Khamis, 9 April 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Sabri Yaakob: "Bimbang Masyarakat Akan Hilang Rasa Hurmat Terhadap Tun Mahathir"

Posted: 09 Apr 2015 10:30 PM PDT

 
 
Menteri Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bimbang jika rasa hormat masyarakat luntur bila bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad terus membangkitkan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Katanya, tindakan Mahathir mempersoalkan kes berkenaan tiada bezanya dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya percaya rakyat masih menghormati Mahathir sebagai negarawan, dan saya harap Mahathir akan terus kekal sebagai negarawan.

"Kalau kita lihat dalam isu Sirul (Azhar Umar), Mahathir meletak diri dia setaraf dengan (ketua penerangan PAS, Datuk) Mahfuz Omar.

"Mahathir tidak sepatutnya meletakkan dirinya ke peringkat itu," kata Ismail kepada pemberita selepas satu program kementeriannya hari ini.

Ismail mengulas mengenai pertemuan Mahathir dengan ibu kepada Sirul, dan Mahfuz.

Sirul merupakan salah seorang daripada dua komando polis yang dijatuhkan hukuman mati atas pembunuhan Altantuya.

Mengulas lanjut, Ismail berkata Mahathir tidak sepatutnya mendesak agar kes Altantuya disiasat semula untuk mengetahui individu yang mengarahkan pembunuhan tersebut.

"Kalau Mahathir membangkitkan isu Sirul yang telah diputuskan oleh mahkamah persekutuan, bermakna Mahathir tiada berbeza dengan Anwar Ibrahim.

"(Anwar) masih mempersoalkan keputusan makamah persekutuan yang menjatuhkan hukuman kepada beliau," katanya.

Tambahnya, Mahathir juga sebelum ini tidak mahu kes Anwar disiasat semula, tetapi bersungguh-sungguh meminta agar kes Altantuya disiasat semula

"Kalau kita menghormati kehakiman, kita patut menghormati apabila kita minta rakyat menghormati keputusan yang dibuat terhadap Anwar Ibrahim, kita mesti konsisten, jangan ada pilih kasih.

"Kes sirul hendak minta buka balik tapi Mahathir tak setuju jika kes Anwar nak buka balik," katanya.


Malaysiakini
 

Mayat Aidana dituntut keluarga

Posted: 09 Apr 2015 09:45 PM PDT

 
 

Mayat mangsa nahas helikopter terhempas di Semenyih warga Kyrgyzstan, Aidana Baizieva telah dituntut oleh keluarganya dan wakil kedutaan Kyrgyzstan di Hospital Kuala Lumpur petang tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata mayatnya dituntut oleh kakak tirinya, Luisa Baizieva bersama seorang wakil kedutaan itu pada pukul 5.30 petang.

Mayatnya yang diuruskan oleh sebuah syarikat pengurusan mayat tempatan, kini berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk diterbangkan ke kampung halamannya dengan  penerbangan Air Astana, dijangka pada pukul 10.55 pagi esok, katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya berpuas hati dengan hasil ujian DNA mangsa dan kakak tirinya, dan kini isu mayat kesemua enam mangsa nahas helikopter Dauphin AS365N2 (9M-1GB) yang terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada petang Sabtu telah selesai.

Katanya, pihaknya bersama Jabatan Penerbangan Awam (DCA) kini sedang menjalankan siasatan punca nahas itu.

Selain Aidana, mereka yang maut dalam nahas itu terdiri daripada Anggota Parlimen Rompin dan Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis; Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias; ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang; pengawal peribadi Jamaluddin, Koperal Razkan Seran dan juruterbang Kapten Clifford Fournier.

Kesemua mereka dalam perjalanan pulang dari Pekan, Pahang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, Nooryana Najwa dan Daniyar Kessikbayev.

- Bernama

DUN S'gor lulus usul kutuk penjara Anwar

Posted: 09 Apr 2015 09:00 PM PDT

 
 

Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan usul yang mengutuk pemenjaraan penasihat ekonomi negeri itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Usul yang dibawa oleh Dr Xavier Jayakumar (PKR- Sri Andalas) itu dibuat bagi mengutuk pendakwaan yang didakwanya bermotif politik terhadap ketua umum PKR itu.

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali mendakwa, apa yang berlaku ke atas Anwar tidak dilakukan secara adil.

Azmin turut meminta supaya proses keadilan di negara ini dapat dilaksanakan dengan telus.

Datuk Sulaiman Razak (BN-Permatang) kemudian mencelah dan meminta penjelasan daripada Azmin berhubung bekas menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga didakwanya tidak mendapat keadilan sewajarnya.

"Kalau sebut pasal keadilan, Pelabuhan Klang (Khalid) tak pernah dapat keadilan pun, tetapi dipecat (daripada PKR)," kata Sulaiman.

Azmin kemudian membidas perkara itu dengan meminta Sulaiman membawa Khalid ke dalam sidang DUN berbanding hanya menulis status di laman Twitternya.

"Saya tak kata tak adil (isu berkaitan Khalid). Usul ini tentang Anwar Ibrahim, bukan Khalid Ibrahim. Pelabuhan Klang juga perlu mendapat keadilan.

"Kalau isu Pelabuhan Klang kita boleh buat satu forum (tetapi) dengan syarat datang dalam Dewan. Duduk depan itu, saya boleh berdepan dengan dia sebab dia (Khalid) pun sekarang kawan Permatang, bawalah dia datang. Jangan main tweet saja," sindir Azmin.

Selain usul mengutuk penangkapan Anwar, usul oleh Mat Nazeri Mat Dahlan (BN-Batang Kali) yang meminta kerajaan negeri meneruskan perbincangan perjanjian penstrukturan semula industri air bersama kerajaan persekutuan juga diluluskan.

Bagaimanapun, usul yang dibawa oleh Sulaiman yang meminta kerajaan negeri memberikan kerjasama penuh kepada kerajaan persekutuan bagi meneruskan pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara Expressway (Kidex) ditolak. 



Malaysiakini

Najib elak isu utama dibangkitkan Dr M

Posted: 09 Apr 2015 08:15 PM PDT

 
 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetap mengelak dari menjelaskan beberapa isu utama dalam wawancara khas yang disiarkan pada malam ini.

Walau menjawab isu yang dibangkitkan berhubung 1Malaysia Development Malaysia Bhd (1MBD) beliau tetap tidak membuka mulut mengenai kaitannya dengan jutawan Jho Low.

