dan tidak menunjukkan dokumen sah ‎mengenai aset anak syarikat 1MDB," lapor Sarawak Report.

Menurut portal itu, maklumat mengenai penyata bank kemudian dilaporkan semula ke Malaysia pada 13 Mac lalu, dua hari selepas perdana menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak mengemukakan jawapan bertulis mengesahkan baki AS$1.103 bilion sudah ditebus kembali daripada dana Brazen Sky ‎di Pulau Cayman dan kini "disimpan" di Bank BSI Berhad di Singapura.

Sarawak Report berkata, maklumat lain yang diperoleh daripada sumber di Singapura mendakwa tiada wang tunai sebenar dalam akaun Brazen Sky Limited. Katanya, berdasarkan sumber, akaun itu semata-mata mengandungi "aset atas kertas" dan "nilai sebenar yang tidak boleh ditentukan". Laporan itu menyatakan aliran wang 1MDB semakin berbelit dan mengelirukan selama bertahun-tahun ‎membuat pelaburan dalam pelbagai akaun selepas membatalkan kerjasama pertamanya dengan syarikat Petrosaudi International pada 2009.

Sarawak Report juga mendakwa melihat bukti Arul Kanda secara senyap menyerahkan laporan 1MDB kepada pihak berkuasa yang berkaitan, selepas timbulnya dakwaan mengenai akaun di Bank BSI‎ di Singapura. Katanya, ada bukti menunjukkan Arul menyerahkan salinan penyata bank termasuk penyata semasa November 2014‎ Brazen Sky Limited di Bank BSI.

"Bagaimanapun BSI memberitahu pihak berkuasa Singapura bahawa dokumen itu adalah palsu dan bukannya berasal daripada bank itu sendiri.

"Ini perkembangan dahsyat, melemahkan kedudukan 1MDB berkaitan kehilangan berbilion ringgit daripada akaunnya, dan situasi sekarang melibatkan pemeriksaan mengikut undang-undang dan peraturan. "Sekarang sudah enam minggu selepas Ketua Audit Negara diarahkan perdana menteri menyiasat akaun tetapi masih tidak ada perkembangan hasil," katanya.

Sarawak Report juga mendakwa, pihaknya difahamkan melalui beberapa sumber yang syarikat utama dan pelanggan korporat BSI adalah ahli perniagaan Low Taek Jho, atau dikenali sebagai Jho Low. Low dikatakan individu di sebalik beberapa pelaburan yang dibuat 1MDB, termasuk urus niaga pemindahan AS$700 Petrosaudi ‎ke dalam akaun yang dikendalikannya dengan nama Good Star Limited di RBS Coutts di Zurich.

"Petrosaudi pada mulanya mendekati BSI yang berpusat di Geneva di‎ ketika cuba membuka akaun Swiss untuk Good Star pada 2009, untuk menempatkan sejumlah AS$700 juta yang dibawa keluar hasil perjanjian kerjasama.

"Sarawak Report mendesak pihak berkuasa Australia menyiasat peranan Bank BSI berkaitan 1MDB dan urusan perniagaannya dengan pelanggan utamanya iaitu Low," katanya.


Hadi hormati pendirian PAS Permatang Pauh boikot PRK

Posted: 22 Apr 2015 05:15 PM PDT

 

SHAH ALAM: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berkata beliau menghormati PAS Kawasan Permatang Pauh yang mahu memboikot pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh.

Bagaimanapun pada masa sama, beliau mempertahankan kedudukan parti itu dalam Pakatan Rakyat meskipun tindakan boikot berikutan keengganan sekutunya PKR menyokong pelaksanaan hukum hudud.

"Kita masih dalam Pakatan Rakyat… dan ada pun tentang Permatang Pauh itu, saya menghormati (PAS) kawasan Permatang Pauh," kata beliau ketika ditemui pemberita selepas sesi dialog 'Hudud Dari Kaca Mata Hadi' anjuran Sinar Harian.

Terdahulu, Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mohd Piah dilaporkan berkata bahawa mereka tidak akan bekerjasama di Permatang Pauh selagi Pemuda PKR negeri itu dan Pemuda Sosialis DAP Pulau Pinang tidak menarik balik kenyataan ke atas Abdul Hadi berhubung isu hudud.

Kenyataan mahu memboikot PRK itu turut dinyatakan PAS kawasan Permatang Pauh.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari pengundian bagi PRK Permatang Pauh pada 7 Mei, penamaan calon 25 April manakala pengundian awal pada 3 Mei.

- astroawani

Guru dipecat ahli UMNO FMT Reporters

Posted: 22 Apr 2015 04:45 PM PDT

 
guru umno

Mohd Nor Izzat Mohd Johari sedang mempertimbangkan untuk menulis surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana tidak puas hati dengan pemecatan itu.

PETALING JAYA: Guru yang dipecat kerana mengetuai gerakan membantah sistem dalam talian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan ahli UMNO.

Mohd Nor Izzat Mohd Johari, 30, adalah Ketua Pemuda UMNO cawangan Kelisa, Hulu Selangor.
Dia berkata, sudah tiba masanya untuk mendedahkan hubungannya dengan UMNO.

"Sebelum ini saya tidak mendedahkan hubungan saya dengan parti tetapi ini masa yang sesuai untuk melakukannya," katanya yang kini menganggur, lapor Malaysiakini.

Tidak puas hati dengan tindakan pemecatannya itu, dia sedang mempertimbangkan untuk menulis surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dia juga merancang menulis surat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya sedang meneliti pilihan yang ada, iaitu merayu atau menulis surat untuk menyatakan kekesalan kepada Najib dan Dr Mahathir.

"Kita perlu akui Perdana Menteri mungkin tidak boleh berbuat apa-apa, tetapi saya akan menulis kepada beliau sebagai menghormati kedudukannya sebagai pemimpin," katanya.

Keputusan memecat Mohd Nor Izzat dibuat Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dalam mesyuaratnya yang ke-992 pada 31 Mac 2015.


Berdasarkan tarikh serahan Mohd Nor Izzat, menerima surat pemecatan tersebut 18 hari kemudian, iaitu pada 17 April 2015.

Teresa Kok kalah saman, diarah bayar RM50,000 - FMT Reporters

Posted: 22 Apr 2015 09:15 AM PDT

 
teresa kok peguam

Seksyen 73 (1) ISA menyatakan mana-mana pegawai polis boleh menangkap dan menahan seseorang atas sesuatu sebab yang munasabah tanpa waran tangkap.

KUALA LUMPUR: Teresa Kok diperintah membayar RM50,000 selepas Mahkamah Persekutuan menggugurkan saman yang difailkan Ahli Parlimen Seputeh itu berhubung penahanannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2008.

Kok memfailkan saman itu pada 13 Mac 2009 dan menamakan bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Pegawai Kanan Polis Cawangan Khas, DSP E Kim Tien dan kerajaan sebagai defendan.

Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan itu selepas mendapati penangkapan dan penahanan Kok pada 2008 dilakukan mengikut undang-undang.

Dalam penghakimannya, beliau berkata, Seksyen 73 (1) ISA menyatakan mana-mana pegawai polis boleh menangkap dan menahan seseorang atas sesuatu sebab yang munasabah tanpa waran tangkap.

