Sabtu, 18 April 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Pas Bukit Gelugor tolak Hadi, kekalkan Mat Sabu Ahmad Harith

Posted: 18 Apr 2015 11:00 PM PDT

 

GEORGETOWN - Pas kawasan Bukit Gelugor mencalonkan bekas Naib Presiden Pas, Ahmad Awang untuk bertanding jawatan presiden, yang kini disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Yang Dipertuanya, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, melalui undian semalam semua anggota sebulat suara mencalonkan Ahmad untuk jawatan itu dan mengekalkan Mohamad Sabu untuk jawatan timbalan presiden.

"Keputusan untuk mencadangkan Ustaz Ahmad Awang sebagai presiden adalah berpandukan beberapa faktor antaranya beliau adalah tokoh yang memulakan inisiatif gabungan kerajaan antara Pas, DAP dan PKR di Perak pada tahun 2008, walaupun ketika itu Umno mengajak untuk membentuk kerajaan.

"Sikapnya yang tegas kerana memenuhi aspirasi rakyat yang menolak BN (Barisan Nasional) adalah amat dihargai. Penghayatan beliau kepada aspirasi pakatan rakyat lebih mendalam dan mampu menjalin hubungan yang baik selain berprinsip dengan rakan komponen pakatan rakyat," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mujahid, yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang berharap pencalonan itu dapat melonjakkan Pas ke hadapan.

Di samping itu, mesyuarat turut sepakat memilih Mujahid, Datuk Husam Musa dan Salahudin Ayob untuk jawatan Naib Presiden. - Bernama

(Video) Pas diambang perpecahan... - Khalid Samad

Posted: 18 Apr 2015 10:00 PM PDT



Lelaki Sarawak Ini Sahut Cabaran Rani Kulup Untuk Bertumbuk

Posted: 18 Apr 2015 09:15 PM PDT



Kuala Lumpur – Seorang pengguna Facebook dari Sarawak, Kris Iskandar mencabar Presiden, Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdulah untuk bertumbuk kerana dikatakn tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dilemparkan sebelum ini.

Cabaran Kris itu dikatakan sebagai reaksi terhadap tajuk artikel "Abdul Rani Kulup Ugut Akan Menumbuk Sesiapa Yang Hina Dan Kritik Najib Razak" yang disebarkan di laman sosial Facebook dan Whatsapp.

"Cabaran disambut baik, kalau dia mau, kalau dia berani… katakan sahaja bila dan dimana. Dia jual saya beli.

"Pecah muka terabur gigi, dia tanggung sendiri. Itu cermin mata sya ambik gantung kat rumah panjang. Cincin dan jam saya jual lelong. Bukan nak takbur. Tapi orang dah jual saya beli" ujarnya di laman Facebooknya.

Sementara itu Abdul Rani ketika dihubungi SuaraTV menafikan kenyataan tersebut dikeluarkan oleh pihaknya.

"Saya merasa begitu kecewa apabila ada pihak-pihak yang tidak bertanggung mengunakan nama saya sehingga mewujudkan persepsi yang buruk terhadap diri saya.

"Kenyataan di dalam artikel itu merupakan fitnah dan berniat jahat terhadap diri saya" ujarnya kepada SuaraTV sebentar tadi.

Abdul Rani turut menjelaskan, satu laporan telah dibuat di Balai Polis Dang Wangi berhubung artikel tersebut bagi membersihkan nama dan imejnya.

"Saya telah membuat satu laporan polis tengah hari tadi berhubung artikel fitnah tersebut dan menggesa satu siasatan dijalankan.

"Saya juga ingin menegaskan laman Facebook 'Abdul Rani Kulup Fans' bukan milik saya, ia diwujudkan semata-mata untuk memfitnah dan memburuk-burukan diri saya.

"Saya merayu agar mereka yang tidak berrtanggungjawab ini berhenti dari menghasut dan menfitnah diri saya sehingga menimbulkan salah faham di kalangan masyarakat.

-suaratv

(VIDEO) - Hudud: PAS Tertipu Akibat Tak Dengar Nasihat Yusof Qardhawi

Posted: 18 Apr 2015 08:30 PM PDT

 


Kelantan perlu hantar semula notis RUU persendirian

Kerajaan Negeri Kelantan perlu menghantar semula notis untuk membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan rang undang-undang berkaitan hudud itu dibahaskan pada persidangan akan datang, kata Pengerusi Teknikal Jawatankuasa Kanun Jenayah Syariah II Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata ini berikutan usul berkenaan tidak sempat dibentangkan dan dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat yang berakhir Khamis lepas setelah bersidang selama 20 hari.

"Setiap kali penggal persidangan Parlimen (berakhir), usul (yang tidak sempat dibentangkan dan dibahaskan) kena dimasukkan (hantar notis) balik ... kena beri notis 14 hari sebelum hendak bentang (sebarang usul).

"Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan serahkan notis bagi membentangkan usul berkenaan selepas Parlimen mengeluarkan notis kepada anggota Parlimen untuk persidangan Dewan Rakyat yang akan datang,"
katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kota Darul Naim di Kota Bharu hari ini.

Abdul Hadi yang juga ahli Parlimen Marang sebelum ini telah mengemukakan notis bagi pembentangan usul berkenaan di Dewan Rakyat pada 18 Mac lepas yang akan membolehkan beliau membentangkan rang undang-undang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 bagi membuka laluan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Rang undang-undang persendirian itu telah dimasukkan sebagai perkara terakhir (No.24) untuk dikemukakan kepada mesyuarat pada 7 April lepas namun tidak sempat dibentang untuk perbahasan sehingga Dewan Rakyat ditangguhkan pada 9 April.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015), atau hudud pada 19 Mac selepas disokong oleh 44 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk 12 ADUN BN.

Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata PAS akan mengadakan perbincangan dengan menteri bertanggungjawab yang akan bertindak sebagai pencadang dan usul berkenaan juga perlu mendapat sokongan 15 anggota Dewan Rakyat sebelum boleh dibahas.

"Apa-apa pun mesti ada persetujuan daripada kerajaan, tak boleh lari. Bukan isu hudud (rang undang-undang persendirian) sahaja, malah isu-isu lain juga," katanya.

Mengulas kenyataan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng yang enggan mengadakan sebarang mesyuarat dengan PAS selepas berakhirnya pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh dijadual 7 Mei ini, anggota Jawatankuasa (AJK) PAS pusat itu berkata tindakan tersebut hanya merugikan pakatan pembangkang.

"Kalau pakatan pembangkang tak ada hubungan jadi yang rugi semua parti bukan PAS sahaja, DAP pun rugi, PKR pun rugi, jangan ingat PAS sahaja yang terjejas.

"Tidak timbul isu PAS keluar daripada pakatan pembangkang... benda itu jelas. Muktamar masih lagi berpegang kami (PAS) masih lagi (dalam) pakatan pembangkang. Soal orang nak bekerjasama itu adalah soal lain, tapi kami masih lagi dalam pakatan pembangkang," tegas Mohd Amar. - Bernama


[VIDEO] Al-Qardhawi: Tegakkan Kehidupan Islam Dahulu, Bukan Hudud

Bangunkan Islam sebelum laksana hudud Oleh Shamsul Muda

Bicara al-Allamah Yusuf al-Qaradhawi, pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia tentang 'Hudud Dalam Wacana Feqh Masa Kini' yang disiarkan oleh setesen satelit, al-Jazeera, telah memberikan garis panduan asas berkenaan kaedah perlaksanaan hukum tersebut dalam masyarakat.

Garis panduan tersebut-yang dirumuskan daripada pengamatan beliau terhadap pendekatan Nabi SAW dalam melaksanakan hukum hudud-sangat penting dari segi menyatukan pandangan umat Islam hari ini dalam soal kaedah perlaksanaan hukum tersebut.

Atau paling kurang, merapatkan jurang perselisihan pandangan berhubung soal ini.

Trend semasa wacana hudud di negara ini memperlihatkan, pihak-pihak yang memperkatakan tentang perlaksanaan hukum hudud atau yang berusaha melaksanakannya, kurang memberi perhatian terhadap kaedah atau pendekatan yang digunakan Nabi SAW dalam melaksanakan hukum itu.

Trend ini sedikit sebanyak telah menyumbang kepada pelebaran jurang perbezaan pendapat berhubung soal ini.

Merujuk kepada kaedah Nabi SAW melaksanakan hukum hudud, Qaradhawi telah mengetengahkan satu fakta, yang barangkali boleh 'mengejutkan' sesetengah pihak.

