Rabu, 8 April 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


VIDEO - Hujah Azeez isu 1MDB, jet baharu panaskan Dewan

Posted: 08 Apr 2015 08:30 PM PDT


VIDEO : Warta Perdana

Posted: 08 Apr 2015 08:00 PM PDT


Jawab dakwaan Mahathir, kata KJ sekali lagi

Posted: 08 Apr 2015 07:30 PM PDT

 
 

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin sekali lagi menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjawab isu dibangkitkan terhadapnya, terutama oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ditanya kenapa Najib lama berdiam, Khairy berkata beliau percaya isu itu harus disentuh.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa sidang media di Institut Sukan Negara di Kuala Lumpur hari ini.

"Setiap pentadbiran berdepan sesuatu isu dari masa ke semasa. Menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan kita menangani isu ini.

"Saya fikir perkara itu akan berlaku," katanya.

Minggu lalu, Khairy berkata Najib sendiri harus menjawab persoalan dibangkitkan Mahathir, walaupun perkara itu mungkin telah dijawab sebelum ini.

Mahathir mulai minggu lalu mula menyerang keras Najib dalam pelbagai isu, termasuk kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kontroversi 1Malaysia Developement Bhd dan kemerosotan sokongan kepada BN.

Kritikan itu dilihat antara paling keras terhadap Mahahir, yang menariknya dibuat sehari sebelum ulang tahun keenam pentadbiran Najib sebagai perdana menteri pada 3 April.



Malaysiakini

94,125 PENEROKA RUGI RM177 MILLION DALAM FGV ??? - Ucapan Tony Pua di Parlimen

Posted: 08 Apr 2015 07:00 PM PDT

 

94,125 orang peneroka yang masih memegang saham dalam Felda global venture *(dapat kononya durian runtuh) kini kerugian kira-kira RM177 million, kata ahli parlimen Tony Pua hari ini. Harga tutup saham FGVH RM RM2.09 sesaham saja semalam.

Kerajaan dalam parlimen smalam telah mendedahkan bahawa hampir semua peneroka (99.9 peratus) dari 94,219 orang yg mendapat 800 lot saham FGV masih lagi tidak menjual saham mereka.

Sungguh malang bagi peneroka ini yang masih memegang saham mereka, kerana mereka telah rugi besar sebanyak RM177,000,000 juta jika di kira berdasarkan harga penutup saham fgvh semalam.

Ini adalah akibat dari penurunan 53% harga saham sejak 2 tahun di senaraikan - kata Pua pada sidang parlimen di lobi parlimen smalam.

Prestasi harga saham FGVH begitu buruk walau pun pada amnya Indeks komposit Bursa saham Kuala Lumpur telah meningkat naik dari 1599 mata kepada 1855 mata pada tempoh yang sama - 8hb April 2015.




Gaya Peneroka

Mahathir VS Najib : Sudah Bertemu Tapi Masih ‘Menyerang’?

Posted: 08 Apr 2015 06:30 PM PDT


KUALA LUMPUR: Walaupun dikatakan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad sudah bersemuka secara 'one-to-one' bagi menjelaskan pelbagai isu dan kritikan yang dibangkitkan bekas Perdana Menteri itu terhadap pentadbiran kerajaan namun Mahathir dilihat masih tidak berpuas hati dengan Najib.

Memetik laporan Malaysiakini, Mahathir berkata, beliau hanya mahu agar persoalan berhubung arahan untuk membunuh Altantuya Shaariibuu terjawab.

Katanya, perkara itu perlu dijelaskan kerana timbul banyak syak wasangka dalam kalangan masyarakat.

Beliau juga kecewa kerana Najib dilihat sebagai pemimpin yang "bersih" untuk menggantikan perdana menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau seterusnya membangkitkan lagi mengenai dakwaan Sirul berhubung arahan bagi membunuh wanita berkenaan.

"Pada masa itu Najib ternampak bersih. Sekarang ada syak wasangka di kalangan orang ramai yang tidak terjawab..

"Ini bukan masalah (kes pembunuhan) lapan tahun dahulu. Yang saya soal ialah berkenaan masalah hari ini – masalah nyawa dua orang anggota polis yang dihukum bunuh.

"Amatlah tidak adil jika mereka dibunuh sedangkan mereka sebagai pegawai rendah polis hanya mengikut perintah.

"Saya hanya tanya berkenaan siapa yang mengeluar perintah kepada Sirul (Azhar Umar) dan rakannya (Azilah Hadri),"

VIDEO - Apa kata ustaz tentang GST? (wajib tengok!)

Posted: 08 Apr 2015 06:00 PM PDT


Tun Mahathir Akan Ditangkap Polis?

Posted: 08 Apr 2015 05:30 PM PDT

Laporan polis seluruh negara pada Dr M




Sebuah kumpulan merancang membuat laporan polis di seluruh negara bagi menggesa pihak polis menyiasat mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bawah Akta Hasutan 1948.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata tindakan itu diambil susulan kenyataan Mahathir, antaranya berkaitan pembunuhan Altantuya Shaariibuu terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Laporan polis sedang dibuat di seluruh negara.

"Semalam ada sekumpulan (buat laporan polis) di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Rembau, pagi ini di Kuantan dan Hulu Selangor.

"Dan petang ini di Pulau Pinang dan Melaka," kata ketua SAMM Badrul Hisham Shahrin ketika dihubungiMalaysiakini hari ini.

- mkini

Najib tutup mulut, lari dari media ??

