Selasa, 14 April 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Mah: Ulangi kejayaan Teluk Intan di Pmtg Pauh

Posted: 14 Apr 2015 10:45 PM PDT

 
 
Parti Gerakan, melalui 3,000 ahlinya di Permatang Pauh akan bekerja keras dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei ini.

Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong berkata jentera pilihan raya parti akan menemui setiap pengundi di kawasan itu dan menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai isu-isu yang dibangkitkan pembangkang.

"Saya yakin prestasi kami di Permatang Pauh akan lebih baik. Walaupun kami bertanding di kawasan kubu kuat pembangkang, ia tidak bermakna kami tiada harapan untuk menang. Tidak ada apa yang mustahil dalam politik.

"Jika dahulu kami berjaya merampas kembali Teluk Intan, tidak mustahil juga boleh menang di Permatang Pauh... yang penting sekarang ialah semangat dan keazaman tinggi sebagai satu pasukan," katanya kepada pemberita di Bukit Mertajam semalam.

Terdahulu, Mah yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri melawat kuil Wat Rajaphojong Thai Buddhist di sini dan meluangkan masa lebih 30 minit bertemu penduduk etnik Siam di Telok Wang, Kubang Semang, dekat Bukit Mertajam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 April sebagai hari penamaan calon, pengundian awal pada 3 Mei dan hari pengundian 7 Mei.

- Bernama
 

Polis Pulau Pinang cari 'Milo'

Posted: 14 Apr 2015 10:00 PM PDT

 
 
Polis sedang mengesan seorang lelaki dikenali sebagai 'Milo' bagi membantu siasatan dalam tiga kes pecah rumah di sekitar Sungai Nibong dan George Town.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata Milo atau Mohamad Hamizy Rosly (850925-07-5321) beralamat terakhir di 38-0 Jalan Bukit Dumbar, Jelutong.

Kes berkenaan berlaku sejak beberapa bulan lepas membabitkan rumah yang tidak berpenghuni sebagai sasaran dengan kerugian dianggar mencecah RM100,000.

Polis juga sedang mengesan seorang lagi lelaki bernama Muhammad Fazli Hanafi, 23, bagi me bantu siasatan dalam kes menyamar polis dan menyamun berkumpulan warga asing di Teluk Kumbar pada 22 Mac lepas.

Lai berkata empat lelaki yang terbabit dalam kes itu sudah ditahan.

Alamat terakhir Muhammad Fazli ialah 2B-3-16 Mutiara Height Lintang Hajah Rehmah, Jelutong.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat Insp Shanjeevan di talian 016-5347869 dan Insp Frediana Zillah (016-2562298) atau mana-mana balai polis berdekatan.

- Bernama

Akmal: Pemuda Umno pun guna slogan 'Kita Lawan'

Posted: 14 Apr 2015 09:15 PM PDT

 
A user's photo.

Penggunaan slogan "Kita Lawan" begitu efektif sehingga ia digunakan oleh pemimpin Umno kata anggota sekretariat gerakan Kita Lawan, Akmal Nasir.

Bercakap dalam forum "Black 14 Reformasi ke ‪#‎KitaLawan‬", Akmal berkata, penggunaan hashtag Kita Lawan lahir selepas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara lima tahun berhubung kes Liwat II.

Bagaimanapun, katanya, slogan yang sering digunakan oleh gerakan itu ketika mengadakan demonstrasi kini digunakan oleh Pemuda Umno semasa mengadakan pertemuan bersama Presidennya Datuk Seri Najib Razak Isnin lalu.

"Khairy (Jamaluddin) pun guna "lawan tetap lawan". Nak kata (slogan) itu ekskelusif, tentu tidak. Nak lawan atau pertahan Najib, terpulang.

"Tapi kita akan kekalkan (matlamat) lawan untuk peralihan kuasa, melawan bebaskan Anwar dan undur Najib," kata Akmal yang juga pengarah strategi Angkatan Muda Keadilan (AMK) di forum anjuran Malaysiakini malam tadi.

Turut hadir menjadi panelis pada forum itu ialah aktivis Abdul Malek Husin, Peguam Lawyer For Liberty Michelle Yesudas dan Editor The Malaysian Insider (TMI) Amin Iskandar.

Selain itu, ketika ditanya siapakah pihak di belakang sekretariat Kita Lawan, Akmal berkata, perkara itu tidak timbul memandangkan ia merupakan sebuah gerakan anak muda.

Katanya, gerakan itu juga tidak hanya tertumpu terhadap isu membebaskan Anwar, tetapi turut melibatkan isu lain seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Justeru, pengarah strategi Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu meminta supaya semua anak muda turun pada perhimpunan 1 Mei depan bagi menyuarakan rasa ketidakpuashatian mereka terhadap pelaksanaan GST.

"Kita Lawan tak dipolopori oleh mana-mana pihak. Sebab itu (soalan) siapa sekretariat di belakang Kita Lawan, jika tanya saya, susah nak cakap kerana ia bergantung kepada suara anak muda.

"Kita Lawan bukan isu kezaliman terhadap Anwar sehaja tetapi pelbagai isu seperti isu GST. Sebab itu kita minta anak muda turut beramai-ramai 1 Mei nanti.

"Kalau turun ramai-ramai siapa berani nak tangkap secara berkumpulan," kata Akmal.

Sekretariat Kita Lawan akan mengadakan himpunan pada 1 Mei depan bagi menuntut kerajaan memansuhkan GST yang didakwa sebagai satu cukai yang zalim.

Perhimpunan di Kuala Lumpur itu mensasarkan seramai satu juta orang.


Malaysiakini

'Gerakan demonstrasi di M'sia belum matang'

Posted: 14 Apr 2015 08:30 PM PDT

 
Gerakan demonstrasi di negara ini masih lagi belum matang kerana dikuasai oleh parti politik kata aktivis dan bekas tahanan ISA Abdul Malek Husin.

Menurut Malek, gerakan yang ada di Malaysia berbeza dengan di luar negara seperti Filiphina, Indonesia dan Hong Kong memandangkan hala tuju gerakan tersebut hanya menjurus ke arah matlamat sesebuah parti.

"Ia belum matang. Yang menyebabkan ia terbenam ialah pergerakan kepartian yang menguasai pergerakan (demonstrasi). Penentangan dan perbezaan dengan pemerintah itu lebih terarah kepada penentangan yang menjurus kepada pergerakan kepartian.

"Parti politik yang menguasai (gerakan). Di Malaysia berbeza seperti di Filipina, Indonesia. Jauh sekali berbeza dengan di Hong Kong," katanya dalam forum Black 14 Reformasi ke #KitaLawan anjuran Malaysiakini di Petaling Jaya, malam tadi.

Menceritakan kembali gerakan Reformasi pada 1998, Malik yang juga setiausaha di pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen berkata, ketika zaman tersebut gerakan itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana parti dan bersifat menyokong kepada sesuatu tuntutan.

Berbeza dengan gerakan yang ada kini, jelasnya, matlamat sesebuah gerakan tidak dapat dicapai apabila parti politik turut campur tangan terhadap tuntutan yang diusahakan oleh sesebuah gerakan.

"Ini kritikan saya terhadap parti, terhadap pergerakan (movement). Pandangan peribadi saya ialah apabila ada campur tangan (parti) terhadap pergerakan masyarakat sivil, maka ia akan dipesongkan, disesatkan oleh agenda parti politik," katanya lagi.

Sementara itu, peguam Lawyer For Liberty (LFL) Michelle Yesudas pula berpendapat, kekerapan sekretariat Kita Lawan yang mengadakan aktiviti hampir setiap minggu dikhuatiri akan menyebabkan matlamat asal gerakan itu akan hilang.

