Khamis, 2 April 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Khalid patut tahu kenapa Azmin batal perjanjian air dengan Pusat

Posted: 02 Apr 2015 11:30 PM PDT

 
 
SUSUPAN TENGAHARI 

Bekas MB Selangor Abdul Khalid Ibrahim yang gagal mendapat sokongan di Dewan Undangan Negeri untuk terus tercegak di kerusi MB, kemudian terpaksa berundur dalam keadaan malu mengkritik penggantinya Mohamed Azmin Ali yang disifatkan telah gagal menyelesaikan isu air di negeri itu.

Khalid Ibrahim terkenang kerusi..

Khalid mengingatkan Azmin jangan mempolitikkan isu air dan telah membuat keputusan yang mengelirukan dan songsang.


Kritikan Khalid itu apabila Azmin telah membatalkan perjanjian air di antara kerajaan Selangor dengan kerajaan Persekutuan yang ditanda tangani oleh Khalid semasa menjadi MB pada September 2014. Implikasi pembatalan itu menyebabkan projek ampangan Langat 2 yang dijangka siap tahun 2017 tergendala.

Azmin bertindak membatalkan perjanjian itu atas alasan untuk menyelamatkan khazanah (tanah) kerajaan Selangor yang "terompak" menerusi perjanjian itu.

Ekoran keputusan berani dan kompeten, Azmin, Khalid yang terlibat menanda tangani perjanjian itu berasa malu kerana kelemahannya ke atas perjanjian itu terdedah. Azmin tidak akan membatalkan kalau perjanjian itu tidak berat sebelah dan kalau ianya menguntungkan kerajaan Selangor. Sebagai MB Azmin perlu mempunyai tanggungjawab atas apa yang berlaku.

Kerana malu dengan kelamahan itulah Khalid mengkritik Azmin dan memberi bayangan agar Azmin ditukar dan satu pentadbiran baru dibentuk seandainya isu isu air gagal diselesaikan.

Azmin mempunyai alasan kemas kenapa beliau membatalkan perjanjian air di antara kerajaan Selangor dengan Putrajaya itu. Alasan besar ialah kerana kerajaan Persekutuan telah melanggar terma yang ditetapkan.

Salah satu kesilapan perjanjian itu ialah menyerahkan tanah yang digunakan untuk pemasangan paip kepada kerajaan Persekutuan. Sedangkan mengikut Azmin, perjanjian itu sepatutnya hanya setakat memberi laluan pemasangan (guna) sahaja dan bukan memiliki tanah yang bernilai ribuan juta ringgit.

Kalau Khalid memerhati dan tidak ada niat serong terhadap Azmin, beliau tidak akan tergamak untuk mempertikaikan keputusan Azmin itu, jauh sekaliu menyifatkan ia satu permainan politik. Paling bagus baginya menyokong kerana tindakan Azmin itu menebus kesalahannya kepada rakyat Selangor dengan perjanjian tersebut.

Sebagai orang yang bertanggungjawab menanda tangani perjanjian itu dan juga melihat dan menyemak isi kandungannya Khalid sepatutnya memahami kenapa Azmin membatal perjanjian itu dan bukannya mengkritik kebaikan yang hendak dilakukan MB itu.

Khalid tidak payah atau pun menuduh bukan-bukan kepada Azmin, sebaliknya melihat balik apakah perjanjian yang dibuat tanpa dimaklum secara tuntas kepada Exco itu bagus (kemas) untuk mengawal harata benda Selangoir itu tidak. Apakah Khalid tidak terfikir yang kerajaan Selangor megalami kerugian nilai tanah kerana mengharap keuntungan lain?

Apakah tujuan Khalid mengkritik Azmin itu kerana beliau masih ada niat untuk menduduki semula kerusi MB Selangor. Boleh jadi? Ini kerana menjadi tabiat orang politik apabila ia sudah pernah berada ditempat sedap, ia terkenang-kenang segala keindahan itu.