Posted: 08 Apr 2015 05:00 PM PDT

Usaha untuk mendapatkan penjelasan PM berhubung kenyataan Tun Dr Mahathir tidak berjaya selepas beliau dikatakan mengelak daripada wartawan.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil pendekatan mengelak daripada wartawan yang cuba mendekati beliau untuk mendapat reaksi mengenai isu yang ditimbulkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selepas melancarkan Sesi Cabutan Undi Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) pada petang Rabu, Najib hanya berlalu tanpa mengendahkan permintaan wartawan.

Tindakan itu menimbulkan tanda tanya di kalangan pengamal media yang cuba mendapatkan penjelasan lanjut daripada mulutnya sendiri berhubung kenyataan bekas Perdana Menteri.

Sehari sebelum itu, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur juga dilapor cuba mengelak daripada ditemu bual wartawan. Beliau dilihat kurang bercakap dengan media ataupun berucap secara terbuka selepas kenyataanya mengenai kos dandanan rambut pada setiap sesi yang mencecah RM1,200 dikatakan dimanipulasi pihak tertentu.

Turut mengambil langkah yang serupa Setiausaha Agung UMNO yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang enggan member komen terhadap perkara yang sama.

 
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Foto Ibu Sirul Temui Mahathir

Posted: 08 Apr 2015 04:15 PM PDT

 


MP Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar sudahpun membawa ibu kepada Sirul Azhar Umar untuk menemui bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pertemuan itu berlangsung di bangunan Yayasan Perdana di Putrajaya namun belum dapat dipastikan masa pertemuan itu berlaku.

Gambar pertemuan itu yang berlegar di Facebook menunjukkan Mahfuz tiba bersama Piah Samat dan anggota keluarga untuk bertemu Mahathir.

Gambar menunjukkan Piah sedang berbual dengan Mahathir juga tersebar di Facebook.

Gambar itu muncul susulan kenyataan Mahfuz pada hari Jumaat lalu yang berjanji untuk mengatur pertemuan itu.

- mkini

Rakan rapat bongkar sikap Aidana Baizieva

Posted: 08 Apr 2015 12:27 PM PDT

 


Meskipun keluarga dan rakan-rakan bersedih atas kehilangan itu, tetapi dalam masa sama terluka berikutan terdapat pihak yang menfitnah Aidana sebagai 'pengiring' golongan atasan yang dibayar menggunakan wang rakyat. - Foto Facebook Arina Yusof

Helikopter malang yang terhempas di Semenyih pada Sabtu lalu di mana mengorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan lima yang lain mendatangkan spekulasi berikutan kehadiran seorang penumpang wanita misteri yang dikenali sebagai Aidana Baizieva.

NST Online melaporkan beberapa rakan ekspatriat Kyrgyzstan itu, Arina Yusof, Mimi Esha dan Indira tampil untuk menceritakan latar belakang Aidana Baizieva.

Meskipun keluarga dan rakan-rakan bersedih atas kehilangan itu, tetapi dalam masa sama terluka berikutan terdapat pihak yang memfitnah Aidana sebagai 'pengiring' golongan atasan yang dibayar menggunakan wang rakyat.

Kata seorang rakan Aidana atau lebih mesra dipanggil Dana merupakan rakan kepada salah seorang tetamu terhormat yang terkorban dalam insiden malang itu.

"Dia merupakan seorang gadis yang cantik dan sesiapa yang bertemu dengannya, pasti terpesona dengan kecantikan yang dimilikinya.

"Saya pula seorang yang tidak pandai berdikari dan pendiam tetapi Aidana telah mengajar saya bagaimana untuk menjadi seorang wanita yang kuat seperti saya pada hari ini, hanya kerana seorang perempuan cantik menjadi mangsa dalam nahas berprofil tinggi, terus orang melemparkan pelbagai fitnah kepadanya," katanya.

Dana merupakan seorang wanita yang sukar didekati lelaki kerana dia merupakan seorang yang kuat, bijak dan sentiasa mempertahankan rakan-rakannya.

"Dia merupakan seorang wanita yang tidak pernah gagal menjadi sumber inspirasi kepada saya, tanya kepada mana-mana rakannya dan pasti mereka mengatakan perkara yang sama.

"Ketika kami keluar untuk pergi menari, menonton filem atau keluar makan malam, jika ada mana-mana lelaki mengejek kami, pasti dia akan mempertahankan kami demi kehormatan rakan-rakannya.

"Cara dia melayan rakan-rakannya juga sangat baik, pada majlis hari jadinya tahun lalu, beliau membiarkan kami makan dahulu meskipun dia adalah orang istimewa dalam majlis berkenaan," ujarnya.

Aidana juga sering menyatakan betapa dirinya bertuah mempunyai rakan-rakannya sebagai peneman.

"Ketika saya nyatakan terpaksa pergi meninggalkan dia, mata dia berair dan memberitahu saya bahawa dia tidak tahu bila boleh berjumpa lagi, kalau boleh saya mahu menambah waktu bagi membolehkan saya menghabiskan saat-saat akhir bersama rakan yang saya sayang sebelum dia pergi kerana kita tidak tahu bila boleh bertemu mereka lagi.

"Keluarga Dana pula masih terkejut dengan berita ini, anak perempuan mereka yang pandai menjaga diri, tidak merokok, tidak minum dan selalu terukir senyuman di wajahnya, dengan gaya hidup yang Dana amalkan, dia menjalani kehidupan dengan cara sihat dan gembira, oleh itu, keluarga dan rakan-rakannya meminta orang ramai tidak menfitnahnya dengan cara melulu.