Beliau juga tidak menyentuh mengenai isu kekayaan keluarganya, yang menyebabkan adik beradiknya terpaksa mempertahankan nama baik bapanya, allahyarham Tun Abdul Razak.

Kenyataan itu ekoran kenyataan Pejabat Perdana Menteri yang mengaitkan kekayaan dan perbelanjaan mewah anggota keluarga Najib dengan harta yang diwarisi perdana menteri.

Najib juga tidak menjawab secara khusus mengenai isu yang masih dibangkitkan dalam kes Altantuya – motif pembunuhan dan pihak yang mengarahkan pembunuhan itu.

Najib sekadar mengulangi sumpahnya bahawa beliau tidak mengenali wanita Mongolia itu.

Wawancara tersebut disiarkan melalui stesen TV pada malam ini, susulan serangan terbuka oleh Mahathir yang disifatkan Najib sebagai "semakin sengit".



Malaysiakini

PAS Kena Main Lagi, RUU Persendirian Tak Dibentangkan Sesi Ini...

Posted: 09 Apr 2015 07:30 PM PDT



Rang undang-undang persendirian Hadi tidak dibentang sesi ini

Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bagi meminda Akta 355 yang membolehkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, tidak akan dibentangkan pada sesi sidang Dewan Rakyat kali ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim memberitahu Dewan Rakyat hari ini, ia akan dibawa ke sesi akan datang yang dijadualkan bermula 18 Mei depan.

Katanya, sidang Dewan Rakyat sesi sekarang berakhir hari ini dan hanya membentangkan RUU daripada menteri dalam negeri membabitkan RUU Hasutan (Pindaan) 2015 serta usul dibawa Menteri Kewangan.

Ditemui di luar Dewan, Shahidan menafikan yang penangguhan RUU itu mempunyai kaitan dengan tiadanya pengumuman mengenai pendirian rasmi kerajaan Barisan Nasional atau Datuk Seri Najib Razak berhubung undang-undang Islam itu.

Beliau memberitahu The Malaysian Insider, perdana menteri tidak seharusnya dikaitkan dengan pelaksanaan hudud oleh PAS di Kelantan itu kerana sokongan yang ditunjukkan Umno Kelantan terhadap enakmen jenayah Syariah negeri itu sudah memadai.

"Bila Umno kelantan menyokong hudud, apa maknanya? Adakah Umno Kelantan itu Umno persendirian? (Ahli) Umno Kelantan adalah (ahli) Umno Pusat, Umno Malaysia. Ia yang akan beri keputusan dan pandangan.

"Kenapa mahu dirujuk pada Najib? Hal Umno dirujuk pada Umno, dengan bermesyuarat. Apa kena mengena hudud dengan Najib?" soalnya sampai mengakui kenyataannya itu merupakan pandangan peribadinya.

Ahli Parlimen Arau itu berkata, kuasa untuk memutuskan sama ada sesuatu RUU dapat dibahaskan di Parlimen atau tidak, diputuskan sepenuhnya oleh Speaker.

"Speaker akan benarkan RUU dibentang mengikut keutamaan dan melihat siapa yang perlu didahulukan.

"Dan, ia bukan sahaja mengenai RUU kerajaan, tapi juga RUU persendirian yang dibawa lebih awal.

"Kita tidak cukup masa, kerana itu RUU harus dihantar lebih awal kepada Speaker," katanya kepada The Malaysian Insider di lobi Parlimen.

Isu hudud timbul selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) pada 19 Mac lalu dan Hadi menghantar notis pemberitahuan memohon membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen pada sidang kali ini.

Pindaan tersebut diluluskan DUN dengan majoriti sebulat suara apabila turut mendapat sokongan pembangkang di Kelantan, iaitu wakil rakyat Umno.

Namun, langkah Hadi itu dikecam hebat khususnya pemimpin DAP, malah PKR juga tidak menyatakan sokongan terhadap keputusan Hadi itu yang dikatakan dibuat membelakangi majlis pimpinan Pakatan Rakyat. -TMI

ULASAN GB

Memang sudah dijangka, RUU Persendirian Presiden PAS tidak akan dapat dibentangkan pada sesi ini walaupun Presiden PAS mmerasa yakin ianya dapat dibentangkan.

Rupa-rupanya RUU Persendirian disenaraikan untuk sesi ini hanyalah untuk mengaburi PAS dan untuk menipu Haji Hadi.

Tak sedar lagikah dan buka mata lagikah perangai UMNO, wahai pemimpin PAS? Berapa kali mahu terjelepuk ke dalam lubang biawak? 




Kelab Greenboc

NAJIB TAK KENAL ALTANTUYA

Posted: 09 Apr 2015 06:45 PM PDT

 


Datuk Seri Najib Razak menegaskan sekali lagi malam ini beliau tidak mengenali warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dan tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kes pembunuhan kejam itu.

Perdana menteri berkata kes pembunuhan Altantuya itu kisah lama dan beliau sendiri sudah melafazkan sumpah menafikan penglibatannya di sebuah masjid di Permatang Pauh pada 2008.

"Ini cerita lama, 2008. Dah lama dah.



"Sebenarnya saya dah melafazkan sumpah tiga kali - wallahi, wabillahi, watallahi - termasuk di sebuah masjid di Permatang Pauh pada 2008, yang saya tidak mengenali Altantuya.
"Dan saya tidak terlibat sama sekali sama ada secara langsung atau tidak langsung," katanya dalam program Soal Jawab TV3 Edisi Khas malam ini.

Najib berkata pihak polis pada waktu itu sudah menjalankan siasatan serta melihat kepada kaitan yang dikatakan wujud antaranya dengan kes itu.

"Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri dah melaporkan, dan ketua polis negara pada masa itu dah buat kenyataan, saya tak terlibat.

"Dan tidak ada bukti sama sekali saya pernah mengenali Antantuya," katanya.

Najib berkata, Mahkamah Persekutuan sudah pun membuat keputusan mengenai kes pembunuhan Altantuya dan integriti mahkamah tidak perlu dipersoalkan dalam hal ini.

Ditanya sama ada Dr Mahathir pernah bertanya kepadanya mengenai kes itu, Najib berkata, dalam pertemuan mereka kes pembunuhan Altantuya itu pernah dibincangkan secara tidak langsung, tetapi bekas perdana menteri itu tidak mempersoalkan penglibatannya.

