Khamis, 16 April 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Suhakam: Tidak Zahid, kami tak bersetuju dengan Pota

Posted: 16 Apr 2015 11:15 PM PDT

 
 
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menyangkal dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa suruhanjaya itu bersetuju dengan Akta Pencegahan Keganasan.

Sebaliknya, jelas Suhakam, ia menghantar surat kepada Kementerian Dalam Negeri pada 12 Mac supaya ia diberi peluang untuk memberi nasihat tentang bagaimana rang undang-undang itu boleh diperbaiki dari segi hak asasi manusia.

Dalam satu kenyataan semalam, suruhanjaya itu sekali lagi menegaskan bahawa ia tidak dibawa berunding mengenai perundangan tersebut.

Menurutnya, ia telah mengeluarkan satu kenyataan yang melahirkan rasa kesal selepas rang undang-undang itu diluluskan di Dewan Rakyat minggu lepas.

Suruhanjaya itu, tambahnya, telah menyatakan rasa kesalnya bahawa Pota telah diluluskan walaupun terdapat keraguan dalam beberapa peruntukannya.

Pota, katanya, yang membenarkan penahanan tanpa bicara sehingga dua tahun atas kehendak sebuah lembaga pencegahan keganasan, mempunyai isu-isu yang serius dan memerlukan pengawasan yang sewajarnya.

Suruhanjaya itu juga, tegasnya, menggesa kerajaan supaya komited kepada obligasinya terhadap hak asasi manusia antarabangsa dan menyemak semula rang undang-undang itu melalui perundingan dengan pihak-pihak berkepentingan.

Katanya, suruhanjaya itu menyokong langkah-langkah perundangan untuk menentang segala bentuk keganasan, tetapi menegaskan bahawa undang-undang itu mestilah selaras dan mematuhi sepenuhnya prinsip-prinsip hak asasi manusia.

Suruhanjaya itu juga, katanya, telah dan konsisten dalam gesaannya bahawa melindungi hak asasi manusia dan keselamatan awam, mestilah saling melengkapi.

400,000 penjawat awam masih terima gaji serendah RM805 sebulan

Posted: 16 Apr 2015 10:30 PM PDT

400,000 PENJAWAT AWAM TERIMA GAJI DIBAWAH GAJI MINIMUM RM900 INI PENDEDAHAN YANG MEMALUKAN

 



Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata kebanyakan mereka adalah pembantu am dan pemandu dengan kelayakan PMR.

Terdapat 400,000 penjawat awam di negara ini masih menerima gaji serendah RM805 sebulan, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda.

Beliau berkata, mereka yang menerima gaji sedemikian kebanyakannya adalah pembantu am dan pemandu yang masuk ke perkhidmatan awam menggunakan kelayakan
Penilaian Menengah Rendah (PMR).

"Yang menerima gaji minimum itu ialah golongan pelaksana dan mereka adalah rakyat serta aset kepada kerajaan dan negara. Jika aset ini tidak dijaga, kita bimbang mereka terkesan dan tidak dapat menumpukan sepenuhnya jiwa dan raga untuk meningkatkan produktiviti.

Selain itu, mereka juga tidak akan dapat memberikan pendidikan yang baik kepada anak-anak disebabkan kewangan yang tidak mencukupi, di samping tidak mampu menanggung kos kesihatan yang kini meningkat 120%," katanya.

Azih berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Forum Ekonomi Penjawat Awam 2015 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tuntutan Cuepacs yang mahukan kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam sebanyak 35% bagi menjadikan RM1,200 sebulan sebagai gaji minimum
.

Azih berkata pihaknya berharap kerajaan dapat memberi pertimbangan sewajarnya kepada permintaan tersebut memandangkan kos sara hidup kini meningkat di kawasan bandar-bandar utama.

"Kita faham kedudukan kewangan kerajaan berubah mengikut pertambahan bilangan rakyat. Tetapi evolusi yang berlaku menyebabkan kos sara hidup meningkat di bandar-bandar utama.

"Di Johor contohnya, penjawat awam sudah hampir tidak boleh hendak menyesuaikan kehidupan," jelasnya.

Selain meningkatkan gaji, kongres itu juga meminta kerajaan agar menyemak semula kadar pengecualian cukai pendapatan penjawat awam sehingga 100% sebagai mengurangkan bebanan kos sara hidup yang terpaksa ditanggung masa kini. – Bernama

Mukhriz jadi mangsa amukan penyokong Najib M FAQIH

Posted: 16 Apr 2015 09:45 PM PDT




KINI tercetus lagi politik keluarga bagi mempertahankan hegemoni politik. Datuk Seri Hishammuddin Hussein tampil mempertahankan sepupunya, Datuk Seri Najib Razak.

Datuk Seri Mukhriz Mahathir tertekan antara jawatan Menteri Besar dan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail disebut-sebut menggantikan tempat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.

Lim Kit Siang beriring dengan anaknya Lim GuaN Eng mahu berkerat rotan dengan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Begitu juga Gobind Singh Deo masih lagi meneruskan agenda mendiang Karpal Singh "menyergah" Kanun Jenayah Syariah yang diusahakan kerajaan Kelantan.

Inilah sebahagian episod politik keluarga di Malaysia. Namun paling menarik minat ramai sekarang dramatikal antara Najib dan Dr Mahathir.

Tidak semena-mena Mukhriz menjadi mangsa amukan penyokong Najib.

Adun Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin memulakan peluru tabur terhadap Mukhriz. Dia mahu Menteri Besar Kedah itu meletak jawatan sekiranya enggan menyatakan sokongan terbuka kepada Najib.

Hishammuddin juga memberi signal amaran kepada Mukhriz. Katanya anak Dr Mahathir itu gagal sebagai Menteri Besar jika Umno Kedah berpecah.

"Ini tanggungjawabnya sebagai menteri besar untuk memastikan Umno Kedah tidak berpecah," kata Naib Presiden Umno terbabit.

Ternyata para strategis Najib berjaya membuat Mukhriz panas punggung. Seperti agenda berjadual apabila semua pihak perlu menyatakan sokongan terbuka terhadap Perdana Menteri.

