Nuffnang

Pengikut

ZAKRI ALI

0
sumber :-

ZAKRI ALI


Kemelut dalam PAS bukan perkara kecil, Ahmad Awang bantah Hadi

Posted: 13 Apr 2015 11:15 PM PDT

 

Bekas naib presiden PAS Ahmad Awang menyifatkan masalah yang sedang melanda parti itu sangat teruk, tidak kecil seperti dakwaan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Jika dibiarkan berterusan, parti boleh hancur, kata Ahmad yang merupakan salah seorang calon yang layak bertanding kerusi presiden pada pemilihan parti yang akan datang Jun ini.

"Presiden kata ia perkara kecil. Apa yang ada sekarang ini bagi saya sangat teruk, dan jika terus dibiarkan, ia boleh menghancurkan parti," kata ahli Majlis Syura Ulama itu.

Beliau berkata, badan tertinggi parti Islam itu juga mahu pimpinan parti tidak membiarkan apa yang berlaku begitu sahaja, tetapi perlu menghentikannya segera.

"Jika ini caranya dan dibiarkan oleh parti, ini bukan saja tidak demokratik tetapi bercanggah dengan prinsip perjuangan PAS," kata Ahmad yang kini turut menjadi mangsa "permainan politik" yang berlaku dalam parti itu sekarang.

Beliau yang juga bekas presiden Persatuan Ulama Malaysia itu mendakwa, pihak tertentu sudah mula mengenakan tekanan kepadanya, termasuk menghentikan kuliah beliau di masjid.

Ia dibuat ekoran tulisan beliau yang didakwa mengkritik cara kumpulan ulama dalam parti itu berkempen dan juga ekoran pencalonan yang beliau terima untuk bertanding jawatan presiden PAS.

"Setiausaha sebuah masjid menghantar SMS meminta saya menghentikan kuliah, selepas dinasihatkan Jawatankuasa Harian PAS kawasan, meminta saya direhatkan dari mengajar di masjidnya," kata Ahmad kepada The Malaysian Insider.

Ahmad yang sedang mempertimbangkan untuk bertanding jawatan itu berkata, jika beliau memutuskan untuk bertanding, PAS perlu pastikan amalan demokrasi diamalkan dengan baik.

Beliau juga mengkritik sikap Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang baru dilantik, yang membuat kenyataan terbuka agar Hadi dikekalkan sebagai presiden. "Ia tidak wajar dilakukan. Ia satu penyalahgunaan kuasa.

Kerana kedudukan dia itu ada pengaruhnya," kata Ahmad yang turut kesal dengan kenyataan beberapa pesuruhjaya negeri yang seolah-olah memaksa PAS kawasannya menyokong calon tertentu. "Bertanding bukan bermakna kita berseteru.

Tetapi sekarang, seolah-olah kita mahu berseteru dengan rakan yang kita tandingi," katanya. Beliau juga kesal dengan serangan ke atas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang dibuat melalui baju-T yang dijual di Himpunan Derita Rakyat (Hindar) anjuran Dewan Ulama PAS di Padang Merbok, Kuala Lumpur, Sabtu lepas.

Dalam himpunan itu, seorang penjual menjual baju yang tertulis "Yes to Hudud, No to Mat Sabu" di sebuah gerai di himpunan itu. "Mungkin pihak penganjur boleh kata mereka tidak tahu. Tetapi sekarang mereka sudah tahu, tindakan perlu diambil oleh mereka."

Ahmad melepasi syarat minima 2 pencalonan pada Sabtu apabila mendapat pencalonan untuk bertanding kerusi presiden parti Islam itu dari Bukit Gelugor, Pulau Pinang dan Jelebu, Negeri Sembilan selepas mendapat pencalonan dari Parit Sulong sebelum ini.

Selain beliau, Datuk Husam Musa juga layak bertanding selepas mendapat pencalonan 8 kawasan di seluruh negara. Pada Sabtu, beliau menerima satu lagi pencalonan iaitu dari Tanjung Piai, Johor.

Menjelang muktamar PAS ke-61 Jun ini, Hadi mendapat cabaran getir sejak hari pertama apabila kawasan yang pertama mengadakan mesyuarat, iaitu Kota Baru, Kelantan, tidak menamakan beliau sebaliknya mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai presiden. Namun, Tuan Ibrahim menolaknya, menyebabkan pencalonan beliau kekal satu dan tidak berubah sehingga kini.

Setakat ini, 22 kawasan mencalonkan Hadi mengekalkan jawatan presiden. Parti itu dilanda krisis dalaman akibat perbezaan pendapat antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat (PR) – PAS, DAP dan PKR.

Antaranya ialah langkah PKR menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor dan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang yang berkaitan.

Kemelut itu berpanjangan apabila Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipilih sebagai calon untuk jawatan menteri besar, tetapi tidak dipersetujui PAS, terutamanya Hadi, walaupun PKR dan DAP setuju hanya satu nama harus dikemukakan kepada Sultan Selangor.

Keadaan menjadi bertambah buruk dengan keputusan PAS Kelantan meminda Enakmen Jenayah Syariah II negeri itu, dalam usaha membuka jalan bagi pelaksanaan hudud di Kelantan, disusuli tindakan Hadi membelakangkan PR dengan memohon membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat, bagi meminda Akta Mahkamah Syariah 1965.

Tahun lepas, akibat keadaan yang tidak stabil dalam PAS itu, beberapa ahli parti Islam itu memutuskan menubuhkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) bertujuan mengukuhkan hubungan dalam pakatan pembangkang.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Tertekan dengan kritikan Mahathir, Najib seru sokongan pesara kerajaan

Posted: 13 Apr 2015 10:30 PM PDT

KES MAKIN MEREBAK


Najib Razak hari ini menyeru lebih 750,000 pesara-pesara kerajaan "mencari" dirinya berbanding "orang lain" ketika pentadbirannya kini dikritik oleh mantan  Mahathir Mohamad
Najib bagaimanapun berkata, beliau yakin sebahagian besar "suara" pesara kerajaan masih bersama pentadbirannya, meskipun terdapat sejumlah kecil mereka yang "masuk angin."
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tertekan-dengan-kritikan-dr-m-najib-seru-sokongan-pesara-kerajaan#sthash.DwOT1WPr.dpuf


KAH KAH KAH

woit
ini sudah teruk
cari sokongan
dari orang pencen
tak lama  lagi
najib cari sokongan 
dari budak sekolah
APA PUNYA TUUUR



--------------

Inilah hukum politaik wahai Mahathir, tiada kuasa keseoranganlah kamu..

Posted: 13 Apr 2015 10:00 PM PDT


Saya sedar saya keseorangan, kata Dr M

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengeluh bahawa beliau keseorangan ketika membangkitkan kritikan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagi mewajarkan kritikannya itu, Mahathir berkata soalan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) masih tidak berjawab dan ramai pihak masih bertanya kepadanya berkaitan kes pembunuhan Alttantuya Shaariibuu.

"Saya sedar saya keseorangan. Tetapi jika saya juga berasa bertanggungjawab kepada rakyat salahkah.

"Apabila duit rakyat hilang dan ini tersembunyi dari rakyat salahkah kalau saya tanya," soalnya dalam tulisan blog terbaru berjudul "Soal tak jawab".

Meneruskan asakannya, perdana menteri 22 tahun itu terus membangkitkan persoalan berhubung status wang 1MDB, syarikat pelaburan cetusan ilham Najib.

"Hakikatnya wang 1MDB ada di mana masih tidak dijawab, kata Dato Sri Najib wang itu tidak ada di Cayman Islands. Tetapi dulu mengaku ada di Cayman Islands dan sudah dibawa balik.

"Rakyat jadi lebih keliru. Jika tidak ada di Cayman Islands, ada di mana? Daripada mana datang wang yang separuh dibawa balik dahulu dan separuh dibawa balik untuk disimpan di Singapura.

"Kenapa perlu simpan duit yang bukan dari Cayman Islands dan tidak diguna untuk bayar faedah dua bilion. Kenapa kerajaan membuat standing credit sebanyak 900 milion (juta).

Najib pada 9 April lalu menegaskan tidak akan bertolak ansur bagi sebarang salah laku dalam pengurusan kewangan 1MDB mahupun mempertahankan mana-mana individu.

Malah, atas pendirian itu, tegasnya, beliau mahukan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan Ketua Audit Negara agar menyegerakan siasatan terhadap sebarang salah laku dalam syarikat itu.


KedahLanie.info.

Biar betul Chedet oiii........!

Posted: 13 Apr 2015 09:15 PM PDT

Masa hang pegang kuasa dulu hang tak pernah ka buat kerja macam ni? Mahathir: Ada ugutan jika tak sokong Najib mk
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa terdapat ugutan dibuat terhadap pihak yang tidak menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Oleh itu, katanya, sokongan kumpulan tertentu terhadap Najib tidak bermakna mereka menyokong 1Malaysia Developmement Bhd (1MDB) yang kini diserang daripada segenap penjuru.

"Mereka takut. Ada yang tanya saya berkenaan dengan 1MDB dan minta saya buat sesuatu. Sekarang ada ugutan terhadap sesiapa yang tidak menyatakan sokongan kepada Najib.

"Teringat saya kepada ribuan orang yang dibawa berhimpun dan disuruh angkat sepanduk 'I love PM' dan menyanyi 'IM4U'. "Tetapi dalam PRU 13 kalah," sindir Mahathir, perdana menteri keempat. Mahathir tidak menyebut secara khusus ugutan yang dimaksudkannya itu.

Bagaimanapun, ketika ketegangan memuncak akibat kritikan kerasnya, anak tunggalnya yang menyertai politik Datuk Seri Mukhriz Mahathir mula terasa bahangnya. Naib presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini mengingatkan Mukhriz supaya bertanggungjawab memastikan Umno Kedah tidak berpecah susulan pertemuan khasnya dengan pemimpin-pemimpin negeri semalam.

Bukan kerana 'jambatan bengkok' Mukhriz malah digesa meletakkan jawatan jika tidak menyokong kepimpinan Najib, yang dilihat mewujudkan keadaan serba salah kepada ahli politik muda itu. Sementara itu, kenyataan Mahathir hari ini juga dilihat hampir selari dengan pendirian Umno Pulau Pinang yang mahu 1MDB disiasat, walaupun mereka mendakwa menyokong kepimpinan Najib.

Dalam tulisan di blognya hari ini, Mahathir juga menolak dakwaan beliau menyerang Najib kerana cadangannya membina "jambatan bengkok" ke Singapura tidak dilayan.

"Jika kerana jambatan bengkok yang saya marah, saya patut tuntut peletakan Najib sebelum PRU13. "Sebaliknya saya berkempen untuk kemenangan Najib.




Kepimpinan Najib di Selangor tidak berkesan," katanya lagi. Najib pada 9 April berkata Mahathir pernah memintanya melaksanakan projek itu untuk menggantikan Tambak Johor ke Singapura, sebelum melancarkan serangan terbuka ke atasnya.

