Isnin, 30 Mac 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Berhenti 6,000 pekerja MAS tak dapat dielak

Posted: 30 Mar 2015 11:00 PM PDT

 
Malaysia Airlines (MAS) berdepan situasi sukar dan rancangannya untuk mengurangkan 6,000 kakitangan itu adalah sesuatu yang tidak dapat dielak dan sebaliknya perlu diteruskan, kata bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Ong Tee Keat hari ini.

Khazanah Nasional Bhd, yang memiliki MAS, telah melakukan penilaian menyeluruh secara teliti mengikut Pelan Pemulihan bernilai RM6 bilion bagi syarikat penerbangan negara itu dan keperluan mengecilkan tenaga kerjanya adalah sangat kritikal bagi pelan tersebut, katanya.

Ong berkata demikian bagi mengulas bantahan yang disuarakan dalam kalangan kesatuan sekerja MAS yang telah merayu kepada Khazanah dan kerajaan supaya mengabaikan tindakan pemberhentian pekerja besar-besaran yang melibatkan satu pertiga daripada tenaga kerjanya.

"Kita tidak mampu untuk berada dalam zon selesa selama-lamanya. Jika kita katakan yang kita telah melakukan ini sejak beberapa tahun, jadi kenapa kita tidak boleh teruskannya. Jadi apakah pelan pemulihan atau perubahan yang kita bincangkan?," katanya.

"Adakah kita mahu terjerumus dalam perangkap lama yang sama, iaitu berbentuk bantuan kewangan, kita mahu dijamin keluar oleh kerajaan dan adakah itu sahaja. Justeru, sekarang kita perlu membuat pilihan, apakah ia sekadar dijamin keluar semata-mata atau pemulihan yang tulen dan sangat bermakna bagi kelangsungan syarikat penerbangan negara.

"Saya rasa ini adalah dua perkara utama yang kita perlu putuskan secara muktamad dan tegas demi kepentingan negara," katanya kepada Bernama.

Ong menekankan sejak awal lagi, semua maklum isu pemberhentian kerja sementara tidak dapat dielak dan pertemuan yang mencukupi telah dibuat dengan pelbagai kesatuan pekerja dan langkah pemberhentian kerja bukan menjadi satu isu sekarang.

"Langkah berikutnya selepas ini kemungkinan pemilihan pekerja yang sesuai, dan saya yakin keperluan mendapatkan bilangan pekerja yang sewajarnya bagi menepati bilangan tenaga kerja yang optimum dibincangkan. Ini adalah perkara yang tidak dapat dielak syarikat penerbangan itu.

"Ini bermakna bukan Khazanah mahu sedaya upaya untuk pemberhentian kerja sementara atau pembuangan mana-mana kakitangan, tetapi demi kelangsungan MAS, sama ada kita mahu syarikat baharu iaitu MAS yang baharu terus wujud, terus beroperasi atau sebaliknya," tambahnya.

Antara tujuan pelan penstrukturan semula bernilai RM6 bilion itu adalah supaya syarikat penerbangan tersebut meraih keuntungan dalam tempoh tiga tahun, Khazanah telah menjadikan MAS sebagai syarikat persendirian tahun lepas.

Penstrukturan semula MAS turut melibatkan langkah pengecilan tenaga  kerjanya.

Langkah penilaian pekerja yang menyeluruh telah diselesaikan pada awal Februari, melibatkan kira-kira 20,000 kaitangan dengan mengambil kira rekod prestasi, pengalaman, kelayakan, sifat tingkah laku, rekod disiplin, kecekapan, serta aspirasi untuk menyertai MAS NewCo.

Penilaian tersebut juga menyaksikan 500 eksekutif kanan MAS menjalani perbincangan selama tiga jam dengan perunding bebas.

Pusat Pembangunan Korporat yang dijangka memulakan operasi pada 1 April, 2015 akan menyediakan landasan dan peluang bagi penempatan luar serta latihan semula kakitangan MAS yang terlibat.

Pusat tersebut akan menyediakan pekerja yang diberhentikan dengan akses kepada perkhidmatan yang pelbagai, termasuk pemprofilan tenaga kerja, kaunseling kerjaya, latihan asas dan terperinci, kemahiran mencari kerja, keusahawanan, penempatan dan rancangan persaraan.

Langkah terbaru dalam penstrukturan semula syarikat itu adalah pelantikan Christoph Mueller sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan yang diawalkan daripada Julai kepada 1 Mei.

Hasrat itu membenarkan Mueller mengetuai usaha penstrukturan semula syarikat dan membolehkan masa yang tepat untuk peralihan kepada MAS NewCo, Malaysia Airlines Bhd.

Mengulas mengenai kenyataan kesatuan bahawa aset teras kepada syarikat penerbangan itu adalah "kemahiran, pengalaman dan kesanggupan kakitangan" dan tenaga kerja sewajarnya tidak dianggap sebagai komoditi, Ong mengulangi adalah sia-sia untuk bercakap mengenai sentimen pada masa ini kerana kegagalan bukan lagi satu pilihan dan pelan pemulihan yang sedang dilaksanakan sewajarnya menjadi yang terakhir kepada MAS.

"Ini adalah soal hidup atau mati untuk syarikat itu. Anda mungkin memiliki kepakaran, bakat dan kesemuanya namun, jika tenaga kerja dianggap terlalu berlebihan, anda perlu kurangkannya demi kelangsungan dan ini adalah keputusan sukar yang perlu dibuat.

"Dalam hal ini, kita memberi jaminan 6,000 pekerja itu akan diberi kemahiran, dilatih dan ditugaskan semula. Ini bermakna mereka akan mendapat pekerjaan, kecuali mereka memilih untuk tidak menyesuaikan diri dengan perubahan itu.

"Selain itu, kerajaan sewajarnya sedar mengenai beberapa faktor utama atas kegagalan kita menguruskan MAS.

"Kita bercakap dari masa ke semasa, perbelanjaan yang membazir, atau kontrak yang akan dianggap tidak kondusif kepada MAS, semua ini perlu dikaji semula. Semua ini telah diperkatakan.

"Sudah tentu tidak adil untuk menyatakan hanya 6,000 orang dijadikan alasan bagi kegagalan MAS," katanya.

- Bernama

Mahkamah Jitra gempar bom palsu

Posted: 30 Mar 2015 10:15 PM PDT

 
Mahkamah Jitra gempar buat seketika selepas kakitangannya menerima panggilan bom palsu daripada seorang lelaki tidak dikenali awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Abd Rahim Abdullah berkata seorang kerani mahkamah telah memaklumkan kepada pihak polis kira-kira 9.30 pagi tadi tentang panggilan berkenaan daripada seorang lelaki.

Katanya, kerani itu mengatakan pemanggil dipercayai berbangsa India berdasarkan telor percakapannya.

Orang itu mendakwa bom akan meletup dalam tempoh tiga minit, kata Abd Rahim.

Beliau berkata pemeriksaan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Kedah dan dibantu oleh anggota Polis Kubang Pasu tidak menemui sebarang objek mencurigakan.

Polis kemudian mengisytiharkan kawasan persekitaran mahkamah itu selamat dan mahkamah dibenarkan menyambung semula prosidingnya.

- Bernama
 


Malaysiakini

Polis, SKMM serbu portal, tiga editor ditangkap

Posted: 30 Mar 2015 09:30 PM PDT

 
 

Lebih 10 pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis lewat petang ini menyerbu pejabat portal berita The Malaysian Insider (TMI) di Petaling Jaya.

Tiga editor kanan portal berita itu ditangkap untuk siasatan bawah Seksyen 4 Akta Hasutan and Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Editor urusan Lionel Morais, editor berita edisi Melayu Amin Iskandar dan editor rencana Zulkifli Sulong ditahan di lokap balai polis Dang Wangi, Kuala Lumpur malam ini.

Polis juga merampas komputer dan telefon tangan milik mereka, Amin memberitahu Malaysiakini.

Polis sahkan penahanan itu untuk siasatan berhubung laporan berita palsu mengenai Majlis Raja-Raja Melayu yang menolak hudud, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Minggu lalu, selepas aduan polis, Majlis Raja-Raja Melayu berkata ia tidak pernah menolak hudud seperti dilaporkan portal itu.

