Isnin, 20 April 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


PAS Dalam Kenangan - Sejarah Yang Tidak Mungkin Terulang Kembali

Posted: 20 Apr 2015 11:30 PM PDT




















Agama Islam Tidak Ajar Kita Buat Begitu !!

Posted: 20 Apr 2015 11:00 PM PDT

Terima kasih gereja, kata penduduk

 
Wakil penduduk yang menuntut salib sebuah gereja diturunkan di Petaling Jaya berterima kasih kepada wakil gereja tersebut kerana memberi kerjasama yang baik.

Salah seorang penduduk Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, wakil gereja tersebut yang dirujuknya sebagai "Madam Victoria" sangat memahami dengan sensitiviti penduduk setempat.

Oleh sebab itu, katanya, selepas perhimpunan diadakan, gereja tersebut menurunkan salib di bangunan berkenaan.

"Madam Victoria sangat memahami dengan sensitiviti kita. Kami meminta Madam Victoria untuk menurunkan salib dan dia setuju. Dia kata akan turunkan dalam hari Isnin tetapi dia turunkan dua jam selepas (perhimpunan) itu.

"Kami mengadakan perbincangan dengan baik bersama pihak gereja.

"Jadi, saya nak berterima kasih pada Madam Victoria untuk tindakan segeranya itu. Tindakan yang bagus oleh pihak gereja kerana memahami," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas berjumpa dengan Datuk Bandar Petaling Jaya di lobi bangunan Majlis Bandaran Petaling Jaya (MBPJ).

Kenyataan politik Azmin

Selain itu, ditanya mengenai kenyataan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali yang mengatakan tindakan mereka menghina agama lain, Abdullah berkata ia hanya suara penduduk setempat.

Sambil mengatakan Azmin (bawah) membuat kenyataan politik, Abdullah menjelaskan kehadirannya semalam untuk memastikan keadaan terkawal dan tiada insiden tidak diingini.

Malah, katanya, kehadirannya bersama beberapa wakil penduduk bukan mewakili parti politik tetapi sebagai penduduk Taman Medan selama puluhan tahun.

"Itu orang politik dan itu adalah kenyataan politik. Kami bukan (ahli politik). Kami ialah sebahagian daripada penduduk. Kenyataan mereka (ahli politik) adalah untuk menjadikan perkara lebih teruk.

"Kumpulan perhimpunan itu sebenarnya mahu perkara itu diselesaikan. Dan sekarang mereka di bawah kawalan. Tiada isu. Kerana ini merupakan kepakaran kami, menjadikan perkara ini kecil dan selesaikannya. Sebab tiada siapa yang nak mendengar suara mereka.

"Jangan letakkan beban pada kami tetapi ambil inisiatif untuk selesaikan isu ini," katanya.

Bandaraya rujuk negeri

Sementara itu, ditanya mengenai respon Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Azizi Mohd Zain selepas mengadakan pertemuan bersama, Abdullah berkata, isu gereja tersebut akan dibawa kepada kerajaan negeri.

"Datuk bandar beritahu, perkara ini akan dibawa ke peringkat kerajaan negeri. Jadi kita tunggu sahajalah," katanya lagi.

Semalam, kira-kira 50 penduduk Taman Medan berhimpun di bangunan rumah kedai di mana gereja itu ditempatkan.

Mereka turut membawa plakad antaranya bertulis "wakil rakyat Taman Medan tidur".

Selepas perhimpunan itu selesai, pihak gereja tersebut kemudian menurunkan tanda salib yang digantung di bangunan itu.

Demo antisalib: Bekas MP kata IGP pilih kasih

Posted: 20 Apr 2015 10:30 PM PDT

 
 
Bekas MP, Datuk Saifuddin Abdullah masih tidak berpuas hati dengan layanan berbeza oleh polis ke atas peserta demonstrasi pro-Umno dan Pakatan.

Saifuddin dalam kenyataannya membangkitkan, polis sebelum ini tetap menahan para aktivis dan MP lain berhubung perhimpunan Kita Lawan.

Walhal, Khalid boleh membuat semakan berhubung kehadiran abang IGP itu sendiri, Datuk Abdullah di demonstrasi antisalib di Taman Medan, kata Saifuddin.

"Kalau IGP boleh panggi sahaja orang yang hadir demo, habis kenapa ada yang sampai kena bermalam dalam lokap dan sebagainya?," soal Saifuddin.

Siasatan Khalid ke atas Abdullah sebegitu disahkan sendiri oleh pemimpin akar umbi Umno itu kepada Malaysiakini.

Layanan ini berbeza dengan tindakan polis yang menahan seramai lebih 100 orang, termasuk aktivis dan para MP, berhubung bantahan ke atas Cukai Barangan dan Perkhidmatan sebelum ini.

Menurut Abdullah, beliau menjelaskan kepada Khalid kehadirannya pada perhimpunan tersebut sebagai orang tengah antara penduduk Taman Medan dan pihak gereja.

Katanya, belau membuat penjelasan itu apabila dihubungi Khalid melalui telefon.

"IGP dah telefon dan saya terangkan pada dia tentang isu ini. Ia tentang sekumpulan masyarakat bersama pihak gereja dan pihak gereja juga telah setuju untuk turunkan (salib). Jadi tiada isu.

"Dia (Khalid) cuma tanya saya. Dia panggil saya Lang. Dia tanya 'Lang, apa cerita?'. Kemudian saya terangkan.

"Lepas dengar (penerangan), dia kata OK," kata Abdullah.

 

Walaupun dia Cina, saya tidak mahu dia dipukul- Jannah - Mohamad Fadli

Posted: 20 Apr 2015 09:45 PM PDT

Soalan yang ditanya Cheng mungkin menimbulkan kemarahan, namun dia hanya menjalankan tugasnya sebagai wartawan untuk bertanya dan mendapatkan maklum balas.'

jannah
PETALING JAYA: "Saya hanya mahu setiap orang saling menghormati satu sama lain. Walaupun dia Cina, saya tidak mahu dia diserang, dimarah atau dipukul," kata wartawan Sinar Harian, Janatul Firdaus Yaakob.

Janatul atau dikenali Jannah berkata, walaupun saling tidak mengenali tetapi atas dasar setiakawan sebagai rakan media, dia merasa bertanggungjawab untuk melindungi wartawan The Star, Nicholas Cheng.

Katanya, perbuatan peserta demo di Taman Medan pada Ahad lalu yang menengking Cheng tidak sepatutnya berlaku kerana wartawan itu hanya menjalankan tugas.

"Saya tidak nafikan soalan yang ditanya Cheng mungkin menimbulkan kemarahan, namun dia hanya menjalankan tugasnya sebagai wartawan untuk bertanya dan mendapatkan maklum balas," katanya kepada FMT.

Jannah mendapat pujian ramai di laman sosial selepas wartawan The Star itu memuatnaik statusnya di Facebook yang menceritakan bagaimana dia 'dilindungi' oleh seorang wartawan wanita Islam yang hanya dikenali sebagai Jannah.
Cheng menceritakan dia merasa sangat cemas apabila dikerumun oleh peserta demo yang membantah sebuah gereja memasang tanda salib tetapi dilindungi oleh Jannah dan wanita itu menemaninya sepanjang temubual dijalankan.

"Awak ikut saja saya dan jangan pergi jauh," pesan Jannah seperti dilaporkan Cheng.

Menceritakan kejadian itu, Jannah yang telah empat tahun bertugas sebagai wartawan berkata, suasana ketika itu agak tegang apabila setiap soalan yang ditanya oleh Cheng akan ditengking oleh peserta demo.


"Saya faham penduduk di situ marah tetapi mereka tidak sepatutnya melepaskan kemarahan kepada Cheng yang hanya datang sebab bertugas. Itu bukan budaya Melayu dan bertentangan dengan ajaran Islam," tegas anak kelahiran Kedah itu.

Jannah berkata, dia menemani Cheng sehingga ke kereta selepas selesai tugasan kerana sedih dengan permintaan lelaki itu supaya menelefon polis sekiranya dipukul oleh peserta demo.