Disebut Dr Mahathir terdapat ugutan jika mereka tidak berbuat demikian.

Bagaimanapun dakwanya sokongan kumpulan tertentu terhadap Najib tidak bermakna mereka menyokong 1Malaysia Developmement Bhd (1MDB) yang kini diserang di segenap penjuru.

"Mereka takut. Ada yang tanya saya berkenaan dengan 1MDB dan minta saya buat sesuatu. Sekarang ada ugutan terhadap sesiapa yang tidak menyatakan sokongan kepada Najib.

"Teringat saya kepada ribuan orang yang dibawa berhimpun dan disuruh angkat sepanduk 'I love PM' dan menyanyi 'IM4U'," kata Dr Mahathir dalam entrinya di blog.

Episod yang berlaku di Kedah sekarang seperti mengulangi peristiwa 2013. Namun ia tidak membabitkan jawatan menteri besar, sebaliknya mendesak ketua negeri turun daripada pimpin parti.

Penyokong PAS Dun Sungai Limau dikatakan mendesak Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak meletak jawatan Pesuruhjaya PAS negeri.

Mereka mendakwa Ustaz Azizan tidak menghormati Dewan Ulamak PAS Kedah.

Ternyata sejarah mengulangi peristiwa serupa dalam wajah yang berbeza.

Pertembungan Dr Mahathir-Najib sudah mengheret banyak pihak sehingga kepada istana.

Biar pun sokongan terhadap Najib jauh lebih melebar, namun tidak kurang yang doakan semoga Dr Mahathir panjang usia.

Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan pelakon Rozita Che Wan sanggup menentang arus. Mereka memulakan sokongan terbuka kepada kelompok Dr Mahathir.

Kemudian muncul bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin membela kedua-dua artis terbabit. Perkasa yang pernah mengagungkan Dr Mahathir sebelum ini nampaknya mahu mengambil jalan selamat.

Drama yang semakin panas sekarang sebenarnya sudah dikesan awal Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak).

Pada Ogos tahun lepas mereka meminta Dr Mahathir Mohamad menghentikan 'perang dingin' secara terbuka terhadap Najib.

Presidennya Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman mahu bekas perdana menteri terbabit menyuarakan sebarang teguran secara kekeluargaan kepada Najib.

Sejarah

Pada 2006 ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menghadapi asakan bertubi-tubi Dr Mahathir, Umno Terengganu mengadakan konvensyen khas bagi menyokong Pak Lah ketika itu.

Najib pula tampil mahu rakyat dan pemimpin sokong Pak Lah. Sekarang suara nyaring Timbalan Perdana Menteri seperti tidak kedengaran.

Melihat situasi yang semakin membarah itu Umno Kelantan menganjurkan solat hajat dan doa selamat kepada pemimpin negara.

Program berkenaan dijadual diadakan di Dataran Sekolah Kebangsaan Datuk Hamid 2 Pasir Mas. Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Mas juga mengarahkan guru lelaki dan guru Kafa setiap sekolah hadir pada program tersebut malam 16 April.

Ini sudah cukup menggambarkan rumahtangga Umno sudah benar-benar goyah sekarang. Siapa lagi mangsa Dr Mahathir selepas ini. Musa Hitam, Anwar Ibrahim, Pak Lah sudah melaluinya. - HARAKAHDAILY 17/4/2015

Hampir 50% pengundi tidak yakin Putrajaya mampu tangani 1MDB

Posted: 16 Apr 2015 09:00 PM PDT


 

Satu tinjauan pendapat yang dijalankan baru-baru ini mendapati 49% daripada pengundi di Semenanjung Malaysia secara terang-terangan tidak yakin dengan kemampuan Putrajaya menguruskan masalah yang melanda syarikat milik penuh Kementerian Kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tinjauan pendapat yang dijalankan Merdeka Center dengan kerjasama BFM Radio itu juga menunjukkan hanya 18% yakin Putrajaya mampu menguruskan masalah yang menyelubungi 1MDB sementara 33% lagi tidak pasti.

Kajian dilakukan Merdeka Center itu menggunakan kaedah temu bual menerusi telefon terhadap 1,011 responden pada 12 hingga 25 Mac lalu.

1,011 responden yang dihubungi terbahagi kepada 60% responden Melayu, 30% responden Cina dan 10% responden kaum India.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.

Sultan Selangor berkenan naik LRT, monorel

Posted: 16 Apr 2015 08:30 PM PDT

 
 

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini merasai sendiri pengalaman menggunakan perkhidmatan RapidKL LRT dan monorel di sekitar Lembah Klang.

Baginda tiba di Stesen LRT Kelana Jaya dan mendengar taklimat Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) Tan Sri Ismail Adam dan Pengarah Urusan Kumpulan Azmi Abdul Aziz sebelum menaiki Putra LRT melalui sembilan stesen menuju KL Sentral.

Sebaik tiba di KL Sentral, Sultan Selangor disambut oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Jaafar Albar dan Pengarah Urusan Kumpulan MRCB Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Rombongan berkenaan meneruskan perjalanan dengan menaiki monorel terbaru dari Stesen KL Sentral menuju Stesen Bukit Nanas.

Jurucakap diraja berkata lawatan tersebut dijadual berikutan titah baginda pada Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pada awal bulan ini.

"Tuanku meluahkan keprihatinan terhadap pengangkutan awam dan memandangkan tiga suku daripada laluan berada dalam negeri Selangor, baginda mahu merasai sendiri pengalaman menaikinya," katanya kepada pemberita.

Katanya, Sultan Selangor memuji Prasarana atas kejayaan mengoperasikan pengangkutan awam dengan baik dan berharap rakyat dapat memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan pengangkutan awam kerana ia juga dianggap mesra alam.

Sementara itu, Ismail berkata Sultan Selangor telah terlebih dahulu menyatakan hasrat merasai sendiri pengalaman menggunakan pengangkutan awam terutamanya sistem landasan.

