Rabu, 15 April 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Ahli politik lobi Naib Canselor UMT? FMT Reporters

Posted: 15 Apr 2015 10:45 PM PDT

 
umt_600

Kelewatan Kementerian Pendidikan melantik Naib Canselor yang baharu menimbulkan spekulasi ada ahli politik cuba melobi untuk ahli keluarganya dilantik ke jawatan itu.


PETALING JAYA: Kelewatan pihak Kementerian Pendidikan mengumumkan pelantikan Naib Canselor universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang baharu telah menimbulkan banyak spekulasi di kalangan kakitangan Universiti Awam (UA) itu.

Tambah meresahkan mereka apabila terdapat desas-desus yang mendakwa ahli politik cuba menggunakan pengaruhnya untuk melantik ahli keluarga terdekat ke jawatan itu.

Spekulasi itu meresahkan kakitangan UMT kerana bimbang individu yang tidak layak dari segi akademik dan pengalaman dilantik sekali gus boleh menjejaskan kredibiliti dan mutu pengajian universiti berkenaan.

Kontrak perkhidmatan Prof Datuk Dr Ibrahim Komoo sebagai Naib Canselor telah tamat pada 12 April lalu selepas tiga tahun memegang jawatan itu.

Justeru, kakitangan UMT menggesa Kementerian Pendidikan mengumumkan segera Naib Canselor yang baharu bagi mengelak pihak-pihak tertentu melobi .

FMT difahamkan kakitangan UMT mahukan kontrak Dr Ibrahim disambung kerana beliau berjaya melaksanakan banyak transformasi di universiti berkenaan.

Sumber di kementerian mengesahkan menerima rayuan itu dengan alasan beliau mampu membawa universiti ke tahap lebih tinggi.

UMT asalnya Pusat Perikanan dan Sains Samudera di bawah Universiti Putra Malaysia (dulunya Universiti Pertanian Malaysia) dan dinaik taraf menjadi Kolej Universiti Malaysia Terengganu (KUSTEM) pada 2001.

Pada Februari 2007, KUSTEM dikenali sebagai UMT di bawah program penjenamaan semula kolej-kolej universiti.

SUHAKAM ibarat harimau tidak bergigi FMT Reporters

Posted: 15 Apr 2015 10:00 PM PDT

 
suhakam pota2

Pengerusi SUHAKAM terkilan dengan tindakan kerajaan yang membelakangi badan itu dalam meminda dan memperkenalkan undang-undang baharu.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mengibaratkan kewujudannya sebagai " harimau yang tidak bergigi".

Kekesalan itu disampaikan oleh Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berikutan tindakan kerajaan yang membuat keputusan tanpa berunding dengan badan itu.

Kenyataan berkenaan dibuat dengan merujuk keputusan kerajaan melaksana undang-undang baru seperti Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA).

"Sejak menjadi pengerusi di sini, saya melihat suruhanjaya ini lebih buruk daripada seekor harimau yang tidak bergigi.

"Menurut perspektif saya, SUKAHAM hanyalah pengawal yang ditambat pada jawatannya sahaja," katanya dalam satu sidang media selepas membentangkan Laporan Tahunan SUHAKAM 2014 di Ibu Pejabatnya.

Beliau juga menuduh kerajaan tidak berunding dengan suruhanjaya itu sebelum membuat sesuatu keputusan.

"Kerajaan juga tidak pernah membahaskan apa-apa laporan SUHAKAM di Parlimen sejak suruhanjaya berkenaan ditubuhkan pada 2008," tambah Hasmy.

Sehubungan itu, SUHAKAM telah menyatakan pendirian mereka untuk menolak beberapa cadangan kerajaan agar suruhanjaya berkenaan dilihat lebih kuat.

"Sekalipun kami tidak menjadi seekor harimau yang lengkap, namun kami boleh menjadi pengawal yang bergigi untuk menggigit," katanya lagi.

Sementara itu, dalam laporan tahunan suruhanya berkenaan, kerajaan telah digesa untuk memberikan jaminan kebebasan berhimpun yang merupakan hak rakyat Malaysia.

"Walaupun polis mempunyai kuasa berhubung pengawasan sesuatu tunjuk perasaan, SUHAKAM berharap polis melaksanakan tugas dan tanggungjawab berkenaan dengan mengikut nilai dan norma yang ditetapkan," ujarnya.

Mesej dari penjara FMT Reporters

Posted: 15 Apr 2015 09:15 PM PDT

 
anwar_600

Anwar menyampaikan amanat kepada Wan Azizah ketika isterinya melawat di penjara supaya jangan sesekali memberi ruang kepada BN di Permatang Pauh.

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat (PR) perlu mempertahankan Permatang Pauh daripada dirampas Barisan Nasional (BN) demi menjaga kepentingan rakyat.

Kepimpinan PR diingatkan supaya tidak memberi sedikit ruangpun kepada seterunya untuk merampas kerusi itu daripada PR.

Mesej itu disampaikan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika isterinya itu melawat beliau di Penjara Sungai Buloh pada 10 April lalu, lapor Keadilandaily.

"Anwar berpesan minggu lalu semasa saya melawat beliau, Permatang Pauh mesti dikekalkan kemenangannya.

"Jangan beri sedikit pun ruang kepada Umno BN. Kemenangan Umno BN adalah penderitaan kepada rakyat," kata Wan Azizah ketika berucap di Majlis Pelancaran Jentera Pakatan Rakyat Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh di Guar Perahu, Penanti pada Selasa.

Anwar dijatuhi hukuman lima tahun penjara kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Bekas Ketua Pembangkang itu hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen selepas Lembaga Pengampunan pada 16 Mac lalu telah menolak Petisyen Pengampunan Diraja yang difailkan oleh keluarganya.

Penamaan calon PRK Permatang Pauh akan diadakan pada 25 April manakala penamaan calon pula 25 April dan pengundian awal pada 3 Mei.

FMT

Pemuda Gerakan: Tian Chua kira telinga?

Posted: 15 Apr 2015 08:30 PM PDT

 
 

Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang menyindir naib presiden PKR, Tian Chua yang mendakwa siri bantahan Kita Lawan berjaya menarik ramai peserta.

Tan berkata, Tian sepatutnya menghitung para peserta dengan tepat sebelum mendakwa sedemikian.

"Adakah Tian Chua mengira kepala atau telinga (peserta)? Sedarlah," kata pemimpin Gerakan itu di Twitter.

Kenyataan Chua itu menjawab dakwaan ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bahawa Kita Lawan tidak berjaya menarik sokongan besar seperti perhimpunan Reformasi.

Menurut MP Batu itu, jumlah peserta perarakan Kita Lawan dari Sogo ke KLCC melebihi jumlah yang direkodkan pada 1998 dan 1999.

Tan bagaimanapun berkata, hampir 80,000 orang turun ke jalan untuk membantah hukuman penjara ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sedangkan, siri perhimpunan Kita Lawan hanya menarik seramai "5,000 orang", kata Tan.

Laporan media bagaimanapun menyebut, seramai 10,000 menyertai himpunan Kita Lawan selepas Anwar dipenjarakan sekali lagi pada 10 Februari.

DAP: SPRM berani siasat anak Rosmah?