Dalam wawancara khas di TV3, Najib juga berkata Mahathir juga tidak bersetuju dengan penyaluran bayaran tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan berpendapatan rendah. Menurut Najib, selepas itu barulah Mahathir melancarkan serangan kepadanya, yang dilihat semakin sengit sejak beberapa minggu lalu.

Posted by mountdweller

PAS Akan Beri Kerjasama Kepada PKR Dalam PRK P044 Permatang Pauh

Posted: 13 Apr 2015 08:30 PM PDT

 
KUALA LUMPUR - "Kerusi itu kerusi (milik) PKR sejak awal lagi. Kita sudah buat keputusan tidak akan ganggu kerusi rakan kita," tegas Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau menjelaskan pihaknya, turut merancang untuk membantu PKR memperkukuhkan kubu di Permatang Pauh.

"Kita tidak akan kacau kerusi rakan kita, bahkan kita turut bagi kerjasama untuk PKR memenangi pilihan raya tersebut.

"Ini juga menunjukkan bahawa kemampuan untuk bekerjasama antara Pas dan PKR masih wujud," katanya ditemui selepas sidang media hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyuarakan keyakinan dalam kemenangan PKR di Permatang Pauh.

"PKR kali ini bukan bertanding seorang sahaja. Jentera kita akan datang bantu PKR di Permatang Pauh.

"Kita yakin kali ini PKR akan menang bertanding dan mengalahkan parti lawan dengan majoriti undi sekali lagi," katanya lagi.

Mengulas mengenai calon yang akan ditampilkan PKR di Permatang Pauh, beliau berkata, sokongan Pas tidak akan sesekali berbelah bahagi biarpun calon yang ditampilkan adalah calon wanita.

"Tidak kisah sesiapa sahaja, sama ada wanita atau lelaki, kita yakin terhadap calon yang ditampilkan dan akan tetap sokong PKR," katanya lagi.

Pas yakin PKR dapat mengekalkan kemenangan di PRK Permatang Pauh.

 

Betul Ke Undi bukan Islam tidak penting? A Shukur Harun

Posted: 13 Apr 2015 07:45 PM PDT

Ramai yang berkongsi kerunsingan dan menyertai kebimbangan bekas pemimpin PAS, Ustaz Haji Ahmad Awang apabila beliau berkata, "ramai yang sedih melihat gelagat beberapa pimpinan PAS yang menunjukkan sikap tidak menghargai dan bersyukur atas kewujudan Pakatan Rakyat.

Sama ada mereka mempunyai wawasan masa depan politik yang begitu terbantut atau agenda tersendiri yang masih belum didedahkan hanya Allah yang mengentahui."

Menurut Ahmad Awang, kata-kata seperti "PAS mampu bersendirian", "Putrajaya bukan matlamat kami", "Sokongan bukan Islam tidak penting" dan sebagainya adalah sangat bercanggah dengan wawasan pimpinan terdahulu. Ungkapan seperti ini bermunculan ketika tercetusnya krisis berat dalam PAS sendiri sekarang ini, lebih-lebih lagi menjelang Muktamar Tahunan PAS bulan Jun depan.

Menurut pendapat saya, pandangan PAS mampu bersendirian sementara sokongan bukan Melayu tidak penting adalah kata-kata yang menggambarkan betapa naifnya bacaan politik mereka ini, yang sama sekali tidak berasaskan realiti politik yang ada.

Bahkan pandangan begini membahayakan kelansungan masa depan PAS lebih-lebih lagi apabila golongan ini berkata, "Putrajaya bukan matlamat kami".

Pandangan seperti ini bukan saja aneh, tetapi juga membayangkan pemikiran paranoid, kecelaruan, bahkan kedangkalan politik. Belum pernah dalam sepanjang sejarah politik moden seperti PAS yang berjuang untuk kemenangan politik dan kuasa, tiba-tiba merasakan Putrajaya (pusat kuasa) tidak penting.

Kalau begitu adakah PAS mahu berhenti sebagai parti politik dan hanya mahu menjadi badan dakwah? Pendapat begini bertentangan dengan wawasan pemimpin masa lalu. Perlu diingat, pelaksanaan hudud itu sendiri, umpamanya memerlukan kuasa politik. Oleh itu sangat aneh dan dangkal pemimpin politik yang berkata, "Putrajaya bukan matlamat kami."

Sepanjang sejarahnya, selama ini pemimpin PAS berjuang dalam politik diiringi dengan niat untuk mencapai keredhaan Allah. Ini bermakna kemenangan politik dan redha Allah itu tidak pernah terpisah.

Oleh itu, janganlah ada pemikiran dangkal memisahkannya. Sementara itu, jika ada pemikiran PAS perlu menumpukan perhatian kepada pengundi kawasan majoriti Islam saja untuk menang, maka pemikiran politik seperti itu sangat naif dan ketinggalan zaman.

Ia hanya merugikan PAS sendiri dan tidak menolong usaha memperkukuh Pakatan Rakyat yang dipersetujui bersama dalam empat kali muktamar tahunan PAS sebelum ini.

Keadaan ini berasaskan realiti demografi pengundi di negara ini yang taburannya pelbagai, di mana negeri di Pantai Timur – Terengganu dan Kelantan – jumlah pengundi Melayunya besar.

Tetapi di Pantai Barat, jumlah pengundi Melayu sekitar 60% atau kurang dari itu, sementara jumlah pengundi bukan Melayu ialah sekitar 40%. Adalah sangat naif jika berfikir cukupkah kalau PAS dapat menang di negeri yang majoriti Melayunya besar, seperti di Pantai Timur. Sikap seperti itu hanya mahu menarik PAS undur ke belakang 20 atau 30 tahun.

Tidak munasabah jika PAS yang sudah berumur 63 tahun hendak ditarik ke belakang semakin jauh. Sementelah lagi apakah teori memberi fokus lebih kepada kawasan Melayu itu saja, konon kerana orang Melayu majoritinya "pasti" akan mengundi PAS dengan andaian ia didukung orang Melayu/Islam. Sejarah pilihan raya yang lalu menunjukkan keadaan seumpama ini jarang, malah tidak berlaku.

Menurut suatu kajian lain pula, jumlah pengundi Melayu di luar bandar akan jauh merosot di tahun-tahun akan datang di mana mungkin susut hingga tinggal 25% saja dari jumlah keseluruhan peratusan pengundi di Malaysia hingga PRU akan datang.

Ini kerana jumlah pengundi di luar bandar banyak berpindah, mengikut anak di bandar, meninggal dunia dan beberapa sebab lagi ke bandar.

Dengan itu jumlah pengundi Melayu seperti di Lembah Kelang, sekitar bandar di Johor, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Pahang dan lain-lain akan terus bertambah.

Oleh itu, tumpuan pengundian pada asasnya kini ialah di dalam bandar, iaitu pengundi Melayu dan bukan Melayu. Ini tentunya sangat signifikan dalam menentukan kemenangan sesuatu parti yang bertanding dalam PRU akan datang.

Dalam PRU yang lalu, banyak calon PAS menang di kawasan campuran iaitu di bandar seperti di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Perak. Tanpa sokongan pengundi bukan Melayu, terbukti sukar bagi calon PAS untuk menang. Inilah hakikat yang sebenarnya dan terimalah realiti ini walaupun mungkin sukar diterima.

Parti politik yang matang menerima realiti yang wujud dan berusaha berasaskan rialiti yang ada.

Bagaimanapun saya yakin, pendukung PAS yang berfikiran jauh ke depan tidak akan berfikir untuk bertanding secara bersendirian dalam PRU akan datang betapapun didorong kemarahan atas apa yang berlaku dalam Pakatan sendiri.

 Emosi dan pemikiran sempit tidak wajar diberi ruang dalam membuat keputusan politik. Pemikiran besar dan jauh ke depan perlu ada pada pendukung PAS.

Maka di sinilah saya masih ingat pesan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Nik Mat, beberapa tahun lalu:

"Kita (PAS) berada dalam Pakatan Rakyat, banyak manfaatnya. Kita dapat berdakwah dengan luas kepada semua kaum. Kita dapat menjalin hubungan dengan mudah dengan bukan Islam."

Memang diakui sejak krisis yang menimpa Pakatan Rakyat lebih tujuh bulan lalu dan merecik menjadi krisis dalam PAS sendiri, tetapi ini tidaklah boleh menyebabkan sesetengah pendukung PAS terdorong mahu PAS bersendirian dalam perjuangan politik walau apa hujah pun.

Seperti diketahui, sebanyak empat kali muktamar PAS bukan saja menunjukkan komited dengan Pakatan Rakyat, bahkan berikrar memperkukuh Pakatan Rakyat.

Jadi tidaklah wajar ada sesetengah pihak di dalam PAS sendiri, walau dalam status apa pun, begitu mudah mengeluarkan kenyataan bersifat mengugut, mendesak, mengancam, menyindir, memberi kata dua dan sebagainya mengenai kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Yang perlu di sini ialah PAS bersama komponan Pakatan perlu kerap berunding untuk menyelesaikan segala masalah yang timbul.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.

Hutang Negara RM692 Bilion (62% KDNK) Terkini?

Posted: 13 Apr 2015 07:00 PM PDT

A user's photo.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Sarah Fowler dari Oxford Economic meletakkan kedudukan ekonomi Malaysia adalah paling berisiko di Asia.

Ini kerana Malaysia dilihat terus kekal mempunyai hutang negara kepada KDNK melebihi paras 50% untuk 5 tahun seterusnya.

Sedangkan pada ketika ini, hutang negara Thailand, Korea Selatan dan juga Indonesia kepada KDNK negara mereka masih tidak lagi mencecah kepada paras 33%.

Dan inilah antara sebab utama, Fitch Rating terus mengekalkan pendirian dan laporan mereka Malaysia hanya layak dberikan rating "A-" pada Julai 2014 yang lalu.

Hutang Negara RM692 Bilion (62% KDNK) Terkini?

Laporan portal "The Economist" menunjukkan hutang negara sudah hampir mencecah RM700 bilion.
 

Polis Akan Siasat Laporan Terhadap Tun Mahathir

Posted: 13 Apr 2015 06:15 PM PDT

 

Laporan polis yang dibuat orang ramai terhadap mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan disiasat.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar membuat kenyataan itu sambil berkata tidak ada individu yang dikecualikan daripada tindakan undang-undang, lapor portal The Rakyat Post.

"Polis akan bertindak adil. Tidak ada sesiapa pun yang dikecualikan daripada undang-undang.

"Biasanya, jika terdapat laporan, polis akan menyiasat mereka," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini pada Isnin.

Pertubuhan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 8 April melancarkan satu siri laporan polis terhadap Dr Mahathir di atas dakwaan menghasut.

Antara cawangan SAMM yang berbuat demikian termasuk Pahang, Selangor dan Pulau Pinang.

- astroawani

Mahathir: Ada ugutan jika tak sokong Najib

Posted: 13 Apr 2015 05:30 PM PDT

 
 
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa terdapat ugutan dibuat terhadap pihak yang tidak menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Oleh itu, katanya, sokongan kumpulan tertentu terhadap Najib tidak bermakna mereka menyokong 1Malaysia Developmement Bhd (1MDB) yang kini diserang daripada segenap penjuru.