"Saya lihat beliau tak persoalkan penglibatan saya dalam (kes) Altantuya. Dan saya anggap perkara ini tak berbangkit sama sekali.

"Bila saya bincang dengan Dr Mahathir, saya tunjuk saya tetap hormat dia, misalnya, walaupun saya perdana menteri, saya pergi ke rumahnya. Saya tak benarkan dia datang rumah saya.

"Tapi macam mana pun, bila kita bincang, kesudahannya saya perlu membuat keputusan sebagai perdana menteri," katanya.

Ketika ditanya mengapa Dr Mahathir masih memainkan isu pembunuhan Altantuya walaupun sudah mendapat penjelasan, Najib berkata ada beberapa perkara yang tidak diperstujui bekas perdana menteri itu.

"Ada satu, dua perkara yang dia nak saya buat tapi saya dah beri pandangan atas perkara ini. Misalnya dia tak setuju Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), dia minta saya buat jambatan bengkok ganti Tambak Johor.

"Saya dah bagi pandangan atas perkara ini. Saya anggap ini sebagai perbincangan antara dua individu... agak sihat... kalau ada perbezaan pendapat, tapi macam mana pun akhirnya saya kena bertanggungjawab kepada rakyat dan parti.

"Dan kebanyakan perkara ini saya bawa dalam Kabinet dan Kabinet akan putuskan," katanya.

Katanya, walaupun penjelasan sudah diberikan kepada Dr Mahathir mengenai perkara yang dibangkitkan, satu keputusan yang bertanggungjawab perlu diputuskan melibatkan pandangan kolektif jemaah menteri. – 9 April, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/saya-tak-kenal-tak-terlibat-kes-altantuya-ulang-najib#sthash.JntzqAWK.dpuf

Tidak ada rekod jenayah di Malaysia, adakah orang itu dianggap bersih?

Posted: 09 Apr 2015 06:00 PM PDT

 

Phua tidak ada rekod jenayah di M'sia, kata Zahid mk

Putrajaya hari ini mendakwa bahawa Paul Phua Wei Seng tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini.

Dalam jawapan bertulis sebaris kepada Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi berkata, menurut rekod polis, Phua tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini.

YB Gobind telah meminta kerajaan menyatakan laporan polis terhadap Phua dan sama ada dia mempunyai sebarang rekod jenayah di Malaysia.

Gobind juga bertanya sama ada Phua telah didakwa dan apa hukuman yang dijatuhkan terhadapnya.

Phua dilaporkan telah ditangkap dalam satu serbuan pada 4 Julai 2004 semasa perlawanan Piala Euro.

Dia didakwa telah menjalankan rangkaian pertaruhan dalam talian apabila dia ditangkap oleh pihak berkuasa.

Phua menjadi tajuk utama berita selepas dia ditahan dan didakwa oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat berkaitan operasi perjudian haram dalam talian secara besar-besaran di Caesar's Palace, sebuah hotel lima bintang di Las Vegas pada bulan Julai lalu.

Posted by mountdweller

Saya tak kenal, tak terlibat kes Altantuya, ulang Najib

Posted: 09 Apr 2015 05:15 PM PDT



Najib Razak menegaskan sekali lagi malam ini beliau tidak mengenali warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dan tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kes pembunuhan kejam itu. - 


KAH KAH KAH

woit
buat buat tak kenal
kah kah kah
dah sumbat 
depan belakang
tak kenal lagi
kah kah kah
APA PUNYA TUUUR




AKUAN BERSUMPAH 1 BALA!!! Mula jadi perhatian, mari tengok 5 pengakuan Bala mengenai Najib, Altantuya dan Razak Baginda



Siasat lima perkara serius dalam Akuan Bersumpah pertama yang dibuat bekas Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, kata Ahli Parlimen Sungai Petani,  Datuk Johari Abdul.

Menurut Johari, ia terkandung dalam perkara 25 daripada keseluruhan 54 perenggan akuan bersumpah yang ditandatangani Balasubramaniam pada 3 Julai 2008.

Pendedahan itu turut mengaitkan hubungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan warga Mongolia, Altantuya Shaariibu termasuk melakukan hubungan seks luar tabie.

Perkara tersebut ialah:

25. "Ketika perbincangan ini dibuat dalam usaha memujuk saya melanjutkan pekerjaan dengan dia, Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahwa:

25.1 Dia telah diperkenalkan kepada Aminah oleh Datuk Seri Najib Tun Razak di sebuah pameran berlian di Singapura.

25.2 Datuk Seri Najib Tun Razak Abdul Razak Baginda memberitahu bahawa, dia menjalinkan hubungan seks dengan Aminah dan disyaki juga secara anal (anal intercourse)

25.3 Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Abdul Razak Baginda memerhati Aminah kerana dia (Najib) tidak mahu dia (Aminah) mengganggunya kerana beliau sekarang berjawatan Timbalan Perdana Menteri.

25.4 Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdul Razak Baginda dan Aminah bersama dalam satu makan malam di Paris.

25.5 Aminah mahukan wangnya, kerana merasakan berhak atas komisen USD500.000 atas urusniaga kapal selam yang dibantunya di Paris.

