Jumaat, 17 April 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Perkasa jangan halang Melayu sertai DAP - FMT Reporters

Posted: 17 Apr 2015 11:45 PM PDT

 
ariff-sabri-ibrahim-ali

Menyertai DAP bukan bermakna menukar agama dan bangsa.

PETALING JAYA: Perkasa tidak mempunyai hak untuk menghalang pelajar Melayu menyertai DAP.
Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, berkata menyertai parti itu bukan bermakna menukar agama dan bangsa, sebaliknya ia hanya pilihan.

"Biar pelajar Melayu Islam itu sendiri tahu dan sedar bahawa DAP dan pimpinan mereka bukan jembalang yang digambarkan oleh kem Melayu yang mempertahankan kepentingan golongan feudal," katanya.

Ariff berkata demikian dalam reaksinya berhubung Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang menempelak perjumpaan rombong pemimpin tertinggi DAP dengan pelajar negara ini di Jordan dan Mesir.

Dalam entri terbaru sakmongkol.blogspot.com, dia menjelaskan cara itu member peluang kepada pelajar Malaysia di Asia Barat mengenali dan mengetahui agenda pemimpin parti berkenaan.

"Jika mereka memikirkan DAP itu parti politik yang menyediakan agenda politik dan sosial yang munasabah, jangan buang masa, masuk DAP dan bersama sama mengalahkan parti yang menyokong neo feudalism," katanya.

Terdahulu, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan pemimpin DAP mengadakan perjumpaan dengan pelajar Malaysia di Asia Barat dilihat sebagai langkah terdesak untuk mengekalkan sokongan orang Melayu kepada parti itu selepas hubungannya dengan Pas dalam Pakatan Rakyat (PR) berantakan.

6 minggu perang saraf PAS leburkan siapa?

Posted: 17 Apr 2015 11:00 PM PDT

 
 
Kira-kira enam minggu sebelum pemilihan PAS Jun ini, perang saraf antara kumpulan pro-Pakatan Rakyat dan pro-ulama dalam parti Islam itu dilihat semakin sengit.

Dikatakan antara persaingan paling sengit dalam sejarah pemilihan PAS selepas ketegangan 80-an, muktamar kali ini turut menyaksikan kewibawaan presiden dipertikaikan secara terbuka oleh anggotanya.

Perang saraf yang dulu membenih di media sosial, kini dilihat melebar melalui risalah kecaman yang diedarkan secara fizikal.

Dalam kempen terbaru, risalah bertajuk "Siapakah perosak sebenar PAS?" didakwa mula diedarkan sekitar Batu Caves, Selangor, yang menyerang beberapa pemimpin "parasit" parti itu.

Di alam maya, pelbagai media digunakan – daripada Facebook ke WhatsApp – oleh kedua-dua belah pihak berbeza pandangan bagi menobatkan wira masing-masing.

Pemilihan PAS ke-61 akan diadakan pada 4 hingga 6 Jun ini dalam keadaan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin dicabar – keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Pemerhatian Malaysiakini mendapati, perang saraf dua kumpulan itu di Facebook amat rancak apabila hampir setiap jam status baru dinaikkan bagi mengecam individu atau pemimpin tertentu dalam PAS.

Malah, terdapat juga beberapa akaun Facebook yang dibuat khas semata-mata untuk mengecam pemimpin tertentu.

Walaupun gelar menggelar saling dilontarkan kedua-dua pihak, kumpulan pro-ulama dilihat mendahului kempen, malah lebih agresif dan kelihatan tersusun berbanding kumpulan pro-Pakatan.

Dari JEBON ke Hawaii Five-O

Dengan gelaran negatif dilempar bertubi-tubi, secara tidak langsung, fokus pesaing mereka terperangkap dalam mode defensif untuk mempertahankan diri, daripada menyatakan misi masing-masing.

Kumpulan itu dengan jayanya dilabel sebagai Jemaah Buat Onar dengan singkatan JEBON, Hawaii Five-O (didakwa diterajui pemimpin profesional PAS Dr Hatta Ramli (kiri), selain ungkapan biasa seperti "munafik haraki" dan "parasit".

Berlindung di balik "dinding" Facebook, terdapat juga serangan nakal yang menggelarkan diri mereka sebagai Anti-Jebon Incorporated (AJI) yang cuba mempertahankan populariti Hadi dan kepimpinan ulama.

Seramai 21 daripada 32 anggota Jawatankuasa Pusat PAS dimasukkan dalam senarai JEBON itu, termasuklah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan dua naib presiden - Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub.

Tidak terkecuali pemimpin lantang PAS seperti anggota Parlimen Hanipa Maidin dan Khalid Samad serta bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi yang juga bekas exco Kedah ketika ditadbir PAS, turut dimasukkan dalam senarai itu.

Seperti melancarkan peluru tabur, serangan pengguna Facebook yang berlindung di sebalik identiti "Tuc Tok Usin Ceroi" mungkin paling berjaya apabila mendedahkan rakaman suara mirip Mohamad Sabu yang dikatakan mahu menjatuhkan Hadi.