Justeru, Michelle menasihatkan bagi memastikan mesej sekretariat itu tidak dilupakan, beliau memberi saranan supaya tidak kerap mengadakan himpunan demonstrasi.

"Jangan setiap hari hendak ada demonstrasi. Kena ada sesuatu untuk menampungnya. Jika tidak mesej akan hilang. Jangan bagi mesej itu hilang makna. Kerana jika tidak, mesej itu akan hilang," katanya.

Panelis lain dalam forum tersebut ialah  Editor The Malaysian Insider (TMI), Amin Iskandar.
 

PRK Pmtg Pauh suntik nafas baru dalam Pakatan

Posted: 14 Apr 2015 08:00 PM PDT

 

Kedatangan pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh telah menyuntik nafas  baru dalam Pakatan Rakyat apabila barisan pemimpin utamanya turunberamai-ramai di Guar Perahu malam tadi untuk melancarkan jentera pilihan raya kecil gabungan tersebut.

Pakatan pembangkang itu, yang dianggap oleh banyak pihak telah berpecah kerana ketegasan PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud, menyaksikan barisan pemimpinnya hadir malam tadi tanpa menunjukkan sebarang tanda permusuhan.

Malam tadi, semuanya dilupakan kerana DAP dan PAS berikrar untuk turun berkempen dalam pilihan raya itu yang akan bermula selepas penamaan calon pada 25 April.

MP Parit Buntar, Datuk Mujahid Yusuf Rawa yang mewakili PAS - dalam ucapannya - memberi jaminan bahawa PAS "101 peratus" di belakang calon PKR.

Beliau menolak dakwaan bahawa PAS bersekongkol dengan Umno, kerana Umno menyokong langkah parti itu untuk melaksanakan pindaan kepada kanun jenayah syariah di Kelantan.

Mujahid juga menyangkal laporan media yang mendakwa PAS telah diminta membantu Umno di Permatang Pauh.

Sebaliknya, Mujahid berkata, PAS tetap komited dengan rakan sekutunya dalam Pakatan.


Air mata Wan Azizah
Jentera pilihan raya kecil Pakatan dilancarkan dengan kibaran bendera ketiga-tiga parti dalam Pakatan dan pengisytiharan awam untuk meneruskan gerakan Reformasi.
Kedua-dua ketua kerajaan Pakatan - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng merangkap setiausaha agung DAP dan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali selaku timbalan presiden PKR, turut hadir di majlis malam tadi.
Bagaimanapun, tumpuan ialah pada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang disebut-sebutkan akan dipilih sebagai calon partinya untuk bertanding di Permatang Pauh.
Mengiringi beliau adalah barisan pemimpin Pakatan dari negeri-negeri.
Beliau menggesa pengundi membantu PKR mengekalkan kerusi itu yang menurutnya telah dirampas secara tidak adil dari Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Suaminya kehilangan kerusi tersebut selepas keluarganya gagal dalam permohonan pengampunan terhadap sabitan tuduhan liwat ke atas Anwar dan hukuman penjara lima tahun pada 10 Februari lalu.


Malaysiakini

PENYOKONG DS NAJIB HARUS MENDESAK PERDEBATAN TERBUKA ANTARA DS NAJIB DAN TUN M.

Posted: 14 Apr 2015 07:30 PM PDT

 

Rakyat semakin keliru bukan disebabkan oleh jawapan DS Najib kepada soalan Tun Mahathir yang mengelirukan, tetapi rakyat terbanyak semakin keliru dengan sikap yang ditunjukkan oleh penyokong DS Najib yang seolah-olah memberikan sokongan membabi buta kepada DS Najib. Seolah-olah mereka tidak tahu sebab-sebab mereka memberikan sokongan kepada DS Najib.

Ramai juga yang kelihatan semacama tidak ada asasnya mengapa mereka memberikan sokongan itu. Tentulah amat memalukan sekiranya mereka memberikan sokongan dengan tidak tahu 'hujung pangkal' temtang perkara yang disokong.

Rakyat terbanyak sedang memerhatikan 'drama' yang agak menarik ini memandanggkan isu yang 'diketengahkan' ialah mencari jawapan kepada persoalan.

Tentulah mengaibkan sekali sekiranya diperhalusi tentang isu yang sedang diperbincangkan dengan begitu hangat ini.

Rakyat yang waras fikirannya tentulah menyebelahi Tun M yang mahu diperjelaskan beberapa soalan. Dan ini tidak pula menunjukkan yang rakyat menentang DS Najib.

Rakyat menyambut baik kesediaan DS Najib mengeluarkan kenyataan menjawab beberapa soalan ketika ditemuramah oleh TV 3 tempoh hari.

Persoalannya DS tidak menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh Tun Mahathir dan sebenarnya rakyat terbanyak juga mengharapkan soalan itu dijawab dengan sempurna.

Sebagaimana kata Tun Mahathir bahawa ramai rakyat bertanya dia soalan-soalan berkenaan. Dia tidak dapat menjawabnya kerana beliau tidak tahu jawapannya.

Lantas beliau bertanya kepada orang yang boleh menjawab soalan berkenaan. DS Najib ada membrikan jawapan tetapi jawapan DS Najib tidak menjawab persoalan 'siapa yang mengarahkan Sirul membunuh Altantuya…." atau 'siapa dia Jho Lo?.

Dan beberapa soalan lain mengenai 1MDB. Jawapan yang diberikan oleh DS Najib semacam tidak meyakinkan rakyat. Kini muncul sokongan demi sokongan kepada DS Najib. Tentulah rakyat menjadi bingung juga.

Mengapa mereka (yang menyokong) memberikan sokongan kepada DS Najib. Atas dasar apa sokongan sedemikian diberikan kepadanya.

DS Najib tidak bersalah dalam hal ini. Cuma sehingga kini DS Najib belum memberikan jawapan yang memuaskan hati rakyat terbanyak khususnya kepada Tun Mahathir. Dan sepatutnya penyokong DS Najib mendesak supaya DS Najib menjawab soalan-soalan berkenaan.

Dan untuk menambah seri lagi kesuburan demokrasi di Malaysia, penyokong DS Najib harus menggalakkan DS Najib supaya bersedia untuk berdebat dengan Tun M berkaitan dengan beberpa isu yang ditimbulkan itu.

Lagipun rakyat Malaysia yang celik huruf dan celik IT sudah amat dahagakan satu suasana perdebatan seperti yang berlaku di negara-negara maju seperti di US atau di UK. Mereka sangat mengimipkan suasana politik yang sedemikian rupa.

 Jikalau boleh diadakan bukan sahaja perdebatan antara pemimpin tertinggi parti tetapi seeloknya, calon-calon yang menghadapi PRU atau PRK juga digalakkan supaya berdebat antara satu sama lain supaya kebolehan dan kemampuan mereka dapat dinilai oleh para pengundi.

Tentulah juga tidak timbul isu remeh temeh yang boleh membawa kepada perselisihan yang serious sekiranya perdebatan di adakan.

DS Najib hendaknya jangan persiakan peluang keemasan ini untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia tentang kebenaran dan kewajaran beliau melaksanakan dasar-dasar yang dipersoalkan. Rakyat Malaysia akan memberikan pertimbangan wajar kepada DS Najib sekiranya DS Najib dapat memberikan penjelasan kepada persoalan yang sudah begitu lama memerlukan jawapan.

Diharapkan DS Najib tidak menghampakan harapan rakyat Malaysia. Bagi aku itulah cara yang sebaiknya untuk menyuburkan perkembangan proses demokrasi di negara ini.