BACA DISINI 

AKUAN BERSUMPAH BALA 
STATUTORY DECLARATION
 
I, Balasubramaniam a/l Perumal (NRIC NO: xxxxxx-xx-6235) a Malaysian Citizen of full age and residing at xxxxx, Selangor do solemly and sincerely declare as follows :-
1. I have been a police officer with the Royal Malaysian Police Force having jointed as a constable in 1981 attached to the Police Field Force. I was then promoted to the rank of lance Corporal and finally resigned from the Police Force in 1998 when I was with the Special Branch.
2. I have been working as a free lance Private Investigator since I left the Police Force.
3. Sometime in June or July 2006, I was employed by Abdul Razak Baginda for a period of 10 days to look after him at his office at the Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang between the hours of 8am to 5pm each working day as apparently he was experiencing disturbances from a third party.
4. I resigned from this job after 2 ½ days as I was not receiving any proper instructions.
5. I was however re-employed by Abdul Razak Baginda on the 05-10-2006 as he had apparently received a harassing phone call from a Chinese man calling himself ASP Tan who had threatened him to pay his debts. I later found out this gentleman was in fact a private investigator called Ang who was employed by a Mongolian woman called Altantuya Shaaribuu.
6. Abdul Razak Baginda was concerned that a person by the name of Altantuya Shaaribuu, a Mongolian woman, was behind this threat and that she would be arriving in Malaysia very soon to try and contact him.
7. Abdul Razak Baginda informed me that he was concerned by this as he had been advised that Altantuya Shaaribuu had been given some powers by a Mongolian 'bomoh' and that he could never look her in the face because of this.
8. When I enquired as to who this Mongolian woman was, Abdul Razak Baginda informed me that she was a friend of his who had been introduced to him by a VIP and who asked him to look after her financially.
9. I advised him to lodge a police report concerning the threatening phone call he had received from the Chinese man known as ASP Tan but he refused to do so as he informed me there were some high profile people involved.
10. Abdul Razak Baginda further told me that Altantuya Shaaribuu was a great liar and good in convincing people. She was supposed to have been very demanding financially and that he had even financed a property for her in Mongolia.
11. Abdul Razak Baginda then let me listen to some voice messages on his handphone asking him to pay what was due otherwise he would be harmed and his daughter harassed.
12. I was therefore supposed to protect his daughter Rowena as well.
13. On the 09.10.2006 I received a phone call from Abdul Razak Baginda at about 9.30 am informing me that Altantuya was in his office and he wanted me there immediately. As I was in the midst of a surveillance, I sent my assistant Suras to Abdul Razak Baginda's office and I followed a little later. Suras managed to control the situation and had persuaded Altantuya and her two friends to leave the premises. However Altantuya left a note written on some Hotel Malaya note paper, in English, asking Abdul Razak Baginda to call her on her handphone (number given) and wrote down her room number as well.
14. Altantuya had introduced herself to Suras as 'Aminah' and had informed Suras she was there to see her boyfriend Abdul Razak Baginda.
15. These 3 Mongolian girls however returned to Abdul Razak Baginda's office at the Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang again, the next day at about 12.00 noon. They did not enter the building but again informed Suras that they wanted to meet Aminah's boyfriend, Abdul Razak Baginda.
16. On the 11.10.2006, Aminah returned to Abdul Razak Baginda's office on her own and gave me a note to pass to him, which I did. Abdul Razak Baginda showed me the note which basically asked him to call her urgently.
17. I suggested to Abdul Razak Baginda that perhaps it may be wise to arrange for Aminah to be arrested if she harassed him further, but he declined as he felt she would have to return to Mongolia as soon as her cash ran out.
18. In the meantime I had arranged for Suras to perform surveillance on Hotel Malaya to monitor the movements of these 3 Mongolian girls, but they recognized him. Apparently they become friends with Suras after that and he ended up spending a few nights in their hotel room.
19. When Abdul Razak Baginda discovered Suras was becoming close to Aminah he asked me to pull him out from Hotel Malaya.
20. On the 14.10.2006, Aminah turned up at Abdul Razak Baginda's house in Damansara Heights when I was not there. Abdul Razak Baginda called me on my handphone to inform me of this so I rushed back to his house. As I arrived, I noticed Aminah outside the front gates shouting "Razak, bastard, come out from the house". I tried to calm her down but couldn't so I called the police who arrived in 2 patrol cars. I explained the situation to the police, who took her away to the Brickfields police station.
21. I followed the patrol cars to Brickfields police station in a taxi. I called Abdul Razak Baginda and his lawyer Dirren to lodge a police report but they refused.
22. When I was at the Brickfields police station, Aminah's own Private Investigator, one Mr. Ang arrived and we had a discussion. I was told to deliver a demand to Abdul Razak Baginda for USD$500,000.00 and 3 tickets to Mongolia, apparently as commission owed to Aminah from a deal in Paris.
23. As Aminah had calmed down at this stage, a policewoman at the Brickfields police station advised me to leave and settle the matter amicably.
24. I duly informed Abdul Razak Baginda of the demands Aminah had made and told him I was disappointed that no one wanted to back me up in lodging a police report. We had a long discussion about the situation when I expressed a desire to pull out of this assignment.
25. During this discussion and in an attempt to persuade me to continue my employment with him, Abdul Razak Baginda informed me that :-
  • He had been introduced to Aminah by Datuk Seri Najib Tun Razak at a diamond exhibition in Singapore.
  • Datuk Seri Najib Tun Razak informed Abdul Razak Baginda that he had a sexual relationship with Aminah and that she was susceptible to anal intercourse.
  • Datuk Seri Najib Tun Razak wanted Abdul Razak Baginda to look after Aminah as he did not want her to harass him since he was now the Deputy Prime Minister.
  • Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdul Razak Baginda and Aminah had all been together at a dinner in Paris.
  • Aminah wanted money from him as she felt she was entitled to a USD$500,000.00 commission on a submarine deal she assisted with in Paris.
26. On the 19.10.2006, I arrived at Abdul Razak Baginda's house in Damansara Heights to begin my night duty. I had parked my car outside as usual. I saw a yellow proton perdana taxi pass by  with 3 ladies inside, one of whom was Aminah. The taxi did a U-turn and stopped in front of the house where these ladies rolled down the window and wished me 'Happy Deepavali'. The taxi then left.
27. About 20 minutes later the taxi returned with only Aminah in it. She got out of the taxi and walked towards me and started talking to me. I sent an SMS to Abdul Razak Baginda informing him "Aminah was here". I received an SMS from Razak instructing me "To delay her until my man comes".
28. Whist I was talking to Aminah, she informed me of the following :-
  • That she met Abdul Razak Baginda in Singapore with Datuk Seri Najib Tun Razak.
  • That she had also met Abdul Razak Baginda and Datuk Seri Najib Tun Razak at a dinner in Paris.
  • That she was promised a sum of USD$500,000.00 as commission for assisting in a submarine deal in Paris.