Posted: 15 Apr 2015 07:45 PM PDT

 
 
Seorang MP DAP memuji Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana berani menyiasat isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kes cincin berlian.

Namun, SPRM masih tidak meneliti kekayaan yang diraih oleh anak Rosmah, kata MP Kulai, Teo Nie Ching.

Katanya, kekayaan Riza Aziz itu malah menjadi tumpuan laporan media antarabangsa.

Katanya, laporan New York Times juga membangkitkan mengenai koleksi beg tangan mewah dan barang kemas Rosmah.

Sedangkan, gaji yang diterima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya US$100,000 (RM370,000) setahun.

"Sudahkan SPRM memulakan siasatan ke atas (beg tangan) Hermes (Rosmah) dan rumah emper anaknya bernilai RM110 juta di New York?

"Perbelanjaan boros keluarga Najib malah menjadi perhatian dan menimbulkan persoalan dari New York," kata Teo.

Laporan akhbar berpengaruh itu tertumpu pada Riza, anak Rosmah dari perkahwinan pertama, yang muncul sebagai penerbit filem terkemuka Hollywood.

Ia termasuk pembelian apartmen bernilai US$33.5 juta (RM117.5 juta) di New York dan sebuah rumah Beverly Hills bernilai sekurang-kurangnya US$17.5 juta (RM61.5 juta).

Sedangkan, Riza sebelum ini hanyalah seorang pegawai rendah di sebuah bank.

"Jadi, soalan saya pada (pengerusi SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed: Adakah anda jalankan siasatan ke atas perkara ini?

"Jika beliau siasatan tetapi SPRM tidak jumpa apa-apa perkara meragukan, saya perlu jawab, SPRM mungkin bukan harimau mainan, tapi harimau buta," katanya.

Teo merujuk kepada laporan yang menyebut, SPRM sudah menjalankan siasatan ke atas dakwaan bahawa Rosmah membeli cincin bernilai RM24.4 juta.

Najib makin tergugat bila Jho Low bersuara, kata Zam

Posted: 15 Apr 2015 07:00 PM PDT



Kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dilihat menerima sokongan dan stabil kini mulai tergugat apabila ahli perniagaan, Low Taek Jho, atau dikenali sebagai Jho Low bersuara, kata bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin.

Lebih dikenali dengan panggilan Zam, bekas wartawan itu berkata, perkara itu berlaku apabila Jho Low menuduh Umno menjadi dalang dalam skandal syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Gambaran Najib berada dalam keadaan stabil dan kuat dengan sokongan dalam parti dan luar parti, tergugat dan meruncing semula apabila ahli perniagaan terkemuka Jho Low menuduh Umno menjadi dalang yang memutar belitkan isu 1MDB yang menyebabkannya dianggap sebagai punca skandal.


"Jho Low menuduh ini dilakukan oleh ahli-ahli putar belit Umno," katanya di dalam blognya zamkata.blogspot.com semalam.

Dalam artikel bertajuk, "Kedudukan Najib meruncing semula dan semakin tertekan", Zam berkata, tindakan Jho Low itu membangkitkan kemarahan Ketua Pemuda Umno, yang juga Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin serta beberapa kepimpinan lain Umno yang sebelum ini mengikrarkan taat setia kepada Najib.

"Mereka mahu Jho Low disiasat," kata Zam.

"Dengan Najib dan keluarganya diketahui sebagai bersahabat baik dengan tokoh perniagaan besar ini yang juga dikenali sebagai kaki berpoya-poya, maka pertanyaan Dr Mahathir siapakah orang ini yang menjadi penasihat kepada 1MDB menambah kredibiliti keyakinan dan sokongan kepada Dr Mahathir yang mendakwa berjuang seorangan," katanya.

"Malah lebih buruk lagi hari ini (semalam) bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menyokong tuntutan Dr Mahathir supaya siasatan terhadap kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dibuka semula."

Zam berkata, perkara itu jelas menunjukkan tekanan semakin hebat mulai dirasakan Najib di samping sokongan yang ditunjukkan banyak pihak kepadanya.

Dr Mahathir juga pada Isnin mengakui dirinya bersendirian dalam mengkritik pentadbiran Najib.

"Saya sedar saya keseorangan. Tetapi jika saya juga berasa bertanggungjawab kepada rakyat salahkah? Apabila duit rakyat hilang dan ini tersembunyi dari rakyat salahkah kalau saya tanya?

"Hakikatnya wang 1MDB ada di mana masih tidak dijawab, kata Najib wang itu tidak ada di Cayman Islands. Tetapi dulu mengaku ada di Cayman Islands dan sudah dibawa balik," katanya menerusi blognya, chedet.cc.

Dr Mahathir dilihat berterusan mengkritik pentadbiran Najib serta mempersoalkan tadbir urus kerajaan termasuk menyentuh isu membabitkan syarikat milik Kementerian Kewangan yang dibebani hutang itu, 1MDB, serta isu Altantuya.

Susulan kritikannya, pemimpin Umno dari semua peringkat menyatakan sokongan terhadap pentadbiran Najib termasuk parti komponen Barisan Nasional (BN) dan bekas penjawat awam kanan kerajaan.

Anak kepada Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, turut tidak terlepas daripada tekanan dan digesa menyuarakan pendiriannya terhadap kepimpinan dan pentadbiran Najib.

Ketika bapanya semakin rancak mengkritik perdana menteri itu, Mukhriz berkata, Umno Kedah akan membuat keputusan sama ada menyokong Najib atau tidak pada satu mesyuarat 24 April ini.

Dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin, yang menggesa beliau meletak jawatan sebagai menteri besar Kedah, Mukhriz menyifatkan wakil rakyat itu terlalu ghairah dalam mengeluarkan kenyataan.

"Kami bersetuju sesama kami, jangan ada apa-apa kenyataan (sebelum 24 April). Kami hendak satu kenyataan bersifat konsensus dalam kalangan semua anggota Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah.

"Nampaknya Ahmad agak ghairah sangat, dia keluarkan kenyataan sebelum kami keluarkan kenyataan rasmi," kata Mukhriz mengulas tindakan Ahmad memintanya meletak jawatan sekiranya gagal menyokong kepimpinan Najib. – tmi


Hj Hadi, Haron Din…..malulah kat Siti Norhaliza!

Posted: 15 Apr 2015 06:30 PM PDT

Siti Nurhaliza tampil mengejutkan dengan menyatakan sokongan terbuka pada Tun Dr Mahathir Mohamad yang "keseorangan" mengkritik pentadbiran perdana menteri Najib.

Tidak ketahuan samada Ziana Zain juga turut menyokong Mahathir…


Tetapi, selain menteri-menteri Umno, nampaknya hanya Hj Hadi, Haron Din dan puak-puak UG yang masih lagi tergila-gila memberi sokongan kepada kerajaan pentadbiran Najib…

Hj Hadi, Haron Din…..malulah sikit kat Siti Norhaliza!

al-Husseyn

UMNO Yakin GST Akan Jadi Modal Menang Besar Di Permatang Pauh

Posted: 15 Apr 2015 05:45 PM PDT

 

Umno akan mengadakan penerangan dan penjelasan besar-besaran berhubung pelaksanaan cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi menghalang cubaan pembangkang daripada menyebarkan maklumat tidak tepat semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata pihaknya yakin penerangan dan penjelasan yang diberi akan dapat memberi keyakinan kepada rakyat khususnya penduduk.

