Nuffnang

Pengikut

ZAKRI ALI

0
sumber :-

ZAKRI ALI

Tidak salah ahli UMNO terima ganjaran Adam Abu Bakar

Posted: 12 Apr 2015 10:45 PM PDT

shahbery-cheek

Perbuatan itu bukan kesalahan asalkan ia dapat membahagiakan orang lain dan diguna untuk membantu rakyat meningkatkan taraf hidup.

KUALA LUMPUR: Tidak menjadi kesalahan jika ahli UMNO mendapat ganjaran daripada parti asalkan wang itu diguna untuk membantu rakyat meningkatkan taraf hidup.

Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau tidak nampak perbuatan itu salah jika wang itu dapat membantu membahagiakan orang lain.

Beliau diminta mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa ahli UMNO lebih mengutamakan wang berbanding kesetiaan kepada parti.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, ahli UMNO hanya setia kepada parti untuk mendapat ganjaran seperti kontrak dan jawatan.

Shabery yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kemaman bagaimanapun enggan mengulas dakwaan Dr Mahathir bahawa Ketua UMNO bahagian setia kepada parti kerana mahukan ganjaran.

"Saya tidak dengar jawapan dia (Mahathir)," katanya ringkas sebelum meninggalkan sidang media di Pusat Beli belah Publika pada Ahad.

FMT

Tiga Naib Presiden UMNO bantu Muhyiddin

Posted: 12 Apr 2015 10:00 PM PDT

umno
Pengalaman luas mereka akan melicinkan gerak kerja dan jentera kempen BN pada PRK Permatang Pauh dan Rompin

PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai UMNO/Barisan Nasional sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh dan Rompin.

Beliau akan dibantu tiga Naib Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafee Apdal.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Ahmad Zahid dan Hishammudin akan terlibat secara langsung membantu beliau dalam kempen kedua-dua PRK itu.

Mohd Shafee pula mengendalikan Tugas-tugas Khas dan Penyelarasan sepanjang tempoh berkempen, kata Timbalan Presiden UMNO itu.

"Pengalaman luas mereka ini akan dapat membantu saya melaksanakan gerak kerja dan jentera kempen di dua PRK kali ini.

"Saya berpuas hati dengan kerja sama antara parti komponen BN yang sudah pun mula bergerak,"katanya pada sidang media di Bukit Mertajam pada Ahad.

Di sebelah pagi, Muhyiddin memulakan program turun padang dengan melawat Pasar Awam di Seberang Jaya untuk beramah mesra bersama peniaga dan pengunjung.

PRK Permatang Pauh akan diadakan pada 3 Mei manakala Rompin pada 5 Mei.

Kerusi Permatang Pauh kosong selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhi penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat manakala PRK Rompin diadakan selepas Tan Sri Jamaluddin Jarjis terkorban dalam nahas helikopter pada 4 April lalu.

FMT

Umno Rompin tolak calon luar tanding tiket BN

Posted: 12 Apr 2015 09:15 PM PDT

Umno bahagian Rompin hanya mahu ahli jawatankuasa bahagian itu dipilih sebagai calon BN untuk bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin pada 5 Mei depan.
  
Pemangku Ketuanya, Datuk Hasan Arifin berkata bahagian itu sebulat suara memutuskan untuk menolak mana-mana calon luar yang dicalonkan atas tiket BN.
  
"Kami menyerahkan kepada kebijaksanaan presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memutuskan calon BN. Namun, pemilihan hendaklah dalam kalangan ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Rompin," katanya.
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas persiapan PRK Rompin di pejabat Umno Bahagian itu di Rompin, hari ini.
  
Mesyuarat itu turut dihadiri Naib Ketuanya, Datuk Seri Maznah Mazlan, Setiausaha Datuk Wan Kadri Wan Mahussin dan Ketua Penerangan bahagian itu, Datuk Jalaluddin Mohamed Deli.
  
Hasan turut mengelak ketika diajukan soalan bahawa namanya antara disebut-sebut menjadi calon.

"Kita serahkan kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan parti," katanya ringkas.
  
Beliau berkata Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual akan mengumumkan calon BN bagi PRK Rompin pada 18 April ini.
  
Hasan menjangkakan antara cabaran yang terpaksa dihadapi PRK kali ini ialah meningkatkan majoriti serta jumlah peratusan keluar mengundi berikutan hari mengundi jatuh pada hari bekerja.
  
PRK kawasan Parlimen Rompin diadakan berikutan penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis meninggal dunia selepas terlibat dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor, 4 April lalu.
  
Allahyarham menjadi anggota parlimen Rompin sejak enam penggal lepas bermula tahun 1990 dan pada pilihan raya umum tahun 2013, beliau berjaya menewaskan Ketua Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.
  
Jumaat lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian PRK Parlimen Rompin pada 5 Mei depan manakala hari penamaan calon pada 22 April ini.
  
-Bernama

Kisah Mesyuarat Agung PAS Kawasan Shah Alam

Posted: 12 Apr 2015 08:30 PM PDT

Semenjak berita berhubung mesyuarat agung tahunan PAS Kawasan Shah Alam tersebar di alam maya, ramai telah menghubungi saya untuk mendapatkan penjelasan mengenai proses pemilihan pimpinan pusat yang telah berlaku. 
 
Mereka hairan dengan keputusan pencalonan Presiden di mana TGHH telah dipilih tetapi dengan majoriti hanya 6 undi. Mereka yang berhubung dan bertanya boleh dikatakan berakhlak berbanding dengan yang tidak berhubung untuk bertanya tetapi tetap menyerang saya mengenainya!

Bermacam macam andaian telah dikemukakan dalam alam maya mengenainya dan hampir kesemuanya adalah tidak benar. Kadang-kadang saya rasakan mereka yang berani membuat andaian dan menyebar luas andaian-andaian ini, tanpa mengetahui hujung pangkal, bagaikan manusia yang tidak takut pada dosa. 
 
Walaupun nama mereka disangkutkan gelaran 'ustaz' di depannya. Itulah bezanya di antara orang berilmu dan orang yang menghayati ilmunya. Sekadar tahu dosa memfitnah, tidak bererti tidak menaburkan fitnah. Kerana mereka sekadar tahu, tetapi tidak menghayatinya. Jauh berbeza sifat mereka dengan golongan ustaz tahun 80an yang menyebabkan saya tertarik untuk menyertai PAS.

STATUS SAYA DAN PAS KAWASAN SHAH ALAM

Pada mulanya, perlu saya sebutkan, saya tidak lagi merupakan YDP PAS Kawasan Shah Alam. Pada pemilihan 2013 saya tidak bertanding kerana saya telah menjawat jawatan YDP Shah Alam sejak 1997, iaitu selama 16 tahun! Sudah tiba masa saya beri laluan kepada mereka yang telah saya pimpin selama ini untuk mengambil alih. Pada 2011, jawatan kuasa PAS Kawasan dianggotai 3 mantan Ketua Pemuda Kawasan. 
 
Giliran mereka pula untuk menggalas cabaran sebagai YDP PAS Kawasan Shah Alam. Lagi pun saya telah dipilih kembali sebagai AJK PAS Pusat pada tahun 2011 setelah meninggalkan PAS Pusat pada 1993. Saya telah huraikan sebelum ini dengan lanjut di dalam tulisan saya yang bertajuk YDP Shah Alam: Mengapa Tidak Dipertahankan?

Saya pernah mengisi jawatan AJK PAS Pusat pada 1987 hingga 1993. Saya tidak bertanding pada pemilihan 1993 atas sebab ingin memberi tumpuan kepada anak saya yang OKU dan prestasi syarikat kejuruteraan milik saya yang agak merudum kerana tiada tumpuan. Tetapi itu cerita lain yang akan saya ceritakan pada satu masa kelak, bukan sekarang.

Maka sejak 2013, setelah saya tidak lagi memikul amanah sebagai YDP PAS Kawasan Shah Alam, saya hanya hadir mesyuarat bulanan PAS Kawasan atas tiket ex-officio selaku Ahli Parlimen Shah Alam. 
 
Ada kalanya saya hadir dan banyak juga ketikanya saya tidak. Oleh itu saya tidak begitu mengambil tahu apa yang berlaku menjelang Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Shah Alam tahun ini.

Semasa Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Shah Alam, saya telah dijemput hadir sebagai salah seorang VIP. Saya hadir untuk program perasmiannya dan telah meninggalkan dewan di IDCC Shah Alam selepas itu. Saya bukan perwakilan. 
 
Saya tidak hadir semasa agenda pemilihan/pencalonan pimpinan Pusat diadakan dan keputusannya memeranjatkan saya sepertimana ianya memeranjatkan ramai di seluruh Negara.

SAYA MERANCANG MENJATUHKAN DS PRESIDEN?

Ada yang menuduh saya merancang untuk menjatuhkan DS Presiden dan perancangan saya telah berjaya digagalkan. Kalau saya ingin merancang sesuatu dalam pemilihan AJK PAS Pusat pada muktamar akan datang, tidakkah dilihat pelik bahawa saya melepaskan jawatan sebagai YDP PAS Kawasan? 
 
Biasanya yang ingin merancang sesuatu 'pengambil alihan kuasa' akan tentukan dirinya berjawatan sepertimana juga rakan-rakan dan penyokong-penyokongnya. Ini kita lihat sedang diusahakan oleh beberapa orang tertentu yang menyusun strategi di peringkat cawangan dan Kawasan.

Alhamdulillah saya tidak seperti mereka.

Maka selepas selesainya mesyuarat agung tahunan PAS Kawasan Shah Alam dan diketahui keputusan pencalonannya, saya telah bertemu dengan beberapa perwakilan veteran dan bertanya mereka mengenai pilihan yang mereka buat. Apabila diberitahu mereka menyokong pencalonan Ustaz Ahmad Awang dan tidak TGHH, saya bertanya kepada mereka mengapa?

Di sini saya kemukakan jawapan mereka kepada soalan saya dan penghujjahan balas saya. Perbualan saya seperti di bawah adalah secara ringkasan dan bukan secara verbatim.

Tuan-tuan pembaca yang budiman sekalian, nilaikan sendiri.

PERBUALAN ANTARA SAYA DAN SALAH SEORANG VETERAN PAS DI SHAH ALAM

KS: Salaam Tuan Haji. Tuan Haji calonkan siapa? TGHH atau Ahmad Awang?

Tuan Haji: Saya calonkan Ahmad Awang.

KS: Kenapa tidak dicadangkan sahaja TGHH sebagai Presiden? Tidakkah Tuan Haji iktiraf ketokohannya beliau sebagai seorang ulama' bertaraf dunia?

Tuan Haji: Saya akui ketokohannya sebagai ulama' bertaraf dunia tetapi jawatan Presiden bukan memerlukan seorang yang fakeh. Fakeh adalah keperluan untuk jawatan MSU khususnya mursyidul 'am. 
 
