Selasa, 21 April 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Rafizi Dedahkan Konspirasi Kerajaan Swastakan Pembayaran Semula GST Kepada Syarikat Luar

Posted: 21 Apr 2015 11:19 PM PDT

 
Skim pembayaran semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) untuk pelancong akan diserahkan kepada syarikat swasta yang menerima komisen 15% daripada pembayaran balik sistem cukai baharu itu kepada pelancong, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.

Rafizi berkata, keseluruhan skim berkenaan diswastakan kepada syarikat Iris Corp Berhad, yang kemudiannya menubuhkan usahasama bersama syarikat Global Blue yang berpangkalan di Switzerland.

Syarikat usahasama itu, kata Rafizi, diberi konsesi lima tahun menguruskan skim pembayaran balik semula GST kepada pelancong.

"Tindakan menswastakan skim pembayaran balik GST kepada pelancong melalui konsesi pada kadar komisen 15% ini sudah tentu menimbulkan rasa tidak senang rakyat kerana sedang keseluruhan rakyat terbeban dengan pengenalan GST, ada pihak tertentu yang mengaut keuntungan dari pelaksanaan GST melalui dasar penswastaan," kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

Rafizi berkata, sekiranya Jabatan Kastam diberi tanggungjawab itu, 15% yang dikutip itu akan kekal sebagai pendapatan negara dan mampu menampung perbelanjaan lain.

"Sebaliknya, dengan penswastaan ini, bukan sahaja pelancong asing tidak perlu membayar GST seperti rakyat Malaysia, komisen untuk membayar kembali GST kepada mereka kini menjadi keuntungan kepada syarikat swasta dan syarikat antarabangsa," kata ahli Parlimen Pandan itu lagi.

Beliau turut berkata, jika Putrajaya mampu membelanjakan sejumlah RM365 juta bagi kos mempromosikan GST, mengapa kerajaan gagal memberikan peruntukan kepada Jabatan Kastam mengendalikan skim pembayaran balik GST.

"Saya menyeru supaya kerajaan mengkaji semula kaedah penswastaan ini dan memendekkan konsesi yang diberikan kepada syarikat usahasama swasta itu supaya hasil kutipan GST oleh kerajaan tidak tiris kepada syarikat swasta yang mendapat konsesi itu," katanya.

"Ini seolah-olah memberi gambaran ada pihak yang menikmati keuntungan dari penswastaan GST, sedangkan rakyat terbanyak menanggung beban pelaksanaannya," katanya.

GST dilaksanakan bermula 1 April lalu dengan kadar 6% bagi menggantikan sistem percukaian cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Sejak pengenalannya, Putrajaya dikritik hebat, malah demonstrasi sering berlaku di ibu negara.

Antara protes yang diadakan termasuklah yang dianjurkan Gabungan Bantah GST pada 23 Mac lalu di perkarangan pejabat Wisma Kastam di Kelana Jaya, disertai kira-kira 100 orang dan berakhir dengan penangkapan sekitar 80 peserta protes tersebut.

Protes "duduk bantah" itu meminta jawapan kepada 106 soalan berhubung GST, dan diserahkan dalam satu memorandum kepada pemangku pengarah kastam Kuala Lumpur, Abd Gani Othman.

Antara mereka yang ditahan dalam protes itu ialah Setiausaha Agung PSM, S. Arutchelvan, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin, Ahli Parlimen Sungai Siput Jeyakumar Devarah dan pesara guru Annie Ooi, yang dikenali sebagai Aunty Bersih. – TMI.

Tiada GST bagi keluaran, jualan balik dana unit amanah PNB

Posted: 21 Apr 2015 09:15 PM PDT

Zack Ahmad's photo.

Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini menjelaskan pengeluaran atau jualan balik semua unit amanah kendaliannya adalah dikecualikan serta tidak tertakluk kepada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ini sekaligus menjadikan pengeluaran dana unit amanahnya yang berharga tetap atau berubah harganya tidak dikenakan cukai enam peratus sebagaimana ditetapkan GST.

"Tiada GST akan dikenakan terhadap pengeluaran unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta kesemua unit dana amanah PNB yang dilakukan di mana-mana pejabat atau ejen Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) di seluruh negara.

"GST hanya dikenakan ke atas caj jualan bagi belian dana unit amanah harga berubah serta perkhidmatan yang dilanggani pelabur," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dalam satu kenyataan di Sibu.

Dana unit amanah PNB yang berharga tetap termasuk ASB, Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020), Amanah Saham Malaysia (ASM), Amanah Saham Didik (ASD), Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) and ASB2.

Unit amanah yang harganya berubah pula adalah Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Nasional 2 (ASN 2), Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN 3) and Amanah Saham Gemilang (ASG).

Mengulas lanjut, beliau berkata, pelaksanaan kadar enam peratus GST itu hanya dikenakan ke atas caj jualan lima peratus bagi pelabur yang membeli atau melabur dalam dana-dana unit amanah harga berubah sahaja iaitu ASN, ASN 2, ASN 3 dan ASG, sepertimana diamalkan industri.

Cukai itu turut dikenakan bagi perkhidmatan dilanggan pelabur seperti Hibah Amanah dan Pengisytiharan Amanah, permohonan imej cek dan sebagainya.

Agihan pendapatan yang diterima pelabur, juga tidak dikenakan GST.

Sementara itu, dalam kenyataan awal, PNB turut mengumumkan diskaun perkhidmatan Hibah Amanah dan Perkhidmatan Amanah sebanyak RM100 (termasuk GST)daripada kadar biasa RM180 bagi tempoh sehingga 30 April ini bersempena penganjuran Minggu Saham Amanah Malaysia 2015 - 

See more at: http://www.themalaysianinsider.com/…/tiada-gst-bagi-keluara…
 

Perlembagaan benarkan gereja beroperasi tanpa daftar, kata majlis antara agama OLEH ELIZABETH ZACHARIAH

Posted: 21 Apr 2015 08:30 PM PDT

 .

Gereja tidak perlu berdaftar untuk diwujudkan dan beroperasi, kata Presiden Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia Jagir Singh. –

Gereja tidak perlu berdaftar untuk diwujudkan dan beroperasi, kata Presiden Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia Jagir Singh. –

Sesebuah gereja tidak perlu didaftarkan untuk wujud dan beroperasi, kata majlis antara agama, kerana hak ini diperuntukkan di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan beragama.

Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) berkata, berdasarkan Perlembagaan, tidak ada undang-undang yang menghendaki sebuah gereja mendaftarkan tempat ibadat mereka.

"Perkara 11(3) menyatakan, setiap agama mempunyai hak untuk memperoleh harta dan mengawal selia hal ehwal mereka sendiri tanpa apa-apa kelulusan," kata Presiden MCCBCHST Jagir Singh kepada The Malaysian Insider (TMI).

"Jadi soal menyalahi undang-undang, sama sekali tidak timbul di sini."

Jagir berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengisytiharkan gereja yang terbabit dalam kontroversi berkaitan salib di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor itu menyalahi undang-undang.

Pegawai Perhubungan Awam MBPJ Zainun Zakaria berkata unit tepi rumah kedai yang dijadikan gereja itu tidak mempunyai lesen untuk beroperasi sebagai rumah ibadat mengikut Akta 133 Seksyen 70 (12).

Beliau berkata, gereja itu tidak mempunyai permit yang diperlukan daripada pihak majlis untuk meletakkan tanda salib di luar premis itu.

Bagaimanapun, Jagir berkata Perkara 11 bermakna perbuatan ibadat mereka itu, walaupun dilakukan di bangunan komersial, tidak menyalahi undang-undang.

"Saya tidak tahu sama ada kita memerlukan lesen untuk sembahyang... Saya tidak fikir begitu," kata peguam itu secara berseloroh.

"Ibadat boleh dilakukan di setiap rumah, di setiap kedai di kawasan komersial. Anda tidak perlu kebenaran khusus untuk itu. Mereka yang mempunyai kedai ada altar di premis mereka, dan bersembahyang di situ... adakah ini bermakna mereka memerlukan lesen untuk berbuat demikian," katanya.

