Sabtu, 11 April 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Dewan Negara digesa jangan lulus gaji baru MP

Posted: 11 Apr 2015 11:30 PM PDT

 
 

Seorang pemimpin MCA menggesa Dewan Negara supaya tidak meluluskan kenaikan gaji MP yang diluluskan Parlimen minggu ini kerana ia akan menjadi beban kepada kewangan negara.

Dalam surat rayuan kepada Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang yang akan dihantar pada hari Isnin, ahli jawatankuasa pusat MCA, Datuk Lua Choon Han menggesa Dewan Negara melewatkan kelulusan Rang Undang-Undang 2014 Parlimen (Saraan) (Pindaan) ekoran keadaan ekonomi sekarang.

"Antara sebab-sebab rayuan ini ialah kerana (kenaikan gaji itu) akan melibatkan peruntukan besar dana kerajaan dan akan menjadi beban dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu di negara ini dan di seluruh dunia.

"Selain itu, isu-isu berkaitan dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), harga minyak mentah yang rendah, juga telah menyebabkan pendapatan negara menjadi tidak menentu.

"Oleh itu, kami merayu kepada para senator bahawa sekarang bukan masa yang sesuai untuk menaikkan gaji dan elaun ahli Parlimen," kata Lua.

Parlimen meluluskan  rang undang-undng itu pada awal pagi  pagi Jumaat lulus, yang memberi kenaikan gaji kira-kira RM9,500.

Shahrizat: Pmtg Pauh bukan 'sendirian berhad'

Posted: 11 Apr 2015 10:30 PM PDT

 
 

 Kawasan Parlimen Permatang Pauh bukan sahaja berdepan isu 'sendirian berhad' tetapi juga soal pembangunan dan anggota Parlimen yang boleh membawa pembaharuan, kata Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata maklum balas daripada peringkat akar umbi menyatakan pengundi di Permatang Pauh mengutamakan pembangunan dan sudah bosan dengan janji kosong pakatan pembangkang.

"Walaupun Permatang Pauh dikatakan kubu kuat (pakatan) pembangkang tetapi dalam politik macam-macam boleh berlaku ... misalnya maklum balas pengundi rasa terkilan kerana sekian lama tidak ada pembangunan jika dibandingkan dengan kawasan Parlimen Barisan Nasional (BN)," katanya.

Shahrizat (kiri sekali) berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat bersama-sama Ketua Wanita BN dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang  Datuk Seri Zainal Abidin Osman di Permatang Pauh hari ini.

Katanya maklum balas juga mendapati pengundi di Permatang Pauh jemu dengan corak politik 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' yang melibatkan calon hanya daripada anggota keluarga sahaja dan tidak ada perubahan setelah 17 tahun menanti.

"Maklum balas menyatakan sebenarnya pengundi di sini mahukan pembangunan dibawa secepat mungkin ke Permatang Pauh. Jadi jika itu hasrat mereka, mungkin kita (BN) ada peluang tetapi ia terpulang kepada pengundi. Tugas saya dan BN adalah menyiapkan jentera dan turun padang," katanya.

Shahrizat berkata jentera Wanita Umno telah siap dan akan dilancarkan selepas penamaan calon pada 25 April nanti dan semangat anggota wanita juga berkobar-kobar untuk menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh ini.

Beliau berkata pendekatan Wanita Umno adalah bercakap benar dan membawa maklum balas daripada peringkat akar umbi kepada kerajaan supaya penambahbaikkan dapat dibuat.

Katanya pendekatan Wanita Umno juga adalah untuk menyakinkan pengundi bahawa masanya sudah tiba untuk pembangunan melalui anggota Parlimen BN kerana mereka dahagakan pembangunan dan bukannya dengar cakap kosong yang membawa derita ekoran kedaifan di Permatang Pauh.

PRK Parlimen Permatang Pauh diadakan selepas kerusi itu diisytihar kosong apabila penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen bagi pengampunan diraja yang dipohon keluarga Anwar atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh, Selangor.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 April ini hari penamaan calon manakala pengundian awal 3 Mei dan hari pengundian 7 Mei.

- Bernama

Himpunan Kita Lawan di JB, 2 ADUN ditangkap

Posted: 11 Apr 2015 09:45 PM PDT

   

Dua ADUN Johor adalah antara empat orang yang ditangkap di satu perhimpunan di Johor Bahru hari ini, demikian menurut sekretariat Kita Lawan.