Jawatan Presiden memerlukan seorang yang pakar dalam bidang strategi dan perlaksanaan, tajam bacaan politik. Oleh itu saya lebih setuju TGHH menjadi Mursyidul 'Am dan Ust Ahmad Awang sebagai Presiden.

KS: Eh, kenapa pula? TGHH juga mempunyai kepakaran dalam soal strategi dan perlaksanaan. Lagi pun, TGHH lebih berpengalaman berbanding Ust Ahmad Awang. Di mana kegagalan TGHH mengikut pandangan Tuan Haji?

Tuan Haji: Kebelakangan ini saya lihat banyak kelemahan TGHH dari sudut kepimpinannya sebagai seorang Presiden. Ini ingin ditutup oleh golongan asatizah tertentu dengan dijaja konsep wala'. Saya orang lama, YB. Tidak payahlah cuba menipu saya dengan menutup kelemahan melalui pendekatan sebegitu. Dulu tiada pun dijaja konsep wala' sebegini, tetapi semua ahli bersatu dan berdisiplin menyokong Presiden.

KS: Apa dia sebenarnya kelemahan TGHH yang Tuan Haji maksudkan?

Tuan Haji: Perbalahan dalaman PAS. Perbalahan dalaman PR. Ini semua hasil dari ketidak berkesanan kepimpinan TGHH. YB sendiri tahu kan, PAS bagaikan berpecah dua dengan budaya fitnah memfitnah, label melabel. TGHH tidak dilihat membuat apa-apa. Seolah-olahnya TGHH mahukan perpecahan berlaku. 
 
Malang sangatlah kalau TGHH dipengaruhi si Zuhdi tu. Pemimpin mesti mampu menyatukan ahli-ahli di bawah kepimpinannya, bukan redha supaya ahli berpecah macam sikap Zuhdi. Di sini saya berani sebut, kalau zaman Almarhum Ust Fadhil, sudah pasti beliau akan bertindak memintas perpecahan ini dan menyatukan kembali; dan itulah bukti kepimpinan bagi saya.

KS: Ya lah Tuan Haji, tetapi itu bukan mudah. Ahli-ahli PAS pun bukan semua ikut sahaja arahan TGHH. Sudah lama TGHH minta agar diberhentikan kerja fitnah dan melabel ini, tetapi ada ahli yang tidak mahu ikut.

Tuan Haji: Ya ke TGHH suruh berhenti? Tak dengar pun. Yang saya nampak kerja ini dibuat oleh asatizah muda, datang ke Surau pun depa masih tabur fitnah. YB pun kena! Malu saya dengan orang UMNO yang ada di Surau bersama. 
 
Tersengih sahaja mereka, mendengar kata-kata para ustaz ini. Sepatutnya TGHH sedar apa yang sedang berlaku di peringkat akar umbi dan menangani masalah ini sebelum menjadi parah seperti sekarang.

KS: Tidak mengapalah Tuan Haji. Jika benar mereka fitnah saya, pahala bagi saya. Maka tidak patut disalahkan TGHH pula.

Tuan Haji: Saya tidak kata TGHH yang buat atau suruh buat. Saya sebut TGHH tidak berkesan dalam menangani masalah ini.

KS: Oklah Haji. Selain tu? Yang Tuan Haji sebut bab PR. Takkan mahu TGHH ikut sahaja kehendak PKR dan DAP?

Tuan Haji: Dalam soal PR, TGHH bagi saya telah tersilap langkah semasa isu MB Selangor. Saya tidak faham mengapa TGHH sanggup pertahankan TSKI habis-habisan. Sehingga sanggup memberi kesempatan untuk UMNO memasuki perbalahan itu dan turut memberi sokongan tanpa syarat kepada TSKI. 
 
Dan untuk beberapa hari, PAS dan UMNO bersama dengan TSKI. Mahu jadi seperti senario 1 si Zuhdi kah? Bertegang kita dengan PR kerana TSKI! Apa punya strategi ini? Sepatutnya kukuhkan PR tetapi tidak. TSKI tu pun bukan bagus mana. Dulu pun PAS Selangor pun sudah minta tukar.

TGHH tidak hadir mesyuarat majlis Presiden, tidak dengar penjelasan dari DAP dan PKR, tetapi boleh batalkan keputusan dan persetujuan bersama begitu sahaja. Susah kalau bersikap sebegini. Mahu ikut kehendaknya semata-mata tanpa mendengar penjelasan dari 9 wakil PAS yang hadir apabila keputusan dibuat. Maaf YB, bagi saya, terbayang-bayang cara Dato' Asri.

Oleh kerana kita sudah dalam satu Pakatan, walau pun kapal asing-asing, perlu koordinasi supaya tidak belaga di tengah laut. Lebih-lebih lagi pada waktu malam dan laut bergelora. Tidak boleh buat ikut suka. Pentingkan syura. Inilah sifat kepimpinan yang baik. Saya tidak nampak TGHH berbuat sedemikian.

Dan malang lagi ianya berakhir dengan TGHH mengkritik secara terbuka DSWA. Orang kritik TGHH kita marah. Tapi TGHH kritik DSWA sebegitu rupa kita boleh terima? Maaflah YB. Sebenarnya ramai sependapat macam saya tetapi apa boleh kata, 'terpaksa' wala'? Kalau tidak akan dikutuk.

KS: Alaa Tuan Haji, perkara begitu, biasalah. Dalam perkahwinan pun suami isteri bergaduh. Apa perpatah Melayu..."sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri".

Tuan Haji: Huh, awak ni asyik bela TGHH sahaja. Tetapi saya tahu, YB pun boleh nampak kelemahan yang sama. YB kena lebih berani bercakap benar. Adakah YB boleh terima ungkapan "barua dan broker" yang dilemparkan kepada ahli dan pimpinan PAS lain? Saya minta maaf lagi, saya hingga hari ini tidak boleh terima. 
 
Sudahlah tu, bukti pun tidak ada. Tetapi main tuduh begitu. Terbuka pula. Bila saya balik dari muktamar, kawan saya dari UMNO tanya saya, kamu ni barua ke broker? Geramnya saya. Ni yang membuatkan saya lebih tidak yakin TGHH inginkan masalah dalaman PAS diselesaikan dengan baik. Malahan dia sendiri puncanya dengan kata-kata begitu.

KS: Ok lah Tuan Haji, cukuplah dengan isu TGHH. Yang Ust Ahmad Awang pula bagaimana? Kenapa Tuan Haji anggap beliau mampu membawa kepimpinan yang lebih berkesan?

Tuan Haji: Dia menyelamatkan PAS semasa PRU 2008 dahulu. Kalau tidak kerana ketegasan Ust Ahmad Awang, PAS Perak mungkin sudah bersatu dengan UMNO di Perak untuk membentuk kerajaan. Dia mampu menyatu padukan ahli dan PAS bersama PR. Kita patut berikan dia peluang.

KS: Tapi Tuan Haji, tu cerita lama. Tidak bererti TGHH bersetuju untuk membenarkan PAS bersama UMNO pada ketika itu. Tidak boleh lah Tuan mengandaikan bahawa TGHH bersetuju penyatuan UMNO dan PAS. TGHH dah sebut berkali-kali ianya tidak boleh.

Tuan Haji: Tidak apalah YB, mesyuarat agung tahunan kawasan pun sudah selesai. Pandangan saya begitu. Bagi saya, PAS perlukan Presiden yang lebih bijak merancang dan mengatur strategi, pandai berkawan dan jujur dalam persahabatan.

Tapi yang lebih penting lagi, sebagai ketua eksekutif, seseorang Presiden mesti bersedia untuk dikritik dan ditegur. Tidak dianggap 'berdosa' menyanggah pandangannya dan tidak salah membetulkan kesilapannya sekiranya tersilap. 
 
Ini bila kita sudah hilang Terengganu dan Kedah, tetapi tiada yang sanggup mengakui kelemahan yang menyebabkan kekalahan itu. Semua mahu disalahkan orang lain. Kalau kata, "oh, kita pun tersilap, sepatutnya Presiden buat ini dan itu", kita akan diserang bagaikan melakukan dosa besar!

Saya lihat ada para ustaz yang beranggapan kita kena pertahankan Presiden sepertimana para sahabat pertahan Nabi (SAW). Ini tidak betul! Ini seolah sudah seperti mendewa-dewakan pemimpin. Perumpamaan yang digunakan adalah silap dan salah. 
 
Kalau ya pun, biarlah kita katakan kita perlu pertahankan Presiden sepertimana para sahabat pertahankan Saidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali (Radhi Allahu anhum). Itu pun dah lebih dari yang patut. Mereka siapa, kita siapa? YB tahukan, Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali tetap ditegur dan dikritik dan berhujjah untuk pertahankan tindakan mereka. Bukan sekadar dijaja dengan wala' semata.

Macam seperti perang terhadap golongan murtaddiin, Abu Bakar bukan sekadar kata "perang" dan semua ikut. Tidak. Berhujjah dan berbahas sehingga Abu Bakar bacakan ayat 5 dan 11 surah At-Taubah baru sahabat lain akur. Kerana ada dalil dan nas, bukan sekadar wala' sahaja. Kes Umar dengan Jubahnya pun begitu masyhur. Kes Uthman dan pengkritiknya yang begitu ramai yang mengkritik perlantikan ahli keluarganya ke jawatan penting. 
 
Semua ditanganinya dengan cara sebaik mungkin, berhujjah dan menjelaskan. Termasuk juga kisah Ali dengan Muawiyyah serta golongan Khawarij. Semua terpaksa ditangani dengan berhujjah. Bukan dituduh tidak wala' dan khianat dan sebagainya.

Dan inilah suasana dan pemikiran yang wujud di kalangan golongan lama di Shah Alam. Yang muda-muda memang mudah untuk menerima konsep wala' tetapi veteran yang sudah lama dalam PAS tidak begitu. 
 
Mereka menganggap ianya hak mereka untuk memilih Presiden dan menukar Presiden sekiranya tidak puas hati dengan prestasinya. Veteran sebegini bukan mudah sesiapa 'peralatkan', termasuk saya.

Konsep kepimpinan Ulama' bagi mereka tercapai dengan pembentukan MSU yang memantau perjalanan PAS supaya tidak menyeleweng dari dasar Islamnya. Presiden tidak semestinya seorang ulama' tetapi semestinya berilmu dan kommitted dengan perjuangan Islam serta bijak berstrategi dan menyusun gerak kerja politik untuk mencapai matlamat parti. 
 