Kalau benar begitu Khalid boleh memulakan rancangan untuk merampas semula kerusi MB Selangor itu berpakatlah dengan para pegawainya yang dibayar imbuhan sampai jutaan ringgit itu. [wm.kl.11:38 am 03/04/15]


Posted by mso.im.

Khalid patut tahu kenapa Azmin batal perjanjian air dengan Pusat

Posted: 02 Apr 2015 10:45 PM PDT

 
SUSUPAN TENGAHARI                                                            
Bekas MB Selangor Abdul Khalid Ibrahim yang gagal mendapat sokongan di Dewan Undangan Negeri untuk terus tercegak di kerusi MB, kemudian terpaksa berundur dalam keadaan malu mengkritik penggantinya Mohamed Azmin Ali yang disifatkan telah gagal menyelesaikan isu air di negeri itu.

Khalid Ibrahim terkenang kerusi..
Khalid mengingatkan Azmin jangan mempolitikkan isu air dan telah membuat keputusan yang mengelirukan dan songsang.

Kritikan Khalid itu apabila Azmin telah membatalkan perjanjian air di antara kerajaan Selangor dengan kerajaan Persekutuan yang ditanda tangani oleh Khalid semasa menjadi MB pada September 2014. Implikasi pembatalan itu menyebabkan projek ampangan Langat 2 yang dijangka siap tahun 2017 tergendala.

Azmin bertindak membatalkan perjanjian itu atas alasan untuk menyelamatkan khazanah (tanah) kerajaan Selangor yang "terompak" menerusi perjanjian itu.

Ekoran keputusan berani dan kompeten, Azmin, Khalid yang terlibat menanda tangani perjanjian itu berasa malu kerana kelemahannya ke atas perjanjian itu terdedah. Azmin tidak akan membatalkan kalau perjanjian itu tidak berat sebelah dan kalau ianya menguntungkan kerajaan Selangor. Sebagai MB Azmin perlu mempunyai tanggungjawab atas apa yang berlaku.

Kerana malu dengan kelamahan itulah Khalid mengkritik Azmin dan memberi bayangan agar Azmin ditukar dan satu pentadbiran baru dibentuk seandainya isu isu air gagal diselesaikan.

Azmin mempunyai alasan kemas kenapa beliau membatalkan perjanjian air di antara kerajaan Selangor dengan Putrajaya itu. Alasan besar ialah kerana kerajaan Persekutuan telah melanggar terma yang ditetapkan.

Salah satu kesilapan perjanjian itu ialah menyerahkan tanah yang digunakan untuk pemasangan paip kepada kerajaan Persekutuan. Sedangkan mengikut Azmin, perjanjian itu sepatutnya hanya setakat memberi laluan pemasangan (guna) sahaja dan bukan memiliki tanah yang bernilai ribuan juta ringgit.

Kalau Khalid memerhati dan tidak ada niat serong terhadap Azmin, beliau tidak akan tergamak untuk mempertikaikan keputusan Azmin itu, jauh sekaliu menyifatkan ia satu permainan politik. Paling bagus baginya menyokong kerana tindakan Azmin itu menebus kesalahannya kepada rakyat Selangor dengan perjanjian tersebut.

Sebagai orang yang bertanggungjawab menanda tangani perjanjian itu dan juga melihat dan menyemak isi kandungannya Khalid sepatutnya memahami kenapa Azmin membatal perjanjian itu dan bukannya mengkritik kebaikan yang hendak dilakukan MB itu.

Khalid tidak payah atau pun menuduh bukan-bukan kepada Azmin, sebaliknya melihat balik apakah perjanjian yang dibuat tanpa dimaklum secara tuntas kepada Exco itu bagus (kemas) untuk mengawal harata benda Selangoir itu tidak. Apakah Khalid tidak terfikir yang kerajaan Selangor megalami kerugian nilai tanah kerana mengharap keuntungan lain?

Apakah tujuan Khalid mengkritik Azmin itu kerana beliau masih ada niat untuk menduduki semula kerusi MB Selangor. Boleh jadi? Ini kerana menjadi tabiat orang politik apabila ia sudah pernah berada ditempat sedap, ia terkenang-kenang segala keindahan itu.

Kalau benar begitu Khalid boleh memulakan rancangan untuk merampas semula kerusi MB Selangor itu berpakatlah dengan para pegawainya yang dibayar imbuhan sampai jutaan ringgit itu. [wm.kl.11:38 am 03/04/15]


Perkasa Mahu Suruhanjaya Diraja Siasat 1MDB

Posted: 02 Apr 2015 10:00 PM PDT


Kumpulan pendesak Melayu PERKASA menyarankan agar kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat skandal melibatkan kewangan firma 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali yakin bahawa siasatan oleh suruhanjaya diraja itu akan dapat membersihkan nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

"Hanya dengan pendekatan penyiasatan bermandat tanpa had Suruhanjaya Diraja akan bantu membersihkan nama baik Datuk Seri Najib Tun Razak serta Datin Seri Rosmah Mansor," katanya.

Dalam sidang media di Dewan Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur hari ini, Ibrahim  berkata beliau bimbang kerana Najib dan Rosmah "dikaitkan dengan 1MDB oleh anasir media yang tidak bertanggungjawab".

Sungguhpun Ibrahim menyalahkan media dan bersungguh-sungguh untuk menyucikan nama Najib dan Rosmah, perkara itu ditimbulkan sendiri oleh Mahathir.

Dalam sidang medianya hari ini, Ibrahim juga pasrah dan reda dengan segala hal yang dibangkitkan Mahathir dalam serangan ke atas Najib.

Dalam tulisannya di blog chedet.cc hari ini, Mahathir antara lainnya menyatakan kekecewaannya kerana Najib masih tidak menjawab mengenai persoalan yang dibangkitkan mengenai 1MDB.

Antara lainnya, persoalan mengenai kaitan jutawan muda Jho Low dan juga anak tiri Najib, Riza Aziz dengan 1MDB, katanya.

Riza merupakan anak Rosmah melalui perkahwinan sebelumnya.

Mahathir mempersoalkan bagaimana Riza mendapat wang bagi membeli kondominium di New York serta dari mana Riza mendapat wang dalam filem 'The Wolf of Wall Street'.

Tanpa berselindung, Mahathir juga berkata, 1MDB akan menjadi punca kekalahan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

- mkini


'Pecah monopoli pasaran telekomunikasi'

Posted: 02 Apr 2015 09:39 PM PDT

Ahmad Maslan Kecewa Dikencing Syarikat TELCO





Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata wajar dipecahkan monopoli dalam pasaran telekomunikasi selepas syarikat telekomunikasi didapati secara kolektif menaikkan harga kad tambah nilai ekoran pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Empat syarikat telekomunikasi - Celcom, DiGi, Maxis dan U Mobile - didapati menaikkan harga kad tambah nilai walaupun harganya sepatut kekal dengan GST.

GST bertujuan untuk menggantikan cukai jualan.

Sebaliknya, mereka memasukkan enam peratus cukai jualan yang telah dimansuhkan itu, ke dalam dalam keuntungan mereka dan menggenakan tambahan enam peratus GST.

"Telco 4 ini wajar dipecahkan monopoli mereka agar dengar apa kehendak pengguna," tulis Ahmad dalam twitternya.

Selepas mereka dikesan telah menaikkan harga, syarikat telekomunikasi berkata, mereka akan memberikan enam peratus lebih 'talktime' (masa berbual) untuk caj lebihan itu, tetapi Ahmad berkata ramai minta turunkan harganya.

"Ramai minta turunkan harga top-up kepada harga asal seperti sebelum GST. Bukan tambah lebih 6 peratus airtime/sms," kata Ahmad dalam twitter.

Oleh itu, timbalan menteri itu berkata beliau telah meminta Jabatan Kastam membincangkan lagi tentang keputusan itu.

"Sebelum ada keputusan lain, ramai ingin bukti tambahan airtime itu. Elok Telco survey, pengguna pilih kurang harga atau pilih tambah airtime," tambah Ahmad.

Beliau berkata kira-kira 40 peratus daripada aduan yang diterima pada hari pertama pelaksanaan GST pada 1 April membabitkan kad tambah nilai berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang berkata konsesi masa berbual tambahan itu tidak boleh diterima kerana kerajaan telah berjanji bahawa syarikat telekomunikasi tidak akan dibenarkan untuk mengenakan GST ke atas kad prabayar.

Jika mereka gagal mematuhi, beliau berkata, kerajaan perlu mengambil tindakan ke atas mereka.

- mkini

Tukar Tiub

Tukar Tiub


BERITA BAIK UNTUK DUNIA

Posted: 02 Apr 2015 07:30 PM PDT






KOMENTAR

selama 13 tahun iran dikepong
selama 13 iran disekat
ekonomi disekat
perniagaan disekat
bank disekat
perjalanan rakyat disekat

iran dituduh membuat bom nukelar

sekatan keatas iran adalah
projek zionis-anglo-amerikan 
yang mahukan iran diserang
yang mahu iran dijadikan macam iraq

zionis-anglo-amerikan berniat
untuk menguasai iran 
untuk menguasai telaga minyak iran
untuk menguasai telaga minyak timur tengah 
untuk menawan dunia

kini semua gagal
kini semua terbarai

tahniah iran
selamat tinggal netanyahu
selamat takut al-saud


Iran nuclear deal: negotiators announce 'framework' agreement

Iran has promised to make drastic cuts to its nuclear programme in return for the gradual lifting of sanctions as part of a historic breakthrough in Lausanne that could end a 13-year nuclear standoff.
The "political understanding", announced on Thursday night in the Swiss city's technical university, followed 18 months of intensive bargaining, culminating in an eight-day period of near-continuous talks that went on long into the night, and on the last night continued all the way through until dawn.





--------------

SURAT PILIHAN

Posted: 02 Apr 2015 07:18 PM PDT





HADI KENA TIPU
Najib tipu Hadi pil kuda dan Hadi tipu diri sendiri.kah...kah...kah... Syoknya dapat GST kepala bana.kah...kah...kah... on SIAPA KENA KELENTONG
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 4/1/15

----------------

SUARA CALON TETAP PM

Posted: 02 Apr 2015 06:45 PM PDT






KOMENTAR
tengku razaleigh atau ku li
akan terus diingati sebagai
calon tetap presiden
united malays national organisation
calon tetap perdana menteri
dan ketua bahagian gua musang



Tiba masa kebenaran didedah, kata Ku Li kepada Najib

Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah, sependapat dengan  Mahathir Mohamad yang hari ini membuat kritikan paling keras terhadap perdana menteri, menegaskan masanya sudah tiba untuk kebenaran didedahkan berkenaan skandal dan isu yang menyelubungi pentadbiran Najib Razak.
Lebih mesra dengan panggilan Ku Li, beliau berkata bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu pasti mempunyai asas yang kukuh mengeluarkan kenyataan tersebut.
"Beliau mencari jawapan, kebenaran, di sebalik segala yang berlaku.
"Kini masa yang tepat untuk jawapan sebenar didedahkan, dan kebenarannya daripada semua (isu) ini," katanya merujuk senarai pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap Najib dan pentadbirannya seperti dicatatkan Dr Mahathir dalam blog popularnya hari ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tiba-masa-kebenaran-didedah-kata-ku-li-kepada-najib#sthash.6GtfaqOn.dpuf

KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
sekarang baru berani 
baru berani cakap
niat nak jadi PM
tapi 
jadi tukang ekor
bukan pembuat
tapi
pengekor
APA PUNYA TUUR

---------------

PERKASA SUDAH MASUK

Posted: 02 Apr 2015 06:09 PM PDT






KOMENTAR
selama ini ketika najib diserang
perkasa dan ibrahim ali senyap
kini semua berubah
ini tanda tanda semua kekuatan
sedang digunakan oleh madey
untuk menyerang najib
semua peluru serang najib

ini tanda tanda
yang akan menyesakan
nafas najib dan rosmah



PERKASA: Apa Mahathir kata isu Altantuya betul

PERKASA hari ini menyuarakan pendapat senada dengan  Mahathir Mohamad yang mahu siasatan dibuat untuk mencari pihak yang mengarahkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Kumpulan pendesak Melayu itu juga bersetuju dengan kritikan keras bekas perdana menteri terhadap  Najib Razak.

"Mahathir bukan tuduh, tapi (minta) siasat, common sense, everybody will support (logik akal, semua orang akan setuju).

"Apa yang Mahathir kata itu betullah itu," kata Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali.

Ibrahim turut membandingkan serangan ke atas Najib dengan serangan Mahathir ke atas penggantinya sebelum ini, Abdullah Ahmad Badawi.

"Najib lebih banyak isu berbanding Abdullah Ahmad Badawi. Pak Lah orang kritik tapi Najib lagi banyak (terima kritikan).

Mahathir dalam tulisan di blognya hari ini membangkitkan persoalan berhubung pihak yang mengarahkan pembunuhan AltantuyaShaariibuu.



KAH KAH KAH

woit
ini perkembangan baru
ini namanya
melawan towkay baru
pulang  kembali
pada towkay lama
kah kah kah
APA PUNYA TUUUR


----------------

TAK SUSAH CARI GANTI

Posted: 02 Apr 2015 05:30 PM PDT






FACE BOOK

Jika krisis dalaman Pas terus meruncing, dan memecah-belahkan Pakatan Rakyat, Pasma bercadang menjadikan NGO itu sbg partai politik baharu yg berteraskan Islam alternatif kpd Pas. Amacam?


'Ya, parti Islam baru jika PAS keluar Pakatan'

NGO pro-Pakatan Rakyat, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) sedang membuat kajian berhubung menubuhkan satu parti baru sekiranya PAS keluar daripada gabungan pembangkang.

Presidennya,  Phahrolrazi Zawawi berkata, parti yang mungkin akan ditubuhkan itu lebih cenderung ke arah 'parti Islam' bagi mengisi kekosongan PAS dalam pakatan.


KAH KAH KAH

woit
bukan dimana
kan ku cari ganti
tapi
disini telah ada ganti
kah kah kah
LAGI TERBAIK

---------------

MULA PAKAI HITAM

Posted: 02 Apr 2015 10:55 AM PDT






MENJELANG HIMPUNAN 1 MEI 2015: SETIAP SABTU PROTES PAKAIAN HITAM
Sekretariat #KitaLawan akan menumpukan sepenuh tenaga kepada mobilisasi dan segala kekuatan anak muda akan dikerahkan bagi memastikan seramai 1 juta orang rakyat Malaysia akan turun ke Kuala Lumpur pada Himpunan 1 Mei 2015.
Kami percaya, kerakusan cukai GST mencengkam seluruh rakyat Malaysia. Rakyat tidak lagi takut untuk menentang kezaliman ini secara terbuka sedangkan mereka yang berkuasa terus hidup dengan penuh kemewahan.
Kami menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk memulakan protes melawan GST dengan memakai pakaian hitam setiap hari Sabtu bermula pada minggu ini.
Kami juga menyeru agar program-program rakyat, komuniti dan politik yang pro-rakyat yang dijadualkan pada hari-hari Sabtu menjelang 1 Mei 2015 juga menggalakkan orang ramai memakai baju hitam.
Tujuannya adalah seperti berikut:-
1.      Menyebarkan mesej dan tanda protes terhadap GST di setiap pelosok negara. Pakaian hitam ini akan memberikan kekuatan untuk kita bersama-sama melawan penindasan cukai ini dan mengingatkan semua untuk turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur pada 1 Mei 2015.
2.      Pakaian hitam pada setiap hari Sabtu adalah simbolik keberanian anak muda #KitaLawan yang saban minggu sanggup berhadapan dengan segala risiko dan tekanan untuk berhimpun secara aman bagi mendedahkan kepincangan dan kegagalan pentadbiran negara. Kami percaya semangat melawan dalam setiap sanubari rakyat Malaysia akan dizahirkan dengan turun ke jalan raya apabila kita terus dizalimi dan dianiaya.
3.      Tanda setiakawan dan solidariti bersama rakan-rakan pimpinan rakyat, aktivis muda dan media yang ditahan dan diheret ke lokap hanya kerana menyatakan kebenaran dan menggunakan hak mereka untuk bersuara.
Maka, Sekretariat #KitaLawan sekali lagi menyeru kepada semua untuk mula mengajak rakan-rakan untuk turun Himpunan 1 Mei 2015 dengan menunjukkan bantahan terhadap GST secara terbuka dengan memakai pakaian hitam bermula hari Sabtu ini.
Mohon sebarkan mesej ini seluas-luasnya.
Lagi ditekan, lagi #KitaLawan !
2 APRIL 2015
SEKRETARIAT KITA LAWAN