"Selepas kunjungan hari ini, Tuanku Sultan melahirkan keyakinan bahawa pengangkutan awam merupakan satu cara mengatasi masalah lalu lintas di Lembah Klang," katanya.

- Bernama

Mahathir: Kenapa PM perlu jawab di TV?

Posted: 16 Apr 2015 08:00 PM PDT


 

Ketika Datuk Seri Najib Razak berdiam diri, Tun Dr Mahathir Mohamad giat menekan agar perdana menteri itu menjawab persoalan yang dibangkitkannya.

Selepas Najib muncul di TV untuk menjawab isu tersebut, Mahathir menekan lagi: Apa perlu PM menjelaskan perkara itu?

Beliau berkata demikian untuk menggambarkan bahawa Najib kini semakin kehilangan sokongan.

"Kenapa perlu ada rancangan TV untuk jelaskan pada rakyat? Jika rakyat sokong saya, kenapa perlu jelaskan pada mereka?

"Tak payahlah peduli saya seorang. Tapi nampak tidak konsisten, benda yang dijawab kadang-kadang menafikan kenyataan dulu," katanya.

Mahathir juga cuba menunjukkan bahawa Najib tidak tetap pendirian dalam isu yang dibangkitkannya – berhubung dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

"Dulu dengar cakap simpan duit di Cayman (Islands), sekarang cakap tidak simpan duit di Cayman, hanya berdaftar di situ.

"Lepas itu simpan duit di mana? Bawa balik duit dari Cayman macam mana kalau tidak simpan duit di Cayman?

"(Ini) tidak dijelaskan. Bukan sedikit tahu? Berbilion-bilion," kata Mahathir lagi dalam satu rakaman video yang disiarkan laman Perak Today.

Tun M Tetap Ungkit "JAMBATAN BENGKOK"

Posted: 16 Apr 2015 07:30 PM PDT

'PM pernah 6 bulan tak bercakap dengan Dr M'

 
Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Najib Razak tidak bercakap dengannya selama enam bulan selepas beliau mempersoal kelewatan pembinaan projek 'jambatan bengkok'.

"Dalam tempoh enam bulan dia tak cakap dengan saya," kata bekas perdana menteri dalam satu temubual dengan portal berita Perak Today.

Dalam majlis makan malam antara beliau dan Najib, Dr Mahathir bertanya mengapa kerajaan tidak meneruskan pembinaan jambatan bengkok itu.

Sedangkan, Najib telahpun berjanji untuk meneruskan projek tersebut selepas menggantikan Abdullah Ahmad Badawi.

"Dia kata ada perjanjian mengenai Johor Causeway, yang kita tak boleh sentuh dengan Causeway melainkan dua pihak bersrtuju.

"Jadi saya kata, tunjukkan perjanjian itu... Tak ada," kata bekas presiden Umno itu lagi.

Selepas itu, kata Dr Najib tidak menegurnya selama enam bulan sehingga presiden Umno yang juga MP Pekan bercakap dengan 'Adnan Pahang'.

"Sehingga dia bercakap dengan Adnan di Pahang, dan kemudian dia putuskan bahawa kami perlu adakan pertemuan lagi. Okay saya cakap, saya jumpa dia," katanya lagi.

Dipercayai Adnan yang dimaksudkan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

SPRM pertahan ketelusan FMT Reporters

Posted: 16 Apr 2015 07:00 PM PDT

 
sprm_money_300

Rakyat Malaysia perlu meletakkan keyakinan kepada SPRM dalam usahanya memerangi rasuah di negara ini.

PETALING JAYA: .Orang ramai dingatkan supaya tidak menjadikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai seteru.

Sebaliknya, mereka diminta supaya meletakkan keyakinan kepada badan itu dalam usahanya memerangi rasuah di negara ini.

Dalam kenyataannya, Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Rohaizad Yaakob berkata, komen yang diterima daripada pembaca, menunjukkan reaksi positif dan sayang kepada badan itu.

Sebagai strategi memenuhi harapan rakyat, ia menggunakan pendekatan 'Merakyatkan SPRM'.

Bagi tujuan itu ia turun padang dengan mengadakan pertemuan dengan pelbagai pihak dari masa ke semasa termasuk wakil rakyat dan parti politik di peringkat nasional dan negeri.

Beliau berkata, bagi menjadikan SPRM lebih bebas dan berkesan sebagaimana diharapkan oleh orang ramai, Ahli Parlimen perlu menyokong usaha mewujudkan Suruhanjaya Perkhidmatan Pegawai SPRM dan pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang memerlukan sokongan dua pertiga di Dewan Rakyat.

Jelasnya, SPRM tidak mengenal pangkat dan parti dalam memerangi rasuah tetapi tidak semestinya siasatan itu akan berakhir dengan dakwaan di mahkamah.

"SPRM pernah siasat kes cincin yang didakwa dibeli oleh isteri Perdana Menteri.

SPRM pernah siasat Tan Sri Khalid Ibrahim dan Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, masing-masing mantan Menteri Besar Selangor dan Kelantan. Ini menunjukkan siasatan merentasi taraf dan status seseorang," katanya.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan susulan laporan beberapa portal berita berhubung siasatan SPRM ke atas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur berkaitan pembelian cincin RM24.4 juta.

Siti boleh tenggelam suara UMNO Khairil Ashraf

Posted: 16 Apr 2015 06:30 PM PDT

 
siti, mahathir

Sokongan yang dibuat golongan artis dianggap merbahaya ke atas Najib.

PETALING JAYA : Kenyataan secara terbuka Penyanyi No 1 Negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, menenggelamkan sokongan yang diterima Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada ahli UMNO.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, sokongan yang dibuat secara ikhlas itu amat merbahaya ke atas Najib.

Atas sebab itu, ia tidak diketengahkan oleh akhbar perdana yang pro Najib.

"Jika tidak " merbahaya" sokongan ini masakan semua akhbar diminta membenamkan berita ini. Bodohkah semua Ketua Pengarang akhbar sehingga tidak nampak nilai berita ini?