Selagi tidak dijalankan perdebatan maka selagi itulah isu 'kata-mengata' ini tidak akan selesai. Berikan peluang kepada rakyat untuk menjadi hakim dan memberikan jalan penyelesaian kepada persoalan ini. Lagi pun rakyat sudah agak lama menantikan jawapan kepada persoalan ini.

Dan rakyat Malaysia yang berada dalam Kurun ke 21 pasti dapat menilai yang mana yang betul dan yang mana yang salah. Tentulah tidak manis dan elok sekiranya kemelut antara kedua-dua pemimpin ini berpanjangan sedangkan yang dikira 'bertelagah' adalah antara anak dan bapak.

Dan tentulah amat sukar dan serba salah para ahli UMNO untuk menyebelahi mana-mana pihak, sekiranya dianggap kemelut ini sebagai 'pergaduhan' Namun sekiranya diperhalusi dan berfikir secara waras maka tentulah tidak ada sebab mengapa ada pihak yang menyokong DS Najib dan ada pula yang menentang Tun M.

Sekiranya ditanya semula rasional mereka yang menyokong DS Najib maka tentulah tidak bertemu dengan jawapan konkrit selain daripada hasrat menyatakan sokongan kepada pemimpin 'yang disayangi'.

Dan jikalau ditanya pula apakah alasan konkrit tentang mengapa mereka menentang Tun Mahathir maka tentulah tidak bertemu dengan jawapan disebabkan BUKAN permusuhan yang dicari oleh Tun M tetapi hanya jawapan kepada beberapa persoalan.

Ada juga kedapatan pemimpin yang mengatakan bahawa tidak semua soalan yang dikemukakan oleh Tun M atau rakyat tidak perlu dijawab kesemuanya. Apakah wajar pemimpin sebegini mengeluarkan kenyataan sedemikian?

Apakah mereka sudah lupa bahawa mereka adalah sebagai wakil rakyat dan sekiranya mahu 'persetankan' soalan yang ditimbulkan oleh rakyat maka eloklah pemimpin yang bersikap demikian meninggalkan saja jawatan yang disandangnya.

Penyokong-penyokong DS Najib harus merenungkan sejenak apakah betul dan tepat tindakan mereka memberikan sokongan (yang semacam membabi-buta) mereka kepada DS Najib. Aku amat setuju sekiranya penyokong DS Najib memujuk dan mendesak agar DS Najib mempelawa Tun Mahathir untuk berdebat dengan beberapa isu yang dibangkitkannya.

Dan aku yakin juga bahawa Tun Mahathir akan bersedia untuk hadir dalam perdebatan sekiranya diadakan demi kepentingan rakyat Malaysia yang tercinta. Semoga hasrat rakyat Malaysia ini terkabul. abuhassanadam

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

P044: We have a winnable candidate, Nurul Izzah says

Posted: 14 Apr 2015 07:00 PM PDT


PKR vice-president says her party will reveal the candidate's name for the Permatang Pauh by-election before April 23.

izzah-p44 PERMATANG PAUH: PKR has decided on its candidate for the Permatang Pauh by-election and will announce the candidate's name before April 23, the day Barisan Nasional plans to announce their candidate who will be from Umno.

PKR vice-president and Lembah Pantai MP Nurul Izzah told newsmen Tuesday night that her party's plan was to reveal its candidate before BN did theirs.

She met party grassroots members at Tepian Padang in Kampung Pertama here together with her younger sister Nurul Iman.

She said the party had not shortlisted many candidates for the by-election, which was called due to her father and incumbent Anwar Ibrahim's disqualification as its MP.

Clarifying that the party faced a big challenge in identifying the right winnable candidate for the by-election, Nurul hinted that her party had settled on one name that they were confident would be acceptable to the party and voters alike.

Nurul acknowledged that people were most likely weary of by-elections and pointed out that "the candidate must be able to convince voters to come out and vote on that day."

She also admitted that PKR was concerned about a low voter turnout as polling day for the by-election fell on May 7, a working Thursday in most states.

Nomination is on Saturday, April 25. It is widely believed that the PKR candidate is party president Wan Azizah Wan Ismail, Anwar's wife.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.

Gambar 'Hantu' Paul Walker Bersama Vin Diesel Jadi Viral - Kita Bantai

Posted: 14 Apr 2015 06:30 PM PDT

 

SEORANG peminat kepada mendiang pelakon filem 'Fast and Furious', Paul Walker membuat penghormatan lain daripada yang lain, serentak dengan penghormatan penuh emosi oleh seorang lagi bintang filem pecah panggung itu, Vin Diesel di Anugerah Filem MTV.

Portal Mirror melaporkan gambar itu menunjukkan Vin Diesel sedang bersandar pada sebuah kereta, dengan imej bayang Paul Walker berdiri di sebelahnya.

Walker meninggal dunia akibat kemalangan kereta pada November 2013, tetapi penghormatan terhadap bintang Hollywood kembali dibuat selepas filem terbaharu Furious 7 yang menampilkan lakonan terakhir beliau memegang watak Brian O'Conner, kini mula ditayangkan di seluruh dunia.


Imej 'hantu' Walker itu dimuat naik oleh seorang peminat Jeffrey Raymond Frohlich dan ia kini tersebar dan menjadi viral di media sosial.

Bercakap pada Anugerah Filem MTV pada malam Ahad (pagi Isnin waktu Malaysia), Vin Diesel berkata: "Kali terakhir saya berdiri di atas pentas ini adalah bersama Pablo (panggilan Walker oleh Diesel).

"Jadi, saya mahu menceritakan sedikit tentang anda dengan lagu yang indah ini."

Diesel menyanyikan lagu "See You Again" sebagai penghormatan kepada Walker di Anugerah Filem MTV. - Mirror

PAS Tetap Bertanding Di Rompin !!

Posted: 14 Apr 2015 06:00 PM PDT

A user's photo.Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu tetap akan memberi saingan kepada BN dalam pilihan raya kecil parlimen Rompin sekalipun diberi laluan percuma dalam pilihan raya kecil DUN Chempaka bulan lalu.

Katanya, PAS tidak mempunyai sebab memberi laluan mudah kepada BN sekalipun memujuk PAS supaya tidak bertanding dalam pilihan raya kecil itu demi menjimatkan wang, masa dan tenaga.

"Jika begitu (alasannya), apakah Umno akan memberikan kemenangan percuma kepada PKR di Permatang Pauh atas alasan yang sama?" kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan.

"Kalau ingin menjimatkan duit, lebih elok menteri besar Pahang menyatakan sokongan kepada (Tun) Dr Mahathir Mohamad dalam mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan jawapan kepada isu 1MDB dan pelbagai isu rakyat yang masih tidak dijawab," katanya lagi.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang mencadangkan supaya PAS tidak bertanding dalam pilihan raya kecil itu parlimen Rompin bagi menghormati Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan menjimatkan wang, masa dan tenaga kedua-dua parti.

Kejutan Buat Umno.. Saksikanlah

Posted: 14 Apr 2015 05:30 PM PDT

 

Kejutan Buat Umno. Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mendesak pihak berkuasa menyiasat ahli perniagaan Jho Low, yang baru-baru ini memberitahu majalah perniagaan Euromoney bahawa "orang-orang Umno pakar putar belit".

Menulis di Twitter, Khairy berkata Pemuda Umno menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mahu siasatan dibuat terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan Low.

Tweet itu turut memaparkan muka depan The Edge Financial Daily hari ini, yang memetik Low membuat kenyataan sama.

Wawancara itu dijalankan oleh Euromoney untuk keluaran April.

Kejutan Buat Umno

Low memberitahu Euromoney, walaupun 1MDB mendapatkan nasihatnya dalam hal tertentu, beliau tidak mendapat manfaat dan tiada peranan langsung dalam syarikat itu.