Kok diwakili peguam Sankara Nair manakala defendan diwakili oleh Majlis Kanan Persekutuan, Lailawati Ali.

Kok ditahan di bawah ISA, selepas dia didakwa mengarahkan pihak masjid di Kota Damansara, Sri Serdang dan Puchong Jaya supaya memperlahankan pembesar suara azan.

Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Malah, Ahli Jawatankuasa Masjid Kota Damansara pula menjelaskan pihaknya tidak memainkan azan disebabkan pembesar suara yang rosak, tidak kena-mengena dengan arahan Kok.

UMNO Batu Pahat didakwa gagal bayar cukai tanah FMT Reporters

Posted: 22 Apr 2015 08:30 AM PDT

 
umno_cukai_600UMNO Batu Pahat didakwa tidak membayar cukai tahunan berjumlah RM21,420, tunggakan cukai sejak 2006 RM192,780, tunggakan denda RM38,556 yang kesemuanya berjumlah RM252,756

PETALING JAYA: UMNO Bahagian Batu Pahat didakwa tidak menjelaskan cukai tanah termasuk tunggakan sejak sembilan tahun berjumlah lebih RM250,000.
Beberapa blog pro pembangkang melaporkan dakwaan itu termasuk omakkau.blogspot, penburukonline.blogspot dan malaysiansmustknowthetruh.blogspot.

Blog-blog itu mendakwa UMNO Bahagian Batu Pahat tidak membayar cukai tanah tahunan, denda dan tunggakan sejak 2006.

UMNO Bahagian Batu Pahat diketuai bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi.

Mereka mendakwa UMNO Bahagian Batu Pahat gagal membayar cukai tahunan berjumlah RM21,420, tunggakan cukai sejak 2006 sebanyak RM192,780, tunggakan denda sebanyak RM38,556.

Jumlah keseluruhan cukai, denda tunggakkan yang gagal dibayar UMNO bahagian itu berjumlah RM252,756.

Puad dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) selepas gagal mempertahankan kerusi Parlimen Batu Pahat pada Pilihan Raya Umum (PRU-13).

"Mohon pihak UMNO Batu Pahat dan pihak berwajib terlibat memberikan respon segera demi pencerahan dan kebenaran.

"Rakyat berhak tahu terutamanya ahli-ahli dan penyokong UMNO sendiri terutamanya ahli UMNO Batu Pahat sebab ini melibatkan imej dan integriti serta maruah UMNO," tulis pengendali blog omakkau. Hanisya Abd Hamid.


http://omakkau.blogspot.com/2015/04/umno-bahagian-batu-pahat-tidak-bayar.html

APA PULAK BERITA INI?

Posted: 22 Apr 2015 07:45 AM PDT

 


  • Rakyat S'wak berang isu salib di PJNorman Goh | 1:13PM Apr 22
    Perbalahan tidak timbul di kalangan penganut pelbagai agama di Sarawak, Sabah.

JENG JENG JENG
kah kah kah
i rest my case mi lord
kah kah kah
good new my lord
kah kah kah
PADAN MUKA


--------------

Kedai Seks Halal Dibuka Di Mekah ??

Posted: 22 Apr 2015 07:00 AM PDT


 
Mekah – Amat mengejutkan apabila bercakap mengenai 'Kedai Seks Halal' terutamanya di negara yang menjadi tumpuan orang Muslim.

Namun, inilah hakikatnya apabila sebuah kedai seks halal yang bakal menjanjikan keistimewaan khususnya kepada pasangan yang berkahwin dalam menjalinkan hubungan intim dibuka di Tanah Suci.

Menurut laporan portal berita bahasa Arab, Alyaoum24, kedai berkenaan dibuka untuk memenuhi kehendak pelanggan Islam dan mula berkembang di negara tersebut.

Pengasasnya, Abdelaziz Aouragh berkata dia telah berjumpa dengan ulama Arab Saudi untuk mendapatkan kebenaran untuk menjual barang-barang 'halal' yang akan menjamin peningkatan dalam hubungan seks antara suami dan isteri.

"Produk kami tidak termasuk anak patung kembung tetapi produk yang meningkatkan nafsu dan meransang suasana di antara pasangan dalam hubungan seks mereka," katanya seperti dilapor AFP.

Difahamkan juga, Abdelaziz turut meminta bantuan sebuah syarikat Jerman, 'Beate Uhse' memandangkan syarikat tersebut merupakan pembekal terbesar produk 'peransang seks' di Eropah dan akan menjual 18 jenis alat seks yang 'diluluskan' Islam di kedainya.


- suaratv

Najib Dikelilingi Penasihat Yang Teruk

Posted: 22 Apr 2015 06:15 AM PDT



Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini dikelilingi penasihat "pandai memandai".

Katanya, golongan penasihat tersebut lebih mementingkan perut masing-masing berbanding mempertahankan perdana menteri daripada serangan.

Lebih menyukarkan Najib lagi, pemimpin yang mempertahankan anak bekas perdana menteri itu tidak memiliki kredibiliti dan pengalaman, kata Nur Jazlan.

Ini menyebabkan segala hujah yang dikemukakan untuk mempertahankan Najib dapat dipatahkan dengan mudah, katanya.

"Di sinilah letaknya perbezaan utama Tun Dr Mahathir dan Najib sebagai Presiden Umno dan perdana menteri kerana pada zaman Najib, beliau tidak mempunyai barisan menteri kabinet yang berpengaruh terhadap rakyat," katanya.

Menulis dalam blognya, Nur Jazlan berkata, apa yang berlaku dalam Umno ketika ini bukan sesuatu yang baru.

Di bawah tajuk "Bubar Parlimen Dalam Tempoh Terdekat Pilihan Terbaik Umno Terus Berkuasa?" Nur Jazlan berkata, apa yang disaksikan ketika ini, sokongan diberi semua pihak terhadap Najib bukan sesuatu yang mengejutkan.

"Ahli parti tidak perlu menoleh jauh ke belakang untuk melihat sokongan seperti ini pernah diterima presidennya yang keenam, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008 sebaik tamat pilihan raya umum ke-12," katanya.

Menurut Jur Jazlan, BN ketika itu hanya mendapat 140 kerusi, termasuk hanya 79 disumbangkan oleh Umno.

Gerakan tersusun jatuhkan PM

Sebaik tamat PRU ke-12, katanya, kedengaran wujud gerakan tersusun untuk menjatuhkan Abdullah dan menggantikannya dengan Najib.

Buat masa ini, kedudukan Najib sebagai presiden Umno secara lahiriah masih kukuh namun kehilangan panglima perang politiknya yang paling kanan, arwah Tan Sri Jamaluddin Jarjis, mungkin menyebabkan beliau sendiri kehilangan arah.

Manakala daripada segi pentadbiran pula, Najib kehilangan ketua staff Sri Perdana, Datuk Azlin Alias serta setiausaha sulitnya, Datuk Po'ad Jelani.

Keadaan itu, katanya, boleh diibaratkan seperti "sudah jatuh ditimpa tangga".

"Terpalit dengan pelbagai isu daripada soal pentadbiran dan pengurusan kewangan negara hinggalah berkaitan keluarganya, Najib sebenarnya berdepan satu situasi yang begitu meruncing.