"Ya, dia merupakan seorang gadis yang cantik tetapi jika dibandingkan dengan dalamannya, kecantikan luarannya itu tidak setanding dalamannya, semoga Allah merahmati rohnya," katanya.

Pada Sabtu lalu, helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) yang membawa enam penumpang dan anak kapal, terhempas di kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih, jam 4.55 petang.

Selain Aidana Baizeva, mereka adalah Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis; Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Seri Azlin Alias; juruterbang, Kapten Clifford William Fournier; pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran; dan usahawan, Datuk Tan Huat Seang.


- therakyatpost.com

VIDEO - Berdoa waktu bahas, lepas ni kita baca talkin pula'

Posted: 08 Apr 2015 05:30 AM PDT










Pelawak Kasanova Digesa Bertaubat

Posted: 08 Apr 2015 04:30 AM PDT


KUALA LUMPUR : Pelawak dan pelakon Abam Bocey mengakui terkesan dengan kontroversi pelawak kasanova yang sedang hangat diperkatakan kerana baginya perkara itu mencalarkan industri komedi tempatan.

Pemenang Artis Komedi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2014 itu berpendapat bahawa kontroversi itu boleh merosakkan industri seni tempatan serta mengundang persepsi negatif dari orang ramai.

"Memang saya sangat terkesan dengan kontroversi pelawak kasanova itu kerana apa yang beliau buat itu secara tidak sengaja akan melabelkan pelawak di mata orang ramai sebagai gila seks.

"Jangan kerana kontroversi itu membuatkan orang takut hendak berkawan dengan kami. Pelawak sudah diiktiraf di Malaysia tetapi apabila perlu wujudnya perkara sebegitu, ianya boleh merosakkan industri pelawak tempatan.

"Tindakan pelawak kasanova itu bukan sahaja mencalarkan malah menggelapkan portfolio pelawak di Malaysia. Ianya boleh membuatkan semua pelawak terkesan kerana semuanya turut terpalit," tegas Abam kepada BH Online.

Abam nyata terkilan dengan sikap pelawak kasanova yang tidak berfikir panjang seperti dilaporkan menerusi pendedahan BH Plus, segmen berita premium berbayar BH Online kelmarin.

"Kepada pelawak itu, sudah-sudahlah.. Kalau perlu kahwin, kahwinlah. Selalunya orang sebegitu adalah individu yang kurang kasih sayang dan perhatian dari perempuan.

"Tidak dinafikan sekarang ramai yang ingin berkawan dengan pelawak dan individu itu mengambil kesempatan untuk membuat sesuatu yang bodoh.

"Kepada individu itu, bawa-bawalah bertaubat. Cuba renungi permasalahan ini dengan lebih mendalam jika rasa bersalah, bertaubatlah, kalau rasa betul maka teruskanlah," kata Abam secara sinis mengakhiri perbualan.

Lelaki Keluarkan Alat Sulit. LRT B/Tasik Selatan, Sila Ambil Perhatian.. Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 08 Apr 2015 03:30 AM PDT

 

MUSLIMAH itu mengadu, 

"Ya Allah, Subhanallah.. Dugaan teruk pagi-pagi ini. Dahlah menghadap 'jem', lepas itu berlari naik tren berhimpit-himpit.
Dugaannya adalah, nampak mamat baju purple tu? Kami berhimpit-himpit dalam tren. Himpit yang teramat rapat. Tangan dia dekat sangat dengan badan aku. Tiba-tiba aku rasa lain. Aku tengok, tangan dia dah sentuh badan aku. Lepas itu aku cuba mengelaklah. 
Selepas itu aku teruskan main handphone. Kita main handphone confirm pandang bawah kan? Apa yang aku nampak, dia keluarkan alat sulit dia dari zip seluar. Siap ramas-ramas. Aku tergamam. Tak boleh nak menjerit atau nak marah. Agak terkejut.
Nasib tinggal satu stesen je lagi. Dalam keadaan mengigil dan menangis, aku pergi ke monorail Hang Tuah. Dia pun ada, tetapi dia kat depan. Itu yang aku sempat nak rakam gambar dia.
Dengan serta merta aku lambat pergi kursus hari ini." Katanya. 
Ianya sebuah pengaduan dari rakyat, yang perlu diambil berat oleh pihak berwajib atau  kerajaan. Termasuk pihak LRT Bandar Tasik Selatan. Muslimat itu menasihati kepada kaum perempuan..
"Please kaum Hawa, make sure depan belakang kiri kanan awak adalah perempuan. Apa nama tu? Ladies Coach? Tak ingat pula. Dalam keadaan kejar masa nak pergi kerja, korang sempat ke nak pilih pintu mana yang korang nak masuk? Tak akan.
So please, aku tak pakai seksi pun. Aku pakai baju kurung, baju nak pergi kerja pun kena juga. Aku tak tahu sama ada lelaki itu warga asing atau tempatan. Sumpah aku fobia, trauma rasanya. Aku cuma mampu menangis di tepi tren ini.
Aku tak paksa untuk percaya, aku kaum Hawa, aku sayang kaum aku. 
Lokasi: LRT dari Bandar Tasik Selatan.
Masa: 8.30 pagiTarikh: 6.4.2015 " Tulisnya. 
Komen Blog kitabantai.info: Semua tren yang ada sekarang haruslah mencontohi tindakan yang dilakukan oleh Komuter KTM dengan mewujudkan gerabak khas untuk wanita kerana ia sudah pasti berkesan mencegah kejadian ganguan seksual seperti ini.  
Sekilas Pandangan Dari Weblog Ibnu Hasyim: Keajaan Islam wajib menjaga dan melindungi wanita rakyatnya. Yang penting warga tanggungannya walau apa agama sekalipun.. Mari kita lihat sejarah.