  • That Abdul Razak Baginda had bought her a house in Mongolia but her brother had refinanced it and she needed money to redeem it.
  • That her mother was ill and she needed money to pay for her treatment.
  • That Abdul Razak Baginda had married her in Korea as her mother is Korean whilst her father was a Mongolian/Chinese mix.
  • That if I wouldn't allow her to see Abdul Razak Baginda, would I be able to arrange for her to see Datuk Seri Najib Tun Razak.
29. After talking to Aminah for about 15 minutes, a red Proton aeroback arrived with a woman and two men. I now know the woman to be Lance Corporal Rohaniza and the men, Azilah Hadri and Sirul Azahar. They were all in plain clothes. Azilah walked towards me while the other two stayed in the car.
30. Azilah asked me whether the woman was Aminah and I said 'Yes'. He then walked off and made a few calls on his handphone. After 10 minutes another vehicle, a blue Proton saga, driven by a Malay man, passed by slowly. The drivers window had been wound down and the driver was looking at us.
31. Azilah then informed me they would be taking Aminah away. I informed Aminah they were arresting her. The other two persons then got out of the red Proton and exchanged seats so that Lance Corporal Rohaniza and Aminah were in the back while the two men were in the front. They drove off and that is the last I ever saw of Aminah.
32. Abdul Razak Baginda was not at home when all this occurred.
33. After the 19.10.2006, I continued to work for Abdul Razak Baginda at his house in Damansara Heights from 7 pm to 8 am the next morning, as he had been receiving threatening text messages from a woman called 'Amy' who was apparently 'Aminah's' cousin in Mongolia.
34. On the night of the 20.10.2006, both of Aminah's girl friends turned up at Abdul Razak Baginda's house enquiring where Aminah was. I informed them she had been arrested the night before.
35. A couple of nights later, these two Mongolian girls, Mr. Ang and another Mongolian girl called 'Amy' turned up at Abdul Razak Baginda's house looking for Aminah as they appeared to be convinced she was being held in the house.
36. A commotion began so I called the police who arrived shortly thereafter in a patrol car. Another patrol car arrived a short while later in which was the investigating officer from the Dang Wangi Police Station who was in charge of the missing persons report lodged by one of the Mongolians girls, I believe was Amy.
37. I called Abdul Razak Baginda who was at home to inform him of the events taking place at his front gate. He then called DSP Musa Safri and called me back informing me that Musa Safri would be calling handphone and I was to pass the phone to the Inspector from Dang Wangi Police Station.
38. I then received a call on my handphone from Musa Safri and duly handed the phone to the Dang Wangi Inspector. The conversation lasted 3 – 4 minutes after which he told the girls to disperse and to go to see him the next day.
39. On or about the 24.10.2006, Abdul Razak Baginda instructed me to accompany him to the Brickfields police station as he had been advised to lodge a police report about the harassment he was receiving from these Mongolian girls.
40. Before this, Amy had sent me an SMS informing me she was going to Thailand to lodge a report with the Mongolian consulate there regarding Aminah's disappearance. Apparently she had sent the same SMS to Abdul Razak Baginda. This is why he told me he had been advised to lodge a police report.
41. Abdul Razak Baginda informed me that DPS Musa Safri had introduced him to one DSP Idris, the head of the Criminal division, Brickfields police station, and that Idris had referred him to ASP Tonny.
42. When Abdul Razak Baginda had lodged his police report at Brickfields police station, in front of ASP Tonny, he was asked to make a statement but he refused as he said he was leaving for overseas. He did however promise to prepare a statement and hand ASP Tonny a thumb drive. I know that this was not done as ASP Tonny told me.
43. However ASP Tonny asked me the next day to provide my statement instead and so I did.
44. I stopped working for Abdul Razak Baginda on the 26.10.2006 as this was the day he left for Hong Kong on his own.
45. In mid November 2006, I received a phone call from ASP Tonny from the IPK Jalan Hang Tuah asking me to see him regarding Aminah's case. When I arrived there I was immediately arrested under S.506 of the Penal Code for Criminal intimidation.
46. I was then placed in the lock up and remanded for 5 days. On the third day I was released on police bail.
47. At the end of November 2006, the D9 department of the IPK sent a detective to my house to escort me to the IPK Jalan Hang Tuah. When I arrived, I was told I was being arrested under S.302 of the Penal Code for murder. I was put in the lock up and remanded for 7 days.
48. I was transported to Bukit Aman where I was interrogated and questioned about an SMS I had received from Abdul Razak Baginda on the 19.10.2006 which read "delay her until my man arrives". They had apparently retrieved this message from Abdul Razak Baginda's handphone.
49. They then proceeded to record my statement from 8.30 am to 6 pm. everyday for 7 consecutive days. I told them all I knew including everything Abdul Razak Baginda and Aminah had told me about their relationships with Datuk Seri Najib Tun Razak but when I came to sign my statement, these details had been left out.
50. I have given evidence in the trial of Azilah, Sirul and Abdul Razak Baginda at the Shah Alam High Court. The prosecutor did not ask me any questions in respect of Aminah's relationship with Datuk Seri Najib Tun Razak or of the phone call I received from DSP Musa Safri, whom I believe was the ADC for Datuk Seri Najib Razak and/or his wife.
51. On the day Abdul Razak Baginda was arrested, I was with him at his lawyers office at 6.30 am Abdul Razak Baginda informed us that he had sent Datuk Seri Najib Tun Razak an SMS the evening before as he refused to believe he was to be arrested, but had not received a response.
52. Shortly thereafter, at about 7.30 am, Abdul Razak Baginda received an SMS from Datuk Seri Najib Tun Razak and showed, this message to both myself and his lawyer. This message read as follows :- " I am seeing IGP at 11.00 a.m. today …… matter will be solved … be cool".
53. I have been made to understand that Abdul Razak Baginda was arrested the same morning at his office in the Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang.
54. The purpose of this Statutory declaration is to :-
  • State my disappointment at the standard of investigations conducted by the authorities into the circumstances surrounding the murder of Altantuya Shaaribuu.
  • Bring to the notice of the relevant authorities the strong possibility that there are individuals other than the 3 accused who must have played a role in the murder of Altantuya Shaaribuu.
  • Persuade the relevant authorities to reopen their investigations into this case immediately so that any fresh evidence may be presented to the Court prior to submissions at the end of the prosecutions case.
  • Emphasize the fact that having been a member of the Royal Malaysian Police Force for 17 years I am absolutely certain no police officer would shoot someone in the head and blow up their body without receiving specific instructions from their superiors first.
  • Express my concern that should the defence not be called in the said murder trial, the accused, Azilah and Sirul will not have to swear on oath and testify as to the instructions they received and from whom they were given.
55. And I make this solemn declaration conscientiously believing the same be true and by virtue of the provisions of the Statutory Declaration Act 1960.