"Suara Siti Nurhaliza berada dihati pencintanya dan kejelitaan Rozita dalam kesederhanaannya menutup kejelitaan wanita-wanita yang berpakaian atau berbarang kemas berjuta ringgit. Sokongan dalam pilihanraya tidak hanya berasaskan kepercayaan politik.

Dalam entri terbarunya zamkata.blogspot.com, beliau menulis, artis seperti Siti Nurhaliza dan Che Ta mewakili suara rakyat dan fakta itu dikaitkan dengan kejatuhan Presiden Suharto sebagai Presiden Indonesia.

Katanya, lagu Singkong dan Keju telah membangkit perasaan marah rakyat republik itu presiden yang berkuasa lebih 30 tahun.

Sebelum ini, dalam albumnya Siti Norhaliza pernah mendendangkan lagu Lelaki yang dikatakan ditujukan khas kepada Dr. Mahathir dan Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Gaji Ahli Parlimen dah… gaji minima bila? Khairil Ashraf

Posted: 16 Apr 2015 06:00 PM PDT

 
gaji pekerja

Majlis Perundingan Gaji Negara didakwa sehingga kini gagal memainkan peranannya dalam menyelaraskan gaji minima pekerja.

KUALA LUMPUR : Parti Sosialis Malaysia (PSM) mempertikaikan kerajaan yang sehingga kini masih gagal menyelaraskan gaji pekerja sedangkan pada waktu yang sama gaji Ahli Parlimen naik.

Setiausaha PSM Cawangan Seremban S. Tinagaran berkata, Majlis Perundingan Gaji Negara yang ditubuhkan untuk menyelaraskan gaji minima pekerja mengikut kos sara hidup telah gagal memainkan peranannya.

"Dalam senario politik di mana gaji kebanyakan wakil rakyat dan penggubal undang-undang dinaikkan, tetapi gaji minima pekerja yang menjadi tulang belakang kepada pembangunan negara diperlekeh dan diabaikan.

"Kerajaan dan Majlis Perundingan Gaji Negara masih berdolak dalih dan tidak tegas dalam menaikkan gaji minima," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PSM pada Khamis.

Tambahnya, walaupun gaji minima telah dilaksanakan pada 2013 dengan jumlah RM900 bagi Semenanjung dan RM800 untuk Sabah dan Sarawak tetapi perlu dikaji semula dengan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kenaikkan harga barangan.

Tun M anugerah Allah – Ibrahim Ali FMT Reporters

Posted: 16 Apr 2015 05:15 PM PDT

 
permata negara, ibrahim ali, tun mahathir

Kritikan yang dibuat Tun Dr Mahathir adalah ikhlas dan tidak mempunyai maksud tersirat.

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad adalah anugerah dari Allah kepada rakyat negara ini.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata, sumbangan yang dibuat bekas Perdana Menteri mengatasi kelemahan yang pernah dilakukannya.

Sebab itu jelasnya, semakin banyak orang hentam bertambah kuat sokongan yang beliau dapat.
"Sebenarnya Tuhan beri anugerah pada Malaysia. Kalau dulu Dr Wan Azizah kata Anwar anugerah Tuhan. Sebenarnya anugerah Allah kepada Malaysia ialah Dr Mahathir. Dia permata negara," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi menyangkal dakwaan sesetangah pihak yang mendakwa bahawa Tun Mahathir tidak layak untuk bercakap soal negara apatah lagi mengkritik kemimpinan Datuk Seri Najib Razak.

"Tindakan Tun Mahathir mebuat buat kritikan kepada Najib berhubung 1MDB dan pembunuhan Altantuya adalah untuk meminta Najib membuat penjelasan itu sahaja.

"Kenapa pula penyokong bahawahan Najib kata Tun Mahathir mempunyai kepentingan dengan mengkritik Najib. Macam sekarang orang kata dia ada kepentingan. Dia ada kepentingan apa? Dia tak nak jadi Perdana Menteri lagi," katanya.

Sehubungan itu, PERKASA mengulangi pendirian bahawa mereka menyokong pendirian Tun Mahathir yang menggesa Najib memberi pejelasan berhubung isu yang berbangkit.

"Kita sokong Tun Mahathir berdasarkan pada kebenaran bukan kerana kita rapat dengan beliau," katanya.

Dengan Hanya Satu Pendedahan.. Pemimpin BN Kantoi - Addin

Posted: 16 Apr 2015 04:30 PM PDT

 
Dengan Hanya Satu Pendedahan.. Pemimpin BN Kantoi. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi cuba mengelak daripada pertanyaan pemberita berhubung jam tangan dipakainya seperti didedahkan badan anti-jenayah MyWatch baru-baru ini.

Zahid mempertahankan tindakannya memakai jam "mahal" dengan berkata beliau merupakan seorang ahli korporat sebelum menyertai politik.

"Sebelum saya menyertai politik, saya seorang ahli korporat. Kenapa perlu mengawasi semua itu (jam tangan yang dipakai oleh ahli politik)?" soal Zahid kepada pemberita di Serdang, Selangor hari ini.

Sebelum memulakan sidang media, beliau segera berkata, "Kena tutup ni (jam tangan)" sambil menutup jam tangannya dengan baju dan berkata: "Pasal Casio pun nak kecoh."

Sebelum ini, pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan mendedahkan jam tangan mewah yang dipakai ahli politik dan dimuat naik dalam laman Facebooknya.

Zahid didakwa memiliki tiga koleksi jam tangan mewah – Richard Mille Felipe Massa (RM366,000), Richard Millle RM025 Diver (RM248,000) dan Richard Mille RM011 Flyback (RM480,000).

Dengan Hanya Satu Pendedahan.. Pemimpin BN Kantoi

Siri pertama koleksi jam tangan dimiliki pemimpin negara dimuat naik Sanjeevan Sabtu lalu dan menjadi viral di laman sosial.