Kedua-duanya ialah ADUN Bukit Batu, Jimmy Puah dan ADUN Mengkibol, Tan Hong Pin.

Turut ditahan ialah pembantu Puah, Danny Tan dan Sidiqin Omar, seorang aktivis dengan Kelab Bangsar Utama, yang berpejabat di Kuala Lumpur.

Sekretariat itu berkata mereka berempat telah dibawa ke Balai Polis Sentral di Johor Bahru.

Perhimpunan di Johor Bahru yang bermula pada pukul 4 petang tadi adalah sebahagian daripada jelajah Kita Lawan ke seluruh negara untuk mempromosi perhimpunan anti-GST pada 1 Mei di Kuala Lumpur.

Pada asalnya dianjurkan untuk menuntut pembebasan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, gabungan Kita Lawan kemudiannya turut memperjuangkan pelbagai isu, termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Pengarah strategi Angkatan Muda Keadilan (AMK) Akmal Nasir memberitahu Malaysiakini bahawa mereka berempat ditahan di bawah seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman.

Seksyen 9 mengkehendaki peserta memberi notis 10 hari kepada pihak berkuasa sebelum mengadakan protes.


Mengimbas kembali sebelum penangkapan mereka, Akmal berkata sehingga 500 peserta berkumpul di luar pusat membeli-belah City Square di Johor Bahru dari jam 4 petang hingga 4.30 petang sebelum polis meminta mereka beredar.

Para peserta kemudian berarak di kaki lima di Jalan Wong Ah Fook, tetapi bersurai pada kira-kira jam 5.45 petang selepas berunding dengan pihak polis.

Akmal mendakwa peserta tidak menghalang lalulintas dan ia berlangsung secara aman.

"Kemudian kami mendapat panggilan dari Sidiqin mengatakan dia dikelilingi oleh polis di sebuah hotel, jadi Puah pergi untuk membantunya. Kemudian Puah ditangkap, bersama-sama dengan Danny (Tan).

"Pada sekitar masa yang sama kami diberitahu bahawa Hong Pin (kiri) ditangkap di lokasi lain, diikuti dengan penangkapan Sidiqin," kata Akmal.

Beliau percaya polis juga mencarinya, tetapi menambah dia sedang dalam perjalanan ke satu acara di Batu Pahat.

Bagaimanapun Akmal menegaskan beliau akan bekerjasama sepenuhnya dengan polis sekiranya dia dipanggil untuk disoal.

MyWatch papar jam tangan mewah ahli politik

Posted: 11 Apr 2015 09:00 PM PDT

  

 Pejuang anti-jenayah R Sri Sanjeevan telah menerbitkan satu siri gambar dalam talian yang memaparkan jam tangan mewah yang dipakai oleh ahli-ahli politik.

Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) itu telah memuat naik beberapa gambar di laman Facebook MyWatch.

Sehingga jam 8.15 malam ini, post itu telah mendapat lebih 13,000 'likes' dan 25,000 'shares' di Facebook.

Gambar-gambar itu menunjukkan pegawai kanan dan ahli-ahli politik yang memakai jam tangan mewah yang berbeza pada masa yang berlainan.

Antaranya ialah enam orang adalah dari BN dan tiga dari pembangkang.

Mereka ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan bekas perdana menteri yang lantang bersuara, Dr Mahathir Mohamad juga dipaparkan.

Ia juga termasuk allahyarham bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan tuduhan liwat.

Bagaimanapun, tidak semua daripada mereka memakai jam tangan mewah. Jam tangan Lim hanya bernilai RM270.

Menurut hasil penemuan MyWatch, pemimpin Umno lebih gemar jam tangan mewah dan antara mereka, Najib, Rosmah, Zahid, Hishammuddin dan Khairy ada lebih daripada satu jam.

Gambar-gambar menunjukkan Rosmah mempunyai empat jam tangan dan jam tangannya Richard Mille Lady RM 007 nampaknya yang paling mahal antara semuanya, dan dalam postnya, MyWatch mendakwa ia bernilai RM486,000.

Jam tangan Rosmah yang lain yang disiarkan di MyWatch, ialah Hublot BB Black Magic 114 (RM79,200), Hublot BB Black Magic 48 Baguette (RM225,000), dan Franck Muller Master Square Date Diamonds (RM153,500).