-----------------

Najib : Dr M minta saya buat jambatan bengkok

Posted: 09 Apr 2015 04:30 PM PDT

 


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Mohamad berkata, Tun Dr Mahathir pernah meminta beliau melaksanakan projek 'jambatan bengkok' untuk menggantikan Tambak Johor ke Singapura.

Najib berkata, pemintaan itu disuarakan oleh Mahathir dalam satu perbincangan sebelum ini, sebelum perdana menteri keempat itu melancarkan serangan terbuka ke atasnya.

Katanya, Mahathir juga tidak bersetuju dengan penyaluran bayaran tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada golongan berpendapatan rendah

"Dia ada satu dua perkara dia nak saya buat. Tapi saya dah beri pandangan atas perkara ini.

"Misalnya dia tak setuju BR1M, dia minta saya buat jambatan bengkok ganti Tambak Johor. Saya dah bagi pandangan atas perkara ini," katanya.

Najib dalam wawancara khas yang dipancarkan melalui stesen televisyen berkata, isu berkenaan dibangkitkan dalam pertemuannya di kediaman Mahathir.

Dalam pertemuan itu juga, Mahathir tidak menyoal mengenai kes berhubung pembunuhan Altantuya Shaariibuu secara khusus, kata Najib.

Menurut Najib, selepas itu barulah Mahathir melancarkan serangan terbuka kepadanya, yang dikesan "semakin sengit" sejak beberapa minggu lalu.




Bloglist Malaysia

Faekah diarah bayar balik RM2.7 juta Faiz Zainudin

Posted: 09 Apr 2015 09:00 AM PDT

MBI dalam proses memulakan prosiding mahkamah terhadap lapan bekas pembantu Abdul Khalid kerana enggan memulangkan wang pampasan

Faekah Husin

SHAH ALAM: Salah seorang pembantu kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah diminta memulangkan semula wang pampasan berjumlah RM2.7 juta.

Faekah Husin berkata, notis tuntutan oleh firma guaman yang dilantik Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) itu amat mengejutkannya.

"Saya telah terima dua notis tuntutan iaitu daripada pihak pengurusan MBI dan firman guaman yang dilantik MBI.

"Bagaimanapun saya keliru kerana notis daripada firma guaman itu meminta saya memulangkan wang pampasan berjumlah RM2.7 juta," katanya.

Faekah merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI dan pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Abdul Khalid.

Dia yang mewakili 7 bekas pegawai Abdul Khalid yang dipecat berkata, tindakan MBI membawa kes itu ke mahkamah amat dialu-alukan untuk membersihkan nama mereka yang telah didakwa dengan tuduhan tidak berasas.

"Kami mengalu-alukan proses ini untuk membersihkan nama yang telah tercemar. Kami yakin mahkamah akan memutuskan bahawa pembayaran pampasan dilakukan secara sah seperti yang ditetapkan mengikut Skim Pemisahan Sukarela (VSS)," katanya.

Dia mengulas kenyataan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang memaklumkan MBI dalam proses memulakan prosiding mahkamah terhadap lapan bekas pembantu Abdul Khalid kerana enggan memulangkan wang pampasan yang telah diterima.

Beliau berkata, kerajaan negeri tetap berpendirian pembayaran wang pampasan tersebut tidak mengikut prosedur dan melanggar peraturan kewangan negeri.


FMT

Polis tahan penyerang bom - FMT

Posted: 09 Apr 2015 08:00 AM PDT

Suspek dikatakan marah dengan pihak bank apabila diberitahu akaunnya telah ditutup.

bom kedAH 

ALOR SETAR: Seorang lelaki yang dipercayai suspek utama dalam kejadian serangan 'molotov cocktail' ke atas sebuah bank pada Rabu berjaya ditahan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata suspek ditahan pada pukul 11 malam tadi dirumahnya di Taman Bersatu, Batas Paip, Kuala Kedah.

"Lelaki itu akan direman hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut polis dijalankan," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian pukul 4.05 petang itu, pelanggan di sebuah bank menjadi gempar apabila seorang lelaki yang bermotosikal bertindak melontar bom petrol pada bahagian depan bank itu yang menyebabkan berlaku kerosakan kecil.

Saksi berkata suspek yang berusia dalam linkungan 30-an kemudiannya melarikan diri.
Suspek sebelum itu dilapor marah dengan pihak bank tersebut apabila diberitahu akaunnya telah ditutup.

Tindakannya melempar bom dirakam kamera litar tertutup di bank berkenaan. Kes disiasat kerana mendatangkan bencana dengan api.



-BERNAMA

Model baru Proton Saga FLX ? FMT Reporters

Posted: 09 Apr 2015 07:00 AM PDT

Pereka grafik muat naik model terkini Proton Saga FLX yang lebih "sporty" dan menepati selera generasi muda.

proton-car

PETALING JAYA: Beberapa keping gambar yang menunjukkan kelibat model terbaru Proton Saga FLX mula dimuat turun di laman sosial.

Berdasarkan penelitian, terdapat perubahan ketara hampir 100 peratus berbanding model sedan yang dipasarkan sebelum ini.

Selain bentuknya yang lebih "sporty termasuk pemasangan spoiler, penerampilan garang model Saga FLX membolehkan Proton untuk terus menguasai kereta kelas C di negara ini.

Bagaimanapun gambar yang disiarkan adalah imiginasi anak muda yang dikenali Idiyaz Baharuddin, seorang pereka grafik yang berbakat besar dalam bidang 3D.

Dalam laporan yang dipetik daripada portal berita Utaranews.com, Idiyaz membangkitkan persoalan kepada Proton kerana tidak menggunakan kepakaran pereka yang mampu menghasilkan model seperti yang digambarkannya.

Isteri Bung Mokhtar dikecam FMT Reporters

Posted: 09 Apr 2015 06:00 AM PDT

 
Penerampilan Zizie Ezzete dengan pakaian sendat sehingga menampakkan bentuk badan dikatakan tidak sesuai dengan statusnya sebagai isteri ahli politik.

Zizie-Ezette

PETALING JAYA: Isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar, mendapat kecaman di laman sosial selepas dikatakan berpakaian seksi pada majlis anugerah hiburan, Ahad lalu.

Zizie Ezette yang juga seorang selebriti telah dinasihatkan supaya lebih berhati-hati berpakaian kerana suaminya seorang ahli politik terkenal.

Tinjauan terhadap beberapa blog hiburan mendapati, sebahagian besar komen menyatakan rasa tidak puas hati dengan 'keberaniannya' mengenakan gaun yang terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badan.

Ada juga komen yang mendakwa Zizie tidak lagi sesuai memakai pakaian ketat kerana badan wanita itu semakin berisi.

"Pakai la korset!. Nampak lubang pusat oii," tulis seorang pengguna yang hanya menggunakan nama Anonymous seperti dilaporkan portal beautifulnara.com.

"Zize memang cantik n gebu je dr dulu. Mmg la badan dia berisi tp still cantik pd aku..Cuma pkaian je x brp nk sesuai sbb nmpak semua..hihi," komen cik x gebu yang dilaporkan portal itu lagi.

Keseksian pakaian pelakon itu turut membawa kepada kritikan berbaur lucah di laman sosial.
"body dah mcm badan mak dia….lol dah kawin dgn si kaya beli la pil pelangsing sis ataupun masuk spa lilit badan dgn rempah kasi bakar lemak tepu. body dah mcm kena lanyak wei. dah x solid. 

nampak pusat pulak tu…adoi," komen seorang pengguna yang menggunakan nama Senak seperti dilaporkan portal Rotikaya.com

Namun, ada juga yang memberi nasihat supaya Zizie menutup aurat dan menjadi Muslimah yang patuh dengan syariat Islam.

"Semoga Zizie akan mendapat rahmat Allah dan terbuka hati dan terpancar iman sebagai Muslimah, menuruti perintah dan syariat Allah untuk menutup aurat secara total dan sempurna," tulis Mawar.

Zizie dan Bung Mokhtar berkahwin pada Disember 2009 tetapi perkahwinan itu menimbulkan kontroversi selepas pasangan berkenaan menafikan dakwaan.

Akhirnya mereka mengaku telah berkahwin selepas diasak pihak media.

Kedua-dua mereka kemudian didenda RM500 seorang oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. Bung Mokhtar mengaku salah kerana berpoligami tanpa kebenaran manakala Zizie berkahwin tanpa kebenaran.

Bung Mokhtar terkenal sebagai Ahli Parlimen yang sangat lantang bersuara dan pernah beberapa kali mencetuskan kontroversi termasuk membuat kenyataan seksis terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, yang dikatakan berpakaian tidak sesuai ketika hadir di Dewan Rakyat.

Bung Mokhtar menjadi Ahli Parlimen UMNO selama empat penggal sejak 1999.

15 motosikal dihempap bumbung tangki air

Posted: 09 Apr 2015 05:00 AM PDT

 
 

Lima belas motosikal rosak apabila bumbung tangki air di Blok 3 Flat Seri Delima, Sungai Ara di George Town diterbangkan angin kencang awal hari ini.

Bagaimanapun, tiada laporan kecederaan selepas bumbung yang diterbangkan itu jatuh ke kawasan parkir yang menempatkan motosikal berdekatan blok lima tingkat berkenaan pukul 2 pagi.

Setiausaha Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad Rameli Budin berkata struktur penyokong bumbung yang diperbuat daripada kayu itu sepatutnya diganti besi tahun ini.

"Terdapat enam blok kesemuanya, lima yang lain telah diganti (besi) secara berperingkat tahun lepas," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata flat yang dibangunkan koperasi itu pada tahun 1996 diselenggara secara berjadual dengan tempat parkir kenderaan itu dinaik taraf beberapa tahun lepas.

"Mujur ketika kejadian, penduduk yang kadangkala bersantai di kerusi batu berdekatan parkir tidak berada di situ kerana hujan lebat semalam," katanya yang turut tinggal di blok berkenaan sejak 2005.

Seorang penduduk, Mazlan Osman, 55, berkata ketika kejadian beliau terjaga daripada tidur selepas terdengar bunyi dentuman kuat dari rumahnya yang terletak di tingkat empat.

"Bila pak cik turun, nampak bumbung parkir dah ranap. Habis motor Yamaha Lagenda pak cik...baru pakai enam bulan," katanya yang bekerja di sebuah kilang di Bayan Lepas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin ketika dihubungi berkata laporan polis telah dibuat beberapa pemilik motosikal berhubung kejadian itu.

- Bernama

Akta hasutan: Parlimen tak tunggu mahkamah

Posted: 09 Apr 2015 04:00 AM PDT

 
 

 Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak gesaan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) yang membacakan arahan tetap untuk menangguhkan perbahasan tentang rang undang-undang untuk meminda Akta Hasutan 1948.

Gobind (bawah) berkata perbahasan rang undang-undang itu akan subjudis sebelum Mahkamah Persekutuan yang akan membuat keputusan sama ada akta itu bercanggah dengan perlembagaan.

Memetik keputusan sama di Parlimen India, Pandikar bagaimanapun berkata perkara itu tidak boleh menghalang pihak legislatif membincangkannya.

Katanya, jika perkara itu diguna pakai dalam bidang legislatif, ia bukan sahaja menjadikan anggota Parlimen tertakluk kepada mahkamah, tetapi membuatkan pindaan undang-undang menjadi mustahil.

Pandikar bagaimanapun tidak menyebut secara terperinci keputusan Parlimen di India itu.

Gobind merujuk kepada tindakan seorang pensyarah undang-undang Universiti Malaya (UM) yang mencabar Akta Hasutan 1948 sebagai bertentangan dengan perlembagaan yang memperuntukkan kebebasan bersuara.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga berkata bahawa pindaan akta itu tidak subjudis.

'Melayu lebih sokong Najib berbanding Dr M'

Posted: 09 Apr 2015 03:00 AM PDT

 
 

Seorang menteri Umno berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak lebih berupaya menarik sokongan pengundi Melayu berbanding PM keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tampil dengan modal itu untuk mempertahankan Najib, yang kini diserang hebat oleh Mahathir.

"Sebagai presiden Umno, Najib membawa perubahan kepada Umno dan sokongan kepada Umno meningkat dalam pilihan raya umum lalu.

"Ini berbeza dengan 1999," katanya yang menambah, sokongan Melayu pada Umno pada waktu itu merosot ketika ia dipimpin Mahathir.

Menteri pertanian dan industri asas tani itu bercakap kepada pemberita selepas satu program kementeriannya di Lembaga Pertubuhan Peladang, Kuala Lumpur.

Najib sehingga kini masih berdiam diri dan enggan menjawab kritikan Mahathir ke atasnya.

Antara lain, Mahathir membangkitkan mengenai motif pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan juga masalah pentadbiran dana 1Malaysia Development Bhd.

Hampir RM400K untuk ADUN S'gor digantung

Posted: 09 Apr 2015 02:00 AM PDT

   

Digantung daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak seburuk yang disangkakan apabila dewan negeri memutuskan untuk membayar kembali gaji mereka yang sepatutnya diterima.