Malah, mereka tidak pernah membangkitkan isu enakmen syariah itu dalam mesyuarat mereka baru-baru ini, kata Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad.



Malaysiakini

Penjelasan Presiden PAS berkenaan "Private Bill" Akta 355 yang di bawa ke parlimen

Posted: 30 Mar 2015 08:45 PM PDT




Private bill

Usaha membawa private bill ke parlimen hanya satu usaha kecil kita. Ia belum lagi ke tahap pelaksanaan hudud secara menyeluruh. Ia hanya satu usaha untuk memperbetulkan kepincangan di dalam Perlembagaan Persekutuan.


Perlembagaan meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Agama-agama lain bebas diamalkan, sedangkan Islam tidak bebas dilaksanakan dengan sekatan seperti yang terkandung di dalam Akta 355 berkait dengan kuasa Mahkamah Syariah.

Mahkamah Syariah hanya diberi kuasa menjatuhkan hukuman tidak lebih dari 3 tahun penjara, RM5,000 denda dan 6 kali sebatan sedangkan undang-undang Islam menetapkan 40 ke 80 sebatan bagi kes minum arak, 80 sebatan bagi kes qazaf dan 100 rotan bagi kesalahan zina.

Maka akta ini perlu dipinda bagi memberi laluan kepada sebahagian kecil undang-undang Islam untuk dilaksanakan. Bukan semua undang-undang Islam. Ia perjuangan yang masih panjang kerana untuk melaksanakan undang-undang Islam secara keseluruhannya memerlukan pindaan 


Perlembagaan Persekutuan perkara 76. Ia memerlukan sokongan 2/3 di Dewan Rakyat sedangkan untuk meminda Akta 355 ini hanya memerlukan simple majoriti.

Kita tahu perangai Umno macam mana. Tapi kita tetap mengambil risiko membentangkan private bill ini dengan anggapan parlimen kita masih didominasi oleh ahli-ahli parlimen beragama Islam. Dan kita mengharapkan sokongan dari semua ahli parlimen beragama Islam sama ada dari PAS, Umno dan PKR.

Jika Umno sokong, tak perlulah kita tanya mereka ikhlas atau tak ikhlas. Ikhlas ini kerja Allah, bukan kerja kita. Dan jika mereka menipu dan cuba memperdayakan kita, kita tidak harus gentar kerana kita ada Allah, dan Allah menjanjikan kepada kita: 


"Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dialah yang menguatkanmu dengan pertolongan-Nya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman." (Al-Anfal: 62)

Mesyuarat agung kali ini adalah mesyuarat memilih pimpinan yang baru. Kepimpinan adalah amanah. Mereka adalah nakhoda yang  perlu meneruskan perjuangan ini berpandukan Al-Quran. Justeru pilihlah nakhoda yang pandai baca peta. Jangan pilih nakhoda yang tak tahu baca peta. Dan peta kita adalah Al-Quran

Petikan ucapan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kuala Krau di Darul Hikmah pada 29 Mac 2015 yang dicatat oleh Aris Azlan.

Keadaan Terkini Awal Asaari

Posted: 30 Mar 2015 08:30 PM PDT

 


Beliau bengkak pada bahagian mulut dan sakit pada bahagian belakang.

Doakan cepat sembuh.

Shafee Mualaf fail saman fitnah terhadap Majlis Peguam dan peguam

Posted: 30 Mar 2015 08:00 PM PDT

Peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memfailkan saman fitnah terhadap Majlis Peguam Malaysia dan tiga yang lain kerana cuba membincangkan kelakuannya pada mesyuarat agung tahunan (AGM) majlis itu dua minggu lalu, kata peguamnya Kamarul Hisham Kamaruddin.

"Ya, anak guam saya memfailkan saman fitnah sebagai tindakan terhadap defendan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Shafee memfailkan saman itu dan satu injunksi menghalang Majlis Peguam, bekas Presiden Christopher Leong, peguam Tommy Thomas dan Tan Sri VC George Shafee memperoleh injunksi ex-parte itu pada hari berikutnya daripada hakim Datuk Asmabi Mohamad bagi menghentikan usul difailkan Thomas dan disokong George yang akan dibincangkan pada AGM 14 Mac.

Mahkamah akan mendengar permohonan hari ini bagi mengetepikan injunksi Shafee itu yang menghentikan perbincangan mengenai kelakuan peguam kanan itu ketika mengambil bahagian dalam road show mengenai perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Leong dan Majlis Peguam diwakili Lambert Rasa-Ratnam, sementara Datuk Ambiga Sreenevasan akan mewakili Thomas, dan Porres Royen untuk George. Thomas dan George, dua anggota kanan Majlis Peguam, pada AGM itu menggesa majlis itu mengambil tindakan terhadap Shafee berhubung kelakuannya susulan sabitan Anwar oleh Mahkamah Persekutuan.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Bung: Nasib baik polis tak acu pistol ke kepala

Posted: 30 Mar 2015 07:30 PM PDT

 

Perbahasan panas berlangsung di Parlimen berhubung perhimpunan Kita Lawan.

Anggota Parlimen Umno Bung Mohtar Radin berkata di sesetengah negara, polis sudah pun mengacukan senjata masing-masing.

Wakil rakyat Kinabatangan itu mengeluarkan kenyataan itu ketika bertegang urat dengan wakil PKR daripada Kapar G Manivanan.

Bung membidas pembangkang susulan kritikan terhadap polis berhubung siasatan dan tangkapan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat dan aktivis.

Katanya pembangkang bernasib baik kerana Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menggunakan senjata untuk menyuraikan perhimpunan.

Bung berhujah, pembangkang sering membuat masalah dengan perhimpunan mereka tetapi apabila polis bertindak, mereka mendakwa polis kejam dan menyalah guna kuasa.

Katanya, di negara lain, sewaktu penguatkuasaan polis kadang kala mengacukan pistol ke kepala.

Berang dengan kenyataan itu, Manivannan meminta Timbalan Speaker Datuk Roland Kiandee menegur Bung.

BN Selangor digesa segera lantik Ketua Pembangkang FMT Reporters

Posted: 30 Mar 2015 07:00 PM PDT

 
hannah-yeoh-IMG_6429-72DUN tidak mengiktiraf jawatan penyelaras dan hanya jawatan Ketua Pembangkang sahaja yang diiktiraf.
SHAH ALAM : Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) Selangor disaran menyemak semula keputusan tidak menamakan calon Ketua Pembangkang baharu pada persidangan DUN yang bermula hari ini.

Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh berkata, ini disebabkan selepas DUN melakukan pindaan peratuan tetap pada November tahun lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Kerajaan (PAC) Selangor dan Ketua Pembangkang harus diisi oleh BN.

Menurut beliau, walaupun kepimpinan BN Selangor memutuskan untuk memilih Mat Nadzari Ahmad Dahlan iaitu ADUN Batang Kali sebagai Penyelaras ADUN BN, jawatan tersebut tidak diiktiraf oleh DUN Selangor.

"Selepas Ketua Pembangkang Datuk Mohd Shamsudin Lias meletak jawatan, saya telah menulis dua surat kepada kepimpinan BN Selangor untuk menamakan Ketua Pembangkang yang baru dan mereka membalas secara rasmi yang mengatakan mereka tidak berhasrat untuk melantik seorang Ketua Pembangkang tetapi mereka mempunyai seorang penyelaras.

"DUN tidak mengiktiraf jawatan penyelaras dan hanya jawatan Ketua Pembangkang sahaja yang diiktiraf," katanya kepada pemberita selepas Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal ke-3 Dewan Negeri Selangor yang ke-13 tahun 2015 di sini hari ini.

Sehubungan dengan itu, Hannah menggesa supaya BN menamakan Ketua Pembangkang dengan secepat mungkin agar DUN Selangor mempunyai semak dan imbang

Hannah turut ditanya siapakah penyelaras yang dilantik oleh BN Selangor dan beliau berkata "penyelaras itu (ADUN) Batang Kali (Mat Nadzari Ahmad Dahlan), tapi jawatan itu tidak diiktiraf"," katanya.

Hannah turut ditanya adakah BN akan dikenakan tindakan kerana tidak melantik Ketua Pembangkang dan beliau menyatakan BN tidak ada tindakan dikenakan.

"Kita melihat jika tidak ada Ketua Pembangkang, mereka tidak bersedia untuk menjadi kerajaan sekali lagi. Semudah itu.