------------

GEROMBOLAN BERAMOK

Posted: 02 Apr 2015 07:00 AM PDT





Hubungan PM dengan Mahathir tiada 
masalah, kata Khairy 

Walaupun  Mahathir Mohamad lantang mengkritik pentadbiran  Najib Razak secara terbuka, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyifatkan hubungan bekas perdana menteri itu dengan bosnya tidak bermasalah dan kedua-duanya masih rapat. -

 See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hubungan-pm-dengan-dr-mahathir-tiada-masalah-kata-khairy#sthash.spd9zpG3.dpuf



Shahidan syor Umno bincang tertutup 
dengan Dr Mahathir 


Susulan kenyataan terbaharu bekas presiden Umno Mahathir Mohamad di laman blognya hari ini, Datuk Seri Shahidan Kassim mencadangkan agar Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor mengadakan perjumpaan bersama mantan perdana menteri itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, kenyataan Dr Mahathir itu tidak seharusnya dibincangkan secara terbuka kerana ia berkenaan parti Umno.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/shahidan-syor-umno-bincang-tertutup-dengan-dr-mahathir#sthash.c62wKjUl.dpuf

KAH KAH KAH

woit
napa hantar
tengku fraud
hantarlah menantu ayah
menantu ayah kata
madey-najib dah kautim
kah kah kah
hang ingat
apa doa menantu ayah
apa doa najib
tiap kali baca berita madey
kah kah kah
semoga allah panjangkan
umur madey
kah kah kah
APA PUNYA TUUUR


------------

KES BUNUH - APA PERANAN NAJIB

Posted: 02 Apr 2015 06:00 AM PDT





KOMENTAR
akhirnya soalan ini telah keluar
selama 5 tahun tukar tiub
telah menimbulkan soialan ini
siapa upah sirul dan azilah

akhirnya soalan ini timbul
akhirnya soalan ini mucul

ini adalah tanda tanda
bahawa hari hari saekor najib makin dekat

mahathir akan terus menyerang
sirul akan menjadi senjata yang ampoh
sirul di australia akan mula bersuara
ini makna dari soalan ini

akhirnya akan timbul soalan
apa peranan najib
akhirnya akan timbul
kenapa najib

MAKA
kita akan tahu
kenapa lee kuan yew 
dapat tanah KTM dengan harga murah
kita akan tahu kenapa
najib ikut sahaja cakap rosmah

kita nanti dan tunggu

NOTA
najib hanya akan selamat
jika mahathir pergi dahulu
ini maknanya save by the bell




Mahathir: Siapa arah bunuh Altantuya?

Bekas perdana menteri  Mahathir Mohamad hari ini berkata kenyataan Sirul Azhar Umar bahawa dia hanya menjalankan arahan ketika membunuh Altantuya Shaaariibuu harus disiasat.

Mahathir berkata, perkara itu melibatkan nyawa manusia dan "amatlah zalim" jika Sirul dibiar menjalani hukuman mati hanya kerana menjalankan arahan.


"Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan.

"Sebagai pengawal peribadi Najib (Razak), dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan.

"Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul 'merepek', tidak ada siasatan yang dibuat," katanya.

Menulis di blognya, Mahahthir juga membangkitkan sebuah "skandal" kapal selam dengan pembunuhan Altantuya.