Sementara itu, di pihak pro-Pakatan pula, kempen mereka lebih kepada mengkritik pentadbiran Hadi yang menjejaskan hubungan dalam Pakatan serta menonjolkan tokoh ulama Ahmad Awang sebagai alternatif menggantikannya.

Ahmad, nama yang semakin dilupakan dalam PAS selepas tidak mempertahankan jawatan naib presiden beberapa tahun lalu, diharapkan mereka kembali "menyelamatkan" parti itu daripada tersasar haluan.

Terlalu kecil, Hadi?

Kumpulan pro-Pakatan juga masih menjaja kisah kerajaan perpaduan (UG) dengan Umno yang pernah dicadangkan Hadi pada 2009 selain keterbukaannya bekerjasama dengan parti lawan ke arah pelaksanaan hudud.

Hadi dipaparkan berbeza pandangan dengan tokoh ikonik PAS allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menunjukkan komitmen tinggi terhadap kerjasama Pakatan untuk merampas Putrajaya.

Faktor perkembangan media sosial dilihat merancakkan lagi perang saraf kedua-dua pihak berbanding penggunaan blog dan laman forum sebelum ini seperti Malaysia Waves dan Tranungkite.

Tiada malu-malu lagi, "bodoh membodoh" dan "barua membarua"  di kalangan "pendekar papan kekunci" kini dilihat perkara biasa menjelang pemilihan awal Jun ini.

Melihat kepada perkembangan ini, siapakah yang tidak ragu terhadap kenyataan Hadi yang mengatakan perbalahan dalam PAS "terlalu kecil"?

Sementara itu, biar siapa pun berjaya dalam pemilihan kali ini, presiden sesi akan datang mempunyai tugas besar menyatupadukan kembali perpecahan dalam PAS.

Tidak mungkin satu pihak bertelagah boleh dihalau keluar menjadi parti baru begitu sahaja. Formula itu, PAS tanpa ulama atau PAS tanpa profesional, bukan penyelesaiannya.

Sekiranya PAS boleh menukar slogan dari 'Negara Islam' kepada 'Negara Berkebajikan' untuk menambat hati pengundi bukan Islam, tiada salahnya jika segelintir pemimpin PAS sedia ada berubah menjadi lebih terbuka.

Perang enam minggu ini, jika tidak terkawal, berpotensi besar membuatkan yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu.
 

PAS dijangka Bina Kerajaan Bersama UMNO di Selangor ??

Posted: 17 Apr 2015 10:15 PM PDT

Berita ini bukanlah suatu yang mengejutkan kerana sebelum ini memang berlaku pertemuan antara puak-puak Hadi dengan wakil UMNO di Selangor untuk membina kerajaan perpaduan pada 2008.

Kini timbul pula berita yang hampir serupa merujuk kepada pembabitan Hadi dalam pembentukan kerajaan perpaduan PAS UMNO di Selangor dengan memilih Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar setelah mendapat perkenan sultan kelak.

Walaupun berita ini tidak dapat disahkan namun pastinya pihak SuaraTV tahu akan risiko jika menyiarkan berita palsu

Kuala Lumpur – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka akan kembali menerajui Selangor bagi mengantikan Azmin Ali.
Menurut sumber SuaraTV, satu perjumpaan rahsia antara Khalid dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah diadakan di Jakarta bagi membincangkan mengenai perkara tersebut. 
"Apa yang boleh saya katakan pada ketika ini, Tan Sri (Khalid) memang ada mengadakan perjumpaan bersama Hadi di Jakarta semalam. "Namun untuk pengesahan ada baiknya ia disahkan oleh Tan Sri sendiri apabila dia pulang esok" katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.
Menurutnya dalam pebincangan itu ada 5 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dari PKR yang akan mengumumkan untuk 'melompat' sekaligus menyatakan sokongan terhadap Khalid. "Dengan sokongan Pas dan Umno ditambah dengan beberapa orang Adun dari PKR itu, Tan Sri dijangka bakal memperolehi mojoriti mudah. 
"Usul mengenainya akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor dalam masa yang terdekat bagi membolehkan kerajaan baru dibentuk" ujarnya lagi.
Pas sebelum ini berhadapan dengan isu besar iaitu perbalahan dengan DAP yang disokong oleh PKR dan kewujudan kumpulan dalam Pas yang cende­rung menyebelahi kedua-dua parti tersebut. Dalam masa yang sama, Hadi dilihat hanya disokong oleh kumpulan pro ulama bagi mempertahankan dasar perjuangan parti itu.

