Rabu, 1 April 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


PRK Permatang Pauh : Mampukah Pakatan bekerjasama di PRK Permatang Pauh? OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Posted: 01 Apr 2015 04:30 PM PDT


Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh melahirkan kekhuatiran sejauh manakah konsensus antara kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat tercapai dalam menghadapi pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh melahirkan kekhuatiran sejauh manakah konsensus antara kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat tercapai dalam menghadapi pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Susulan secara rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim dilucutkan kelayakan sebagai seorang ahli Parlimen hari ini, timbul persoalan sama ada PAS mampu bekerjasama dengan rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) sepanjang tempoh pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh itu nanti.

Persoalan itu dibangkitkan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh yang melahirkan kekhuatiran konsensus dapat dicapai antara kepimpinan tertinggi PR berhubung perkara itu.

Lebih-lebih lagi apabila DAP secara terbuka memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, susulan pertelagahan berhubung isu hudud, namun kekal komited untuk bekerjasama dengan parti Islam itu.

"Masalah membabitkan Hadi ini akan beri kesan dalam pengurusan PRK," kata Ramkarpal kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

"Di peringkat akar umbi, ahli DAP dan PAS tiada masalah, kami boleh bekerjasama, tetapi masalah kami hanyalah Hadi," kata anak kepada mantan Pengerusi Nasional DAP Karpal Singh itu.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

KES ALTANTUYA : 'Bebaskan Razak cemar Jabatan Peguam Negara'

Posted: 01 Apr 2015 09:00 AM PDT


 

Dua ahli parlimen tidak berpuas hati dengan penjelasan kerajaan mengapa pembebasan Abdul Razak Abdullah Baginda, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya Shaariibuu, tidak dirayu.

Dua wakil rakyat daripada DAP dan PAS menyatakan penjelasan Nancy Shukri, menteri di Jabatan Perdana Menteri, Isnin lalu "tidak memuaskan."

Dalam jawapan bertulis di Parlimen kepada Nga Kor Ming (DAP-Taiping), menteri undang-undang berkata kerajaan tidak merayu kes Razak kerana tiada keterangan kukuh bagi membuktikan penglibatan penganalisis politik itu.

Keputusan tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam itu dibuat selepas "kajian mendalam" dilakukan oleh Jabatan Peguam Negara, tambah Nancy.

Dalam sidang media hari ini, Nga berkata jawapan rasmi itu "pelik, bercanggahan, separuh masak dan perlukan penjelasan lagi."

"Jika 'tidak cukup bukti' dalam kes ini, kenapa Jabatan Peguam Negara (asalnya) memutuskan untuk mendakwa Razak bersubahat," katanya.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), di sidang media yang sama, berkata penjelasan sebenar untuk membebaskan Razak itu penting demi berlaku adil kepada keluarga Altantuya, yang dibunuh pada 2006.

Nga pula berkata keputusan tidak merayu pembebasan Razak itu telah menjejaskan nama baik Jabatan Peguam Negara.





Malaysiakini

Zunar dijangka dituduh menghasut Jumaat ini

Posted: 01 Apr 2015 08:30 AM PDT

   

Kartunis politik Zunar dijangka didakwa di mahkamah di bawah Akta Hasutan, Jumaat ini.

Zunar berkata, ia berkaitan posting twitternya yang mengkritik mahkamah berhubung hukuman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Februari lepas.

Dalam satu kenyataannya, Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anuar Ul Haque berkata beliau baru dimaklum oleh peguamnya mengenai perkara itu.

Zunar dijangka didakwa di bawah seksyen 4 (1) C Akta Hasutan yang membawa hukuman maksima tiga tahun penjara dan denda RM5000 atau kedua-duanya.

Sebelum ini, kata Zunar, beliau telah ditahan selama tiga hari berhubung kes yang sama.

Menurutnya lagi, ketika dalam tahanan, polis juga membuka kertas siasatan mengenai dua bukunya yang bertajuk "Pirate of Carry BN" dan "Conspiracy to Imprison Anwar".

Zunar berkata, perjuangan melalui kartun' akan diteruskan dan beliau akan melukis hingga ke titisan dakwat terakhir.  



Malaysiakini

SPR terima notis kerusi Anwar kosong

Posted: 01 Apr 2015 08:00 AM PDT

 
 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan menerima notis pemberitahuan kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikir Amin Mulia hari ini.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata sehubungan itu SPR akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh tertentu berhubung proses pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh dalam masa terdekat.

Antara tarikh yang akan ditentukan dalam mesyuarat tersebut ialah penamaan calon, pengundian awal, pengundian biasa serta menentukan daftar pemilih bagi PRK tersebut selain memutuskan tarikh sebenar kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh bermula, katanya.

"Kalau mengikut peraturan, SPR perlu mengadakan mesyuarat tidak awal daripada empat hari dan tidak lebih daripada 10 hari (dari tarikh penerimaan pemakluman notis)," katanya kepada Bernama di Putrajaya.

Beliau turut menjelaskan menurut Fasal (4) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, SPR perlu mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari dari tarikh berlaku kekosongan.

Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh hari ini berkata Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui keluarga Anggota Parlimen Permatang Pauh itu.

Pada 24 Februari lepas, isteri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta dua anak mereka, Nurul Izzah dan Nurul Nuha menyerahkan petisyen pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pandikar Amin, yang menerima surat memaklumkan keputusan petisyen pengampunan diraja itu hari ini, berkata selaras dengan keputusan Lembaga Pengampunan itu, maka Anwar telah hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen pada 16 Mac iaitu sebaik sahaja petisyen bagi pengampunan diputuskan.

- Bernama

PKR anggap rayuan masih dipertimbang

Posted: 01 Apr 2015 07:30 AM PDT

 
 
Timbalan presiden PKR, Azmin Ali berkata, parti itu menganggap Lembaga Pengampunan masih lagi sedang mempertimbangkan rayuan pengampunan ketua umum mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, ia memandangkan keluarga Ketua Pembangkang itu masih lagi belum menerima surat secara rasmi daripada lembaga itu.

"Setakat ini, keluarga Datuk Seri Anwar belum menerima surat secara rasmi daripada Lembaga Pengampunan.

"Jadi kita menerima hakikat bahawa rayuan itu masih dipertimbangkan," katanya ringkas dalam sidang media di lobi bangunan DUN Selangor hari ini.