 




Menurut gambar-gambar tersebut, Najib, juga, mempunyai empat jam tangan hebat.

Dan yang paling mahal, menurut MyWatch, ialah Hublot Big Bang King Power 'Red Devils' Manchester United limited edition, edisi terhad 'Red Devils', yang menurut MyWatch berharga RM165,000. Najib dikenali sebagai peminat pasukan bola sepak Manchester United.

Jam tangan Najib yang selebihnya, menurut MyWatch ialah Audemars Piguet Royal Oak Offshore Carbon (RM120,000), Harry Winston Project Z2 (RM97,500), dan Hublot BB Black Magic Black Ceramics (RM50,000).

Gambar-gambar  MyWatch menunjukkan Zahid, Hishammuddin dan Khairy, masing-masing mempunyai dua jam tangan utama.

Menurut gambar tersebut, Zahid memakai jam tangan Richard Mille RM033 (RM293,000) dan yang 'murah' IWC Portuguese Perpetual Calander Ruang (RM180,000).

Ia juga menegaskan bahawa Khairy memakai jam tangan Patek Philippe Nautilus bernilai RM160,000 dan Jaegar Reverso, yang harganya antara RM27,000 dan RM180,000.

Manakala Hishammuddin mempunyai dua jam tangan Audemars Piguet, satu adalah Royal Oak Offshore Chronograph Black Ceramic Bezel (dianggarkan lebih RM70,000) dan yang kedua ialah Royal Oak, yang dianggarkan bernilai lebih daripada RM50,000.

Namun, jam tangan Mahathir adalah Casio Protrek Triple Sensor Tide Graph PRG-130-1V, berharga RM1,020.

Anwar memakai jam tangan Tag Heuer CAF101A, yang bernilai RM7,650 dan Nik Aziz memakai Casio Prayer Compass WP-310 bernilai RM300.

Dan jam tangan Lim di dalam gambar adalah yang paling murah di kalangan mereka yang disenaraikan - Seiko Chronograph SND363.

Gambar itu menyatakan bahawa di eBay, ia dijual pada harga AS$81 atau RM270.
Photos that speaks for itself....
Posted by Sri Sanjeevan Ramakrishnan on Friday, 10 April 2015
Ketika dihubungi Malaysiakini, Sanjeevan berkata ia adalah satu usaha yang dilakukan oleh mereka di MyWatch dan mereka mengambil masa lapan hingga sembilan bulan untuk mencapai misi itu.

Beliau berkata mereka telah mengambil gambar pegawai-pegawai kanan dan ahli-ahli politik apabila mereka memakai jam tangan mereka pada masa-masa yang berbeza dan membandingkannya dengan senarai harga di laman web beberapa pengeluar jam tangan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa ini tidak membawa maksud yang ahli-ahli politik berkenaan adalah 'super kaya' atau pun NGOnya mempunyai niat tidak baik terhadap mereka.

"Saya hanya mahu orang ramai tahu apa bentuk gaya hidup ahli-ahli politik ini. Sebagai contoh, Mahathir tidak memakai jam tangan dalam beberapa majlis, begitu juga dengan Nik Aziz.

"Tetapi lihatlah perdana menteri dan yang lain-lainnya. Pada majlis yang berlainan, mereka memakai jam tangan yang berbeza," katanya.

Apabila ditanya, Sanjeevan berkata beliau tidak memanggil sidang akhbar mengenai perkara ini.

"Saya tidak mahu perkara ini menjadi satu isu," katanya sambil berkata ia bukanlah satu pendedahan, tetapi hanya untuk 'pengetahuan am' dan tidak mahu mempolitikkannya. [Baca berita penuh/asal]

 






VIDEO - "Saya Mahu Tolong Sirul." Dr. Mahathir

Posted: 11 Apr 2015 08:00 PM PDT











TIADA ORANG BOLEH JADI PENGURUS SEGERA YANG CEKAP!

Posted: 11 Apr 2015 07:30 PM PDT

 


Ring! Ring!

Seorang bekas pelajar menalipon.

Pelajar: Dr! Saya dah dapat kerja (Ceria betul suaranya).

Pensyarah: Alhamdulillah! Kerja apa? Di mana?

Pelajar: Manager for human resource. Di syarikat Jepun...(disebutnya sebuah departmental store yang besar) 

Pensyarah: Tahniah! Kerja baik-baik yer.

Pelajar: Terima kasih Dr. Sekarang saya masih lagi jadi trainee executive.

Pensyarah: Ohhh...Di mana tu?

Pelajar: Err...saya tengah jaga sayur-sayur ni.

Pensyarah: Hah? Kenapa pulak jaga sayur? Awak kata manager for human resource?

Pelajar: Betul Dr. Tapi dalam latihan semua trainee executive kena tahu semua selok-belok syarikat. Sebelum ini saya jaga ikan...hahaha...balik rumah busuk baju.

Pensyarah: Ooooh in-house-training le yer?

Pelajar: Betul. Praktikal. Sebelum ini banyak nama sayur saya tak tahu. Sekarang saya tahu mana sayur datang dari China, Thailand, Cameron Highland...Polisi syarikat tentang sayur GM...Macam-macamlah...

Pensyarah: Er awak jaga sayur ke jaga pekerja?

Pelajar: Hahaha...Saya bantu supervisor pastikan pekerja buat kerja dengan betul...Errr...tapi penatlah.

Pensyarah: Aik? Bantu supervior pun penat?

Pelajar: Bukan. Saya berdiri sepanjang masa. Pekerja berdiri. Saya kena berdiri jugak.

Pensyarah: Ooooh! Sabor ler.

Pelajar: Yelah. Prinsip syarikat ini, pengurus kena peka dengan semua bahagian syarikat dan pekerjanya. Create space for interaction, communication and improvement. Konsep "Ba."

Pensyarah: (Senyum sendiri sebab pelajar sebut apa yang dia belajar di kuliah). Yelah...Lifelong learning. I am glad that you can utilise your knowledge....

Pelajar: Lepas ini saya kena pergi bahagian akaun. Baru boleh duduk kot. Hahaha...

Pensyarah: Hahaha...Bila nak belanja saya?

Pelajar: Nanti saya call Dr....Er...saya dah bertunang Dr.

Pensyarah: Oh yer? Tahniah! Dengan Girl-friend dulu?

Pelajar: Iyelah. Siapa lagi. Ini kena cari duit ni. Err...Dr, saya kena masuk kerja ni. Nanti saya sms Dr kita high tea dengan N (nama tunang).

Pensyarah: Tak payah susah-susah. Saya bergurau jer.

Pelajar: Sungguh Dr. Nanti saya sms.

Pensyarah: Ok. kerja baik-baik yer. Amanah!

Pelajar: Terima kasih Dr. You take care.

Pensyarah: You too, and you are welcomed. Ok. Bye.

Klik. Talipon diletakkan serentak.

Dia seorang pelajar yang GPAnya agak baik. Orang kata "three-pointer." Tapi bukan GPA saja yang baik pada pelajar ini. Tingkah-laku dan tutur bahasanya pun baik juga. Sangat menghormati pensyarahnya. 

Hendak jadi pengurus di syarikat Jepun kena ada latihan. Walaupun pelajar ini sudah mantap teori pengurusannya, dia tetap kena belajar selok-belok syarikat. Sampai dari mana datang ikan dan sayurpun dia kena tahu. 

Syarikat mengadakan latihan itu kerana mahu pekerjanya cekap. Bila pekerja cekap, syarikat yang untung. Win-win situation.

Memang sukar belajar dari bawah. Tetapi untuk menjadi seorang yang cekap, kenalah ada keduanya - knowledge and skills. 

Sebenarnya syarikat dan parti politik sama saja. Dua-dua organisasi yang dikendali oleh manusia. Dua-dua memiliki ahli yang terdiri dari berbagai bidang. Dua-dua perlu saling berinteraksi, berkomunikasi demi pembaikan yang berterusan.

Maknanya keluar dari universiti ada ilmu pengurusan pun tidak boleh terus jadi manager.

Tetapi ada juga yang keluar dari universiti miliki sedikit ilmu dalam bidang lain, tetiba nak terus jadi manager. Bukan hanya jadi manager, tapi nak terus jadi pemimpin yang menentukan dasar dan halatuju organisasi.

GAMBAR HIASAN

Nak jadi pengurus dan pemimpin yang hebat?

Tiada jalan pintas. Belajarlah!

Sekian.



Kebenaran Al-Quran Tentang Gunung Pelangi di China Dicatat oleh ustazcyber

Posted: 11 Apr 2015 07:00 PM PDT


http://2.bp.blogspot.com/-XLxtnQLqPFQ/VSmR3eVo1yI/AAAAAAAARm0/E99JgefcStc/s1600/gunung-pelangi-china.jpg

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجْنَا بِهِ ثَمَرَاتٍ مُخْتَلِفًا أَلْوَانُهَا وَمِنَ الْجِبَالِ جُدَدٌ بِيضٌ وَحُمْرٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهَا وَغَرَابِيبُ سُودٌ

"Tidakkah engkau melihat bahwa Allah menurunkan air dari langit lalu dengan air itu Kami hasilkan buah-buahan yang beraneka macam jenisnya.

Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat." (QS. Fathir 27)

TAK ada keraguan tentang firman Allah yang diturunkannya melalui ayat-ayat dalam Al-Quran. Fenomena-fenomena yang dijelaskan Al-Quran, yang hadir di muka bumi 1400 tahun lalu kini pun sudah banyak adanya dan terbukti salah satu diantaranya merincikan tentang gunung pelangi di China.....lagi

Seperti halnya Surah Ar Rahman ayat 19-20 yang menyebutkan fenomena alam berupa pertemuan dua lautan yang tidak bercampur, ternyata fenomena gunung berwarna-warni yang difirmankan Allah dalam Surah Al Fahir 27, pun benar adanya.

Meskipun demikian,mungkin masih banyak orang yang belum mengetahui fenomena alam yang indah tersebut, gunung-gunung yang berwarna-warni di Zhangye Danxia, provinsi Gansu, Cina.

Gunung yang terletak di China ini tampak seperti hamparan pelangi kerana itu orang menyebutnya 'rainbow mountain'. Gunung pelangi seluas 300 kilometer persegi ini merupakan bahagian dari Zhangye Danxia Landform Geological Park yang terletak di daerah Gansu, China.

Fenomena Alam yang Menakjubkan Menurut Telegraph, warna-warni perbukitan yang menakjubkan tersebut berasal dari batuan pasir merah dan mineral yang terbentuk sejak Periode Kapur, tepatnya 24 juta tahun lalu.

Gunung ini akan menampilkan pola warna yang berbeda-beda, tergantung pada kondisi cuaca dan pencahayaan matahari. Warna-warni gunung ini akan semakin kontras jika turun hujan pada hari sebelumnya. Bukit dan lembahnya terdiri dari lapisan warna merah, biru, hijau zamrud, coklat, dan kuning.

Meskipun demikian, di sana tidak ditemui tumbuhan atau hewan apapun kerana kondisi tanahnya yang tandus. Apakah Nabi Muhammad SAW pernah ke Cina? Tidak pernah sama sekali.

Tiada lain tiada bukan, informasi tersebut bersumber dari wahyu Allah SWT semata. Al-Qur'an telah menginformasikan fenomena alam tersebut 14 abad yang lalu.

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجْنَا بِهِ ثَمَرَاتٍ مُخْتَلِفًا أَلْوَانُهَا وَمِنَ الْجِبَالِ جُدَدٌ بِيضٌ وَحُمْرٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهَا وَغَرَابِيبُ سُودٌ

"Tidakkah engkau melihat bahwa Allah menurunkan air dari langit lalu dengan air itu Kami hasilkan buah-buahan yang beraneka macam jenisnya.

Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat." (QS. Fathir 27) Fenomena alam yang menakjubkan ini merupakan contoh geomorfologi petrografi yang terbentuk karena kondisi lingkungan. 


Seperti disiar fikriarista.net, saat gunung ini pertama kali diketahui khalayak ramai melalui foto yang beredar di dunia maya.

Banyak orang beranggapan kalau pola pelanginya merupakan hasil rekayasa komputer. Tetapi sekarang Zhangye Danxia Park menjadi salah satu objek pelancongan paling dicari di China.

Istana Selangor Terkedu Dengan Kenyataan Azmin? - Addin

Posted: 11 Apr 2015 06:30 PM PDT

 
Istana Selangor Terkedu Dengan Kenyataan Azmin? Menteri Besar Selangor Azmin Ali menyerahkan amanah meneliti teguran Istana Selangor berkaitan slogan kontinjen Selangor dalam kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) kepada Exco Pembangunan Sukan Amirudin Shaari.

"Saya sudah minta Amir panggil persatuan sukan dan berbincang (tentang perkara ini)," katanya kepada wartawan di Shah Alam, tengah hari ini.

Kenyataan itu dibuat Azmin sewaktu diminta mengulas teguran Sultan Sharafuddin Idris Shah malam tadi yang bertitah, slogan itu akan menimbulkan tanggapan Selangor "mencampur aduk dan berpolitik dalam sukan".

Sultan Selangor itu berkata, badan sukan, atlet dan penyokong perlu memastikan fahaman politik dan unsur perkauman tidak mencemarkan semangat kesukanan.

Slogan "Kita Lawan" digunakan Pakatan Rakyat (PR) dalam kempen bagi membantah pemenjaraan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selama lima tahun atas kesalahan liwat.

Amirudin dalam reaksi segeranya semalam akur dengan titah itu dan bersetuju menukarnya.

Reaksi itu bagaimana pun berbeza dengan kesungguhan Amirudin mempertahankan slogan tersebut dalam sidang Dewan Undangan Negeri pada 3 April lalu.

Istana Selangor Terkedu Dengan Kenyataan Azmin?

Tegasnya pada 2008, beliau sendiri mengetuai kontinjen Selangor di bawah PR dengan menggunakan slogan "Sukan Gemilang, Selangor Terbilang".

Slogan itu hampir menyerupai slogan "Umno Cemerlang, Gemilang, Terbilang".

Tambahnya lagi, kejohanan Sukma ke-18 di Sarawak itu juga hanya akan berlangsung pada tahun hadapan dan tiada kaitan secara langsung dengan peristiwa politik.

Sementara itu, Azmin turut memaklumkan yang kerajaan negeri sedang menunggu jawapan kerajaan persekutuan berkenaan permohonan mereka untuk berjumpa dan membincangkan semula isu penstrukturan air Selangor.

"Saya menulis kepada yang berhormat menteri memohon satu pertemuan diadakan," katanya.

GST: Hadi sindir pemimpin BN sibuk bertelagah

Posted: 11 Apr 2015 06:00 PM PDT



KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyindir pemimpin BN yang sering bertelagah antara satu sama lain ketika rakyat dibebani dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Beliau berkata, pemimpin BN kini terdesak untuk melaksanakan cukai baharu itu kerana berpunca daripada kelemahan pemimpin terdahulu. "Mereka masing-masing menyalahkan salah satu sama lain, orang dulu menyalahkan orang sekarang, tak perlu sebut nama.

Hok sekarang pikul hok dulu laa, kita menjadi penasihat untuk menasihatkan kerajaan supaya membetulkan keadaan," katanya ketika berucap pada Himpunan Derita Rakyat (Hindar) di Padang Merbok, di sini, hari ini.

Kata-kata Abdul Hadi itu dilihat merujuk kepada serangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pelaksanaan GST dan beberapa kes berprofil tinggi sejak kebelakangan ini.

Dalam pada itu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut menasihatkan pemimpin BN tersebut supaya kembali kepada ajaran Islam dalam pengurusan ekonomi.

"Jangan bercakap pasal hudud saja, Islam ini bukan hudud saja, ekonomi pun ada. "Kalau orang Cina dan India boleh terima teori kapitalis, komunis, sosialis, Mark Lenin, mengapa mereka tidak boleh terima Islam, yang sedihnya Melayu pun tak terima Islam juga," ujarnya.

Abdul Hadi turut mempersoalkan pemimpin BN terdahulu semasa pasca kemerdekaan negara yang didakwa gagal memanfaatkan sumber kekayaan termasuk hasil bumi dan sumber manusia "Apa mereka buat dengan sumber negara, mereka tidak manfaatkan sumber bumi negara dan sumber manuisa negara," katanya lagi.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Tun Daim Pula Tambah Percepat PM Turun, PM Sudah Tiada Sokongan Lagi? (12) Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 11 Apr 2015 05:30 PM PDT

 
 
LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib Perlu Letak Jawatan?    
 
Siri 2: PM Najib Perlu Letak Jawatan -Dr Mahthir...
Siri 3: 6 Tahun Najib PM. Letak Jawatan: Kes Altantuya...
Siri 4: Gempar! Bongkar PM Letak Jawatan 'Pembunuh Ke...
Siri 5: Jasa, Benteng Pertahan Najib Akan Serang Balas Pel...  
Siri 6: Najib Lebih Teruk Dari Pak Lah, Siapa Gantinya?
Siri 7: PM Letak Jawatan: Khairy Berpihak Kepada Tun M? 
Siri 8: Ini Senjata, Paksa Najib Turun Dari PM? 
Siri 9: Apabila Rafidah Aziz Pula Serang Najib... 
Siri 10: Rosmah Dikaitkan Dengan Penolakan Najib Sebagai PM...
 
Siri 11: Najib Perlu Jawab Dr M -BNBBC' Pun Tekan PM Letak...
Siri 12:

APAKAH kenyataan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin ini juga mempercepatkan PM Najib letak jawatan? 

Daim: Sokongan pada PM mungkin dibuat-buat

 

Bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin berpandangan, para penyokong Datuk Seri Najib Razak kini mungkin hanya menunjukkan sokongan yang dibuat-buat kepada perdana menteri itu. 
Menurut bekas penasihat ekonomi negara itu, anggota Umno sememangnya akan menyatakan sokongan kepada presiden yang berkuasa pada masa itu. Daim bagaimanapun memberi amaran bahawa tindakan ini mungkin tidak mencerminkan sentimen sebenar anggota berkenaan.
"Kalau (seseorang) menjadi presiden, ada kuasa, di hadapan memang mereka sokong. Di belakang kita tidak tahu. Umno ini caranya memang begitulah"Kalau depan dia taat setia kepada pemimpin tetapi sampai satu ketika apabila panik, mereka mendesak. Itu cara Umno," katanya dalam satu temubual bersama Malaysia Gazette.
Daim memberi contoh perdana menteri sebelum ini, Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang turut menerima sokongan ahli, namun tetap digulingkan.
"Macam Tunku Abdul Rahman, Tun Abdullah Ahmad Badawi, apabila sampai masanya, baru mereka ambil tindakan."Mungkin Umno masih yakin tetapi tidak senang hati sebab-sebab keadaan sekarang. Itulah yang kita takut terlambat," katanya.
Beliau mengulas mengenai sokongan yang disuarakan beberapa pemimpin Umno dan BN ke atas Najib ekoran serangan terbuka oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir. Mahathir antara lainnya membangkitkan mengenai pentadbiran dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB), pembelian jet mewah oleh kerajaan dan juga pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Menyentuh isu 1MDB, sekutu kuat Mahathir itu berkata, wujud konflik kepentingan apabila perdana menteri turut mempengerusikan lembaga penasihat firma yang dibelenggu hutang itu.
"Ia akan wujudkan konflik. Kalau menteri kewangan (buat) kesilapan, dia juga perdana menteri, hendak marah tidak boleh, hendak buang tidak boleh."Kalau menteri kewangan orang lain, kita boleh ambil tindakan. Sekarang ini memang susahlah sebab menteri kewangan adalah penasihat kepada 1MDB. Ini masalah besar."Saya pun tidak tahu, patut beliau fikir sedalam-dalamnya apa yang baik kepada negara," katanya lagi.
Katanya, siasatan ketua audit negara ke atas 1MDB tidak sepatutnya mengambil masa yang lama kerana jabatan itu mampu menyiasat pelbagai syarikat berkaitan kerajaan dalam tempoh setahun. Katanya, kelemahan nilai ringgit dan kemerosotan keyakinan pelabur juga disebabkan tindakan kerajaan yang berbolak-balik dalam beberapa isu, termasuk 1MDB.
"Mungkin pasaran tidak percaya kepada kerajaan dan salah satu sebab mungkin disebabkan 1MDB."Selagi pasaran tidak yakin, tidak percaya, ringgit akan lemah. Bagaimana hendak bagi orang percaya kalau asyik bagi jawapan yang tidak betul?" soalnya.
Daim memberi contoh kenyataan 1MDB sebelum ini yang menafikan bahawa jutawan Tan Sri T Ananda Krishan Daim membantu firma tersebut melunaskan hutang. Kerajaan bagaimanapun mengaku di Parlimen bahawa ia sememangnya meminjam wang daripada Ananda.
"Macam mana orang mahu percaya. Kalau asyik beri jawapan salah akan timbul lagi banyak persoalan?," soalnya lagi. -(sumber MK) 
Kalau sokongan yang ada ini  dibuat-buat, ertinya sekarang Najib tiada sokongan lagi bagi mempertahankan kedudukannya  sebagai PM sekarang? Apa lagi, akan merudumkah?

Penjelasan Ahmad Maslan Tentang Isu Masak Di UiTM

Posted: 11 Apr 2015 05:07 PM PDT