Keadaan kucar-kacir dalam Pas semakin ketara apabila secara tiba-tiba terbentuknya Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) yang bergerak atas nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan alasan mahu mengukuhkan kerjasama antara Pas dengan PKR dan DAP.
Namun begitu ramai pemerhati politik melihat, kewujudan Pasma tidak menguntungkan Pas sebaliknya menambahkan lagi kekalutan dalam parti tersebut atau dalam bahasa mudah, Pas dilihat berpecah-belah.-suaratv

Orang pertikai percaturan politik, bukan kapasiti beliau sebagai Ulamak

Posted: 17 Apr 2015 09:30 PM PDT


Pertikaian caturan politik Haji Hadi atas kapasiti beliau sebagai pemimpin bukan atas kapasiti beliau sebagai Ulamak..

Dalam islam tiada Ghibah ke atas pemimpin, dalam islam pemimpin boleh dikritik.. pemimpin bukannya maksum, kalau tak mahu dikritik jgn jadi pemimpin..

Saidina Umar r.a, Uthman r.a dan Muawiyah r.a antara manusia yg dijamin syurga oleh Allah juga dikritik oleh hamba rakyat corak politik, kepimpinan dan amanah mereka terhadap rakyat dan negara..

Apakah Haji Hadi maqamnya lebih tinggi dari para sahabat nabi sehingga tidak boleh dikritik? Umar, Ustman dan Muawiyah sendiri tidak pernah berkata mereka yg mengkritik Khalifah akan masuk neraka..

Dalam islam ulamak juga boleh dikritik oleh ilmuan islam yg seangkatan dgn mereka, sila buka kitab sirah para ulama silam, anak murid imam syafie juga mengkritik tulisan beliau di dalam beberapa buah kitab.. ijtihad dan fatwa ulama silam juga dibahas oleh ulama yg seangkatan dan terkemudian berdasarkan Waqi dan perubahan zaman...

Apakah Haji Hadi lebih tinggi ilmunya berbanding Imam Syafie dan para iman Ahli Sunnah Wal Jamaah sehingga beliau tidak boleh dikritik?

Demi Allah dan Rasul aku tidak akan meletakkan taraf dan Maqam Haji Hadi lebih tinggi dari para sahabat Rasulullah s.a.w

Teuku Zacharyah Iskandar

P044 : Jawapan kepada Faekah Anak Husin......... Nasoruddin Shah Mat

Posted: 17 Apr 2015 09:00 PM PDT


 Permatang Rawa ·

http://malaysianreview.com/wp-content/uploads/2015/04/faekah-husin-selangor-630x359.jpg

Jawapan kepada Faekah Anak Husin

Engko tak usah nak mengajar orang P044 tentang anwar dan wan azizah...kerana p044 sudah lama mengenali anwar dan wan azizah ...lama sebelum engkau jd org besar hasil reformasi anwar dan wan azizah jd presiden dan proksi anwar.

Orang P044 lebih mengenali anwar dan wan azizah sebelum engkau pandai kira duit jutaan lagi

Orang P044 yg jual air tebu tepi jalan pun lebih pandai bercerita tentang anwar lebih petah dari engko yg dpt berjuta hasil gerakan reformasi satu malaysia termasuk orang di p044

Dan akhir sekali..

Orang P044 lebih rela memilih seorang isteri yg menjadi proksi suami demi keuntungan dan kebaikan sejagat dari seorang lelaki yg menjadi proksi pembantu khasnya yg akhirnya mendapat keuntungan berjuta kununya ganti rugi..

PANAS! RUPANYA BUKAN HANYA DI PERMATANG PAUH AHLI PKR KELUAR PARTI...JENG! JENG! JENG!

Posted: 17 Apr 2015 08:30 PM PDT


Riuh rendah dalam media sosial pro-UMNO 5 ADUN PKR bakal keluar parti dan Khalid Ibrahim akan kembali semula menjadi Menteri Besar Selangor!

GAMBAR PERJUMPAAN DI JAKARTA (SUARA TV)

Moh, kita buat kiraan matematik mudah:

Kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor adalah seperti berikut:

SEBELUM KRISIS MB:

UMNO = 12
PAS = 15
PKR = 14
DAP = 15
JUMLAH = 56

PR = 44, BN = 12

SELEPAS KRISIS MB:

UMNO = 12
PAS = 13
PAS (Digantung) = 2
PKR = 13
DAP = 15
BEBAS = 1
JUMLAH = 56

PR = 43, BN = 12, BEBAS = 1

Kalau 5 ADUN PKR keluar parti kedudukan akan jadi berikut:

UMNO = 12
PAS = 13
PAS (Digantung) = 2
PKR = 8
DAP = 15
BEBAS = 1
EX-PKR = 5 (Tidak disebut masuk parti apa)
JUMLAH = 56

PR = 38, BN = 12, BEBAS = 1, EX-PKR = 5

Jika ADUN PKR melompat masuk UMO, jumlah menjadi:

12 + 5 + 1 (BEBAS) = 18

Wey, macam mana nak buat kerajaan kalau hanya ada 18 orang ADUN?

Tunggu! Ada 13 orang ADUN PAS (tolak 2 yang digantung). Jumlah menjadi:

12 + 5 + 1 (BEBAS) + 13 = 31.