Sirul sebelum ini berkata beliau hanya menjalankan tugas dan menjadi kambing hitam dalam kes itu.

Daripada tahanan imigresen di Australia, bekas anggota polis elit itu berkata sedang mempertimbang untuk mendedahkan segala-galanya kepada media tentang perkara itu.


Najib menyifatkan dakwaan Sirul bahawa dia bertindak atas arahan sebagai "rubbish" (mengarut atau merepek).

Sirul dan seorang lagi rakan dalam pihak berkuasa itu Azilah Hadzri disabitkan bersalah membunuh Altantuya dan dijatuhi hukuman gantung sampai mata.

Motif kepada pembunuhan itu bagaimanapun masih misteri.

Esok 6 tahun Najib jadi PM

Sirul bagaimanapun tidak hadir dalam prosiding akhir di Mahkamah Persekutuan keran berada di Australia. Dia ditangkap tidak lama kemudian.

Undang-undang negara kanggaru itu tidak membenarkan pihak berdepan hukuman bunuh dihantar pulang ke negara hukuman akan dilaksanakan.


Penganalisis politik Razak Baginda (kiri), yang dikatakan pernah menjadi rakan rapat Najib, pernah didakwa bersubahat dalam pembunuhan itu.

Beliau kemudian dibebas tanpa dipanggil membela diri kerana keterangan dikemukakan tidak cukup bagi membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Sementara itu, walaupun Mahathir dilihat semakin lantang terhadap pentadbiran Najib, terutamanya  dalam isu 1Malaysia Developement Bhd (1MDB), beliau tidak pernah secara terbuka membangkitkan kes Altantuya.

Langkah itu memperlihatkan bahawa Mahathir bersedia pergi lebih jauh dengan mempergiatkan lagi tekanan terhadap pentadbiran Najib yang sedia terhimpit dengan pelbagai isu.

Ini termasuklah isu kekayaan keluarganya, perbelanjaan kerajaan serta cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Esok genap enam tahun Najib bertugas sebagai perdana menteri.
 

KAH KAH KAH
woit
ini berita baik
berita amat baik
orang ramai nak tahu
siapa upah sirul
siapa upah azilah
BEST PUNYA NEWS


--------------

HASUT DAN LAWAN

Posted: 02 Apr 2015 12:00 AM PDT







FACE BOOK



Saya akan didkawa di bawah Akta Hasutan pd Jumaat 3 April, KL High Court Jln Duta jam 9 pagi berkenaan tweet sy mengenai kes Anwar Ibrahim 10 Feb lps



JAWAPAN IALAH
 TURUN JALAN RAYA


-----------------

BERITA BARU MASUK

Posted: 01 Apr 2015 10:51 PM PDT







BERITA

 GEMPAR
esok jam 9:00 pagi
kartunis zunar
akan dibawa ke mahkamah
jalan duta
zunar akan didakwa
atas 9 - SEMBILAN
nine in english
neuf in french
satu rekod dunia







---------------

NAFAS NAJIB SEMPIT

Posted: 01 Apr 2015 10:18 PM PDT








KOMENTAR

berita baik untuk rakyat
berita baik untuk pakatan
berita baik untuk anak muda

madey serang najib
najib tak ambil pot
ini berita baik
makin ramai makin banyak
rakyat hilang keprcayaan
dengan najib dan rosmah

1- kes bunuh altantuya
2- kes upah sirul dan azilah
3- kes rasuah scorpene
4- kes duit 1MDB

semua ini membuat
rakyat satu malaysia 
tidak percaya
pada najib

makin najib tak ambil pot
makin ramai orang hilang keyakinan

NOTA
musuh kepada musuh kita
ialah kawan kita



BN bawah Najib akan kalah PRU14,

kata Mahathir

Mahathir Mohamad hari ini melontarkan kritikan paling keras beliau terhadap Najib Razak, mengatakan rakyat Malaysia tidak mempercayai perdana menteri itu dan meramalkan kejatuhan kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang (PRU14) sekiranya presiden Umno itu terus berkuasa.
Perdana menteri paling lama berkhidmat itu tahun lalu menarik balik sokongannya kepada Najib kerana dasar mereka yang berbeza, menyatakan Najib harus meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.
"Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Najib. Ahli Umno dan pemimpinnya perlu sedar Umno, dan dengan itu BN, akan kalah jika Najib memimpin Umno hingga PRU14.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bn-bawah-najib-akan-kalah-pru14-kata-dr-mahathir#sthash.Edcu14Dn.dpuf


KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
najib tak mahu turun
kalau turun masuk jil
ada kes rasuah
ada kes tipu
yang hebat
ada kes bunuh
kah kah kah
SIAPA UPAH SIRUL?



-----------------

TUNGGU DAN LIHAT

Posted: 01 Apr 2015 09:30 PM PDT





 KOMENTAR
tukar tiub meramalkan
pilihan raya kecil permatang pauh
akan diadakan pada 1 mei
ini adalah untuk memastikan
himpunan 1 JUTA 1 MEI
akan gagal meleset
tak ada yang datang

Mesyuarat khas SPR bincang PRK 8 April

KUALA LUMPUR 1 April – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menerima notis rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat berhubung kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh. 


KAH KAH KAH

woit bila?
bila mengundi
di permatang pauh?
jawabnya  1 MEI
untuk gagal
1 JUTA 1 MEI
tak caya tunggu
kah kah kah
APA PUNYA TUUR

-------------

LAWAK PAGI INI

Posted: 01 Apr 2015 08:38 PM PDT




Najib jamin GST halal 



KAH KAH KAH

woit
halal?
adakah GST ini makanan
adakah GST bersunat
GST halal?
nak makan GST
wajib sembelih dulu ke?
KAH KAH KAH



-------------

RAKYAT BANGUN MELAWAN

Posted: 01 Apr 2015 08:13 PM PDT



KOMENTAR
orang ramai hanya menunggu masa
apa sahaja yang mereka beli
apa saje yang diudidk
akan dinaikkan harga
inilah GST

Surat khabarpun kena GST

 | April 1, 2015
Pengguna mendakwa peniaga menaikkan harga surat khabar arus perdana walaupun ia dikecualikan dari GST.

PETALING JAYA: Beberapa pengguna mendakwa segelintir peniaga mula mengeksploitasi pelaksanaaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ke atas beberapa barangan yang dikecualikan dari cukai.
Tindakan tidak bertanggungjawab itu mula tersabar di laman media sosial, facebook di hari pertama pelaksanaan cukai berkenaan berkuatkuasa.
Beberapa keping gambar yang dimuaturun menunjukkan harga akhbar arus perdana  yang dinaikkan sebanyak enam peratus.


KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
nanti benafas pun
nanti oxygen pun
akan dikenakan GST
INI BARANG BAIK
-----------------

SIAPA MINAH INI?

Posted: 01 Apr 2015 07:50 PM PDT








MINAH GST

 hasut dan lawan
turun turun turun
ini minah berani
ini minah anti GST
1 juta 1 mei


SIAPA KENAL



----------------

SATU MEI BATAL GST

Posted: 01 Apr 2015 07:42 PM PDT





  • Pekedai ambil kesempatan caj barangan sifat GST8:52AM Apr 2
    Tinjauan mendapati harga bahan seperti ikan dan sayur naik walaupun berkadar sifar SGT.
  • Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang bermula semalam menyaksikan berlaku peningkatan harga terhadap beberapa barangan yang sepatutnya tidak dikenakan cukai tersebut.

    Tinjauan Bernama berhubung harga barang di beberapa pasar borong dan kedai runcit sekitar ibu negara mendapati harga bahan seperti ikan dan sayur-sayuran meningkat walaupun ia diklasifikasikan sebagai berkadar sifar GST.

KAH KAH KAH

woit
saperti yang dihujah
kaum pemodal
pasti akan naikan harga
dengan alasan GST
kepala bana apa 
SIFAR GST
hanya projek tipu
kah kah kah
APA PUNYA TUUUR


-------------