Jumaat, 10 April 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Ahmad Maslan - Orang Kaya Sahaja Kena GST

Posted: 10 Apr 2015 10:30 PM PDT




PKR dijangka pilih Nurul Nuha - FMT Reporters

Posted: 10 Apr 2015 09:30 PM PDT


nuha

Pimpinan PKR mungkin tiada masalah dengan pilihan Nurul Nuha kerana tiada seorang pemimpin parti itu yang benar-benar menonjol setakat ini.

PETALING JAYA: Nurul Nuha Anwar disebut-sebut bakal dipilih menjadi calon Parti keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Sumber dalaman daripada PKR Pusat memaklumkan kepada FMT, Nurul Nuha atau lebih mesra dipanggil Nuha merupakan calon terbaik untuk mengekalkan legasi ayahnya, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

"Anwar masih mempunyai pengaruh yang kuat di Permatang Pauh dan PKR memerlukan calon yang sangat rapat dengan Anwar dan keluarganya untuk mengekalkan kerusi Permatang Pauh," katanya.

Sumber itu berkata, pimpinan PKR mungkin tiada masalah dengan pilihan itu kerana tiada seorang pemimpin PKR yang benar-benar menonjol setakat ini.

Anak kedua Anwar, Nuha, 31, merupakan suri rumah tangga berkelulusan Ijazah Teknologi Seni Visual dari Universiti George Mason, Amerika Syarikat.

Sumber itu bagaimanapun tidak menolak kemungkinan Presiden PKR, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail bertanding semula di Permatang Pauh.

Katanya, jika Wan Azizah bertanding ia kemungkinan ada kaitan dengan usaha menyekat Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dari dilantik menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.

"Umum sudah tahu Wan Azizah tidak sehaluan dengan Azmin dan beliau serta beberapa pemimpin PKR lain akan berusaha menyekat kemaraan Azmin," katanya yang meminta supaya identitinya dirahsiakan.

Menteri Besar Selangor yang juga Ahli Parlimen Gombak antara calon yang menjadi tumpuan oleh DAP dan PAS untuk menggantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkang.

FMT

Gaji Ahli Parlimen naik 40% FMT Reporters

Posted: 10 Apr 2015 08:45 PM PDT

 
parliment duitKenaikkan gaji diluluskan sebulan suara selepas mendapat sokongan padu Ahli Parlimen dari kerajaan dan pembangkang.


PETALING JAYA: Gaji dan elaun untuk semua Ahli Parlimen dinaikkan kepada RM16,000 sebulan iaitu peningkatan yang mencecah 40 peratus.

Kenaikkan itu akan memberi tambahan kepada belanjawan negara sebanyak RM17.2 juta setahun.

Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 itu telah dilulukan di Parlimen pada Khamis.

Ia dibentangkan untuk bacaan kali kedua oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan diluluskan selepas mendapat sokongan sebulat suara Ahli Parlimen dari kerajaan dan pembangkang.

Melalu kadar baru itu, elaun Ahli Parlimen menerima kenaikan sebanyak RM5,000 kepada RM16,000 sebulan berbanding RM11,000 sebelum ini.

Ketika ini, Ahli PArlimen menerima gaji pokok RM6,508.59 sebulan dan elaun bulanan RM5,000.

Mereka juga dibayar elaun mesyuarat RM200 sehari apabila menghadiri persidangan Dewan Rakyat dan elaun harian RM150 bagi menghadiri mesyuarat dengan agensi kerajaan.

Menerusi pindaan yang dibuat, Ahli Dewan Negara menerima kenaikkan sebanyak RM4,000 menjadikannya RM11,000 .

Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara pula menerima kenaikkan sebanyak RM11,000 kepada RM31,000 (RM20,000) manakala timbalan masing-masing menerima kenaikan RM4,000 kepada RM20,000 (RM16,000).

Shahidan ketika membentangkan perkara itu berkata, pindaan itu berikutan faktor persekitaran dan komitmen Ahli Parlimen.

"Selain itu, tugas-tugas ahli Parlimen bertambah berat dan membawa harapan tinggi rakyat dan ini akan menambahkan semangat kepada Yang Berhormat untuk bertugas lebih gigih dan dedikasi," katanya.