PR = 25, UMNO + PAS + BEBAS + EX-PKR = 31.

Maknanya tak mungkin akan terjadi Khalid Ibrahim kembali sebagai MB Selangor KECUALI PAS bergabung dengan UMNO.

Jika benar ini berlaku, maka penafian wujudnya ura-ura membentuk kerajaan UG dengan UMNO di Selangor adalah bohong semata-mata.

Jika benar ini berlaku maka kita wajar bertanya "Siapakah sebenarnya Munafik Haraki" itu?

Pucuk Pimpinan PAS Selangor sila nafikan jika Suara TV berbohong!
Pucuk Pimpinan PKR Selangor sila ambil tindakan mahkamah jika Suara TV berbohong.

Sabda Rasulullah S.A.W. 
"Jangan sampai kamu dipatuk oleh ular di dalam lubang yang sama dua kali," (Riwayat Abu Daud)


Guru Di Pasir Mas Dipukul Pelajar

Posted: 17 Apr 2015 08:00 PM PDT

 


Harap polis ambil tindakan sewajarnya. Kes ni jangan biarkan menjadi dendam.

Mengikut maklumat, guru ni baru ditukarkan dari gua musang ke smk lemal, pasir mas.

5 Adun Akan Lompat Untuk Bolehkan Khalid Ibrahim Jadi MB Semula

Posted: 17 Apr 2015 07:32 PM PDT



Kuala Lumpur – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka akan kembali menerajui Selangor bagi mengantikan Azmin Ali.

Menurut sumber SuaraTV, satu perjumpaan rahsia antara Khalid dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah diadakan di Jakarta bagi membincangkan mengenai perkara tersebut.

"Apa yang boleh saya katakan pada ketika ini, Tan Sri (Khalid) memang ada mengadakan perjumpaan bersama Hadi di Jakarta semalam.

"Namun untuk pengesahan ada baiknya ia disahkan oleh Tan Sri sendiri apabila dia pulang esok" katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.

Menurutnya dalam pebincangan itu ada 5 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dari PKR yang akan mengumumkan untuk 'melompat' sekaligus menyatakan sokongan terhadap Khalid.

"Dengan sokongan Pas dan Umno ditambah dengan beberapa orang Adun dari PKR itu, Tan Sri dijangka bakal memperolehi mojoriti mudah.

"Usul mengenainya akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor dalam masa yang terdekat bagi membolehkan kerajaan baru dibentuk" ujarnya lagi.

Pas sebelum ini berhadapan dengan isu besar iaitu perbalahan dengan DAP yang disokong oleh PKR dan kewujudan kumpulan dalam Pas yang cende­rung menyebelahi kedua-dua parti tersebut.

Dalam masa yang sama, Hadi dilihat hanya disokong oleh kumpulan pro ulama bagi mempertahankan dasar perjuangan parti itu.

Keadaan kucar-kacir dalam Pas semakin ketara apabila secara tiba-tiba terbentuknya Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) yang bergerak atas nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan alasan mahu mengukuhkan kerjasama antara Pas dengan PKR dan DAP.

Namun begitu ramai pemerhati politik melihat, kewujudan Pasma tidak menguntungkan Pas sebaliknya menambahkan lagi kekalutan dalam parti tersebut atau dalam bahasa mudah, Pas dilihat berpecah-belah.


KOMEN:


Zack Ahmad Perancangan Allah Mengatasi Segala perancangan manusia !
Zack Ahmad's photo.

MOHD NAZLAN B DATO MOHD GHAZALI DILANTIK PESURUHJAYA KEHAKIMAN

Posted: 17 Apr 2015 09:00 AM PDT

Hakim Disaran Letak Ikrar Sumpah Jawatan Atas Meja Pejabat


Hasil carian imej untuk mohd nazlan mohd ghazali 
 
PUTRAJAYA,  (Bernama) -- Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria hari ini menyarankan supaya semua hakim meletakkan salinan ikrar sumpah jawatan di atas meja pejabat masing-masing agar mereka sentiasa mengingati tanggungjawab dan janji sebenar semasa memegang jawatan itu.

Arifin juga menyeru semua hakim supaya berusaha memenuhi janji sebagaimana yang telah diikrarkan semasa memegang jawatan sekali gus mendukung prinsip kebebasan kehakiman.

Beliau berkata penyalahgunaan kuasa dalam kebebasan kehakiman akan memberi kesan kepada persepsi dan tahap keyakinan masyarakat terhadap badan itu.

"Oleh itu, suka saya menasihati anda semua untuk sentiasa ingat dan mentaati sumpah yang dilafazkan tersebut. Janganlah sesekali kita cuba bertindak di luar batasan janji itu. Ini kerana kejujuran dalam menjalankan kewajipan kehakiman merupakan salah satu penanda aras kepada kebebasan kehakiman," katanya dalam ucapan pada majlis angkat sumpah lima Pesuruhjaya Kehakiman di Istana Kehakiman di sini.