"Selagi kerusi itu tidak diisi oleh BN, maka selagi itulah mereka belum bersedia untuk menjadi kerajaan lagi," katanya.


FMT

GST akan menjerut BN di PRU14?

Posted: 30 Mar 2015 06:30 PM PDT

Jika BN gagal kendali GST, impaknya pada PRU. Ho Kit Yen | March 30, 2015 Pakatan Rakyat (PR) mungkin akan menggunakan peluang itu dengan janji memansuhkan GST dalam manifesto pilihan raya mereka. Datuk-Ibrahim-Ali_600

KUALA LUMPUR: Perkasa akui sebarang masalah berkaitan GST yang gagal diselesaikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) selepas pelaksanaannya kelak akan digunakan sebagai peluang oleh Pakatan Rakyat (PR) untuk memancing undi daripada rakyat. "Bolehkah kerajaan menjamin harga akan terus dikawal dan tidak wujud sebarang masalah selepas GST dilaksana?".

"Jika mereka (kerajaan) gagal menangani masalah dalam tempoh tiga tahun, maka ia akan membawa kepada kegagalan BN dalam pilihan raya umum yang akan datang," kata Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini. Beliau menambah, Pakatan Rakyat (PR) mungkin akan menggunakan peluang itu dengan janji memansuhkan GST dalam manifesto pilihan raya mereka.

"PR boleh menggunakan helah 'memansuhkan GST' dalam manifesto mereka jika masalah GST gagal diselesaikan oleh kerajaan," katanya lagi. Ibrahim berharap agar kerajaan mengambil langkah yang wajar untuk mengawal keadaan selepas pelaksanaan GST pada hari Rabu ini.

Sementara itu, beliau juga menyeru Putrajaya untuk menilai semula gaji minimum dan mencadangkan ia dinaikkan kepada RM1,200 berbanding hanya RM900 kini.

Ia adalah untuk membendung kenaikan harga barangan selaras dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan cukai kelak (GST).

Jelasnya, dengan menaikkan gaji, ia boleh memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya golongan berpendapatan rendah.

"Cara itu boleh mengurangkan keluhan dan beban akibat kenaikan harga disebabkan pelaksanaan GST," katanya pada sidang akhbar di pejabat Perkasa di sini hari ini. "Tentu sekali RM900 sebulan terlalu rendah dan tidak mencukupi," katanya.

"Walaupun terdapat Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebanyak RM 600, atau RM50 sebulan, ia masih tidak cukup walhal untuk menampung dua orang sekalipun, "katanya. "Dengan gaji minimum semasa, saya ragu-ragu jikalau Malaysia boleh mencapai status negara maju dalam tempoh lima tahun," katanya lagi.

Posted by mountdweller

MB jamin rakyat, kedaulatan Selangor diutamakan FMT Reporters

Posted: 30 Mar 2015 06:00 PM PDT

Komited untuk memuktamadkan perjanjian utama industri air di Selangor dengan syarat kerajaan pusat tidak berganjak daripada semangat dan prinsip dalam terma perjanjian.

azminSHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali hari ini memberi jaminan bahawa, kepentingan rakyat dan kedaulatan negeri Selangor akan diutamakan dalam perjanjian penstrukturan air di negeri itu .

Komitmen itu, tegas beliau, adalah selaras dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu perjanjian penstrukturan semula industri perkhidmatan air di negeri itu dimuktamadkan segera.

"Saya dah nyatakan berulang kali bahawa kami komited untuk memuktamadkan perjanjian utama industri air di Selangor dengan syarat kerajaan pusat tidak berganjak daripada semangat dan prinsip dalam terma perjanjian yang telah ditandatangani.

"Dan ini ditegaskan sendiri oleh Sultan Selangor supaya kerajaan negeri memelihara kedaulatan negeri selangor," katanya di sini, hari ini, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas titah Sultan Selangor yang antara lain mahu perjanjian penstrukturan semula industri air di negeri itu dimuktamadkan segera mengikut perjanjian utama yang ditandatangani kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan pada 12 September 2014.

Katanya, adalah menjadi prinsip kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor selama ini untuk tidak mempolitikkan perjanjian air yang telah ditandatangani dan pihaknya akan berjumpa dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili bagi memuktamadkan syarat-syarat perjanjian secepat mungkin.

Mohamed Azmin sebelum ini mengumumkan keputusan kerajaan Selangor untuk membatalkan perjanjian penstrukturan air atas alasan kerajaan Persekutuan melanggar beberapa terma Perjanjian Utama yang ditandatangani September tahun lepas.


FMT

Pelawak Popular Didakwa Minta Gambar Bogel

Posted: 30 Mar 2015 05:13 PM PDT

 Seorang pelawak popular didakwa bermain cinta dengan ramai wanita dengan menggunakan popularitinya serta pelbagai tipu helah.


Perkara itu didedahkan oleh seorang wanita bernama Sasha yang juga merupakan salah seorang mangsa kepada pelawak tersebut.


"Bukan saya seorang saja yang dieprdaya serta ditipu oleh lelaki itu. Ketika melepak bersama kawan-kawan, saya terkejut kerana pelawak itu juga cuba untuk mengurat mereka.

"Ini bukannya tuduhan melulu kerana saya berani tampil membuat pengakuan berdasarkan bukti yang ada pada saya. Helah yang digunakan sama saja iaitu dengan meminta gambar bogel serta mahu berborak secara 'video call'.

"Dia pandai berdrama membuat muka sedih meminta simpati dengan pelbagai kenyataan yang dibuat olehnya. Namun saya percaya sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga," katanya.

Tambah Sasha lagi, dia berasa muak dengan perangai pelawak itu dan berkata bukan setiap wanita murah dan senang termakan janji manis.

"Bukan setiap wanita murah dan termakan janji manis dengna begitu mudah. Saya harap dia segera berhenti membuat kerja bodoh sebelum jatuh kerana perangai buruknya sendiri."

Dalam pada itu, Sasha turut menegaskan dia tidak berniat untuk menjatuhkan pelawak itu tetapi tindak tanduknya yang membuatkan popularitinya merudum.

"Saya tahu dia pasti akan memutar belit cerita selepas mengetahui kenyataan yang dibuat oleh saya ini. namun saya bukan bercakap kosong tetapi ada bukti yang saya simpan dan jika perlu saya akan tunjuk semuanya."

Tren monorel terbakar FMT Reporters

Posted: 30 Mar 2015 09:00 AM PDT

Kejadian jam 8.50 pagi itu menyebabkan kesesakan lalulintas di sepanjang Jalan Tun Razak.

monorail-terbakar

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan monorel dihentikan sementara waktu berikutan berlakunya kebakaran pada tayar sebuah gerabak di stesen monorel Titiwangsa pagi tadi.

"Kebakaran di stesen monorel Titiwangsa. Pasukan polis dan bomba berada di lokasi. Trafik sesak di sekitar lokasi," mengikut twitter dari ITIS DBKL yang dimuat naik kira-kira pukul 9.15 pagi tadi.

Ketua Pegawai Operasi Bomba Kuala Lumpur, Shamsol Maarif Saibani berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 8.52 pagi tentang kebakaran itu dan tiba di tempat kejadian kira-kira lima minit kemudian.

Beliau berkata, sebaik tiba, kesemua penumpang diarahkan keluar dan pihak pengendali monorel diarahkan mengalihkan gerabak yang terbakar ke satu tempat jauh dari bangunan.

Beliau berkata 22 anggota dan tiga jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

Kebakaran tersebut turut menyebabkan Jalan Tun Razak sesak tetapi terkawal kerana polis dan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menutup sebahagian laluan bagi memudahkan tugas pasukan Bomba.


FMT

Polis siasat rompakan rumah keluarga Hannah Yeoh FMT Reporters

Posted: 30 Mar 2015 08:30 AM PDT

Lima lelaki bertopeng tidak dikenali bersenjatakan parang memecah masuk rumah mangsa pada jam 10 pagi.

Hannah-Yeoh_600 

KUALA LUMPUR: Polis kini melakukan siasatan terhadap kes pecah masuk dan rompak ke atas rumnah keluarga Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh di USJ 13.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supt Tan Ah Chua berkata, perompak yang melakukan rompakan itu bersenjatakan parah dan rumah terbabit terletak di dalam kawasan kejiranan berpagar.