Setiausaha Eksekutif Persekutuan Kristian Malaysia Tan Kong Beng bersetuju dengan Jagir, dan memberitahu The Malaysian Insider terdapat salah faham umum gereja perlu didaftarkan sebelum boleh beroperasi.

"Ini tidak benar. Mereka sebenarnya tidak perlu didaftarkan. Tetapi dengan mendaftar, ia membantu memudahkan membeli tanah, membuka akaun bank dan tujuan lain.

"Terdapat pelbagai cara pendaftaran juga. Ada gereja ke Pendaftar Pertubuhan (RoS), ada ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia, ada juga melalui surat ikatan amanah dan ada mendaftar sebagai sebuah syarikat bukan berasaskan keuntungan," kata Tan.

Kerajaan negeri Selangor menganggap perkara itu selesai semalam apabila Jawatankuasa Negeri mengenai Hal Ehwal Bukan Islam (HESI) berkata gereja dibenarkan beroperasi di premis komersial tanpa permit; ia hanya perlu memaklumkan jawatankuasa itu.

Ini berlaku sejak pentadbiran sebelumnya, menurut satu kenyataan dikeluarkan Pengerusi Bersama HESI Elizabeth Wong, semalam.

"Majlis MBPJ juga menjelaskan sejak 2008, Jawatankuasa Negeri mengenai Hal Ehwal Bukan Islam sebelum ini (ketika itu dikenali sebagai Jawatankuasa Negeri bagi Tempat Ibadat Bukan Islam) membenarkan gereja beroperasi di premis komersial atau pejabat tanpa memerlukan permohonan permit, tetapi hanya melalui pemberitahuan kepada jawatankuasa itu.

"Ini berdasarkan kepada prinsip yang Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan merangkumi kebebasan beragama."

Wong, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan dan exco Selangor berkata kenyataan MBPJ itu tidak tepat.

"Tidak ada dasar begitu yang dikenakan jawatankuasa negeri, iaitu HESI. Suatu pemberitahuan kepada jawatankuasa HESI sudah mencukupi. Dan jika majlis tempatan ada sebarang isu atau soalan, mereka boleh merujuk kepada jawatankuasa HESI itu," katanya.

Pada Ahad, kira-kira 50 orang berkumpul di luar sebuah gereja baharu menuntut lambang salib yang dilekatkan di luar bangunan tersebut diturunkan.

Salah seorang yang hadir pada bantahan tersebut ialah pemimpin Umno Datuk Abdullah Abu Bakar, abang kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Penunjuk perasaan berkata, kehadiran salib di kawasan majoriti Islam itu mencabar agama dan boleh mempengaruhi iman golongan muda.

Salib berkenaan dibawa turun pemimpin gereja beberapa jam kemudian.

Jagir berkata, hujah MBPJ mengenai operasi gereja tanpa lesen tiada kaitan dengan bantahan itu sendiri.

"Meminta lambang salib itu diturunkan dan memaksa gereja berbuat demikian satu kesalahan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan iaitu mengeluarkan kata-kata dengan niat menyakiti hati penganut agama lain.

"Ia juga satu kesalahan mengikut Akta Hasutan," katanya.

Presiden majlis antara agama itu berkata, penunjuk perasaan tidak mempunyai kuasa atau arahan mahkamah untuk memaksa gereja itu menurunkan lambang salibnya, yang merupakan simbol agama Kristian.

"Oleh itu, apa yang mereka lakukan menyalahi undang-undang, tidak kira sama ada gereja itu menyalahi undang-undang atau tidak," katanya. – 22 April, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/.

Kempen “istimewa” BN di Permatang Pauh - FMT Reporters

Posted: 21 Apr 2015 08:00 PM PDT

 
Mukhriz-Mahathir_kedah_600_1
Datuk Mukhriz Tun Mahathir mengesyorkan UMNO dan BN menggunakan kempen berbeza di Permatang Pauh memandangkan ia menjadi "underdog" di kawasan parlimen berkenaan.


ALOR SETAR: UMNO dan Barisan Nasional (BN) dinasihat menggunakan pendekatan berbeza pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, 7 Mei berbanding kempen di PRK Rompin.

Cadangan itu dilontar Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir kerana mengambil kira kedudukan BN yang menjadi "underdog" di kawasan parlimen berkenaan.

Ia antara lain menyedarkan pengundi di kawasan berkenaan supaya menilai sendiri kerjasama antara pembangkang dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Reaksi PAS pada PRK Permatang Pauh juga menarik untuk dilihat terutama sekali selepas rakan-rakan 'Tahaluf Siyasinya (kerjasama politik)', PKR dan DAP, menolak bulat-bulat cadangannya untuk melaksanakan hukum Hudud di Kelantan," katanya.

"Saya hendak tengok keikhlasan PAS. Apabila Hudud yang diperjuangkannya ditolak oleh rakan-rakan pembangkang, adakah mereka terus membekalkan tukang-tukang kempen," kata Mukhriz yang dipetik dari Bernama.

Malah, pengundi di Parlimen Permatang Pauh diingatkan supaya menolak isu yang tidak membawa sebarang kepentingan.Beliau berharap pengundi menyedari bahawa kebajikan mereka telah diabaikan oleh anggota Parlimennya selama ini.

"Saya berharap rakyat di Parlimen Permatang Pauh akan dapat melihat tanggungjawab sebagai Anggota Parlimen adalah mendahulukan rakyat di kawasannya… itu adalah kewajipan mereka," katanya.

Peguam negara teliti isu demo antisalib

Posted: 21 Apr 2015 07:30 PM PDT

 
 

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kes bantahan penduduk terhadap lambang salib di Petaling Jaya, Ahad lepas akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata Peguam Negara akan menentukan sama ada kes itu boleh didakwa di bawah Akta Hasutan atau sebaliknya.

"Penilaian sama ada (mereka terbabit) melakukan kesalahan, itu bukan soal polis dan bukan soal individu tertentu, ia adalah soal yang diserah bulat-bulat kepada Peguam Negara.

"Satu, mesti ada laporan, yang kedua ada penyiasatan (pihak polis), dan penyiasatan itu lengkap, kertas siasatan itu dimajukan kepada Peguam Negara (untuk buat keputusan)," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen.

Beliau mengulas bantahan sekumpulan penduduk terhadap pemasangan lambang salib di luar rumah kedai yang digunakan sebagai gereja di kawasan Taman Medan, Petaling Jaya Ahad lepas.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi dipetik sebagai berkata, peserta demonstrasi itu boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan kerana ia melibatkan sensitiviti agama.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tiada unsur jenayah berhubung isu menurunkan simbol salib di sebuah gereja di Taman Medan itu.

"Salib itu diturunkan atas permintaan masyarakat dan telah dipersetujui pastor (gereja itu) dan tiada kekerasan digunakan semasa menurunkan salib berkenaan, " katanya.

Khalid turut menegaskan pihak polis tidak akan bersikap berat sebelah dalam menguat kuasa undang-undang sekiranya terdapat sebarang perkara yang melanggar undang-undang.

- Bernama

Tun Mahathir senaraikan kegagalan Najib

Posted: 21 Apr 2015 07:00 PM PDT

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini terus mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk menggariskan beberapa perkara yang didakwa sebagai 'kegagalan' pemimpin nombor satu negara itu.

Menurut Dr Mahathir, meskipun kegagalan pembinaan jambatan bengkok satu episod yang memalukan, namun ia bukan alasan yang cukup untuk beliau menggesa Najib meletakkan jawatan.

"Sesetengah pihak percaya saya sangat marah kerana pembinaan jambatan bengkok gagal sehingga mahukan Najib letak jawatan. Ya, saya kecewa terutama apabila Najib merayu kepada Singapura untuk membina jambatan dan ia ditolak. Ia memalukan kerana kita tidak berani bina jambatan di negara sendiri tanpa kebenaran Singapura.

"Episod memalukan ini tidak cukup untuk saya menggesa Najib letak jawatan. Najib anak kepada (Allahyarham) Tun Abdul Razak, orang yang bertanggungjawab dalam kenaikan saya sebagai Perdana Menteri.