Beliau juga mengingatkan badan itu bahawa kebebasan kehakiman merupakan satu kebebasan yang diiktiraf sejagat menerusi Deklarasi Hak Asasi Sejagat (UDHR).


Arifin berkata jaminan oleh UDHR ini memperlihatkan bahawa kebebasan kehakiman memainkan peranan penting bagi memastikan, tidak ada individu yang mengatasi dan lebih berkuasa daripada undang-undang atau ditindas oleh undang-undang.

Beliau menegaskan kebebasan kehakiman itu adalah sebagaimana yang telah dipersetujui dan ditandatangani oleh kesemua 34 Ketua-Ketua Hakim Negara-Negara Asia dan Pasifik dalam Prinsip Kebebasan Kehakiman 1995.

"Mahu atau tidak, kita perlu mengakui bahawa para hakim memainkan peranan yang sangat unik dalam masyarakat. Malah, persepsi dan pengharapan masyarakat terhadap hakim adalah sangat tinggi," katanya.

Beliau juga menasihati lima Pesuruhjaya Kehakiman yang baru dilantik itu supaya memberi perhatian kepada tanggungjawab dan beban yang menanti untuk digalas seiring dengan sumpah jawatan yang dilafazkan.

Arifin berkata pelantikan mereka itu juga merupakan satu penghormatan daripada Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Negara kepada badan kehakiman yang menjadi tonggak kedaulatan undang-undang negara.

Lima Pesuruhjaya Kehakiman itu ialah Pegawai Khas I kepada Arifin, Dr Alwi Abdul Wahab, 48, Hakim Mahkamah Sesyen Ahmad Bache, 57, peguam Datuk Mohd Firuz Jaffril, 47, penasihat undang-undang Bahagian Korporat dan Undang-Undang Maybank Berhad Mohd Nazlan Dato Mohd Ghazali, 48 dan Pengerusi Mahkamah Perusahaan Sarawak Gabriel Gubis Humen, 59.

Kesemua mereka menerima watikah pelantikan daripada Arifin selepas selesai mengangkat sumpah jawatan dan taat setia.



-- BERNAMA

Gabungan Tun M, Anwar, Ku Li Tumbangkan Najib. Ku Li Jadi PM.. -Datuk Zaid Ibrahim (22) Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 17 Apr 2015 08:15 AM PDT

 
 
LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan?    
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?


Tengku Razaleigh Hamzah.

BEKAS menteri kabinet, Datuk Zaid Ibrahim mencadangkan agar Tun Dr Mahathir Mohamad berbaik semula dan bekerjasama dengan para seterunya bagi menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Zaid mencadangkan demikian dalam tulisannya berhubung pertemuan di antara Mahathir dan orang kepercayaan Anwar, Azmin Ali yang didakwa berlangsung bulan lalu.


"Adakah ini pemulaan bagi satu pertemuan paling penting di antara Dr Mahathir dan Anwar?
"Semua orang menunggu ia berlaku – apatah lagi, kedua-dua personaliti itu membentuk politik Malaysia sejak 30 tahun lalu.
"Mungkin merekalah gandingan yang dapat menyatukan negara ini dan membawanya keluar dari kekusutan sekarang," katanya.

Tambahnya, kemunculan Mahathir di majlis pengebumian allahyarham bapa Anwar awal bulan ini juga menunjukkan bahawa hubungan kedua-duanya semakin baik.

Dalam tulisan di blog zaid.my itu, beliau seterusnya berkata, usaha kedua-dua tokoh itu "untuk menyelamatkan Malaysia" dapat diperkuatkan lagi jika disertai oleh seorang lagi veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah atau  dipanggil juga Ku Li.

"Pemerintahan mereka bertiga akan memastikan kerajaan Najib dalam dilupuskan dengan pantas," katanya lagi.

Katanya, gandingan Mahathir dan Anwar yang dibentuk pada pada 1989 itu kini dapat dijayakan.

"Kini mereka berpeluang menjayakannya, mungkin dengan Tengku Razaleigh sebagai perdana menteri sementara untuk tiga tahun, sementara menunggu pilihan raya umum akan datang.
"Kemudian, Anwar boleh mengambil alih dengan rancangannya untuk negara ini," katanya lagi yang turut mempromosi agar orang ramai menyertai perhimpunan besar 1 Mei bagi "menunjukkan jalan keluar bagi Najib".

Beliau yakin, gabungan blok pembangkang dan BN akan dapat menggulingkan Najib. Bagi mencapai tujuan itu, Mahathir dan Anwar bagaimanapun perlu mengubah sikap ke atas satu sama lain, katanya. Mahathir perlu memadamkan rasa benci pada Anwar, dan begitu juga sebaliknya, kata peguam itu lagi.

Lapor Malaysiakini.
(IH)

Menteri akui hutang 1MDB sangat tinggi..