Bagaimanapun, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini memutuskan Anwar hilang kelayakan sebagai MP Permatang Pauh bermula 16 Mac lalu.

Ia merupakan tarikh Lembaga Pengampunan menolak permohonan Anwar.

Menurut peguam Anwar, keputusan Lembaga Pengampunan sepatutnya disampaikan secara bertulis oleh Yang di-Pertuan Agong yang mempengerusikan lembaga tersebut.

Permohonan berkenaan difailkan oleh anggota keluarga Anwar pada 24 Februari lalu mengikut Peraturan 113, Peraturan Penjara 2000.

Peruntukan itu memberi peluang kepada para banduan untuk mengemukakan petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong, sultan atau raja atau yang dipertua negeri.

Menurut peruntukan itu, seseorang banduan boleh memohon pengampunan seberapa segera selepas sabitan, dan seterusnya selepas tiga tahun dan selang dua tahun selepas itu.


Malaysiakini
 

Wartawan Parlimen protes baju hitam

Posted: 01 Apr 2015 07:00 AM PDT

 
 
Pengamal media hari ini memakai pakaian hitam sebagai tanda setiakawan dengan wartawan The Malaysian Insider (TMI) yang ditangkap polis susulan laporan berkaitan Majlis Raja-raja dan hudud.

Kedua-dua wartawan media arus perdana dan portal atas talian yang membuat liputan sidang Parlimen hari ini terlibat dalam protes itu.

Sebahagian mereka turut memakai reben kuning sebagai lambang kebebasan media.

Kakitangan Malaysiakini (kanan) dan The Star juga berbuat demikian pada hari ini.

Protes itu diteruskan setelah sekumpulan wartawan berkumpul di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur, tempat pengamal media TMI ditahan, semalam dan kelmarin.

Tiga pengarang kanan ditahan termasuk Lionel Morais, Amin Iskandardan Zulkifli Sulong dibebas semalam.

Eksekutif kanan TMI Jahabar Sadiq dan The Edge Ho Kay Tat dibebas hari ini.

'Sama bersetiakawan'

TMI sebelum ini melaporkan bahawa Majlis Raja-raja Melayu menolak hudud.

Perkara itu dinafikan oleh penyimpan mohor besar raja-raja Melayu.

Mereka disiasat bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 dan Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

Penangkapan itu diselar pelbagai kumpulan dan aktivis media di negara ini.

Cadangan berbaju hitam itu disuarakan oleh pengarang The Sun R Nadeswaran melalui Twitter semalam.

"Gesaan kepada orang media: Pakai hitam esok untuk tunjuk sokongan pada saudara-saudara kita. Ayuh nyatakan pendirian.

"Sama bersetiakawan. Kita tidak akan berjaya ditakut-takutkan," tulisnya.
 
 
Malaysiakini

HUDUD - APA KATA US TUAN IBRAHIM MALAM TADI DI MARAN AMAT JELAS

Posted: 01 Apr 2015 06:15 AM PDT


Mlm td sempat ikuti program ceramah anjuran PKR Cbg Maran di Jengka 4.

Di antara penceramah jemputan adalah PJ Pas Pahang, Dato Us Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau juga menyentuh isu kontroversi sekarang ini iaitu berkaitan hudud.

Apa yg beliau sebut dan terangkan malam tadi adalah apa yg sebenarnya Pas Kelantan mahu buat bkaitan pindaan enakmen syariah II Hudud ini.

Sdr Ahmad Nizam, Timb Pengerusi KEADILAN Pahang turut berceramah Penerangan beliau amat jelas iaitu yg mahu dipinda hanya bberapa undang2 kecil bagi mmperkuatkan hukuman yg ada dlm mhkamah syariah berkaitan bberapa kes sahaja, dan bukan keseluruhan hukum hudud.

Aku rasa, seandainya penerangan dgn terus terang ini dilakukan di awal dulu lagi dan derafnya dibawa ke pimpinan2 PR utk dijelaskan lebih awal bahawa ini bukan hudud tetapi peningkatan hukuman dlm mahkamah syariah sahaja wlaupun ada kes yg mlibatkan kes2 yg di bwh hudud, mungkin kontroversi boleh dielakkan.



Ybhg Ustaz Dato Tuan Ibrahim Tuan Man Aku rasa penerangan oleh Us Tuan Ibrahim lebih berterus terang berbanding dgn Nik Amar. Cuba dgr temubual TV3 suku dgn Nik Amar baru2 ini, beliau terlalu kerap sebut "saya difahamkan...bla2...bla...'.

Siapa yg memahamkan beliau ? Apakah beliau sendiri tidak faham isu hudud sebelum ini? Jika beliau pun was2 utk terangkan isu berkenaan, pelik apanya jika Dap dan Pkr pun tidak faham? Apa yg aku lihat, isu ini gagal ditangani dgn bijaksana terutama bsama dgn rakan2 bahkan di dlm jemaah sendiri ramai yg tak tahu isu ini.

Apa yg mahu dipinda, adakah hudud sebenar atau sedikit peningkatan thadap hukuman saja...ramai yg masih kelabu asap lagi. Kalau Nik Amar pun bcakap seperti org yg mahu "berahsia" dan seperti tidak pasti, ertinya penjelasan bkaitan isu ini gagal. 



Mungkin situasi berbeza seandainya us tuan ibrahim di tempat Nik Amar. Apa pun, ianya telah berlalu. Sekarang agak lewat utk mmberitahu yg sebenar. Dlm keadaan bukan sepenuhnya hukum hudud pun, shingga kini pmimpin umno tak respon.

Dap dah respon menolaknya atas alasan bcanggah dgn perlembagaan. PKR tidak menolak Hudud, tetapi ingin fokus kpd pengutamaan lain yg juga wajib diutamakan mengikut pandangan Ulamak Dr Yusof Alqardhawi dan sependapat dgn Dr Maza. Sekarang, mana janji umno Kelantan utk tentukan Umno terima usul ini?

Dicatat oleh WFAUZDIN NS 

Macai UMNO Bangga Dengan Kehadiran Ramai Pelacur Dari Luar ??

Posted: 01 Apr 2015 05:30 AM PDT

Kisah 2 Wanita Dari Laos, Bukti M'sia Negara Sarang Pelacur.

 

 INIlah dua wanita yang mendakwa dari Laos ditahan polis kerana terlibat dalam aktiviti pelacuran di Jalan Bukit Baru, Melaka kelmarin


MELAKA: Malaysia menjadi negara 'sarang pelacur', tempat pelacur-pelacur luar negara cari makan, yang sudah tentu Malaysia juga dapat hasil manfaatnya, walau dengan perniagaan najis zina tersebut.

Hal disifatkan berlaku, apabila hasrat dua wanita warga Laos meraih pendapatan mudah dengan melacurkan diri tidak kesampaian apabila kedua-duanya dicekup polis dalam satu serbuan Ops Noda di sebuah hotel di Jalan Bukit Baru di sini kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira pukul 7 malam yang dilakukan oleh sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka diketuai Inspektor Hafiz Hodari itu, kedua-dua pelacur berusia 20 dan 22 tahun tersebut dicekup semasa berada di bilik masing-masing di tingkat bawah hotel berkenaan.

Sumber polis memberitahu, semasa serbuan, salah seorang mereka yang berusia 20 tahun baru selesai melayan pelanggannya yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun.

"Siasatan awal mendapati pelanggan itu mengaku melanggan wanita Laos terbabit dengan bayaran sebanyak RM160 dan semasa diserbu pelanggan itu baru hendak pulang," kata sumber polis itu ketika ditemui di lokasi kelmarin.

Menurutnya, seorang lagi pelacur yang berusia 22 tahun pula dicekup ketika sedang menunggu pelanggan dan dipercayai turut mengenakan bayaran yang sama untuk sekali perkhidmatan seks.

Nampaknya, Malaysia seolah-olah tidak mampu menyelesaikam masalah pelacuran haram atau pelacuran 'halal' ('halal' dari sudut negara walaupun haram dari sudut sudut agama Islam yang menjadi agama bagi Persekutuan) di negara ini.

Apakah pemimpin Malaysia terlalu dayus dalam menangani masalah pelacuran? Na'auzubillahi minzalik. (IH)

Gani Patail Gagal Ketepi Saman Ratusan Juta Ringgit

Posted: 01 Apr 2015 04:45 AM PDT

 


Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara menolak permohonan rayuan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mengetepikan saman RM47 juta peguam Rosli Dahlan atas dakwaan membuat pertuduhan berniat jahat.

Mahkamah juga menolak satu lagi saman bernilai RM128 juta yang difailkan oleh bekas pegawai kanan polis Datuk Ramli Yusuf‎.

Tiga anggota panel diketuai oleh Hakim Datuk Sultan Abu Backer membuat keputusan itu selepas mendengar penghujahan daripada peguam Gani, Cecil Abraham dan peguam Rosli, Chethan Jethwani.

Dua lagi hakim ialah Hakim Varghese George Varghese dan Vernon Ong‎.

Rosli dan Ramli memfailkan saman pada 2013 berkaitan apa yang dinamakan sebagai 'skandal Copgate'.

- mkini


VIDEO - Anak Fadzil Noor seru tolak tokoh PAS 'api' isu hudud

Posted: 01 Apr 2015 04:00 AM PDT


Anak lelaki bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor menyeru perwakilan PAS agar menolak pemimpin parti yang diangggapnya "mengapi-apikan" isu hudud sehingga boleh menyebabkan Pakatan Rakyat berpecah.

Sebaliknya, Muhammad Faiz menyarankan supaya perwakilan PAS memilih pemimpin parti itu yang "mahu meneruskan legasi" allahyarham ayahandanya dan berjaya menempatkan diri dalam arus perdana politik negara.

Sambil menegaskan kenyataannya itu "bukan kempen" dalam pemilihan parti yang sedang berlangsung, Muhammad Faiz menyebut nama Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Datuk Husam Musa antara pemimpin yang berjaya dilahirkan oleh almarhum ayahandanya.
 


"Ini pemimpin dalam PAS yang patut kita julang. Kenapa nak lihat beberapa pemimpin dalam PAS yang mengapi-apikan isu hudud ini, sedangkan mungkin mereka tidak ada kredibiliti di mata masyarkat.

"Seperti yang disebutkan oleh YB Liew Chin Tong, kenapa kita tidak meneruskan perjuangan Fadzil Noor. Jadi, marilah menyokong pemimpin PAS yang mahu meneruskan peruangan Fadzil Nor. (Ada) ramai," kata Muhammad Faiz sebagai ahli panel dalam sebuah forum hudud malam tadi.

Forum bertajuk Pro-Kontra Hudud Kelantan di pejabat Malaysiakini itu, turut membariskan MP Kluang Liew Ching Tong, Majlis Pimpinan Pusat PKR Khalid Jaafar dan Pendakwah bebas Wan Ji Wan Husin. Ia dimudahcarakan oleh Eekmal Ahmad.




Sebelum itu, Liew menjelaskan terdapat dua versi dokumen negara Islam dalam PAS iaitu versi Allahyarham Fadzil Noor yang mahu melaksanakan syariah Islam - tanpa menyebut hukum hudud - secara berperingkat dan versi Datuk Dr Haron Din bahawa hukum hudud mesti dilaksanakan.

Mengulas lanjut, Muhammad Faiz berkata kedua-dua pemimpin itu antara pemimpin arus perdana dengan memberi contoh Mohamad Sabu yang bakal mengetuai kempen rakyat anti-GST suatu hari kelak.

Pada masa yang sama, beliau tidak menafikan wujud kumpulan tertentu dalam parti itu yang lantang menyuaraka nhasrat untuk keluar daripada Pakatan Rakyat, bahkan ada yang cuba mempertahankannya sepertimana wujud dalam DAP.

'Terus atau bunuh harapan rakyat'

"(Jadi kita (juga perlu) memberi teguran kepada ketiga parti. Ada yang masih mahu pertahanankan Pakatan Rakyat.

"Perwakilan (juga) bijak untuk menentukan mana pemimpin PAS yang mahu meneruskan harapan rakyat atau membunuh harapan rakyat," tegasnya.
 



Sebelum itu, Muhammad Faiz yang juga seorang peguam turut menjelaskan kekeliruan yang tercetus akibat permainan media massa berhubng Enakmen Kanun Jenayah Islam yang ingin dijalankan oleh Kelantan.

Menurutnya, kerajaan negeri ingin melaksanakan peruntukan kesalahan jenayah syariah yang sudahpun wujud dan dilaksanakan sebekum ini iaitu zina, qazaf, mabuk arak dan murtad yang mana sebelum ini ia hanya terhad kepada hukuman denda RM3,000, penjara lima tahun dan enam kali sebatan.

"Kita mahu menaikkan hukuman mengikut kehendak syara'. Kalau zina, sebat seratus kali.

"Empat kesalahan ini tidak menjadi isu, kerana telah diamalkan dan diteima oleh masyarakat.

"Yang tiga lagi, tidak akan dilaksanakan kerana masih memerlukan penelitian, kajian, dari sudut perlembagaan, ekonomi, maqasid dan kesesuaian.

"Ia terletak bawah kuasa federal yang memerlukan pindaan perlembagaan dan perlu mendapat sokongan majoriti dua pertiga," katanya.

Beliau yang juga ahli panel jawatankuasa penyediaan draf pindaan enakmen hudud Kelantan berkata pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah perlu dibuat bagi membolehkan kerajaan negeri itu melaksanakan empat hukuman itu.

Keluarga persoal keputusan Lembaga Pengampunan

Posted: 01 Apr 2015 03:30 AM PDT

 
 

 Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan keputusan oleh Lembaga Pengampunan yang menolak permohonan untuk ketua pembangkang itu, yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun.

Menurut anggota keluarganya, presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak perempuannya, Nurul Izzah dan Nurul Nuha serta Anwar sendiri masih belum menerima surat bagi keputusan tersebut.

Peguam Anwar, Latheefa Koya berkata, keputusan Lembaga Pengampunan sepatutnya disampaikan secara bertulis oleh Yang di-Pertuan Agong, yang mempengerusikan lembaga tersebut.

"Dalam soal ini, keputusan itu dibuat oleh Lembaga Pengampunan yang menolak petisyen itu mengikut Peraturan 113, Peraturan Penjara bawah Akta Penjara 1995.

"Bagaimanapun, keluarga Anwar tidak membuat permohonan rayuan bawah Peraturan 113, yang menimbulkan pertikaian," katanya kepada pemberita.

Latheefa berkata, oleh sebab itu peguam tersebut tetap memohon untuk mengenepikan keputusan itu agar Anwar dibenarkan menghadiri sidang parlimen.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Asmabi Mohamad bagaimanapun memutuskan untuk menolak permohonan tersebut.

"Beliau turut mengarahkan kos RM3,000 dibayar oleh Anwar," kata Latheefa.



Malaysiakini

Ibrahim Ali Ramal PR Tawan Putrajaya pada PRU14

Posted: 01 Apr 2015 03:00 AM PDT


KUALA LUMPUR 31 Mac - Pakatan Rakyat (PR) mungkin bakal menawan Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-14 jika Kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal mengawal kenaikan harga barang sujurus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada 1 April nanti.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, Kerajaan Pusat perlu mengawal orang tengah seperti pemborong dan pengilang yang mungkin mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang selepas GST.

"Kita tahu cabaran kerajaan adalah sama ada mampu atau tidak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk menangani kesempatan orang tengah ini.

"Kalau kita lihat semasa kenaikan harga minyak, tidak mudah untuk KPDNKK mengawal kenaikan harga barang ketika itu. Sebab kakitangan KPDNKK ini bukan ramai pun," ujar beliau dalam satu sidang media semalam di Pejabat Perkasa, di sini.

Beliau menjelaskan, rakyat Malaysia dilihat masih terkeliru dengan perlaksanaan GST menyebabkan mereka mudah beremosi apabila mendapat maklumat yang kurang tepat.

"Masyarakat akan membuat perbandingan yang mana lebih baik, sama ada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) atau GST. Namun, apa-pun yang terjadi selepas perlaksanaan GST ini, rakyat harus mendapat hasilnya."

Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut berkata, kerajaan harus membuat pertimbangan dengan kadar segera untuk meningkatkan gaji pekerja melalui skim gaji minima bagi mengatasi risiko kos sara hidup tinggi rakyat.

Katanya, kerajaan perlu meneliti semula tahap pendapatan gaji di Malaysia yang secara puratanya masih pada paras terendah.

"Daripada data Jabatan Perangkaan Malaysia, bahagian gaji dari ekonomi di Malaysia hanya satu per tiga atau lebih kurang 30 peratus. 70 peratus yang lain adalah keuntungan atau pendapatan modal.

"Di negara-negara maju pembahagian antara gaji dan keuntungan adalah terbalik iaitu 70 peratus gaji dan 30 peratus keuntungan peniagaan.

"Jelas daripada data ini menunjukkan bahawa ada ketidakadilan dan keseimbangan berlaku dalam negara kita.

Beliau juga berkata, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) hanya mampu menampung perbelanjaan kira-kira RM50 sebulan dan dasar jumlah pendapatan rakyat perlu seiring dengan kos sara hidup yang sedia ada.

"Untuk mengatasi gejala kos sara hidup yang tinggi dengan gaji rendah, PERKASA mendesak kerajaan dengan segera mengkaji semula dan melaksanakan sepenuhnya dasar gaji minima supaya dinaikkan serta-merta pada tahun ini kepada RM1,200 dari tahap sedia ada RM900 sebulan dan seterusnya kepada paras anggaran RM1,700-RM1,800 pada tahun 2020.

"Hanya melalui cara ini apa yang dijanjikan kerajaan dalam Bajet 2015 untuk menaikan tahap nisbah gaji dan GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar) pada 40% dapat dicapai. Kalau tidak, ianya hanya sekadar retorik," tegasnya.
 
Mimpi Senja

Indonesia: Tutup Mulut Islam Melalui ISIS, Buka Mulut PKI.. Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 01 Apr 2015 02:30 AM PDT

 
PKI tomy soeharto
Tomy Soeharto: PKI-lah yang Mengatur Negeri Ini!

Jakarta: Meskipun bukan dari orang pergerakan Islam, Tomy Soeharto pun paham arah gerak kerajaan saat ini. Kerajaan makin berani menutup mulut umat Islam.  

Melalui pintu isue ISIS kerajaan seolah mempunyai cop "halal" bagi menutup gerakan Islam.Kerajaan sengaja membuat isu ISIS dibesar-besarkan.  


Pelbagai aksi pun dilakukan oleh pihak polis, dari aksi yang mengada-ada hingga aksi yang terlihat janggal. Hingga orang yang hanya mengenakan pakaian bertuliskan syahadat saja ditangkap pihak polis.

Namun, gerakan dari simpatisan Parti Komunis Indonesia (PKI), yang jelas-jelas dilarang di negara ini, seakan dibiarkan. 


Banyak orang Indonesia belakangan ini yang terang-terangan menggunakan sifat PKI di ruang awam, termasuk di muat naik foto-fotonya di media sosial internet, seperti yang dilakukan Puteri Indonesia Anindya Kusuma Putri, dibiarkan tanpa adanya tindakan apapun dari pemerintah. 

Alih-alih mengatakan PKI itu sesat, kerajaan malah seolah tutup mata dari hal itu semua.


Ibnu Hasyim

Golongan sederhana sebenar harus bangkit tentang bigot oleh Khoo Kay Peng

Posted: 01 Apr 2015 02:00 AM PDT

Politik Malaysia pastinya sedang menuju ke arah krisis. Kita mempunyai tabiat merosakkan diri sendiri.

Senarai kontroversi sedang semakin panjang, tetapi kerajaan tidak mampu menyediakan penghabisan yang memuaskan kepada mana-mana daripadanya.

Nampaknya parti-parti pembangkang sudah kehabisan pilihan untuk menghadapi kontroversi ini. Pemimpin mereka perlu tahu bahawa tidak banyak yang boleh dicapai melalui tindakan membawa penentangan mereka ke jalanan.

Tetapi apa lagi yang mereka boleh lakukan untuk meyakinkan rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat Islam Melayu, bahawa perubahan itu amat diperlukan?

Mereka juga telah tersangkut dengan agenda-agenda politik peribadi mereka sendiri contohnya undang-undang hudud, pembebasan Anwar Ibrahim, kemelut kepimpinan dalaman dan sebagainya. Persaingan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) telah menjadi semakin buruk.

Tangkapan yang dibuat terhadap seseorang anggota Parlimen kerana membaca ucapannya di Parlimen, adalah tahap terburuk yang boleh dicapai kerajaan dalam menjejaskan tahap demokrasi di negara kita.

Pihak polis membuat lebih banyak tangkapan terhadap orang-orang yang telah mengambil bahagian dalam demonstrasi secara aman, bagi membantah tangkapan-tangkapan ini.

Sementara perdana menteri masih berdiam diri, lebih banyak tangkapan sedang dilakukan terhadap tokoh-tokoh pembangkang. Persoalannya ialah siapakah dalang-dalang sebenar di sebalik tangkapan ini?

Jika perdana menteri yang mengarahkan tangkapan ini, Najib Razak perlu menjelaskan mengenai gelaran reformis beliau. Adakah Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar telah bertindak secara sewenang-wenangnya? 


Atau dia hanya bertindak atas arahan daripada ahli-ahli politik? Ini bukan kali pertama Khalid telah bertindak melangkaui undang-undang tertinggi (sivil) negara.

Beliau telah bertindak secara melanggar peraturan apabila mahkamah sivil mengarahkan seorang mualaf, Izwan Abdullah untuk memulangkan kembali anaknya kepada bekas isterinya, memetik keputusan yang bercanggah dari mahkamah syariah.

Mengenai tangkapan bermotif politik, Mahkamah Rayuan, dalam keputusan April 2014 mengenai kes terhadap pegawai PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, telah mengisytiharkan Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman tidak mengikut perlembagaan, dan apa-apa percubaan untuk menjadikan mana-mana perhimpunan awam sebagai sebuah jenayah, adalah berlawanan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Khalid kemudiannya membuat lebih banyak tangkapan secara sesuka hati. Adalah tidak masuk akal untuk Khalid mencadangkan bahawa 126,000 orang-orangnya terikat di meja dan menghadap komputer mereka untuk memantau Internet bagi kelakuan-kelakuan menghasut.

Tindakan KPN itu menyokong seruan supaya Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) ditubuhkan. Untuk menghentikannya, perdana menteri tidak boleh terus memimpin secara senyap.

Tindakan berdiam diri bermakna persetujuan dan sokongan kepada pelakunya, bertentangan dengan nilai-nilai demokrasi kita. PM mesti memulihkan demokrasi berperlembagaan dengan serta-merta.

Jika tidak, satu-satunya keselamatan bagi kita adalah untuk menuntut perubahan melalui proses demokrasi. Perubahan ini memerlukan pengundi bermaklumat dan berpendidikan. Ada tanda-tanda yang pengundi-pengundi sudah matang. Tetapi ia akan mengambil masa dan ramai yang tidak boleh menunggu dengan cukup sabar.

Pada tahun lepas, lebih daripada tiga ratus ribu rakyat Malaysia telah berhijrah ke negara-negara lain. Bagi mereka yang mahukan perubahan dan masih kekal di sini, kita mesti memulakan kempen bagi sebuah persekitaran politik yang lebih sihat dan bertanggungjawab. 


Walaupun telah merdeka selama hampir 60 tahun, kualiti perbahasan parlimen tidak bertambah baik.

Ahli-ahli politik dari kedua-dua pihak lebih bersemangat untuk memburuk-burukkan, memfitnah dan menghasut, dan bukannya memberi tumpuan kepada isu-isu dan penyelesaiannya. 


Kami memerlukan ahli-ahli politik yang berpandangan jauh dan bukannya mereka yang terlalu bersemangat untuk memuaskan hati ketua-ketua mereka. Mereka ini banyak terdapat di Parlimen.

Malangnya, hanya segelintir daripada mereka tegas dan komited dalam mempertahankan dan melindungi nilai-nilai demokrasi dan majmuk Malaysia. 


Malahan golongan sederhana dalam PAS, seperti Khalid Samad dan Dr Dzulkefly Ahmad, sedang mengulangi sokongan bagi pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan.

Adalah menggembirakan bagi pemimpin DAP, Lim Kit Siang untuk mencadangkan sebuah gabungan baru untuk mempertahankan perlembagaan.

Walau bagaimanapun, adalah menyedihkan bahawa Lim hanya membuat cadangan ini apabila sudah jelas bahawa partinya berkemungkinan kehilangan sokongan orang bukan Islam, jika ia memilih untuk terus bekerjasama dengan PAS. 


Jika Lim percaya terhadap usaha memperluaskan sifat majmuk gabungan PR, parti itu pastinya akan menyokong kemasukan Parti Sosialis Malaysia (PSM) ke dalam gabungan itu.

Sesetengah pemimpin dan pengkritik PAS telah mempersoalkan tindakan DAP memutuskan hubungan dengan presiden PAS, Abdul Hadi Awang tetapi mengekalkan kerjasamanya dengan parti itu.

Dewan Undangan Negeri Kelantan telah sebulat suara meluluskan Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015), tanpa undi dari presiden PAS itu. 


Apa yang rakyat Malaysia berfahaman sederhana perlukan adalah ahli-ahli politik yang berprinsip dan tidak setia kepada parti membabi buta.

Kita memerlukan mereka yang berani untuk menentang partinya, jika mereka perlu mempertahankan hak-hak perlembagaan rakyat.

Di masa hadapan, kita perlu menyokong integrasi nasional sebenar berdasarkan persefahaman antara masyarakat, hak sama rata untuk semua rakyat Malaysia, dan menamatkan sikap perkauman dan ketaksuban agama. 


Mungkin pertubuhan awam perlu mempertimbangkan semula mengambil bahagian pada masa akan datang.

Kita perlu mula membina sebuah pergerakan berfahaman sederhana yang komited dan dipimpin-rakyat, untuk mempertahankan dan melindungi prinsip-prinsip demokrasi kita, sebelum sistem demokrasi dan pakatan pembangkang tumbang. 


Jika seruan bagi rakyat Malaysia untuk menjadi lebih proaktif dan komited dalam membentuk masa depan negara dan melindungi Perlembagaan Persekutuan adalah sama seperti perbuatan menghasut, lantaklah!

Sekarang adalah masa yang sesuai bagi kebangkitan golongan berfahaman sederhana Malaysia, untuk menentang golongan fanatik yang berkeras mahu menulis semula perlembagaan dan merosakkan semangat pengasas negara, hanya bagi memenuhi cita-cita politik mereka.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN 

“Keyakinan kepada PDRM merudum, apakah Najib akan gantung tugas KPN?

Posted: 01 Apr 2015 01:30 AM PDT


khalid_abu_bakar

Oleh LIM KIT SIANG


Adakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan melakukan apa yang patut dilakukan oleh seorang Perdana Menteri yang baik – segera menggantung perkhidmatan Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai Ketua Polis Negara sebelum beliau melakukan lebih banyak kerosakan terhadap keyakinan dalam dan luar negara kepada profesionalisme polis, serta kedaulatan undang-undang dan kebebasan media di Malaysia.

Jelas sekali bahawa Khalid mempunyai pemahaman kata 'hasutan' yang bengah, malah lebih teruk lagi ia begitu terpilih dan anjal, sehinggakan kenyataan yang paling tidak berbahaya oleh pimpinan Pakatan Rakyat, aktivis NGO dan kini beberapa agensi media tertentu pun boleh dikira menghasut, sedangkan ucapan-ucapan dan kenyataan yang sangat menghasut seperti yang dibuat oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ismail dan Pengerusi Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said secara sewenang-wenangnya pula ditafsirkan olehnya sebagai tidak menghasut, justeru tidak wajar menerima tindakan tegas oleh pihak polis.

Situasi kian buruk, kalau pun tidak kelakar, apabila Khalid memperlihatkan penguasaan bahasa Inggeris yang lemah apabila beliau boleh menemukan kesalahan menghasut yang tidak dapat dilihat oleh orang biasa, seperti tweet Ahli Parlimen PJ Utara Tony Pua, 'Royal my foot' yang hanya difahami oleh Khalid sahaja sebagai satu serangan ke atas Raja-raja Melayu.

Khalid juga memberikan arahan Twitter kepada polis supaya menyiasat pensyarah Universiti Malaya Dr Khoo Ying Hoo ekoran tulisan beliau bertajuk "Who owns the police", menuduh ia satu fitnah jenayah terhadap pihak polis sedangkan ia hanya mengkritik tindakan sewenang-wenang oleh pihak polis.

Kemudian datang pula tindakan menahan Setiausaha Agung PKR merangkap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, memalukannya dengan memperlihatkan beliau digari dan berkaki ayam serta berpakaian tahanan polis – hanya kerana Ketua Polis Negara telah tersalah faham pekeliling Rafizi sebagai konspirasi untuk menceroboh penjara Sungai Buloh demi membebaskan Anwar Ibrahim; sesuatu yang langsung tidak timbul di fikiran sesiapa.

Di lain-lain negara, seorang pegawai tinggi polis atau penjawat awam yang telah melakukan tiga kesilapan besar dengan salah membuat keputusan dan tindakan pastinya telah dipanggil untuk memberi penjelasan, dan pastinya malu untuk tampil di khalayak buat suatu tempoh yang panjang, tetapi Ketua Polis Negara boleh sahaja ke hulu dan ke hilir tanpa sedikit pun merasa malu dan bersalah?

Jadi ketika Khalid mendabik dada tentang tidak bertoleransi terhadap hasutan, beliau sekadar mengumumkan pemahamannya yang terpilih dan anjal, malah salah fahamnya terhadap istilah dan kesalahan hasutan!

Khalid sepatutnya kini sudah pun menyedari bahawa tugasnya sebagai pegawai tinggi pasukan polis bukanlah untuk berperang dengan pimpinan Pakatan Rakyat, aktivis NGO dan agensi media yang menggunakan hak demokratik dan dijamin Perlembagaan untuk bersuara, memberi pendapat serta berhimpun, tetapi untuk menjaga keselamatan rakyat Malaysia daripada jenayah, dan ketakutan terhadap jenayah; serta kini daripada keganasan dan ketakutan terhadap keganasan lantaran bayang-bayang kumpulan pengganas IS hampir tiba ke perairan negara.

Beliau harus berhenti serta merta daripada melakukan peperangan solonya terhadap pimpinan Pakatan Rakyat, aktivis NGO dan pihak media; serta menjadi seorang pegawai polis contoh.

Lima wartawan utama The Malaysian Insider mesti dibebaskan segera sebelum reputasi negara bertambah rosak di persada media antarabangsa.

Dan lagi, beliau mesti menyatakan dengan jelas bahawa tangkapan ke atas lima wartawan TMI itu bukanlah satu operasi memancing bagi pihak polis i.e. menggunakan penahanan mereka untuk mencungkil maklumat tentang liputan TMI mengenai skandal RM42 bilion 1MDB. – Roketkini.com


" JANGAN PERCAYA DAH DENGAN KENYATAAN TAHAP LONGKANG MEREKA-MEREKA INI " tikaq buloh

Posted: 01 Apr 2015 01:00 AM PDT



Kedua-duanya jenis pengampu tahap gaban. Seorang pengampu yang bergerak dalam alam cyber, yang seorang lagi pengampu dalam pentadbiran Najib.

Dalam laman sosial berdesing-desing menulis topup tidak akan dikenakan GST, minyak tidak akan dikenakan GST, hakikatnya RON97 pun dikenakan cukai GST 6%.

Kenyataan tahap longkang, sampah, langsung tidak ada satu pun yang boleh dipercayai. 

Pagar Besi Diatas Kubur Arwah Tuan Guru Nik Aziz Dipasang Tanpa Pengetahuan Keluarga - Nik Abduh Kita Bantai

Posted: 01 Apr 2015 12:30 AM PDT

 

KOTA BHARU: Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh telah tampil menjawab mengenai sekeping gambar terbaru kubur arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tersiar dilaman sosial telah dipagar dengan pagar besi tertutup.

Nik Abduh yang juga merupakan anak TGNA telah memberitahu pagar besi tertutup itu dibina tanpa pengetahuan keluarganya.

"Binaan tersebut mungkin dibina oleh penduduk kampung dan anak murid Arwah bapa saya tetapi ia dibina tanpa pengetahuan ahli keluarga kami."

"Tujuannya baik, iaitu untuk mengelak beberapa perbuatan bidaah yang bertentangan ajaran Islam yang suci oleh beberapa individu 'jahil dan rosak hati' yang datang dari luar seperti mengambil tanah untuk tujuan 'berkat' yang hakikatnya adalah 'sesat'," katanya.


Justeru, beliau menyatakan pihak keluarganya tidak bersetuju dengan pembinaan pagar tersebut dan bersepakat ia hanya diletakkan dengan status sementara atas tujuan maslahat.

"Walau bagaimanapun, pihak keluarga tidak setuju dengan binaan tersebut dan kami sepakat bahawa ia diletakkan dengan status 'sementara' atas maslahat di atas.

"Pagar tersebut akan dipindahkan dalam tempoh terdekat insya Allah," tulis Nik Abduh di laman sosial Facebooknya, semalam.

Tegasnya Nik Abduh kubur al Marhum ayahandanya itu rahimahullah akan kekal dengan sunnah nabawiyah. Tanpa binaan selain batu nisan. - sumber

Proton umum turun harga sehingga 3.25 peratus

Posted: 01 Apr 2015 12:00 AM PDT

 

PROTON Holdings Bhd mengumumkan harga baharu model terpilih kenderaannya yang dikurangkan sehingga RM1,475 atau 3.25 peratus seunit berkuat kuasa hari ini berikutan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Harga di atas jalan itu termasuk kesemua model Proton iaitu Saga, Persona, Inspira, Staria Neo, Exora, Prevé, Suprima S dan Iriz, kata syarikat itu dalam satu kenyataannya.

Kesemua harga berkenaan termasuk cukai enam peratus sebagaimana ditetapkan CGT.

"Pengguna bukan sahaja membeli kereta yang bernilai untuk wang mereka, tetapi turut memiliki kualiti serta ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan.

"Sebagai contoh, pengguna boleh membeli seunit Proton Saga pada harga serendah RM33,242.40 atau memiliki Prevé 1.6L Turbo pada harga RM61,023.46," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Harith Abdullah.

Proton berkata, sebagai satu-satunya pengeluar kereta yang lengkap sepenuhnya di rantau ini, ia sentiasa berdedikasi untuk memenuhi peranan berkhidmat kepada negara, khususnya bagi memenuhi matlamat pelaksanaan GST berkenaan.

Malah, atas alasan itu, biarpun perlu mengurangkan harga keretanya, Proton sebaliknya telah meningkatkan nilai produk menerusi aspek keselamatannya.

Ini sekaligus turut memaparkan komitmen Proton untuk terus mempertingkat produk dan perkhidmatannya di semua peringkat dan menawarkan rakyat Malaysia pilihan memiliki kereta yang selamat, berkualiti dan bernilai untuk wang.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web www.proton-edar.com.my. - Bernama

Jangan bandingkan pimpinan kita dengan LKY, kita jauh ke belakang..

Posted: 31 Mar 2015 11:30 PM PDT

 
Ada yang bertanya kepada saya kenapa saya tidak berminat untuk membuat komen tentang kematian Lee Kuan Yew baru-baru ini dan apakah perbezaan di antara pentadbiran kerajaan Malaysia dengan Singapura, terutamanya perbandingan di antara Dr Mahathir dari Malaysia dan LKY dari Singapura. Ramai di antara penulis-penulis telah memberikan komen tentang isu ini tetapi saya tidak melakukannya seperti penulis-penulis tersebut.

Saya bukanlah seorang yang mempunyai 'authority' kuat untuk bercakap tentang perbezaan di antara Dr Mahathir dengan Lee Kuan Yew kerana bagi saya itu adalah topik yang terlalu besar untuk saya yang kerdil ini. Hanya saya sememangnya suka untuk membaca ucapan-ucapan penting pemimpin banyak negara termasuklah negara Singapura, terutamanya ucapan-ucapan Encik Lee Kuan Yew. Dulu-dulunya saya suka membaca apa yang diperkatakan oleh Toh Chin Chai yang suatu ketika dahulu merupakan Timbalan Perdana Menteri Negara itu, salah seorang arkitek yang membina asas kemajuan negara Singapura itu.

Saya mempunyai kepercayaan apa yang dikatakan oleh seseorang itu memberikan peluang untuk memberikan pandangan dan persepsi kita terhadap seseorang pemimpin itu. Dalam komen pendek saya ini, saya akan hanya memberikan pandangan berdasarkan kepada ucapan-ucapan LKY dan jika ada perbandingan dengan Dr Mahathir ia boleh disandarkan kepada apa yang kita lihat diatas segala tindakan dan keputusan-keputusan yang dilakukan oleh Dr Mahathir terhadap negara.

Kedua-dua pemimpin ada persamaannya dan tidak boleh dipisahkan persamaan itu walau sekuat mana pun usaha untuk membezakannya. Kedua-duanya mentadbir Negara ala kuku besi dan tidak boleh mana-mana pihak untuk menunjukan tentangannya. LKY yang terkenal sebagai bapa Singapura moden itu sememangnya tidak boleh dinafikan kerana beliau memerintah begitu lama dan berjaya untuk menjadikan Singapura dari sebuah Negara kecil yang miskin kepada sebuah Negara moden yang mempunyai pendapatan per kapita berlipat kali ganda dari Negara kita Malaysia.

Jika itu menjadi ukuran tentang kejayaan LKY, ia tentulah mempunyai kesahihan perbezaan kualiti kepimpinan yang melebihi dari kepimpinan Negara kita. Kalau tidak masakan Singapura telah melebihi dari Negara kita dari sudut kemajuan dalam bidang politik dan ekonomi untuk 'city-state' itu.
LKY telah menunjukan dan melakukan tindakan yang tegas bagi memajukan Negara itu dengan membina ratusan anak-anak muda yang tinggi 'professionalism' mereka pada awal kemerdekaannya hasil dari pemecatan Negara itu dari Persekutuan Malaysia. LKY telah memastikan Singapura membentuk ratusan gulungan yang tinggi sahsiahnya dan melatih kumpulan yang terbaik bagi menerajui Singapura dalam berbagai bidang yang telah dirancang.

Dalam satu ucapan mereka dihari kemerdekaan Singapura LKY telah memberitahu rakyat jelata yang Singapura sedang membina dan telah pun berjaya mewujudkan kumpulan yang begitu tinggi sahsiah mereka. Jika ratusan ini berada dalam satu pesawat besar dan terhempas maka Singapura akan jatuh dan tidak akan bangun buat berapa lama. Begitulah seriusnya LKY untuk membina kepimpinan dalam semua bidang bagi meneruskan perjuangan negara itu untuk mencapai kemajuan yang pesat setanding dengan negara-negara maju di barat dan seantero dunia.

Di sinilah terletaknya perbezaan yang sangat ketara jika dibandingkan dengan kepimpinan politik negara kita. Pemimpin Negara kita takut dengan rakyat yang bijak dan dalam usaha mengekalkan kuasa terlalu ramai pimpinan Negara yang boleh memberikan keuntungan serta kebaikan kepada negara diketepikan dengan cara politik dan hanya yang tidak berkemajuan dan berkepimpinan yang menguasai teras kepimpinan politik dan pentadbiran negara.

Sehingga sekarang hasil dari budaya dan sikap negatif itu negara sekarang sedang berhadapan dengan kekosongan dan ketandusan kepimpinan. Kita dipimpin oleh kumpulan elit yang hanya mementingkan kepentingan kumpulan itu dan membudayakan budaya 'factionalism' serta membina bibit-bibit 'sycophants' yang begitu ketara.  Negara ini diambil alih oleh mereka yang tidak berkepimpinan selain dari kumpulan elit pengampu dan nepotisma dikalangan mereka yang berada di 'corridor of power'.

Begitu maju Singapura membina negaranya walaupun negara itu tidak mempunyai 'natural resources' seperti yang ada di negara kita. Kita mempunyai kekayaan 'natural resources' tetapi tidak memberikan apa-apa makna kepada Negara kerana 'natural resources' yang kaya raya itu sebaliknya memberikan kita kemudharatan kerana kita terlalu kufur kepada nikmat anugerah Tuhan itu.
Keluasan hutan belantara sebagai anugerah kepada negara telah dikufurkan dan ia telah memberikan impak buruk kepada negara dengan terjadinya banjir besar kerana kerakusan setengah gulungan elit negara untuk menggunakan 'natural resources' itu secara 'evil' baik dari mereka yang berkuasa politik, mahupun dari mereka yang mempunyai kedudukan sosial yang tinggi dinegara ini.

Mungkin Singapura tidak mempunyai 'resources' besar lah yang menyebabkan pimpinan mereka memberikan fokus kepada kemajuan negaranya tanpa mempunyai peluang untuk menggunakan apa-apa hasil  bumi secara kufur itu. Itu sebabnya perpatah ada berkata, 'jika terjumpa barang yang cantik dan lawa jangan terus diterkam kerana mungkin ada celaka disebaliknya, dan jika terjumpa barangan yang buruk jangan terus dibuang kerana mungkin ada hikmah dan kebaikan disebaliknya'.

Bagi Negara kita untuk menyaingi negara Singapura yang diasaskan pembangunannya oleh LKY dahulu sememangnya amat sukar untuk dicapai kerana kita masih terkial-kial untuk menentukan identiti kepimpinan yang baik untuk negara. Kita terlalu jauh kebelakang walaupun dentuman ucapan kata-kata pemimpin kita sejak tiga dekad dahulu tidak lekang dari memuji kehandalan kepimpinan masing-masing.

Negara kita masih dikuasai oleh kepimpinan yang 'feudal' dan 'warlords' dalam parti kepimpinan negara masih mahu melihat negara dipimpin oleh mereka yang boleh mereka kuasai dan pengaruhi walaupun tanpa kepimpinan yang sejati dan mempunyai 'moral' yang secukupnya untuk diletakkan harapan untuk kemajuan rakyat dan negara.

Blog ini pernah memberikan pandangan yang selagi kita dikuasai oleh 'greed, anger and foolishness' selagi itu kita tidak akan ke mana-mana kerana pergolakan dalam pemikiran rakyat akan bertambah mengusutkan lagi dari masa ke semasa.

Kita perlukan penyelesaian terhadap masalah kita yang begitu sulit dahulu sebelum kita hendak membezakan pimpinan kita dengan Lee Kuan Yew. Tangan kita tidak tercapai untuk memeluk gunung dan bukit yang besar. Mungkin kita boleh membuat perbandingan dengan pimpinan banyak negara-negara Afrika.