"Itu sebahagian alasan dan alasan lain sebab Najib menunjukkan prestasi yang baik ketika saya menjadi Perdana Menteri, saya mahu Najib menjadi Perdana Menteri dan orang tahu saya bekerja keras menekan Abdullah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) untuk mengangkat Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri supaya Najib boleh menjadi Perdana Menteri selepas Abdullah," katanya.

Menurut beliau lagi, sejak menjadi Perdana Menteri, Najib gagal dalam projek pembinaan landasan kereta api berkembar elektrik dari Johor ke Padang Besar, Perlis yang telah dipersetujui sebelum ini.

"Tapi Najib gagal dalam banyak perkara selepas menjadi Perdana Menteri. Selain jambatan, dia juga tidak meneruskan landasan kereta api berkembar yang telah dipersetujui namun dibatalkan Abdullah.

"Dengan RM 14 bilion, kita sepatutnya telah siapkan projek ini pada 2010. Sebaliknya atas desakan permintaan, dia benar penyambungan trek kereta api itu untuk RM12 bilion. Kita habis banyak duit.

"Kemudian, dia mula merekrut empat tingkat pegawai ditambah dengan pegawai British untuk menasihatkannya bagaimana untuk mentadbir negara. Mereka juga menggunakan konsultan asing yang menelan kos lebih RM7 bilion. Kita capai kemerdekaan pada 1957 dan hapuskan penasihat British. Kita lakukan lebih baik tanpa mereka. Najib nampaknya tak percaya kebolehan rakyat Malaysia untuk membangunkan negara," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh soal pengabaian Najib terhadap khidmat kakitangan awam yang sentiasa setia kepada kerajaan BN namun kini, ramai yang tidak lagi menyokong kerajaan.

"Mengabaikan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan jabatan kerajaan yang lain, dia mewujudkan agensi baru untuk merancang pembangunan negara ini. Agensi itu diketuai oleh bukan kakitangan awam dan gajinya jauh lebih tinggi daripada kakitangan awam.

"Kakitangan awam sangat tidak gembira. Sebelum ini mereka ubah negara ini daripada negara membangun kepada negara berpendapatan pertengahan. Sekarang, khidmat, kepakaran dan pengalaman mereka tidak lagi diperlukan. Dulu mereka setia dengan kerajaan, sekarang ramai yang tidak lagi menyokong kerajaan. Malah ada sebahagian yang menyertai pembangkang selepas bersara dan menjadi calon dalam pilihan raya," katanya.

Malah dalam catatan sama, Dr Mahathir turut menyentuh soal slogan 1Malaysia yang dilaungkan Najib yang didakwanya diambil daripada pembangkang dan keputusan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas desakan pembangkang serta membebaskan tahanan menyebabkan jenayah semakin meningkat.

"Kemudian, dia mula beri duit kepada rakyat bukan setakat kepada individu berpendapatan kurang RM3,000 sebulan tetapi juga kepada pertubuhan dan sektor korporat. Berbilion ringgit dihabiskan di sini. Kemudian himpunan dianjurkan dalam setiap majlis.

"Penganjur diarahkan untuk mengumpul 10,000 orang. Mereka diberi makan dan elaun serta pengangkutan. Mereka diberikan plakad untuk dipegang dengan tulis 'I Love PM' malah lagu 1M4U turut dihasilkan dan dinyanyikan di perarakan hari kebangsaan," tulisnya.

Penolakan sokongan kaum Cina terhadap Najib jelas dizahirkan dalam PRU13 yang menyebabkan keputusan itu lebih buruk daripada zaman Abdullah.

Dr Mahathir turut mendakwa, orang Melayu pun tidak sokong Najib, malahan selepas Najib mengambil alih Umno, keputusan di Selangor lebih buruk daripada 2008.

"Orang Melayu undi BN sebab mereka takut Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) akan mengangkat Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri. Selepas semua ini, saya teruskan sokong Najib. Dalam beberapa majlis saya berjumpa beliau dan memberitahu bahawa strateginya silap tapi pandangan saya diabaikan.

"Saya katakan sebelum PRU13 bahawa jika prestasinya lebih buruk daripada Abdullah, dia patut letak jawatan. Saya menaruh harapan tinggi untuk dia buat lebih baik daripada Abdullah. Apabila dia gagal, saya beritahu rakyat bahawa mereka patut terus sokong dia.

"Tapi sekarang, dengan kontroversi yang mengekorinya, saya pasti BN akan kalah jika dia terus memimpin dalam pilihan raya akan datang. Banyak tingkah lakunya yang saya fikir tidak betul tapi saya sudah bersedia untuk mengabaikannya termasuk gaya hidup dia dan isterinya yang mewah.

"Tapi apabila dia gagal menjelaskan ke mana hilangnya berbilion ringgit dan penglibatannya dalam orang-orang yang dipersoalkan dalam pengurusan 1MDB, saya merasakan bahawa dia tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri negara ini. Saya akan jelaskan soal kehilangan berbilion ringgit ini dalam catatan akan datang," katanya

Felda perkenal konsep sewa beli bantu generasi kedua miliki rumah

Posted: 21 Apr 2015 06:30 PM PDT

Felda, dalam usaha memastikan generasi keduanya mampu memiliki rumah di bawah Projek Perumahan Generasi Baharu Felda, akan memperkenalkan kaedah sewa beli bagi mereka yang bekerja sendiri tanpa mempunyai penyata gaji.

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (gambar, kanan) berkata langkah itu diambil bagi membantu golongan belia yang menjalankan perniagaan sendiri dan tiada penyata gaji untuk memiliki kediaman.

"Mereka boleh sewa dahulu sehingga lima tahun dan jika mereka mempunyai duit yang cukup dalam tempoh masa lima tahun atau selepas tempoh itu, mereka boleh beli rumah itu.

"Felda juga mungkin akan memberi diskaun kepada pembeli dengan mengambil kira beberapa faktor seperti membuat bayaran sewa yang efisien, " katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Semai Bakti Felda Keratong Satu, kira-kira 80km dari Rompin, hari ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Ibam Datuk Wan Kadri Wan Mahusain.

Isa berkata Felda kini dalam proses membuat pinjaman bank bagi membina 20,000 unit rumah dan akan memulakan kerja pembinaan selepas pinjaman diluluskan.

Katanya 20,000 unit rumah itu dijangka siap menjelang 2017 atau awal 2018, manakala 9,000 lot rumah  pun diluluskan sehingga kini.

Selain itu, Felda akan turut mewujudkan sebuah jawatankuasa bagi menyelia dan menapis pemohon yang layak memiliki rumah tersebut, katanya.

Pada 2013, Felda memperuntukkan sebanyak RM1.4 bilion bagi membina 20,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara dalam tempoh lima tahun bagi memberi peluang kepada generasi keduanya memiliki rumah.

Mengenai pemberian subsidi daripada kerajaan bagi membolehkan generasi baharu Felda memiliki kediaman, Isa berkata ia bergantung kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan perlu mengambil kira keadaan ekonomi semasa negara. – Bernama, 21 April, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article.

Protes gereja Taman Medan tiada kaitan dengan Umno, kata Noh Omar OLEH YASMIN RAMLAN

Posted: 21 Apr 2015 06:00 PM PDT

 
Zack Ahmad's photo. Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar bersama Menteri Kesihatan Dr S Subramaniam (kanan) semasa melawat Hospital Shah Alam hari ini. 

Beliau menolak dakwaan Umno terlibat dalam protes salib di sebuah gereja baharu di Taman Medan pada Ahad lepas


Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar bersama Menteri Kesihatan Dr S Subramaniam (kanan) semasa melawat Hospital Shah Alam hari ini. Beliau menolak dakwaan Umno terlibat dalam protes salib di sebuah gereja baharu di Taman Medan pada Ahad lepas.

Datuk Seri Noh Omar menafikan sekeras-kerasnya Umno terlibat dengan protes di sebuah gereja baharu di Taman Medan pada Ahad lepas yang terpaksa menurunkan tanda salibnya ekoran bantahan penunjuk perasaan melibatkan pemimpin parti Melayu itu.