Fakta itu menyatakan, 'sebelum Nabi SAW melaksanakan hukum hudud, Baginda terlebih dahulu menegakkan Islam secara keseluruhannya, yakni menegakkan kehidupan Islam'.

Jelas tersurat, fakta ini bermakna, perlaksanaan hukum hudud adalah peringkat atau 'projek' terakhir dalam agenda perlaksanaan Islam.

Dalam ungkapan yang lebih jelas-seperti yang dinyatakan Qaradhawi- "dasar [berkenaan perlaksanaan hudud ialah] tidak dilaksanakan [hukum] hudud melainkan apabila kita telah melaksanakan-seperti yang telah saya katakan-ajaran-ajaran Islam keseluruhannya yang berkaitan akidah, syariat, akhlak, tata susila dan nilai-nilai [murni], kita bangunkan masyarakat Islam, dalam keadaan ini, kita laksanakan [hukum] hudud".

Kenyataan Qaradhawi ini secara tidak langsung menidakkan pandangan yang melihat 'perlaksanaan hudud' sebagai 'agenda teratas' dalam sesebuah negara Islam.

Penegasan ini sebaliknya menuntut sesebuah Negara Islam, melaksanakan hukum hakam Islam dan tuntutan-tuntutan Islam yang lain terlebih dahulu, sebelum mengambil langkah untuk melaksanakan hukum hudud.

Gambaran yang jelas tentang kuantiti hukum hakam dan tuntutan-tuntutan Islam ini boleh diperolehi melalui tinjauan ke atas pembahagian ulama terhadap jenis-jenis hukum hakam Islam.

Syaikh Abdul Wahab Khalaf umpamanya, membahagikan hukum hakam yang dinyatakan al-Quran kepada tiga kategori induk, iaitu Hukum Hakam Akidah, Hukum Hakam Akhlak dan Hukum Hakam Amali. Iaitu hukum hakam berkaitan perbuatan manusia.

Hukum Hakam Amali ini pula terbahagi kepada dua bahagian yang besar, iaitu Hukum Hakam Ibadat dan Hukum Hakam Muamalat (transaksi).

Sementara itu, hukum hakam Muamalat pula dipecahkan kepada 7 bahagian, iaitu Hukum Hakam Kekeluargaan, Hukum Hakam Madani (sivil), Hukum Hakam Jenayah (hudud, qisas dan takzir), Hukum Hakam Perundangan, Hukum Hakam Kenegaraan, Hukum Hakam Antarabangsa dan Hukum Hakam Ekonomi (Abdul Wahab Khalaf (1998), Ilmu Usul al-Feqh, Mansurah : Darul Kalimah, ms.34-35).

Pembahagian ini memperlihatkan dengan jelas kedudukan hukum hudud sebagai salah satu juzuk daripada 'binaan' hukum hakam Islam yang besar, dan bukannya keseluruhan hukum hakam Islam itu sendiri.


Sementara kedudukannya dalam 'jadual' perlaksanaan pula ialah pada kedudukan atau tertib terakhir, seperti yang telah dinyatakan Qaradhawi.

Pandangan Qaradhawi ini turut dikongsi oleh Syaikh Muhammad Abdullah al-Khatib, seorang tokoh terkenal pergerakan Ikhwanul Muslimin masa kini, yang juga merupakan pengarang Risalah al-Ta'lim, Syarh Usul al-'Isyreen dan lain-lain.

Dengan ungkapan yang jelas, Muhammad Abdullah al-Khatib mengatakan,"hudud dalam Islam...datang pada [kedudukan] penghujung [proses] pensyariatan [hukum] kerana Islam lebih prihatin terhadap tangan manusia [daripada dipotong akibat mencuri], kehormatan, hak milik dan kehidupan mereka keseluruhannya".

Justeru, beliau menolak dakwaaan sesetengah pihak yang mengatakan perlaksanaan hukum hudud berada pada kedudukan teratas dalam 'jadual perlaksanaan Islam' berbanding hukum hakam yang lain.

Beliau menyatakan, "[hukum] hudud sebagaimana yang kamu lihat dengan syarat-syaratnya yang ketat, dan dengan [syarat] menyediakan keperluan-keperluan asas kepada setiap individu umat ini [sebelum melaksanakannya], datang pada [kedudukan] penghujung hukum hakam [Islam dari segi perlaksanaan], bukannya pada permulaannya, seperti yang didakwa sesetengah [pihak]". (Lihat http://www.ikhwanonline.com/new/Article.aspx?ArtID=82931&SecID=391)

Qaradhawi bagaimana pun tidak pula menyatakan dengan jelas, dalil yang menjadi asas kepada pandangan beliau ini. Namun, boleh difahami daripada bicara beliau ketika diwawancara oleh setesen satelit, al-Jazeera pada 10 Januari 2011 itu, dalilnya ialah waktu turun ayat-ayat yang memerintahkan perlaksanaan hukuman-hukuman hudud, iaitu zina, qazaf, mencuri, dan hirabah.

Menurut beliau, ayat-ayat tersebut-yang memerintahkan perlaksanaan hukum hudud- adalah antara ayat-ayat terakhir dan pertengahan dari segi urutan penurunannya. Kedudukan pada tertib pertengahan dan terakhir ayat-ayat ini dari segi urutan penurunan, membawa makna ia juga berada pada kedudukan dan urutan yang sama dari segi perlaksanaan.

Oleh sebab itu, beliau menyatakan, "sebelum dilaksanakan [hukum] hudud, beri makan [terlebih dahulu] kepada orang yang lapar, sediakan pekerjaan kepada penganggur, ajarkan orang yang jahil dan latih [para] pekerja. Mesti dilakukan ini [semua] sebelum melaksanakan [hukum] hudud".

Bagi menyokong pandangannya berhubung kaedah perlaksanaan hudud ini, Qaradhawi juga dilihat berdalilkan dengan hakikat bahawa Islam tidak beria-ia mahu menghukum manusia yang melakukan kesalahan hudud. Hakikat ini adalah jelas kerana amalan Nabi SAW dan hadis-hadis Baginda sendiri menyatakan hal ini.

Jika demikian, umat Islam perlulah bergerak seiring dengan amalan Nabi SAW dari segi mengelak mengenakan hukuman hudud, meskipun ke atas orang yang datang membuat pengakuan secara sukarela.

Ini boleh dilakukan dengan berusaha menghapuskan segala perkara yang boleh mendorong manusia melakukan kesalahan hudud, seperti desakan, tekanan dan keperluan hidup.

Dari sinilah, perlunya hukum hakam Islam berkaitan kewajipan menjaga kebajikan rakyat, sifat kebersamaan dan apa sahaja yang menjurus ke arah penghapusan dorongan-dorongan jahat itu, didahulukan sebelum dilaksanakan hudud.

Dengan berbuat demikian, umat Islam telah bergerak seiring dengan amalan Nabi dari segi berusaha mengelak sedaya mungkin daripada mengenakan hukum hudud ke atas pesalah.

Kesimpulannya, kaedah perlaksanaan hukum hudud-seperti yang dijelaskan oleh Qaradhawi-ialah mendahulukan perlaksanaan Islam secara keseluruhan terlebih dahulu, sebelum melaksanakan hukum Allah itu.

Justeru, dalam keadaan perlaksanaan Islam secara menyeluruh ini belum selesai dalam sesebuah Negara Islam, hudud bukan sahaja tidak dilaksanakan, bahkan tidak juga diwartakan sebagai undang-undang Negara yang boleh dilaksanakan, sehinggalah urusan perlaksanaan Islam secara menyeluruh tadi selesai dijayakan.

Demikianlah yang difahami daripada penjelasan dan kenyataan-kenyataan Qaradhawi yang turut disokong oleh Muhammad Abdullah al-Khatib, yang disertakan petikannya dalam tulisan ini.

Pemahaman ini nampaknya selaras dengan tindakan Syaidina Umar r.a menangguhkan perlaksanaan hukum hudud secara total pada musim kelaparan, meskipun di kalangan rakyatnya tentu ada orang yang kaya atau berada yang terselamat daripada bencana kelaparan tersebut.

Tidak ada pula pihak yang membantah tindakan beliau itu dengan berhujjah bahawa hukum hudud perlu diteruskan seperti biasa, dengan membebaskan orang yang sabit mencuri disebabkan kelaparan dan mengenakan hukuman hudud ke atas orang yang terbukti mencuri bukan kerana desakan kelaparan.

Syaidina Umar tidak berbuat demikian. Sebaliknya beliau menangguhkan perlaksanaan hudud di musim kelaparan secara total.