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Selangor pada 28 Januari lalu memutuskan membayar "gaji tertunggak" bernilai RM395,583.90 untuk tujuh wakil rakyat yang terdiri daripada enam BN dan seorang DAP.

ADUN Sungai Pinang Datuk Teng Chang Kim (kiri) yang digantung 18 bulan pada era pentadbiran BN pada 2005 akan mendapat bayaran paling banyak sebanyak RM99,700.20.

Manakala lima orang wakil BN, termasuk bekas menteri besar Mohamad Khir Toyo, yang digantung dewan enam bulan akan mendapat RM294,383.70 atau 9,812.79 setiap seorang.

Selain Khir, mereka ialah bekas ADUN Batang Kali Mohd Isa Abu Kasim, bekas ADUN Sabak Datuk Warno Dogol, bekas ADUN Dengkil Datuk Marsum Paing dan bekas ADUN Hulu Bernam Datuk Mohamad Idris Abu Bakar.

Bagi bekas ADUN Seri Serdang dan bekas ketua pembangkang negeri Datuk Satim Diman yang digantung sebulan akan mendapat bayaran RM1,500.

Rujuk kes MP Puchong

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Selangor Hannah Yeoh (bawah) hari ini.

"Kita akan membayar balik gaji tujuh ADUN yang tertunggak. Kita akan uruskan proses pembayarannya dan ia memerlukan sedikit masa," katanya pada sidang media di lobi bangunan Annex di Shah Alam hari ini.

Bagaimanapun, menurutnya, jumlah pembayaran tersebut tidak termasuk dalam belanjawan kerajaan negeri untuk tahun 2015.

"Amaun ini tidak termasuk dalam bajet 2015. Pada bajet yang akan datang untuk tahun depan, baru boleh kita buat bajet tambahan," katanya.

Yeoh menjelaskan keputusan untuk membayar gaji tertunggak itu dibuat dengan merujuk kes yang dimenangi oleh Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo.

Dalam kes itu, katanya, Mahkamah Persekutuan mengarahkan Parlimen membayar gaji dan imbuhan semasa digantung kepada beliau selama setahun pada 2009.

"Bayaran gaji akan dibayar mengikut gaji semasa waktu itu (mereka digantung) dan bukan mengikut gaji (ADUN) sekarang," katanya lagi.

Anak Menteri Lain Pun Tak Buat Perangai Macam Ni.. kata Isteri muda Nazri kepada Nedim

Posted: 09 Apr 2015 01:15 AM PDT

 


Seorang wanita mendakwa dirinya isteri yang sah kepada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz dan layak menggunakan gelaran Datin Seri.

Haflin mendakwa beliau layak menggunakan gelaran Datin Seri kerana Nazri dan ibu Nedim telah bercerai sejak 26 tahun lalu.

Di Instagram yang menggunakan nama Haflinsfashion, dia mendakwa telah berkahwin dengan Nazri pada Jun 2014.

"Tidak ada undang-undang di Malaysia yang menyatakan hanya seorang isteri dibenarkan mengguna gelaran Datin Seri," tulis Haflin.

Sehubungan itu, dia mencabar Nedim Nazri yang juga anak tirinya supaya mengambil tindakan undang-undang terhadapnya jika fakta itu salah.

Haflin mendakwa, perkara itu terpaksa didedahkan atas permintaan Nazri untuk menjelaskan kekeliruan yang dicetuskan Nedim.

Nedim, kekasih kepada pelakon Nora Danish, baru-baru ini menimbulkan kontroversi kerana menuduh wanita yang menggunakan gelaran sesuka hati sebagai 'wanita terdesak'.


Nedim juga mengkritik editor dari dua majalah tempatan yang didakwa tidak membuat penyelidikan kerana hanya isteri pertama layak menggunakan gelaran itu lapor Free Malaysia Today

" ENGGAN BERSALAM DENGAN AHMAD MASLAN. BENARKAH SULTAN JOHOR TERLEPAS PANDANG " tikaq buloh

Posted: 09 Apr 2015 12:33 AM PDT

 
 
Jenis penipu rakyat. Siang malam tipu rakyat, GST laksana harga barang turunlah, GST hanya untuk orang kayalah, bla bla bla. Habis kau kencing rakyat, padanlah kalau sultan taknak salam dengan ko Maslan oi.


Kuala Lumpur – Rakaman Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang dikatakan enggan bersalaman dengan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan tersebar di media sosial Facebook.

Pengguna media sosial turut membuat spkulasi,  kononnya Sultan Johor murka dengan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Pontian itu.

Melalui rakaman berdurasi tiga puluh dua saat itu, Sultan Johor dilihat tidak menyambut salam yang dihulurkan oleh Ahmad Maslan.

Pegawai Khas (Penerangan), Datuk Ahmad Maslan ketika dihubungi SuaraTV berkata, perkara tersebut sengaja dibesar-besarkan oleh pihak pembangkang yang ketandusan isu.

Menurut Mohamad  Nazari Ahmad sepanjang pengetahuannya, Sultan Johor tidak mempunyai sebarang masalah dengan Ahmad Maslan seperti yang digembar-gemburkan itu.

"Tuanku Sultan Johor mungkin tidak perasaan ketika Tok Mad (Ahmad Maslan) hulurkan tangan, kerana Baginda sedang sibuk beramah mesra dengan rakyat yang hadir.

"Sepanjang pengetahuan saya, hubungan Tuanku Sultan dengan Tok Mad sentiasa baik tanpa sebaranag masalah" uajrnya kepada SuaraTV sebentar tadi.

Nazari turut menjelaskan insiden tersebut berlaku ketika Sultan Johor dan Permaisuri, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Jamuan Teh bersama rakyat baru-baru ini.

Majlis yang berlangsung tepat pukul 3 petang di Pontian itu diadakan bersempena Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor yang diadakan pada 23 Mac lalu.

Berangkat sama ke majlis itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isterinya, Che' Puan Khaleeda Bustamam serta anakanda-anakanda lain.

Keberangkatan Sultan dan Permaisuri Johor itu disambut hampir 10,000 rakyat pelbagai kaum yang teruja menyambut baginda berdua biarpun dalam keadaan cuaca panas terik.


Dalam majlis itu juga, Sultan Ibrahim turut meluangkan masa untuk beramah mesra dan bersalaman dengan rakyat jelata yang hadir. http://www.suara.tv/