"Mereka takut. Ada yang tanya saya berkenaan dengan 1MDB dan minta saya buat sesuatu. Sekarang ada ugutan terhadap sesiapa yang tidak menyatakan sokongan kepada Najib.

"Teringat saya kepada ribuan orang yang dibawa berhimpun dan disuruh angkat sepanduk 'I love PM' dan menyanyi 'IM4U'.

"Tetapi dalam PRU 13 kalah," sindir Mahathir, perdana menteri keempat.

Mahathir tidak menyebut secara khusus ugutan yang dimaksudkannya itu.

Bagaimanapun, ketika ketegangan memuncak akibat kritikan kerasnya, anak tunggalnya yang menyertai politik Datuk Seri Mukhriz Mahathir mula terasa bahangnya.

Naib presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini mengingatkan Mukhriz supaya bertanggungjawab memastikan Umno Kedah tidak berpecah susulan pertemuan khasnya dengan pemimpin-pemimpin negeri semalam.

Bukan kerana 'jambatan bengkok'

Mukhriz malah digesa meletakkan jawatan jika tidak menyokong kepimpinan Najib, yang dilihat mewujudkan keadaan serba salah kepada ahli politik muda itu.

Sementara itu, kenyataan Mahathir hari ini juga dilihat hampir selari dengan pendirian Umno Pulau Pinang yang mahu 1MDB disiasat, walaupun mereka mendakwa menyokong kepimpinan Najib.

Dalam tulisan di blognya hari ini, Mahathir juga menolak dakwaan beliau menyerang Najib kerana cadangannya membina "jambatan bengkok" ke Singapura tidak dilayan.

"Jika kerana jambatan bengkok yang saya marah, saya patut tuntut peletakan Najib sebelum PRU13.

"Sebaliknya saya berkempen untuk kemenangan Najib. Kepimpinan Najib di Selangor tidak berkesan," katanya lagi.

Najib pada 9 April berkata Mahathir pernah memintanya melaksanakan projek itu untuk menggantikan Tambak Johor ke Singapura, sebelum melancarkan serangan terbuka ke atasnya.

Dalam wawancara khas di TV3, Najib juga berkata Mahathir juga tidak bersetuju dengan penyaluran bayaran tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan berpendapatan rendah.

Menurut Najib, selepas itu barulah Mahathir melancarkan serangan kepadanya, yang dilihat semakin sengit sejak beberapa minggu lalu.
 

VIDEO - Polis akan siasat dakwaan Mahathir secara 'senyap'

Posted: 13 Apr 2015 05:00 PM PDT


Patutlah Mahathir Beria Bebenor Suruh Najib Letak Jawatan.. Ini Sebabnya

Posted: 13 Apr 2015 04:15 PM PDT

 

Patutlah Mahathir Beria Bebenor Suruh Najib Letak Jawatan.. Ini Sebabnya. Amaran Tun Dr Mahathir kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berundur bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mempunyai maksud tersirat.

Berdasarkan tempoh masa yang masa ada, BN masih mempunyai masa untuk melakukan pembetulan dan menarik semula keyakinan rakyat kepada kerajaan, sebelum PRU14, diadakan, sekiranya Najib meletak jawatan yang disandang,

Dalam tulisannya, bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menjelaskan pandangan bekas Perdana Menteri itu bukan sekadar ingatan untuk Najib malah buat diri Mahathir sendiri.

Menurut Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Zam, pengekalan BN untuk meneraju negara ini amat penting bagi mengelak pembangkang dari berkuasa.

Jika BN tumbang, bukan setakat Najib malah Mahathir sendiri akan menjadi sasaran.

"Tentunya bila PR menang Anwar Ibrahim akan dibebaskan seperti Mahathir membebaskan 21 orang tahanan ISA sebaik sahaja menjadi Perdana Menteri tetapi Dr.Mahathir sendiri yang dianggap sebagai authoritarian akan ditangkap dan ditahan lebih dahulu dan disusuli dengan tangkapan ke atas Najib dan lain- lain untuk didakwa atas tuduhan penyalahgunaan kuasa, skandal 1MDB atau lain lain", dakwa Zam.

Patutlah Mahathir Beria Bebenor Suruh Najib Letak Jawatan.. Ini Sebabnya

Beliau yang juga bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia, turut mengingatkan Perdana Menteri situasi sebenar pandangan pelbagai lapisan rakyat terhadap kepimpinannya.

Katanya, kemunculan Perdana Menteri dalam program Soal Jawab Khas terbitan TV3 minggu lalu, masih tidak menyakinkan penonton.

Bahkan beliau menyifatkan penerampilan itu sekadar memenuhi seruan dari dalam parti terutama dari Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Anggota Parlimen Johor Bahru, Tan Shahrir Abdul Samad yang mahu Najib memberi jawapan langsung kepada umum mengenai perkara yang dibangkitkan Dr Mahathir.

"Yang tersembunyi ialah kemunculan Najib yang tergesa-gesa tanpa promosi pengumuman lebih awal di buat menerusi media cetak dan lain-lain media seperti yang biasa dilakukan terutama untuk meyampaikan mesej yang sangat penting kepada rakyat.

The Powers of Incumbency mestilah digunakan dengan bijaksana atau secara profesional,jika tidak ia lebih mendedahkan keadaan yang panik di sebalik wajah tenang dan berani. Inilah kesan negatif yang telah berlaku, tulisnya di laman blog http://zamkata.blogspot.com.

Kesah Seram Ustaz Dan Isteri Derhaka

Posted: 13 Apr 2015 09:00 AM PDT

 


 
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi dan disayangi sekalian. Harini Dr Fuh nak kongsikan artikel yang sangat bermanfaat untuk sama-sama kita jadikan pengajaran dan tauladan. In Shaa Allah.


Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok.


"Eh, makin kurus nampak. Diet ke?" kata saya setelah mempersilakannya Duduk.


"Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi Tinggal tulang," balas Arifin.


"Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar," Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.


Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.


"Orang rumah saya sakitlah, ustaz", kata Arifin.


"Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa?" saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.


"Entahlah." katanya perlahan,


" Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, Paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air Panas,"kata Arifin.


Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke Serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak Dapat melegakan penyakitnya.


"Sakit apa, doktor pun tak tau,"tambahnya.


"Dah pergi berubat kampung?"saya bertanya.


"Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh Kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak habis, Masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh," jelas Arifin.


Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula Hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang Cantik juga berubah murung, kusut


"Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan Berbintil-bintil macam katak puru," tambah Arifin.


Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.


Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.


Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.


Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.


"Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok," kata Arifin. Wajahnya sayu


"Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu".


Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.


"Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,"tambah Arifin.


"InsyaAllah." Balas saya.


Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.


"Apa yang dia cakap masa meracau tu?"


"Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? . Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang dah sakit memang macam tu,"kata Arifin.


Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.


"Datang ya, ustaz . Saya tunggu,"katanya sambil mengangkat punggung.


Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.


"Jemput masuk ustaz,"Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.


"Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit," bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.


Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.


"Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,"kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh.
MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.


Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;"Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung".


"Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah," jawab Arifin.


"Err,. dari mana datangnya bau yang." soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.


"Ooo. mmm, dari alat sulit dia,"kata Arifin perlahan.


"Keluar lendir bercampur nanah."


Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukan Arifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal- hal yang seperti itu.


Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.


"Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah."


"Kalau macam tu, baguslah,"kata saya.


Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.


"Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh," kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.


Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.


Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.


Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.


"Ustaz,"katanya,


"Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu ustaz"


"Kenapa?"pantas saya bertanya…


"Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya". Arifin menyambung ceritanya;


Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.


Saya tanya "Kenapa?"


Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.


"Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam."


Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.


"Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.


Dia minta saya maafkan."Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan." Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.


Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.


"Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,"kata saya.


Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.


Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu."


Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.


Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa."


"Ampunkan dia?" Arifin bertanya balik.


"Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?"tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.


Mungkin dia terkejut.


"Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala," jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.


"Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas," jelas saya.


Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.


"Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat," kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.

"Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.

"Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.

Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa. Wallahualam.

Urus pertelingkahan dengan kompromi dan syura'

Posted: 13 Apr 2015 08:15 AM PDT

 
Kebijaksanaan Abdul Hadi diperlukan.
Menurut presiden Pas, Abdul Hadi Awang pertelingkahan dalam parti itu adalah terlalu kecil dan tidak membimbangkan. Pertelingkahan dalam Pas katanya pernah berlaku pada tahun 50-an dan 60-an, ternyata ia tidak melemahkan parti itu malahan terus maju dan kuat.

Dari sudut politik kenyataan itu menggambarkan Abdul Hadi mengakui wujud pertelingkahan atau perbalahan dalam Pas pada masa ini, manakala pengungkitan sejarah sukaduka Pas itu menyakini Pas tetap akan utuh. Dalam erti kata lain ahli Pas atau pemerhati bebas usah risau dengan Pas.

Saya bersetuju dengan kenyataan itu. Kandati pun Pas menghadapi pelbagai kerenah dalam perjuangannya, dilambung ombak dan dibedal taufan, tetapi ia tidak sampai mematikan parti itu. Barang kali disini kehebatan Pas sebagai sebuah parti yang berideologikan agama.


Pertelingkahan dalam parti agama seperti Pas bukan satu masalah besar sekiranya pertelingkahan itu dijadikan sebahagian daripada makenisme untuk menguatkan parti yang sudah berusia 63 tahun itu. Pertelingkahan atau perbezaan pendapat adalah untuk mencari kekuatan dan menetaskan idea-idea menyumbangkan kekuatan kepada parti. Tetapi apakah anggota Pas bawahan dapat menerima hikmah dalam pertelingahan ini dan tidak mudah terheret dengan sentimen dan rasa sakit hati?

Hendaknya anggota Pas dan penyokongnya mengetahui hikmah di sebalikan berlaku pertelingkahan dan percanggahan pendapat ini. Jangan hendaknya ia akan diheret keluar daripada rumah Pas sehinggakan ada mendendami dan bercerai berai antara satu sama lain. Kalau itu berlaku ia suatu kerugian besar kepada perjuangan Pas kerana keutuhan sesebuah organisasi apa lagi Pas ialah perpaduan sesama sendiri. Dalam soal ini pengertian dan pengorbanan juga sangat dibutuhkan.

Semua pihak juga harus sedar dan insaf Pas adalah sebuah jemaah yang memperjuangkan Islam. Apakah kita sanggup menguburkan sebuah jemaah Islam? Dan apabila kita mengakui ia sebuah jemaah memperjuangan agama, maka kepentingan-kepentingan duniawi yang lain hanya sampingan sahaja. Untuk menetapkan pegangan inilah bagi saya satu ujian besar yang memerlukan peperangan melawan nafsu (mujahadah nafsu) paling besar untuk memenanginya.

Apabila Abdul Hadi menjelaskan demikian, mungkin apa yang menjadi asas beliau membuat kenyataan itu melihat kepada senario dalam Pas kini. Hari ini wujud dua dimensi pandangan atau pemikiran kurang selari dalam Pas, yang menjadikan Pas mempunyai dua kumpulan atau mazhab. Saya tidak suka untuk memisah dan membentukan Pas kepada dua kelompok laksana Muslim dan Majusi kerana mereka masih berpegang kepada idealogi sama.