"Jadi polis sekarang sedang menyoal siasat pihak pengawal keselamatan bagi mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai suspek terutama bagaimana mereka boleh lepas masuk, kenderaan yang diguna serta penampilan mereka," katanya.

Menurut Tan, lima lelaki bertopeng tidak dikenali bersenjatakan parang memecah masuk rumah mangsa pada jam 10 pagi.

Suspek melarikan wang tunai RM8,000, barang kemas, minuman keras dan beberapa barangan lain.
"Kami juga telah merakamkan keterangan mangsa dan meminta bantuan daripada Unit Forensik Polis Selangor," kata Ah Chua, lapor The Rakyat Post.

Menurut Ah Chua, lima ahli keluarga Yeoh serta amah mereka berada di dalam rumah ketika suspek masuk melalui pintu bahagian tepi rumah yang tidak berkunci.

Tambahnya, suspek kemudian mengarah mangsa berkumpul di dalam bilik tv lalu diikat, dan kemudian menggeledah rumah berkenaan selama kira-kira 20 minit sebelum melarikan diri dengan kenderaan yang belum dikenalpasti.

Polis dimaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 11 pagi setelah dihubungi oleh seorang daripada mangsa yang berjaya melepaskan diri setelah suspek melarikan diri.

Rumah mangsa dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV), namun peranti rakamannya turut dilarikan suspek.

Hannah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Subang Jaya sebelum ini dilaporkan turut memaklumkan mengenai kejadian rompakan itu kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui laman Twitter.


FMT

POTA dibentang dalam Parlimen - Faiz Zainudin

Posted: 30 Mar 2015 08:00 AM PDT

Akta baharu perlu digubal bagi mencegah individu daripada melakukan sebarang aktiviti keganasan dalam dan luar negara 

hamidi

KUALA LUMPUR: Tujuh rang undang-undang (RUU) yang merangkumi dua akta baharu bagi membendung aktiviti jenayah negara akan dibentang kerajaan hari ini.

RUU tersebut akan di bentangkan oleh Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat.

Dua daripada rang undang-undang berkenaan ialah Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 dan Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan 2015 (POTA).

RUU Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan Di Luar Negara akan memperuntukkan kuasa kepada ketua polis negara dan ketua pengarah Imigresen Malaysia untuk menggantung atau membatalkan semua dokumen perjalanan Malaysia yang telah dikeluarkan kepada seseorang atau individu.

"Penggantungan atau pembatalan sedemikian adalah perlu untuk mencegah orang (Individu) daripada melakukan perbuatan tersebut," menurut kandungan kertas rang undang-undang tersebut.

Dalam peruntukan Fasa 5 akta tersebut, setiap dokumen perjalanan Malaysia milik individu boleh digantung dan dibatalkan bagi mencegah individu tersebut keluar negara untuk menyertai perbuatan atau menyokong akiviti keganasan.

"Akta ini hendaklah, berhubung dengan mana-mana orang, walau apa pun kerakyatannya atau kewarganegaraannya, mempunyai kuat kuasa di luar dan juga di dalam Malaysia, dan jika suatu kesalahan di bawah akta ini dilakukan oleh mana-mana orang di mana-mana tempat di luar Malaysia, dia boleh diuruskan berkenaan dengan kesalahan sedemikian seolah-olah kesalahan itu dilakukan di mana-mana tempat dalam Malaysia," kata dokumen RUU itu lagi.

Sementara itu, bagi warganegara Malaysia yang ditahan dokumen,mereka tidak diberi sebarang tempoh penahanan sebaliknya dibenarkan untuk membuat permohonan bertulis kepada ketua Imigresen.

Manaka bagi warganegara asing yang bersalah atas tuduhan melakukan kegiatan keganasan, pihak kerajaan boleh menahan dokumen perjalanan mereka selama 14 hari.

Dalam pada itu, lima lagi akta sedia ada yang akan dipinda‎ termasuklah; rang undang-undang Penjara (Pindaan) 2015; Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2015; Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2015; Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2015; dan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2015.

Sebelum ini media melaporkan, kerajaan dijangka akan membentangkan Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) di Dewan Rakyat, 6 hingga 9 April ini.

Menurut Zahid, akta itu yang digubal khusus bagi mengekang penularan kegiatan keganasan dan ekstremisme, berbeza dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang sudah dimansuhkan sebelum ini.

"POTA ini berbeza dengan ISA, tidak seperti didakwa beberapa peguam hak asasi manusia.

"Ini kerana kuasa eksekutif untuk menahan pesalah tidak berada di tangan seorang menteri tetapi agensi pencegahan jenayah," katanya.


FMT

GST beri kesan negatif kepada mahasiswa - FMT Reporters

Posted: 30 Mar 2015 07:15 AM PDT

Impak negatif lebih nyata daripada kesan positif yang diuar-uarkan oleh kerajaan selama ini 

ppkim

KUALA LUMPUR: Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) memohon penjelasan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam isu kenaikan kos pendidikan dan sara hidup mahasiswa.

PKPIM juga mendesak Menteri Pendidikan dan Ketua Pengarah Pendidikan bersuara mempertahankan nasib mahasiswa yang telahpun menjadi mangsa kenaikan harga yuran perkhidmatan pengajian dan barangan.

Persatuan tersebut mendesak demikian ketika menyuarakan kerisauan dan keresahan akan nasib para pelajar khususnya mahasiswa yang menuntut di peringkat pengajian tinggi selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) April ini.

"GST yang diuar-uarkan di media sebagai 'baik' dan 'dapat mengurangkan harga barangan' ternyata suatu penyelewengan daripada realiti," ujar Presiden PKPIM, Mohammad Fazril Mohd Saleh dalam satu kenyataan, lapor Harakahdaily.

Pihak kami menerima aduan daripada para mahasiswa bahawa mereka telah menerima notis daripada pihak pentadbiran universiti tentang kenaikan harga yuran pengajian, yuran asrama, dan yuran berkaitan yang menyebabkan kos sara hidup mereka semakin meningkat.

Kerajaan telah berjanji bahawa beberapa barangan dan sektor perkhidmatan dikecualikan daripada GST. Antaranya adalah sektor kesihatan, pengangkutan awam dan pendidikan (exempted) dan beberapa barangan keperluan asas (zero-rated).

Namun, pihak kami meragui kesan pengecualian GST atas perkhidmatan tersebut kerana penyedia perkhidmatan tetap dikenakan GST dalam kos pentadbirannya.

Justeru, walaupun pengguna perkhidmatan tersebut dikecualikan daripada GST tetapi harga perkhidmatan akan tetap dinaikkan, dan mahasiswa akan menjadi mangsa.

Mungkin sesetengah pihak menarik nafas lega setelah Perdana Menteri baru-baru ini mengumumkan bahawa buku-buku akan termasuk dalam kelompok barang perbekalan berkadar sifar.

Namun begitu, akibat pelaksanaan GST, pihak pencetak dan penerbit buku tetap akan menaikkan harga buku walaupun tanpa GST dan rakyat tetap akan terbeban dengan kenaikan tersebut.

Apatah lagi, dalam riuh rendah keresahan rakyat terhadap GST, tiba-tiba secara mengejut Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan kenaikan harga tambang perkhidmatan awam yang berkuatkuasa serta merta, menjadikan keadaan semakin meresahkan.

Dalam masa yang sama, pinjaman PTPTN pun telah dikurangkan dan tindakan ini menjadi penyebab kehidupan kemahasiswaan semakin tertekan. Perlu diingat bahawa mahasiswa adalah kelompok yang tidak berkerjaya dan tiada perolehan pendapatan.

Mahasiswa juga terpaksa menanggung kesan kenaikan harga barang secara mendadak. Mereka juga perlu berbelanja untuk makanan, perkhidmatan awam, yuran pengajian, buku akademik dan peralatan pengajian.

Atas pertimbangan ini, ramai mahasiswa marah dan sesetengah mereka menyatakan bantahan secara terbuka termasuk melalui tunjuk rasa dan demonstrasi. Tindakan mereka adalah disebabkan rasa kesal terhadap janji kerajaan untuk mengutamakan rakyat.