"Saya rasa bertanggungjawab sekiranya dia dipukul oleh orang seagama dan sebangsa dengan saya sedangkan dia tidak bersalah," katanya.


FMT

Wardina minta maaf kepada penganut Kristian - Oleh: Mohamad Fadli

Posted: 20 Apr 2015 09:00 PM PDT

Wardina menganggap perbuatan penduduk Islam di Taman Medan membuli golongan minoriti yang menggambarkan mereka bukan umat Islam yang sebenarnya.

wardina-safiyyah
PETALING JAYA: Selebriti Wardina Safiyyah memohon maaf kepada penganut Kristian susulan kekecohan yang berlaku di Taman Medan pada Ahad lalu.

Dia juga menyatakan rasa kesal dengan perbuatan saudara seagamanya yang seolah-olah membuli golongan minoriti.

"Kepada penganut Kristian Taman Medan, sampaikan salam saya kepada Paderi juga permohonan maaf saya.

"Kepada umat Islam di Taman Medan, sikap anda tidak menunjukkan yang anda umat Islam yang sebenar-benarnya," katanya di laman Facebook.

Wardina yang sedang menyambung pelajaran di Australia berkata, dia memahami perasaan menjadi golongan minoriti yang sering ditindas tanpa alasan yang wajar dan jelas.

"Saya tahu bagaimana rasa menjadi golongan minoriti dan bertapa sakitnya bila dibuli hanya kerana keimanan kita terhadap agama dan erti sebenarnya apabila kita mendapat sokongan daripada orang yang bukan beragama Islam dan bersama dalam solidariti," katanya.

Di Australia, katanya, jika bukan Islam menyokong umat Islam, mereka akan berasa sangat bersyukur.

"Jadi, saya harap kami dapat menghulurkan sokongan kepada penganut Kristian apabila mereka di layan dengan begitu biadap oleh sebilangan 'saudara seislam kami sendiri," tulisnya.

wardian safiyah

Sekiranya gagal berlaku adil, letak jawatan sajalah!

Posted: 20 Apr 2015 08:30 PM PDT

 zahid hamidi
Zahid, Khalid bercanggah isu demo anti salib FMT Reporters   
 Zahid Hamidi berkata peserta boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan tetapi Ketua Polis Negara pula berkata tindakan tidak boleh diambil kerana tiada unsur hasutan. zahid hamidi SERDANG:

Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara memberi kenyataan berhubung peserta demi anti-salib di Taman Medan, Petaling Jaya pada Ahad lalu. 


Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi berkata, peserta itu boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan. "Mereka akan diambil tindakan di bawah Akta Hasutan 1948," katanya dalam satu sidang media di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) pada Isnin.

Ahmad Zahid berkata, kejadian seperti itu menunjukkan Malaysia masih memerlukan Akta Hasutan. "Akta Hasutan ini bukannya melindungi agama Islam sahaja, tetapi melindungi agama lain termasuk Kristian," ujar beliau.

Bagaimanapun, Tan Sri Khalid Abu Bakar pula memberi kenyataan bertentangan di mana peserta terlibat tidak akan dikenakan Akta Hasutan kerana tidak melibatkan unsur hasutan. Katanya, kejadian itu tidak menyentuh isu agama sebaliknya ia hanya merupakan isu masyarakat tempatan.

"Kami tidak melihat apa-apa isu yg berbentuk menghasut. Ini bukan isu menyentuh agama atau agama kristian. Ini cuma bantahan masyarakat di sana tentang kedudukan gereja itu," tegas Khalid.

Posted by mountdweller

Sekiranya gagal berlaku adil, letak jawatan sajalah! Zahid, Khalid bercanggah isu demo anti salib FMT Reporters | April 20, 2015 Zahid Hamidi berkata peserta boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan tetapi Ketua Polis Negara pula berkata tindakan tidak boleh diambil kerana tiada unsur hasutan. zahid hamidi SERDANG: Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara memberi kenyataan berhubung peserta demi anti-salib di Taman Medan, Petaling Jaya pada Ahad lalu. Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi berkata, peserta itu boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan. "Mereka akan diambil tindakan di bawah Akta Hasutan 1948," katanya dalam satu sidang media di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) pada Isnin. Ahmad Zahid berkata, kejadian seperti itu menunjukkan Malaysia masih memerlukan Akta Hasutan. "Akta Hasutan ini bukannya melindungi agama Islam sahaja, tetapi melindungi agama lain termasuk Kristian," ujar beliau. Bagaimanapun, Tan Sri Khalid Abu Bakar pula memberi kenyataan bertentangan di mana peserta terlibat tidak akan dikenakan Akta Hasutan kerana tidak melibatkan unsur hasutan. Katanya, kejadian itu tidak menyentuh isu agama sebaliknya ia hanya merupakan isu masyarakat tempatan. "Kami tidak melihat apa-apa isu yg berbentuk menghasut. Ini bukan isu menyentuh agama atau agama kristian. Ini cuma bantahan masyarakat di sana tentang kedudukan gereja itu," tegas Khalid. Posted by mountdweller

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Pembersihan puak dalam Pas - Oleh : MSO

Posted: 20 Apr 2015 08:00 PM PDT


Masih relevankah slogan ini?
  Saya tidak mahu menyamakan apa yang sedang berlaku dalam Pas waktu ini adalah satu proses pembersihan etnik. 
 
Iya, ia jauh berbeza dengan apa yang berlaku di Bosnia-Hazegovina kira-kira 10 tahun lalu dimana Bosnia Serb melakukan "ethnic cleansing" pembataian ke atas warga Bosniaks (Bosnia Muslim) atas perasaan benci kepada keagamaan dan perkauman. Tidak.

Tetapi kaedah atau pun emosi yang sedang berbuak-buak dalam sesetenhgah orang dalam Pas kini, sama dengan apa yang berlaku di Bosnia itu, iaitu perasaan atau apa dinamakan kegilaan untuk menghapuskan satu kumpulan dan menobatkan satu kumpulan yang lain bagi menguasai Pas sepenuhnya. 
 
Tindakan ini sesungguh kejam dan tidak berhati perut. Biarlah saya menamakan apa yang sedang berlaku kini sebagai proses "menghapuskan puak" (group cleansing) dalam Pas.

Sedar atau tidak, setuju atau tidak, inilah hakikat yang sedang berlaku dalam parti agama itu yang perlu diambil perhatian oleh semua orang. Mereka yang menolak hakikat ini sengaja membutakan mata dan hati mereka. 
 
Pastinya proses yang rancak berjalan ini sangat disukai oleh musuh Pas kerana ia membawa laba untung buat mereka.

Puak yang hendak dihapuskan ialah puak yang digelar dengan berbagai-bagai gelaran jelek yang tidak tersenarai sebagai ahli Syurga. 
 
Puak yang dinama dan dianggap bukan ahli Syurga ialah berfahaman sekular, profesional, penyokong liberalisme dan pluralisme, puak yang anti Hudud, puak yang berbaik-baik dengan kafir dan puak ini juga dinamakan sebagai puak anti ulama.

Manakala puak yang sedang melakukan atau menggerakkan proses penghapusan ethnik ini, untuk mengambil alih kuasa di semua aspek dalam Pas, ialah puak digelar dengan nama-nama tersenarai sebagai ahli Syurga seperti Ansorullah, mujahid, pencinta sunah, pengamal Quran dan Hadith, ahli fakeh, pengamal sunnah menyimpan janggut, menginaikan misai, memakai juban dan serban. 
 
Puak ini dikenali dengan puak agamawan atau pun ustaz atau pun al ulama yang menggunakan istilah-istilah Arab dalam menganjurkan program parti dengan berlapikkan elemen keagamaan.

Proses ini sebenarnya dilakukan beberapa tahun lalu, tetapi ia ketara dalam mesyuarat Pas kawasan ketika ini yang sedang bersiap sedia untuk berhadapan dengan muktamar pada Jun nanti. Dijangkakan pada Jun nanti proses itu akan tercapai sepenuhnya.