Zaman Pemerintahan Al-Mu'tasim

Mari kita lihat dalam sejarah Islam, semasa zaman gemilangnya di bawah pemerintahan khalifah Al-Mu'tasim, khalifah Bani Abbasiyah yang memerintah pada 833 hingga 842 Masehi. Sila rujuk kitab 'Al-Kamil fi al-Tarikh' karya Ibn Al-Athir, terjadi pada tahun 223 Hijriyyah, di bawah judul 'Penaklukan kota Ammuriah'.

Dilaporkan, seorang Muslimah rakyatnya dari keturunan Bani Hashim sedang membeli-belah di sebuah pasar dalam kawasan negeri di bawah kekuasaan Romawi yang bukan di bawah pemerintahan Al-Muktasim, di utara benua Asia. Atau tepatnya di kota Ammuriah, dalam negara Turki hari ini.

Semasa sedang berjalan itulah, Muslimah tersebut diganggu oleh seorang lelaki Romawi dengan menyentuh hujung tudung atau jilbabnya. Lantas secara spontan wanita itu menjerit..
"Wa Mu'tashamah!!" Ertinya, 'Dimana kau Mu'tasim'. Dia menyeru kepada Khalifah atau kerajaannya, yakni kerajaan Islam pada masa itu. ... "Tolonglah Aku".
Takdir Allah SWT, teriakan Muslimah tersebut akhirnya sampai ke telinga Khalifah al-Mu'tasim. Ketika itu, al-Mu'tasim, khalifah Bani Abbasiyah, sedang memegang gelas untuk minum. Didengarnya berita seorang Muslimah dilecehkan auratnya oleh tentera Romawi.
Khalifah itupun langsung berseru kepada panglima perangnya agar bersiap menuju Ammuriah, tempat dimana Muslimah tersebut menjerit meminta tolong. Puluhan ribu tentera pun dikerah mulai dari gerbang ibukota di Baghdad hingga hujungnya mencapai kota Ammuriah.
Pembelaan kepada Muslimah ini sekaligus dimaksudkan oleh khalifah sebagai pembebasan Ammuriah dari jajahan Romawi. Catatan sejarah menyatakan, ribuan tentera Muslim bergerak di bulan April, 833 Masehi dari Baghdad menuju Ammuriah. Kota Ammuriah dikepung oleh tentera Muslim selama kurang lebih lima bulan hingga akhirnya takluk di tangan Khalifah al-Mu'tasim pada 13 Ogos 833 Masehi.
Bayangkan, hanya kerana seorang wanita rakyat di bawah naungannya,yang dilecehkan rakyat Romawi dan menjerit minta tolong 'Wahai Mu'tasim" maka Khalifah tersebut tersentuh hatinya dan terbakar ghiroh tanggungjawab kepimpinan Islamnya sehingga dilancarkanlah serangan penaklukan ke Ammuriah. Akhirnya, wanita itu dapat dibebaskan. Allahu Akbar!
Zaman Nabi.
Begitu juga yang berkaku pada zaman Nabi Muhammad SAW. Dikisahkan ada seorang tukang emas Yahudi Bani Qainuqa menganiaya kehormatan seorang Muslimah dengan mengikat pinggir bajunya sehingga menyebabkan tubuhnya tersingkap. Masa itu, seorang lelaki Muslim kebetulan berada di sana dan terus membunuh orang Yahudi itu sebagai balasan.
Lalu orang-orang Yahudi membalas balik dengan membunuh lelaki Muslim itu. Keluarga lelaki itu memanggil kaum Muslimin untuk membantu dan Nabi SAW, mengirimkan pasukan melawan mereka. 
Setelah 15 hari pengepungan seluruh suku Bani Qainuqa diusir keluar dari Madinah. Ertinya kerajaan Islam melindungi maruah dan sensitifiti rakyatnya. Subhanallah!
Khalifah Umar bin Abdul-Aziz 
Di masa Khalifah Umar bin Abdul-Aziz pula, beliau pernah mengirim surat kepada para tahanan perang, orang Muslim di Konstantinopel. Beliau mengatakan kepada mereka:
  • "Kamu menganggap dirimu sebagai tahanan perang. Padahal kamu bukan tahanan perang. Kamu terkunci di jalan Allah. Aku ingin kamu tahu bahawa setiap kali aku memberikan sesuatu kepada kaum Muslim, aku memberikan lebih banyak untuk keluarga kamu. Dan aku mengirimkan sekitar 5 dinar untuk setiap salah satu dari kamu.  Dan andainya bukan kerana aku takut diktator Romawi akan mengambilnya dari kamu, tentu aku akan mengirimkan lebih. Aku juga telah mengirim banyak untuk menjamin pembebasan setiap salah satu dari kamu tanpa memikirkan berapa biayanya. Jadi bersukacitalah! Assalamu Alaikum. "
Begitulah cara melindungi wanita supaya tidak diganggui atau dihina oleh musuh-musuh Allah SWT. 
Dalam kes di LRT Bandar Tasik Selatan ini, fikir-fikirlah!(IH)

Nahas Helikopter: Hasrat Aidana Tak Kesampaian

Posted: 08 Apr 2015 02:30 AM PDT

Ini Dia Wajah Aidana Baizieva Seperti Tersiar Di Akhbar Kyrgyzstan

Selepas hari keempat tragedi nahas helikopter pada Sabtu lalu yang mengorbankan enam orang termasuk Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis, mayat mangsa keenam sehingga kini masih belum dituntut oleh pihak keluarga di Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur.

