Selasa, 31 Mac 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Permohonan Anwar ditolak, Permatang Pah akan diadakan pilihanraya

Posted: 31 Mar 2015 11:00 PM PDT

 
Pengampunan ditolak, Anwar hilang kelayakan.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi menolak permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ketua Pengarah Penjara yang tidak membenarkannya menghadiri sidang Parlimen.

Ini berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen Anwar untuk dibebaskan daripada hukuman selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadi, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan tersebut dalam kamarnya yang dihadiri peguam Latheefa Koya yang mewakili Anwar dan Peguam Kanan Persekutuan Amarjit Singh yang mewakili KDN dan Ketua Pengarah Penjara, Datuk Zulkifli Omar.


KedahLanie.infor

Wang Kertas RM100 Dijual RM76,000

Posted: 31 Mar 2015 10:30 PM PDT

 


KUALA LUMPUR: Seorang pengumpul wang dari Malaysia dibayar RM76,000 untuk sekeping duit bernilai RM100 yang mengandungi nombor siri AA8888888 di lelongan oleh Bank Negara Malaysia.

Perkara ini didedahkan oleh Pengarah Urusan MNP Auctioneers (Pusat) Sdn Bhd Stephen Soon, yang bertanggungjawab menjalankan lelongan di ibu pejabat Bank Negara di sini, semalam.

Bilangan lapan angka lapan yang membawa perkataan "kemakmuran" bagi kepercayaan kaum Cina punca duit tersebut menjadi tarikan utama.

"Di Malaysia, awalan huruf berkembar dan nombor yang sama adalah yang paling popular di kalangan pengumpul," kata Soon.

Beliau menambah bahawa nilai wang telah ditentukan oleh nombor siri, dan bukan dengan nilai sebenar nota.

"Orang sering berfikir bahawa duit dengan jenis nombor yang unik hanya boleh diperolehi di bawah meja, tetapi melalui lelongan ini sesiapa sahaja boleh membida untuk mereka," katanya.

Selain itu, 178 keping wang kertas yang lain yang juga memiliki nombor unik turut dilelong dalam jualan yang dikendalikan oleh MNP Auctioneers (Central) Sdn Bhd, iaitu jurulelong yang telah dilantik oleh bank pusat itu.

Jelasnya lagi, jualan lelongan seperti ini sentiasa dinantikan oleh pengumpul wang kertas kerana wang kertas bernombor siri unik ini tidak ada di pasaran.

Oleh sebab itu, wang kertas dengan nombor siri istimewa ini mempunyai nilai premium dalam pasaran pengumpul wang kertas

Sijil tersebut telah ditandatangani oleh Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

- Siakapkeli.com.my

Zahid Hamidi Amat Berharap Isu Hudud Dapat Pecah Belah PR

Posted: 31 Mar 2015 10:00 PM PDT

Kabinet tak bincang hudud, kata Nazri


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mendedahkan bahawa jemaah menteri tidak membincangkan mengenai rang undang-undang hudud.

Ditanya mengenai pendirian Datuk Seri Najib Razak berhubung isu berkenaan, Nazri berkata perkara itu sepatutnya dijawab sendiri oleh perdana menteri.

Najib sehingga ini masih belum menyatakan pendirian rasmi BN berhubung rang undang-undang tersebut.

Para pemimpin BN telahpun bermesyuarat mengenai isu berkenaan pada 19 Mac, pada hari yang sama DUN Kelantan meluluskan pindaan ke atas Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993.

Dalam pertemuan itu, para pemimpin parti komponen BN menyatakan bantahan mereka ke atas pelaksanaan hudud.

Naib presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Najib akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu tersebut pada keesokan harinya.

Bagaimanapun, Najib masih berdiam diri dalam isu itu. Ini menyebabkan timbul spekulasi bahawa BN sendiri tidak berjaya mencapai kata sepakat dalam isu hudud.

Ada juga yang berpendapat, perdana menteri hanya menunggu Pakatan Rakyat berpecah-belah ekoran isu tersebut.

Pandangan seperti ini turut didukung oleh Nazri.

"Jika hudud merupakan satu isu yang akan memecah-belahkan Pakatan, saya harap begitulah," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen.

Zahid nafi ada kaitan dengan tahanan pengarang TMI OLEH DIYANA IBRAHIM

Posted: 31 Mar 2015 09:30 PM PDT


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebagai menteri, beliau tidak campur tangan dalam sebarang arahan polis dan operasi penahanan, sambil menambah yang urusan soal siasat berada di bawah bidang kuasa polis itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Mac, 2015.Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebagai menteri, beliau tidak campur tangan dalam sebarang arahan polis dan operasi penahanan, sambil menambah yang urusan soal siasat berada di bawah bidang kuasa polis itu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebagai menteri, beliau tidak campur tangan dalam sebarang arahan polis dan operasi penahanan, sambil menambah yang urusan soal siasat berada di bawah bidang kuasa polis itu.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan arahan penangkapan pengarang The Malaysian Insider (TMI) termasuk ketua eksekutifnya dan penerbit The Edge.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, sebagai menteri, beliau tidak campur tangan dalam sebarang arahan polis dan operasi penahanan, sambil menambah yang urusan soal siasat berada di bawah bidang kuasa polis itu.

"Apa maksud anda? Saya tidak terlibat secara langsung dalam operasi polis. Sebagai  menteri saya tidak campur tangan dengan arahan polis," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Beliau diminta mengulas tindakan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang menahan 3 pengarang kanan TMI petang semalam dan Ketua Eksekutif TMI Jahabar Sadiq dan penerbit The Edge Ho Kay Tat pagi ini.

TMI dimiliki The Edge Media Group.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Isu air: Pembangkang salahkan Azmin

Posted: 31 Mar 2015 09:00 PM PDT

 
 

Pembangkang Selangor mendakwa Menteri Besar, Azmin Ali sengaja melambat-lambatkan penstrukturan industri air di negeri itu.

Penyelaras DUN Pembangkang Selangor Mat Nazari Ahmad Dahlan mendakwa demikian dengan membangkitkan isu status tanah yang diuruskan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) di Semenyih dan Bukit Nanas.

"Pembohongan menteri besar dan kerajaan negeri semata-mata berebut harta dan aset Wilayah Persekutuan dan sengaja melengah-lengahkan kemajuan yang ingin dibawa kerajaan persekutuan menjadi tanda tanya kepada kami," kata Mat Nazari.

Dalam sidang medianya di bangunan DUN hari ini, beliau mengulas kenyataan Azmin yang membantah hasrat kerajaan persekutuan untuk mengambil alih kesemua tanah milik syarikat konsesi.




Rancangan tersebut dimuatkan dalam syarat yang menurut Azmin baru dimasukkan dalam perjanjian utama antara kerajaan Selangor dan persekutuan bagi penstrukturan industri air.

Semakan semula oleh Pesuruhjaya Tanah mendapati kedua-dua aset itu milik kerajaan Persekutuan dan sah digunapakai dalam perjanjian pajakan yang bakal ditandatangani Pengurusan Aset Air Berhad dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.

Menurut Menteri Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, status bagi tanah di Bukit Nanas dan Semenyih itu bagaimanapun hanya akan ditentukan selepas perbincangan lanjut antara kedua-dua belah pihak.




Malaysiakini

Wartawan berkumpul sambut pembebasan 3 editor

Posted: 31 Mar 2015 08:30 PM PDT

 
 
Hujan renyai-renyai tidak menghalang sekumpulan pengamal media berkumpul untuk bersetiakawan dengan wartawan dan pegawai kanan The Malaysian Insider (TMI) yang ditangkap polis.

Mereka berkumpul seawal jam 7 petang di depan ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi sambil menyalakan lilin dan memakai reben kuning tanda sokongan kepada kebebasan media.

Kumpulan itu juga mengambut pembebasan tiga wartawan kanan TMI Lionel Morais, Amin Iskandar dan Zulkifli Sulong – yang dibebaskan pada 8.30 malam.