Maka, DS Presiden sebagai seorang ulama tersohor semestinya mempunyai kelebihan dan di atas sebab itulah beliau telah dipilih oleh perwakilan pada setiap muktamar tahun demi tahun. Oleh itu, saya memohon agar mereka yang menuduh saya ingin menjatuhkan DS Presiden agar tidak menuduh sebarangan tetapi membantu saya menjawab golongan seperti Tuan Haji ini dengan hujjah balas dan bukan sekadar meminta beliau agar terus wala'.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

MP gesa Ahmad Maslan ditukar kementerian

Posted: 12 Apr 2015 08:00 PM PDT

Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan perlu ditukarkan ke kementerian lain serta merta ekoran saranannya terhadap mahahsiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) semalam.

Mahasiswa kampus itu mengkritik saranan beliau supaya mereka memasak sendiri daripada makan di luar bagi mengurangkan beban Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana asrama pelajar universiti tidak membenarkan memasak.

"Kita tak perlu orang yang propagandis cemerkap seperti Ahmad Maslan. Beliau sepatutnya ditukar serta merta ke kementerian yang lain.

"Tetapi saya berharap Putrajaya boleh pastikan bahawa beliau tidak akan memalukan kerajaan dalam jawatan barunya kelak," katanya dalam satu kenyataan.

Setelah dipindahkan, Liew berkata sekurang-kurangnya GST boleh dijelaskan sebagai satu isu yang serius dan bukannya "propaganda murah".

Liew turut mendakwa bahawa pemimpin BN dilaporkan menggunakan "politik perkauman yang tidak senonoh" untuk menyokong cukai tersebut.

Bagaimanapun Liew ketika dihubungi Malaysiakini tidak boleh memberi butiran tentang "politik perkauman" itu.

Maksud untuk siswa luar kampus

Semalam Astro Awani melaporkan mahasiswa mengejek Ahmad yang juga MP Pontian ketika seminar berkaitan GST.

Mereka dilapor kecewa dengan Ahmad yang menyarankan supaya mahasiswa memasak makanan mereka sendiri bagi mengelakkan cukai  memandangkan barang mentah tidak dikenakan cukai.

Bagaimanapun, Ahmad dilapor berkata nasihatnya tertakluk kepada mahasiswa yang tinggal di luar kampus sahaja, dan beliau turut menggesa pengendali kedai makan dalam kampus menetapkan harga yang munasabah.

"Saya sudah jelaskan semuanya, kita galakkan untuk mereka masak kalau sewa di luar dan pengusaha cafe tidak patut naikkan harga kerana bahan mentah tidak dikenakan GST, semuanya sudah jelas," katanya seperti dilaporkan oleh Astro Awani.

LEBIH BAIK GILA DARI BODOH AHMAD MASLAN Oiiii!!!

Posted: 12 Apr 2015 07:15 PM PDT

BARU NI AHMAD MASLAN CAKAP GST  AKAN MENURUNKAN HARGA BARANG.

TAPI SEMALAM SEBAGAI PELENGKAP KEPADA SIRI KEBODOHANNYA SELAMA INI, DIA SURUH BUDAK-BUDAK UITM MASAK SENDIRI PULAK UNTUK ELAK GST.
KALAU DAH GST KASI BARANG TURUN HARGA PASAI PA NAK ELAK GST PULAK?
TAK KE BENGONG NAMANYA???
NI YANG DIKATAKAN LEBIH BAIK GILA DARI BODOH!!!

11 April, 2015.- Datuk Ahmad Maslan bercakap dalam forum penerangan berkenaan GST kepada pelajar kepada pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam, hari ini. Bagaimanapun, pelajar tidak berpuas hati dengan penerangan yang diberikan. – Gambar Malaysiakini

Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang hadir pada satu taklimat program cukai barang dan perkhidmatan (GST) hari ini, melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang disifatkan tidak menjawab persoalan mereka mengenai pelaksanaan cukai tersebut.

AHMAD_MASLAN_GST_TAX

Ahmad Maslan – Gambar ihsan TMI

Tetapi sebaliknya kata mereka, timbalan menteri kewangan itu seperti menghentam pihak pembangkang pada sesi soal jawab bersama pelajar UiTM Shah Alam itu.

Pelajar Fakulti English Professional dan Communications, Maziah Mazli, 21, berpendapat, Ahmad tidak menjawab soalan yang dibangkitkan dan memberi penjelasan sebenar mengenai GST.

"Kerajaan mesti terangkan dulu (pada pelajar). Dia tak jawab soalan. Dia macam 'twist' (putar belit). Kami sebagai pelajar, kami nak tau apa sebenarnya GST. Kami tak dapat gambaran jelas apa itu GST.

"Sejak pelaksanaan GST, terasa sangat kesannya, terutamanya top-up (kredit telefon bimbit) dan makan. Kerajaan macam tak ambil kira semua aspek. Kami tidak ada kemudahan untuk masak.

"Jadi, betul-betul bergantung kepada makanan yang disediakan universiti," katanya yang mengulas saranan Ahmad kepada mereka supaya selalu memasak dan tidak makan di luar untuk mengelakkan GST. Read more source TMI

Dr Mahathir dakwa pemimpin UMNO hari ini setia hanya kerana kontrak Astro Awan

Posted: 12 Apr 2015 06:30 PM PDT

Dr Mahathir dakwa pemimpin UMNO hari ini setia hanya kerana kontrak
Dr Mahathir dakwa pemimpin UMNO hari ini setia hanya kerana kontrak Dr Mahathir dakwa pemimpin UMNO hari ini setia hanya kerana kontrak

KUALA LUMPUR: Bekas perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mendakwa pemimpin-pemimpin UMNO menyatakan kesetiaan mereka kepada Datuk Seri Najib Tun Razak hanya kerana mendapat kontrak.

"UMNO sekarang hanya kerana duit.Ketua-ketua UMNO setia sebab mereka dapat sesuatu, kontrak. Yang dapat-dapat jawatan tu semua dapat duit.

"Tapi bila anda buat macam tu, anda bagi ketua, yang lain semua?" kata Dr Mahathir menerusi video yang disiarkan di blog dinturtle.blogspot.com. Dr Mahathir dilaporkan mengadakan pertemuan bersama penulis blog anjuran Bloghouse di ibu negara semalam.

Dalam video itu juga Dr Mahathir mendakwa UMNO hari ini sudah berpecah dan berbeza jika dibandingkan ketika beliau mengetuai parti terbesar orang Melayu itu.

"UMNO dah pecah dah. UMNO yang saya ketuai dahulu sangat kuat, kalau anda tengok dalam perhimpunan pun, semangat cukup," katanya. Dr Mahathir juga mendakwa beliau merasakan Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyebabkan UMNO tewas dalam pilihan raya akan datang.

"Saya rasa dia akan menyebabkan UMNO akan kalah dalam pilihanraya akan datang, percayalah pada saya," ujar beliau. Beliau juga mendakwa, ramai yang datang menemuinya mengadu mengenai pentadbiran Najib dan menyatakan rasa tidak puashati mereka.

"Dasar Ekonomi Baru (DEB), perasan kecewa orang Melayu. Mereka datang cakap dengan saya, apalah macam ni. Maksud saya orang biasa "Biasiswa tak boleh dapat, dulu boleh mudah dapat," katanya.

Beliau juga mempertahankan haknya untuk mengkritik Najib, dengan mengatakan bahawa apabila ia datang kepada isu-isu negara dan Melayu, beliau mempunyai hak untuk bercakap mengenai mereka kerana dia menganggap dirinya Melayu, walaupun ini telah dipertikaikan.

"Kira-kira negara dan orang Melayu, saya di sini, saya seorang Melayu. Walaupun sesetengah orang mengatakan saya tidak. Sisi undang-undang saya Melayu. Saya telah berjuang untuk ini.

"Ia adalah hak rakyat untuk menolak apa yang saya katakan, tetapi ia adalah hak saya untuk mengkritik." jelas beliau. Mutakhir ini, Dr Mahathir sering memberi kritikan keras terhadap pentadbiran Najib dan menggesa perdana menteri meletak jawatan.

Posted by mountdweller

Artikel ini akan jadi punca USTAZ AHMAD AWANG kene flying kick dua belah kaki.

Posted: 12 Apr 2015 05:45 PM PDT

Ramai sahabat-sahabat yang menyatakan perasaan kecewa dan sedih mereka kepada saya, melihat gelagat beberapa pimpinan PAS yang menunjukkan sikap tidak menghargai dan bersyukur atas kewujudan Pakatan Rakyat. Samaada mereka mempunyai wawasan masa depan politik yang begitu terbantut atau agenda tersendiri yang masih belum didedahkan hanya Allah yang Mengentahui.
Kata-kata seperti "PAS mampu bersendirian", "Putrajaya bukan matlamat kami", "Sokongan bukan Islam tak penting" dan sebagainya adalah sangat-sangat bercanggah dengan wawasan pimpinan terdahulu.

KENANGAN ZAMAN DAHULU
Saya masih ingat pada tahun-tahun 80an semasa PAS mempunyai kekuatan hanya di pantai Timur, khususnya di Kelantan dan Terengganu, pada ketika itu, semua pimpinan berusaha memikirkan kaedah untuk memperluaskan pengaruh PAS supaya melangkaui kawasan pantai timur ini.

Pada ketika itu PAS sebagai parti yang tersisih dari politik arus perdana negara dan dianggap parti yang mempunyai sokongan hanya di kawasan Pantai Timur dan kawasan terhad di Kedah dan Perak. Maka pimpinan dan keseluruhan ahli-ahli PAS berusaha sambil berdoa agar ruang pengaruh PAS dapat diperluaskan.

Didoakan semoga Allah bantu PAS supaya dapat maju ke depan, memperluaskan ruang pengaruh dan sokongannya, bukan sekadar di Pantai Timur sahaja tetapi juga di Pantai Barat. Begitu juga, bukan sekdar di kampung-kampung tetapi juga di bandar raya dan bukan sekadar di kalangan orang Islam sahaja tetapi juga di kalangan yang bukan Islam.

Pada ketika itu, pimpinan di semua peringkat bertungkus lumus berusaha mengatasi prejudis dan gambaran negatif yang tersebar luas terhadap PAS di kalangan masyarakat, khususnya yang bukan Islam. Maka diusahakan pembentukan "Chinese Consultative Council" atau "CCC".

Nak cari orang Cina yang sanggup hadir program PAS pada ketika itu cukup sukar walau pun bersama CCC. Pada masa itu beberapa orang suadara baru dari kaum Cina ikut mendekatkan PAS dengan masyarakat Cina. Di antara mereka yang saya masih ingat ialah Kamal Koh, Ridzuan Daniel Onn dan Ali Abdullah.

Kemudian semasa PAS menubuhkan lajnah antara kaum pada tahun 90an seorang saudara baru yang sangat kuat membantu saya di Perak semasa menjadi PJ ialah Faizal Tan(Allahyarham) dan kemudian datang lagi seorang saudara baru membantu saya di pusat semasa saya menjadi ketua penerangan ialah saudara Ann Wang Seng Abdullah.