Temubual tidak meyakinkan

"Najib sewajibnya sedar dan perlu membuka mata serta hati bahawa kenyataan terbuka diterimanya kini, mungkin hanya bersifat retorik semata-mata.

"Amat jarang sekali seorang perdana menteri terpaksa membuat tembual di televisyen secara terbuka bagi menjawab persoalan yang ditimbulkan bekas perdana menteri kerana kebiasaannya ia dilakukan di belakang tabir atas hubungan bapa dan anak," katanya.

Namun kata anak bekas menteri itu, hasil temubual itu kelihatan langsung tidak meyakinkan Dr Mahathir dan menambahkan lagi kurang keyakinan di kalangan rakyat.

Malah kata Nur Jazlan, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal menuntut Najib menjawab persoalan berkenaan.

Katanya, selepas pengisytiharan solidariti ketua Umno bahagian di PWTC awal bulan ini, kenyataan Shafie itu membuka semula kemungkinan berlaku kudeta teratur dalam pimpinan tertinggi Umno seperti yang dialami Pak Lah pada 2008 walaupun ketika itu, daripada zahirnya semua menyatakan sokongan kepada Pak Lah.

"Umno yang kini dicap sebagai sebuah parti feudal sudah pasti di kalangan bangsawannya bertindak mengelilingi pemimpin apabila beliau diancam dan tradisi ini sama seperti dipamerkan golongan bangsawan Inca yang mengelilingi raja mereka apabila diancam penjajah Sepanyol 500 tahun lalu.

"Namun, nasib semua bangsawan empayar Inca ini sama seperti dialami raja mereka apabila semuanya dibunuh menyebabkan rakyat bertaburan melarikan diri dan runtuhlah empayar itu di Amerika Selatan.

"Sifat bermuka-muka dalam Umno bukan satu perkara baru dan seorang gentleman seperti Pak Lah pun boleh dimainkan," katanya.

- mkini

VIDEO - Hadi Tak Mahu Sokong Calon PKR Permatang Pauh??

Posted: 22 Apr 2015 06:29 AM PDT

 Hadi enggan jawab undi siapa di Pmtg Pauh





Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang nampaknya keberatan menyatakan sokongan secara terbuka kepada PKR di Permatang Pauh.

Beliau hari ini mengelak apabila diajukan soalan tentang siapakah yang patut diundi di Permatang Pauh.

Dalam forum "Bicara Minda Hudud dari Kaca Mata Hadi" anjuran Sinar Harian hari ini, Hadi diajukan soalan sama sebanyak dua kali oleh hadirin.

Ketika sesi soal jawab, seorang hadirin bertanya kepada Ahli Parlimen Marang itu siapakah yang patut di undi pada pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh.

Soalan itu ditimbulkan memandangkan PKR secara terbuka menolak pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan.

Bagaimanapun Hadi hanya mejawab: "Yang tanya itu tak undi (di) Permatang Pauh, jadi tak payah jawablah."

Kemudian, seorang lagi hadirin yang tampil memperkenalkan dirinya sebagai pengundi Permatang Pauh dan bertanyakan soalan sama.

Namun, Hadi sekali lagi mengelak untuk menjawab soalan itu.

"Mengundi lambat lagi. Saya tak boleh jawab lagi soalan itu.

"(Ini) kerana undi boleh dibeli pada bila-bila masa," katanya sambil ketawa.

Hormat PAS kawasan

Sementara itu, ditanya pemberita berhubung "fatwa" ulama akar umbi Permatang Pauh bahawa "haram undi calon tolak hudud", Hadi hanya berkata PAS masih lagi berada dalam Pakatan.

Katanya, selepas tamat program itu, beliau menghormati pandangan PAS Permatang Pauh dan akan mendengar penjelasan lanjut daripada pihak itu.

"Kita masih (bersama) dalam Pakatan Rakyat. Adapun tentang (PAS) Permatang Pauh, saya tak boleh tengok berita melalui media sahaja.

"Saya akan dengar (daripada PAS) Permatang Pauh sendiri," katanya.

Ditanya apakah saranannya terhadap PAS kawasan itu, beliau hanya mengulangi kenyataannya dan berkata:

"Saya menghormati penyokong PAS di Permatang Pauh."

Laporan akhbar hari ini melaporkan, Ketua Urusan Ulama PAS Permatang Pauh Badrul Abdul Rahman sebagai berkata "haram mengundi calon tolak hudud".

Sementara itu, ditanya mengenai kawasan yang ingin "menggulingkannya" sebagai presiden pada pemilihan PAS, Hadi hanya berkata:

"Masih banyak lagi kawasan yang menyokong saya."

Nada beza Tuan Ibrahim

Sementara itu, Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man pula menyatakan nada berbeza dalamkenyataannya hari ini.

Tidak seperti Hadi, beliau yang yang bertanggungjawab memimpin jentera PAS dalam pilihan raya kecil Rompin, menyampaikan ucapan selamat berjaya kepada PRK di Permatang Pauh.

"Undi PAS di Rompin dan PKR di Permatang Pauh, Tolak GST (Cukai Barangandan Perkhidmatan), tolak Umno-BN!" katanya.

Ulama terkemuka itu turut menggesa supaya "perbezaan kecil" sesama sendiri diketepikan demi berdepan cabaran lebih besar, iaitu " kezaliman Umno-BN".

"Utamakanlah perjuangan bersama kita yang jauh lebih besar demi dan untuk masa depan rakyat Malaysia," kata Tuan Ibrahim (atas).

- mkini

Ugutan KPN bercanggah Perlembagaan FMT Reporters

Posted: 22 Apr 2015 01:00 AM PDT

 
Nik-Nazmi-Nik-Ahmad_600

Laporan Tahunan 2014 menyatakan polis perlu jelas mengenai peranan mereka dalam perhimpunan awam iaitu terhad kepada pengurusan dan kawalan lalu lintas bagi memudahkan orang ramai.

PETALING JAYA: Ugutan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk mengambil tindakan terhadap Sekretariat #KitaLawan bercanggah dengan semangat Perlembagaan Malaysia.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kenyataan Khalid seolah-olah memperkecilkan Perlembagaaan Malaysia yang menjamin hak semua rakyat untuk berhimpun secara aman.

"Saya ingin mengingatkan beliau bahawa bukan sahaja rakyat tidak perlu mendapat permit polis untuk berkumpul, malah notis 10 hari seperti dalam Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman telah diisytiharkan bercanggah dengan Perlembagaan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes saya berkenaan Himpunan Black505," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

EXCO Selangor itu berkata, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dalam Laporan Tahunan 2014 telah menyebut bahawa polis perlu jelas mengenai peranan mereka dalam perhimpunan awam, iaitu terhad kepada pengurusan dan kawalan lalu lintas bagi memudahkan orang ramai.

"SUHAKAM juga mengingatkan bahawa mana-mana himpunan tidak perlu mendapat kebenaran pihak polis, katanya.

Nik Nazmi berkata, anak muda #KitaLawan telah buktikan dalam himpunan-himpunan sebelum ini berjalan secara aman dan lancar jika tiada sekatan atau provokasi mana-mana pihak.

"Kami harap pihak polis dapat memberikan kerja sama dan menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya untuk mengawal lalu lintas bagi memudahkan dan menjamin keselamatan peserta Himpunan 1 Mei 2015," katanya.