Cuma apa yang membezakan mereka, dua kelompok ini sehingga membentuk dua mazhab, ialah pendekatan, uslub atau teknik-teknik untuk mengapai perjuangan. Perbezaan itu "dikarutkan" dengan sikap melebelkan kumpulan itu atau orang-orang tertentu dengan berbagai-bagai nama. Misalnya dinamakan golongan konsevertif, primitif, modenis atau pun profesional. Walhal mereka adalah dari akar dan umbi yang sama. Ibarat pokok mereka bercabang dari batang sama ertinya memiliki DNA yang serupa.

Apakah pemisahan ini sengaja dilakukan oleh pihak musuh Pas untuk melihat Pas berpecah dan tidak padu? Perkara ini yang jelasnya dimomokkan oleh media massa. Kalau begitu pihak musuh berjaya memberi persepsi demikian kepada Pas dan malang lagi disenangi pula oleh sesetengah pihak dalam Pas sendiri. Ada pihak yang ingin memonopoli Pas dengan bentuk pemikiran mereka tanpa mahu berkongsi dengan yang lain. Jika kita semua tahu akan senario ini jadi untuk apa mudah gelabah dan mempercayai kepada pemisahan itu?

Pokok pangkalnya percangahan ini juga kerana perbezaan konsep dan pegangan yang lahir kerana perbezaan latar belakang pendidikan dan terminologi dimiliki dan yang diguna pakai masing-masing. Pengaruh luaran sangat besar ke atas pembentukan pemikiran kedua golongan ini sehingga tidak ada persamaan. Kenapa?

Satu golongan mahukan Pas kekal menjadi parti yang memperjuangkan nilai-nilai Islam dengan cara lama, berpolitik secara tradisional. Kononnya menolak matlamat menghalalkan cara dan memastikan perjuangan Pas dengan cara dibenarkan Allah menerusi amalan dan pentafsiran mereka terhadap sunnah-sunnah Rasulullah. Bagi golongan ini apa yang penting dalam Pas ialah kaedah itu dibenarkan Allah bukan kemenangan mendapatkan kuasa.

Manakala golongan kedua yang berfikir secara moden dan praktis, dan bersifat politik realis. Mereka juga mahukan kepada Islam, tetapi menerusi pendekatan penuh taktikal yang terkeluar dari bingkai konversional corak pemikiran pertama tadi. Merka dilihat lebih waras dan profesional sesuai dengan kedudukan Pas sebagai sebuah gerakan sosial, parti politik yang harusi mengiringi masa, progresif.

Saya tidak perlu persoalkan apakah keduanya jujur mempertahankan prinsip masing-masing atau sebenarnya kedua-dua puak itu mahu mengambil peluang daripada kemenangan Pas? Soal kejujuran kita pulangkan kepada hati mereka, tetapi kita dapat menilai di sebalik tindakannya sahaja. Kalau mereka ikhlas berbuat begitu,  atas keikhlasan, sebenarnya perbezaan itu tidak membimbangkan kerana ia membawa natijah baik tadi, untuk mengukuhkan Pas.

Ertinya kenyataan Abdul Hadi tadi tidak perlu digusari sangat.

Namun kebimbangan tetap ada dengan berpandukan kepada sejarah pertelingkahan sebelum ini, di mana ada akhirnya membawa kepada perbalahan besar, sehinggakan keluar meninggalkan parti dan menubuh parti baru. Bukankah kalau sampai berlaku ke tahap itu ia akan merugikan parti? Alasan Pas pernah bertelingkah dan tidak "memborak" seperti kata Abdul Hadi itu bukan alasan yang konkrit.

Berbalik kepada perbezaan uslub dan kepercayaan kedua pihak tadi, pegangan kedua-dua pihak itu betul dan terbukti kejayaanya. Golongan pertama mendabik dada kelestarian Pas ialah kerana mereka yang betah mempertahankan keaslian Pas. Pas bertahan menjadi parti istimewa kerana pengukuhan daya agama itu. Manakala golongan kedua pula mendabik dada kemajuan dan penerimaan Pas oleh semua orang sehingga mendapat kemenangan besar ialah disebabkan praktis politik kontemporari diambilnya.

Satu contoh bagi menjelaskan keadaan ini, kesungguhan golongan satu lagi untuk melaksanakan hukum Hudud menjadikan Pas dilihat sebuah parti agama yang tegar. Sudah tentu cita-cita itu disukai oleh setiap mereka yang beriman dan mahu bertakwa kepada Allah. Manakala dipihak satu lagi, kejayaan besar Pas berkerjasama dengan parti lain sehingga dapat mencambahkan Pas di seluruh negara membuktikan praktisnya pegangan mereka.

Sebenrnya kedua itu sama-sama berjaya.

Tanpa apolegetik saya sedikit bimbang melihat suasana dalam Pas kini. Pertembungan kedua puak yang seakan tidak dapat saling menerima antara satu lain boleh membuka bekah yang luas. Hakikat ini dapat disuluh dalam proses pencalonan bagi merebut jawatan tertinggi Pas yang akan berlangsung Jun nanti. Hari ini pencalonan merebut jawatan presiden bukan lagi diserahkan kepada Abdul Hadi secara tunggal. Penamaan Husam Musa dan Ahmad Awang maupun Tuan Ibrahim Tuan Man memberi gambaran ia kalut.

Demikian juga untuk jawatan timbalan presiden dan jawatan-jawatan lain. Kekalahan beberapa Yang di Pertua Kawasan Pas dalam mesyuarat peringkat kawasan memberi gambar kekalutan itu bermula di peringkat bawahan lagi. Semacam ada gerakan untuk merubah Pas.

Walaupun Pas "inmune" (kalih) dengan pertelingkahan tetapi ia bukan boleh dijadikan alasan untuk tidak bimbang dan cuak dengan masa depan Pas. Pas boleh melanggar adat yang disebut Abdul Hadi tadi kalau ia tidak ditangani dengan baik dan fatanah. Apa membimbangkan lagi kesan pemilihan itu akan meninggalkan parut walaupun lukanya sudah tiada, dimana partu itu akan dijadikan tanda untuk membabas dendam di kemudian hari.

Justeru seeloknya pertelingkahan dianggap kecil itu hendaklah dibendung dengan segera. Formula untuk membendung ini, kedua puak perlu saling menerima pandangan antara satu sama lain atas semangat persaudaraan seagama dan separti. Dalam hal ini ia sangat memerlukan kebijaksanaan Abdul Hadi bersama pemimpin ternama lain mengurus parti, bagaikan menarik rambut dalam tepong.

Di sini saya tidak nampak kaedah lain melainkan diadakan kompromi  atau syura. Mungkin untuk melaksanakan ini sukar kerana dalam Pas kini semua orang sudah pandai bercakap soal kebebasan bersuara dan demokrasi. Walhal dalam kebebasan bersuara itu dari segi praktisnya tidak luhur ia seperti mana sahaja kata kerajaan Malaysia kononnya negara ini mengamalkan demokrasi tulen sedang ianya banyak kecacatan. Begitu juga suasana dalam Pas sebagai sebuah badan siasah.

Saya tidak yakin kepada kebebasan dan semangat demokrasi dibentuk oleh sistem janaan Barat. Maka cara terbaik ialah syura atau kompromi.

Tidak perlu saya menunjuki jalan lebih terang daripada itu. Cukup setakat menyebut kompromi dan syura sahaja. Ingin diingatkan kegagalan menyelesaikan masalah pemilihan dalam Pas ia akan membawa bahanan besar kepada parti agama itu. Sama-samalah meletakkan rasa kasih kepada parti melebihi daripada rasa 'gila' kepada hal-hal lain dan buang perasaan syok sendiri. Segenap ahli Pas dari pucuk pimpinan sampai kepada ahli dan pengikut perlu buktikan yang mereka adalah sebuah jemaah yang memperjuangkan agama. [wm.kl.1:13 pm 13/04/15]



Tulisan Terbaru Mahathir Menyerang Najib!

Posted: 13 Apr 2015 07:30 AM PDT

 
SOAL TAK JAWAB

chedet.cc/?p=1645

1. Saya sedar saya keseorangan. Tetapi jika saya juga berasa bertanggungjawab kepada rakyat salahkah. Apabila duit rakyat hilang dan ini tersembunyi dari rakyat salahkah kalau saya tanya.

2. Saya fikir jika diadakan soal jawab melalui T.V tentulah kerana ingin beritahu rakyat, bukan saya sahaja.

3. Hakikatnya wang 1MDB ada dimana masih tidak dijawab, kata Dato Sri Najib wang itu tidak ada di Cayman Islands. Tetapi dulu mengaku ada di Cayman Islands dan sudah dibawa balik.

4. Rakyat jadi lebih keliru. Jika tidak ada di Cayman Islands, ada dimana? Daripada mana datang wang yang separuh dibawa balik dahulu dan separuh dibawa balik untuk disimpan di Singapura.

5. Kenapa perlu simpan duit yang bukan dari Cayman Islands dan tidak diguna untuk bayar faedah dua billion. Kenapa kerajaan membuat standing credit sebanyak 900 million.

6. Berkenaan Altantuya, saya hanya bertanya siapa yang memberi arahan kepada Sirul yang dikena hukum bunuh. Saya tidak tuduh Najib. Biasanya anggota polis atau tentera tidak tembak mati sesiapa melainkan diserang atau di arah. Ini soal nyawa manusia. Kalau salah, bunuhlah Sirul. Tetapi kalau menjalankan tugas, menurut perintah tidak adil lah jika Sirul dibunuh.

7. Ramai orang datang jumpa saya. Jika keluarga Sirul nak jumpa, saya jumpa. Ini bukan soal lapan tahun dahulu. Ini soal nak gantung anak orang ini hari ini.

8. Rakyat tidak tanya. Tetapi ramai tanya saya. Saya tak dapat jawab. Saya tanya orang yang boleh jawab.

9. Banyaklah lagi soalan saya yang tidak dijawab. Sebaliknya, tindakan saya ini kononnya kerana jambatan bengkok tidak dibina.

10. Jika kerana jambatan bengkok yang saya marah, saya patut tuntut perletakan Najib sebelum PRU 13. Sebaliknya saya berkempen untuk kemenangan Najib. Kepimpinan Najib di Selangor tidak berkesan.

11. Sokongan dari kumpulan-kumpulan tertentu tidak bermakna mereka sokong 1MDB. Mereka takut. Ada yang tanya saya berkenaan dengan 1MDB dan minta saya buat sesuatu. Sekarang ada ugutan terhadap sesiapa yang tidak menyatakan sokongan kepada Najib.

12. Teringat saya kepada ribuan orang yang dibawa berhimpun dan disuruh angkat sepanduk "I love PM" dan menyanyi "I M 4 U". Tetapi dalam PRU 13 kalah.

Akhirnya Ahmad Maslan Menjadi Menteri Yang Paling Dibenci Di Malaysia

Posted: 13 Apr 2015 06:45 AM PDT

  Mengalahkan Najib Dan Hasan Malek.


Buka aje mulut. Orang meluat.

Buka aje mulut. Orang menyampah.

Buka aje mulut. Orang mengata.