Sebaik melangkah daripada bangunan IPD ke pintu utama, ketiga-tiga editor yang disiasat bawah Akta Hasutan 1948 itu disambut sorakan dan tepukan gemuruh daripada teman wartawan dan aktivis.

Ketua Eksekutif TMI Jahabar Sadiq dan penerbit The Edge Ho Kay Tat bagaimanapun masih ditahan dan permohonan reman dijadual dibuat esok.

Mereka ditahan susulan laporan mendakwa Majlis Raja-raja Melayu menolak hudud. Penyimpan mohor besar raja-raja Melayu menafikan perkara itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang dilihat turut hadir dalam acara itu sambil memegang sebatang lilin dan bertanya khabar pada tiga editor TMI itu.

Acara bersurai dengan laungan ke arah pembebasan Jahabar dan Ho serta "bebas media" beberapa kali.

Ini hari kedua wartawan berkumpul dengan IPD Dang Wangi.
 
 
Malaysiakini

Gambar2 Perkahwinan Anak PM Najib

Posted: 31 Mar 2015 08:00 PM PDT

Beberapa jam sebelum GST dilaksanakan, gambar2 perkahwinan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa Najib telah tersebar secara meluas di laman sosial terutamanya di whatsapp.

Sebelum ini dilaporkan, para tetamu Najib dilarang daripada berkongsi gambar2 perkahwinan tersebut di laman sosial namun entah macam mana akhirnya gambar2 perkahwinan tersebut tersebar.

Lihat ;






Kesahihan gambar2 yang tersebar itu masih sedang dikenalpasti namun jika terbukti sahih sudah tentu yang menyebarkannya bukan la orang luar melainkan para tetamu Najib itu sendiri.
Ini bermaksud Najib telah ditikam oleh tetamu2 kehormatnya sendiri.
Jika diperhatikan dari gambar2 tersebut, majlis perkahwinan yang dijalankan memang agak super grand, mungkin itulah punca Najib tidak mahu ianya disebarkan di laman sosial.
Entah sapa la punya kerja p sebarkan gambar2 tersebut kepada pengetahuan umum.
Agaknya, dia pun meluat kot kat Najib.


Ameno World

Ahli Parlimen BN Belasah Polis Dan SKMM

Posted: 31 Mar 2015 07:30 PM PDT

 
Ahli Parlimen BN Belasah Polis Dan SKMM.  Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed menganggap penahanan lima pengarang The Malaysian Insider dan The Edge mengikut Akta Hasutan adalah satu tindakan berlebihan.

Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed menyifatkan penahanan 5 pengarang The Malaysian Insider (TMI) dan The Edge mengikut Akta Hasutan kerana laporan artikel hudud merupakan satu kesilapan.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mempersoalkan tindakan tersebut, mengatakan pihak berkuasa tidak seharusnya menggunakan akta itu bagi menghakimi sama ada artikel tersebut berniat menghasut atau tidak."Pada saya ia merupakan satu kesilapan. Ia seperti satu tindakan berlebihan dengan menahan di bawah Akta Hasutan.

Kalau ada salah pun, tidak perlu sampai ditahan mengikut Akta Hasutan. Pihak berkuasa sepatutnya boleh guna akta lain," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.Beliau mengulas tindakan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang menahan 3 pengarang kanan TMI petang semalam dan Ketua Eksekutif TMI Jahabar Sadiq dan penerbit The Edge Ho Kay Tat pagi ini.

TMI dimiliki The Edge Media Group.Tiga pengarang itu diberkas pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia di pejabat TMI di Mutiara Damansara petang semalam berhubung laporan portal itu bertarikh 25 Mac.Menurut laporan itu, memetik sumber, mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, undang-undang persekutuan yang perlu dipinda kerajaan PAS Kelantan bagi membolehkan pelaksanaan hudud.

Ahli Parlimen BN Belasah Polis Dan SKMM

Jazlan mengakui tindakan pihak berkuasa dengan menahan mereka bukan sahaja mewujudkan persepsi negatif rakyat terhadap Putrajaya tetapi kerajaan juga akan dilihat terlalu ghairah menggunakan Akta Hasutan tanpa melihat konteks artikel tersebut."Persepsi rakyat terhadap kerajaan sudah pasti tidak akan bagus. Kalau kata salah laporan, tidak perlu sampai begitu.

"Majlis Raja-raja boleh saman sahaja dan polis juga boleh menghubungi minta datang (kalau hendak beri keterangan), tapi kenapa perlu sampai kena tahan?"Jazlan berkata perkara itu perlu dilihat pada konteksnya."Kalau cakap artikel itu menghasut, ia sepatutnya contohnya seperti menyeru orang ramai turun ke jalanan."Namun saya rasa isu ini lebih kepada tajuknya. 

Jika lihat kepada keseluruhan artikel itu, ia tidak sampai kepada menghasut."Menurut artikel itu, cadangan meminda Akta 355 itu dibuat dalam satu laporan Jawatankuasa Teknikal Hudud yang dianggotai pegawai agama kerajaan negeri Kelantan dan kerajaan persekutuan.Artikel itu melaporkan, jawatankuasa itu menyediakan laporan itu untuk dipertimbangkan Majlis Raja-raja tetapi ia tidak dibawa ke mesyuarat majlis itu pada 11 Mac.

Majlis pada 26 Mac membuat laporan polis menafikan membincangkan perkara itu atau mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hudud Kelantan sementara Pemuda Umno Kedah membuat laporan polis terhadap TMI.

Bagaimanapun, Jazlan berkata, beliau tidak merasakan penahanan tersebut akan menimbulkan ketakutan terhadap wartawan, sebaliknya ia akan akan membangkitkan semangat juang kebebasan media."Saya tidak rasa media akan takut. Sebaliknya, akan ada kesan berbeza. 

Ia akan buat wartawan lebih aktif."Kerana itu saya kata, kerajaan perlu faham kematangan media ini yang bukan dari media cetak lagi."Jazlan juga mempersoalkan cara pihak berkuasa menguruskan situasi berkenaan TMI kerana katanya, sekiranya laporan yang dipertikaikan itu dibuat media luar, apakah tindakan pihak berkuasa.

"Kalau kata untuk menakutkan pihak media, ia tidak akan berlaku, kerana mereka boleh membuat laporan menggunakan medium lain dari luar negara. Ia satu kesilapan," katanya.

Ahli Parlimen Pakatan gagal jumpa Anwar OLEH YASMIN RAMLAN

Posted: 31 Mar 2015 07:00 PM PDT

Beberapa ahli Parlimen tidak dibenarkan berjumpa dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Mukhris Hazim, 31 Mac, 2015.

Beberapa ahli Parlimen tidak dibenarkan berjumpa dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh hari ini

Beberapa ahli Parlimen tidak dibenarkan berjumpa dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh hari ini.

Hasrat tiga wakil Pakatan Rakyat (PR) berjumpa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh hari ini tidak kesampaian.

Ketibaan mereka – Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin dan Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him – di penjara itu hanya untuk diberitahu yang undang-undang hanya membenarkan peguam dan keluarganya sahaja bertemu Anwar.

Menurut Ahli Parlimen PKR Bayan Baru Sim Tze Tzin, perjumpaan yang dirancang tersebut bertujuan membincangkan perkara berkaitan urusan Dewan Rakyat seperti isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Akta Pencegahan Keganasan (POTA) dan rang undang-undang Parlimen.

"Memang tidak puas hati kerana kalau boleh nak jumpa secara fizikal... banyak benda yang nak ditanya.

"Namun dia (pengarah penjara) menceritakan kepada kami keadaan beliau dari A sampai Z," kata Tze Tzin.

Johari, Hanipa dan Tong Him sebelum itu bertemu pengarah penjara dan diberitahu mereka tidak dibenarkan bertemu Anwar.

Pada masa sama, Hanipa mendakwa Anwar sentiasa diawasi kamera litar tertutup (CCTV) semasa di dalam penjara yang disifatkannya di luar batasan kemanusiaan.