Harga naik: Ahmad Maslan salahkan peniaga pro pembangkang - Faiz Zainudin

Posted: 22 Apr 2015 12:15 AM PDT

ahmad-maslan-facebook
Peniaga pro pembangkang sengaja menaikkan harga barangan supaya rakyat marah kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan mengagalkan hasrat baik kerajaan memperkenalkan GST.

PETALING JAYA: Datuk Ahmad Maslan mendakwa peniaga yang sengaja menaikkan harga barangan adalah peniaga yang menyokong pakatan pembangkang.

Timbalan Menteri Kewangan itu mendakwa, peniaga pro pembangkang sengaja berbuat demikian supaya rakyat marah kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, tindakan peniaga itu hanyalah bertujuan mahu mengagalkan hasrat baik kerajaan BN melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Peniaga-peniaga yang sokong pembangkang tidak akan jayakan inisiatif baik kerajaan BN. Mereka suka 'sabotaj' ekonomi negara ini," katanya di status Facebook.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata, pelaksanaan GST adalah telus kerana ia dimasukkan dalam resit tiap kali membeli berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang tidak telus kerana ia telah termasuk dalam harga barang harga yang rakyat Malaysia tidak perasan.

"Rakyat Malaysia tiba-tiba menjadi tambah celik kewangan bermula (1 April). Dulu tidak pernah simpan resit barang-barang yang dibeli, sekarang dibaca, disimpan dan di WhatsApp ke seluruh dunia," katanya.

Ahmad Maslan sekali lagi menegaskan, tidak semua barang dikenakan GST, apabila peniaga yang pendapatan kurang RM500,000 setahun tidak dikenakan GST, malah perkhidmatan asas seperti pendidikan, kesihatan, pengangkutan awam, sewa rumah dan urusan kerajaan juga sifar GST.

Tegas Ahmad Maslan, beliau tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak supaya beliau berhenti bercakap dan menghapuskan GST, kerana tindakan sedemikian akan memberikan kemenangan kepada pembangkang untuk terus merosakkan minda rakyat.

"Saya tidak akan berhenti menjelaskan yang GST lebih baik daripada SST. Anda boleh ikuti penjelasan GST saya dlm twitter @ahmadmaslan," katanya.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


AHLI PAS MARAH HADI????

Posted: 22 Apr 2015 05:30 PM PDT







AKHIRNYA USTAZ TUAN IBRAHIM NAFIKAN BAHAWA PKR TOLAK HUDUD, CUMA PERBEZAAN PENDAPAT DAN PENDEKATAN SAJA
DATO' IBRAHIM TUAN MAN MENGINGATKAN AHLI-AHLI PAS PERLU
MENGUNDI CALON PKR DLM PRK PERMATANG PAUH


Pimpinan parti di semua peringkat diminta tidak mengeluarkan kenyataan kontroversi samada melibatkan hubungan dengan Pakatan Rakyat atau melibatkan hukum. PAS mempunyai organisasi lengkap bagi membuat keputusan melibatkan dasar dan perjalanan parti. Kenyataan kontroversi ini hanya akan menguntungkan musuh dan ia hanya menambahkan derita rakyat dalam situasi yang ada kini.

Isu hubungan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat, sekali lagi ditegaskan kita masih bersama dengan PR dan ini telah ditegaskan oleh Tuan Guru Presiden berulang kali.

Musuh cuba memecah-belah PR sejak hari pertama kita wujudkan sehingga kini. Pendirian parti mesti didokongi oleh ahli sehinggalah ada keputusan baru. Sehingga kini, kita tegaskan PAS adalah sebahagian dari komponen PR.

Isu sokongan kepada Enakmen Kanun Jenayah Shariah Kelantan sebagaimana yang disebut oleh Presiden PAS, PAS akan membawanya ke Parlimen dan kita menyeru agar Ahli Parlimen Muslim menyokongnya. Akan tetapi, kita tidak boleh memaksa mereka untuk menyokongnya.

PAS menerima penjelasan dari PKR berhubung EKJS Kelantan dan memahami pendirian mereka yang tidak menolak syariat Allah yang menjadi kewajipan bagi umat Islam. Perbezaannya ialah soal pendekatan dalam membawa usul dan pelaksanaannya. Maka perbezaan ini akan membuka dialog dan perbincangan ilmiah secara berterusan pada masa kini dan akan datang.

Isu kontroversi yang melibatkan hukum mesti dirujuk kepada pendirian rasmi Majlis Syura Ulamak dan Pendirian Rasmi Dewan Ulamak kerana ia mempunyai implikasi besar.Ia boleh mendedahkan mudarat yang lebih besar kepada rakyat sekiranya Umno-BN terus berkuasa.

Maka sebagai Ahli Majlis Syura, saya menyeru agar semua ahli PAS yang berdaftar sebagai pengundi di Permatang Pauh untuk keluar mengundi dan memberi undi kepada calon dari PKR. Kerana keputusan memberi kerjasama dalam PRK Permatang Pauh adalah keputusan yang turut melibatkan hukum syarak.

Adapun beberapa isu yang melibatkan salah faham kerana berita yang diseleweng oleh media arus perdana sehingga menimbulkan salah tanggapan, ketegangan, Insha-Allah ia akan diselesaikan melalui perundingan dan pertemuan mahabbah antara para pimpinan dan petugas yang akan diadakan dari masa ke semasa.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden merangkap Ahli Majlis Syura PAS
22 April 2015



Jangan undi PKR sebab PKR tolak hudud....Jangan lawan UMNO sebab umno dah sokong Hudud....sib baik aku ada rumah 14 bijik dah...ko ader?
Mohamad Asri A. Bakar's photo.
Mohamad Asri A. Bakar's photo.

Najib Makin Dibenci Kerana GST, Minum Teh Tarik Pun Kena Cukai 6 Peratus...

Posted: 22 Apr 2015 05:12 PM PDT



Tidak sampai sebulan selepas cukai GST dilaksanakan pada 1 April lalu, rungutan rakyat mengenainya boleh didengari di mana-mana saja ketika ini.

Tidak saja rakyat biasa dan mereka yang tidak berparti, ahli UMNO dan penyokongnya pun tidak segan-segan mengeluh mengenai cukai baru ini. Yang memihak parti lawan tentulah boleh dijangka reaksi mereka.

Rata-rata mengadu perbelanjaan mereka sekarang ini mulai bertambah berbanding sebelum GST dilaksanakan. Ini kerana apa saja pembelian dilakukan, tambahan 6 peratus sudah sedia menunggu.

Jika di restoran tertentu pula, ia termasuk lagi caj perkhidmatan sebanyak 10 peratus. Akhirnya tambahan yang terpaksa dikeluarkan ialah sebanyak 16 peratus.

Dalam pada itu, ada pula peniaga yang mengalami kekurangan pelanggan sejak cukai GST ini dikuatkuasakan. Mereka mengeluh ada pelanggan yang membatalkan hasrat membeli barangan apabila diberitahu ianya dikenakan cukai tersebut.

Seorang pengusaha bakeri di sebuah pusat membeli belah berkata, pelanggannya jelas berkurangan sejak GST dilaksanakan kerana ramai yang enggan membayar tambahan harga 6 peratus itu.