Pengerusi perhubungan Umno Selangor itu berkata, penunjuk perasaan melakukan bantahan tersebut sebagai badan bukan kerajaan (NGO).

"Tak ada kena-mengena dengan Umno. Apa kena-mengena dengan Umno? Mengapa mesti kaitkan dengan Umno?

"Ada juga ahli Umno yang jadi ahli persatuan penduduk, you kena tengok dia take reaction on what platform," katanya sewaktu melakukan lawatan di Hospital Shah Alam hari ini.

Noh berkata, perkara tersebut tidak wajar dikaitkan dengan Umno kerana penunjuk perasaan tidak menggunakan sepanduk atau menerima arahan daripada parti untuk melakukan bantahan tersebut. – 21 April, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa

Syarikat usahama SRC dalam lombong arang batu susutnilai RM89 juta, kata Rafizi OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Posted: 21 Apr 2015 05:30 PM PDT

Rafizi Ramli berkata dana yang digunakan SRC dalam pelaburannya melibatkan pinjaman daripada Kumpulan Wang Amanah Persaraan.

Rafizi Ramli berkata dana yang digunakan SRC dalam pelaburannya melibatkan pinjaman daripada Kumpulan Wang Amanah Persaraan

Syarikat usahasama SRC International Sdn Bhd bersama sebuah syarikat Timur Tengah, Aabar yang melabur dalam aset perlombongan mencatatkan susutnilai bagi pelaburan berkenaan sebanyak RM89 juta, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, SRC memegang saham 50% kepentingan dalam syarikat usahasama berkenaan yang melibatkan pelaburan sebanyak RM184 juta.

Rafizi berkata, penyata kewangan terkini syarikat itu menunjukkan pelaburan sendirinya mencatatkan susutnilai sebanyak RM115 juta.

"Ini bermakna, bagi tahun kewangan 2014 sahaja, kerugian melalui susutnilai yang dicatatkan oleh SRC dari pelaburan dalam perlombongan arang batu di Mongolia mencecah RM204 juta, iaitu RM115 juta dari pelaburan sendiri dan RM89 juta melalui syarikat usahama," kata Rafizi pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Beliau berkata, oleh kerana dana yang digunakan SRC dalam pelaburannya melibatkan pinjaman sebanyak RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP), kerugian RM204 juta setahun bukanlah jumlah yang kecil.

"Apatah lagi jika diambil kira sebanyak RM3.1 bilion dari pelaburan SRC dikategorikan sebagai pelaburan yang tidak mempunyai maklumat dan tidak dapat diaudit oleh juru audit," katanya.

Rafizi berkata, sejak isu SRC dibangkitkannya, ramai pesara kerajaan yang tampil meluahkan kemarahan mereka, terutamanya pesara dari badan berkanun untuk mendapatkan hak mereka untuk menerima pencen apabila badan berkanun itu diswastakan.

"Mereka ini terdiri daripada kakitangan kerajaan yang menyertai sektor kerajaan dan diserapkan ke badan-badan berkanun seperti Bank Simpanan Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)," katanya.

Rafizi berkata, terdapat ribuan pesara dari kalangan mereka yang dinafikan hak untuk mendapatkan pencen, ketika pencen berkenaan dilaburkan oleh SRC dan syarikat milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam pelaburan yang tidak diketahui.

"Saya akan mula membawa kes pesara-pesara ini untuk menuntut pampasan sewajarnya dari kerajaan setelah dana pencen dilaburkan sewenang-wenangnya oleh 1MDB," katanya lagi. – 21 April, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Imej Sederhana Najib Hanya Sandiwara...

Posted: 21 Apr 2015 05:00 PM PDT

Mafiaboss Melayu's photo. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengecam keras bantahan sekumpulan ahli Umno di luar sebuah gereja di Petaling Jaya Ahad lalu, sambil berkata sikap polis tidak bertindak membuktikan laungan kesederhanaan Putrajaya hanyalah sandiwara.

Tindakan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang begitu cepat mengenepikan wujud unsur jenayah atau hasutan dalam kes protes salib gereja di Petaling Jaya merupakan "pukulan terakhir" kepada imej sederhana yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata DAP hari ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang menyifatkan bantahan terhadap lambang salib di sebuah gereja di Taman Medan Ahad sebagai "perbuatan kejam yang memalukan" oleh "penunjuk perasaan yang ekstrem", berkata insiden itu kini mendapat liputan seluruh dunia.

"Kegagalan ketua polis negara (KPN) mengambil tindakan tegas dengan serta merta, kini menamatkan sebarang ucapan mengenai kesederhanaan oleh perdana menteri di peringkat antarabangsa.

"Rakyat mempertikaikan KPN, kesetiaannya kepada tugasnya, kesaksamaannya dan profesionalismenya dalam membebaskan penunjuk perasaan itu daripada sebarang jenayah, hanya kerana abangnya terlibat, bersama dengan pemimpin Umno Selangor," katanya.
 

Musa Hassan sokong Zahid, protes salib satu hasutan OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Posted: 21 Apr 2015 04:30 PM PDT


Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan senada dengan menteri dalam negeri, yang menyifatkan protes di luar sebuah gereja Ahad lalu merupakan satu bentuk hasutan.

Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan senada dengan menteri dalam negeri, yang menyifatkan protes di luar sebuah gereja Ahad lalu merupakan satu bentuk hasutan.

Tan Sri Musa Hassan bersependapat dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam pendiriannya semalam yang bantahan penduduk terhadap salib gereja di Taman Medan, Petaling Jaya merupakan satu perbuatan hasutan.

Bekas ketua polis negara itu berkata, kenyataan Zahid itu menjelaskan lagi kelakuan hasutan mereka yang terlibat sebagaimana yang termaktub dalam pindaan baru Akta Hasutan 1948.

"Akta Hasutan kini, dalam pindaan yang baharu, ada menyentuh soal agama. Jadi, itu adalah isu hasutan.

"Oleh kerana menteri sendiri mengatakan itu satu hasutan, berkemungkinanlah ada dalam Akta Hasutan pindaan baharu," katanya kepada The Malaysian Insider.

Kenyataan Zahid semalam bercanggah dengan pandangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang tidak menganggap bantahan itu sebagai hasutan.

Zahid yang juga naib presiden Umno berkata, tindakan disiplin akan diambil terhadap ahli parti yang menyertai bantahan itu.

Sebelum itu, Khalid menolak wujud elemen hasutan atau jenayah dalam protes yang diadakan pada Ahad ketika penganut Kristian sedang menjalankan upacara keagamaan mingguan mereka.

Menurutnya, isu itu tidak melibatkan agama Kristian tetapi hanya pertikaian mengenai kesesuaian lokasi gereja di kawasan majoriti Melayu Islam.

"Kami tidak melihatnya sebagai menghasut kerana ia tidak menyentuh mengenai agama Kristian tetapi hanya tentang lokasi gereja.

"Kami mengkaji keseluruhan isu dan ia bukan berunsur hasutan kerana ia bukan mengenai agama Kristian," kata Khalid, sambil menambah yang salib itu kemudiannya diturunkan susulan permintaan yang dibuat anggota masyarakat.

"Tidak terdapat keganasan," katanya.

Musa berkata, tindakan penduduk berkenaan bukan saja boleh dikira sebagai hasutan, tetapi juga boleh ditafsirkan sebagai kesalahan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

"Adalah satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan, 298A, cuba mewujudkan pergeseran antara agama.

"Saya tak boleh komen panjang sebab saya tak tahu (lanjut) mengenai pindaan (Akta Hasutan) yang baharu ini," katanya.

Katanya, beliau tidak pasti sama ada pindaan itu memperuntukkan tindakan membangkitkan isu agama, untuk menghina atau memecah belahkan antara kaum, adalah tergolong perkara menghasut.

Ditanya pendapatnya sama ada menganggap insiden bantahan itu berkaitan agama, Musa berkata: "Bagi saya berkaitan agamalah. Ada pihak yang tak berpuas hati, salib itu ada di situ."

Ahad lalu, kira-kira 50 orang berkumpul di luar gereja baharu itu menuntut salib yang dipasang di rumah ibadat itu dibuang kerana dikatakan mencabar agama Islam.