Oleh demikian, PKPIM juga mencadangkan agar KPM:

i) Mengawal harga dan memberikan pengecualian kepada mahasiswa daripada terkena impak segera GST khususnya untuk harga makanan dan minuman di kafe universiti, serta harga barangan dan perkhidmatan dalam kampus.

ii)Menjamin perlindungan kepada mahasiswa daripada kenaikan harga yuran pengajian dan servis lain seperti asrama dan perkhidmatan oleh universiti.

iii) Diskaun kepada mahasiswa untuk perkhidmatan awam, pembelian buku dan barangan pengajian. Kad Siswa 1 Malaysia wajar diperluaskan penggunaannya.

"Perlu dinyatakan di sini, sebagai pertubuhan mahasiswa, kami juga melakukan survei dan kajian impak ini secara ilmiah.

"Bukanlah telahan kami ini bermaksud menafikan kesan positif GST untuk perkembangan ekonomi negara akan tetapi melihat kepada kondisi semasa ketidakstabilan ekonomi dalam negara, kami berpandangan adalah tidak sesuai untuk ia dilaksanakan.

"Ternyata impak negatif lebih nyata daripada kesan positif yang diuar-uarkan oleh kerajaan selama ini."

Kegagalan KPM memenuhi tuntutan ini akan menatijahkan kesan buruk kepada mahasiswa dan tidak mustahil aksi-aksi bantahan akan terus dijalankan secara lebih agresif.


FMT

GST tidak perlu di Malaysia

Posted: 30 Mar 2015 06:30 AM PDT

Tuan Ibrahim Tuan Man menyuarakan pendapat beliau mengenai pelaksanaan GST di Malaysia melalui surat terbuka yang disiarkan di Harakahdaily.



GST calculator

Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man
Salah guna

Melihat rakyat marhaen berpusu-pusu memasuki pasaraya membeli pelbagai barangan keperluan dengan kuantiti yang banyak pada hujung minggu yang lalu menggambarkan kerisauan yang mendalam di kalangan rakyat terhadap GST.

Situasi tersebut adalah sama seperti yang disaksikan di stesen minyak pada malam terakhir sebelum harga diumumkan naik pada hari keesokannya.

Fenomena ini menunjukkan rata-rata pembeli merasakan harga barangan akan meningkat selepas 1 April ini.

Majoriti negara di dunia ini melaksanakan GST sebagai sumber pendapatan.

GST tidak pernah diperlukan selama ini di negara kita kerana negara Malaysia sebenarnya kaya dengan sumber asli.

Sejak zaman Pak Lah sehinggalah sekarang, kita mula kedengaran hutang negara menjadi semakin meningkat menghampiri 55% GDP.

Kita mula mendengar penyelewengan dan salah guna dana awam yang semakin meruncing setiap tahun di dalam laporan audit tahunan.

Samar-samar cari jawapan

Selepas itulah, baru kita terdengar negara Malaysia tiba-tiba memerlukan GST untuk memperbetulkan defisit kewangannya.

Ketika rakyat masih samar-samar mencari jawapan, tanpa sedar, GST bakal menemui rakyat Malaysia dalam dua hari lagi.

Persoalannya, apakah negara sudah bersedia dengan GST?

Apakah kerajaan sudah melakukan persiapan yang cukup dan melakukan simulasi terhadap apa yang akan berlaku bilamana GST terlaksana?

Jika ya, apakah impak kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana (RM5,000 ke bawah)? Apakah kesannya kepada hutang seisi rumah? Tanpa GST, rata-rata rakyat marhaen sudah hidup dalam keadaan hutang sekeliling – bagaimana pula selepas GST?

Bagaimana pula dengan golongan pencen dan tua? Apakah kerajaan sudah membuat simulasi kesan GST terhadap mereka? Apakah semua ini sudah dikaji, dan daripadanya terhasil satu tindakan susulan untuk membantu mereka selepas GST terlaksana?

Selain itu, apakah kerajaan sudah membuat simulasi kadar inflasi untuk 3, 6 dan 12 bulan seterusnya sejurus GST dilaksanakan? Jika ya, sekadar pertanyaan, apakah kerajaan sudah ada satu pelan tindakan sekiranya kadar inflasi melebihi kadar yang dijangkau kerajaan untuk mengelakkan rakyat tertekan dan terbeban?

GST yuran universiti

Bukan itu sahaja, apakah GST akan menyebabkan peningkatan kadar penggangguran kerana mungkin ada perniagaan-perniagaan bermodal sederhana yang terpaksa mengurangkan kakitangan untuk menampung kos perniagaan yang meningkat kerana GST? Apakah kerajan sudah melakukan simulasi terhadap situasi ini? Jika ya, apakah hasilnya?

Ada juga yang tertanya-tanya mengenai kesan GST pada yuran di universiti awam? Apakah pelajar yang sedang mengaji perlu membayar 6% tambahan kepada pemprosesan yuran universiti dan apa-apa kos pentadbiran universiti yang lain termasuk bayaran peperiksaan dan juga graduasi?

Bagaimana pula dengan pihak PTPTN, apakah kerajaan sudah mengkaji apakah wajar pelajar diberikan pinjaman tambahan untuk menampung kos kehidupan mereka selepas GST terlaksana?

Apakah saluran sudah disediakan untuk para konsumer yang menjadi mangsa untuk mendapatkan pampasan sekiranya mereka terbayar GST kepada barangan yang sepatutnya dikecualikan GST? 

Bagaimanakah para konsumer boleh mengetahui samada mana-mana satu kedai boleh mengenakan GST mahupun tidak? Bagaimana pihak kastam dapat memantau kutipan GST haram daripada mereka yang tidak layak mengenakan GST?

Pokoknya, apakah kita sebagai satu negara sudah bersedia dengan GST?

Tangguh 6 bulan

Maaf. Sebagai rakyat Malaysia, saya rasa tidak lagi bersedia. Dan saya yakin ramai lagi yang bersetuju dengan saya.

Saya percaya ramai rakyat biasa hanya sekadar bersedia dan tahu mereka terpaksa berbelanja lebih apabila GST terlaksana tanpa mengetahui apa-apa yang lain dan kesannya.

Kerajaan pula dilihat hanya menyibukkan diri untuk menyakinkan rakyat bahawa GST tidak akan menyebabkan peningkatkan kos sara hidup daripada tugas untuk memastikan perlaksanaan GST tidak bermasalah.

Melihat bagaimana kerajaan tiba-tiba tidak mengenakan GST pada buku pada saat-saat akhir sebelum melaksanakan GST menyakinkan saya lagi bahawa kerajaan masih tidak bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan GST.

Saya merasa perlunya untuk kerajaan melaksanakan tempoh percubaan GST selama tiga bulan, contohnya di Langkawi, untuk menilai keberkesanan sistem GST yang ada sebelum ia dilaksanakan di seluruh negara.

Kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, inilah masanya untuk mendahulukan rakyat. Jangan perjudikan nasib rakyat dengan pelaksanaan GST yang masih tidak menentu dan stabil.

Oleh itu, saya memohon agar kerajaan menangguhkan perlaksanaan GST sekurang-kurangnya untuk 6 bulan untuk memastikan segala impak pada negara dan rakyat dapat diminimumkan. 

Lebih baik jika kerajaan dapat memansuhkannya sahaja dan fokus kepada usaha menangani rasuah dan ketirisan dengan cara lebih efektif.

Tuan Ibrahim Tuan Man adalah Naib Presiden Pas dan Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang
With a firm belief in freedom of expression and without prejudice, FMT tries its best to share reliable content from third parties. Such articles are strictly the writer's personal opinion. 

FMT does not necessarily endorse the views or opinions given by any third party content provided.

Sultan perintah perjanjian air dimuktamadkan segera - FMT Reporters

Posted: 30 Mar 2015 05:45 AM PDT

 Penstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak agar ia dapat dilaksanakan dengan sempurna bagi memenuhi keperluan pembangunan dan kehidupan rakyat.

Sultan-Selangor

SHAH ALAM : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berharap penstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor dapat dimuktamadkan segera berdasarkan semangat dan terma Perjanjian Utama yang telah ditandatangani pada 12 September 2014.

Sultan Sharafuddin turut yakin pendekatan bersemuka dan berbincang dapat menyelesaikan persoalan itu secara adil demi menjamin perkhidmatan air terawat yang lebih efisien dan mesra rakyat kepada seluruh warga Selangor.