Di pelbagai lapisan masyarakat, rata-rata menyifatkan GST adalah umpama "pukat harimau" yang mengaut secara borong mangsanya, dari ikan paling besar hinggalah kepada sekecil-kecil ikan bilis.

Seorang Ahli Parlimen dari Sabah  misalnya yang membayar kos rawatan untuk anaknya sebanyak RM20 ribu dan ubat-ubatan lagi sebanyak RM5 ribu turut mengeluh kerana GST menyebabkannya terpaksa membayar tambahan 6 peratus lagi daripada jumlah itu.

Semua aspek perbelanjaan rakyat ketika ini mengalami kenaikan, tidak kira sama ada seseorang itu orang kaya mahupun orang miskin. Malah ramai juga bersungut kerana aktiviti kesukaan harian iaitu minum teh tarik bersama rakan-rakan pun turut dikenakan GST.

Selain itu, walaupun ada barangan tertentu dikecualikan GST tetapi apabila mereka membelinya di pasaraya, semuanya dikira sekali dan dari jumlah keseluruhannya tetap juga dikenakan tambahan 6 peratus itu.

Hakikat bahawa ada barangan tertentu turun harga sepertimana yang digembar-gemburkan oleh kerajaan, langsung tidak dirasai oleh rakyat. Apa yang mereka rasai hanyalah kenaikan saja.

Bagi yang membayar bil-bil harian juga mulai mempersoalkan kewajaran mereka dikenakan cukai GST sedangkan yang lebih mengaut keuntungan ialah syarikat pengendalinya.

Dalam keadaan sekarang, selain syarikat pengendali harus membayar cukai perniagaan mereka, rakyat yang menjadi pengguna juga turut dibebankan sama.

Apakah ini maknanya apa yang dikatakan oleh pihak kerajaan bahawa GST adalah sistem cukai yang lebih telus, cekap dan berkesan?

Dengan GST umpama "pukat harimau" yang mampu menangkap sesiapa saja sebagai mangsanya, rakyat sebenarnya lebih percaya ia adalah kaedah paling mudah bagi kerajaan untuk mengaut perolehan yang lebih baik bagi mengisi kantung perbendaharaan negara yang selalu menipis akibat pemborosan dan pembaziran.

Dan ini sekaligus meletakkan kerajaan pimpinan Najib Razak lebih dibenci majoriti rakyat kerana seolah-olah menjadikan mereka sebagai mangsa pembulian yang berterusan.

Baru tidak sampai sebulan, luapan kebencian akibat GST ini sudah boleh dirasai di mana-mana. Bayangkan jika setelah 3 bulan, 6 bulan atau setahun selepas ini?

Kebencian yang makin membuak-buak ini jugalah yang menjadikan serangan dan kritikan Tun Mahathir terhadap Najib lebih mendapat sambutan daripada rakyat. Ini kerana Tun Mahathir jelas tidak berapa senang dengan GST dan meminta rakyat menunjukkan bantahan mereka di peti undi jika tidak bersetuju dengannya.

Apa yang mereka harapkan dengan berlakunya perubahan kepimpinan melalui apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir nanti, akan berlaku sesuatu yang positif berkenaan GST ini. 

Oleh kerana ia sudah dilaksanakan, ramai yang bersetuju mungkin agak sukar untuk membatalkan terus perlaksanaan cukai itu tetapi kadar 6 peratus yang dikenakan sekarang tentu boleh dikurangkan kepada 4 atau 3 peratus misalnya.

Melihat kepada serangan Tun Mahathir yang semakin agresif, dari 1MDB dan Sirul tetapi kini makin melebar kepada aspek lain seperti  Jambatan Bengkok, Rel Berkembar, budak-budak tingkat 4 ala British, pembaziran dan sebagainya, adalah langkah terbaik dalam meraih sokongan jika isu kadar GST yang dianggap membebankan turut menjadi subjek bekas Perdana Menteri itu selepas ini. 

Percayalah, Tun Mahathir akan lebih disokong dan disukai rakyat jika turut menolak kadar 6 peratus itu. (SH 23/04/2015)

PAS rugi jangka panjang jika sabotaj PRK Permatang Pauh, kata penganalisis

Posted: 22 Apr 2015 04:32 AM PDT



PAS dijangka terima padah dalam jangka panjang jika berhasrat mensabotaj calon Pakatan Rakyat di Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, kata penganalisis. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 April, 2015.PAS dijangka terima padah dalam jangka panjang jika berhasrat mensabotaj calon Pakatan Rakyat di Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, kata penganalisis. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 April, 2015.






















PAS bakal menerima padah jangka masa panjang sekiranya parti Islam tersebut berhasrat mensabotaj dan tidak menyokong calon Pakatan Rakyat (PR) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, ramal penganalisis.

Di peringkat akar umbi, PAS Permatang Pauh secara terbuka menolak Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon, malah Dewan Pemuda PAS negeri juga dilihat enggan bekerjasama dalam kempen PRK kali ini.

Bagaimanapun, penyelidik Dr Bridget Welsh melihat sikap yang disifatkannya keras kepala tersebut akan mengundang padah kepada PAS dan berkata, parti itu bakal kehilangan banyak tempat lagi jika berterusan dengan pendirian provokasi sedemikian.

"Jika PAS gagal memberi sokongan dan terlibat dalam sabotaj, perkara ini tidak akan dilupakan," kata penyelidik bersekutu kanan di Center for East Asia Democratic Studies, Universiti Kebangsaan Taiwan itu kepada The Malaysian Insider.
  "Mereka boleh ucapkan selamat tinggal dengan harapan menang kerusi di Pulau Pinang dan kerusi lain. Ini akan menjadikan PAS sebagai 'loser' (pihak yang tewas) untuk jangka masa panjang, hilang sokongan golongan muda Melayu dan menghakis kredibiliti mereka," katanya.

Katanya, lebih buruk lagi, PAS akan dilihat seolah-olah bersekongkol dengan Barisan Nasional (BN) yang bertanggungjawab menyumbat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam penjara.

"Ia secara jelas menunjukkan mereka menyokong tindakan kerajaan BN ke atas Anwar dengan tidak membantu dalam pertandingan ini," katanya.

Perpecahan dalam PR disebabkan perbezaan pendapat dalam isu hudud, kata Welsh, tetapi jika PAS membuat keputusan berkecuali di Permatang Pauh, maka ia sepatutnya dipersalahkan dalam kemelut melanda gabungan pembangkang tersebut.
"Pembangkang secara keseluruhannya tewas kerana tumpuannya kepada isu hudud.

"Tetapi PAS Pulang Pinang ialah 'main loser' (pihak utama yang tewas) kerana isu hudud ialah simbolik kepada amalan tidak Islamik parti tersebut yang dilihat tamak, menipu dan pentingkan diri dengan memilih jalan kemusnahan ke arah memecahbelahkan negara, menghancurkan Perlembagaan Persekutuan dan banyak lagi," katanya.

Penyelidik itu berkata, PAS akan cuba menunjukkan ekurangan sokongan yang dijangkakan itu disebabkan pihak lain, tetapi ia sebenarnya merupakan tanggungjawab bersama, termasuk DAP dan PKR.