Proses pembersihan ini sedang berlangsung dan ia hampir mencapai ke klimeknya. Taktik digunakan ialah menerusi mesyuarat Pas kawasan yang berlangsung kini. Sebelum itu menerusi beberapa lantikan sebagai mengisi badan-badan tertentu tanpa dirujuk kepada parti dengan sewajarnya dan dibuat secara ad hoc.

Tampaknya ia berjalan secara sistemetik sekali dan berjaya mencapai matlamat. Sudah lebih separuh daripada 186 kawasan Pas mengadakan mesyuarat, keputusan-keputusan yang dicapai memberi indikator jelas berlakunya proses tersebut dan satu demi satu puak sekular sudah tewas atau terpinggir. 
 
Selain dibuang menerusi mesyuarat, puak bukan ahli Syurga itu juga ditekan secara pyskologis.

Proses pembersihan puak ini berlaku di semua negeri, kecuali Johor, yang terjadi disebaliknya. Ahli Pas Johor tidak mudah terpengaruh dengan agenda berkenaan dan bersikap demokratik. 
 
Mungkin kerana negeri Johor berdekatan dengan republik Singapura, pengaruh pemodenan negara berkenaan menyerap ke dalam Pas menyebabkan politik Pas sedikit advance atau pun tidak mudah menjadi pandir dengan slogan.

Negeri-negeri lain seperti Selangor, Perak, Pulau Pinang, Melaka yang dilihat negeri di mana ahli dan penyokong Pas tidak otordoks dan fanatik seperti Kelantan, Kedah dan (tambah-tambahnya) Terengganu juga terikut sama. Ini mengejutkan dan gerakan penghapusan ini akan berjaya kerana mendapat sokongan menyeluruh.

Proses ini memberi kesan besar kepada kepimpinan Pas untuk masa hadapan. Pemerhati sedang menantikan apakah Pas mampu mengolah parti itu dengan satu puak yang sama aliran pemikiran, stail dan budaya politik tanpa ada campur puak-puak yang berfikiran terbuka yang dianggap berketrampilan dalam politik dan gerakan massa?

Kesuksesan pembersihan puak ini dapat disahkan apabila hampir 80% pencalonan yang dibuat oleh mesyuartat Pas kawasan mencalonkan puak sejenis mereka sahaja, iaini golongan yang meletakkan diri mereka dalam gelung atau bingkai ustaz atau pun ulama yang memakai tanda di kepala berkopiah putih dan serban.

Untuk jawatan presiden, Pas kawasan mengekalkan Abdul Hadi Awang yang menjadi ikonik puak berkenaan. Beliau kini sudah mendapat 60 pencalonan, sementara dua lagi calon lain Husam Musa hanya mendapat sembilan (9) pencalonan dan Ahmad Awang hanya tiga (3) pencalonan. 
 
Dengan tinggal kurang 30 kawasan lagi yang belum bermesyuarat adalah dijangka Abdul Hadi menguasai 70% pencalonan untuk mengekalkan jawatan yang disandangnya kini dan proses group cleansing itu berjaya.

Mungkin pencalonan diterima Abdul Hadi itu tidak memberi gambaran proses pembersihan puak itu berlaku. Sewajarnya kalau Pas terus mencadangkannya kerana beliau nampak tidak mahu berundur. 
 
Tetapi pencalonan untuk jawatan timbalan presiden, naib-naib presiden dan ahli jawatankuasa kerja Pas menjelaskan kedudukan itu.

Pencalonan Tuan Ibrahim Tuan Man yang kini jauh mengatasi pencalonan untuk Mohamad Sabu untuk jawatan timbalan presiden, serta pencalonan tiga nama untuk mengisi jawatan naib presiden, Idris Ahmad, Nasarudin Hassan dan Mohd Amar Nik Abdullah menjelaskan akan perkara ini. 
 
Tuan Ibrahim, Idris Ahmad, Nasarudin Hassan dan Mohd Amar Nik Abdullah adalah mereka yang dikategorikan sebagai ahli Syurga.

Kalau bukan atas dasar hendak melakukan pembersihan puak, kenapa Mohamad Sabu hendak diganti dengan Tuan Ibrahim Tuan Man. Mungkin proses pencalonan itu masih boleh diterima, tetapi bila dilancarkan kempen menyerang peribadi Mohamad Sabu dan beberapa pemimpin lain ia menunjukkan rancangan itu disusunatur demikian rupa.
 
Tindakan memakan daging saudara sendiri itulah yang dikatakan tindakan group cleansing ini tidak berhati perut dan sama dengan golongan Serbs.

Melihat kepada mood pencalonan dan rancaknya proses pembersihan ini, sudah pasti golongan bukan disenarai sebagai ahli Syurga akan tewas. Manakala golongan ahli Syurga akan menang dengan mudah dan jaya.

Gerakan golongan ahli Syurga ini juga agresif menjalani kempen, membuat tohmohan dan provokasi dalam media massa dan kumpulan WhatsApp, ia menyerlahkan akan kesungguhan golongan ini hendak membersihkan golongan sepuak lagi dari Pas.

Sementara itu golongan bukan ahli Syurga hanya mendiamkan diri. Tidak ada apa-apa pakatan dibuat sesama mereka untuk mempertahankan diri. Mereka seolah-olah kesal dan menyerahkan kepada takdir dan menjadi serba salah sama ada hendak melawan atau mendiamkan diri. 
 
Apakah mereka sudah tahu apa yang berlaku dalam Pas itu tidak dapat diatasi? Apakah kerana sikap presiden dan musyidul am yang berpihak menjadikan mereka malas dan lemah? Barang kali kata-kata Ahmad Awang tidak ada guna betanding kerana berlaku kempen secara kotor menjadi azimatnya.

Dengan situasi hari ini memberi gambaran, bahawa golongan yang tidak disenaraikan ahli Syurga, akan mengambil jalan sendiri selepas Jun nanti. Walaupun mereka tidak menunjukkan persepkatan tetapi permahaman politik mereka bergerak ke arah itu. 
 
Boleh jadi dan elok kalau mereka tidak akan menerima pencalonan dan akan memberi kemenangan percuma kepada golongan ahli Syurga sebagai jalan tengah. Soalnya ke manakah mereka selepas ini? Kita akan bincangkan di masa lain.

Dan apakah setelah golongan ahli disenaraikan ahli Syurga menguasai Pas sepenuhnya mereka akan membawa Pas lebih maju daripada hari ini, khasnya menang besar dalam pilihan raya umum ke-14? 
 
Harapnya begitulah, termasuk juga akan mengatur tapak yang jelas untuk berkerjasama dengan Umno demi agama, bangsa dan negara yang kini menjadi tagline baru kepada Pas bawaan ahli disenaraikan ahli Syurga itu.

Kenapa Sampai Ke Manchester Minum Teh?

Posted: 20 Apr 2015 07:30 PM PDT




Kah kah kah kah!

Kesian Aji. Kesian. Sekarang ini, sepuluh patah Aji cakap, 23 patah orang akan belit. Kah kah kah!!!

Salah Aji jugaklah, kenapa Aji ikutkan sangat kerenah anak-anak merpati Aji?

Anak-anak merpati ajak minum teh di Manchester, Pak Aji turut serta. Sepatutnya Pak Aji cermatlah sikit. Jagalah kelaku sikit. Aji org paling besar dalam PAS. 

Tapi kalau pekena teh di Jakarta kira OK la sikit kan? Kah ka hkah kah!!!

Pekena teh di Jakarta

Pekena teh di Shah Alam



Mahatir for Rompin atas tiket bebas - Yes & No...

Posted: 20 Apr 2015 07:00 PM PDT


Mengapa Mahathir perlu bertanding dalam PRK Rompin tetapi tidak akan melakukannya...

Kedengaran seperti sebuah idea yang mustahil, tetapi mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad perlu mempertimbangkan idea untuk bertanding di Pilihanraya Kecil Rompin sebagai calon bebas.