"Sudah tentu GST akan menjadi sebahagian daripada isu utama yang akan dibangkitkan pakatan pembangkang sepanjang tempoh berkempen namun kami akan cuba sedaya upaya untuk memberi penerangan kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat tentang GST hari ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata beliau yakin akan dapat membuktikan bahawa GST adalah jauh lebih baik daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang dikenakan sebelum ini.

Penerangan akan dilakukan menerusi perjumpaan dari rumah ke rumah, ceramah, sebaran dalam media sosial dan pengagihan risalah GST, katanya.

Ahmad berkata kerajaan juga akan menjelaskan sebab dan tujuan pelaksanaan GST kerana ini adalah sistem percukaian yang lebih kemas, tersusun dan baik.

Beliau berkata biro penerangan UMNO pusat dan negeri telah diminta untuk segera turun ke Permatang Pauh bagi memberi penerangan kepada penduduk.

"Saya difahamkan bahawa daripada 57 negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), 42 negara telah melaksanakan GST dan Malaysia adalah antara negara yang agak terakhir dalam memperkenalkan GST," katanya.

Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh diadakan berikutan penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai wakil rakyat selepas Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Anwar melalui anggota keluarganya.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 25 April sebagai hari penamaan calon, pengundian awal pada 3 Mei dan hari pengundian 7 Mei.

- Bernama

Dosa sudah tidak lagi jadi perhitungan? Sejauh mana dakwaan ‘sabotaj’ dalam pemilihan PAS kawasan? - oleh Alyaa Alhadjri.

Posted: 15 Apr 2015 05:00 PM PDT



KUALA LUMPUR: Komplot tersirat – atau tidak terlalu tersirat – antara puak dalam PAS mungkin sudah pun mula berjalan menjelang muktamar pemilihan Jun depan, dengan sekurang-kurangnya satu laporan berhubung sabotaj dan pengaturan dalam pemilihan peringkat bahagian.

Pada 14 April, Malaysiakini memetik tokoh veteran PAS Ahmad Awang yang mendakwa bekas menteri besar Perak Nizar Jamaluddin adalah antara mangsa "kempen fitnah" oleh puak pro ulama'.

Nizar terlepas kedudukan sebagai Yang Dipertua PAS Kampar. Ahmad dilaporkan mendakwa, ada risalah yang melabelkan Nizar sebagai "talibarut DAP" yang menyebabkan beliau tewas kepada Ketua Hal-ehwal Ulama' PAS Kampar.

Nizar sebelum ini menjadi Yang Dipertua di sana untuk tujuh penggal, atau hampir mencecah dua dekad. Ketika dihubungi, Nizar yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Perak pada awalnya berkata, tidak menyedari tentang dakwaan Ahmad.

Namun selepas dimaklumkan, beliau kemudiannya berkata, "Betul lah!", tetapi tidak mengulas lanjut. Jika sabotaj dan taktik begitu benar-benar berlaku, ini bermakna mereka dalam puak ulama' sedang bergerak untuk mengukuhkan kedudukan mereka, menguasai lebih banyak PAS kawasan yang akhirnya dapat menentukan pencalonan dan menghantar perwakilan kawasan ke muktamar nanti.

Namun, pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat Asmuni Awi memaklumkan belum menerima apa-apa laporan "rasmi" berhubung dakwaan salah laku dalam tempoh berkempen yang sedang berlangsung.

Katanya, garis panduan telah dikeluarkan kepada setiap ahli dan tidak akan melayan apa-apa "khabar angin" berhubung dakwaan kesalahan, termasuk dakwaan sabotaj terhadap Nizar.



"Tiada laporan (diterima). Jika ada, saya tiada kuasa untuk menyiasat, (maka) saya akan lanjutkannya kepada jawatankuasa disiplin.

"Saya juga tidak akan mengulas khabar angin. Individu itu sendiri atau ahli kawasan yang perlu membuat laporan rasmi kepada parti," katanya ketika dihubungi Semut Harian.

Setakat ini, sejumlah 40 daripada 191 PAS kawasan seluruh negara telah mengadakan mesyuarat dan memilih pemegang jawatan bagi penggal 2015-2017, serta menamakan calon untuk bertanding jawatan di peringkat pusat.

Jika apa yang berlaku kepada Nizar adalah benar, ia mungkin akan diteruskan di cawangan lain sepanjang tempoh ini, dengan puak pro-ulama' dan profesional melancarkan perang proksi untuk mengawal kawasan.

Tarikh akhir bagi PAS kawasan bermesyuarat dan menghantar pencalonan adalah 26 April ini. Sementara itu, Malaysiakini juga melaporkan yang Ahmad setakat ini sudah menerima tiga pencalonan untuk mencabar presiden Abdul Hadi Awang. Abdul Hadi pula telah menerima 22 pencalonan.

Ahmad masih belum memutuskan untuk menerima pencalonan itu, dan beliau dilaporkan berkata: "Kalau bertanding (mesti) nak menang, tetapi kalau keadaan ini dibiarkan tiada maknanya. (Pencabar) Mesti kalahlah."


"(Mereka) guna ulama, buat aktiviti khusus untuk menangkan Ustaz Hadi," katanya, dan membangkitkan sokongan terbuka Majlis Syura Ulama' yang diketuai Mursyidul Am Haron Din terhadap Hadi, yang jelas bertujuan untuk menyekat pencabar.

"Dia (Haron) perlu berlaku adil, menasihat supaya perwakilan menjaga adab. Isytihar suruh pertahan presiden, orang lain tak boleh. "Kita tidak mahu mursyidul am masuk campur. Jangan salah guna kuasa, ia boleh menjatuhkan imej parti dan menambahkan lagi imej buruk pimpinan khususnya ulama," kata Ahmad seperti dipetik.

Pemerhati menyatakan, Ahmad, 79 tahun, boleh memberikan cabaran yang lebih sengit kepada Abdul Hadi, memandangkan beliau adalah seorang ulama' dan pada masa sama pendokong kuat agar PAS kekal bersama PKR dan DAP dalam Pakatan.

Laporan juga menyatakan Ahmad ketika menjadi timbalan pesuruhjaya PAS Perak menentang usaha Umno yang didakwa mahu menubuhkan kerajaan perpaduan dengan PAS di negeri itu, selepas Barisan Nasional tewas pada PRU ke-12.

Pada PRU itu, Umno Perak memenangi 27 kerusi DUN (dan MCA 1 kerusi) sementara PAS menang 6 kerusi. Ia membolehkan kerajaan perpaduan tiga parti itu ditubuhkan dengan majoriti 4 kerusi di DUN Perak.

Seorang lagi calon yang layak mencabar Hadi adalah Naib Presiden Husam Musa, yang setakat ini mendapat Sembilan pencalonan. Namun berbeza dengan Ahmad, Husam bukan seorang ulama' dan calon yang dilihat jelas untuk mewakili puak profesional.

Bekas exco Kelatan itu sendiri dikatakan telah diketepikan, dan kerjaya politiknya "disabotaj" selepas puak ulama' yang pro-hudud dan pro-Umno mengambil alih pentadbiran negeri.