Salah seorang dari pemimpin Umno yang turut hadir ialah Datuk Abdullah Abu Bakar, abang kepada Khalid.

Penunjuk perasaan dilaporkan berkata kewujudan salib di kawasan majoriti Melayu Islam itu merupakan satu cabaran kepada agama Islam dan boleh menjejaskan akidah anak muda.

Salib berkenaan dibawa turun oleh pemimpin gereja beberapa jam selepas protes itu. – 21 April, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Sirul mungkin dibayar untuk tuding Najib?

Posted: 21 Apr 2015 09:57 AM PDT

 
 
Ketika kritikan Tun Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Najib Razak belum menampakkan tanda akan berhenti, sebuah laman web pro-Umno membangkitkan kemungkinan bekas perdana menteri itu akan bekerjasama dengan Sirul Azhar Umar.

Menurut penulis di mykmu.net, tidak mustahil bekas anggota polis yang disabitkan kesalahan membunuh itu dibayar untuk menuding jari kepada Najib.

"Melihat kecenderungan Tun Mahathir cuba masuk campur dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantunya Shariibu sebelum ini, termasuk berjumpa keluarga salah seorang pembunuh wanita tersebut Sirul Azhar Umar, tidak mustahil selepas ini Sirul akan dibayar untuk mengaku penglibatan Datuk Seri Najib dalam pembunuhan tersebut.

Kepada Sirul, baginya sudah tidak ada rugi apa-apa sebab hukuman mati telah pun dijatuhkan.  Kalau kerajaan Australia menerima permohonannya untuk kekal di negara itu, lagilah ramalan ini akan menjadi kenyataan kerana hidup di Australia memerlukan wang," kata penulis kolum berkenaan.

Sebelum ini MyKMU.net meramalkan Dr Mahathir akan menyasarkan kritikannya kepada isteri Najib, Datin Seri Rosmah Manor.

Semalam, untuk kali pertama Dr Mahathir menyebut mengenai Rosmah untuk kali pertama dalam blog beliau.
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Terdahulu, Dr Mahathir menggesa polis menyiasat dakwaan Sirul bahawa dia bertindak membunuh Altantuya atas arahan seseorang.

Kata penulis berkenaan, persoalan sama ada pengakuan Sirul itu nanti betul atau salah tidak penting kerana yang utama ialah menimbulkan persepsi dan menyokong "dakwaan palsu" Dr Mahathir bahawa Najib pemimpin yang banyak skandal.

Lagi pun, katanya, di Malaysia ini persepsi sentiasa mendahului fakta dan Dr Mahathir sangat maklum mengenai hakikat itu.

"Sama ada telahan ini akan (sekali lagi) menjadi kenyataan atau tidak, hanya masa yang akan menentukan.  Tapi percayalah, tidak ada apa yang mustahil bila bercakap tentang orang pada usia Dr Mahathir sekarang. Penulis pernah tengok lebih teruk daripada itu pun," katanya.
 

Pelajar Malaysia di Asia Barat terima DAP? FMT Reporters

Posted: 21 Apr 2015 09:15 AM PDT

 
Teresa-Kok678_600

Menurut Teresa pelajar Malaysia di Jordan dan Mesir berfikiran terbuka dan tidak bersifat prejudis kepada DAP.

PETALING JAYA: DAP mendakwa kebanyakan para pelajar Malaysia di Jordan dan Mesir berfikiran terbuka dan menyambut baik lawatan barisan tertinggi parti itu ke negara berkenaan minggu lalu.

Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok berkata reaksi positif itu diberikan ketika mereka mengadakan perjumpaan.
Katanya, hanya segelintir sahaja pelajar di sana yang berfikiran sempit.

"Syukurlah hanya segelintir sahaja pelajar yang mempunyai fikiran perkauman dan prejudis kepada agama lain seperti anggota ISMA. Kebanyakan pelajar di Mesir dan Jordan berfikiran terbuka dan mereka memberi sambutan yang baik," katanya dalam satu kenyataan dalam laman sosial Facebook miliknya.

Katanya dalam pertemuan yang diadakan parti itu juga mengambil pendekatan terbuka dan sedia menerima sebarang soalan, termasuk kutukan termasuk daripada anggota ISMA.

Malah, Teresa turut memuji tindakan berani pelajar yang memuat naik gambar semasa sesi bersama pemimpin DAP, walaupun parti itu sendiri tidak melakukan perkara sedemikian kerana bimbang dengan tekanan yang akan dihadapi mereka.

"Mereka mungkin sedar bahawa bukan satu apa kesalahan menyertai program bertemu Ahli-Ahli Parlimen DAP," ujarnya.

GST: Ahli Parlimen BN merungut ? - FMT Reporters

Posted: 21 Apr 2015 08:30 AM PDT

 
jumat-facebook-status

Jumat Idris mengkritik GST selepas dia sendiri merasa beban yang terpaksa ditanggung.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Sepanggar, Jumat Idris mengakui pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) membebankan.

Kenyataan itu dibuatnya di laman Facebook selepas anaknya menerima rawatan di salah sebuah pusat perubatan swasta.

Jelas Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) itu, perkhidmatan berbeza menyebabkan cukai yang diterima berganda.

"Saya memahami kesusahan rakyat kena GST ni. Cukai tu bukan sekali pagi ni saya bawa anak buat rawatan kat kpj dan kena bayar dua kali gst. Kos konsultasi kena 6% bayar kos rayatan 6% lagi . 

Anak admitted sakit saraf dan tulang belakang bengkok. Rawatan saraf 20k gst rm 1200. Belum masuk bill lain hari ni dah kena 5k memang membebankan rakyat sebenarnya. Bulan mei ni kena berteriak kat parlimen pula." tulisnya dalam status yang dimuat naik.

jumat5
Luahannya, kemudian mendapat pelbagai reaksi dan dikongsi oleh 70 pemilik akaun Facebook yang lain.

Salah seorang daripada mereka adalah David Cheng.

Dato suarakan kita di Sabah bayar harga brg jauh lebih mahal(14-35%。tetapi kita bayar gst flat rate 6% nationwide," tulisnya

Ustaz Nazri calon Pas di PRK Rompin - FMT Reporters

Posted: 21 Apr 2015 07:45 AM PDT

 
ustaz nazri rompin

Beliau dikenali pengundi di Rompin kerana anak watan dan terbabit aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.

PETALING JAYA: Yang Di Pertua Pas Kawasan Rompin, Nazri Ahmad diumumkan sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin.

Pengumuman calon dibuat oleh Naib Presiden Pas, Salehuddin Ayob dalam satu ceramah di Rompin pada Isnin malam.

Nazri, 40, merupakan lulusan Universiti Al Azhar, Mesir, dalam bidang Syariah Islamiah dan merupakan anak watan Rompin.

PRK Rompin akan diadakan pada 5 Mei manakala penamaan calon pada Rabu ini.

PRK Rompin diadakan selepas kematian penyandangnya, Tan Sri Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter terhempas di Semenyih pada 4 April lalu.

Kutipan tol manual tamat September? FMT Reporters

Posted: 21 Apr 2015 07:00 AM PDT

 
tol maual

Penggunaan sistem kutipan tol elektronik akan dilaksanakan dalam dua peringkat di Lembah Kelang untuk melihat keberkesanan dan membaiki kelemahan.

PETALING JAYA: Kutipan tol secara manual di beberapa lebuh raya di Lembah Klang akan dihapuskan secara berperingkat bermula September tahun ini.

Ia akan digantikan dengan Sistem Kutipan Tol Elektronik yang menggunakan kad Touch n Go dan Smartag.

FMT difahamkan, penggunaan Sistem Kutipan Tol Elektronik akan dilaksanakan dalam dua peringkat untuk melihat keberkesanan dan membaiki kelemahan.

Difahamkan, peringkat pertama akan bermula September ini di Lebuhraya Pantai Baru (NPE), Lebuhraya Damansara-Hulu Klang (DUKE) dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Manakala, peringkat kedua pula akan bermula Mac 2016 melibatkan Lebuhraya SPRINT (Kerinchi Link, Penchala Link, Damansara Link), Lebuhraya Damansara-Pucong (LDP), Lebuhraya Klang-Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART.