Syaikh Qaradahwi, dengan pandangannya berhubung kaedah perlaksanaan hukum hudud ini, sesungguhnya telah membuat satu anjakan penting dalam diskusi dan wacana hudud, iaitu membuka perbincangan berkenaan aspek berkaitan hukum hudud yang tidak dibincangkan secara serius di negara ini, iaitu kaedah perlaksanaan hukum hudud dalam masyarakat.

Semoga dengan pandangan tokoh besar Islam ini, wacana hudud di negara ini tidak terus dikurung atau dilihat dikurung dalam skopnya yang lama, yang hanya berlegar di sekitar kewajipan melaksanakan hukum hudud, keadilan hukum hudud, kesesuaiannya dalam masyarakat majmuk dan seumpamanya. 



Kelab Greenboc


Putrajaya perlu penuhi syarat Selangor bangunkan PR1MA, kata Azmin OLEH DIYANA IBRAHIM

Posted: 18 Apr 2015 08:00 PM PDT

Selangor akan setuju beri tanah kepada Putrajaya bagi pembinaan rumah PR1MA jika syarat diikuti, kta Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Selangor akan setuju beri tanah kepada Putrajaya bagi pembinaan rumah PR1MA jika syarat diikuti, kta Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Selangor hari ini menegaskan, kerajaan negeri hanya akan bersetuju memberi tanah kepada Putrajaya bagi pembinaan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sekiranya kerajaan persekutuan mengikuti syarat yang ditetapkan negeri.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata Selangor tidak pernah menolak projek PR1MA seperti dakwaan sesetengah pihak tetapi kurang bersetuju dengannya ketika ini.

Beliau berkata, ia tidak memberi laluan kepada PR1MA kerana objektif badan perumahan tersebut didakwanya tersasar daripada matlamat membina rumah mampu milik bagi kemudahan rakyat.

"Kita bukan tak nak bagi tanah kepada PR1MA, itu tidak betul. Beri kita bukti yang kita (kerajaan negeri) tolak permohonan PR1MA.

"Masalahnya, PR1MA membangunkan rumah terlalu mahal untuk rakyat miliki. Harga RM400,000 itu bukan rumah mampu milik, ia rumah mampu tengok," katanya pada sidang media selepas majlis pecah tanah dan pelancaran rumah Selangorku di Kampung Jawa, Klang hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan yang kerajaan negeri sebelum ini tidak memberikan tanah kepada Putrajaya untuk membina rumah di bawah projek PR1MA di Selangor.

Pada Disember tahun lepas, Azmin berkata, Selangor merancang membina rumah mampu milik berharga antara RM100,000 dan RM220,000 bagi memberi kelegaan kepada rakyat memandangkan projek kerajaan persekutuan PR1MA dianggap gagal.

Katanya, selain hakikat yang sehingga kini tiada satu pun unit rumah di bawah PR1MA yang dapat dilihat, harganya yang mencecah RM400,000 seunit disifatkan hanya sebagai rumah "mampu tengok".

Datuk Mohd Shamsudin Lias kemudiannya dilaporkan meminta Azmin berhenti berpolitik dalam isu itu dan sebaliknya menyediakan tanah secukupnya bagi pelaksanaan PR1MA, bukannya mempersoalkan tanggungjawab kerajaan pusat membinanya.

Kata bekas ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, Azmin perlu menunjukkan komitmen dalam perkara itu memandangkan hal ehwal pentadbiran serta premium tanah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, manakala syarat-syarat pembangunan pula di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT).

Azmin hari ini berkata kerajaan Barisan Nasional tidak boleh datang meminta tanah kerajaan negeri tetapi melakukan perkara yang bertentangan dengan dasar Selangor.

Beliau turut mempersoalkan keengganan PR1MA akur dengan syarat kerajaan negeri sedangkan situasi sama tidak berlaku apabila berurusan dengan syarikat pemaju lain seperti Sime Darby.

"Mengikut definasi kerajaan negeri, rumah mampu milik tidak lebih RM250,000. Kalau PR1MA nak terlibat dengan kerajaan negeri, mereka mesti patuh pada dasar kita.

"Kita tidak benarkan rumah mampu milik lebih RM400,000 sebab nanti bebankan rakyat atas faktor cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan kos sara hidup tinggi.

"Tanggungjawab kita sediakan perumahan, tetapi yang mampu dimiliki rakyat," kata ahli Parlimen Gombak itu.

Bagaimanapun, beliau juga mengakui kerajaan negeri tidak menerima sebarang permohonan rasmi dari Putrajaya untuk mendapatkan tanah bagi pembinaan PR1MA.

Bagaimanapun, Azmin berkata kerajaan negeri tetap bersedia mempertimbangkan permohonan PR1MA dengan syarat ia mesti mematuhi peraturan ditetapkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.

Katanya PR1MA juga tidak punyai pilihan selain akur dengan syarat kerajaan negeri kerana persetujuan meluluskan projek itu akan menyebabkan Selangor kehilangan hasil.

"Kita beri banyak insentif. Sebab itu Selangor kehilangan hasil, sebab premium kita turunkan, caj pembangunan ditangguhkan.

"Sebagai balasan, kerajaan persekutuan perlu mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan Lembaga Perumahan," katanya.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Gugurkan dakwaan menghasut jika tidak salah kritik kerajaan, kata Ambiga - OLEH LOOI SUE-CHERN

Posted: 18 Apr 2015 07:30 PM PDT

Bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, ramai yang ketika ini berdepan tuduhan menghasut kerana kesalahan mengkritik kerajaan, termasuk badan kehakiman, berhubung keputusan yang dijatuhkan.

Bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, ramai yang ketika ini berdepan tuduhan menghasut kerana kesalahan mengkritik kerajaan, termasuk badan kehakiman, berhubung keputusan yang dijatuhkan.

Dengan pindaan kepada Akta Hasutan 1948 yang membuatkan kini mengkritik kerajaan bukan lagi satu kesalahan, aktivis Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, kes mahkamah yang masih menunggu pertuduhan kerana tindakan mengkritik pentadbiran harus digugurkan.

Bekas presiden Majlis Peguam itu berkata, ramai yang ketika ini berdepan tuduhan menghasut kerana kesalahan mengkritik kerajaan, termasuk badan kehakiman, berhubung keputusan yang dijatuhkan.

Jadi, bagi menunjukkan keikhlasannya, Putrajaya harus menggugurkan dakwaan ke atas mereka yang terbabit, katanya pada 'Forum Karpal Singh 2015' di George Town, Pulau Pinang, pagi ini.

Antara yang menghadapi tuduhan menghasut ialah kartunis politik terkenal Zulkiflee Anwar Ulhaque, lebih dikenali sebagai Zunar, yang berdepan 9 pertuduhan, dipercayai yang paling banyak dikenakan mengikut akta itu, berhubung tweetnya mengenai sabitan liwat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ambiga bagaimanapun ragu yang tindakan membatalkan peruntukan dalam akta itu akan betul-betul membenarkan orang ramai mengkritik kerajaan.

"Anda rasa anda betul-betul boleh kritik kerajaan? Iklim ketakutan itu ada. Kalau betul boleh, mengapa perdana menteri menyaman mereka yang mengkritik kerajaan?" soalnya pada forum anjuran Jawatankuasa Peguam Pulau Pinang itu.

Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor memulakan tindakan undang-undang terhadap pengkritik, termasuk ahli Parlimen pembangkang Rafizi Ramli dari PKR dan Tony Pua dari DAP.

Mereka dituduh memfitnah melalui kenyataan berhubung langkah kerajaan menghapuskan subsidi bahan api dan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib juga menyaman lidah rasmi PAS, Harakahdaily, kerana mengaitkan syarikat penerbitan filem anak tirinya Reza Aziz di Amerika Syarikat, dengan skandal 1MDB.

Ambiga berkata, terdapat banyak cara untuk menutup mulut orang, termasuk melalui undang-undang lain seperti Kanun Keseksaan yang menyatakan menjadi satu kesalahan menyerang demokrasi berparlimen.

Beliau berkata demikian menjawab soalan dari anak Karpal, Sangeet Kaur, berhubung pemansuhan peruntukan yang menganggap satu hasutan tindakan mengkritik kerajaan dan badan kehakiman.

Seorang lagi ahli panel forum, Presiden Majlis Peguam, Steven Thiru, bertanya bagaimana mengkritik kerajaan secara konstruktif boleh dianggap jenayah apabila kerajaan itu ditanggung oleh pembayar cukai.