Bertindak demikian boleh membuktikan kepada kita yang dia bersedia melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menyelamatkan Umno daripada kekalahan memalukan dalam pilihanraya umum akan datang.

Mahathir sebelum ini dipetik sebagai berkata, " Kita sedang berdepan dengan pilihan-pilihan ini: sama ada menjatuhkan perdana menteri yang telah gagal dan yang akan menyebabkan Umno kalah dalam pilihanraya akan datang, atau kita ambil peluang sekiranya dia dijatuhkan kita mungkin mampu menguatkan kembali Umno."

Tetapi bagaimana sebenarnya seseorang perlu bertindak untuk menjatuhkan presiden Umno? Sejarah sudah menunjukkan yang sebenarnya ia adalah mustahil melalui pertandingan langsung. Hanya satu ketika kedudukan presiden Umno dicabar secara serius dalam pemilihan parti ialah tahun 1987, di mana 'Team B' Tengku Razaleigh Hamzah mencabar 'Team A' di pimpin Mahathir. Ia menyebabkan ketegangan luar biasa dalam Umno dan menyebabkan Umno dibatalkan pendaftaran.

Sudah menjadi lumrah tradisi Umno yang jawatan presiden akan diwariskan kepada timbalannya apabila presiden memutuskan untuk bersara. Tunku Abdul Rahman dipaksa berundur oleh pemimpin-pemimpin muda Umno yang memilih Abdul Razak Hussein yang kemudiannya meninggal sewaktu masih memegang jawatan.

Hussein Onn melepaskan jawatan untuk memberi ruang kepada Mahathir, dan Abdullah Badawi meletakkan jawatan selepas tsunami politik melanda Barisan Nasional selepas pilihanraya umum 2008.


Perlu di akui yang Mahathir, telah pun melakukan yang terbaik untuk mewujudkan perubahan besar dalam parti, walaupun hasilnya tidak memberangsangkan. Najib bekerja keras untuk mengekalkan sokongan, dan selepas pengistiharan umum daripada 160 ketua bahagian Umno yang menyokongnya pada bulan March yang lalu memberikan pesanan jelas kepada Mahathir yang parti itu masih kekal setia di belakang presidennya, sekurangnya pada pandangan umum.

Mahathir terus berdegil, dilihat oleh rakyat Malaysia bermula sebagai teguran sudah berubah menjadi sebuah pertarungan antara dua tokoh- satu pertarungan hebat yang mungkin mengancam Umno dan negara.

Malah anggota keluarga keduanya terheret sama, dengan Hishammuddin Hussein menyuarakan sokongan kepada sepupunya, dan Mukhriz Mahathir di minta meletakkan jawatan sekiranya tidak lagi menyokong Najib. Kebanyakan orang lama pemimpin Umno mengambil langkah berhati-hati daripada terheret sama ke dalam kancah pertarungan. Hanya Tuhan yang tahu apa sebenarnya yang mereka fikirkan.

Baru-baru ini, Mahathir membuat kenyataan yang Najib sudah tidak menerima sokongan daripada rakyat Malaysia, sehingga mengisytiharkan yang Najib sebagai 'lemah' dan 'tidak layak menjadi PM'.

Sebuah laporan berita menyebut Mahathir sebagai berkata yang ramai orang yang kelihatan menyokong Najib sebenarnya secara diam-diam mahukan Najib berundur daripada jawatan Perdana Menteri.


Tetapi Najib masih memegang kuasa. Apakah yang Mahathir boleh lakukan? Dia tiada kedudukan dalam parti, hanyalah seorang ahli biasa. Dia tidak mahu bekerjasama dengan pembangkang, percaya bahawa isu Najib perlu diselesaikan di dalam parti.

Apa lagi pilihan yang dia ada? Di Malaysia, Perdana Menteri boleh dipecat melalui undi tidak percaya. Tiada lagi perdana menteri yang berhadapan dengan undi tidak percaya, walaupun Badawi pernah diugut dengannya pada 2008.

Badawi kemudiannya mengundurkan diri pada April tahun berikutnya. Adakah undi tidak percaya memainkan peranan dalam mempengaruhi keputusannya? Sekiranya ia benar, maka ia boleh menjadi cara untuk menjatuhkan Najib.

Tetapi tiada pemimpin Umno yang berani melakukan tindakan itu kepada presiden, ia bukanlah cara mereka bekerja. Mahathir perlu melakukannya dengan caranya tersendiri.

Tetapi untuk itu, dia perlukan kerusi di parlimen. Kerana itulah dia perlu mempertimbangkan untuk bertanding di pilihanraya kecil Rompin, mungkin sebagai calon bebas. Jika dia bertindak demikian, ia akan meletakkan Najib dalam keadaan yang sukar.

Dia masih belum menggunakan Akta Hasutan untuk mengekang kritikan Mahathir, jadi kebarangkalian sangat rendah untuk dia memecat Mahathir daripada Umno dan memanjangkan kontroversi.


Kedudukan dan pengaruh Mahathir untuk memenangi kerusi tersebut bukanlah satu masalah. Siapa yang waras, berani untuk bertanding menentang Bapa Pemodenan Malaysia?

Sekiranya dia menang, Mahathir mempunyai semua hak untuk menggerakkan proses undi tidak percaya kepada Najib di Parlimen. Lagipun, dia sudah menyatakan tidak percaya di ruang awam, kenapa tidak sahaja melakukannya di Parlimen dan memaksa Najib berundur?

Dengan cara ini, dia akan mengetahui adakah Umno dan Barisan Nasional bersedia untuk mengugurkan Najib, atau tenggelam bersama pemimpin mereka dalam pilihanraya umum akan datang seperti yang dia ramalkan. Jadi mengapa Mahathir tidak bertanding sahaja di Rompin?

Mudahnya kerana dia ialah Mahathir Mohamad, presiden Umno selama 22 tahun, dan arkitek pembangunan Malaysia. Seperti kata orang Melayu

"Yang diludah tak dijilat kembali", Mahathir sudah mencapai banyak kejayaan dalam hidupnya, tindakan untuk kembali ke dalam kancah politik dengan langkah 'kecil' sebegini mungkin hanya akan menghina kedudukan beliau selaku negarawan unggul.

Lagipun, penulis "The Malay Dilemma" dan pejuang orang melayu tidak akan menjadi orang yang menghancurkan dominasi politik yang sekian lama di miliki Umno.

Peranan itu, mengikut Mahathir, sudahpun dipegang Najib. - Mike Tan,theantdaily

What Should Hishamuddin Do...

There is a joke 'god chooses your relatives but thank god we can choose our friends'. Well I dont quite believe in this joke.

You always have the freedom of choosing what is good for you, whether it is relatives, friends, politics, career or whatever. Whatever you choose must be real. Do not waste your life 'choosing' things that cannot be proven.


Dont waste your life choosing from your imagination or from your imaginary friends. That is where the satan dwells - inside an idle mind. I am addressing you grown ups and adults ok. The PhDs among us, the school teachers, doctors, housewives, MPs, ministers etc.

Well, back to the story. Yesterday Tan Sri Muhyiddin Yassin has used Tun Dr Mahathir's 'Criminalise War' forum to express his support for Dr Mahathir. A clever play on words that has sent a big signal throughout the country.

Because the latest I hear is that Shafie Apdal from Sabah has said that Dr Mahathir just wants his questions about 1MDB answered. That is all. Dr Mahathir is not referring to the price of kangkung, the cost of all the flowers at that wedding - well not yet. (Was it RM5 million, RM20 million?

Just the flower decorations alone). This is certainly a pro Mahathir statement by Shafie Apdal. This is also to tell Salleh Keruak to stop making an ass of himself. Zahid Hamidi of course has maintained an 'elegant silence'. He has not said much of anything about defending Najib against Dr Mahathir.

Clever, clever. So the Deputy President and two out of three Vice Presidents of UMNO are now at arms length from the President. Najib is now in Kazakhstan, enjoying himself again at the wedding party with his in laws. Do you all know who Al Capone was? A friend said that each time Najib is out of the country, NO ONE speaks up for him.