Katanya, beliau berpeluang menemui Anwar minggu lepas atas kapasitinya sebagai peguam.

Hanipa berkata, beliau juga menulis kepada setiausaha Dewan Rakyat memohon menghantar dokumen-dokumen dari Parlimen ke penjara untuk Anwar.

"Beliau layak dapat semua dokumen yang dihantar kepadanya. Tetapi sampai sekarang, sesi Parlimen hampir habis, tetapi ia masih belum diterima," katanya sambil menambah beliau akan membangkitkan perkara itu sekali lagi dengan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Sidang dewan sekarang berakhir 9 April ini.

Beliau juga berkata, mereka menerima baik penjelasan pengarah penjara berhubung permintaan supaya Anwar dikurangkan halangan dan diberikan kebebasan membaca pelbagai buku.

Sementara itu, Johari memberitahu pemberita, beliau akan tetap mengusulkan supaya Anwar dibenarkan hadir ke Parlimen.

"Beliau (Anwar) kini berada di klinik mendapatkan rawatan dan memerlukan katil khas bagi membetulkan tulang belakang," katanya yang memberitahu Anwar mendapatkan khidmat doktor pakar ekoran sakit tulang belakangnya itu.

Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Persekutuan yang mensabitkannya bersalah pada 10 Februari kerana meliwat bekas pembantunya pada 2008.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

YB Nik Nazmi Saman Peguam Negara

Posted: 31 Mar 2015 06:30 PM PDT

 
Ketua Angkatan Muda Keadilan YB Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini memfailkan saman terhadap Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan kerajaan berhubung dakwaan salah laku kerana mendakwanya buat kali kedua mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

  
Nik Nazmi, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Selangor memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui peguamnya Eric Paulsen.
   
Dalam saman itu, Nik Nazmi, 33, selaku plaintif menamakan Abdul Gani dan kerajaan sebagai defendan pertama dan kedua.
  
Dalam pernyataan tuntutannya, Nik Nazmi mendakwa Abdul Gani telah melakukan pendakwaan yang berniat jahat kerana bertindak mendakwanya di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya buat kali kedua pada 6 Mei 2014, walaupun Mahkamah Rayuan pada 25 April 2014 membenarkan permohonannya untuk menggugurkan pertuduhan yang dihadapi mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.
  
Nik Nazmi berkata sebelum ini beliau telah didakwa di Mahkamah Sesyen yang sama pada 17 Mei 2013 atas tuduhan menganjurkan perhimpunan program penerangan negeri Selangor di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 8 Mei 2013, mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

Namun, Nik Nazmi dalam pernyataan tuntutannya berkata pada 6 Mei 2014 mahkamah telah melepaskan tanpa membebaskannya daripada tuduhan itu atas alasan terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 diisytiharkan batal dan tidak sah kerana tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan.
  
Nik Nazmi juga mendakwa tindakan Abdul Gani untuk mendakwanya buat kali kedua bagi pertuduhan yang sama telah menyebabkan reputasinya tercemar dan menggambarkan beliau sebagai seorang penjenayah yang memberi ancaman terhadap keselamatan negara yang harus dibawa ke mahkamah meskipun telah dilepaskan daripada pertuduhan yang dihadapinya itu.
  
Oleh itu, Nik Nazmi menuntut ganti rugi khas sebanyak RM80,000, ganti rugi am, ganti rugi teruk dan teladan, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
  
-Bernama

Tangkap pengarang TMI satu kesilapan, kata ahli Parlimen Umno OLEH DIYANA IBRAHIM

Posted: 31 Mar 2015 06:00 PM PDT

 Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed menganggap penahanan lima pengarang The Malaysian Insider dan The Edge mengikut Akta Hasutan adalah satu tindakan berlebihan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Mac, 2015.Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed menganggap penahanan lima pengarang The Malaysian Insider dan The Edge mengikut Akta Hasutan adalah satu tindakan berlebihan.

Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed menganggap penahanan lima pengarang The Malaysian Insider dan The Edge mengikut Akta Hasutan adalah satu tindakan berlebihan.

Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed menyifatkan penahanan 5 pengarang The Malaysian Insider (TMI) dan The Edge mengikut Akta Hasutan kerana laporan artikel hudud merupakan satu kesilapan.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mempersoalkan tindakan tersebut, mengatakan pihak berkuasa tidak seharusnya menggunakan akta itu bagi menghakimi sama ada artikel tersebut berniat menghasut atau tidak.

"Pada saya ia merupakan satu kesilapan. Ia seperti satu tindakan berlebihan dengan menahan di bawah Akta Hasutan.

"Kalau ada salah pun, tidak perlu sampai ditahan mengikut Akta Hasutan. Pihak berkuasa sepatutnya boleh guna akta lain," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas tindakan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang menahan 3 pengarang kanan TMI petang semalam dan Ketua Eksekutif TMI Jahabar Sadiq dan penerbit The Edge Ho Kay Tat pagi ini.

TMI dimiliki The Edge Media Group.

Tiga pengarang itu diberkas pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia di pejabat TMI di Mutiara Damansara petang semalam berhubung laporan portal itu bertarikh 25 Mac.

Menurut laporan itu, memetik sumber, mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, undang-undang persekutuan yang perlu dipinda kerajaan PAS Kelantan bagi membolehkan pelaksanaan hudud.

Jazlan mengakui tindakan pihak berkuasa dengan menahan mereka bukan sahaja mewujudkan persepsi negatif rakyat terhadap Putrajaya tetapi kerajaan juga akan dilihat terlalu ghairah menggunakan Akta Hasutan tanpa melihat konteks artikel tersebut.

"Persepsi rakyat terhadap kerajaan sudah pasti tidak akan bagus. Kalau kata salah laporan, tidak perlu sampai begitu.

"Majlis Raja-raja boleh saman sahaja dan polis juga boleh menghubungi minta datang (kalau hendak beri keterangan), tapi kenapa perlu sampai kena tahan?"

Jazlan berkata perkara itu perlu dilihat pada konteksnya.

"Kalau cakap artikel itu menghasut, ia sepatutnya contohnya seperti menyeru orang ramai turun ke jalanan.

"Namun saya rasa isu ini lebih kepada tajuknya. Jika lihat kepada keseluruhan artikel itu, ia tidak sampai kepada menghasut."

Menurut artikel itu, cadangan meminda Akta 355 itu dibuat dalam satu laporan Jawatankuasa Teknikal Hudud yang dianggotai pegawai agama kerajaan negeri Kelantan dan kerajaan persekutuan.

Artikel itu melaporkan, jawatankuasa itu menyediakan laporan itu untuk dipertimbangkan Majlis Raja-raja tetapi ia tidak dibawa ke mesyuarat majlis itu pada 11 Mac.

Majlis pada 26 Mac membuat laporan polis menafikan membincangkan perkara itu atau mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hudud Kelantan sementara Pemuda Umno Kedah membuat laporan polis terhadap TMI.

Bagaimanapun, Jazlan berkata, beliau tidak merasakan penahanan tersebut akan menimbulkan ketakutan terhadap wartawan, sebaliknya ia akan akan membangkitkan semangat juang kebebasan media.

"Saya tidak rasa media akan takut. Sebaliknya, akan ada kesan berbeza. Ia akan buat wartawan lebih aktif.

"Kerana itu saya kata, kerajaan perlu faham kematangan media ini yang bukan dari media cetak lagi."

Jazlan juga mempersoalkan cara pihak berkuasa menguruskan situasi berkenaan TMI kerana katanya, sekiranya laporan yang dipertikaikan itu dibuat media luar, apakah tindakan pihak berkuasa.

"Kalau kata untuk menakutkan pihak media, ia tidak akan berlaku, kerana mereka boleh membuat laporan menggunakan medium lain dari luar negara. Ia satu kesilapan," katanya.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Putrajaya mahu tanah Selangor kerana ekonomi hampir bankrap, kata Azmin OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Posted: 31 Mar 2015 05:30 PM PDT


Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata Putrajaya menginginkan tanah Selangor kerana ekonomi kerajaan pusat hampir bankrap.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata Putrajaya menginginkan tanah Selangor kerana ekonomi kerajaan pusat hampir bankrap.

Tindakan Putrajaya yang menginginkan aset Selangor termasuk tanah, melalui perjanjian penstrukturan semula industri air negeri dengan kerajaan persekutuan, disebabkan faktor ekonomi kerajaan pusat yang hampir bankrap, kata Mohamed Azmin Ali.

Salah satunya puncanya, kata Menteri Besar Selangor itu, disebabkan hutang yang ditanggung syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau mendakwa, disebabkan terpaksa menanggung hutang 1MDB, Putrajaya tidak ada wang untuk menyelesaikan perjanjian dan mahu aset tanah Selangor dijadikan sumber kewangan mereka.

"Saya tidak pasti sebab apa kerajaan pusat ingin berbuat demikian, kerana saya bukan dalam kalangan kelompok kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Ada kemungkinan faktor ekonomi, kerajaan pusat hampir bankrap dan tiada wang untuk selesaikan perjanjian.

"Selain itu, kerajaan juga tiada wang disebabkan hutang 1MDB yang mencecah RM45 bilion," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-13 di Shah Alam, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Adun DAP-Sekinchan, Ng Suee Lim tentang hasrat Putrajaya sebelum ini yang mahu memiliki semua aset termasuk tanah Selangor melalui perjanjian penstrukturan industri air negeri.

Namun dakwaan itu dipersoalkan Adun BN-Sungai Burong Datuk Mohd Shamsudin Lias yang mahu Azmin mengemukakan bukti wujudnya kaitan isu tanah dengan hutang 1MDB yang menyebabkan kerajaan pusat hampir muflis.

Azmin berkata, perkara itu dinyatakan sendiri mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengkritik cara Putrajaya menguruskan hutang 1MDB.

"Dalam taklimat Dr Mahathir ada fakta yang sahih. Bagaimana kerajaan korup boleh dibenarkan ada kaitan langsung dengan pemimpin tertinggi, boleh berhutang sehingga RM45 bilion? Ini memberi kesan kepada ekonomi negara," katanya.

Sementara itu, Shamsudin ketika ditemui pemberita di luar dewan berkata, dakwaan Azmin itu berniat jahat kerana penstrukturan air Selangor tidak ada kaitan dengan isu nasional seperti 1MDB dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

"Tidak ada kaitan dengan muflis. Kita tengok laporan kewangan negara sendiri, kalau keadaan hutang di bawah 50%, ia termasuk (dalam kategori) boleh diurus.

"Saya amat kesal dengan apa yang dikatakan menteri besar itu yang menuduh secara melulu, sedangkan masalah itu ditimbulkannya sendiri.

"Sewaktu menteri besar yang dahulu (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim), sepatutnya ia diteruskan sahaja.

"Tindakan melengahkan ini sebenarnya akan menjejaskan masalah air di Selangor."

Mengenai aset loji air di Bukit Nanas dan Semenyih, bekas ketua pembangkang negeri itu berkata, ia merupakan harta wilayah kerana terletak di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Ini alasan mereka. Mereka kata kedua-dua loji ini di bawah kerajaan negeri, kerana sebelum ini diuruskan oleh Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor), tetapi hakikatnya ia tanah milik Wilayah (Kuala Lumpur) dan Putrajaya, kerana itu tidak boleh dipindah milik," kata Shamsudin.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa 

PKR nasihat DAP-PAS jangan bertelagah di media OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Posted: 31 Mar 2015 05:00 PM PDT

Timbalan Presiden PKR itu berkata, perkara itu sepatutnya diselesaikan secara muafakat walaupun wujud masalah dalam PR mengenai beberapa isu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Mac, 2015.Timbalan Presiden PKR itu berkata, perkara itu sepatutnya diselesaikan secara muafakat walaupun wujud masalah dalam PR mengenai beberapa isu.

Timbalan Presiden PKR itu berkata, perkara itu sepatutnya diselesaikan secara muafakat walaupun wujud masalah dalam PR mengenai beberapa isu.

Pergeseran antara PAS dan DAP mengenai hudud, sehingga membawa perpecahan kepada Pakatan Rakyat (PR) di Sabah dan Sarawak, tidak sepatutnya diperbesarkan di media, kata Mohamed Azmin Ali.

Walaupun mengakui wujud masalah dalam PR mengenai beberapa isu, timbalan presiden PKR itu berkata, perkara itu sepatutnya diselesaikan secara muafakat.

"Kita mengaku ada masalah dalam beberapa isu, tetapi pengalaman kita sebelum ini, beberapa isu besar dalam PR dapat diselesaikan secara muafakat.

"Tidak perlu kita bertelagah dalam media.

"Kalau pimpinan PR di semua peringkat dapat duduk berbincang dan berdasarkan konsensus, saya percaya masalah besar boleh diselesaikan," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Annexe di Shah Alam hari ini.

DAP Sarawak pada 27 Mac lalu mengumumkan keluar PR kerana kecewa dengan PAS yang dianggap mengkhianati dasar bersama PR dengan meneruskan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Manakala PR Sabah memutuskan hubungan dengan PAS negeri itu kerana isu sama.

Azmin berkata, pihaknya mahu mendengar butiran terperinci perbincangan peringkat negeri sebelum membawanya ke Mesyuarat Biro Politik PKR.

Katanya, pendirian PKR Pusat jelas, iaitu mahu PR terus dipertahankan dan diperkukuhkan.

"(PR Sabah dan Sarawak) Tak berpecah, itu pandangan berbeza. Itu pandangan negeri, tetapi akhirnya keputusan akan dibuat pusat.

"Kita kena dengar alasan mereka mengapa ambil tindakan tersebut."

Mengulas kedudukan PR di Selangor, Pengerusi PKR Selangor itu berkata, gabungan itu masih kukuh dan fokus kepada soal pembangunan negeri.

PR Sabah semalam secara rasmi memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan PAS negeri selepas tidak bersetuju dengan usaha PAS Pusat melaksanakan hudud.

Jurucakap PR Sabah yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Datuk Seri Lajim Ukin dilaporkan berkata, keputusan berkenaan dibuat dalam mesyuarat yang dihadiri wakil PAS, DAP dan PKR sendiri.

"Kami mengambil kira semua pandangan, faktor dan keadaan politik semasa dan mengambil keputusan yang berat untuk memutuskan hubungan kerjasama dengan PAS.

"Namun begitu, kami akan terus komited untuk berjuang dalam PR di antara PKR dan DAP," kata Lajim dalam sidang akhbar di Kota Kinabalu.

PAS semalam memutuskan untuk terus kekal bersama PR malah tidak membincangkan mengenai hubungan dengan gabungan itu dalam mesyuarat di Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur.

DAP Pusat sebelum ini mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang susulan beberapa tindakan beliau dianggap mengkhianati dasar bersama PR.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Rakyat tanggung RM1.5 bilion tampung jet peribadi kerajaan, kata PKR OLEH DIYANA IBRAHIM

Posted: 31 Mar 2015 04:30 PM PDT

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, jumlah kos penyengaraan operasi dan pengurusan jet ACJ319 sedia ada ialah RM304 juta bagi tempoh 2007 hingga 2015. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Mac, 2015.Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, jumlah kos penyengaraan operasi dan pengurusan jet ACJ319 sedia ada ialah RM304 juta bagi tempoh 2007 hingga 2015.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, jumlah kos penyengaraan operasi dan pengurusan jet ACJ319 sedia ada ialah RM304 juta bagi tempoh 2007 hingga 2015.

PKR mendakwa hari ini jumlah yang perlu ditanggung rakyat bagi kos penggunaan 2 pesawat rasmi kerajaan, iaitu ACJ319 dan ACJ320, akan mencecah RM1.5 bilion bagi tempoh 15 tahun akan datang.

Dalam pendedahan terkini mengenai pembelian jet baru oleh Putrajaya, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, jumlah kos penyengaraan operasi dan pengurusan jet ACJ319 sedia ada ialah RM304 juta bagi tempoh 2007 hingga 2015.

Bagi kos penyenggaraan jet baharu (ACJ320) pula, ia menelan belanja penyenggaraan, operasi dan pengurusan sebanyak RM690 juta bagi tempoh 15 tahun.

"Jika ditambah dengan kos operasi, penyenggaraan dan pengurusan bagi jet sedia ada dalam tempoh 7 tahun akan datang, jumlah bagi dua jet peribadi perdana menteri adalah RM1.098 bilion.

"Jika dicampur dengan pembayaran kos sewa beli bagi jet baru sebanyak RM465 juta, jumlah yang perlu ditanggung rakyat bagi dua buah jet ini akan cecah RM1.563 bilion bagi tempoh 15 tahun akan datang," katanya pada sidang media di lobi Parlimen. – 31 Mac, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Mahkamah tolak tahanan reman 3 pengarang TMI OLEH JENNIFER GOMEZ, ISTA KYRA SHARMUGAM DAN LOW HAN SHAUN

Posted: 31 Mar 2015 04:00 PM PDT

 
Pengarang Urusan The Malaysian Insider Lionel Morais (kanan) dan Pengarang Analisis dan Rencana Zulkifli Sulong (kiri) ketika dibawa ke balai polis Dang Wangi, semalam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Mac, 2015.

Pengarang Urusan The Malaysian Insider Lionel Morais (kanan) dan Pengarang Analisis dan Rencana Zulkifli Sulong (kiri) ketika dibawa ke balai polis Dang Wangi, semalam.

Pengarang Urusan The Malaysian Insider Lionel Morais (kanan) dan Pengarang Analisis dan Rencana Zulkifli Sulong (kiri) ketika dibawa ke balai polis Dang Wangi, semalam.

Tiga pengarang kanan The Malaysian Insider (TMI) yang ditahan pihak berkuasa semalam akan dibebaskan hari ini setelah majistret menolak permohonan perintah reman polis terhadap mereka.

Mereka ialah Pengarang Urusan Lionel Morais, Pengarang Berita Bahasa Amin Shah Iskandar dan Pengarang Analisis dan Rencana Zulkifli Sulong.

Anak Zulkifli, Nadia, yang merupakan seorang peguam, berkata ketiga-tiga mereka dijangka dilepaskan dari balai polis Dang Wangi jam 7 petang ini.

Peguam mereka, Syahredzan Johan juga menulis di akaun Twitternya yang reman ditolak majistret Tuan Nazri Omran.

Ketiga-tiga mereka ditangkap pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia berhubung laporan TMI pada 25 Mac, memetik sumber, mengatakan mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi membolehkan kerajaan PAS melaksanakan hudud di Kelantan.

Bagaimanapun, penerbit The Edge Ho Kay Tat dan Ketua Eksekutif TMI Jahabar Sadiq, yang ditahan polis pagi ini kerana perkara yang sama, masih dalam tahanan ketika ini.

Mereka ditangkap ketika datang ke balai polis Dang Wangi bagi direkodkan kenyataan. TMI dimiliki The Edge Media Group.

Polis berkata mereka akan memohon perintah tahanan reman ke atas Ho dan Jahabar.

Tangkapan itu dibuat sebagai sebahagian siasatan susulan laporan polis dibuat seorang pegawai Majlis Raja-raja minggu lalu. Satu lagi laporan polis turut dibuat Pemuda Umno Kedah.

Polis merampas telefon dan komputer riba milik pengarang tersebut bagi membantu siasatan.

Lionel, Amin dan Zulkifli bermalam di lokap Dang Wangi malam tadi.

Pemimpin masyarakat sivil dan bekas Presiden Majlis Peguam Civil Datuk Ambiga Sreenevasan hadir ketika pendengaran reman di balai polis Dang Wangi pagi ini bagi menyatakan sokongan.



- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Keputusan PKR Sabah bukan rasmi, kata Azmin

Posted: 31 Mar 2015 09:00 AM PDT

 
 

Walaupun PKR Sabah memutuskan hubungan dengan PAS negeri itu dalam keputusan mengejut semalam, namun ia bukan keputusan rasmi parti, jelas timbalan presiden PKR.

Mohamed Azmin Ali berkata tindakan PKR Sabah, bersama DAP negeri, hanyalah pandangan pemimpin parti di peringkat negeri.

"Kita kena dengar apa perbincangan di peringkat negeri dan akan bawa dalam mesyuarat biro politik kita dan pendirian PKR di peringkat pusat ialah kita mahu Pakatan terus dipertahankan dan diperkukuhkan.

"Tidak berpecah (Pakatan di Sabah dan Sarawak). Itu pandangan berbeza, itu pandangan negeri tapi akhirnya keputusan akan dibuat oleh (pemimpin) pusat. Kita kena dengar alasan mereka mengapa ambil tindakan tersebut," katanya ketika ditemui pemberita di lobi bangunan Annex, Shah Alam.

Semalam, PKR dan DAP Sabah memutuskan hubungannya dengan PAS di negeri itu susulan ketegasan parti Islam meneruskan pelaksanaan hudud di negara ini.



Malaysiakini

AG cuba ketepi saman RM24 juta esok

Posted: 31 Mar 2015 08:30 AM PDT

   

Rosli Dahlan, yang mewakili pengurus stor Borders Nik Raina Nik Abdul Aziz dam sarjana Kassim Ahmad, akan menghadapi tugas mencabar esok.

Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail akan memfailkan rayuan untuk mengetepikan saman RM24 jutanya kerana pertuduhan berniat jahat.

Dengan tarikh 1 April esok, Rosli mungkin tertanya-tanya sama ada perkara itu sebuah jenaka Hari April Fool untuknya dalam kes saman berprofil tinggi di Mahkamah Rayuan esok.

Dalam kes itu, bekas ketua polis negara Tan Sri Muhasa Hasan dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dinamakan sebagai defendan atas kapasiti peribadi.

Kes itu berkaitan apa yang dikenali sebagai "skandal Copgate " yang difailkan Rosli di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2013.

April lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Vazeer Alam Mydin Meera menolak permohonan Gani untuk mengetepikan saman itu atas alasan AG "tidak kebal terhadap tindakan undang-undang".


Malaysiakini

Mualaf Shafee dapat injunksi baru

Posted: 31 Mar 2015 07:45 AM PDT

 
 

 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendapat injunksi bagi menghalang Majlis Peguam membincangkan dakwaan salah lakunya semasa berceramah mengenai kes Liwat II.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad membenarkan injuksi baru itu bagi menggantikan injuksi ex-parte yang berakhir pada 3 April.

Injunksi baru ini akan diteruskan sehingga saman oleh peguam yang dikaitkan dengan Umno itu dilupuskan.

Hakim Asmabi membenarkan injunksi itu di dalam kamar walau mendapat bantahan daripada peguam Majlis Peguam, Lambert Rasa-Ratnam dan peguam mewakili Tommy Thomas dan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Tan Sri VC George.

Perkembangan baru ini didedahkan oleh peguam Shafee, Kamarul Hisham Kamaruddin dan juga Datuk S Ambiga yang mewakili Thomas.

Kamarul Hisham memberitahu wartawan bahawa perkara itu kekal sehingga saman tersebut dilupuskan. George diwakili oleh Porres Royan.

Hakim Asmabi juga menetapkan tarikh 13 Mei untuk pendengaran injunksi inter-parte dan juga permohonan Majlis Peguam untuk mengenepikan injunksi ex-parte Shafee.

Mahkamah juga menetapkan tarikh 14 April untuk pengurusan kes.

Shafee berjaya mendapat injunksi ex-parte itu sehari sebelum mesyuarat agung Majlis Peguam, pada 13 Mac.

Ia bagi menyekat satu usul oleh Thomas, yang disokong oleh George, daripada dibincangkan di AGM tersebut.

Thomas dan George memfailkan usul agar Shafee dibawa ke lembaga disiplin Majlis Peguam.

Tindakan itu bagi membincangkan mengenai siri ceramah yang dijalankannya mengenai sabitan kes Anwar.

Shafee mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes Liwat II itu.

Majlis peguam juga membangkitkan mengenai tindakan Shafee mengadakan sidang akhbar untuk mengkritik Anwar, sedangkan bekas timbalan perdana menteri itu tidak dapat menjawab kerana dalam tahanan.

Tindakan Shafee itu didakwa melanggar Peraturan Rules 5(a), 31, 32, 33 dan 49  Peraturan (Amalan dan Etika) Profesion Guaman 1978.



Malaysiakini

Jurang pendapatan M'sia lebih rendah dari S'pura

Posted: 31 Mar 2015 07:00 AM PDT

 
 

Tahap perbezaan jurang pendapatan di Malaysia lebih rendah berbanding negara Asia lain seperti Jepun, Cina dan Singapura, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Othman Abdul (Umno-Pendang) di Parlimen hari ini.

Razali (kanan) sekali gus menolak dakwaan bahawa pengagihan kekayaan di negara ini masih lemah.

Katanya Indeks Gini, kaedah mengukur ketidaksetaraan, di Malaysia menunjukkan mata 0.421, berdasarkan data awal pendapatan isi rumah pada 2014.

Sebagai perbandingan, Indeks Gini bagi Jepun mencatatkan mata 0.488, Singapura (0.478) dan Cina (0.474).





Malaysiakini

'Husni mesti betulkan jawapan silap isu 1MDB'

Posted: 31 Mar 2015 06:15 AM PDT

   

Pemimpin pembangkang menggesa Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah memperbetulkan kenyataan berhubung kemungkinan penjualan aset tenaga 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Edra Global Energy Berhad.

Husni di tahun lepas memberitahu Dewan Rakyat bahawa CIMB Group dilantik oleh 1MDB untuk membuat penilaian pihak ketiga berhubung asetnya untuk tawaran awam awal (IPO).

Bagaimanapun, CIMB pada hari berikutnya mengeluarkan kenyataan bahawa mereka ditugaskan untuk "mencari pelabur strategik untuk kemungkinan penjualan Edra Global Energy Berhad".

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua (kanan) berkata Husni salah dengan mengelirukan Dewan Rakyat semasa ucapan penggulungannya.

"CIMB jelaskan bahawa peranan mereka untuk mencari pelabur untuk Edra. Ia tiada kena mengena dengan IPO.

"CIMB tidak berminat dengan IPO lagi," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Pua berkata Husni masih mempunyai dua hari lagi untuk membetulkan kesilapan itu.

"Beliau patut datang ke Parlimen untuk menjelaskan kenyataannya secara langsung atau melalui jawatan kementerian.

"Jika tidak kami akan usulkan untuk merujuknya ke jawatankuasa hak dan kebebasan," katanya.



Malaysiakini

Tiada komitmen untuk ‘buktikan rakyat salah’ dalam isu integriti PDRM - oleh Alyaa Alhadjri

Posted: 31 Mar 2015 05:30 AM PDT

 

"Kami tidak mempunyai cara lain untuk membangkang semua keraguan yang dibangkitkan dan dakwaan prejudis yang dibuat, kecuali untuk membuktikan yang ianya salah."

Membaca petikan oleh bekas ketua hakim negara Mahkamah Perlembagaan Indonesia, Hamdan Zoelva saya terpegun dengan komitmen beliau untuk memperbaiki kredibiliti institusi itu – yang dibina dengan cermat dan teliti selama 10 tahun – tetapi musnah dalam sekelip mata apabila ketua hakim negara sebelum itu, Akil Mochtar ditangkap pada tahun 2013 oleh pegawai anti-rasuah semasa menerima wang tunai rasuah berjumlah berjuta-juta Rupiah.

Akil kemudiannya didapati bersalah kerana rasuah dan menjadi orang pertama yang dikenakan hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Korupsi Indonesia.

Walaupun kerelevanan Mahkamah Perlembagaan di Malaysia adalah sebuah subjek untuk artikel lain, Hamdan (yang pada masa itu adalah timbalan Akil itu) telah menunjukkan keberanian dan kebijaksanaan untuk mengekalkan kepercayaan orang ramai terhadap institusi kehakiman yang ditubuhkan sebagai salah satu instrumen utama pembaharuan Indonesia pasca-Soeharto.

Kurang daripada 24 jam selepas Akil ditangkap, Hamdan telah bertemu dengan semua lapan hakim mahkamah perlembagaan, dan kemudian mengumumkan penubuhan Majlis Kehormatan khas lima anggota untuk menjalankan siasatan dalaman dan membuat keputusan mengenai kedudukan Akil.

Komitmen sebegitu adalah jelas kurang dari pemimpin-pemimpin institusi tadbir urus kita sendiri, bermula dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Persepsi rakyat terhadap kredibiliti keseluruhan Polis Diraja Malaysia, berdasarkan kaedah "kawalan Twitter" beliau, jelas tidak memberi kesan kepada Khalid yang masih berkeras bahawa tindakan terhadap dakwaan perbezaan pendapat di Internet adalah satu langkah yang 'cekap'.

Khalid juga berdegil terus meningkatkan tanggapan awam bahawa beliau – dan oleh itu pasukan polisnya – terlibat dalam penganiayaan terpilih terhadap individu-individu yang mana pandangan mereka disifatkan sebagai menghasut atau memudaratkan keselamatan awam (sebenarnya: anti-kerajaan).

Jika tidak, bagaimana lagi kita boleh mewajarkan gaya sombong pasukan polis memberi maklum balas kepada kebimbangan yang sah berkenaan kaedah mereka menjalankan tugas?

Antara lain, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata pada 29 Mac yang tidak ada keperluan untuk 10 anggota polis datang ke rumahnya pada awal pagi untuk menangkapnya, kerana beliau secara sukarela akan pergi ke balai polis untuk merekodkan keterangannya.

Ketua polis bagaimanapun menolak kritikan ahli parlimen PAS itu dan berkata pihaknya bersedia untuk mengambil tindakan pada bila-bila masa terhadap individu-individu yang didakwa melakukan kesalahan mencetuskan rusuhan awam. Sikap Khalid hampir berbeza sama sekali dengan Hamdan, yang dalam bukunya bertajuk

"Pergulatan Konstitusi" (Kemelut Perlembagaan), mengingati kekecewaannya apabila wakil-wakil dari Mahkamah Perlembagaan telah dikecualikan daripada mesyuarat yang dijalankan oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dengan ketua-ketua agensi-agensi persekutuan Indonesia, untuk membincangkan perkembangan berikut penangkapan Akil.

Terdapat lima perkara yang terkandung dalam agenda Susilo untuk menyelamatkan Mahkamah Perlembagaan, termasuk keperluan untuk adanya sebuah mekanisme pemantauan, atas alasan "dalam sebuah demokrasi yang berfungsi, tiada kuasa yang tidak harus dikawal" kerana ia kemudiannya akan disalahgunakan.

Hamdan, sebagai tindak balas, mempengerusikan sebuah mesyuarat selama tujuh jam dengan kesemua lapan hakim Mahkamah Perlembagaan, dan selepas itu mereka telah menandatangani perjanjian 12-perkara yang menangani cadangan-cadangan khusus yang dibuat oleh Susilo.

Kembali semula di Malaysia, sikap tidak peduli secara terang-terangan terhadap pandangan rakyat boleh menyebabkan pentadbiran Barisan Nasional di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak membuat apa-apa cadangan yang 'sama' untuk meningkatkan tanggapan orang ramai terhadap pasukan polis.

Sekali lagi, ia tidak mengejutkan memandangkan cadangan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai kelakuan polis telah menerima sambutan dingin daripada mereka yang berkuasa.

Malah, cadangan itu sekadar 'ditangani' dengan pembentukan sebuah versi lemah pemerhati bebas ke atas PDRM, bukan sebuah badan 'ombudsman' polis bebas yang akan menyelamatkan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap polis.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

" GARIS PANDUAN DALAM HIBURAN MAKSIAT " - tikaq buloh

Posted: 31 Mar 2015 04:45 AM PDT

Alahai JAKIM. Kebanyakannya yang dibawa dari luar negara seperti k-pop dan artis barat semuanya mengundang maksiat, nak letak garis panduan apa lagi. Bukankah lagi bagus kalau haramkan terus. 
 
Atau pun haramkan orang-orang Islam perempuan dan lelaki sahaja kalau alasan menghormati agama lain, tapi pengamatan aku artis k-pop nih melayu ja pun yang tergedik-gedik, orang cina taklah taksub sangat.




Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datk Seri Jami Khir Baharom berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyediakan garis panduan untuk memelihara tatasusila dan akhlak penghibur dan penonton agar tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Beliau berkata garis panduan itu sebagai membantu Jawatan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) yang memberi kebenaran bagi aktiviti hiburan melibatkan artis luar negara.

"Antara isi kandungan garis panduan tersebut ialah persembahan yang tidak mengandungi ungkapan yang melanggar akidah dan syariat Islam dan persembahan artis serta interaksi dengan penonton hendaklah secara sopan dan disertai kata-kata yang boleh membina nilai-nilai kemanusiaan," jawapan bertulis Jamil dipetik .

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) yang bertanyakan mengenai sejauh mana keseriusan kerajaan dalam menguatkuasakan Garis Panduan Hiburan Dalam Islam yang diterbitkan oleh Jakim.

Sebelum ini, kontroversi tercetus ekoran rakaman video aksi gadis bertudung berpelukan dengan artis lelaki K-pop Korea di atas pentas sehingga menimbulkan cemuhan pelbagai pihak.


Video 3.22 minit itu antaranya menunjukkan adegan gadis bertudung naik ke pentas sebelum berpelukan dan ada yang dicium oleh artis itu, sambil disambut sorakan penonton.  
 

Kos selenggara jet baru Najib,15 tahun RM690 juta saja?.. Macai tentu bangga..

Posted: 31 Mar 2015 04:00 AM PDT


Hakikatnya walau berapa Billion RM sekalipun yang perlu Kerajaan Barisan Nasional keluarkan untuk kos penyelangaraan jet baru itu.. macai tak kisah..

Sebabnya mereka berbangga apabila melihat Rosmah dan Najib menaiki jet tersebut.. bagi mereka boleh melihat jet tersebut dan melambai-lambai kepada jet yang terbang itu adalah satu kebanggan yang amat sangat..

Malah mereka juga suatu hari nanti dengan bangganya akan menceritakan kepada anak cucu mereka...

"Dulu masa atuk muda-muda.. Atuk pernah melampai-lambai sambil melompat-lompat keriangan bila nampak jet yang dinaiki Perdana Menteri terbang...."

"Atuk melompat-lompat gembira sebab Atuk bangga ada Perdana Menteri yang bijak dalam menguruskan ekonomi negara.. "

"Atuk juga bangga sebab Atuk dah bayar GST untuk membolehkan Najib beli jet baru itu.. walaupun Atuk terpaksa makan mee segera hari-hari.. "

"Itulah pengorbanan Atuk buat Perdana Menteri yang Atuk sayangi masa itu... "

Kalau cucunya juga kurang cerdik, cucunya itu pasti kagum.. tapi kalau cucunya lebih cerdik.. akan bertanyalah cucunya..

"Awat Atuk bodoh sangat?"


Laporan berkaitan...

PKR mendakwa kos penyenggaraan, operasi dan pengurusan (OMM) jet baru perdana menteri ACJ320 akan menelan belanja RM690 juta untuk tempoh 15 tahun.  
Naib Presidennya Rafizi Ramli mendakwa kiraan itu berdasarkan penetapan kontrak RM46 juta setahun untuk urusan itu.  
"Jika ditambah dengan kos OMM bagi jet sedia ada ACJ319 bagi tempoh tujuh tahun akan datang, jumlah OMM bagi dua buah jet peribadi perdana menteri adalah RM1.098 bilion," dakwanya,  
Rafizi mendakwa, pecahan pembayaran itu seperti berikut:  
- Tahun 2007 hingga 2010: RM110 juta Tahun 2011 hingga 2015
- RM194 juta Khidmat disambung 2016 hingga 2022
- RM408 juta Setakat ini,  
Putrajaya masih belum menolak angka dikemukakan Rafizi itu.  
Bagaimanapun, seorang anggota Parlimen penyokong kerajaan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim mempertahankan tindakan membeli jet itu.  
Menurutnya, tindakan itu dapat mengurangkan kos penyelenggaraan dan memastikan keselamatan pemimpin negara dalam perjalanan.  
Pembelian itu dikritik hebat susulan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) esok, yang didakwa aktivis dan pembangkang akan membebankan rakyat terbanyak ~ Malaysiakini

Polis tangkap pengarang TMI kerana laporan hudud

Posted: 31 Mar 2015 03:15 AM PDT


Polis hari ini memberkas tiga pengarang kanan The Malaysian Insider iaitu pengarang urusan Lionel Morais, pengarang berita bahasa Amin Shah Iskandar dan pengarang analisis dan rencana Zulkifli Sulong berhubung satu laporan mengenai hudud yang menyentuh Majlis Raja-raja.

Pihak polis bersama anggota Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) datang ke pejabat The Malaysian Insider di Mutiara Damansara petang ini dan membuat tangkapan.

Tindakan itu merupakan sebahagian daripada siasatan selepas laporan polis dibuat seorang pegawai dari Majlis Raja-raja minggu lepas.

Kira-kira 12 anggota polis dan SKMM tiba di pejabat itu lebih kurang jam 5.52 petang ini.

Mereka menghabiskan kira-kira setengah jam memeriksa komputer salah seorang pengarang sebelum meneruskan dengan menyoalsiasat Morais, Amin dan Zulkifli.

Peguam Syahredzan Johan, yang bersama mereka berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Katanya, ketiga-tiga pengarang itu akan ditahan di balai polis Dang Wangi malam ini dan polis akan memohon perintah reman ke atas mereka esok pagi.

Sementara itu, Ho Kay Tat, ketua pegawai eksekutif kumpulan / penerbit The Edge Media Group, yang memiliki The Malaysian Insider, berkata tangkapan itu tidak perlu.

"Kami tak fikir timbul keperluan menangkap mereka kerana mereka boleh bertemu polis pada bila-bila masa bagi direkodkan kenyataan," katanya.

"Kami menyeru polis membebaskan mereka serta merta."

Bagaimanapun, katanya, pegawai polis dan penyiasat dari SKMM menunjukkan sifat mesra ketika menjalankan tugas mereka di pejabat The Malaysian Insider.

"Kami bekerjasama sepenuhnya dengan mereka, tetapi tidak berjaya meyakinkan mereka yang tidak perlu ketiga-tiga pengarang itu ditahan di lokap polis malam ini," kata Ho.

The Malaysian Insider melantik Syahredzan mewakili ketiga-tiga mereka  semasa pendengaran permohonan reman mereka esok.

Menurut laporan yang diterbitkan pada 25 Mac itu, memetik sumber, mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, undang-undang persekutuan yang perlu dipinda kerajaan PAS Kelantan bagi membolehkan pelaksanaan hudud.

Majlis Raja-raja membuat laporan polis pada 26 Mac menafikan ia mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung hudud Kelantan.

Semalam, Pemuda Umno Kedah memfailkan laporan polis terhadap The Malaysian Insider dan menggesa tindakan tegas diambil ke atas portal itu berhubung laporan tersebut.

Ahli Parlimen Barisan Nasional juga memperkatakan mengenai perkara itu di Parlimen.

Hari ini dan semalam, akhbar milik Umno, Utusan Malaysia menerbitkan beberapa laporan mendesak tindakan diambil ke atas portal itu. – TMI
Polis hari ini memberkas tiga pengarang kanan The Malaysian Insider iaitu pengarang urusan Lionel Morais, pengarang berita bahasa Amin Shah Iskandar dan pengarang analisis dan rencana Zulkifli Sulong berhubung satu laporan mengenai hudud yang menyentuh Majlis Raja-raja.
Pihak polis bersama anggota Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) datang ke pejabat The Malaysian Insider di Mutiara Damansara petang ini dan membuat tangkapan.
Tindakan itu merupakan sebahagian daripada siasatan selepas laporan polis dibuat seorang pegawai dari Majlis Raja-raja minggu lepas.

Kira-kira 12 anggota polis dan SKMM tiba di pejabat itu lebih kurang jam 5.52 petang ini. Mereka menghabiskan kira-kira setengah jam memeriksa komputer salah seorang pengarang sebelum meneruskan dengan menyoalsiasat Morais, Amin dan Zulkifli.
Peguam Syahredzan Johan, yang bersama mereka berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Katanya, ketiga-tiga pengarang itu akan ditahan di balai polis Dang Wangi malam ini dan polis akan memohon perintah reman ke atas mereka esok pagi.
Sementara itu, Ho Kay Tat, ketua pegawai eksekutif kumpulan / penerbit The Edge Media Group, yang memiliki The Malaysian Insider, berkata tangkapan itu tidak perlu.
"Kami tak fikir timbul keperluan menangkap mereka kerana mereka boleh bertemu polis pada bila-bila masa bagi direkodkan kenyataan," katanya.
"Kami menyeru polis membebaskan mereka serta merta."
Bagaimanapun, katanya, pegawai polis dan penyiasat dari SKMM menunjukkan sifat mesra ketika menjalankan tugas mereka di pejabat The Malaysian Insider.
"Kami bekerjasama sepenuhnya dengan mereka, tetapi tidak berjaya meyakinkan mereka yang tidak perlu ketiga-tiga pengarang itu ditahan di lokap polis malam ini," kata Ho.
The Malaysian Insider melantik Syahredzan mewakili ketiga-tiga mereka  semasa pendengaran permohonan reman mereka esok.
Menurut laporan yang diterbitkan pada 25 Mac itu, memetik sumber, mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, undang-undang persekutuan yang perlu dipinda kerajaan PAS Kelantan bagi membolehkan pelaksanaan hudud.
Majlis Raja-raja membuat laporan polis pada 26 Mac menafikan ia mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung hudud Kelantan.
Semalam, Pemuda Umno Kedah memfailkan laporan polis terhadap The Malaysian Insider dan menggesa tindakan tegas diambil ke atas portal itu berhubung laporan tersebut.
Ahli Parlimen Barisan Nasional juga memperkatakan mengenai perkara itu di Parlimen.
Hari ini dan semalam, akhbar milik Umno, Utusan Malaysia menerbitkan beberapa laporan mendesak tindakan diambil ke atas portal itu. – 30 Mac, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/polis-tangkap-pengarang-tmi-kerana-laporan-hudud#sthash.53SFBgLM.dpuf
Polis hari ini memberkas tiga pengarang kanan The Malaysian Insider iaitu pengarang urusan Lionel Morais, pengarang berita bahasa Amin Shah Iskandar dan pengarang analisis dan rencana Zulkifli Sulong berhubung satu laporan mengenai hudud yang menyentuh Majlis Raja-raja.
Pihak polis bersama anggota Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) datang ke pejabat The Malaysian Insider di Mutiara Damansara petang ini dan membuat tangkapan.
Tindakan itu merupakan sebahagian daripada siasatan selepas laporan polis dibuat seorang pegawai dari Majlis Raja-raja minggu lepas.

Kira-kira 12 anggota polis dan SKMM tiba di pejabat itu lebih kurang jam 5.52 petang ini. Mereka menghabiskan kira-kira setengah jam memeriksa komputer salah seorang pengarang sebelum meneruskan dengan menyoalsiasat Morais, Amin dan Zulkifli.
Peguam Syahredzan Johan, yang bersama mereka berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Katanya, ketiga-tiga pengarang itu akan ditahan di balai polis Dang Wangi malam ini dan polis akan memohon perintah reman ke atas mereka esok pagi.
Sementara itu, Ho Kay Tat, ketua pegawai eksekutif kumpulan / penerbit The Edge Media Group, yang memiliki The Malaysian Insider, berkata tangkapan itu tidak perlu.
"Kami tak fikir timbul keperluan menangkap mereka kerana mereka boleh bertemu polis pada bila-bila masa bagi direkodkan kenyataan," katanya.
"Kami menyeru polis membebaskan mereka serta merta."
Bagaimanapun, katanya, pegawai polis dan penyiasat dari SKMM menunjukkan sifat mesra ketika menjalankan tugas mereka di pejabat The Malaysian Insider.
"Kami bekerjasama sepenuhnya dengan mereka, tetapi tidak berjaya meyakinkan mereka yang tidak perlu ketiga-tiga pengarang itu ditahan di lokap polis malam ini," kata Ho.
The Malaysian Insider melantik Syahredzan mewakili ketiga-tiga mereka  semasa pendengaran permohonan reman mereka esok.
Menurut laporan yang diterbitkan pada 25 Mac itu, memetik sumber, mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, undang-undang persekutuan yang perlu dipinda kerajaan PAS Kelantan bagi membolehkan pelaksanaan hudud.
Majlis Raja-raja membuat laporan polis pada 26 Mac menafikan ia mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung hudud Kelantan.
Semalam, Pemuda Umno Kedah memfailkan laporan polis terhadap The Malaysian Insider dan menggesa tindakan tegas diambil ke atas portal itu berhubung laporan tersebut.
Ahli Parlimen Barisan Nasional juga memperkatakan mengenai perkara itu di Parlimen.
Hari ini dan semalam, akhbar milik Umno, Utusan Malaysia menerbitkan beberapa laporan mendesak tindakan diambil ke atas portal itu. – 30 Mac, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/polis-tangkap-pengarang-tmi-kerana-laporan-hudud#sthash.53SFBgLM.dpuf

Lagi Berita

Video Perempuan Melayu Megamuk Dan Maki Hamun Pemandu Teksi

Posted: 31 Mar 2015 02:30 AM PDT


 Rakaman berkaitan kes perempuan kereta myvi mengamuk terhadap pemandu teksi.

Video dengan durasi 1:02 minit itu melihatkan perlanggaran antara 2 buah kereta iaitu Myvi dan juga Teksi. Berikut adalah videonya.

Maklumbalas lain yang kami terima selepas itu melalui WhatsApp memaparkan pemandangan rakaman video lain dari pihak kumpulan wanita tersebut dan penjelasan lengkap tentang apa yang berlaku. Menurutnya, Teksi tersebut telah melanggar kereta kumpulan wanita tersebut. Berlaku kekecohan seketika hingga terpaksa ditenangkan orang ramai.

Dikatakan pemandu Teksi tersebut telah mencederakan salah seorang dari kumpulan mereka dan perbalahan lebih besar pula tercetus.

Berikut adalah video dari lensa kumpulan wanita tersebut.



Di Balai Polis, bapa kepada salah seorang dari wanita ini hadir selepas mendapat tahu akan apa yang berlaku dan telah menumbuk pemandu Teksi tersebut sehingga berdarah (gambar di bawah).



Kejadian sebegini bukan pertama berlaku. Baru sahaja tahun lalu kita digemparkan dengak kejadian lebih kurang sama yang berlaku kepada Kiki (CDM) dan steering lock keretanya. Kali ini datang satu lagi. 

Apapun yang berlaku, sebagai rakyat Malaysia yang terkenal dengan kesopanan dan kesusilaan, selesaikanlah dengan cara yang lebih bertamadun. 

Apapun memandangkan kes ini telah menjadi kes polis, biarlah pihak Polis yang menyelesaikannya.

- omedia