Kata-katanya, satu-satunya kaitannya apabila beliau membantu menubuhkan Terengganu Investment Authority (TIA) – sebelum berupah kepada 1MDB.

Jho Low berkata beliau turut menjadi sasaran dalam cubaan mengubah perhatian daripada keputusan teruk dibuat syarikat itu.

"Saya sangat kecewa... Saya tak pernah hadapi serangan sebegini daripada segenap penjuru. "Ini gila, dan orang Umno ini pakar putar belit, mereka tahu semua ini mengarut," katanya.
 
 
Addin

"Jho Low, kalau berani pergi jumpa PAC sekarang" - Reezal Merican

Posted: 14 Apr 2015 04:51 PM PDT

Jho Low Kini Jadi Sasaran Kemarahan Pemuda Umno
 
A user's photo. KUALA LUMPUR:

Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat penasihat pelaburan Hong Kong Jynwel Capital, Low Taek Jho Low atau Jho Low yang dipetik mengatakan pemimpin UMNO sebagai kaki putar diminta tidak menjadi bacul selain segera pulang ke negara ini untuk berdepan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican melontar cabaran itu selain meminta agar Jho Low berani berhadapan media secara terbuka dan mempertahankan diri apabila diasak soalan yang bakal ditanyakan wartawan.
BACA: Kenapa Jho Low kata pemimpin UMNO 'kaki putar'? - Ibdilillah

"Jho Low berani buat kenyataan bodoh menuduh UMNO, kita juga minta dia balik ke Malaysia dan berdepan dengan PAC dan media secara terbuka.

"Jangan jadi pengecut. Jangan buat kalangan pemimpin UMNO seakan diperbodohkan dalam mempertahankan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Tambah Reezal Merican, beliau cukup jelak dengan kenyataan Jho Low yang sudah mula melibatkan UMNO sebagai antara punca kepada permasalahan yang berkait dengan isu 1MDB.

"Menuduh UMNO ini pendekatan orang bacul dan bankrap idea. Isu ini menjadi polemik dan mengundang persepsi negatif bukan sahaja kepada kerajaan, malahan pemimpin UMNO sendiri," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Reezal mengulas laporan muka depanEdge Financial Daily pada Selasa yang menyiarkan tuduhan Jho Low kepada UMNO yang bertajuk 'Those UMNO Guys Are Spin Masters'.

Dalam pada itu, kata Reezal Merican, Jho Low juga disifatkan cuba melarikan diri dan tidak mahu dilihat terlibat dengan isu berkenaan.

"Sepanjang episod itu Jho Low hanya berdiam diri dan tidak sekalipun tampil menjawab isu. Apakah ini ciri seorang bertanggungjawab, atau sang penakut yang gelabah memencilkan diri?

"Jho Low jangan anggap dia tidak terkait langsung dalam isu ini. Namanya disebut berulang kali; bukan sahaja oleh media malahan ahli perniagaan lain. Kalau dia berani, ini masa untuk dia tampil dan jernihkan isu," ujarnya.

Tegas Reezal Merican, Jho Low juga dinasihatkan tidak celupar dan mudah mengaitkan orang lain untuk menutup kesalahan sendiri.

"Jangan celupar, Jho Low. Kemelut politik mutakhir ini, banyak terkait namanya secara peribadi. UMNO tidak ada masa untuk melakukan 'spin' seperti yang dia katakan. Saya rasa dia yang cuba 'spin' keadaan sekarang," katanya.

Sebelum ini, Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed mengumumkan akan memulakan pengauditan sendiri terhadap pengurusan dana 1MDB tanpa perlu menunggu keputusan laporan Ketua Audit Negara.

Menurut Nur Jazlan, tindakan itu perlu diambil kerana isu tersebut sudah dipolitikkan oleh banyak kumpulan dan dirinya sebagai jawatankuasa Parlimen percaya bahawa PAC mempunyai kuasa untuk memulakan pengauditan sendiri.


-astroawani

KWSP jual hartanah pertama di UK untuk 210 juta pound

Posted: 14 Apr 2015 09:00 AM PDT

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan selesai memeterai perjanjian jual beli dengan British Land untuk menjual One Sheldon Square di London pada harga 210 juta pound (RM1.14 bilion).

KWSP memperoleh hartanah tersebut pada 2010 dan ini merupakan penjualan hartanah pertama KWSP di United Kingdom, katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, One Sheldon Square terdiri daripada hampir 200,000 kaki persegi ruang pejabat merangkumi sembilan tingkat dan disewakan sepenuhnya kepada Visa Europe Services sehingga Disember 2022.

KWSP berkata, British Land memenangi bidaan itu melalui proses tender terbuka yang berdasarkan tadbir urus korporat yang ketat, termasuk mengikut amalan industri.

Katanya, KWSP mempunyai pelaburan hartanah yang ketara di United Kingdom dan pasaran utama lain seperti di Jerman, Perancis, Australia dan Jepun.

"KWSP akan terus mempelbagaikan pelaburan merangkumi pelbagai pasaran, sektor dan kelas aset untuk memberikan pulangan yang optimum dan mampan dalam jangka panjang," katanya. – Bernama, 14 April, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Malaysia unjur AS$2 bilion dalam bon ketika simpanan asing terus susut

Posted: 14 Apr 2015 08:15 AM PDT


Ringgit merupakan mata wang paling lemah di rantau ini dan nilainya menyusut hampir 15% berbanding dolar sejak Jun tahun lepas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 April, 2015.Ringgit merupakan mata wang paling lemah di rantau ini dan nilainya menyusut hampir 15% berbanding dolar sejak Jun tahun lepas

Ringgit merupakan mata wang paling lemah di rantau ini dan nilainya menyusut hampir 15% berbanding dolar sejak Jun tahun lepas

Malaysia mendapat peningkatan AS$2 bilion (RM7.4 bilion) dalam pasaran bon, ekoran usaha negara mempertahankan ringgit, lapor Bloomberg hari ini.

Ringgit – mata wang paling lemah di rantau ini – susut nilai hampir 15% berbanding dolar sejak Jun tahun lepas dan nilai simpanan asing Malaysia menyusut kepada AS$105 bilion pada penghujung Mac, jatuh AS$25 bilion sejak setahun lalu.

Putrajaya dilaporkan melantik HSBC Holdings, Kumpulan CIMB dan Standard Chartered mengaturkan "sovereign sale" itu, yang mungkin diputuskan seawal minggu ini, lapor portal perniagaan itu yang memetik sumber.

Malaysia menerima kesan kejatuhan harga minyak mentah global, memaksa Putrajaya mengkaji semula sasaran defisit Bajet 2015, dan menanggung akibat hutang syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mencecah RM42 bilion.

Ringgit didagangkan terendah sejak 2006. Bulan lalu, Petronas merekodkan sukuk dan hutang konvensional sebanyak US$5 bilion.

Bloomberg melaporkan pegangan mata wang asing Malaysia jatuh 9.4% pada 2015, terendah dalam suku pertama sejak krisis kewangan Asia 1997.

Bank Negara Malaysia juga dilaporkan mempertahankan ringgit sementara agensi penarafan Fitch Ratings Ltd berkata ia akan memotong ranking hutang negara dan 1MDB.

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak berdepan cabaran terbesar dalam arena politiknya dengan serangan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana menteri paling lama memerintah itu berkata Najib perlu meletak jawatan atas kegagalannya berdepan isu 1MDB, mempersoalkan keperluan Putrajaya memberi syarikat itu kemudahan jaminan kredit hampir RM1 bilion, pembelian tanah kerajaan oleh 1MDB dan urusannya yang diragui dengan syarikat minyak yang tidak dikenali, PetroSaudi International.

Cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang mula berkuatkuasa 1 April juga dilihat tidak popular.

Ekonomi Malaysia berkembang 6% tahun lalu dan dijangka perlahan pada 4.7% tahun ini sementara akaun semasa dijangka kekal dalam lebihan kecil.

Malaysia mendapat peningkatan AS$2 bilion (RM7.4 bilion) dalam pasaran bon, ekoran usaha negara mempertahankan ringgit, lapor Bloomberg hari ini.

Ringgit – mata wang paling lemah di rantau ini – susut nilai hampir 15% berbanding dolar sejak Jun tahun lepas dan nilai simpanan asing Malaysia menyusut kepada AS$105 bilion pada penghujung Mac, jatuh AS$25 bilion sejak setahun lalu.

Putrajaya dilaporkan melantik HSBC Holdings, Kumpulan CIMB dan Standard Chartered mengaturkan "sovereign sale" itu, yang mungkin diputuskan seawal minggu ini, lapor portal perniagaan itu yang memetik sumber.

Malaysia menerima kesan kejatuhan harga minyak mentah global, memaksa Putrajaya mengkaji semula sasaran defisit Bajet 2015, dan menanggung akibat hutang syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mencecah RM42 bilion.

Ringgit didagangkan terendah sejak 2006. Bulan lalu, Petronas menerbitkan sukuk dan hutang konvensional dalam bentuk dolar paling besar pada AS$5 bilion. – 14 April, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Dr M bimbang Malaysia jadi negara polis selepas wartawan ditahan

Posted: 14 Apr 2015 07:30 AM PDT


A user's photo. Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meneruskan serangan terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak. 

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meneruskan serangan terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak. 

Meneruskan serangannya, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan beliau menarik balik sokongan terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kerana melihat cara perdana menteri menggunakan kuasa akan menyebabkan Malaysia menjadi sebuah "negara polis".

Dalam satu pertemuan bersama beberapa penulis blog di pejabatnya di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur, Jumaat lepas, Dr Mahathir berkata bibit-bibit ke arah tersebut dapat dilihat menerusi penangkapan pengarang kanan The Malaysian Insider dan penerbit Kumpulan The Edge Media baru-baru ini.

"Apabila saya dapat tahu wartawan-wartawan dari The Edge ditangkap kerana kononnya menghasut, saya tak rasa itu cara yang betul menggunakan kuasa," kata bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu dalam sebuah rakaman video yang disiarkan blog pro-Umno, Apanama.

"Sudah tentu dia akan kata itu bukan dia tetapi polis, tetapi kita tak mahu negara polis," katanya merujuk kepada Najib.

"Polis pada bila-bila masa boleh tangkap kita."

Menurut Dr Mahathir, sistem perundangan negara jelas menolak cubaan menukar negara ini menjadi negara polis apabila menafikan permohonan polis untuk mereman mereka yang ditahan itu.

"Malah, majistret tak mahu bagi," katanya dalam video itu, dipercayai merujuk kepada permohonan reman polis yang ditolak.

Seterusnya, tulisan yang disiar blog tersebut mendakwa Dr Mahathir kini berpendirian enggan menyokong Najib lagi selepas 4 tahun berbuat demikian.

Menurut tulisan itu, insiden penangkapan wartawan itu menyebabkan Dr Mahathir mengambil sikap berpatah arang dengan Najib.

"Saya dah lama tunggu. Saya cuba dan cuba dan cuba, dah banyak tahun," kenyataan Dr Mahathir dari video itu dipetik.

Selain daripada kenyataan ini, Dr Mahathir sebelum ini melancarkan siri kritikan terhadap Najib.

Beliau antara lain bertanya sama ada penyokong Najib turut menyokong timbunan hutang yang dikumpul badan pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) – jika mereka benar-benar menyokong.

Dr Mahathir sebelum ini juga secara sinis berkata, beliau tidak pernah mengarahkan Sirul Azhar Umar – komando polis pengiring Najib yang juga pernah berkhidmat dengannya –untuk membunuh orang.

Sirul dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh wanita Mongolia pada 2006 – satu tindakan yang didakwa Sirul dibuat "atas arahan".

Dua hari lalu, Dr Mahathir turut mengkritik Umno yang menurutnya sarat dengan pemimpin yang mengamalkan budaya cari makan atas angin.

Beliau turut menzahirkan kekecewaannya terhadap Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang kurang ampuh dalam membantu Bumiputera apabila pelajar golongan itu kini dakwanya sukar mendapat biasiswa.

Asakan demi asakan ini menyebabkan Najib muncul dalam satu wawancara Edisi Khas TV3 pada Khamis lalu bagi menjawab beberapa kritikan terhadapnya.

Najib mendakwa kritikan Dr Mahathir antaranya berpunca daripada kengganan Najib meneruskan projek jambatan bengkok menghubungkan Singapura dan Johor yang diilhamkan Dr Mahathir sewaktu pemerintahannya.

Dr Mahathir menafikan jawapan Najib itu semalam kerana menurutnya, beliau berkempen untuk Najib dan BN dalam pilihan raya umum lalu walaupun kepimpinan Najib di Selangor tidak berkesan.

Tempias daripada pertelingkahan dua tokoh ini menyebabkan kesetiaan anak Dr Mahathir merangkap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dipersoalkan.

Mukhriz senalam mengumumkan yang beliau akan memaklumkan pendiriannya berkenaan kemelut ini pada 24 April.

Terkini, Najib semalam bertemu Pemuda Umno pada satu majlis khas di Kuala Lumpur yang menyaksikan sayap Umno itu mengisytiharkan taat setia mereka kepada Najib. – 14 April, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Siasat jika Jho Low seleweng 1MDB, kata Pemuda Umno

Posted: 14 Apr 2015 06:45 AM PDT

Pemuda Umno menyelar ahli perniagaan Jho Low selepas beliau melabelkan Umno sebagai 'spin master' dalam kontroversi 1MDB.

Pemuda Umno menyelar ahli perniagaan Jho Low selepas beliau melabelkan Umno sebagai 'spin master' dalam kontroversi 1MDB.

Ahli perniagaan Low Taek Jho perlu disiasat dan dikenakan tindakan jika bukti menunjukkan beliau terlibat dalam penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Exco Pemuda Umno Ibdillah Ishak.

Merujuk laporan muka depan akhbar The Edge Financial Daily (TEFD) hari ini, beliau berkata, Low, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, tidak perlu menuduh Umno yang memutarbelitkan isu berhubung syarikat pelaburan strategik negara itu dan melabelkan parti itu sebagai "spin masters".

"Persoalan yang timbul ialah siapakah Jho Low untuk seolah-olah mempersalahkan Umno dan melabel pemimpin Umno sebagai 'spin masters'?

"Siapakah individu ini untuk berkata sedemikian? Apakah Jho Low benar-benar terlibat dan berasa bersalah dalam kontroversi besar ini?" soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Ibdillah mengulas wawancara Jho Low dengan majalah perniagaan Euromoney, yang dikeluarkan dalam bentuk "teaser" oleh TEFD hari ini, memetik ahli perniagaan kontroversi itu mengatakan, "Those Umno guys are spin masters" (Orang Umno itu kaki putar belit).

Katanya, siasatan audit yang menyeluruh dan telus perlu dibuat segera tanpa melindungi kepentingan mana-mana pihak.

Tambahnya, hasil siasatan terhadap syarikat milik Kementerian Kewangan itu amat penting kerana ia dijadikan kayu ukur kelangsungan Umno itu sendiri.