Dalam pendedahan itu, Datuk Seri Najib Razak didakwa memiliki empat utas jam tangan dan yang paling mahal, Hublot Big Bang King Power Red Devils Manchester United, edisi terhad yang bernilai RM165,000.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin didakwa memakai jam tangan Patek Philippe Nautilus bernilai RM160,000 dan Jaegar Le Coultre Reverso, yang harganya di antara RM27,000 dan RM180,000.

Namun, jam tangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ialah Casio Protrek Triple Sensor Tide Graph PRG-130-1V, berharga RM1,020.

Manakala di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang memakai jam tangan paling murah iaitu Seiko Chronograph SND363, dianggarkan dijual dengan harga RM270.

Isnin lalu, Datuk Ahmad Maslan menafikan beliau memiliki jam tangan mewah jenama Rolex Submariner bernilai di antara RM30,000 dan RM40,000 sepertimana didedahkan Sanjeevan.

Timbalan menteri kewangan itu membuat penafian melalui laman Twitternya, mengatakan pendedahan tersebut merupakan fitnah dan beliau tidak pernah memiliki jam tangan jenama mewah itu.

"Fitnah, ini kerja pembangkang! Saya tidak pernah ada Rolex Submariner dan tak pernah memakainya. Jam saya yang biasa saja," katanya melalui laman Twitter pada Isnin lalu, sambil memuat naik gambarnya yang sedang memakai jam tangan diambil daripada laman Facebook Sanjeevan.

Pakatan sulit Anwar-Mahathir asak Najib?

Posted: 16 Apr 2015 09:10 AM PDT

 

Khabar angin terdapat pakatan sulit Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan perdana menteri adalah tidak benar, kata pemimpin Umno Wilayah Persekutuan.

Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata penyebaran dakwaan itu sebahagian kempen fitnah menjatuhkan Datuk Seri Najin Razak yang juga presiden Umno.

Syed Ali menuduh pembangkang terlibat menyebarkannya di laman-laman sosial dan portal berita.

"Dalam keadaan hubungan mereka agak kurang selesa, ada pihak ambil kesempatan sebarkan fitnah kononnya berlaku pakatan Dr Mahathir dan Anwar," tegas ketua Umno Cheras itu.

Blog Umno bahagian itu juga melaporkan Syed Ali sebagai yakin ahli-ahli Umno tidak mudah terpedaya dengan spekulasi itu.

"Ahli-ahli Umno yang berikan mandat kepada Najib, sudah tentu mereka akan mempertahankan kedudukan presiden parti selaku Perdana Menteri," tegasnya.

katanya, khabar angin itu munsul selepas Mahathir hadir memberikan penghormatan terakhir kepada bapa Anwar, allahyarham Datuk Ibrahim Abdul Rahman yang meninggal dunia pada 4 April lalu.

Dr M sendiri pecat Anwar

Mahathir diringi isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali berada di rumah allahyarham di Kajang sebelum Anwar tiba dari Penjara Sungai Buloh.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga naib presiden Umno.

Syed Ali hari ini berkata beliau kesal kunjungan Dr Mahathir ke rumah bapa Anwar disalah ertikan oleh pihak tertentu.

"Saya sedih kerana menziarahi orang yang meninggal dunia telah dipolitikkan, ini perbuatan tidak baik," katanya lagi.

Menurut beliau, kesannya bukan setakat menjejaskan nama baik Dr Mahathir tetapi  juga turut dirasai oleh keluarga Ibrahim.

"Bagi saya, kunjungan Dr Mahathir itu sebagai tanda penghormatan kepada Allahyarham yang sebelum ini pernah aktif dalam Umno," tegasnya.

Syed Ali juga berkata, tidak ada kewajaran bagi Mahathir untuk berpakat dengan Anwar yang dipecatnya sendiri daripada Umno dan kerajaan.

"Ada yang kata politik itu serba mungkin, tetapi dalam isu ini, agak mustahil bagi Dr Mahathir," katanya.

Ahmad Maslan Malu Dikantoikan Oleh Hasan Malek...

Posted: 16 Apr 2015 05:25 AM PDT

Mafiaboss Melayu's photo. Niat di ahti nak rasa bangga dan mewar-warkan perkara tersebut kepada rakyat marhaen. Mesti ada pemberita pickup punya. Almaklumlah isu GST kan tengah panas. 

Kononnya sedikitnya jumlah aduan yang diterima membuktikan GST yang bermula pada semalam berjalan dengan lancar dan cemerlang. 

Setakat 800 aduan dengan jumlah penduduk yang mencecah 30 juta orang apa la sangat. Biasalah ada silap sana sini. Itu semua boleh diperbaiki dan diperbetulkan dari masa ke masa.

Kata Ahmad Maslan. Dia agak terkejut kerana aduan mengenai GST hanyalah sekitar 815 (yang terkumpul). Berkata kepada Sapawi Ahmad Wasali (wakil rakyat BN-Sipitang) dalam persidangan parlimen ketika sesi soal jawab, dia tak expect akan menerima aduan dalam jumlah tersebut kerana pada sangkaannya, aduan akan mencecah 8,000, 18,000 atau 80,000 sebaliknya hanya menerima 815 ketika ia direkodkan.

Namun kenyataan Ahmad Maslan itu tak semena-menanya disangkal oleh Hasan Malek. Secara tidak langsung. Mungkin tak sengaja dan dia tidak tahu bahawa Ahmad Maslan pada awalnya dah terlebih dahulu menjawab persoalan tersebut di parlimen. Apa yang Hasan Malek buat ialah dia berkata kepada pemberita, aduan terkumpul mengenai GST sehingga semalam (baca betul-betul ya, sehingga SEMALAM, so agak mustahil untuk Ahmad Maslan misinformed tentang angka tersebut) mencecah 23,000 aduan.

Angka jauh meleret dari apa yang didedahkan oleh Ahmad Maslan. 

Ahmad Maslan bercakap di parlimen wei.

Ahmad Maslan bukan buat kenyataan di luar parlimen tapi dalam dewan sedangkan di parlimen kita hanya perlu menjawab tentang fakta. Bukan sesuatu yang tidak sahih apatah lagi sesuatu yang auta.