Posted by mountdweller

Kerajaan boleh dikritik tapi bukan difitnah, kata Wan Junaidi OLEH YASMIN RAMLAN

Posted: 15 Apr 2015 04:30 PM PDT

 
Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kerajaan meminda Akta Hasutan kerana mahu membimbing masyarakat yang tidak bijak mengawal diri di ruang siber. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 April, 2015.
Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kerajaan meminda Akta Hasutan kerana mahu membimbing masyarakat yang tidak bijak mengawal diri di ruang siber.

Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kerajaan meminda Akta Hasutan kerana mahu membimbing masyarakat yang tidak bijak mengawal diri di ruang siber.

Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini menafikan kerajaan mahu memerangi rakyat yang menentang cukai barang dan perkhidmatan (GST) dengan memperkenalkan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota) dan mengekalkan Akta Hasutan 1948.

Timbalan menteri dalam negeri itu berkata, tuduhan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago semalam merupakan satu kenyataan yang tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.

"Ini kenyataan atau pun perkataan yang tidak berasas dan tidak bertanggungjawab dan tak ada landasan langsung.

"Selepas pindaan ini, kerajaan boleh dikritik, dulunya tak boleh, tapi bukan memfitnah.

"Boleh dikritik secara konstruktif, kerana mengkritik kerajaan tidak lagi dianggap satu kesalahan di bawah Akta Hasutan apabila diluluskan oleh Dewan Negara dan apabila direstui oleh Duli Yang Dipertuan Agung nanti," katanya.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, beliau menegaskan undang-undang tersebut diperkenalkan bagi membanteras fitnah dan kritikan yang tidak berasas di ruang siber.

"Baca undang-undang ini dulu sebelum mengkritik. Sebelum mengatakan perkara-perkara ini. Ini nampaknya ahli Parlimen tak baca buku, tak baca undang-undang.

"Yang kita tujukan ialah kepada orang yang memfitnah melulu, orang yang tidak bertanggungjawab menggunakan media sosial untuk mengkritik, memfitnah, mengatakan yang tidak berasas di ruang siber," katanya.

Wan Junaidi berkata, akta tersebut bertujuan membimbing masyarakat yang tidak bijak mengawal diri di ruang siber.

"Ini yang kita nak tangani. Supaya masyarakat kita tidak menjadi budaya yang tidak baik.

"Oleh kerana masyarakat tidak mendisiplinkan diri, kerajaan sendiri akan bertanggungjawab ke atasnya. Inilah tujuan undang-undang sebenarnya. Asas undang-undang, memberi bimbingan kepada masyarakat yang tidak mengawal diri," katanya.

Semalam, Charles (gambar, kiri) berkata pengenalan Pota dan pengekalan Akta Hasutan dilakukan kerana Putrajaya cuba memaksa rakyat yang marah terhadap GST patuh kepada mereka.

Pemimpin DAP itu menyifatkan undang-undang tersebut sebagai "mimpi ngeri" sewaktu rakyat terbeban dengan GST.


"Rakyat Malaysia sedang marah dengan kerajaan kerana GST yang semberono dan membebankan mereka yang sedia miskin.

"Pada masa sama, siri salah urus kewangan turut mengeringkan kantung perbendaharaan negara.

"Berdasarkan situasi ini, apakah yang kerajaan (Datuk Seri) Najib (Razak) lakukan? Ia melancarkan perang terhadap rakyatnya sendiri," kata Charles dalam kenyataannya.

 

Menurutnya, kerajaan Umno kini mahu mengukuhkan cengkaman mereka ke atas rakyat kerana sedar pengaruh mereka sangat lemah. – 15 April, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Mengapa polis tidak siasat Najib, Jho Low berhubung 1MDB, soal DAP

Posted: 15 Apr 2015 09:00 AM PDT


Tony Pua berkata Low Taek Jho separuh betul dalam kenyataannya bahawa keputusan terakhir dalam 1MDB adalah di tangan perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 April, 2015.Tony Pua berkata Low Taek Jho separuh betul dalam kenyataannya bahawa keputusan terakhir dalam 1MDB adalah di tangan perdana menteri.

Tony Pua berkata Low Taek Jho separuh betul dalam kenyataannya bahawa keputusan terakhir dalam 1MDB adalah di tangan perdana menteri.

Polis perlu segera memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan ahli perniagaan Low Taek Jho berhubung isu syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata DAP.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata PDRM perlu segera menjalankan siasatan terhadap dua individu berkenaan, seperti dilakukan mereka terhadap pimpinan pembangkang sebelum ini.

"Kami menggesa PDRM menjalankan siasatan penuh bagi menghukum mereka yang melakukan jenayah terhadap pembayar cukai di Malaysia.

"Malah, kami juga ingin bertanya, mengapa Najib dan Jho Low tidak dipanggil polis untuk melakukan penyiasatan, seperti yang dilakukan mereka terhadap pemimpin pembangkang dan aktivis," kata Pua, yang juga merupakan ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, dalam kenyataannya malam tadi.

Pua berkata, apa yang dikatakan Low dalam wawancaranya bersama sebuah majalah kewangan bahawa segala keputusan akhir dalam 1MDB ditentukan perdana menteri dan menteri kewangan yang dipegang Najib adalah benar.

"Menariknya, Jho Low seolah-olah tahu keputusan dalam 1MDB dilakukan melalui 'resolusi pemegang saham' dan ditandatangani menteri sendiri. Jadi, Najib tidak boleh cuci tangan daripada tanggungjawab terhadap 1MDB," katanya.

Low, yang juga dikenali sebagai Jho Low, dalam wawancara bersama majalah kewangan antarabangsa Euromoney dilaporkan berasa kecewa dipersalahkan sebagai punca skandal kewangan 1MDB.

Beliau bagaimanapun berkata, dirinya semestinya adalah "orang paling dungu" jika memperoleh hasil wang kerajaan Malaysia dan membelanjakannya untuk parti mewah.

"Disebabkan gambar saya dan Paris Hilton berparti, kamu jadikan isu Bumiputera: 'Oh, orang Cina itu curi semua duit dan bazirkannya dengan alkohol'.

"Saya fikir saya tentunya orang paling dungu, jika saya dapat wang kerajaan dan belanja sesuka hati, itu perkara paling dungu," katanya dalam temubual dengan majalah kewangan Euromoney edisi April.

Katanya, dirinya menjadi mangsa politik Malaysia apabila dijadikan sasaran utama, sedangkan pihak lain yang bertanggungjawab terlepas daripada tindakan.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu berkata, dia terpaksa bersuara kerana berasa isu 1MDB semakin mengarut.

"Mereka menuding jari ke arah saya seolah-olah cuba mengatakan: 'Ini semua salah anak muda Cina ini. Disebabkan dia, 1MDB gagal kerana dia yang menasihati PM dan sekarang semuanya gagal'."

Low pada Mac lalu menafikan terlibat dalam pengubahan wang haram dan penipuan dalam 1MDB.

Katanya, hala tuju 1MDB diputuskan dan diluluskan sepenuhnya mengikut rangka pentadbiran korporat, yang melibatkan pengurusan, lembaga pengarah dan pemegang saham.

"Jadi kenapa mempolitikkannya dan cuba menyalahkan saya sedangkan saya tidak ada kuasa membuat keputusan?"