"Jho Low harus disiasat, dan jika beliau terbukti bersalah, perlu juga diambil tindakan!

"Janganlah baling batu sembunyi tangan, Jho Low. Tak perlu untuk fitnah pemimpin Umno apabila sedang berdepan masalah yang besar. Seolah-olah Jho Low mahu melepaskan tengkuk beliau sahaja." – 14 April, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article.

Jangan tekan Mukhriz-KJ FMT Reporters

Posted: 14 Apr 2015 06:00 AM PDT

 
khairy, muhkriz

Khairy menyifatkan Mukhriz sebagai seorang ahli politik berpengalaman dan akan membuat keputusan dalam masa terdekat.

PETALING JAYA: Pihak tertentu tidak sepatutnya menekan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam usaha mendapakan sokongan beliau terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Teguran berkenaan dibuat, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin atau KJ yang menyifatkan Menteri Besar Kedah itu sebagai ahli politik yang lama dan akan membuat keputusannya dalam masa terdekat.

"Saya percaya dia (Mukhriz) memahami situasi yang sedang berlaku dan akan membuat kenyataan tidak lama lagi.

"Dia seorang ahli politik yang berpengalaman dan dia sedar apa yang sedang berlaku. Tidak perlu menekan dia," katanya yang dipetik dari The Star.

Sebelum ini Mukhriz dikatakan telah dikritik hebat oleh beberapa pemimpin UMNO kerana tidak menyuarakan sokongannnya terhadap presiden parti.

Polemik berlaku selepas bapa Mukhriz yang juga merupakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengkritik keras kepimpinan Najib yang dikaitkan dengan pelbagai isu seperti 1MDB dan pembelaan Sirul Azhar Umar, yang dijatuhkan hukuman mati kerana kesalahan membunuh Altantuya Shaariibu.

Sebelum ini, seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin, telah meminta Mukhriz untuk meletakkan jawatannya sekirannya masih tidak menyatakan sokongannya terhadap Najib.

Kenyataan ‘sarcastic’ Nasrudin Tantawi di FB FMT Reporters

Posted: 14 Apr 2015 05:15 AM PDT

 
pasma

Parasit, sifatnya menumpang pada tubuh dan menghisap segala zat pada tubuh itu, Parasit kenyang, namun tubuh yang ditumpang itu semakin rosak dan lunyai.


PETALING JAYA: Sebuah buku yang didakwa cuba menjatuhkan pemimpin PAS telah didedarkan menjelang Muktamar parti itu pada Jun ini.

Buku itu menyenaraikan lima pemimpin PAS yang didakwa sebagai parasit yang mahu menjatuhkan pemimpin golongan ulama dalam parti itu.

Mereka ialah Timbalan Presiden, Mohamad Sabu; Ketua Pengarah Pilihan PAS Pusat; Dr Hatta Ramli; Ahli Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat; Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan Hanipa Maidin serta Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMA), Datuk Ir. Phahrolrazi Mohd Zawawi.

"Parasit, sifatnya menumpang pada tubuh dan menghisap segala zat pada tubuh itu, Parasit kenyang,namun tubuh yang ditumpang itu semakin rosak dan lunyai," antara isi kandungan buku itu.

Buku bertajuk 'Siapa Perosak Sebenar PAS' itu telah dimuat naik oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi di akaun Facebook.

"Siapa terbitkan buku ini? Siapa yang membiayainya? ni dah mula main kasar ni.

"Saya harap ahli PAS tidak menyebarkannya," tulis Ahli Parlimen Temerloh itu.

Kenyataan beliau itu bagaimanapun dianggap sebagai sarcastic atau kiasan kerana Nasrudin merupakan penyokong kumpulan ulama dalam PAS yang tidak sehaluan dengan pemimpin liberal atau dirujuk golongan Anwarinas.

PasMA dikatakan ditubuhkan untuk menggantikan PAS dan mendapat sokongan DAP dan PKR yang tidak senang dengan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


FMT

Suruhanjaya khas siasat 1MDB FMT Reporters

Posted: 14 Apr 2015 04:30 AM PDT

 
perkasa_600

Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu dianggotai panel bebas dan berkecuali perlu disegera berikutan keadaan yang semakin meruncing.

PETALING JAYA: Perkasa menyokong cadangan penubuhan suruhanjaya bebas bagi menyiasat penyelewengan yang berlaku dalalm 1MDB, seperti yang disyorkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jelasnya, pendirian pertubuhan itu adalah selari dengan Diskusi Khas berkenaan 1MDB yang dianjurkan oleh Biro Pemantauan & Integriti Perkasa pada 2 April 2015.

Dalam kenyataannya ia menekanan, penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang dianggotai panel bebas dan berkecuali perlu disegerakan berikutan situasai yang berlaku.

"Disamping itu, BPI mencadangkan agar panel-panel yang telus dan berwibawa untuk menganggotai Suruhanjaya ini dan wajarlah dipengerusikan oleh bekas-bekas Ketua Hakim Negara seperti Tun Abdul Hamid atau Tun Ahmad Fairuz ataupun bekas Penguam Negara seperti Tan Sri Abdul Talib Othman ataupun mana-mana individu yang mempunyai integriti yang tinggi dan berwibawa" petik kenyataan itu.

Ia jalan terbaik untuk menyelesaikan kekusutan yang membelenggu kepimpinan Najib dan merungkai segala misteri 1MDB dan hasrat itu telah disampaikan melalu surat rasmi kepada beliau pada pagi Selasa.

Pembentukan suruhanjaya berkenaan dikatakan selari dengan pendirian Perdana Menteri yang bersifat terbuka dan sedia disiasat termasuk oleh Ketua Audit Negara dan Polis.


FMT

Polis Letupkan Grenad Di Stesen Minyak Kita Bantai

Posted: 14 Apr 2015 03:45 AM PDT

 

BUKIT MERTAJAM: Polis meletupkan satu bungkusan hitam dipercayai mengandungi grenad yang ditemui dalam tandas lelaki di sebuah stesen minyak di Jalan Kulim di sini, tengah malam Isnin.

Bom itu diletupkan Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan bantuan pasukan bomba dan penyelamat pada pukul 12.05 tengah malam, kira-kira 10 meter di luar tandas stesen minyak itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, bom tangan itu diletupkan selepas pemeriksaan bomba mendapati kesan pemewapan gas yang terhasil daripada bahan api hanya lima peratus.


"Polis mengambil kira keadaan persekitaran stesen minyak itu sebelum meletupkan bom berkenaan," katanya di tempat kejadian di sini.

Bungkusan hitam dipercayai berisi grenad itu ditemui oleh orang awam yang menggunakan tandas berkenaan kira-kira pukul 4.30 petang Isnin.

Berikutan penemuan itu, polis menutup kawasan berkenaan dan memindahkan beberapa penduduk berhampiran stesen minyak itu sejak pukul 7 petang bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Beberapa jentera bomba dan pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) turut berada di kawasan berkenaan.

Rusli berkata, operasi stesen minyak berkenaan ditutup sebaik sahaja bahan letupan itu ditemukan.

Beliau berkata, polis akan meneliti CCTV yang terdapat di stesen minyak berkenaan bagi mengesan pihak yang meletakkan bom tangan tersebut di tandas itu.

"Motif kejadian tidak diketahui dan polis akan memanggil pemilik dan pekerja stesen minyak berkenaan bagi menjalankan siasatan.

"Pemilik stesen minyak itu juga dikatakan tidak menerima sebarang ugutan," katanya.

Rusli berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Azmi Tamat yang turut berada di tempat kejadian berkata, pihaknya telah menjalankan beberapa pemeriksaan dan ujian sebelum keputusan untuk membenarkan bom itu diletupkan.

"Kami takut jika meletup , apinya akan merebak ke stesen minyak tetapi Alhamdulillah semua terkawal," katanya. - mStar Online

PANAS - Jho Low Kata Pemimpin UMNO Kaki Putar

Posted: 14 Apr 2015 03:00 AM PDT

 

IBDILLAH: Kenapa Jho Low kata pemimpin UMNO 'kaki putar'? - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO meminta pihak berkenaan untuk menyiasat Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat penasihat pelaburan Hong Kong Jynwel Capital, Low Taek Jho Low atau Jho Low yang dipetik mengatakan pemimpin UMNO sebagai kaki putar.

Exconya, Ibdilillah Ishak berkata, Jho Low kini disifatkan cuba menyembunyikan sesuatu dan memfitnah pemimpin UMNO untuk menyelamatkan dirinya sendiri.

"Jho Low harus disiasat, dan jika dia terbukti bersalah, perlu juga diambil tindakan!

"Janganlah baling batu sembunyi tangan, Jho Low. Tidak perlu untuk fitnah pemimpin UMNO apabila sedang berdepan masalah yang besar. Dia seolah-olah mahu melepaskan tengkuknya sahaja," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muka depan Edge Financial Daily pada Selasa menyiarkan kenyataan Jho Low yang mengatakan 'Those UMNO Guys Are Spin Masters'.

Tegas Ibdillah, persoalan yang timbul kini ialah siapakah Jho Low untuk seolah-olah mempersalahkan UMNO dan seolah-olah melabel pemimpin-pemimpin UMNO sebagai pakar putar-belit.

"Siapakah individu ini untuk berkata sedemikian? Apakah Jho Low benar-benar terlibat dan berasa bersalah dalam kontroversi besar ini?

"Kita tidak boleh tunggu lama lagi, kerana ini isu rakyat. Isu ini penentu survival parti ini sendiri. Saya meminta pihak yang terbabit mengadakan siasatan yang rapi dan menyeluruh dengan cepat.

"Jika terdapat individu yang pecah amanah, menyeleweng wang rakyat dan sebagainya, mereka harus diambil tindakan," jelasnya.

Katanya lagi, pengauditan itu juga perlu dibuat dengan telus tanpa melindungi kepentingan sesiapa.

"Saya juga mengalu-alukan iltizam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mempercepatkan siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB), individu berkaitan termasuk Jho Low yang sedang mengalami kontroversi.

"Pihak tertentu juga harus mempercepatkan permintaan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk siasatan rapi secara menyeluruh," jelasnya.

Sebelum ini Najib dilaporkan berkata Jho Low tidak mempunyai sebarangkaitan dengan 1MDB.

Sebaliknya, Najib berkata semua keputusan dan urus niaga 1MDB dibuat oleh pengurusan dan lembaga pengarah 1MDB.

- astroawani

Gadis Kyrgyzstan ‘Terlibat Aktif’ dalam Penerbangan Helikopter Terhempas - Akhbar

Posted: 14 Apr 2015 02:15 AM PDT

Data kotak hitam helikopter yang terhempas di Semenyih pada 4 April lalu menunjukkan penumpang wanita "misteri", Aidana Baizieva, memainkan peranan utama dalam penerbangan helikopter Dauphin AS365N2, lapor akhbar The New Straits Times hari ini.

Menurut akhbar itu, data yang diperoleh daripada perakam suara kokpit (CVR) menunjukkan Baizieva, 25, warga Kyrgyzstan itu "terlibat secara aktif" dalam operasi menerbangkan helikopter.

Memetik sumber, rakaman itu juga merekodkan pertukaran suara di antara pelajar jurusan pelancongan itu dan juruterbang, Kapten Clifford William Fournier, yang bertanggungjawab menggendalikan penerbangan itu.

Baizieva sebelum ini dilaporkan sebagai pembantu juruterbang yang terlibat dalam nahas, namun polis menafikan wujudnya bukti menyokong dakwaan itu.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat juga dilaporkan berkata, Baizieva mendalami dunia penerbangan dan sering mengikuti Fournier menaiki helikopter.

Eurocopter AS365N2, menurut sumber akhbar itu, juga dikatakan terbang serendah 2,000 kaki selepas hilang kawalan dan terputus hubungan.

Sumber itu juga mengatakan ada petunjuk kukuh berlakunya letupan ketika penerbangan sebelum helikopter itu jatuh terhempas.

Nahas itu mengorbankan enam orang termasuk Ahli Parlimen Rompin yang juga Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alias.

Turut terkorban ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang, pengawal peribadi Jamaluddin, Koperal Razakan Seran.

Kesemua mereka dalam perjalanan pulang dari Pekan, Pahang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, Nooryana Najwa dan Daniyar Kessikbayev. – The Malaysian Insider/14 April, 2015.

Ada perundingan antara Dr M dengan Anwar?

Posted: 14 Apr 2015 01:30 AM PDT


Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke rumah bapa Datuk Seri Anwar Ibrahim, (Pak Brahim) untuk menziarahi jenazah Pak Brahim tidak ramai diperkatakan orang. Mungkin orang menganggap pemergian itu biasa sahaja, dan satu kebetulan.
Dr Wan Azizah Wan Ismail memberi alasan kedatangan Mahathir itu kerana bekas PM itu kenalan lama bapa mertuanya. Tidak ada keterangan lanjut dari itu. Apakah sebelum ini Mahathir ada menziarahi Pak Brahim atas hubungan disebut Wan Azizah itu?


Di rumah Pak Brahim itu, Mahathir hanya berada sekejap sahaja, tetapi isterinya mengambil sedikit masa untuk berbicara dengan Wan Azizah. Apakah Siti Hasmah ada membawa mesej atau pesan tertentu daripada suaminya untuk suami Wan Azizah?


Manakala Zahid pula sempat khatam surah Yassin untuk disedekahkan kepada roh Pak Brahim. Body language yang ditunjukkan Zahid menerusi foto yang diambil menampak akan ketidakselesaan menteri KDN itu.

Kedatangan Mahathir dan Zahid lebih awal daripada ketibaan Anwar dari penjara Sungai Buloh. Mungkin sudah dirancang demikian rupa untuk tidak bertembung dan berlaku insiden dramatik. Mahathir sejak memecat Anwar pada 3 September 1998 tidak pernah bertemu dengan Anwar dari dekat.

Mustahil kedua mereka tidak tahu jam berapa Anwar akan tiba di rumah bapanya. Setiap pergerakan Anwar sudah pasti dimaklumkan kepada pihak berkuasa khasnya menteri. Zahid selaku menteri KDN mesti mendapat maklumat jelas dari Sungai Buloh. Dan sudah pasti juga Zahid akan memberi tahu Mahathir. Ertinya mereka sengaja untuk tidak bertemu Anwar agar tidak menjadi bahan berita sensasi.

Bagi saya kedatangan kedua mereka, terutamanya Mahathir dan isteri ada cerita yang tidak terungkap. Mahathir tidak sengaja datang sesuka hati begitu sahaja. Dia boleh mencari alasan untuk tidak menziarahi jenazah Pak Brahim. Dia boleh mengirimkan al Fatihah di angin lalu atau membuat belesungkawa dalam blog. Tetapi kenapa beliau hadir secara fizikal. Apa yang hendak dipamerkan?

Apakah ada perkembangan terbaru dalam hubungan beliau dengan Anwar. Ada cerita baru yang hendak dibuka. Sejarah lama menyebut, Anwar pernah membantu Mahathir memperkukuhkan Umno. Apakah bantuan itu diperlukan Mahathir untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak? Dalam berhadapan dengan Najib, Mahathir nampak kesukaran sedikit sedangkan nafsunya membuak-buak.

