Isnin, 6 April 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


RUU POTA DILULUSKAN DIPARLIMEN PADA JAM 2.25 PAGI.

Posted: 06 Apr 2015 11:00 PM PDT

'Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 diluluskan tanpa pindaan di Dewan Rakyat pada 2.25 pagi ini, selepas dibahaskan lebih 12 jam.  POTA diluluskan selepas undian belah bahagian kesembilan dilakukan dengan undian terakhir memihak kepada kerajaan dengan kiraan 79 bersetuju dan 60 tidak bersetuju (untuk meluluskan).  Sebelum itu, rang undang-undang yang dibahaskan lancar di peringkat dasar, namun melalui waktu sukar di peringkat jawatankuasa apabila pelbagai pindaan dicadangkan oleh anggota Parlimen pembangkang sehingga sesi perbahasan dan penggulungan di peringkat itu berlarutan sehingga awal pagi ini.  Lebih menyukarkan apabila pembangkang berkeras untuk meminda hampir kesemua 35 Fasal, memaksa lapan undi belah bahagian dilakukan bagi setiap usul pindaan yang dikemukakan sepanjang perbahasan di peringkat jawatankuasa, sebelum undian terakhir dibuat bagi meluluskan rang undang-undang itu.  Bagaimanapun, semua undi belah bahagian berakhir dengan undian memihak kepada kerajaan, sekali gus menolak usul-usul pindaan dibawa pembangkang.'

Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 diluluskan tanpa pindaan di Dewan Rakyat pada 2.25 pagi ini, selepas dibahaskan lebih 12 jam.

POTA diluluskan selepas undian belah bahagian kesembilan dilakukan dengan undian terakhir memihak kepada kerajaan dengan kiraan 79 bersetuju dan 60 tidak bersetuju (untuk meluluskan).

Sebelum itu, rang undang-undang yang dibahaskan lancar di peringkat dasar, namun melalui waktu sukar di peringkat jawatankuasa apabila pelbagai pindaan dicadangkan oleh anggota Parlimen pembangkang sehingga sesi perbahasan dan penggulungan di peringkat itu berlarutan sehingga awal pagi ini.

Lebih menyukarkan apabila pembangkang berkeras untuk meminda hampir kesemua 35 Fasal, memaksa lapan undi belah bahagian dilakukan bagi setiap usul pindaan yang dikemukakan sepanjang perbahasan di peringkat jawatankuasa, sebelum undian terakhir dibuat bagi meluluskan rang undang-undang itu.

Bagaimanapun, semua undi belah bahagian berakhir dengan undian memihak kepada kerajaan, sekali gus menolak usul-usul pindaan dibawa pembangkang.

VIDEO - DIALOG BERSAMA TUN MAHATHIR DALAM MALAYSIAN DILEMA

Posted: 06 Apr 2015 10:00 PM PDT


Tunggakan ansuran perumahan kos rendah di Selangor tinggi

Posted: 06 Apr 2015 09:30 PM PDT

 Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 1, selain itu, klausa perjanjian yang longgar serta jaringan kemudahan bayaran terhad turut menjadi kekangan kepada kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) mengutip ansuran tersebut. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 April, 2015.
 

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 1, selain itu, klausa perjanjian yang longgar serta jaringan kemudahan bayaran terhad turut menjadi kekangan kepada kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) mengutip ansuran tersebut.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 1, selain itu, klausa perjanjian yang longgar serta jaringan kemudahan bayaran terhad turut menjadi kekangan kepada kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) mengutip ansuran tersebut.

Kelemahan penyediaan dokumen perjanjian sewa beli perumahan awam kos rendah (PAKR) antara kerajaan Selangor dan pembeli menjadi punca berlaku tunggakan pembayaran ansuran yang tinggi di negeri itu.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 1, selain itu, klausa perjanjian yang longgar serta jaringan kemudahan bayaran terhad turut menjadi kekangan kepada kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) mengutip ansuran tersebut.

Semakan audit mendapati menerusi perjanjian sewa beli antara kerajaan Selangor dan pembeli, tiada klausa gadaian diletakkan sebagai tanggungjawab kerajaan negeri, sebaliknya diletakkan di bawah kuasa pembeli menyebabkan mereka tidak terikat dengan sebarang sekatan kepentingan.

Analisis Audit secara keseluruhannya menunjukkan prestasi bayaran ansuran sewa beli kurang memuaskan apabila sejumlah RM25.17 juta bayaran tertunggak setakat Oktober 2014 tidak dapat dikutip LPHS.

"LPHS perlu mengutip ansuran sewa beli rumah sejumlah RM10.16 juta setiap tahun untuk membantu Kerajaan Selangor menjelaskan semula bayaran balik pinjaman kepada Kerajaan Persekutuan sehingga tahun 2028 (25 tahun).

"Penurunan kutipan itu mengakibatkan LPHS tidak dapat membantu sepenuhnya kerajaan negeri sehingga menyebabkan tunggakan bayaran ansuran sewa beli yang serius," kata laporan itu.

Selain itu, laporan tersebut menyatakan baki bayaran balik ansuran perumahan awam kos rendah itu terkurang nyata berikutan tiada dokumen perjanjian dimeterai antara kerajaan negeri dengan LPHS semasa penyerahan pengurusan akaun perumahan berkenaan.

"Bagi tahun 2008 sehingga Oktober 2014, terdapat perbezaan ketara antara baki ansuran PAKR di LPHS dan Perbendaharaan Negeri Selangor (PNS) antara RM13.34 juta hingga RM67.46 juta," menurut laporan itu.

Sehubungan itu, laporan tersebut mengesyorkan LPHS meluaskan rangkaian kemudahan bayaran selain melakukan lelongan awam sebagai langkah terakhir kepada pembeli tegar yang enggan menjelaskan bayaran tunggakan ansuran sewa beli berkenaan.

Menurut laporan itu, PNS dan LPHS juga disaran membuat rundingan bagi menyelesaikan perbezaan baki sebanyak RM13.34 juta dengan mengambil kira jumlah baki ansuran yang boleh dituntut lembaga daripada pembeli.

Dalam pada itu, laporan audit bagi Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Gombak dan Petaling menunjukkan pemantauan serta penguatkuasaan kurang berkesan menyebabkan berlaku pelanggaran syarat dan pencerobohan tanah di daerah tersebut.

Menurut laporan audit berkenaan, mulai tahun 2010 hingga November 2014, sebanyak 149 aduan pelanggaran syarat dan pencerobohan tanah kerajaan diterima PTD Gombak manakala PTD Petaling merekodkan 15 aduan pada 2010 dan 2014 bagi pelanggaran syarat tanah manakala 356 aduan pencerobohan tanah pada 2012 hingga 2014.

Semakan audit mendapati PDT Gombak tidak menetapkan piagam pelanggan bagi menyelesaikan aduan pelanggaran syarat tanah namun menetapkan 60 hari bekerja bagi aduan pencerobohan tanah kerajaan manakala PDT Petaling pula tiada piagam pelanggan untuk menyelesaikan sesuatu aduan.

"Audit mengesyorkan pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan tanah yang diberi milik untuk diusahakan atau dibangunkan selaras dengan syarat pembangunan dan lain-lain syarat kelulusan yang ditetapkan," menurut laporan itu.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Proton setanding BMW kata Menteri ??

Posted: 06 Apr 2015 09:00 PM PDT


Kemampuan kereta nasional Proton adalah setanding dengan kereta import terkemuka seperti BMW dan Volvo.
Pengesahan itu berdasarkan penarafan lima bintang daripada Asutralasian Car Assesment Program (ANCAP) dan ASEAN NCAP selepas menilai ciri-ciri keselamatan dan teknologi yang dimilikinya.
Menteri Perdagangan dan Perindustrian Antarabangsa (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, model baharu kereta yang dihasillkan Proton berjaya mempamerkan kemajuan teknologi, mutu dan prestasi setanding dengan kualiti kereta yang diimport.

"Semua ini membuktikan betapa model-model kereta Proton setaraf dengan model-model yang dikeluarkan oleh pengeluar-pengeluar terkemuka seperti BMW, Volvo, Toyota dan Honda," katanya.

Menurut beliau, teknologi Lotus yang mengetengah gaya pemanduan selesa dan kawalan tepat diterapkan dalam teknologi pembuatan kereta nasional telah melonjakkan prestasinya.

Model seperti Preve, Suprima S dan Iriz yang dilengkapi teknologi keselamatan dengan sistem brek cegah kunci (EBS), pengagihan daya brek elektronik (EBD), brek pembantu (BA) kawalan kestabilan elektronik (ESC) dan kawalan kestabilan elektronik (ESC) meletakkan kualiti Proton sebaris dengan pengeluar kereta tersohor dunia.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar berhubung kemampuan kereta nasional bersaing dengan kereta import.

Dalam soalan yang sama, wakil DAP turut bertanya mengenai tempoh menunggu selepas pembeli membuat tempahan.

Menurut Mustapa, kebanyakannya mengambil masa antara satu hingga satu setengah bulan lapor  



Free Malaysia Today

Bangunan terbiar, Yayasan Selangor rugi RM15j, dedah laporan audit OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Posted: 06 Apr 2015 08:30 PM PDT

'Bangunan terbiar, Yayasan Selangor rugi RM15j, dedah laporan audit  OLEH JAMILAH KAMARUDIN  Kegagalan perancangan yang strategik dan teratur terhadap pelaksanaan projek pembangunan semula bangunan Yayasan di Bukit Bintang menyebabkan anggaran kehilangan hasil sewaan berjumlah RM15.12 juta bagi tempoh mulai bulan September 2012 hingga Ogos 2014, kata Laporan Ketua Audit Negara 2014. –   Kegagalan perancangan yang strategik dan teratur terhadap pelaksanaan projek pembangunan semula bangunan Yayasan di Bukit Bintang menyebabkan anggaran kehilangan hasil sewaan berjumlah RM15.12 juta bagi tempoh mulai bulan September 2012 hingga Ogos 2014, kata Laporan Ketua Audit Negara 2014. –   Tindakan Yayasan Selangor mengabaikan aset bangunannya di Bukit Bintang menyebabkan anak syarikat negeri itu mengalami kerugian besar sebanyak RM15.12 juta dalam tempoh tiga tahun, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2014.  Laporan itu berkata, Yayasan Selangor pada September 2012 menamatkan penyewaan dan mengosongkan bangunannya di Bukit Bintang, dan sejak itu rugi RM2.52 juta bagi tahun tersebut, manakala tahun berikutnya rugi RM7.56 juta dan RM5.04 juta bagi tempoh Januari hingga Ogos 2014.  "Kegagalan perancangan yang strategik dan teratur terhadap pelaksanaan projek pembangunan semula bangunan Yayasan di Bukit Bintang menyebabkan anggaran kehilangan hasil sewaan berjumlah RM15.12 juta bagi tempoh mulai bulan September 2012 hingga Ogos 2014 berdasarkan kadar sewaan tahun 2012 dengan andaian kesemua unit berjaya disewa sepenuhnya berikutan penamatan penyewaan di bangunan tersebut," katanya dalam laporan hari ini.  Menurut laporan audit, keputusan Yayasan Selangor menutup Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur (AYSKL) dengan memaksa pelajar berpindah dan ditempatkan ke sekolah harian berasrama sedangkan projek tersebut masih belum dimuktamadkan sehingga bulan November 2014 juga merugikan yayasan.  Bangunan 12 tingkat berkeluasan 11,100 kaki persegi di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada awalnya mahu dibangunkan semula, mengikut persetujuan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan pada Jun 2010.  Yayasan kemudian mengeluarkan notis penamatan sewa kepada semua penyewa mulai bulan November 2011 untuk mengosongkan premis sepenuhnya pada bulan Ogos 2012.  Namun menurut audit, berlaku masalah dalaman dengan syarikat konsortium menyebabkan projek pembangunan semula masih belum dimuktamadkan hingga Ogos 2014.  Tinjauan audit ke tapak premis berkenaan pada 12 September 2014 juga mendapati, bangunan tersebut kosong dan terbiar, selain rosak akibat vandalisme.  Lawatan audit ke tapak cadangan pembangunan projek Kampung Pandan pada September 2014 juga mendapati belum ada sebarang kerja awal seperti pembersihan tapak AYSKL dilaksanakan bagi projek tersebut.  "Pada pendapat audit, projek pembangunan perlu dirancang dan dilaksanakan dengan teliti. Perancangan perlu mengambil kira kesan terhadap sebarang keputusan yang diambil bagi mengelakkan kerugian di pihak yayasan," katanya.  Laporan itu berkata, berdasarkan maklum balas bertarikh 23 Disember 2014, yayasan membuka semula sewaan jangka pendek bagi penyewaan sebahagian unit dan ruang pengiklanan mulai Disember 2014 sebagai langkah mengurangkan kerugian.  Katanya, yayasan juga memaklumkan draf perjanjian bagi pembangunan projek secara usaha sama di Kampung Pandan dimuktamadkan dan akan dibawa untuk kelulusan dan tandatangan ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan.  Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dengkil, Shahrum Mohd Sharif ketika ditemui pemberita berkata, Barisan Nasional (BN) menuntut penjelasan kerajaan negeri yang gagal menguruskan dua aset berkenaan sehingga menyebabkan Selangor rugi besar.  Pihaknya kesal kerajaan negeri membiarkan aset tersebut sedangkan ia terletak di kawasan strategik di Kuala Lumpur.  Katanya, jika aset terbabit disewa sepenuhnya, kerajaan negeri mampu menjana pendapatan sekitar RM300,000 hingga RM400,000 sebulan dan memberi pulangan yang baik untuk rakyat.  "Sebelum ini, kita pernah membangkitkan isu pembangunan semula dua asrama berkenaan selain membantah rancangan kerajaan negeri ini namun ia tidak diendahkan.  "Sekarang nampaknya cadangan itu seolah-olah satu kegagalan oleh kerajaan negeri, kita tuntut penjelasan sebenar mengenai isu tersebut," katanya di lobi bangunan Annexe, Shah Alam. – 6 April, 2015.  - See more at: http://www.themalaysianinsider.com' Kegagalan perancangan yang strategik dan teratur terhadap pelaksanaan projek pembangunan semula bangunan Yayasan di Bukit Bintang menyebabkan anggaran kehilangan hasil sewaan berjumlah RM15.12 juta bagi tempoh mulai bulan September 2012 hingga Ogos 2014, kata Laporan Ketua Audit Negara 2014. – 

Kegagalan perancangan yang strategik dan teratur terhadap pelaksanaan projek pembangunan semula bangunan Yayasan di Bukit Bintang menyebabkan anggaran kehilangan hasil sewaan berjumlah RM15.12 juta bagi tempoh mulai bulan September 2012 hingga Ogos 2014, kata Laporan Ketua Audit Negara 2014. – 

Tindakan Yayasan Selangor mengabaikan aset bangunannya di Bukit Bintang menyebabkan anak syarikat negeri itu mengalami kerugian besar sebanyak RM15.12 juta dalam tempoh tiga tahun, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2014.

Laporan itu berkata, Yayasan Selangor pada September 2012 menamatkan penyewaan dan mengosongkan bangunannya di Bukit Bintang, dan sejak itu rugi RM2.52 juta bagi tahun tersebut, manakala tahun berikutnya rugi RM7.56 juta dan RM5.04 juta bagi tempoh Januari hingga Ogos 2014.

"Kegagalan perancangan yang strategik dan teratur terhadap pelaksanaan projek pembangunan semula bangunan Yayasan di Bukit Bintang menyebabkan anggaran kehilangan hasil sewaan berjumlah RM15.12 juta bagi tempoh mulai bulan September 2012 hingga Ogos 2014 berdasarkan kadar sewaan tahun 2012 dengan andaian kesemua unit berjaya disewa sepenuhnya berikutan penamatan penyewaan di bangunan tersebut," katanya dalam laporan hari ini.

Menurut laporan audit, keputusan Yayasan Selangor menutup Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur (AYSKL) dengan memaksa pelajar berpindah dan ditempatkan ke sekolah harian berasrama sedangkan projek tersebut masih belum dimuktamadkan sehingga bulan November 2014 juga merugikan yayasan.

Bangunan 12 tingkat berkeluasan 11,100 kaki persegi di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada awalnya mahu dibangunkan semula, mengikut persetujuan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan pada Jun 2010.

Yayasan kemudian mengeluarkan notis penamatan sewa kepada semua penyewa mulai bulan November 2011 untuk mengosongkan premis sepenuhnya pada bulan Ogos 2012.

Namun menurut audit, berlaku masalah dalaman dengan syarikat konsortium menyebabkan projek pembangunan semula masih belum dimuktamadkan hingga Ogos 2014.

Tinjauan audit ke tapak premis berkenaan pada 12 September 2014 juga mendapati, bangunan tersebut kosong dan terbiar, selain rosak akibat vandalisme.

Lawatan audit ke tapak cadangan pembangunan projek Kampung Pandan pada September 2014 juga mendapati belum ada sebarang kerja awal seperti pembersihan tapak AYSKL dilaksanakan bagi projek tersebut.

"Pada pendapat audit, projek pembangunan perlu dirancang dan dilaksanakan dengan teliti. Perancangan perlu mengambil kira kesan terhadap sebarang keputusan yang diambil bagi mengelakkan kerugian di pihak yayasan," katanya.

Laporan itu berkata, berdasarkan maklum balas bertarikh 23 Disember 2014, yayasan membuka semula sewaan jangka pendek bagi penyewaan sebahagian unit dan ruang pengiklanan mulai Disember 2014 sebagai langkah mengurangkan kerugian.

Katanya, yayasan juga memaklumkan draf perjanjian bagi pembangunan projek secara usaha sama di Kampung Pandan dimuktamadkan dan akan dibawa untuk kelulusan dan tandatangan ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dengkil, Shahrum Mohd Sharif ketika ditemui pemberita berkata, Barisan Nasional (BN) menuntut penjelasan kerajaan negeri yang gagal menguruskan dua aset berkenaan sehingga menyebabkan Selangor rugi besar.

Pihaknya kesal kerajaan negeri membiarkan aset tersebut sedangkan ia terletak di kawasan strategik di Kuala Lumpur.

Katanya, jika aset terbabit disewa sepenuhnya, kerajaan negeri mampu menjana pendapatan sekitar RM300,000 hingga RM400,000 sebulan dan memberi pulangan yang baik untuk rakyat.

"Sebelum ini, kita pernah membangkitkan isu pembangunan semula dua asrama berkenaan selain membantah rancangan kerajaan negeri ini namun ia tidak diendahkan.

"Sekarang nampaknya cadangan itu seolah-olah satu kegagalan oleh kerajaan negeri, kita tuntut penjelasan sebenar mengenai isu tersebut," katanya di lobi bangunan Annexe, Shah Alam. – 6 April, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com
 

Nenek Tua Ni Pun Bantah GST ??

Posted: 06 Apr 2015 08:00 PM PDT

Rafidah Aziz pula 'serang' GST



Apabila wanita yang digelar Wanita Besi Malaysia dalam politik berkata beliau keliru tentang sesuatu, lebih dengar betul-betul.

Lebih-lebih lagi apabila beliau terkenal dengan kebijaksanaan.


Jadi jika bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri Rafidah Aziz keliru tentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), apatah lagi golongan awam?

 
Rafidah, dengan gaya tanpa ada kekangan beliau, bercakap tentang GST apabila beliau dilaporkan berkata kebergantungan kerajaan dengan penggunaan kartun, papan iklan dan jargon teknikal seperti "berkadar sifar" untuk menjelaskan tentang cukai kepenggunaan menyeluruh beberapa tahun ini telah membuatkan pengguna Malaysia, termasuk dirinya, lebih keliru dengan sistem percukaian.

Beiau berkata kerajaan seharusnya tidak menggunakan jargon dalam menjelaskan apa itu GST kepada pengguna.


Rafidah berkata kerajaan seharusnya menerbitkan senarai barang yang dikecualikan dari cukai di setiap surat khabar dalam negara dengeran kadar segera kerana ianya akan membantu pengguna bersiap sedia untuk cukai kepenggunaan menyeluruh ini.
 

"Saya secara peribadi berasa bahawa sekarang ini, kita seharusnya sudah mempunyai senarai lengkap tentang kategori yang dikecualikan supaya rakyat akan tahu (barang) mana yang tiada cukai.

"Ia seharusnya tersedia dalam semua surat khabar, dalam semua bahasa, dan tidak seharusnya teknikal.


"Masalah kita adalah penjelasan setakat ini tidak begitu jelas. Kerajaan telah menggunakan sumber yang berbeza ataupun pendekatan yang berbeza, dan kebanyakan darinya bersifat sangat teknikal.


"Contohnya, siapa yang faham apa itu 'berkadar sifar'?


Kenapa mereka tidak guna frasa 'tak kena GST'.


Dengan itu ianya lebih mudah dan senang untuk diingat," Rafidah dipetik sebagai berkata.


Ini, kata beliau, turut akan membantu pengguna mengenalpasti peniaga yang menaikkan harga barang yang tidak dikenakan GST.


Rafidah menekankan bahawa sisipan surat khabar akan lebih menjimatkan kos kerajaan berbanding menaikkan papan ikan besar seluruh negara.


"Beberapa masa lalu, terdapat sebuah papan iklan berdekatan rumah saya yang berkata pendidikan akan dikecualikan daripada GST. Malahan ada lukisan kartun padanya.


Saya berfikir, apa yang dimaksudkan?


Adakah yuran universiti atau yuran tuisyen dikecualikan daripada GST?


Bagaimana dengan buku atau komputer atau alatan yang berkaitan dengan sekolah?


"Daripada berbelanja duit untuk papan iklan sebegini, pada waktu ini anda mungkin sudah mempunyai satu penerbitan lengkap tentang barang yang tidak dicukaikan," Rafidah dilaporkan berkata.


Kerajaan seharusnya menyahut saranan Rafidah berbanding membelanjakan wang rakyat ke atas papan iklan besar yang mengelirukan atau membuat video yang akan mendatangkan cemuhan seperti video muzik yang dikeluarkan Jabatan Kastam yang memuji kebaikan pelaksanaan GST.


Terdapat juga isu tentang sama ada udang galah dikecualikan daripada GST telah menjadi kecoh di Internet.


Seperti yang telah ditunjukkan daripada aduan tentang surat khabar dikenakan GST dan kekecohan menyelubungi tambah nilai prabayar, ianya jelas bahawa orang awam ingin tahu tentang apa yang dicukai dan apa yang tidak dicukai.


Menjelaskan perkara ini kepada umum sepatutnya menjadi keutamaan kerajaan, berbanding lagu seperti untuk kanak-kanak tadika, kartun ataupun papan iklan yang mengelirukan. 


Jika seorang bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri pun boleh keliru tentang GST, apa lagi yang perlu dikatakan?

"Halangan" atau "kekangan" berkaitan pelaksanaan GST mungkin adalah cara yang lebih sopan untuk memanggilnya tetapi huru-hara adalah huru-hara, oleh apa saja nama lain. 
KedahLanie.info

Kami Tahu Apa Agenda Zahid Hamidi - Cipan, Tapir & Tenuk

Posted: 06 Apr 2015 07:30 PM PDT

  Bhai/DeeDee semua...


17 orang katanya ditahan atas agenda nak cetuskan keganasan di Malaysia yang dijangka sasarannyer aderlah aset milik PDRM dan ATM ..... Itu kata Zahid Hamidi la....  Hahaha.... Tapi takper ... kiter dengar jer la aper Zahid Hamidi nih nak havockan.... Kami di Agensi (gua sudah pencen la) cukup tahu aper agenda Zahid Hamidi nih..... Teruskan la.... Kalu stakat nak menjustifikasikan POTA... layan jer la citer gempaq lu tue Zahid Hamidi ooi....

Ini semua "matlamat menghalalkan cara" .... Siot ja .... Wei Zahid Hamidi..... nih gua nak habaq sama lu..... Gua baru ja pulang dari Timur Tengah atas tiket Agensi .... ader beberapa lokasi gua pergi atas tugasan khas.... dan lu tak payah nak sembang la pasai isu "cegah rintang" nih.... Bercambah gua jumpa kengkawan dari Jabatan E PDRM dan Risik ATM kat Timur Tengah tue sedang berkhidmat ... Hahaha

Pada kitorang di Agensi ... isu IS nih cuma gempaq ja lebeyy.... takder mender nyer pon.... tak payah la Zahid Hamidi nak havoc macam la ancaman tue terlalu besar kat Malaysia nih... Hahahaha.. Yer betul memang la ader ancaman tue... tapi risk dier masih level hijau lagi..... belum pun level jingga... dan kami di Agensi rasa takkan cecah level merah..

Kitorang kureng stuju ngan POTA sebab dier mencabul Perlembagaan....  Kalo bab nak buat cegah rintang nih.... bukan ker baru-baru nih ader satu team dari Bukit Aman yang pi Amerika Syarikat untuk stadi sistem eavesdropping jenis terkini..... dan bukan ker dah lama semua talian telefon dipintas kat Malaysia nih.... so jangan la buat lawak..... Tak perlu POTA pon kalu kiter nak angkut sesiapa pon sekejap ja boleh angkut.... Ader banyak cara kan..

Aper pon..... Kami di Agensi nampak POTA nih lebih kepada survival parti politik ja... dan bukannyer untuk keselamatan negara pon...... Kalo betul untuk keselamatan negara .... bukan ker kiter dah ader macam-macam cara, taktik dan teknik.....

Aper daa......

Oh yer Zahid Hamidi oooi.... tadi gua ader terbaca satu artikel kat satu blog nih... gua tak sempat semak ngan kengkawan kat Agensi atau kat Jabatan E Bukit Aman tue.....  Gua pon tertanya-tanya gak..... siapa dier nih dan aper urusan dier ader kat negara nih dan naik heli tue.... aper plak kaitan dier ngan Najib Razak punya famili sampaikan dier kononnya hadir kat majlis resepsi anak Najib Razak.... 
 
Cuba lu elaborate lebeyy skit boleh tak Zahid Hamidi ooi.... pada gua yang ini la yang patut disiasat bawah POTA lu tue... Hahaha

TAMBAHAN : Kalo betul la Zahid Hamidi nih prihatin terhadap keselamatan negara... sure dier takder nak bekap atau deal ngan Paul Phua ahli Kongsi Gelap tue.... Hahaha

Nahas Helikopter Semenyih, Status Aidana Baizieva Tersebar

Posted: 06 Apr 2015 07:00 PM PDT


Nahas Helikopter Semenyih, Status Aidana Baizieva Tersebar. Setelah lima mayat mangsa nahas helikopter Dauphin 9M-IGB yang terhempas di Semenyih sudah dituntut keluarga masing-masing, termasuk mayat juruterbang warga Amerika Syarikat yang keluarganya dijangka tiba esok, identiti seorang lagi mangsa yang belum dikenal pasti menjadi teka-teki.

Ketika berita ini ditulis, difahamkan belum ada mana-mana pihak tampil menuntut jenazah seorang wanita yang dikatakan pembantu juruterbang, dikenali sebagai Aidana Baizieva berdasarkan senarai dikeluarkan Kementerian Pengangkutan.

Seorang jurucakap Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang tadi memaklumkan, mayat mangsa terakhir nahas berkenaan belum dituntut kerana identitinya belum dapat dipastikan.

"Kami sedang berusaha mendapatkan pihak berkuasa untuk mengesan dokumen pengenalan mangsa," kata jurucakap berkenaan yang enggan namanya disiarkan.

Dalam pada itu Kapten Clifford William Fournier yang menerbangkan helikopter berkenaan didapati aktif menggunakan laman sosial Facebook, dengan posting terakhir beliau ialah kira-kira sejam sebelum maut dalam nahas berkenaan.

Bagaimanapun carian nama Aidana Baizieva di laman sosial itu tidak membuahkan sebarang hasil.

Semalam media tersilap melaporkan seorang wanita dalam sekeping foto bersama Kapten Fournier yang tersebar menjadi viral di laman media sosial sebagai Aidana.

Bagaimanapun, wanita sebenar dalam gambar itu tampil menafikannya.

Nahas Helikopter Semenyih, Status Aidana Baizieva Tersebar.

Portal New Straits Times (NST) Online melaporkan, wanita dalam foto itu sebenarnya adalah Dzuriasikim Dzulkefli, yang tampil membuat penafian beliau adalah Aidana.

"Saya amat terkejut ada orang yang tidak bertanggungjawab telah 'mengistiharkan' saya mati hanya kerana gambar saya bersama juruterbang Clifford William Fournier dalam helikopter," kata Dzuriasikim seperti yang dilaporkan NST Online.

Terdahulu, jenazah Ahli Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis yang paling awal dituntut akan disemadikan di Makam Pahlawan di Masjid Negara petang ini, manakala jenazah Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Saujana Impian, Batu 13 juga petang Ahad.

Jenazah anggota polis Koperal Razkan Seran, iaitu pengawal peribadi Jamaluddin pula sudah diterbangkan ke Sabah untuk disemadikan di kampung halamannya, Tuaran.

Sementara itu mayat mendiang ahli perniagaan, Ketua Eksekutif SP Baiduri Sdn Bhd, Datuk Tan Huat Seng pula akan dibawa pulang ke Kedah selepas menjalani upacara penghormatan terakhir dan pembakaran di Xiao En Si, Nilai Memorial Park.

Identiti mayat Kapten Fournier pula telah disahkan oleh wakil kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara, yang memaklumkan mayat juruterbang itu akan dituntut keluarganya yang akan tiba di Malaysia esok.

Fournier yang berasal dari Minnesota, Amerika Syarikat telah berkerja di negara ini sejak 20 tahun lalu.

Persoalannya sekarang, siapa Aidana Baizieva?



Status Aidana Baizieva masih misteri? 
HULU LANGAT 5 April – Status penumpang wanita dikenali Aidana Baizieva yang berada di dalam helikopter AS365N2 yang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih, di sini semalam masih lagi menjadi misteri. 
Ini berikutan identiti wanita tersebut yang didakwa sebagai pembantu juruterbang belum dapat disahkan oleh mana-mana pihak. 
Menurut sumber, ketika ini terdapat satu mayat yang belum dapat dikenal pasti jantinanya namun dipercayai wanita misteri tersebut. 
Difahamkan, nama Aidana Baizieva yang berasal dari Kyrgystan itu diperoleh daripada kenyataan Kementerian Pengangkutan yang memaklumkan wanita berkenaan adalah salah seorang daripada enam yang menaiki pesawat tersebut. 
Hospital Kuala Lumpur turut mengklasifikasikan status mayat tersebut sebagai 'tidak diketahui'. 
Difahamkan, pihak berkuasa hanya akan mendedahkan maklumat wanita itu selepas identiti wanita tersebut disahkan.

Sumber


Rakan Tuntut Mayat Aidana


KUALA LUMPUR: Rakan kepada mangsa nahas helikopter di Semenyih hadir di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur pada Isnin untuk menuntut mayat Aidana Baizieva.

Seorang lelaki dan perempuan itu dilapor hadir untuk melengkapkan beberapa borang untuk tujuan pelepasan mayat itu.

Mereka tiba di bilik mayat kira-kira pukul 10.45 pagi sebelum menguruskan proses menuntut mayat.

Wanita tersebut enggan bercakap dengan media yang dilarang daripada memasuki perkarangan bilik mayat.

Terdahulu, seorang jurucakap kedutaan mengesahkan Aidana merupakan warga Kyrgyzstan dan pernah bekerja di Malaysia untuk seketika.

"Rekod menunjukkan beliau berada di Malaysia sekurang-kurang selama setahun," katanya.

Baizieva antara yang maut dalam nahas helikopter di Semenyih pada Sabtu lalu.

Nahas tersebut turut menggorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis.

Terdahulu, wanita tersebut dilaporkan sebagai pembantu juruterbang helikopter yang terhempas itu tetapi kemudiannya disahkan sebagai kakitangan Syarikat Penerbangan Cempaka.


Terkilan Jenazah Anggota UTK Tidak Diberi Penghormatan Sewajarnya

Posted: 06 Apr 2015 06:30 PM PDT

 

Jenazah Koperal Razkan Seran, mangsa helikopter terhempas, telah pun  selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai. 


Damit, Tuaran. Suasana hiba mengiringi perjalanan jenazah. Kelihatan rakan seperjuangan dari UTK termasuk yang sudah bersara tidak melepaskan peluang untuk memberikan penghormatan terakhir sejak jenazah berada di HKL lagi.

Akan tetapi, majlis yang diuruskan secara sederhana dan penuh penghormatan dari tetamu yang hadir telah menerima banyak komen negatif. Ini jelas amat berbeza apabila pengebumian mangsa pesawat MH17 dibuat. Penuh dengan tetamu kenamaan dan sangat teratur berbanding apabila jenazah anggota pengiring rapat dari UTK ini dikebumikan.

Mungkin telah sampai masanya pihak yang berkenaan sedar bahawa masih ramai perwira negara yang gugur sewaktu bertugas yang perlu diberi perhatian

- Airtime

The Three Dumbass Stooges

Posted: 06 Apr 2015 06:00 PM PDT

'Seluruh dunia menyaksikan beberapa orang Menteri Kabinet Kerajaan 1Malaysia pimpinan Perdana Menteri Najib Razak telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang memperbodohkan diri sendiri sehingga menjadi bahan lawak di media sosial oleh netizens.  Ahmad Maslan, Hasan Malek dan Shahidan Kassim adalah antara menteri-menteri kabinet kerajaan Umno/BN yang paling kerap mengeluarkan kenyataan bangang yang bukan sahaja memperbodohkan diri mereka bahkan membuatkan rakyat marah dengan kenyataan tersebut.'Seluruh dunia menyaksikan beberapa orang Menteri Kabinet Kerajaan 1Malaysia pimpinan Perdana Menteri Najib Razak telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang memperbodohkan diri sendiri sehingga menjadi bahan lawak di media sosial oleh netizens.

Ahmad Maslan, Hasan Malek dan Shahidan Kassim adalah antara menteri-menteri kabinet kerajaan Umno/BN yang paling kerap mengeluarkan kenyataan bangang yang bukan sahaja memperbodohkan diri mereka bahkan membuatkan rakyat marah dengan kenyataan tersebut.


 

Dalang pertemuan Najib dan Soros terdedah!!

Posted: 06 Apr 2015 05:15 PM PDT


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengadakan pertemuan peribadi dengan jutawan George Soros,individu yang dilihat oleh penyokong setia Umno sebagai musuh nombor satu di New York dua tahun lalu.

Pertemuan tersebut yang mula-mula didedahkan oleh ahli parlimen Subang, R Sivarasa semasa berdebat dengan Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim berlangsung di sebuah hotel mewah,Hotel Plaza di Manhattan.

Pertemuan perdana menteri dengan Soros, yang dituduh membiayai NGO Malaysia untuk perubahan rejim, berlaku pada 27 September 2010. Dipercayai sekurang-kurangnya seorang pemimpin tinggi Umno hadir di pertemuan tersebut.

Dan salah-seorang pemimpin tertinggi Umno berkenaan adalah merupakan Penasihat Utama Najib iaitu Datuk Seri Dr. Jamaluddin Mohd Jarjis, Ahli Parlimen Rompin.

BIODATA

~Berasal dari Rompin, Pahang. Beliau dilahirkan pada 25 Mei 1951 di Pekan, Pahang.

~Pernah menjadi pensyarah Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1974 Tahun 1984 meletakkan jawatan untuk memberi tumpuan kepada perkhidmatan perundingan kejuruteraan melalui syarikat yang diasaskannya secara bersama, J & A Associates.

~Menjadi pengerusi Tenaga NasionaL Bhd antara Ogos 2000 - 2002

~ Dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi 2004 – 2008

~ Menteri Kewangan Kedua pada 21 November 2002

~ Pada 2009 beliau dilantik menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat menggantikan Datuk Rajmah Hussain.

JJ didakwa oleh banyak pihak telah mengaturkan satu pertemuan antara PM Najib Razak dan Yahudi penyangak mata wang George Soros di Hotel Plaza, Manhattan, New York pada 27 September 2010.

Sumber mendedahkan seorang pemimpin tinggi Umno menyertai Najib dalam pertemuan itu. JJ merupakan orang paling disyaki menemani Najib kerana beliau adalah penasihat Najib dan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat ketika itu.

Pertemuan Najib - Soros didakwa sesetengah pihak bagi mendapatkan dana dari organisasi Yahudi.

Pertemuan tersebut tidak mustahil dirancang oleh JJ berikutan rekodnya sebelum itu menjadi orang tengah pembayaran jutaan ringgit kepada pelobi Jack Abrahamof bertujuan melobi Dr Mahathir menemui Presiden George W Bush di White House.

Guna pelobi Yahudi 

JJ turut dikaitkan di dalam skandal Jack A. Abramoff. Abramoff adalah pelobi parti Republikan yang terlibat di dalam skandal "cash for access"

Sebuah pertubuhan Malaysia - US Exchange Association yang diketuai oleh Tan Sri Megat Junid serta JJ dikatakan telah membayar AS$1.2 juta atau RM3.8 juta untuk mengatur pertemuan Dr Mahathir dengan Presiden George W Bush pada tahun 2002 .

Pada tahun 2006, Dr Mahathir mengaku bahawa wang telah dibayar kepada Abramoff untuk mengatur pertemuan.

Skandal itu menjadi buah mulut pelbagai pihak, Mahathir menggunakan wang rakyat semata-mata untuk bertemu Bush tidak sampai sejam

JJ raba punggung wanita 

Peristiwa berlaku di Kelab Havana hotel Maridien, di KL Sentral ketika seorang pelayan wanita sedang menyediakan minuman keras untuk Jamaludin Jarjis (JJ).

Dalam keadaan mabuk JJmemegang tangan gadis itu Gadis itu memarahinya.

Kemudian JJ didakwa mengekorinya dari belakang dan meraba punggung pelayan itu Gadis tersebut membuat laporan polis pada 19 April 2008. D

alam sidang Dewan Rakyat pada 2010, Ahli Parlimen Bukit Gelugur, Karpal Singh menyoal mengapakah Peguam Negara tidak mendakwa JJ di mahkamah.

Kata Karpal, kalau gadis itu membuat laporan palsu maka beliau boleh didakwa kerana laporan yang tidak benar.

Sehingga hari ini kedua-dua mereka tidak pernah dibicarakan.

Elaun tertinggi 

Jamaludin Jarjis disenarai sebagai Ahli Parlimen yang menerima elaun paling tinggi sebanyak RM27,227.20 sebulan, atau RM326,726.40 setahun. Beliau juga menjadi pengerusi beberapa GLC dan mendapat bayaran lumayan.

JJ keluarkan lesen judi

JJ ketika menjadi Menteri Kewangan II pada 2002 didakwa telah meluluskan lesen judi kepada kroni Dr Mahathir, Vincent Tan.

Lesen tersebut untuk operasi di casino Bukit Tinggi, Pahang yang dimiliki Vincent.

Didakwa terdapat sekitar 2,000 buah mesin, seperti jack pot, baccarat dan roulette yang beroperasi di bawah lesen itu.

Anak JJ dapat projek RM280 juta 

Anak JJ, Ikhwan Hafiz Jamaluddin, 25 tahun, didakwa mendapat projek sistem kawalan trafik udara yang baru.

Carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tertera nama Ikhwan Hafiz Jamaluddin sebagai Pengarah Tirai Variasi Sdn Bhd.

Tirai Variasi pemegang saham utama Advanced Air Traffic System (M) Sdn Bhd (AATS) yang dianugerahkan kontrak bernilai RM280 juta.

Sistem radar di Pusat Kawalan Trafik Udara Subang yang dikawalselia AATS gagal berfungsi pada 12 September 2012.

Fungsi radar dan radio tergendala menyebabkan semua penerbangan tergendala.

JJ tak layak ketuai TNB 

Beliau pernah mempunyai syarikat EPE Power Corporation Sdn Bhd yang terlibat di dalam bidang elektrik dan merupakan kontraktor kepada TNB.

EPE Power kemudiannya disenaraikan di papan kedua KLSE.

Bagaimanapun ia jatuh merudum dan disenaraikan sebagai syarikat PN4 (syarikat gagal penuhi syarat kewangan untuk terus didagangkan)

Tetapi kerana hubungan baik dengan pemimpin tinggi Umno beliau tetap dilantik sebagai Pengerusi TNB!

Beliau dikatakan sering menunggang kuda bersama PM Dr Mahathir ketika itu.

Sebab hobi yang sama itu juga Dr Mahathir melantiknya sebagai Menteri Kewangan II ketika Mahathir menjadi Menteri Kewangan I.

TNB pakai arang baru

TNB menggunakan gas asli menjana elektrik. Ketika itu 70 % penjanaan tenaga elektrik menggunakan gas asli.

JJ memperkenal loji arang batu ketika jadi pengerusi TNB.

TNB bukan sahaja membeli arang batu dari Australia dan Indonesia, tetapi di bawah JJ, membeli lombong arang batu di Kalimantan, Indonesia pada 2001 dari Dynamic Acres Sdn Bhd dengan harga AS$85 juta.

Pada tahun 2006, TNB menjual lombong itu pada harga AS$19 juta.

Rugi AS$66 juta Di bawah JJ juga, TNB disaman oleh bank UBS Warburg pada 2002 kerana melanggar kontrak berhubung urusniaga bon.


TNB menyelesaikan kes itu di luar mahkamah tetapi tidak menyatakan jumlah yang dibayar kepada UBS Warburg.

Sumber dari sini .. ( Pages ASD

Siapa 'wanita misteri' Kyrgystan dalam heli?

Posted: 06 Apr 2015 04:30 PM PDT

Spekulasi muncul kenapa terdapat seorang warganegara Kyrgystan dalam helikopter yang terhempas di Semenyih dan mengorbankan enam orang pada Sabtu.

Aidana Baizieva, salah seorang penumpang dalam helikopter itu, tetapi tidak seperti pihak lain, identitinya masih misteri setakat ini.

Mayatnya telah dikenal pasti hari ini oleh seorang wanita, dipercayai anggota keluarga, yang enggan bercakap kepada media.

Seorang pegawai kedutaan Kyrgystan mengesahkan kerakyatan Aidana dan memberitahu mStar bahawa dia berada di Malaysia sekurang-kurangnya setahun.

Maklumat lain, daripada laporanThe Malaysian Insider, menyebut Aidina masih bujang.




Aidana dikenal pasti oleh Kementerian Pengangkutan pada Sabut malam sebagai pembantu operasi helikopter.

Spekulasi menyebut bahawa beliau pembantu juruterbang tetapi Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata dia bukan pembantu juruterbang kerana helikopter itu tidak memerlukan pembantu.

Menteri: Pekerja syarikat penerbangan

Dakwaan bahawa seorang wanita bertudung yang bergambar bersama juruterbang helikopter itu Clifford William Fournier itu sebagai Aidana juga ternyata palsu.

Selain Aidana dan Fournier, penumpang lain dalam helikopter itu ialah anggota Parlimen Rompin Jamaluddin Jarjis, setiausaha sulit perdana menteri Azlin Alias, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang serta pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran.

Kumpulan itu sebelumnya hadir ke majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan, Pahang.

Punca nahas masih disiasat.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini turut mengulas mengenai identiti Aidana yang menimbulkan tanda tanya.

Liow sekali lagi menegaskan mangsa wanita itu adalah kakitangan syarikat penerbangan berkenaan dan bukan pembantu juruterbang, lapor Bernama.


Posted by Jeebond BLM

Parlimen hentikan jam demi Pota

Posted: 06 Apr 2015 04:00 PM PDT

 
 
Jam Dewan Rakyat dihentikan sebelum tengah malam tadi untuk membolehkan Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan dibahaskan di peringkat jawatankuasa.

Kerajaan berhasrat untuk melululuskan rang undang-undang tersebut pada maam ini.

Usul untuk menghentikan jam itu dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Shahidan Kassim dan disokong Timbalan Menteri Kerja Raya, Rosnah Shirlin.

Rang undang-undang itu mendapat tentangan keras MP pembangkang yang bimbang dengan kuasa penahanan tanpa bicara dalam peruntukan itu.

Usaha oleh Dr Michael Jeyakumar (PSM-Sungai Siput) untuk merujuk rang undang-undang itu ke jawatankuasa terpilih parlimen dan juga usaha untuk memindanya juga tidak berhasil.

Perbahasan ke atas rang undang-undang itu bermula pada kira-kira tengahari.

Ia dibentangkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin minggu lalu.

Laman pro-BN ramal Dr M serang Rosmah pula

Posted: 06 Apr 2015 09:38 AM PDT


'Monday, 6 April 2015.  Laman pro-BN ramal Dr M serang Rosmah pula  Senyap dalam tempoh 24 jam selepas kritikan keras Tun Mahathir Mohamad, sebuah laman web pro-Umno hari ini terus menyerang balas mantan perdana menteri itu.  MyKMU.net hari ini menerbitkan artikel yang mempersoalkan sama ada Mahathir akan menyasarkan Rosmah Mansor, untuk melemahkan suaminya Datuk Seri Najib Razak.  Laman itu menjelaskan bagaimana Mahathir menggunakan modus operandi sama seperti yang dilakukan terhadap penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi, dengan mensasarkan menantunya Khairy Jamaluddin dalam pilihan raya 2008.  Senyap dalam tempoh 24 jam selepas kritikan keras Tun Mahathir Mohamad, sebuah laman web pro-Umno hari ini terus menyerang balas mantan perdana menteri itu.

MyKMU.net hari ini menerbitkan artikel yang mempersoalkan sama ada Mahathir akan menyasarkan Rosmah Mansor, untuk melemahkan suaminya Datuk Seri Najib Razak.

Laman itu menjelaskan bagaimana Mahathir menggunakan modus operandi sama seperti yang dilakukan terhadap penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi, dengan mensasarkan menantunya Khairy Jamaluddin dalam pilihan raya 2008.

"Soal ada bukti atau tidak itu belakang kira kerana jika isunya bukti, Mahathir tidak akan mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantunya kerana perkara itu telah diputuskan di peringkat Mahkamah Persekutuan.

 

"Muat turun penghakiman, dapatlah jawapan, Najib apa kena mengena dalam hal itu?

"Tapi sebagai mana yang dikatakan tadi, isunya bukan bukti tapi mencipta persepsi buruk terhadap Najib dengan menggunakan isterinya," kenyataan dalam blog itu dipetik.

Artikel itu berkata Mahathir akan kemungkinan besar "merampas" dakwaan pembangkang sebelum ini yang mendakwa Rosmah campur tangan dalam pentadbiran Umno dan negara.

MyKMU turut berkata kini kisah tentang isteri Mahathir,Tun Siti Hasmah Ali, tidak campur tangan dalam hal ehwal negara sepanjang 22 tahun Mahathir memerintah Malaysia tersebar di media sosial.
"Untuk apa semua ini kalau bukan untuk dibandingkan dengan Rosmah nanti?" tulisan dalam blog itu dipetik.

'Bila dalang nyanyuk...'

Sementara itu, artikel lain dalam laman web sama pula menyebut bahawa rakyat Malaysia tidak mahu "perdana menteri kawalan jauh" atau boneka yang menerajui negara.

"Dalam hal sekarang, siapa yang lantik beliau sebagai penasihat Najib sehingga bila nasihatnya tidak dipakai Najib maka Najib perlu meletak jawatan?

"Mahukah rakyat Malaysia ini mempunyai seorang perdana menteri seperti itu (dikawal oleh Mahathir), dan apakah akan jadi kepada negara ini setelah tok dalang yang mengawal boneka ini, mati, nyanyuk, hilang ingatan dan sebagainya?" artikel itu dipetik.

MyKMU turut muatkan gambar hiasan individu dua wajah (atas) -- sebelah Mahathir dan sebelah Najib -- bagi mengukuhkan tulisan itu.

Malaysiakini (BM Version)