DATANGNYA PERTOLONGAN ALLAH?
Saya yakin, dengan doa dan usaha ahli dan pimpinan, yang merupakan gandingan ulama, profesional dan aktivis, Allah hasilkan perpecahan Umno pada 1987 dan Semangat 46 terbentuk. Pimpinan PAS bertindak bijaksana, menyedari ianya bantuan dari Allah, mengadakan Tahaluf dengan S46 dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan pada pilihan raya 1990, Kelantan dimenangi kembali selepas 14 tahun di bawah Barisan Nasional.

Sepuluh tahun kemudian, pada 1998 Allah memberi pertolongan kepada PAS sekali lagi dengan perpecahan Umno buat kali kedua. Barisan Alternatif (BA ) terbentuk dan Terengganu pula dimenangi PAS sambil Kelantan tetap berjaya dipertahankan pada PRU 1999. Pada ketika itu, imej PAS yang bekerjasama rapat dengan DAP dan Keadilan mula berjaya diperbaiki di kalangan "mayarakat selain dari ahli PAS". PAS dilihat adil membela semua golongan yang dizalimi.

Malangnya pada 2004, atas sebab Umno/BN bersatu kembali melalui kepimpinan barunya ia itu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan DAP meninggalkan BA maka Terengganu terlepas kembali kepada BN dan PAS hilang kembali kerusi-kerusi yang dimenangi di Selangor dan Perak. PAS pun dapat bertahan di Kelantan dengan majoriti kerusi yang minima. Namun, kemenangan cemerlang Umno/BN yang dicapai pada 2004 hanya sementara.

PERPECAHAN UMNO DITERUSKAN
Hasil perpecahan Umno yang berterusan, dan pendekatan serta strategi bijaksana PAS, dengan diperkenalkan cogan-kata "PAS for all", dan kegagalan Pak Lah untuk melaksanakan apa yang dijanjikannya melalui slogan Islam Hadharinya maka PAS, PKR dan DAP terus mara di arena politik tanah air. PR terbentuk selepas PRU 2008 hasil pencapaian cemerlang dalam pilihan raya tersebut dan Kedah, Selangor, Perak, Pulau Pinang dapat dirampas dari BN sambil Kelantan terus berjaya dipertahankan dengan cemerlangnya.

Kejayaan demi kejayaan yang diperolehi PAS, melalui pilihan raya yang disertainya selama ini, adalah hasil dari doa dan usaha gigih pimpinan dan ahlinya, serta kemampuan mereka untuk mengenali dan memanfaatkan bantuan yang Allah berikan sepanjang perjuangan mereka.

Maka PAS mencapai apa yang diinginkan dan diusahakan selama ini. PAS menjadi sebuah parti politik yang dilihat releven semua kaum, berada di tengah-tengah arus perdana politik negara, membicarakan masalah rakyat dan ummah sambil membela semua yang teraniaya, samada Islam atau bukan Islam.

PAS menjadi parti yang punyai daya penarik terhadap seluruh rakyat dan tidak lagi dilihat sebagai parti terpencil dan tidak releven. Kebersamaan PAS dengan rakyat dalam usaha menangani masalah rakyat semakin menonjol tanpa mengabaikan persoalan-persoalan Islam dan ummah yang menjadi dasar perjuangannya.

Justeru itu, bagi saya, pembentukan PR adalah sebenarnya satu pertolongan dari Allah yang jelas dan nyata. Ianya terhasil dari perpecahan yang Allah cetuskan di kalangan pimpinan Umno dan BN. Ianya satu gabungan yang suatu ketika dahulu dianggap tidak masuk akal tetapi tetap dijayakan Allah juga hasil kebijaksanaan dan usaha gigih serta doa pimpinan dan ahli-ahli PAS. Ianya juga hasil dari doa rakyat jelata yang ingin terlepas dari kesempitan yang dihasilkan kezaliman Umno.

PERUBAHAN SIKAP SECARA MENGEJUT
Malangnya secara tiba-tiba saya dan ramai pendokong PAS melihat ada pihak yang tidak menghargai dan mensyukuri pertolongan yang Allah berikan ini walaupun kebaikannya dizahirkan Allah melalui keputusan PRU, penerimaan orang bukan Islam terhadap PAS, pembentukan dan pengukuhan DHPP, pembentukan kerajaan PR di beberapa negeri dan bermacam-macam lagi.

Mereka bagaikan tidak mengenalinya sebagai pertolongan dari Allah dan sebaliknya mendakwa ianya pengkhianatan terhadap perjuangan Islam! Segala pencapaian yang disasarkan dan dicapai melalui PR tiba-tiba dilihat sebagai tidak berharga dan bernilai dan dianggap sebagai kelemahan yang membawa kerosakan aqidah.

PERLU WAHYU MENGESAHKAN?
Tiada wahyu yang akan turun untuk menyelamatkan PAS dari kesimpulan yang negatif ini sepertimana turunnya wahyu membetulkan sikap beberapa sahabat selepas ditanda-tangani perjanjian Hudaibiyyah. Dan sebenarnya wahyu baru tidak diperlukan lagi kerana Al-Quran lengkap dan sempurna.

Hanya yang diperlukan adalah untuk dibuka mata untuk melihat dan dibuka minda untuk berfikir dan dibuka hati untuk bersikap adil dan ikhlas. Jangan ada di antara kita yang menjadi seperti golongan Bani Israel yang diturunkan Al-manna was-Salwa kepada mereka tetapi mereka meminta pula diberikan kepada mereka tumbuhan-tumbuhan dari bumi seperti bawang, gandum, sayur-sayuran dan sebagainya!

Jangan kita bersikap seperti kaum Bani Israel yang Allah kisahkan itu yang inginkan bantuan dalam bentuk yang mereka inginkan sahaja, sambil kufur dan engkar terhadap cara yang Allah berikan.

Amat meleset sekali kalau kita bersikap, PR adalah satu kesilapan dan penyelewengan dari dasar PAS. Ini membawa erti kita menafikan usaha-usaha serta ijtihad pimpinan terdahulu. Sambil itu kita tidak bersyukur ke atas pertolongan yang Allah berikan sehingga PAS mencapai status sepertimana yang tercapai hari ini. Sebaliknya kita wajar teruskan dan bina di atas apa yang dibina mereka yang terdahulu dari kita.

PAS mula diterima semua

Kepercayaan rakyat jelata termasuk yang bukan Islam terhadap PAS bertambah tahun demi tahun sejak 1998 dan memuncak pada 2012. Imej almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai pemimpin untuk seluruh rakyat semakin kukuh dan beliau dipuji semua kecuali BN (yang hanya memberi pujian setelah beliau kembali mengadap Allah). Adakah ianya kerana TGNA "tunduk pada DAP"? Sudah pasti tidak!

Pada masa yang sama, hubungan di antara PAS dan DAP menjadi begitu rapat sehingga DAP sanggup menggunakan lambang PAS sekiranya perlu pada PRU 2013 ia itu sekiranya parti DAP digantung atau dibatalkan pendaftarannya sebelum PRU ke 13.

Ke mana perginya hubungan yang sebegitu rapat pada masa ini? Adakah PAS pernah menggugurkan dasar perjuangannya demi mencapai hubungan sebegitu akrab? Sudah pasti tidak pernah! Namun kepercayaan dan hubungan itu dibina dengan pendekatan yang berhemah dan bijaksana pimpinan terdahulu.

RETAK MENUNGGU BELAH
Tiada siapa yang menjangka, dalam tempoh hanya 2 tahun hubungan PAS dan DAP menjadi bagaikan "retak menunggu belah". Lebih-lebih lagi setelah mencapai keputusan yang agak cemerlang semasa PRU 13. Keputusan cemerlang ini sepatutnya mengukuhkan lagi hubungan ini dan bukan sebaliknya. Tetapi anehnya, sekarang PR seperti berada di ambang perpecahan dan berantakkan. Di mana silapnya?

Imej PAS turut tercalar, menyebabkan kepercayaan bukan Islam terhadapnya semakin terhakis. Dituduh khianat dan tidak amanah rakan segabungannya. Dilihat PAS membawa perjuangan yang eksklusif hanya untuk orang Islam sambil bagaikan kurang berminat terhadap penderitaan rakyat.

Isu 1MDB, GST dan pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan lain-lainnya seolah-olah tenggelam di bawah perbahasan mengenai perlaksanaan Enakman Kanun Jenayah Syariah II (EKJS) yang di kenal dengan Undang-Undang Hudud negeri Kelantan.

Saya melihat isu hudud ini menjadi besar setelah ianya diwar-warkan kerajaan pusat yang di ketuai Umno memberi sokongan untuk melaksanakan undang-undang hudud negeri Kelantan dengan syarat ianya dibawa ke Parlimen untuk di luluskan.

Namun apa yang sebenarnya yang terkandung dalam Rang Undang-undang Persendirian yang di bawa TGHH (MP Marang) adalah hanya mengenai Pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah(Bidangkuasa Jenayah 1965) yang dikenali dengan Akta 355 .

Pindaan itu bertujuan bagi menaikkan kadar hukuman yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah dalam kes-kes jenayah dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah iaitu kesalahan zina, minum arak, menuduh zina yang selama ini hukuman sebatan hanya boleh dilaksanakan sebanyak tidak lebih dari enam sebatan sahaja. Maka dengan kelulusan Rang Undang-undang Persendirian itu Mahkamah Syariah bolehlah melaksanakan hukuman sebatan mengikut yang dituntut syariah.

Ada pun hukuman rejam sampai mati, hukuman potong tangan, hukuman potong tangan dan kaki dan hukuman bunuh atas jenayah murtad dan jenayah qisas seperti yang terkandung dalam EKJS Kelantan itu tidak dapat dilaksanakan kerana tidak termasuk dalam Pindaan Akta 355.

Perkara seperti ini tidak difahami masyarakat umum termasuk sebahagian pimpinan PAS sendiri. Sebagai contoh ketika menulis artikel ini saya terbaca kenyataan PJ Perak yang dengan tegas menyebutkan, Private Bill yang dibawa PAS ke Parliman ialah EKJS yang diluluskan DUN Kelantan baru-baru ini. Hal ini bertambah menjadi perbahasan apabila digambarkan, PAS amat bergatung dengan pihak Umno yang diwar-warkan bersetuju dengan perlaksanaan undang-undang hudud Kelantan.

Perkara ini bertambah merancakkan perbahasan apabila ada beberapa pemimpin PAS Kelantan membangkitkan kononya TGNA (Allahyarham) memberi amanat supaya berbaik-baik dengan Umno bagi melaksanakan undang-undang hudud.

CAMPUR TANGAN UMNO?
Sedih, namun itulah keadaan yang berjaya diwujudkan sekarang ini. Semestinya mereka yang terlibat dalam merencanakan perkembangan ini amat di sukai Umno/BN. Sudah pasti ini semua terhasil bukan secara kebetulan tetapi diusahakan pihak-pihak tertentu mengikut perancangan mereka.