Mangsa yang merupakan seorang wanita yang dikenali sebagai Aidana Baizieva dikatakan kenalan kepada juruterbang Clifford William Fournier, yang turut maut dalam kejadian itu.

Aidana dikatakan berminat untuk menjadi seorang juruterbang namun hasratnya tidak kesampaian apabila terkorban dalam nahas di Kampung Sungai Pening, Semenyih, Sabtu lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, polis tidak menolak kemungkinan wanita itu adalah Aidana, seperti dalam daftar penerbangan helikopter itu yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan, tetapi ujian DNA perlu dijalankan sebelum dapat disahkan.

Katanya, hasil ujian yang dibuat ke atas mangsa wanita dalam kejadian itu, ia merupakan mayat wanita berusia 25 tahun.

"Polis berpuas hati dengan keputusan siasatan yang dijalankan. Bagaimanapun identiti sebenar mangsa masih belum dikenal pasti dan memerlukan masa," katanya dalam sidang media berhampiran lokasi nahas pada Selasa. 


Abdul Samah berkata, polis telah pergi ke rumah Aidana iaitu sebuah pangsapuri di Pantai Dalam, Kuala Lumpur untuk mengambil beberapa barang, dokumen dan spesimen milik mangsa untuk ujian DNA bagi mengesahkan identiti mangsa keenam nahas helikopter itu. 

"Polis menemui bukti tiket penerbangan mangsa (Aidana) ke Langkawi pada 21 Mac lalu semasa LIMA (Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi) sedang berlangsung tertera namanya dan juruterbang terbabit (Fournier). 

Juruterbang itu mempunyai akses masuk ke kediaman wanita itu," katanya. Abdul Samah berkata, siasatan polis mendapati Aidana merupakan pelajar jurusan diploma pelancongan di tiga buah kolej iaitu Sunway University, Lim Kok Weng Universiti dan Segi College. 

"Dia belajar di tiga kolej itu pada tahun 2010 hingga 2014 dan mendapat diploma dari Segi College pada 10 Oktober lalu," katanya.

Berikutan itu, polis mengambil keterangan daripada rakan-rakan wanita itu.

"Wanita itu amat berminat untuk menjadi seorang juruterbang, selain itu, ada saksi yang pernah melihat mereka (Aidana dan Fournier) terbang menaiki helikopter bersama beberapa kali sebelum insiden," katanya yang meminta orang ramai tidak membuat spekulasi mengenai wanita itu.


Aidana (kanan) bersama juruterbang Clifford William Fournier, yang turut maut dalam nahas helikoter, Sabtu lalu.

Sekiranya identiti mangsa tidak dikenal pasti lagi, polis akan mengambil langkah terakhir iaitu menghubungi ayah Aidana yang berumur 75 tahun di Kyrgyzstan untuk membuat ujian DNA dan mengenal pasti mangsa.

Sementara itu, Duta Kyrgyzstan ke Malaysia, Kylychbek Sultanov berkata, pihaknya sedang berusaha untuk mengesahkan identiti penumpang keenam melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan keputusannya akan diketahui dalam tempoh beberapa hari lagi.

Katanya, bapa Aidana Baizieva telah dimaklumkan mengenai perkara itu dan proses untuk membawa beliau ke sini bagi urusan tuntutan mayat sebaik sahaja identiti itu disahkan sebagai anaknya sedang dilakukan.

"Dia tidak percaya bahawa mayat itu adalah milik anaknya," katanya.

Sultanov berkata, Baizieva tidak mendaftar dengan pihak kedutaan, jadi maklumat mengenai dirinya tidak lengkap buat masa ini.

Bagaimanapun, beliau berkata Baizieva telah menamatkan pengajian dari Universiti Segi pada tahun lalu dan bekerja sebagai pengurus restoran di negara ini.

Ketika ditanya sama ada Baizieva adalah sahabat kepada juruterbang helikopter malang itu, beliau berkata pihak kedutaan sedang menyiasat mengapa wanita tersebut turut berada di dalam helikopter tersebut.

Siasatan tragedi nahas helikopter yang mengorbankan enam orang termasuk anggota Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan masuk hari keempat hari ini.

Dalam kejadian Sabtu lepas, helikopter AS365N2 Dauphin (9M-1GB) yang membawa enam orang terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4.55 petang.

Tiga lagi yang maut dalam kejadian itu adalah Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias, pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran dan ahli perniagaan, Datuk Tan Huat Seang. -mstar

Terlalu sukar untuk bapa Aidana Baizieva hadapi 2 tragedi

Ketika tersebar berita mengatakan anak perempuannya mungkin salah seorang penumpang dalam nahas helikopter di Semenyih, pada Sabtu, bapa mangsa, Aidana Baizieva sukar mempercayainya.

Itu adalah tragedi kedua menimpa keluarganya, selepas isterinya, ibu kepada Baizieva meninggal dunia dalam kemalangan keretapi pada 1998. Baizieva berusia 8 tahun ketika itu.

Duta Kyrgyzstan ke Malaysia, Kylychbek Sultanov hari ini berkata kepada The Malaysian Insider, bapa kepada penumpang malang itu kini masih cuba menerima hakikat tragedi berkenaan.