"Beta juga mahu langkah-langkah persediaan diambil untuk memastikan bekalan air bersih mencukupi untuk memenuhi permintaan domestik dan industri.

"Air adalah satu keperluan yang sangat penting untuk keperluan rakyat," titah baginda pada Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal ke-3 Dewan Negeri Selangor yang ke-13 tahun 2015 di sini hari ini.

Sultan Selangor turut menyeru supaya penstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak agar ia dapat dilaksanakan dengan sempurna bagi memenuhi keperluan pembangunan dan kehidupan rakyat.

Pada 25 Mac lalu, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTha) menyatakan kerajaan persekutuan masih kekal dengan perjanjian yang sama berhubung isu air di antara kerajaan negeri Selangor.

Menterinya, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili berkata, sehingga kini tiada sebarang perubahan melibatkan terma projek Langat 2.

"Masih kekal pada perjanjian air sebelum ini sementara menunggu surat daripada kerajaan negeri pula," katanya

Pada 23 Mac lalu, kerajaan negeri Selangor bersetuju untuk memuktamadkan keputusan perjanjian air bersama kerajaan persekutuan.

Keputusan perbincangan penyambungan semula perjanjian air itu dibuat selepas mengambil kira kesediaan KeTTha untuk kembali semula kepada terma perjanjian utama air yang ditandatangani pada 2014.


FMT

Ringgit Malaysia susut kerana faktor luaran - Mohamad Fadli

Posted: 30 Mar 2015 05:00 AM PDT

 
Penyusutan RM membolehkan sebahagian sektor ekonomi di Malaysia akan menerima manfaat dan sebahagian lagi terjejas.
ringgit

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong mendakwa penyusutan pada nilai Ringgit Malaysia (RM) yang berlaku bukan satu kes terpencil tetapi didorong faktor luaran.

Beliau berkata penyusutan RM juga dialami oleh negara serantau yang lain di antara 1.1 peratus sehingga 9.8 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sejak September 2014 hingga 20 Mac 2015.

"Pengukuhan dolar AS adalah disebabkan oleh prospek ekonomi AS yang semakin baik dan kemungkinan kenaikan faedah yang menarik minat pelabur terhadap aset dalam nilai Dolar.

"Disebabkan faktor itu negara-negara pengeksport ekonomi termasuk Malaysia turut mengalami kesan selain kejatuhan harga minyak mentah dunia," katanya di Parlimen.

Katanya lagi, penyusutan RM membolehkan sebahagian sektor ekonomi di Malaysia akan menerima manfaat dan sebahagian lagi akan terjejas.

"Secara khususnya penyusutan nilai RM akan memberi manfaat kepada pengeskport perkilangan negara yang menyumbang dua pertiga daripada jumlah eksport kasar.

"Kejatuhan nilai RM juga akan memberi manfaat kepada industri pelancongan melalui impak positif kepada akaun semasa dalam imbangan pembayaran negara," kata Ahli Parlimen Labis-BN.

Walau bagaimanapun, penyusutan nilai RM akan menyebabkan kenaikan kos import dan kesan langsung kepada indeks harga pengguna.

"Ini kerana barangan yang diimport secara terus dari luar negara akan menjadi lebih mahal.
"Namun kesan kadar inflasi adalah kecil kerana barangan import tidak termasuk diesel dan petrol mencakupi 7.2 peratus," katanya lagi.

Tambahnya, penyusutan nilai RM juga akan menyebabkan peningkatan kos pengeluaran berikutan kenaikan bahan mentah yang diimport.

"Namun kesan ini akan diserap oleh harga bahan mentah yang lebih rendah susulan kejatuhan harga minyak global dan harga komoditi," jelasnya.

Justeru, kerajaan akan terus mengambil langkah seperti memantau rizab antarabangsa bagi menstabilkan pertukaran mata wang.


FMT

Tukar slogan #Kita Lawan- Saravanan - Faiz Zainudin

Posted: 30 Mar 2015 04:15 AM PDT

 Saya risau penggunaan slogan itu mungkin menyebabkan belia yang berwibawa di Selangor tidak menyertai lagi aktiviti sukan.

saravanan

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan menggesa kerajaan Negeri Selangor untuk segara menukar slogan #Kita Lawan yang digunakannya sebagai slogan rasmi sukan Malaysia (Sukma 2016) di Sarawak nanti.

Jelas beliau, slogan #Kita Lawan sebelum ini jelas digunakan pihak pembangkang untuk menentang kerajaan dan ia akan menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan belia terhadap slogan tersebut.

"Saya risau penggunaan slogan itu mungkin menyebabkan belia yang berwibawa di Selangor tidak lagi menyertai aktiviti sukan.

"Ini akan merugikan golongan beliau dan industri sukan negara," katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak yang bertanggungjawab bertindak membetulkan keadaan kerana perkara ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati banyak pihak terutamanya golongan muda negara.

"Saya harap mereka tidak libatkan politik dengan sukan. Jangan bagi jenama politik terhadap sukan negara dan saya gesa supaya pihak kerajaan Selangor tukar slogan #Kita Lawan kepada slogan lain yang lebih bersemangat kesukanan," tegas beliau.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari mengumumkan slogan itu selepas mempengerusikan mesyuarat dengan persatuan sukan di negeri itu pada Jumaat

#Kitalawan dipilih menjadi slogan kegunaan dalam kalangan atlet oleh kerajaan Selagor mewakili negeri tersebut sekali gus menjadikan beberapa pihak tidak berpuas hati malah kecewa dengan sikap kerajaan itu yang menggunakan politik dalam semangat kesukanan.


FMT

Gantikan segera Tanah Rizab Melayu yang telah dibatalkan – Sultan Selangor Khairil Ashraf

Posted: 30 Mar 2015 03:30 AM PDT

 Sebarang bentuk penggantian tanah baru harus "serupa keadaannya" dan mempunyai nilai pasaran yang kompetitif. 

sultan

SHAH ALAM : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya hak-hak orang Melayu dan Bumiputera dipertahankan termasuk jumlah keluasan Tanah Rizab Melayu selaras dengan Perkara 89, Fasal 3, Perlembagaan Persekutuan.

Baginda bertitah, sebarang bentuk penggantian tanah baru harus "serupa keadaannya" dan mempunyai nilai pasaran yang kompetitif.

"Beta mahu usaha menggantikan Tanah Rizab Melayu yang telah dibatalkan akibat projek-projek pembangunan digantikan segera," titah baginda pada Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal ke-3 Dewan Negeri Selangor yang ke-13 tahun 2015 di sini hari ini.

Sultan Sharafuddin turut bertitah agar bencana banjir yang berlaku di beberapa buah negeri khususnaya di Pantai Timur dijadikan iktibar oleh semua pihak.

Baginda menegaskan, pengurusan alam sekitar dan ekosistem melalui pemuliharaan hutan simpan kekal dan penanaman pokok mesti diberikan perhatian oleh kerajaan negeri.

"Beta mahu jumlah keluasan hutan simpan kekal di Negeri Selangor tidak kurang 30 peratus dari keluasan tanah Negeri Selangor," titah baginda.

Sultan Selangor turut menyokong usaha kerajaan negeri untuk memastikan kesempurnaan pembangunan melalui pembangunan teknologi hijau yang mesra alam serta mensasarkan Selangor sebagai negeri rendah karbon bagi menjamin persekitaran yang sihat.

Projek pembangunan Taman Hijau yang akan dibangunkan oleh kerajaan negeri juga boleh dinikmati oleh penduduk Selangor untuk tujuan riadah dan rekreasi bagi menjamin kualiti kehidupan bersama keluarga, titah beliau,

FMT

Hadi tidak tahu PR ada masa depan atau tidak Mohamad Fadli

Posted: 30 Mar 2015 02:45 AM PDT

 
Sekiranya DAP sudah tidak percaya kepada PAS, itu terpulang kepada dia (DAP)

hadiawang540px_4

KUALA LUMPUR: PAS tetap akan konsisten dengan pendirian parti itu untuk menegakkan Islam dan ingin berlaku adil terhadap semua kaum.

Kenyataan itu disuarakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengulas mengenai kemelutnya antara PAS dan DAP dalam pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Syariah atau dikenali sebagai Hudud.

Katanya, pendirian PAS tetap sama, namun beliau tidak menolak pendirian parti lain yang mungkin hanya memperjuangkan satu kaum sahaja.

"Itu terpulang kepada masing-masing. Tujuan kita satu iaitu untuk menyelamatkan semua.
"Tiada perjuangan yang mudah. Sekiranya Hudud tidak dapat dilaksanakan di Kelantan, PAS sudah ada alternatif atau jalan yang lain," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen.

Mengulas lanjut sama ada Pakatan Rakyat (PR) mempunyai masa depan atau tidak, Hadi berkata beliau tidak tahu.

"Kita lihat dahulu. Sekiranya DAP sudah tidak percaya kepada PAS, itu terpulang kepada dia (DAP).

"DAP juga sudah buat kenyataan bersetuju dan tidak bersetuju. Saya tidak terperanjat, sudah lama kita tahu," katanya Ahli Parlimen Marang.

Tambahnya, sekiranya Hudud dapat dilaksanakan di Kelantan, beliau tidak menolak negeri-negeri lain akan turut mengikuti langkah sedemikian dan menggalakkan orang bukan Islam juga untuk menerima Hudud.

"InshaAllah Hudud akan menggalakkan negeri lain dan menggalakkan orang bukan Islam untuk menerimanya,"ujarnya.

Katanya lagi, pembentangan Hudud di Parlimen akan dibuat mengikut kesesuaian masa.
"Namun, sekiranya tidak sempat dibentangkan pada sidang kali ini, Hudud akan tetap dibentangkan di Parlimen pada masa hadapan," akhirinya.


FMT

Demo Lawan Kerajaan Suram Tanpa Sokongan PAS, DAP & Rakyat.

Posted: 30 Mar 2015 02:00 AM PDT

 
Gambar edit dari BN utk sindir PR

Beberapa minggu lepas sehingga la kepada semalam, beberapa siri demo diadakan secara mingguan di beberapa lokasi. Yang terbaru demo anjuran PKR, demo 'edisi perkahwinan' bagi meraikan majlis perkahwinan anak PM Najib Razak.

Dan kalau korang semua perasan la kan. Sampai ke hari ini mana-mana pihak media belum lagi menyiarkan gambar2 event perkahwinan anak Najib. Sekadar ada gambar pasangan sedang berjalan menuju ke tempat persandingan aje. Gambar pelamin dan beberapa gambar berkaitan tiada. Gambar2 majlis nikah pun macam tue juga sebenarnya.



Pada awalnya aku tak dapat tangkap kenapa benda tue berlaku. Aku cuma terfikir-fikir yang VVIP ada la kot share di platform mereka. Dan aku pula bukan VVIP. So tak terdedah la dengan penyebaran gambar2 berkenaan. Ini apa yang aku fikir. Rupa-rupanya bukan. Yang sebenarnya memang ada larangan berkongsi di sosial media. Sekalipun bukan untuk majlis pernikahan tetapi untuk majlis persandingan larangan memang jelas dan terbukti.

Lihat ;



Kenapa larangan ini wujud ek? Dan kenapa pula para tetamu jenis menghormati larangan tersebut ek? Mestilah disebabkan kuasa, pengaruh, politik, hubung-kait dalam perniagaan, pentadbiran dan hal2 berkaitan selain kronisme dan nepotisme.

Haha.

Takut juga Najib kau neh dikatakan membazir dan bermewah-mewahan dalam menganjurkan majlis perkahwinan ek.

Almaklumla. GST on the way. Taknakla majlis perkahwinan itu dijadikan point oleh rakyat bagi mengkritik pentabdbiran Najib. Di satu sisi Najib sembang kencang bab wasatiyyah. Di satu sisi dia sendiri bermewah-mewahan. Di satu sisi katanya GST tidak akan membebankan rakyat dan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan. Tapi anak dia dan anak PM dedua kahwin sebelum GST. Tah hapa-hapa tah.

Berbalik kepada tajuk asal, pada hari anak Najib bersanding, hari itu juga PKR turut menganjurkan demo. Penganjuran demo itu sebenarnya telah membuatkan beberapa pimpinan PKR dan PAS ditahan untuk disoalsiasat. Antara Rafizi, Mat Sabu dan Tian Chua sebelum semuanya dibebaskan pada pagi tadi,

Tujuan penangkapan itu sebenarnya mungkin berkaitan dengan niat peserta demo yang mahu 'meraikan majlis perkahwinan anak Najib' di KLCC pada sabtu lepas.

Selain berjaya menakutkan orang awam dari turut serta, demo tersebut juga kurang mendapat sambutan dari segi jumlah kehadiran. Berita melaporkan kehadiran paling tinggi 500.

500. Ya. 500 orang.

Demo UMNO bangang-bangang tue pun kadang-kala tak sampai seratus. Nak dibandingkan dengan 500 orang, demo PKR kali neh tetap dikira win.

Itu kalau nak fikir positive la kan.

Untuk rekod, demo berkenaan juga tidak mendapat sambutan dari rakan partisan seperti PAS dan DAP. DAP secara jelas menunjukkan unsur2 penolakan dengan mengeluarkan satu kenyataan manakala PAS lebih selesa memilih pendekatan berdiam diri.

Kesian?

Kesian ke?

Pada aku bukan kesian. Tapi lebih kepada padan muka.

Disebabkan percakaran dalaman parti, usah kata demo kritik Najib, demo lawan GST pun tidak mendapat sambutan dan respon positif dari rakyat marhaen sungguhpun rakyat kita marah dengan pelaksanaan cukai tersebut.

Sesuatu yang menjejaskan hidup mereka, memberikan kesan dalam kewangan mereka pun mereka takde keinginan nak bangkit dan melawan. Jadi malas, redha dan lebih selesa menyerah. Kenapa agaknya ini berlaku?

Mudah. Kajang Movie adalah punca, akibat, kesan kepada situasi sekarang.
Disebabkan PKR keterlaluan ingin mengeluarkan Khalid Ibrahim, tidak sanggup untuk bersabar 3,4 tahun lagi maka PR hari neh telah musnah dan hilang kepercayaan rakyat serta penyokong.

Sebab tue bukan layak dikesiankan. Tapi layak dipadan mukakan. Aku tak tuju secara peribadi kepada peserta2 demo tetapi kepada parti PKR solely sebab semua masalah ini berpunca dari PKR sebenarnya.

Rasa malu mesti ada bila kena ejek dan sindir dengan geng2 UMNO. Macam itu juga la agaknya yang UMNO rasa bila kita ejek demo2 mereka suatu ketika dahulu.

Akhirnya semua demo-demo PKR langsung takde sambutan.

Event ceramah PKR tak silap aku di Terengganu juga baru-baru neh juga lengang. Boleh dikatakan macam event UMNO. Silap-silap lagi memalukan gamaknya.

Aku tak pasti sampai bila PKR nak tebal muka menafikan hakikat yang mereka dah kehilangan sokongan dan kepercayaan rakyat secara mendadak. Tapi aku fikir kalau dorang nak jadi JOKER pun biarlah dalam diam melakukan usaha untuk memperbaiki keadaan agar kembali seperti sedia kala.

Aku masih ingat macam mana ahli2 PKR berbangga kerana PKR la punca DAP dan PAS bersatu. Pendek kata, PKR memainkan peranan yang cukup besar dalam mewujudkan PR dan Anwar Ibrahim ialah sosok yang bertanggungjawab atas penyatuan tersebut.

Adakah mereka masih akan berbangga macam tue lagi korang rasa?

Ini kerana PKR yang menyatukan, telah bertukar menjadi punca PAS dan DAP retak menanti belah, bercerai talak tiga, dan individu yang dianggap bertanggungjawab satukan PAS dan DAP telah bertukar menjadi point kenapa PAS dan DAP perlu berpecah.

Dalam erti kata lain, PKR memang bertanggungjawab dalam menubuhkan PR. Dan PKR juga la yang bertanggungjawab apabila PR hancur sekarang. Kamu membunuh apa yang kamu lahirkan, PKR.

Bai.

Jangan persoal waktu tangkapan Khalid Samad, kata KPN

Posted: 30 Mar 2015 01:15 AM PDT

 


Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tersenyum ketika sidang akhbar selepas mesyuarat Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider


Tindakan menahan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad awal pagi ini tidak perlu dipersoalkan kerana polis bebas menjalankan tugas tanpa had masa tertentu, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ketua polis negara (KPN) itu berkata, polis akan sentiasa menjalankan tugas dan sesiapa yang terlibat dalam kegiatan menghasut akan ditahan.