Tak kira la yang berparti ka yang tak berparti ka yang sokong kerajaan ka yang meluat dengan kerajaan ka yang student ka yang bekerja ka rata-ratanya meluat dengan seorang menteri yang bernama Ahmad Maslan.

Ahmad Maslan ialah timbalan menteri kewangan yang juga ahli parlimen bagi kawasan Pontian. Bersepah kot sedara aku kat Pontian tue. Dulu aku tinggal situ. Dan sekarang tidak lagi. Sedikit rasa syukur dia bukan MP di kawasan aku.

Sejak sebelum GST dilaksanakan. Nama Ahmad Maslan seringkali meniti di bibir rakyat. Ramai menteri-menteri di Malaysia sebenarnya. Tapi bukan ramai yang orang ingat nama dan kenal wajah menteri. Selalunya ada 2 penyebab utama kenapa satu-satu menteri tue terkenal di Malaysia.


Pertama. 

Atas sebab baik. Menteri tue jenis buat kerja. Orang sayang, orang suka.

Kedua.

Atas sebab kurang baik. Menteri tue terlibat dalam skandal, kontroversi ataupun menyakiti ahti rakyat dengan sesuatu polisi dan kenyataan.

Ahmad Maslan terkenal di Malaysia. Walaupun dia bukan menteri penuh. Ahmad Maslan ialah timbalan menteri di kementerian kewangan. Selalunya kedudukan timbalan menteri neh orang tak peka atau kenal sangat. Yang orang selalu peduli ialah tentang perdana menteri dan timbalan perdana menteri serta beberapa menteri dari beberapa kementerian yang mana selalunya mereka membahaskan isu-isu yang kebanyakkan rakyat suka nak amek tahu. Contoh isu berkenaan keselamatan, pendidikan, kesihatan, prasarana dan saluran bantuan. Dan kehadiran Ahmad Maslan dalam kabinet Najib telah memecahkan tradisi berkenaan. Di mana seorang timbalan menteri lebih dikenali berbanding beberapa menteri dari beberapa kementerian dan seorang timbalan menteri lebih diperkatakan oleh rakyat Malaysia berbanding dengan sebahagian dari menteri-menteri di Malaysia. Kerana apa?

Aku ada kenalan yang tak kenal langsung sapa menteri perumahan. Bahkan dia tatau yang portfolio kementerian perumahan dah dikemaskini.

Aku ada jumpa komen-komen yang tak kenal pun menteri tenaga dan teknologi.

Ahmad Husni ialah menteri kewangan II. Tapi belum cukup ramai yang tahu dia menteri pun.

Berapa ramai yang kenal dengan nama Sri Richard Riot? Ini menteri kot.

Rakyat tak kenal. Tapi sebut Ahmad Maslan. Rata-rata rakyat kenal. Yang budak-budak kecik pun kenal. Kalau tak kenal sebab apa at least depa kenal la muka tue selalu dok menepek masuk tv bagai.

Kenapa Ahmad Maslan begitu terkenal di Malaysia sedangkan Ahmad Maslan itu kategorinya timbalan menteri. Tahap populariti Ahmad Maslan dah macam Najib. Sana sini orang sebut. Buat apa pun orang sebut. Cakap apa pun orang sebut.

Kenapa agaknya?

Jawapannya tak lain tak bukan. Terkenal atas sebab kedua. Ahmad Maslan begitu terkenal di Malaysia sebab kejujurannya yang tidak suka menyorokkan kebodohan yang dimiliki olehnya. Sikap jujur Ahmad Maslan ini la yang menyebabkan orang kenal dia sangat-sangat. Silap-silap sampai mati pun tak boleh lupa nama Ahmad Maslan neh. Silap-silap sapa yang bernama Ahmad Maslan pun segan nak mengaku itu nama dia. Silap-silap orang mula block nama Ahmad Maslan menjadi nama anak-anak yang baru lahir. Silap-silap mungkin ada yang sedang dalam proses tukar nama Ahmad Maslan kepada nama lain disebabkan seorang timbalan menteri bernama Ahmad Maslan.

Bukan sekadar jujur menunjukkan kebodohan diri bahkan jujur juga dalam percubaan memperbodohkan rakyat dalam pelbagai jenis isu yang membabitkan kepentingan rakyat.

Antaranya BRIM dan subsidi.

Siapa boleh lupa kenyataan ini?


Orang kerja pagi petang siang malam cari rezeki tak henti-henti nak bayar hutang demi memenuhi keperluan hidup.

Alih-alih dia kata BN tanggung hidup kita.

Dari mana BN dapat duit?

Turun hujan duit dari langit?
Petik duit dari pokok?
Atau melalui pembayaran pelbagai jenis cukai?

Ada sesiapa lupa tentang kenyataan-kenyataan Ahmad Maslan di bawah ini pula ;


Barang turun tapi nasihat orang jimat cermat dengan pelaksanaan GST dan siap suruh mahasiswa masak sendiri? Eh.. apa tue? Kalau barang jadi lagi murah bukan kah rakyat akan lebih selesa berbelanja?

Bagaimana pula yang ini? Nak mahsuh subsidi punya pasal.




Bila harga minyak di pasaran antarabangsa susut, dia tapau cukai pula?


Lepas tue asyik kantoi menipu berkali-kali dalam isu 1MDB. Konon kerajaan tak menjamin hutang tapi kerajaan keluar surat sokongan? Bila ditanya taknak mengaku, bila ditunjuk bukti melalut pula kata kita tak faham point dia? Apekah?

Dan, banyak lagi la perkara-perkara lain yang Ahmad Maslan sebut di sana sini dengan muka slumber dia.

Muka slumber dia itula yang aku rasa orang paling meluat sebenarnya. Dia punya percakapan satu hal. Tapi bila dia dok bercakap dengan muka slumber, gaya bersahaja dan ditambah pula tanpa rasa bersalah yang memang tak dibuat-buat sebab dia memang menyakini dia tak bersalah langsung menyebabkan rakyat rasa nak tempeleng dia 8 ratus kali.

Macam dia membebel isu GST dan topup. Memang slumber gile sebar kekelentongan. Macam la orang tak boleh check fakta. Dalam kes salam tangan sultan pula beria-ria dia hupdate twitter jam 2.50 pagi bagi membuktikan kejayaan dia berjaya salam tangan sultan Johor.

Hello. Kemon. Ahmad Maslan. Kau tue menteri kot. 

Kau tak rasa kelakar ke bila beria-ria layan troll rakyat? Emosi? Sentap? Geram sebab diejek? Sapa suruh kau declare war dengan rakyat dalam isu GST? Kau menyakiti ahti rakyat bila berbohong dan dikantoikan banyak kali. Reputasi ini kau yang buat sendiri. Bukan orang suka-suka cipta kot. 

Contoh. Macam kau membebel isu subsidi gula. Nak halalkan penghapusan subsidi. Dan halakan kesalahan ke atas bahu peniaga sepenuhnya seolah-olah macam kementerian tidak langsung perlu dipertanggungjawabkan bila mereka menarik subsidi sana sini atas alasan penjimatan.


Aku tengok rancangan Soal-Jawab tue. Bahkan aku siap buat karangan khas semata-mata nak mengumpat dia dalam blog dek menyampah dengan cara dia memperbodohkan umat.

Tahun demi tahun, bulan berganti bulan, hari bertukar, Ahmad Maslan bukannya statik kebodohannya. Malahan semakin bertambah. Diri sendiri menjadi bodoh dan semakin gemar memperbodohkan rakyat pula tue. 

Dan kesannya pada hari ini. Lebih ketara dalam seminggu kebelakangan neh. Ahmad Maslan telah dibuktikan di laman sosial dengan menjadi menteri yang rakyat Malaysia paling benci. Paling menyampah. Paling meluat. Paling annoying apa semua la senang cakap.

Dari isu GST membawa kepada isu salam tangan sultan Johor dan isu saran pelajar U masak sendiri membuktikan yang rata-rata 'pengulas media sosial' dari pelbagai jenis idelogism politikal membenci watak bernama Ahmad Maslan. Sangat benci. Aku baca komen-komen dorang pun kemain lagi sembur rasa marah dan geram. Semua orang meluat dengan dia. Tak kira parti apa dah. Kurang2 Najib tue ada juga orang backup. Tapi Ahmad Maslan neh, orang UMNO pun dah putus asa dan harapan dah.
 

Takan kau jumpa satu blog UMNO pun yang sanggup beria-ria backup Ahmad Maslan. Kalau ada pun dek terpaksa atas tekanan kerja. Kalau tak jangan harap. G mati la kau dalam ahti. Susahkan hidup aku je. Mungkin itu yang depa terdetik.

Mengalahkan Hasan Malek aku tak pelik. Kerana Hasan Malek semakin kurang bercakap. Entah kenapa mungkin dek fobia. Atau dalam proses menghabiskan coklat minda.

Tapi mengalahkan Najib Razak ini aku memang betul-betul pelik. 

Sedang Najib Razak la yang paling banyak buat benda yang orang lagi meluat.

Tapi kesungguhan Najib Razak bagi orang meluat dengan dia gagal. Bukan gagal bagi orang meluat padanya. Tapi gagal berada di tangga pertama menjadi menteri paling dibenci di Malaysia. Sebab apa? Kategori itu Ahmad Maslan yang punya. Dia wira dia juara. Tahniah. Tolong bagi tambah orang benci lagi ya Ahmad Maslan.

Kbai. 

VIDEO - Hisham: Mukhriz gagal jika Umno Kedah berpecah

Posted: 13 Apr 2015 06:00 AM PDT


Ahmad Maslan Nafi Pakai Jam Rolex

Posted: 13 Apr 2015 05:15 AM PDT

 


Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menafikan beliau memakai jam berjenama Rolex kerana tidak mampu memiliki barang mewah itu.

"Saya tidak pernah ada jam Rolex. Saya tidak pernah pakai. Saya tidak ada duit untuk beli Rolex," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan aktivis antijenayah R Sri Sanjeevan bahawa Ahmad dikesan memakai jam Rolex Submariner yang dianggarkan bernilai antara RM30,000 hingga RM40,000 seutas.

Dakwaan Sanjeevan itu dibuat dalam beberapa sisi gambar disiarkan di Facebook sejak Sabtu.

Ia memaparkan ahli politik bersama jam dipakainya, bersama model dan harga dianggarkan.

Ia dikatakan bernilai daripada beberapa ratus kepada ratusan ribu ringgit. Antara ahli potitik dipaparkan termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi.

Ahmad hari ini menjelaskan beliau biasanya hanya memakai jam berjenama Orient dan Swatch yang masing-masing bernilai RM800 dan RM230.

Ditanya sama ada beliau mahu menyaman Sanjeevan, beliau berkata akan meneliti perkara itu terlebih dahulu.

Beliau berkata gambar memaparkan beliau memakai jam mahal Rolex mungkin disunting.

- mkini

Sembilan warga asing ditahan di Port Dickson

Posted: 13 Apr 2015 04:30 AM PDT


GAMBAR HIASAN

Jabatan Imigresen Negeri Sembilan menahan sembilan lelaki pendatang asing dalam "Ops Ikrar" di pantai Teluk Kemang semalam.