Low ketika ditemu bual Euromoney di Hong Kong juga menyalahkan Umno menjadi dalang cuba memutarbelitkan isu.

"Jho Low bagaimanapun hanya separuh betul, kerana beliau sendiri tidak boleh lepas tangan daripada 1MDB," kata Pua, dalam kenyataannya, dan menambah, terdapat bukti komunikasi emel antara Jho Low, Petrosaudi, dan 1MDB yang pernah didedahkan sebelum ini.

"Malah, jika 1MDB menyertai pelbagai perjanjian dengan pihak ketiga dengan berhati-hati, masih tetap akan mengalami kerugian, pesalah yang menipu 1MDB perlu diambil tindakan!" kata Pua. – 15 April, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Peranan polis semasa perhimpunan hanya kawal trafik, kata Suhakam OLEH JENNIFER GOMEZ

Posted: 15 Apr 2015 08:30 AM PDT

 

Suhakam berkata peranan polis ketika perhimpunan awam hanya terhad kepada pengurusan lalu lintas bagi memudahkan orang ramai.

Suhakam berkata peranan polis ketika perhimpunan awam hanya terhad kepada pengurusan lalu lintas bagi memudahkan orang ramai.

Polis perlu jelas mengenai peranan mereka dalam perhimpunan awam, iaitu terhad kepada "pengurusan dan kawalan lalu lintas" bagi memudahkan orang ramai, kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini.

Timbalan Pengerusi Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee berkata, Akta Perhimpunan Aman yang memantau penganjuran demonstrasi dan bantahan, hanya memerlukan penganjur memberi notis mengenai perhimpunan itu kepada pihak polis bertujuan menguruskan lalu lintas.

"Kami harap polis faham yang mengikut akta itu, kebenaran tidak lagi diperlukan, dan mereka perlu terus memainkan peranan sewajarnya seperti yang terkandung dalam akta itu," katanya hari ini.

Khaw (gambar, kanan) berkata demikian mengulas satu daripada syor dalam Laporan Tahunan Suhakam 2014 yang dikeluarkan hari ini di Kuala Lumpur.

Menurut syor mengenai perhimpunan aman itu, akta berkenaan hanya memerlukan notis diberi kepada polis bagi memudahkan perhimpunan dan bukan untuk menyekat orang ramai.

Perhimpunan di ibu negara baru-baru ini oleh pergerakan #KitaLawan berjalan lancar. Ia dirancang sebagai acara mingguan setiap Sabtu sejak awal Mac, bagi memberi tekanan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjalani hukuman penjara kerana sabitan liwat, dibebaskan.

Bagaimanapun, polis menahan penganjur perhimpunan dan ahli politik pembangkang serta beberapa aktivis yang mengambil bahagian dalam perhimpunan itu, selepas atau sebelum perhimpunan itu.

Ahli pembangkang dan pengkritik kerajaan berasa Putrajaya menyekat kebebasan bersuara melalui tangkapan tersebut, bagi mendatangkan rasa takut kepada rakyat.

Khaw berkata Malaysia masih belum menandatangani perjanjian hak asasi manusia utama yang lain.

Beliau melahirkan kekesalan kerana Putrajaya tidak menerima syor daripada proses Kajian Berkala Sejagat 2013 yang berhubung kait dengan ratifikasi perjanjian bagi mereformasi undang-undang negara dan memansuhkan hukuman mati.

Daripada cadangan yang diberi negara anggota, Malaysia menerima 150 syor dan menolak 83 syor.

"Kami khuatir ini akan menghalang negara memperbaiki rekod hak asasi manusianya dan membantutkan pertumbuhan negara untuk mencapai status negara maju," katanya.

Katanya, Putrajaya juga menunjukkan maklum balas yang lemah terhadap hak orang asal rakyat, terutama yang berhubung kait dengan hak tanah mereka.

Beliau berkata Suhakam juga kecewa kerana kerajaan tidak menyokong 6 cadangan utama mengenai hak orang asal ini.

"Sekurang-kurangnya kerajaan boleh berkata mereka menubuhkan sebuah pasukan petugas mengenai isu itu daripada mengatakan ia tidak menyokong syor itu sama sekali, yang merupakan satu tindakan yang pra-matang," tambahnya.

Menurut Khaw, Suhakam sudah menjalankan Siasatan Awam ke atas hak tanah Orang Asal di Malaysia dan laporannya sudah disediakan pada 2012.

Berikutan itu, kerajaan menubuhkan pasukan petugas pada Ogos 2013 untuk mengkaji laporan Suhakam itu.

Beliau berkata walaupun mereka tidak menerima sebarang maklumat secara langsung, namun difahamkan laporan pasukan petugas itu sudah dihantar kepada menteri pada Disember 2014.

"Kami masih belum menerima laporan daripada pasukan petugas itu, tetapi kami berharap untuk mendapatkannya tidak lama lagi dan juga cadangan kami diterima," tambahnya.

Isu lain yang diketengahkan dalam laporan tahunan Suhakam ialah Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Nasional, di mana Khaw berkata mereka membentangkan kertas cadangan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi hak asasi manusia, Nancy Shukri, mengatakan yang 5 teras dalam pelan itu terlalu luas.

5 teras yang digariskan kerajaan itu ialah di bawah hak sivil dan politik, hak sosial dan budaya ekonomi, hak kumpulan yang mudah terjejas, hak orang asal dan obligasi antarabangsa.

"Kami berharap 5 teras itu akan jadi lebih realistik, praktikal dan boleh dicapai dan kami juga berharap kerajaan akan berunding dengan pihak berkepentingan mengenai pelan tindakan itu di semua peringkat proses pembangunannya," katanya. – 15 April, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Semua calon pilihan Tun M gagal – Pas FMT Reporters

Posted: 15 Apr 2015 07:45 AM PDT

 
tuan ibrahim, mahathir

Serangan Tun M terhadap Najib juga menunjukkan Barisan Nasional dan UMNO ketandusan pemimpin berwibawa.

PETALING JAYA: Kritikan Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggambarkan kelemahannya mencari pengganti jawatan yang pernah disandangnya.

Pandangan berkenaan dibuat Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di laman Facebooknya.

Katanya, Barisan Nasional (BN) dan UMNO sudah tidak lagi memiliki calon yang berwibawa bagi menggalas tugas itu.

"Sebenarnya Tun M tidak perlu menyerang Najib atau sebelumnya Tun Abdullah Badawi (Pak Lah), kerana beliaulah yang mencadangkan kedua mereka," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Dalam kenyataan yang bertajuk 'Apa di sebalik serangan Tun M', turut diketengahkan Wawasan 2020 yang dikaitkan dengan kegagalan perancangan kepimpinan negara dalam membawa rakyat ke arah kemajuan.

"Ukuran pencapaian ini bukan hanya diukur dari pendapatan perkapita rakyat yang jauh panggang dari api, bahkan ia turut mencerminkan kegagalan kerajaan menyediakan kemudahan asas kepada rakyat sebagaimana yang digembar-gemburkan dalam wawasan tersebut," katanya.