Melalui berbagai usaha, termasuk permainan Umno yang menggunakan isu hudud sebagai wasilah mereka yang berjaya menghasilkan suasana ini. PAS dan DAP lebih sibuk bergaduh sesama sendiri dari menyentuh Umno. Malahan ada di kalangan ahli PAS yang beranggapan, menyerang DAP dan PKR adalah "lebih afdhal" dari menyerang Umno. Dan itulah yang golongan ini lakukan sejak tahun-tahun kebelakangan ini.

KESIMPULAN

Keadaan ini semua adalah hasil kepimpinan yang dilihat kurang berkesan dengan wawasan yang bercelaru. Sebelah kakinya di dalam perahu PR dan sebelah lagi bagaikan di luar perahu . Walaupun disebut berkali-kali "kukuhkan PR", "PAS terus bersama PR", "PAS tidak akan keluar PR", namun tindakan bercanggah dengan kata-kata. Tambahan pula terdapat golongan ulama pelapis muda yang baru dapat amanat kepimpinan sering membuat kenyataan, PAS lebih senang berjuang bersendirian.

Sudah tiba masanya kita kembalikan PAS kepada landasan yang dipersetujui dan diputuskan bersama, dengan kepimpinan yang jelas wawasan serta manhaj dan uslubnya. Sama sama kita kembalikan keyakinan rakyat, yang Islam dan bukan Islam, terhadap PAS.

Kita ingin ke Putrajaya dengan PR dan tidak redha Umno/BN terus bertakhta lebih lama. PRU 14 tumpuan kita, dengan gandingan yang kukuh dan mantap bersama PR. PAS sebagai rakan setia yang jujur dan boleh diyakini kata-kata dan janji nya. – TMI

Woi Ahmad Awang!!!!!

Kami geng UG hanya buat apa yang Allah redha. Walau kelihatan munafik tapi kami menganggap kemunafikan itu diredhai ALLAH

wakakaka

Kau jangan bandingkan ilmu kau dengan ilmu yang kami ada. Kami dah tahap serban tinggi, kau masih berketayap pasar malam.

wakaka

GeloraHatiMuda " GUA TETAP SOKONG USTAZ AHMAD AWANG"

Cemerkap - MP Gesa Ahmad Maslan Ditukar

Posted: 12 Apr 2015 05:00 PM PDT

Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan perlu ditukarkan ke kementerian lain serta merta ekoran saranannya terhadap mahahsiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) semalam.

Mahasiswa kampus itu mengkritik saranan beliau supaya mereka memasak sendiri daripada makan di luar bagi mengurangkan beban Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana asrama pelajar universiti tidak membenarkan memasak.

"Kita tak perlu orang yang propagandis cemerkap seperti Ahmad Maslan. Beliau sepatutnya ditukar serta merta ke kementerian yang lain.

"Tetapi saya berharap Putrajaya boleh pastikan bahawa beliau tidak akan memalukan kerajaan dalam jawatan barunya kelak," katanya dalam satu kenyataan.

Setelah dipindahkan, Liew berkata sekurang-kurangnya GST boleh dijelaskan sebagai satu isu yang serius dan bukannya "propaganda murah".

Liew turut mendakwa bahawa pemimpin BN dilaporkan menggunakan "politik perkauman yang tidak senonoh" untuk menyokong cukai tersebut.

Bagaimanapun Liew ketika dihubungi Malaysiakini tidak boleh memberi butiran tentang "politik perkauman" itu.

- mkini

Adun Kedah Desak Mukhriz Letak Jawatan

Posted: 12 Apr 2015 04:15 PM PDT

Ketika pemimpin Umno bersegera mempertahankan presiden mereka Datuk Seri Najib Razak, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dikritik kerana tidak secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap perdana menteri.

Seorang wakil rakyat Umno Kedah mahu Mukhriz meletak jawatan sebagai menteri besar jika beliau tidak secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap Najib, kerana katanya, anak bekas perdana menteri itu terhutang budi kepada presiden Umno itu untuk jawatannya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada Datuk Ahmad Lebai Sudin itu juga mengkritik Mukhriz kerana mengaitkan sokongannya terhadap Najib dengan penyiasatan terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibebani hutang.

"Jawatan menteri besar itu dilantik perdana menteri dengan sokongan Adun Barisan Nasional. Kalau beliau tidak lagi menyokong perdana menteri, yang terbaik ialah beliau letak jawatan," kata Ahmad dipetik sebagai berkata kepada satu laporan di portal SuaraTV.

Ahmad diwawancara portal itu selepas satu mesyuarat luar biasa antara pemimpin Umno negeri, ahli Parlimen Umno dan Adun Umno yang dipanggil pegawai Mukhriz pagi ini.

Ahmad mendakwa, mesyuarat itu sepatutnya diadakan bagi menyatakan sokongan mereka kepada perdana menteri dan presiden Umno.

Najib ketika ini dikrtik hebat pemimpin veteran Umno terutamanya bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed dan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin.

Dr Mahathir, bekas presiden Umno dan juga bapa Mukhriz, menggesa Najib meletak jawatan, mengatakan Umno dan BN akan tewas dalam pilihan raya umum akan datang jika beliau tidak berbuat demikian.

Ini mencetuskan satu arus sokongan terhadap Najib daripada pemimpin akar umbi Umno dan mereka yang berada dalam BN.

Bagaimanapun, Ahmad mendakwa, semasa mesyuarat itu, Mukhriz berkata beliau akan menunggu hasil siasatan audit ke atas 1MDB sebelum menyatakan sokongannya kepada Najib.

"Mukhriz berkata, dia hanya akan sokong Najib sekiranya siasatan mendapati tidak terdapat salah laku dalam 1MDB. Tetapi, sekiranya hasil siasatan mendapati sebaliknya, dia akan menyebelahi orang ramai," kata Ahmad kepada SuaraTV.

Ahmad mendakwa beberapa pemimpin Umno semasa mesyuarat itu tidak setuju dengan pendirian Mukhriz itu.

"1MDB ialah isu pengurusan yang sedang disiasat Jabatan Audit. Ia tidak sepatutnya menjadi penanda aras kepimpinan Najib.

"Najib sendiri berjanji akan mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat bukti wujud salah laku," Ahmad dipetik berkata kepada SuaraTV.

"Saya diberitahu mesyuarat itu untuk menyatakan sokongan kepada perdana menteri, tetapi dalam mesyuarat, menteri besar kata beliau berada di pihak rakyat.

"Saya pelik. Rakyat mana? Ramai juga rakyat yang menyokong Najib," Ahmad memberitahu SuaraTV.

Ahmad berkata antara Adun yang menghadiri mesyuarat itu ialah Nor Saidi Nanyan (Kuah), Kama Noriah Ibrahim (Pedu), Datuk Abu Hasan Sarif (Kota Siputeh) dan Datuk Ahmad Zaini Japar (Bukit Kayu Hitam).

Ahli exco negeri yang hadir termasuk Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (industri dan pelaburan), Aminuddin Omar (belia dan sukan) dan Datuk Badrol Hisham Hashim (perumahan dan kerajaan tempatan), kata Ahmad.

Antara ketua bahagian yang hadir ialah Datuk Mohd Rozai Shafian (Pendang), Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (Baling), Datuk Johari Baharum (Kubang Pasu), Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap) dan Abdullah Hasnan (Kuala Kedah).

- tmi

Lawak hujung minggu dari Tun Mahathir

Posted: 12 Apr 2015 09:00 AM PDT

Salam jemaah2 Ayah///
Petang tadi Mydin telah mengaturkan petemuan ayah dgn Tun M dibalai raya..Ayah menasihatkan Tun jangan sesekali campur tangan dalam urusan Amirul Mukminin Dato Sri Najib Ibnu Razak..Barang siapa yang cuba mengkritik atau menghina Wali Melayu Dato Sri Najib jangan tanya kenapa penumbok ayah sampai dari belakang..Ayah dan juga ahli berbai'ah akan tetap setia menjunjung kasih kebawah pimpinan Wali Melayu Dato Sri Najib..Hidup Melayu

dollah yankee -
Tun Mahathir mesti tertanya-tanya...sambil berkata.."gila apa ke mamat sekor ni,pakai spek itam dalam meeting room,baru terlepas dari mana ni? Tampoi?TR?"

Nota: Mungkin kah Tun Mahathir gelak sorang-sorang selepas mamat ini selesai berjumpa dengan nya?

3 comments:

  1. Okay lah juga TDM nak jumpa mamat ni. Apa jenis pakaian seragam yang dia pakai? Macam orang tak betul je, itu pun TDM masih melayan.....
    Reply
  2. Seorang pelakun dikritik hebat kerana dikatakan memakai pakaian menyerupai pasukan keselamatan. Tp klu tgk baju mamat ni lg dasat dr pelakun tu tk ada polis atau org ramai tegur pun.
    Reply
  3. jendral tentera apa makhlok tu heh.....
    Reply
 
Tidak percaya Najib bermakna tidak percaya Allah kata Ismail Sabri

Posted: 12 Apr 2015 08:00 AM PDT

MENTERI Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Ismail Sabri Yaacob dilapor mengaitkan sumpah yang dibuat oleh Najib sebagai sama tahap dengan keimanan (kepercayaan) kepada Allah.

Sebuah gambar keratan akhbar berhubung perkara itu‎ tersebar dengan meluasnya di laman sosial seperti facebook dan twitter.

Begitu mudah menteri ini membuat kesimpulan sekiranya orang ramai tidak percaya kepada sumpah yang dibuat oleh Najib, bermakna orang itu tidak percaya kepada Allah. Dalam bahasa ringkasnya, tidak percaya Najib, bermakna tidak percaya Allah.

TUN M dedah rahsia kenapa selama ini BN takut kalah..!!! Dr M: Ramai bakal didakwa kalau BN kalah

Posted: 12 Apr 2015 07:00 AM PDT

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berterus terang apabila mengakui bahawa jika BN kalah dalam pilihan raya umum akan datang, ramai orang bakal dihadap ke mahkamah.

Beliau mengulas berhubung skandal firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibimbanginya boleh menjatuhkan BN pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya fikir, kalau dia (Najib) tak ada, BN menang. Sebab itula ia perlu buat sekarang, sebab kita mempunyai masa untuk bekerja untuk memulihkannya.

"Tapi yang saya takut sekali, apabila parti lawan menang, (dan) kita kalah, parti lawan tak ada simpati.

"Nanti dia cungkil. Bila dia cungkil, mungkin ada yang akan dihadap ke mahkamah, dan mungkin akan didapati bersalah.

"Kalau BN kalah... banyak orang akan berdepan kesan yang lebih besar," kata Dr Mahathir dalam satu video klip temubual yang dimuatnaik dalam Youtube semalam.