Timbalan penolong pengarah kanan Jabatan Imigresen negeri Azil Ashazly Abdul Aziz berkata mereka terdiri daripada tujuh warga Myanmar dan masing-masing seorang warga Indonesia dan Singapura berumur antara 22 dan 55 tahun.

"Mereka didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 dan Per. 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

"Mereka ditahan dalam pemeriksaan rambang semasa mini pesta nyanyian dan aktiviti pantai yang dianjurkan di kawasan itu," katanya hari ini.

Katanya seorang warga Myanmar dan Singapura yang ditahan itu disyaki penganjur pesta berkenaan dalam operasi lebih tiga jam yang disertai 14 pegawai imigresen negeri bermula 3.30 petang semalam.

Katanya, kesemua tahanan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Lenggeng untuk siasatan lanjut. – Bernama, 13 April, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Pindaan KWAP undang salah urus dana, kata Rafizi OLEH SHERIDAN MAHAVERA

Posted: 13 Apr 2015 03:45 AM PDT

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli meluahkan kekecewaannya terhadap maklum balas pengurusan tertinggi Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) terhadap cadangan pindaan menggugurkan wakil Bank Negara daripada panel pelaburan dana itu.

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli meluahkan kekecewaannya terhadap maklum balas pengurusan tertinggi Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) terhadap cadangan pindaan menggugurkan wakil Bank Negara daripada panel pelaburan dana itu.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) berpendapat pindaan mahu dilakukan ke atas dana Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) akan menjejaskan pemantauan ke atas pengurusan dana itu, yang seharusnya membantu membayar pencen penjawat awam bersara.

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli meluahkan kekecewaannya terhadap maklum balas pengurusan tertinggi dana pencen kakitangan awam itu terhadap cadangan pindaan untuk menggugurkan wakil Bank Negara daripada panel pelaburan dana itu.

Menurutnya, ia menimbulkan persoalan tentang keseriusan mereka dalam mencegah tercetusnya skandal kewangan dalam KWAP.

"Maklum balas beliau terhadap kerisauan kami bersifat mekanikal dan ia langsung gagal mengambil kira realiti dan sentimen kebolehpercayaan yang merupakan teras dalam operasi sebarang dana.

"Sebab utama kami mahu wakil Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil bahagian membuat keputusan melibatkan dana itu kerana BNM adalah antara salah satu badan pemantau negara ini yang masih berkredibiliti," kata Rafizi kepada The Malaysian Insider.

Menurutnya, kerisauan itu perlu diambil berat lebih-lebih lagi sewaktu KWAP dilihat terpalit kecelaruan apabila meminjamkan sejumlah RM4 bilion kepada bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd.

"Kita mahu berasa selamat yang satu pemantau sentiasa mengawasi panel pelaburan."

Pengguguran wakil BNM daripada panel pelaburan KWAP adalah satu daripada pindaan yang dicadangkan kerajaan terhadap Akta Kumpulan Wang Persaraan 2007.

StarBizWeek melaporkan yang perubahan-perubahan lain akan membolehkan KWAP melabur dalam rangkaian produk dan instrumen kewangan yang lebih meluas.

Pada masa sama, ia akan menukar KWAP kepada dana pencen penuh seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, lapor sisipan itu.

Pindaan-pindaan ini akan dibahaskan di Parlimen dalam mesyuarat kedua Mei depan.

Ketua Pegawai Eksekutif KWAP Wan Kamaruzaman Wan Ahmad mendakwa BNM sendiri memohon pengguguran wakilnya dilakukan demi mengelak konflik kepentingan.

"Kami berbincang dengan Bank Negara dan ia masuk akal. Jadi, kami masukkan klausa itu.

"Kementerian Kewangan juga bersetuju. Kami tidak menggugurkan wakil BNM sewenang-wenangnya," kata Wan Kamaruzaman dalam wawancara bersama StarBizWeek.

Rafizi bagaimanapun membangkang alasan ini yang menurutnya tidak mengambil kira kekurangan rasa percaya terhadap pengurusan dana awam oleh kerajaan lebih-lebih lagi apabila mengambil kira semua persoalan berkaitan 1MDB pada masa ini.

"Orang ramai tidak percayakan KWAP, Kementerian Kewangan atau Putrajaya lagi. Soal kepercayaan adalah mustahak dalam kes ini.
"Isu konflik kepercayaan ini diringankan dengan kepercayaan orang ramai kepada BNM," kata Rafizi.

Katanya, wakil BNM perlu duduk dalam panel pelaburan itu untuk mencegah dana tersebut daripada diguna atau dipinjam kepada urus niaga atau perusahaan yang meragukan.

Jika pindaan itu tetap diteruskan, BNM akan hanya boleh campur tangan apabila urus niaga yang meragukan dimeterai dan wang lesap.

Rafizi berhasrat membentang pindaan kepada akta itu untuk mewajibkan pelantikan seorang juruaudit luar yang diiktiraf kerajaan ke dalam panel KWAP.

"Jadi kita akan ada wakil BNM dan juruaudit yang berkelayakan. Juruaudit kebiasaannya lebih cermat dalam melaksanakan tanggungjawab fidusiari mereka," katanya.

Pada masa sama langkah ini merupakan satu langkah pencegahan yang akan mengukuhkan unsur pengawasan dalam KWAP dan mengurangkan risiko salah urus.

Menurut Rafizi, keperluan terhadap langkah pencegahan seperti ini jauh mengatasi hujah mengurangkan konflik kepentingan kerana Malaysia mempunyai rekod lampau buruk dalam menangani skandal kewangan.

"Dalam skandal kita, tiada sesiapa dihukum, tiada sesiapa dipertanggungjawabkan dan tiada wang dapat ditemui semula.

"Akhirnya, rakyat yang menanggung bebannya dengan pengenalan cukai-cukai baru," kata Rafizi.

"Berapa lantang kita bersuara sekali pun perkara sebegini tetap berlaku. Maka bukankah wajar kita wujudkan langkah pencegahan?" soal Rafizi.

Misalnya kata Rafizi adalah saga terkini membabitkan 1MDB yang menyaksikan pemantau seperti BNM sekali pun gagal bertindak walaupun masalah demi masalah berjaya dibongkar.

"Apakah kita boleh mengharapkan tindakan diambil apabila sebarang pelaburan yang teruk sebenarnya berkait rapat dengan kepentingan diri? katanya.

Sekurang-kurangnya, kewujudan langkah pencegahan sebegini akan mencegah nasi daripada menjadi bubur, katanya. – 13 April, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

‘Saya ada hak untuk tegur Najib’, kata Tun M - Oleh: NIZAM ZAIN

Posted: 13 Apr 2015 03:00 AM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamad
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan teguran beliau terhadap kepincangan kepimpinan negara merupakan hak beliau untuk membetulkan keadaan.

Bagaimanapun beliau berkata pihak yang ditegur it juga mempunyai hak sama ada mahu menerima atau menolak teguran dilontarkan itu.

"Kalau dia nak tolak apa-apa (teguran), dia boleh tolak, jika saya rasa dia (Najib) ada melakukan sesuatu yang salah, saya ada hak untuk tegur.

"Saya rasa dia akan menjadi penyebab Umno kalah dalam pilihan raya, percayalah saya," katanya dalam video yang dimuat naik di blog Din Turtle, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas serangan bertali-arus yang dibuatnya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak akhir ini termasuk meminta Presiden BN itu menjawab kepada rakyat tentang beberapa persoalan.

Antaranya, skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pembelian pesawat baharu kerajaan, pelaburan ratusan juta untuk filem "The Wolf of Wall Street" oleh anak tiri Najib, Riza Aziz dan kredibiliti ahli perniagaan bernama Jho Low dalam pengurusan AS$700 juta dari 1MDB.

Ditanya mengenai keupayaan Najib yang dipersoalkan dalam memimpin parti Melayu itu, beliau bagaimanapun menegaskan Umno sudah lama berpecah sejak beliau meletakkan jawatan sebagai presiden parti.

"Umno sudah pecah dah, Umno yang saya pimpin dulu agak kuat, kalau kita tengok dalam perhimpunan pun boleh tahu tak semangat cukup," ujarnya.

Dr Mahathir juga mendedahkan perpecahan Umno itu berpunca daripada kesetiaan kepada parti kerana harta dan kebendaan.

"Umno sekarang adalah sebab duit, ketua-ketua Umno setia sebab dia dapat sesuatu atau kontrak, yang dapat jawatan-jawatan itu semua dapat duit.

"Bila dia buat macam itu, dia pergi kepada ketua, yang lain semua macam mana? Akar umbi tau sokong saja," katanya lagi.



KedahLanie.info

Subra: MIC hargai usaha luar biasa Najib

Posted: 13 Apr 2015 02:30 AM PDT

Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata parti itu menyokong penuh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk terus memimpin negara.

"Kepimpinan Perdana Menteri perlu diteruskan bagi memastikan negara terus kekal pada haluan pembangunan untuk menjadi sebuah negara maju," kata Dr. Subramaniam.

MIC menghargai usaha luar biasa Najib, kata beliau.

Menteri Kesihatan itu berkata Najib telah melakukan pelbagai transformasi dalam pembangunan ekonomi dan pendidikan masyarakat India.

Dr. Subramaniam berkata menerusi transformasi tersebut, banyak perubahan yang berlaku sekaligus meletakkan masyarakat India di barisan hadapan bersama masyarakat lain dalam pembangunan negara.

"Kita telah membawa masyarakat India ke satu tahap yang lebih baik dan penekanan terhadap dua aspek ini berjaya mengeluarkan mereka daripada masalah ekonomi dan pendidikan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Makan Malam Sambutan 25 tahun MIC Bahagian Ipoh Barat yang dihadiri kira-kira 1,000 anggota daripada 48 cawangan hari ini.

Dr Subramaniam berkata Najib telah mewujudkan Jawatankuasa Khas Kabinet Hal Ehwal Masyarakat India yang menjadi agensi untuk menangani pelbagai perkara yang berkaitan dengan masyarakat India.

"Di samping itu, (disediakan) peruntukan sebanyak RM610 juta untuk sekolah Tamil, penambahan kuota pelajar India di peringkat matrikulasi dan politeknik, peruntukan keperluan khas untuk kuil serta lebih 4,000 masyarakat India mendapat status kerakyatan," katanya.

- Bernama

Kenapa Mahathir Serang Najib... KELAB GREENBOC

Posted: 13 Apr 2015 02:00 AM PDT

 
 
Najib Harapan Saya, Tetapi Dia Mungkir Janji - Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamed mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak memungkiri janji untuk membina jambatan bengkok antara Johor Baharu dan Singapura.

Menerusi temuramah sebanyak empat bahagian yang dimuat naik di blog, Din Turtle, dua hari selepas temuramah Najib di televisyen, Dr Mahathir mendakwa perdana menteri itu menyokong projek berkenaan ketika beliau mengambil alih jawatan tersebut daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Harapan saya, bila Pak Lah dah tak ada (letak jawatan), dia (Najib) akan buatlah jambatan itu. Najib pada satu masa sebut 'walaupun Singapura setuju atau tidak setuju pun, kami nak buat'. Tetapi bila dia jadi perdana menteri, dia tak buat," kata bekas perdana menteri itu.