Kenaikkan gaji dan elaun Ahli Parlimen itu telah diumumkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2015 pada Oktober tahun lalu.

Kenaikkan gaji dan elaun sebelum ini pernah dicadangkan oleh kerajaan pada 2012 tetapi telah ditolak pembangkang.


FMT

Pak Lah bela Najib FMT Reporters

Posted: 10 Apr 2015 08:00 PM PDT

 
abdullah-badawi

 PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi tampil mempertahankan Datuk Seri Najib Tan Razak.

Beliau menegaskan Perdana Menteri tidak mempunyai sebarang kaitan langsung dengan pembunuhan model Monggolia, Altantuya Shaariibuu.

"Berdasarkan penemuan daripada siasatan menyeluruh yang dijalankan Polis Diraja Malaysia yang disampaikan kepada saya, disahkan yang Najib tidak ada kaitan sama sekali dengan kes itu," katanya dalam kenyataan yang dipetik dari The Star

Menurut Abdullah, berdasarkan siasatan yang dilakukan, Polis tidak menjumpai sebarang maklumat mengaitkan Najib pada tahun 2006.

Kes pembunuhan itu, berlaku ketika Abdullah menjadi Perdana Menteri Malaysia manakala Najib menyandang jawatan nombor dua.

Kenyataan beliau dianggap mengejutkan kerana selepas berundur, bekas Ahli Parlimen Kepala Batas itu, mengambil pendekatan berkecuali dan berdiam diri dari arena politik tanah air.

Sebelum ini, Dr Mahathir membangkitkan isu berkenaan supaya siasatan dilakukan semula selepas mendakwa Sirul Azhar Umar, bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang dijatuhkan hukuman mati menjadi kambing hitam.

 FMT

Lagi kenyataan bodoh oleh Ahmad Maslan!

Posted: 10 Apr 2015 07:30 PM PDT

 
.RASANYA tak perlu diperkenalkan lagi kerana semua orang dah kenal dengan Dato Ahmad Maslan‎, seorang menteri Barang Naik yang suka keluarkan kenyataan-kenyataan bodoh agar dimaki hamun dan digelakkan secara beramai-ramai oleh rakyat Malaysia.

Terbaru Ahmad Maslan memuat naik gambar promosi turun harga selama dua hari (10 April — 12 April) oleh pasaraya Giant di salah sebuah akhbar‎ melalui akaun twitter miliknya.

Kita sedia maklum Pasaraya Giant memang dari dulu kerap melakukan promosi turun harga sebagai salah satu strategi pemasaran mereka.‎ Apa yang melucukan, strategi pemasaran ini ditafsirkan oleh Ahmad Maslan sebagai penurunan harga kerana perlaksanaan cukai GST oleh kerajaan Barang Naik. 

Kalaulah Ahmad Maslan tahu Mak Cik Kiah baru sahaja beri diskaun harga 'tupperware' kepada anak saudaranya petang semalam, tentu dia akan kata harga 'tupperware' Mak Cik Kiah turun kerana kebaikan GST.

"Apa yang jelas kerana GST, harga diri Ahmad Maslan turun"

Jangan Lupa!

GST — Golongan Susah Tertindas 
Bantah Cukai RAKUS! #BantahGST! 

Jom sign petisyen Rakyat dan luahkan kemarahan anda di laman web bantahgst.com‎ (sila klik) dan sebarkan!

Sultan Selangor ‘murka’....slogan #KitaLawan

Posted: 10 Apr 2015 07:00 PM PDT

 
Sultan Sharafuddin Idris Shah membidas kerajaan negeri Selangor kerana menggunakan slogan 'Kita Lawan' mewakili kontinjen negeri itu untuk beraksi di Sukan Malaysia (Sukma) ke-18 di Sarawak tahun depan.

Sultan Selangor bertitah, slogan itu diguna pakai oleh salah sebuah parti politik dan baginda tidak setuju dengan sebarang cubaan mencemari bidang sukan dengan elemen politik atau perkauman.

Disebabkan itu, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) diarahkan mencari slogan lain yang tidak kontroversi dan boleh membawa nama baik kepada wakil atlet dan pasukan ke Sukma.