Katanya, pemansuhan peruntukan itu bukan perkara besar kerana undang-undang itu memang sepatutnya tidak ada sedari awal.

Beliau berkata, dengan pindaan terkini yang dibuat atas Akta Hasutan, ia mewujudkan suasana ketakutan, sehingga ada peguam berkata: 'Saya harap apa yang saya katakan ini tidak menghasut'."

Katanya, Seksyen 298 Kanun Keseksaan mempunyai klausa yang sama, yang menjadikan suatu kesalahan dengan sengaja melukakan perasaan keagamaan orang lain, dan menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan, kebencian dan buruk sangka atas nama agama.

Satu-satunya perbezaan antara fasal di dalam Kanun Keseksaan dan yang di dalam Akta Hasutan ialah keperluan membuktikan niat yang terdapat dalam kanun itu, katanya.

Beliau juga berkata, walaupun undang-undang itu diperkenalkan British untuk menentang pemberontakan komunis antara 1948 dan 1957, tahun Malaya mencapai kemerdekaan, Akta Hasutan itu tidak digunakan walau sekali pun oleh British.

Thiru juga berhujah, penyelesaiannya bukan dengan mengekalkan Akta Hasutan atau memindanya apabila orang lain tidak lagi mengambil berat mengenainya, dan mengekalkan keharmonian dalam masyarakat yang bercampur dengan mewujudkan undang-undang menangani kelakuan pelampau dan ucapan kebencian.

Forum itu dianjurkan sebagai mengenang veteran pembangkang Karpal Singh, yang merupakan seorang peguam terkenal di Pulau Pinang, yang terbunuh dalam satu kemalangan di Perak pada 17 April tahun lepas. – 18 April, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Bukan saya calon Permatang Pauh, kata Nurul Nuha OLEH MUZLIZA MUSTAFA

Posted: 18 Apr 2015 07:00 PM PDT


Nurul Nuha Anwar hari ini menafikan khabar angin yang mengatakan beliau akan bertanding mewakili PKR mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh bulan depan, tetapi berjanji akan hadir ketika kempen parti itu nanti.

"Tidak," kata anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim itu apabila ditanya sama ada beliau akan dinamakan sebagai calon untuk kerusi yang kosong selepas penyandangnya, iaitu bapanya, dijatuhkan hukuman penjara lima tahun susulan sabitan kes liwat.

Nurul Nuha, 31, berkata, beliau akan turut berkempen demi untuk bapanya, yang merupakan ketua umum PKR.

"Adik-beradik saya di sana sekarang untuk membantu berkempen. Saya akan pergi selepas ini. Saya mesti pergi. Ia kerusi bapa saya. Permatang Pauh penting," katanya ketika ditemui semasa kayuhan basikal #KitaLawan di Kuala Lumpur petang ini.

Pilihan raya kecil Permatang Pauh ditetapkan pada 7 Mei, dengan penamaan calon pada 25 April. PKR dijangka mengumumkan calonnya sehari sebelum itu.

Keluarga Anwar memohon pengampunan diraja daripada Agong untuk membebaskan Anwar tetapi petisyen permohonan itu ditolak, menyebabkan pilihan raya kecil terpaksa diadakan.

Anwar didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari. – 18 April, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Hadi beri jaminan kempen pemilihan Pas bersih FMT Reporters

Posted: 18 Apr 2015 06:30 PM PDT


hadi pilihanraya

Abdul Hadi yakin pihak yang menggunakan taktik kotor dalam pemilihan Pas akan tersingkir


KUALA LUMPUR: Pas memberi jaminan bahawa proses pemilihan parti itu Jun depan tidak akan dicemari kempen kotor.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga memberi amaran kepada pihak-pihak yang berniat jahat dan menggunakan taktik itu tidak akan terpilih

"Siapa yang buat kotor, mereka tidak akan dipilih," katanya sewaktu ditemui pemberita di di Kongress Profesional Muslim Se-Malaysia.

Kenyataan Abdul Hadi itu sekaligus menafikan dakwaan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas Asmuni Awi yang mendakwa kempen kali ini dicemari anasir kotor termasuk penerbitan buku yang melebelkan kelompok tertentu sebagai parasit dalam parti.

Abdul Hadi juga menyambut baik persaingan yang bakal diberikan golongan professional dalam parti itu dan menganggapnya ia akan membawa kebaikan kepada parti.

"Memang kita nak lebih baik. (Kepimpinan) yang sedia ada sudah baik, jadi yang baru kena lebih baik lagi," katanya.

Hadi pertahan tindakan bawa Hudud ke Parlimen Adam Abu Bakar

Posted: 18 Apr 2015 06:00 PM PDT

 
abdul hadi awang

Tindakan beliau sebagai Presiden membawa membawa usul berkenaan tanpa persetujuan barisan kepemimpinan di dalam parti bukan satu kesalahan.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan tindakannya membawa usul persendirian mengenai Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Pindaan 2015) ke Parlimen.

Katanya, tidak menjadi kesalahan sekiranya beliau selaku Presiden membawa usul berkenaan tanpa persetujuan barisan kepemimpinan di dalam parti.

Bahkan, katanya, parti komponen lain dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak seharusnya menjadikan perkara itu sebagai isu yang menyebabkan hubungan PAS dan DAP retak.

Beliau berkata, tindakannya yang menyerahkan notis agar Rang Undang-Undang Persendirian dibentangkan di Dewan Rakyat pada 18 Mac lalu juga merupakan suatu amalan biasa.

"Isu kuasa Mahkamah Syariah dan urusan yang berkaitan dengan agama Islam terutamanya di Kelantan adalah di bahawa bidang kuasa kerajaan negeri Kelantan," ujarnya sewaktu ditemui pemberita di Kongress Profesional Muslim Se-Malaysia pada Sabtu.

Abdul Hadi berkata, perbincangan di antara kerajaan Kelantan dan kerajaan Pusat juga tidak harus dijadikan isu oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

"Sewaktu kerajaan Pulau Pinang hendak membina jambatan kedua, mereka juga ada berunding dengan Kerajaan Pusat," katanya.

Usul berkenaan tidak berjaya dibentangkan di Parlimen yang berakhir 9 April lalu kerana kesuntukkan masa.

Sehubungan itu, Kerajaan Kelantan perlu menghantar semula notis untuk membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan rang undang-undang berkaitan hudud itu dibahaskan pada persidangan akan datang,

Apa sudah jadi himpunan #KitaLawan? FMT Reporters

Posted: 18 Apr 2015 05:30 PM PDT

 
kitalawan_basikal_3

#KitaLawan berbasikal mengelilingi bandar raya Kuala Lumpur bermula di Dataran Merdeka pada Sabtu hanya disertai 25 peserta termasuk Nurul Nuha Anwar.

KUALA LUMPUR: Apa sudah jadi dengan Perhimpunan #KitaLawan anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang semakin tidak mendapat sambutan.

Walaupun pelbagai usaha dan idea baru digunakan untuk menarik penyertaan orang ramai khususnya anak muda, namun ia masih gagal.

Terbaru, idea berarak menaiki basikal yang bermula di Dataran Merdeka pada Sabtu, hanya disertai 25 peserta termasuk anak Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha.

Begitupun, kumpulan anak muda ini yang memakai serba hitam tetap bersemangat mengelilingi bandar raya dengan memakai baju serba hitam yang tertera 'Kita lawan sampai menang'.

Biarpun sambutan dingin, Sekretariat #KitaLawan optimis anak muda menyokong misi yang dibawa iaitu menentang GST yang membebankan rakyat.

Anggota Sekretariat, Akmal Nasir berkata, bilangan peserta bukan ukuran kerana aktiviti ini dikongsi pengguna laman sosial.

"Kehadiran peserta kali ini berkemungkinan disebabkan mereka tidak memiliki basikal selain sibuk di hujung minggu," katanya.

Dia berkata, himpunan #Kitalawan akan tetap diteruskan setiap minggu dan pada minggu hadapan akan diadakan di Pahang dan Pulau Pinang sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh.

Umno Kedah sokong penuh PM dan Mukhriz

Posted: 18 Apr 2015 05:00 PM PDT

 
 
Badan Perhubungan Umno Kedah hari ini menyatakan sokongan penuh dan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga presiden Umno dan Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang membuat kenyataan itu turut meminta Mukhriz membatalkan cadangan untuk memberikan kenyataan pada 24 April ini di Kuala Lumpur.