"Jika PAS pilih berkecuali di Permatang Pauh, maka mereka yang akan dipersalahkan," kata Welsh, yang juga penyunting buku 'Bangkit - Tempoh Pentadbiran Abdullah Badawi di Malaysia'.

Sementara itu, seorang lagi penganalisis, Dr James Chin, tidak menolak PKR mungkin tewas di Permatang Pauh, walaupun kerusi Parlimen tersebut dianggap kubu kuat, jika wujud sabotaj daripada parti Islam tersebut.

"PKR pasti menang, melainkan PAS sabotaj. Majoriti mungkin kurang, bergantung kepada jumlah pengundi yang keluar," kata pengarah Institut Asia Universiti Tasmania itu kepada The Malaysian Insider.

Chin melihat kerjasama antara PKR dan DAP masih memadai untuk membawa kemenangan kepada PR, tetapi perkiraan tersebut mungkin bertukar jika PAS aktif meneruskan kempen sabotajnya.
Perpecahan dalam gabungan tersebut dilihat jelas semasa majlis pelancaran jentera PKR bagi PRK itu pada 14 April yang tidak dihadiri pemimpin tertinggi PAS Pusat.

PAS hanya diwakili Ketua Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusoff, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Datuk Dr Mujahid Yusof dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir Datuk Mohd Salleh Man walaupun parti sekutu lain diwakili pemimpin atasan mereka.

Walaupun Permatang Pauh dilihat kubu kuat PKR, Dr Azizuddin Mohd Sani berkata PAS masih mempunyai pengaruh kuat dalam menentukan keputusan pilihan raya, terutamanya di kawasan yang mempunyai ramai penyokong parti itu.

"Kubang Semang diketahui sebagai kubu PAS dan pengurangan undi mungkin akan berlaku di kerusi tersebut," kata penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia itu.

Sementara itu, Welsh berkata, beliau menganggap Dr Wan Azizah bukan sebagai 'jambatan' untuk PR tetapi sebaliknya 'gam' yang menyatukan PKR.

Dan, katanya PRK kali ini bukan pengakhiran kepada semua episod perbalahan di dalam PR, tetapi yang lebih memainkan peranan sebagai penentu ialah pemilihan PAS akan datang pada muktamar Jun ini.

"PRK ini ujian untuk semua, tapi bukan sesuatu yang muktamad untuk pembangkang secara keseluruhannya, kerana pemilihan PAS lebih penting," katanya.

Kerusi Permatang Pauh kosong selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan Anwar gagal dalam rayuan terakhirnya terhadap sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Keputusan itu sekali gus melucutkan kelayakan Anwar sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh yang disandangnya sejak 2008 berikutan Perkara 48(1)(e) Perlembagaan  Persekutuan menyatakan seseorang anggota Parlimen boleh dilucutkan kelayakannya jika dijatuhi hukuman penjara lebih setahun atau didenda lebih RM2,000. – 22 April, 2015.


BELUM PERNAH TERJADI......DAN INI ADALAH SIKAP PRESIDEN PAS.....

Posted: 22 Apr 2015 03:11 AM PDT

Hadi hormat akar umbi boikot PKR di Permatang Pauh

Ini adalah seolah olah sokongan agar PAS meneruskan hasrat memboikot PKR di Permtang Pauh. Ingat apa kata Zahid Hamidi? Jika Umno menang di Permatang Pauh, maka lanskap politik negara akan berubah.........
Tak kan la orang Permatang Pauh tak celik politik kotttttt.....hangpa nak bagi Umno menang ka????

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika bercakap dalam forum 'Hudud dari Kaca Mata Hadi' di Kompleks Karangkraf, Shah Alam, Selangor, hari ini. Beliau menghormati keputusan akar umbi PAS jika ingin memboikot kempen PKR di Permatang Pauh. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 22 April, 2015. 


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika bercakap dalam forum 'Hudud dari Kaca Mata Hadi' di Kompleks Karangkraf, Shah Alam, Selangor, hari ini. Beliau menghormati keputusan akar umbi PAS jika ingin memboikot kempen PKR di Permatang Pauh. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 22 April, 2015. 



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghormati keputusan akar umbi PAS yang dilaporkan akan memboikot kempen PKR dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh atas alasan parti itu menolak hudud.

Bagaimana pun katanya, beliau yakin pendirian itu tidak menjejaskan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR).
"Kita masih dalam PR. Kita menghormati akar umbi Permatang Pauh.


"Saya menghormati penyokong PAS di Permatang Pauh," kata Hadi pada satu program Bicara Minda & Sesi Dialog di Shah Alam hari ini yang bertajuk 'Hudud dari Kaca Mata Hadi'.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan tentang sikapnya terhadap PAS Permatang Pauh yang mahu memboikot kempen PKR di sana.

Sebelum ini, PAS Permatang Pauh juga memberi amaran boikot itu akan memberi kesan kerana sebahagian besar pengundi di Permatang Pauh adalah ahli PAS. – 22

BAKAL KETUA DEWAN ULAMA PAS PRO SYIAH???BIAR BETUL???

Posted: 22 Apr 2015 01:08 AM PDT

TULANG BESI

Sebagai meraikan fitnah kaum UG terhadap Abang Mat Sabu yang dituduh menganut aqidah Syiah Imamiah, izinkan saya membawa buku di bawah.

Bakal Ketua Dewan Ulama PAS, Dr Mahfodz Mohamed pernah menterjemahkan buku yang membela Aqidah Syiah ke dalam Bahasa Melayu.


Abdul Rahman Abdul Talib's photo.

NETIZEN PERTIKAI "FATWA" BADRUL ABDUL RAHMAN

Posted: 22 Apr 2015 12:14 AM PDT

BODOH PIANG YANG SESAT LAGI MENYESATKAN !!
Bodo punya olang. Fatwa bapak Badrul yg sesat lagi menyesatkan.
Ambo yg jahil ni pun tak teruk supo mu, sesat bangat, otak udang. Rugi pas Penang dpt orang bangang mcm dia ni.
Tolong si bangang ni jawab soalan aku ni;

1. Mana bukti kenyataan Azizah atau kenyataan resmi PKR tolak hudud? Copy paste sini kenyataan resmi parti. Kalau takde, kompom dia di bangang.

2. Yg Pas nak bawa ke Parlimen itu Hudud yg lengkap dan sempurnakah atau sekadar pindaan terhadap seksyen hukuman dlm Mahkamah Syariah saja? Ada jenayah syariah tak? Kalau takde, kompom lagi dia ni bangang.

3. Pas Pusat dah keluar kenyataan untuk sokong PKR di Pmatang Pauh. Adakah Pas pusat keluar kenyataan melulu tanpa merujuk kepada MSU terlebih dahulu? Ada tak kenyataan/fatwa MSU bahawa sokong PKR itu haram? Kalau ada, tolong copy paste kat sini fatwa MSU Pas pusat. Kalau takde, sekali lagi dia ni bangan bin tolol.

4. Mengapa dlm manifesto Pas di Rompin tak di highlight isu Hudud? Takut? Tak penting Hudud nak cerita di Rompin tapi wajib cerita di Pmatang Pauh? Sekali lagi dia ni tolol.