"Beta tidak berkenan dengan slogan Kontinjen Sukan Selangor 'Kita Lawan' untuk Sukma 2016 sebagaimana yang dimaklumkan di persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor dan disiarkan media massa.

"Ini kerana, slogan 'Kita Lawan' diguna pakai oleh sebuah parti politik.

"Justeru itu, Beta tidak mahu masyarakat umum tersalah tafsir atau menganggap kontinjen Selangor mencampur-adukkan atau cuba berpolitik dalam sukan," titahnya pada Majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor Darul Ehsan di Subang Jaya, hari ini.

Titahnya, badan sukan, atlet dan penyokong perlu mengenepikan fahaman politik kerana semangat sukan tidak sepatutnya dicemari dengan unsur politik atau perkauman.

Sukan, katanya, ialah aktiviti yang dijadikan platform memupuk perpaduan kaum dan tidak hanya dikhaskan kepada satu bangsa atau kaum sahaja.

Baginda juga menitahkan supaya politik tidak dibawa masuk ke dalam pentadbiran sukan.

Penggunaan slogan itu diumumkan Exco Pembangunan Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari bulan lalu.

#KitaLawan merupakan nama yang digunakan dalam kempen PR dalam usaha membebaskan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan lima tahun oleh Mahkamah Persekutuan.

Ia mengajak rakyat turun ke jalanan sejak bulan Februari lalu dan merancang mengadakan himpunan besar-besaran pada 1 Mei ini di Kuala Lumpur, membantah pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Pada Sukma 2013, Selangor menjuarai kejohanan itu menggunakan tema 'Kali Inilah', seakan tema 'Ini Kalilah' yang digunakan PR semasa kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu.

Namun, baginda menegur kedudukan Selangor yang jatuh merosot di tangga ke-4 Sukma tahun lalu.

Prestasi pasukan bola sepak titahnya, juga merosot, apabila gagal merebut Piala Malaysia pada tahun kebelakangan ini, malah tidak sampai ke peringkat akhir.

"Kerajaan Negeri Selangor banyak menyediakan kemudahan sukan, sama ada 'indoor' atau 'outdoor,' di setiap daerah.

"Ini termasuklah kemudahan bagi sukan bola sepak dan badminton yang merupakan sukan popular di kalangan rakyat dan perkembangannya diikuti seluruh lapisan masyarakat.

"Maka atlet dan pasukan yang mewakili negeri Selangor sepatutnya menjadi juara di setiap kejohanan sukan, tetapi mengapa perkara tersebut tidak berlaku?" soal baginda.

Baginda bimbang pasukan negeri akan berada di zaman kemunduran jika perkara tersebut tidak ditangani dengan baik.

Baginda turut menegur pentadbiran dan pengurusan kelab serta persatuan sukan Selangor yang menghadapi masalah dalaman sehingga mengakibatkan prestasi sukan menjadi mundur.

Titahnya, walaupun Selangor mencapai tahap negeri maju, tetapi bidang sukannya semakin merosot dan mundur serta tidak mengikuti kemajuan yang dicapai negeri.

Sultan Sharafuddin juga membidas masalah pengurusan kewangan persatuan sukan yang menurutnya kurang mempunyai perancangan jangka panjang dan tiada peruntukan kewangan yang seimbang.

"Jika keadaan yang negatif ini berterusan, ia akan melemahkan semangat para atlet dan pemain di mana akhirnya akan menjejaskan prestasi mereka.

"Oleh itu beta berharap, para pengurus dan pegawai sukan hendaklah memberikan sepenuh komitmen dan bekerja bersungguh-sungguh sebagai satu pasukan bagi memastikan kegemilangan sukan negeri ini dikekalkan.

"Beta suka mengingatkan kepada pegawai persatuan supaya tidak bertelagah sesama sendiri atau menyimpan perasaan hasad dengki dan cuba menjatuhkan antara satu sama lain," katanya.TMI

Tindakan menubuhkan 1MDB tidak betul dan tidak perlu - Tun Daim

Posted: 10 Apr 2015 06:30 PM PDT

Tun Daim Pulak Gasak Najib Dan 1MDB




Tun Daim merasakan bahawa siasatan terhadap 1MDB perlu dipercepatkan bagi tujuan mengembalikan kepercayaan rakyat. Gambar fail


KUALA LUMPUR: Bekas penasihat kewangan negara, Tun Daim Zainuddin berkata tindakan kerajaan menubuhkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah tidak betul dan tidak perlu.

Menurutnya, sebagai kerajaan mereka tidak perlu terlibat dalam perniagaan dan sebaliknya fokus kepada pemerintahan sahaja.

"Tidak betul, tidak perlu pun. Prinsip kerajaan tidak perlu buat bisnes. Kerajaan perlu wujud persekitaran bisnes untuk peluang pekerjaan dan kutipan cukai.

"Hendak terbabit bisnes pasal apa? Kerajaan sepatutnya memerintah sahaja," katanya dalam satu temubual ekslusif di Malaysia Gazette.

Menurut beliau, penglibatan kerajaan dalam perniagaan hanya akan mencetuskan masalah kerana katanya kerajaan tidak pandai berniaga.

Malah, katanya keadaan menjadi lebih teruk apabila Perdana Menteri sendiri yang menjadi penasihat dan juga pengerusi dalam syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC).

"Sepatutnya GLC yang menjalankan perniagaan patut independent (bebas), apabila Perdana Menteri terlibat susah," tegas Daim.

Mengulas mengenai siasatan terhadap 1MDB, katanya siasatan itu perlu dipercepatkan bagi tujuan mengembalikan kepercayaan rakyat.

"Kalau saya kerajaan, saya akan mempercepatkan siasatan, mengembalikan kepercayaan rakyat. Siasatan ini tidak boleh drag on (berlarutan), kalau lama sangat, menghampiri pilihan raya lagi teruk. Rakyat tidak lupa. Kalau kesilapan kecil tidak mengapa.

Ujar beliau, kerajaan juga harus membuat keputusan sama ada kendak tutup atau meneruskan 1MDB, namun kata Daim adalah lebih mudah jika syarikat itu ditutup kerana ia akan mengurangkan kos.

Katanya, beliau tidak faham tujuan 1MDB diwujudkan, tidak seperti Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) yang ditubuhkan untuk melihat strategi bisnes agar tidak berlawan dengan sektor swasta.

Selain itu, katanya rakyat juga ingin tahu ke mana perginya wang syarikat tersebut kerana ia melibatkan sejumlah dana yang besar.

"Rakyat mahu tahu mana pergi duit 1MDB. 1MDB tidak boleh beritahu, kerajaan tidak boleh beritahu. Ini bukan duit sedikit RM10, RM20, ini melibatkan RM42 bilion. Kita mahu dengar apa sebenar yang berlaku.

"Rakyat mempertikaikan sejauh mana ketelusan Jabatan Audit Negara dalam siasatan itu, sedangkan jabatan itu juga melaporkan kepada Kementerian Kewangan dan Perdana Menteri juga Menteri Kewangan. Wujud konflik kepercayaan terhadap keputusan siasatan itu?" soalnya.

Dalam pada itu, Daim turut mengulangi pandangannya yang mengatakan Perdana Menteri tidak harus menjadi Menteri Kewangan kerana ia akan mewujudkan konflik.

"Kalau Menteri Kewangan bukan kesilapan, dia juga Perdana Menteri, hendak marah tidak boleh, hendak buang tidak boleh. Kalau Menteri Kewangan orang lain, kita boleh ambil tindakan," tambahnya.

- astroawani

Isteri muda Nazri cabar anak tirinya, Nedim

Posted: 10 Apr 2015 06:00 PM PDT


PETALING JAYA: Seorang wanita mendakwa dirinya isteri yang sah kepada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz dan layak menggunakan gelaran Datin Seri.

Haflin mendakwa beliau layak menggunakan gelaran Datin Seri kerana Nazri dan ibu Nedim telah bercerai sejak 26 tahun lalu.

Di Instagram yang menggunakan nama Haflinsfashion, dia mendakwa telah berkahwin dengan Nazri pada Jun 2014.

"Tidak ada undang-undang di Malaysia yang menyatakan hanya seorang isteri dibenarkan mengguna gelaran Datin Seri," tulis Haflin.

Sehubungan itu, dia mencabar Nedim Nazri yang juga anak tirinya supaya mengambil tindakan undang-undang terhadapnya jika fakta itu salah.

Haflin mendakwa, perkara itu terpaksa didedahkan atas permintaan Nazri untuk menjelaskan kekeliruan yang dicetuskan Nedim.

Nedim, kekasih kepada pelakon Nora Danish, baru-baru ini menimbulkan kontroversi kerana menuduh wanita yang menggunakan gelaran sesuka hati sebagai 'wanita terdesak'.

Nedim juga mengkritik editor dari dua majalah tempatan yang didakwa tidak membuat penyelidikan kerana hanya isteri pertama layak menggunakan gelaran itu.


-FMT-

Hadi Awang - PAS Sokong Akta Hasutan (POTA)

Posted: 10 Apr 2015 05:27 PM PDT





Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, meskipun terdapat beberapa perkara teknikal yang parti tidak bersependapat dengan kerajaan, namun PAS tidak menafikan akan keperluan undang-undang berkenaan bagi mempertahankan kedaulatan dan maruah negara.


PAS menyambut baik dan menyokong usaha kerajaan untuk menangani keganasan menerusi Rang Undang-undang Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 yang diluluskan di Dewan Rakyat Selasa lepas, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, meskipun terdapat beberapa perkara teknikal yang parti tidak bersependapat dengan kerajaan, namun PAS tidak menafikan akan keperluan undang-undang berkenaan bagi mempertahankan kedaulatan dan maruah negara.

"Kami bersatu dalam menentang keganasan, kami tidak mahu keganasan diimport ke negara kita ... kami menganggap apa yang dicetuskan (keganasan) di negara lain tidak sesuai dengan ajaran Islam.

"Kami tidak nafikan perlunya undang-undang itu dan telah dibahas dengan panjang lebar di Parlimen (Dewan Rakyat). Ini tanggungjawab bersama," katanya pada sidang media di Rusila di sini hari ini.

Berhubung penangguhan pembentangan Rang Undang-undang persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) bagi pelaksanaan hudud di Kelantan ke sesi Dewan Rakyat akan datang dijadual pada Mei, Abdul Hadi berkata, beliau berpuas hati kerana perkara itu telah dipersetujui sebulat suara selepas satu perbincangan diadakan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan.

Katanya, PAS bersetuju untuk tidak terlalu memaksa usul itu dibentangkan lebih awal sebaliknya bersedia mengikut giliran yang telah ditetapkan kerana percaya agenda negara khususnya melibatkan isu keselamatan dan keganasan perlu diutamakan pada masa ini.

"Saya juga dimaklumkan bahawa ada menteri yang membuat kenyataan di Parlimen bahawa akan dipanjangkan perkara ini dalam sidang akan datang. Maka, sebab itu, kami tak perlu tergesa-gesa dalam hal ini," katanya.

Jelas Abdul Hadi, beliau turut berpuas hati dengan sokongan yang diberikan oleh anggota Parlimen yang beragama Islam termasuk UMNO dalam perkara itu dan menganggap penerimaan terhadap hukum berkaitan Islam semakin baik berbanding dahulu.

"Keadaan sekarang tidak seperti tahun 50-an dulu. Tahun 50-an dulu, orang memomokkan undang-undang Islam ini. Tapi, perkara ini dah dianggap sebagai ilmu sejak tahun 70-an hingga hari ini termasuk berlaku perbincangan dalam UMNO dan MCA juga menganjurkan seminar hudud walaupun ada kekalutan. Tapi, itulah, dia (MCA) berjaya anjur secara akademik, secara ilmu dan ini satu perkara yang sangat positif," katanya.

– Bernama

Tun M akan hubungi Sirul...!! - FMT Reporters

Posted: 10 Apr 2015 02:00 AM PDT

Sirul, najib, mahfuz

Mahfuz akan menjadi orang tengah yang akan mengatur perbualan telefon antara Sirul dan Dr Mahathir

KUALA LUMPUR : Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kesediaan untuk menghubungi Sirul Azhar Umar yang kini berada di Australia.

Menurut Menurut Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar, perkara itu disampaikan sendiri bekas Perdana Menteri ketika mengadakan pertemuan dengan Piah Ahmad, di Yayasan Seri Perdana, Putrajaya pada petang Rabu.

"Saya akan aturkan perbualan telefon itu dan berharap Tun akan tahu apa yang harus dilakukan selepas itu,"katanya.

Dalam sidang media yang diadakan di lobi Parlimen, Mahfuz berkata Dr Mahathir mengulangi pendirian siasatan baharu perlu dijalankan dan kenyataan itu memberi harapan kepada ibunya.

"Tun juga mengulangi bahawa tidak wajar Sirul dibawa ke tali gantung apabila pengakuan yang dibuat hanyalah menjalankan arahan."

"Oleh itu Tun merasakan satu siasatan baharu harus dilakukan semula," jelasnya.

Jelasnya, pertemuan selama 40 minit antara Dr Mahathir dengan ibu Sirul terpaksa dirahsiakan atas sebab tertentu bagi mengelak sebarang halangan yang mungkin timbul.

Perkara berkenaan diketahui umum selepas gambar pertemuan itu tersebar di laman sosial.

Ketika ditanya mengenai rahsia yang mungkin diketahuinya selepas bertemu Sirul di Australia, Ahli Parlimen Pokok Sena itu enggan mengulas.

"Biarlah ia menjadi rahsia antara saya dan Sirul," katanya.

Sirul kini berdepan dengan hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah melakukan pembunuhan ke atas Altantuya Shaaribuu.

Bagaimanapun keputusan itu dipersoalkan kerana dia dilihat menjadi kambing hitam dan Dr Mahathir dalam tulisannya di chedet.cc meminta kerajaan melakukan siasatan penuh bagi menyeret dalang sebenar ke muka pengadilan.


FMT

Mahathir bukan pelampau politik Adam Abu Bakar

Posted: 10 Apr 2015 01:00 AM PDT

 
tun-m-+-musa-hassan

Menurut bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak semua percakapan atau penulisan boleh didakwa menghasut kerana perlu dilihat juga niat dan tujuan ia dibangkitkan.

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dianggap sebagai pelampau politik walaupun beliau mengkritik kredibiliti dan intergriti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata niat dan tujuan yang dibangkitkan bekas Perdana Menteri itu berbeza dengan pembangkang yang sentiasa mencari salah kerajaan.

"Pihak yang merasakan satu pihak lain semuanya salah, dan sering menganggap apa yang dilakukan oleh pihak lain semua salah boleh dianggap sebagai political extremist.

"Tetapi Mahathir bukannya political extremist ekstremis, namun pembangkang di Malaysia ini boleh dikatakan sedemikian," katanya dalam sidang media pada Khamis.

Pengerusi Komuniti Prihatin Jenayah Malaysia (MCCC) itu juga mempertahankan Dr Mahathir yang didakwa tidak melakukan apa-apa kesalahan menghasut.

Musa berkata, Dr Mahathir hanya meminta Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh rakyat.

"Tidak wajar sekiranya beliau didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 berdasarkan persoalan-persoalan yang dibangkitkan itu," katanya.

Musa berkata, tidak semua percakapan atau penulisan boleh didakwa menghasut kerana perlu dilihat juga niat dan tujuan ia dibangkitkan.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebelum ini telah membuat laporan polis di seluruh negara terhadap Dr Mahathir kerana didakwa menghasut.


FMT

Rosmah tidak bersalah FMT Reporters

Posted: 10 Apr 2015 12:15 AM PDT

Menurut Datuk Seri Salleh Keruak, selain mencari salah laku Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir juga memberi gambaran Rosmah sebagai raksasa bagi membangkitkan kemarahan rakyat.

salleh-keruak---rosmah

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir dituduh akan mencari jalan untuk menjatuhkan mana-mana pengantinya yang tidak menepati kehendak beliau.

Menurut Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak, kaedah itu pernah digunakan bekas perdana menteri ke atas Tun Abdullah Badawi.

Dalam tulisannya di blog Salleh Said Keruak (SSK), beliau menyifatkan kritikan yang dibuat Dr Mahathir bukan perkara baru kerana pelbagai tuduhan pernah dilemparkan kepada bekas Perdana Menteri Kelima.

"Bagi memperlekeh Pak Lah, dia berkata bukan beliau yang mentadbir negara ini. Sebaliknya diuruskan oleh kerajaan 4K: Kak Endon (isteri Pak Lah), Khairy (Menantu Pak Lah), Kamal (anak Pak Lah) dan Kalimullah (orang kuat Pak Lah)", dakwa Salleh.

Jelasnya, cara yang sama kini digunakan Dr Mahathir bagi menyingkirkan Najib di mana beliau menggunakan individu di sekelilingnya terutama membabitkan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau mendakwa gelaran Wanita Pertama bukannya perkara baru kerana ia pernah digunakan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, isteri Dr Mahathir.

"Isteri Perdana Menteri sepatutnya memainkan peranan dalam kerajaan dan ini telah menjadi amalan sejak zaman Dr Mahathir apabila isteri Perdana Menteri mula dipanggil Wanita Pertama", katanya dalam entri 'Rosmah Mansor, the target to get Najib'.

Dalam tulisan yang sama Salleh mempertahankan keistimewaan yang diberikan kerajaan kepada Rosmah.

"Di Malaysia, sudah tentu, peranan Wanita Pertama tidak begitu formal dan tidak diinstitusikan seperti di Amerika Syarikat", jelasnya.

Menurut Salleh, selain mencari salah laku Perdana Menteri, Rosmah telah diberi gambaran sebagai raksasa bagi membangkitkan kemarahan rakyat.

Jelas Salleh siapapun yang menjadi perdana menteri, mereka terpaksa menanggung beban yang ditinggalkan Dr Mahathir.

"Selepas enam tahun di pejabat, Najib masih belum melaksanakan projek Crooked Bridge (Jambatan Bengkok) dan projek kereta api landasan berkembar ke Singapura dan ini adalah isu yang menjadikan Dr Mahathir tidak selesa.

"Barang siapa yang pilihan Dr Mahathir sebagai pengganti kepada Najib perlu menjadi orang yang boleh melaksanakan Jambatan Bengkok dan landasan berkembar keretapi ke Singapura dalam tahun pertama memegang jawatan. 

Jika tidak maka orang ini juga akan menghadapi risiko dikritik seperti Perdana Menteri sekarang," kataya lagi.


FMT

PM dijangka jawab Dr M di TV malam ini

Posted: 09 Apr 2015 11:30 PM PDT

 
 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka menjawab serangan pendahulunya Tun Dr Mahathir Mohamad dalam wawancara televisyen yang dirakamkan lebih awal.

Menurut sumber, sesi soal jawab khas di TV3 itu akan menyentuh isu-isu "politik dan ekonomi".

Ketika dihubungi, seorang pembantu kepada perdana menteri mengesahkan bahawa wawancara itu akan disiarkan malam ini sama ada pada jam 10 atau 11.

Mahathir (kiri), perdana menteri 22 tahun itu, pada bulan ini telah memuat naik tiga tulisan di blog beliau yang mengkritik kewibawaan Najib.

Beliau antaranya bangkitkan persoalan siapa yang mengarah pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan mempersoal syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd yang dicetuskan Najib.

Najib masih membisu berdepan kritikan itu, antara yang keras dilontarkan Mahathir padanya.

Sementara itu, Najib hari ini hadir ke pertemuan tertutup bersama Wanita Umno di sebuah hotel di Hotel Seri Pacific, dekat ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur.

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata perhimpunan itu dianjurkan supaya sayap itu dapat memaklumkan kepada Najib berhubung isu-isu dibangkitkan di media sosial dan media tradisional.



Malaysiakini

dollah yankee

dollah yankee


Dollah zzz..balas dendam

Posted: 10 Apr 2015 08:31 AM PDT

Image result for dollah badawi kartun
Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini mempertahankan penggantinya, mengatakan Datuk Seri Najib Razak tidak ada kaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, lapor portal The Star Online. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pak-lah-kata-najib-tak-bersalah-kes-altantuya#sthash.szyCUnWF.dpuf

dollah yankee -
Kah..Kah..Kah.. ini lah masa Dollah zzz..nak balas dendam dekat Tun Mahathir yang telah jatuhkan dia dulu