Ketika ini, Sistem Kutipan Tol Elektronik sepenuhnya telah diguna pakai di Tol Batu Tiga dan Tol Sungai Rasau yang bermula 1 September tahun lalu.

Sementara itu, Penolong Pengurus Jabatan Komunikasi PLUS, Rafina Adam, ketika dihubungi FMT berkata, PLUS akan membuat pengumuman mengenai perkara itu pada minggu hadapan.

"Kenyataan semua tol kawasan akan mengunakan sistem kutipan elektronik tidak begitu tepat, kita tunggu pihak PLUS membuat pengumuman minggu hadapan," katanya.

Di mana Najib? FMT Reporters

Posted: 21 Apr 2015 06:15 AM PDT

 
najib-kazakh

Perdana Menteri dilaporkan melakukan lawatan ke Kazakhstan tanpa publisiti media negara ini.

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berada di Kazakhstan dan telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Nursultan Nazarbayev.

Berita mengenai lawatan itu disiarkan agensi berita luar negara itu, kazinform.

Dalam berita yang bertarikh 18 April 2015, Najib bersama rakan sejawatnya mengadakan perbincangan di Almaty.

Ia menyentuh perbincangan dua hala yang mencakupi kerjasama dalam bidang ekonomi, dagangan, pelaburan dan kemanusian.

Bagaimanapun laporan berita berkenaan tidak menyiarkan sama ada beliau diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor atau sebaliknya.

Usaha FMT untuk mendapatkan kesahihan berhubung lawatan Perdana Menteri ke negara berkenaan melalui Facebook dan Twitternya gagal kerana tiada sebarang status lawatan ke luar negara yang dikemaskini.


FMT

Akhbar gelapkan isu gaya hidup Rosmah

Posted: 21 Apr 2015 05:30 AM PDT

 
 

Kenyataan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai gaya hidup 'mewah' Datin Seri Rosmah Mansor tidak mendapat tempat semua akhbar berhabasa Melayu dan kebanyakan akhbar harian berbahasa Inggeris.

Kenyataan Dr Mahathir dalam blognya itu hanya dilaporkan akhbar berbahasa Inggeris The Sun dan akhbar Cina.

Sejak 2 April lalu, Dr Mahathir mengulangi desakannya supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berundur berdepan dengan pelbagai tuduhan.

Antaranya, isu motif di sebalik pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shariibuu, peranan Jho Low dalam 1Malaysia Development Bhd (1MDB), pembelian jet baru kerajaan yang mewah dan sumber kekayaan Najib.

Menulis di blognya semalam, Mahathir meneruskan siri serangannya dengan berkata terdapat banyak perkara mengenai tingkah laku Najib yang "tidak betul".

"Tetapi saya sedia mengabaikannya, termasuk gaya hidup mewah dia dan isterinya," tulisnya dalam blognya chedet.cc.

Kenyataan itu dipercayai yang pertama dibuat seorang tokoh utama dalam parti pemerintah mengakui Najib dan Rosmah menjalani hidup mewah.

Tempo tumpu isu gaya hidup mewah Najib

Posted: 21 Apr 2015 04:45 AM PDT

 
 

 Kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Indonesia bakal disambut dengan laporan sebuah majalah paling berpengaruh di republik itu berhubung gaya hidup mewah beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Rencana bertajuk "Hidup mewah sang perdana menteri" itu ditampilkan dalam laporan khas majalah Tempo sempena ulangtahun ke-60 Persidangan Asia Afrika yang akan dihadiri Najib, Khamis.

Tempo antara lainnya memetik laporan The New York Times, yang menyebut mengenai minat Rosmah pada beg tangan mewah dan barang kemas.

Majalah tersebut turut menggariskan mengenai kegemaran Najib dan Rosmah pada jam tangan mewah, seperti ditunjukkan oleh NGO pemantau jenayah Malaysia, MyWatch.

Tempo malah menyebut bahawa Rosmah memiliki sekurang-kurangnya empat jam tangan mewah, sedangkan gaji suaminya hanya sekitar RM350,000 setahun.

"Gaya hidup Najib dan keluarganya itu memancing kemarahan masyarakat Malaysia," laporan itu dipetik.

Selain itu, laporan tersebut juga membangkitkan mengenai bayaran RM1,200 untuk dandanan rambut Rosmah.

Tidak ketinggalan, isu harta yang diraih anak tiri Najib, Riza Aziz, yang membeli apartmen mewah di New York dan rumah mewah di Beverly Hills.

Zunar masih tunggu polis tahan abang IGP

Posted: 21 Apr 2015 04:00 AM PDT

 
 

Kartunis popular Zunar masih menunggu jika polis akan turut menahan abang kepada ketua polis negara, yang menyertai demonstrasi di sebuah gereja Ahad lalu.

Zunar berkata, beliau kecewa kerana ketua polis negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar awal-awal lagi menyatakan bahawa individu tersebut, Datuk Abdullah, tidak melakukan sebarang kesalahan.

Sedangkan, tiada siasatan dijalankan sebelum Khalid menentukan bahawa Abdullah dan peserta lain demonstrasi membantah lambang salib itu tidak bersalah, kata Zunar.

Menurutnya, polis sebaliknya boleh menahan beliau lewat malam, dan beliau kini menghadapi sembilan tuduhan mengikut Akta Hasutan 1948 kerana kenyataannya ke atas badan kehakiman.

Kenyataannya itu berhubung kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disabitkan dengan tuduhan Liwat II.

"Saya menjangkakan satu twit serta-merta dari IGP, seperti yang dilakukannya ke atas saya, tapi ia tidak berlaku.

"Saya menjangkakan polis akan pergi ke rumah abangnya, tapi ia tidak berlaku, saya tunggu sehingga jam 3 pagi untuk (Khalid) hantar orangnya, tapi tidak berlaku," kata Zunar.

Bercakap kepada Malaysiakini, kartunis itu berkata, ini menunjukkan pelbagai tindakan IGP itu "berat sebelah".

Zunar dalam satu tulisan di Twitter pada 10 Februari lalu mengecam para hakim yang menjatuhkan hukuman pada Anwar.

Perkara itu dijawab oleh Khalid di Twitter, yang mengarahkan pasukannya menyiasat kartunis tersebut.

Zunar ditahan pada hari yang sama.

Sementara itu, peguam Eric Paulsen turut ditahan mengikut Akta Hasutan 1948 berkata, Khalid sepatutnya menahan peserta demonstrasi antisalib tersebut untuk siasatan.

Katanya, layanan polis dalam isu ini berbeza dengan penahanan lebih 100 orang sebelum ini yang menurutnya bermotifkan politik.

"Tapi dalam kes ini, IGP nampaknya membebaskan kesemua peserta demonstrasi ini, yang kebanyakannya merupakan anggota Umno, tanpa sebarang siasatan," kata Paulsen kepada Malaysiakini.

Paulsen ditahan oleh seramai 20 orang pegawai polis pada malam 12 Januari lalu atas kritikannya ke atas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Dalam tulisan di Twitter itu, Paulsen mendakwa Jakim "menyebarkan ekstremisme" melalui khutbah Jumaat.

Beliau didakwa empat hari kemudian.

Menurutnya lagi, dalam kes demonstrasi di gereja di Taman Medan itu, para peserta demonstrasi tersebut sepatutnya boleh disiasatan mengikut Kanun Keseksaan dan bukannya Akta Hasutan.

HANYA VAMPIRE TAKUTKAN LAMBANG SALIB - WARDINA

Posted: 21 Apr 2015 03:15 AM PDT


'Hanya vampire takutkan lambang salib,' kata Wardina Safiyyah, ketika meminta maaf bagi pihak umat Islam berikutan insiden protes di luar sebuah gereja di Taman Medan, Petaling Jaya, Ahad lalu. – Gambar Facebook, 21 April, 2015.

Selebriti tempatan Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot memohon maaf kepada penganut Kristian selepas kira-kira 50 penduduk di Taman Medan, Petaling Jaya mengadakan protes mendesak sebuah gereja menurunkan lambang salib Ahad lalu.