Ini membuktikan yang Ahmad Maslan bukan sekadar kantoi bahkan menipu lagi di parlimen.
Itupun nasib baik Hasan Malek yang kantoikan penipuan Ahmad Maslan.

Persoalannya, ini bukan kali pertama Ahmad Maslan kantoi menipu dalam parlimen. Dan satu lagi, apa la hal-hal lain yang Ahmad Maslan turut menipu di parlimen dan luar parlimen agaknya tanpa kita sedari?

Jeng jeng jeng..


(Kredit: Sozcyili.blogspot.com)
 

Zairil nafi kewujudan akaun DAP Mesir Adam Abu Bakar

Posted: 16 Apr 2015 04:15 AM PDT

 
zairil-DAP-Mesir

Ahli Parlimen Bukit Bendera menjelaskan akaun berkenaan sengaja dibuat pihak tertentu atas niat jahat sempena lawatan DAP ke Asia Barat.

PETALING JAYA: DAP menafikan dakwaan bahawa mempunyai hubung kait dengan akaun Facebook seperti DAP Mesir dan akaun yang didakwa berniat jahat untuk memburuk-burukkan parti itu.

Perkara itu disangkal Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari di laman blognya, www.zairil.com.

Dalam tulisannya, Ahli Parlimen Bukit Bendera menjelaskan akaun berkenaan sengaja dibuat pihak tertentu atas niat jahat sempena lawatan rombongan pemimpin tertinggi DAP ke Jordan dan Mesir.

Mengulas mengenai perkara yang sama, Zairil mengakui tujuan rombongan berkenaan ke sana atas tujuan cuba mendekati pelajar Malaysia.

"Kami juga telah mengadakan beberapa sesi perjumpaan bersama pelajar-pelajar Malaysia dari pelbagai universiti di Jordan," katanya.

Sebelum ini, FMT melaporkan mengenai akaun Facebook DAP Mesir yang kononnya diwujudkan bagi menarik sokongan daripada pelajar Malaysia di negara berkenaan.

Kehadiran pemimpin parti berkenaan turut mengundang rasa kurang senang sebahagian besar pelajar Malaysia dan mereka mempertikaikan tujuan sebenar lawatan itu diadakan.

Selepas Jordan, rombongan berkenaan akan berada di Mesir sehingga 19 April ini.

Pemuda tidak yakin dengan Najib Faiz Zainudin

Posted: 16 Apr 2015 03:30 AM PDT

 
jho-low-1MDB

Selain pembangkang, UMNO juga dikatakan tidak yakin dengan penjelasan Najib berhubung isu 1MDB.

PETALING JAYA: Kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin tersepit selepas penerangan yang diberikannya berkaitan pembabitan Low Taek Jho atau Jho Low dalam 1MDB dikatakan gagal menyakinkan ahli dan pemimpin UMNO.

Situasi itu dilihat menambah beban yang terpaksa ditanggung beliau yang turut berdepan dengan tekanan yang sama dari pembangkang.

Percubaannya memberikan sesi penerangan dengan pelbagai cara sama ada menerusi media sosial atau pertemuan bersemuka, dikatakan tidak membuahkan hasil.

Blogger dan bekas Ketua Bahagian UMNO Setiawangsa, Shahbudin Husin, berkata Najib tidak mempunyai pilihan lain, selain membawa Jho Low pulang untuk disiasat dan memberi penerangan sebenar, ke mana perginya berbilion-bilion wang 1MDB.

"Pihak pembangkang dan UMNO seakan "senada dan seirama" mahukan Jho Low disiasat, ia seolah-olah semakin ramai mulai sedar bahawa kritikan dan teguran Tun Dr Mahathir Mohamad selama ini ada benarnya," katanya.

Menurut Shahbudin, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin sendiri nampak tidak yakin dengan penerangan Perdana Menteri apabila beliau menggesa audit 1MDB dipercepat selain meminta Jho Low disiasat.

Walaupun Najib dijulang bagai menatang minyak yang penuh semasa pertemuan dengan Pemuda UMNO, sebenarnya tidak mengambarkan bahawa ia yakin dengan penerangan yang dibuat Najib.

"Apakah beliau (Khairy) tidak puas hati dengan penjelasan Najib dalam pertemuan itu atau tidak percaya dengan pengakuan Perdana Menteri sebelum ini bahawa Jho Low tiada sebarang kaitan dengan urus niaga 1MDB?," soalnya.

Dalam tulisannya di www.shahbudindotcom.blogspot.com dia meminta Najib bukan saja perlu berani, menyelesaikan isu 1MDB, tetapi beliau perlu melakukan perkara yang sama melibatkan kes pembunuhan Altantuya Shaariibu dengan mengarahkan Polis membuka semula kertas siasatan.

"Jika ini dapat dilakukan, bukan saja orangramai memuji tindakannya, bahkan mungkin mampu memberi kepuasan kepada Tun Mahathir akhirnya, serta menjawab teka-teki orangramai selama ini,' komennya.


FMT

EU pula gesa M'sia hormat hak asasi

Posted: 16 Apr 2015 02:45 AM PDT

 
 
Kesatuan Eropah (EU) menggesa Putrajaya menghormati hak asasi manusia selepas Malaysia meluluskan pindaan di Parlimen untuk mengukuhkan Akta Hasutan 1948.

Jurucakap EU yang berpangkalan di Brussels dalam kenyataannya membangkitkan masalah "penggunaan kontroversi" Akta Hasutan, sejak sebelum undang-undang itu diperkukuh.

"Malaysia putuskan untuk mengukuhkan Akta Hasutan, bukan memansuhkannya seperti diumumkan sebelum ini.

"Perkara ini mempunyai kesan terhadap kebebasan bersuara yang tergambar melalui penggunaan akta kontroversi itu baru-baru ini," kata jurucakap itu.

"Sebagai sahabat Malaysia, EU sekali lagi menggesa Malaysia menghormati hak asasi manusia dan kebebasan asasi dan percaya kepada proses-proses dalam sistem demokrasi, demi pembangunan, kemakmuran dan keharmonian."