Posted: 17 Apr 2015 07:45 AM PDT

 
Datuk Seri Abdul Wahid Omar mengakui dana pelaburan strategik negara milik Kementerian Kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membebankan kerana kegagalannya menjana tunai berbanding hutang besar syarikat tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata 1MDB membuat pinjaman bank dan pasaran modal dalam membeli aset tetapi gagal menjana aliran tunai yang menyebabkan ia tidak mampan.

"Selama ini mereka berkembang dengan membuat pinjaman daripada bank atau pasaran modal, mereka membeli banyak aset termasuk IPP (syarikat jana kuasa bebas) sehingga meningkat hutang RM4.2 bilion setakat Mac 2014.

"Jadi anda boleh bayangkan bebanan hutang yang tinggi, ia sebenarnya sangat tinggi dan ini sukar," katanya pada forum anjuran Akademi Kapten Hussein di Petaling Jaya, Selangor malam tadi.

Jumlah hutang terkumpul 1MDB sebelum ini dilaporkan RM42 bilion.

Menjawab soalan orang ramai, Wahid berkata selagi aset yang dibeli itu tidak dapat menghasilkan aliran tunai, maka selagi itu 1MDB tidak akan mampan.

"Melainkan aset itu dapat menjana aliran tunai, ia tidak akan mampan," katanya.

Wahid berkata, bebanan hutang itu disedari memberi impak kepada 1MDB dan 3 langkah strategik sudah diambil bagi mengatasi masalah dihadapi.

"Mereka sudah ambil langkah strategik mengkaji semula model perniagaan dan struktur modal, 3 keputusan sudah dibuat," katanya.

Beliau berkata, 3 langkah itu termasuk menghentikan semua bentuk pinjaman baru, fokus kepada 2 projek utama mereka iaitu Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia serta memastikan rancangan tawaran awam (IPO), syarikat IPP miliknya, Edra Energy dapat dilaksanakan secepat mungkin.

"Jadi ini kajian strategik yang sudah dikenal pasti," katanya. 1MDB, dimiliki sepenuhnya Kementerian Kewangan, mencatatkan kerugian selepas cukai RM665.4 juta daripada hasil RM4.26 bilion bagi tahun kewangan berakhir Mac 2014.

Kerugian mungkin lebih parah kalau bukan kerana keuntungan menerusi penilaian aset hartanah berjumlah RM896.8 juta.

Laporan tahunan 2014 syarikat itu meletakkan pinjaman jangka panjang dana negara itu naik sehingga RM33.5 bilion, iaitu kenaikan RM7.2 billion atau 27% daripada RM26.3 bilion pada 2013. Hutang jangka pendek 1MDB berjumlah RM8.3 bilion.

Pada hujung Mac tahun lalu, baki tunai dan baki bank 1MDB berjumlah RM3.8 bilion, turun 42% daripada RM6.7 bilion pada tahun kewangan 2013.

Penurunan ini berpunca daripada bayaran faedah yang tinggi serta pinjaman yang masih ada. Bagi tahun berakhir Mac 2014, 1MDB membelanjakan RM2.4 bilion untuk kos kewangan.

Pemimpin politik, termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menuntut siasatan dibuat ke atas kewangan 1MDB dan juga menggesa kerajaan menjelaskan urus niaga yang mereka dakwa menyebabkan dana awam disalurkan keluar.

Susulan tekanan tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan ketua audit negara menjalankan audit bebas ke atas akaun 1MDB.

Pelbagai dakwaan dan kritikan menyelubungi 1MDB, malah pemimpin Umno baru-baru ini juga melancarkan serangan ke atas ahli perniagaan Low Taek Jho yang dikenali sebagai Jho Low kerana dikatakan di antara pemain penting di belakang syarikat tersebut lapor The Malaysian Insider

Rafizi Teruja Jumpa Najib & Rosmah di Mahkamah

Posted: 17 Apr 2015 07:00 AM PDT

Mafiaboss Melayu's photo.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli teruja untuk berdepan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor di mahkamah.

Beliau memberitahu Malaysiakini demikian dalam reaksinya terhadap saman fitnah yang difailkan Najib dan Rosmah terhadapnya.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata ia akan menjadi "perbicaraan abad ini" kerana ia adalah saman pertama yang melibatkan Rosmah.

Rafizi berkata, peguamnya akan lebih teruja kerana mereka akan dapat menyoal balas Rosmah sebagaimana mereka mereka lakukan dengan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Foto - Mengapa Rani Kulup Hadir Dalam Mesyuarat Ahmad Maslan?

Posted: 17 Apr 2015 06:21 AM PDT

 



Dahsyat juga Rani Kulup ini ek?????? ... Selain di gelar Raja Buat Repot Polis sekurang-kurangnya Timbalan Menteri CGPA 3.85 jaga GST ajak dia bermesyuarat ataupun dengar taklimat.

Tinggi juga martabat dia dimata sekerat pemimpin UMNO.

Rasanya ni mesyuarat berkaitan dengan kegiatan UMNO langsung tidak ada kena mengena dengan taklimat GST.