"Mesyuarat juga bersetuju supaya Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak membuat sebarang kenyataan berkaitan isu ini kerana kami memahami situasi beliau. Kita bersetuju untuk membatalkan mesyuarat Perhubungan Umno Kedah pada 24 April itu," katanya.

Terdahulu, badan perhubungan Umno Kedah mengadakan mesyuarat khas di kediaman rasmi Mukhriz di Seri Mentaloon di Alor Setar yang turut dihadiri oleh ADUN daripada Barisan Nasional (BN).

Mesyuarat itu bermula pada 12 tengah hari dan berakhir kira-kira dua jam kemudian dan dipengerusikan sendiri oleh Mukhriz, yang juga pengerusi badan perhubungan itu.

Mukhriz tidak berada di sidang media itu.

Kesemua ketua Umno bahagian hadir pada mesyuarat khas hari ini kecuali Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling), Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Jerai), dan Datuk Mohd Johari Baharom (Kubang Pasu).

ADUN BN yang tidak hadir ialah Datuk Ahmad Lebai Sudin (Bukit Lada).

Menurut Ahmad Bashah, mereka yang tidak menghadiri mesyuarat hari ini kerana berada di luar negara dan telah menghantar wakil masing-masing.

Katanya, mesyuarat khas hari ini juga mengambil ketetapan menghormati pandangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan mahukan beliau memberi masa kepada Najib untuk menangani perkara yang dibangkitkannya.

Ahmad Bashah yang juga timbalan menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan berkata, mesyuarat juga menyokong tindakan perdana menteri meminta Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) melakukan audit terhadap syarikat pelaburan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), antara isu utama yang ditimbulkan Dr Mahathir.

Tentang perpaduan Umno Kedah, katanya, soal itu tidak berbangkit dan mesyuarat khas menyatakan perpaduan UMNO negeri tetap kukuh dan menyokong
sepenuhnya kepimpinan perdana menteri dan Mukhriz sebagai menteri besar.

Mengenai sama ada Umno Kedah akan mengambil tindakan terhadap ADUN Bukit Lada mengenai kenyataannya mahukan Mukhriz meletak jawatan sekiranya gagal menyokong perdana menteri, beliau berkata, itu terpulang pada Ibu Pejabat Umno.

Menurutnya, kenyataan Ahmad itu merupakan kenyataan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak lain.

- Bernama
 

Siapa ada maklumat kes Altantuya, sila tampil, kata Musa Hassan

Posted: 18 Apr 2015 04:30 PM PDT

Zack Ahmad's photo. Dalam temu bual eksklusif dengan akhbar milik Umno, New Straits Times (NST), bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan mempertahankan siasatan ke atas kes itu 9 tahun lalu dan berkata, melainkan jika terdapat maklumat baru tentang pembunuhan itu, ia tidak boleh dibuka semula. 

Dalam temu bual eksklusif dengan akhbar milik Umno, New Straits Times (NST), bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan mempertahankan siasatan ke atas kes itu 9 tahun lalu dan berkata, melainkan jika terdapat maklumat baru tentang pembunuhan itu, ia tidak boleh dibuka semula. 

Hanya 4 hari selepas menggesa polis membuka semula kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan kini berpatah balik dalam kata-katanya.

Dalam temu bual eksklusif dengan akhbar milik Umno, New Straits Times (NST), Musa mempertahankan siasatan ke atas kes itu 9 tahun lalu dan berkata, melainkan jika terdapat maklumat baru tentang pembunuhan itu, ia tidak boleh dibuka semula.

"Mereka sudah menyiasat kes itu dengan teliti dan dengan bukti yang mereka dapati, 3 orang didakwa di mahkamah," beliau dipetik sebagai berkata.

"Jika sesiapa mempunyai maklumat baru mengenai kes itu, dia hendaklah membuat laporan supaya siasatan dapat dimulakan."

Musa, yang merupakan ketua polis semasa kemuncak kes itu, dilaporkan sebagai berkata, beliau berpuas hati dengan cara kes itu dikendalikan dan oleh itu, tidak melihat keperluan membabitkan orang lain dalam pembunuhan itu.

Dalam laporan NST itu, Musa juga menafikan terdapat sebarang campur tangan daripada pihak lain dalam tempoh siasatan itu.

"Tidak setahu saya."

Musa sebelum ini memberitahu The Malaysian Insider, polis perlu menjawab soalan yang dikemukakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kes itu.

Katanya, Dr Mahathir tidak sepatutnya dipersalahkan kerana bertanyakan soalan ataupun dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan seperti dituntut sesetengah pihak.

"Sekarang ini Dr Mahathir tidak melakukan kesalahan. Nak siasat beliau (Dr Mahathir) kenapa?

"Beliau (Dr Mahathir) hanya tanya, siapa yang memberi arahan (pembunuhan Altantuya)? Adakah itu dianggap hasutan?

"Beliau hanya nak tahu siapa mengarah. Jadi, siasatan kalau boleh, menjuruskan kepada untuk mendapat jawapan, ataupun siapa yang mengarah," katanya.

Bagaimanapun, Musa dalam laporan NST itu berkata, beliau tidak meminta polis membuka semula kes itu tetapi sebaliknya meminta mereka yang mempunyai maklumat baru tampil ke hadapan.

"Apa yang saya maksudkan ialah merujuk kepada kenyataan timbalan menteri dalam negeri yang siasatan secara senyap sudah dimulakan terhadap Dr Mahathir," beliau dipetik sebagai berkata.

Musa juga berkata, beliau maksudkan jika polis memang menyiasat Dr Mahathir, mereka perlu menjawab soalan-soalan yang diajukannya mengenai kes Altantuya itu.

Dr Mahathir bertanya siapa yang memberi arahan membunuh itu kepada dua anggota polis yang disabitkan bersalah, sambil menjelaskan, beliau tidak menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membunuh Altantuya. – 18 April, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.
 

Layanan Pak Lah lebih baik FMT Reporters

Posted: 18 Apr 2015 09:00 AM PDT

 
Shahbudin-Husin_najib_600

Ketika menjadi Perdana Menteri, Pak Lah masih menegur Tun Dr Mahathir walaupun teruk dikritik

PETALING JAYA : Layanan yang diberikan Datuk Seri Najib Tun Razak ke atas Tun Dr Mahathir, selepas dikritik dikatakan lebih teruk berbanding dengan Tun Abdullah Badawi ketika beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kelima.

Menurut bekas Ketua Bahagian UMNO Setiawangsa, Shahbudin Husin, paling tidak penggantinya itu masih bertegur sapa dengan Dr. Mahathir.

"Setidak-tidaknya Pak Lah tidak pernah sampai tergamak tidak mahu bertegur sapa dengan Tun Mahathir," katanya dalam blog http://shahbudindotcom.blogspot.com

Katanya, pada pandangan umum, ketika Dr Mahathir cuba dikaitkan dengan Jambatan Bengkok, Najib sebaliknya dianggap mempunyai "hati yang bengkok".

Menurut Shahbudin, tindakan Najib membangkitkan semula isu pembinaan Jambatan Bengkok telah memalukan diri sendiri.

"Ini kerana melalui penjelasan Tun Dr Mahathir itu, beliau dianggap pemungkir janji, sanggup memberi alasan yang tidak dapat dibuktikan dan kemudian melayan bekas Perdana Menteri yang disanjung dunia itu secara tidak wajar, iaitu tidak menegur sapanya selama enam bulan," tulisnya.

Tambahnya, Najib juga tidak sedar bahawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sendiri pada tahun 2010 juga pernah menyuarakan hasrat supaya dibina semula jambatan itu untuk kepentingan negeri dan rakyat Johor.

GST jejas kesihatan warga emas Faiz Zainudin

Posted: 18 Apr 2015 08:30 AM PDT

 
izzah

GST menyebabkan warga emas tidak mampu membeli lampin dewasa dan ubat-ubatan dan mereka terpaksa mengurangkan perbelanjaan.

PETALING JAYA: Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) telah menjejaskan kualiti hidup dan kesihatan warga emas.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, GST telah menyebabkan kuasa beli golongan itu menurun mendadak kerana lampin dewasa turut dikenakan GST.

Malah, katanya, tidak semua ubat-ubatan bebas GST dan ini mendorong warga emas mengurangkan perbelanjaan sekali gus membebankan mereka yang kurang mampu.

"Majoriti warga emas yang saya temui mengeluh tentang kenaikan harga barang disebabkan oleh GST ini.