"Itu tak payahlah tanya bila nak tahan orang. Takkan itu pun nak tanya? Kita akan ambil tindakan bila-bila masa pun. Siang malam, pagi petang, kita akan jalankan tanggungjawab kita.

"Kalau ada yang cuba menghasut, kita tahan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat tahunan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

Khalid Samad yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat ditahan polis awal pagi ini selepas terlibat dalam himpunan #KitaLawan semalam.

Bagaimanapun, Khalid Samad dan dua orang mahasiswa yang ditahan berhubung perhimpunan #KitaLawan semalam dibebaskan selepas polis ‎gagal mendapatkan perintah reman.

Peguam Michelle Yesudas melalui laman Twitter miliknya hari ini berkata: "Dua pelajar universiti ditangkap smlm dan Khalid Samad bebas, reman ditolak #KitaLawan."

Sementara itu, Khalid Abu Bakar yang juga merupakan timbalan pengerusi MCPF, berkata polis menghormati Perlembagaan namun tidak akan membiarkan kebebasan menghasut menular.

"Hanya kerana keputusan mahkamah tidak berpihak kepada kumpulan tertentu, itu tidak memberi mereka kebebasan untuk menghasut.

"Polis menghormati kebebasan meluahkan pandangan dan kebebasan berucap seperti yang diperuntukkan Perlembagaan.

"Tetapi kita tidak akan membenarkan kebebasan menghasut, tidak menghormati sistem yang diwujudkan melalui Perlembagaan mengikuti semua yang diikuti undang-undang. Itu kita tidak boleh berkompromi," katanya.

Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan aktivis ditahan polis sebelum ini menjelang perhimpunan #KitaLawan yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam.

Sekretariat #KitaLawan, Fariz Musa menjadi yang pertama ditangkap selepas perhimpunan aman itu, dan dikatakan ditahan mengikut Akta Hasutan.

Perhimpunan semalam dihadiri kurang daripada 1,000 orang dan berakhir lebih kurang pukul 7 petang. – tmi



Padan muka PAS ditipu hidup hidup oleh Umno!

Posted: 30 Mar 2015 12:30 AM PDT


KOMEN: Padan muka kamu PAS! Itu habuan buatmu kerana bekerjasama dan bermuka-muka seperti juga Umno.
PAS kurang cerdas kerana kali ini mahu bergabung dengan Umno melaksana hukum hudud.

Parti Islam itu ditendang BN pada 1978 selepas Umno mengukuhkan sokongan di kalangan Melayu. PAS pernah bersama Umno selama 4 tahun sebelum dihina sebegitu.


Dan semasa memerintah Terengganu sambil mengekalkan kuasa di Kelantan, Umno tidak memberinya hak royalti minyak.

Tidakkah presiden PAS yang mesra Umno Datuk Seri Abdul Hadi Awang belajar daripada gabungan lampaunya bersama Umno?

Mujur juga bagi rakyat Malaysia, kerana PKR dan DAP tidak mudah termakan tipu helah yang dipasang Umno.

Dalam episod hudud ini, PAS telah sekali lagi ditikam belakang oleh Umno.

Adakah ia memeranjatkan? PAS seringkali terpedaya namun sering sahaja berhelah dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat.

Rakyat Malaysia akan didedahkan bagaimana PAS dan Umno sama-sama menyebabkan kemelut hudud ini tak lama lagi.

Segalanya hampir dijelaskan pada sidang Parlimen pada 26 Mac apabila menteri kerajaan pusat mengesahkan bahawa cadangan pindaan Akta 355 yang mahu diubah kerajaan Kelantan bagi melaksanakan hudud, tidak dibentang ke Majlis Raja Raja.

The Malaysia Insider melaporkan dakwaan Majlis Raja Raja menolak cadangan pindaan yang dibuat kerajaan PAS Kelantan.

"Pindaan tidak dikemukan ke Majlis Raja Raja bagi disokong," ijar menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Jamil Khir Baharom.

Kenyataan ini menyebabkan ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar menuntut kerajaan pusat menjelaskan mengapa pindaan tidak dibawa ke Majlis Raja Raja.

Suara kemarahan bak halilintar kemudian kedengaran sehingga Mahfuz diarahkan keluar oleh Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamed Said.

"Mengapa tidak dibawa pindaan, sedangkan jawatankuasa teknikal telah bersetuju dengannya? Kerajaan bersetuju dengannya, kini mereka tidak membawa pindaan ke Majlis Raja Raja," ujar Mahfuz kepada wartawan.

Padan muka kamu Mahfuz.

Pada 18 Mac sidang DUN Kelantan meluluskan pindaan ke atas Enakmen Kanun Jenayah II 1993 bagi membolehkan implementasi hudud di negeri pantai timur itu.

Datuk Seri Abdul Hadi minggu lepas menghantar notis kepada Parlimen untuk satu usul Rang Undang-Undang bagi meminda Akta 355, yang memperkasakan mahkamah Syariah agar dapat menjatuhkan hukuman bagi kesalahan jenayah. Bagaimanapun Menteri Penasihat Undang-undang BN Nancy Shukri berkata, ia tidak boleh dibentangkan untuk sesi semasa kerana ada banyak perkara lain dalam jadual.

Seperti masa lalu, jelas bahawa PAS sekali lagi melakukan perkara sia-sia. Seperti pada tahun 1993 atau kira-kira 22 tahun yang lalu, Kanun Jenayah Syariah II 1993 akan kekal sehelai kertas sahaja di Kelantan.

Apa selepas ini PAS? Di manakah kedudukan politik anda sekarang? Kerajaan perpaduan dengan Umno?

Ternyata bahawa Umno terpaksa, di peringkat Kelantan, menyokong pindaan hudud PAS hanya untuk memecahkan perpaduan Pakatan.

Juga amat nyata bahawa apa yang dikenali sebagai "kerajaan perpaduan" Umno bukannya tentang perpaduan. Pertama, apa yang dimaksudkan dengan perpaduan apabila ia tidak melibatkan rakyat Malaysia berbilang kaum?

Setelah lemah dari segi politik, Umno kini cuba untuk kekal berkuasa.

Umno hanya memikat PAS untuk menyertai mereka dalam BN, seperti pada tahun 1974. Tidak mengejutkan bahawa PAS mudah tertipu sekali lagi, di bawah pimpinan Hadi.

Dengan pemilihan parti PAS tak lama lagi, kemungkinannya agak dapat dibayangkan.

Jika ahli sayangkan parti mereka, mereka perlu menghapuskan pemimpin pro Umno yang hanya tahu bagaimana untuk memalukan PAS kow-kow (dengan teruk).

Kes Dadah: Benjy Anak Seniwati Azean Irdawati Berdepan Hukuman Gantung

Posted: 29 Mar 2015 11:48 PM PDT

 

Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy yang ditahan polis di Pagoh dekat sini kelmarin disiasat kerana dipercayai terbabit dengan rangkaian sindiket dadah yang mahu memindahkan makmal syabu mereka di Kuala Lumpur ke daerah ini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, ini berdasarkan penemuan pelbagai peralatan dan bahan kimia di dalam kenderaan pelakon itu yang biasanya digunakan sindiket terbabit untuk memproses syabu.

Azman turut memberitahu, Benjy, 37, yang ditahan bagi membantu siasatan kes berkaitan dadah berdepan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan kerana kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Kita percaya mereka baru sahaja berpindah dari sebuah kawasan di MidValley, Kuala Lumpur ke daerah ini.

Jika dilihat kelengkapannya, pusat pemprosesan baharu untuk syabu ini mampu memproses dadah sehingga 5 kilogram (kg) pada satu masa"

"Kita juga menemui dadah jenis syabu seberat lebih 1.3kg. Bagaimanapun, kita masih lagi menjalankan siasatan lanjut," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar di sini semalam.

Anak lelaki tunggal kepada pelakon terkenal, Allahyarham Azean Irdawaty itu ditahan semasa menaiki sebuah kereta Honda Jazz dalam satu sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak di Pagoh pukul 1.40 pagi kelmarin. (rtky/s)