Wawancara lima bahagian yang dimuatnaik sejak 10 April lalu oleh seorang penulis blog yang dikenali sebagai Din Turtle, yang mendakwa merakamnya dalam satu majlis melibat blogger pada hari tersebut.
 
KedahLanie.info

Kesihan Melayu: Tak habis-habis dijadikan rmodal!

Posted: 12 Apr 2015 06:00 AM PDT

Susah nak cakap......aku rasa selagi ayam pandai berkokok selagi itu fikiran melayu tak akan berubah dan akan sentiasa dihasut dengan kebimbangan oleh sekelompok manusia yang takut kehilangan kuasa......

Hari ini sebuk bersungut dan membantah GST........esok dekat pilihanraya disogok dengan sekeping dua kertas berkepala Agong, terus terkedu dan akan lupa segala sungutan dan kemarahan akan lenyap......itulah taraf pemikiran melayu! Kritikan Dr Mahathir terhadap Najib ancam politik Melayu, kata Awang Selamat Published:

12 April 2015 9:23 AM Utusan Malaysia mendakwa semakin ramai yang tidak selesa dengan siri serangan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Razak dan meminta ia dihentikan.

Utusan Malaysia hari ini menggesa kritikan yang dilemparkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Razak segera ditamatkan kerana dikhuatiri membawa "mudarat" kepada politik Melayu. Dalam ruangan pojok akhbar milik Umno itu hari ini, Awang Selamat berkata Dr Mahathir seharusnya mengambil kira pandangan orang ramai yang mahukan beliau bersikap lebih adil terhadap perdana menteri itu.

"Belum terlewat untuk redakan keadaan kerana jika berterusan begini, dikhuatiri membawa mudarat besar kepada kedudukan politik Melayu.

"Apatah lagi dalam landskap politik yang jauh lebih mencabar berbanding era sebelum ini. Buktinya sudah ada pihak yang mahu menangguk di air keruh terutama DAP – tersenyum puas," katanya.

Awang bagaimanapun berkata, ketika sokongan terhadap ahli Parlimen Pekan itu dipertahankan, Dr Mahathir juga harus dihormati dengan jasanya yang besar sebagai negarawan. "Awang tiada jawapan tetapi berharap Dr Mahathir mengambil isyarat, banyak pihak mahukan beliau lebih bersikap adil kepada Najib.

"Pada Awang, kepimpinan Najib perlu dipertahankan sambil kita terus menghormati Dr Mahathir sebagai negarawan yang banyak berjasa," katanya. Awang berkata, ramai tidak selesa dengan situasi yang berlaku.

"Sesungguhnya, banyak pihak tidak selesa dengan apa yang berlaku dan berdoa agar ada penyelesaian terbaik. "Awang sokong Najib atas banyak faktor dan pertimbangan.

Prinsipnya sama. "Ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri, ramai termasuklah Najib dan insan kerdil seperti Awang, berdiri teguh bersama beliau," katanya dan menambah, mereka menyokongnya walaupun ketika itu Dr Mahathir sering dikritik hebat. "Biarpun Dr Mahathir selalu dikritik hebat atas banyak isu, ramai ke hadapan pertahankannya, termasuk melalui penulisan.

Sokongan itu bukan kosong tetapi bersandarkan merit dan keyakinan. "Hari ini, giliran Najib pula mendapat sokongan yang sama," kata Awang. Awang berkata, pihaknya percaya Dr Mahathir dan Najib masih mampu untuk bersama kembali.

"Bukan mustahil untuk Dr Mahathir dan Najib bertaut kembali, meskipun ada kenyataan Dr Mahathir yang dilihat menghina dan membawa aib kepada Najib, tetapi perdana menteri masih memperlihatkan kesabaran dan ketenangannya. Ruang masih terbuka."

Awang turut membangkitkan persoalan apa yang akan terjadi selepas Najib menjawab kritikan Dr Mahathir. "Selepas Najib tampil menjawab kritikan keras Dr Mahathir, apa pula perkembangan selepas ini?

"Perlahankah Dr Mahathir atau makin kuat lagi tekanan ke atas Najib?" soal Awang. "Awang tiada jawapan tetapi berharap Dr Mahathir mengambil isyarat, banyak pihak mahukan beliau lebih bersikap adil kepada Najib." – 12 April, 2015. -

sumber Posted by mountdweller
Kesihan Melayu: Tak habis-habis dijadikan rmodal! Susah nak cakap......aku rasa selagi ayam pandai berkokok selagi itu fikiran melayu tak akan berubah dan akan sentiasa dihasut dengan kebimbangan oleh sekelompok manusia yang takut kehilangan kuasa...... Hari ini sebuk bersungut dan membantah GST........esok dekat pilihanraya disogok dengan sekeping dua kertas berkepala Agong, terus terkedu dan akan lupa segala sungutan dan kemarahan akan lenyap......itulah taraf pemikiran melayu! Kritikan Dr Mahathir terhadap Najib ancam politik Melayu, kata Awang Selamat Published: 12 April 2015 9:23 AM Utusan Malaysia mendakwa semakin ramai yang tidak selesa dengan siri serangan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Razak dan meminta ia dihentikan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 April, 2015. Utusan Malaysia hari ini menggesa kritikan yang dilemparkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Razak segera ditamatkan kerana dikhuatiri membawa "mudarat" kepada politik Melayu. Dalam ruangan pojok akhbar milik Umno itu hari ini, Awang Selamat berkata Dr Mahathir seharusnya mengambil kira pandangan orang ramai yang mahukan beliau bersikap lebih adil terhadap perdana menteri itu. "Belum terlewat untuk redakan keadaan kerana jika berterusan begini, dikhuatiri membawa mudarat besar kepada kedudukan politik Melayu. "Apatah lagi dalam landskap politik yang jauh lebih mencabar berbanding era sebelum ini. Buktinya sudah ada pihak yang mahu menangguk di air keruh terutama DAP – tersenyum puas," katanya. Awang bagaimanapun berkata, ketika sokongan terhadap ahli Parlimen Pekan itu dipertahankan, Dr Mahathir juga harus dihormati dengan jasanya yang besar sebagai negarawan. "Awang tiada jawapan tetapi berharap Dr Mahathir mengambil isyarat, banyak pihak mahukan beliau lebih bersikap adil kepada Najib. "Pada Awang, kepimpinan Najib perlu dipertahankan sambil kita terus menghormati Dr Mahathir sebagai negarawan yang banyak berjasa," katanya. Awang berkata, ramai tidak selesa dengan situasi yang berlaku. "Sesungguhnya, banyak pihak tidak selesa dengan apa yang berlaku dan berdoa agar ada penyelesaian terbaik. "Awang sokong Najib atas banyak faktor dan pertimbangan. Prinsipnya sama. "Ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri, ramai termasuklah Najib dan insan kerdil seperti Awang, berdiri teguh bersama beliau," katanya dan menambah, mereka menyokongnya walaupun ketika itu Dr Mahathir sering dikritik hebat. "Biarpun Dr Mahathir selalu dikritik hebat atas banyak isu, ramai ke hadapan pertahankannya, termasuk melalui penulisan. Sokongan itu bukan kosong tetapi bersandarkan merit dan keyakinan. "Hari ini, giliran Najib pula mendapat sokongan yang sama," kata Awang. Awang berkata, pihaknya percaya Dr Mahathir dan Najib masih mampu untuk bersama kembali. "Bukan mustahil untuk Dr Mahathir dan Najib bertaut kembali, meskipun ada kenyataan Dr Mahathir yang dilihat menghina dan membawa aib kepada Najib, tetapi perdana menteri masih memperlihatkan kesabaran dan ketenangannya. Ruang masih terbuka." Awang turut membangkitkan persoalan apa yang akan terjadi selepas Najib menjawab kritikan Dr Mahathir. "Selepas Najib tampil menjawab kritikan keras Dr Mahathir, apa pula perkembangan selepas ini? "Perlahankah Dr Mahathir atau makin kuat lagi tekanan ke atas Najib?" soal Awang. "Awang tiada jawapan tetapi berharap Dr Mahathir mengambil isyarat, banyak pihak mahukan beliau lebih bersikap adil kepada Najib." – 12 April, 2015. - sumber Posted by mountdweller

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Mahathir Dedah Rahsia Najib - Addin

Posted: 12 Apr 2015 05:00 AM PDT

Mahathir Dedah Rahsia Najib.  
 
Dua hari selepas Datuk Seri Najib Razak muncul di kaca televisyen menjawab secara langsung kepada kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadapnya, bekas perdana menteri itu kembali lagi dengan serangannya.

Dalam video yang dimuat naik di blog "Din Turtle", Dr Mahathir menafikan dakwaan Najib yang beliau kecewa dengan perdana menteri kerana tidak membina jambatan bengkok ke Singapura.

Beliau juga mendakwa, Najib pada masa itu – ketika jambatan bengkok dari Johor Baru ke Singapura itu mula dicadangkan pada 2006 – menyokong projek itu.

Dr Mahathir mendakwa, apabila Najib mengambil alih tampuk pimpinan negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau akan meneruskan beberapa dasar yang mereka persetujui ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri dan Najib menteri Kabinet.

"Harapan saya, bila Pak Lah dah takda (letak jawatan), dia akan buatlah jambatan tu, dan lain-lain, kereta api, macam-macamlah.. Perkara yang kita bersetuju semasa saya jadi perdana menteri, akan diteruskan selepas saya letak jawatan, tapi Pak Lah tak buat.

"Jadi, Najib ada satu masa sebut kata, walau Singapura setuju atau tak setuju pun, kami nak buat... Lepas tu bila dia jadi perdana menteri, dia tak buat," kata Dr Mahathir dalam satu daripada klip video itu.

Dr Mahathir berkata, beliau sedikit kecewa kerana Najib tidak menunaikan janjinya berhubung projek itu.

"Saya tak seronok sikitlah, dia tak buat. Pasal dia janji, bukan untuk saya, bukan saya nak dapat kontrak. Awak boleh periksa, tengok saya dah dapat berapa banyak kontrak, saya bukannya nak kontrak.

"Tapi saya punya sikap, berlain sikit daripada orang lain. Saya tak nak saya kow tow kepada Singapura," katanya.

Mahathir Dedah Rahsia Najib

Dalam wawancara beliau dengan TV3 pada 9 April, Najib berkata, Dr Mahathir mahu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dimansuhkan dan projek "jambatan bengkok" yang menghubungkan Johor dan Singapura dibina semula.

Katanya, dua isu itu mungkin sebahagian sebabnya bekas perdana menteri itu tidak habis-habis mengkritiknya.

"Ada satu, dua perkara yang dia nak saya buat... Misalnya dia tak setuju BR1M, dia minta saya buat jambatan bengkok ganti Tambak Johor..." kata Najib ketika itu, sambil menambah yang beliau menghormati Mahathir sama seperti beliau menghormati orang lain.

Projek jambatan bengkok melibatkan meruntuhkan tambak di bahagian Malaysia dan menggantikannya dengan jambatan enam lorong yang akan bersambung dengan Singapura.

Reka bentuknya bengkok kerana Singapura tidak bersetuju merobohkan tambak di bahagian mereka supaya jambatan yang lurus merentasi Selat Tebrau boleh dibina.

Singapura menentang hebat cadangan merobohkan tambak dan membina jambatan bengkok itu.

Mengulas kenyataan Najib mengenai perkara itu dalam nada sinisnya seperti biasa, Dr Mahathir berkata: "Pasal 'bridge' (jambatan) ni, kalau tak dapat, saya mati lah."

Dr Mahathir menegaskan, Malaysia sepatutnya meneruskan projek membina jambatan itu dan mengecam Najib kerana hanya menurut kemahuan Singapura.

"Kalau Singapura tak nak buat, saya buat tempat saya, apa salahnya... Itu hak kedaulatan kita, dalam wilayah kita, perairan kita. Bahagian tambak itu kepunyaan kita..

Mahathir Dedah Rahsia Najib

"Jadi, bila saya dapati ada orang kow tow kepada Singapura, nak minta persetujuan Singapura untuk buat benda di dalam negara kita, mana kedaulatan kita? Mana kemerdekaan kita?"

Dalam satu klip video berasingan, perdana menteri ke-4 itu sekali lagi menegaskan tidak bersetuju dengan BR1M, mengatakan ia seperti memberi wang kepada mereka yang tidak layak menerimanya.

Katanya, beliau setuju jika bantuan kebajikan diberi kepada orang miskin dan fakir, tetapi bukan dalam bentuk bantuan wang tunai kepada mereka yang mempunyai pendapatan.

"Saya tak setuju dengan BR1M kerana saya tak suka suap orang dengan duit percuma. Anda bagi RM500 kepada orang yang bergaji RM4,000 sebulan untuk apa?

"Dan, 17,000 orang Cina di Ipoh menolaknya terang-terangan, ini menunjukkan ia bukan sesuatu yang kita patut buat."

PELAKON DRAMA POPULAR 'RINDU AWAK 200%' DICEKUP By canang

Posted: 12 Apr 2015 04:00 AM PDT

GAMBAR HIASAN?

(VIDEO INSIDEN) PELAKON DRAMA POPULAR 'RINDU AWAK 200%' DICEKUP HASIL SERBUAN JAIS. SELEBRITI YANG DIKENALI DENGAN NUR.. | Dalam sebuah portal hiburan melaporkan, saksi pertama untuk kes khalwat pelakon Shahrizal Jaszle, Mohd Radzi Saliman, 30, memberitahu mahkamah yang pelakon itu mengakui wanita yang ada bersamanya di dalam sebuah bilik ketika serbuan dilakukan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) adalah teman wanitanya.
"Ketika serbuan dilakukan, seorang wanita yang mengenakan baju t-shirt dan seluar pendek membuka pintu bilik. Pada ketika itu, bilik dalam keadaan gelap.

Apabila saya membuka lampu, didapati seorang individu sedang berbaring di atas katil dan individu tersebut sedang berselimut."

"Saya mengarahkan individu tersebut untuk bangun dan saya dapat mengenalpasti bahawa dia adalah seorang lelaki. Pada waktu itu, dia hanya mengenakan seluar dalam jenis 'boxer' sahaja.

Ketika ditanya mengenai pertalian mereka, lelaki itu menjelaskan hubungan dia bersama wanita itu bukan suami isteri dan mengakui wanita itu merupakan teman wanitanya," katanya lagi pada proses prosidingg di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling pada petang Selasa.

Pada 16 Mei tahun lalu, JAIS dalam satu kenyataan medianya mengesahkan mereka telah menahan Shahrizal Jaszle atau lebih dikenali dengan nama Shahz Jaszle atas tuduhan khalwat dengan seorang gadis bernama Farah Nurizzati Salleh di Kayangan Apartment, Taman Sri Subang, pada pukul 3.50 pagi.

Farah sebelum ini mengaku bersalah atas dakwaan penangkapan khalwat mereka pada 13 November tahun lalu. Mahkamah memerintahkan Farah membayar denda maksimum RM3000 atau penjara selama tiga bulan jika Farah gagal membayar denda

VIDEO - TERKINI : TUN M TERUS GASAK PM MALAYSIA Tubuhkan panel bebas siasat 1MDB, kata Dr Mahathir

Posted: 12 Apr 2015 03:00 AM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa kerajaan menubuhkan satu panel bebas bagi menyiasat 1Malaysia Development Berhad dan peranan serta kaitan Low Taek Jho dalam isu ini. 

Jelas tidak gembira dengan cara Datuk Seri Najib Razak memberi jawapan mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan perlu menubuhkan sebuah "suruhanjaya yang benar-benar bebas" menyiasat syarikat pelaburan negara yang dilanda beban hutang itu.

Bekas perdana menteri itu juga mahu tahu siapa Low Taek Jho, ahli perniagaan yang lebih dikenali sebagai Jho Low.

"Siapa Jho Low ni? Tiba-tiba jadi sangat penting. Apa dia punya... dalam kerajaan pun, dia tak ada jawatan, dia bukan kakitangan kerajaan... tiba-tiba dia ada begitu banyak kuasa...

"Dan orang beritahu saya... tentulah saya tak dapat buktikannya... tetapi orang kata, dia bawa dirinya seperti dia kerajaan... Itu apa yang orang kata. Betul tak betul, saya tak tahulah" kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir juga menuntut penjelasan ke mana perginya wang 1MDB, menerusi lebih banyak klip video dimuat naik di blog bernama Din Turtle hari ini, merakamkan wawancaranya bersama beberapa blogger. – 12 April, 2015.

Najib mungkir janji, tak bina jambatan bengkok, kata Dr M

Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan Datuk Seri Najib Razak yang beliau kecewa kerana projek membina jambatan bengkok ke Singapura tidak diteruskan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 April, 2015.Dua hari selepas Datuk Seri Najib Razak muncul di kaca televisyen menjawab secara langsung kepada kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadapnya, bekas perdana menteri itu kembali lagi dengan serangannya.

Dalam video yang dimuat naik di blog "Din Turtle", Dr Mahathir menafikan dakwaan Najib yang beliau kecewa dengan perdana menteri kerana tidak membina jambatan bengkok ke Singapura.

Beliau juga mendakwa, Najib pada masa itu – ketika jambatan bengkok dari Johor Baru ke Singapura itu mula dicadangkan pada 2006 – menyokong projek itu.

Dr Mahathir mendakwa, apabila Najib mengambil alih tampuk pimpinan negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau akan meneruskan beberapa dasar yang mereka persetujui ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri dan Najib menteri Kabinet.

"Harapan saya, bila Pak Lah dah takda (letak jawatan), dia akan buatlah jambatan tu, dan lain-lain, kereta api, macam-macamlah.. Perkara yang kita bersetuju semasa saya jadi perdana menteri, akan diteruskan selepas saya letak jawatan, tapi Pak Lah tak buat.

"Jadi, Najib ada satu masa sebut kata, walau Singapura setuju atau tak setuju pun, kami nak buat... Lepas tu bila dia jadi perdana menteri, dia tak buat," kata Dr Mahathir dalam satu daripada klip video itu.

Dr Mahathir berkata, beliau sedikit kecewa kerana Najib tidak menunaikan janjinya berhubung projek itu.

"Saya tak seronok sikitlah, dia tak buat. Pasal dia janji, bukan untuk saya, bukan saya nak dapat kontrak. Awak boleh periksa, tengok saya dah dapat berapa banyak kontrak, saya bukannya nak kontrak.

"Tapi saya punya sikap, berlain sikit daripada orang lain. Saya tak nak saya kow tow kepada Singapura," katanya.

Dalam wawancara beliau dengan TV3 pada 9 April, Najib berkata, Dr Mahathir mahu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dimansuhkan dan projek "jambatan bengkok" yang menghubungkan Johor dan Singapura dibina semula.

Katanya, dua isu itu mungkin sebahagian sebabnya bekas perdana menteri itu tidak habis-habis mengkritiknya.

"Ada satu, dua perkara yang dia nak saya buat... Misalnya dia tak setuju BR1M, dia minta saya buat jambatan bengkok ganti Tambak Johor..." kata Najib ketika itu, sambil menambah yang beliau menghormati Mahathir sama seperti beliau menghormati orang lain.

Projek jambatan bengkok melibatkan meruntuhkan tambak di bahagian Malaysia dan menggantikannya dengan jambatan enam lorong yang akan bersambung dengan Singapura.

Reka bentuknya bengkok kerana Singapura tidak bersetuju merobohkan tambak di bahagian mereka supaya jambatan yang lurus merentasi Selat Tebrau boleh dibina.

Singapura menentang hebat cadangan merobohkan tambak dan membina jambatan bengkok itu.

Mengulas kenyataan Najib mengenai perkara itu dalam nada sinisnya seperti biasa, Dr Mahathir berkata: "Pasal 'bridge' (jambatan) ni, kalau tak dapat, saya mati lah."

Dr Mahathir menegaskan, Malaysia sepatutnya meneruskan projek membina jambatan itu dan mengecam Najib kerana hanya menurut kemahuan Singapura.

"Kalau Singapura tak nak buat, saya buat tempat saya, apa salahnya... Itu hak kedaulatan kita, dalam wilayah kita, perairan kita. Bahagian tambak itu kepunyaan kita...

"Jadi, bila saya dapati ada orang kow tow kepada Singapura, nak minta persetujuan Singapura untuk buat benda di dalam negara kita, mana kedaulatan kita? Mana kemerdekaan kita?"

Dalam satu klip video berasingan, perdana menteri ke-4 itu sekali lagi menegaskan tidak bersetuju dengan BR1M, mengatakan ia seperti memberi wang kepada mereka yang tidak layak menerimanya.

Katanya, beliau setuju jika bantuan kebajikan diberi kepada orang miskin dan fakir, tetapi bukan dalam bentuk bantuan wang tunai kepada mereka yang mempunyai pendapatan.

"Saya tak setuju dengan BR1M kerana saya tak suka suap orang dengan duit percuma. Anda bagi RM500 kepada orang yang bergaji RM4,000 sebulan untuk apa?

"Dan, 17,000 orang Cina di Ipoh menolaknya terang-terangan, ini menunjukkan ia bukan sesuatu yang kita patut buat."- Laporan TMI.

KedahKini.

Mahathir - Ramai Pemimpin Umno Akan Didakwa Jika BN Kalah PRU

Posted: 12 Apr 2015 02:22 AM PDT

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berterus terang apabila mengakui bahawa jika BN kalah dalam pilihan raya umum akan datang, ramai orang bakal dihadap ke mahkamah.

Beliau mengulas berhubung skandal firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibimbanginya boleh menjatuhkan BN pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya fikir, kalau dia (Najib) tak ada, BN menang. Sebab itula ia perlu buat sekarang, sebab kita mempunyai masa untuk bekerja untuk memulihkannya.

"Tapi yang saya takut sekali, apabila parti lawan menang, (dan) kita kalah, parti lawan tak ada simpati.

"Nanti dia cungkil. Bila dia cungkil, mungkin ada yang akan dihadap ke mahkamah, dan mungkin akan didapati bersalah.

"Kalau BN kalah... banyak orang akan berdepan kesan yang lebih besar," kata Dr Mahathir dalam satu video klip temubual yang dimuatnaik dalam Youtubesemalam.

Wawancara lima bahagian yang dimuatnaik sejak 10 April lalu oleh seorang penulis blog yang dikenali sebagai Din Turtle, yang mendakwa merakamnya dalam satu majlis melibat blogger pada hari tersebut.

- mkini

MADU KELULUT - Khasiat

Posted: 12 Apr 2015 01:00 AM PDT

ayat alquran
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
Sesiapa menjilat/minum madu tiga(3) pagi setiap bulan, tidak akan ditimpa bala (penyakit) berat. (Diriwayatkan oleh Abu Hurairah )
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:

Syifa (ubat/pengubatan/pembaikan/penawar) itu ada pada tiga – meminum madu, berbekam, dan dengan besi panas, dan aku melarang/menegah ummatku dari besi panas.(Diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah – Kitab Sahih Bukhari)

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:

Ke atas kamu dua penyembuh (syifa) : Madu dan Alquran (Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Ibnu Majah)

KHASIAT MADU KELULUT

Madu lebah kelulut mempunyai pelbagai khasiat untuk tujuan perubatan dan kesihatan. Antara penyakit yang dilaporkan sembuh mengunakan madu kelulut adalah:

1. Diabetis Mellitus (Kencing Manis)
2. Strok
3. Kanser
4. Hipertension
5. Gaut
6. Sakit-sakit sendi
7. Menguatkan tenaga batin
8. Anti-Penuaan
9. Jerawat
10. Kudis/Kurap/Fungus
11. Meningkatkan metabolisme badan, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin.
12. Memulihkan kecederaan dalaman

MENGAPA MADU KELULUT MAMPU MERAWAT PENYAKIT DAN MENJAGA KECANTIKAN

Madu kelulut sememangnya mempunyai banyak khasiat. Disebabkan lebah kelulut lebih kecil berbanding lebah biasa, ia mampu menghisap madu daripada bunga sehingga ruang paling dalam. Hasilnya, madu yang dihisap mengandungi banyak vitamin dan mineral.

Antara bahan penting yang dihasilkan kelulut ialah propolis. Propolis dihasilkan oleh lebah melalui campuran air liurnya dengan bahan makanannya seperti debunga, kulit kayu, pucuk-pucuk pokok dan bunga. Anak-anak lebah kelulut dan kokun sangat sensitif kepada serangan virus, kulat dan serangga perosak. Untuk memastikan sarang sentiasa bersih, steril dan kondisi terkawal, lebah kelulut menghasilkan propolis yang berfungsi sebagai antikulat, antivirus dan antibakteria.

Khasiat propolis ialah mengandungi kesemua 16 jenis asid amino, glukosa, vitamin A,B,C,D dan E, bioflavanoid dan pelbagai mineral.  Bioflavanid sangat baik untuk kelancaran dan baik pulih sistem tubuh manusia dan ternakan.

Berikut merupakan ulasan pakar dan artikel berkaitan khasiat :

"Hasil penyelidikan itu memberi nilai tambah kepada madu tempatan menyebabkan permintaan melebihi bekalan. Ini kerana madu lebah kelulut diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi dan ia amat baik untuk kesihatan,". (Prof. Madya Dr. Mafauzy Mohamed, Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia Cawangan Kelantan, (USMCK) Pakar perubatan pengkhususan endokrin dan diabetis).

Sumber : http://lebah.wordpress.com/2011/06/24/rahsia-madu-akan-bongkar-lagi-usm/

"Lebah kelulut tidak mempunyai sengat dan madunya mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik. 

Madu lebah diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi, membekalkan nutrien, dan melindungi serta menyihatkan bahagian dalaman badan," katanya ketika dihubungi Berita Kampus, baru-baru ini.

Tambahnya, khasiat madu lebah kelulut juga istimewa kerana mengandungi bee bread dan propolis. 

Bee bread iaitu campuran polen dengan madu, air liur dan cairan dari perut lebah yang boleh membantu masalah pencernaan" (Penyelaras Penyelidikan Perubatan Tradisional dan Komplimentari PPSP, Prof Dr Siti Amrah Sulaiman).

Sumber : http://www.beritakampus.usm.my/index.php/utama/sekitar-kampus/485-khasiat-madu-lebah-kelulut

"Kajian MARDI juga menunjukkan madu lebah kelulut mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia. 

Asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan   nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik. 

Manakala asid fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut juga dikatakan mampu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar."

Taubat, laksana ekonomi berasaskan Islam, kata Hadi kepada Putrajaya OLEH MUZLIZA MUSTAFA

Posted: 12 Apr 2015 12:15 AM PDT

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berucap di depan kira-kira 2,000 peserta Himpunan Derita Rakyat di Padang Merbok, Kuala Lumpur, malam ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 11 April, 2015.
 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berucap di depan kira-kira 2,000 peserta Himpunan Derita Rakyat di Padang Merbok, Kuala Lumpur, malam ini. –

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berucap di depan kira-kira 2,000 peserta Himpunan Derita Rakyat di Padang Merbok, Kuala Lumpur, malam ini. –

Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam ini berkata, kerajaan pemerintah hari ini perlu bertaubat dan mula melaksanakan ekonomi berasaskan Islam sekiranya ia berhasrat membawa negara ini keluar daripada krisis ekonomi.

Presiden PAS itu berkata, melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bukan 'ubat' kepada masalah ekonomi negara.

"Saya tidak mahu membebankan kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang tetapi saya mahu bertanya tentang kerajaan BN sebelum ini, apa yang ia lakukan selama 50 tahun yang lalu.

"Mereka tidak menggunakan sumber dan tenaga kerja yang ada untuk membina negara ini.

"Jadi, saya ingin meminta kepada kerajaan yang memerintah hari ini supaya bertaubat dan menggunakan ekonomi berasaskan Islam untuk menangani krisis," katanya.

Beliau berkata demikian di depan kira-kira 2,000 ahli PAS yang hadir pada Himpunan Derita Rakyat (Hindar), satu perhimpunan anti GST yang diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur malam ini.

Hadi memberitahu hadirin negara Barat berada dalam krisis yang teruk kerana ia mengamalkan ideologi yang 'tiada roh', hanya berlandaskan materilistik.

"Ia tiada roh dan tidak berasaskan agama. Lihat apa yang terjadi kepada negara Soviet Union. Malah Amerika Syarikat pun dalam keadaan krisis dan mengalami hutang yang besar. Trilion dolar," kata Hadi yang terus menyampaikan ucapannya di tengah hujan lebat malam ini.

Orang ramai terus mendengar walaupun basah kuyup ditimpa hujan. Sesetengahnya mencari tempat berteduh di bawah pokok atau di khemah berdekatan pentas.

Dalam ucapannya, Hadi berkata beliau hairan kenapa orang Cina dan India tidak boleh menerima Islam sebagai satu bentuk ideologi, sedangkan mereka boleh menerima ideologi lain seperti Kapitalisme Liberal, Komunisme dan Sosialisme.

"Islam bukan saja tentang hudud. Ia juga merangkumi ekonomi.

"Sekiranya orang Cina dan India boleh menerima Sosialisme, Kapitalisme Liberal, Komunisme yang ideanya bukan datang dari orang Cina, kenapa tidak boleh terima Islam?

"Yang lebih menyedihkan, malah orang Islam sendiri ada yang menolaknya (ekonomi Islam)," kata Hadi.

Beliau berkata, pelaksanaan GST akan menyebabkan inflasi pada masa depan dan akan menambah beban kepada rakyat biasa di negara ini.

Beliau juga menggesa kerajaan memberikan kuasa penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk berurusan dengan individu terlibat dalam rasuah.

"Kita tak pernah lupa stadium yang runtuh, jambatan runtuh, bangunan runtuh, dan makmal runtuh, yang terjadi kerana wujud elemen rasuah dalam projek 'ekspres' ini.

"Mereka yang memberi rasuah merupakan mereka yang mempunyai wang. Daripada memberi rasuah, mereka sepatutnya membayar lebih cukai. Kerajaan patut mengenakan cukai yang berat atas mereka, bukannya atas rakyat biasa," katanya.

Hadi merupakan penceramah terakhir di perhimpunan itu, kali pertama seumpamanya dianjurkan oleh Dewan Ulama PAS dalam menangani isu GST.

Selain ucapan, perhimpunan Hindar yang bermula jam 4 petang itu turut diisi dengan persembahan pantomin dan deklamasi sajak mengenai GST yang berakhir jam 8.45 malam.

Kerajaan Malaysia melaksanakan GST pada kadar 6% mulai 1 April.

Ia bertujuan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang digunakan di negara ini selama beberapa dekad, pada kadar 10%.

Kerajaan sedang mencari pendapatan tambahan bagi mengimbangi defisit bajet dan mengurangkan pergantungan terhadap pendapatan daripada syarikat minyak negara, Petronas. – 11 April, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa

Taubat, laksana ekonomi berasaskan Islam, kata Hadi kepada Putrajaya

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berucap di depan kira-kira 2,000 peserta Himpunan Derita Rakyat di Padang Merbok, Kuala Lumpur, malam ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 11 April, 2015.Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berucap di depan kira-kira 2,000 peserta Himpunan Derita Rakyat di Padang Merbok, Kuala Lumpur, malam ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 11 April, 2015.Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam ini berkata, kerajaan pemerintah hari ini perlu bertaubat dan mula melaksanakan ekonomi berasaskan Islam sekiranya ia berhasrat membawa negara ini keluar daripada krisis ekonomi.
Presiden PAS itu berkata, melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bukan 'ubat' kepada masalah ekonomi negara.
"Saya tidak mahu membebankan kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang tetapi saya mahu bertanya tentang kerajaan BN sebelum ini, apa yang ia lakukan selama 50 tahun yang lalu.

"Mereka tidak menggunakan sumber dan tenaga kerja yang ada untuk membina negara ini. "Jadi, saya ingin meminta kepada kerajaan yang memerintah hari ini supaya bertaubat dan menggunakan ekonomi berasaskan Islam untuk menangani krisis," katanya.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/taubat-laksana-ekonomi-berasaskan-islam-kata-hadi-kepada-putrajaya#sthash.H3dCFFpe.dpuf

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT