Selasa, 7 April 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Akta Hasutan kekal kerana provokasi melampau'

Posted: 07 Apr 2015 10:30 PM PDT

 
Kebimbangan pelbagai pihak terhadap perbuatan provokasi yang semakin melampau menjadi antara sebab kerajaan membuat 'pusingan u' terhadap Akta Hasutan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Nancy berkata dalam tempoh akta tersebut sepatutnya dimansuhkan sebelum ini, beliau didatangi pelbagai pihak termasuk intelektual dan profesional daripada pelbagai kaum yang mahu akta itu dikekalkan demi menjaga keharmonian negara.

"Mereka ini bimbang provokasi terhadap institusi raja, agama, bangsa dan bahasa menjadi sesuatu yang begitu biasa di negara ini apatah lagi melalui media sosial.

"Jadi mereka luahkan kebimbangan itu kerana amat risau akan terjadi pelbagai ketegangan apabila ada pihak yang menghina agama atau bangsa mereka, " katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Namun, kata Nancy, beliau tidak mempunyai kuasa untuk memastikan akta tersebut dikekalkan, tetapi kemudian lega apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya mengambil keputusan mengekalkannya dengan beberapa pindaan.

Rang Undang-undang Hasutan (Pindaan) 2015 dibentangkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini walaupun sebelum ini bercadang untuk memansuhkan akta berkenaan.

Menurut kertas rang undang-undang itu, keputusan meminda akta berkenaan didorong perkembangan politik semasa, termasuk lontaran komen, penyebaran maklumat dan penerbitan yang dikhuatiri memudaratkan keharmonian negara.

Pindaan mengandungi penambahan -langkah dan hukuman yang diperkukuh bagi menangani ancaman terhadap keamanan, ketenteraman dan keselamatan di negara.

Bagaimanapun, Nancy yang juga anggota Parlimen Batang Sadong, berharap pihak yang mempunyai kuasa supaya seboleh mungkin mengelak menggunakan akta itu.

"Saya yakin kerajaan juga tidak mahu sewenang-wenangnya menggunakan akta ini, tetapi saya berpendapat ia patut 'disimpan' kerana supaya jika terjadi hal-hal membabitkan provokasi tidak terkawal, kita ada tempat untuk merujuknya," katanya.

- Bernama

Saya hanya tanya siapa keluar perintah kepada Sirul - Dr Mahathir

Posted: 07 Apr 2015 09:30 PM PDT

 

DR MAHATHIR: Saya hanya tanya siapa keluar perintah kepada Sirul. -Gambar fail

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau hanya bertanya siapa yang mengeluarkan perintah kepada dua anggota polis yang didapati bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu.

Katanya adalah tidak adil jika Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri dikenakan hukuman bunuh kerana mereka hanya mengikut arahan.

"Ini bukan masalah (kes pembunuhan) lapan tahun dahulu. Yang saya soal ialah berkenaan masalah hari ini – masalah nyawa dua orang anggota polis yang dihukum bunuh.

"Amatlah tidak adil jika mereka dibunuh sedangkan mereka sebagai pegawai rendah polis hanya mengikut perintah.

"Saya hanya tanya berkenaan siapa yang mengeluar perintah kepada Sirul (Azhar Umar) dan rakannya (Azilah Hadri)," katanya menerusi blog chedet.cc hari ini.

Dr Mahathir menjelaskan, beliau hanya mahu agar persoalan berhubung arahan untuk membunuh Altantuya Shaariibuu terjawab.

Beliau berkata, perkara tersebut perlu dijelaskan kerana timbul banyak syak wasangka di kalangan masyarakat.

Dr Mahathir berkata, beliau tidak menuduh Najib melakukan jenayah kerana itu dapat disiasat oleh polis.

"Dalam blog saya, saya tidak menuduh Dato Seri Najib melakukan apa-apa jenayah.

"Itu boleh ditentukan jika polis dapat membuat siasatan. Yang saya pohon ialah jawapan kepada soalan-soalan yang disuarakan oleh ramai rakyat," katanya.

- astroawani



Badan perniagaan India mahu Dr M 'taubat'

Posted: 07 Apr 2015 08:30 PM PDT

 
 

Ketika perdana menteri terus berdiam diri terhadap asakan Tun Dr Mahathir Mohamad, Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) hari ini tampil mempertahankan Datuk Seri Najib Razak.

Tidak menyentuh secara langsung serangan Mahathir, MAICCI menyindir beliau supaya melihat melihat wajah sendiri di cermin terlebih dahulu.

"Mahathir patut berhenti memburukkan PM dan lihat pada kelemahan diri sendiri ketika mentadbir negara ini," kata Setiausaha Agung MAICCI Datuk M Davendran.

Dalam kenyataan hari ini, Davendran berkata Mahathir patut mendukung Najib sebagaimana beliau disokong oleh pendahulunya ketika memerintah.

Mengakui telah banyak perkara disumbangkan Mahathir, Davendran berkata "berbuat, berfikir dan bercakap secara baik" di samping "bertaubat" atas kesalahan pentadbirannya sebelum ini.

"Tolong ingat bahawa sebagai seorang negarawan, apa sahaja yang kamu kata akan dianggap 'maha benar' dan perkara negatif kamu kata akan beri lebih mudarat berbanding kebaikan kepada negara ini," katanya.

Mahathir pada 2 April menulis di blog mengkritik pentadbiran Najib daripada pelbagai aspek.

Ia dilihat antara kecaman paling keras diajukan oleh bekas perdana menteri selama 22 tahun ini.

Perkara itu termasuk membangkitkan persoalan berhubung pihak yang mengarahkan pembunuhan Altantuya, susulan reaksi Najib bahawa perkara itu "mengarut" sebelum ini.

Beliau juga mengulangi amaran bahawa BN akan tewas dalam pilihan raya umum akan datang jika Najib terus menerajui parti itu, selain terus mengasak itu 1Malaysia Developement Bhd (1MDB).

Mahathir juga berkata semua kaum tidak lagi berdiri di belakang pemimpin nombor satu negara.

Staf ABN belum terima gaji bulan Mac..??

Posted: 07 Apr 2015 07:45 PM PDT

 
 

Kakitangan media Asia Broadcasting Network's (ABN) yang ditamatkan perkhidmatan baru-baru ini, masih belum menerima gaji mereka bagi bulan Mac.

Seorang daripada 60 kakitangan yang dipecat itu memberitahu Malaysiakini bahawa mereka hanya akan mendapat gaji Mac mereka pada minggu depan.

"Gaji bulan Mac kami masih belum masuk. Mereka beritahu kami, gaji hanya akan dimasukkan ke dalam bank pada 15 hari bulan ini," katanya yang namanya enggan disebut.

Kakitangan diberi pelepasan awal Jumaat lalu, selepas syarikat itu menutup operasinya.

Mereka dijanjikan bayaran penuh untuk bulan April, tetapi krisis kewangan yang dihadapi ABN menyebabkan mereka bimbang ia mungkin tidak menjadi kenyataan.

"Saya tidak tahu (jika saya akan dapat) gaji bulan April. Saya tidak ada simpanan, saya bergantung penuh dengan gaji saya," kata sumber itu lagi.

Akhbar The Edge Financial Daily hari ini melaporkan bahawa ABN kini sedang mengalami masalah kewangan yang teruk.

Cukai pendapatan

Di samping lewat bayar, laporan The Edge menyebut syarikat itu tidak mendepositkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada kakitangan sejak tahun lalu.

Pekerja juga amat bimbang cukai pendapatan mereka turut tidak didepositkan.


Penyata kewangan terakhir difailkan oleh ABN pada 2013 menunjukkan syarikat itu menghadapi kerugian terkumpul sebanyak RM36.2 juta dan ia membuatkan tiada pulangan sejak 2009.

The Edge turut melaporkan bahawa ABN mempunyai pinjaman sebanyak RM450 juta daripada Bank Pembangunan dan RM15 juta daripada Maybank, yang mana kedua-duanya tidak dibayar.

Perkhidmatan TV Digital ABN, ABNxcess, berjanji untuk memberi khidmat kepada lebih 500 saluran dengan akses Internet 300 Mbps.

Pemegang saham syarikat terbesar taikun K Eswaran yang memegang 70 peratus saham ABN melalui syarikat ABN Media Group.

Bantahan kumpulan media

Sementara itu, kumpulan media Gerakan Media Marah (GERAMM) terus memberikan tekanan kepada ABNexcess supaya menjaga kebajikan pekerjanya dengan tidak menamatkan tugas mereka.

"Walaupun jika ada keperluan pihak syarikat untuk menutup unit berita, GERAMM berpendirian jangka notis yang lebih berpatutan patut diberikan berserta pampasan bagi semua kakitangan terbabit.

"GERAMM berharap yang pihak syarikat akan mempertimbangkan semula tindakan pemberhentian mengejut petugas media terbabit dan menyediakan pampasan yang sewajarnya," kata kumpulan itu dalam kenyataannya sebelum ini.


 

MB diselar pertahan tanah bukan milik k'jaan S'gor

Posted: 07 Apr 2015 07:00 PM PDT

 
 
Seorang anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor hari ini menyelar Menteri Besar Mohamed Azmin Ali kerana bertindak mempertahankan tanah Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Nanas dan Semenyih sebagai milik kerajaan negeri.
  
Datuk Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) berkata tindakan menteri besar itu akan menyebabkan perjanjian utama penstrukturan semula industri air tertangguh dan gagal dimuktamadkan.
  
"Kerajaan negeri tidak sepatutnya menyenaraikan aset milik Kerajaan Persekutuan sebagai aset kerajaan negeri.
  
"Tindakan itu hanya akan menyebabkan perjanjian tersebut tidak boleh dikuatkuasakan kerana bertentangan dengan Kanun Tanah Negara," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam.
  
Beliau berkata status tanah LRA Bukit Nanas dan Semenyih sehingga kini tidak dapat diputuskan kerana perjanjian utama penstrukturan semula industri air masih di peringkat rundingan.

"Walaupun kedua-dua aset tersebut disenaraikan dalam perjanjian (air), tetapi ia masih di peringkat proses rundingan...ini kerana perjanjian air itu belum pun dikuatkuasakan," katanya.
  
Kerajaan Selangor mendakwa tanah LRA Bukit Nanas dan LRA Semenyih merupakan milik kerajaan negeri seperti mana yang disenaraikan dalam perjanjian utama penstrukturan semula industri air yang ditandatangani bersama Kerajaan Persekutuan pada 12 Sept lepas.
  
Mohamed Azmin berkata penyenaraian aset tanah itu dibuat bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
  
Mohamed Azmin berkata, isu tanah tersebut punca pihaknya membatalkan rundingan penstrukturan yang ditandatangani bersama Kerajaan Persekutuan sebelum bersetuju untuk berunding semula pada 23 Mac lepas. 
  
-Bernama
 

Dulu Najib nampak bersih, kata Dr M

Posted: 07 Apr 2015 06:15 PM PDT

 
 
 
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau hanya mahu agar persoalan berhubung arahan untuk membunuh Altantuya Shaariibuu terjawab.

Katanya, perkara itu perlu dijelaskan kerana timbul banyak syak wasangka di kalangan masyarakat.

Beliau juga kecewa kerana Najib dilihat sebagai pemimpin yang "bersih" untuk menggantikan perdana menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau seterusnya membangkitkan lagi mengenai dakwaan Sirul berhubung arahan bagi membunuh wanita berkenaan.

"Pada masa itu Najib ternampak bersih. Sekarang ada syak wasangka dikalangan orang ramai yang tidak terjawab..

"Ini bukan masalah (kes pembunuhan) lapan tahun dahulu. Yang saya soal ialah berkenaan masalah hari ini – masalah nyawa dua orang anggota polis yang dihukum bunuh.

"Amatlah tidak adil jika mereka dibunuh sedangkan mereka sebagai pegawai rendah polis hanya mengikut perintah.

"Saya hanya tanya berkenaan siapa yang mengeluar perintah kepada Sirul (Azhar Umar) dan rakannya (Azilah Hadri)," katanya.

Tambahnya, beliau tidak menuduh Najib melakukan jenayah kerana itu dapat disiasat oleh polis.

"Dalam blog saya, saya tidak menuduh Dato Seri Najib melakukan apa-apa jenayah.

"Itu boleh ditentukan jika polis dapat membuat siasatan. Yang saya pohon ialah jawapan kepada soalan-soalan yang disuarakan oleh ramai rakyat," katanya.

Pasukan polis bagaimanapun menolak saranan agar siasatan baru dijalankan ke atas kes tersebut.

Tindakan Mahathir membangkitkan isu kematian Altantuya mengejutkan para pemimpin dalam Umno dan ada pemerhati yang mendakwa negarawan itu berusaha untuk menyingkirkan Najib.

Najib juga masih berdiam diri ke atas serangan baru yang dilancarkan Mahathir.

Kemana Roh Pergi Saat Manusia Tidur? Dicatat oleh ustazcyber di 5:13:00 PG BANYAK orang mengatakan bahwa tidur itu adalah kematian sementara manusia. Jika dikatakan mati sementara, lantas kemanakah perginya roh manusia saat tidur? Menurut ilmiah penelitian ini belum pernah dilakukan, jikalau dilakukan pasti tidak akan masuk logik akal kerana roh tersebut merupakan jiwa yang berada di dalam masing-masing manusia yang masih hidup, roh sendiri tidak berbentuk dan manusia sendiripun tak boleh melihatnya. Semak ulasan berikut. Dalam surah Az-Zumar ayat 42 Allah berfirman : "Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir."...LAGI Dari ayat tersebut dapat disimpulkan bahwa Allah memegang jiwa-jiwa manusia ketika sedang tidur. Dalam ayat lain, yakni surah Al-An'am ayat 60-61 disebutkan: "Dan Dialah yang menidurkan kamu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur (mu) yang telah ditentukan, kemudian kepada Allah-lah kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan. Dan Dialah yang mempunyai kekuasaan tertinggi di atas semua hamba-Nya, dan diutus-Nya kepadamu malaikat-malaikat penjaga, sehingga apabila datang kematian kepada salah seorang di antara kamu, ia diwafatkan oleh malaikat-malaikat Kami, dan malaikat-malaikat Kami itu tidak melalaikan kewajibannya." Di dalam 2 ayat diatas, Allah menyebutkan kata wafat 2 kali, yakni pada kata "yatawaffakum" yang diartikan sebagai kata 'menidurkan' pada ayat diatas, juga pada kata "tawaffathu" yang berarti "diwafatkan". Hal ini adalah tentang 2 macam wafat, yakni wafat sementara dan wafat selamanya. Hal ini dijelaskan dalam ayat Az-Zumar ayat 42, "maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan." Kerana itulah, ketika kita tidur, menurut sunnah dari Abu Hurairah radliyallaahu 'anhu : Bahwasannya Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda : "Apabila salah seorang di antara kalian bangun dari tempat tidurnya, kemudian kembali lagi, hendaklah ia mengibas-ngibaskan kainnya tiga kali (sebelum tibur pada tempat tidurnya). Sesungguhnya ia tidak mengetahui apa yang terjadi saat ia meninggalkannya. Dan apabila berbaring, hendaklah ia membaca : 'Dengan menyebut nama-Mu ya Allah, Rabb-ku, aku meletakkan lambungku (tidur), dan dengan-Mu pula aku mengangkatnya (bangun). Apabila Engkau menahan diriku (mati), sayangilah aku. Namun bila Engkau melepaskannya (hidup), peliharalah ia sebagaimana Engkau telah pelihara dengannya hamba-hamba-Mu yang shalih". Tulisan disarikan dari terjemahan Ibn Katsir Rahimahullah Jadi apabila kita hendak tidur berwudhu' lah dan bacalah do'a agar terhindar dari segala macam bahaya dan penyakit. (sumatracyber)

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Rosmah Dikaitkan Dengan Penolakan Najib Sebagai PM? (10) Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 07 Apr 2015 05:30 PM PDT

 
 
LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib Perlu Letak Jawatan? 
 
Siri 1: Ini Sebab Najib Perlu Letak Jawatan.. Dedah Ku Li.
Siri 2: PM Najib Perlu Letak Jawatan -Dr Mahthir... 
Siri 3: 6 Tahun Najib PM. Letak Jawatan: Kes Altantuya...
Siri 4: Gempar! Bongkar PM Letak Jawatan 'Pembunuh Ke...  
Siri 5: Jasa, Benteng Pertahan Najib Akan Serang Balas Pel...  
Siri 6: Najib Lebih Teruk Dari Pak Lah, Siapa Gantinya?
Siri 7: PM Letak Jawatan: Khairy Berpihak Kepada Tun M? 
Siri 8: Ini Senjata, Paksa Najib Turun Dari PM? 
Siri 9: Apabila Rafidah Aziz Pula Serang Najib... 
Siri 10:

Rosmah, isteri 'bercita-cita besar'?
TOKOH wartawan terkenal Datuk A Kadir Jasin semalam menggariskan perbezaan antara bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan penyandang sekarang Datuk Seri Najib Razak, berkaitan kedudukan mereka di tampuk kuasa, sebagai perdana menteri.

Kadir, yang rapat dengan seorang lagi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata berbanding Abdullah atau Pak Lah, Najib lebih sukar ditangani.

"Pak Lah tidak ada isteri yang bercita-cita besar," tambahnya yang dilihat ditujukan kepada isteri Najib, Rosmah Mansor, yang sering berdepan tanggapan negatif orang ramai.

Kadir juga berkata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi pilihan semula jadi untuk menggantikan Najib jika beliau berundur.

"Isterinya disenangi dan hal anak-anaknya jarang dilihat atau didengar.
"Satu-satunya yang orang ramai tahu ialah Najwa Mahiaddin kerana dia seorang penyanyi dan penggubah lagu.


"Kelebihan lain apabila beliau datang daripada keluarga kuat agama daripada Muar," katanya dalam tulisan di blog.


Tolak Najib, Kadir tuding jari pada Rosmah

Posted: 07 Apr 2015 04:30 PM PDT

Negara Hancur Rakyat Sengsara Kerana Rosmah Mansor

Tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin hari ini menggariskan perbezaan antara bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan penyandang sekarang Datuk Seri Najib Razak, berkaitan kedudukan mereka di tampuk kuasa.

Kadir, yang rapat dengan seorang lagi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata berbanding Abdullah atau Pak Lah, Najib lebih sukar ditangani.

"Pak Lah tidak ada isteri yang bercita-cita besar," tambahnya yang dilihat ditujukan kepada isteri Najib, Rosmah Mansor, yang sering berdepan tanggapan negatif orang ramai.

Kadir juga berkata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi pilihan semula jadi untuk menggantikan Najib jika beliau berundur.

"Isterinya disenangi dan hal anak-anaknya jarang dilihat atau didengar.

"Satu-satunya yang orang ramai tahu ialah Najwa Mahiaddin kerana dia seorang penyanyi dan penggubah lagu.

"Kelebihan lain apabila beliau datang daripada keluarga kuat agama daripada Muar," katanya dalam tulisan di blog. -mk



Dr Mahathir ungkit kekayaan keluarga Najib

Dr Mahathir Mohamad hari ini meneruskan kritikan pedasnya pada isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), termasuk mengaitkannya dengan kekayaan keluarga perdana menteri.

Bekas perdana menteri mempersoalkan kekayaan keluarga Datuk Seri Najib Abdul Razak, termasuk anak tirinya Riza Aziz yang mampu membeli hartanah mewah dan membikin filem di Amerika Syarikat.

Bekas presiden Umno juga mempersoalkan sumber kekayaan tersebut, termasuk projek filem 'The Wolf of Wall Street' oleh Riza.

"Pada mulanya duit Riza dikatakan warisan harta kekayaan dari keluarga Tun Razak (Hussein). Kemudian dakwaan ini dinafi.

"Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ia hasil dari perniagaan?

"Jika ya, apa perniagaan, di mana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada kerajaan mana?

"Pelaburan ratusan juta untuk filem 'The Wolf of Wall Street' oleh Riza [...] datang dari mana? Filem ini tidak memberi keuntungan.

"Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta ringgit atau dolar Amerika," katanya di blognya hari ini.

"Semua perkara-perkara ini tidak akan terdapat dalam akaun 1MDB. Tetapi rakyat ingin tahu kerana melibatkan Jho Low.

"Dan Jho Low disebut-sebut berkenaan dengan pengurusan AS$700 juta daripada 1MDB."

1MDB, Jho Low dan PM nafi tuduhan

Bagaimanapun 1MDB dan Jho Low menafikan sebarang salah laku dalam urus niaga mereka.

Perdana menteri juga menafikannya dan bercadang menyaman akhbar PAS Harakah atas dakwaan, antaranya, anak tirinya mendapat dana 1MDB.

Sebelumnya, dalam artikel yang panjang dan bernada terus terang itu, Dr Mahathir berkata tuduhan-tuduhan terhadap syarikat itu - lembaga penasihatnya dipengerusikan oleh Najib - tidak sembarangan tetapi disertaikan juga "fakta yang jelas."

"1MDB bukan buat hutang biasa seperti kerajaan yang biasanya berjumlah hanya ratusan juta (ringgit) sahaja. 1MDB telah hutang berbilion ringgit.

"Walaupun 1MDB bukan kerajaan tetapi ia adalah badan yang ditubuh dan dimiliki oleh kerajaan sepenuhnya dengan modal sebanyak RM1 juta.

"Ada juga jaminan oleh kerajaan terhadap beberapa hutang 1MDB. Oleh itu kerajaan tidak boleh mendakwa bahawa ini masalah syarikat dan bukan masalah kerajaan.

"Kerajaan sudah melantik ketua audit negara untuk memeriksa akaun 1MDB. Tetapi ini tidak akan menjawab banyak soalan yang telah dikemukakan dan dibincang oleh rakyat," katanya.

"Dakwaan-dakwaan yang dibuat terhadap 1MDB bukan berbentuk tuduhan melulu. Ia disertai dengan fakta yang jelas iaitu jumlah hutang, siapa yang mengurus, siapa yang menerima wang berbilion ringgit, pelaburan yang dibuat, di mana wang ini disimpan, dalam bentuk apa.

"Nama Jho Low disebut berkali-kali. Demikian juga nama-nama syarikat miliknya. Tuduhan dibuat berkenaan dengan pembelian rumah mewah olehnya di London, New York dan Hollywood.

"Lepas itu rumah dijual kepada anak tiri perdana menteri dengan harga ratusan juta ringgit. Sudah tentu ini tidak disebut dalam akaun 1MDB yang akan diperiksa oleh ketua aduit negara (AG)."

ULASAN GB

Semenjak Najib menjadi PM, berbillion wang negara musnah akibat keborosan dan ketirisan. Dan rakyat yang sengsara menangung beban. Diperburukkan pula dengan kewujudan "pembodek-pembodek tegar" dalam UMNO mahu Najib terus berkuasa. Terburuk pula bila seluruh anggota kabinet sendiri patuh dan tunduk dengan nafsu dan kehendak malah diperbodohkan oleh Rosmah! Hebat Rosmah punya penangan.

Segala keborosan dan ketirisan yang berlaku selama ini oleh Najib sebenarnya adalah kerana penglibatan Rosmah sebagai decision-maker di dalam banyak perkara.

Menyebut nama-nama Jho Low, Deepak dan beberapa nama yang lain, ia semuanya berkisar kepada Rosmah juga.

Permata Negara yang mendapat peruntukan berjuta ringgit setiap tahun tidak tahu di bawah kementerian yang mana dan tidak pernah diaudit kewangannya.

Ratusan juta ringgit untuk pengubahsuaian jet peribadi juga untuk memenuhi kehendaknya.

Sehinggalah ekonomi negara sudah hampir ke peringkat muflis dan perlu diselamatkan oleh rakyat melalui GST.

Dah lama GB ulas. Petikan:

Belum ada isteri-isteri PM sebelum ini yang bertindak liar seperti yang dilakukan oleh isteri Mohd Najib, Rosmah Mansor namanya.

Najib nampaknya seperti tidak dapat mengekang dan mengawal tindakan Rosmah yang besar sangat nafsunya menjadi "diplomat" sekalipun bukan berhormat dan tidak pula bertauliah.

Rakyat BERHAK untuk mendesak Najib mengarahkan isterinya berhenti dari berkelakuan jelek yang menghabiskan wang rakyat.

Jika tidak Najib akan menanggung segala sumpah dan makian rakyat yang tak pernah mengundi Rosmah Mansor, isteri yang menjadi dakapannya saban malam.


Kelab Greenboc

Akhirnya Identiti Sebenar Aidana Baizieva Terbongkar? - Addin

Posted: 07 Apr 2015 02:26 PM PDT

 
Akhirnya Identiti Sebenar Aidana Baizieva Terbongkar? Kecoh dan huru-hara, bila ramai yang tertanya-tanya siapa Aidana Baizieva, mengapa tiada yang mengenali beliau, apa kaitannya dengan mangsa kemalangan udara yang turut meragut nyawa Tan Sri Jamaluddin Jarjis.

Ramai yang cuba membuat carian di laman sosial, namun gagal menemui info lanjut tentang gadis misteri ini. Namun semuanya telah terungkai apabila sebenarnya Aidana menggunakan nama 'samaran' atau nama lain di laman sosial.


Inilah Aidana Baizieva yang turut terkorban dalam nahas helikopter milik IGB 4 April yang lalu.


Akhirnya Identiti Sebenar Aidana Baizieva Terbongkar? Menurut laman web Gaukhara.com, Aidana Baizieva atau Aidana Karabasova adalah seorang jurnalis muda yang berasal dari Kyrgyzstan dan masih menuntut di International University of Information Technologies JSC dan dijangka menghabiskan pengajian pada 2016 (sumber).


Anda boleh lihat hasil kerja Aidana dalam bidang kewartawanan melalui banyak sesi temubual di laman Youtube di beliau di sini (sumber).


Akhirnya Identiti Sebenar Aidana Baizieva Terbongkar? Dua ahli keluarga Aidana kelihatan berada di Hospital Kuala Lumpur pagi tadi, dipercayai untuk menandatangani dokumen perlepasan jenazah.

Namun tiada siapa yang tahu mengapa Aidana berada dalam helikopter tersebut, dan atas tuntutan kerja apakah?

Apapun, takziah diucapkan kepada keluarga Aidana Baizieva. 


Ini Jawapan Balas Mahathir Kepada YG Mengkritik Dia KAW2 Kerana Bidas Najib.

Posted: 07 Apr 2015 07:00 AM PDT


1. Saya tidak tawar untuk menolong sesiapa untuk mengatasi apa-apa masalah.
2. Dalam blog saya, saya tidak menuduh Dato Seri Najib melakukan apa-apa jenayah. Itu boleh ditentukan jika polis dapat membuat siasatan. Yang saya pohon ialah jawapan kepada soalan-soalan yang disuarakan oleh ramai rakyat.
3. Saya akui dimasa saya juga ada kehilangan wang negara. Tetapi rakyat dan dunia tahu bagaimana wang ini hilang. Kerugian yang dialami oleh Perwaja diketahui. Demikian juga dengan salah urus Bank Bumiputra oleh pengurusannya. Maminco rugi kerana London Metal Exchange memutuskan bahawa bijih timah yang dijual mengikut perjanjian jual beli yang sah tidak perlu ditunaikan dengan membekal logam berkenaan kepada pembeli. Ini diputuskan untuk menyelamat penjual yang tidak ada timah. Malaysia sebagai pembeli mengalami kerugian.
4. Saya ingin penerangan berkenaan bagaimana Konsortium Perkapalan dan Forex merugikan Kerajaan dan bagaimana saya terlibat dalam perkara ini.
5. Yang nyata ialah negara tahu dimana pergi wang yang dilabur semasa saya. Dalam perniagaan adakala untung, adakala rugi. Yang tidak boleh diterima ialah duit itu hilang tanpa diketahui kemana.
6. Hari ini nilai Ringgit jatuh sebanyak 70 sen. Tiap satu Ringgit jatuhnya matawang kita, negara, Kerajaan dan rakyat kerugian berbillion. Kejatuhan sebanyak 70 sen pun merugikan berbillion Ringgit juga.
7. Tetapi apabila Ringgit diselamatkan dari penyangak matawang, berbillion Ringgit duit Kerajaan diselamatkan. Dan ramai peniaga yang muflis dan hampir muflis terselamat pada tahun 1998. Lupakan sahajalah peristiwa ini kerana ia berlaku dizaman saya.
8. Tetapi dalam kes 1MDB, tidak ada jawapan yang munasabah berkenaan 42 billion Ringgit yang dihutang. Kenapa bayar lebih 10% komisyen kepada Goldman Sachs hanya kerana menjual bond atau membuat pinjaman bagi Kerajaan. Kenapa faedah 5.9% dikenakan, satu faedah yang amat tinggi.
9. Disoal juga peranaan Jho Low. Siapa dianya yang diberi kepercayaan mengendali wang 1MDB berbillion-billion ringgit milik syarikat Kerajaan. Tidak ada persamaan antara Jho Low dengan Daim yang saya lantik sebagai Menteri.
10. Dimana datangnya ratusan million Ringgit untuk membeli bangunan-bangunan dan melabur dalam filem "The Wolf of Wall Street" oleh Riza Aziz, anak tiri Dato Seri Najib.
11. Saya bukan tuduh Dato Seri Najib. Saya bertanya beberapa soalan kerana hutang berbillion ini akan ditanggung akhirnya oleh rakyat. Jawapan tidak juga diberi oleh mereka yang mengecam saya selain daripada berkata saya punyai kepentingan atau saya juga buat kerja yang sama.
12. Apabila saya letak jawatan satu usaha dibuat untuk mendapat bukti saya lesapkan duit Kerajaan. Kalau hendak buat siasatan lagi, saya tidak ada halangan.
Dahulu sokong, kenapa tidak sekarang?
13. Pembaca portal "Free Malaysia Today", Izack Chin bertanya kenapa saya dahulu sokong Dato Seri Najib supaya mengganti Tun Abdullah. Pada masa itu Najib ternampak bersih. Sekarang ada syak wasangka dikalangan orang ramai yang tidak terjawab..
14. Sudah lapan tahun berlalu kenapa bangkit perkara ini? Ini bukan masalah lapan tahun dahulu. Yang saya soal ialah berkenaan masalah hari ini – masalah nyawa dua orang anggota polis yang dihukum bunuh. Amatlah tidak adil jika mereka dibunuh sedangkan mereka sebagai pegawai rendah polis hanya mengikut perintah.

15. Saya hanya tanya berkenaan siapa yang mengeluar perintah kepada Sirul dan rakannya.
Temasek and 1MDB
16. Salleh Said Kruak compares Low Taek Jho and my critic of him with the criticism against me regarding Ananda Krishan's involvement in Petronas and the appointment of my friend Daim Zainuddin as Finance Minister. I really do not see any similarity.
17. Ananda Krishnan bought the race course in Jalan Ampang. He could develop this prime land by himself. But he decided to sell one half share of the 100 acres land to Petronas and developed it together. Later he sold his tower to Petronas. What is wrong with that? Petronas made tons of money from the project.
18. There is no similarity at all between Temasek of Singapore and 1MDB. Temasek did not lose money but money borrowed by 1MDB has disappeared.
19. 1MDB is not excess fund belonging to the Government. 1MDB borrowed all its billions. Borrowed money cannot be regarded as wealth. So far the only asset owned by 1MDB are the pieces of land bought from the Government at a price very much below market price. They have been highly revalued. But until they are sold, they cannot be used to pay the 42 billion the 1MDB borrowed. They cannot even pay the interest.
20. As for the comment that it is unfair for me to ask Najib to step down as he was elected through democratic process, I would like to remind Datuk Jamal (Md Yunos) that Tun Abdullah was also elected but Najib was partly instrumental in asking him to step down.
21. With regard to my political agenda, what is wrong with that? A Prime Minister must be seen to be clean and able to explain and answer questions and to be good for the country. Najib cannot even answer and has not answered any question, beyond exercising elegant silence or saying the allegations are not true.
22. There is also an attempt to divert attention from my question by saying that I am siding with the opposition, even that I have become leader of the opposition.
23. If saying something that is similar to the opposition makes me aligned with the opposition, then Najib must be more with the opposition than me because he agreed with the opposition to abolish the ISA, the prevention of crime law and ignore the NEP. He also wanted to abolish the Sedition Act as demanded by the opposition. If UMNO did not object the Sedition Act would have been abolished. So is Najib a member of the opposition?
24. I am still an UMNO member. My disagreement is with the leader, not with the party. I criticised the leader, not the party. It is simply because I want to see the party win. It will not win if Najib is the leader.
25. I had great hopes when Najib took over from Abdullah.
26. But he did even worse than Abdullah, losing more badly in Selangor where he was the Head of UMNO. Thre are so many scandals surrounding him now. His popularity is now even lower than when he led the BN in 2013. In a number of constituencies the margins won by Barisan Nasional (BN) are very narrow.

27. Sabah and Sarawak, are now no longer safe, no longer BN's fixed deposits.
28. Is it too absurd to predict defeat for the BN in 2018.
29. As for my sons, if I had wanted them to succeed in politics I could have done so when I was Prime Minister. If they succeed it will be by their own effort. If the people don't like them they will not get this support.

2070, Islam Agama Majoriti Dunia, Ini Faktanya.. Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 07 Apr 2015 06:00 AM PDT

 
Cetak sejarah, pada 2070 Islam jadi agama mayoritas dunia 
Ibadah umat Islam di pelbagai belahan dunia. REUTERS

LEMBAGA Penyelidikan Pew, Amerika Syarikat, memastikan Islam menjadi agama dengan pertumbuhan jumlah pemeluk paling tinggi sedunia. Bila trend tidak berubah, maka pada 2070 untuk pertama kalinya sepanjang sejarah jumlah umat muslim melebihi penganut agama Kristian yang selama ini dominan. 

Dalam laporan yang dikutip pada laman web rasminya, Pew menyatakan umat Islam akan mencapai 34.9 peratus dari jumlah keseluruhan populasi global selepas 2070. Keadaan ini dicetuskan tingginya angka kesuburan di negara-negara majoriti muslim selama setengah abad mendatang.  

Pada tempoh yang sama, umat Kristian tetap berkembang, tetapi hanya mewakili 33.8 peratus penduduk global. Data yang dikumpulkan Pew menunjukkan pertumbuhan jumlah umat Islam terbesar datang dari Benua Afrika. Negara-negara sub-sahara akan menyumbangkan penduduk muslim baru terbesar selama tiga dekad yang akan datang. 

Lebih dari itu, pertumbuhan umat Islam yang hebat datang dari Eropah. "Di Eropah muslim akan mencapai 10 peratus daripada jumlah penduduk," tulis laporan tersebut. 

Selama ini, agama majoriti di muka bumi adalah Kristian (sudah termasuk Katolik mahupun Protestan). Pada 2010 umat nasrani mencapai 6.9 bilion orang. Sedangkan umat Islam pada tempoh yang sama baru mencapai 1.6 bilion jiwa, alias 23 peratus daripada jumlah penduduk.

 
Kajian Pew didasarkan pada data yang dimiliki Pertubuhan Bangsa-Bangsa. Jika tidak ada bencana, maka penduduk bumi pada 2050 mencapai 9.3 bilion jiwa. Demografi muslim diramal pertumbuhan mencapai 73 peratus. Jauh di atas Kristian (35 peratus), Hindu (34 peratus), Yahudi (16 peratus), Agama tempatan (11 peratus), atau yang tidak beragama (9 peratus). 

"Sehingga untuk pertama kalinya sepanjang sejarah, pada 2050 penduduk umat Kristian dunia (2.9 bilion jiwa) nyaris diimbangi umat Islam (2.8 bilion)," ungkap Pew. 

Di luar itu, kajian menunjukkan jumlah orang yang tidak beragama, baik itu atheis, agnostik, dan sebagainya, ternyata akan menurun di masa akan datang. Walaupun di negara maju seperti Amerika Syarikat dan Perancis jumlah mereka meningkat, tetapi lima dekad lagi jumlah populasi orang yang tidak beragama hanya 13.2 peratus di seluruh dunia, di bawah kedudukan saat ini 14.3 peratus.

 

Trend peningkatan populasi muslim tercatat di seluruh benua. Setengah abad akan datang, negara yang tidak lagi menjadi majoriti Kristian misalnya, ialah Britain, Australia, New Zealand, Belanda, atau Perancis. Sebagai gantinya, Islam akan menjadi agama majoriti di 51 negara. 

Selain kerana sebab luar biasa, data ini akan sangat dipengaruhi situasi China sebagai negara dengan penduduk terbesar sejagat. Saat ini, majoriti warga negara Tirai Bambu itu tidak memeluk agama apapun. 


Pew meramalkan akan ada peningkatan 5 peratus untuk penganut Kristian di China, namun itu tidak mengubah ramalan awal soal pertumbuhan umat muslim yang pesat lima dekad lagi. (IH)

Bapa tiga gadis 'mengamuk' akan didakwa

Posted: 07 Apr 2015 05:00 AM PDT

 
'Tuesday, 7 April 2015.  Bapa tiga gadis 'mengamuk' akan didakwa  SHAH ALAM 6 April – Bapa kepada tiga gadis yang aksi pertengkaran mereka dengan seorang pemandu teksi akibat perselisihan faham tersebar luas dalam media sosial akan dituduh di mahkamah esok kerana mencederakan pemandu kenderaan awam terbabit di balai polis.  Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, lelaki itu akan didakwa mengikut Seksyen 334 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap orang lain.

SHAH ALAM 6 April – Bapa kepada tiga gadis yang aksi pertengkaran mereka dengan seorang pemandu teksi akibat perselisihan faham tersebar luas dalam media sosial akan dituduh di mahkamah esok kerana mencederakan pemandu kenderaan awam terbabit di balai polis.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, lelaki itu akan didakwa mengikut Seksyen 334 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap orang lain.

"Bapa gadis-gadis itu memang tidak mempunyai niat untuk mencederakan pemandu teksi namun disebabkan perasaan marah, dia tidak dapat mengawal emosi dan melakukan tindakan sedemikian.

"Walaupun dilakukan tanpa niat, salah tetap salah dan pihak kami terpaksa mendakwanya," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan kempen derma darah anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.

Hari ini, pemandu teksi berke­naan, Azmi Mat Mokhtar, 54, me­ngaku tidak bersalah selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini dengan empat pertuduhan merosakkan kereta jenis Perodua Myvi dan menumbuk tiga adik-beradik perempuan yang merupakan pemandu serta penumpang kende­raan terbabit, hujung bulan lalu.

Rabu lalu, satu rakaman video yang memaparkan pertengkaran antara sekumpulan gadis dan seorang pemandu teksi di Seksyen 7 di sini menjadi viral di media sosial.

Video selama dua minit 29 saat itu telah dimuat naik ke laman-laman sosial.

Berikutan itu, kedua-dua pihak tampil membuat laporan polis bagi tindakan selanjutnya.


Bloglist Malaysia.

RUU Hudud - DAP Dakwa Hadi Caka Bohong

Posted: 07 Apr 2015 04:00 AM PDT

 
DAP terkejut langkah bentang RUU hudud





Tokoh DAP Lim Kit Siang berkata beliau "terkejut dan kecewa" dengan langkah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan hudud di Parlimen hari ini.

"Inilah pertama kali saya melihatnya, pertama kali bagi setiap orang dalam DAP menyaksikannya. Ini satu mungkir janji. Hadi tidak mengotakan janjinya dan saya cukup terkejut bahawa perkara ini boleh berlaku kerana ia menunjukkan katanya tidak ditunaikan.

"Hadi berjanji sewaktu mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari bahawa usul berkaitan hudud terlebih dahulu dibentangkan dalam Majlis itu.

"Janji telah dimungkiri dengan apa yang kita dapat saksikan hari ini dan inilah mengapa Pakatan berdepan dengan krisis," kata Lim kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan oleh Hadi tertulis dalam aturan mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada dokumen itu akan dibentangkan pada sesi hari in.

- mkini



Pensyarah UniMAP pakar pesawat tanpa pemandu

Posted: 07 Apr 2015 03:00 AM PDT

  

 Pensyarah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Madya Dr Hazry Desa adalah antara empat rakyat Malaysia yang diiktiraf sebagai pakar dalam menghasilkan pesawat tanpa pemandu (UAV) di Asia.

Beliau yang merupakan Ketua Pusat Kecemerlangan Teknologi Sistem Tanpa Pemandu (UAS) UniMAP berkata pengiktirafan tersebut membuktikan bahawa rakyat Malaysia juga mampu menguasai bidang berteknologi tinggi.

"Pengiktirafan ini adalah untuk semua warga UniMAP terutama Naib Canselor, Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin yang sentiasa memberi sokongan kepada kami untuk menjalankan penyelidikan UAV.

"Saya berharap pengiktirafan ini akan meningkatkan minat pelajar untuk menceburi bidang UAV," katanya.

UniMAP baru-baru ini melancarkan UAV KAMA-2X dan berjaya menjual 10 unit pesawat itu kepada Aerial Imaging Sdn Bhd (AISB) bernilai RM500,000 semasa Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA'15) baru-baru ini.

KAMA-2X yang diambil sempena nama naib canselor UniMAP dijual pada harga RM50,000 seunit setelah melalui proses penyelidikan tujuh tahun.

Menurut Hazry, penyelidikan pesawat berkenaan dijalankan dengan kerjasama syarikat Drei Sohne Technology Sdn Bhd (DST) yang pada mulanya bagi digunakan untuk menyembur racun serangga pada tanaman padi di Perlis.

"Selepas melalui beberapa fasa penyelidikan, pesawat ini ditambah nilai bagi menawarkan perkhidmatan lebih menyeluruh termasuk merakam imej banjir di Kelantan baru-baru ini. Data yang diperoleh diproses dalam perkakasan komputer bagi menghasilkan lakaran imej tiga dimensi (3D)," katanya.

Beliau berkata kepakaran pakar UAV terutama di Malaysia seharusnya digunakan sebaiknya untuk manfaat negara.

Lebih ramai pelajar perlu menyambung pelajaran mereka dalam teknologi UAV bagi melahirkan ramai pakar dalam bidang itu, katanya.

Sesuai dengan kepakarannya, Hazry diberi penghormatan untuk menyampaikan ucaptama pada pameran 'The Commercial UAV Show Asia 2015' di Singapura pada 30 Jun ini.

- Bernama

Hadi mungkin bentang RUU hudud hari ini

Posted: 07 Apr 2015 02:00 AM PDT

 
 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan membentangkan rang undang-undang persendirian bagi membuka laluan ke arah pelaksanaan hudud di Parlimen hari ini.

Rang undang-undang bagi untuk meminda akta mahkamah syariah itu dimuat dalam senarai aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.

Najib jadilah lelaki berani, pemimpin bertanggungjawab

Posted: 07 Apr 2015 01:00 AM PDT

 
SURAT TERBUKA                                                                          

YAB Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak,
Perdana Menteri Malaysia,
Wilayah Persekutuan,
Putrajaya.

Assalamualaikum warahamatullahiwabrakatuh,
Datuk Seri.

Saya mulai surat ini dengan menghulurkan salam takziah kepada Datuk Seri atas nasib malang yang menimpa seorang rakan baik dan dua pegawai penting Datuk Seri dua hari lalu dan beberapa hari lepas. 
 
Dalam masa sangat pantas Datuk Seri kehilangan orang-orang tersayang, dimana pemergian mereka khasnya kawan baik Datuk Seri itu seolah-olah tidak sepadan dengan usia persahabatan yang Datuk Seri bina dengannya sejak berdekad lalu. Saya difahamkan Datuk Seri amat baik dan intim dengannya.
Sesungguhnya kemalangan dan takdir yang menimpa ke atas ketiga-tiga mereka itu memberi kesan kejiwaan mendalam kepada Datuk Seri. 
 
Seolah-olah kegembiraan Datuk Seri sekeluarga mendapat menantu baru dari Kazakhstan dengan diadakan beberapa majlis kenduri penuh gilang gemilang yang menelan belanja bukan sedikit, tidak memberi kegembiraan panjang dan tidak meninggalkan kenangan manis kepada Datuk Seri.
Kenapa tidak, kerana setiap kali Datuk Seri melihat album perkahwinan anak Datuk Seri itu, Datuk Seri akan terkenang kepada tragedi berdarah tersebut. 
 
Dan kalau takdir Datuk Seri menerima kedatangan cucu baru dari menantu Kazakhstan itu, pasti Datuk Seri juga akan terkenang makam pahlawan dimana jasad rakan Datuk Seri disemadikan di situ.
Tragedi yang berlaku itu, seolah-olah juga kemeriahan dan kegemilangan majlis perkahwinan anak Datuk Seri itu, terpaksa dibayar dengan kehilangan enam nyawa sekaligus. Ertinya pesta kenduri perkahwinan bertaraf "Perkahwinan Negara" anak Datuk Seri itu dibayar dengan darah dan nyawa. 
 
Saya percaya mereka yang terbunuh dalam nahas helikoptar di Sungai Pening, Semenyih itu sempat menghadiri kenduri dan menjamah jamuan makan istemewa kenduri Datu Seri di Pekan.
Datuk Seri, percayalah sesuatu kejadian itu membawa makna dan erti tersendiri, apa lagi kalau tragedi itu di luar jangka. Tuhan tidak mentakdirkan semua itu sia-sia melainkan untuk dijadikan panduan dan iktibar. 
 
Penganjaran besar daripada peristiwa itu sangat memerlukan pengamatan dan penelitian daripada Datuk Seri serta keluarga dari hati kecil yang suci dan insaf. 
 
Nyawa adalah satu mahkota kehidupan, tanpa nyawa tiadalah kehidupan. Walaupun proses pengambilan atau kehilangan nyawa itu perkara biasa, (lumrah) tetapi ia tetap ada sebab dan musababnya dan mempunyai "maknawi" tersendiri.
Apakah yang boleh Datuk Seri mengambil iktibar daripada nasib malang yang menimpa rakan dan dua pegawai Datuk Seri itu? Apakah bagi Datuk Seri kehilangan mereka tidak memberi apa-apa salam dan pesan buat kehidupan Datuk Seri? Ianya tidak membentuk satu ruang kosong dalam jiwa Datuk Seri? 
 
Saya yakin kehilangan itu khasnya kawan baik Datuk Seri itu tidak akan terganti sampai ke bila pun. Mungkin pemergian dua pegawai Datuk Seri dapat dicari ganti, tetapi bukan orang bernama kawan dan sahabat itu. Kawan mungkin banyak tetapi sahabat hanya sedikit.
Maaf Datuk Seri kalau apa yang hendak saya tabirkan ini satu kesilapan dan melukakan hati Datuk Seri. Tetapi saya terpaksa nyatakan ini secara terus terang sebagai bahan renungan Datuk Seri. 
 
Bagi saya takdir yang menimpa itu ada kaitan dengan situasi dan kondisi dihadapi atau mengelilingi Datuk Seri kini. Kejadian itu adalah satu isyarat jelas. Justeru kejadian itu perlu diambil iktibar dan diinsafi sebaik mungkin dengan harapan mudah-mudahan ia memberi rahmat dan membawa hikmah.
Datuk Seri, Tuhan boleh mengambil nyawa orang lain pada masa dan dengan keadaan yang sama. Tetapi kenapa Tuhan mengambil atau memilih rakan dan pegawai Datuk untuk meninggalkan Datuk Seri seperti itu. Bukankah ketiga orang itu adalah insan penting dalam hidup dan kehidupan Datuk Seri. 
 
Mereka adalah teman tempat bergurau, mencatur politik dan juga pegawai yang mengatur urusan pentabdiran Datuk Seri sebagai perdana menteri. Justeru ia adalah semacam disengajakan untuk diambil iktibar, agar ianya mendatang pengajaran dan tindakan susulan. Betul kita tidak mampu berlawan dengan takdir, tetapi takdir membawa mesej kepada kita.
Justeru apa yang berlaku itu saya melihat kerana ada beberapa perkara yang berlaku disepanjang pentadbiran Datuk Seri tidak diurus dengan baik sehinggakan sesetengah ia nampak seperti satu kezaliman pula. 
 
Datuk Seri seakan tidak mempedulikan langsung kepada teguran dan juga memahami perasaan serta sukaduka orang lain, terutamanya rakyat kebanyakan. Akibat daripada itu Datuk Seri dimaki hamun dan dicemuhi rakyat. Cemuhan dan maki itu pula merupakan doa daripada rakyat yang merasa terseksa dan teraniaya. Tuhan memakhbulkan doa orang yang lemah.
Beberapa peristiwa besar atau senario yang penting di sekeliling Datuk Seri.

Pertama, tragedi pembunuhan janda Mongolia Altantuya Shaariibuu. Walaupun mahkamah sudah membuat keputusan mengikut prosuder undang-undang dimana mereka yang didakwa dijatuhi hukuman mati, ia dikira setimpal, tetapi timbul rasa tidak puas hari kepada keluarga mangsa dan juga orang ramai. Ada berbagai-bagai kepelikan di sebalik kejadian itu dan perbicaraannya juga dipersoalkan.
Mula-mulanya pembebasan Abdul Razak Baginda daripada dituduh terbabit dengan penbunuhan itu tanpa ada rayuan daripada pendakwa. 
 
Kejadian ini sudah memelikkan. Kenapa semudah itu Razak Baginda yang juga rakan kongsi Datuk Seri dilepaskan. Abdul Razak Baginda adalah orang bertanggungjawab menyebabkan Altantuya datang ke negara ini, bukannya oleh dua orang yang dituduh membunuhnya itu.
Selain itu orang juga berasa pelik apabila salah seorang yang dituduh membunuh dan dijatuhi hukuman mati berada di luar negara. Paling pelik dan suspen lagi Sirul Azhar Umar mendedahkan dia diarah agar melakukan pembunuhan itu bersama Azilah Hadri. 
 
Cerita atau pengakuan Sirul ini menunjukkan dia hanya menjalankan tugas kejam itu. Maka persoalan kini timbul siapakah dalang disebalik pembunuhan kejam itu?  Siapakah master mindnya. Apa yang diungkitkan oleh Sirul itu menjadikan pembunuhan misteri itu semakin misteri dan kusutnya belum lengsai.
Kedua, apa yang menjadi persoalan dalam pentadbiran Datuk Seri ialah mengenai kelemahan daya politik Datuk Seri dalam membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan aman. 
 
Datuk Seri gagal menjadi seorang perdana menteri untuk semua bangsa di negara ini. Isu-isu melibatkan perkauman dan agama dibiarkan bergerak tanpa dibentur sebaik mungkin. 
 
Gara-gara kelemahan dan kegagalan itu maka negara berada dalam situasi yang kucar kacir dan gegak gempita. Kini berlaku krisis agama dan krisis perkauman. Agama menjadi isu manakala perkauman menjadi sensitif.
Kesan daripada kelemahan Datuk Seri menangani semua itu negara tidak aman dan ini mengheret negara dalam masalah lebih besar dan mencabar. Satu kesilapan pula apabila untuk mengatasinya Datuk Seri membentuk dan menggubal berbagai-bagai undang-undang. 
 
Sehingga kini sudah banyak akta diwujudkan dan terbaru ialah Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (Pota) diluluskan di parlimen malam tadi bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Sebelum daripada itu Datuk Seri meralatkan balik untuk tidak menghapuskan Akta Hasutan 1948 yang sudah dijanjikan untuk dihapuskan.
Lebih 50 orang menjadi mangsa akta draconian berkenaan dalam tempoh sebulan. Semuanya dilakukan untuk mengukuhkan kedudukan dan kuasa Datuk Seri. 
 
Datuk Seri mungkin sedar atau tidak cara Datuk Seri bertindak itu menyebabkan Datuk Seri menjadi tidak popular dan dilihat sebagai seorang PM yang sangat lemah, yang senantiasa memakai baju besi untuk ke mana-mana.
Datuk Seri, saya nak tegaskan akta tidak boleh mengikat manusia. Begitu juga dengan penjara. Dalam dunia langit terbuka ini dimana manusia tidak lagi takut kepada tekanan dan gertakan, tindakan menerusi akta dan undang-undang tidak akan menyelesaikan masalah, bahkan ia semakin menghuruharakan keadaan. 
 
Akta adalah tali ikatan ditangan menjadikan orang yang kena ikat terus akan meronta dan meronta. Anak-anak muda kini pula menjadikan gari sebagai gelang kesihatan.
Ketiga, selain daripada kelemahan Datuk Seri menguruskan rakyat, kelemahan lain yang ketara ialah dalam bidang ekonomi. Sebagai Menteri Kewangan Datuk Seri gagal mencari sumber kewangan negara dan juga biul menjaga kewangan negara. 
 
Pewujudan syarikat pelaburan strategi 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diilham oleh Datuk Seri telah membawa beban besar kepada negara apabila syarikat itu belum berjaya membawa balik lebih RM42 billion yang diberi pinjaman pelaburan. 
 
1MDB telah menjadi beban berat kepada Datuk Seri dan sekaligus menyerlahkan kegagalan Datuk Seri dalam menjana kewangan negara.
Walaupun ada usaha bagi pihak Datuk Seri hendak melindungi kerugian itu, tetapi ia tidak mampu ditusuk selindung lagi.

Sehubungan dengan kerugian itu, menyebabkan Datuk Seri mengambil langkah baru melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi menambahkan pendapatan negara yang membebankan rakyat. Hari ini Datuk Seri dapat merasai riuh randahnya rakyat bercakap fasal GST. 
 
Dalam facebook dan twiter dipenuhi dengan resit-resit pembelian untuk mempamerkan cukai GST dikenakan dan tidak menyenangkan. Ternyata janji dan jaminan sebelum GST dilaksanakan yang dibuat "para menteri musang berjangut" Datuk Seri bohong belaka. Cis...menate.
Langkah-langkah pemulihan ekonomi dan menambahkan pendapatan diambil Datuk Seri adalah langkah tidak mampan, sebaliknya menjadi cemuhan rakyat. Malang dan merugikan Datuk Seri langsung tidak menerima pandangan pihak di luar "geluk pemikir dan penasihat" ekonomi Datuk Seri wujudkan. Walhal mengenai GST sejak awal-awal lagi pembangkang menyatakan kebimbangan ianya bakal memberi bebanan kepada rakyat. 
 
Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Menteri Kewangan dan pakar ekonomi juga mencadangkan agar GST ditangguhkan. Demikian juga dengn Dr Mahathir Mohamad lebih skeptikal lagi melihat percukaian baru itu akan meranapkan UMNO dalam pilihan raya umum akan datang. Tetapi sayang teguran dan ingatan itu semua Datuk Seri tidak pedulikan.
Keempat, ini agak sensitif tetapi saya terpaksa juga menyebutnya kerana ia menjadi viral dalam pemikiran umum, iaini mengenai isteri Datuk Seri. 
 
Nampaknya kebencian orang ramai kepada isteri Datuk Seri sudah tidak boleh dihadang lagi dan makin menjadi-jadi. Kalau pun sejuta kebaikan isteri Datuk Seri lakukan tetapi ia tidak boleh menyapu kebencian dan rasa muak dan berbulu dalam kepala  dan kain kepada isteri Datuk Seri.
Semuanya adalah kerana sikap boros isteri dan sikap mengada-ngada isteri Datuk Seri yang bertindak lebih sudu daripada kuah. Ada orang beranggapan perdana menteri Malaysia bukan Datuk Seri tetapi isteri Datuk Seri. 
 
Persepsi ini bukan sahaja dimainkan oleh pihak pembangkang tetapi bekas PM Dr Mahathir Mohamad juga menerima persepsi ini bila mana akhir-akhir ini beliau cuba mengaitkan kegagalan Datuk Seri memimpin kerana ada campur tangan isteri Datuk Seri.
Kelima, selain daripada sebab-sebab di atas itu tadi yang menyumbang kepada kelemahan Datuk Seri sebagai perdana menteri, isu-isu atau kejadian lain juga wajar difikirkan kenapa ia berlaku di zaman Datuk Seri menjadi perdana menteri. 
 
Selain kejadian terbaru melibatkan helikoptar kelmarin dulu itu sebelum ini negara bahkan dunia dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH370 yang sampai kini entah ke mana ghaibnya. Tidak reda dengan kejadian itu sebuah lagi pesawat MH17 jatuh kerana ditembak di Ukraine.
Kejadian-kejadian itu adalah merupakan pesan secara simbolik kepada kepimpinan Datuk Seri yang tidak boleh dianggap sebagai satu kebetulan dan lumrah alam. Mungkin kejadian sebelum ini yang membawa kejatuhan kepimpinan masa lalu boleh dijadikan panduan dan iktibar. 
 
Misalnya kejadian Memali tahun 1986 menyebabkan berlaku kehilangan nyawa dizaman Dr Mahathir, kejadian Al Maunah di Bukit Jenalik Gerik, yang berlaku di zaman Abdullah Badawi yang mana rentetannya membawa kejatuhan pemimpin itu boleh diguna pakai Datuk Seri untuk berwaspada.
Akhirnya, Datuk Seri, adalah lebih baik sebelum keadaan lebih parah, berdasarkan kepada sebab-sebab dan senario tadi Datuk Seri mengambil jalan keluar untuk menyelamatkan diri dari ditempa bahana yang lebih terkutuk dengan berundur diri menjadi perdana menteri. 
 
Untuk mengambil tindakan ini Datuk Seri perlu menjadi lelaki yang berani dan pemimpin yang bertanggungjawab. Jangan hendaknya sejarah menyumpah kita sepanjang zaman. Jangan Datuk Seri.
Salam hormat,
 
MOHD SAYUTI OMAR.
Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.
[wm.kl.10:10 am 07/04/15]

Saya bingung dan pemikiran seperti dikawal 'kasanova' - Pegawai polis wanita

Posted: 07 Apr 2015 12:00 AM PDT


Seorang pegawai kanan polis wanita memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini bahawa dia tidak mempunyai niat untuk melepaskan seorang tahanan dikenali 'kasanova', dua tahun lepas.


GEORGE TOWN: Seorang pegawai kanan polis wanita memberitahu Mahkamah Majistret di sini pada Isnin bahawa dia tidak mempunyai niat untuk melepaskan seorang tahanan dikenali 'kasanova', dua tahun lepas.

ASP L. Chandkumary, 56, berkata dia tidak mengingati apa yang berlaku pada hari kejadian dan mendapati dirinya berada di dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan, seorang diri lengkap dengan berpakaian polis.

Dia berkata fikirannya seperti dikawal oleh kasanova itu dan bertindak mengikut suara yang didengarinya.

"Pada masa itu, dia (tertuduh) asyik merenung saya dalam tempoh yang lama dan pada masa sama mulutnya terkumat-kamit. Badan saya lemah dan kepala saya berat. Saya tidak dapat bercakap apa-apa ketika itu. Saya seperti dikawal oleh sesuatu, saya tidak dapat jelaskan.

"Saya tidak ingat apa yang berlaku. Saya cuma ingat, saya berada di dalam kereta seorang diri. Kereta diletakkan di tepi jalan. Saya bingung. Saya percaya pada masa itu, dia telah larikan diri. Saya sedar, tertuduh memanipulasi fikiran saya dan saya ikut apa yang dia kata," katanya di hadapan Majistret Dianne Ningrad Nor Azhar.

Dia berkata demikian semasa menjawab soalan peguamnya, Danny C. Navarednam dalam pemeriksaan utama ketika memberi keterangan membela diri pada perbicaraan kes itu.

Pada 21 Okt 2013, Chandkumary mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan berhubung kes itu.

Bagi pertuduhan pertama, wanita itu didakwa sengaja melepaskan tahanan K. Prabaharan, 47, yang menghadapi pertuduhan kes penipuan pada 1.50 tengah hari di Kompleks Mahkamah George Town pada 9 Okt 2013.

Pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa membuat laporan palsu di Balai Polis Timur Laut pada 8.05 malam, hari yang sama berhubung insiden itu.

Bagi pertuduhan pertama, Chandkumary didakwa mengikut Seksyen 225A (1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun, denda atau kedua-duanya manakala pertuduhan kedua mengikut Seksyen 182 kanun sama memperuntukkan penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ditanya mengenai tindakan tertuduh memberi RM50 kepada anggota polis pengiring untuk membeli makanan pada hari kejadian, Chandkumary berkata dia tidak berniat jahat dan menganggap itu tanggungjawabnya sebagai pegawai atasan memandangkan ketika itu waktu makan tengah hari.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Talib dan perbicaraan bersambung 27 April ini.