Semalam Amerika Syarikat juga menyuarakan kebimbangan hampir sama.

Azalina selar Jho Low 'melalak' dari jauh

Posted: 16 Apr 2015 02:00 AM PDT

 
 
Beberapa pemimpin Umno bahagian terus mencabar ahli perniagaan Low Taek Jho kembali ke tanah air untuk menjelaskan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung isu yang berkaitan firma pelaburan negara 1MDB.

Ketua Umno Tanjung Malim Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib berkata menegaskan tidak adil jika Low, yang lebih dikenali Jho Low, memberi kenyataan dalam media antarabangsa melibatkan isu berkaitan kepentingan negara.

"Kami desak Jho Low supaya segera pulang ke Malaysia, beri penjelasan kepada PAC mengenai isu 1MDB, kita mahu lihat sama ada beliau terlibat atau tidak.

"Kalau benar ingin 'bantu', pulang ke tanah air dan beri penerangan," kata pemimpin Umno itu seperti dilapor Utusan Online.

Dalam laporan yang sama, Ketua Umno Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said turut mendesak ahli perniagaan itu bertanggungjawab dan bersikap 'gentlemen' susulan kenyataannya yang menuduh Umno terlibat dengan permasalahan 1MDB.

"Selaku rakyat Malaysia, kita mahu Jho Low bersikap gentleman (jantan). Jangan di luar negara berani 'melalak-lalak' dengan pelbagai tuduhan liar terhadap Umno terlibat dengan permasalahan 1MDB.

"Jadi, sekarang kita mahu Jho Low bertanggungjawab sepenuh­nya, berani buat, berani tanggung," katanya dipetik.

'Tak selesai isu 1MDB'

Dalam wawancaranya dengan majalah perniagaan Euromoney, Jho Low mendakwa sesetengah pihak dalam Umno memainkan unsur perkauman untuk memberi gambaran "budak Cina curi wang dan joli arak".

Dalam temubual itu juga, beliau menyebut bahawa "orang-orang Umno pakar putar belit" yang mengundang kritikan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mendesak pihak berkuasa menyiasat ahli perniagaan itu.

Sementara itu, Utusan Online juga melaporkan Ketua Umno Rasah Datuk Hasim Rusdi berkata Jho Low berada dalam keadaan terdesak hingga sanggup menuduh ahli parti itu sebagai "kaki putar belit".

Menurutnya, kenyataan mengelirukan itu dibuat demi meredakan isu yang sedang melanda syarikat pelaburan negara itu.

"Tetapi perbuatannya itu, tidak menyelesaikan masalah sebaliknya telah menambah suasana kurang senang dalam isu 1MDB.

"Jika percaya bahawa dia di pihak yang benar, mengapa tidak beritahu pada pihak yang sedang melakukan siasatan terhadap 1MDB seperti Ke­tua Audit Negara," katanya.

Samy Vellu: Bagilah peluang sikit, Dr M

Posted: 16 Apr 2015 01:00 AM PDT

 Bekas Presiden MIC dan menteri kerja raya, Datuk Seri S Samy Vellu berharap Tun Dr Mahathir Mohamad memberi peluang kepada perdana menteri untuk terus berkhidmat mengetuai kabinet Malaysia.

Samy Vellu yang pernah menjadi menteri bawah Dr Mahathir berkata, Najib melaksanakan tugasnya dengan baik dan berhak dipertahankan sebagai perdana menteri.

"Saya sangat menghormati Dr Mahathir tetapi saya rasa beliau perlu memberi peluang kepada Najib untuk membuktikan keupayaannya.

"Najib banyak melakukan tugas dengan baik dan jika kita menghalangnya sekarang, rakyat akan sengsara," katanya.

Samy Vellu bercakap kepada media di majlis forum Rancangan Malaysia ke-11 dan Komuniti India di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

malaysiakini.


Fomca: Harga barang naik sampai 30 peratus selepas GST

Posted: 16 Apr 2015 12:15 AM PDT


Pemantauan oleh Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mendapati harga bagi kebanyakan barangan dinaikkan antara 20 hingga 30 peratus selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menurut Fomca, pemantauan di sebuah pusat membeli-belah di Kelana Jaya itu dibuat ke atas pematuhan peraturan tanda harga, kedudukan harga dan resit pembayaran.

Harga barangan tersebut seterusnya dibandingkan dengan senarai dalam Buku Panduan Harga Pengguna yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

"Kita mendapati kebanyakan harga barang telah naik antara 20 peratus hingga 30 peratus berbanding harga baru dalam buku panduan," kata Mohd Yusof Abdul Rahman, Timbalan Presiden FOMCA.

Jelasnya, pemantauan di pusat membeli-belah Paradigm itu melibatkan barangan di kedai video Speedy, kedai peralatan kesihatan Guardian, kedai runcit My News.com dan pasaraya besar Tesco.

Yusof menunjukkan satu contoh satu pewangi ketiak yang dinaikkan harga sehingga RM5.35, berbanding harga RM4.44 mengikut buku panduan.

Dalam tinjauan berkenaan, Fomca turut menemui beberapa ketidakwajaran berikut: Kedai keluarkan resit pembelian dengan harga yang berbeza berbanding harga barangan di rak.

Peniaga tidak pamerkan harga asal barangan sebelum ditambah GST dalam resit. Pengusaha letakkan dua harga berbeza untuk barangan tertentu.

Tanda harga di rak berbeza dengan harga yang dinyatakan dalam resit.

Tanda harga barang tidak menunjukkan jenis GST yang dikenakan ke atas harga barang itu. Seterusnya, Yusof menyeru peniaga agar menyatakan jenis GST di tanda harga untuk memudahkan pengguna yang cenderung membeli barang berkadar sifar.

Beliau juga menyarankan agar KPDNKK memperbaharui buku panduan pengguna Yusof berkata,pengguna boleh membuat aduan kepada KPDNKK jika mendapati harga di pasaran tidak berpatutan.