"Ya, kami maklumkan kepada keluarga di Kyrgyzstan... dia (bapanya) sudah dimaklumkan, tetapi sukar baginya menerima berita itu, sebaliknya percaya Baizieva masih hidup," katanya, yang enggan mendedahkan nama bapa mangsa itu.

Katanya, kedutaan bekerjasama dengan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengenal pasti 6 penumpang helikopter tersebut dan setakat ini berkeyakinan DNA yang diambil milik Baizieva.

"Apa yang kami tahu ibunya meninggal dunia ketika dia berusia 8 tahun dalam kemalangan keretapi di Kyrgyzstan. Sebab itu bapanya, tidak dapat menerima hakikat apa yang berlaku. Baizieva adalah anak tunggal," katanya.

Sultanov berkata, kali terakhir bapanya menemui anak perempuannya itu 3 bulan lalu ketika melawatnya di Kuala Lumpur.

Setakat ini, berdasarkan maklumat yang diperolehi, Baizieva dipercayai mengenali juruterbang helikopter tersebut dan sedang mengambil latihan penerbangan bersamanya.

Beliau turut mengesahkan polis pergi ke apartmen mangsa di Pantai Dalam dan mengambil sampel rambut dan kuku untuk membantu siasatan.

"Semalam, polis ketika menjalankan siasatan di apartmennya ada menemui rekod menunjukkan dia sedang belajar asas penerbangan dan berminat menjadi juruterbang helikopter," katanya.

Beliau turut mengesahkan, kakak tiri Baizieva datang ke rumah mayat Hospital Kuala Lumpur semalam bersama pegawai kedutaan untuk proses pengecaman.

"Polis kini mahu melakukan ujian DNA, untuk memadankan dengan sampel sedia ada," kata Sultanov, dan menambah, Baizieva pernah bekerja di sebuah restoran makanan Barat selepas menamatkan pengajian di SEGi Universiti tahun lalu.

Katanya, kedutaan juga menemui beberapa rakan wanita itu namun tidak dapat mengumpul maklumat lengkap kerana mereka masih bersedih atas insiden tersebut.

"Maklumat ini kami perolehi daripada rakan-rakannya semalam, namun mereka tidak mampu memberikan banyak maklumat," katanya.

Beliau berkata, kedutaan juga sedang berusaha mendapatkan kebenaran keluarga untuk menyiarkan gambar wanita itu bagi menjelaskan beberapa laporan di media.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata polis percaya penumpang wanita dalam helikopter malang yang terhempas itu adalah Baizieva, 25.

Beliau turut mengesahkan, sepasukan anggota polis dihantar ke kediaman wanita berkenaan bagi mengumpul sampel DNA.

"Kami turut menemui tiket penerbangan ke Langkawi pada 21 Mac sempena Lima atas nama mangsa dan juruterbang helikopter itu," katanya.

Laporan itu turut berkata, berdasarkan keterangan pihak pengurusan apartment tersebut, juruterbang helikopter yang turut terkorban itu pernah melawatnya di apartmen berkenaan beberapa kali.

Sementara itu, Abdul Samah mengesahkan, mayat juruterbang, Kapten Clifford William Fournier, sudah dituntut dan kini berada di Kedutaan Amerika Syarikat.

Mayat berkenaan dituntut pada 8.15 pagi, Isnin oleh kedutaan.

Fournier merupakan juruterbang helikopter Eurocopter AS365N2 Dauphin yang terhempas di Semenyih, dan mengorbankan 6 penumpangnya, termasuk Ahli Parlimen Rompin Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.

Mangsa lain ialah ketua setiausaha sulit perdana menteri Datuk Seri Azlin Alias, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang dan pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran -TMI


Kelab Greenboc

Anwar masih penasihat ekonomi Selangor yang sah, kata Azmin OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Posted: 08 Apr 2015 01:30 AM PDT

 

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan beliau masih boleh mendapatkan nasihat Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan penulisan dan kertas kerja yang boleh dirujuknya.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan beliau masih boleh mendapatkan nasihat Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan penulisan dan kertas kerja yang boleh dirujuknya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim masih lagi merupakan Penasihat Ekonomi Selangor yang sah, walaupun beliau kini sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Azmin berkata, kerajan negeri masih boleh mendapatkan nasihat Anwar melalui hasil penulisan dan rujukan, selain kertas kerja yang pernah dibentangkannya sebelum ini.

"Tidak apalah hari ini dia ada dalam penjara, esok belum tentu.

"Tetapi kalau pun dia dalam penjara, apakah saya tidak boleh dapat nasihat dengan penulisan dengan rujukan beliau, kertas kerja yang dibentangkan di dunia saya boleh rujuk.

"Sebab itu bagi saya beliau masih penasihat ekonomi di negeri Selangor," katanya dalam Dewan Undangan Negeri, (DUN) hari ini, menjawab gesaan pemimpin  Barisan Nasional (BN) jawatan itu perlu segera digantikan dengan individu lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu berkata, Anwar masih layak berdasarkan latar belakangnya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan World Bank dan International Monetary Fund (IMF).

Malah, badan kewangan Eropah juga katanya pernah mengisytihar Anwar sebagai Menteri Kewangan Cemerlang tahun 1996 selain memiliki peribadi yang diiktiraf ulama tersohor Dr Yusuf Qardhawi.