Cincin RM24.4 juta Rosmah kes lama-SPRM FMT Reporters

Posted: 15 Apr 2015 07:00 AM PDT

 
rosmah cincin

SPRM mendedahkan siasatan berhubung pembelian cincin Rosmah sudah dijalankan sebaik laporan diterima.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah melakukan siasatan berhubung pembelian cincin berharga RM24.4 juta yang didakwa dibeli isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Pengesahan itu dibuat Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, yang menegaskan tiada mana-mana pihak termasuk mereka yang berprofil tinggi akan terkecuali.

"Kita siasat dakwaan pembelian cincin RM24.4 juta oleh Rosmah satu jam selepas laporan dibuat pada SPRM pada tahun 2011.

"Dua jam kemudian, saya menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan meminta isterinya membawa cincin yang diperkatakan itu," katanya petik laporan Sin Chew Daily.

Abu Kassim juga mengesahkan bahawa pegawainya turut menghubungi Jabatan Kastam pada hari berikutnya dan mendapat pengesahan bahawa cincin itu dihantar balik ke New York.

"Ini kali pertama kami dedahkan perkara ini.

"Saya hendak beritahu kamu, kalau kami siasat isteri Perdana Menteri, apakah lagi ada kes yang kami takut untuk disiasat?" soalnya.

Ditembak polis, wanita menang kes RM300K.

Posted: 15 Apr 2015 06:15 AM PDT

Mahkamah Rayuan Putrajaya mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan RM300,000 dibayar kepada seorang ibu yang menjadi mangsa kes tembakan pada 2010.

Panel tiga anggota diketuai oleh Hakim Abang Iskandar Abang Hashim memerintahkan bahawa Mahkamah Rayuan tidak patut mengganggu keputusan di mahkamah lebih rendah.

"Hakim Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf dalam undang-undang dan fakta-faktanya," kata Abang Iskandar. Mahkamah sekali gus menolak rayuan polis dan kerajaan dalam kes wanita bernama Norizan Salleh itu.

Hakim lain termasuk, P Nalini dan Dr Prasad Sandosham Abraham. Mereka juga mengarahkan polis dan kerajaan membayar kos RM10,000 kepada Norizan.

Polis sebelum ini mengeluarkan 16 das tembakan terhadap Norizan yang berada dalam sebuah kereta. Lima daripadanya mengenai dan mencerakannya.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.

Mahathir tak keseorangan, Siti Nurhaliza ada

Posted: 15 Apr 2015 05:30 AM PDT

 Jarang menyentuh soal politik, penyanyi nombor satu negara Siti Nurhaliza tampil mengejutkan dengan menyatakan sokongan terbuka pada Tun Dr Mahathir Mohamad yang "keseorangan" mengkritik pentadbiran perdana menteri.

Bagi penyanyi kelahiran Lipis, Pahang itu, perdana menteri 22 tahun itu menyentuh hatinya kerana mengharungi pelbagai cabaran membangunkan Malaysia sehingga terkenal di mata dunia.

"Love you Tun (Mahathir) dan sentiasa bersama Tun....

"Sejarah kepimpinan Tun mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan membangunkan Malaysia hingga terkenal di mata Dunia patut kita hargai serta contohi.

"Tiada yang muda Kalau tidak kerana orang tua," tulis Siti Nuhaliza di akaun perkongsian gambar Instagram beliau yang mempunyai pengikut besar 1.4 juta orang.


Penyanyi lagu berentak irama Malaysia itu juga menggunakanhashtag #sayaanakMalaysia dan #sebak bagi menggambarkan perasaannya itu.

Beliau memuatkan grafik menunjukkan Mahathir sedang merenung ke arah sesuatu dengan berlatar belakang 1Malaysia Developement Bhd (1MDB).

Dimuatkan juga kapsyen "Saya sedar saya keseorangan".

Belasan juta 'like'

Syarikat pelaburan negara itu antara perkara utama dibangkitkan Mahathir ketika merancakkan asakannya kepada pentabiran Datuk Seri Najib Razak, selain isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Status itu mendapat sokongan meluas peminatnya.

Setakat berita ini ditulis, seramai 17.2 juta orang menekan butang likedan hampir 700 komen dinyatakan.

"Saya sokong Dato' Siti. Tiada yang baru tanpa yang tua. Tun bercakap ada sebabnya.... Fikir fikirkanlah
," komen seorang peminatnya dikenali "shahrazak".

Bagaimanapun, terdapat pengguna lain membangkitkan keraguan terhadap sokongan terhadap Mahathir daripada pihak yang didakwa pernah "mengata dan menghina" veteran politik itu.

"Saya pun sayang Tun idola... tapi ada yang mereka sebelum mengata dan menghina Tun macam-macam... tapi tiba-tiba sokong Tun.... ada udang sebalik mi?" soal "slizamiza", tanpa menghuraikan lanjut.

Kebanyakan pengguna media sosial itu berkongsi pandangan sama dengan Siti, atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin.

Sehari sebelum status itu, Mahahir mengeluh dalam blognya bahawa beliau keseorangan ketika membangkitkan kritikan terhadap kepimpinan Najib.

Bagi mewajarkan kritikannya itu, Mahathir berkata soalan berkaitan 1MDB masih tidak berjawab dan ramai pihak masih bertanya kepadanya berkaitan kes Alttantuya.

"Saya sedar saya keseorangan. Tetapi jika saya juga berasa bertanggungjawab kepada rakyat salahkah.

"Apabila duit rakyat hilang dan ini tersembunyi dari rakyat salahkah kalau saya tanya," soalnya dalam tulisan blog terbaru berjudul "Soal tak jawab".

- mkini

Kerajaan BN Bolot Negeri2 Yang Kaya Minyak & Gas Untuk Kroni ?

Posted: 15 Apr 2015 04:45 AM PDT

Mafiaboss Melayu's photo.
Kemana Perginya Kesemua Kekayaan Negara ??

Menyedihkan! Sangat-sangat menyedihkan. Kita sebenarnya boleh menjadi seperti negara Brunei Darussalam di mana rakyatnya mendapat pelbagai bantuan dari kerajaan, dan tidak perlu membayar cukai. Kemana perginya kesemua kekayaan negara ?

Jadi apakah penyelesaiannya? Kita rakyat Malaysia masih tidur. Jika mereka terjaga BN mungkin tidak lagi dapat menjadi kerajaan. 


Ramai rakyat Malaysia tidak bimbang tentang generasi akan datang. Mata mereka dibutakan oleh bantuan-bantuan picisan. Ini akan menghasilkan rakyat Malaysia masa hadapan dan masa kini yang banyak berhutang.

Kita tidak boleh menyalahkan kerajaan BN, sebenarnya kita sendiri yang harus dipersalahkan kerana mengundi mereka pada pilihan raya yang lalu. 

Terima kasih kepada mereka yang mengundi BN, dan ini adalah sumbangan anda keatas kesengsaraan yang ditanggung oleh rakyat Malaysia sekarang ini.

Mukhriz Menjadi 'Tebusan' Politik Najib??

Posted: 15 Apr 2015 04:00 AM PDT


 
 
Selepas berdepan dengan serangan bertubi-tubi daripada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, nampaknya penyokong Datuk Seri Najib Razak bertindak balas.
Dalam perkembangan terbaru, penyokong perdana menteri itu menyasarkan serangan mereka kepada anak Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz.