Menulis di laman Facebook, Wardina menganggap tindakan penduduk Taman Medan itu tidak mencerminkan sifat sebenar umat Islam.

"Saya harap salib dibiarkan di situ. Jangan turunkan. Saya bersimpati kepada saudara beragama Kristian. Saya minta maaf kerana anda dibuli oleh saudara Islam saya," katanya melalui tulisan di Facebook.

Wardina dengan nada kesal berkata, orang Islam sejak berabad dulu termasuk semasa zaman Nabi Muhammad hidup secara harmoni dengan penganut Kristian.



Beliau yang pernah membintangi filem, drama dan menjadi pengacara rancangan televisyen tempatan berkata umat Islam Malaysia seharusnya membiarkan penganut Kristian mengamalkan kepercayaan mereka dengan bebas.

Kira-kira 50 orang berkumpul di luar gereja baharu itu pada Ahad, yang terletak di sebuah rumah kedai, menuntut salib dipasang di rumah ibadat itu dibuang kerana dikatakan mengancam Islam.


Salah seorang pemimpin Umno yang turut hadir ialah Datuk Abdullah Abu Bakar, abang kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.


Penunjuk perasaan dilaporkan berkata kewujudan salib di kawasan majoriti Melayu Islam itu mencabar agama Islam dan boleh menjejaskan akidah anak muda.


Salib berkenaan dibawa turun oleh pemimpin gereja beberapa jam selepas protes itu.


Wardina turut menyindir tindakan kumpulan protes tersebut dengan berkata hanya "vampire" takutkan lambang salib

"Dalam era materialisme orang yang memiliki kepercayaan yang ikhlas memberi inspirasi kepada saya. 


Pengabdian, keikhlasan dan ikatan kepada Tuhan ialah satu pengalaman yang mengharukan dan memberi kesedaran kepada mereka yang memiliki iman sahaja.

"Kepada orang Islam, bertindaklah seperti orang Islam. Hanya vampires takutkan salib. Sampaikan salam saya kepada Pastor dan sampaikan permohonan maaf saya kepada penganut Kristian Taman Medan
.

Menurut Wardina, beliau terpanggil menulis kenyataan solidariti kepada penganut Kristian kerana memahami bagaimana rasanya menjadi golongan minoriti
.

"Kenapa entri ini penting, kerana saya tahu bagaimana rasanya menjadi minoriti. Bagaimana terlukanya apabila dibuli kerana kepercayaan anda dan amat bermakna bila penganut bukan Islam tampil menyatakan solidariti.


"Apabila penduduk bukan Islam tampil menyokong kami di Australia, saya amat bersyukur dan berterima kasih, ia amat bermakna. Saya harap kita boleh menyatakan solidariti terhadap penganut Kristian meskipun segelintir daripada kita melayan mereka dengan teruk," kata selebriti itu yang kini menyambung pengajiannya di Australia. – 21 April, 2015.



- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/

Berita Mengejutkan Buat Seluruh Ahli PAS - ADDIN

Posted: 21 Apr 2015 02:30 AM PDT

 

Berita Mengejutkan Buat Seluruh Ahli PAS.  
 
Sikap yang ditunjukkan Pemuda PAS Pulau Pinang dan kawasan Permatang Pauh dalam menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh adalah wajah baharu parti Islam itu sekiranya kumpulan tertentu dipilih dalam muktamar Jun nanti, kata Khalid Samad.

"Inilah wajah baharu PAS dalam konteks hubungan dengan Pakatan Rakyat jika kumpulan baharu dipilih sebagai Jawatankuasa PAS Pusat dalam muktamar PAS ke 61 Jun nanti.

"Merekalah yang akan menggantikan wajah-wajah seperti Dr Dzulkefly Ahmad, Hanipa Maidin, Mujahid Yusof Rawa dan pimpinan lain yang digelar 'Jebon' dan 'Parasit'," kata ahli jawatankuasa PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider.

Pemuda Pulau Pinang pimpinan Yusni Mat Piah dan kawasan Permatang Pauh pimpinan Omar Osman mengambil sikap tidak memberikan kerjasama kepada PKR dalam menghadapi PRK akan datang, walaupun PAS Pusat memutuskan akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada calon PKR di situ.

Sokongan kepada PKR untuk memilih calon mereka dinyatakan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan memberi kata dua sehingga hari penamaan calon, 25 April supaya PKR memohon maaf secara terbuka berhubung isu enakmen jenayah syariah Kelantan.

"Jika bersetuju, kami PAS kawasan Permatang Pauh akan meneruskan kerjasama PAS-PKR dalam pilihan raya kecil ini.

"Jika mereka masih berkeras tidak mahu menarik balik kenyataan itu kita tengoklah macam mana nanti," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat PAS kawasan itu.

Kenyataan dikeluarkan Yusni sebelum ini juga menuntut PKR memohon maaf mengenainya.

Berita Mengejutkan Buat Seluruh Ahli PAS

Pengarah Pilihan raya PAS PRK Permatang Pauh, Datuk Dr Mujahid Yusof berkata sokongan kepada calon PKR dalam PRK ini adalah tanpa syarat.

Bagi Khalid yang juga ahli Parlimen Shah Alam, apa yang berlaku di Permatang Pauh juga akan berlaku di peringkat pusat jika "wajah-wajah baharu PAS" ini mengambil alih parti Islam itu di peringkat pusat.

"Saya yakin inilah sikap yang akan diambil oleh orang-orang yang selama ini memburuk-burukkan kami sebagai liberal, Anwarinas dan berwala' pada Pakatan Rakyat (PR) jika mereka terpilih dalam muktamar PAS nanti sebagai AJK PAS Pusat," kata Khalid.

"Sikap mereka keras dan tidak berhemah. Tiada unsur ingin berkawan dan tiada kebijaksanaan berpolitik. PAS akan kembali bersendirian, terpinggir dari politik arus perdana," kata Khalid yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1987.

Bagi Khalid, sikap ditunjukkan PAS Permatang Pauh dan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang adalah wajah "ekstrem" yang mula wujud selepas muktamar pada 2011 lalu.

"Ia tanpa sifat keterbukaan dan menggunakan pendekatan paksa dan ugut," kata Khalid dan menambah, "Ianya PAS Ekstrem".

Beliau mempersoalkan sama ada pendekatan itu membolehkan PR terus wujud.

"Bolehkah PR survive dengan dipilihnya PAS Ekstrem? Cakap lain buat lain? Nak PR tetapi asyik gaduh? Syadid," kata Khalid yang turut menyebutnya melalui Twitter beliau.

Beliau berharap, semua ahli PAS dapat melihat nasib parti Islam itu nanti dengan apa yang sedang berlaku di Permatang Pauh sekarang.

"Hala tuju PAS, masa depan PAS. Permatang Pauh sebagai saksinya," kata Khalid.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya tiga nama besar PAS dijatuhkan oleh kawasan masing-masing dalam pemilihan kali ini.

Bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dijatuhkan di Kampar, Pesuruhjaya PAS Melaka Adly Zahari dijatuhkan di Alor Gajah dan yang terbaharu, bekas pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman dijatuhkan di Kapar, Selangor sebagai yang dipertua PAS kawasan masing-masing.

Parah ditetak gara-gara pasang lampu tinggi

Posted: 21 Apr 2015 01:45 AM PDT

 


KEADAAN seorang mangsa diserang menggunakan parang sekumpulan lelaki di Kampung Baru Seri Pandan, Panching.

Kuantan: "Hanya kerana memasang lampu tinggi ketika memandu lori, suami, bapa mentua dan adik ipar saya diserang ala samseng apabila ditumbuk dan ditetak dengan parang hingga cedera parah di kepala dan badan," kata isteri kepada seorang mangsa tetak yang mahu dikenali sebagai Ana, 30.