"Tidak suka dia tidak apa, tetapi jangan bina satu perasaan hasad dengki dan dendam. Dia mendapat sokongan 52% dalam pilihan raya umum yang lepas, sebab itu Umno semakin takut," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Burong Datuk Mohd Shamsudin Lias sebelum itu bangun meminta penjelasan menteri besar berkenaan status Anwar selepas Lembaga Pengampunan Diraja menolak petisyen rayuan keluarganya pada 24 Februari lalu.

Susulan keputusan lembaga pengampunan itu, ketua umum PKR yang juga ketua pembangkang di Parlimen itu kini dilucutkan kelayakannya sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh.

Beliau kini menjalani hukuman penjara susulan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari yang mengekalkan kesalahannya kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Anwar pada tahun 2009 dilantik menteri besar terdahulu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bertujuan untuk menarik pelabur asing dengan hanya bergajikan RM1 sebulan.

Khalid semasa hari terakhirnya mentadbir negeri pada September tahun lalu menutup pejabat Penasihat Ekonomi di Plaza Perangsang Shah Alam, sekali gus memberhentikan tugas Anwar atas alasan mahu menjimatkan kos pentadbiran kerajaan negeri.

Namun jawatan itu dipertahankan Azmin.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

BN Selangor sifatkan Azmin ‘politikus profesional’ OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Posted: 08 Apr 2015 12:30 AM PDT


Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dikatakan tidak mengurus dengan bijak dan hanya menyalahkan pihak lain, kata Penyelaras Adun Barisan Nasional Selangor Mat Nadzari Ahmad Dahlan.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dikatakan tidak mengurus dengan bijak dan hanya menyalahkan pihak lain, kata Penyelaras Adun Barisan Nasional Selangor Mat Nadzari Ahmad Dahlan.

Barisan Nasional (BN) menyifatkan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali bukanlah pengurus negeri yang baik, sebaliknya hanya seorang politikus profesional apabila masih tidak memuktamadkan perjanjian air dan hanya menambahkan kekeliruan rakyat, kata Mat Nadzari Ahmad Dahlan.

Penyelaras Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN Selangor itu berkata, Azmin kini menyalahkan Peguam Negara apabila tidak menasihati Putrajaya meneliti terma perjanjian sebelum menandatanganinya.

Pada masa sama, tidak mempersoalkan peranan penasihat undang-undang negeri yang sepatutnya bertanggungjawab menyediakan pelan perjanjian air yang sesuai sehingga wujudnya pertikaian.

"Saya melihat beliau lebih kepada seorang politikus profesional. Dia tidak bergerak bijak sebagai pengurus profesional yang mengurus sebuah negeri yang mempunyai kepentingan yang sangat besar kepada rakyat Selangor, tetapi seluruh rakyat.

"Ini negeri termaju dan kita hendak beliau menggunakan sistem urus tadbir yang baik bukan 'flip flop' hari ini cakap lain esok cakap lain dan mengambil pendekatan mengeliru dan menggelisahkan rakyat secara keseluruhan," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Annexe, Shah Alam, hari ini.

Adun Batang Kali itu juga mengritik Azmin yang mencalarkan usaha 5 tahun Khalid sebelum ini menyediakan pelan penstrukturan air.

"Dia meletakkannya jauh ke bawah dan tidak setanding dengan kerajaan hari ini (sedangkan) itu kerajaan Pakatan Rakyat juga.

"Hari ini dia menidakkan kembali apa yang diusahakan Khalid pada ketika itu," katanya.

Ditanya dakwaan Azmin Khalid kini 'rakan baru' BN apabila bersekongkol menyerangnya berkenaan isu air, beliau menafikannya.

"Dia (Khalid) mempunyai pandangan dan fakta sendiri, sama sekali bukan tempat BN buat rujukan.

"BN tidak bergantung kepada Khalid mengutarakan masalah berbahas," katanya.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Azmin kritik kelemahan Khalid sedia pelan industri air OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Posted: 07 Apr 2015 11:30 PM PDT

 
'Azmin kritik kelemahan Khalid sedia pelan industri air  OLEH JAMILAH KAMARUDIN  Pelan penstrukturan industri air di Selangor menjadi isu sejak pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kini berlanjutan dengan kritikan beliau terhadap Mohamed Azmin Ali, yang dikatakannya lemah.  Pelan penstrukturan industri air di Selangor menjadi isu sejak pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kini berlanjutan dengan kritikan beliau terhadap Mohamed Azmin Ali, yang dikatakannya lemah.   Bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus dikritik hebat oleh penggantinya, Mohamed Azmin Ali kerana menyediakan pelan penstrukturan industri air yang digambarkannya sebagai lemah sehingga menimbulkan pertikaian dengan Putrajaya walaupun perjanjian itu sudah ditandatangani.  Menteri besar Selangor itu berkata, pertikaian 2 aset loji rawatan air di Bukit Nanas, Kuala Lumpur, dan loji Semenyih di Putrajaya berbangkit kerana kerajaan pentadbiran Khalid dan Putrajaya tidak menyemak status hak milik aset itu secara teliti.  Azmin berkata, Khalid sepatutnya mengetahui senarai aset negeri yang terlibat sebelum bersetuju untuk menyerahkannya kepada Putrajaya tanpa memberi ruang kepada sebarang pertikaian.  "Saya percaya proses perbincangan antara kerajaan negeri dan persekutuan yang diketuai Pelabuhan Klang. Dia patut tahu apa yang dia dah serah kepada kerajaan persekutuan," katanya merujuk kepada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili Khalid.  Azmin berkata, disebabkan itu, Putrajaya yang  menerima syarat dan menandatangani perjanjian kemudian datang semula menuntut tanah yang didakwa sebagai hak mereka.  "Kenapa kerajaan persekutuan datang kata ini aset aku, kalau kami merompak adakah Yang Berhormat setuju kerajaan Persekutuan juga bersetuju supaya dirompak?" kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu.  "Kalau kerajaan persekutuan kata itu hak mereka, kenapa tidak dibahas sebelum tandatangan itu?