Only when he is in Malaysia then the hangers on speak up loudly. Just watch - they are quiet now. When he comes back, the cheer leaders will start their high kicks again. Folks say that Bung Mokhtar from Kinabatangan has also back pedalled a little between Najib and Dr Mahathir. Bung has gone neutral - like some pre paid Bloggers.

There is a consensus developinhg that Najib will be gone. This is beginning to seep in among the UMNO leaders like Muhyiddin, Zahid, Shafie Apdal and others. The crew is beginning to realise that the ship is going down. Better grab your life vests.

Here is a suggestion : the crew will abandon ship faster if they are given life vests. Tak payah pikir panjang. Looking at it another way, even the crew of a pirate ship deserve to be saved from drowning.

Just dont let them crew another ship. What about Hishamuddin Hussein Onn vice president and the cousin of the party president. Hisham is between a rock and a hard place.

Blood is thicker than water they say. Hisham has to choose carefully. When in doubt bro, choose that which is right. Sometimes it is difficult to see right from wrong. But when it is clear as daylight, then do not hesitate. Blood is thicker than water.

That which is right is so much thicker than that which is wrong. That which is right is also much thicker than blood and water. Time is running. The consensus view is that if Najib goes, it will also spell the end of Hishamuddin Hussein Onn. Will that be the case?


Tumpang Skole.
Mahatir for Rompin atas tiket bebas - Yes & No... Mengapa Mahathir perlu bertanding dalam PRK Rompin tetapi tidak akan melakukannya... Kedengaran seperti sebuah idea yang mustahil, tetapi mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad perlu mempertimbangkan idea untuk bertanding di Pilihanraya Kecil Rompin sebagai calon bebas. Bertindak demikian boleh membuktikan kepada kita yang dia bersedia melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menyelamatkan Umno daripada kekalahan memalukan dalam pilihanraya umum akan datang. Mahathir sebelum ini dipetik sebagai berkata, " Kita sedang berdepan dengan pilihan-pilihan ini: sama ada menjatuhkan perdana menteri yang telah gagal dan yang akan menyebabkan Umno kalah dalam pilihanraya akan datang, atau kita ambil peluang sekiranya dia dijatuhkan kita mungkin mampu menguatkan kembali Umno." Tetapi bagaimana sebenarnya seseorang perlu bertindak untuk menjatuhkan presiden Umno? Sejarah sudah menunjukkan yang sebenarnya ia adalah mustahil melalui pertandingan langsung. Hanya satu ketika kedudukan presiden Umno dicabar secara serius dalam pemilihan parti ialah tahun 1987, di mana 'Team B' Tengku Razaleigh Hamzah mencabar 'Team A' di pimpin Mahathir. Ia menyebabkan ketegangan luar biasa dalam Umno dan menyebabkan Umno dibatalkan pendaftaran. Sudah menjadi lumrah tradisi Umno yang jawatan presiden akan diwariskan kepada timbalannya apabila presiden memutuskan untuk bersara. Tunku Abdul Rahman dipaksa berundur oleh pemimpin-pemimpin muda Umno yang memilih Abdul Razak Hussein yang kemudiannya meninggal sewaktu masih memegang jawatan. Hussein Onn melepaskan jawatan untuk memberi ruang kepada Mahathir, dan Abdullah Badawi meletakkan jawatan selepas tsunami politik melanda Barisan Nasional selepas pilihanraya umum 2008. Perlu di akui yang Mahathir, telah pun melakukan yang terbaik untuk mewujudkan perubahan besar dalam parti, walaupun hasilnya tidak memberangsangkan. Najib bekerja keras untuk mengekalkan sokongan, dan selepas pengistiharan umum daripada 160 ketua bahagian Umno yang menyokongnya pada bulan March yang lalu memberikan pesanan jelas kepada Mahathir yang parti itu masih kekal setia di belakang presidennya, sekurangnya pada pandangan umum. Mahathir terus berdegil, dilihat oleh rakyat Malaysia bermula sebagai teguran sudah berubah menjadi sebuah pertarungan antara dua tokoh- satu pertarungan hebat yang mungkin mengancam Umno dan negara. Malah anggota keluarga keduanya terheret sama, dengan Hishammuddin Hussein menyuarakan sokongan kepada sepupunya, dan Mukhriz Mahathir di minta meletakkan jawatan sekiranya tidak lagi menyokong Najib. Kebanyakan orang lama pemimpin Umno mengambil langkah berhati-hati daripada terheret sama ke dalam kancah pertarungan. Hanya Tuhan yang tahu apa sebenarnya yang mereka fikirkan. Baru-baru ini, Mahathir membuat kenyataan yang Najib sudah tidak menerima sokongan daripada rakyat Malaysia, sehingga mengisytiharkan yang Najib sebagai 'lemah' dan 'tidak layak menjadi PM'. Sebuah laporan berita menyebut Mahathir sebagai berkata yang ramai orang yang kelihatan menyokong Najib sebenarnya secara diam-diam mahukan Najib berundur daripada jawatan Perdana Menteri. Tetapi Najib masih memegang kuasa. Apakah yang Mahathir boleh lakukan? Dia tiada kedudukan dalam parti, hanyalah seorang ahli biasa. Dia tidak mahu bekerjasama dengan pembangkang, percaya bahawa isu Najib perlu diselesaikan di dalam parti. Apa lagi pilihan yang dia ada? Di Malaysia, Perdana Menteri boleh dipecat melalui undi tidak percaya. Tiada lagi perdana menteri yang berhadapan dengan undi tidak percaya, walaupun Badawi pernah diugut dengannya pada 2008. Badawi kemudiannya mengundurkan diri pada April tahun berikutnya. Adakah undi tidak percaya memainkan peranan dalam mempengaruhi keputusannya? Sekiranya ia benar, maka ia boleh menjadi cara untuk menjatuhkan Najib. Tetapi tiada pemimpin Umno yang berani melakukan tindakan itu kepada presiden, ia bukanlah cara mereka bekerja. Mahathir perlu melakukannya dengan caranya tersendiri. Tetapi untuk itu, dia perlukan kerusi di parlimen. Kerana itulah dia perlu mempertimbangkan untuk bertanding di pilihanraya kecil Rompin, mungkin sebagai calon bebas. Jika dia bertindak demikian, ia akan meletakkan Najib dalam keadaan yang sukar. Dia masih belum menggunakan Akta Hasutan untuk mengekang kritikan Mahathir, jadi kebarangkalian sangat rendah untuk dia memecat Mahathir daripada Umno dan memanjangkan kontroversi. Kedudukan dan pengaruh Mahathir untuk memenangi kerusi tersebut bukanlah satu masalah. Siapa yang waras, berani untuk bertanding menentang Bapa Pemodenan Malaysia? Sekiranya dia menang, Mahathir mempunyai semua hak untuk menggerakkan proses undi tidak percaya kepada Najib di Parlimen. Lagipun, dia sudah menyatakan tidak percaya di ruang awam, kenapa tidak sahaja melakukannya di Parlimen dan memaksa Najib berundur? Dengan cara ini, dia akan mengetahui adakah Umno dan Barisan Nasional bersedia untuk mengugurkan Najib, atau tenggelam bersama pemimpin mereka dalam pilihanraya umum akan datang seperti yang dia ramalkan. Jadi mengapa Mahathir tidak bertanding sahaja di Rompin? Mudahnya kerana dia ialah Mahathir Mohamad, presiden Umno selama 22 tahun, dan arkitek pembangunan Malaysia. Seperti kata orang Melayu "Yang diludah tak dijilat kembali", Mahathir sudah mencapai banyak kejayaan dalam hidupnya, tindakan untuk kembali ke dalam kancah politik dengan langkah 'kecil' sebegini mungkin hanya akan menghina kedudukan beliau selaku negarawan unggul. Lagipun, penulis "The Malay Dilemma" dan pejuang orang melayu tidak akan menjadi orang yang menghancurkan dominasi politik yang sekian lama di miliki Umno. Peranan itu, mengikut Mahathir, sudahpun dipegang Najib. - Mike Tan,theantdaily What Should Hishamuddin Do... Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

BN Jangan Main Bangsat Lah !!