Sebelum itu ada bayangan bahawa Najib akan menyerang balas ketika dia ditemu bual stesen televisyen TV3 pada Khamis lalu.

Perdana menteri mendakwa kemarahan Mahathir berpunca daripada keengganan kerajaan meneruskan projek jambatan bengkok yang dibatalkan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini.

Sebelum dan selepas temubual itu disiarkan, beberapa pemimpin Umno tampil menyatakan sokongan mereka kepada presiden mereka seperti yang banyak disiarkan media arus perdana setiap hari.

Malah, timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berada di Indonesia untuk lawatan rasmi turut menyuarakan sokongannya kepada Najib.

Selepas menunjukkan kawalan beliau pada Umno, jentera Najib secara rasmi menyerang balas dengan menyasarkan Mukhriz yang kini berkhidmat sebagai menteri besar Kedah.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin mendahului serangan itu dengan mendesak Mukhriz menyatakan sokongan terbuka kepada Najib atau meletak jawatan jika enggan berbuat demikian.

Langkah itu dituruti sepupu Najib sendiri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menyatakan, Mukhriz akan gagal sebagai menteri besar jika Umno Kedah berpecah disebabkan isu berkenaan.

Keadaan itu meletakkan Mukhriz benar-benar tersepit dan perlu membuat pilihan - sama ada menyatakan sokongan kepada Najib sebagai bos, atau menurut rentak bapanya.

Jika Mukhriz memilih untuk menyertai kumpulan Mahathir, ia bukan saja bermakna beliau memisahkan dirinya daripada pemimpin Umno Kedah, malah jawatannya sebagai menteri besar juga terancam.

Jika itu berlaku, Mukhirz akan menjadi korban pertama dalam perang Mahathir – Najib.

Apabila Ahmad menggesa Mukhriz menyatakan sokongan kepada Najib, wakil rakyat itu sebenarnya mengingatkan menteri besar berkenaan bahawa dia berada di kerusi ketua kerajaan negeri itu adalah atas lantikan perdana menteri.

Perlu diingatkan juga, Khairuddin Abu Hassan disingkirkan daripada jawatannya sebagai Naib Ketua Umno Batu Kawan selepas dia membuat laporan polis terhadap agensi 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Jika diandaikan Mukhriz terselamat dalam konflik ini, timbul persoalan mengenai bagaimana dia akan meneruskan langkahnya dalam parti ketika ramai tokoh utama lain berpihak kepada Najib.

Mukhriz sudah terlepas peluang keemasannya untuk menjadi Naib Presiden Umno dalam pemilihan parti itu yang lalu apabila kalah tipis kepada Hishammuddin.

Apakah yang berlaku jika Mukhriz mengalah kepada tekanan parti dan mengumumkan kesetiaannya kepada Najib?

Jika itu berlaku, Mukhriz meletakkan bapanya dalam keadaan amat janggal.

Sebelum ini Mahathir menyuarakan kecamannya terhadap ancaman parti yang mengancam sesiapa yang tidak menyokong Najib. Namun jika Mukhriz sendiri membelakangi bapanya, bekas perdana menteri itu akan bersendirian dalam misinya.

Andainya Mahathir mengambil langkah menghentikan serangannya terhadap Najib, adakah itu bermakna pengaruhnya dalam Umno akan terjejas?

Perlu diingatkan ketika Mahathir meninggalkan Umno dalam usahanya menyingkirkan Abdullah pada 2008, Mukhriz tidak mengambil langkah sama, sebaliknya dia kekal dalam parti dan mengumpul kekuatan untuk pemilihan akan datang.

Namun sejarah menunjukkan, Mahathir bukanlah tokoh yang mudah menyerah kalah.

Apabila berada dalam situasi terdesak, Mahathir tidak pernah teragak-agak mengambil langkah drastik dan biasanya akan menyebabkan seterunya mati langkah.

Antara langkah yang pernah diambil Mahathir ialah memecat timbalannya, Anwar Ibrahim yang ketika itu sangat popular dalam Umno ketika negara berdepan krisis ekonomi pada 1990-an.

Beliau juga pernah keluar dari Umo sebagai protes terhadap Abdullah.

Kali ini, apakah yang akan berlaku kepada "lone ranger" itu?

(Kredit: MalaysiaKini)

Mana pergi pemimpin Tertinggi Pas Pusat? - FMT

Posted: 15 Apr 2015 03:15 AM PDT

 
mujahid pakatan rakyat

Pimpinan Pas hanya menghantar Ketua Muslimat Pusat ketika PR melancarkan jentera pilihan raya

BUKIT MERTAJAM- Ketidak hadiran pemimpin Pas Pusat  ketika Parti Keadilan Rakyat (PKR) melancarkan jentera parti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh menjadi tanda tanya.

Mengulas mengenai persoalan itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa memberi jaminan, ketiadaan pucuk pimpinan parti berkenaan tidak akan menjejaskan sokongan yang diberikan pada pilihan raya pada 7 Mei depan.

"Walaupun Timbalan Presiden Pas merangkap Pesuruhjaya Pas negeri, Mohamad Sabu, tidak dapat hadir, PAS negeri akan memberi 101 peratus sokongan kepada PKR dalam PRK Permatang Pauh," kata Mujahid.

Menurutnya, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu tidak dapat hadir pada majlis tersebut berikutan alasan yang tidak dapat dielakkan.

Dalam pelancaran yang dibuat pada Selasa malam, ia dihadiri semua pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR) termasuk Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, sedangkan Pas hanya diwakili Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff.

Dalam pelancaran berkenaan ia memilih slogan 'Demi Rakyat, Bantah GST Tegakkan Keadilan' bagi menghadapi kempen PRK Permatang Pauh.


-BERNAMA

Kalau mahu Rompin lepaskan Permatang Pauh - FMT Reporters

Posted: 15 Apr 2015 02:30 AM PDT

 
permatang pauh bn

PAS tidak akan memberi laluan mudah kerana UMNO tidak memberi 'laluan mudah' kepada rakyat yang dibebani Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta perbelanjaan boros.

PETALING JAYA : PAS mencadangkan UMNO supaya tidak bertanding di Permatang Pauh jika parti itu mahu menang dengan laluan mudah di Rompin.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata demikian sebagai respon kepada saranan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob supaya PAS tidak bertanding di Rompin untuk menjimatkan duit rakyat.

"Jika begitu, apakah UMNO akan memberikan kemenangan percuma kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Permatang Pauh atas alasan yang sama?

"Kalau ingin menjimatkan duit, lebih elok Menteri Besar Pahang menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad supaya Perdana Menteri memberikan jawapan kepada isu 1MDB yang melibatkan kehilangan duit rakyat dan pelbagai isu yang masih tidak dijawab," katanya pada Selasa.

Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin berkata, PAS tidak akan memberi laluan mudah kerana UMNO tidak memberi 'laluan mudah' kepada rakyat yang dibebani Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta perbelanjaan boros.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, PRK itu menguntungkan rakyat yang akan menerima pelbagai bantuan dan kemudahan awam diperbaiki kerana Rompin merupakan kubu kuat UMNO.

"Masa inilah peluang rakyat Rompin untuk melihat para pemimpin BN-UMNO secara dekat," katanya.