Dalam bilik mesyuarat pun masih pakai cermin mata hitam .. lain macam kepala Rani Kulup ni. - omakkau



Bayar zakat tidak perlu lagi GST-Mufti - Adam Abu Bakar

Posted: 17 Apr 2015 03:00 AM PDT


Zakat

Kerajaan dicadang mewujudkan mekanisma supaya tidak berlaku pertindihan pembayaran yang sesungguhnya membebankam umat Islam.

PETALING JAYA: Masyarakat Islam yang telah membayar zakat tidak seharusnya lagi dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Cadangan itu dibuat oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri bagi mengelak umat Islam terbeban dengan dua kali pembayaran -zakat dan GST.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan pihak kerajaan mewujudkan satu mekanisme supaya tidak berlaku pertindihan pembayaran yang sesungguhnya membebankan.

Beliau juga mencadangkan supaya kadar enam peratus itu dikurangkan mengikut pada kemunasabahan dan kemampuan rakyat kebanyakan pada masa kini.

"Rakyat jelata dan orang ramai begitu ternanti-nanti ingin melihat hasil daripada percukaian GST. Adakah kualiti sistem pengangkutan awam, kemudahan awam, pembelajaran dan lain-lain yang bersifat maslahah (kerosakan) 'ammah akan dibaikpulih," katanya.

Bahkan, katanya, ketelusan dalam pelaksanaan ini haruslah dipertingkatkan dan dilakukan dengan penuh integriti dan amanah.

"Mekanisma, cara pungutan dan pengagihan perlu selamat daripada sebarang unsur penindasan dan orang-orang miskin dikecualikan daripada dibebani dengan cukai.

"Begitu juga mekanisma supaya tidak berlaku eksploitasi orang yang tidak bertanggungjawab yang perlu dikawal sebaik mungkin agar kemaslahatan terzahir," ujar beliau lagi.

Elaun warga emas RM880 sebulan FMT Reporters

Posted: 17 Apr 2015 02:00 AM PDT


pas elaun Kos sara hidup yang tinggi dan pengenalan GST menyebabkan golongan muda bekerja semakin terbeban dan tidak mampu menjaga ibu bapa.

PETALING JAYA: PAS mencadangkan kerajaan memberi elaun sara hidup tetap kepada warga emas sekurang-kurangnya RM880 sebulan.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri berkata, bantuan itu untuk membantu warga emas yang tinggal berasingan atau bersama keluarga untuk mendapat penjagaan kesihatan yang lebih baik.

Katanya, bantuan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi Bantuan Orang Tua (BOT) RM300 sebulan tidak mencukupi apatah lagi ia diberikan untuk tempoh setahun sahaja.

Jumlah ini hanya tempoh terhad dan tidak mencukupi untuk warga emas membiayai kehidupan mereka. Tambahan pula hanya kurang 5% sahaja daripada keseluruhan warga emas di negara kita menerima sumbangan melalui skim BOT ini yang perlu didapati dengan cara memohon," katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.

Tahun lalu, sebanyak RM347.75 juta telah disalurkan kepada 131,571 penerima di seluruh negara.
Mohd Khairuddin berkata, kadar pengangguran yang tinggi juga menyebabkan kesedaran golongan muda untuk menjaga ibu bapa semakin kurang.

Katanya, golongan bekerja semakin terbeban dengan kos hidup yang semakin tinggi ditambah pula dengan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) oleh kerajaan.

Kadar pengangguran di negara ini adalah 2.7 peratus pada November 2014 manakala setakat Januari 2015 kadarnya telah meningkat kepada 3.3%.

"Tidak hairanlah jika terdapat tidak kurang 6,000 orang warga emas menjadi penghuni di 11 pusat jagaan JKM serta 165 pusat yang dikendalikan oleh NGO dan swasta di seluruh negara. Lebih mendukacitakan lagi, sebahagian daripadanya tidak diziarahi langsung oleh anak-anak atau saudara-mara mereka," katanya.

Surat untuk Zam Fa Abdul

Posted: 17 Apr 2015 01:00 AM PDT

 
siti-che-ta

Tulisan Zam dalam blognya berhubung sokongan Siti Nurhaliza terhadap Tun M dipertikai.

"Sokongan Siti Nurhaliza terhadap Tun Mahathir sudah lebih dari cukup untuk menutup ribuan sokongan kepada Najib dari seluruh bahagian UMNO,Pemuda UMNO, NGO dan lain-lain sokongan yang dipentaskan."

Kenyataan itu ditulis Tan Sri Zainuddin Maidin menerusi artikelnya 'Siti Nurhaliza merbahaya kepada Datuk Seri Najib' yang terpapar di dada blognya – Zamkata, pada hari Khamis.

Wah, begitu hebat sekali sokongan Siti sehinggakan suara-suara rakyat dari serata Malaysia bagaikan desiran angin bagi Zam.