Anwar dan Mahathir ada maksud sama mengenai Najib. Jatuh dan singkirkan anak Tun Razak Hussein itu. Jangan kita berfikir Mahathir pernah menganiaya Awnar maka mereka tidak boleh kembali bersama. Kita kena terima dalam politik apa sahaja boleh berlaku. Tidak ada apa-apa yang mustahil dalam politik.

Begitu juga dengan Zahidi, dia tidak sengaja datang kalau tidak membawa apa-apa motif. Atau beliau sudah tentu tahu akan ada persepsi dengan kehadiran itu. Zahid boleh beri alasan Pak Brahim adalah jiran setamannya dengannya. Kehadiran itu tidak penting baginya kerana ia boleh memusnahakan kepercayaan Najib kepadanya. Tetapi kenapa beliau hadir? Persoalan matemetik ini belum dijawab.

Apakah dia sudah memaklumkan kepada Najib akan kehadiran itu. Report kepada Datin Seri Rosmah Mansor sepertimana dia memberi tahu Najib yang dia berjumpa dengan Anwar di luar negara? Atau pun bercakap dengan Anwar menggunakan perantaraan?

Dalam melihat kedatangan Mahathir dan Zahid ke rumah bapa Anwar itu bagi saya ia ada cerita tersendiri. Kejadian itu bukan secara sengaja, tetapi disengajakan. Ketepatan sangkaan saya ini benar, apabila malam kelmarin seorang pemimpin tertinggi sebuah parti Pakatan Rakyat membisik kepada saya; ada perundingan antara Mahathir dengan Anwar. Oh stop dulu. [wm.kl. 8:37 14/04/15] Bersambung... – msomelayu.blogspot.com, 14 April, 2015.

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.





Hormat JJ, PAS digesa tak tanding Rompin

Posted: 14 Apr 2015 12:45 AM PDT

 
 

Ia adalah 'langkah manis' jika PAS memutuskan tidak bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) parlimen Rompin, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Adnan berkata, UMNO mengambil tindakan sedemikian (tidak bertanding) pada PRK negeri Chempaka, kerana menghormati Mursyidul Am PAS allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

"Jika PAS tidak bertanding...kerana menghormati JJ (Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis) sebagai seorang pemimpin kanan, tentunya ini merupakan tindakan manis (oleh PAS).

"Kita akan jimatkan wang, masa dan tenaga kedua-dua parti," kata beliau.

Lagipun, sekarang hanya untuk satu kerusi parlimen, kata Adnan pada sidang akhbar selepas melancarkan projek kediaman Swiss-Garden Resort Residences Sungai Karang di Kuantan Isnin.

Tentang sama ada Barisan Nasional perlu bertanding di PRK parlimen Permatang Pauh, Adnan berkata itu isu lain.

"Permatang Pauh dipegang oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), bukan PAS," kata beliau.

Adnan berkata, Badan Perhubungan UMNO Pahang menyambut baik keputusan UMNO Bahagian Rompin untuk menolak sebarang calon dipilih dari luar.

Beliau bagaimanapun berkata ini terpulang kepada pucuk pimpinan parti memutuskan dan seterusnya menjelaskan dengan baik sebab-sebab pemilihan itu.

Semalam, pemangku ketua UMNO bahagian itu Datuk Hasan Ariffin berkata bahagian itu hanya akan menerima calon yang dipilih dari kalangan anggota jawatankuasa bahagian.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang Jamaluddin dalam kemalangan helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April.

Allahyarham Jamaluddin menjadi anggota parlimen kawasan itu selama enam penggal dari 1990.

Pada Pilihan Raya Umum 2013, Allahyarham menewaskan Ketua Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

- Bernama

Najib Terkedu Dengan Berita Terbaru Ini - Addin

Posted: 14 Apr 2015 12:00 AM PDT

 
Mahathir Makin Galak Serang Najib. Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan serangannya terhadap Datuk Seri Najib Razak hari ini, mengatakan beliau pasti menuntut Najib melepaskan jawatan perdana menteri sebelum pilihan raya umum ke-13, jika benar beliau berang dengan tindakan Najib tidak membina jambatan bengkok menghubungkan Singapura dan Johor.

Katanya, itu bukan sebab sebenar beliau menzahirkan kritikan, bahkan katanya, orang ramai kini semakin rancak bertanya soalan tentang perjalanan negara yang beliau sendiri tidak mampu menjawabnya.

"Rakyat tidak tanya (kepada PM). Tetapi ramai tanya saya. Saya tak dapat jawab. Saya tanya orang yang boleh jawab," kata mantan perdana menteri itu merujuk kepada soalan berhubung pengurusan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Menurut Dr Mahahthir, jika benar marah dengan pembatalan jambatan bengkok itu, beliau pastinya tidak berkempen menyokong Najib dalam Pilihan Raya Umun ke 13 (PRU13) lalu.

"Sebaliknya saya berkempen untuk kemenangan Najib. Kepimpinan Najib di Selangor tidak berkesan.

"Teringat saya kepada ribuan orang yang dibawa berhimpun dan disuruh angkat sepanduk "I love PM" dan menyanyi "IM4U". Tetapi dalam PRU 13 kalah," katanya.

Dalam satu wawancara TV pada hari Khamis lalu, Najib berkata beliau percaya kritikan berterusan Dr Mahathir terhadapnya berpunca daripada pelaksanaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan keengganannya meneruskan projek jambatan bengkok itu.

Menurut Najib, Dr Mahathir menggesa beliau agar menghapuskan BR1M dan menghidupkan semula "jambatan bengkok" yang menghubungkan Singapura dan Johor.
Mahathir Makin Galak Serang Najib

Dalam tulisan sama bertajuk "Soal tak jawab itu" di blog popularnya www.chedet.cc itu, Dr Mahathir mengatakan beliau kini mungkin keseorangan dalam usaha mendapatkan jawapan daripada Najib.

Namun demikian, Najib perlu berwaspada kerana mereka yang masih menyokongnya tidak bermakna turut menyokong 1MDB.

"Mereka takut. Ada yang tanya saya berkenaan dengan 1MDB dan minta saya buat sesuatu.

"Sekarang ada ugutan terhadap sesiapa yang tidak menyatakan sokongan kepada Najib," kata Dr Mahathir, dipercayai merujuk kepada tekanan terhadap anaknya, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang dilihat tersepit apabila didesak pelbagai pihak untuk menyatakan sokongan secara jelas kepada Najib.

Dr Mahathir mutakhir ini semakin merancakkan asakan kepada Najib apabila secara terbuka membidas pentadbirannya terutama cara perdana menteri itu menangani persoalan yang berlegar di sekitar pengurusan 1MDB dan kematian warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Dr Mahathir sebelum ini berkata salah seorang pembunuh Altantuya, Sirul Azhar Umar pernah mengiringnya tetapi beliau tidak pernah mengarahkannya membunuh sesiapa sekali pun.

Ia merujuk kepada kenyataan Sirul yang mengaku bertindak membunuh wanita itu "atas arahan pihak atasan".

Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu pernah mengiringi Najib dan kematian Altantuya berlaku sewaktu presiden Umno itu menjawat jawatan menteri pertahanan.

Terkini, Dr Mahathir dalam satu video mendakwa, Umno kini dipenuhi dengan pemimpin yang mencari makan secara atas angin dan hanya setia hanya kerana wang.‎

"The Umno now is about money (Umno sekarang tentang duit). Ketua-ketua Umno setia sebab mereka dapat sesuatu, dapat kontrak.‎

"Yang dapat jawatan-jawatan tu semua dapat duit," kata Dr Mahathir dalam video itu.