"Jelas, impak GST ini adalah lebih besar ke atas golongan yang berpendapatan rendah berbanding dengan golongan mahakaya, yang menunjukkan kegagalan kerajaan untuk memastikan rejim cukai yang baru ini sebagai rejim cukai yang progresif," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Ahli Parlimen Lembah Pantai menambah, golongan warga emas paling terkesan akibat GST kerana mereka tidak mempunyai pendapatan tetap dan tiada pekerjaan untuk menangung kos kehidupan harian.

Katanya, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) telah membuktikan harga barangan meningkat sebanyak 20 hingga 30 peratus lebih tinggi daripada harga dicadangkan kerajaan selepas GST.

Justeru, Nurul Izzah mendesak kerajaan segera membatalkan GST kerana terbukti ia membebankan rakyat.

Mahathir bersimpati dengan Najib - FMT Reporters

Posted: 18 Apr 2015 08:00 AM PDT

 
mahathir 1mbd nahib

Menurut Tun Dr Mahathir, kepimpinan Datuk Seri Najib yang lemah menyebabkan beliau terpaksa tunduk dengan Singapur.

PETALING JAYA: Lagi kenyataan sinis Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dikatakan terlalu lemah untuk mentadbir negara ini.

Faktor itu juga menyebabkan beliau tidak dapat meneruskan pembinaan Jambatan Bengkok yang menghubungkan Johor Bahru dengan Woodlands kerana terpaksa tunduk kepada Singapura.

Bagaimanapun dalam sidang akhbar selepas melancarkan 'Forum Antarabangsa: Menjenayahkan Perang, Menjana Keamanan' anjuran Yayasan Menjenayahkan Perang Kuala Lumpur (KLFCW) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), beliau menjelaskan dapat menerima alasan kegagalan Najib meneruskan cita-citanya.

"Saya simpati terhadap beliau kerana beliau amat lemah dan tidak membina jambatan tersebut. Oleh itu, saya maafkan beliau – tetapi apabila anda kehilangan wang dan tidak dapat menjelaskan di mana ia berada, saya rasa anda tidak kompeten untuk menjadi Perdana Menteri," kata Dr Mahathir.

Kenyataan kehilangan wang dibuat dengan merujuk kehilangan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibangkitkan beliau sebelum ini.

Pada sidang akhbar yang sama, sekali lagi Dr Mahathir meluahkan rasa bimbangnya terhadap masa depan UMNO menjelang pilihan raya umum yang akan datang. "Kita berdepan dengan pilihan ini: 

sama ada anda menyingkirkan seorang perdana menteri yang gagal dan akan menyebabkan Umno kalah pada pilihan raya akan datang atau anda ambil peluang sekiranya beliau undur diri, kita mungkin berpeluang menghidupkan semula Umno," katanya.

Meskipun Najib secara terbuka membuat kenyataan melalui program Soal Jawab Khas, terbitan TV3, bagi menangkis isu yang ditimbulkan Dr Mahathir, namun jawapan yang diberikan beliau dikatakan terlalu umum dan persoalan itu dilaporkan masih menimbulkan pertanyaan di kalangan rakyat Malaysia.

Zam bidas kenyataan Zaid FMT Reporters

Posted: 18 Apr 2015 07:15 AM PDT


 
zam zaid

Kenyataan Zaid yang mencadang Tun Dr Mahathir berganding bahu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggambarkan kegagalannya memahami nilai politik Tun M.

PETALING JAYA: Cadangan Datuk Zaid Ibrahim supaya Tun Dr.Mahathir berganding bahu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah suatu penghinaan terhadap nilai moral bekas Perdana Menteri.

Bekas Menteri Penerangan yang juga bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, kenyataan yang dibuat itu hanyalah khayalan.

"Seorang peguam tidak sewajarnya membiarkan sentimen peribadi menguasai diri sehingga beliau membuat suatu pembacaan politik yang salah meletakan Tun Dr.Mahathir sebagai political animal yang sangat liar ,seolah-olah Mahathir tidak mempunyai nilai moral dalam politik.

Apakah Zaid memikirkan Mahathir sanggup memaafkan orang yang telah memporak perandakan orang Melayu dan mengotori imej Islam di negara ini?" soalnya dalam tulisan terbaru beliau di http://zamkata.blogspot.com.

Sebelum ini, Zaid yang pernah menjadi Ahli Parlimen Kota Bharu mencadangkan agar Dr Mahathir berbaik semula dan bekerjasama dengan musuhnya itu bagi menjatuhkan Najib.

Penilaian itu dibuat selepas bekas Perdana Menteri menziarahi jenazah bapa Anwar, Allahyarham Datuk Ibrahim Abdul Rahman yang meninggal dunia awal bulan ini.

Kata Zam lagi, kenyataan yang dibuat itu menggambarkan kegagalan Zaid membaca nilai politik Dr Mahathir.

"Bahawa Mahathir menziarahi jenazah bapa Anwar Ibrahim bukanlah berarti Mahathir memaafkan dosa besar Anwar kepada UMNO dan orang Melayu tetapi adalah kerana menghormati rakan lamanya dalam politik.

"Allahyahham Pak Ibrahim adalah juga kawan saya kerana semasa beliau menjadi anggota Parlimen ,saya adalah pemberita yang sering meliputinya . 

 Allahyarham adalah seorang anggota Parlimen yang terbilang dan berkualiti dan seorang sahabat baik kepada Dr.Mahathir. Apakah kerana anaknya yang jahat maka seorang kawan tidak seharusnya menghormati sahabatnya?," bidas Zam.

Bekas TMB Pahang calon BN di Rompin

Posted: 18 Apr 2015 06:30 AM PDT

 
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menamakan bekas timbalan menteri besar Pahang, Datuk Hasan Arifin sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil Parlimen Rompin.

Muhyiddin mengumumkan pemilihan Hasan yang juga pemangku ketua bahagian Umno Rompin, di satu majlis di pusat gerakan pilihan raya kecil BN hari ini.


Pilihan raya kecil Rompin, yang dijadualkan pada 5 Mei, diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Jamaluddin Jarjis pada 4 April dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor.

Dalam pilihan raya umum ke-13 pada Mei 2013, Jamaluddin, yang juga pengerusi PR1MA, mengekalkan kerusi itu dengan menewaskan calon PAS, Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

Dalam usianya yang kini mencecah hampir 56 tahun, Hasan pernah menjadi timbalan menteri Besar Pahang pada tahun 1995 hingga 1999.

Hasan kemudian menjadi ketua pemuda Umno bahagian Pekan pada 1984 sebelum beralih ke Rompin, memegang jawatan yang sama pada 1986.

Hasan yang diberikan kepercayaan menerajui Umno bahagian Rompin pada 1990-2004, pernah menjadi ADUN Bukit Ibam dan anggota Exco kerajaan negeri.

Sementara itu, Bernama melaporkan Muhyiddin berkata, bagi menunaikan tanggungawab yang menuntut kepada gerak kerja yang lebih kuat, BN mengetengahkan tokoh politik yang berpengalaman dan tidak asing lagi bagi penduduk Rompin.

"Pucuk pimpinan parti telah memutuskan Hasan paling sesuai dan layak untuk bertanding mewakili BN di Parlimen Rompin atas banyak faktor, salah satunya pengalamannya cukup banyak dalam urusan dan pentadbiran parti dan kerajaan," katanya.

Majlis pengumuman itu turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin, dan Naib Ketua Umno Bahagian Datuk Seri Maznah Mazlan.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Muhyiddin berkata Hasan juga merupakan seorang tokoh yang telah melalui pelbagai peringkat jawatan dalam Umno, dan pernah memegang jawatan sebagai bekas timbalan menteri besar Pahang.

Berbekalkan pengalaman selama tiga penggal menjadi anggota dewan Undangan Negeri (Adun) Rompin, dan Bukit Ibam selama dua tiga penggal bermula 1982, selain pernah menjadi Exco kerajaan negeri, Hasan diyakini calon yang paling layak untuk mengangkat Rompin ke tahap yang lebih tinggi, kata Muhyiddin.

"Jadi kita fikir adalah sesuai untuk beliau meneruskan tradisi yang telah dimulakan oleh Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis kerana penerimaan penduduk tempatan adalah baik dan saya rasa ini adalah pilihan tepat," katanya.

PAS lancar jentera p'raya kecil Rompin

Posted: 18 Apr 2015 05:45 AM PDT


PAS menghadapi cabaran besar untuk mengalahkan BN dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin 5 Mei ini, kata ahli jawatankuasa kerja pusatnya Nasrudin Hassan Tantawi.

Beliau berkata bukanlah sesuatu yang mudah untuk mengatasi 15,114 undi majoriti yang diperoleh calon BN dalam pilihan raya umum lepas.

"Saya sedang memikirkan apa yang perlu dikatakan untuk memberi motivasi kepada jentera kita. Jumlah majoriti itu bukannya kecil, tetapi kita perlu yakin kita akan menang jika kita bekerja keras," katanya ketika melancarkan jentera parti itu untuk menghadapi PRK berkenaan di Felda Keratong 4 semalam.

Di majlis itu, Nasrudin, yang juga ahli Parlimen Temerloh, menyeru jentera PAS supaya bersedia mempromosikan sesiapa sahaja yang akan diumumkan sebagai calon PAS pada 20 April.

PRK Rompin diadakan berikutan kematian penyandang kerusi berkenaan, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis akibat nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 pada Mei 2013, Jamaluddin, yang juga pengerusi Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), mengekalkan kerusi yang disandang beliau selama 23 tahun itu setelah mengalahkan bekas ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh.

- Bernama

'Penuhi MOU atau berdepan tindakan undang-undang'

Posted: 18 Apr 2015 05:00 AM PDT

 
 
Hindraf berkata mereka bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak tidak penuhi memorandum persefahaman (MOU) yang ditandatangani sebelum pilihan raya umum ke-13.

Hari ini, Hindraf dalam surat kepada Najib, bertanyakan tentang kemajuan berhubung perjanjian itu sejak dua tahun lepas.

"Ini merupakan kontrak yang sah dan mempunyai kuatkuasa undang-undang. Najib terikat untuk mematuhi syarat-syarat kontrak," kata Penasihat Hindraf N Ganesan sambil menambah kegagalan berbuat demikian akan dianggap sebagai melanggar kontrak.

Ganesan menegaskan demikian dalam satu kenyataan hari ini sempena ulang tahun kedua MOU itu ditandatangani.

MOU itu ditandatangani beberapa minggu sebelum pilihan raya umum 8 Mei 2013 di mana perdana menteri berjanji untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat India.

Sebagai pertukarannya, Hindraf menggesa kaum India menyokong BN memperolehi kembali penguasaan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Selepas kemenangan tipis BN, Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, selepas lapan bulan, beliau meletakkan jawatan, dan menyalahkan kerajaan dan Najib kerana didakwanya tidak memenuhi janji mereka seperti yang diikrarkan dalam MOU itu -  satu pelan tindakan lima tahun untuk kemajuan masyarakat India yang terpinggir.

Ganesan membidas dakwaan penyokong Najib ekoran konfrontasi terbuka antara Najib dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa banyak telah dilakukan untuk kaum India.

"Ada yang memberi komen bahawa beliau lebih banyak membantu kaum India daripada mana-mana perdana menteri sebelum ini," katanya.

Sebaliknya, kata Ganesan, terma-terma dalam MOU itu bukan hanya menggesanya melakukan lebih banyak daripada PM sebelumnya, tetapi juga menghasilkan penyelesaian yang kekal dan menyeluruh untuk masyarakat India yang miskin dan terpinggir.

Katanya, jika Najib terus mengabaikan MOU itu untuk tahun kedua berturut-turut, pihaknya akan menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang.

Hadi sangkal pemilihan PAS dicemari kempen kotor

Posted: 18 Apr 2015 04:15 AM PDT

 
 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyangkal bahawa proses pemilihan parti itu dicemari kempen kotor.

"Insya-Allah, tak ada, siapa buat kotor tak akan dipilih," kata Hadi apabila ditanya wartawan dalam satu sidang media hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Asmuni Awi dua hari lepas memberitahu Malaysiakini bahawa kempen kotor dalam pemilihan parti itu sudah bukan lagi rahsia.

Apabila mendengar soalan wartawan mengenai dakwaan Asmuni Awi itu, Hadi pada mulanya hanya berkata beliau tidak baca berita tersebut.

Namun, apabila wartawan terus bertanya, baru Hadi menyangkal dakwaan itu.

BERTUAHNYA SINGAPURA DAN BRUNEI SEBAB TIADA UMNO DAN BN (GAMBAR)

Posted: 18 Apr 2015 03:30 AM PDT

 

Kepada PAS... Jangan nanti Menang Sorak, Sampai Kampung Tergadai..!! Oleh abuamar

Posted: 18 Apr 2015 02:45 AM PDT

 
"salam buat semua pemimpin PAS, 

"Sesungguhnya Allah mengetahui akan perkataan yang kamu sebutkan dengan terus terang, dan juga Ia mengetahui apa yang kamu sembunyikan (di dalam hati)." (Al-Anbiyaa' 21:110)

Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda:

"mereka Membaguskan perkataan tetapi buruk tingkahnya, mengajak kepada kitab Allah tetapi tidaklah mereka termasuk di dalamnya sedikitpun". (H/R Ahmad (224))

Assalamu`alaikum wrh hbrt,

Kepada TG Hj Hadi Awang,TG Dr Harun Din, Dan mereka yang bergelar dan digelar Ulamak , Dan juga mereka yg bergelar atau digelar pemimpin dalam PAS.

Segala puji hanya bagi Allah yg telah melimpahkan rahmat dan nikmat NYA kpd semua para hamba NYA, samaada mereka itu bersyukur atau kufur. Adapun nikmat dan rahmat terbesar ialah "IMAN DAN ISLAM"

Selawat dan salam keatas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Penutup keNabian., dan kepada sekelian ahlul baits dan para sahabat RA, lantaran melalui merekalah maka Islam dan Iman itu tiba ketangan kita..

Saya khususkan bingkisan ini buat tuan2 yg mulia dan dimuliakan. Tentunya tuan2 lebih maklum dan memahami akan maksud Firman ALLAH ini samaada yg tersurat maupun yg tersirat.Oleh itu rasanya tidaklah molek bagi saya untuk memperpanjangkan bingkisan ini.

Mudah2an, ianya dapat menjernihkan air yg keruh, menenangkan air yg berkocak.Ribut dalam cawan jangan ditukar menjadi badai yg memusnahkan segala yg telah dibena.

Semoga yg menang tidak menjadi arang,dan yg kalah pula tidak menjadi abu.

MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI, KELAK IMAN TERSADAI, SEDANG IBLIS DAN DAJJAL BERSORAK –SORAI, AKHIRNYA MENJADI BAHAN KETAWA SI LUNCAI.

Wabillahi taufiq walhidayah, wassallam. ALLAHu a`lam bissawab.

Al-faqirillah abu ammar;

AN-NAHL

"Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri; dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam". (Al-Nahl 16:89)

"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya". (Al-Nahl 16:90)

"Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah-perintah Allah apabila kamu berjanji; dan janganlah kamu merombak (mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama Allah), sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai Penjamin kebaikan kamu; sesungguhnya Allah sedia mengetahui akan apa yang kamu lakukan". (Al-Nahl 16:91)

"Dan janganlah kamu menjadi seperti perempuan yang telah merombak satu persatu benda yang dipintalnya, sesudah ia selesai memintalnya kuat teguh; dengan kamu menjadikan sumpah kamu sebagai tipu daya (untuk mencabuli perjanjian yang telah dimeteraikan) sesama kamu, disebabkan adanya satu golongan yang lebih ramai dari golongan lain. Sesungguhnya Allah hanya mahu menguji kamu dengan yang demikian itu; dan Ia sudah tentu akan menerangkan kepada kamu, pada hari kiamat, apa yang kamu berselisihan padanya". (Al-Nahl 16:92)

"Dan jika Allah menghendaki, tentulah Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama Allah yang satu); akan tetapi Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan sesungguhnya kamu akan ditanya kelak tentang apa yang kamu telah kerjakan." (Al-Nahl 16:93)

"Dan janganlah kamu jadikan sumpah kamu sebagai tipu daya sesama kamu, kerana dengan yang demikian itu akan menyebabkan tergelincir kaki kamu sesudah ia tetap teguh (di atas jalan yang benar); dan kamu pula akan merasai balasan buruk (di dunia) dengan sebab kamu menghalangi manusia dari jalan Allah; dan bagi kamu juga disediakan azab yang besar (di akhirat kelak)". (Al-Nahl 16:94)

"Dan janganlah kamu jadikan pesanan-pesanan dan perintah Allah sebagai modal untuk mendapat keuntungan dunia yang sedikit; sesugguhnya apa yang ada di sisi Allah (dari balasan yang baik), itulah sahaja yang lebih baik bagi kamu, kalaulah kamu mengetahui". (Al-Nahl 16:95)

"(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan. (Al-Nahl 16:96)"

Sabda Rasulallah saw:

[1.] Dari Abi Sa'id Al-Khudri RA, ia berkata, "Seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW, 'Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling utama?' Baginda menjawab, 'Orang yang beriman yang berjuang di jalan Allah dengan jiwa dan hartanya.' Ia bertanya kembali, 'Kemudian siapa lagi?'Baginda menjawab, 'Seseorang yang menyendiri di sebuah jalanan bertebing demi beribadah kepada Tuhannya.' Dalam riwayat yang lain, 'demi bertaqwa kepada Allah dan menjauhi manusia dari kejahatannya'." (Muttafaq `Alaih).

[2.] Dari Abu Hurairah RA, dari Rasulullah SAW, bahwasanya beliau bersabda, "Di antara sebaik-baik kehidupan manusia adalah seseorang yang memegang tali kendali kudanya untuk berjuang di jalan Allah. Ia meloncat ke punggung kudanya ketika mendengar panggilan perang atau semacamnya, mencari musuhnya atau mati di tempat yang diperkirakannya ada musuh. Selanjutnya orang yang menggembala anak kambing di puncak salah satu gunung atau di salah satu lembah, dengan mengerjakan shalat dan menunaikan zakat serta menyembah Tuhannya hingga datang ajal. Ia tidak bergaul dengan manusia kecuali dalam kebaikan." (Diriwayatkan Muslim).

[3.] Hadits yang paling lengkap berkaitan dengan masalah ini adalah hadits yang telah ditakhrij oleh Bukhari dan Muslim dari Khudzaifah ibnul Yaman RA berkata

"Banyak orang bertanya kepada Rasulullah SAW tentang kebaikan, sedangkan aku bertanya kepadanya tentang keburukan, khawatir keburukan itu akan menimpa diriku. Aku berkata : "Ya Rasulallah. Sesungguhnya kami pernah berada dalam kejahiliyahan dan keburukan, lalu Allah mendatangkan kepada kami kebaikan, apakah setelah kebaikan ini akan ada keburukan?". Beliau menjawab : "Ya", aku berkata : "apakah setelah itu ada kebaikan lagi?". Belia menjawab : "ya, tetapi ada kabut penghalang, "apa kabut penghalangnya?", beliau bersabda : "suatu kaum mencari petunjuk selain petunjukku, engkau kenal sebagian mereka dan engkau ingkari".

Aku berkata lagi : "Apakah setelah kebaikan ini akan ada keburukan lagi?", beliau menjawab : "ya, terdapat pada masa itu para Da'i yang menyeru di depan pintu-pintu neraka Jahannam, siapa yang memenuhi ajakan mereka, maka mereka akan melemparkannya ke dalamnya". Aku berkata : "Ya Rasulallah, jelaskanlah cirri-ciri mereka kapada kami!". Beliau bersabda : "mereka berasal dari darah daging kita, berbicara dengan bahasa kita".

Aku berkata : "apa yang engkau perintahkan kepadaku jika aku menemui keadaan seperti itu?". Beliau bersabda : "engkau mesti bergabung dengan Jamaah kaum Muslimin dan berbaiah dengan imam mereka", aku berkata lagi : "jika tidak ditemukan jamaah dan Imammnya?". Beliau bersabda : "menghindarlah dari semua firqah itu walaupun enkau menggigit akar pohon, samapai ajal menemuimu dan engkau tetap dalam keadaan seperti itu".(riwayat: Bukhari dan Muslim)

[4.] Dari Abu said ra:Bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: " Allah berfirman :wahai Adam,berdirilah,dan keluarkan penghuni Neraka"

Adam berkata; "labbaik wa sa'daik, segala kebaikan berada dalam kekuasaan Mu ya tuhan,bagaimana keadaan penghuni neraka itu?"

Allah menjawab: "dari setiap 1000 terdpt 999."

Abu said mengatakan: mereka (sahabat) berkata .'' siapakah diantara kita yg termasuk orang tersebut',

Rasulullah menjawab: "999 adalah yakjuj dn makjuj sedangkan diri kalian hanya satu". (hadis riwayat bukhari,.muslim dan ahmad)

BERMAKNA: Didunia ini cuma ada 2 golongan sahaja MUKMININ (1 bahagian) dan golongan YAKJUD MAKJUD (999 BAHAGIAN)

MUHASABAHLAH DIRI KITA: KITA BERADA DI GOLONGAN YG MANA?

Mahathir Gesa Singkir Najib Untuk Selamatkan Umno

Posted: 18 Apr 2015 02:00 AM PDT

 

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata dengan penyingkiran perdana menteri pilihan raya umum akan datang boleh dimenangi.

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menggesa Umno menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mengulangi niatnya untuk menyelamatkan Umno daripada kalah pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ia merupakan 2 daripada "pilihan" yang diberikan bekas perdana menteri itu kepada Umno, susulan kritikan beliau kepada Najib selama ini.

"Kita berdepan dengan pilihan-pilihan ini.


"Sama ada kamu singkirkan perdana menteri yang gagal dan akan memimpin Umno untuk tewas dalam PRU akan datang.

"Atau kamu ambil peluang yang jika beliau disingkirkan, kita mungkin mampu selamatkan Umno," katanya pada sidang media selepas forum jenayah perang di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian sewaktu ditanya sama ada perselisihan faham di antara beliau dan Najib yang menjadi tumpuan ramai mutakhir ini akan memecah belahkan Umno. – tmi



Ketokohan agama bukan kemestian tanding presiden PAS, kata Khalid Samad

Posted: 18 Apr 2015 01:15 AM PDT


Ketokohan dalam agama bukan satu kemestian dalam memilih presiden, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad.

Ketokohan dalam agama bukan satu kemestian dalam memilih presiden, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad berkata ketokohan dalam agama bukanlah satu kemestian dalam aspek pemilihan calon bagi mengisi jawatan presiden parti Islam itu kerana yang lebih penting ialah, memiliki ciri kepimpinan.

Menurut laporan Berita Harian hari ini, ahli jawatankuasa PAS Pusat itu berkata walaupun Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin calon terbaik mempertahankan jawatan itu, namun muktamar kali ini harus melihat peranan yang perlu dimainkan seseorang presiden.

"Ketokohan daripada segi keagamaan tidak menjadi satu kemestian untuk jawatan presiden. Jika ada, ia kelebihan dan jika tiada, (pilih) calon yang memiliki ciri kepemimpinan, tapi jangan jahil dalam agama.

"Ustaz Hadi mungkin yang terbaik, tapi muktamar perlu pilih pemimpin atas dasar peranan yang perlu dimainkan.

"Jangan pilih atas dasar siapa yang 'fakeh' (faham agama) kerana kelayakan itu ialah untuk pemilihan Majlis Syura Ulama," katanya kepada akhbar itu hari ini. – 18 April, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Khalid ke Jakarta tiada kaitan isu MB FMT Reporters

Posted: 18 Apr 2015 12:30 AM PDT

 
khalid hadi

Lawatan separa rasmi ke Jakarta bersama Presiden PAS bertujuan mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Islam bagi membincangkan ukhuwah Islamiyah dan ekonomi.

PETALING JAYA: Lawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ke Jakarta bersama Presiden PAS tiada kaitan dengan dakwaan beliau akan dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor.

Sebaliknya, lawatan separuh rasmi bersama Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu bagi mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Islam Indonesia dan membincangkan isu serantau khususnya ukhuwah Islamiyah dan ekonomi.

Perkara itu disahkan oleh Pegawai Khas kepada Abdul Khalid, Faekah Husin kepada FMT.
"Bagaimanapun, sama ada wujud perbincangan dalam soal politik di Malaysia khususnya di Selangor, di luar pengetahuan saya," kata Faekah.

Dia berkata, pihak yang membuat dakwaan itu sepatutnya mendedahkan nama lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa akan melompat parti itu.

"Sekiranya benar, siapakan lima ADUN ini, dan parti mana mereka akan melompat," soalnya.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor itu berkata, politik di Malaysia sangat dinamik, sentiasa berkembang dan kekadang bergelora selepas 1998.


Beliau mengulas spekulasi yang mendakwa Abdul Khalid dan Abdul Hadi ke Jakarta bagi membincangkan pelan sulit untuk melantik semula beliau menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Mohamed Azmin Ali.

Laporan itu mendakwa, lima ADUN PKR akan melompat parti bagi membolehkan PAS dan UMNO membentuk kerajaan negeri baharu yang diketuai Abdul Khalid.

Laporan itu mendakwa, usul itu akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor dalam masa terdekat untuk membolehkan kerajaan baru dibentuk.