Nampak gayanya, tak perlu lagilah saya dan rakan-rakan sibuk menulis bingkisan menceriterakan pandangan serta pendapat kami. Eleh, apalah gunanya bersusah payah mengarang rencana sedangkan kita kan ada Siti Nurhaliza, Rozita Che Wan dan segerombolan artis-artis tempatan yang mana suara serta kejelitaan mereka memainkan peranan yang lebih penting berbanding dengan suara rakyat. Kan begitu Zam?

Sesungguhnya Tan Sri, sebodoh-bodoh gelaran 'bodoh' yang dilemparkan pada pihak media yang tidak mensensasikan pandangan Siti dan Che Ta menerusi laman Instagram mereka, bodoh lagi pihak yang melemparkan pandangan yang sangat sempit bahawasanya suara keramat artis tersebut memadai untuk mewakili segenap rakyat.

Saya akui suara Siti sememangnya lunak merdu. Dan saya akui kejelitaan Che Ta terserlah (walaupun disebalik solekan 2 incinya itu), tetapi rakyat tidaklah begitu bodoh sehinggakan meletakkan pendirian mereka berasaskan pandangan artis pujaan masing-masing.

Kalau dituruti teori Tan Sri Zam itu, semua kempen politik juga sepatutnya menggunakan Siti dan Che Ta sahaja memandangkan apa saja yang disokong mereka pasti akan menjadi turutan peminat dan rakyat jelata, kan?

Mungkin juga jika Siti yang menyanyikan lagu GST, pasti segenap masyarakat yang berbuih mulut mencemuh GST di media sosial akan berubah sikap dan menerima GST. Bukankah begitu?

Paling hebat, pilih sahaja Siti dan Che Ta sebagai anggota kabinet di masa hadapan, pasti BN akan menang di dalam setiap pilihanraya yang akan datang. Hebat kan?

Aduhai Tan Sri Zainuddin Maidin, usah dilupa, rakyat juga ada otak. Ada akal. Ada pendirian sendiri. Ada pandangan masing-masing. Seperti Siti dan Che Ta yang mahu menyuarakan pandangan mengenai hal ehwal politik, kami juga mahu suara kami didengar.

Sesungguhnya suara selebriti tempatan adalah juga sebahagian daripada suara rakyat dan tidak mewakili pendirian segenap masyarakat.

Biarpun pendirian Siti dan Che Ta yang menyokong penuh Tun Mahathir itu sejajar dengan pandangan sebahagian besar lapisan masyarakat termasuklah diri saya sendiri, Namun kenyataan Zam yang lebih menekankan suara artis berbanding suara rakyat adalah suatu tindakan yang kurang tepat pada hemat saya.

Kalaupun kita fikirkan dengan mendalam, setiap media ada pandangan masing-masing tentang nilai berita yang dipaparkan. Peliknya dalam pada Zam menghangatkan isu media yang gagal memaparkan intipati Instagram kedua artis tersohor tempatan itu, tidak pula Zam berbicara tentang sikap berat sebelah yang menjadi tulang belakang kebanyakkan media kita.

Bukankah sejak azali lagi akhbar tempatan di negara kita sudah menunjukkan sikap memilih bulu dengan memaparkan rencana berbunyi pro kerajaan sedangkan rencana pro pembangkang dilemparkan jauh-jauh? Dan ada pula media kita yang suka benar memutar belitkan berita – mengapa pula Tan Sri Zainuddin tidak menegur perkara tersebut?

Ahh, mungkin ketika itu Tan Sri sibuk memperdengarkan lagu Cindai dendangan Siti agaknya…


FMT

Kantin kotor, PM arah hospital k'jaan dipantau

Posted: 17 Apr 2015 12:00 AM PDT

 
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa Kementerian Kesihatan untuk memantau dengan rapi dan menjalankan pemeriksaan lebih kerap di hospital dan klinik kerajaan.

Sambil menarik perhatian kepada kes kantin yang kotor di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang baru-baru ini, Najib berkata ia tidak patut berlaku lagi.

"Tidak patut berlaku lagi. Kerap lakukan 'spot-check' ke atas perkhidmatan di hospital dan klinik kerajaan," kata beliau dalam catatan terbaru dalam laman Facebook dan Twitternya, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan semalam berkata kementerian telah mengarahkan Pejabat Kesihatan Negeri dan Pengarah-Pengarah Hospital untuk memeriksa kantin, kafeteria dan dapur hospital dari semasa ke semasa untuk memastikan ia memenuhi keperluan standard kebersihan.

Dr Noor Hisham juga berkata unit kesihatan awam dalaman telah diarahkan untuk memantau dengan teliti dan menjalankan pemeriksaan kerap untuk memastikan kantin sekolah bersih dan memenuhi keperluan standard kebersihan.

Pada 14 April, media tempatan yang menyiarkan artikel bertajuk 'Kantin hospital kotor diarah ditutup', berkata kantin HTAR didapati kotor dan diarah ditutup.

- Bernama