"Peniaga yang tidak mengikuti buku panduan bukan satu kesalahan, cuma pengguna boleh mengadu kepada KPDNKK," katanya.

Menurut Fomca, pihaknya sedang mengemaskini senarai barangan yang dikesan dinaikkan harga. Buku panduan yang dikeluarkan oleh KPDNKK pada Februari tahun ini menyenaraikan harga barangan tertentu sebelum GST, impak GST (enam peratus) dan harga baru selepas dikenakan GST.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

PKR persoal cadangan jual Sacofa ke syarikat keluarga Taib OLEH DESMOND DAVIDSON

Posted: 15 Apr 2015 11:30 PM PDT

PKR Sarawak mempersoalkan cadangan untuk menjual 50% pegangan saham anak syarikat kerajaan negeri, Sacofa Sdn Bhd, kepada Cahaya Mata Sarawak Berhad, syarikat yang dikaitkan dengan keluarga Yang DiPertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud. – Gamber The Malaysian Insider, 15 April, 2015.
PKR Sarawak mempersoalkan cadangan untuk menjual 50% pegangan saham anak syarikat kerajaan negeri, Sacofa Sdn Bhd, kepada Cahaya Mata Sarawak Berhad, syarikat yang dikaitkan dengan keluarga Yang DiPertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud.

PKR Sarawak mempersoalkan cadangan untuk menjual 50% pegangan saham anak syarikat kerajaan negeri, Sacofa Sdn Bhd, kepada Cahaya Mata Sarawak Berhad, syarikat yang dikaitkan dengan keluarga Yang DiPertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud.

PKR Sarawak hari ini mempersoalkan cadangan untuk menjual 50% pegangan saham anak syarikat kerajaan negeri, Sacofa Sdn Bhd, kepada Cahaya Mata Sarawak Berhad (CMS), syarikat yang dikaitkan dengan keluarga Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud.

Naib Pengerusi PKR Sarawak, See Chee How berkata ia jelas bertentangan dengan ikrar Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem untuk mendukung integriti kerajaan negeri.

Katanya, Adenan sepatutnya membawa isu penjualan syarikat infrastruktur telekomunikasi ke dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk dibincangkan.

Sacofa pada tahun 2002 memperoleh kontrak monopoli 20 tahun oleh kerajaan negeri bagi membina, menguruskan, memajak, dan menyelenggara menara telekomunikasi di negeri itu.

Sehingga kini, syarikat itu mendirikan lebih 600 menara telekomunikasi, yang kemudiannya dipajakkan kepada syarikat telekomunikasi di Sarawak.

Menurut See, Sacofa sangat "lumayan" apabila rekod pada tahun 2012 menunjukkan syarikat itu menjana keuntungan RM155.28 juta dan RM153.41 juta pada tahun 2013.

Keuntungan sebelum cukainya RM84.59 juta, manakala selepas ditolak cukai, keuntungan yang dicatatkan adalah sebanyak RM66.93 juta pada tahun 2012.

Bagi tahun 2013, keuntungannya masing-masing ialah RM62.77 juta dan RM51.64 juta.

"Kerana melupuskan aset yang begitu bernilai dimiliki kerajaan negeri itu, saya mohon agar ketua menteri membentangkan cadangan tawaran itu yang melibatkan kehilangan 50% ekuiti Sacofa kepada CMS dalam sidang DUN akan datang bagi mendapatkan kelulusan ahli Dewan selaras dengan ikrar kerajaan mendukung integriti pentadbiran kerajaan," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, tidak ada sebab kerajaan negeri begitu mudah boleh menjual satu daripada usaha perniagaannya yang membawa keuntungan lumayan, kepada syarikat awam milik persendirian dengan harga murah.

"Apa rasional di sebalik menghapuskan perniagaan yang selama ini mendatangkan keuntungan ekonomi kepada negeri?

"Ada akan berakhir monopoli Sacofa yang memasang kemudahan jaringan telefon selepas konsesi 20 tahun itu tamat tahun 2022?" soalnya.

Adun Batu Lintang itu mempersoalkan sama ada kerajaan negeri sudah memaklumkan kepada pemegang saham lain "yang pemilik atau sebahagian besar pemiliknya rakyat Sarawak".

Katanya, kerajaan negeri juga harus menjelaskan sebab penjualan itu dibuat tanpa melalui proses tender "bagi memastikan faedah dan nilai terbaik daripada penjualan saham".

See berkata Adenan yang juga menteri kewangan dan pengerusi Yayasan Sarawak, bakal berdepan ujian mempertahankan ikrar integritinya jika beliau membenarkan tawaran itu diteruskan.

Mengikut cadangan jualan yang diumumkan pada 2 April lalu, kerajaan negeri setuju untuk menghapuskan 50% pegangan sahamnya kepada CMS dengan harga RM186.79 juta, satu tawaran yang disifatkan See sebagai "tawaran yang amat bagus kepada CMS, tetapi merugikan negeri."

Melalui keuntungan bersih 33% daripada hasil Sacofa setiap tahun, harga belian 50% ekuiti itu berdasarkan pendapatan, digandakan 7, jumlahnya terlalu rendah.

"Berbanding penilaian semua syarikat infrastruktur telco lain yang memperoleh pendapatan satu digit, saham mereka didagangkan lebih 30 kali ganda di Bursa Malaysia," katanya.

Kerajaan negeri memiliki 70.5% ekuiti di Sacofa, melalui Pemerbadanan Setiausaha Kewangan Negeri.

Yayasan Sarawak memiliki 6.8% ekuiti dalam syarikat itu, manakala Celcom Axiata-Berhad dan Sarawak Information Systems Sdn Bhd masing-masing memiliki 15.1% dan 7.6% saham.

Laman web pemberi maklumat, Sarawak Report kini mempersoalkan "berapa banyak lagi Sarawak masih dikawal" Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud, yang keluarganya mengawal CMS.

Menurut Sarawak Report, CMS "pada asalnya diswastakan" kepada Taib dan keluarganya ketika beliau menjadi ketua menteri pada tahun 1980-an. – 15 April, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.