Pelan penstrukturan industri air di Selangor menjadi isu sejak pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kini berlanjutan dengan kritikan beliau terhadap Mohamed Azmin Ali, yang dikatakannya lemah.

Pelan penstrukturan industri air di Selangor menjadi isu sejak pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kini berlanjutan dengan kritikan beliau terhadap Mohamed Azmin Ali, yang dikatakannya lemah. 

Bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus dikritik hebat oleh penggantinya, Mohamed Azmin Ali kerana menyediakan pelan penstrukturan industri air yang digambarkannya sebagai lemah sehingga menimbulkan pertikaian dengan Putrajaya walaupun perjanjian itu sudah ditandatangani.

Menteri besar Selangor itu berkata, pertikaian 2 aset loji rawatan air di Bukit Nanas, Kuala Lumpur, dan loji Semenyih di Putrajaya berbangkit kerana kerajaan pentadbiran Khalid dan Putrajaya tidak menyemak status hak milik aset itu secara teliti.

Azmin berkata, Khalid sepatutnya mengetahui senarai aset negeri yang terlibat sebelum bersetuju untuk menyerahkannya kepada Putrajaya tanpa memberi ruang kepada sebarang pertikaian.

"Saya percaya proses perbincangan antara kerajaan negeri dan persekutuan yang diketuai Pelabuhan Klang. Dia patut tahu apa yang dia dah serah kepada kerajaan persekutuan," katanya merujuk kepada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili Khalid.

Azmin berkata, disebabkan itu, Putrajaya yang menerima syarat dan menandatangani perjanjian kemudian datang semula menuntut tanah yang didakwa sebagai hak mereka.

"Kenapa kerajaan persekutuan datang kata ini aset aku, kalau kami merompak adakah Yang Berhormat setuju kerajaan Persekutuan juga bersetuju supaya dirompak?" kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu.

"Kalau kerajaan persekutuan kata itu hak mereka, kenapa tidak dibahas sebelum tandatangan itu?" katanya.

Azmin juga menyifatkan Khalid sebagai 'sahabat baru Barisan Nasional (BN)' apabila bekerjasama dengan pembangkang untuk menyerangnya mengenai isu air.

"Tolong bisik kepada kawan baru Umno-BN jangan lupa fakta kerana dia pun tahu apa yang ditandatangani.

"Saya menghidu Pelabuhan Klang dan Permatang sedang bergabung menyerang saya dalam isu ini," katanya, merujuk kepada Adun kawasan berkenaan, Sulaiman Abdul Razak. 

Khalid semasa berbahas dalam DUN minggu lalu berkata, cara Azmin menyelesaikan isu air bukan sahaja mengelirukan semua pihak, malah semakin menyerlahkan kelemahan diri sendiri.

"Malangnya, segala penat lelah dan jerih perih pegawai kerajaan dan pentadbiran sebelum ini yang terlibat dalam perbincangan untuk mencapai suatu persetujuan akhir seperti sia-sia sahaja apabila pentadbiran negeri yang baharu sering membuat kenyataan berbolak-balik mengenai penstrukturan semula industri air," katanya.

Azmin juga mempertikaikan kredibiliti Peguam Negara Tan Sri Gani Patail yang mewakili Putrajaya yang lemah menyediakan draf perjanjian air khusunya melibatkan pemilikan tanah dan aset.

"Kalau begini sikap peguam negara tidak mustahil negara pun akan tergadai kerana gagal menilai perjanjian.

"Usaha 5 tahun Pelabuhan Klang untuk sampai ke tahap ini mengapa kerajaan Persekutuan tidak menyemak kandungan perjanjian terlebih dahulu sebelum tandatangan," katanya.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article.

dollah yankee

dollah yankee


Ini macam boleh kena bom woo!

Posted: 08 Apr 2015 07:46 AM PDT

Gambar menunjukkan Piah sedang berbual dengan Mahathir juga tersebar di Facebook.
Gambar itu muncul susulan kenyataan Mahfuz pada hari Jumaat lalu yang berjanji untuk mengatur pertemuan itu.

Muhamad Najib bin Abdul Razak ini betul-betul jantan suwey. Sebelum Mahathir meminta jawapan dari Najib telah dilaporkan tetang berita pertemuan Sirul dengan Ibunya di Sydney Australia. Berita menjadi lagi heboh apabila Ibu Sirul telah diatur untuk membuat pertemuan dengan Mahathir Muhamad. Ibu Sirul yang dibawa oleh YB Mahfiz Omarberjumpa Sirul di Australia dilaporkan oleh media ada membawa beberapa maklumat dari Sirul.

Apa maklumat itu? Tidak ada sesiapa yang tahu. Apa yang jelas kenyataan Najib yang memperlekehkan Sirul sebagai ' merepek'telah menaikkan lagi suhu marah Si Sirul terhadap 'orang yang memberi arahan bunuh'.

Nota:- ini adalah antara kandungan tulisan yang dipetik dari dalam akhbar SUARA KEADILAN

dollah yankee- 
boleh kah lena tidor kalau macam ni punya keadaan?