Menurutnya, kejadian kira-kira jam 1.45 petang kelmarin itu berlaku di rumahnya di Kampung Baru Seri Pandan, Panching apabila ahli keluarganya diserang lebih 10 individu bersenjatakan parang sebelum memukul dan menetak bapa mentuanya berusia 50 tahun, suami yang berusia 31 tahun serta adik ipar berusia 20 tahun

Katanya, dia yang melihat kejadian itu cuba membantu dengan memberanikan diri menyelamatkan mereka daripada dicederakan individu terbabit dengan menarik ahli keluarganya masuk ke dalam rumah.

"Walaupun tindakan itu boleh menyebabkan nyawa saya melayang tetapi tidak sanggup melihat ahli keluarga dipukul dan ditetak dengan parang tanpa belas ihsan oleh lebih 10 individu terbabit.

"Sebaik berjaya membawa mereka masuk ke dalam rumah, saya mengunci pintu bagi mengelak kejadian lebih buruk selain menghubungi polis untuk bantuan," katanya ditemui di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, pihaknya sudah melakukan beberapa tangkapan terhadap individu disyaki terbabit dalam pergaduhan itu.

- hmetro

Najib Pening Kepala Dengan Berita Ini

Posted: 21 Apr 2015 01:00 AM PDT

 

Najib Pening Kepala Dengan Berita Ini. Datuk Seri Nazir Razak, adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, semalam memuat naik gambar penyanyi Michael Jackson dengan tajuk lagunya 'You Are Not Alone' di akaun Instagram beliau.

Eksekutif bank tersebut memasukkan kata-kata, "Sekarang muncul di politik Malaysia," dalam satu ungkapan yang jelas ditujukan kepada ucapan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi semalam.

Muhyiddin berkata semalam, Dr Mahathir tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran, walaupun ketika bekas perdana menteri itu terus dikecam Umno kerana mengkritik Najib dan pentadbirannya.

"Bercakap tentang kebenaran dan keberanian... itu adalah simbol anda sejak menjadi doktor dan ahli Umno.
"Anda tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran," kata Muhyiddin semasa berucap dalam forum bertajuk  "Mendampingi golongan muda untuk menjenayahkan perang dan mentenagakan keamanan" itu.

Muhyiddin juga duduk di sebelah Dr Mahathir semasa majlis itu berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Najib Pening Kepala Dengan Berita Ini

Dalam blognya, Dr Mahathir menulis sebelum ini, "Saya tahu saya seorang diri. Tetapi saya rasa bertanggungjawab kepada rakyat, adakah ia salah? Apabila wang rakyat hilang dan disembunyikan daripada mereka, adakah salah saya bertanya?"

Tulisannya itu mendorong dua selebriti popular tempatan, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan Rozita Che Wan secara terbuka menyatakan sokongan mereka terhadap bekas perdana menteri itu.

Bekas Naib Presiden Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata Dr Mahathir boleh sentiasa bergantung kepada majoriti senyap untuk sokongan.

Dr Mahathir mengecam Najib dalam beberapa bulan kebelakangan ini, menggesa perdana menteri berundur sejak skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), dan juga kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Najib dalam satu wawancara khas di TV3 dua minggu lalu mengatakan akan menangani isu-isu yang dibangkitkan Dr Mahathir, tetapi bekas perdana menteri itu berkata terdapat banyak soalan masih tidak dijawab, termasuk di mana dana 1MDB di Kepulauan Cayman, yang dilaporkan disimpan di Singapura.
Penyanyi pamer aksi ghairah (Gambar) Penyanyi pamer aksi ghairah Penyanyi pamer aksi ghairah Pertunjukan dikir barat di Pantai Kelulut didakwa menampilkan penyanyi perempuan berpakaian seksi bebas menari bersama penonton lelaki. MARANG: Pemuda Pas Marang semalam, melahirkan kekesalan terhadap satu penganjuran pertunjukan dikir barat di Pantai Kelulut kerana menampilkan penyanyi perempuan berpakaian seksi bebas menari bersama penonton lelaki. Ketua Pemuda Pas Marang, Mohamad Aswadi Mohamad berkata, perlakuan tidak senonoh di hadapan umum itu sememangnya boleh dijangka apabila persembahan nyanyian dianjurkan tidak menimbangkan kelebihan manfaat berbanding kesan keburukannya. "Itulah sebabnya Islam melarang penganjuran hiburan yang boleh melalaikan kerana kesan dari kelalaian itu lebih besar keburukannya," katanya mengulas mengenai pertunjukan yang didakwa diadakan sempena satu program itu. Menurutnya, Pemuda Pas Marang juga menerima beberapa keping gambar artis wanita terbabit yang berpakaian tidak senonoh sambil menari bersama seorang penonton lelaki sudah berusia dan ia kelihatan amat memalukan. "Ia (penyebaran gambar itu) telah meninggalkan kesan sangat memalukan kepada rakyat Malaysia khasnya umat Islam apabila kita lihat gadis Melayu Muslim berpakaian tidak senonoh menari bersama penonton lelaki seperti itu," katanya. Mohamad Aswadi berkata, ketegasan serta keprihatinan pihak berkuasa serta masyarakat adalah perlu untuk mengelakkan golongan muda daripada terus dibanjiri hiburan seperti itu melibatkan artis tanpa sebarang rujukan keteladanan positif. Tambahnya, pemimpin kerajaan juga perlu tegas menyekat unsur yang boleh merosakkan akhlak generasi muda negara dan Pemuda Pas Marang memohon agar pihak berkuasa terlibat lebih peka dengan sensitiviti umat Islam. "Dalam kes ini, penganjur harus bertanggungjawab dan tidak boleh lepas tangan dengan apa yang berlaku manakala Pejabat Agama Marang pula perlu lihat kembali Garis Panduan Hiburan Dalam Islam, terbitan Jakim sejak 2007. "Namun, sejauh manakah garis panduan ini diberi perhatian dan dirujuk oleh semua agensi dan penganjur program (berkenaan)? Adakah persembahan ini mendapat restu dari Pejabat Agama Marang?," soalnya. Menurutnya, Pemuda Pas Marang akan membuat kunjungan ke Pejabat Agama Marang untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai perkara itu dalam masa terdekat ini. Sementara itu, Sinar Harian gagal untuk mengesan penganjur pertunjukan terbabit. -sinarharian-

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

UMNO SELANGOR CABAR AZMIN ALI PECAT GURU KAFA YANG MENANGIS SERAH MEMO SECARA SOLO.

Posted: 21 Apr 2015 12:00 AM PDT



Umno Selangor mencabar Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang lantang memperjuangkan hak kebebasan bersuara dan berhimpun mengambil tindakan memecat guru kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), Ekhsan Bukharee Badrul Hisham.

Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, jika tindakan tidak berperikemanusiaan itu diambil, ia jelas menunjukkan penghinaan kepada Mohamed Azmin yang sebelum ini terkenal dengan sikap memperjuangkan hak-hak rakyat.

Menurutnya, Mohamed Azmin di Parlimen misalnya adalah seorang pemimpin yang lantang meminta kerajaan BN memberikan kebebasan bersuara dan berhimpun untuk membela rakyat, namun sikapnya itu berbeza di Selangor.

"Ini menunjukkan bahawa Mohamed Azmin cakap di Parlimen lain, bila jadi menteri besar bertindak lain dan beliau menekan dan menindas seorang guru Kafa yang menyuarakan masalah yang dihadapi di negeri ini.

"Guru Kafa terbabit bukannya menimbulkan masalah dengan mengadakan perhimpunan Bersih, perhimpunan Blackout dan perhimpunan GST," katanya pada Lawatan Pemantauan Projek Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Panjang, di sini.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, PR yang diberi mandat untuk mentadbir negeri ini disifatkan sebagai hilang pertimbangan dan bersikap zalim terhadap seorang guru Kafa yang hanya mempertahankan haknya sepertimana yang dijanjikan PR dalam PRU lalu.

"Ini hak dia (Ekhsan Bukharee), patutnya dia dilayan (kerajaan negeri). Dia datang dengan (niat yang) baik mewakili seluruh guru Kafa bagi menuntut kenaikan elaun seperti yang dijanjikan," katanya.

Apakah Azmin berani sahut cabaran Noh Omar ini? Jika berani ... apabila dipecat kelak adakah UMNO Selangor akan bela nasib guru KAFA yang kena pecat ini??????