Posted: 20 Apr 2015 06:30 PM PDT

Sekolah Menengah Convent Taiping, Perak

 
Anak saya sekolah Tadika di Convent, Batu Pahat. My adik sekolah rendah Convent di Johor Baru. Girlfren saya pernah belajar Sekolah Menengah Convent Taiping. Dulu setiap kelas ada lambang salib. Tiada seorang pun dari mereka yang masuk kristian.
 
Kalau lambang salib boleh menggugat keimanan seseorang, maka tipis sangatlah iman orang itu.
Kepada pimpinan ‪#‎UmnoBN‬ kalau nak berpolitikpun, janganlah jadikan agama sebagai umpan!
 

Shafie Apdal Sertai Mahathir Beri Tekanan Kepada Najib

Posted: 20 Apr 2015 05:46 PM PDT

 Najib harus jawab Dr Mahathir, kata naib presiden Umno



Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak keseorangan menegakkan kebenaran, Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal menggesa Putrajaya dan parti Melayu itu menjawab persoalan yang dilontarkan bekas perdana menteri itu dengan terperinci.

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah itu yakin penjelasan demikian akan turut meyakinkan rakyat di samping Dr Mahathir sendiri, sekaligus dilihat memberikan tekanan kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Shafie yang merupakan pemimpin Umno Sabah turut menolak kenyataan Najib yang mendakwa Dr Mahathir mengkritiknya kerana tidak berpuas hati dengan tindakan membatalkan pembinaan jambatan bengkok dari Johor ke Singapura.


"Beliau bertanyakan banyak soalan yang memerlukan penjelasan, jadi amat penting bagi kita menjelaskan dengan terperinci, saya percaya bukan sebab jambatan bengkok," katanya seperti dilaporkan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, hari ini

"Ini penting supaya apabila penjelasan dapat dilakukan, kita dapat meyakinkan bukan hanya Tun Mahathir, tetapi juga rakyat.

"Di samping kita menunggu ketua audit negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), adalah penting bagi sesiapa yang mempunyai maklumat contohnya Kementerian Kewangan untuk memberi penerangan terperinci berhubung isu yang dilontarkan," katanya dalam satu sidang media pada program Pemuda Umno di Ipoh, semalam.

Kenyataan Shafie senada dengan Muhyiddin yang berpandangan Dr Mahathir sentiasa "menyatakan perkara yang benar" apabila bercakap.

Kenyataan Muhyiddin itu yang dibuat pada satu forum jenayah perang di ibu kota semalam bagaimanapun tidak memperincikan sama ada ia merujuk sikap Dr Mahathir terhadap perang, atau merujuk kepada siri kritikannya kepada Najib.

Dr Mahathir sebelum ini turut meminta Najib meletak jawatan sebagai perdana menteri bagi menyelematkan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Dr Mahathir turut membangkitkan skandal menyelubungi pentadbiran Najib seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shariibuu. – tmi

VIDEO INSIDE - Pemandu Myvi kurang ajar FMT Reporters

Posted: 20 Apr 2015 05:15 PM PDT

Pemandu Myvi enggan mengaku salah walaupun memasuki laluan pemandu lain sebaliknya mengeluarkan kata-kata kesat.


kurang ajar
PETALING: Satu rakaman video menunjukkan dua pemandu bertekak kerana salah faham mengenai laluan menjadi viral.

Dalam video yang berdurasi 1.49 minit, yang dikatakan berlaku di Plentong, Johor, seorang pemandu kereta berwarna kelabu dan bersinglet menengking ke arah seorang lelaki kerana tidak menghentikan kereta walaupun mengakui dia memasuki arah bertentangan.

Ia kemudian dibalas lelaki yang baru keluar dari masjid dan mendakwa pemandu berkenaan telah memasuki laluannya.

Tidak berhenti setakat itu, pemandu berkenaan bertindak lebih agresif dengan menggeluarkan kata-kata kesat dan mempertikai tindakan lelaki berkenaan merakamkan perbuatan kurang ajarnya.

Sebelum beredar, dia sempat memberi isyarat lucah dan memanggil babi.

Ia bagaimanapun berakhir tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Rafizi fail cabar Akta Bafia - Faiz Zainudin

Posted: 20 Apr 2015 04:30 PM PDT

Menurut peguam pertuduhan sepatutnya digugurkan pendedahan untuk kepentingan ramai malah Akta Bafia telah dimansuhkan dan diganti Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. 

rafizi

SHAH ALAM: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli muemfailkan permohonan mencabar perlembagaan Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia).

Rafizi bersama peguamnya, N Surendran memfailkan permohonan itu di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Isnin.

Surendran yang ditemui media menjelaskan, pertuduhan terhadap Rafizi sepatutnya digugurkan kerana pendedahan yang dibuatnya demi kepentingan ramai.

Jelasnya, pendakwa raya sepatutnya tidak meneruskan kes itu terhadap Ahli Parlimen Pandan bersama seorang lagi tertuduh, Johari Mohamad, bekas pegawai bank.

"Akta Bafia telah dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. Oleh itu, sepatutnya pertuduhan ini digugurkan untuk kepentingan orang awam," katanya.

Sementara itu Rafizi mendakwa dia merupakan individu pertama dituduh mengikut akta itu kerana mendedahkan maklumat sulit kewangan Pusat Fidlot Nasional (NFC).

"Saya telah semak dengan jawapan bertulis di Parlimen dan menteri telah mengesahkan bahawa saya adalah orang pertama setakat ini didakwa mengikut Akta Bafia," katanya.

Kataya, pendakwaan itu bermotifkan politik tanpa mengambil kira kepentingan orang awam yang berhak untuk tahu kemana sebenarnya wang NFC disalurkan.

Pas tidak tanding Permatang Pauh FMT Reporters

Posted: 20 Apr 2015 09:00 AM PDT

 
Mesyuarat Setiausaha PR bersetuju untuk menyerahkan kepada PAS dan PKR untuk menentukan calon di Rompin dan Permatang Pauh. 

pakatan rakyat

PETALING JAYA: Pas tidak akan bertanding di Permatang Pauh walaupun penyokongnya tidak setuju dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat (PR) pada Isnin.

"Mesyuarat bersetuju untuk menyerahkan kepada parti yang bertanding untuk menentukan calon di Rompin dan Permatang Pauh.


"PKR dan Pas telah membentangkan keputusan parti masing-masing kepada Majlis Setiusaha, (Bahawa) nama calon-calon tersebut akan diumumkan oleh parti berkenaan dalam masa terdekat," kata Majlis Setiausaha PR dalam satu kenyataan bersama.

Majlis Setiausaha PR diwakili Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali; Setiausaha PKR, Rafizi Ramli dan Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook.

Menurut kenyataan bersama itu, Majlis Setiausaha PR turut berikrar untuk bekerjasama dalam mengerakkan jentera parti bagi memastikan calon PR menang di kedua-dua Pilihan Raya Kecil (PRK) itu.

Badan bebas selepas Najib turun - FMT Reporters

Posted: 20 Apr 2015 08:30 AM PDT

Menurut Datuk Husam Musa sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak diturunkan sebagai Perdana Menteri, satu badan ombudsman atau hisbah tertinggi negara diperlukan sebagai jaminan supaya kesilapan sama tidak berulang. 

husam-mahathir

PETALING JAYA:Datuk Husam Musa mencadangkan Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai pengerusi pertama satu badan ombudsman atau hisbah tertinggi negara untuk membanteras salah guna kuasa yang dilakukan pihak kerajaan.

Beliau yang juga Naib Presiden Pas itu berkata, sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak diturunkan sebagai Perdana Menteri, mekanisma itu diperlukan sebagai jaminan supaya kesilapan sama tidak berulang.

Atas natijah itu, Husam berpandangan Dr Mahathir perlu maju setapak dengan memperkenalkan pendekatan itu tidak kira siapa yang meneraju sama ada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR).

"Jika kita izinkan ia berlalu tanpa ditegur, satu demi satu penyelewengan sepertinya akan berulang.

"Bukankah itu satu kemungkaran? Sesiapa yang melihat kemungkaran, ia wajib membetulkan nya.
"Jika kita tidak berupaya membetulkan nya dan Tun M berani membetulkan nya, atas apa jua motifnya – paling tidak kemungkaran itu dapat dihentikan.

"Atas dasar itu, kenapa tidak kita membantu Tun M dalam isu ini," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Zahid, Khalid bercanggah isu demo anti salib - FMT Reporters

Posted: 20 Apr 2015 08:00 AM PDT


Zahidi Hamidi berkata peserta boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan tetapi Ketua Polis Negara pula berkata tindakan tidak boleh diambil kerana tiada unsur hasutan.


zahid hamidi

SERDANG: Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara memberi kenyataan berhubung peserta demi anti-salib di Taman Medan, Petaling Jaya pada Ahad lalu.

Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi berkata, peserta itu boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan.

"Mereka akan diambil tindakan di bawah Akta Hasutan 1948," katanya dalam satu sidang media di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) pada Isnin.

Ahmad Zahid berkata, kejadian seperti itu menunjukkan Malaysia masih memerlukan Akta Hasutan.
"Akta Hasutan ini bukannya melindungi agama Islam sahaja, tetapi melindungi agama lain termasuk Kristian," ujar beliau.


Bagaimanapun, Tan Sri Khalid Abu Bakar pula memberi kenyataan bertentangan di mana peserta terlibat tidak akan dikenakan Akta Hasutan kerana tidak melibatkan unsur hasutan.

Katanya, kejadian itu tidak menyentuh isu agama sebaliknya ia hanya merupakan isu masyarakat tempatan.

"Kami tidak melihat apa-apa isu yg berbentuk menghasut. Ini bukan isu menyentuh agama atau agama kristian. Ini cuma bantahan masyarakat di sana tentang kedudukan gereja itu," tegas Khalid.

NAK CONDEMN? NAK LABEL? DENGAR DULU DAN NILAIKAN

Posted: 20 Apr 2015 07:30 AM PDT

Pagi yang hening dan tenang.


Isnin, 1 Rejab, 1436


Tak dapat datang, dengar dari pedas fm pada tarikh berkenaan.

GADIS CINA DEDAHKAN 90% KEDAI HANDPHONE CINA TIPU??

Posted: 20 Apr 2015 07:00 AM PDT


Susulan dari kejadian lelaki warga asing dibelasah peniaga Cina di The Mines, Serdang semalam, seorang lelaki gadis cina, Stephanie Tan, tampil mendedahkan peniaga telko Cina seringkali menipu pelanggan.

Stephanie, bekas pekerja kedai telefon itu berkata, hampir 90% kedai telefon yang dimiliki oleh Cina menipu pelanggan mereka.

"I must say 90% kedai handset dimiliki oleh Cina memang penipu. I sendiri kerja di kedai handset dan saya tahu taktik bos I untuk menipu customer.

"I pun tak faham, kenapa perlu tipu? Nak untung tapi cari duit yang tak halal buat apa? I sedih kaum Cina saya sendiri buat macam tu," katanya dengan nada yang kesal dengan tindakan majikannya yang tidak bertanggungjawab.

Kenyataannya itu mendapat 215 likes di Facebook pada ketika berita ini ditulis.

"I give you all some tips. Next time if nak beli fon (hanphone) Lenovo, nak tahu dia original atau tidak, tengok pada kotaknya. If just putih kosong tulis Lenovo and what model, itu 'AP'. Original Lenovo, kotak dia ada gambar handset sekali. iPhone pula jgan beli AP set kat kedai. Kebanyakannya dah mati expired dengan Apple Store. That's why warranty kedai," dedahnya.

Tindakan gadis itu mendapat tentangan dari beberapa individu yang juga bertugas di bidang yang sama. Mereka menyelar tindakan Stephanie berbohong dan memintanya mengemukakan bukti yang mendakwa 90% kedai jual telefon bimbit yang dimiliki Cina itu menipu para pelanggan mereka.

Bagaimanapun, Stephanie meminta individu terbabit membuktikan kepadanya terlebih dahulu 90% kedai jual handset milik Cina tidak menipu selain dari mendakwa dia tidak gentar mendedahkan perkara itu kepada orang ramai.




"I don't give a f*ck if no one like me. At least I didn't lie to myself and other people," tegasnya yang juga mendedahkan Low Yat bukan tempat yang selamat untuk melabur duit membeli telefon bimbit berikutan sudah banyak aduan dari orang ramai.

Kes penipuan penjualan telefon bimbit sudah kerap berlaku dan ramai yang telah menjadi mangsa kepada para peniaga yang tamak ini. Meskipun telah banyak aduan yang dilaporkan, hanya sebilangan kecil saja yang telah dikenakan tindakan. Selebihnya, masih meneruskan operasi seperti biasa kerana para peniaga ini mempunyai 'cable' mereka sendiri.

Namun, bagi kami perkara ini mudah diselesaikan dengan satu cara dan gaya sahaja. Belilah smartphone dari wakil-wakil jualan lantikan sah dari pengeluar smartphone itu sendiri. Biarlah mahal sekali pun, yang penting anda berpuas hati dengan produk yang asli dan yang penting, tiada masalah sampingan. Jika cara dan gaya di atas itu membebankan, ukurlah baju di badan anda sendiri sekali lagi.

Contoh Elena Ceausescu: Dr. Maza sindir sape ni? Pemimpin rosak kerana Wanita Pertama

Posted: 20 Apr 2015 06:15 AM PDT

 

April 20, 2015 Menurut Dr Maza wanita mempunyai kehebatan dalam melakukan perancangan yang licik sehingga menyebab suami dan kaum lelaki mudah terpedaya. queencontrol

PETALING JAYA: Kerenah wanita yang memakai gelaran "First Lady" atau Wanita Pertama boleh menghancurkan kerjaya dan masa depan politik pemimpin negara.

Dalam status Facebook yang dimuat naik Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin memberikan contoh kepada yang berlaku kepada isteri bekas diktator Romania, Nocolae Ceausescu, Elena.

Menurutnya, rakyat negara berkenaan bangkit dan kemudian menjatuhkan hukuman mati ke pasangan berkenaan ekoran peranan isteri yang boros dan zalim.

Dalam tulisannya Dr Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr Maza turut memetik ayat al Quran tentang kehebatan wanita dalam melakukan perancangan sehingga menyebab suami terpedaya.

"Ini adalah perancangan kamu (kaum wanita), dan sesungguhnya perancangan kamu (kaum wanita) itu hebat". Surah Yusuf: 28.

Jelasnya, perkataan Arab yang al-Quran gunakan dalam dalam ayat berkenaan ialah "kaid" yang bermaksud perancangan yang mempunyai unsur licik dan muslihat.

"Sebab itu Louay Fatoohi dalam bukunya The Prophet Joseph menterjemahkan perkataan "kaid"sebagai scheme yang bermaksud tindakan yang licik dan perancangan sulit yang kadang-kala membabitkan tipu daya. Kata beliau: "..this word, which I have translated as scheme means guile and plotting that could involve lies, as in this case", hurainya.

Mengulas lanjut fakta itu, Dr Maza menerangkan atas kelicikan itu, ramai lelaki yang tewas kepada wanita. Katanya, senjata rahsia wanita pada tubuh, bahasa dan jelingannya.

Walaupun bukan semua mereka ada kelebihan itu, namun bagi yang berkelebihan jika perangkapnya mengena, sukar untuk lelaki terlepas daripadanya, kecuali mereka yang bertakwa.

"Untuk menjadikan wanita itu berfungsi dengan baik, suaminya juga hendaklah baik.

Jika tidak, kebaikan wanita akan hilang pada padangan suami yang songsang, seperti mana hilangnya kebaikan Asiah di mata firaun yang zalim. Suami yang baik juga, tidak akan dapat dilihat kemuliaannya di mata isteri yang jahat seperti isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut a.s," tulis beliau sebelum mengakhiri status yang dimuat naiknya.