Nasihat Faekah kepada Wan Azizah - Khairil Ashraf

Posted: 15 Apr 2015 01:45 AM PDT

 
faekah-wan-azizah

Mengosongkan kerusi semakin membudaya dalam PKR seperti di Permatang Pauh serta Kajang dan kedua-duanya kerana Anwar bukan faktor rakyat.

PETALING JAYA : Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dinasihatkan supaya tidak mengkhianati kepercayaan pengundi jika beliau dicalonkan dan menang di Permatang Pauh.

Nasihat itu diberikan oleh bekas Pembantu Peribadi beliau, Faekah Husin, yang turut menasihatkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya tidak lagi mengulangi kesilapan pada 2008.

"Jangan sampai peristiwa 2008 berulang di mana beliau melepaskan kerusi Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tindakan Wan Azizah ini telah mengecewakan pengundi," katanya ketika dihubungi FMT pada Selasa.

Faekah, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) berkata, beliau percaya keputusan untuk bertanding itu bukan mudah untuk Wan Azizah kerana beliau juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang.

Bekas ahli PKR itu berkata, dia simpati kerana Wan Azizah pernah menyatakan hasrat untuk mengurangkan aktiviti politik bagi memberi tumpuan kepada cucu dan aktiviti keagamaan.

Dia secara sinis menyatakan mengosongkan kerusi semakin membudaya dalam PKR seperti di Permatang Pauh dan Kajang di mana kedua-duanya kerana Anwar bukan faktor rakyat.

Faekah diketahui mempunyai hubungan sangat rapat dengan keluarga Anwar tetapi hubungan itu mula regang selepas dia dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 2010.

Dia bertindak keluar PKR kerana tidak bersetuju dengan beberapa keputusan parti termasuk memecat Abdul Khalid dan Langkah Kajang.

Sementara itu, blog pro Pakatan Rakyat, omakkau.blogspot melaporkan ahli akar umbi PKR tidak setuju jika Wan Azizah bertanding di Permatang Pauh kerana perlu memberi tumpuan di Kajang.

Blog itu mendakwa, PKR sepatutnya meletakkan calon muda yang berkebolehan dan mempunyai pengaruh kuat kerana parti itu sudah berpecah antara kem Mohamed Azmin Ali dan Nurul Izzah Anwar selepas pemilihan 2014 yang lalu.

FMT difahamkan usaha mencalonkan Wan Azizah di Permatang Pauh adalah strategi untuk menyekat Azmin daripada dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

FMT

SPAD sita tiga kenderaan persendirian 'EasyTaxi'

Posted: 15 Apr 2015 01:00 AM PDT

 
 
Tiga kenderaan persendirian tidak berlesen untuk mengambil penumpang di sekitar Lembah Klang melalui aplikasi 'EasyTaxi' disita dalam operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Da­rat (SPAD) malam tadi.

Pengurus Besar Bahagian Penguat­kuasaan SPAD, Datuk Che Has­ni Che Ahmad berkata penggunaan aplikasi itu dikesan mula beroperasi sejak awal bulan ini serta bergiat aktif di sekitar Lembah Klang, dengan dianggarkan 12 kenderaan atau teksi sapu terlibat menjalankan perniagaan terbabit.

"Walaupun hanya tiga kenderaan yang berjaya disita, kami percaya operasi yang pertama kali diadakan ini akan memberi amaran keras kepada mereka yang terbabit dan kami akan meneruskan operasi ini sehingga mendapat dalang yang bertanggungjawab mewujudkan aplikasi berkenaan," katanya.

Che Hasni juga berharap penumpang tidak menggunakan aplikasi tersebut kerana selain beroperasi secara haram, perkhidmatan itu juga tidak mempunyai perlindungan insurans jika berlaku kemalangan.

"Malah, penggunaan aplikasi EasyTaxi juga tidak adil dan menjejaskan periuk nasi pengusaha dan pemandu teksi yang berlesen," katanya kepada media selepas menjalankan operasi tersebut di sini malam tadi.

Che Hasni berkata bagi kenderaan yang ditahan kerana menjalankan perniagaan terbabit akan disita dan mereka yang terbabit akan dikenakan hukuman tidak melebihi RM10,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Dalam operasi sama, katanya SPAD juga menyita sembilan teksi yang tidak menggunakan meter.

"Jika disabitkan kesalahan, pemandu teksi yang tidak menggunakan meter boleh dikenakan hukuman tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

- Bernama

Besarkan Zakar, Lelaki Menyesal Seumur Hidup

Posted: 15 Apr 2015 12:15 AM PDT


Berlin: Seorang lelaki yang membesarkan zakar dengan kaedah suntikan silikon kini menyesal seumur hidup kerana dia tidak lagi mampu membuat hubungan seksual.

Keadaan itu berlaku selepas alat sulitnya itu menjadi terlalu besar sehingga gagal berfungsi seperti normal.

Lebih malang lagi, dia sering malu berada di tempat awam dan sukar bergerak kerana saiz alat sulitnya yang terlalu berat.

Micha Stunz, 45, berkata, dia membesarkan zakarnya dengan suntikan silikon beberapa tahun lalu kerana tidak berpuas hati dengan saiz alat sulitnya itu.


Prosedur itu menyebabkan alat sulit menjadi terlalu besar sehingga mencecah seberat 4.3 kilogram.

"Kini, saya tidak mampu menjalani kehidupan seksual seperti lelaki normal dan tiada wanita yang mahu mendekati saya," katanya.

Menurutnya, dia juga sering berasa malu ketika berada di tempat awam kerana sering menjadi perhatian orang ramai.

Sementara itu, seorang doktor pakar Jerman, Dr Aref el Seweife memberi amaran prosedur membesarkan zakar dengan suntikan silikon sangat bahaya.

"Prosedur ini boleh menyebabkan saluran darah membesar dan boleh menyebabkan kemandulan," katanya. - Agensi/Harian Metro/12/4/15

Pemimpin kanan PAS Pusat tidak hadir pelancaran jentera PRK Permatang Pauh

Posted: 14 Apr 2015 11:30 PM PDT



Majlis pelancaran jentera PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh semalam diadakan tanpa penglibatan pemimpin tertinggi PAS Pusat.

Majlis itu dihadiri kesemua pemimpin tertinggi PKR dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, namun PAS hanya diwakili Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff; Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man.

Ketika berucap, Mujahid berkata bahawa timbalan presiden PAS merangkap Pesuruhjaya PAS negeri, Mohamad Sabu, tidak dapat hadir pada majlis tersebut
berikutan alasan yang tidak dapat dielakkan.


"Walaupun timbalan presiden kita tidak dapat hadir, PAS negeri akan memberi 101% sokongan kepada PKR dalam PRK Permatang Pauh. PAS komited dengan rakannya dalam pakatan pembangkang," katanya.

Antara pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang hadir ialah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

Jentera PKR memilih slogan "Demi Rakyat, Bantah GST Tegakkan Keadilan" bagi menghadapi kempen PRK Permatang Pauh.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Permatang Pauh diadakan pada 7 Mei ini, penamaan calon pada 25 April manakala pengundian awal pada 3 Mei.

PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan pada 16 Mac lepas, yang menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim sekaligus menyebabkan ketua pembangkang itu hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

– Bernama