5. Kalau Haram undi PKR di Pmatang Pauh, apa hukum undi Umno/Bn di situ? Wajib, harus, makruh atau haram juga? Jika tak mengundi langsung, maka ditakdrkan Umno/Bn menang di situ, apakah sikap kamu memenangkan Umno/Bn itu dpt pahala? Bodoh lagi hang.
Usin Teleng's photo. 6. Apa hukum Pas masih berkawan dgn parti yg kamu yakin menolak Hudud? Tak berdosakah Pas berkawan dgn musuh Islam? Mengapa Pas tak keluar saja dari berkawan dgn PKR dan DAP kerana kamu yakin kedua2 parti ini musuh Islam iaitu menolak Hudud? Takut? Tak berani ? Bodoh dan bangang lagi kamu.

7. Pas di Penang termasuk di Sgor ramai yg makan gaji dan elaun dari pemerintah yg terdiri dari pemimpin tolak hudud, betul? Boleh pulak? Duit boleh, undi tak boleh? Kenapa tak boikot jgn makan gaji dgn mereka? Kenapa boikot undi saja? Ohhh...sebab Tahalluf Siyasi? Bab undi takde Tahalluf, bab duit untuk isi perut ada Tahalluf? Bodo piang kamu.

8. Mat sabu, Mustafa Ali, Us Tuan Ibrahim di antara pimpinan kanan Pas yg menyatakan Pas mesti sokong PKR di Pmatang Pauh. Maka, ketiga2 mereka ini berdosa besar? Sesat? Jebon? Bodoh tolol kamu.

Banyak lagi hujah yg ambo boleh hujah dengan kamu wahai si bangang perosak jemaah Pas dan batu api untuk PR. Allah akan balas sikap dendam, dengki, khianat kamu itu.....

KELANTANGAN IR NIZAR DIKETEPIKAN OLEHGANG ULAMAK PAS???

Posted: 22 Apr 2015 12:14 AM PDT

"Kerusi Kota Damansara ditandingi oleh Parti Keadilan Rakyat. Ye... Kita sign kita bersetuju tapi pimpinan kita telahpun mengKHIANAT perjanjian tersebut meletakkan calon PAS dan akhirnya PAS kalah, Keadilan kalah, UMNO menang. Dan beberapa kerusi yang lain kita yang tandingi walaupun kita putuskan ditandingi oleh Parti Keadilan Rakyat mewakili pakatan rakyat tapi kita KHIANAT."Ir Hj Nizar JamaluddinPerasmian MAT Kuala Kedah20 Mac 2015 #Dato' seri Nizar xlayak dah untuk menjadi pimpinan Pas.mencerca pimpinan sendiri.ptotlah kwsan kampar pon tolak dia..
Posted by Pena Azhari on Monday, April 20, 2015

;Kerusi Kota Damansara ditandingi oleh Parti Keadilan Rakyat. Ye... Kita sign kita bersetuju tapi pimpinan kita telahpun mengKHIANAT perjanjian tersebut meletakkan calon PAS dan akhirnya PAS kalah, Keadilan kalah, UMNO menang. Dan beberapa kerusi yang lain kita yang tandingi walaupun kita putuskan ditandingi oleh Parti Keadilan Rakyat mewakili pakatan rakyat tapi kita KHIANAT."Ir Hj Nizar JamaluddinPerasmian MAT Kuala Kedah20 Mac 2015 #Dato' seri Nizar xlayak dah untuk menjadi pimpinan Pas.mencerca pimpinan sendiri.ptotlah kwsan kampar pon tolak dia..
Posted by Pena Azhari on Monday, April 20, 2015










"Kerusi Kota Damansara ditandingi oleh Parti Keadilan Rakyat. Ye... Kita sign kita bersetuju tapi pimpinan kita telahpun mengKHIANAT perjanjian tersebut meletakkan calon PAS dan akhirnya PAS kalah, Keadilan kalah, UMNO menang. Dan beberapa kerusi yang lain kita yang tandingi walaupun kita putuskan ditandingi oleh Parti Keadilan Rakyat mewakili pakatan rakyat tapi kita KHIANAT."

Ir Hj Nizar Jamaluddin
Perasmian MAT Kuala Kedah
20 Mac 2015

PANAS!! PARLIMEN 2015 : KENAPA MASIH ANWAR! ANWAR! ANWAR!

Posted: 21 Apr 2015 10:47 PM PDT






RAFIZI: Suara debat Parlimen first class, BN yang zalim akan tersungkur.

Posted: 21 Apr 2015 10:30 PM PDT









ADA ORANG KATA MAHATHIR NYANYUK...TAPI ADAKAH ORANG Umno LEBIH CERDIK DARI BELIAU?

Posted: 21 Apr 2015 10:05 PM PDT























Demo #BatalGST sasar 1 juta peserta.Mahathir jadi hero tentang GST

Posted: 21 Apr 2015 10:01 PM PDT







Demo #BatalGST sasar 1 juta peserta
Demo #BatalGST sasar 1 juta peserta

Demo #BatalGST sasar 1 juta peserta

Penganjur himpunan Hari pekerja #BatalGST mensasarkan penyertaan sejuta peserta pada himpunan membantah cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei ini.

Pengerusi himpunan tersebut, Mohammad Sabu berkata jumlah tersebut bukanlah sesuatu yang mustahil memandangkan cukai regresif tersebut telah memberi kesan terhadap semua rakyat di negara ini.

"Kalau boleh kita nak sasarkan seramai yang boleh, mungkin satu juta orang, ini isu rakyat, jadi mereka rakyat terpanggil untuk datang.

"Semua kaum terlibat, jadi semua golongan rakyat marah," katanya pada sidang media batal GST di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada Isnin.

Beliau juga menambah, himpunan pada 1 Mei itu yang bertemakan warna merah akan bermula kira-kira jam 2.30 petang.

Para peserta akan berhimpun di empat lokasi iaitu Masjid Negara, Masjid Jamek, Pusat membeli belah Sogo dan Menara Maybank di jalan Tun Perak di Kuala Lumpur sebelum berkumpul di Dataran Merdeka dan kemudianya ke Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) bagi mendengar ucapan pemimpin utama.

Malah beliau menyatakan keyakinan himpunan tersebut akan mendapat bantuan dari semua pihak termasuk pihak polis yang tegasnya juga merupakan golongan yang terkesan dengan pelaksanaan GST.

Himpunan tersebut jelasnya lagi akan membawakan tema #kamiSemuaTokJanggut, sempena mengenang kembali semangat perjuangan yang dibawakan Tok Janggut atau nama sebenarnya Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang menentang sistem percukaian penjajah yang menekan rakyat kira-kira 100 tahun dahulu.

Himpunan kali ini jelasnya lagi turut mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk beberapa tokoh masyarakat tanahair dari pelbagai latar belakang.

"Lebih 50 pertubuhan politik, kesatuan sekerja, organisasi massa, NGO dan tokoh terkemuka seperti sasterawan negara Datuk A Samad Said, Ahli Akademik Dr. Muhammad Salleh, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan ramai lagi akan menghadiri himpunan ini," katanya.