Dr Mahathir berkata, beliau tidak gembira apabila Najib memungkiri janjinya.

"Jika Singapura tak nak buat (tak setuju), saya buat sebelah saya, apa salahnya. Bukan pasal nak buat jambatan bengkok, tetapi pasal nak buat sebelah tak jadi. Ia adalah hak berdaulat kita, dalam kawasan wilayah kita, kawasan perairan. Separuh daripada tambak itu adalah milik kita. Saya tidak sentuh langsung bahagian Singapura.

"Dia (Najib) ada minta persetujuan dengan Singapura, nak buat benda di dalam negara kita. Di mana kedaulatan kita? Di mana kemerdekaan kita? Adakah kita sebahagian daripada Singapura?" soal Dr Mahathir.

Dalam satu temuramah khas bersama TV3 pada Khamis lalu, Najib berkata, serangan Dr Mahathir terhadap beliau tercetus disebabkan kemungkinan perbezaan pendapat mengenai jambatan bengkok dan pelaksanaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Mengenai BR1M, Dr Mahathir menegaskan bahawa beliau tidak bersetuju dengan idea BR1M kerana memberikan wang percuma kepada rakyat.

"Kita tak pernah beri duit kepada orang. Kita beri peluang pekerjaan untuk rakyat, beri mereka pendidikan, latih mereka maka mereka boleh hidup dan buat duit untuk diri mereka sendiri. Kalau kebajikan, kita perlu beri tetapi hanya kepada rakyat yang memerlukan bantuan kebajikan,"
katanya.

Mengenai kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Dr Mahathir berkata, adalah lebih baik untuk Najib meletakkan jawatan sekarang bagi mengelakkan daripada Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya umum akan datang kerana siasatan terhadap syarikat itu boleh mengambil masa bertahun-tahun untuk diselesaikan.

"Ia perlu sekarang kerana kita masih mempunyai dua tahun lagi untuk pulih. Jika dia (Najib) tidak berundur sekarang, dengan adanya PAC (Jawatankausa Kira-Kira Wang) dan lain-lain yang akan menyiasat untuk dua atau tiga tahun lagi dan sampai pilihan raya pun, dia masih ada, kita akan kalah. Saya fikir akan ada banyak masalah untuk semua," katanya.

"Kita perlukan pihak yang 'neutral' untuk menjalani siasatan untuk mengetahui ke mana wang itu pergi. Siapa yang mengendalikan wang itu? Siapa Jho Low? Secara tiba-tiba dia menjadi begitu penting. Dalam kerajaan pun dia (Jho Low) tak ada jawatan, dia bukan penjawat awam, secara tiba-tiba dia ada kuasa seperti itu," kata Dr Mahathir.

Mengenai komando polis Sirul Azhar Umar yang disabitkan bersalah kerana membunuh model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, Dr Mahathir berkata, semua individu yang disabitkan bersalah dengan hukuman mati mempunyai peluang untuk mengemukakan rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong atau Sultan.

"Awak tahu, saya dahulu adalah perdana menteri. Tugas saya ialah menasihat Yang di-Pertuan Agong atau Sultan sama ada seseorang itu perlu mendapat perkenan terhadap rayuannya atau tidak," katanya.

Dr Mahathir yang menemui ibu Sirul baru-baru ini menegaskan bahawa isu berkenaan bukan mengenai politik.

Beliau berkata, Sirul sebagai seorang anggota polis tidak akan membunuh kecuali dia diserang atau diarahkan oleh seseorang. -mstar 


ULASAN GB

GB bukanlah penyokong TDM, tetapi GB tidak menolak 100% apa yang disebutkan oleh Mahathir seperti di atas.

Jika Mahathir ingin Najib melepaskan jawatannya kerana khuatir BN akan kalah dalam PRU akan datang, bagi GB pula jika Najib tidak melepaskan jawatannya, akan lebih banyak kerosakan yang akan dibawa kepada negara dan rakyat jelata akan terus sengsara sebelum tiba pilihanraya. Dan najib boleh menggunakan pelbagai taktik dan tipudaya untuk terus menang dalam pilihanraya.

Tidakkah kita perhatikan keborosan dan ketirisan berbilion ringgit di era Najib sehingga rakyat terpaksa menanggung beban dengan GST? 


Undang-undang antikeganasan saling bercanggah?

Posted: 13 Apr 2015 01:30 AM PDT

 
 

Untuk melawan keganasan, kerajaan minggu lalu mengetengahkan dua undang-undang baru sambil memantapkan undang-undang sedia ada untuk tujuan sama.

Undang-undang baru yang diluluskan di Dewan Rakyat itu adalah Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pota) dan Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara.

Persoalannya kenapa undang-undang baru diperlukan sedangkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA telah sedia ada?

Adakah undang-undang ini akan bertindih antara satu sama lain?

Peguam New Sin Yew Yew berpandangan bahawa undang-undang itu tidak bertentangan kerana berbeza antara satu sama lain.

"Orang ramai cenderung bertanya, kamu sudah ada Sosma, kenapa perlu Pota lagi? Ia agak berbeza kerana Sosma kebanyakannya berkaitan dengan prosedur sewaktu perbicaraan.

"Tetapi Pota tidak berkaitan dengan itu. Pota tidak ada kena mengena dengan perbicaraan. Kamu tidak akan dibicarakan bawah Pota," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Pota memberi kuasa kepada Lembaga Pencegahan Keganasan untuk mengeluarkan arahan tangkapan atau sekatan terhadap mana-mana individu dipercayai terlibat atau menyokong keganasan melibatkan kumpulan antarabangsa di negara asing.

Penahanan boleh berlaku sehingga dua tahun dan diperbaharui tanpa had. Manakala keputusan lembaga itu tidak boleh diteliti di mahkamah kecuali dalam bab pematuhan prosedur.

Kesihan Mukhriz...... Mukhriz digesa letak jawatan MB Kedah jika tidak mahu sokong PM UPDATED: Apr 12, 2015 07:58pm Mukhriz menyatakan beliau hanya akan menyokong Najib jika siasatan mendapati 1MDB itu tidak bersalah, namun jika sebaliknya beliau akan bersama-sama rakyat, kata Ahmad Lebai Sudin. - Foto arkib TRP KUALA LUMPUR, 12 April: Datuk Seri Mukhriz Mahathir digesa melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah sekiranya enggan memberi sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin berkata, jawatan menteri besar yang disandang Mukhriz itu adalah lantikan oleh Perdana Menteri dengan sokongan kepimpinan negeri. "Sekiranya beliau tidak lagi menyokong Perdana Menteri, elok letak jawatan," katanya dipetik dari laporan portal SuaraTV. Mukhriz pagi ini telah memanggil seluruh pimpinan UMNO Bahagian Kedah ke kediaman rasmi menteri besar di Seri Mentalon bagi membincangkan soal krisis antara mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Najib. Bagaimanapun tidak ada kata putus dicapai dan Mukhriz difahamkan mahu menunggu hasil keputusan laporan Ketua Audit Negara berkaitan syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Ahmad mendakwa tindakan Mukhriz itu telah dikecam oleh pimpinan UMNO Kedah yang lain kerana tidak boleh membezakan soal memberi sokongan dengan isu 1MDB. "1MDB adalah isu pengurusan yang sedang disiasat oleh Jabatan Audit Negara ia tidak harus menjadi 'benchmark' kepada kepimpinan Najib. "Perdana Menteri sendiri berjanji sekiranya ada salah laku dalam 1MDB, tindakan tegas akan diambil. "Mukhriz menyatakan beliau hanya akan menyokong Najib sekiranya (siasatan) yang dijalankan mendapati 1MDB itu tidak bersalah, namun jika siasatan mendapati sebaliknya, beliau akan bersama-sama rakyat," katanya. Ahmad Lebai Sudin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Kedah Menurut Ahmad, Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Mohd Johari Baharom yang turut hadir dalam perjumpaan tersebut juga membidas tindakan Mukhriz dan menegaskan sokongan terhadap Perdana Menteri tidak seharusnya berpaksi kepada 1MDB semata-mata. Bagaimanapun, Johari ketika dihubungi The Rakyat Post enggan mengulas lanjut perkara itu. Selain Ahmad dan Johari, antara pimpinan UMNO yang juga ADUN yang turut hadir dalam perjumpaan tersebut Nor Saidi Nanyan (Kuah), Kama Noriah Ibrhaim (Pedu), Datuk Abu Hasan Sarif (Kota Siputeh) dan Dato Ahmad Zaini Japar (Bukit Kayu Hitam). Manakala antara ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) yang hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan, Aminuddin Omar; dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan, Datuk Badrol Hisham Hashim. Seterusnya Ketua UMNO Bahagian yang hadir Datuk Mohd Rozai Shafian (Pendang), Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (Baling), Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap) dan Abdullah Hasnan (Kuala Kedah). Posted by mountdweller at 11:00 AM

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Ada Pemimpin Umno Yang Tak Sokong Najib Dalam Isu 1MDB.. Ini Buktinya?

Posted: 13 Apr 2015 01:00 AM PDT

 
 
Ada Pemimpin Umno Yang Tak Sokong Najib Dalam Isu 1MDB.. Ini Buktinya? Ketika pemimpin Umno bersegera mempertahankan presiden mereka Datuk Seri Najib Razak, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dikritik kerana tidak secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap perdana menteri.

Seorang wakil rakyat Umno Kedah mahu Mukhriz meletak jawatan sebagai menteri besar jika beliau tidak secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap Najib, kerana katanya, anak bekas perdana menteri itu terhutang budi kepada presiden Umno itu untuk jawatannya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada Datuk Ahmad Lebai Sudin itu juga mengkritik Mukhriz kerana mengaitkan sokongannya terhadap Najib dengan penyiasatan terhadap syarikat  1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibebani hutang.

"Jawatan menteri besar itu dilantik perdana menteri dengan sokongan Adun Barisan Nasional. Kalau beliau tidak lagi menyokong perdana menteri, yang terbaik ialah beliau letak jawatan," kata Ahmad dipetik sebagai berkata kepada satu laporan di portal SuaraTV.

Ahmad diwawancara portal itu selepas satu mesyuarat luar biasa antara pemimpin Umno negeri, ahli Parlimen Umno dan Adun Umno yang dipanggil pegawai Mukhriz pagi ini.

Ahmad mendakwa, mesyuarat itu sepatutnya diadakan bagi menyatakan sokongan mereka kepada perdana menteri dan presiden Umno.

Najib ketika ini dikrtik hebat pemimpin veteran Umno terutamanya bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed dan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin.

Dr Mahathir, bekas presiden Umno dan juga bapa Mukhriz, menggesa Najib meletak jawatan, mengatakan Umno dan BN akan tewas dalam pilihan raya umum akan datang jika beliau tidak berbuat demikian.

Ada Pemimpin Umno Yang Tak Sokong Najib Dalam Isu 1MDB.. Ini Buktinya? 

Ini mencetuskan satu arus sokongan terhadap Najib daripada pemimpin akar umbi Umno dan mereka yang berada dalam BN.