Posted by mountdweller

Contoh Elena Ceausescu: Dr. Maza sindir sape ni? Pemimpin rosak kerana Wanita Pertama April 20, 2015 Menurut Dr Maza wanita mempunyai kehebatan dalam melakukan perancangan yang licik sehingga menyebab suami dan kaum lelaki mudah terpedaya. queencontrol PETALING JAYA: Kerenah wanita yang memakai gelaran "First Lady" atau Wanita Pertama boleh menghancurkan kerjaya dan masa depan politik pemimpin negara. Dalam status Facebook yang dimuat naik Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin memberikan contoh kepada yang berlaku kepada isteri bekas diktator Romania, Nocolae Ceausescu, Elena. Menurutnya, rakyat negara berkenaan bangkit dan kemudian menjatuhkan hukuman mati ke pasangan berkenaan ekoran peranan isteri yang boros dan zalim. Dalam tulisannya Dr Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr Maza turut memetik ayat al Quran tentang kehebatan wanita dalam melakukan perancangan sehingga menyebab suami terpedaya. "Ini adalah perancangan kamu (kaum wanita), dan sesungguhnya perancangan kamu (kaum wanita) itu hebat". Surah Yusuf: 28. Jelasnya, perkataan Arab yang al-Quran gunakan dalam dalam ayat berkenaan ialah "kaid" yang bermaksud perancangan yang mempunyai unsur licik dan muslihat. "Sebab itu Louay Fatoohi dalam bukunya The Prophet Joseph menterjemahkan perkataan "kaid"sebagai scheme yang bermaksud tindakan yang licik dan perancangan sulit yang kadang-kala membabitkan tipu daya. Kata beliau: "..this word, which I have translated as scheme means guile and plotting that could involve lies, as in this case", hurainya. Mengulas lanjut fakta itu, Dr Maza menerangkan atas kelicikan itu, ramai lelaki yang tewas kepada wanita. Katanya, senjata rahsia wanita pada tubuh, bahasa dan jelingannya. Walaupun bukan semua mereka ada kelebihan itu, namun bagi yang berkelebihan jika perangkapnya mengena, sukar untuk lelaki terlepas daripadanya, kecuali mereka yang bertakwa. "Untuk menjadikan wanita itu berfungsi dengan baik, suaminya juga hendaklah baik. Jika tidak, kebaikan wanita akan hilang pada padangan suami yang songsang, seperti mana hilangnya kebaikan Asiah di mata firaun yang zalim. Suami yang baik juga, tidak akan dapat dilihat kemuliaannya di mata isteri yang jahat seperti isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut a.s," tulis beliau sebelum mengakhiri status yang dimuat naiknya. Posted by mountdweller

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Muhyiddin perlu singkir Najib.

Posted: 20 Apr 2015 05:30 AM PDT



Muhyiddin boleh meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri tetapi masih kekal sebagai Timbalan Presiden UMNO sebagai bantahan kepada Najib untuk meletak jawatan Muhyiddin-Yassin_najib_600

PETALING JAYA: Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta mengambil tindakan lebih berani selepas secara terbuka menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa beliau tidak sendirian dalam menyuarakan kebenaran.

Kenyataan yang dibuat pada Ahad dianggap sebagai isyarat bahawa beliau sudah hilang kepercayaan kepada Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Muhyiddin bukan lagi setakat menghormati hak Tun Mahathir dalam mengkritik dan menanyakan soalan sebagaimana yang pernah disebutnya sebelum ini, tetapi sudah meletakkan dirinya bersama-sama dengan apa yang diperjuangkan oleh bekas Perdana Menteri itu," komen Shahbudin Husin dalam blognya.

Selari dengan kenyataan yang dibuatnya, Muhyiddin dikatakan perlu mengulangi peranan sebagaimana yang pernah dimainkannya dalam mempercepatkan pengunduran jawatan Tun Abdullah Badawi pada 2008 dahulu.

Shahbudin yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa berpandangan, Muhyiddin perlu mengatur langkah seterusnya, sama ada secara terbuka menuntut Najib berundur seperti yang dimahukan oleh Dr Mahathir atau mula mengumpul kekuatan di kalangan pemimpin UMNO seluruh negara untuk bersama-sama dengannya.

Bagi memberi lebih tekanan kepada Najib dan menyokong tuntutan yang dibuat Dr Mahathir, beliau perlu menghadirkan diri dalam setiap program jelajah bersama bekas Perdana Menteri itu.

"Untuk lebih drastik, sebagai tanda hilang kepercayaan itu, Muhyiddin boleh juga meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri tetapi masih kekal sebagai Timbalan Presiden UMNO.

"Jika tidak, perjuangan kebenaran ini mungkin akan memakan masa yang lebih lama dan belum tentu dapat dipastikan akan berjaya atau sebaliknya kerana Perdana Menteri tidak semudah itu mahu mengalah atau berundur,"katanya.

Tegasnya, Muhyiddin tidak perlu risau dengan sokongan rakyat kerana mereka tidak sabar untuk melihat Najib disingkir kerana terlalu banyak onar yang ditimbulkannya dalam mentadbir negara.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Mahathir Dedah Rahsia BN Yang Disembunyikan Selama Ini?

Posted: 20 Apr 2015 04:45 AM PDT

 
Mahathir Dedah Rahsia BN Yang Disembunyikan Selama Ini? Dr Mahathir Mohamad hari mendakwa 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara tidak langsung meniru slogan Malaysian Malaysia DAP.

Mahathir berkata, slogan 1Malaysia diperkenal untuk mendapatkan sokongan masyarakat Cina dan India selepas diberitahu bahawa golongan itu menolak Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana Dasar Ekonomi Baru.

"Untuk memenangi kembali sokongan mereka Najib perlu ketepikan tindakan afirmatif dan harus dilihat lebih menyokong Cina dan India.

Mahathir Dedah Rahsia BN Yang Disembunyikan Selama Ini?

"Dia kurangkan tempat Bumiputera di universiti kerajaan walaupun angkanya di universiti swasta dan kolej berkembar, bumiputera kurang daripada 10 peratus.

"Kontraktor bumiputera dan perniagaan kecil tidak lagi digemari kerajaan. Banyak terpaksa gulung tikar.

"Tanpa banyak kata-kata, dia ambil slogan pembangkang Malaysian Malaysia, tetapi hanya gelarkannya 1Malaysia," katanya.

Dr M selar gaya hidup 'mewah' PM, Rosmah

Posted: 20 Apr 2015 04:01 AM PDT


Dalam siri serangannya pada Datuk Seri Najib Razak, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini pertama kali mensasarkan isteri perdana menteri Rosmah Mansor secara langsung.

"Banyak perkara berkaitan tingkah laku peribadinya yang saya fikir tidak betul.

"Tetapi saya sedia abaikannya, kecuali gaya hidup dia dan isterinya," katanya.

Isu Rosmah yang sering dituduh sebagai boros dan gemar membeli barangan mewah, turut mendapat perhatian akhbar antarabangsaNew York Times.

Pejabat Perdana Menteri dilapor menyebut perbelanjaan mewah Najib dan keluarganya berpunca daripada harta pusaka.

Saudara kandungnya bagaimanapun mengeluarkan kenyataan bahawa allahyarham Tun Abdul Razak berjimat cermat.

Rosmah juga dispekulasikan menyebabkan hubungan Najib dan saudaranya berselisih. Bagaimanapun ia telah pun dinafikan.

Tak boleh lagi biarkan Najib

Sementara itu, Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno berkata beliau tidak boleh lagi membiarkan Najib dalam isu syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Bila dia tak boleh jelaskan ke mana bilion ringgit dibelanjakan, dan penglibatannya dalam pengurusan 1MDB yang menjadi tanda tanya rakyat, saya rasa dia sudah tak mampu menjadi perdana menteri negara ini," katanya.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau bercadang mendedahkan bagaimana Najib kehilangan berbilion ringgit dalam tulisannya akan datang.

- mkini