Husam cadang Dr Mahathir pengerusi ‘ombudsman’

Posted: 21 Apr 2015 09:57 PM PDT


Husam cadang Dr Mahathir pengerusi 'ombudsman'

Datuk Husam Musa  mencadangkan Tun Dr Mahathir Mohamad menggagaskan satu mekanisme bagi menghentikan segala kesilapan yang dilakukan pemimpin negara secara sistematik.
Mekanisme itu dicadangkan berfungsi seumpama satu "ombudsman" atau hisbah, dan bekas perdana menteri itu boleh menjadi pengerusinya yang pertama.

Naib presiden PAS itu dalam satu kenyataan berkata, tanpa mekanisme itu, penyalahgunaan kuasa boleh berulang dan rakyat biasa ibarat seperti "anjing menyalak bukit" ketika cuba memperbetulkannya.
"Satu badan ombudsman atau hisbah tertinggi negara? Dr Mahathir sebagai pengerusi pertama? Saya sedia menyokongnya," kata Husam dalam kenyataannya.

Baginya, Dr Mahathir perlu berada setapak di depan untuk menggagaskan mekanisme itu supaya kesilapan boleh dihentikan, walau siapa pun yang melakukannya, termasuk daripada parti PAS, DAP atau PKR, jika mereka satu hari nanti berkuasa.

Husam berkata demikian ketika mengulas desakan demi desakan yang dilakukan Dr Mahathir terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Husam, perkara utama dalam isu dana pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ialah salah guna kuasa yang menghasilkan hutang besar yang akan ditanggung oleh negara sekiranya individu terbabit dilepaskan.

"Ini bukan isu pertama seumpamanya bagi negara kita. PKFZ (Port Klang Free Trade Zone), Perwaja, BMF dan lainnya berlaku dan merosakkan sejumlah besar kekayaan negara.

"Bagaimana Islam melihat isu ini? Jika kita izinkan ia berlalu tanpa ditegur, satu demi satu penyelewengan sepertinya akan berulang dan berulang. Bukankah itu satu kemungkaran?

"Sesiapa yang melihat kemungkaran, ia wajib membetulkannya. Jika kita tidak berupaya membetulkannya dan Dr Mahathir berani membetulkannya, atas apa jua motifnya – paling tidak kemungkaran itu dapat dihentikan," katanya.

Atas dasar itu, kata Husam yang mendapat lapan pencalonan untuk menentang presiden PAS itu berkata, "Kenapa tidak kita membantu Dr Mahathir dalam isu ini."

Baginya, satu daripada objektif pelaksanaan hudud ialah menyelamatkan harta, termasuk harta awam, dan dalam kes 1MDB, wang awam terlibat menjadi taruhan.

Muhyiddin Sudah Mula Berkias-Kias

Posted: 21 Apr 2015 09:52 PM PDT

shahbudin.com


Kebelakangan ini Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin nampaknya sudah mula berkias-kias dalam ucapannya sedangkan sebelum ini beliau dikenali sebagai pemimpin yang selalu serius dalam penampilannnya.

Ahad lalu, dalam suatu program anti perang yang dihadirinya bersama Tun Mahathir,  Muhyiddin Yassin secara terbuka dan sambil tersenyum berkata, "anda tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran".

Ungkapan itu segera ditafsir sebagai jawapan kepada keluhan Tun Mahathir sebelum itu yang menyatakan beliau mungkin keseorangan dalam kemelutnya dengan Perdana Menteri, Najib Razak sekarang ini.

Walaupun ada yang mengatakan kata-kata Muhyiddin itu sebenarnya dalam konteks yang lain dan semata-mata berkaitan perang, bukannya dalam isu perselisihan antara Tun Mahathir dengan Najib, tetapi Timbalan Perdana Menteri itu juga menyebut "keberanian menyatakan kebenaran itulah yang menjadi imej bekas Perdana Menteri itu sejak menjadi doktor dan ketika menjadi pemimpin UMNO dahulu".

Jika Muhyiddin tidak suka ucapannya dikaitkan dengan pendirian Tun Mahathir, beliau tentu saja boleh menafikannya kemudian. Pejabat Timbalan Perdana Menteri juga boleh mengeluarkan penjelasan singkat mengenainya.

Tetapi, walaupun semakin banyak ia dikaitkan dengan pendirian politik dan seolah-olah sudah meletakkan dirinya bersama-sama Tun Mahathir, sehingga sekarang tiada satu pun penafian daripada Muhyiddin yang menyatakan beliau tidak gembira ucapannya telah ditafsir di luar konteks yang sebenarnya.

Maknanya, beliau rela dan mungkin juga gembira ia ditafsirkan demikian. Barangkali juga, itulah tujuannya.

Semalam pula ketika menghadiri program penyampaian anugerah untuk penulis, Muhyiddin sekali lagi melontarkan bait-bait ucapan yang boleh ditafsirkan ada kena-mengena dengan suasana politik yang sedang berlaku sekarang.

Beliau mengingatkan penulis agar sentiasa menyatakan kebenaran dan tidak sekali-kali menyebarkan kepalsuan dalam nukilan mereka.

Selain  berulang kali menyatakan keperluan berkata benar, Muhyiddin juga memetik sajak Sasterawan Negara, Dr Muhammad Salleh yang menekankan keperluan yang sama.

Jika sekadar ingin meningatkan penulis tentang kebenaran, apakah perlunya Muhyiddin berulang kali bercakap mengenai kebenaran itu, termasuk menyebut "kebenaran yang pahit" dan "pembohongan yang indah" dalam ucapannya?

Sekali lagi, ucapan beliau ini tidak sukar dikaitkan dengan kemelut politik yang sedang berlaku sekarang di mana kebenaran yang sering ditanya oleh Tun Mahathir berkaitan 1MDB, Sirul dan sebagainya, tetapi tidak pernah  mahu dijelaskan dengan jawapan yang sebenarnya.

Sebagaimana ungkapan "you are not alone" sebelum ini ditafsirkan sebagai sokongannya kepada Tun Mahahir, apakah saranan agar sentiasa menyatakan kebenaran kali ini bukan saja merupakan suatu pujian kepada bekas Perdana Menteri  yang kerap menulis di blognya mengenai kebenaran, bahkan juga cuba ditujukan kepada Najib agar menjawabnya dengan kebenaran juga?

Hakikat bahawa belum ada kebenaran dalam persoalan yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir semakin jelas bila mana beberapa pemimpin seperti Shafie Apdal dan bekas menteri, Syed Hamid Albar juga tampil menuntut kerajaan agar memberi penjelasan terperinci mengenainya.

Ini secara langsung memberi gambaran bahawa semua penjelasan kerajaan selama ini, termasuk oleh Najib sendiri melalui temubual dengan TV3, masih tidak memadai untuk merungkai segala kekusutan yang berbelit-belit dalam pemikiran rakyat.

Hanya kebenaran dan berani berkata benar saja merupakan jawapan yang terbaik kepada persoalan ini.

Dengan sudah dua kali berkias-kias ini, sampai bilakah beliau mahu berbuat demikian sedangkan Tun Mahathir mula agresif turun ke bawah menemui rakyat di mana program pertamanya akan bermula di Taman Melewati, Sabtu ini?

Apakah beliau mahu menanam banyak kiasan dulu, sebagaimana sifat semulajadi orang Muar katanya yang gemar berkias-kias dahulu sebelum mengambil langkah seterusnya? (SH 22/04/2015)