Bagaimanapun, Ahmad mendakwa, semasa mesyuarat itu, Mukhriz berkata beliau akan menunggu hasil siasatan audit ke atas 1MDB sebelum menyatakan sokongannya kepada Najib.

"Mukhriz berkata, dia hanya akan sokong Najib sekiranya siasatan mendapati tidak terdapat salah laku dalam 1MDB. Tetapi, sekiranya hasil siasatan mendapati sebaliknya, dia akan menyebelahi orang ramai," kata Ahmad kepada SuaraTV.

Ahmad mendakwa beberapa pemimpin Umno semasa mesyuarat itu tidak setuju dengan pendirian Mukhriz itu.

"1MDB ialah isu pengurusan yang sedang disiasat Jabatan Audit. Ia tidak sepatutnya menjadi penanda aras kepimpinan Najib.

"Najib sendiri berjanji akan mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat bukti wujud salah laku," Ahmad dipetik berkata kepada SuaraTV.

"Saya diberitahu mesyuarat itu untuk menyatakan sokongan kepada perdana menteri, tetapi dalam mesyuarat, menteri besar kata beliau berada di pihak rakyat.

"Saya pelik. Rakyat mana? Ramai juga rakyat yang menyokong Najib," Ahmad memberitahu SuaraTV.

Ahmad berkata antara Adun yang menghadiri mesyuarat itu ialah Nor Saidi Nanyan (Kuah), Kama Noriah Ibrahim (Pedu), Datuk Abu Hasan Sarif (Kota Siputeh) dan Datuk Ahmad Zaini Japar (Bukit Kayu Hitam).

Ahli exco negeri yang hadir termasuk Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (industri dan pelaburan), Aminuddin Omar (belia dan sukan) dan Datuk Badrol Hisham Hashim (perumahan dan kerajaan tempatan), kata Ahmad.

Antara ketua bahagian yang hadir ialah Datuk Mohd Rozai Shafian (Pendang), Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (Baling), Datuk Johari Baharum (Kubang Pasu), Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap) dan Abdullah Hasnan (Kuala Kedah).

Serangan Terbaru Dr M Jatuhkan Najib? Mengapa.. (13) Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 13 Apr 2015 12:15 AM PDT

 

LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib Perlu Letak Jawatan?    
 
Siri 2: PM Najib Perlu Letak Jawatan -Dr Mahthir...
Siri 3: 6 Tahun Najib PM. Letak Jawatan: Kes Altantuya...
Siri 4: Gempar! Bongkar PM Letak Jawatan 'Pembunuh Ke...
Siri 5: Jasa, Benteng Pertahan Najib Akan Serang Balas Pel...  
Siri 6: Najib Lebih Teruk Dari Pak Lah, Siapa Gantinya?
Siri 7: PM Letak Jawatan: Khairy Berpihak Kepada Tun M? 
Siri 8: Ini Senjata, Paksa Najib Turun Dari PM? 
Siri 9: Apabila Rafidah Aziz Pula Serang Najib... 
Siri 10: Rosmah Dikaitkan Dengan Penolakan Najib Sebagai PM...
 
Siri 11: Najib Perlu Jawab Dr M -BNBBC' Pun Tekan PM Letak...
Siri 12: 
Tun Daim Pula Tambah Percepat PM Turun, PM Sudah T...
Siri 13: 

Serangan Terbaru Dr M Jatuhkan Najib? Mengapa..

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

KALI ini saya ingin melaporkan pandangan golongan rakyat dalam perbincangan malam tadi di sebuah restoran di KL. Kira-kira belasan orang hadir, terdiri ahli veteran PAS, veteran parti pembangkang bukan PAS, bekas pengarang, pegawai kerajaan yang hampir pencen, ahli bisnes pasar malam dan usahawan kecil-kecilan.

Kami berbincang ringan-ringan mengenai tajuk 'Apakah mungkin PM Najib Terpaksa Letak Jawatan?'. Kami berbincang mengenai 'serangan terbaru Dr Mahathir terhadap Najib. Ini beritanya.. 

Dua hari selepas Datuk Seri Najib Razak muncul di kaca televisyen menjawab secara langsung kepada kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadapnya, bekas perdana menteri itu kembali lagi dengan serangannya.

Dalam video yang dimuat naik di blog "Din Turtle", Dr Mahathir menafikan dakwaan Najib yang beliau kecewa dengan perdana menteri kerana tidak membina jambatan bengkok ke Singapura. Beliau juga mendakwa, Najib pada masa itu – ketika jambatan bengkok dari Johor Baru ke Singapura itu mula dicadangkan pada 2006 – menyokong projek itu.

Dr Mahathir mendakwa, apabila Najib mengambil alih tampuk pimpinan negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau akan meneruskan beberapa dasar yang mereka persetujui ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri dan Najib menteri Kabinet.

"Harapan saya, bila Pak Lah dah takda (letak jawatan), dia akan buatlah jambatan tu, dan lain-lain, kereta api, macam-macamlah.. Perkara yang kita bersetuju semasa saya jadi perdana menteri, akan diteruskan selepas saya letak jawatan, tapi Pak Lah tak buat.
"Jadi, Najib ada satu masa sebut kata, walau Singapura setuju atau tak setuju pun, kami nak buat... Lepas tu bila dia jadi perdana menteri, dia tak buat," kata Dr Mahathir dalam satu daripada klip video itu.

Dr Mahathir berkata, beliau sedikit kecewa kerana Najib tidak menunaikan janjinya berhubung projek itu.

"Saya tak seronok sikitlah, dia tak buat. Pasal dia janji, bukan untuk saya, bukan saya nak dapat kontrak. Awak boleh periksa, tengok saya dah dapat berapa banyak kontrak, saya bukannya nak kontrak.
"Tapi saya punya sikap, berlain sikit daripada orang lain. Saya tak nak saya kow tow kepada Singapura," katanya.

Dalam wawancara beliau dengan TV3 pada 9 April, Najib berkata, Dr Mahathir mahu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dimansuhkan dan projek "jambatan bengkok" yang menghubungkan Johor dan Singapura dibina semula.

Katanya, dua isu itu mungkin sebahagian sebabnya bekas perdana menteri itu tidak habis-habis mengkritiknya.

"Ada satu, dua perkara yang dia nak saya buat... Misalnya dia tak setuju BR1M, dia minta saya buat jambatan bengkok ganti Tambak Johor..." kata Najib ketika itu, sambil menambah yang beliau menghormati Mahathir sama seperti beliau menghormati orang lain.

Projek jambatan bengkok melibatkan meruntuhkan tambak di bahagian Malaysia dan menggantikannya dengan jambatan enam lorong yang akan bersambung dengan Singapura.

Reka bentuknya bengkok kerana Singapura tidak bersetuju merobohkan tambak di bahagian mereka supaya jambatan yang lurus merentasi Selat Tebrau boleh dibina. Singapura menentang hebat cadangan merobohkan tambak dan membina jambatan bengkok itu.

Mengulas kenyataan Najib mengenai perkara itu dalam nada sinisnya seperti biasa, Dr Mahathir berkata: "Pasal 'bridge' (jambatan) ni, kalau tak dapat, saya mati lah."

Dr Mahathir menegaskan, Malaysia sepatutnya meneruskan projek membina jambatan itu dan mengecam Najib kerana hanya menurut kemahuan Singapura.

"Kalau Singapura tak nak buat, saya buat tempat saya, apa salahnya... Itu hak kedaulatan kita, dalam wilayah kita, perairan kita. Bahagian tambak itu kepunyaan kita..
"Jadi, bila saya dapati ada orang kow tow kepada Singapura, nak minta persetujuan Singapura untuk buat benda di dalam negara kita, mana kedaulatan kita? Mana kemerdekaan kita?"

Dalam satu klip video berasingan, perdana menteri ke-4 itu sekali lagi menegaskan tidak bersetuju dengan BR1M, mengatakan ia seperti memberi wang kepada mereka yang tidak layak menerimanya. Katanya, beliau setuju jika bantuan kebajikan diberi kepada orang miskin dan fakir, tetapi bukan dalam bentuk bantuan wang tunai kepada mereka yang mempunyai pendapatan.

"Saya tak setuju dengan BR1M kerana saya tak suka suap orang dengan duit percuma. Anda bagi RM500 kepada orang yang bergaji RM4,000 sebulan untuk apa?
"Dan, 17,000 orang Cina di Ipoh menolaknya terang-terangan, ini menunjukkan ia bukan sesuatu yang kita patut buat." (Sumber The Malaysian Insider)

Begitu. 

Setelah dibaca dan fahami bersama, bekas pengarang yang tidak mahu namanya disebutkan berkata, 

"Pada saya, PM Najib tetap bertahan tidak mahu letak jawatan.. kecuali terdesak sangat. Soalnya sekarang, kenapa Tun Mahathir bersungguh menyerang Najib seolah-olah mahu menjatuhkan Najib seperti jatuh Pak Lah Badawi sebelumnya?"

"Aku dapat maklumat yang mengatakan bahawa Tun M sedang merangka untuk menaikkan anaknya bagi meneruskan cita-cita politiknya, seperti yang berlaku kepada Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew... Akhirnya Lee berjaya meletakkan anaknya sebagai PM di Republik itu, walaupun dipegang orang lain sebelumnya." Sambut kawan kami seorang pegawai kerajaan yang hampir pencen.

"Ana pun rasa begitu. Kerana pemimpin yang bercita-cita tinggi biasanya begitu. Lihat Lim Kit Siang pemimpin DAP, meletakkan anaknya sebagai Setia Usaha jawatan terpenting dalam DAP dan memerintah Pulau Pinang." Tambah ahli veteran PAS yang berniaga di pasar malam.

"PKR, Anwar meletakkan isterinya sebagai Presiden, bahkan anaknya menjadi Naib Presiden. Isterinya dipindahkan ke DUN Selangor untuk memerintah Selangor. Takkanlah Dr M nak biarkan anaknya begitu saja dalam UMNO, walaupun sekarang memerintah Kedah?" Tambah  lagi ahli veteran PAS itu.

"Aku lihat dari sudut lain, sudut ekonomi." Kata ahli veteran parti pembangkang bukan PAS, seorang usahawan. 

Sambungnya, "Aku yakin Dr M masih perlukan wang, dia bukan macam Nik Aziz, zuhud. Apa lagi beberapa syarikat anaknya Mukhlis Mahathir dilaporkan mula bermasalah. Orang yang mungkir janji tidak mahu meneruskan projek perancangannya perlu disingkirkan! Maka jawatan perdana menteri perlu ditukar kepada orang lain."

Begitu kira-kira forum berbincangan kami malam tadi. Apakah mungkin PM Najib terpaksa letak jawatan? Walaupun agak lari tajuk sikit, tetapi bersetuju bahawa Dr M akan terus pastikan Najib benar-benar letak jawatan, kerana ia mahu penggantinya, yang akhirnya adalah dari darah dagingnya sendiri. Dengan itu kepentingan dan keselamatannya atau politiknya akan terus terpelihara.

Sekian.

  
Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com        
13 April 2015 KL

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT